Anda di halaman 1dari 9

Sinopsis novel

“Azfa Hanani”
TAKUT
 Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga Sekolah Menengah Sri
Dian.
 Ketika belajar dalam tingkatan 3, dia bersekolah di sebuah kampung yang
jauhnya 15 km dari sekolah barunya.
 Dia berpindah ke sekolah itu kerana terpilih untuk belajar dalam aliran sains
tulen.
 Azfa Hanani dipelihara oleh pak longnya kerana ibu bapanya telah
meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia masih bayi
lagi.
 Ketika membuat uji kaji di dalam makmal sains, Falina, Aini dan Kamilah
tidak terhenti-henti berbicara tentang kehilangan buku-buku rujukan sains di
perpustakaan.
 Azfa Hanani berasa tersindir kerana dia ada mengambil buku rujukan Fizik
Moden dan beberapa buah buku rujukan lain.
 Dia berbuat demikian kerana dia tidak mampu membeli buku-buku rujukan
lantaran kemiskinan pak long ditambah lagi bebanan merawat anak
sulungnya yang lumpuh.
 Dia ingin memperbaiki kelemahannya dalam subjek tersebut. Disebabkan
juga dia lemah dalam sujek Bahasa Inggeris, dia mendapat perhatian guru
kaunseling iaitu cikgu Zamin sehingga dicemburui oleh Kamilah.
 Azfa Hanani berasa takut jika perbuatannya dapat dikesan oleh pihak
perpustakaan. Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada uji kaji yang
dilakukan pada hari itu. Dalam kebimbangan itu, dia dipanggil oleh
pengetua.

SIAPA MEREKA?
 Azfa Hanani diiring oleh Rozlan dan Nordin ke bilik pengetua. Nordin ialah
rakan sekampungnya iaitu Kampung Merpati. Bapanya, Pak Haji Arshad
merupakan ketua kampung yang banyak menghulurkan bantuan kepada pak
longnya sejak Zuraini lumpuh.
 Apabila sampai di bilik pengetua, kebimbangan Azfa Hanani reda sedikit
kerana Cikgu Yazid, guru perpustakaan dan Cikgu Habib guru disiplin tidak
ada di situ.

1
 Di situ ada Kak Rozan iaitu kakak ipar Nordin dan sepasang suami isteri
kenalan kak Rozan ketika belajar di Amerika Syarikat iaitu Encik Mazran
dan Puan Syafinaz.
 Mazran Syafinaz mengajak Azfa Hanani (Nani) berpindah ke Kuala Lumpur
dan menyamar sebagai Murni, anak Datin Maziah.
 Sebenarnya Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan tetapi Datin
Maziah tidak dapat menerima hakikat dan menganggap Murni masih hidup.
 Nani disuruh menyamar menjadi Murni untuk mengubat penyakit Datin
Maziah.
 Nani bersetuju kerana memberi peluang kepadanya melepaskan diri daripada
ditangkap atas kesalahan mencuri buku dan dapat meneruskan pelajarannya.

KERANA TERDESAK
 Pagi itu, Nani menunggu abang Mazran dan kak Finaz. Kak Rozan dan
abang Norman telah pun menyampaikan hasrat abang Mazran untuk
membawa Nani ke Kuala Lumpur kepada pak long dan mak long. Pak long
dan mak long bersetuju.
 Jika tidak, mereka berhasrat untuk menamatkan persekolahan Nani
disebabkan kemiskinan. Nani sedar bahawa dia bukan anak saudara Datin
Maziah atau kembar Murni kerana mak longlah yang menyambut
kelahirsnnya dulu.
 Menurut cerita, ibu bapa Nani lulusan universiti sepatutnya menjadi doctor
dan peguam tetapi mereka telah terlibat dalam kemalangan. Hanya Nani
terselamat.
 Nani mengetahui bahawa nama sebenar abang Mazran ialah Tengku
Mazran. Abang Mazran menceritakan tentang kemalangan yang meragut
nyawa Murni dan Datin Maziah pula disahkan koma. Untuk mengubat hati
Datin, mereka merahsiakan kematian Murni dengan mengatakan bahawa
Murni (Nini) ke Jepun untuk program pertukaran pelajar.
 Setelah sebulan, datin mulai sgak akan helah mereka. Oleh sebab itu,
apabila melihat gambar Nani yang sebaya dan seiras dengan Nini, mereka
bercadang supaya Nani menyamar sebagai Nini. Sebagai balasan, mereka
akan membiayai kos perubatan Zuraini yang lumpuh itu dan membiayai
pelajaran Nani.

SEAWAL KEHADIRAN
 Di dalam bilik sebuah Hotel Univer, Nani dilatih untuk menjadi Nini iaitu
cara makan, cara bercakap, cara berpakaian dan mencium Datin Maziah
sebelum ke mana-mana.
2
 Kak Finaz menyediakan dialog yang berkaitan dengan soalan-soalan yang
mungkin ditanya oleh Datin Maziah antaranya ialah pengalaman di Jepun .
 Apabila sampai di banglo Datin Maziah, pembantu rumah iaitu Mak Leha
amat terkejut kerana paras rupa Nani amat serupa dengan Nini. Tengku
Muzaffar, abang Nini pula kelihatan tidak selesa dengan kehadiran Nani dan
menyindirnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati Nani.
 Nani ingin mengethui sikap Datuk Makmur terhadap kehadirannya. Datuk
Makmur jarang pulang ke rumah sejak dia berkahwin dengan wanbita muda
dua tahun lalu.
 Nani teringatkan rakan-rakan sekolahnya. Melalui Nordin, yang sempat
ditemui sebelum ke Kuala Lumpur, dia mendapat tahu bahawa pencuri buku
perpustakaan telah ditemui tetapi nama Nani tidak tersenarai.
 Nani bercadang ingin memulangkan buku-buku yang dipinjam itu melalui
cikgu Zamin.
 Apabila Nani menemui Datin Maziah untuk kali pertama, Nani berjaya
melakonkan watak Nini, Cuma Datin hairan suara Nani tidak serupa dengan
Nini.

SEBAGAI MURID BARU


 Nani mula belajar di Sekolah Menengah Taman Sari dalam tingkatan 5 Sains
1. Dia berkenalan dengan Nina atau Tengku Ellina, saudara dua pupu
Tengku Murni.
 Dia keliru sama ada untuk memakai tanda nama Azfa Hanani atau Tengku
Murni. Cikgu menyuruh dia memakai nama sebenar tetapi abang Mazran
menyuruhnya memakai nama Nini kerana takut terlupa apabila berhadapan
dengan Datin Maziah.
 Cikgu Ramzan yang mengajar Bahasa Inggeris mengemukakan soalan
bertubi-tubi lalu memberikan komen yang wajahnya seiras dengan Murni
tetapi tidak fasih berbhasa Inggeris seperti Nini.
 Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji akan membantu mengatasi kelemahan
penguasaan bahasa Inggeris Nani.
 Dia menjadi ahli persatuan Pelajar Tingkatan Lima dan berkenalana dengan
Muhammad Ekran Bin Muhammad, pengerusi persatuan.
 Di dalam makmal Sains Fizik, dia dapat menjawab soalan Cikgu Sani
dengan lancar kerana uji kaji itu telah dibuat di sekolah lama. Laili
menyindir Nani.
3
 Ellina memberitahu Nani bahawa Laili, Ika dan Fuzi dikenali sebagai Budak
Glamor di sekolah itu. Laili tidak menyukai Nini kerana tidak sehaluan. Nini
tidak suka akan peragai Laili yang terlalu menunjuk-nunjuk bahawa dia anak
orang kaya.
 Ellina masih meragui kematian Nini kerana kad pengenalannya tidak
ditemui dalam kemalangan itu.

IMBALAN BUDI
 Apabila pulang dari sekolah, Datin Maziah sudah menanti di anjung rumah.
Nani melakonkan watak Nini, mencium dahi Datin, bermanja dan makan
menggunakan sudu dan garpu.
 Ketika makan tengah harimdengan hidangan yang sangat enak, dia teringat
sepupunya Zahidin yang terliur apabila melihat ayam goring yang jarang
sekali dapat dirasainya. Sambil makan, mereka berbicara tentang masakan
dan makanan Jepun.
 Kak Finaz memberitahu Nani, mungkin kad pengenalan Nini diambil orang
ketika kemalangan. Kak Finaz telah membelikan buku-buku rujukan, barang
hiasan dan kusyen baru untuk keperluan Nani.
 Kak Finaz menyerahkan diari dan album Nini. Sepanjang ketiadaan Nini,
kak Finaz mengambil peranan Nini dan berhenti kerja sebagai arkitek untuk
menjaga Datin, namun sukar diterima Datin.
 Berdasarkan catatan diari Nini, Nani mendapati ada perkara yang
dirahsiakan oleh Nini.
 Datuk Tengku Makmur menemui Nani pada petang itu dan mengingatkan
bahawa dia bukan papanya apabila Nani memanggilnya papa. Dengan
angkuh dia berjanji memberikan upah lima ratus sebulan kepada Nani untuk
menyamar sebagai Murni.

KERENAH LAILI
 Nani menghadiri perjumpaan untuk membincangkan Hari Sumbangsih.
 Laili menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang pengagihan slot dan
kejujuran jawatankuasa yang terlibat. Ekran tidak bersetuju terhadap
dakwaan Laili.

TERTANYA-TANYA
 Nani tertanya-tanya tentang punca:
 Dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran?
4
 Lidahnya kelu?
 Dia berkeinginan untuk dengan pemuda itu
 Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan
gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya

 Fuziana dan Syafikah datang bertemu dengan Nani di perpustakaan dan


menawarkan menjadi pengacara Malam Bakat Sumbangsih.

EKRAN
 Nani ke Institusi Lingua Franca untuk meminjam beberapa buah buku.
 Sebenarnya hasrat Nani ingin bertemu dengan Ekran.
 Dia terserempak dengan Iskandar yang menawarkan diri untuk
menghantarnya pulang.
 Nani menolak kerana dia tidak mengenali pemuda itu.
 Ekran memberitahu Nani tentang cita-citanya untuk menjadi akauntan.

MELUAH RASA
 Azfa Hanani menyatakan kepada Ekran bahawa dia menyamar sebagai
Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada abang Mazran dan kak
Finaz.
 Dia menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.
 Dia juga ingin membalas jasa pak long dan mak long.
 Abang Mazran dan kak Finaz berjanji untuk menanggung kos rawatan
Zuraini yang lumpuh.

BUKAN DIRANCANG
 Ellins mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah
Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan.
 Nani dihambar rasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah.
Sebenarnya Datin Maziah mahu Nani ke “kelsa tuisyen” seperti kebiasaan
yang dilakukannya.
 Pada mulanya Ellina meminta Nani mengambil tugasnya sebagai pengerusi
forum kerana masa yang sama Ellina terpaksa mengendalikan mesyuarat
secretariat pameran Hari Sumbangsih.
 Kehadirannya ke rumah Ellina akhirnya membuatkannya dilantik menjadi
pengerusi forum.

5
MELULU
 Ellina yang berasa kasian melihat Nani terkial-kial mengenakan tali leher
segera mengajarnya cara-cara mengenakan tali leher yang betul.
 Ellina memberitahu Nani tentang gerai burger Ekran yang dibakar orang.
 Nani ingin mehulurkan simpati kepada Ekran
 Laili membuat tuduhan melulu terhadapnya
 Laili sebenarnya berasa marah kepada Nani kerana Nani sudi menjadi
pengerusi forum tetapi tidak mahu pula menjadi pengerusi Malam Bakat
Sumbangsih.

HADIAH BERERTI
 Datin Maziah mengadakan majlis ulang tahun ke-17 untuk Nani.
 Nani manjadi pengerusi terbaik semasa pertandingan Forum Remaja.
 Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari diisytiharkan
sebagai pemenang.
 Ekran yang datang agak lewat hanya berdiri di depan pintu pagar sahaja dan
menyerahkan hadiah kepada Nani.
 Nani memberitahu kerinduannya terhadap pak long dan mak long serta
sepupunya di kampung.
 Abang berjanji akan membawa Nani pulang bertemu dengan keluarganya di
kampung.
 Abang Mazran meminjamkan telefon bimbitnya kepada Nani supaya Nani
dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.

MISTERI YANG TERSIMPAN


 Nani menelefon rakan-rakan sekolah lama dahulu.
 Nani terkenangkan dirinya yang menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki
dahulu di Sekolah Seri Dian dan kini di Sekolah Taman Sari.
 Kak Finaz memberitahu bahawa abang Mazran bersetuju untuk memasang
telefon di rumah pak long.
 Ababg Mazran juga akan membelikan Nani telefon bimbit yang baru.
 Nani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran dan dia terkejut kerana
hadiah tersebut berupa dompet Nini yang mempunyai wang, beberapa
keping kad dan sehelai kertas catatan.

KUNJUNGAN MENGEJUT
 Nani berkata kepada kak Finaz bahawa dia ingin menyambut kepulangan
pak long dan Zuraini daripada menerima rawatan di Indonesia.

6
 Kak Finaz berjanji untuk membawa Nani balik ke kampung semasa cuti
semester pertama nanti.
 Nani terkejut melihat pak long dan Zuraini barada di rumah Datin Maziah
sekembalinya dari mengikuti kelas bahasa.
 Kerinduan Nani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan
Zuraini.
 Menurut Zuraini, Datuk Tengku Makmur seakan-akan sudah mengenali
keluarga mereka sebelum ini.

HARI SUMBANGSIH
 Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman
Sari.
 Ekran yang menjadi pengerusi Persatuan Palajar Tingkatan Lima SMTS
telah mengendalikan Hari Sumbangsih.
 Ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih itu
akan dipulaukan oleh para pelajar yang tidak berpuas hati.
 Nani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik
persatuan.
 Nani mendesak Ekran untuk berterus terang tentang punca dia menjauhkan
diri daripadanya.
 Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang memeranjatkan.
 Ekran mendedahkan kedudukan sebenar perhubungannya dengan Nini.

TERUSIR
 Nani masih tidak lagi pasti hubungan antara Ekran dan Murni.
 Nani membuat tekaan bahawa Datin Maziah punca hubungan Murni dengan
Ekran terputus.
 Dengan guna teknik tertentu, Nani berjaya membaca rahsia yang terkandung
dalam diari Murni.
 Nani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan
kepastian.
 Daripada pengakuan Tengku Muzaffar, rupa-rupanya dialah yang yang
menjdai punca dalam merosakkan hubungan yang terjalin antara Murni
dengan Ekran.
 Nani tidak berpuas hati kerana sekarang ini Tengku Muzaffar melarangnya
berkawan dengan Ekran.
 Akhirnya berlaku pertengkaran antara mereka dan didengari oleh Datin
Maziah.

7
 Terbongkar rahsia penyambaran Nni sebagai Murni.
 Datin Maziah yang terlalu marah menghina dan menampar Nani.
 Nani dihalau dari rumah malam itu juga.

HAKIKAT
 Nani kini sudah kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati.
 Pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Nani telah
diusir dari rumah Datin Mazaih.
 Sebelum dihantar pulang ke kampung, abang Mazran dan kak Finaz berjanji
untuk memujuk Datin Maziah agar menerima Nani kembali.
 Walau bagaimanapun, Nani sudah membuat keputusan untuk tinggal di
kampung.
 Nani terkejut apabila keluarga Datuk Makmur datang mencarinya di
kampung.
 Setelah Datuk Makmur mencaritakan segala-galanya, terbongkatlah rahsia
yang lama tersimpan. Sebenarnya Datuk Makmur, yang telah melanggar
teksi yang dinaiki oleh Nani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian
ibu bapa Nani.
 Apabila melihat Nani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan, Datin
Maziah tidak sampai hati lalu menyusukannya.
 Selama 16 tahun, Datuk Makmur berusaha menjejaki mencari Nani.
Pencariannya berhasil setelah kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembali
daripada menemani Zuraini untuk mendapatkan rawatan di Indonesia.

SEGALA-GALANYA BERAKHIR
 Nani kembali tinggal di banglo Datuk Makmur dan Datin Maziah
 Dia berasa lega kerana tidak perlu menjadi orang lain lagi.
 Datin Maziah melayannya sama seperti dahulu.
 Tengku Muzaffar semakin mendekatkan diri dengan agama.
 Sebelum di kampung selama ini, Nani mendpat tahu daripada Falina bahawa
Cikgu Zamin akan menjadi abang ipar Kamilah.
 Nani berpesan kepada Falina supaya memberitahu Nordin dan Rozlan
bahawa mereka dianggap sebagai kawan-kawannya sahaja.
 Kutipan wang sempena Hari Sumbangsih juga melebihi matlamat.
 Malam Bakat Sumbangsih berjaya dikendalikan dengan jayanya oleh pelajar
tingkatan Lima Sastera II
 Pasukan Forum Remaja Menengah Taman Sari telah menjadi johan negeri.
 Hubungan Muzaffar dengan Ekran pulih.
8
 Nani juga mengetahui siapa sebenarnya Ekran.
 Nani mendapat kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka.

Anda mungkin juga menyukai