Anda di halaman 1dari 7

Azfa Hanani

(Halis Azhan Mohd Hanafiah)



NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang
terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum
dalam
sesebuah karya sastera

Nilai
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang
terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum
dalam
sesebuah karya sastera

i. Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban
dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar
sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak
termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku
Makmur.

ii. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya,
walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga miskin, namun
dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak
meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun
belajar demi masa depannya dan keluarga pak longnya.

iii. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi
Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu menyayangi anak
gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has
ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

iv. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan
burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi
perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala teori yang
telah dipelajarinya di sekolah. Selain itu, bukti nilai kerajinan
boleh dilihat daripada kesungguhan Azfa Hanani merebut
peluang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut
Lingua Franca untuk memahirkan bahasa Inggeris semasa
menyamar sebagai Tengku Murni. Tambahan pula, dia memang
menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris
semenjak di kelas menengah rendah lagi iaitu dalam Peperiksaan
Menengah Rendah lagi.

v. Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana
sepupunya, Zuraini dapat berjalan semula selepas mendapatkan
rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga angkatnya.
vi. Nilai tanggungjawab. Contohnya Azfa Hanani sanggup
1. Nilai bekerjasama
Contoh:
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama
untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

2. Nilai kasih sayang
Contoh:
Kasih-sayang antara ibu dan anak. Sebagai ibu, Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana
Jacinta tidak sedarkan diri setelah dihanyutkan oleh arus sungai.
3. Nilai keberanian
Contoh:
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat
digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang
disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari
emas Ohara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa
Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.







menyamar menjadi Tengku Murni kerana bertanggungjawap
untuk memastikan Datin Maziah kembali hidup normal daripada
tekanan perasaan disebabkan Datin Maziah tidak dapat
menerima hakikat anak tunggal perempuan terbunuh dalam
kemalangan jalan raya.





6. Nilai kesopanan
Contoh:
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang
beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.

7. Nilai ketaatan
Contoh:
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak
membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.

8. Nilai amanah
Contoh:
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai adalah
anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai
percutiannya di Bukit Mat Raya.

10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang tercedera
akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

Watak Perwatakan Watak Perwatakan
Watak Utama
Azfa Hanani

Gadis cantik berusia 17 tahun dan berwajah lembut . Air mukanya yang jernih
mengambarkan sifat penyayangya.
Ibu bapanya berkahwin muda ketika berusia 19 tahun tetapi malangnya kedua
ibu bapanya itu telah meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mengalami
kemalangan jalan raya terjunam ke dalam gaung. Semasa kejadian Azfa Hanani
masih bayi.
Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan
setelah kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Sri Dian
dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
PMR. Namun, dia menghadapi masalah kerana lemah dalam subjek bahasa
Inggeris.
Baik hati dan sanggup berkorban. Contohnya Azfa sanggup untuk menyamar
menjadi Tengku Murni kerana dia tahu bahawa dengan cara tersebut Zuraini Anak
Pak Longnya, juga sepupunya akan mendapat rawatan menyembuh masalah
lumpuh yang dihadapi apabila Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz bersetuju
untuk menanggung kos rawatan Zuraini sebagai imbal balas kesudian Azfa Hanani
menyamar menjadi Tengku Murni.
Tabah mengharungi dugaan hidup. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi
yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku liku hidup di rumah banglo
milik keluarga baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya
dalam menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu
ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat
Azfa Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot
kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
Mengenang budi. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang
berada setelah kematian kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan
jalan raya. Sebagai balasan pengorbanan Pak Longnya memeliharanya semenjak
kecil, dia sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan Kak Syafinaz untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Hal ini kerana mereka telah berjanji kepada
Azfa Hanani untuk merawat sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang
mengalami masalah lumpuh.
Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada
masalah tekanan perasaan.

Watak Utama
Amira
Pelajar sekolah swasta.
Anak Profesor Zaidah dan ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki
Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan
dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama
pelajar-pelajar ibunya.
Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja
lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi menjumpai artifak yang
lebih bermakna daripada tulang karpus.


WATAK SAMPINGAN

1. Jacinta
Berkulit cerah.
Berbangsa Cina.
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
Anak seorang jutawan.
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak berpuas hati dengan
ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya
diungkit.
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa bersama-sama dan
menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.

2.
Watak Sampingan
Datin Maziah

Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran,
Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku
Murni.
Tertekan sebagai akibat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang
gadis muda.

Tengku Murni

Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin
Maziah.
Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
Anak yang taat kepada orang tuanya.
Dia begitu manja dengan ibunya.
Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya,
Tengku Muzaffar.

Tengku Muzaffar

Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang undang
Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani

Datuk Tengku Makmur

Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah
mengetahui identiti sebenarnya.

Itai
Berkulit gelap.
Berbadan tegap.
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
Anak kepada Tau.
Bakal ketua kampung.
Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah belajar daripada Tau,
akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya
menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki batu
Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan emas
untuk dijadikan loket.
Seorang yang berani. Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk
berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai
dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka
jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.

3. Profesor Zaidah

Wanita pertengahan usia
Ibu kepada Amira
Pensyarah universiti
Meminati bidang arkeologi
Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika
sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.

Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di Desa Karpus, Prof
Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja yang akan
dilakukan.


Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun Prof Zaidah dihujani
dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah disabotaj
sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek cari gali
tersebut.


Anda perlu bijak menghurai setiap isi dan mengaitkan peristiwa yang berlaku
di dalam novel untuk mendapat markah isi yang cemerlang.

Justeru, anda perlu membuat banyak latihan dan insyaAllah anda akan
memperoleh kejayaan.












Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)

PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH
PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN LAGI TEMA
YANG INGIN DISAMPAIKAN.
PERSOALAN MERUPAKAN IDEA SAMPINGAN YANG DIGARAPKAN OLEH
PENGKARYA DALAM KARYANYA UNTUK MENGUKUHKAN LAGI TEMA
YANG INGIN DISAMPAIKAN.
Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Azfa Hanani
ialah:-
Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al
Quran kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia setelah terlibat
dengan kemalangan jalan raya semasa dia masih kecil. Bahkan juga ketaatan Azfa
terbukti apabila TengkuMuzaffar meminta Azfar Hanani yang menyamar sebagai
Tengku Murni membacakan surah Yassin kepada adiknya Tengku Murni hal ini
kerana beliau sering mendengar dan melihat Azfar Hanani akan membaca surah
berkenaan selepas sembahyang untuk disedekah kepada kedua arwah orang
tuannya.

Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang
penuh ranjau dan duri. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang
berada.Dia juga tabah menghadapi liku liku hidup di rumah banglo milik keluarga
baharunya semasa menyamar menjadi Tengku Murni terutamanya dalam
menghadapi Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego
dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka merendahkan martabat Azfa
Hanani yang dianggap cuba untuk mengambil kesempatan untuk membolot
kekayaan mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.

Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang
baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku
Murni untuk membantu sepupunya Zuraini yang memerlukan kos yang tinggi untuk
rawatan lumpuh yang dihadapinya.

Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa
Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dan dia gigih belajar dengan
tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya apabila mengambil
kesempatan belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca
untuk memahirkan lagi penguasaannya dalam bahasa tersebut semasa menyamar
menjadi Tengku Murni dan tinggal dengan keluarga Datin Maziah.




Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam Novel Kembara
Amira ialah:-
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini
digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya
demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Prof Zaidah juga menyesali dirinya
yang selama ini hanya menumpukan kerjayanya sedangkan dia tidak mempunyai
banyak masa untuk bersama anaknya Amira.

2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-
anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana
tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah
kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak
daripada berjumpa dengan keluarganya.

3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan
penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas. Hal ini terbukti dengan
kehadiran John OHara berusia setengah abad ke Bukit Mat Raya untuk
membuktikan bahawa kawasan tersebut mengandungi emas atau tidak. Sekiranya
terbukti kawasan tersebut mengandungi emas suadh pasti kawasan tersebut akan
diterokai dan kawasan hutan di tempat berkenaan akan musnah apabila usaha
cari gali emas dijalankan di kawasan tersebut.

4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui
sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya
kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5.

Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk
Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai
golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Di sekolah
pula, rakan-rakan Azfa Hanani seperti Laili, Syafikah, dan Fuziana juga
memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup
miskin.

vi) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah
terlalu menyayangi Tengku Murni sehingga dia tidak dapat menerima
kenyataan bahawa anaknya telah meninggal dunia.

vii) Persoalan memutuskan perhubungan antara dua insan kerana perbezaan
darjat. Tengku Muzaffar begitu benci kepada Ekran iaitu kawan Tengku Murni dan
antara faktor menyebabkan hubungan Tengku Murni terputus dengan Ekran
kerana Tengku Muzaffar beranggapan Tengku Murni tidak layak untuk berkawan
dengan Ekran kerana dia pelajar miskin dan menjual burger untuk menampung
kehidupannya.
viii) Persoalan wang dan kekayaan mampu mengubati penyakit kronik. Buktinya,
Tengku Mazran dan keluarganya mampu membiayai perubatan Zuraini dengan
menghantarnya ke Indonesia untuk memperoleh perubatan yang terbaik dan
akhirnya dengan izin Allah Zuraini berjaya diubati dan dapat hidup seperti orang
biasa.

ix) Kepentingan sejarah dalam ketamadunan manusia. Contohnya, Prof. Zaidah dan
Dr. Zawawi, dan pelajar tahun akhir universiti membuat kajian tentang arkeologi
bagi mencari bahan bukti kewujudan manusia beribu-ribu tahun dahulu yang
terdapat di negara ini.
Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang
terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama
Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa
Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin
yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah
yang mengalami keretakan tulang tangannya. Akhirnya, dengan perubatan
menggunakan buluh yang sudah dibelah kecil, daun-daun seperti daun kunyit, dan
bungkusan kecil, keretakan tulang tangan Prof Zaidah dapat disembuhkan oleh Tai
dan Ludin.

7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira
yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Mereka berdua
bersekolah di sekolah swasta. Amira dan Jachinta telah bersama-sama
mengharungi cuti persekolahan dengan menyertai eskavasi mencari tulang korpus
yang diusahakan oleh Prof Zaidah bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di
Bukit Mat Raya.

8. Persoalan sikap negatif masyarakat yang tidak menerima kehadiran
seseorang yang berlawanan kulit, contohnya Ipah tidak diterima oleh
masyarakatnya kerana kulitnya putih dan matanya biru. Perbezaan kulit dan warna
matanya menyebabkan rakan-rakan sebaya dalam kalangan masyarakat Orang
Asli memulaunya.
9. Persoalan harapan seorang ibu agar anaknya mengenali hutan tempat
kelahirannya. Contohnya Jeniffer atau Ipah, telah mendesak anaknya Malique
menyertai program yang diatur oleh John OHara ke Bukit Mat Raya dengan
harapan anaknya akan mengenali tempat kelahirannya. Hal ini kerana Malique
atau Sabi dilahirkan di situ dan bapanya sebenar ialah Tau dan mempunyai
seorang adik bernama Itai.

Anda mungkin juga menyukai