Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: LUKA DAN AKSARA TERAKHIR

NAMA PENULIS : PUTRI NURADRIANNA ALISA BINTI JEFFRI


: PISMP TESL C JUN 2021-206
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BAHASA ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

“Kasih, mari lah makan dengan mak ni sekali nak, ada lauk kesukaan
kamu, ayam masak kicap”. Entah mengapa pada hari itu, dialog aku
bersama ibu aku terasa sayu. Seakan-akan angin bayu yang disambut
dengan kehadiran ombak pantai. Meskipun bunyi ombak kuat, namun ia
menenangkan. Begitulah kiranya dapat aku ungkapkan apa yang aku rasa
dalam hati ketika perbualan satu hala itu timbul. Aku cuba sedaya upaya
dengan segala hendaknya hati. Cuba untuk membalas kembali kata-kata
yang keluar daripada mulut ibuku. Kaki dan tangan aku seolah-olah dipaku
ke bumi. Tidak mampu untuk aku bangun dari katil untuk makan
bersama-sama ibu aku di dapur rumah.

—” Beep, beeep, beeeep”.

Aku tersentak daripada tidur dek bunyi penggera di atas meja katil yang
lantang menjerit. Jam dinding tepat menunjukkan jam 7 pagi. Aku dapati
seluruh tubuhku berpeluh, diiringi dengan air mata yang membasahi bantal
tidur milik aku. “Oh, mak datang lagi dalam mimpi aku”, ujar aku sendiri
diatas katil awal pagi itu. Aku lekas bangun dari katil dan terus
berkejar-kejar ke bilik air untuk mandi. Dek kerana mimpi itu, aku lewat ke
sekolah hari ini. Kasut sekolah ku sarung, buku teks Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu Tahun 6 aku gendong di sisi. Berjalan terus menyusuri
titi-titi jambatan kayu di depan rumahku.

Tatkala dalam perjalanan aku ke Sekolah Kebangsaan Desa Bakti, aku


terhenti terpana seketika. Mata aku terus menerus mengelamun ke arah
pondok tua yang terlihat masih berdiri gah di dalam kebun kelapa sawit di
tepi jalan itu. Ya, pondok tua itulah tempat dimana ibu aku sering berteduh
untuk berehat seketika tatkala dia penat bekerja di kebun kelapa sawit
tersebut. Kebun kelapa sawit inilah yang menjadi saksi penat lelah ibu aku
mencari rezeki menyara aku tanpa kudrat seorang bapa. Bapa aku telah
lama pergi tanpa berita meninggalkan aku dan ibu aku. Namun, dua bulan
yang lalu, kebun kelapa sawit ini juga menjadi saksi kepada ketiadaan ibu
aku.
Memori hitam aku dua bulan yang lalu datang kembali mengusik isi hati
dan akal fikiran aku. Walaupun sudah dua bulan berlalu, tragedi hitam itu
masih segar dalam ingatan aku.

Semuanya bermula dua bulan yang lalu, pada hari Isnin, sekitar jam
6:30 pagi dimana aku pada waktu itu aku bersiap-siap untuk ke sekolah.
Seperti biasa, ibu aku akan kejutkan aku daripada tidur dan menyediakan
sarapan buat aku dan dia. Pada pagi yang hening itu, aku ada sempat
memberitahu ibu aku tentang keinginan aku untuk memiliki sebuah telefon
pintar buat kali keduanya. Aku merungut tentang bagaimana rakan sekelas
aku semuanya memiliki telefon pintar yang canggih. Usai aku memberitahu
hajat aku kepada ibuku, ibu aku membalas dengan nada yang perlahan
dan lembut, “Kasih, ibu tak cukup duit nak belikan telefon bimbit yang kamu
mahukan tu”, “Duit yang ada ni pun cukup-cukup sahaja untuk kita dua
beranak makan”. Ujar ibu aku. Tanpa memikirkan perasaan ibu aku, aku
terus bersuara dengan nada yang tinggi dan bertindak merungut dengan
nada yang sangat marah. “Ibu ni! daripada dulu sampai sekarang, apa
yang Kasih mahukan mesti takdapat!”, “Kenapalah ibu tak kaya macam
mak orang lain?!”. Aku masih ingat raut wajah ibu aku pada pagi itu. Raut
wajah yang sedih, dia tidak berkata apa-apa dan hanya terdiam.

Setelah aku meninggikan suara pada waktu itu, aku terus berlari tanpa
menjamah sedikit pun sarapan pagi yang ibu aku sediakan. Aku terus pergi
tanpa bersalaman, terus berjalan ke sekolah dengan hati yang marah.
Pada hari tersebut, aku meneruskan jadual harian aku di sekolah seperti
biasa mengikuti pembelajaran di sekolah. Ketika waktu rehat di sekolah
pada waktu itu, aku terdengar tentang perbualan rakan sekelas aku yang
asyik bersembang tentang telefon pintar mereka yang sangat canggih. Aku
berasa sangat cemburu akan rakan sekelas aku yang masing-masing
mempunyai ibu-bapa yang kaya raya. Berbeza bagai langit dan bumi
apabila nak dibandingkan dengan kisah hidup aku. Sudahlah tiada bapa,
ibu pula kerja di kebun kelapa sawit biasa-biasa sahaja. Namun begitu, aku
rasa sangat bersalah tentang perbuatan aku yang telah mengguris hati ibu
aku pagi tadi. Aku seharusnya bersyukur, masih mempunyai ibu yang
sayang akan aku. Sejurus tamat waktu rehat, aku nekad untuk meminta
maaf kepada ibu aku sebaik pulang ke rumah nanti.

—”Kringggg, kringggg”.

Loceng berbunyi menandakan waktu bersekolah aku pada hari itu telah
pun berakhir. Aku seperti biasa mengemas peralatan sekolah aku dan
bergegas menuruni tangga sekolah untuk lekas pulang ke rumah dengan
niat untuk meminta maaf kepada ibuku di rumah. Sejurus tiba di pagar
sekolah, tiba-tiba ada seorang wanita yang memegang bahuku. Aku terus
menoleh pandangan aku ke arah wanita tersebut. “Oh Makcik Zainab, saya
ingat kan siapa lah tadi”, “Ada apa makcik?”. Ujar aku. “Kasih, Kasih sabar
ya?”. Kata Makcik Zainab kepada aku. Makcik Zainab terus memberitahu
aku tentang ibu aku yang telah meninggal dunia akibat dihempap pokok
kelapa sawit. Usai mendengar penjelasan Makcik Zainab itu, awan di langit
seolah-olah kelihatan hitam dan gelap, warna-warni dunia seakan-akan
pudar daripada sudut panca indera aku. Kosong nya jiwa aku pada ketika
itu.

Tanpa membuang waktu, aku terus mengikuti Makcik Zainab pulang ke


rumah aku untuk melihat arwah ibu aku buat kali terakhir. Sesampainya di
pintu rumah, aku terlihat sekujur jasad yang terbaring di ruang tamu.
Dimana dahulu, ruang tamu itu merupakan tempat aku sering duduk
bersembang dan bergurau senda bersama ibu aku. Namun sekarang,
hanya jasad ibu di ruang tamu. Tiada lagi gelak tawa sang ibu selepas ini.
Aku amat menyesal kerana aku tidak sempat meminta maaf kepada ibu
aku pada hari itu. Remuknya hati aku, hanya tuhan sahaja yang tahu. Usia
12 tahun aku yang kelihangan ibu, amat memilukan.

Setelah selesai proses pengebumian, Makcik Zainab ada hulurkan aku


sekeping sampul yang berisi wang, dan diatas sampul tersebut, terdapat
aksara yang bertulis “Duit buat beli telefon Kasih”. Makcik Zainab
menceritakan kepada aku tentang ibu aku yang memberi amanah kepada
Makcik Zainab untuk menyimpankan duit tersebut kerana ibu aku ingin
membuat kejutan buat aku. Ibu tidak mahu aku tahu tentang kewujudan
duit tersebut buat aku. Justeru itu, dia meminta Makcik Zainab untuk
pegangkan buat sementara waktu. “Sebenarnya, harini sepatutnya mak
kamu tak pergi ke kebun untuk bekerja, dia sepatutnya rehat di rumah
sahaja”, Ujar Makcik Zainab. “Tapi hari ini makcik sempat berselisih dengan
ibu kamu di kebun, makcik hairan dan tanya kepada ibu kamu kenapa dia
ke kebun harini”. “Rupa-rupanya dia kata yang dia nak cari duit lebih hari ni
nak cepat-cepat belikan telefon buat kamu”. Ujar lagi Makcik Zainab. Aku
yang mendengar cerita tersebut terus terduduk dan berteriak sekuatnya.

Tersentak aku dari lamunan yang panjang, “Dua bulan dah ye ibu
pergi”. Ujar aku sendiri. Aku pun terus mengalihkan pandangan aku
daripada kebun kelapa sawit di tepi jalan tersebut. Meneruskan perjalanan
pergi ke sekolah dengan hati yang sedih dan berharap agar aku dapat
putar kembali waktu untuk minta maaf kepada ibu aku.

Anda mungkin juga menyukai