Anda di halaman 1dari 6

Sinar Di Sebalik Kabus

Hari ini hari terakhir aku di sini, menghayati panorama indah desa impian. Alangkah seronoknya
kalau ini kampung keluargaku. Tetapi impian akan kekal impianarwah Mak Tok dan Tok Ayah dulu
tidak

tinggal

di

kampung

sejak

arwah

Tok

Ayah

bekerja

sebagai

pegawai

kastam

di

Singapura. Grandma pula tinggal bergilir-gilir di rumah anak-anaknya di Australia. Cuma Mak Dah yang
tinggal di kawasan kampung di Parit Sulong. Itu pun cuma ada lembu-lembu dan pokok buah-buahan.
Tiada sawah padi atau air terjun, atau sekurang-kurangnya sebatang sungai yang mengalir jernih.
Tiada kicauan merdu sang burung yang menghiburkan. Tiada unggas yang berterbangan. Pacat?
Selalu juga aku dengartetapi tidak pernah pula aku jumpa. Setakat tengok dalam televisyen adalah.
Kasihan aku ini, kan? Teman-teman selalu tertawa apabila aku mengatakan yang aku tidak pernah
terjumpa,apatah lagi menyentuh haiwan yang aku sendiri tidak pasti mahu dikategorikan sebagai apa
itu.
Menung jauh nampak! Dah sampai mana? aku tersengih, tidak menyangka rupa-rupanya ada
orang bertinggung di sebelahku. Sudah berapa lama agaknya aku diperhatikan?
Dah lama datang? Tak perasan pun,soalku tanpa memandang wajahnya.
Lamalah jugak, dalam 45 minit, terkejut aku mendengarnya. Macam mana aku boleh tidak sedar?
Fatiha tak nak balik ke? Dah petang ni, langit pun mendung je. Kalau bertolak lambat,malam baru
sampai, matanya redup memandangku. Menanti balasan. Dan aku yang masih belum puas di kelilingi
flora dan fauna, terlalu berat hati untuk pulang ke tempat asal yang terlalu sesak dengan racun karbon
monoksida. Namun apabila terkenangkan cuti semester yang sudah hampir ke penghujungnya, aku
mengangguk lemah.
Setibanya di perkarangan teratak usang nenek Nurul yang cukup indah buatku itu, hatiku tiba-tiba
diasak pilu sekali lagi. Entah kenapa aku berasa sangat berat untuk meninggalkan rumah ini. Mungkin
juga kerana aku sangat rindu akan kampung halaman yang jauh nun di seberang benua. Langkah
lemah kuhayunkan juga ke bilik teman yang baru setahun aku kenal sejak menyambung pelajaranku
yang terkandas di Canberra dulu di Universiti Malaya. Ketika memasukkan pakaian ke dalam bag,
gerakan tanganku terhenti apabila terpandang sebuah kitab Al-Quran lama yang diletakkan di atas
rehal, berhampiran dengan hamparan sejadah. Sejarah hidupku bertandang lagi dalam lamunan
Malam masih muda biarpun waktu sudah melepasi jam sepuluh. Sekumpulan remaja terpekik
terlolong

sambil

terhuyung-hayang

dalam

keadaan

mabuk.

Ada

enam

orang

semuanya,

berpasangan .Tiga orang lelaki berpakaian kasual dengan kemeja yang butang bahagian atasnya tidak
terkatup manakala dua gadis berambut perang dan seorang lagi yang berambut hitam kecoklatan
memakai skirt pendek menampakkan peha mereka yang putih dan gebu dipadankan dengan T-shirt
sendat yang terdedah di bahagian dada.

Pasangan-pasangan itu saling berpelukan tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Terasa malu sekali
untuk mengakui, sebenarnya aku adalah salah seorang daripada mereka!
Sebuah kereta sport merah hati berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah putih yang masih
diterangi cahaya suram walaupun sekarang sudah hampir pukul tiga pagi. Tidak lama kemudian pintu
kereta tebuka dan seorang gadis melangkah keluar dengan perlahan. Lima remaja itu masih terjeritjerit dan sesekali berderai ketawa mereka. Entah apa yang dijerit dan diketawakan, mereka sendiri
tidak pasti sebenarnya. Mereka semua masih mamai dalam khayal tegukan air syaitan.
Suasana di dalam rumah nampak tenang. Tiada tanda-tanda ada orang yang masih berjaga.
Dengan penuh berhati-hati, daun pintu kututup. Setiap sudut ruang tamu yang malap dengan simbahan
cahaya lampu kristal kurenung,memastikan bahawa tiada sesiapa yang sedang memerhatikan
pergerakanku. Takut juga kalau mummy masih belum tidur
Dari mana ni, Anna?!
Kakiku menjadi kaku. Entah dari mana munculnya mummy, aku sendiri tidak tahu. Apa yang pasti
sekarang mummy sudah terpacak di hadapanku, tidak ubah

seperti seekor singa betina yang

kelaparan. Di dalam fikiranku kini cuma ada satu perkataan. MATI!


Im asking you a question,Anna! And a question must has an answer, mummy beralih bahasa.
Bukannya aku tidak faham Bahasa Melayu. Mummy sudah mengajarku bahasa ibundanya itu sejak
aku kecil lagicuma aku sahaja yang kurang berminat.
I was celebrating my friends birthday; itu sahaja jawapan yang mampu kuberikan. Apa yang aku
buat di sana,mummy tidak perlu tahu.
You did something wrong, didnt you? mummy menduga. Penampilanku dinihari itu mungkin telah
berjaya mengusik naluri seorang ibu. Dia memandang tepat ke mataku. Renungannya tajam, cukup
menggerunkan. Penuh dengan rasa curiga.
No, I didnt, satu pembohongan telah tercipta.
Dah siap, Fatiha? tiba-tiba Nurul muncul di muka pintu. Cepat-cepat aku mengesat pipi yang basah.
Eh, kenapa ni? Fatiha ada masalah ke? Kalau ada beritahu Nurul, mana tau kalau boleh ditolong,
dia mendekatiku. Kepala kugeleng pantas, sebagai isyarat tiada apa yang perlu dirisaukan. Mujur dia
percaya. Seekor burung merpati putih datang bertenggek di dahan pokok mangga, bersebelahan
dengan bangku kayu tempat aku berehat. Kehadirannya mengingatkan aku kepada katakata mummy tidak lama dulu.

Merpati putih itu melambangkan kebebasan. Bebas merupakansesuatu yang universal, terlalu
luas. Tapi di sini maksudnya bebas untuk menyuarakan pendapat dan membuat keputusan tanpa
menyebelahi mana-mana pihak, itu jawapan yang mummy berikan apabila aku bertanya kenapa
merpati putih digunakan dalam logo Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Leteran mummy kira-kira
setahun lalu juga masih terngiang-ngiang di telingaku.
Bohong! tengking mummy. Tersentak aku dibuatnya. Ini adalah kali pertama mummy meninggikan
suaranya kepadaku. Sejak bila dah pandai menipu ni? Setahu mummy, mummy tak pernah ajar anakanak mummy berbohong, mummy berhenti sesaat, menahan sebak di dada. Aku dapat mengagak
segala kegiatanku selama ini sudah dapat dihidu oleh mummy.
Mungkin semua ini salah mummy. Selama ni mummy terlalu percaya pada anak-anak mummy
mummy terlalu

yakin

dengan

diri

sendiri!

Sebab

yakin

dengan

didikan

yang mummy berilah, mummy bagi kebebasan kepada kamu semua untuk tentukan hidup kamu
sendiri. Tapi mummy betul-betul tak sangka yang Anna sanggup tipu mummy. Anna hancurkan
harapan mummy dan masa depan Anna sendiri, suara mummy kedengaran sayu. Itu sudah cukup
menggambarkan betapa kecewanya perasaan si ibu apabila mengetahui sikap sebenar si anak yang
selama ini disangka tiada cacat celanya. Rintik-rintik hujan memaksa aku meninggalkan taman itu.
Sekumpulan kanak-kanak yang sedari tadi seronok bermain kelihatan beredar bersama ibu bapa
mereka. Suara mummy juga terbang bersama si burung merpati putih..
Suasana sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Otakku ligat berputar,
memikirkan butir hujah yang perlu dibahaskan untuk membela diri. Salahkah aku jika bersuka ria
bersama teman-teman? Bukankah semua ini perkara biasa bagi masyarakat negara ini? Memang aku
ini anak kacukan Melayu-Inggeris, tetapi aku dan abang tidak pernah sekali pun hidup sebagai orang
Melayu

memandangkan kami dibesarkan di tengah-tengah masyarakat barat. Selama ini

pun mummy tidak pernah melarang apa sahaja keinginanku. Aku bebas memilih hala tuju hidupku
sendiri.
Diam tak diam dah setahun Fatiha duduk kat Malaysia ni kan, Nurul? Esok kita dah nak puasa
Yelahesok dah puasa kan? Nanti kita nak sahur apa? Setakat mee segera adalah dalam kabinet
tu. Eei, ni yang rindu asam pedas nenek ni!
Eh, Fatiha! Kenapa pulak ni? Termenung sana, termenung sini. Ingat kat siapa, hah? Kebelakangan
ni Nurul tengok Fatiha asyik termenung je. Rindu pada keluarga ke?

Hanya senyuman yang mampu kuukir. Aku tidak mempunyai jawapan pasti untuk soalannya itu. Rasa
rindu pada keluarga dan kawan-kawanku di Canberra semakin hari semakin menebal biarpun ia
tidaklah begitu ketara kerana aku sangat gembira dan bahagia dapat berada di tanah tumpah darah
ibuku ini. Apa yang bermain di fikiranku kini mungkin tidak akan dapat diselami oleh orang lain,
termasuk Nurul yang menjadi teman serumahku selama ini. Dia tidak akan faham betapa bermaknanya
Ramadhan bagi orang sepertiku. Aku juga tidak pernah bercerita kepadanya tentang kehidupan
silamku dulu. Mujur dia tidak pernah bertanya. Bagaimana agaknya penjelasan yang perlu kuberi jika
tiba-tiba isu itu dibangkitkan? Perlukah aku mengatakan bahawa hidupku dulu terlalu bebas sehingga
aku kehilangan mahkota wanitaku? Patutkah aku membuka pekung di dada dengan memberitahu yang
aku tidak lagi sesuci bayi yang baru dilahirkan? Mampukah aku membuka semula simpulan rahsia
setelah sekian lama kujaga rapi tanpa pengetahuan sesiapa, terutamanya mummy? Beranikah aku?
Satu Ramadhan bertandang lagi. Pada tarikh yang sama 365 hari yang lalu, buat julung kalinya aku
menjejakkan kaki ke Malaysia selepas sepuluh tahun. Sebetulnya kedatanganku kali ini adalah atas
arahanmummy yang mahu aku menghabiskan cuti musim panasku di kampung halamannya. Tempat
itu terlalu mundur dan membosankan, begitu telahanku kala memprotes cadangan mummy. Tetapi
apakan daya..mummytetap mummy. Arahannya yang kuanggap sebagai hukuman itu mesti dituruti.
Kira-kira jam lapan pagi waktu di Malaysia, sebuah teksi yang membawaku tiba di alamat yang tertera
di atas kertas yang mummy beri. Sebuah kampung? Aku benar-benar tidak menyangka bahawa adik
ibuku tinggal di kawasan sebegini. Mataku melilau memerhati sekeliling. Tiada apa yang menarik.
Cuma ada pokok-pokok yang tidak kuketahui spesisnya.
Bukk!!
Aduh, sakitnya!
Lengan kuurut perlahan, sambil anak mataku tidak telepas dari memandang sebiji kelapa yang tibatiba muncul. Datangnya entah dari mana..tahu-tahu sudah terasa sengal di tangan kiriku. Aku menoleh
belakang, menyoroti sebatang pokok kelapa yang sederhana tinggi. Belum pun sempat pandanganku
mengecam seekor binatang yang sedang berpaut pada batang di bahagian atas pohon itu
Bukk!!
Sekali lagisebiji kelapa bergolek di atas tanah sebelum hilang di celah-celah semak samun. Nasib
baik aku sempat mengelak. Namun mindaku masih dipenuhi tanda tanya. Apakah gerangannya haiwan
itu? Sekali imbas kelihatan seperti monyettetapi ada kelainan nya apabila dibandingkan. Hatiku
bertambah resah. Entah apalagi yang akan ku temui selepas ini.
Fatiha! jerit Nurul secara tiba-tiba. Serentak dengan itu sebiji mug terlepas dari tanganku lalu
mencium lantai.

Hai, berangan apalah tu sampai tak ingat dunia. Tengok, kan dah pecah mug tu. Dahlah kita ni
kekurangan cawan, dipecahkannya lagi, bibir munggil Nurul terkumat-kamit merungut sambil
tangannya pantas mengutip serpihan kaca yang sudah berderai.
Yang Nurul tiba-tiba menjerit tu kenapa? Rasanya kalau bukan sebab Nurul yang buat Fatiha
terkejut , mesti mug tu tak jatuh, aku cuba membela diri biarpun aku sedar semua ini adalah salahku.
Sejak kebelakangan ini aku selalu sahaja mengalamun mengimbau kenangan lama.
Jarum jam baru melewati angka dua. Tangan kananku meramas-ramas perut yang sudah mula
berkeroncong. Tinggal bersendirian membuatkan aku bosan dan asyik menghitung jari mengira waktu
berbuka. Teringat aku ketika kali pertama berpuasa di rumah ibu saudaraku dulu
Hari pertama bersama ibu saudara yang kupanggil Mak Dah ini agak payah. Masalah utama yang
kuhadapi ialah

masalah komunikasi. Dia tidak faham Bahasa Inggeris! Perkataan yang dia tahu

hanyalah yes, no, alright dan thank you. Maka akulah yang terpaksa terkial-kial membetulkan lidah
yang tergeliat bertutur dalam Bahasa Melayu. Itupun nasib baik cuma ada aku dan dia di dalam rumah
itu, jadi tidak perlulah aku bersusah payah berbual dengan orang lain pula. Hari kedua lebih sengsara.
Seharian aku dibiarkan mengikat perut. Mak Dah mengajakku berpuasa dengan alasan semua orang
Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Mahu tidak mahu aku ikutkan juga kata-katanya. Aku tidak mahu
dia mengadu pada mummy. Aku juga tidak mahu mummy tahu yang selama ini aku cuma pura-pura
berpuasa di depannya, hakikatnya tidak.
Hari ketiga aku menyangka semuanya akan berjalan lancar, seperti yang aku rancangkan sebelum
ini; minggu pertama segala rentak lagu yang Mak Dah mainkan akan kuikut lalu Mak Dah yang
menganggap aku sebagai anak yang baik, akan termakan pujukanku supaya dia membenarkan aku
pulang. Namun surat dari mummy petang tadi telah mengubah segalanya. Semuanya telah diuruskan.
Aku tidak perlu lagi pulang ke Canberra untuk menyelesaikan pengajianku. Malah kemasukanku ke
universiti tempatan juga telah mummy uruskan. Mummy mahu aku terus tinggal di sini? Itu merupakan
sesuatu yang mustahil.
Fatiha, kamu sakit ke? Lain je kamu hari ni, Mak Dah bersuara di sebalik pintu. Mungkin juga dia
hairan kerana malam itu aku terus mengunci diri di dalam bilik setelah berbuka tadi. Selalunya aku
akan membantunya mengemas dapur dahulu sebelum menonton televisyen di ruang tamu.
No,Im o.k. Saya tak apa-apa

Malam di kampung memang sunyi. Inikan pula sekarang sudah hampir dua pagisudah tentu
semua orang sedang enak dibuai mimpi. Beg sandang di bawah katil kutarik lembut. Kemudian tombol
pintu kupulas perlahan, mengelak kesan bunyi semaksimum mungkin. Aku menjenguk ke luar. Setelah
pasti Mak Dah sudah masuk ke dalam biliknya, baru aku keluar. Aku sudah bertekad untuk lari malam
ini. Ke mana, aku sendiri tidak pasti. Tetapi yang nyataaku tidak mahu berada di sini lagi.
Kehidupanku adalah di Canberra, bersama teman-teman yang cukup memahami.
Seluruh jiwa ku tiba-tiba bergetar. Merdu suara itu mengalunkan ayat-ayat suci mengundang seribu
kesayuan. Ini bukan kali pertama aku mendengarnya. Sudah banyak kali. Mummy memang selalu
mengulit kitab itu sepanjang malam, Cuma aku sahaja yang tidak ambil pusing. Tetapi entah kuasa apa
yang meresap ke dalam diri ini sehingga aku tidak mampu lagi berganjak walau setapak. Aku senang
beginibersimpuh di tepi bilik Mak Dah dan tekun mendengar kalimah-kalimah yang aku sendiri tidak
tahu maksudnya. Perasaan tenang menyelimuti malamku yang sebelum ini sedingin salju biarpun
unggun menemani. Lantas aku terlupa terus hasrat asalku tadi.
Pada suatu petang yang redup, aku menerima sekeping kad dari kampung halaman. Gembira
bukan kepalang hatiku ini, Allah sahaja yang mengetahui. Dengan cermat aku menyiat hujung sampul
berwarna hijau daun. Sekeping kad hasil kreativiti pengirim kurenung lama.
Tanpa kusedari empangan mataku pecah. Manik-manik jernih membasahi pipi. Puisi
nukilan mummy kali ini benar-benar menyentuh kalbu, sarat makna tersirat. Aku tahu inilah
yang mummy nantikan saban waktu. Kini doa mummy diperkenankan Allah, bukan sedar angan-angan
kosong.

-TAMAT-

Cahaya Kekasih
November 2003

Anda mungkin juga menyukai