Anda di halaman 1dari 10

SK TAMAN RINTING 3

TERIMA KASIH CIKGU


Nurul Hamidatul Hamda bt Mohd Zaki

Aku termenung seorang diri di jendela rumahku.Tiada satu keadaan di luar sana pun yang menarik perhatianku.Semuanya kelihatan sama seperti hari hari berlalu.Asap bas sekolah,kelibat manusia yang lalu lalang,bunyi tawa riang anak anak kecil.Ah.. semua ini menyesakkan jiwaku.Apa yang aku mahukan sekarang adalah ketenangan.Terlalu banyak perkara yang bermain di benak fikiranku.Surat tawaran ke sekolah berasrama penuh erat dalam genggamanku.Kemudian mataku melirik ke ruang tamu rumah.Kelihatan wajah seorang perempuan yang begitu tabah hatinya sibuk dengan buku buku sekolah yang sedang ditandanya.Dengan tidak semena mena air mataku jatuh satu persatu.Mutiara jernih ini mengalir seolah olah tidak dapat ditahan tahan.Entah mengapa hatiku menjerit meronta seolah olah mahu sahaja aku luahkan pada dunia yang aku benar benar mahu ke sekolah sains itu.Tapi impian ibu dan abahku yang mahu aku ke sekolah agama benar benar membuat aku buntu.Hatiku terdetik,salahkah aku untuk membuat keputusan sendiri.siapa yang mahu belajar di sana kelak???mereka atau aku???tapi hati

kecilku tetap juga berkata aku tidak mahu menjadi anak derhaka,anak yang tidak mengenang budi.Dua batang tubuh inilah yang telah banyak berjasa padaku.Mereka yang sentiasa berada di sampingku,mengesat kesedihanku,menyuap makan minumku,mengangkatku di saat aku jatuh rebah,dan mereka inilah yang sentiasa memberikan dorongan serta motivasi untuk diriku.Sanggupkah aku menghiris hati nurani mereka semata mata mahu memenuhi kehendak sanubariku.Perasaan bersalah mulai menyelinap ke dasar hatiku. Tiba tiba kedengaran suara yang cukup aku kenali,suara garau menyapa aku mesra. ne abah beli bihun sup kegemaran kak long,makanlah. Aku cepat cepat mengesat air mataku lantas mencapai bungkusan plastik dari tangan abahku.
2

Bungkusan bihun tadi berpindah tangan.Selesai makan,aku hanya berkurung di dalam bilik.Aku tahu kedua orang tuaku tegas orangnya walaupun dalam situasi tertentu keadaan boleh menjadi sebaliknya.Selalunya setiap kata sepakat yang diambil oleh mereka tidak boleh ditoleransi lagi.A kata mereka maka A lah jawapannya.Mungkin ini cara mereka mendidik aku.Hanya dua hari lagi pendaftaran ke sekolah agama itu.Semua kelengkapan telah siap dikemas di hujung katil.Ibu yang menyiapkan segalanya.Jelas kelihatan selonggok barangan berwarna biru di situ.Ibu tahu biru adalah warna kegemaranku.Sejak aku kecil lagi,warna biru sentiasa menjadi pilihan utamaku.Aku hanya memandang kosong ke arah barangan itu.Jiwaku hiba dan aku benar benar tidak punyai apa apa perasaan gembira untuk ke sana.Bagi aku,dengan keputusan cemerlang yang aku perolehi di dalam PMR selayaknya aku ditempatkan di sekolah sekolah berasrama penuh,bukanlah sekolah agama seperti yang diharapkan ibu dan abah. Pejam celik,pejam celik inilah harinya.Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang.Jauh di sudut hatiku,terbenam rasa kebencian terhadap sekolah itu.Sekiranya diberi pilihan,pastinya sekolah itu tidak akan termasuk dalam senarai sekolah impianku.Manakan tidak,cita cita dan anganku mahu menjadi seorang doktor perubatan,bukannya ustazah.Itulah yang aku fikirkan dalam usia aku setahun jagung ini.Aku tidak tahu bagaimana harus aku mengharungi usia remajaku di sini.Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kehidupanku,bertudung labuh,bersarung kaki,berlengan panjang dan bercekak di hujung lengan.Sudah tentu merimaskan,itu sahaja yang bermain main di fikiranku.

Pagi pagi lagi ibu sudah mengejutkanku.Suara kokokan ayam juga memecah keheningan dinihari.Kedengaran laungan lunak suara azan berkumandang tuala biru

menandakan masuknya waktu Subuh.Aku bingkas bangun mencapai

Hello Kitty kesayanganku dan menyiapkan diri.Kami solat berjemaah pada hari itu.Aku,ibu,abah dan dua orang adik lelakiku menunaikan solat fardhu ini bersama sama.Selesai solat,aku lihat ibu meraup wajahnya tanda syukur.Terpancar

kegembiraan di raut wajah ibu dan abahku.Tersentuh hati kecilku melihat mereka. Burung burung terbang berkicauan menyanyi girang di langit membiru keluar

mencari rezeki untuk mengisi kantung masing masing.Mentari bersinar indah dan seolah olah tersenyum mengiringi keberangkatanku pada pagi tersebut.Aku pula masih sugul tanpa sebutir bicara,menggagahkan juga langkahanku masuk ke perkarangan sekolah tersebut.Ibu dan abah meninggalkanku dengan harapan yang tinggi menggunung.Masih terngiang ngiang bisikan terakhir ibuku sebelum mereka berangkat pulang ingat pesan ibu,Kak Long lahir atas kasih sayang ibu dan abah.Kami hantar ke sini nak lihat kak long menjadi orang yang tinggi ilmunya dan juga hidup rohaninya.Kata kata itu seolah olah baru semalam aku dengari.Aku hanya mampu tersenyum kelat. Hari ini dengan rasminya bermulalah diari seorang aku. Hidup berdikari jauh dari kedua orang tuaku dan aku tahu aku harus berdiri di atas kaki sendiri.Sedar tidak sedar sudah hampir tiga bulan aku berada di sini,dan aku sudah mempunyai klik yang sememangnya serasi bersama.Kumpulan kami sememangnya sangat dikenali di kalangan guru mahupun warga asrama.Tetapi bukanlah kerana hebat dari segi pencapaian akademiknya atau hebat dari kegiatan ko kurikulumnya,kami dikenali kerana sering sahaja mengundang masalah kepada penghuni asrama dan juga acapkali dipanggil oleh guru atas kesalahan displin yang kami lakukan.Bayangkan
4

pada minggu pertama aku berada di sini,aku telah ditangkap bersama tiga lagi rakanku kerana ponteng perjumpaan rasmi ko korikulum.Kami melepak sambil menonton filem Dil To Pagal Hai di bilik tayang. Akibatnya nama kami telah dipanggil oleh Tuan Pengetua pada perhimpunan rasmi sekolah dan didenda mencuci tandas.Hukuman yang tidaklah seberat mana mengizinkan kami

mengulangi kesalahan tersebut untuk kali kedua,ketiga dan seterusnya. Aku juga sering ponteng kelas prep pada sebelah petang dan malam.Selalunya aku banyak memenuhi waktu petangku dengan mengulit mimpi di atas tilam empukku di dalam dorm,manakala pada sebelah malam pula ada sahaja aktiviti yang tercetus dari benak fikiranku..Bukan sekali dua aku ditangkap,sudah berkali kali,namun aku tetap selamba mengulanginya tanpa rasa bersalah seperti mencurah air di daun keladi . Kerja sekolah jangankan hendak dilihat disentuh pun aku malas,tambah tambah lagi matapelajaran Bahasa Arab Tinggi dan juga Bahasa Inggeris.Tidak pernah sekali pun aku lulus dalam kedua dua matapelajaran ini.Minatku pada pelajaran yang dulunya menebal,kini semakin hari semakin menipis.Aku hanyut dalam dunia aku sendiri.Semakin hari aku semakin terpesong dari landasan yang sepatutnya aku lalui. Keadaan ini beterusan sehinggalah pada suatu hari,kehadiran seorang guru baru berpangkat Guru Penolong Kanan HEM ke sekolah itu benar benar membawa sinar di dalam hidupku.Tubuhnya yang tinggi,sedikit gempal, berkumis nipis berkulit cerah serta berwajah bengis memang sesuai dengan jawatannya itu.Ustaz Karim namanya.Semua orang sibuk memperkatakan tentang dirinya yang garang,tegas dan suka merotan pelajar itu.Seperti biasa aku lambat ke sekolah pada hari itu.Sengaja aku melengah - lengahkan ayunan langkahanku berjalan dari pintu asrama menuju ke sekolah,Tiba tiba kedengaran satu suara besar dan garau
5

mengherdikku dari hadapan.Alamak matilah aku pagi pagi sudah cari pasal dengan si raksasa ne.getus hati kecilku.Si Raksaksa,itulah gelaran yang aku berikan kepadanya,merujuk kepada sifat fizikalnya yang memang besar dari guru guru lain.Tambahan pula suaranya yang bergema lantang bagaikan suara halilintar bendentum di langit itu memang sesuai dengan gelaran yang aku berikan itu.Dia sudah tercegat berdiri di hadapanku dengan tangannya yang memang tidak akan lekang dengan rotan kesayangannya itu.Tiba tiba piaaapppp satu ayunan rotan singgah di pengkal betisku.Aku tersentak menahan kesakitan namun pura pura selamba aku meneruskan langkahku ke kelas.Hatiku benar benar memberontak ketika itu,kerana aku sahaja yang dirotannya,sedangkan terdapat dua lagi rakanku di situ.Tidak sampai empat langkah aku ke hadapan,namaku dipanggil.Aiii..tahu pulak nama aku si raksasa ne.baru tiga hari dia di sini.Bisik hatiku.Kamu dan dua lagi kawan kamu ini ikut saya ke pejabat.katanya tegas.Riak mukanya yang berkerut itu memang menampakkan ketegasannya semasa berbicara.Dia mencapai tiga surah Yasin dan menyerahkannya kepada kami.Pergi duduk di tapak

perhimpunan,habiskan bacaan surah yasin ini,moga terbuka hati kamu nak datang sekolah awal.selamba sahaja dia menuturkan kata kata itu.Muka aku berubah warna ketika itu.Merah padam menahan amarah.Kejadian itu merupakan titik permulaan kebencian aku pada dirinya.Mana tidaknya sudahla tadi rotan kesayangannya itu telah singgah di pengkal betisku ini memalukan aku pula di khalayak ramai.Membaca yasin di tengah tengah tapak perhimpunan dengan keadaan beratus ratus pasang mata memandang sinis kearah kami,memang memalukan. Alunan bacaan zikrullah dan ayat ayat suci Al Quran berkumandang menghiasi waktu dinihari mengejutkan warga asrama yang sedang enak diulit mimpi.Memang
6

begitulah keadaannya di sekolah ini.Sedang asyik aku dibuai mimpi,tiba tiba kedengaran pula deruman enjin motosikal memasuki perkarangan asrama dengan laungan suara solah..solahsolahsurau..surau...Hon dibunyikan berkali kali.Aku kenal sangat suara itu.Milik siapa lagi suara besar begitu kalau bukan Ustaz Karim.Aduhhh..apa lagi si raksasa mahu pagi pagi begini,baru pukul 5.30 pagi lah. Sempat lagi aku menjeling ke arah jom loceng di sebelahku.Kebiasaannya aku hanya solat Subuh sendiri di dalam dorm,jarang sekali aku ikut berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh yang disampaikan setiap pagi.Aku pantas menarik selimut,membungkus kembali tubuhku.Niatku untuk meneruskan tidurku terbantut apabila si raksasa itu tiba tiba muncul di hadapan pintu dorm kami.Bertempiaran rakan rakanku lari menyelamatkan diri.Ada yang lari sehinggakan berkaki ayam ke surau.Begitulah hebatnya penangan Ustaz Karim.Aku juga turut bingkas

bangun,tetapi malang nasibku aku tidak sempat memboloskan diri.Jadi pagi itu,tidak semena mena aku diberi sesi kuliah Subuh percuma. Hari berganti hari,masa terus berlalu, ada sahaja kes displinku yang berjaya

ditangkap oleh Ustaz Karim.Namun satu kejadian benar benar merubah diriku.Pada suatu petang itu aku telah ditangkap bersama empat orang rakanku yang lain cuba memboloskan diri melalui pagar sekolah yang telah kami potong untuk keluar ke bandar.Tiada niat lain,kami hanya sekadar suka suka.Akibat kejadian itu,kedua ibu bapaku telah dipanggil ke sekolah dan aku telah digantung persekolahan disebabkan masalah displin dan juga keputusan peperiksaanku yang semakin merosot.Kerut dahi abah dan wajah sugul ibu jelas mentafsirkan perasaan mereka yang memang kecewa dan sedih dengan diriku.Aku telah digantung persekolahan selama tiga minggu sedangkan peperiksaan besar dalam hidupku iaitu peperiksaan SPM akan berlangsung kira kira hanya 2 bulan dari sekarang. Abah
7

berleter sepanjang perjalanan pulang ke kampung.Ibu pula hanya menjeling ke arahku tanpa mengeluarkan sebutir bicara.Aku tahu mereka memang marah dan sangat kecewa.Aku merupakan anak sulung dan anak harapan keluarga.Aku benar benar terkesan dengan kata kata terakhir Ustaz Karim sebelum aku meninggalkan perkarangan sekolah tadi Kamu anak yang istimewa,Allah

anugerahkan kamu kebijaksanaan,ingatan yang kuat jangan kamu mensia siakannya.Saya yakin sekiranya kamu berubah kejayaan itu pasti menjadi milik kamu. Tanpa disedari air mata menitis membasahi pipiku. Seminggu aku berada di rumah.Aku hanyut dalam kecamukan fikiran.Sedang asyik aku menonton televisyen tiba tiba kedengaran satu suara seperti yang aku kenali memberi salam.Aku terpana dan terkejut melihat susuk tubuh Ustaz Karim di hadapan muka pintu rumahku.Di sebelahnya berdiri manis dengan senyuman terukir di bibirnya Miss Foo guru kelasku.Ustaz Karim tidak henti henti memberi kata semangat dan perangsang kepadaku,dan dia memberitahu bahawa Miss Foo akan membantuku dalam pelajaran sementara aku digantung persekolahan ini

memandangkan Miss Foo telah berpindah sekolah ke sekolah yang berdekatan dengan rumahku. Aku benar benar terharu dengan keprihatinan Ustaz Karim,lantas aku terus memohon ampun di atas segala perbuatanku dan persepsi burukku terhadapnya selama ini.Sungguh aku tidak menyangka ustaz yang selama ini ku anggap musuh sebenarnya begitu tulus dan suci hati nuraninya.Beliau mahu melihat pelajarnya berjaya.Aku benar benar menyesal dan malu dengan diriku.Air mataku tidak henti henti mengalir tanda syukur, Allah membukakan pintu hatiku dan masih memberikan ruang untuk diriku membetulkan kesilapan yang lalu.Mulai dari saat itu,aku sering berulang alik dari rumahku ke rumah Miss Foo untuk mentelaah
8

pelajaran.Aku kagum dengan semangat Miss Foo yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepadaku dan sedikit pun beliau tidak mengeluh untuk meluangkan

masa membantuku dalam pelajaran.Hari demi hari aku semakin serius dalam pelajaran,tekun mengulangkaji pelajaran serta membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi peperiksaan SPM yang sememangnya bermakna untuk diriku beberapa hari sahaja lagi.Kata Kata Miss Foo segar bermain di kotak fikiranku.You have to control something that we can control which is your effort,and the glory will definitely yours.Itulah yang dibisikkan ke telingaku. Terima kasih puan doktor,sapaan itu menghentikan lamunanku.Beliau tersenyum lebar ke arahku.Saya bangga dengan kamu,Laila.Kamu bukan hanya seorang doktor biasa,kamu istimewa.Dengan 30 juzuk tersemat di dada ia sudah cukup membezakan kamu dengan doktor doktor lain. Aku tersentuh dengan kata kata itu.Tubuh yang terbaring di hadapanku ini masih lagi sama cuma mungkin beliau nampak lemah sedikit kerana penderitaan penyakit kanser tulang yang

ditanggungnya.Aku menatap wajahnya dalam dalam, tidak sedikit pun beliau berubah masih seperti dulu.Air mukanya tampak jernih dan bibirnya tidak pernah lekang mengucapkan kalimah kalimah suci Al Quran.Aku tahu beliau sedang berjuang dengan penyakitnya.Masa berlalu dengan begitu pantas,10 tahun telah berlalu.Ku rasakan baru semalam aku mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah.Masih terasa hangat setiap kenangan yang kembali bertamu di ruang sanubariku.Semuanya segar terpahat dalam

ingatanku.Sesungguhnya sekolah ini benar benar mendewasakan kan ku.Sekolah yang meninggalkan 1001 kenangan yang mengusik jiwaku dan tetap akan kekal dalam lipatan sejarah. Di sinilah tempatnya aku memperolehi 12A1 di dalam

peperiksaan SPM dan seterusnya mengorak langkah perjalananku sehinggalah aku


9

kini bergelar Dr Laila Farhanah.Baru kini aku mengerti mengapa ibu dan abahku membuat keputusan untuk menghantarku ke sini.Banyak perkara yang aku pelajari di sini.Dan orang yang bertanggungjawab di atas kejayaanku ini ialah tidak lain dan tidak bukan, beliau ialah orang yang terbaring di hadapanku kini Ustaz Karim.Aku sangat berharap dan berdoa agar beliau mampu bertahan mengharungi dugaan Ilahi ini.Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanannya dalam mendidikku

sememangnya tidak ternilai dan tidak akan mampu aku balas .Akan ku bawa kenangan itu sehingga akhir hayatku.Tanpa seorang yang bergelar guru maka tidaklah akan aku berada di sini menyarung kot putih dengan stateskop di leher.Terima kasih Cikgu. 2059 patah perkataan

10

Anda mungkin juga menyukai