Anda di halaman 1dari 6

Prolog

Penghijrahan aku ke Malaya telah mencoret satu kisah yang lain dari apa yang aku inginkan.
Mahupun begitu,aku Sister Anne Marry berjaya melunaskan perjuangan hak sebagai seorang
perempuan.

Tahun 1947-
Ireland
Aku hanya duduk di bangku yang berhadapan dengan gereja. Aku perhatikan kakak ku yang
berada di sebelah ku,nampaknya dia juga sepertiku.

"Anne, sister ange nak nak berjumpa kamu",seorang biarawati memberitahuku.


Lantas sahaja aku masuk ke dalam gereja itu

"Adakah kamu pasti anne?menjadi seorang biarawati bukannya senang",dia mula berkata
padaku.
Aku mengangguk seraya berkata
"Saya yakin,saya juga bertekad untuk menjadi seperti ini "

Sejak itu,aku mula sah menjadi salah seorang ahli persatuan Franciscan Missionaries of Mary.

Penghujung Tahun 1954-


Ireland
"Kamu pasti Anne?Penghijrahan dari Ireland ke Malaya seperti akan menyusahkan kamu
saja..",Puan Debbie mengeluh dengan cadangan anak bongsunya.

"Betul mak,saya pergi ke sana atas dasar mahu mendalami agama,mak tak perlu risau
sangat",aku tahu emak sangat risau dengan aku,tetapi perasaan aku untuk mengenali agama
dengan lebih di negara orang yang mempunya tempat belajar membuak buak.

Seminggu selepas itu,aku mula mengemas baranganku untuk dibawa ke sana.Mujur sahaja
kakak ku turut serta..
Emak menghantar aku ke stesen kapal laut berlayar .Tubuh emak ku peluk erat.

"Jaga diri mak sewaktu Anne dan kakak tiada,Anne janji Anne akan capai impian Anne"

Itu janji aku pada emak.

Awal Tahun 1955-


Malaya
Perjalanan aku ke sini mengambil masa hampir beberapa bulan dengan menaiki kapal
laut.Ketika ini,aku sudahpun sampai ke asrama tempat kami akan belajar dan tinggal.

"Salam sajahtera,pada kamu berdua…Aku Emma ,pelajar tahun kedua disini"

Kami mula menunduk hormat.


Lantas sahaja Emma menunjukkan bilik kami berdua.
Bilik kakak ku di tingkat 6 manakala aku di tingkat 10.

…..
Semakin lama aku di sini,semakin aku megenali diri ku serta agama ku
Cuma ada beberapa perkara yang sering bermain di fikiran ku sejak beberapa bulan aku di
sini..

Aku jarang melihat kaum perempuan di luar.Hanya kelihatan puak lelaki sahaja.Sering kali saja
aku musykil hal ini.Mungkin aku patut diamkan saja,bukannya aku asal disini .

Tahun 1956
Malaya

Aku hanya memerhati sinaran bulan di kamarku melalu jendela asrama.Tiba tiba bahu aku
ditepuk,rupanya Emma. Dia pun mengambil tempat duduk disebelahku.
"Kau mengelamun tentang keluarga kau ataupun hal lain?",dia mula menegurku.

"Pelbagai perkara Emma,semuanya bercampur baur hingga kusut kepala ku memikirkannya"

"Apa yang kau risaukan?tentang Emak kau ?"

"Tentang Emak aku pasti dia baik baik saja


kerana dalam surat dinyatakan dia masih dalam keadaan baik"

"Habistu?"

"Aku hanya pelik,kenapa hanya lelaki yang pergi untuk belajar dan bekerja sedangkan
perempuan tidak boleh keluar dari rumah langsung",aku mula meluahkan rasa pelik ku pada
Emma.

Aku nampak Emma diam sebelum menyusun kata kata .


"Kalau kau ingin tahu,negara Malaya ini masih dibelenggu dengan ancaman komunis.Kau tahu
kan jika komunis melakukan sesuatu perkara yang tidak baik?"

Aku hanya mengangguk

"Disebabkan itu,rakyat mahupun masyarakat di sini tetapkan lelaki untuk belajar dan
berkerja,perempuan hanya perlu duduk di rumah sahaja",Emma menyambung sambil
mengeluh.

"Kenapa pula?Lelaki berkemahiran tinggi tetapi perempuan semuanya terkontang kanting !"

Tanpa sedar aku membentak,mahupun mempunyai ancaman prinsip yang diamalkan sangatlah
tidak betul.

"Adakah hanya risau tentang lelaki yang melakukan sesuatu yang buruk menyebabkan
perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yang mereka inginikan"-aku luahkan sehabisnya.

Pintu kami diketuk kuat


"Keluar makan sekarang,selepas ini kamu semua ada pembersihan unit bawahan!"laung
warden dengan kuat.

Terus sahaja kaki kami melangkah keluar.

Setahun saja lagi dan aku tamat pembelajaran .Kemudian aku mungkin boleh fokus untuk
membantu kaum perempuan di negara ini.

Awal Tahun 1957


Malaya

Aku mula memikirkan cara untuk membebaskan kaum wanita dari debelenggu dengan
ancaman komunis.
Memandangkan aku sudah menjadi biarawati sekarang ia lebih mudah bagiku..

Aku pergi berjumpa dengan tok penghulu iaitu Encik Rchel Autheo .

"Kenapa kau mahu berjumpa aku sister anne?"

"Saya hendak tahu tentang ancaman komunis sekarang ini,adakah ia masih berleluasa?"

"Tidak sama sekali,memandangkan kita hampir mendapat kemerdekaaan ancaman ancaman


tersebut makin berkurang"
"Jadi selepas ini,kaum perempuan boleh bekerja dan belajar?",aku menyoal dengan rasa debar

"Mungkin tidak,kebanyakan ibu dan bapa masih takut akan anak perempuan mereka yang akan
diapa apakan,lagipun mereka juga tetapkan yang jika sudah cukup umur perempuan akan terus
dikahwinkan"

Aku mengeluh,apa susah sangat tentang hal ini


..nak taknak aku perlu melakukan sesuatu,aku tidak mahu kaum perempuan ditindas dan tidak
mempunyai kemahiran lain untuk hidup..

"Apa yang boleh kita lakukan Tuan?"

"Saya ada satu rancangan,dulu pihak kami pernah memikirkan isiatif ini"

"Apa dia tuan?"

"Mari kita bina satu sekolah khas untuk perempuan"

Saat itu,mataku terbuka luas.Mungkin inilah peluangnya

Hujung tahun 1957


Malaya

SMK GALWAY
,megah namanya.Sekolah ini hampir siap ditubuhkan bagi pelajar menengah.
Tapi sayang,ianya tidak mendapat sambutan ramai.

Pintu rumah diketuk Anne.


Terjengul seorang wanita berusia 50-an di muka pintu.
"Kenapa ya sister?"
"Maaf menganggu puan,puan mempunyai anak perempuan yang patutnya bersekolah
menengah kan?",soal Anne dengan penuh hormat
"Iya betul kenapa ya?"
"Sebenarnya puan,kami hendak masukkan anak puan ke dalam satu sekolah..sekolah khas
untuk perempuan"
"Apa?!Kau tahukan yang perempuan lebih baik dirumah belajar kemahiran perumahan,kaum
lelaki masih ada untuk menampung mereka!"

Anne tersentak,lantas sahaja wanita tua itu menutup pintu .


Dari terbit fajar hingga terbenam pelbagai rumah yang dikunjungi Anne semata mata mahu
menolong mereka mencapai impian.

Hanya 2,3 rumah yang menerimanya.Yang lain semuanya memaki hamun atas dasar adat.

Pelbagai cara dilakukan Anne tapi semuanya masih gagal..


Cara terakhir akan dikeluarkan ,dimana dengan cara ini dapat mengakhirkan prinsip yang salah
dan membebaskan perempuan .

"Kau betul betul yakin?Cara ini tidak mudah..mungkin akan mengakibatkan kita dihalau keluar
dari negara ini",kakak anne mengeluh kuat

Idea kali ini telalu besar


Mungkin akan mengimpakkan semua pihak

"Ini saja caranya kak,kita harus bantu mereka"

Hari itu,
Anne telah melakukan sesuatu yang besar
Beliau hampir mengorbankan diri beliau jika kaum perempuan tak dapat kebebasan.

"Kamu semua fikir yang lelaki boleh tanggung semua,lelaki boleh menjaga perempuan..tapi
bagaimana dengan perasaan perempuan?"

"Mereka pasti inginkan kebebasan,menjadi seorang yang berguna..boleh hidup sendiri tanpa
bantuan orang lain dan tidak dikongkong"

"Mungkin kamu semua risau apa akan berlaku tentang mereka,tetapi caranya mesti betul jika
kamu risau sekalipun"

"Saya sanggup berkorban nyawa demi memperjuangkan hak sebagai perempuan"

Tahun 2000_an
Malaya

Keadaan di Malaya mula berubah.SMK Galway mendapat sambutan ramai.Pastinya Anne


berjuang habis habisan tentang sekolah itu.
Beliau menjawat jawatan sebagai guru besar pertama serta orang yang menubuhkan sekolah
ini.

Nama yang megah,peraturan yang tersedia rapi menjadikan semua pelajar makin berdisipilin.

Jika pada mulanya hanya untuk pelajar beragama kristian,mereka sudah menetapkan untuk
mencampurkan pelbagai kaum.

"Saya pengetua Sister Anne Mary,mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua
pihak
Dan sekarang ini
SMK GALWAY akan terus berjaya hingga ke masa depan"

"AD VARITATEM PER CARITATEM"


"TO TRUTH THROUGH CHARITY"
"KEIKHLASAN DALAM BERAMAL"

perempuan mempunyai hak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain,mempunyai


kebebasan,mempunyai impian sendiri..pastinya mereka juga akan terus maju untuk
kebahagian diri..Oleh itu,Aku Anne Mary menamatkan coretan hidupku di Malaya.

The end

Anda mungkin juga menyukai