Anda di halaman 1dari 9

SOALAN-SOALAN NOVEL BERDASARKAN NOVEL AZFA HANANI DAN KEMBARA AMIRA.

SET 1

1.

a) Ketabahan merupakan satu sifat yang diterapkan oleh pengarang melalui watak utama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Berikan bukti yang menunjukkan ketabahan watak utama dalam novel yang telah anda kaji. (7 Novel Azfa Hanani *Ketabahan watak utama dalam menuntut ilmu. -Walaupun Azfa Hanani berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Dia sanggup berulang alik ke sekolahnya sejauh 30 km. Beliau menjadi murid yang pandai di sekolahnya. Dia berjaya menempatkan diri dalam aliran sains. Malah Azfa Hanani sanggup melanggar undang-undang sekolah dengan mengambil buku perpustakaan tanpa kebenaran bagi membolehkannya membuat ulangkaji pelajarannya. *Tabah dalam menjayakan misinya penyamaran. -Azfa Hanani sanggup belajar daripada kak Syafinaz tentang perwatakan Tg Murni termasuk cara makan, pemakaian dan cara dia berdepan dengan Datin Maziah. Malah beliau juga sanggup belajar bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris di Pusat Bahasa Lingua Franca agar dia dapat bertutur kedua-dua bahasa tersebut dengan lancar seperti Tg.Murni Novel Kembara Amira Ketabahan ketika dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. -Ketika Amira sedang menunggu Malique di Air Terjun Angin, dia telah terjatuh dan dibawa arus sungai yang deras tetapi dia tetap tabah menghadapi dugaan itu sehinggalah dia diselamatkan oleh Tau dan Itai. Dia juga tabah bersamasama dengan kedua-dua orang asli makan ikan bakar sebelum dihantar pulang kepada Prof. Zaidah. * Ketabahan ketika berusaha mencari sahabat yang hilang -Amira tabah mencari Malique yang hilang kerana dia tahu bahawa Malique mempunyai laporan yang akan menggagalkan usaha OHara untuk mencari emas di kawasan itu. Pencarian Malique walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti terpaksa memanjat gunung yang curam dan berdepan dengan makhluk berbulu, tetapi dihadapi oleh Amira dengan tabah. b) Pengarang memasukkan pelbagai persoalan dalam karyanya untuk memberi iktibar kepada pembaca. Huraikan satu persoalan dalam dua novel yang anda kaji. AZFA HANANI Persoalan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. -Datin Maziah menjaga Tg. Murni bagai menatang minyak yang penuh. Dia menyediakan segala kemudahan kepada Tg. Murni.Misalnya dia menghadiahkan sebuah kereta kepada anak kesayangannya sempena ulangtahun kelahiran -Begitu juga kasih sayang dalam keluarga pak long dan mak long. Azfa Hanani sangat menyayangi Zahidin yang berusia lima tahun sehingga ketika makan makanan yang enak di rumah Datin Maziah,dia teringatkan keluarga pak longnya yang hanya berlaukkan ikan kering. Persoalan tanggungjawab seseorang untuk menepati janji. -Tg.Mazran telah menunaikan janjinya untuk membawa Zuraini mendapatkan rawatan di Indonesia bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya. Datuk Tg.makmur juga menunaikan janjinya untuk mengambil Azfa Hanani sebagai anak angkat setelah dia mengetahui bahawa Hanani ialah anak mangsa yang dilanggar hingga mati. -Tg.Muzaffar juga telah menunaikan janjinya untuk mengajar Azfa Hanani menggunakan KEMBARA AMIRA Persoalan Kasih sayang dalam keluarga -Prof Zaidah amat bimbang akan keselamatan Amira setelah dia dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. .Begitu juga Jeniffer (Ipah) amat risau dan segera ke Gunung Gua Gajah setelah mengetahui bahawa Malique telah hilang di hutan itu. -Tau juga begitu merindui anaknya Sabi yang telah dilarikan oleh isterinya Jennifer\ sehingga dia sanggup menculik Malique dan menjaga makan,minum dan merawatnya sepanjang dia berada di dalam hutan. Persoalan semangat bekerjasama antara satu sama lain. -Prof Zaidah,Dr.Zawawi serta pelajarpelajar tahun akhir Prof.Zaidah bekerjasama mencari artifak di Bukit Mat Raya untuk membuktikan bahawa kawasan tersebut perlu dijaga dan tidak diterokai sewenang-wenangnya. . (8 markah)

markah)

komputer. SET 2

2. a) Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.

(7 markah)

Novel Azfa Hanani: *Pengorbanan seorang gadis untuk menyamar bagi menyelamatkan seorang ibu yang mengalami tekanan jiwa -.Buktinya Azfa Hanani telah diminta oleh Abang Mazran dan Kak Syafinas agar menyamar sebagai Tg. Murni kerana wajah mereka seiras.Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia dalam kemalangan.Oleh tu, Azfa Hanani telah diajar perwatakan sebagai Tg Murni di Hotel Universe. Tindakan ini penting untuk memastikan penyamaran Azfa Hanani berjaya. -Seterusnya Azfa Hanani telah berpindah ke banglo Datin Maziah untuk melakukan penyamaran seperti yang disarankan oleh Kak Syafinaz demi menyelamatkan Datin Maziah yang tertekan sejak kematian anak gadis tunggalnya. Ternyata penyamaran itu membahagiakan Datin Maziah. Novel Kembara Amira: *Ketabahan seorang remaja dalam menghadapi cabaran. -Amira Amir tabah menghadapi cabaran demi menjayakan misi bagi menyelamatkan Bukit Mat Raya daripada pembalakan haram dan menjaga khazanah alam semula jadi di situ agar tidak tercemar.Beliau juga tabah ketika dihanyutkan oleh arus sungai yang deras akibat terjatuh ketika sedang menunggu untuk bertemu Malique. -Prof.Zaidah juga tabah dan sabar semasa berada di Bukit Mat Raya apabila tapak cari gali mereka telah dirosakkan. Beliau tetap meneruskan projek itu walaupun diganggu oleh pelbagai kejadian. ATAU * Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang berlandaskan fitrah manusia. - kasih sayang dalam keluarga. Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya Amira Dia begitu cemas apabila diberitahu Amira hilang sebab dihanyutkan arus sungai. Kasih sayang Tau terhadap anaknya yang dilarikan oleh isterinya Ipah benar-benar menekan jiwanya. Dia sanggup menculik Malique yang dirasakan anaknya Sabi.Naluri seorang bapa benar kerana Malique memang anaknya.. - kasih sayang antara sahabat- Amira menyayangi sahabat karibnya,Jacinta. Dia bimbang akan keselamatan Jacinta yang hilang ketika mencarinya. b) Latar merupakan salah satu aspek dalaman novel yang penting yang meliputi ruang, masa dan masyarakat.Bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (8 AZFA HANANI *Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam keluarga. -Walaupun kehidupan keluarga pak long dan mak longnya susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.Hal ini terbukti apabila Pak long sanggup menggalas tanggungjawab menjaga Azfa Hanani selepas kematian ibu dan bapa Hanani dalam kemalangan jalan raya. *Masyarakat yang berpegang kepada janji. -Tg.Mazran berusaha menunaikan janjinya kepada Azfa Hanani untuk mendapatkan rawatan penyakit lumpuh yang dihidapi oleh Zuraini.Beliau telah membawa Zuraini ke Indonesia untuk menjalani rawatan di sana dan akhirnya penyakit Zuraini dapat disembuhkan. ATAU Bandingkan latar tempat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji. AZFA HANANI 1.Rumah pak long dan mak long. -Tempat Azfa Hanani dibesarkan setelah kematian (8 markah) KEMBARA AMIRA 1. Desa Karpus. -Tempat Prof.Zaidah serta pelajar-pelajarnya KEMBARA AMIRA *Masyarakat yang saling membantu dalam menghadapi masalah. - Buktinya Ludin telah membantu merawat tangan Prog.Zaidah yang terseliuh akibat kemalangan.Meskipun Ludin tidak mengenali Prof. Zaidah, namun dia tetap membantunya sehingga sembuh dengan menggunakan ubatubatan hutan. *Masyarakat yang sayang akan alam sekitar. -Buktinya Prof Zaidah dan pasukannya berusaha membuktikan bahawa kawasan di Bukit Mat Raya merupakan kawasan yang banyak khazanah berharga. Dia mencari sebanyak mungkin artifak di kawasan itu.

markah)

ibu dan ayahnya dalam satu kemalangan jalan raya. Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan. namun Azfa Hanani akur dan sentiasa berfikir untuk membantu keluarga pak longnya keluar daripada kemelut kemiskinan hidup. AZFA HANANI 2.Rumah Datin Maziah dan Datuk Tg. Makmur -Tempat Azfa Hanani melakukan penyamaran bagi membantu Datin Maziah yang mengalami tekanan jiwa akibat kematian anak perempuan tunggalnya, Tg.Murni. Di situlah juga Azfa Hanani akhirnya ditampar oleh Datin Maziah setelah rahsia penyamarannya terbongkar. 3. Hotel Universe -Tempat Azfa Hanani diajarkan oleh Kak Shafinas tentang cara-cara untuk menyamar sebagai Tg. Murni.Azfa Hanani diajarkan cara-cara perlakuan Tg.Murni apabila sampai ke rumah dan berjumpa dengan Datin Maziah nanti. SET 3

mencari gali bahan artifak yang tertana di situ.Mereka telah berjaya menemui beberapa tulang karpus di situ.Pelajar-pelajarnya juga mengalami pelbagai cabaran semasa tinggal di Desa Karpus. KEMBARA AMIRA 2. Stesen kereta api Dahan Hijau -Tempat Amira dan Jachinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk menjemput mereka pergi ke Bukit Mat Raya.Di stesen kereta api itu juga Amira mengerjakan solat subuh yang tidak dapat dikerjakan semasa di atas kereta api. 3. Air Terjun Angin,Bukit Mat Raya -Tempat Amira dan Jacinta berkenalan dengan Malique. Di situlah juga Amira telah tergelincir lalu dihanyutkan oleh arus sungai semasa dia sedang menunggu kedatangan Malique.

3. a) Huraikan pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam novel yang anda pelajari yang dapat dikaitkan dengan
kehidupan. (7 markah) Novel Azfa Hanani - Kita perlulah gigih berusaha dalam menuntut ilmu. Buktinya Azfa Hanani sanggup berulang alik dari rumah pak longnya ke Sek.Men.Sri Dian sejauh 30 km kerana ingin menuntut ilmu dalam bidang sains tulen. Kemiskinan dan keperitan hidup tidak pernah menghalang niatnya untuk terus belajar. - Kita janganlah bersikap bagai kacang lupakan kulit. \ Contohnya Azfa Hanani tetap mengenang jasa pak longnya sekeluarga yang telah memeliharanya selama ini selepas ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya biarpun kini dia tingggal di sebuah bangle mewah. Malah kesediannya menerima tugas untuk menyamar juga merupakan usahanya untuk membalas jasa pak long sekeluarga terhadapnhya. - Kita haruslah bersabar menghadapi ketentuan Allah Buktinya Azfa Hanani tetap bersabar sewaktu dia dihalau oleh Datin Maziah selepas rahsia penyamarannya terbongkar. Malah dia juga ditampar. Azfa Hanani tidak menyalahkan Tg.Mazran yang memintanya menyamar ataupun Tg.Muzaffar kerana membocorkan rahsia penyamarannya. Dia menerima herdikan dan kemarahan Datin Maziah dengan tabah dan sabar. Kembara Amira - Kita perlulah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Contohnya kasih sayang Prof.Zaidah kepada anaknya, Amira.Sebagai ibu, beliau membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih ekoran daripada Jacinta masih tidak sedarkan diri. Prof.Zaidah juga tidak menghalang jika Amira dan Jacinta mengikuti program cari galinya kerana dengan cara itu mereka dapat bersama memandangkan suaminya terlalu sibuk. -Kita perlu memelihara dan menghargai alam semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah. Contohnya Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang telah disiapkannya semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas OHara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Tau pula sanggup menunjukkan Gunung Gua Gajah yang mengandungi pelbagai artifak bernilai semata-mata supaya Pof Zaidah mendapat pelbagai bukti bahawa kawasan itu memang mengandungi khazanah berharga yang harus dipelihara. -Kita haruslah membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya Ludin menolong mengubati tangan Prof.Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama-sama Pak Lias. Itai dan Tau juga sanggup menolong Amira yang hampir lemas di air terjun semasa menunggu Malique. Malah, Itai juga sanggup membantu Amira dan Jacinta mencari Malique yang hilang. b) Huraikan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji. (8 markah) Novel Azfa Hanani *Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

-Datin Maziah amat menyayangi anaknya Tg.Murni. Dia tidak membenarkan Tg.Murni menaiki bas ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan Tg.Murni. Beliau juga telah menghadiahkan sebuah kereta kepada Tg. Murni sempena ulang tahun kelahirannya. Hal ini membuktikan bahawa beliau begitu menyayangi anak perempuan tunggalnya itu. *Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya - Tg. Mazran sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memulihkan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya. Dia sanggup mencari pengganti Tg.Murni iaitu Azfa Hanani yang mempunyai wajah yang seiras dengan adiknya. Dia juga sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi mengubati penyakit lumpuh Zuraini sebagai balasan pengorbanan yang dilakukan oleh Azfa Hanani. *Kasih sayang dalam sebuah keluarga. -Azfa Hanani amat menyayangi sepupunya.Hal ini terbukti apabila Azfa Hanani sanggup menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tg.Murni kerana Tg.Mazran telah berjanji akan menanggung kos rawatan Zuraini yang menghidap penyakit lumpuh. Hal ini menunjukkan dia akan menyayangi Zuraini. Begitu juga Azfa Hanani sering teringatkan anakanak pak longnya terutamanya Zahidin ketika dia makan di rumah Datin Maziah. Dia membayangkan keluarga pak longnya hanya makan nasi berlaukkan ikan kering. Manakala dia makan makanan yang amat enak di rumah Datin Maziah. Novel Kembara Amira *Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. -Buktinya Prof.Zaidah yang sanggup menangguhkan kerjanya seketika demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Amira telah pergi ke Gunung Gua Gajah bersama-sama Jacinta dan Itai tanpa pengetahuan ibunya. Prof Zaidah juga memeluk Amira yang sedang risau dan bimbang akan keselamatan Jacinta yang masih belum sedar daripada pengsan. Hal ini membuktikan bahawa beliau amat menyayangi anaknya, Amira. *Kasih sayang sesama sahabat. -Perasaan ini dapat dilihat antara Amira dan Jacinta. Ketika Amira tergelincir ke dalam sungai semasa menunggu Malique, Jacinta berusaha untuk menolong Amira walaupun tidak berjaya. Sebaliknya Jacinta telah hilang dan akhirnya dijumpai oleh Tau. *Kasih sayang terhadap alam sekitar - Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkannya semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas oleh OHara yang boleh memusnahkan hutan alam semula jadi di Desa Karpus. Tau pula sanggup menunjukkan Gunung Gua Gajah yang mengandungi pelbagai artifak bernilai semata-mata supaya Porf Zaidah mendapat pelbagai bukti bahawa kawasan itu memang mengandungi khazanah berharga yang harus dipelihara. SET 4

4. a) Tulis sinopsis novel yang telah anda kaji.

(7 markah)

Novel Azfa Hanani Permulaan: Azfa Hanani ditawarkan oleh Tg.Mazran untuk menyamar sebagai Tg.Murni adiknya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.Azfa Hanani menerima tawaran itu demi mengubati Datin Maziah yang mengalami tekanan jiwa kerana tidak dapat menerima kematian anak perempuan tunggalnya. Perkembangan Bagi menjadikan penyamarannya lebih berjaya, dia sanggup mempelajari perwatakan Tg Murni daripada Kak Syafinaz di Hotel Universe serta mempelajari bahasa Jepun dan Inggeris di Pusat Bahasa Linguafranca.Azfa Hanani tinggal di banglo Datin Maziah dan bersekolah baru di SMK Taman Sari.Dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi forum semasa Hari Sumbangsih sekolah.Rahsia percintaan Ekran dan Tg.Murni diketahui melalui diari Tg.Murni. Konflik Afza Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana dia ingin mengetahui punca Tg.Muzaffar tidak senang dengan Ekran. Pertengkaran itu berlanjutan sehinggalah Datin Mziah terdengar lalu menampar dan memarahi Azfa Hanani Puncak Penyamaran Azfa Hanani terbongkar dan dia dihalau oleh Datin Maziah. Hanani pulang ke rumah pak long dan mak longnya. Peleraian Datin Maziah dan Tg.Makmur cuba memujuknya kembali tinggal di banglo mereka.Rahsia kemalangan keluarga Azfa Hanani juga terbongkar.Akhirnya Azfa Hanani memaafkan mereka dan bersedia kembali ke banglo dengan syarat dia menjadi sebagai dirinya sendiri. Novel Kembara Amira Permulaan

Amira dan Jacinta menghabiskan cuti sekolah mereka dengan menyertai program cari gali yang diketuai oleh Prof Zaidah di Bukit Mat Raya. Perkembangan Amira berkenalan dengan Malique, lelaki yang dilihatnya di dalam kereta api. Amira telah dihanyutkan oeh arus sungai yang deras ketika menunggu Malique dan hampir lemas, namun berjaya diselamatkan oleh Tau dan Itai,Jacinta pula hilang dan pengsan ketika cuba menyelamatkan Amira. Konflik Beberapa kemalangan menimpa kumpulan cari gali Prof.Zaidah seperti kawasan khemah disabotaj,kereta yang dipandu Pak Liaz mengalami masalah brek sehingga menyebabkan kemalangan menimpanya dan Prof.Zaidah.Dr.Zawawi mencadangkan supaya projek cari gali itu dibatalkan namun ditentang oleh Prof.Zaidah. Puncak Kisah keluarga Tau terbongkar.Itai dan Malique menyedari bahawa mereka ialah adik-beradik.Ludin bapa saudaranya dan Tau ialah bapa kandung mereka. Peleraian Amira meneruskan kerjaya dalam bidang aeroangkasa,manakala Itai memilih jurusan perubatan.Malique pula sibuk dengan projek IT.Jacinta menguruskan perniagaan bapanya di Paris, manakala Prof.Zaidah masih meneruskan kerja cari galinya di Bukit Mat Raya. b) Huraikan nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. ( 8 markah )

Novel Azfa Hanani Nilai Kasih sayang- Buktinya kasih sayang pak long dan mak long kepada Azfa Hanani. Mereka sanggup menjaga Hanani dari kecil hinggalah remaja. Walaupun Azfa Hanani bukan anak kandung mereka, tetapi mereka menjaganya seperti anak sendiri. Hal in membuktikan bahawa mereka begitu menyayangi Azfa Hanani.Selain itu, Datin Maziah juga amat menyayangi anaknya, Tg.Murni sehinggakan dia tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki bas ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya sebaliknya dihantar setiap hari oleh kak Finaz. Nilai bertanggungjawab - Buktinya Ekran amat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugasnya untuk menjayakan projek Hari Sumbangsih sekolahnya agar berjalan dengan lancar. Hasil usahanya itu membolehkan sekolah dapat mengutip derma sebagaimana yang disasarkan.Azfa Hanani juga seorang yang bertanggungjawab.Dia telah mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang dipinjamkan dari perpustakaan sekolah lamanya kepada Cikgu Zamin. Nilai kegigihan- Buktinya Azfa Hanani sanggup mengambil buku-buku rujukan dari perpustakaan sekolah lamanya tanpa kebenaran untuk membolehkannya membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Hanani juga berusaha gigih mencari ilmu dengan berulang alik ke Sekolah Menengah Sri Dian sejauh 30 km setiap hari. Hal ini membuktikan bahawa dia begitu gigih berusaha. Novel Kembara Amira. Nilai bekerjasama-Buktinya Ludin membantu merawat tangan Prof.Zaidah yang cedera akibat kemalangan yang dialaminya sehingga sembuh. Meskipun Ludin baru sahaja mengenali Prof.Zaidah namun Ludin tetap membantu Prof Zaidah dengan menggunakan akar-akar kayu dan herba-herba hutan. Nilai kasih sayang - Amira amat menyayangi ibunya, Prof Zaidah. Prof Zaidah juga menyayangi Amira.Buktinya Prof.Zaidah memeluk Amira setelah dijumpai selepas hilang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras.Prof Zaidah juga sanggup meninggalkan projek cari galinya semata-mata untuk mencari Amira yang sekali lagi bertindak tanpa memberitahunya terlebih dahulu apabila pergi bersama Jacinta ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique yang hilang di sana. Nilai hormat-menghormati.Buktinya Dr.Zawawi menghormati Prof.Zaidah sebagai ketuanya walaupun dia seorang perempuan.Ketika kemalangan demi kemalangan menimpa pasukan cari gali mereka, khemah disabotaj, Prof Zaidah dan Pak Lias sendiri terlibat dalam kemalangan, dia pernah mencadangkan agar menangguhkan projek mereka. Namun, apabila Prof.Zaidah berkeras untuk meneruskannya, dia akur dengan keputusan ketuanya. Nilai keberanian- Buktinya Amira berani mengambil risiko untuk mencari Malique yang hilang. Amira dan rakan-rakannya pergi mencari Malique di Gunung Gua Gajah. Meskipun Amira seorang gadis, namun dia tetap berani mengambil risiko untuk mencari Malique. Beliau juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu demi menyelamatkan seorang kawan.

SET 5

5. a) Selain watak utama, watak sampingan berperanan penting dalam mencerna perkembangan cerita sesebuah novel.
Nyatakan satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji. (7 markah) Novel Azfa Hanani Tengku Mazran - Beliau merupakan anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah serta suami kepada Kak Shafinas.Selain itu , dia merupakan abang kepada Tg.Murni dan Tengku Muzaffar.Beliau merupakan seorang anak yang berttanggungjawab.Buktinya dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawar iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tg.Murni yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya. Tengku Mazran juga seorang yang penyayang-Buktinya dia dengan bantuan isterinya telah berusaha menjadikan penyamaran Azfa Hanani suatu yang benar-benar realistik. Hal ini terbukti apabila mereka mengajar Azfa Hanani di Hotel Universe tentang perwatakan Tg.Murni dan menghantar Azfa Hanani belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun di Pusat Bahasa Lingua franca. Di samping itu, Tengku Mazran juga seorang yang prihatin. Contohnya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani yang telah menolongnya untuk menyamar sebagai adiknya Tengku Murni. Beliau juga seorang yang menepati janji.Buktinya dia berusaha mengubati penyakit lumpuh yang dialami oleh Zuraini sehingga sembuh.Dia berusaha membawa Zuraini ke Indonesia untuk memastikan Zuraini sembuh setelah Azfa Hanani menerima tawarannya untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Novel Kembara Amira Jacinta -Beliau merupakan seorang anak yang telah kematian ibu ketika dia masih kecil dan ayahnya telah berkahwin lain. Jacinta seorang yang memendam rasa. Buktinya dia rasa tidak puas hati terhadap ayahnya yang mendirikan perkahwinan keduanya dan dia tidak pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya.dia memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga dengan menghabiskan cuti bersama-sama Amira.Dia seorang sahabat yang setia. Buktinya dia sanggup berkorban dan membahayakan diri demi persahabatannya dengan Amira. Dia rela mencari Amira seorang diri semasa Amira dihanyutkan arus sungai walaupun dia tahu bahaya yang akan menimpanya kerana tempat itu begitu asing baginya tetapi dia rela demi keselamatan sahabatnya. Selain itu, dia seorang yang mudah terasa.Buktinya dia mudah terasa apabila orang lain bertanya tentang keluarganya.Contohnya apabila Itai bertanya mengenai ayahnya sewaktu mereka sedang membuat kerja cari gali di tapak yang disediakan untuk mereka. Jacinta telah merajuk dan terus meninggalkan tempat itu. b) Bandingkan satu nilai keberanian yang terdapat dalam 2 buah novel yang anda kaji. (8 markah ) AZFA HANANI Keberanian menanggung risiko Keberanian Azfa Hanani menerima tugas menyamar sebagai Tengku Murni.Apabila diterangkan rancangan ini oleh Tg.Mazran dan kak Finaz di bilik pengetua Azfa Hanani berani menerima tawaran tersebut walaupun berhadapan dengan risiko yang cukup besar jika penyamarannya terbongkar satu hari nanti. Azfa Hanani berani menjadikan penyamaran itu sebagai realiti dengan sanggup belajar tentang perwatakan Tengku Murni daripada kak Finas di Hotel Universe.Dia juga belajar bahasa Jepun dan Inggeris di Pusat Bahasa. KEMBARA AMIRA Keberanian dalam menyelamatkan seorang rakan Amira berani mencari Malique yang hilang.Amira cuba memberitahu mamanya tentang Malique yang mungkin berada di Gunung Gua Gajah berdasarkan bukti terjumpanya mobile disk di situ. Oleh sebab mamanya sibuk, maka Amira telah pergi ke sana bersama-sama Jacinta, Pak Lias dan Roslan. Mereka berani mendaki gunung tersebut kerana percaya Malique terdapat di atasnya. Pencarian mereka akhirnya berjaya menemui Malique di situ dan lelaki itu berjaya diselamatkan.

SET 6 a)Watak utama amat penting untuk menggerakkan jalan cerita sesebuah novel. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 7 markah ) AZFA HANANI -Beliau seorang yang sanggup berkorban.Buktinya dia berkorban kepentingan diri demi memastikan Datin Maziah dapat menjalani kehidupan dengan tenang setelah kematian anak perempuan tunggalnya, Tg.Murni. Pengorbanan Azfa Hanani juga telah membolehkan sepupunya, Zuraini menjalani rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuh yang dialaminya. Hal ini membuktikan bahawa Azfa Hanani sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri demi memastikan orang lain bahagia. -Beliau seorang yang rajin berusaha. Buktinya dia rajin mengulangkaji pelajaran. Oleh kerana kemiskinan hidup, dia sanggup meminjam buku dari perpustakaan sekolahnya bagi membolehkannya membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Dia juga sanggup berulang alik ke sekolah sejauh 30 km untuk menimba ilmu pengetahuan. Hal ini membuktikan dia seorang yang rajin berusaha. -Beliau seorang yang penyayang. Buktinya, dia sangat menyayangi anak-anak pak longnya. Dia sering teringatkan keluarga pak longnya terutama ketika dia sedang menikmati makanan yang enak dan lazat ketika berada di rumah Datin Maziah. Dia terbayangkan keluarga pak longnya yang sering makan nasi berlaukkan ikan kering akibat kemiskinan hidup.Azfa Hanani sering teringatkan Zahidin yang amat rapat dengannya.Dia juga amat menyayangi Zuraini hingga dia sanggup berkorban demi memastikan Zuraini dapat hidup sempurna seperti orang lain. Hal inilah yang membuktikan bahawa dia seorang yang penyayang. -Beliau seorang yang bertanggungjawab.Buktinya dia bertanggungjawab untuk mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang dipinjamkan dari perpustakaan kepada Cikgu Zamin walaupun dia boleh bersikap lepas tangan jika dia mahu, tetapi itu bukanlah sikapnya yang sebenar. KEMBARA AMIRA Watak utamanya ialah Amira. -Beliau seorang yang tabah menghadapi cabaran. Buktinya Amira tetap tabah menghadapi cabaran ketika mengikuti projek cari gali di Bukit Mat Raya. Dia hampir mati lemas setelah dihanyutkan oleh arus sungai yang deras ketika menunggu Malique di Air Terjun Angin. -Beliau juga seorang yang bertanggungjawab.Buktinya dia menjaga sahabat baiknya, Jacinta yang masih belum sedarkan diri selepas sesat di dalam hutan. Atas rasa bertanggungjawab jugalah dia bersama-sama Pak Lias dan Itai pergi ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique. -Beliau seorang yang penyayang.Buktinya dia amat menyayangi ibunya, Prof Zaidah.Dia sanggup bersama-sama ibunya untuk menjalankan projek cari gali di Bukit Mat Raya semata-mata tidak mahu berjauhan dengan ibunya. Dia juga risau dan bimbang akan keselamatan ibunya setelah ibunya terlibat dalam satu kemalangan bersama-sama Pak Lias.Dia memeluk ibunya ketika ibunya sedang bercerita tentang kejadian yang menimpanya. -Beliau seorang yang mahir dalam bidang komputer.Buktinya dia sering membantu mengemas kini e-mel ibunya dengan memasukkan penemuan-penemuan arkeologi yang terbaharu. Dia juga berjaya mendapatkan klu untuk membuka mobiledisk yang dijumpai di Gunung Gua Gajah seterusnya memudahkan mereka menjejaki Malique yang hilang.

Lengkapkan sinopsis novel Azfa Hanani di bawah ini dengan kata atau rangkai kata yang sesuai. Novel ini mengisahkan ________(1)______________ dan kemuliaan hati seorang gadis yang bernama Azfa Hanani. Dia ditawarkan oleh ________(2)_________ untuk menyamar sebagai Tengku Murni, anak perempuan tunggal______(3)______ dan Datin Maziah yang terkorban dalam kemalangan jalan raya. Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu telah koma. Apabila dia tersedar dia tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis kesayangannya telah _________(4)_________. Azfa Hanani yang wajahnya _______(5)_______ Tengku Murni menerima tawaran tersebut kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan __________(6)____________ nya, Zuraini yang lumpuh sebagai balasan. Azfa Hanani kemudiannya dibawa balik ke banglo Datin Maziah setelah diberi penjelasan dan tunjuk ajar tentang tingkah laku Tengku Murni. Dia dihantar bersekolah di ___________(7)_______________ tempat Tengku Murni bersekolah dahulu. Di situ, dia mengenali kawan-kawan Tengku Murni termasuklah beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni. Penyamaran Azfa Hanani akhirnya _________(8)____________apabila Azfa Hanani membaca _________(9)_________ Tengku Murni. Tengku Muzaffar menghalang hubungan Tengku Murni dengan _____(10)_________ kerana dia berasal daripada keluarga miskin. Hal ini menyebabkan ________(11)_________ antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengari oleh ________(12)___________. Azfa Hanani dimarah dan ditampar oleh Datin Maziah kerana _____(13)________sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya telah ______(14)________ dari banglo tersebut. Azfa Hanani kembali ke rumah ________(15)_________nya. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke _________(16)___________ untuk memujuk Azfa Hanani supaya kembali ke banglo mereka. Datuk Tengku Makmur menjelaskan bahawa dialah yang bertanggungjawab atas kematian ______(17)______ Azfa Hanani 16 tahun dahulu. Dia amat berharap agar dapat menjaga Azfa Hanani sebagai ________(18)_________ yang dilakukannya dahulu. Azfa Hanani kembali ke banglo itu dengan _________(19)__________ yang sebenar. Azfa Hanani akhirnya mengetahui bahawa ibu bapa Ekran bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Azfa Hanani turut mendapatkan kepastian tentang ________(20)_______mereka. 1. 2. 3. 11 . 12 . 13 8

4.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

5.Kampung 6.Datin 7. 8.

Merpati

Maziah

Sepupu

9.Terbongkar 10 Sekolah .

Menengah Taman Sari

. 14 . 11 15 Pak long / mak long . . 12 16 Seiras . . 17 13 . Pertengkaran . 18 . 14 19 Datuk Tengku Makmur . . 15 20 Meninggal dunia .

Ibu bapa Perhubungan Menyamar Diari

10 pengorbanan .

. 16 . 17 . 18 . 19 . 20 .

Pertengkaran Sepupu diusir Ekran Tengku Mazran

Anda mungkin juga menyukai