Anda di halaman 1dari 3

Tugasan : Kajian Novel AZFA HANANI Tajuk : Watak Dan Perwatakan Kumpulan : Tingkatan 4 ARIF 1.

1. MOHAMAD IKMAL NAIM BIN AZMI 2. MUHD ARIFF BIN SALLEH 3. LEE LI YEN

WATAK DAN PERWATAKAN


WATAK PROTAGIS (WATAK UTAMA) AZFA HANANI Watak : Gadis berumur 17 tahun . Murid tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Dian dan Sekolah Menengah Taman Sri . Anak yatim piatu dan miskin.

Perwatakan : Seorang yang cantik , ayu dan lembut. Kata Ellina , aku memiliki seraut wajah yang lembut. Kata Falina , air mukaku yang jernih menggambarkan sifat penyayangku. Kata Aini pula dalam celotehnya yang nakal,kalaulah aku sudah bersedia untuk memiliki seorang teman sekarang,anak muda itu pasti akan berjanji mencintaiku sepanjang hayatku. (halaman 152) Bijak :dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi forum sehingga berjaya meraih kemenangan sebagai pengerusi forum terbaik. Kata-kata Ellina itu mengingatkan aku tentang sesuatu yang sukar untuk dipercayai . Aku telah diumumkan sebagai pengerusi forum terbaik pada hari itu dan keputusan itu sesuatu yang tidak kuduga........ (halaman 142) Penyayang : dia sentiasa teringatkan Pak Long , Mak Long dan sepupu-sepupunya terutama Zahidin di Kampung Merpati . Dia berusaha membantu Zuhaini yang lumpuh. Tidak lupa diri : dia mengingatkan Ekran dan kawan-kawan yang lain bahawa dia ialah Azfa Hanani , anak yatim piatu yang miskin bukannya Murni. Saya bukan anak manja Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah . Saya anak orang miskin dan yatim piatu. Tak ada ayah , tak ada ibu dan sekarang sedang merasa tuah diuntung, jelasku berterus terang ketika ada orang yang sudi mendengar. (halaman 106)

WATAK PEMBANTU / SAMPINGAN...

EKRAN Watak : Nama sebenar Muhammad Ekran bin Muhammad. Rakan sekolah Azfa Hanani dan merupakan Pengerusi Persatuan Tingkatan 5.

Perwatakan : Rajin : dia menjual burger apabila kelapangan untuk mencari pengalaman dan wang saku. Berwawasan tinggi : mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi akauntan . Saya nak jadi akauntan, Hanani. Dengan berniaga , saya belajar secara tidak langsung mengenai akaun , wang keluar , wang masuk dan sebagainya . Di sekolah saya belajar teori , di sini pula saya praktikal, jelas Ekran sambil bersandar di kerusi. (halaman 101)

DATUK TENGKU MAKMUR Watak : Hartawan dan berketurunan bangsawan dan mempunyai dua isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda.

Perwatakan : Bengis dan sombong : dia memberi amaran kepada Azfa Hanani supaya tidak memanggilnya papa kecuali di depan Datin Maziah. Dia juga memberikan upah RM500 sebulan kepada Azfa Hanani kerana membantu keluarganya mengubati Datin Maziah dengan berlakon sebagai Murni. Bertanggungjawab : dia mengambil berat tentang Datin Maziah dan keluarganya. Dia juga menunaikan janjinya untuk menyara Azfa Hanani yang kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya akibat kecuainnya. LAILI Watak : Gadis berumur 17 tahun . Anak Datuk Minhad , seorang hartawan . Ahli kumpulan Budak Glamor.

Perwatakan : Sombong : dia menghina Azfa Hanani yang dikatakan berasal dari kampung dan menyindir apabila Azfa Hanani dapat menjawab dengan lancar soalan yang dikemukakan oleh guru Sains . Dia juga mengambil alih tugas murid Tingkatan 5 Sastera 2 sebagai pengendali Malam Bakat Sumbangsih kerana menganggap muridmurid kelas sastera lembap dan tidak mampu mengendalikan program berprestij itu. Tidak menjaga maruah diri : dia membiarkan Iskandar memegang tangannya di kawasan sekolah dan membonceng motosikal Iskandar sehingga mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya . PAK LONG

Watak

: Nama sebenar ialah Madi. Berumur sekitar 50-an. Bapa saudara Azfa Hanani dan hidup dalam kemiskinan.

Perwatakan: Bertanggungjawap : dia memelihara Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang . Dia juga mengingatkan Tengku Mazran supaya menjaga Azfa Hanani dengan baik. Tidak mudah putus asa: dia berusaha untuk mengubati penyakit lumpuh anak sulungnya, Zuhaini. TENGKU ELLINA Watak : Rakan sekolah Azfa Hanani dan dua pupu kepada Tengku Murni. Setiausaha Hari Sumbangsih dan pengawas sekolah.

Perwatakan : Bertanggungjawab : dia menjalankan tugas sebagai pengawas dan setiausaha Hari Sumbangsih dengan baik. Dia juga mencari pengganti untuk mempengerusikan forum apabila dia tidak sempat melakukan tanggungjawab itu.

Rujukan : Spotlight Ulasan Novel Azfa Hanani Karya : Kalsom binti Azid

Anda mungkin juga menyukai