Anda di halaman 1dari 291

ALAF 21 MEMPERSEMBAHKAN

BAYANGAN RINDU
ANIS AYUNI
Bab1
SUASANA hening lagi sepi. Di kejauhan sesekali kedengaran bunyi kokokan ayam men
andakan hari sudah pagi. Sesekali angin bertiup kencang. Sambil berbaring di ata
s katil, dalam kepala aku mula merangka aktiviti-aktiviti untuk hari ini.
Mungkin seperti kelmarin juga. Dari pagi hingga tengah hari pergi berenang di Ke
lab Bukit Beringin. Petang pula selepas abah balik dari kerja, dia akan membawa
aku dan adik-adik yang lain bersiar-siar mengelilingi kawasan estet dengan menai
ki jip. Aku, Ijaz dan Iddrin suka berdiri di bahagian belakang jip yang terbuka
kerana kami boleh menyaksikan pemandangan sekeliling.
Apabila melewati kawasan yang menempatkan rumah-rumah pekerja, aku menjadi lebih
teringat pada nasihat abah agar kami belajar dengan tekun dan bersungguh-sunggu
h kerana kalau tidak kami juga akan tinggal di rumah seperti itu yang sangat sed
erhana dan kelihatan seperti kekurangan serba-serbi. Walaupun aku tidak pernah m
enjejakkan kaki masuk ke dalam rumah pekerja, tetapi daripada luarannya sahaja a
ku sudah dapat membayangkan kehidupan mereka yang susah. Keadaan ini menginsafka
n diriku. Aku sedar peri pentingnya memenuhi ilmu di dada agar nanti aku bisa me
ndapat pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tombol pintu dipulas. Aku cepat-cepat berpaling dan b
erpura-pura tidur. Aku tidak pasti siapa, tetapi kemungkinan besar mama kerana i
nilah rutinnya setiap pagi.
"Bangun sembahyang subuh! Anak dara tak elok bangun lambat... nanti langkah dek
murai tak baik."
Tepat sekali andaianku, namun aku diam tidak berkutik.
"Agaknya kat asrama... bangun lambat jugak, ya?" soal mama sambil menepuk-nepuk
bahuku, agar aku bangun.
Aku menggeliat sambil mempamerkan reaksi kurang senang kerana tidurku terganggu.
"Tak... kat sana kena cepat sebab nak rebut bilik air," jawabku malas.
Sesekali balik bercuti di rumah memang aku suka bermalas-malas. Duduk di asrama,
peluang ini memang tidak ada kerana semuanya harus mengikut waktu. Walaupun tin
ggal di asrama sekolah harian biasa, tetapi peraturannya tetap sama. Waktu makan
, waktu belajar, waktu tidur, malah semuanya sudah diatur oleh pihak sekolah.
"Subuh ni tak panjang... kalau dah lepas pukul 7.00 sampai 7.30, tu dah dikira w
aktu syuruk... matahari baru naik ke langit. Diharamkan apa jugak sembahyang wak
tu ini sebab tanduk syaitan berada di antara matahari." Mama mengulang lagi 'sya
rahannya' seperti pagi semalam. Selepas ini aku dapat menjangka tazkirah mama se
terusnya.
"Rasulullah mengharamkan sembahyang waktu syuruk kerana ia menyamai orang yang s
embah matahari. Kalau kita 'terbabas' dan nak qada sembahyang subuh, kita mesti
lepaskan dulu waktu syuruk tu," sambung mama lagi.
Tepat seperti apa yang aku duga. Kata-kata yang sama mama ulang berkali-kali ker
ana anak mama yang seorang ini memang liat hendak bangun pagi.
"Bangun!" Kali ini mama menepuk bahuku dengan lebih kuat.

"Biarlah Iddrin bangun dulu." Aku tawar-menawar pula, walaupun aku tahu tempat t
idurnya sudah kosong.
"Dia dah sembahyang... tengah mengemas kat bawah tu,"jelas mama.
"Ijaz? Kak Inez?"
"Hmm... habis semua orang ditanya. Kalau Abang Zairi ada... abang pun awak tanya
, dah bangun ke belum. Dah, awak tu bangun dulu!" kata mama sambil menarik selim
ut yang membaluti tubuhku.
"Orang dah sembahyanglah," omelku dalam ketawa. Sebenarnya tadi sengaja aku hend
ak mengusiknya.
Dua tiga hari ini sebelum balik ke asrama, aku harus membiasakan diri dengan rut
in bangun awal pagi. Di asrama kalau aku terlewat bangun, alamat kena beraturlah
untuk menunggu giliran masuk ke bilik air.
"Hisy, budak ni... cakaplah dah sembahyang!" rungut mama. Namun, di wajahnya ter
ukir senyuman.
"Jadi apa kalau langkah dek murai, ma?"
"Yalah... burung pun dah keluar cari makan... awak masih berlingkar atas katil.
Jadi anak dara pemalaslah!"
Adoi, padan muka dah kena sebijik!
"Cepatlah... lepas sarapan tolong mama kemas. Hujung bulan ni nak pindah."
Aku bingkas bangun. Bulat mataku memandang mama. "Hah, nak pindah lagi? Kat mana
pulak?"
"Kota Tinggi."
"Habis tu, Iddya?"
"Kenapa? Kan duduk kat asrama... apa masalahnya?"
"Nak ikut sekalilah," rayuku kerana sudah jemu sejak dari tingkatan satu tinggal
di asrama.
"Tahun ni kan nak exam... tak elok tukar sekolah." Mama cuba merasionalkan keran
a aku akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada bulan Oktober na
nti.
"Iddrin?"
"Dia tak ada exam..."
"Jadi dia boleh ikutlah?" soalku inginkan kepastian, walaupun sudah jelas kepada
ku maksud kata-kata mama tadi. Tinggallah aku terkontang-kanting duduk di asrama
. Kalau sebelum ini Iddrin jadi peneman, kali ini aku akan keseorangan.
"Bukan jauh sangat... nanti mama selalu datang. Lepas habis PMR... tukar sekolah
, okey!" pujuk mama.
Aku menjuihkan bibir tanda protes.
"Kak Inez tak kisah pun?" tekan mama.

"Dia tak kisah sebab asrama dia, best... asrama Iddya ni teruklah, ma!"
Memanglah jauh bezanya antara asrama di sekolah harian biasa dengan asrama di se
buah kolej matrikulasi. Aku sekadar melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa terus
tinggal di sana.
"Jangan fikir yang lain... belajar betul-betul. Habis periksa baru tukar sekolah
." Mama memberi kata pemutus.
Aku mengeluh. Nampaknya kata-kata dan rayuanku tidak akan mengubah keputusan mam
a.
"Ma!" panggilku sambil menarik tangannya.
Mama tidak jadi hendak bangun. "Iddya tak sukalah sekolah tu... ada budak suka k
acau orang."
"Budak lelaki ke perempuan?"
"Lelaki." Siapa lagi yang aku maksudkan kalau tidak Syahrul Bahraein atau Baein
yang sejak dari tingkatan satu merupakan musuh ketatku. Ada-ada sahaja aksinya y
ang menyakitkan hati. Masa aku belum bertudung, dia selalu menarik rambutku yang
diikat ekor kuda. Apabila aku marah dan mengadu kepada guru, dia mendakwa konon
nya tindakan aku menggoyang-goyangkan kepala seolah-olah sedang melakonkan iklan
syampu, mengganggunya.
"Budak lelaki memanglah nakal. Tapi entah-entah dia suka anak mama, tak?"
Aku mencemik mendengar usikan mama. 'Baein tu... bencinya aku dengan perangai di
a!' Bisikku dalam hati.
"Turun cepat, ya!" pesan mama sebelum keluar.
Jelas sekali apa juga ceritaku untuk meraih simpati mama tidak berhasil. Aku har
us terus bertahan...
AMAN damai, tenang dan bahagia rasanya apabila berhari-hari Baein tidak masuk ke
kelas kerana menjalani latihan intensif olahraga. Kalau Baein ada, kami pasti a
kan bergaduh, walaupun aku sedar tiada guna aku bertikam lidah dengannya kerana
dia sahaja yang hendak menang. Tingkah lakunya memang menyakitkan hatiku.
Tetapi masalah timbul apabila dia datang selepas itu. Kalau hendak meminjam sesu
atu, tidak cukup dengan memanggil nama, belakang badanku dicucuk dengan pen atau
pembaris. Kalau aku tidak bagi, dia akan menyelongkar laci meja atau beg sekola
hku.
"Pinjamlah dengan orang lain!" kataku memberi cadangan kerana tidak mahu dia mem
injam buku notaku.
"Tulisan dia orang susah nak baca," jawabnya. Ada-ada sahaja alasannya.
"Nah, nanti pulangkan cepat!"
"Terima kasih budak kedekut!" ucapnya dalam ketawa.
Aku menjeling dengan perasaan geram.
"Hah, salin nota pun salah!" rungut Baein.
Aku segera menoleh ke belakang. Berkerut-kerut dahiku memandangnya.

"Aku dah betulkan!" katanya sambil tersengih-sengih.


APABILA Puan Sharifah Nawal masuk ke kelas, aku mencari-cari folio Sejarah di da
lam beg, tetapi tiada. Seingatku semalam setelah menyiapkan bahagian rumusan, fo
lio itu aku masukkan ke dalam buku teks Sejarah dan terus menyimpannya di dalam
beg. Malam tadi, aku langsung tidak mengusik buku teks itu lagi. Kini, ke mana p
ula perginya folio itu? Persoalan itu bermain-main di fikiran.
"Bila tak siap, kamu bagi alasan tertinggal. Saya dah biasa dengar alasan macam
ni." Sinis nada suaranya. "Yang tak bawa folio berdiri kat belakang!" arah Puan
Sharifah Nawal. Jelas tiada kompromi lagi dalam perkara sebegini.
Aku harus akur. Memanglah bukan aku sahaja yang didenda kerana Baein dan empat o
rang pelajar lagi turut berdiri tidak jauh dariku. Aku memalingkan muka setiap k
ali ada pelajar yang lalu-lalang di kaki lima. Inilah kali pertama aku didenda.
Aku tidak kisah lenguh kaki kerana berdiri, tetapi rasanya sepanjang tahun aku a
kan menanggung rasa malu.
"Iddya..."
Saya tak suruh yang berdiri di belakang tu bercakap! Nanti saya hantar kamu kelua
r!" Tegas suara Puan Sharifah Nawal memberi amaran.
Suara bisikan Baein segera mati. Keluhannya kedengaran; tanda protes dan tidak p
uas hati.
Puan Sharifah Nawal meninggalkan kelas setelah loceng berbunyi. Sebelum itu seka
li lagi dia memberi peringatan kepada kami tentang denda yang lebih berat jika t
idak menyiapkan folio.
Aku kembali ke tempat duduk. Mengeluarkan segala isi
daripada dalam beg galas, namun folio yang kucari memang tidak ada. Aku bersanda
r di kerusi. Tiba-tiba sehelai kertas berlipat dihulurkan oleh Baein kepadaku.
Iddya... aku minta maaf sebab ambil folio kau semalam... tertinggal kat rumah. E
sok aku bawa.
Aku mendengus marah. Sakit hati kerana akibat perbuatannya, aku pula yang didend
a. Di luar sedar, aku bangun dan menolak kerusi ke belakang dengan kasar. Temanteman lain yang terpinga-pinga memandang aksiku, tidak aku hiraukan. Mencerlang
bola mataku memandang Baein yang nyata cemas dengan tingkahku. Kertas di tangan
aku keronyok, lalu aku campakkan ke mukanya sebelum aku meluru keluar dari kelas
. Aku terus menuju ke tandas.
APABILA aku balik semula ke kelas, Puan Rohima, guru subjek Matematik sudah mena
nti di muka pintu. "Keluar kelas tanpa kebenaran dan pas... denda buat kerja ama
l!"
Sejenak aku termangu-mangu. Diriku ibarat orang yang sudah jatuh ditimpa tangga.
Teman-teman sekelas mempamerkan riak wajah simpati. Tetapi nasi sudah menjadi bu
bur dan bubur itu harus aku telan juga.
"Saya minta maaf," kataku sebelum mengatur langkah ke tempat duduk.
"Iddya..." Kedengaran suara Baein.
Tidak aku hiraukan panggilan itu. Aku terus duduk dan cuba memberi sepenuh tumpu
an pada sesi pengajaran sehinggalah loceng waktu rehat berbunyi. Suasana kelas m
enjadi riuh-rendah sebaik sahaja Puan Rohima keluar.
"Iddya... memang salah aku... aku minta maaf!" ucap Baein yang sudah berdiri di

hadapan mejaku. Pengucapan maafnya kali ini dibuat secara terbuka.


Aku patut menghargainya, tetapi rasa marah dan malu menenggelamkan kesabaranku.
Aku bingkas bangun. "Lain kali kau jangan usik barang-barang aku! Aku tak suka k
au duduk belakang aku!" Meledak suaraku.
Semerta suasana dalam kelas menjadi sunyi. Beberapa orang pelajar yang masih bel
um keluar terkejut memandang ke arah kami.
"Sebab kau... tak pasal-pasal aku kenadenda! Tak pasalpasal aku malu!" Suaraku m
elantun keluar lebih kuat lagi.
"Nanti aku jumpa Puan Sharifah dan Puan Rohima..."
"Ah, tak payah!"
"Iddya..."
Pantas aku menepis tangan Baein ketika dia cuba menyentuh bahuku. Aku tahu dia c
uba menenangkan perasaanku, tetapi kemarahanku masih belum reda.
"Iddya bergaduh dengan Baein."
Aku mendengar suara Renita.
"Memang salah Baein." Entah siapa pula yang bersuara.
"Kau orang berdua ni kan kalau berjumpa... memang macam anjing dengan kucing...
mesti bergaduh," ulas Puteri Hazirah. Mungkin benar pendapatnya kerana dia yang
selalu menjadi saksi aku 'bergaduh' dengan Baein.
Semua pelajar sudah keluar. Sangkaku hanya tinggal aku seorang di dalam kelas, t
etapi rupa-rupanya Kiew Wei Kin atau Kiew nama panggilannya masih ada di tempatn
ya.
"Iddya... awak nak makan apa-apa? Saya tolong belikan."
Aku menggeleng. Walaupun perut aku lapar, tetapi seleraku mati. Kami terus kelua
r apabila pengawas bertugas mengarahkan kami meninggalkan kelas.
AKU bersendirian menyusur tepi padang hingga sampai ke penghujungnya, lalu duduk
di bawah pohon jacaranda. Entah mengapa apabila bersedih hati, aku suka ke sini
.
Sesekali terasa diri seperti si Pocahontas, watak heroin dalam cerita animasi Wa
lt Disney yang mengadu masalah kepada Grandmother Willow, iaitu sebatang pokok w
illow yang boleh berkata-kata. Walaupun pohon jacaranda ini tidak boleh berkatakata dan tidak boleh memujuk, tetapi mungkin kerana suasana ini sangat tenang, m
aka aku merasakan di sinilah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan rasa hat
i.
Kuntuman jacaranda yang berwarna ungu lembut mendamaikan perasaan, membuai rasa
hati hingga aku hendak tidur di atas kuntumannya yang bertaburan di atas rumput.
Aku melayan perasaan sendiri sambil membayangkan bagaimanalah agaknya perasaan b
ila dilamun cinta? Tentu kalut perasaan apabila kali pertama mata bertentang mat
a. Lidah yang kelu tidak mampu melahirkan walaupun sepatah kata. Oh, alangkah ma
nisnya saat itu!
"Hai!"
Aku terkejut dan segera mencari arah suarayang datang. Kiew tersenyum-senyum, se
dangkan aku malu sendiri kerana ditangkap sedang berangan-angan. Kami saling ber
tatapan tanpa kata. Sedetik dua masa berlalu sepi.

"Iddya!" Suara Kiew mengembalikan aku ke dalam diri.


Oh, perasaan apakah yang aku rasakan sebentar tadi? Cinta? Begitukah agaknya per
asaan bila cinta menyentuh hati? Mujurlah Kiew tidak tahu apa yang aku bayangkan
tadi, kalau tidak tentu dia akan mentertawakan aku. Tentulah mulai saat ini dia
tidak lagi menggelar aku si Pocahontas, tetapi si Cinderella yang sedang menant
i putera raja membawakan kasut kaca yang kecil lagi comel, lalu menyarungkannya
ke kaki. Ah, berangan-angan lagi!
Kiew tersenyum-senyum. "Saya beli ni untuk awak!" Serentak itu,
Kiew menghulurkan sekotak air soya dan satu bungkusan berisi dua ketul karipap.
"Kalau perut lapar, nanti lagi tak boleh belajar. Lebih teruk kalau dapat gastri
k."
Spontan aku mengeluarkan dompet dari saku untuk membayar harganya.
"Tak apa... saya belanja." Kiew menolak.
Kami makan bersama-sama. Setelah itu Kiew menghimpunkan kuntuman jacaranda yang
bertaburan di atas rumput, lalu diletakkannya di atas bangku.
Sambil makan, aku memandang Kiew menyusun kuntuman bunga jacaranda. Aku jadi ter
pesona kerana susunan itu akhirnya membentuk ejaan namaku.
"Cutenya!" pujiku ikhlas.
Pada saat itu hatiku tiba-tiba berasa terpanggil untuk menggandingkan nama kami
berdua. Saja suka-suka dan sebagai tanda ucapan terima kasih kerana kesudiannya
menemaniku. Lalu kususun kuntuman bunga hingga membentuk huruf 'Q' abjad yang sa
ma bunyi dengan namanya.
"Kalau ada kamera, boleh ambil gambar."
Aku melongo memandangnya. "Gambar apa?"
Ibu jarinya dihalakan ke arah kuntuman jacaranda yang membentuk gandingan nama k
ami.
"Laa... nak buat apa?" 'Hisy, ada ke benda macam tu pun dia nak ambil gambar! Ji
wang karat!' omelku dalam hati.
"Okey, jomlah... loceng dah bunyi!"
Seiringan kami berjalan merentasi padang untuk kembali ke kelas kerana waktu reh
at sudah tamat. Sesampai di kelas, Baein dan Sim sudahpun bertukar tempat duduk.
Aku menghela nafas lega.
Bahraein atau Baein. Entah apa yang merasuk hingga hatiku menjadi terbalik; suka
kepadanya. Mungkin kerana perubahan sikapnya yang menjadi lebih pendiam dan san
gat tekun mentelaah pelajaran. Atau mungkin kerana perubahan wajahnya yang menam
pakkan dirinya semakin meningkat remaja. Tentulah peralihan ini mematangkan fiki
rannya. Dia bukan lagi budak nakal yang suka memberi nota-nota yang mengutuk ata
u apa sahaja dengan tujuan untuk mengusik dan sesekali menyakiti hatiku. Apabila
sesekali dia tertangkap ketika sedang merenungku, aku mula menyangka yang dia m
enyukaiku.
'Hei, jangan perasanlah!' ejek hatiku yang jengkel kerana membuat andaian sebegi
tu pada seorang pelajar lelaki yang sememangnya mempunyai ramai peminat di sekol
ah.
Apabila Baein berpindah tempat dan kembali duduk di belakangku, aku memberanikan
diri bertanya. "Kenapa tukar tempat?" soalku seolah-olah memang menjadi satu
kesalahan pula tindakannya, sedangkan hatiku melonjak riang kerana merasakan kam

i semakin rapat.
"Saja suka," jawabnya.
Kemudian apabila Baein yang sememangnya antara yang paling pintar di dalam kelas
selalu membantu aku menyelesaikan masalah Matematik, aku menjadi semakin ditimp
a perasaan. Apabila Baein dinobatkan sebagai olahragawan bawah 15 tahun dalam ke
johanan sukan tahunan, aku tibatiba ikut sama dengan pelajar-pelajar perempuan y
ang lain, tergedik-gedik ingin mencuri perhatiannya dengan beraksi terlebih lema
h lembut dan sesekali berlagak manja.
OLEH sebab sudah ditimpa perasaan terhadap Baein, aku menjadi cemas apabila mama
mula bertanya tentang rancangan pertukaran sekolah setelah aku selesai menduduk
i Peperiksaan Menengah Rendah. Sebenarnya aku ingin terus bersekolah di sini aga
r dapat terus bersama-sama Baein.
"Kata lepas PMR nak tukar sekolah," ulang mama seolah-olah hendak mengingatkan a
ku akan janjinya dahulu.
Sukar aku hendak menjawab pertanyaan mama. Takkanlah aku hendak memberitahu mama
yang aku tidak mahu bertukar sekolah kerana Baein? Kalaulah ini jawapanku sudah
tentu mama akan mendesak aku bertukar sekolah kerana ibu mana yang suka anak-an
aknya terjebak dalam hubungan cinta ketika di alam persekolahan? Lainlah kalau s
udah berada di kolej atau universiti. Tetapi aku tidak pula mendengar Abang Zair
i ada teman istimewa sewaktu di kampus. Mamalah yang menjalankan jarum, menjalin
kan hubungannya dengan Kak Farah, anak kawan mama hinggalah terjalin ikatan pert
unangan. Tetapi ikatan itu terungkai dan putus di tengah jalan. Aku tidak tahu,
mengapa Abang Zairi memutuskan pertunangan. Tiba-tiba sahaja mereka tidak jadi b
erkahwin, walaupun persediaan sudah dibuat. Entah mengapa!
"Dah biasa dengan kawan-kawan dan cikgu kat sekolah tu... lagipun dua tahun aje
lagi."
Aku lega kerana munasabah juga alasan yang kuberi. Rasa hatiku kepada Baein biar
lah menjadi rahsia. Kalau aku ingin berkongsi dengan orang lain pun, hanya denga
n Iddrin sahaja kerana memang kami sering berkongsi cerita.
SELEPAS keputusan PMR diumumkan, walaupun aku tidak pasti kebolehanku dalam mata
pelajaran Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan, tetapi kerana Baein memilih kum
pulan elektif itu, maka aku turutkan juga. Sungguh aku memperjudikan masa depank
u kerana dia. Namun sebagai memenuhi tuntutan minatku dalam melukis, aku mengamb
il mata pelajaran Pendidikan Seni kerana sebenarnya aku menyimpan cita-cita untu
k menceburi bidang kerjaya yang sama seperti Abang Zairi, menjadi seorang arkite
k.
Aku berjanji untuk melipatgandakan usaha agar aku dapat setanding dengan Baein k
erana kalau gagal, tentulah aku berasa malu. 'Jadi ada baiknya juga 'bercinta' n
i,' rumusku hendak menyedapkan hati sendiri.
BAB 5
KETIKA di tingkatan empat, Baein sekali lagi duduk di belakangku, namun mujurlah
tidak ada sesiapa yang menegur. Agak ramai juga teman-teman kami sejak di tingk
atan satu berada dalam kelas yang sama, sehingga tidak disedari kami kembali mem
bentuk satu kumpulan. Namun pada minggu kelima persekolahan, aku kecewa bukan ke
palang apabila Baein memberitahu yang dia mendapat tawaran untuk ke Maktab Renda
h Sains Mara Taiping. Saat mendengar khabar itu, aku sudah terasa kehilangannya.
Namun perasaan itu sedaya mungkin aku sembunyikan agar tiada siapa yang tahu ra
hsia hatiku terhadap Baein.
Betapa selama tiga tahun kami bersama, aku sudah lali dengan usikan dan gurauann

ya. Kini, aku sungguh merasakan kehilangannya. Terasa sunyi apabila dia tiada. A
ku kehilangan seorang teman yang selalu membantu menyelesaikan masalah Matematik
yang sukar. Aku memandang tempat duduknya yang kosong.
Alangkah baiknya kalau Baein ada!
PAGI Isnin minggu berikutnya kami dikejutkan dengan kemunculan Baein di kelas. R
iuh seketika teman-teman menyambutnya. Aku menyangka dia datang untuk mengambil
apa-apa dokumen dari sekolah, tetapi rupa-rupanya dia balik semula untuk berseko
lah di sini.
"Kat sana tak best ke?" Pelbagai pertanyaan seumpama itu diajukan. Sama seperti
soalan-soalan yang bergayut di dalam fikiranku. Baein menjawabnya ala kadar saha
ja.
"Haa... tempat duduk aku ada lagi!" Riang suaranya. Baein terus menuju ke tempat
duduknya apabila menyedari guru kelas kami sudah berdiri di muka pintu.
"Kenapa balik semula?" soalku apabila ada kesempatan bertanya. Ketika itu temanteman sekelas sudah beransuransur keluar untuk rehat.
"Tak bestfah belajar kat sana! Saya tak suka makan nasi kawah. Lagipun sebab...
err..." Baein berjeda. Sepasang matanya merenung ke mukaku. "Sebab awak tak ada
kat sana."
Sebaris ayat itu membuatkan mukaku terasa panas. Aku mengetap bibir menahan malu
.
Bermula dengan sekeping nota yang Baein letakkan di dalam buku, akhirnya kami be
rbalas-balas nota. Daripada hanya sejengkal, bertukar menjadi surat yang panjang
berjela-jela. Bahasanya pula menjadi semakin lunak dan romantis. Perasaan aku m
enjadi semakin enak. Aku yakin kami berkongsi rasa yang serupa.
Hmm... cinta anak-anak sekolah!
SELEPAS waktu rehat semua pelajar Islam berhimpun di dewan untuk mendengar ceram
ah sempena sambutan Maal Hijrah. Mizan membaca al-Quran dan selepas ucapan ringk
as daripada pengetua, tibalah giliran Ustaz Fairuz menyampaikan ceramahnya.
Kami mencatat isi-isi penting di dalam buku nota kerana buku ini akan diperiksa
untuk memastikan kami benar-benar memberi tumpuan. Namun, ada juga segelintir pe
lajar yang dalam banyak waktu 'berceramah' sesama sendiri sehinggakan Ustazah Ma
shitah beberapa kali bangun sambil meletakkan jari telunjuk di bibir, memberi am
aran supaya diam.
Kalau sesama kami sahaja aku tidaklah berapa kisah sangat, tetapi aku rasa malu
kepada Kiew dan Sim yang duduk di sudut berhampiran pentas. Mereka yang secara s
ukarela menguruskan sistem audio seperti ikut sama mendengar ceramah, walaupun s
ebenarnya mereka boleh balik ke kelas selepas memastikan sistem audio berfungsi
dengan baik.
"Hadirin sekalian, ingatlah... dunia ini adalah pentas, akhirat tempatnya yang s
ebenar. Strategi kita untuk berhijrah adalah... ikhlaskan niat, dalami ilmu agam
a, cari kawan yang baik, tengok dengan siapa kita berkawan." Ustaz Fairuz menghu
rai bahagian ini dengan panjang lebar sebagai panduan kepada kami.
Rumusannya, sahabat boleh membawa pengaruh sama ada yang baik atau sebaliknya ke
pada diri seseorang.
"Dekati al-Quran dan jaga solat. Aura al-Quran akan jaga diri kita sepanjang har
i... daripada masalah. Jangan lupa berdoa kerana doa itu ialah senjata orang muk
min, tiang agama, cahaya langit dan bumi. Abu Hurairah r.a meriwayatkan, tidak a
da yang lebih mulia di sisi ALLAH selain doa. Ini bermakna doa itu mempunyai kel

ebihan dan fadilat yang amat besar dan amat banyak."


Ustaz Fairuz berjeda. Dia memandang setiap wajah yang berada di hadapannya untuk
melihat siapa yang memberi perhatian dan siapa pula yang sebaliknya. Setelah be
rpuas hati, barulah Ustaz Fairuz meneruskan ceramahnya.
"Melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi, manakala musibah dan kesusah
an boleh terhindar kerana jika ALLAH SWT memperkenankan doa hamba-NYA, tidak ada
satu pun yang dapat menghalang kerana ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan doa ha
mba-NYA yang penuh dengan keikhlasan. Ingatlah, berdoa juga boleh menghindarkan
sesuatu bala, walaupun bala itu sudah merupakan qadak, iaitu ketentuan ALLAH SWT
."
Ayat-ayat yang penuh makna itu aku pahat kukuh di dalam hati. Akan aku jadikan p
anduan hidup.
"Sebagai penutup ceramah ni... marilah kita samasama sebut sifat-sifat ALLAH," a
jak Ustaz Fairuz.
Lalu kami sama-sama melagukan sifat 20 ALLAH dan diikuti pula oleh Asmaul Husna.
Selesai acara dan selepas ketua tingkatan masing-masing mengumpul buku nota, bar
ulah kami balik ke kelas.
"Sedap lagu nasyid tu!" Kiew memberi komen.
"Kan ustaz selalu lagukan masa dalam kelas?" Aku sekadar mengingatkan. Masakan K
iew lupa kerana dia selalu duduk di dalam kelas masa mata pelajaran Pendidikan I
slam apabila guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak hadir.
"Boleh tak awak tuliskan liriknya untuk saya?"
Sedikit jengkel hatiku mendengar permintaan Kiew. Namun apabila menatap wajahnya
yang nampak bersungguhsungguh, akhirnya aku mengangguk juga.
SEBAIK sahaja masuk ke kelas selepas waktu Kemahiran Hidup, aku perasan ada sat
bungkusan beg plastik dalam laci meja
Segera aku menoleh ke belakang. Mencari
seraut wajah Baein yang jelas sedang menanti reaksiku.
"Happy birthday... for you with love" Baein bersuar perlahan sambil bermain mata
.
Aku yakin orang lain tidak mendengarnya keran suasana di dalam kelas ketika i
tu riuh-rendah.
Aku segera mengerti. Baein memberi hadiah semper ulang tahun kelahiranku. Semua
pelajar tahu tarikh lahir teman-teman sekelas kerana di atas sekeping kad manila
yang ditampal di papan kenyataan dalam kelas memang ada gambar dan tarikh lahir
semua pelajar di dalam kelas kami.
"Buka kat asrama ya, Iddya." Senyuman manis di bibirnya menyimpul makna. Aku tid
ak sedar entah sejak bila antara kami tidak lagi 'berawak dan saya' lagi tatkala
berbicara kerana dia membahasakan
dirinya Baein dan dia memanggilku Iddya.
"Hoi, Fazira... Fazira!" jerit Afiqah Azlin tiba-tiba yang duduk di meja hadapan
berdekatan dengan pintu.
Tugasnya sebagai Ketua Kelas, juga merangkap sebagai pemberi isyarat kerana dari
pada tempat duduknya dia dapat melihat dengan jelas orang yang turun naik tangga
. Suasana di dalam kelas semerta menjadi hening. Aku tersenyum sendiri. Betapa d
alam kekalutan perasaan, Afiqah Azlin hanya menyebut namanya sahaja... kerana se
mua pelajar tahu siapa orang yang dimaksudkannya.

Cikgu Fazira muncul dan sejenak dia berhenti di muka pintu. Kemudian pantas dia
melangkah masuk dengan kepala terangguk-angguk. Pasti dia berpuas hati kerana se
mua pelajar nampaknya sudah bersedia menyambut kedatangannya.
KEDENGARAN loceng berbunyi menandakan tamat waktu pengajaran. Aku dan Baein masi
h di tempat masing-masing, sedangkan teman-teman yang lain sudah keluar. Aku mas
ih sibuk menyalin nota di papan hijau. Mengambil kesempatan sebenarnya kerana Ba
ein seorang pengawas.
"Tak keluar rehat?"
"Kejap lagi."
"Jom, kita pergi kantin!" ujar Baein.
Cepat-cepat aku menggeleng. Rasanya memang sengaja aku mencari 'penyakit' kalau
pelawaannya aku terima. Aku bimbang nanti satu kelas, malah lebih parah lagi kal
au satu sekolah tahu kami ada 'apa-apa' sekiranya dipamer hubungan yang intim da
n mesra. Aku tidak suka menjadi Pasangan yang sering diperkata atau sesekali dis
indir oleh guru seperti pasangan Sulaiman dan Aini Mastura serta ramai lagi. Aku
tidak mahu dapat 'surat jemputan' daripada kaunselor dan akhirnya hubungan 'cin
ta rahsia' ini sampai Pada Pengetahuan keluarga. Biarlah hubungan ini menjadi ra
hsia kami berdua sahaja.
"Kita boleh kawan... tapi Iddya tak nak siapa-siapa pun
tahu." 'Kawan' yang Baein sendiri faham maksudnya.
"Laa... kenapa? Sulaiman dan Aini selamba aje?"
"Tu dia orang... Iddya tak nak macam tu. Kita tulis
surat aje."
"Study group?" Baein terus mencuba nasib.
"Boleh... tapi jangan sampai orang tahu." Sekali lagi aku memberi syarat.
Baein hanya mengangguk.
Kemudian dengan tidak disangka-sangka Kiew tiba-tiba muncul. "Oppss... ingatkan
tak ada orang dalam kelas!" katanya yang ternyata terkejut. "Saya nak ambil buku
. Tak pergi kantin?" tambahnya sambil menyelongkar beg galasnya.
"Emm... nak pergilah ni. Tunggu eh!" Terburu-buru aku mengemas alat-alat tulis d
i atas meja.
"Join sekali?" Kiew mempelawa Baein.
"Aku duty."
Seiringan aku berjalan dengan Kiew menuju ke kantin. Cepat-cepat kami membeli ma
kanan dan minuman kerana waktu rehat sudah hampir tamat.
SELEPAS tamat waktu rehat, aku kembali semula ke mejaku. Aku terpandang sekeping
kertas yang ditindihkan di bawah bekas pensel, lalu aku menariknya.
Wah, pergi kantin dengan Kiew tak apa... tapi bila Baein ajak tak nak!
Begitulah ayat yang tertulis dalam nota kiriman Baein. Hal itu seolah-olah telah
menerbitkan rasa cemburu di dalam hatinya. Tapi takkanlah dengan Kiew pun dia n

ak cemburu? Sepatutnya akulah yang berasa cemburu kerana dia mempunyai ramai pem
inat. Buktinya, Baein pernah
menunjukkan kepadaku surat-surat yang diterimanya daripada pelajar-pelajar perem
puan. Ada yang hendak berkenalan dan ada pula yang berhajat menjadjkan dia sebag
ai abang angkat. Akulah yang sepatutnya berasa bimbang kalau-kalau dia berubah h
ati; terpikat dengan pelajar-pelajar lain yang lebih cantik dan pandai menggoda.
Tetapi anehnya rasa cemburu dan bimbang tidak ada di dalam hatiku. Tidak seperti
lazimnya orang bercinta. Mungkin kerana aku tidak meletakkan seluruh hati, maka
aku tidak terdorong untuk berasa begitu kerana aku merasakan yang hubungan kami
tidak akan sampai ke mana. Cinta anak-anak sekolah masakan boleh berkekalan. Ta
mat persekolahan, masing-masing akan mencari haluan sendiri.
Hal ini pernah suatu masa dahulu menjadi topik perbincangan aku dengan Iddrin.
"Adalah kak... orang yang kawan sejak sekolah dan akhirnya dia orang kahwin."
"Memanglah ada... tapi boleh dikira dengan jari aje bilangannya!" sanggahku.
Saat itu aku terbayang wajah Sulaiman dan Aini Mastura. Aku tidak berani hendak
bertaruh dan mengatakan yang hubungan mereka takkan menjadi kerana keakraban dan
keintiman mereka. Aku mendoakan yang terbaik agar hubungan mereka mencapai matl
amat, tetapi aku tidak menyandarkan harapan yang tinggi dalam hubungan kami.
Que Sera, Sera... whatever will be... will be...
AKU membuka kad kiriman Baein sebaik sahaja aku sampai di asrama. Cantik kadnya
yang berwarna pastel dengan ungkapan kata-kata indah dari tinta berwarna keemasa
n. Menggeletar sedikit jari-jemariku tatkala membaca sebaris tambahan ayat di pe
njuru sebelah kanan: Pis: Love u.
Baein sudah berani mencoret sebaris ayat yang menggambarkan rasa hatinya. Mungki
n nanti akan diluahkan pula dalam kata-kata. Tetapi aku tidak berani hendak mele
takkan sebarang harapan kerana kami masih di alam persekolahan.
Lantaran itu aku tidak mahu berlebihan dalam apa juga aksi dan ekspresi. Meskipu
n Baein kini meletakkan hubungan kami di atas landasan cinta, tetapi aku belum b
ersedia untuk berjalan seiringan dengannya.
Kemudian aku membuka bungkusan hadiah pemberiannya. Sebuah beg tangan berwarna b
iru diperbuat daripada kain satin dan sehelai sapu tangan bersulam sekuntum mawa
r berwarna merah jambu di bahagian penjurunya. Aku tiba-tiba teringat pada Kak I
nez. Katanya sapu tangan tanda perpisahan. Jadi sebaiknya sapu tangan tidak dija
dikan pemberian kepada seseorang.
Entah dari manalah agaknya Kak Inez memperoleh pendapat yang mengaitkan sapu tan
gan dengan air mata, aku tidak pula bertanya. Hmm... buat menyapu si air mata.
KAMI mengerumuni meja Kiew untuk melihat gambar-gambar majlis perkahwinan ibu sa
udaranya sebanyak dua buah album. Majlis itu telah berlangsung kira-kira dua min
ggu yang lalu. Konsep perkahwinan dalam taman. Nampak sungguh meriah majlisnya.
"Wah, muhibah betul keluarga awak!" komen Renita. Betapa tidak, ibu saudaranya b
erkahwin dengan seorang lelaki India. Dalam gambar yang dirakam di meja makan, k
elihatan ibu pengantin perempuan yang berbangsa Serani. Menurut Kiew, neneknya y
ang berasal dari England berkahwin dengan lelaki berbangsa Thai dan menetap di K
elantan. Manakala datuk dan nenek di sebelah bapanya pula berketurunan Baba Nyon
ya.
"We're truly Malaysians!" ujar Kiew dengan bangga. Semua diam. Tidak ada sesiapa
yang menafikan kerana buktinya sudah nyata. 'Memang unik keluarganya,' bisikku
di dalam hati sambil memandang Kiew, anak campuranketurunan Cina-Thai-Inggeris.
Raut wajahnya lebih mirip paras rupa ibunya. Emm... ada iras-iras Ako Mustafa, p

elakon drama yang aku minati. Tapi tidak pernah aku khabarkan kepadanya kerana t
idak mahu dia perasan pula.
"Ini kakak I... kat sebelah tu suami dia."
"Eh, Melayu ke?" soalku meskipun aku pasti lelaki itu berbangsa Melayu.
"A"ah... dah lama dia orang kahwin. Ni anak dia."
Bersahaja nada suara Kiew. Aku yakin perkahwinan campur sudah diterima dalam kel
uarganya. Kalau tidak, masakan lelaki Melayu itu nampak begitu riang duduk semej
a dengan keluarga mentuanya.
Kiew tiba-tiba berpaling memandangku. "Dia panggil saya Umar. Katanya tu nama ad
ik dia... tapi dah meninggal."
"Eh, you all makan apa hah masa tu?" sampuk Mizan. Hal itu pula yang difikirkann
ya. Mungkin kerana mengenangkan mereka duduk semeja, termasuklah kakak dan abang
iparnya yang beragama Islam.
"Makan apa lagi... makananlah, takkan makan angin pulak kut!" balas Kiew, walaup
un dia memahami maksud pertanyaan Mizan itu. Dia memang selalu begini. Ada-ada s
ahaja ideanya untuk mengusik dan berjenaka.
"Tahulah makanan... tapi apa? Ada ke 'benda' tu?"
Sejenak dia membiarkan kami dalam tanda tanya. "Tak adalah Mizan... kami tak mak
an 'benda' tu. Kami dah lama duduk dengan orang Melayu... jadi tak sentuh pun 'b
enda' tu!"
Kiew ketawa. Betapa tidak, muka Mizan yang melongo nampak lucu membuatkan aku ju
ga ikut ketawa.
"Cakap Cina pun saya tak tahu..." tambahnya lagi seolah-olah hendak menguatkan h
ujahnya sebentar tadi.
'Hmm... orang Cina, tapi tak tahu cakap bahasa Cina. Alangkah ruginya!' Aku bera
ndaian sendiri sambil melihat gambar-gambar di dalam album. Ketika mengangkat mu
ka,
sepasang mata Kiew memanah ke dalam mataku.
Aku mengecilkan mata, petanda hairan dengan reaksinya yang mungkin terjadi di lu
ar sedar. "Kenapa?" soalku ketika dia masih lagi termangu.
"Err... tak ada apa-apa... tak ada apa-apa!" Serentak itu kepalanya tergeleng-ge
leng.
"Eh, ni siapa? Adik awak ya?" soal Puteri Hazirah sambil menuding jari pada seor
ang gadis manis yang duduk di sebelah Kiew. Mereka kelihatan mesra.
"Adik apa pulak? Saya kan anak bongsu. Budak tu anak saudara saya... cucu sulung
dalam keluarga. Umur dia dengan saya beza tiga tahun aje. Sebelah lagi tu adik
dia. Handsome kan... macam bapa saudara dia!"
Kami saling berpandangan. Sedetik dua berlalu sepi sebelum akhirnya ketawa kami
meledak mengenangkan siapa lagi yang Kiew maksudkan kalau bukan dirinya sendiri.
"Pirahhh... perasan!" kutuk Puteri Hazirah.
"Oh, Baein... what can you do for me?" soal Kiew apabila Baein menghampiri kami.
Aku ketawa mendengar pertanyaannya yang berupa usikan itu. Seketika mereka berbu
al-bual.
"Gambar apa?" soal Baein tatkala dia mendekatiku.

"Gambar famili Kiew," kataku seraya perlahan-lahan menjauh. Kemudian aku kembali
ke tempat duduk.
"Che Soh! Che Soh!" Suara Afiqah Azlin sedikit terjerit memberi amaran. Tentulah
dia perasan kelibat Encik Che Soh, guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) yang s
edang membuat rondaan.
Kumpulan yang mengerumuni meja Kiew serta-merta bubar, lalu kembali ke tempat du
duk masing-masing. Kami seperti sama-sama sedang menghitung langkah kaki Encik C
he Soh melewati kaki lima kelas kami. Kemudian kami samasama menghela nafas lega
apabila dia terus berlalu. Namun tidak disangka-sangka dia berpatah balik, teta
pi mujurlah kami belum 'menunjukkan belang' masing-masing.
Encik Che Soh berdiri di muka pintu. "Tak ada cikgu, ya?"
"Err... Puan Fazira kursus. Cikgu relief dari kelas sebelah," jawab Afiqah Azlin
.
"Hmm... bagus, tak ada guru pun kelas tak bising. Maknanya kamu boleh mengawal d
iri sendiri... dan ketua kelas dengan pengawas memainkan peranan," rumusnya samb
il terangguk-angguk tanda berpuas hati.
Kami pun ikut sama mengangguk-angguk. Apabila Encik Che Soh berlalu, Afiqah Azli
n terus berdiri dan memandang ke arah kami. "Siapa bising... saya tulis nama!" J
elas tegas nada suaranya memberi amaran.
Semua orang bagaikan terbius. Suasana berterusan sepi hinggalah loceng petanda w
aktu rehat berbunyi.
SELEPAS kelas tambahan, aku duduk di wakaf sambil memerhati Kiew bermain badmint
on dengan Pak Mus, pengawal keselamatan yang bertugas di asrama. Ke hulu ke hili
r dikerahnya orang tua itu mengejar bulu tangkis, tetapi sesekali apabila mendap
at peluang, giliran dia pula 'didera'.
"Ah, tak daya... nak rehat dulu!" keluh Pak Mus lalu duduk di bangku panjang.
"Okay, come on!" Kiew memanggilku. Aku mencapai raket yang digunakan oleh Pak Mu
s sebentar tadi dan terus membuat servis. Tersangkut di 'jaring'. Kiew mengeluh
sambil tergeleng-geleng. Apalah yang hendak diharap daripada aku yang memang tid
ak berbakat dalam apa juga bidang permainan. Setakat menjadi tukang sorak, boleh
lah. Namun aku cuba juga membalas pukulannya. Kalau dia bermain di 'jaring', aku
juga ikut bermain di 'jaring'. Kami bukan bermain badminton di gelanggang yang
sebenar, jadi 'jaring' yang aku maksudkan
ialah pintu pagar yang memisahkan kawasan asrama dengan laluan menuju ke sekolah
.
Aku semacam menjadi tukang pungut pula apabila asyik gagal mengembalikan bulu ta
ngkis kepadanya.
"Ambillah!" arahku kerana sudah malas hendak memungut bulu tangkis.
"Saya mana boleh masuk kat sana... asrama kan kawasan larangan!"
Ah, tak ya juga! Akhirnya untuk kesekian kalinya aku menjadi si pemungut bulu ta
ngkis! Kami terus bermain hinggalah Kiew dijemput pulang oleh bapanya.
"Iddya!" panggilnya ketika aku sudah bersedia untuk balik ke dorm. Di tangannya
ada sebuah plastik berisi beberapa biji buah oren. "Bagi sikit pada Pak Mus. Emm
... esok kita main lagi, eh!"

"Tapi janji awak jangan buli saya."


"Mana ada saya buli? Awak yang tak pandai main," balasnya dalam ketawa. "Oh ya,
nak kirim apa-apa?"
Sejenak aku diam berfikir.
"Kismis?" Kiew sudah mendahului.
Aku mengangguk kerana kebetulan memang sudah kehabisan stok 'buah pandai' itu. "
Beli tiga," kataku sebelum kami saling berpamitan.
Ketika itu aku teringatkan Puan Fazira. Menurutnya kandungan yang terdapat dalam
buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikelua
rkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Sesungguhnya apa yang diciptakan
oleh ALLAH SWT mempunyai hikmah yang amat besar sama ada yang hidup melata di a
tas muka bumi, yang terbang di udara, yang hidup di air, manusia, tumbuhtumbuhan
dan sebagainya.
SAMBUTAN Hari Guru akan diadakan tiga, minggu lagi. Puan Normaliza mengaj'ar kam
i tarian zapin untuk dipersembahkan dalam majlis itu nanti. Menurut Puan Normali
za, tarian zapin ini dipercayai berasaskan kesenian Arab-Parsi daripada perkataa
n 'al-Zafh' yang bermaksud gerak kaki atau langkah kaki penarinya. Pergerakannya
cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini biasanya ditarikan dalam
majlis-majlis perkahwinan dan keramaian oleh anakanak muda kerana mereka mempun
yai keupayaan menari dalam rentak yang cepat.
"Cikgu... kita buatlah tarian endang, lagi menarik," rengek Aini Mastura.
"Masa kita dah suntuk. Tarian endang ni ambil masa untuk practice sebab kalau pe
rgerakannya tak sama... nampak kecoh nanti. Lain kalilah kita buat tarian endang
, ya!" pujuk Puan Normaliza.
Sungguhpun tarian zapin mempunyai pengaruh ArabParsi tetapi dari segi pakaian, kami memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu b
agi lelaki berkain samping dan bersongkok manakala pelajar perempuan memakai baj
u kurung berserta
kain sarung.
Memandangkan penari lelaki tidak cukup kerana Sulaiman diserang demam campak, ja
di Puan Normaliza mempelawa Kiew sebagai pengganti kerana dia selalu berada di d
ewan tempat kami berlatih. Dia begitu setia menjadi penonton, maka bunga tarinya
dia sudah tahu. Jadi tidak perlulah Puan Normaliza mengajarnya dari A hingga Z.
"Aku suka tengok kau menari dengan Kiew... cute aje. Dengan Sulaiman bukan tak o
key, tapi dia tu gemuk dan rendah sikit dari kau... nampak macam kelakar," rumus
Afiqah Azlin yang sejak beberapa hari ini menjadi pemerhati ketika kami mengada
kan sesi latihan.
"Alah, dia tu main belasah aje!" Aku kira begitulah sikap Kiew. Gerak tari zapin
nya pula kelihatan cantik kerana tubuhnya tinggi lampai. Itu sahajalah perbezaan
nya.
MEMANG meriah sambutan Hari Guru dengan pelbagai persembahan. Selepas ucapan dar
ipada Pengetua, guru-guru mempersembahkan koir dengan nyanyian yang bertajuk, 'K
ami Guru Malaysia'. Selepas Cikgu Othman mendeklamasi sajak, tibalah giliran kam
i mempersembahkan Tarian Zapin. Diikuti pula oleh persembahan nyanyian solo oleh
beberapa orang pelajar dan guru.
"Bestlah suara cikgu!" komen Kiew ketika Puan Normaliza mendendangkan lagu berju
dul 'Penawar Rindu'.

Memang aku tidak menafikan kemerduan suaranya, tetapi yang lebih menarik perhati
anku ialah alunan melodi dan liriknya yang menggambarkan rasa hati seseorang yan
g sedang menanggung rasa rindu.
Lagu ni penuh makna," kataku sebagai merujuk pada
lirik lagu. Hanya orang yang tahu mentafsir maksud yang tersirat di sebalik liri
knya sahaja yang akan mengerti.
"Penuh makna pada siapa?" soal Kiew perlahan.
Aku pantas meletakkan jari telunjuk ke bibir, menghantar isyarat agar dia tidak
mengganggu konsentrasi. Kiew mendengus tanda tidak puas hati.
Tepukan bergemuruh kedengaran sebaik sahaja Puan Normaliza selesai mendendangkan
lagu. Aku berpaling ke sebelah. Riak wajah Kiew seperti orang yang sedang kebos
anan. Agaknya dia berjauh hati kerana aku tidak melayan pertanyaannya tadi.
"Apa yang awak tanya tadi?"
"Saya tanya... lagu tu penuh makna pada siapa?"
Soalannya boleh menjadi satu perangkap kalau aku mentafsirnya sebagai bermaksud
aku menujukan lagu itu kepada seseorang. Siapa? Baein? Tentulah tidak kerana lag
u ini ditujukan kepada seseorang yang tidak tahu dirinya dicintai. Soalan Kiew s
ebenarnya terlalu umum, jadi aku tidak mahu cepat melatah kerana kalau terlepas
kata, kelak terbuka pula rahsia. Rumusku dalam hati.
"Maksud saya... seni kata lagu tu mempunyai makna yang menggambarkan seseorang y
ang menyimpan perasaan terhadap seseorang, tapi malangnya orang yang dipujanya t
ak tahu," jelasku.
Sejenak muka Kiew kutatap. Dia seperti masih tidak faham ataupun mungkin berpura
-pura tidak faham. Dia mahu aku menjelaskannya dengan lebih mendalam barangkali.
Lalu lirik lagu Penawar Rindu kuselusuri di dalam hati.
"Contohnya dia kata... senyuman yang diberinya penuh makna, tapi sayangnya orang
tu tak faham sampai dia jadi merana, merajuk dan akhirnya bawa diri. Kesian ya.
.. stonei betul mamat tu! Tak faham yang perempuan tu suka dia." Cukuplah setaka
t itu penjelasanku.
"Tu makna liriknya. Tapi kata awak tadi lagu tu penuh makna. Penuh makna pada si
apa?"
"Bukan pada sesiapa... saya cuma kata lirik lagu tu yang penuh makna... " jawabk
u sambil meleretkan suara. "Okey, jom pergi kantin!" ajakku untuk mematikan pers
oalan itu.
PADA awal bulan Jun, aku dan para pelajar yang lain menghadiri Kem Motivasi di K
em Tasik Kesuma yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperi
ksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Banyak aktiviti yang kami jalani, tetapi yang te
rasa sangat mencabar adalah aktiviti pada waktu malam. Sebelum aktiviti dijalank
an, kami berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat.
"Sesiapa yang ada bawa lampu picit... hantar ke depan! Biar kami tolong simpan,"
arah Encik Jamil, ketua jurulatih.
Masing-masing mendiamkan diri. Betapa tidak, lampu picit itu memang kami bawa se
bagai bekalan untuk meredah kegelapan malam, tetapi kini diminta pula menghantar
nya untuk disimpan.

"Bila berbaris di luar nanti... sesiapa yang saya dapati bawa lampu picit... say
a denda ketuk ketampi!" ugut Encik Jamil. Di sini dialah 'raja' yang menentukan
segala peraturan!
Namun akhirnya kami akur juga. Lambat-lambat sahaja peserta yang membawa lampu p
icit menghantarnya ke meja hadapan. Seterusnya kami berbaris di luar.
"Kita gunakan password untuk berhubung. Kalau di pertengahan jalan nanti ada ses
iapa menegur, tapi tak sebut Password kita... maknanya dia bukan kawan kita." En
cik Jamil bercakap dalam intonasi suara yang menggambarkan kami sedang menjalank
an satu misi rahsia.
"Saya akan bagi tahu password dan kamu bisikkan di telinga kawan kamu. Dari yang
pertama sampai peserta akhir... passwordnya mesti sama. Jangan cakap kuat-kuat.
..
ni kod rahsia!" katanya memberi peringatan lantas terus berjalan menghampiri pes
erta yang berdiri paling hujung, lalu berbisik di telinganya.
"Bisik aje... mana boleh cakap kuat-kuat!" Melengking suara Encik Jamil kerana a
da peserta yang menyebut kod rahsia itu dengan kuat. "Okey, saya tukar password
lain... perkataan yang senang nak ingat."
Proses menghantar kod rahsia dimulakan sekali lagi hinggalah tiba giliran Kiew y
ang berdiri di sebelahku. Sulaiman membisikkan kod rahsia di telinganya. Tiba-ti
ba aku mendengar ketawanya. Mungkin kod rahsia itu menggunakan perkataan yang lu
cu.
Aku menanti giliran dalam debaran. Sesaat dua berlalu. Ketika menoleh, aku nampa
k Kiew termangu. "Cepatlah, Kiew!" bisikku sedikit menggesa.
Akhirnya Kiew merapatkan bibirnya di telingaku. "Saya sayang awak," bisiknya dal
am nada suara yang bergetar.
"Hoi, main-main eh!" marahku dalam nada perlahan.
"Serius! Serius!" Encik Jamil memberi peringatan. Pasti dia menyedari ketidakla
ncaran proses yang sedang berlangsung. Masakan tidak, dari awal lagi sudah keden
garan bunyi ketawa kecil yang menggambarkan betapa tidak seriusnya kami menghan
tar kod rahsia.
Aku mengetap bibir. Tidak puas hati dengan sikap Kiew yang mengambil kesempatan
itu untuk bergurau. Memang langsung tak kena pada masa dan tempatnya!
Akhirnya, sekali lagi Kiew berbisik di telingaku. "Saya
sayang awak."
Aku mengawal rasa geram kerana Kiew masih bergurau dengan mengulangi ayat yang s
ama sekali lagi. "Seriuslah!"
"Iddya... tu kod rahsia. Cepat!" balas Kiew dalam suara perlahan, tetapi mengges
a.
Aku malu sendiri kerana baru menyedari yang aku
tersalah tafsir. Tanpa berlengah, kod rahsia itu aku bisikkan pula di telinga Af
iqah Azlin. Entahkan betul entahkan Kiew bergurau, aku tidak pasti. Afiqah Azlin
berbisik pula di telinga Sim yang merupakan peserta yang berdiri paling hujung.
Sim kemudian mengambil tugas membisikkan kod rahsia itu di telinga Encik Jamil.
"Okey, bagus!"

Nyata memang itulah kod rahsia. Sekali lagi mukaku terasa panas. Aku berharap Ki
ew sudah melupakan kekalutanku sebentar tadi. Kesal benar hatiku kerana tidak se
mena-mena ditimpa perasan.
"Sekarang bergerak ke hadapan!" arah Encik Jamil.
Kami akur.
"Dalam satu kumpulan, saya bagi dua lampu picit.
Pandai-pandailah..."
Jurulatih yang lain mengagihkan lampu picit kepada peserta yang berdiri di hadap
an dan paling akhir dalam setiap kumpulan. Kami mula mengatur langkah. Bergerak
perlahan-lahan dalam cahaya yang samar, mengharap terang bulan yang mengambang p
enuh menerangi laluan. Masih senang berjalan pada awalnya kerana kami melalui ka
wasan lapang yang tiada halangan. Tetapi apabila mula mendaki dan berada di bawa
h pokok-pokok yang merimbun, cahaya bulan hanya mengintip di celah-celah dedauna
n. Gelap-gelita terasa seluruh isi alam kedengaran suara-suara yang mengeluh.
"Hoi, ni survival! Kalau kau nak senang dan jalan dalam terang, baik kau bawa sp
ot light. rungut Sim.
Cakapnya memang tidak ada 'diskaun'. Tetapi aku faham sebenarnya. Menjadi tekana
n pula kepada sesiapa juga yang memegang lampu suluh yang cuma ada dua, tetapi d
iminta menerangi laluan untuk 15 orang dalam setiap kumpulan.
Kami menuruni cerun dan memanjat bukit. SusupsaP dalam cahaya yang samar. Kami p
erlu berhati-hati pada dahan yang menjulai dan berduri, pada cerun yang curam da
n di sesetengah tempat ada pula lopak air. Tiba-tiba tanpa amaran, Afiqah Azlin
mematikan langkah. Aku yang masih berjalan terus terdorong ke hadapan hingga ter
peluk bahunya. Kiew di belakangku juga begitu.
"Opps sorry... tak sengaja!"
Perlakuan spontan yang tidak disengajakan itu segera
aku maafkan.
"Kenapa berhenti?" tanya suara-suara di belakang.
"Password!"
Aku terdengar suara Sim. Mula faham ada 'pelawat' yang menerjah 'rombongan' kami
. Tidak pasti sama ada dia sahabat
ataupun 'musuh'.
"Bukan!" Tegas jawapan Sim.
Aku kira tentulah salah seorang daripada jurulatih menyamar mahu menduga sejauh
mana kebolehan Sim sebagai ketua kumpulan melindungi ahli-ahlinya. Nyata Sim ber
jaya melepasi ujian ini.
Kami terus berjalan meredah kegelapan. Saling membantu dan bekerjasama dalam sat
u pasukan. Apabila Afiqah Azlin sudah tergelincir jatuh ke dalam aliran sungai k
ecil yang mengalir perlahan ketika meniti di atas titian yang diperbuat daripada
kayu berukuran bulat, aku menerima tawaran Kiew tanpa bersoal jawab. Aku menyam
but huluran tangannya dan meniti perlahan-lahan sehingga melepasi laluan tempat
Afiqah Azlin jatuh sebentar tadi. Kami diarahkan berkumpul sementara menunggu se
mua peserta melepasi titian. Kiew terus membantu peserta yang lain hingga orang
lain pula mengambil alih tugasan itu.
"Tadi kenapa? Awak ingat saya main-main, ya?" soal Kiew yang entah bila sudah be

rdiri di sebelahku.
"Memanglah... awak kan selalu macam tu? Selalu mainmain!" Mujurlah jawapan sebeg
itu melintas di fikiranku.
Password?
"Saya sayang awak," jawabku perlahan, tetapi dalam nada bosan kerana aku tahu Ki
ew berpura-pura lupa.
"Hmm... saya sayang awak," ulang Kiew. "Saya suka password tu..." tambahnya sete
lah sejenak berjeda. "Kalau suka simpanlah... bawa balik!"
"Ya, Iddya... saya akan bawa balik." Kiew bersuara perlahan. Nada suaranya lembu
t dan romantis.
Melongo aku memandangnya yang tiba-tiba menjadi seorang yang begitu sentimental.
"Haa... jangan lupa bungkus dan bawa balik!" kataku lalu beredar meninggalkanny
a.
Setelah semuanya berkumpul, barulah kami balik ke kem. Pihak urus setia program
membuat kejutan menyambut kepulangan kami dari aktiviti berjalan malam dengan be
rbakul-bakul buah-buahan diletakkan di luar dewan. Beraneka buah-buahan seperti
manggis, duku, langsat dan rambutan. Setelah mengambil buah-buahan, kami spontan
bergerak dalam kumpulan masing-masing. Membentuk satu bulatan sambil menikmati
buah-buahan. Memang tiada arahan daripada jurulatih, tetapi semangat setiakawan
yang dibentuk sejak awal membuatkan kami lebih selesa berada dalam kumpulan.
Aku mengerling ke arah Baein. Dia seakan-akan terpisah sedikit daripada kumpulan
nya kerana dia duduk lebih dekat dengan kumpulan kami. Gayanya seolah-olah dia h
endak duduk dekat denganku sahaja. Aku berengsot sedikit, menjauh kerana aku mas
ih cuba melindungi 'hubungan' kami, meskipun aku dapat merasakan yang Baein sebe
narnya lebih suka kalau semua orang tahu yang aku ini 'miliknya'.
Aku belum bersedia untuk menepis usikan dan ejekan teman-teman, Hubungan ini bia
rlah rahsia!
KU membelek-belek kertas bercetak yang Kiew letakkan di atas meja. Sudah m
enjadi kebiasaannya apabila melayari internet dan menjumpai ungkapan katakata in
dah dan bermakna, pasti dia akan mencetaknya. Teman-teman sekelas yang berminat
biasanya akan meminjam untuk difotostat, tetapi aku selalu mendapat 'hadiah' ini
daripada Kiew. Entah apa istimewanya aku di matanya berbanding dengan teman-tem
an sekelas yang lain. The most selfish one letter T- avoid it Most satisfactory
two letters 'WE' - use it Most poisonous three letters 'EGO'-kill it Most used f
our letters 'LOVE' - value it , Most pleasing five letters 'SMILE' - keep it
Fastest spreading six letters 'RUMOUR'- ignore it Hardworking seven letters ' SU
CCESS' - achieve it Most enviable eight letters 'JEALOUSY'- distance it Most pow
erful nine letters 'KNOWLEDGE'- acquire it Most divine ten letters 'FRIENDSHIP'maintain it
Dengan penuh perasaan aku membacanya, lalu terus merumus salah satu daripada aya
t yang tertulis.
"Friendship... persahabatan inilah yang patut kita kekalkan sampai bila-bila."
Kiew mencapai sehelai lagi kertas, lalu membacanya.
"Sahabat sejati... seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Sel
alu bersama saat duka lara... memahami dan boleh menghiburkan. Tak pandang kaya
atau miskin. Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama m
enitiskan air mata bahagia masa kita senang... jadi teman yang menghibur masa ki
ta tak puny a sesiapa untuk bersandar."

Entah pendapat siapa yang dibacanya, tetapi aku amat menyukai ungkapan kata-kata
yang menggambarkan erti sahabat yang sebenarnya. Sahabat yang sentiasa bersamasama tatkala susah dan senang.
"Oh, what about love?" Puteri Hazirah yang bersuara manja membuka pertanyaan kep
ada kami semua.
"Value it!" Aku memberi jawapan mudah berdasarkan saranan yang sudah tertera di
atas kertas.
Semua mata tertumpu ke arahku.
"Yes... value it!" ulangku. Macam bagus sahaja lagakku, seolah-olah aku arif ben
ar dalam soal yang satu ini. Mujurlah Baein tidak ada dalam kelas, kalau tidak k
alut juga aku dibuatnya. Maklumlah, konon-kononnya kami sedang bercinta.
Memang aku amat pesimis dalam soal ini. Aku tidak seperti Aini Mastura yang tera
ng-terang mempamerkan rasa kasihnya kepada Sulaiman. Aku malu untuk mempamerkan
rasa sebegitu kerana aku sebenarnya masih belum yakin tentang perasaanku terhada
p Baein. Cinta atau apa... aku tak Pasti. Ikut sahaja rentaknya, tetapi membatas
kan hubungan dalam serba-serbi sehinggakan aku tahu Baein jadi 'lemas' dengan pe
lbagai syarat yang aku tetapkan. Aku tidak menyandarkan harapan yang terlalu tin
ggi.
"Boleh terangkan?" Suara Sim mencantas lamunanku.
'Hisy, dia ni kan tak habis-habis dengan soalan yang macam ni! Dia ingat aku ni
cikgu ke nak jawab semua soalan dia?' omelku di dalam hati sambil memikirkan jaw
apannya.
"Err... Kiew yang print, jadi rasanya dia yang patut jawab soalan ni." Wah, semp
oi sahaja aku memindahkan persoalan itu kepada Kiew untuk dijawab!
"Value it..." Kiew bersuara perlahan. Kepalanya terangguk-angguk petanda dia sed
ang berfikir secara serius.
Semua diam persis sedang memberi ruang yang tenang untuknya berfikir. Pasti meng
harapkan satu jawapan yang akan dijadikan panduan hidup masa depan kerana Kiew s
ering muncul dengan idea-idea yang bernas hasil daripada maklumat yang dibacanya
di internet.
"Nak tahu jawapannya? Jangan ke mana-mana... tunggu selepas iklan penaja!" katan
ya sambil mengangkat jari telunjuk. Mukanya kelihatan selamba.
Sejenak kami seperti terbius. Melongo dan saling berpandangan. Sedetik... dua de
tik berlalu sepi.
"Hoi!" jerit Sim. Serentak itu satu tumbukan hinggap di bahu Kiew. Meledak ketaw
anya. Riuh-rendah suara-suara yang mengutuknya.
"Aku tak pernah bercinta... jadi aku belum dapat bagi apa-apa pendapat. Kalau na
k tahu... tanya Leman."
Sulaiman yang baru selesai memadam papan hitam segera merapati kami. "Ooi... apa
sebut-sebut nama aku ni?"
"Haa... orang berpengalaman dah datang!"
"Ni satu assignment yang bagus untuk kita. Semua orang kena cari makna atau muti
ara kata berkaitan dengan sahabat dan cinta." Kiew memberi cadangan.

"Alah, buat apa... bukannya soalan tu keluar dalam exam." sambutku kerana merasa
kan semua itu hanyalah
kerja sia-sia dan membuang masa.
"Memang tak keluar dalam exam... but just for funr balas Kiew.
"Kalau keluar dalam exam... Sulaiman dan Aini dah tentu scorer Puteri Hazirah pu
la menambah.
"Nak cari kat mana?" soalku.
"Internet!" jawab Kiew.
Riuh suara-suara keluhan. Betapa tidak, antara kami memang Kiew yang paling raji
n melayari internet. Bukan sahaja kerana dia selalu duduk di bilik komputer, tet
api kemudahan itu juga ada di rumahnya.
"Komputer tu jangan guna untuk main game aje... ada banyak ilmu yang boleh kita
teroka." Sindiran itu sudah tentulah ditujukan kepada Sim kerana semua tahu kegi
laan Sim dengan pelbagai permainan komputer.
"Kiew, nanti kalau ada lebih bagi satu pada saya, ya!" pintaku sambil beraksi ma
nja kerana aku tidak tahu dari sumber mana aku boleh mencari maklumat tentang sa
habat dan cinta. Hendak mereka-reka sendiri, bimbang mendalam benar maksudnya at
au bimbang terbuka pula rahsia.
KEESOKAN harinya kami merebut peluang menyambung topik perbualan semalam apabila
Cikgu Othman tidak datang ke sekolah kerana cuti sakit.
"Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara. Maknanya cinta tak perlu diucapk
an," kataku membaca cetakan kertas yang aku 'rampas' dari atas meja Kiew.
Kiew tergeleng-geleng memandang aksiku yang tentulah d'anggapnya sangat brutal.
Atau mungkin dia tidak bersetuju dengan pendapat itu. Sejenak kemudian riuh suar
a memberi Pendapat itu dan ini. Ada yang kata cinta perlu diucapkan kerana kita
tidak boleh menganggap dan mengharap orang yang kita cintai itu dapat membaca ap
a yang terlukis di dalam hati. Sim pula mengangguk-angguk tanpa kata. Mungkin mi
ndanya sedang cuba mencerakin makna.
"Kalau lelaki bolehlah... takkan perempuan pulak yang nak mulakan!" protes Puter
i Hazirah.
"Mungkin tak salah kalau perempuan yang mulakan," celah Renita.
"Tak semestinya kita cakap... body language." kataku apabila mendapat peluang un
tuk mencelah sambil tergedik-gedik melenggokkan badan. Bercakap macam orang suda
h ada banyak pengalaman, walhal hubunganku dengan Baein hanyalah ala-ala orang b
ercinta sahaja.
Namun pendapat yang aku anggap lebih pada merapu itu disambut dengan tepukan. Sp
ontan aku bereaksi seperti orang yang sudah menang dalam pertarungan. Kalaulah B
aein ada di dalam kelas, aku tidak akan lepas laku begini.
"Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada ALLAH saja y
ang abadi," kata Mizan memberi pendapatnya sendiri.
Renita mengambil sekeping kertas di atas meja Kiew, lalu membacanya. "Cinta itu
adalah satu anugerah terindah. Cinta itu cuma satu patah perkataan, maknanya ber
beza bagi setiap insan." Renita berjeda. Dia memandang kami seorang demi seorang

seolah-olah ingin melihat reaksi. Senyuman nakal terukir di bibirnya tatkala ma


tanya dan mata Aini Mastura saling bertaut.
Usik-mengusik kedengaran tanda bersetuju dengan pendapat yang dibaca. Sulaiman d
an Aini Mastura menjadi sasaran kami.
"Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yan
g pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mat
a kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan."
Semuanya memberi reaksi seperti sangat mengagumi ayat-ayat yang dibaca itu.
"Cinta memang indah, tapi apabila cinta disertai denqan dusta dan pembohongan, m
aka keindahan cinta itu akan hilang." Tergoyang-goyang jari telunjuk Renita seol
aholah memberi peringatan.
"Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar... cinta datang p
ada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah." Renit
a mengakhiri pembacaan madah-madah pujangga tentang cinta.
Sejenak berlegar-legar perkataan cinta itu di ruang fikirku. Tapi bagaimana pula
dengan kasih sayang? Bukankah kasih sayang adalah kunci pada cinta?
"Cinta tak harus saling memiliki." Puteri Hazirah memberi pendapat yang aku tahu
bukan daripada pengalaman yang dilaluinya sendiri.
"Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difaha
mi, tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan
untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta." Kie
w pula membaca dengan nada suaranya yang lembut dan romantis membuatkan bulu rom
aku terasa berdiri. Rasa aneh seperti menyentuh dan mencari ruang untuk bertapak
di dalam hatiku. Sejenak aku menghayati sebelum kembali memberi perhatian pada
teman-teman yang masih 'berkicau'.
"Cinta bukan dari kata-kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hat
i yang memerlukan." Sulaiman seperti bermadah, mengungkap kata-kata yang sudah t
entu daripada pengalamannya sendiri.
"Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita
sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta
akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLA
H."
"Eh, aku tak setuju!" protes Sulaiman dengan nada suara yang agak kuat. Reaksiny
a memang tidak aku jangka.
"Bagi aku, cinta membuatkan seseorang bersemangat untuk hidup. Rasa cinta adalah
satu rangsangan indah dalam kehidupan. Aku rasa lebih bersemangat untuk belajar
dan tentu aku nak buktikan yang aku boleh berjaya walaupun aku bercinta!" tegas
Sulaiman.
"Hoi!!"
Sergahan itu membuatkan kami terkejut dan kelamkabut mencari tempat duduk. Dalam
keadaan 'darurat' begini kami duduk sahaja di mana-mana kerusi yang kosong baga
ikanlah Cikgu Fazira lupa di mana tempat duduk kami yang sebenarnya. Sepi membun
gkus ruang kelas yang tadinya riuh-rendah membicarakan isu yang memang langsung
tidak termasuk dalam sukatan pelajaran, apatah lagi peperiksaan. Masing-masing m
enikus dan seperti tidak berani hendak mengangkat muka, termasuklah Sulaiman yan
g sebentar tadi begitu bersemangat menegakkan hujahnya.

"Dari tadi lagi saya dengar bising! Kalau cikgu tak ada... awak semua tak tahu b
aca buku ke? Sekarang buka buku dan pura-pura baca!"
Hatiku digeletek rasa lucu mendengar sindiran Cikgu Fazira, tetapi aku tidak ber
ani hendak ketawa. Kelam-kabut kami mencari buku di dalam laci meja. Sukar sedik
it kerana bukan meja sendiri, tetapi tarik keluar sahajalah buku yang dicapai ta
ngan lalu mula 'pura-pura' membaca.
"Sibuk bercakap pasal cinta! Datang sekolah nak belajar ke bercinta?"
Rupa-rupanya topik itu sempat didengari oleh Cikgu Fazira. Ini tentulah setelah
Sulaiman meninggikan suara ketika menegakkan hujah-hujahnya.
"Tak sedar diri exam dah dekat... saya nak tengok result
kamu nanti!" Omelannya kali ini berupa 'ugutan' pula. Cikgu Fazira pot pet pot p
et lagi.
"Ketua kelas!" panggil Cikgu Fazira dalam nada suara yang keras.
Spontan tegak kepala Afiqah Azlin. Macam robot sahaja dia berpaling memandang Ci
kgu Fazira.
"Tulis nama budak yang bising dan bagi pada saya!" Aku ikut berpaling memandang
Cikgu Fazira, tetapi sebentar cuma kerana tidak menduga bola mata kami beradu. C
epat-cepat aku menunduki takut kalau-kalau Cikgu Fazira akan menjerkah bagi mela
mpiaskan rasa marahnya.
"Ingat... jangan ada lagi yang buat bising!" Cikgu Fazira memberi peringatan seb
elum dia berlalu ke kelas sebelah.
Aku menarik nafas lega. Suasana masih berterusan sepi kerana masing-masing sedan
g khusyuk 'membaca'. Aku mencapai kertas yang aku 'rampas' dari meja Kiew tadi,
lalu membuat lipatan origami membentuk seekor burung merak. Objek itu aku campak
kan di atas mejanya. Menepati dugaanku kerana aku nampak Kiew tersentak.
Jelaslah dia betul-betul sedang memberi tumpuan pada buku di hadapannya dan buka
nnya sedang 'berpura-pura' membaca. Kiew mengangkat kening, menghantar isyarat p
ertanyaan.
"Pulang balik kertas awak tadi." Aku bersuara perlahan kerana bimbang Afiqah Azl
in akan menulis nama.
"Kenapa lipat?" protes Kiew.
"Eh, nak simpan ke? Tak masuk examlah!" balasku cuba berselindung dari rasa bers
alah.
"Ehemm!!!"
Aku kalih pandangan ke arah Afiqah Azlin. Jari telunjuknya digoyang-goyangkan pe
tanda memberi amaran.
Aku menjuihkan bibir dan mempamer reaksi mencabarnya supaya menulis namaku. Mata
ku mengekori pergerakan Afiqah Azlin yang mengeluarkan sekeping kertas. Aku cema
s kerana tidak menduga dia menyahut cabaranku. Baru sahaja mata pena di tanganny
a dihala ke arah kertasnya, sebiji getah pemadam kulantun lalu jatuh tepat di at
as kertas. Serentak Afiqah Azlin berpaling, aku menggoyang-goyangkan jari telunj
uk. Apalagi kalau tidak memberi amaran kepadanya.
"Hoi, apa ni.., nak jadi gangster ke?"
Suara yang kedengaran perlahan dari meja sebelah membuatkan aku tersedar rupa-ru

panya reaksiku diperhati. Aku terkekeh ketawa, namun cepat-cepat menekup mulut.
Perlahan-lahan Afiqah Azlin meletakkan kembali pen di atas meja. Lega. Aku merap
atkan kedua-dua belah tapak tangan. Menggosok-gosoknya seketika sebelum menghemb
uskan nafas di telapak tangan kanan dan kiri.
"Nakal, eh!"
Aku berpaling memandang Kiew. Seketika sahaja kerana ketika itu lelaki pujaan ha
tiku sudah melangkah masuk ke kelas dan sedang terpinga-pinga. Reaksinya kuperha
ti. Masakan tidak, ramai yang sudah bertukar tempat duduk ketika keadaan 'darura
t' tadi dan tempat duduknya juga sudah 'dicuri' orang. Namun Baein tidak menyuru
h Renita yang duduk di belakangku bangun, sebaliknya dengan lagak gentleman teru
s sahaja dia duduk di kerusi yang masih kosong. Sejenak kami saling bertatapan.
Saling tersenyum.
"Iddya!"
Tidak kuhiraukan panggilan Kiew. Masakan tidak, baru sahaja aku hendak bermain m
ata dengan Baein, dia sudah kacau daun. Lantaran itu aku pura-pura tidak mendeng
arnya. Apabila merak origami yang 'terbang' dari meja sebelah hinggap di atas bu
ku, aku mengerling sekilas ke arah Kiew sebelum mengambilnya lalu menyimpan di d
alam laci. Reaksi yang berupa provokasi dan nyata Kiew tidak berpuas hati.
"Iddya!" panggilnya lagi.
"Eh, apa ni... kacau orang tengah study."
"Eleh, study konon... pirahhh!" dengusnya perlahan, lalu mencampakkan sekeping k
ertas berlipat ke atas mejaku. Aku menahan ketawa dan sempat menghantar isyarat
kepada Kiew apabila dari ekor mata aku terkesan kelibat Cikgu Fazira. Rupa-rupan
ya dia masih mengintip kami.
Aku bereaksi selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Sejenak b
ertatapan dengan Cikgu Fazira, dia kelihatan tersenyum dan mengangguk-angguk. Te
ntulah dia berpuas hati kerana kami tidak lagi membuat bising, sebaliknya begitu
tekun membaca.
Aku sebenarnya membaca catatan yang tertulis di atas kertas yang berlipat-lipat
tadi.
lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you t
o hold, my feet to walk with you, but can't lend you my heart, coz'it already be
longs to you... 'someone'...
Aku geli hati membaca makna yang tertulis. Entah siapalah yang sangat prihatin d
an jiwang karat lalu menulis perumpamaan ini. Kemudian dicetak kerana hendak dit
iru oleh Kiew yang tidak kurang perasannya, tetapi perkataan 'you' dibatalkan. D
engan tulisan tangannya ditukar pada perkataan 'someone'. Emm... siapalah 'someo
ne' tu agaknya, ya?
"Awak kena belanja saya nanti." Terpinga-pinga Kiew membalas pandanganku.
"Saya dah selamatkan awak... kalau tak, tentu Puan Fazira dah denda awak tadi,"
jelasku.
"Okay, no problemf
Memang sudah kuduga jawapan Kiew kerana soal wang bukanlah masalah baginya. Tera
ngguk-angguk kepalaku tanda bersetuju sebelum aku meluruskan pandangan ke hadapa

n aPabila terasa diri sedang diperhati seseorang. Baein!


mataku tertancap pada sebiji gula-gula Hacks di dalam laci meja. Gula-gula peris
a anggur ini aku terima sejak seminggu dua yang lalu. Entah siapa yang meletakka
nnya. Tetapi kerana sudah diletakkan di dalam laci mejaku, maka akulah yang puny
a. Lalu isinya kumakan, tetapi sampulnya sengaja kusimpan kerana seandainya yang
empunya gulagula itu menuntutnya, akan aku ganti kembali berdasarkan jumlah pem
balut yang aku simpan. Memang banyak, tetapi tidak pula aku mengira jumlahnya.
Aku teringat kepada Kak Inez. Katanya gula-gula Hacks mempunyai makna yang terse
ndiri. Kisahnya bermula apabila secara tidak sengaja aku terjumpa sejumlah pemba
lut gula-gula Hacks pelbagai perisa di dalam buku rujukannya. "Hmm... gula-gula
ni diberi oleh seseorang yang istimewa," katanya sambil tersenyum-senyum.
Ligat otakku cuba membuat perkaitan antara gula-gula Hacks dengan teman istimewa
nya kerana bagi aku gula-gula
itu sama seperti gula-gula yang lain juga.
"HACKS ni maknanya... HanyaAku Cinta Kau Seorang." Terkedu aku memandang Kak Ine
z. Benarkah begitu maksudnya? Eei... kelakarnya! "Haa... jiwang karat! Gula-gula
pun ada makna!"
Aku dengan Iddrin ketawa. Semakin galak kami ketawa apabila Kak Inez menyusunnya
seolah-olah dengan sepenuh perasaan. Lapis demi lapis yang mungkin mengingatkan
hari-hari yang di samping si dia.
Aku teringat pada pembalut gula-gula yang kusimpan. Kalau satu, tentu aku dapat
menerima yang gula-gula itu tertinggal secara tidak sengaja, tetapi yang pastiny
a sangat banyak. Ini membawa makna yang empunya diri meninggalkannya dengan seng
aja untuk menyampaikan maksud. Tentulah dia pernah mendengar maknanya seperti ya
ng Kak Inez katakan dahulu.
Seraut wajah Baein terlayar di tubir mata. Emm... kalau tidak Baein, siapa lagi?
Dia menghantar isyarat tanda aku disayangi.
HARI peperiksaan SPM akhirnya tiba jua. Kami berkumpul di dewan untuk mendengar
taklimat daripada Puan Jeannie, guru penyelaras peperiksaan SPM. Setelah selesai
Ustaz Fairuz membacakan doa, kami beredar ke bilik peperiksaan.
"Good luck Iddya... try your day" ucap Baein yang tiba-tiba sahaja sudah berada
di sebelahku.
"Good luck untuk Baein jugak... semoga tenang menjawab semua soalan," balasku.
"Baca Bismillah dan doa dulu." Senyuman manis aku hadiahkan untuknya sebelum kam
i "erpisah menuju ke tempat duduk masing-masing.
Suasana sepi apabila kertas soalan mula diedarkan. Keadaan ini berterusan sehing
galah kami diarahkan supaya
berhenti menulis. Baein tersenyum dan menghantar pertanyaan melalui pandangan ma
tanya sebaik sahaja kertas jawapan dikumpul. Aku membalas dengan anggukan lembut
. Sungguh aku sudah mencuba yang terbaik. Kini tinggal bertawakal dan berdoa sem
oga ALLAH memberkati usaha-usahaku.
SEBAIK sahaja kertas jawapan pada hari terakhir peperiksaan dikumpul dan kami di
benarkan keluar, kami bagaikan menjadi sekumpulan manusia yang baru terlepas dar
i kurungan. Betapa selama ini kami dibelenggu tekanan menghadapi peperiksaan.
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!" laung beberapa orang pelajar dengan wajah ceria.
"Lepas ni aku nak tengok TV puas-puas!" kata Renita.
"Jom... kita pergi tengok wayang petang ni... nak celebrate?' usul Sim.

"Hei, orang celebrate bila result dah keluar... ni baru habis exam?' sanggah Put
eri Hazirah.
"Tak kiralah tu... ni nak release tension... nak enjoy!
"Setuju... jom kita pergi tengok wayang!"
Masing-masing mula memberi cadangan tentang filem yang akan ditonton. Puteri Haz
irah yang tadinya menyanggah, kini ikut sama memberikan pendapat, cuma aku sahaj
a yang masih mendiamkan diri.
"Iddya... kita pergi sekali?" ajak Baein ketika teman-teman yang lain saling ber
bincang.
"Budak asrama mana boleh keluar sesuka hati."
Riak kecewa jelas terlukis di wajahnya. Ketika hal ini menjadi topik bicara, Put
eri Hazirah mengusulkan cadangan meminta ibunya datang ke asrama untuk meminta i
zin daripada warden. Namun pantas aku menolak cadangannyaSelain daripada waktu k
eluar yang sudah ditetapkan, warden hanya membenarkan pelajar-pelajar keluar sek
iranya
diminta oleh ibu bapa dan penjaga yang sah sahaja.
"Tak apa... you all ajelah pergi... enjoy the show." Seboleh mungkin aku menguca
pkannya dengan nada yang ia. "Lagipun aku nak kemas barang-barang... pagi esok p
arents aku datang," tambahku.
"Kalau macam tu, okeylah... kita set ya! Show pukul
2.00. Kita tengok filem kisah cinta ya." Puteri Hazirah meminta kepastian.
Semuanya mengangguk tanda setuju.
SELESAI mengemas barang-barang, aku duduk di wakaf sambil berbual dengan Pak Mus
. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang sangat kukenali.
"Kiew, kenapa awak kat sini? Kata nak tengok wayang!"
"Saya tertidur... sedar-sedar dah pukul 3.00." Kiew bersuara kesal sambil mengha
mpiriku.
Aku ikut sama berasa kesal kerana dia terlepas saat riang bersama kawan-kawan pe
rgi menonton wayang.
"Awak pun tak pergi... jadi apalah bezanya." Kiew mengingatkan aku akan hakikat
itu. "Jom, kita main badminton!"
Sejenak aku berfikir. Kalau main badminton, tentulah berpeluh. Malas pula rasany
a aku hendak mandi sekali lagi.
"Alah, selama ni pun awak main pakai baju kurung!" Tentu Kiew berandaian hal itu
yang sedang aku fikirkan.
"Okey, jomlah!" putusku mengenangkan kesungguhannya. Tambahan pula selepas ini k
ami tidak akan berjumpa lagi seninggalah hari mengambil keputusan peperiksaan na
nti.
SEPANJANG masa cuti, memang aku dengan Baein saling
berhubung. Dengan teman-teman yang lain, adalah sesekali.
Kemudian seminggu sebelum keputusan dijangka akan

diumumkan, aku menghubungi Puteri Hazirah untuk


mengingatkannya yang aku mahu tumpang bermalam di
rumahnya sehari dua. Kalau tidak begitu, selepas mengambil
keputusan tentu aku akan terus pulang ke rumah. Aku ingin meluangkan sedikit wak
tu dengan Baein, tetapi sudah tentulah dalam batasannya. Perasaan ini aku kira s
esuatu yang normal bagi pasangan yang sedang 'dilamun cinta'.
Baein seperti yang telah aku duga merupakan salah seorang pelajar terbaik SPM di
sekolahku. Keputusan aku pula walaupun tidak secemerlang dia, tetapi pencapaian
nya melebihi sasaranku. Selepas abah dan mama pulang, aku terus ke kantin bertem
u teman-teman. Aku meninggalkan beg pakaian pada Puteri Hazirah setelah memberit
ahu yang aku akan pergi sendiri ke rumahnya. Mujurlah dia tidak bertanya apa-apa
kerana dia sedang rancak bercerita tentang persediaan keluarganya yang akan ber
hijrah ke Perth, Australia.
"Nanti bolehlah kau orang datang bercuti ke sana."
Pelawaannya disambut dengan pelbagai reaksi. "Haa... Leman dan Aini pergi honeym
oon kat sana!" usik Kiew.
"Kalau pergi honeymoon... takkanlah nak duduk rumah dia. Kau ni buat-buat tak fa
ham pulak!" balas Sulaiman selamba, sedangkan muka Aini Mastura sudah merona kem
erahan. Malu mendengar usikan teman-teman.
Perbualan kami beralih pula ke soal mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran,
tentang kolej dan universiti yang menjadi pilihan. Dalam keriuhan itu, perlahanlahan aku menjarakkan diri apabila Baein menghantar isyarat agar kami beredar da
ri situ. Destinasi kami ialah Kompleks Membeli-belah Mahkota Parade. Inilah kali
pertama aku dan Baein keluar berdua-duaan.
Selepas makan, kami pergi menonton wayang. Kemudian berjalan-jalan dari satu ked
ai ke satu kedai yang lainSinggah pula di gerai yang menjual beraneka subang, ge
lang, rantai dan lain-lain yang diperbuat daripada 925 silver.
"Baein nak beli sesuatu untuk Iddya... pilihlah!"
Aku menggeleng tanda menolak kerana tidak berasa
selesa untuk menerimanya.
"Nak beli emas... Baein tak mampu," katanya dalam nada suara seolah-olah berjauh
hati.
"Bukan... bukan macam tu..."
"Baein pilihkan, ya!" pintasnya lalu terus membelek rantai-rantai yang bergantun
gan. Diambil satu yang loketnya berbentuk hati. Tafsirannya memberi erti yang se
memangnya aku fahami. "Yang ni okey?"
"Err... ya!"
"Baein pakaikan?"
Bergetar jiwaku apabila Baein merapatkan diri untuk mengalungkan rantai tersebut
di leherku. Helaan nafasnya kuhitung. Lama pula masa yang diambil untuk memasan
g kancingnya. Semakin tidak tentu arah perasaanku jadinya.
"Caught you!" Suara yang sedikit terjerit itu memang sangat kukenal. Puteri Hazi
rah!
Aku tergamam. Kami sudah 'tertangkap'.
"Oh... diam-diam couple, ya!" Renita yang berdiri di sebelahnya membuat rumusan.

Kiew pula hanya tersenyum-senyum ketika Puteri Hazirah dan Renita cuba menyelong
kar kisah hubungan kami berdua.
"Tak baik kacau... jom!" ujar Kiew. Mungkin dia kasihan melihat aku yang menggel
abah, walaupun Baein kelihatan tenang sahaja menjawab pertanyaan mereka.
"Okeylah... nanti kita jumpa!" kata Puteri Hazirah. mereka berlalu meninggalkan
kami berdua.
SEBAIK sahaja sampai di rumah Puteri Hazirah, seperti yang sudah kuduga, dia nya
ta tidak sabar-sabar hendak tahu centang hubunganku dengan Baein.
Pandainya simpan rahsia!" Dia seperti tidak percaya.
Tak ada yang istimewa sangat Pun," Sesungguhnya tidak aku sandarkan harapan yang
tinggi terhadap Baein. Masa depan kami masih jauh di hadapan.
"Kawan biasa konon! Emm... bagi hadiah rantai lagi!" usik Puteri Hazirah tanpa j
emu.
PERMOHONAN Baein untuk melanjutkan pelajaran ke Australia telah diterima. Bagaim
anapun, hasratnya untuk bertemu sebelum dia berangkat ke sana tidak dapat aku tu
naikan kerana aku baru sahaja mendaftarkan diri di Kolej Matrikulasi Gopeng, Per
ak. Lama kami berbual di telefon sehari sebelum dia berangkat.
"Janji Iddya akan tunggu sampai Baein balik?" Enta berapa kali sudah ditanya soa
lan yang sama.
"Insya-ALLAH." Aku memberi jawapan yang sama.
"Take good care of yourself..." pesanku. "... and my heart', sambungku di dalam
hati, tetapi mengharap agar dia mendengarnya. Aku mengharapkan kesetiaannya, mes
kipun tidak pasti selama mana hubungan kami mampu bertahan.
'Baein, kau seperti bintang. Walaupun aku tidak selalu dapat melihatmu, tapi aku
tahu kau ada... dekat di hatiku.'
BIAR musim berganti, aku setia menunggu. Namun sesekali teruji juga kesetiaanku
dengan nota-nota cinta dan panggilan telefon daripada teman-teman sekuliah yang
hendak berkenalan. Mengenangkan Baein, aku menolak hasrat mereka. Aku tidak akan
mungkir janji, tetapi andai Baein berubah hati, aku harus akur dengan kehendak
takdir.
Setakat hari ini setelah dua tahun dia di sana, aku yakin Baein tetap orang yang
sama seperti yang aku kenal dahulu. 'Syukur alhamdulillah', ucapku berulang-ula
ng di dalam hati.
TIDAK lepas mataku memandang Nur Fatin Amira. Dia yang baru sahaja berjalan
tuh, berpaut kuat pada sofa sambil melangkah perlahan-lahan. Wajahnya
yang comel kelihatan ceria kerana dia sudah pandai berjalan.

ja

"Baik-baik kak long."


Aku kalih pandangan ke arah Abang Zairi dengan dahi yang berkerut. Terasa pelik
mendengar dia memanggil Fatin Amira begitu. "Kak long?" soalku apabila dia masih
diam.
Abang Zairi tersenyum-senyum. "Kan tak lama lagi dia nak dapat adik... jadi kena
lah mula biasakan dari sekarang."
Terkejut aku mendengarnya. "Tapi Fatin kan kecil lagi... kesian dah nak beradik.
"

"Apa pulak? Fatin tentu seronok dapat adik... adalah dia kawan." Mudah sahaja Ab
ang Zairi melahirkan rasionalnya.
Aku menjungkitkan bahu. Apa pun aku yakin tentulah dia dan Kak Dhira sudah memik
irkan yang terbaik untuk mereka sekeluarga, walaupun nanti baru berumur setahun
lebih, Nur Fatin Amira sudah dapat adik. Hui, dahsyat betullah abang ni... tak b
agi Kak Dhira rehat langsung!
"Hmm... kak long, suka nak dapat adik ya?" tanya Abang Zairi.
Nur Fatin Amira mengangguk-angguk sambil tersengih-sengih.
"Eleh, tanya macam tu... tentulah dia angguk!" protesku!
Abang Zairi ketawa berdekah-dekah hingga terlopong mulut Nur Fatin Amira memanda
ngnya. Aku pula ketawa kerana muka si kecil yang sedang melongo nampak lucu.
Dalam melayani dan bermain-main dengan Nur Fatin Amira, tiba-tiba aku terkenangk
an Baein. Rasa rindu menyentuh hati kecilku kerana sudah hampir dua bulan Baein
menyepikan diri. Aku seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak aku harapkan
sedang terjadi. Baein seperti sudah melupakan aku. Kiriman e-mel daripadanya la
ngsung tiada. Tidak seperti ketika dia mula-mula berangkat dahulu.
Aku maklum dengan kesibukannya kerana
Teknologi Malaysia, aku juga sentiasa
ng bertimbun-timbun, tetapi aku tetap
tidaklah mengambil masa yang terlalu

sejak melanjutkan pengajian di Universiti


keburuan waktu untuk menyiapkan tugasan ya
ada waktu untuknya. Setakat menulis e-mel,
lama.

Lantaran itu apabila Baein mendiamkan diri, aku pun begitu juga. Aku tidak mahu
terlalu mendesak kerana bimbang akan mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran. A
ku hanya meneka-neka dalam kesamaran tentang kemungkinan Baein sudah berpaling h
ati tetapi aku fikir kalau ada cerita yang kurang enak tentang Baein, tentulah s
udah lama Puteri Hazirah yang menuntut di universiti yang sama dengannya memecah
khabar. Tentulah dia tidak tega membiarkan Baein mempermainkan aku.
KERESAHANKU tentang hubungan aku dan Baein beransur reda apabila suatu hari aku
menerima panggilan daripadanya.
"Iddya, apa khabar?"
pertanyaannya menyusuli ucapan salam. Sejenak aku terdiam, cuba menghimpun rasa
percaya, walaupun hati berasa yakin itu adalah suaranya.
"Err... baik. Baein ke ni?"
"Ya..."gumamnya.
Aku teruja. "Kat mana ni?"
"Melaka."
"Eh, bila balik?"
"Dah seminggu."
Aku
ng,
am.
gai

tersentak. Spontan merudum semangatku. Betapa tidak, sudah seminggu dia pula
baru kini dia menghubungiku. Apakah ertinya ini? Aku menarik nafas dalam-dal
Rasa tersinggung kulontarkan jauh-jauh. Aku melunakkan perasaan dengan pelba
andaian yang positif.

"Boleh kita jumpa?"


"Boleh... di mana?"
"Nanti I pergi JB."
Saat itu suaraku seperti tersekat di kerongkong.
"Mungkin dalam sehari dua ni... nanti I call sebelum datang." Baein menambah kat
a sebelum berpamitan.
Aku dapat merasakan kehambaran dan ketidakikhlasan dalam nada suaranya. Ruang fi
kirku sarat dengan andaian kerana aku asyik meneka-neka apa yang bakal terjadi.
Sebagai rumusannya, sudah kusediakan hati dan perasaan untuk menghadapi perpisah
an. Tabah dan redha serta terima segala-galanya dengan hati yang terbuka.
"WAH, orang tu ada date kat Danga Bay!" usik Syamira ketika kereta yang dipandun
ya menyusuri jalan di Pantai Lido. "Bagi tahulah dengan siapa. Aku kenal ke? Sen
ior kita
ke?" Sejak pagi tadi sudah beberapa kali soalan ini Syamira ajukan, tetapi hingg
a kini masih tidak kuberikan jawapan. Namun apabila sudah berada di dalam kereta
nya, aku tidak sampai hati pula hendak terus berahsia.
"Kau tak kenal... dia ni ex-classmate aku. Dah lama kita orang tak jumpa. Jadi,
kebetulan dia turun JB sebab ada kerja... sajalah nak jumpa dan sembang-sembang.
.. bukannya dating." jelasku mencampuradukkan fakta dengan 'bohong sunat'. "Hmm.
.. bukannya macam kau dengan Iqbal," tambahku mengaitkan nama tunangnya kerana a
ku hendak mengalihkan tumpuan fikirannya.
Syamira tersenyum. "So, nak balik sekali dengan aku?" soalnya ketika kami mengha
mpiri kawasan Danga Bay.
"Tak tahu lagi... tapi kau mesti balik lambat, kan?" Aku inginkan kepastian kera
na tahu apabila sesekali Syamira ke bandar, paling awal pun pukul 9.00 malam bar
u dia pulang.
"Aku rasa memang lepas dinner baru aku balik. Jadi, kalau kau lambat dan nak tum
pang... just give me a call."
Aku tidak dapat hendak menjangka lama mana pertemuan ini akan berlangsung.
"Macam nilah... sama ada aku balik dulu atau nak tumpang kau, nanti aku bagi tah
u," kataku sebelum berlalu.
Sudah banyak kali aku ke Danga Bay kerana selalu juga aku ke sini dengan teman-t
eman untuk menikmati mi rebus atau laksa Johor kegemaranku. Tetapi kali ini berl
ainan tujuan kunjunganku. Seketika aku tercari-cari kelibat Baein kerana aku sam
pai terlewat sedikit daripada waktu yang dijanjikan hinggalah aku nampak lambaia
n tangannya. Aturan langkah kakiku seiringan debaran di dada.
Aku gugup ketika menatap wajahnya setelah sekian lama kami tidak bertemu. Baein
berdiri menyambut kedatanganku. Senyumannya meluruhkan rasa rindu. Aku menyambut
huluran tangannya untuk bersalaman.
"Datang sendiri?" soalnya sebaik sahaja kami duduk.
"Tumpang kawan."
"Lelaki?"
Aku menggeleng sambil seraut wajahnya kutatap. Riaknya seperti kecewa mendengar

jawapanku, sedangkan pertanyaannya tadi aku tafsirkan sebagai mengandungi rasa c


emburu. Aku keliru. Ada rasa yang menggigit di hati.
"Kuliah macam mana?"
"Biasa aje," ringkas jawapanku kerana aku tidak pandai hendak berkata-kata lagi.
Mungkin kerana sudah lama kami tidak bertentang mata, maka aku merasakan ketera
singan antara kami.
"Iddya nampak lebih manis."
Aku tersenyum mendengar pujiannya. Entahkan ikhlas entahkan tidak. Mungkin sekad
ar hendak melunakkan hatiku sahaja yang kini sememangnya sedang disarati prasang
ka.
Suasana sepi. Aku menyisip sedikit jus epal sebaik sahaja seorang pelayan meleta
kkan minuman kami di atas meja. Lega sedikit rasa yang mendera. Pertemuan kami b
erlangsung dengan perbualan yang paling biasa. Baein tidak menyentuh langsung so
al rindu. Maka aku juga mengikut rentaknya. Bercerita hal-hal kuliah dan hal-hal
semasa.
Aku menyoroti anak matanya yang seperti sedang mencari sesuatu. Mungkin Baein ti
dak menyangka rantai leher pemberiannya masih kupakai. Setia dalam berkasih? Ya!
Tetapi kini reaksinya membuatkan aku pasti yang aku sudah tidak ada tempat yang
istimewa lagi dalam hatinya. Mungkin sekeping hatinya sudah diberikan kepada or
ang lain. Entah sejak bila, aku pun tidak tahu.
Ah, sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Dalam ilusi terputu
s ikatan. Aku tidak mahu mengungkap dalam kata-kata, apatah lagi mengajukan pert
anyaan. Kalau hati sudah berubah, kalau kasih sudah berpaling arah, biarlah Baei
n mengungkapnya sendiri. Atau kalau dia memilih untuk 'bersembunyi', keadaan itu
aku terima juga. Aku menerima apa sahaja kerana bagiku sekeping hati tiada paks
aan buatnya.
"Iddya..."
Serentak aku mengangkat muka, Baein berjeda. 'Katalah... apa saja, aku sudi dan
bersedia mendengarnya,' kataku menghantar bicara dalam pandangan mata.
"Susah Baein nak cakap..."
Kalau sudah begini pembuka katanya, apa lagi maksud yang ingin disampaikan? 'Ber
terus teranglah Baein... jadilah lelaki yang berani.' Sekali lagi hatiku berkata
-kata. Bukan memprovokasi, tapi usahlah dibiarkan keadaan berlarutan dan maksud
sebenar tidak kesampaian.
"Ada Puteri cakap apa-apa?"
Satu lagi isyarat yang jelas daripadanya. Kalau tadi andaianku seperti samar-sam
ar, kini sudah semakin nyata. Aku tidak tahu entah sejak bila Baein melepaskan a
ku dari hatinya. Kesudahannya, hampa sahaja penantianku selama ini.
'Setelah sekian lama menunggu, mengunci hati dan memupuk kesetiaan, inikah yang
kau dapat? Apakah semudah ini kau mahu menyerah kalah? Pertahankan selagi terday
a, Iddya. Dia sedang terkhilaf dan keliru. Ingatkah dia pada ikrar dan janjinya.
' Suara halus berbisik-bisik di dalam hati.
'Iddya, usah menghina diri! Lepaskan saja dia pergi! Jerit satu suara lagi, menin
dih suara yang halus dan mengharap tadi. Gemanya mengembalikan aku ke alam reali
ti. Pada tahap ini, harapan yang tadinya masih bersisa untuk mempertahankan ikat
an kasih, sudah aku luruhkan kesemuanya.
"Tak ada... dah macam lost contact dengan dia."

"I... err..." Susah benar dia mahu melontarkan suara.


Saat Baein berjeda, aku mengambil kesempatan menghimpun seluruh kekuatan semanga
t, sekali gus mengukuhkan
benteng ketabahan menghadapi apa jua kata-katanya.
"Berjauhan ni macam-macam dugaan. Kadang-kadang I terfikir... kenapa kita nak ik
at diri kita dengan perkara yang kita sendiri tak pasti, sedangkan ikatan tu bua
t kita tak dapat bergerak bebas." Aku berkias-kias, melorongkan jalan untuknya m
emulakan bicara.
Riak kelegaan terpancar di muka Baein. Pastilah kata-kataku tadi menggambarkan y
ang aku sendiri tidak mahu terus terbelenggu dalam ikatan kasih yang membataskan
serba-serbi sehingga aku tidak dapat ikut sama menikmati keriangan hidup di kam
pus.
"Hidup di kampus... I tak boleh nak pastikan yang I tak kawan dengan orang lain.
I pun ada ramai kawan dan bila sesekali keluar dengan dia orang, I rasa bersala
h pada you," tambahku lagi. Mula berkata yang tidak-tidak demi melunakkan hatiny
a.
Kesepian memberi ruang kepadaku melayan perasaan dan tiba-tiba aku terkenangkan
pada sapu tangan pemberiannya dulu. 'Hmm... buat menyapu si air mata. Tidak... a
ku takkan menitiskan mata! Sungguh... aku takkan menangis, walaupun hati rasa se
dih. Aku...'
"Iddya..." Panggilan Baein mencantas lamunanku. Kami saling bertatapan. "I minta
maaf... sebab tak dapat nak teruskan hubungan kita," katanya lambat-lambat.
Sedikit pun aku tidak terkejut. Tenang dan bersahaja, sedangkan reaksi Baein sep
erti tidak keruan. Tentu dia dihantui rasa bersalah kerana telah melukakan hatik
u. "Baein dah ada orang lain?"
Anggukannya menjawab pertanyaanku. Meskipun tidak kusandarkan segunung harapan,
tetapi hati kecilku pernah roengharap. Kini aku harus mengikis apa juga rasa yan
g Pernah bertapak di dasar hati.
"Perkara ni tak pernah dirancang. I harap you faham."
Aku melunakkan pandangan mata, menghantar maksud ] yang aku amat terbuka dalam h
al ini. "Ya."
"Maafkan I sebab mungkir janji."
"Ya." 'Baein, aku salahkan kau kerana mungkir dalam bercinta. Tapi kalaulah kita
bersama, aku tidak pasti apakah aku akan bahagia,' jawab hatiku memujuk rasa ke
cewa.
"I tak berniat nak permainkan you."
'Baein, apa lebihnya dia, apa kurangnya aku, maka hatimu memilih dia?' Berlegarlegar soalan itu di ruang fikir, tetapi tidak tertanyakan.
"Ya," jawabku ringkas.
Serentak jawapanku, Baein meraup kedua-dua telapak tangannya ke muka. Entah apa
lagi yang menggusarkan hatinya, sedangkan sepatutnya pada saat ini dia berasa le
ga kerana sudah terlepas bebanan yang tergalas di bahu.
"Iddya, cara you ni buat I rasa bersalah sangat!"

Rupa-rupanya jawapan yang ringkas begitu membuatkan hatinya semakin dihimpit ras
a bersalah. Apa lagi jawapan yang sepatutnya aku beri pada saat dia sudah nekad
dengan keputusannya? Aku tidak akan merayu meminta agar tidak diputuskan hubunga
n. Aku tidak akan letakkan maruah dan harga diriku di hujung kakinya; kelak nant
i akan diinjakinjaknya sesuka hati. Biarlah maruah dan harga diriku terus di tem
pat yang teratas, sekalipun hatiku dilukai.
"Kenapa you rasa bersalah? Buang perasaan tu... I boleh terima," kataku bersungg
uh-sungguh.
"You langsung tak marah Iddya..."
'Hati, tenanglah.' Berkali-kali aku memujuk diri. "Laa... kenapa pulak I nak mar
ah? Sepatutnya I ucap terima kasih sebab you berterus terang. Taklah I tertunggu
-tunggu... tertanya-tanya kita ni ada 'apa-apa' lagi ke tidak. Eloklah macam ni.
.. cuma bimbang sikit nak cakap, eh!" gurauku di hujung bicara agar hatinya tida
k berterusan ditekan rasa bersalah.
"I doakan you dan dia berbahagia," ucapku sebagai tanda aku redha. Aku bukan ber
korban, tetapi mengikhlaskan hati demi kebahagiaannya. Tiba-tiba aku teringatkan
sesuatu, sesuatu yang seandainya tidak aku kembalikan, kelak mungkin akan meran
tai jiwa. Sejenak aku melucutkan rantai, lalu aku serahkan kepadanya.
Dalam keengganan, Baein terpaksa menerima. Namun dalam kealpaan dan tanpa sempat
kuelak, dia meletakkannya kembali di dalam genggaman tanganku. Digenggam kejapk
ejap sehingga aku tidak dapat merungkainya.
"Simpanlah Iddya... buat kenang-kenangan."
Aku menggeleng tanda tidak setuju.
"Please Iddya..." Nyata Baein berkeras mahu aku terus menyimpannya seolah-olah i
nginkan aku menyimpan kenangan cinta kami yang tidak kesampaian.
"Tak ada apa yang nak dikenang lagi, Baein."
Kata-kata ini mungkin mengecewakannya, tetapi hatiku tidak mahu berkompromi lagi
dalam soal yang satu ini. Aku persis ingin melenyapkan bukti yang antara kami p
ernah ada ikatan kasih. Lalu kalau dipaksa juga, akan aku lontarkan rantai ini k
e dalam laut yang terbentang luas di hadapan kami. Biar terbenam di dada Selat T
ebrau.
Kuintip reaksi Baein dari ekor mata. Dia meletakkan rantai itu di telapak tangan
. Kemudian digenggamnya erat sebelum disimpan ke dalam saku.
"Kita akan tetap berkawan, Iddya."
"Ini lebih baik dari kita bermusuh," balasku ikhlas. Sengaja aku memilih cara me
mberi jawapan yang berlainan sedikit dengan tujuan untuk menceriakan kembali sua
sana.
"Janganlah perli I."
Tercengang-cengang aku memandangnya. Jelas sekali Baein mentafsir kata-kataku ta
di dari sudut yang negatif. Aku tahu orang yang merasakan dirinya bersalah, sela
lu akan berasa begini sehinggakan kebaikan juga akan disalahertikan. Aku tidak m
ahu dia pergi dengan rasa gundah yang terbuku dan bersalah kerana telah melukaka
n hatiku.
"Ya... kita akan tetap berkawan." Andai jawapan sebeginilah yang diharapkan, buk
anlah susah sangat untuk mengucapkannya. Seketika kami berbual lagi.

"I hantar you balik kampus, ya!"


"Oh, I dan janji dengan kawan I... nak pergi beli barang sebelum balik." Aku ber
alasan. Cukuplah pertemuan kami di sini. Tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi.
"Janji tadi pukul 5.00... tentu dia dah nak sampai ni," bohongku untuk melepaska
n diri. Mujurlah Baein tidak bersoal jawab lagi.
Seiringan kami berjalan menuju ke tempat parkir. "Drive carefully. Take care and
please send my regards to... err..." Aku memilih cara begini untuk mengetahui n
ama gadis yang kini menjadi pujaan hatinya.
"Insya-ALLAH, nanti I sampaikan." Baein pula memilih cara begitu untuk merahsiak
an nama si dia. Tak apalah. Tentu ada rahmat di sebaliknya. Kalau aku tahu naman
ya, mungkin aku akan teringat-ingat sehingga mengganggu emosi.
Sebaik sahaja Baein berlalu, aku menghantar pesanan ringkas kepada Syamira, mema
klumkan yang aku mahu pulang ke kampus dengannya. Aku kemudian ke surau. Bersola
t asar dan mengadu kepada ALLAH SWT. Rasa tenang sedikit hatiku. 'Ah, apalah heb
atnya Baein! Usah kata di tempat lain, di JB ni pun berjahar lelaki lebih tampan
dan berketerampilan berbanding dia. Masa depannya pun belum pasti. Jadi memang
lebih baiklah putus.'
Aku umpama serigala yang gagal menggapai anggur yang ranum di dahan yang tinggi,
lalu anggur itu dikatakannya masam. Begitulah aku cuba memujuk hati. Sepi sendi
ri. Ingatanku menerawang jauh... jauh berkelana.
SEBAIK sahaja aku melangkah masuk ke dalam kereta, harum semerbak aroma nasi ber
iani menerjah lubang hidung, sekali gus membangkitkan rasa lapar. Ketika menoleh
ke tempat duduk belakang, aku nampak bekas-bekas yang berisi nasi dan lauk-pauk
. Memang sah nasi beriani!
"Rezeki... rezeki! Ini yang buat aku rasa tambah lapar!"
"Eh, tadi tak makan ke?" soal Syamira terkejut.
"Tadi kenyang lagi."
"Jumpa buah hati sampai tak ingat nak makan. Mujur aku bawa nasi ni. Kalau tak,
balik nanti terpaksalah kau makan Maggi."
"Thanks Mira!" pintasku malas hendak mendengar bebelannya.
"Thanks tu untuk mak Iqbal. Beria-ia dia bekalkan dan siap letak dalam kereta. K
alau ikutkan aku... buat apa aku nak bawa balik sebab aku dah makan."
"Teruklah kau ni, Mira!"
Syamira tergelak.
"Wah, dia masak special untuk bakal menantu dia!"
"Bukan dia masak untuk aku, tapi dia ada tetamu... sepupu Iqbal dari KL. Jadi, a
ku pun tumpang dua kaki." Syamira ketawa lagi, mempamerkan rasa hati yang bahagi
a. Tentulah pertemuan dengan Iqbal meluruhkan rasa rindunya.
Tetapi apabila aku kenang-kenangkan antara dia dengan Iqbal, rasa rindu seolah-o
lah tidak sempat singgah dalam hatinya kerana selalu sangat mereka bertemu. Iqba
l berada di tahun akhir semasa kami mula menjejakkan kaki ke kampus Universiti T
eknologi Malaysia, Skudai. Lelaki itu pernah cuba menyentuh hatiku, tetapi keran
a memikirkan perlunya aku setia kepada Baein, maka apabila Iqbal datang mencari
aku di kolej, aku pasti akan mengheret Syamira bersama-sama. Kemudian dalam bany

ak waktu, aku tinggalkan mereka berdua dan akhirnya Iqbal faham isyarat yang aku
beri.
Aku memilih Syamira antara teman-teman yang lain bukan sahaja kerana dia teman s
ebilikku, tetapi kerana hari-hari terakhir kami di Kolej Matrikulasi, dia putus
cinta dengan Qusyairi, teman sekuliah kami yang kini sedang melanjutkan pelajara
n di UKM. Iqbal yang sangat prihatin dan suka berjenaka berjaya merawat hatinya.
Lantaran itu tidak lama selepas Iqbal menamatkan pengajian dan bekerja, mereka
bertunang. Mungkin tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Aku tahu sangat
perkembangan hubungan mereka kerana setiap kali balik dari rumah Iqbal, soal in
ilah yang menjadi topik perbualan kami.
"Tadi jumpalah kawan tu, ya!"
Aku yang sedang mengelamun sedikit tersentak mendengar pertanyaan Syamira. "Jump
a." Aku berharap agar dia tidak bertanya lagi.
"Aik, cakap macam orang tak ada jiwa aje!"
Benarkah begitu? Begitukah nada suaraku? "Jumpa
sekejap... dia ada masalah." Aku cuba berselindung.
"Dia nak pinjam duit ke?"
Mungkin di luar sedar, Syamira menjadi si tukang sibuk yang cuba menyelongkar ha
l peribadi orang lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal wang. Tidak wajar r
asanya dia terus menerjah dengan persoalan itu.
"Mira, aku pernah bagi tahu kau... kalau lelaki belum ada apa-apa ikatan dah nak
pinjam duit, aku takkan kawan dengan dia. Biarlah orang anggap aku kedekut, tap
i kalau nak pinjam duit, memang aku tak bagi. Bayangkan belum kahwin dah macam t
u... mungkin nanti bila dah kahwin nanti kita pulak yang kena tanggung dia."
"Oh, aku harap Iqbal tak macam tu!" ujar Syamira.
"Aku tak fikir Iqbal jenis yang macam tu. Lagipun tengok ajelah keluarga dia. Ba
nyak harta... sampai cucu-cicit pun makan takhabis. Emm... keretani..." Sengajaa
ku tidak menghabiskan ayat kerana kami sedia maklum kereta yang Syamira pandu ke
hulu ke hilir ini ialah kepunyaan Iqbal. Sama ada dipinjamkan atau diberi terus
setelah dia membeli kereta baru, itu aku tidak pasti.
"Jadi, masalah apa?"
"Terlalu peribadi."
"Ewah, sejak bila pandai berahsia?"
"Sejak aku rasa aku perlu merahsiakannya."
Syamira menggeleng menandakan rasa tidak percaya. "Jadi dah settlelah masalah tu
?"
"Hmm..."
"Dah berbaik-baik semulalah!" rumus Syamira sambil merapatkan jari telunjuknya k
anan dan kiri.
Ngeri aku memandang aksi beraninya yang melepaskan stereng hingga aku terjerit k
ecil. "Apa yang kau merepek ni?" soalku dalam rasa terkejut yang masih bersisa.
"Tadi kan jumpa boyfriend..."

"Siapa kata aku jumpa boyfriend!" pintasku.


"Eh, akulah yang cakap! Ada ke lagi orang lain dalam kereta ni?" Serentak itu Sy
amira tertoleh-toleh ke belakang. Sekali lagi aku rasa cemas melihat aksinya yan
g tidak memberi sepenuh tumpuan pada pemanduan.
"Cik Iddya... tak payahlah orang lain cakap. Tengok cara kau bersiap tadi... pil
ih tudung tu tak kena, pilih yang ni pun tak sesuai sampai berjam-jam aku kena t
unggu... aku dah tahu orang yang kau nak jumpa tu mesti someone special. Kalau t
ak, kau sempoi aje!"
Aku terperangkap, tidak tahu ke mana lagi hendak lari. Aku cuba mengerah otak un
tuk mereka-reka alasan, tetapi fikiranku buntu. Reaksi Syamira pula jelas menunj
ukkan yang dia tidak sabar-sabar menanti penjelasanku. Err... maksudku pengakuan
.
"Tahu tak... hari ni secara rasminya hubungan aku dengan... Syahrul Bahraein put
us."
"Hah!" Syamira menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Walaupun cuma sek
etika, tetapi reaksinya tadi sekali lagi membuatkan darahku terasa kering.
"Mira... berhentilah kalau kau asyik nak terkejut-kejut macam ni! Kau tu darah m
anis... nanti tak pasal-pasal mati accident?' jerkahku. Gagal mengawal emosi. Ra
sa marah kepada Baein yang tadinya aku benam di dalam hati kini terhambur keluar
. Di luar sedar, aku melampiaskan rasa marah dan Syamira menjadi mangsanya.
Aku tidak sedar entah bila keretanya sudah berada di bahu jalan. Seraut wajah Sy
amira kutatap. Meskipun cahaya sedikit samar, tetapi tetap terkesan di mataku ya
ng mukanya pucat lesi. Tentulah reaksiku membuatkan dia sangat terkejut dan kini
sedang kebingungan. Rasa bersalah menggigit tangkai hati. Sungguh aku tidak ber
niat mendoakan yang burukburuk untuknya. Kata-kata itu terlontar keluar dari mul
utku dek hambatan rasa takut memandang cara pemanduannya yang berbahaya.
"Mira, maafkan aku!" ucapku dengan bersungguh-sungguh. Bergayut rasa cemas keran
a dia tidak segera memberi reaksi. "Aku tak bermaksud cakap macam tu, Mira... ta
pi cara kau bawa kereta menakutkan aku. Kau asyik lepas-lepas tangan... tahulah
kat highway, tapi janganlah buat macam tu... aku takut."
Bibir Syamira perlahan-lahan mengorak senyuman. Kemudian dia mula tergelak-gelak
. "Sorry Iddya... aku tak sedar pun aku buat macam tu. Sorry ya!" katanya sambil
menepuk-nepuk tanganku.
"Bawalah baik-baik... kau tu darah manis. Nanti..."
"Oppss... aku dah tahu! Sebenarnya aku takut dengar kau cakap macam tu tadi. Kes
ian Iqbal kalau aku mati."
"Tahu pun!"
Syamira yang sudah bersedia untuk meneruskan pemanduan, tiba-tiba mematikan isya
rat lampu, sebaliknya dia menekan punat lampu kecemasan. Tercengang-cengang aku
memandangnya.
"Cerita kau tadi!"
Aku sangkakan dia sudah lupa, tetapi raut wajahnya masih menuntut penjelasan.
"Syahrul Bahraein... Baein. Cinta anak-anak sekolah, Mira... tak sampai ke mana.
"

"Oh!!" Nyata dia teruja. "Dari sekolah... habis matrik dan sampai hari ni... lam
a jugak tu. Kira okeylah!" Syamira merumus rentetan hubunganku dengan Baein.
"Okeyapa...dahKO!"
"Yalah... sebelum KO tadi... kira lama jugak hubungan tu bertahan. Patutlah memb
er tak layan dan buat derkk aje pada mamat-mamat yang nak berkenalan dengan dia!
Rupa-rupanya dah ada boyfriend..." Lenggok suaranya untuk patah kata yang terak
hir itu semacam sahaja bunyinya. Syamira membuat kesimpulan tanpa kupinta.
"Hmm... apa-apalah, Mira. Eh, apa ke halnya kita duduk kat sini... jomlah!" desa
kku apabila Syamira nampak begitu santai bersandar, walaupun dahinya sesekali ke
lihatan berkerut-kerut. Entah apa yang sedang difikirkannya.
"Patutlah ya..."
Reaksinya mencuri perhatianku. Aku ingin bertanya, tetapi Syamira sudah mendahul
uiku.
"Patutlah kau pas Iqbal pada aku."
Ewah, sedapnya Syamira bercakap macamlah Iqbal itu sebiji bola! "Kau rasa terkil
an? Kalau macam tu... pas balik Iqbal kat aku, eh!" usikku.
Bulat mata Syamira memandangku. Jelas sekali dia takut kehilangan Iqbal, tidak m
ahu hatinya terluka untuk kali kedua.
"Mira... bila kau dah couple dengan Iqbal, barulah aku rasa selesa dengan dia. Y
ou can count on me, Mira... aku takkan tikam kawan aku dari belakang. Percayalah
! Lagipun kat dahi Iqbal dah ada cop nama kau... aku tak berani rapat," gurauku
untuk mengusir rasa curiga di hati Syamira.
"Kau tak percaya pada aku, Mira?" soalku apabila Syamira masih mendiamkan diri.
Gusar hatiku memandangnya. "Aku tahu kau percaya pada aku. Kalau tak... kau takk
an benarkan Iqbal hantar aku balik rumah masa aku kena demam campak. Betul tak,
Mira?"
Syamira berterusan sepi. Aku seperti sudah mati akal, tidak tahu apa yang harus
aku ucapkan untuk meyakinkan hatinya. "Katalah apa saja Mira. Kalau kau tak bagi
aku contact Iqbal... aku takkan contact dia lagi. Aku takkan jumpa dia kalau ka
u tak ada... atau tak jumpa sampai bilabila pun tak apa, asalkan aku tak hilang
seorang kawan sebaik kau, Mira." Seikhlas hati aku melahirkan kata-kata, berhara
p agar Syamira mengerti.
Seraut wajahnya yang manis kutatap. Tergenang air jernih di kelopak matanya. Rup
a-rupanya kata-kataku tadi membuatkan hatinya berasa sayu.
"Janganlah cakap macam tu... kau buat aku rasa sedih. Betul kata kau... kalau ak
u tak percaya, tentu aku sanggup ponteng tutorial dan ikut dia hantar kau balik
rumah. Aku takkan ajak kau pergi rumah Iqbal... sebab besar risikonya. Hmm... ma
nalah tahu mak dia terberkenan dan pinang kau untuk Iqbal... meranalah aku," gur
au Syamira di hujung bicara. Jawapannya amat melegakan hatiku.
"Tapi kau tak nampak sedih pun? Relaks aje?"
Memang aku tidak mahu menangisi, jauh sekali meratapi kerana sesungguhnya 'kehil
angan' ini sudah aku jangka. Kesannya tidaklah begitu hebat kerana tidak aku ber
ikan seluruh hatiku kepadanya. Tetapi ruang kosong itu seperti terisi juga hingg
a dalam sepi aku tetap rasa bahagia. Terasa semangatku seperti diseru-seru... en
tah oleh siapa. Aneh dan penuh misteri.

Mungkin ada yang memendam rasa dan merinduku dari jauh. Atau mungkin di luar sed
ar aku sudah jatuh cinta kepada seseorang. Tapi siapa? Entah! Atau mungkin keran
a aku tidak terlalu memikirkan tentang hidup berumah tangga selagi aku belum men
ggenggam segulung ijazah, maka kesannya tidaklah begitu terasa.
"Mira, kau nak tengok aku buat macam mana? Meraung? Menjerit? Hmm... aku tak ras
a nak buat macam tu. Menangis pun tak sebab aku dah jangka benda ni akan jadi,"
ujarku setelah lama menyepi.
Syamira menjungkit bahu sebelum dia memasang lampu isyarat. Kami meneruskan perj
alanan balik ke kampus.
AKU tahu kenangan manis bersama Baein tidak akan segera terpadam, tidak terus te
rkambus dan terkubur, maka sesekali kubiarkan memori itu menemani hari-hari sepi
ku... sementelah kami juga masih saling bertanya khabar dan masih bersahabat.
Tetapi apabila Baein memberitahu dia akan mendirikan rumah tangga, aku kira saat
nya sudah tiba untukku sepenuhnya mengundurkan diri dari hidupnya. Aku tidak mah
u kelak jika terjadi sesuatu pada rumah tangganya, aku pula yang dituduh menjadi
punca. Walaupun rasa kasih sudah tiada, namun hatiku tetap berat untuk sama-sam
a meraikan majlis perkahwinannya. Lalu sekeping kad ucapan tahniah dan hadiah ku
titip buatnya. Selepas itu e-mel kirimannya kubiarkan sepi. Aku tidak mahu memik
irkan soal lain kecuali pengajian yang akan tamat dalam masa beberapa bulan lagi
. Walaupun pada hakikatnya, kalau satu pintu kebahagiaan sudah tertutup, pintu y
ang lain sedang dibukakan dan kita
sepatutnya pergi ke pintu itu untuk mencari bahagia, tetapi entah mengapa aku me
mbekukan hati, tidak melihat pintu lain yang sedang dibukakan untukku. Aku mendi
amkan diri apabila pintu hatiku diketuk, kubiarkan tanpa jawapan.
Apabila Syamira mula sibuk menjadi 'posmen' untuk beberapa orang pelajar yang in
gin menghulurkan salam perkenalan, aku menjadi rimas dan bosan. "Mira, kau tak p
ayah pukul canang yang aku belum ada boyfriend.,. aku tak nak fikir pasal semua
tu," ujarku kerana jemu apabila Syamira seolah-olah risau melihat aku yang masih
tidak berteman, sedangkan tidak lama lagi dia akan berumah tangga.
Sebenarnya aku menjadi terlalu taksub pada pintu yang satu itu juga... kenangan
lalu mengikat hatiku. Perasaanku berlainan benar. Terasa seperti masih ada seseo
rang sedang mengongsi seluruh ruang di dalam hati. Terasa semangatku bagai sedan
g dipuja-puja dan namaku diseru-seru. Baein? Bukan! Aku seperti baru tersedar ya
ng selama ini aku bukan berkasih dengannya, tetapi dengan orang lain.
Entahlah! Terlalu misteri. Sehingga ke penghujung pengajian dan selama waktu men
jalani latihan praktikal, langsung tidak timbul rasa di hatiku untuk berkasih de
ngan sesiapa.
BAGI memenuhi syarat pengajian, aku perlu menjalani latihan praktikal. Firma Ark
itek Alam Bina menjadi pilihan kerana salah seorang daripada kakitangannya ialah
kenalan Abang Zairi. Kini, sudah hampir tiga bulan aku mengutip pengalaman kerj
a di syarikat ini. Tidak sabar rasanya aku hendak menghabiskan latihan praktikal
, walaupun tempohnya sudah hampir sampai ke penghujung. Bukan kerana beban tugas
an yang diberi, tetapi kerana aku tidak tahan dengan gangguan daripada pegawai y
ang ditugaskan untuk memberi bimbingan.
Sejak dari awal lagi dia sangat suka bercerita tentang dirinya hingga aku jadi m
uak dan jemu-jelak mendengarnya.
"Dah banyak I kenal perempuan, tapi satu pun tak sesuai dengan I. Perempuan ni m
aterialistik... semua nak tumpang hidup senang sebab dia orang tahu I ada rumah,
kereta, saham dan simpanan I dalam KWSP pun banyak."
Kali ini Encik Badrul menyenaraikan kekayaannya pula. Dia ingat semua perempuan
akan gelap mata mendengarnya.
"Tak salah kalau perempuan bersifat materialistik sebab I fikir kesenangan tu pe

rlu. Rumah tangga selalu berantakan sebab masalah duit." Aku memberi pendapat.
Dia tergelak sinis.
"I suka perempuan yang pakai baju kebaya. Nak pula kalau kebaya nyonya... nampak
lebih anggun."
'Eleh, anggun konon! Sebenarnya dia nak tengok potongan badan perempuan!' ejekku
dalam hati. Aku bersyukur kerana selama menjalani latihan di sini, biasanya aku
berbaju kurung. Kalau perlu ke tapak pembinaan, aku memakai blaus dan seluar pa
njang.
Encik Badrul bercerita lagi itu dan ini. Suka begitu, tetapi tidak suka begini.
Rumusanku, dia seorang lelaki yang hatinya mencari kejujuran dan matanya mencari
kesempurnaan. Dia seorang yang angkuh dan bangga diri, macamlah dia seorang yan
g sempurna serba-serbi. Aku fikir lelaki macam dia, kesudahannya jadi bujang lap
uklah!
"I akan kahwin jugak suatu hari nanti. Siapa tak nak anak daripada zuriat sendir
i, kan?"
Aku mengerling penuh makna ke arah bilik Cik Mardihah, berharap agar Encik Badru
l memahami maksud kerlingan mataku itu.
"Tapi I kena cari yang muda sebab kalau kahwin dengan perempuan yang dah berumur
, mungkin tak produktif... nasib tak baik dapat anak cacat," tambah Encik Badrul
.
Nada suaranya seperti mempersenda. Nyata dia memahami maksud yang ingin aku samp
aikan, tetapi dia pula
memilih hendakkan yang muda. Hai, tak sedar diri betul! Dari segala sudut diambi
l kira, dia ingat dia tu muda lagi ke? Aku memandang Encik Badrul. Kesian ada, m
enyampah apatah lagi.
"Rasanya you macam sesuailah dengan I."
Oppss! Aku menelan air liur. Rasa macam tersekat di kerongkong. "I?" soalku deng
an reaksi tidak percaya.
Encik Badrul mengangguk.
Aku seperti 99.9 peratus percaya yang dia bersungguhsungguh. Seriau dan berdiri
bulu romaku dibuatnya. Tak naklah! Dia tak sedar ke yang beza umurnya dengan umu
rku hampir sekali ganda? Dia boleh kupanggil ayah dan aku boleh jadi anaknya. Ak
u harus mencari jalan untuk mengalih tumpuannya agar tidak dihala ke arahku.
Memanglah bukan langsung tak sesuai berganding sama dalam rumah tangga, tapi aku
tak nak! Muktamad hatiku menolak, walaupun kebelakangan ini aku sering terbaca
dalam akhbar kisah perkahwinan pasangan yang jauh berbeza usia. Alasan standard
yang diberi sebab sudah jodoh. Untuk mengukuhkannya lagi, lelaki yang berumur in
i dikatakan lebih penyayang, penyabar dan sangat memahami. Emm... yalah tu! Cuba
kalau poket lelaki itu kosong tiada isi, mahu ke dia memilihnya sebagai suami?
Sendiri jawablah...
AKU bukan langsung tidak memikirkan soal kahwin, tetapi hingga ke hari ini aku b
elum bertemu dengan orang yang sesuai. Jadi apabila Encik Badrul semakin ketara
mempamerkan reaksi cuba menggoda, hatiku menjadi takut. "Iqbal, kau ada member y
ang boleh tolong aku tak?"
"Tolong macam mana tu? Lain macam aje bunyinya."
Lalu aku berkisah serba sedikit kepada Iqbal kerana aku yakin dia sudah tahu. Sy
amira sudah tentu bercerita kepadanya kerana selama ini dialah tempat aku mengad

u.
Jengkel hatiku apabila mendengar Iqbal tiba-tiba ketawa. "Aku tak sukalah!" luah
ku bersungguh-sungguh. Tetapi aku tidak boleh hendak marah kerana tentu hatinya
digeletek rasa lucu membayangkan situasi yang sedang aku hadapi.
"Tolonglah aku, Iqbal!" Aku merayu.
"Hmm ... dulu aku mengurat... kau jual mahal," ungkit Iqbal. Mujurlah setakat it
u sahaja, tidak dia menambah tentang Syamira yang aku suakan sebagai pengganti.
"Iqbal, janganlah cakap macam tu. Dulu
utus. Tapi kalau kau tak boleh tolong,
ini aku bernada suara seperti merajuk.
a Iqbal, tetapi aku tidak pasti ada ke
ekasihku?

tu sebab aku ada... err... sekarang dah p


tak apalah... aku cari orang lain." Kali
Sememangnya aku tidak boleh hendak memaks
orang yang sudi hendak menyamar menjadi k

"Okeylah, Iqbal..."
"Oppss... tunggu dulu!" Iqbal pantas menahan.
Aku tersenyum kerana sebenarnya tadi aku hanya berpura-pura hendak mematikan tal
ian.
"Okey... kau nak aku menyamar jadi boyfriend kau... tak ada masalah. Tapi aku ke
na bagi tahu Mira dulu... kalau tak nanti, mengamuk pulak minah tu."
Aku ketawa senang hati, tetapi seketika cuma kerana tiba-tiba aku teringat yang
Iqbal dan Syamira pernah datang ke Firma Arkitek Alam Bina ketika menjemputku un
tuk keluar makan tengah hari.
"Iqbal... orang lain ada tak? Aku rasa kau tak bolehlah sebab kau pernah datang
sini dengan Mira. Aku rasa tentu dia cam kau!"
"Kau ni banyak cekadaklah!"
Aku memekakkan telinga. Hubungan kami memang akrab dan mesra, jadi kutuk-mengutu
k sudah menjadi biasa.
"Kau carilah yang smart sikit. Kalau ada kereta lagi baik."
"Dahsyatlah kau ni!" balas Iqbal. Agaknya dia sedang
buntu memikirkan siapa yang boleh dijadikan pengganti.
"Kau nak yang bujang ke atau yang dah kahwin?"
"Hoi, gila ke apa kau ni! Kalau yang datang tu laki orang... silap-silap hari bu
lan, bertelur dahi aku!" balasku. Segera aku menjauhkan telefon bimbit kerana na
ik bingit telinga mendengar Iqbal ketawa berdekah-dekah.
"Nak yang bujang... smart... dan ada kereta," rumus Iqbal dalam ketawa yang masi
h bersisa. "Mamat ni tak ada kereta pulak!"
"Suara Iqbal, kalau dia tak ada kereta... pinjam atau sewa ajelah... nanti aku b
ayarkan," pintasku yang sudah benar-benar terdesak. "Tapi kalau kau bagi pinjam
kereta kau lagi baik... jimat duit aku."
Iqbal kedengaran teragak-agak. Pastilah dia enggan meminjamkan keretanya. Aku me
ncongak. Kalaulah dia sewa kereta besar, kopak aku!
"Iqbal... boleh ke?"

"Nantilah aku tengok. Kau ni apalah risau sangat... layan ajelah. Dia tu tentu b
anyak duit... senang hidup kau nanti."
Aku mendengus. Sayup-sayup masih kedengaran suara Iqbal, tatkala aku sengaja mem
utuskan talian. Bukan marah atau merajuk, tetapi aku berandaian dengan cara begi
ni Iqbal akan bersungguh-sungguh membantu.
KU memandang Cik Mardihah yang sedang tekun meneliti lakaran pelan yang sudah ak
u siapkan. Aku berandaian kalaulah tidak kerana pernah putus Cinta dan hatinya l
uka parah, mungkin juga kerana terlalu serius belajar dan asyik memberi tumpuan
untuk membina Cik Mardihah tidak sedar dirinya dipanjat usia. kesedaran itu data
ng, dia seperti sudah terlewat untuk mengejarnya kerana terlalu jauh tertinggal
di belakang.
Aku fikir memang sesuai benar dia berpasangan dengan Encik Badrul. Ah, apalah na
k pilih-pilih lagi! Kedua-duanya sudah saling mengenali. Mungkin juga saling men
aruh hati, tetapi tidak berani memulakan bicara. Jadi, seseorang Perlu memainkan
peranan untuk menemukan 'dua jiwa' ini- Semuanya bisa diatur asal sahaja Encik
Badrul sanggup mengenepikan egonya dan Cik Mardihah pula sudi, walaupun pangkatn
ya lebih tinggi.
"I boleh tolong arrangekan."
"Arrangekan apa?"
Suara Cik Mardihah membuatkan aku tersentak. Terpinga-pinga, tidak tahu hujung p
angkal bicara.
"Tadi you kata, boleh tolong arrangekan... arrange apa?"
"Oh! Err... err...." Tergagap-gagap aku hendak menjawab. Aku mengutuk diri sendi
ri di dalam hati. Betapa tidak, baru sahaja kepalaku merangka strategi, di luar
sedar mulutku sudah melontar kata bicara.
"Tak ada apa-apa..." Akhirnya aku kembali bersuara.
Cik Mardihah bagai tidak percaya. "You have something in your mind..." Dia memas
ang perangkap.
Aku harus memastikan yang diriku tidak terjerat kerana tiada keberanian untuk me
nyatakannya. Seumur hidupku tidak pernah aku buat kerja begini, cuba mengatur jo
doh orang! Kelam-kabut fikiranku mencari akal untuk melepaskan diri.
"Macam mana dengan pelan ni, Cik Mar? Ada apa-apa ke yang patut I pinda?"
"Like brother like sister... selalu ada idea yang kreatif. Water features memang
trend terkini," puji Cik Mardihah tanda berpuas hati sambil menggulung pelan ya
ng tadinya terhampar di atas meja. Siapa lagi yang dirujuk oleh Cik Mardihah kal
au tidak Abang Zairi, teman sekuliahnya ketika mereka sama-sama menuntut di luar
negara.
"Tak lama lagi you habis praktikal... kesianlah orang tu kena tinggal." Cik Mard
ihah bersuara lagi.
Terpinga-pinga aku memandangnya, tidak dapat menangkap maksud kata-katanya itu.
Aku ingatkan dia tidak berminat dengan gosip-gosip di pejabat, tetapi rupa-rupan
ya dia memerhati, tetapi entah siapa yang dimaksudkannya.
"Kesian pada siapa, Cik Mar?"
Cik Mardihah mengetap bibir seperti susah pula hendak menyebut orang yang dimaks

udkannya. Tiba-tiba riak di


wajahnya berubah. Dia bagaikan sedang teruja. Lalu dalam gerak perlahan aku berp
aling. Kelihatan kelibat Encik Badrul sedang menuju ke bilik mesyuarat.
Ahaa!! Hatiku seperti dijentik-jentik. Tahulah aku rupa-rupanya selama ini dia m
enaruh hati dan memendam rasa.
"I boleh arrange.1" kataku berani kerana aku yakin itulah yang diharapkan oleh C
ik Mardihah.
"Arrange apa?" Daripada nada suaranya sahaja, aku sudah tahu yang dia pura-pura
tidak faham.
Aku tersenyum nakal. "Boleh ya, Cik Mar?"
Aku tahu Cik Mardihah takkan marah kerana akulah sandaran harapannya kini. Aku y
ang akan menjadi 'jambatan' yang menghubungkan dia dengan Encik Badrul. Cik Mard
ihah masih berpura-pura tidak mengerti
SELANG dua hari kemudian, pagi-pagi lagi Iqbal sudah menelefon. "Mamat tu ada ka
t ofis tak hari ni?"
"Ada," jawabku kerana tahu siapa yang dimaksudkan.
"Okey, lunch nanti aku suruh orang tu datang jemput kau kat ofis. Tunggu kat ba
wah..."
"Eh, Iqbal... macam mana rupa orang tu? Mana aku kenal dia!"
"Memanglah kau tak kenal... tapi dia tahu kau."
"Haa?"
"Woi, aku bagi gambar kau pada dia! Kalau dah dua-dua tak kenal, tak ke haru! Ta
k menjadilah drama sebabak kau tu nanti." Iqbal cuba berlawak.
"Tak ya jugak! Geligalah otak kau ni," pujiku untuk membeli jiwanya.
"Ingat... tunggu kat bawah!"
"Okey, bos! Nanti aku belanja kau makan," janjiku.
"Haa... kau belanja aku makan nasi minyak!" balas Iqbal.
"Okey... okey, nasi minyak!Noproblemf
"Bukan kat gerai tau... tapi nasi minyak kau!"
Aku tergelak-gelak lagi mendengar usikan Iqbal. Apalah mamat ni, sampai ke situ
pulak!
"Oh ya, lupa pulak aku nak cakap... dia ni Abang Dud tau! Jangan terkejut pulak!
"
"Abang Dud? Apa tu?"
"Duda!"
Bisikan Iqbal hmggap di telinga. Serasa kering darahku dibuatnya, tetapi sejenak
cuma. Ah, Abang Dud pun Abang Dudlah... asalkan aku boleh terlepas dari bujang
terlajak ni! Lagipun aku hendak 'meminjamnya' untuk hari ini sahaja.

Ketika hampir tiba waktu rehat makan tengah hari, aku ke tandas untuk merapikan
solekan dan mencalit sedikit gincu di bibir. Lama aku menatap muka di cermin. Be
rdebar-debar perasaan memikirkan blind date ini.
Aku mencongak masa yang sudah semakin singkat, tetapi aku masih tidak dapat memi
kirkan cara untuk 'merapatkan' Encik Badrul dengan Cik Mardihah. Mula-mula aku t
erfikir hendak menggunakan tipu muslihat; memberitahu Cik Mardihah yang Encik Ba
drul mengajaknya keluar makan. Hal yang sama juga akan aku beritahu kepada Encik
Badrul. Tetapi mengenangkan risikonya, hal itu aku lupakan sahaja. Apa yang leb
ih penting bagi aku ialah misi tengah hari ini. Drama sebabak ini tidak akan ber
makna apa-apa tanpa kehadiran Encik Badrul. Aku membayangkan, akan terbeliaklah
mata dia apabila tengok yang rupa-rupanya aku sudah ada 'buah hati'. Aku kembali
ke dalam diri apabila daun pintu tiba-tiba terkuak.
"Sorry buat you terkejut," kata Cik Mardihah. Pasti reaksiku membuatkan dia berk
ata begitu.
"Encik Badrul ajak you keluar lunch hari ni." Meluncur sebaris ayat itu dari mul
utku. Dialog yang aku reka-reka sejak dua tiga hari ini, tanpa kusangka- sangka
melantun keluar. Aku tergamam apabila Cik Mardihah memandang tepat ke mukaku.
"Apa you cakap tadi?"
Hatiku cemas. Mukaku ketika ini sudah tentu pucat lesi. "Err... Encik Badrul..."
Aku menggantung ayat.
"Encik Badrul ajak I keluar?"
Apa lagi pilihan yang ada di tanganku? Tak ada! "Err... ya!" Memang aku tidak sa
ngka hal serius dan 'berani mati' seperti ini boleh terjadi.
'Ya, ALLAH, tolonglah gerakkan hati Encik Badrul supaya ajak Cik Mardihah keluar
makan tengah hari!' Aku berkaul di dalam hati, meminta sesuatu yang rasanya ket
erlaluan, tetapi tidak mustahil akan terjadi. Berbaur perasaanku ketika memandan
g Cik Mardihah yang sudah bersolek cantik.
"I keluar dulu, ya!" Apa lagi tujuanku kalau bukan hendak melarikan diri. Sesung
guhnya aku berasa takut.
Sepanjang berada di dalam lif hinggalah sampai di lobi, aku tidak putus-putus be
rdoa agar 'keajaiban' itu terjadi. Aku menjengah ke luar. Tidak nampak sesiapa,
lantas aku menunggu di lobi. Sepuluh minit berlalu. 'Hai, manalah Abang Dud ni?'
Aku resah, lalu terus menelefon Iqbal.
"Dia tengah sesat barat tu! Kau tunggulah kejap!"
Tiba-tiba aku ternampak kelibat Encik Badrul. Aku tidak sempat hendak bersembuny
i, apatah lagi melarikan diri. Laju langkah kakinya menuju ke arahku.
"Okeylah Iqbal... nanti kita cakap lagi!" Aku berkaul di dalam hati, meminta sia
pa juga yang dihantar oleh Iqbal itu segera datang.
"Lunch with me?" Encik Badrul masih mencuba nasib.
"Thanks, tapi I tengah tunggu kawan! Hmm... entah manalah dia ni, janji pukul sa
tu... terlambat agaknya."
Spontan terasa kering darahku apabila aku ternampak
Cik Mardihah keluar dari lif. Dia melangkah ke arah kami.

"Encik Badrul nak keluar lunch dengan Cik Mar, ya?" Tiba-tiba terlintas idea unt
uk aku berkata begitu.
Encik Badrul terkejut memandangku. Reaksinya memang sudah kuduga, tetapi aku har
us merebut peluang yang ada kerana Cik Mardihah semakin menghampiri.
"Wah, you all ni nak lunch kat mana?" Aku melontarkan satu soalan yang umum keti
ka Cik Mardihah sudah pun berdiri di sebelahku. Soalan yang sebenarnya membawa m
aksud mereka akan keluar bersama, jadi terpulanglah siapa yang mahu menjawabnya.
"Tak tahu lagi... do you have any idea where are you going for lunch?" soal Enci
k Badrul sambil memandang Cik Mardihah yang kelihatan malu-malu.
Mujurlah... mujurlah! Mahu sahaja ketika itu aku meraup kedua-dua belah tangan k
e muka sambil mengucapkan syukur, tetapi tumpuanku beralih apabila aku nampak se
buah kereta berhenti.
Sebenarnya memang sukar bagiku hendak meneruskan lakonan pada ketika aku langsun
g tidak mengenali siapa yang akan kutemui. Tetapi mujurlah 'dia' memandu kereta
Iqbal, jadi mudah bagiku meneka dialah orangnya.
'Abang Dud ke ni? Hmm... nampak sempoi benar, tapi boleh tahan jugak orangnya! S
ebahagian daripada hati masih tidak yakin, namun akhirnya aku pasti dialah orang
nya apabila dia tersenyum memandangku. Kubalas dengan senyuman yang paling manis
. Senyuman yang sudah cukup memberi makna kepada Encik Badrul yang aku sudah mem
punyai teman istimewa.
"Hai, dah lama tunggu? Sorry, I terlambat sikit," katanya sebaik sahaja menghamp
iri kami. Benarlah dia orangnya. Aku menahan ketawa mengenangkan 'dia' terpaksa
menyamar untuk 'menyelamatkan' aku.
"Kenalkan, ni Encik Badrul dan Cik Mardihah... bos I!" Aku hendak meneruskan den
gan memperkenalkan dirinya, tetapi namanya pula tidak kutahu. Aku terlupa hendak
bertanya kepada Iqbal tadi.
"Lutfi," katanya sambil menghulurkan tangan. Mereka saling berjabat salam.
'Oh, Lutfi namanya.' Aku terus mengukir namanya di sudut hati. Bukan di tempat y
ang istimewa, tetapi sekadar tanda menghargai.
"Okay, shall we?" soalnya sambil mencuit lenganku.
Memang aku terkejut dengan tindakannya. Betapa orang yang sudah ada pengalaman,
maka tingkahnya selamba dan bersahaja. Aku membuat rumusan pertama terhadap Lutf
i sambil memandangnya dengan pandangan mata yang lunak. Kemudian aku menoleh ke
arah Encik Badrul yang merona merah mukanya, sedangkan Cik Mardihah tenang sahaj
a.
"Kami pergi dulu," kataku lalu berjalan seiringan dengan Lutfi. Kini aku pergi d
engan lelaki yang tidak aku kenali. Aku hanya tahu namanya sahaja. Namun aku yak
in Iqbal benar-benar mengenalinya. Kalau tidak, nasibku tidak ubah seperti kelua
r mulut harimau, masuk mulut naga. 'Ya, ALLAH, lindungilah aku!' Doaku di dalam
hati.
Aku tahu Encik Badrul dan Cik Mardihah masih memandangku. Bertalu-talu ucapan te
rima kasihku di dalam hati apabila Lutfi membukakan pintu kereta. Tentulah dilih
at oleh Encik Badrul betapa intim dan romantisnya hubungan kami.
"Lutfi," katanya memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan sebaik sahaja ka
mi masuk ke kereta.
"Iddya." Teragak-agak aku menyambut. Bertaut seketika jari-jemariku dalam gengga

man tangannya.
Ketika Lutfi menghidupkan enjin kereta, sempat pula aku mengerling ke lobi. Aku
tersenyum senang memandang Encik Badrul dan Cik Mardihah berjalan seiringan menu
ju ke
kereta Encik Badrul. Yes! Yes! Hatiku bersorak riang.
"Sorry sebab I terlambat. Berpusing-pusing kat sini nak cari ofis you. Entah apa
-apa map yang Iqbal lukis."
"Ofis ni memang susah sikit nak cari," balasku yang ketika itu mulai berasa peli
k kerana Lutfi gagal menghidupkan enjin kereta. Aku memandang kereta Encik Badru
l melewati kami. Sempat lagi aku membalas senyuman manis Cik Mardihah yang duduk
di sebelahnya.
Mengimbas kembali sewaktu Lutfi keluar dari kereta sebentar tadi, mengingatkan a
ku akan sesuatu. Kereta yang mahal seperti ini memang menggunakan teknologi cang
gih demi keselamatan. "Iqbal guna transponder card."
Spontan Lutfi menepuk-nepuk dahinya, menyerlahkan lagi tanda merah di kening kan
an yang sebahagiannya tadi terlindung dek juntaian rambutnya. "Alamak terlupa...
nasib baik you ingatkan I," katanya sambil ketawa kecil.
Lutfi lantas mengambil transponder card yang diselit di bahagian tempat penghada
ng cahaya, lalu diletakkan di tempat duduknya. Enjin dihidupkan. Sejenak Lutfi t
ercaricari sebelum akhirnya dia menekan punat penghawa dingin.
Aku terpaku apabila tiba-tiba wiper bergerak dengan lajunya. Kelam-kabut Lutfi m
ematikannya. Rupa-rupanya dia hendak menyalakan lampu isyarat. Geli hatiku melih
at aksinya. Nampak benar Lutfi tidak biasa memandu kereta.
"Oh, I dah lama tak memandu," katanya malu-malu.
Sebenarnya risau juga aku mendengarnya. Selepas ini entah apa lagi yang akan ber
laku. Lutfi memulakan pemanduan. Perlahan sahaja dia memandu kereta dan sesekali
seperti tiada keyakinan hinggakan aku rasa lebih baik kalau aku yang memandu.
"Kita nak lunch kat mana? I tak biasa tempat ni."
"Kita ke Danga Bay. Banyak pilihan makanan di sana."
"You boleh tunjukkan jalan?"
Aku mengangguk. Tafsiranku dia bukanlah orang Johor Bahru. Entah dari manalah ag
aknya Iqbal 'import' dia. Hendak bertanya, namun berasa malu. Tunggulah nanti...
.
Mujurlah aku sudah biasa 'merayau-rayau' dengan Iqbal dan Syamira. Jadi aku tahu
setiap ceruk dan pelosok bandar Johor Bahru; jalan pintas, jalan mana yang haru
s d ielakkan pada waktu puncak dan sebagainya.
Setelah lebih kurang 15 minit perjalanan, kami sampai di destinasi. Aku membiark
an dia memilih gerai yang disukai. Setelah duduk di meja yang sedikit tersorok,
kami membuat pesanan makanan dan minuman. Aku dan Lutfi duduk bertentangan. Jadi
sesekali aku mencuri pandang ke mukanya. Daripada raut wajahnya, aku menjangka
dia mungkin seusia Abang Zairi. Tanda merah di bahagian kening kanannya menarik
perhatianku.
"Kenapa you pandang I macam tu?"
Malunya aku kerana tertangkap sedang merenungnya. "I tengok tanda tu!" kataku sa
mbil jari telunjuk memegang keningku sendiri.
"Oh, my birthmark. Kalau hilang senang nak cari."

"You bukan asal dari sini?"


Lutfi menggeleng. "Keluarga I di Taiping, tapi I kerja di KL. Iqbal tu sepupu I,
" jelas Lutfi.
Sememangnya aku berminat juga hendak tahu. Ada sesuatu tentang dirinya yang mena
rik perhatianku. Pandangan matanya yang redup dan lembut menggamit rasa aneh di
dalam hatiku. Entah mengapa.
"Sekarang ni you tengah buat latihan praktikal, ya?"
"Ya."
Tentulah Iqbal sudah berkisah tentang diriku. "Terima kasih sebab sudi tolong I.
" Baru kini aku mengucapkannya kerana
sedari tadi aku terlupa.
Dia tersenyum. Mungkin tidak pernah terlintas di fikirannya seseorang perlu berb
uat begini untuk melepaskan diri.
"Apa yang berlaku sebenarnya? I rasa pelik bila Iqbal suruh I jemput you. Kelaka
r pun ada sebab macam berlakon drama
pulak. I tak kenal you dan you pun tentu tak kenal I."
Sesungguhnya itu jugalah yang aku rasakan tadi. Walaupun aku berasa lega kerana
drama sebabak itu sudah kami lakonkan
dengan sebaik-baiknya, tetapi aku membabitkan dan menyusahkan orang lain pula.
"Sorry, sebab susahkan you. Sebenarnya kat ofis tu ada seorang pegawai yang suka
ganggu I. I betul-betul rasa tak
selesa." Setakat ini sahaja aku membuka cerita.
"Tu sifat semula jadi lelaki... menyukai wanita."
"Setakat mengusik tu I boleh terima, tapi dia ni macam nak ajak I kahwin dengan
dia."
Ketawanya kedengaran. Entah apa yang menggeletek hatinya, aku pun tidak tahu. Mu
ngkin baginya soal itu terlalu remeh,
tetapi berlebihan pula caraku menanganinya.
"Jadi kenapa you tolak? Suami orang ke?" Lutfi meneka-neka, cuba menyelongkar ki
sah sebenar. "Atau dah pernah kahwin
dan duda macam I ni." Lutfi berterus terang, langsung tidak cuba menyembunyikan
status dirinya.
Seketika aku seperti terkedu kerana mengagumi keikhlasannya. "Dia tu belum perna
h kahwin... tapi dah boleh dipanggil
ayah." Aku berkias-kias.
Lutfi tiba-tiba ketawa. Pastilah dia dapat mentafsir maksud kiasanku. "Lelaki ya
ng tadi tu ke?"
"Eh, macam mana you tahu?" Aku bereaksi seperti dia sudah lama kukenal. Cara Lut
fi yang santai dan bersahaja membuatkan
aku berasa begitu.
"I agak aje sebab nampak dia terkejut masa kita jumpa tadi," jelas Lutfi.
"Tak apalah... I harap lepas ni dia tak akan ganggu I lagi." Aku menutup kisah s

ementelah makanan dan minuman pesanan


kami sudah terhidang di atas meja.
SELESAI makan, Lutfi menghantar aku kembali ke pejabat. Caranya menunjukkan sele
sai sudah misi 'menyelamat', sedangkan
aku pula sebenarnya mengharapkan agar pertemuan kami tidak berakhir di sini saha
ja. Sebelum aku keluar dari kereta
tadi, aku fikir tentu dia akan meminta nombor telefon, tetapi jangkaanku meleset
. Dia hanya menghadiahkan senyuman
manis yang kini kembali membuatkan aku teringat-ingat kepadanya.
Memang aku tidak menyangka blind date ini memberi satu tanda di dalam hatiku. Be
rlainan benar alunan perasaan. Aku
tidak tahu mengapa. Aku mencapai telefon bimbit dan terus menekan nombor.
"Mission accomplished?" Suara Iqbal menerpa pendengaranku sebaik-baik sahaja tal
ian disambungkan.
"Siapa dia tu, Iqbal?" terjahku dengan pertanyaan juga.
"Eh, kau yang keluar dengan dia... kenapa tak tanya?"
"Takkan aku nak tanya... malulah!"
"Habis tu senyap aje ke... tak ada cakap apa-apa?"
"Adalah sikit-sikit. Dia cakap dia sepupu kau."
"Betullah tu."
IKLAN dalam akhbar The Star tentang sebuah kereta Mini Cooper benar-benar membua
tkan aku teruja. Ingin aku meminta pendapat abah, tetapi aku dapat merasakan yan
g dia tidak akan bersetuju. Abah sudah
pasti akan berhujah tentang soal kondisi kereta dan akhirnya sudah tentu akan me
ncadangkan agar aku membeli kereta
baru.
Hendak bertanya kepada Abang Zairi, aku bimbang dia juga akan menghalang hasratk
u. Terfikir pula hendak bertanya kepada
Ijaz, tetapi aku takut dia akan menyambarnya dahulu kerana dia juga meminati ker
eta jenis ini. Jadi yang terlintas di
fikiranku kini ialah Abang Pian, abang sepupuku. Aku yakin dia boleh membantu.
Setelah membuat temu janji dengan pemilik kereta tersebut, aku dan Abang Pian pe
rgi ke rumahnya di Kampung Baru.
Dari jauh lagi aku sudah nampak kereta itu di tempat parkir. Sekali pandang saha
ja aku sudah 'jatuh cinta' pada
kereta Mini Cooper berwarna merah dan berbumbung putih itu. Ditambah pula dengan
jalur putih di bahagian hadapan yang
menyerlahkan lagi kecomelannya.
"Iddya mesti beli kereta ni!" tegasku.
"Ooi, tak menyempat! Beli kereta antik ni bukan tengok bodynya aje... yang penti
ng enjin!" Abang Pian mematikan kerianganku.
Aku menjuihkan bibir. "Yalah!"
"Lagi satu jangan tunjuk sangat yang Iddya suka kereta tu... manalah tahu kal
au dia boleh kurangkan lagi harga."

Aku membenarkan andaian Abang Pian di dalam hati. Tidak mahu melahirkannya dalam
kata-kata kerana tidak mahu dia
merasakan dirinya pandai serba-serbi. Keseluruhan proses memeriksa kereta dilaku
kan oleh Abang Pian. Aku hanya memandang,
mengangguk dan menggeleng apabila perlu.
"Tahun 1969," ulang si pemilik kereta dengan bangganya.
"Bagus kereta ni, Iddya!" bisik Abang Pian. "Tak boleh kurang lagi ke?"
"Dah patut harganya bang. Automatik dan ada air cond. Lagipun saya baru aje rene
w road tax... tayar ni pun baru."
"Macam mana Iddya?" soal Abang Pian apabila lelaki itu tidak mahu berganjak dari
pada harga yang sudah diiklankan.
"Okeylah."
Seterusnya kami berbincang tentang urusan bayaran dan tukar nama. Aku menurunkan
tandatangan di atas sekeping nota 'tanda
jual beli' dan meletakkan duit cengkeram sebanyak RM1000.
"Nanti kita jumpa kat JPJ. Err... bayarannya tunai, ya!" Lelaki itu meletakkan s
yarat.
Aku mengangguk tanda setuju. Sebenarnya, memanglah lebih elok kalau aku beli seb
uah kereta baru, tetapi dari dulu lagi
aku memang minat kereta Mini Cooper. Tidak dapat Mini Cooper yang baru, dapat ya
ng antik pun jadilah. Manalah tahu
suatu hari nanti kereta yang antik ini akan bertukar menjadi Mini Cooper."
'Hui, jangan nak beranganlah kalau tak ada RM200,000 dalam akaun!' ejek hatiku s
endiri. Agaknya sudah jemu dan jelak dengan
perangaiku yang asyik berangan-angan.
BALIK ke rumah, aku terus mencari abah. Aku perlukan bantuannya dalam soal membe
li kereta ini. Abah kelihatan
sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Abah, Iddya ada hal nak cakap."
Abah mengangkat kening, mengisyaratkan agar aku terus bercerita.
"Iddya nak pinjam duit untuk beli kereta. Err... kereta secondhand," kataku bert
erus terang.
"Kereta secondhand? Kenapa tak beli kereta baru?"
"Err..." Mindaku membuat pertimbangan. Aku dapat merasakan yang abah akan melomp
at kerana terkejut jika aku
berterus terang. Tetapi kalau aku terus diam dan tergagap-gagap begini, tentu ab
ah akan terus mengasak dengan lebih
banyak pertanyaan.
"Kereta baru mahal."
"Tak payah beli. Bawa aje kereta abah tu... abah dah jarang guna kereta sekarang
."

"Tapi Iddya berkenan dengan kereta ni." Aku masih cuba berselindung.
"Habis tu, berapa kena bayar?"
Sejenak aku mencongak harga kereta dengan bayaran membaikinya sekali gus.
"Err... 15 ribu," jawabku tanpa memandang muka abah.
"Abang cakap apa?"
"Abang sibuk... mana sempat nak pergi. Jadi, Iddya Pergi tengok dengan Abang Pia
n."
"Iddya ada berapa?"
"Adalah sikit... err... pinjam duit abah dulu, boleh?"
"Ansuran bulanan nanti macam mana?"
Nampak gayanya 'permohonan' aku sudah hampir lulus tetapi bagaimana aku hendak m
enjawab pertanyaan abah kerana
kereta yang akan bertukar nama pada hari Khamis nanti akan kubayar secara tunai.
.. err... dengan duit abah.
"Okey, duit mukanya tak payah pinjam... abah bagi aje! Ansuran bulanannya Iddya
bayar."
Laju anggukan kepalaku. Rasa macam hendak melompat kerana terlalu suka, tetapi k
enalah jaga adab dan sopan, sekalipun
di depan abah yang sememangnya sudah sedia maklum perangaiku yang sesekali lepas
laku ini.
TIGA hari kemudian aku membawa balik kereta idamanku ke rumah. Bulat mencerlang
mata abah. Terlopong mulutnya
sebaik-baik sahaja aku keluar dari kereta. Pasti abah tidak percaya yang aku itu
membawa pulang kereta antik ini.
"Laa... beli kereta ni ke?" soalnya sambil menepuk dahi. Tergeleng-geleng kepala
nya tanda tidak percaya.
Aku tersenyum dengan penuh bangga. Masakan tidak, akhirnya tercapai juga impian
memiliki sebuah Mini Cooper!
"Okey kereta ni, bah!" Aku cuba menanamkan keyakinan dan cuba mengusir rasa bimb
ang di dalam hatinya.
"Kereta lama, kalau rosak kat tengah jalan nanti macam mana?" tekan abah.
Nyata, hal inilah yang menggusarkan hatinya. Memang aku tidak menafikan, tetapi
aku akan memastikan kondisinya sentiasa
tip top.
"Kereta ni okey."
Abah diam. Riak di wajahnya beransur tenang. Agaknya sudah mula terpujuk mendeng
ar kata-kata yang berupa jaminan
itu. "Enjinnya smooth ke?"
"Tip top, bah! Kalau tak percaya... abah boleh test drive," ujarku lalu menghulu
rkan kunci. Abah tidak menolak.

Aku lantas duduk di sebelahnya. Setelah menghidupkan


enjin, abah mengamati interior di dalam kereta. Aku ikut memandang. Sarung kusye
n dan karpet baru. Radio, penghawa dingin, cukup serba-serbi. Memang menarik!
"Hmm... cantik!" Pujian pertama daripada abah. Aku tersenyum lega.
Kami berpusing dari taman perumahan hinggalah sekitar kawasan Tasik Shah Alam. N
yata abah cukup berpuas hati.
"Abah pun sebenarnya memang minat kereta ni!"
Haa... tu dia! Akhirnya abah membuka rahsia. Ruparupanya minat aku terhadap kere
ta ini datangnya daripada abah juga. Aku perlu cepat-cepat merebut peluang yang
terbuka.
"Bolehlah kite share kereta ni!"
'Hisy, tak sedar diri betul! Dahlah beli kereta dengan duit abah, kemudian aku p
ula menawarkan untuk berkongsi dengannya. Tetapi selebihnya kalau sudah namanya
ber-kongsi, segala urusan tentang kereta ini tentulah akan kami kongsi juga, ter
utamanya tentang servis dan menukar alat ganti.
"Melantun sikit bila naik hump... agaknya kita kena tukar absorber." Perkataan '
kita' sudah membawa maksud termeterainya perjanjian tidak bertulis antara aku de
ngan abah sebagai pemilik bersama kereta Mini Cooper yang comel ini. Lega hatiku
bukan kepalang.
Kereta yang dipandu bergerak lancar, meskipun sedikit perlahan ketika mendaki ja
lan untuk masuk ke pekarangan rumah. Enjinnya abah biarkan terpasang. Kami menga
mati bahagian luar kereta pula.
"Hei!"
Aku segera berpaling. Bertemu pandang dengan Ijaz. Dia menggosok-gosok matanya.
Agaknya baru bangun daripada tidur.
"Apa?" balasku.
"Kereta siapa ni?" soalnya.
"Kereta akaklah!"
Eh?" Walaupun Ijaz mempamerkan reaksi terkejut tapi aku tahu sebenarnya dia cuba
menyembunyikan rasa apabila melihat Mini Cooper ini.
"Hoi!" Aku segera menahan apabila Ijaz meluru ke
Tempat duduk pemandu.
"Alah, nak try pun kedekut!" omelnya lalu terus menutup pintu.
"Ijaz!!" jeritku apabila dia mula mengundurkan kereta.
Ijaz tergelak-gelak sambil melambai-lambaikan tangan.
Aku mengalihkan pandangan ke sisi apabila terasa usapan lembut jari-jemari abah
di bahuku.
"Dia ni memang!!" Aku memprotes.
"Tak apalah... share."
'Hah, kena share dengan Ijaz sekali ke? Tak naklah!' Aku riak muka 'tak rela.'
Abah hanya ketawa melihat reaksiku.

DUA minggu selepas majlis konvokesyen UTM, aku turun ke Johor Bahru sendirian un
tuk memulangkan jubah yang kupinjam semasa hari konvokesyen. Memang aku boleh me
mulangkannya sebaik sahaja tamat majlis penyampaian ijazah, tetapi aku menangguh
kannya atas permintaan abah yang mahu aku bergambar di rumah dengan memakai juba
h itu.
Selesai urusan di kampus, aku dan Syamira ke Plaza Angsana. Iqbal tidak bersamasama kami kerana menurut Syamira, sejak awal pagi lagi dia sudah ke Singapura me
nemani ibunya menziarahi keluarga di sana.
Sebelum ke tempat makan, kami singgah di Kedai Buku Badan Cemerlang. Aku memilih
beberapa buah novel terbaru di pasaran.
"Nampaknya, lepas ni aku kenalah beli sendiri," kata Syamira yang ikut sama memi
lih.
"Tahu pun... sebelum ni selamba aje pinjam orang Punya sampai ada yang buat hart
a sendiri."
Syamira tergelak-gelak. Dia tidak marah kerana memang itulah perangainya. Betapa
tidak, mana-mana novel yang disukainya akan dibacanya berulang-ulang kali dan d
iletakkan di bawah bantal, Lebih haru apabila dia seolah-olah 'terlupa' untuk me
mulangkannya kembali. Apabila aku bertanya, barulah dia menyelongkar almari dan
memulangkannya.
"Hari ni aku nak borong novel-novel yang pernah aku baca... dan yang aku suka. A
ku pun nak buat koleksi di rumah."
Sungguh benar kata-katanya. Sejak diijab kabul dengan Iqbal, tiga bulan yang lal
u, mereka sudah tinggal dirumah sendiri. Aku sekadar memandang novel-novel yang
telah dipilih oleh Syamira. Hatiku dijentik rasa terkilan. "Wah, koleksi kau sik
it punya cantik, eh! Novel aku sampai lunyai kau kerjakan!" omelku.
"Bukan aku seorang aje baca, ya!" Syamira membela diri.
Memang teman-teman sekuliah yang lain juga minat membaca novel, cuma mereka tida
k suka membeli. Semuanya hendak meminjam sahaja. Dari kedai buku, kami menuju ke
tempat makan. Aku memesan mi rebus kesukaanku.
"Abang Lutfi ada contact!"
Aku tersenyum mendengar nama itu. Sedari tadi aku berkias-kias, cuba menjurus pe
rbualan tentang Lutfi, baru kini Syamira membuka ruang bicara.
"Tak ada." Sejujurnya aku menjawab.
"Eh, Iqbal ada bagi nombor kau pada dia! Aku ingat dia ada contact."
Pada tahap ini hatiku terasa malu. Jelas sekali selepas pertemuan pertama, aku m
engharapkan akan ada pertemuan kedua dan seterusnya, tetapi nyata hanya aku seor
ang yang mengharapkan begitu. Lutfi, meskipun dia mempunyai nombor telefonku, te
tapi tiada keinginan langsung untuk menghubungiku. Jika difikirkan, antara Iqbal
yang memberi nombor telefonku dengan kalau dia sendiri yang meminta, tentulah a
da bezanya.
"Dia ikut Iqbal ke Singapura."
Aku memang terkejut mendengarnya, tetapi tetap mempamer reaksi bersahaja seolaholah apa juga ceritanya tentang Lutfi tidak membawa sebarang makna kepadaku.

"Dia tu lain sikit, kan?"


Aku tahu Syamira cuba memancing, cuba menduga isi hatiku barangkali. "No comment
!" Aku memberi jawapan standard untuk terus berada di zon selamat.
"Kali pertama aku jumpa dia dengan sekarang, sangat jauh berbeza. Tapi kata Iqba
l, masa mula-mula aku jumpa Abang Lutfi... dia dah dikira okey berbanding sebelu
m-sebelum tu." Syamira terus bercerita dan memberi penekan intonasi suara pada p
erkataan 'sebelum' sehingga dia mengulang sebut sebanyak dua kali untuk menunjuk
kan peri berbezanya Lutfi dahulu dengan sekarang.
Aku hanya diam kerana tidak tahu hendak mencelah di mana. Aku tidak mengenali Lu
tfi secara peribadi, sebaliknya hanya tahu kewujudannya sebagai 'hero penyelamat
' yang terus berlalu setelah misinya selesai. Macam watak Ultraman dalam cerita
fantasi kanak-kanak Jepun yang terus menghilangkan diri setelah misinya membunuh
raksasa berjaya. Jadi Lutfi juga tidak ubah seperti Ultraman.
Hmm... hero Ultramanku versi yang terkial-kial memandu kereta! Diterjah rasa luc
u, aku tertawa.
"Kisah hidup dia tragis..."
Ketawaku tiba-tiba mati. Muka Syamira kutatap. Serius nada suaranya seserius ria
k yang terlukis di wajah. Aku menagih penjelasan dalam pandangan mata. Lama Syam
ira berjeda. Tentulah mindanya sedang memilih kata-kata yang sesuai untuk mengun
gkap kisah hidup Lutfi.
"Rasanya tak patut aku yang cerita..."
'Ah, anti klimaks betullah Mira ni!' getusku di dalam
hati. "Teruklah kau ni!" Betapa tidak, aku tidak sabar menunggu dia bercerita, a
lih-alih dia kata begitu. Tak ke hampa perasaanku dibuatnya?
"Kan lebih baik kalau Abang Lutfi sendiri yang cerita? Aku nanti tokok tambah pu
lak... yang tak ada, aku ada-adakan." Syamira beralasan.
Memang ada rasionalnya, tetapi suara di dalam hatiku penuh protes. "Kau cerita a
jelah. Aku rasa, aku takkan jumpa dia lagi." Aku seperti yakin harapan untuk ber
temunya sudah tertutup.
"Haa... aku ingat bujang terlajak aje yang tak termasuk dalam senarai, rupa-rupa
nya Abang Dud pun macam tu!" Syamira tiba-tiba membuat rumusan.
Aku kira gelaran Abang Dud sudah sinonim dengan Lutfi. Bukan sahaja Iqbal, teta
pi Syamira juga menggelarnya Abang Dud dan Lutfi tentu tidak kisah kerana hakika
tnya memang begitu.
"Patutlah Abang Lutfi tak berani..."
Walaupun Syamira menggantung ayat, tetapi mindaku terus menerjah pada tafsiran y
ang Lutfi bukannya tiada keinginan untuk menghubungiku, tetapi status dirinya me
njadi tembok yang menghalang. Andaiannya, kalau aku memilih tidak mahu yang beru
sia hingga sanggup meminta orang lain menyamar, apatah lagi sebagai anak dara te
ntulah aku akan memilih anak teruna untuk dijadikan teman hidup. Mungkin begitul
ah tafsiran Lutfi.
"Apa-apa ajelah, Mira!" Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana hendak merungkai s
alah tafsirannya. Aku fikir lelaki seperti Lutfi ini seorang yang mudah menyerah
kalah sebelum mencuba. Tiada kesungguhan! Maka tidak perlulah aku tersua-sua se
perti perigi mencari timba.
'Oh, tak semudah itu dapat aku melupakan!' bisik hati kecilku yang sudah semakin

pandai protes. Lalu hendak aku apakan lagi? Beritahu kepada Mira yang aku ingin
,
bertemu dengannya? Selama ini aku selalu menepis salam perkenalan yang dihulur o
leh teman-teman sekuliah, kini tiba-tiba aku ingin bersahabat dengan Lutfi dan b
erkongsi kasih dengannya kalau dia sudi. Secepat inikah hatiku menyukainya? Aku
sendiri tidak mengerti. Sama seperti aku tidak dapat mentafsir rasa aneh yang ma
mpir di dalam hati apabila sesekali bola mata kami bertaut. Seperti ada suatu ra
hsia yang tersembunyi. Terlalu misteri.
"Tak nak bagi dia peluang ke, Iddya?"
Kata-kata Syamira yang lebih berupa satu pengharapan meleraikan lamunanku.
'Oh, Mira... kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan!' jawab hati kecilku tanpa s
ilu.
"Mira, ni soal masa depan bukan sesi cuba-cuba tau. Banyak perkara yang perlu ak
u ambil kira... umur, status, keluarga dan macam-macam lagi!" Sengaja aku member
i jawapan yang mirip pada provokasi kerana aku pun tahu malu dan hendak melindun
gi rasa hati. Kalau aku terus sahaja bersetuju, nampak benarlah selama ini aku m
engharapkannya.
Syamira tidak segera memberi reaksi. Jauh menungannya. "Betul jugak... tak adil
aku nak paksa kau kawan dengan Abang Lutfi. Lainlah kalau kau sendiri suka."
'Mira, aku memang sangat menyukainya. Cinta? Rasanya masih terlalu awal untuk ak
u mengakuinya, walaupun perasaan itu seperti sudah ada di dalam hatiku. Membuai
rasa hingga aku seperti terawang-awang. Mira, hanya kaulah harapanku... tolong s
ampaikan salamku kepadanya.' Namun malangnya untuk ke sekian kali suara sebegitu
terlahir di dalam hatiku sahaja. Tidak terlontar keluar di bibir kerana hati di
tekan rasa malu.
"Lagipun dia tu duda... kau anak dara. Tak sepadan."
Tidak Mira, aku tak kisah semua tu!'jeritku penuh protes. Tetapi sama juga seper
ti tadi, lontarannya tidak lepas keluar. Tersekat di kerongkong hingga menyesakk
an helaan nafas.
"Haa, buat apalah aku sibuk-sibuk jadi matchmaker... nanti kalau jadi apa-apa ka
u salahkan aku pulak!"
'Bukan begitu Mira... kau tolonglah aturkan satu pertemuan. Sekali aje... selebi
hnya tahulah aku...'
"Hei, yang kau ni dari tadi diam kenapa?" Sergahan Syamira memintas suara hatiku
yang sedang berbicara sendiri.
"Okeylah... okeylah... aku tahu kau tak suka! Sorry, ya!"
Hatiku yang sudah letih bercakap seorang diri akhirnya pasrah apabila Syamira me
nutup ruang bicara. Aku dengan Lutfi kini sudah dipisah tembok yang maha tinggi,
tidak terjangkau tanganku kecuali jika aku sanggup meleburkan rasa malu. Biarla
h masa yang menentukan.
"Oh ya, sebelum terlupa... mana tiket yang aku pesan kau beli tu?"
Syamira segera tercari-cari di dalam beg tangannya. "Mana aku letak, hah? Semala
m lepas Iqbal bagi... err..." Dia terus mengomel sendiri sambil menyelongkar di
sana sini.
Akhirnya Syamira mengeluarkan sekeping kertas yang berlipat-lipat dari beg tanga
nnya. "Ingatkan kertas apa tadi. Nasib baik tak buang!" kata Syamira sambil terg

elak-gelak.
Aku tahu dia hendak meredakan perasaannya sendiri yang sepanjang pencarian tadi
dihimpit rasa bimbang.
"Berapa?" soalku macam tidak biasa pula dengan harga tiket dari Johor Bahru ke K
uala Lumpur.
"Tak apa... Iqbal cakap tak payah bayar."
"Hmm... ni yang buat aku selalu nak turun JB. Dapat tiket dan tempat penginapan
percuma!"
"Eleh, kalau tak konvo agaknya langsung tak datang."
"Banyak kerjalah, Mira. Kerja dengan abang sendiri lagi susah tau!" Aku memberi
alasan yang aku reka sendiri, sedangkan sebenarnya aku amat selesa bekerja denga
n Abang Zairi yang sudah sedia ada kumpulan arkitek yang mahir dalam segala urus
an kerja.
"Nak pergi mana-mana lagi tak?"
Aku pantas menggeleng.
Kami terus ke tempat parkir. Aku memperlahankan langkah apabila terpandang sepas
ang merpati dua sejoli sedang berjalan berpimpin tangan. Pertemuan yang tidak di
sangka-sangka, tetapi dalam situasi yang selama ini amat aku harap dan doa akan
menjadi realiti.
"My ex-boss... EncikBadrul," kataku menyiku Syamira.
Sudah pasti Syamira ingat lagi kisah yang pernah aku ceritakan kepadanya dulu.
"Wei, dah ada awek!"
"Syhhh... nanti balik aku cerita."
Apabila sudah dekat, barulah aku menegur mereka. Kedua-duanya tergamam. Sponta
n terlerai genggaman tangan. "Bila nak jemput makan nasi minyak ni?" terjahku.
Cik Mardihah mengetap bibir. Reaksi luar sedar yang terjadi pada ketika perasaan
kalut dan hati berasa malu. Alah, malu-malu kucing pulak!
"Bila Mar?"
Cik Mardihah bertambah menggelabah apabila Encik Badrul mengajukan pertanyaan.
Mendengar nama panggilan 'tu sahaja, aku sudah tahu intim dan mesranya hubungan
mereka. Syukur alhamdulillah, ucapku di dalam hati.
"Insya-ALLAH hujung tahun ni. Nanti I hantar kad... ajak abang you sekali." Baru
lah Cik Mardihah bersuara.
Seketika kami berbual sebelum aku meminta diri. Aku bersalaman dengan Cik Mardih
ah.
"Terima kasih, Iddya," ucapnya perlahan. Aku sedia mengerti maksud ucapan itu. K
ami saling berpamitan.
AKU melayan mata dengan membaca novel hingga tidak sedar entah bila masanya aku
terlena. Aku hanya terjaga apabila telefon bimbit berbunyi menghantar isyarat me
nandakan sudah pukul 6.00 pagi. Setelah membersihkan diri dan bersolat subuh, ak
u terus bersiap. Kemudian aku menyambung kembali membaca novel.
Apabila mendengar bunyi suara televisyen dari ruang tamu, barulah aku keluar. Se

telah meletakkan beg pakaian, aku ke dapur. Syamira sedang menyediakan sarapan.
"Eh, awalnya bersiap?"
"Dah dekat pukul 7.30. Nanti kalau lengah-lengah... tertinggal bas pulak," jawab
ku sambil meletakkan tiga biji mug di atas meja yang sudah sedia ada dua biji pi
nggan.
"Kita berdua aje," ujar Syamira.
"Iqbal?"
"Lepas beli sarapan tadi, dia terus ke rumah mak dia." Gusar hatiku mendengarnya
. Semalam, sehari suntuk Iqbal di Singapura. Malam tadi entah pukul berapa dia p
ulang dan hari ini pagi-pagi lagi dia sudah keluar. Tetapi Syamira semacam tidak
kisah sahaja, sedangkan aku pula fikir hal seperti ini tidak harus dibiarkan ke
rana aku bimbang bunga-bunga kemesraan suami isteri akan mudah layu.
"Biasa ke Iqbal macam tu?"
"Macam apa?"
Aku tidak pasti sama ada Syamira benar-benar tidak faham atau berpura-pura tidak
faham.
"Iqbal selalu aje ke mana-mana..."
"Oh, biasanya aku ikut dia, tapi semalam kita ada hal di kampus dan hari ni takk
anlah pagi-pagi lagi aku dah nak heret kau ke sana," pintas Syamira.
Jawapannya logik dan tidak perlu dipertikaikan.
"Malam tadi sebenarnya dia call nak ajak kita dinner kat luar. Kata Iqbal... Aba
ng Lutfi nak jumpa heroin yang dia 'selamatkan' dulu..." Syamira tergelak- gelak
sebelum meneruskan bicara. "Tapi malam minggu jalan kat Causeway teruk sangat..
. dia lepas checkpoint pun dah pukul 10.30... kau pun masa tu dah tidur."
"Aku penat sangat. Letak kepala aje... terus tidur." 'Kalaulah aku tahu, penat m
acam mana sekalipun, aku sanggup tunggu asal aku dapat bertemu dengannya,' sambu
ng suara di dalam hatiku yang agak kesal dan terkilan. Sesungguhnya memang aku i
ngin bertemu dengannya.
"Apa yang kau fikir sampai dahi berkerut macam tu?"
"Fikir pasal kerja yang belum siap!" jawabku selamba.
Syamira nampaknya mudah percaya. Terangguk-angguk kepalanya. "Fikir pasal kerja
ke pasal Abang Lutfi?"
Kalut perasaanku apabila nama Lutfi sekali lagi disebut. Bertambah menggelabah a
pabila Syamira tersenyum nakal. "Hisy, kenapa pulak aku nak fikir pasal dia?" Se
rentak itu aku bangun lalu membawa pinggan dan mug ke singki.
"Kau jangan tanya aku. Soalan tu kau tanya pada diri kau sendiri... sebab jawapa
nnya pun ada pada kau!" Pandai benar Syamira mengumpan dan memerangkap aku.
'Hmm... jumpa hanya sekali, masakan aku ada jawapan untuk soalan sebegitu,' rumu
s hatiku. "Kalau kau dah siap, jomlah!" gesaku untuk melepaskan diri.
Syamira terkekeh ketawa. Tidak aku hiraukan lantas aku terus bergegas ke ruang t
amu.
AKU meminta Syamira menurunkan aku di hadapan stesen has kerana tidak mahu menyu

sahkan dia mencari tempat parkir dan membuang masa pula menunggu, sementelah dia
hendak segera ke rumah mentuanya.
"Terima kasih, Mira. Kirim salam pada Iqbal," kataku sebelum keluar dari kereta.
"Nanti datang lagi!"
"Insya-ALLAH. Okay, byef
Bilangan penumpang yang sudah berada di dalam bas boleh dikira dengan jari sahaj
a. Aku melekakan diri dengan membaca novel. Pada ketika bas sudah hampir benar h
endak bertolak, barulah masing-masing naik dan kelam-kabut mencari tempat duduk.
Aku memandang tempat duduk di sebelahku yang masih lagi kosong. Untuk beberapa
jam dalam perjalanan, tentulah lebih selesa kalau penumpang wanita yang duduk di
sebelahku.
Aku membuang pandangan ke luar jendela apabila seorang lelaki duduk di sebelahku
. Reaksi yang menunjukkan protes dalam diam dan tanda aku tidak berminat untuk b
ertegur sapa dengannya. Biarlah sepanjang perjalanan sepi membisu daripada aku t
erpaksa melayannya berbual. Mujurlah dia menjarakkan diri, kalau dia menghimpit,
tahulah aku hendak mengajarnya.
"Ehemm!"
'Haa... dah mula nak menggatallah tu!' getus hatiku. Tetapi sebentar kemudian ak
u tersedar yang suara tu macam pernah aku dengar.
"Hai!" sapa lelaki itu pula.
Serentak itu aku menoleh ke sisi. Lutfi! Bukan kepalang terkejutnya aku. Pertemu
an yang tidak kuduga, tapi... err... ya, memang tidak aku duga. Sejenak aku keli
ru memikirkan reaksi yang harus aku pamerkan pada ketika perasaanku berbaur rasa
; gementar, malu dan bahagia.
Aku mengetap bibir, cuba mengawal getar di dalam dada. Tenanglah. Usah sampai te
rkesan di matanya kegugupan, apatah lagi rasa hati yang sedang melonjak riang.
Aku cuba mengingat, tetapi terganggu aliran fikiran dek bunyi isyarat mesej masu
k ke telefon bimbit.
Moga selesa dalam perjalanan.
Mesej daripada Iqbal kubaca. Aku cuba meredakan perasaan yang berpusar dengan be
randaian sendiri. Aku mengandaikan yang Syamira memang tidak tahu-menahu akan ha
l ini. Iqbal pula mungkin tidak terlalu merancang, tetapi secara kebetulan perlu
membeli dua keping tiket, maka dibelikan kedua-duanya sekali gus. Mungkin begit
ulah. Apa-apa pun... Terima kasih, Iqbal...'
"Kebetulan ya... kita balik sama," dugaku merumus kebetulan yang manis ini keran
a manalah tahu Lutfi ada jawapannya. Dia hanya tersenyum-senyum.
"Hmm... tempat duduk pun kebetulan saja..." tambahku merujuk pada tempat duduk y
ang seperti sudah diatur bersebelahan.
"I tak tahu pulak you pun akan balik hari ni... sebab kata Mira you baru datang.
"
"Err... I tak jadi nak stay. Esok I kena kerja." Suaranya kedengaran gugup sedik
it. Mungkin dia tidak menyangka aku akan mengajukan pertanyaan itu atau mungkin
dia juga seperti aku... kalut perasaan apabila dudukbersebelahan dan sesekali be
rtentang mata denganku.
Suasana sepi. Aku cuba memberi perhatian pada novel di tangan, tetapi yang pasti

aku tidak berminat untuk membaca kerana hatiku lebih berat kepada si dia di sis
i.
"Cerita apa?"
"Tak tahu... I baru nak baca," dalihku memberi jawapan yang tidak tepat walaupun
sebenarnya novel ini sudah tiga per empat habis kubaca.
"Tengok, kejap!" pintanya lalu mengambil novel di tanganku. Dibelek-beleknya sek
etika dari kulit ke kulit, merentasi isi tanpa membaca. "Hmm... Kau Kekasihku."
Terpesona aku mendengar suaranya yang garau, tetapi bernada romantis. Aku yang s
udah semakin ditimpa perasaan ini merasakan seolah-olah sebaris ayat yang baru s
ahaja terlontar dari mulut Lutfi ditujukan kepadaku sebagai satu pengakuan terbu
ka, walaupun pada hakikatnya Lutfi menyebut tajuk novel seiring jari-jemarinya m
enari-nari menyelusuri huruf-huruf yang timbul.
Aku memandang novel Kau Kekasihku di atas ribaannya. "Dari tak buat apa-apa... b
aik baca buku," kataku sambil berpura-pura ingin mengambil novel itu.
"Kita boleh berbual..."
Aku suka mendengar nada suaranya yang ikhlas dan mengharap. Andaianku, dia tida
k mahu aku membaca novel agar perjalanan ini bisa diisi dengan perbualan dan kam
i saling bertukar-tukar cerita. Bertali arus soalan dalam mindaku, terlalu banya
k tentang dirinya yang ingin kutahu. Entah mengapa aku sangat tertarik hati kepa
danya, biarpun statusnya sudah kutahu. Hal itu sudah kutolak ke tepi. Masa silam
nya sudah menjadi sejarah. Lutfi akan membuka lembaran baru dalam hidupnya bersa
maku.
'Lutfi'. Namanya yang kubisik lembut meresap jauh hingga ke dasar hati. Aku teng
gelam dalam anganan. Bermimpi indah di siang hari.
"Selalu ke turun JB?"
Suaranya membawa pergi lamunanku. Mujurlah telingaku sempat mendengar soalannya,
kalau tidak tertangkaplah aku sedang berangan-angan mengimpikan harapan untuk b
erkongsi hidup dengannya. 'Hisy, tak malu betul!' ejek sebahagian hatiku yang ku
rang senang dengan caraku meladeni perasaan.
"Tak jugak... sejak habis study, masa konvo hari tu baru I turun. Ni datang lagi
sebab nak pulangkan jubah. Lepas ni tak tahu lagi."
"Lain kali kalau you nak turun... bagi tahu I. Mungkin kita boleh pergi sama-sam
a."
Hatiku tersenyum. Rasa bahagia sudah tentulah terpancar di sinar mata.
"I dah beli kereta, tapi rasa tak seronok drive sorang-sorang," jelas Lutfi.
'Haa... sahlah dulu dia baru dapat lesen. Patutlah...'
"I dah lama tak drive jauh-jauh."
Kata bicara Lutfi segera menidakkan andaianku.
"Kenapa?"
"Nantilah... lain kali I cerita pada you. Kat sini... nanti orang lain dengar."
Hatiku semakin pasti yang pertemuan kali ini tidak akan berakhir begitu sahaja.
"You kerja kat mana?" Aku sekadar mahu tahu.

"KL." Jawapan ringkas yang memberi isyarat seperti dia ingin berahsia.
"I tak fikir pun you kerja kat London," balasku sengaja bercanda kerana sedari t
adi rasanya kami terlalu serius dan aku ingin mencetuskan mood yang berbeza.
Sejenak Lutfi seperti termangu sebelum dia tertawa.
'Hmm... lambat benar
mamat ni... macam kereta Mini aku aje!'
Aku memberanikan diri menatap mukanya. Aku suka menatap wajahnya ketika dia seda
ng tersenyum, apatah lagi ketawa. Barisan giginya yang putih bersih dan tersusun
cantik sangat menarik perhatianku.
"Usah kata kerja kat sana... pergi London pun tak pernah," akui Lutfi setelah ke
tawanya reda. "You kerja dengan abang you... dan tinggal dengan your parents kat
Shah Alam, kan?"
Tentulah maklumat ini diperolehnya daripada Iqbal atau Syamira. Nyata dia bermin
at hendak tahu tentang diriku. Aku juga ingin tahu tentang dirinya, tetapi aku t
idak mahu terburu-buru. Tunggulah dalam pertemuan yang aku harap akan menyusul s
elepas ini, aku akan bertanya tentang dirinya pula. Betapa tidak, sejak Syamira
memberitahu yang Lutfi telah melalui kisah hidup yang penuh tragis, aku telah be
rsedia untuk berkongsi kesedihan itu dengannya. Bagiku dia begitu istimewa dan d
ekat di hatiku.
"Apa lagi yang you tahu tentang I?"
"Iqbal cakap... I kena tanya sendiri padayou."
Aku melemparkan pandangan ke luar jendela. Tersenyum mengenangkan yang Iqbal per
nah mengucapkan ayat yang sama kepadaku tempoh hari.
"Jadi kita nak mulakan dari mana?" Memang kedengaran sangat formal cara dia bert
anya, tetapi aku senang dengan perkataan 'kita' yang diucapkan oleh Lutfi. Teras
a semacam sudah rasmi ada ikatan perasaan antara kami berdua.
"Berapa umur you?" soalku kerana hal inilah yang ingin sangat aku tahu.
"Jauh beza umur kita... 11 tahun."
Usianya 35 tahun! Tepat dugaanku dulu yang dia sebaya dengan Abang Zairi, tetapi
yang lebih penting, jawapannya membawa maksud yang dia sudah tahu usiaku.
"Umur you sama dengan abang I." Aku teringatkan kepada Abang Zairi yang kini sud
ah hendak masuk tiga orang anaknya, tetapi Lutfi? "Err... you ada anak?" Teragak
agak aku bertanya. Bimbang pula kalau dikata terlalu menyelongkar hal peribadiny
a.
"Ada... seorang."
'Hmm... duda anak satu,' rumus hatiku. Mujurlah cuma satu, kalau banyak susah ju
ga nanti aku hendak layan ragam dan kerenahnya. Lagipun apabila seorang sahaja,
tentu lebih mudah penerimaannya dan mudah aku menghadapi berbanding kalau ramai.
Tidak usah dikata tiga atau empat orang, dua orang sahaja pun sudah cukup untuk
mereka berkomplot dan menolak kehadiranku.
'Eh, buat apalah aku fikir sampai ke situ pulak!' Segera aku menarik khayalan ya
ng sudah jauh berkelana.

"Lain kali I cerita tentang anak I."


Jelas, Lutfi tidak mahu membicarakan soal itu. Lalu sepanjang perjalanan yang ak
u rasakan begitu cepat tiba di destinasi, kami berkisah hal-hal lain dan aku men
gawal diri agar sebarang pertanyaan yang aku ajukan tidak sampai menyentuh tenta
ng bekas isteri dan anaknya.
HENTIAN Puduraya sudah berada di depan mata. Penumpang-penumpang mulai meninggal
kan tempat duduk masing-masing. Kami masih tidak berganjak. Seolah-olah sama-sam
a sayang untuk mengakhiri pertemuan ini.
"Nice meeting and knowing you." Serentak itu Lutfi menghulurkan tangan. Tidak ku
biarkan disambut angin. Jari-jemari kami bertaut. Genggaman tangannya erat. Jari
jemariku seperti tidak akan dilepaskan lagi. Aku mengetap bibir bagi meredakan r
asa kurang selesa dengan perlakuannya. Akhirnya, terlerai genggaman tangan kami.
"Sorry..." Baru Lutfi menyedari tidak seharusnya dia bereaksi begitu. "Err... Id
dya... jangan salah anggap. I tak bermaksud nak ambil kesempatan."
Aku cuba memahami, sekali gus mengingatkan diri akan hakikat yan
g Lutfi seorang lelaki yang sudah berpengalaman dalam hidup berumah tangga, seda
ngkan aku hanya pernah bercinta dan kini ikatannya sudah putus di tengah jalan,
sedangkan Lutfi pernah melalui pengalaman bercinta hingga terjalin ikatan pernik
ahan. Dia sudah menempuh saat-saat indah dalam hidup berumah tangga hingga dikur
niakan cahaya mata, sedangkan aku masih lagi anak dara.
Aku bukan berprasangka atau cemburu dengan masa lalunya, tetapi sekadar ingin me
ngingatkan diri agar tidak mudah terpedaya. Lebih-lebih lagi rasa aneh yang sema
kin kurasa menggebu di dalam hati membuatkan aku mudah intim dan mesra dengannya
. Aku seperti mudah memberi dan menerima. Begitu berlembut hati dengannya.
"I tahu you takkan ambil kesempatan." Aku memberi jawapan yang positif untuk mer
edakan rasa bersalah di hatinya. Pandangan mata kami bertaut dan saling tersenyu
m. Setelah semua penumpang turun, barulah Lutfi bangun. Dia berdiri di lorong, m
emberi laluan kepadaku mendahuluinya.
"Esok kita lunch sama-sama?"
"Eh, tadi you kata masa lunch pun you kerja..."
"Tudulu..."
Jawapannya menghantar rasa bahagia dalam hati. Tidak keterlaluan kalau aku kata,
kehadiranku mengubah sedikit rutin hidupnya. Bersendirian tentulah tidak sama a
pabila berdua. "Nanti I call... confirmkan dengan you."
"Okey!" Aku mengangguk dalam malu dan berjalan pantas mendahuluinya apabila meny
edari Ijaz sudah menunggu.
"Siapa tu?" soal Lutfi yang ikut mempercepatkan langkah. Nada suaranya sedikit c
emas. Memang terlalu awal untuk memperkenalkannya, tetapi aku tiada pilihan kera
na Ijaz sudah berada di hadapan kami. Mahu tidak mahu, terpaksa aku kenalkan jug
a.
"Ijaz... adik I," kataku.
Lutfi tersenyum lebar menyambut huluran tangan Ijaz. Riak ceria yang terlukis di
wajahnya aku tafsirkan lahir dari rasa lega. Mungkin tadi dia memikirkan yang I
jaz adalah teman istimewaku.
"I balik dulu," kataku apabila Ijaz sudah mengambil beg di tangan. Kami saling b
erpamitan.

"Jangan bagi tahu sesiapa, eh!" Aku memberi peringatan kepada Ijaz kerana hubung
an ini masih terlalu baru dan belum pasti hala tujunya.
Wo problem, tapi dengan satu syarat!" balasnya sambil menegakkan jari telunjuk.
Aku seperti sudah tahu syaratnya, tetapi tetap mengangkat kening menghantar pert
anyaan. Kali ini ibu jarinya dituding ke arah kereta Mini Cooper di tempat parki
r.
Tepat dugaanku! Kereta itu jugalah yang dimahukan dari dulu. Tergeleng-geleng ke
palaku tanda tidak setuju. Terangguk-angguk pula kepala Ijaz seperti mengugut.
Aku menjuihkan bibir. Tidak mahu melayani permintaannya.
'IDDYA, phone!"Aku mendengar suara Abang Zairi memanggil, tetapi aku tidak seger
a memberi reaksi. Ingatan terhadap Lutfi begitu mengulit resah rindu dan terasa
sayang untuk melepaskan bayangannya pergi. Apakah yang sedang dilakukannya ketik
a ini?
"Iddya, telefon!"
Aku menoleh apabila mendengar suara abah pula.
"Telefon!" ulang abah lagi.
Bingkas aku bangun.
"Lelaki!" Suara Abang Zairi sedikit terjerit. Mencerlang bola mataku memandangny
a.
"Anak abah dah ada boyfriend."
Ketika kami berselisih, aku mencubit perut Abang Zairi bagi melampias rasa tidak
puas hati. Betapa tidak, jeritan suaranya sudah tentu didengari si pemanggil. K
emudian sempat pula aku mengerling ke arah Ijaz. Kepalanya tergeleng perlahan, m
enghantar makna yang rahsia di tangannya masih
kemas tersimpan.
"Tadi I call handphone, tapi tak j'awab."
"Oh, handphone I kat dalam bilik!"
Memahami situasi yang tidak begitu selesa, seketika sahaja kami berbual. Lutfi b
erjanji akan menelefonku malam nanti.
Aku kembali duduk di sofa.
at mengandung tujuh bulan.
i. Kalau hendak diikutkan,
belum 'pandai minta adik',
k pula.

Tersenyum sendiri memandang Kak Dhira yang sedang sar


Seawal usia Nur Zeti Izuren lima bulan, dia hamil lag
memanglah Nur Zeti Izuren masih kecil dan kata orang
tetapi rezeki yang ALLAH berikan takkan hendak ditola

Aku teringat peristiwa Kak Dhira ditimpa kemalangan ketika dia sedang sarat meng
andung anak pertama. Dia cedera parah hingga keguguran. Seminggu dia dirawat di
hospital. Namun atas dorongan keluarga, lebih-lebih lagi Abang Zairi membuatkan
dia mampu menghadapi takdir dengan tenang. Dan empat bulan selepas tragedi itu,
Kak Dhira hamil sekali lagi, walaupun doktorsudah menasihatkan agar dia memberi
masa sekurang-kurangnya setahun untuk rahimnya benar-benar pulih.
Mujurlah tiada kerumitan yang berlaku dan kini sudah hendak masuk tiga orang ana
knya. Syukur alhamdulillah...
PERTEMUAN pertama dengan Lutfi selepas balik dari Johor Bahru berlanjutan menjad

i pertemuan yang kedua, ketiga dan selepas itu aku tidak menghitung lagi. Dalam
pertemuan awal, kami bertemu pada hari bekerja kerana Lutfi bekerja mengikut wak
tunya sendiri, tetapi aku selalu terkejar-kejar masa. Akhirnya, kami sepakat mem
ilih hari minggu untuk bertemu. Perasaanku kepadanya sangat istimewa.
Aduhai sayang... aku benar-benar sudah mabuk kepayang sehingga berani mengimpika
n masa depan dengannya.
"Iddya, I ada cerita pada ibu tentang you. Kata ibu, dia
teringin sangat nak jumpa you."
Semakin jelas kepadaku hala tuju hubungan kami. Sudah ada niat di dalam hati Lut
fi untuk membawa aku bertemu dengan keluarganya. "You panggil emak you, ibu?"
Lutfi mengangguk. "Ibu tu sebenarnya mak tiri I."
"Ohh!!" Terkejut aku mendengarnya. Sebenarnya masih banyak tentang Lutfi yang ak
u tidak tahu terutamanya tentang bekas isteri dan anaknya. Lutfi seperti enggan
bercerita, walaupun aku boleh menerima hakikat yang kisah silam itu adalah sebah
agian daripada hidupnya yang tidak mungkin dapat dilupakan.
"Ibu dengan mak Iqbal adik-beradik. I dengan Iqbal bukanlah sepupu betul, tapi I
suka anggap yang kami ni sepupu. I ada adik... dua lelaki dan seorang perempuan
. Tapi kalau nak diikut yang seibu sebapa... cuma I seorang. Emak I meninggal se
bab tumpah darah lepas lahirkan I." Lutfi berjeda. Tentulah dia cuba mengusir ra
sa sedih yang bertamu.
"Tak lama lepas tu arwah ayah I kahwin dengan ibu. Masa umur I lebih kurang tiga
tahun, dia meninggal... sebab demam malaria. Dengan arwah ayah I... ibu tak dap
at anak. Masa I masuk darjah satu, baru ibu kahwin lain. Jadi kalau diikutkan pe
rtalian darah... I dengan ibu dan abah I sekarang tak ada hubungan apa-apa. Tapi
ibu tak pernah bezakan I dengan anak-anaknya sendiri... abah pun macam tu."
Walaupun hanya ibu tiri, tetapi dari gaya percakapan Lutfi, nampaknya hubungan m
ereka sangat akrab dan mesra.
"Nanti bila I balik Taiping... you nak ikut?"
Aku tidak memberi jawapan yang pasti kerana bagiku tentulah lebih manis kalau Lu
tfi ke rumahku dahulu sebelum aku ke sana. Tetapi buat masa ini, aku masih belum
bersedia untuk membawanya ke rumah. Aku masih memerlukan masa kerana masih bany
ak tentang dia yang tidak kutahu.
"You kerja apa dan di mana?" Sebenarnya hal ini sudah
lama ingin aku tanyakan. Bukan aku terlalu memilih, tetapi biarlah pekerjaannya
boleh menjamin masa depan kami nanti. Namun dari gayanya, aku tahu Lutfi mempuny
ai pekerjaan yang baik, cuma waktu kerjanya agak pelik sedikit. Kalau pada hari
Ahad, aku boleh bersenang-senang sepanjang hari, tetapi dia pula bekerja. Hanya
di sebelah petangnya sahaja baru kami boleh berjumpa.
"You belum jawab soalan I," ujar Lutfi.
"Insya-ALLAH, suatu hari nanti I akan ke sana. Sekarang you pulak jawab soalan I
tadi."
"Nanti bila sekali lagi kita jumpa, I bagi tahu... I janji," katanya kepadaku.
"Tentang anak you?"
Sejenak Lutfi terkesima. Mungkin masih terlalu awal baginya untuk memperkenalkan
kami. Mungkin dia sendiri tidak pernah memberitahu anaknya sama ada secara berk
ias-kias, apatah lagi berterus terang tentang diriku.

"Err... nantilah. Satu-satu dulu. I akan bagi tahu juga sebab you perlu tahu." L
utfi sedikit gugup. Nada suaranya seperti mahu berteka-teki.
Aku masih ingin bertanya, tetapi mematikan hasrat apabila aku nampak riak di waj
ahnya tidak lagi ceria. Tentulah kesedihan dan kerinduan menggamit hatinya.
SELESAI urusan di bank, aku terus ke tempat menunggu teksi. Destinasiku seterus
nya ke Glenmarie untuk mengambil Mini Cooper yang dihantar untuk servis.
Kemudian aku harus segera balik ke pejabat kerana banyak kerja yang mesti dibere
skan terutama kerja-kerja yang telah ditetapkan deadlinenya.
Bunyi hon kereta yang nyaring membuatkan aku hampir terlompat dek rasa terkejut
yang teramat. Terasa hampir gugur jantungku dibuatnya. Aku mengusap-usap dada, m
emanggil semangat agar kembali ke dalam diri.
'Haa, mentang-mentanglah kereta dia cantik! Dia ingat aku heran ke!' Marahku dal
am hati.
Aku menjeling geram sebelum mempercepatkan langkah menuju ke tempat menunggu tek
si. Puas hatiku walaupun muka pemandunya tidak dapat kulihat dengan jelas kerana
cermin keretanya agak gelap.
Kereta itu meluncur perlahan-lahan melepasiku. Tanpa
kuduga, kereta itu berhenti. Serentak itu hon dibunyikan, menghantar isyarat ata
u arahan kepadaku.
'Eh, dia ni nak cari gaduh ke?' Hatiku dilanda cemas mengenangkan kemungkinan ak
u terpaksa berdepan dengan samseng jalan raya. Melingas mataku memandang ke seke
liling. Lega hatiku kerana ramai orang yang lalu-lalang di laluan pejalan kaki d
an di kedai-kedai yang berhampiran.
Aku menghentikan langkah ketika pemandunya menurunkan cermin kereta. Aku sudah b
ersedia hati dan minda untuk menghadapi apa juga kemungkinan. Paling teruk pun a
ku akan dimarah kerana mustahil pula dia hendak mengapa-apakan aku kerana tempat
ini ramai orang.
"Iddya!"
Aku tergamam bukan sahaja kerana pemandu kereta itu tahu namaku tetapi kerana su
aranya macam pernah aku dengar. Siapa ya lelaki itu?
"Dah tak kenal member lama?" soalnya sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
Mukanya kurenung dalam-dalam. Sebahagian hatiku mulai pasti dia adalah bekas tem
an sekolahku dulu, tetapi sebahagian lagi pula ragu-ragu untuk menyatakannya ker
ana bimbang jika aku tersilap orang. Akhirnya aku menjungkitkan bahu.
"Kiew!" Suaranya sedikit terjerit.
"Kiew!" ulangku perlahan dalam rasa tidak percaya. Betapa masa yang berlalu bena
r-benar mengubah penampilannya.
"Wow, tak sangka jumpa you! You kat mana..." Terhenti suaranya apabila kedengara
n bunyi hon dari arah belakang kerana keretanya menghalang laluan. Kiew mengangk
at tangan tanda memohon maaf.
"Boleh tak you tunggu kejap? I pergi park kereta dulu!" pintanya bersungguh-sung
guh lalu memberi isyarat masuk ke tempat parkir yang baru sahaja dikosongkan.
Walaupun aku keburuan waktu, tetapi aku mengangguk juga. Seronok rasanya dapat b
ertemu dengan teman lama setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa.

"Wah, cantik kereta you!" pujiku sambil menepuknepuk kereta Mini Coopers kepunya
annya sebaik sahaja dia keluar dari kereta.
Kiew hanya ketawa kecil. "Jom!" ajaknya.
Aku hanya menurut, namun tetap mengingatkan diri yang aku tidak boleh berlama-la
ma. Aku harus segera balik ke pejabat kerana banyak kerja yang perlu aku bereska
n.
"Iddya, I betul-betul seronok dapat jumpa semula dengan you. Patutlah tiba-tiba
aje I rasa nak datang sini tadi!" kata Kiew setelah kami duduk di sebuah restora
n.
Memang aku juga tidak menyangka pertemuan ini. Betapa peredaran masa mengubah pe
nampilan dirinya. Kiew kelihatan lebih tampan berbanding dahulu, tetapi wajah ke
anak-anakannya masih ada. Dan kalau dahulu ketika berbicara, kami 'berengkau aku
' atau 'berawak saya', kini sudah berubah menjadi 'I dan you'.
"Sebenarnya I ada jugak tanya member, tapi semuanya tak ada nombor telefon you.
You ni kan selalu pindah sana sini."
"Tu dulu... masa abah I kerja estet. Sekarang ni dia dah pencen... kami tinggal
di Shah Alam. Err... I tak boleh lama ni," kataku cuba menahan apabila Kiew suda
h bangun untuk ke kaunter.
"Takkan minum pun tak boleh?"
"Okeylah, teh o ais limau!" Aku bersetuju.
Tidak lama kemudian Kiew kembali dengan teh o ais limau, coklat panas dan kentan
g goreng.
"Sebenarnya I nak cepat... dah janji nak pergi ambil kereta kat bengkel."
"Tak apa... nanti I hantar."
"Tak apa... I boleh naik teksi."
Kiew menjungkitkan bahu. Tentu sedar dia tidak boleh memaksa kerana memang hakku
sama ada untuk menerima atau menolak pelawaannya. "You tak kisah kalau I tanya.
.. you bawa kereta apa?" Sedikit formal nada suaranya. Tidak seperti semasa kami
di alam persekolahan dahulu. Semuanya main terjah ikut suka.
"Mini Cooper... warna merah, tapi bukanlah yang baru macam kereta you tu."
"Ohh!!"
Entahkan dia teruja atau mungkin membandingkan dengan keretanya pula, aku tidak
tahu. Aku tidak mahu merumus apa-apa daripada reaksinya.
"You pun suka kereta Mini, eh?" Rupa-rupanya itu yang difikirkan oleh Kiew seben
tar tadi.
Aku mengangguk. "Nak beli kereta baru, I tak mampu... yang tu pun ayah I yang ba
yarkan."
Seketika kami berbual tentang kereta Mini Cooper. Seronoknya kerana kami berkong
si minat yang serupa.

"Oh ya, siapa lagi yang you pernah jumpa selain daripada I?"
Aku menggeleng. "I dah lost contact dengan semua orang," ujarku berterus terang.
Sejak ke Kolej Matrikulasi, hubunganku dengan teman-teman sekolah kecuali Puteri
Hazirah terus terputus. Kemudian apabila Baein 'buat hal', hubunganku dengan Pu
teri Hazirah juga ikut menerima tempiasnya. Dia terus menyepi. Aku tertanya-tany
a sendiri, namun lama-kelamaan hal itu aku lupakan sahaja. Aku memulakan lembara
n hidup baru dengan teman-teman baru. Kehadiran Lutfi pula melengkapkannya. Pert
emuan ini mengheret kembali nostalgia di zaman persekolahan, sekali gus membuatk
an hatiku berasa terpanggil untuk bertemu dengan mereka semula.
"You buat apa sekarang?" soalku untuk mengetahui
tentang perkembangan dirinya.
"Bisnes."
Memang sudah aku jangka jawapannya kerana di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi.
"Pasar raya?" soalku kerana masih ingat yang bapanya pernah mengusahakan sebuah
pasar raya di Melaka.
Kiew menggeleng. "I ada syarikat sendiri, I buat bisnes yang tak nampak dek mata
kasar dan tak glamor berbanding bisnes-bisnes lain."
Spontan hatiku tertanya-tanya, namun belum sempat aku mengajukan soalan, Kiew su
dah mendahului. "Selain itu I ada buat bisnes lain... kongsi dengan Sim."
Aku segera teringat kepada Sim, teman sekelasku dahulu. "You dengan Sim buat bis
nes apa?"
"Komputer... tapi I ni Cuma sleeping partner dia."
Istilah itu membawa makna dia hanya rakan kongsi dalam perniagaan, tetapi bukan
sepenuhnya bersama-sama menjalankan perniagaan. Lebih kurang begitulah maksudnya
.
"Kedai tu bagi I hanya sebagai back-up... Sim yang urus. I cuma jaga bahagian ak
aunnya. Asalnya kedai tu memang Sim punya, tapi bisnes biasalah ada turun naik.
Sim nak jual kedai tu pada I sebab dia ada masalah kewangan."
"Keluarga Sim kan kaya?"
"Abang dia buat hal. Bila bisnes tak jadi... dia pinjam dengan Ah Long. Lepas tu
tak dapat bayar sampai bunganya aje dah cecah beratus ribu. Ayah dia terpaksa j
ual rumah. Sim pula sampai nak jual kedai dia sebab nak cukupkan bayaran supaya
tak terikat dengan Ah Long. Bayangkan kalau Sim jual kedai tu, sedangkan bisnesn
ya sedang maju. Lepas tu dia kena mula dari bawah semula. Nak dapat pinjaman ban
k bukan senang sebab tak ada cagaran."
Aku mengangguk tanda mengerti betapa Sim ikut menanggung akibat kerana abangnya
yang berhutang
dan terjerat dengan ceti haram dan bagaimana akhirnya Kiew menjadi rakan kongsin
ya dalam perniagaan. Kiew membantunya atas dasar persahabatan, tetapi mungkin me
mang beginilah adat orang Cina berniaga sehingga bangsa ini sangat maju dalam bi
dang perniagaan.
"You tahu tak Leman dengan Aini dah kahwin?" Kiew menukar topik bicara.
Aku tidak terkejut mendengarnya. Lainlah kalau Kiew memberitahu Sulaiman atau Ai

ni Mastura berkahwin dengan orang lain.


"Ingat lagi Renita?"
Hatiku melonjak riang demi mendengar nama itu. Masakan aku boleh lupa pada serau
t gadis berkulit hitam manis itu. "Takkan I lupa! You ada nombor telefon dia?"
"Sekarang ni dia tak ada kat sini... kursus di Jepun. Nanti I bagi you nombor di
a. Suatu hari nanti I harap kita boleh buat reunion... panggil semua geng kita d
ulu."
Hatiku digeletek rasa lucu mendengarnya. "Geng! You ni cakap macamlah kita ni du
lu satu kumpulan kongsi gelap!"
"Haa... macam kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San!" tambah Kiew.
Pasti Kiew teringat tentang dua kumpulan kongsi gelap yang mencetuskan Perang La
rut sehingga menyebabkan campur tangan Inggeris di negeri Perak. Bagi aku, belaj
ar Sejarah ini bukannya mudah. Hendak menghafal benda-benda yang 'dah mati' bagi
aku adalah satu penderaan mental kerana aku tidak dapat mengingati tarikh yang
terlalu banyak. Aku juga sering keliru dengan nama-nama tokoh dan peristiwa. Tap
i dulu, Kiew banyak membantu aku dalam mata pelajaran ini.
"I dah cakap terima kasih ke pada you?"
"Untuk apa?" Kiew sedikit terkejut.
"Sebab you selalu tolong bagi jawapan pada I."
"I ke Baein yang selalu tolong?"
"Baein? Siapa tu?"
"Eleh, buat-buat tak kenal pulak!"
Sesungguhnya nama itu dan orangnya ingin aku lupakan. Tidak ingin kuingat-ingat
lagi.
"You ingat lagi tak Mizan?" soalku untuk mengalih tumpuannya apabila secara tiba
-tiba melintas di ruang fikirku seraut wajah arwah Mizan.
"Eh, apa pulak tak ingatnya! Mizan yang mukanya macam hero Hindustan tu, kan?"
"Dia dah meninggal dunia," celahku terpaksa membunuh keriangannya.
Kiew kelihatan tersentak. Mulutnya sedikit ternganga. "Innalillah hiwainna illai
hirajiun..." Terucap sebaris ayat itu sebaik-baik sahaja dia kembali bersuara. K
emudian dia menundukkan muka. Mungkin sedang bertafakur.
Aku masih tergamam. Betapa tidak, Kiew tidak sepatutnya mengucapkan begitu, seka
lipun dia tahu memang itulah ayat yang seharusnya diucapkan tatkala menyambut se
barang berita duka atau kematian. Tetapi aku tidak tahu cara bagaimana hendak me
negurnya agar pada masa akan datang tidak lagi dia berkata begitu.
"Dia meninggal sakit apa?"
"Accident masa turun dari Genting. I tahu pun dari Ustaz Fairuz."
"Ustaz Fairuz?" Nampak benar Kiew teruja mendengar nama itu. Entah mengapa.
"I jumpa Ustaz Fairuz kat KLIA masa dia nak pergi umrah. Kebetulan dia satu flig

ht dengan orang tua I. Ustazlah yang bagi tahu I. Arwah Mizan tu kan murid kesay
angan dia sebab arwah pandai mengaji."
"Oh ya, Sim macam mana sekarang? Still chubby?"
Ketawa Kiew mendahului suaranya. "Kalau you jumpa
dia mesti you tak percaya... dia dah kurus!"
"Betul ke?" Terasa macam susah pula hendak percaya. Aku cuba menggambarkan dirin
ya yang dulu gemuk sudah menjadi kurus.
"Dia dah kahwin ke?" Aku mengajukan pula soalan cepu emas. Mungkin kerana ini me
rupakan soalan wajib yang mesti diajukan ketika sesekali bertemu dengan teman-te
man sekampus. Atau mungkin aku ingin memastikan yang diriku tidak jauh tertingga
l. Kalaupun tidak seiringan, biarlah tidak terlalu jauh ketinggalan.
"Sim belum kahwin. Haa... asyik tanya pasal Sim... yang kat depan mata ni tak na
k tanya ke?"
"Oh ya, you dah kahwin? Siapakah wanita yang paling bertuah tu? Seseorang yang I
kenal atau..."
"Belum... masih mencari calon yang sesuai. Banyak sangat sampai tak tahu nak pil
ih yang mana satu." Kiew sudah memintas.
"Fuh, dahsyat! Dahsyat!" sambutku tidak bertangguh. "Tapi, hmm... ada peluanglah
I," tambahku bergurau.
"Dengan I ke dengan Sim?"
Aku tergelak-gelak mendengar pertanyaan Kiew. "You atau Sim?" Hatiku yang nakal
ini mula bercanda. Aku berpurapura keliru hendak memilih yang mana satu. Dalam m
asa yang sama, seraut wajah Kiew kutatap. Mataku mengesan suatu kelainan di waja
hnya yang menarik perhatianku. Ya, mukanya kelihatan seperti bercahaya. Ah, mung
kin perasaan aku sahaja kerana sudah lama kami tidak berjumpa!
"Best man wins, Kiew!" gurauku memberi jawapan.
"I lah tu Iddya... sebab rasanya you tak ada pilihan lain. I aje yang masih avai
lable. Sim dah jatuh hati pada seseorang."
Hatiku tiba-tiba rasa cemas memandang kesungguhannya melahirkan kata-kata, sedan
gkan aku hanya bercanda. "Sebenarnya... I pun dah tak available."
"Alamak, melepaslah I! You masih dengan Baein ke?"
"Wah, you ingat lagi rupanya, ya! Eh, dulu I ada apa-apa ke dengan dia?" Sengaja
aku hendak mengacau-bilaukan fikiran Kiew kerana aku tidak suka kisah lama itu
diungkit-ungkit kembali.
"Diam-diam bercinta..."
Aku buat-buat tidak mendengar ulasannya. Biarlah dia seorang sahaja yang mengimb
au kenangan lalu. Aku ingin melupakannya. Aku sudah menutup 'buku' kisah cintaku
dengan Syahrul Bahraein. Tidak mahu dikenang-kenang lagi.
"Tapi I dengar dia dah kahwin."
"Ya, dia dah kahwin." Aku memberi kepastian.

"Nanti I kenalkan you pada Lutfi!" Aku mengalihkan tumpuan Kiew pada realiti.
Biarpun hubungan kami belum ada kata pasti, tetapi dalam ilusi, aku sudah mengik
at diriku kepada Lutfi. Merelakan diri ditawan dalam penjara cintanya yang seind
ah warna-warna pelangi.
"Oh, sekarang you dengan Lutfi!"
Beralun lembut nama itu di telingaku. Menghimpun rindu kerana sudah lama kami ti
dak bertemu.
"Ya, I dengan Lutfi," ulangku lembut dan membayangkan dia kini di hadapanku. Aku
suka pada keprihatinan, sikapnya yang melindungi dan kematangan fikirannya, bia
rpun Lutfi kadang-kadang kaku dan sesekali tertangkap sedang mengelamun jauh. Bi
arpun kadang-kadang dia seolah-olah 'terlupa' yang aku sedang berada di hadapann
ya, namun aku tetap ingin menggapai cintanya. Aku tidak mampu melepaskan dia dar
i hatiku, walaupun mungkin hubungan kami ada halangan kerana statusnya.
"Dah lama you kawan dengan dia?"
Lerai lamunanku demi suara Kiew menampan telinga. Melongo aku memandang sehingga
akhirnya Kiew sekali lagi ulang bertanya.
"Hmm... dah lama jugak. Oh ya, Sim dengan siapa?"
"Rhu Ying, tapi dia tak tahu Sim minat kat dia."
"Laa... kalau dah suka, kenapa Sim tak bagi tahu dia?"
Kiew memandang tepat ke mukaku. "Agaknya dia berpegang pada apa yang you cakap d
ulu."
"Eh, apa yang I cakap?" Aku rasa cemas kerana tidak menyangka diri ikut terbabit
dalam urusan peribadi Sim.
"You pernah cakap macam ni... cinta itu lahir dalam hati... bukan dalam kata-kat
a. Jadi cinta tak perlu dilafazkan."
Kesal sungguh aku mendengarnya. "Tu bukan I yang cakap... kan I baca aje benda y
ang you print tu! Lagipun tu hanya satu pendapat. Apa yang dia bengap sangat? Ik
ut suka hati dialah. Kalau dia rasa dia perlu cakap... cakaplah!"
"Hmm... Sim minat dia, tapi entah-entah dia pulak minat kat you!" Aku membuat an
daian.
"I rasa pun macam tu, tapi tak boleh sebab I 'dah ada'."
Sejenak kami saling bertatapan hinggalah akhirnya aku bersuara. "Tadi cakap you
masih available?"
"Tadi tu I gurau aje! Nantilah... one fine day I will introduce dia pada you," k
atanya bersungguh-sungguh.
"Cakap ajelah atau tunjuk gambar dia!" desakku kerana hendak menunggu one fine d
ay itu entah bila pula.
"Tak dapat nak tunjuk... gambar dia ada dalam hati I dan dia wujud dalam bayanga
n orang lain."
'Ewah, banyak cantik punya jawapan!' Nyata Kiew cuba mengelirukan fikiranku. Jaw
apan yang sebenarnya jelas menunjukkan yang dia enggan memperkenalkan siapa jua
gadis itu kepadaku, walau sekadar dalam potret wajah. Aku memandangnya dengan ra
sa tidak puas hati.
"Cakaplah betul-betul."

"Apa yang you nak tahu?"


"Sekarang ni you dengan siapa?"
"Tak begitu menarik untuk dicerita..."
"Eleh, nak rahsia konon!" ejekku.
"One fine day, I will let you know," ulang Kiew sekali lagi. Suka benar Kiew ber
teka-teki begitu.
"Okay... I better make a move."
"I hantar you."
"Tak payah... I boleh naik teksi." Aku menolak kerana tidak mahu menyusahkannya.
"Bila lagi kita boleh jumpa?"
"One fine day..." balasku sambil tersenyum nakal. Kemudian aku terus bangun meni
nggalkannya.
"Iddya!" Aku berpaling demi mendengar suaranya yang sedikit terjerit memanggil n
amaku.
"Bila?" Riak yang terlukisdiwajahnyajelasmenunjukkan kesungguhan. Tanpa kata aku
memberi isyarat menelefon. Kiew tersenyum senang.
JANJI untuk bertemu dengan Lutfi terpaksa
aku tunda kerana aku hendak ke klinik gigi.
Semalaman aku tidak boleh tidur menanggung
denyutan kerana tampalan yang dibuat pada
gigi gerahamku dua bulan yang lalu sudah tertanggal. Aku
tidak boleh menunggu hingga ke hari Isnin kerana aku yakin
rasa sakitnya sudah pasti akan berganda.
"Sorilah tak dapat jumpa hari ni sebab I ada hal sikit," kataku berahsia. Takkan
lah perkara sekecil sakit gigi ini pun aku hendak beritahu kepadanya. Nampak san
gat manja dan mengada-ngada!
"Nak pergi mana?"
"Err..." Aku mengerah otak memikirkan alasan yang paling baik agar tidak diperso
alkan, tetapi otakku seperti buntu dan tidak boleh hendak melahirkan apa jua ide
a.
"Jumpa sekejap pun tak boleh?"
Memang aku suka mendengar nada suaranya yang jelas menunjukkan betapa pentingnya
pertemuan kami, tetapi denyutan yang kutanggung ini tidak boleh ditahan lagi. "
I sakit gigilah, nak pergi klinik," ujarku akhirnya.
"Oh, ya ke?"
Hati digayuti rasa terharu mendengar nada suaranya yang penuh prihatin. Semakin
aku rasa bersalah kerana terpaksa menunda pertemuan. "Malam nanti I call you. By
e?'
"Eh, tunggu dulu!"

Sayup-sayup suaranya masih kedengaran, tidak jadi aku hendak memutuskan talian.
"You nak pergi klinik mana... I boleh hantarkan?"
"Tak apa, I boleh pergi sendiri," balasku kerana mengenangkan pagi minggu begini
sahajalah Lutfi berpeluang bertemu dengan anaknya. Jadi, aku tidak mahu kerana
aku dia terpaksa menahan hati hingga ke minggu hadapan untuk meluruhkan rasa rin
du.
"Mungkin you boleh pergi klinik kawan I... doktor perempuan."
Rupa-rupanya hal itu yang menggusarkannya. "Hmm... cemburu, eh?" Dalam sakit, ak
u sempat mengusiknya.
"Tau tak apa!" Lutfi tidak berselindung.
Aku tidak fikir Lutfi secemburu itu hingga ke tahap mengongkong serba-serbi. Mun
gkin dia sekadar bimbang kalau aku berpaling hati andai bertemu seseorang yang l
ebih baik daripada dirinya. Perasaan itu mengekorinya selagi belum ada ikatan an
tara kami. Aku yakin kalau sudah ada ikatan, hatinya tidak akan rusuh dan cembur
u lagi.
"Jadi, I nak pergi klinik mana ni?" Aku bersetuju demi menjaga hatinya.
"Pergi klinik kawan I ya!"
Aku akur lalu mencatat nama klinik yang disebutnya.
BERPUSING-PUSING aku memandu mencari Klinik Pergigian Damaindah di Kota Damansar
a. Rasanya aku tidak
pernah sampai di kawasan ini. Tetapi demi Lutfi, aku turutkan juga. Mujurlah aku
tidak memandu kereta Mini, kalau tidak lenguhlah kaki hendak sampai ke destinas
i.
Aku menarik nafas lega apabila akhirnya aku sampai juga ke Klinik Pergigian Dama
indah. Letaknya di tingkat satu rumah kedai yang di bawahnya bengkel membaiki mo
tosikal. Di tingkat atas doktor bekerja 'menggerudi' gigi, di tingkat bawah pula
mekanik membega enjin. Hmm... elok benarlah tu, rumusku sambil mendaki anak tan
gga.
'Eh, klinik ke rumah ni?' Tertanya-tanya hatiku tatkala menjenguk ke dalam. Deko
rasinya seperti ruang tamu sebuah rumah dan aku juga mendengar suara anak kecil
sedang menangis. Hati berasa terpanggil untuk menghubungi Lutfi, tetapi aku mema
tikan hasrat apabila terpandang meja kaunter di sudut tepi. Walaupun tidak ada p
etugas, tetapi aku yakin aku berada di tempat yang betul kerana aku nampak ada d
ua buah bilik yang dilabel sebagai bilik rawatan.
Aku terus masuk dan menekan loceng di atas meja kaunter. Muncul seorang wanita d
ari bilik rawatan nombor dua. Jubah perubatannya meyakinkan aku, yang dialah ora
ng yang Lutfi maksudkan. Dalam senyuman manis dia mengucapkan salam, mempamerkan
barisan giginya yang putih dan tersusun cantik. Selayaknya deretan mutiara mili
k seorang doktor gigi kerana kalaulah susunan giginya lintang-pukang dan tidak b
ersih, tentulah kurang meyakinkan orang untuk mendapatkan perkhidmatannya.
"Dr. Asnita." Wanita itu memperkenalkan dirinya. Sungguh peramah orangnya. Hatik
u semerta berasa lega, hingga denyutan di gigi seperti sudah tidak terasa.
Dr. Asnita membereskan terlebih dahulu urusan pembayaran dan ubat-ubatan seorang
wanita yang baru selesai mendapat rawatan. Tertarik hatiku memandang wanita itu
membuat pembayaran. Entah rawatan apa yang diterima
hingga bayarannya sampai RM360.

'Hui, patutlah orang kata doktor gigi kaya! Gerudi, cabut dan tampal di sini san
a, bayarannya... masya-ALLAH!'
"Pertama kali datang, ya!"
Aku mengangguk dan menghulurkan kad pengenalan seperti yang dipinta. Sejenak dia
bagaikan terpaku memandangku. Entah mengapa, aku tidak tahu dan tidak mahu memi
kirkannya kerana aku lebih tertarik memandang dia merekod namaku. Unik juga klin
ik ini kerana dialah doktor dan dialah juga yang menguruskan di bahagian kaunter
.
"Hari ni half day... jadi tak ada receptionist. Biasanya hari minggu suami I tol
ong jaga kaunter... ni dia turun beli sarapan," ujar Dr. Asnita yang sudah tentu
dapat membaca apa yang sedang berlegar-legar di ruang fikirku.
Aku mengangguk tanda mengerti. Seorang gadis muncul dari bilik rawatan apabila n
amanya dipanggil. Dr. Asnita mengarahkannya itu dan ini.
'Hmm... mujur ada nurse, kalau tak agaknya dia juga yang jadi nurse.' Berkata-ka
ta lagi hatiku.
"You nak I buat ke atau nak tunggu Lutfi?" soal Dr. Asnita setelah urusannya mer
ekod selesai.
'Lutfi?' Aku terkesima. Terkejut yang amat. "Biar dialah ya, sebab tadi dia dah
pesan suruh tunggu." Dr. Asnita membuat keputusan.
"Err... tak... I nak doktor yang buat." Aku juga ada keputusanku sendiri.
Kalau benarlah 'dia' yang suruh menunggu itu ialah Lutfi kekasih hatiku, aku
tidak mahu dia merawatku kerana aku malu. Malu jika dia menyelongkar segala isi
di dalam mulutku. Meneliti satu per satu 32 batang gigiku yang entah bagaimanala
h rupa dan keadaannya. Eeeii... malunya!
"Tapi dia dah pesan dengan I." Aku masih 'tawar-menawar' dengan Dr. Asnita ketik
a Lutfi muncul di muka pintu. Dia berpakaian kasual sama seperti pakaiannya apab
ila kami bertemu pada hujung minggu. Bermakna selepas dia bekerja setengah hari,
barulah kami bertemu. Bukan dia pergi berjumpa dengan anaknya seperti andaianku
dulu.
"Dah buat ke belum?" Selamba sahaja Lutfi bertanya.
Tidakkah dilihatnya mukaku yang sedang terkejut beruk ni?
"Belum. Kan you suruh tunggu?" Dr. Asnita bereaksi
seperti sedang keliru. Suara tangisan yang tiba-tiba kedengaran membuatkan dia b
ergegas meninggalkan kami.
"Jom!" ajak Lutfi sambil menyentuh perlahan bahuku. Dia sudah memulas tombol pin
tu bilik rawatan nombor satu. Namun sedikit pun aku tidak berganjak. Kakiku sepe
rti sudah terpaku di lantai.
"Kenapa?" soalnya sambil berpatah balik. Serba salah aku dibuatnya. Hendak berte
rus terang menyatakan rasa tidak selesa, aku bimbang dia berasa hati pula.
"Biarlah Dr. Asnita yang buat."
"Kalau I buat pun, apa salahnya... sama jugak."
Tidak, tentu tidak sama. Tentu berlainan perasaannya/ jawab hatiku.
"Lagipun dia tengah sibuk layan anak dia," tambah Lutfi cuba memujuk. "Okey, kal
au you nak Kak As yang buat, I tak kisah... I check aje, ya!" Lutfi cuba berkomp

romi.
'Ah, apalah bezanya?' Aku masih teragak-agak.
"Iddya... I'll give you the best treatment." Aku sangat terharu dengan kesungguh
annya. Rasa malu cuba kuusir. Namun belum sempat aku bersetuju, Dr. Asnita sudah
muncul. Tercengang-cengang dia memandang kami. "Special request As..." Lutfi me
nggantung ayat tetapi isyarat yang diberi cukup mudah untuk difahami.
Daripada nada suaranya, aku tahu Lutfi berkecil hati. Ingin aku mengubah
keadaan ini kerana tidak mahu
mengecewakannya, tetapi Dr. Asnita sudah mendahului.
"Okey!" sambutnya. Terus sahaja dia membukakan pintu untukku di bilik rawatan no
mbor dua. Lutfi pula mengangkat tangan kanannya, lagak mempersilakan aku masuk.
Rasa bersalah mengiringi langkah kakiku. Wajah Lutfi kupandang sehingga daun pin
tu tertutup sepenuhnya.
Dr. Asnita memulakan pemeriksaan dan merekodkan hasil pemeriksaannya di atas sek
eping kad.
"Yang lain semuanya okey cuma yang ni aje," katanya sambil mengetuk-ngetuk perla
han gigi yang dimaksudkan.
"Gusi pun dah bengkak sikit," tambahnya lagi sambil mengarahkan jururawat menyed
iakan bahan-bahan untuk proses tampalan. Tetapi baru sahaja dia hendak memulakan
proses membersihkan gigi, kedengaran suara tangisan anaknya dari bilik sebelah.
"Tolong tengokkan!" arahnya kepada jururawat yang sedang sibuk menyediakan peral
atan. "Lambat pulak ayah dia balik." Dr. Asnita mengomel sendiri.
Apabila tidak reda juga bunyi tangisan, Dr. Asnita pula keluar. Tinggallah aku s
endiri separa terbaring di atas kerusi rawatan. Terfikir pula olehku alangkah ba
iknya kalau tadi aku menerima sahaja pelawaan Lutfi. Sekadar untuk rawatan gigi,
apalah yang hendak dimalukan sangat. Tentu aku sudah tidak kisah lagi kalau kam
i... err...
Cepat-cepat aku mencantas khayalan apabila terdengar bunyi derap sepatu.
"Maaf ya... I terpaksa minta Lutfi teruskan... anak I jatuh!" Cemas nada suara D
r. Asnita memberitahuku sebelum dia bergegas keluar semula. Cemas perasaanku mem
andang Lutfi yang seperti terpaksa untuk meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh
Dr. Asnita. Lambat-lambat dia menarik kerusi lalu duduk di sisiku.
Aku harus melunakkan perasaannya yang tersinggung dan berjauh hati. "Lutfi... I
minta maaf."
"Untuk apa?"
Aku tahu dia berpura-pura tidak faham.
"Err..."
"Kenapa tak nak bagi I buat? I cadangkan you datang sini sebab I sendiri nak tre
at you." Ada rajuk dalam nada suaranya.
Hatiku dihimpit rasa bersalah. "You tu kenapa tak bagi tahu I yang you kerja kat
sini?" Aku cuba memindahkan rasa bersalah kepadanya pula.
"Minggu lepas kan I dah janji... jadi hari inilah I bagi tahu. Kalau you tak dat
ang sini pun, I tetap akan bagi tahu." Pandainya dia bermain kata-kata.

Tenang sahaja riak di wajahnya, sedangkan resah hatiku masih belum reda.
"You patut bagi tahu I dari dulu lagi." Sebenarnya aku tidak tahu apa lagi yang
harus aku katakan bagi meredakan kekalutan perasaan, maka apa yang sahaja yang m
elintas di fikiran, kubiarkan lepas dalam kata-kata.
"Iddya... ada beza ke kalau dari dulu lagi you tahu dengan sekarang?"
Aku tercari-cari jawapan yang paling sesuai dan tepat, tetapi otakku seakan-akan
beku. Tidak dapat hendak memikirkan apa jua alasan.
"Kita mula sekarang!" Nada suara Lutfi tiba-tiba berubah menjadi serius. Serenta
k itu dia menarik kain penutup mulutnya. Rupa-rupanya jururawat tadi sudah masuk
semula dan kini bersedia untuk membantu. Lutfi mengubah sedikit laras kerusi da
n membetulkan kedudukan lampu agar sinar yang terpancar tepat ke bahagian mulutk
u. Begitu berhati-hati dia melakukan proses membersih dan mengeluarkan kotoran d
ari gigi seolah-olah dia tidak ingin membenarkan sedikit pun aku berasa sakit.
Namun sesekali tersasar juga dan mengenai bahagian gusi hingga di luar sedar aku
menolak tangannya.
"Sorry!"
Pengucapan kata maaf itu sebenarnya tidak perlu, tetapi
spontan keluar dari mulutnya.
"Sakit?" soalnya setelah aku berkumur-kumur. Gelengan kepalaku sahaja yang menja
wab pertanyaannya. Malu pula hendak bersuara apabila ada orang lain yang memanda
ng.
Lutfi kemudian meneruskan proses menampal gigi. Memang ngilu, tetapi tentulah ti
ada cara untuk menghindarinya. Keseluruhan proses berlangsung selama hampir
20 minit. Aku lega apabila segala-galanya selesai.
"Jangan balik dulu eh, tunggu I kat luar," pesan Lutfi yang sedang mencuci tanga
n di singki ketika aku bangun dari kerusi yang sudah ditegakkan ke posisi asal.
AKU duduk di sofa sambil mengamati setiap penjuru ruang menunggu yang dihias can
tik. Dekorasinya menggambarkan cita rasa pemiliknya yang suka pada gaya moden da
n kontemporari. Set sofa gabungan warna hijau muda dan kuning lembut, lukisan be
rcorak abstrak di dinding dan jambangan bunga yang ringkas. Susun atur perabotny
a menjadikan ruang itu tampak kemas dan lapang. Gaya sebegini mencetuskan rasa n
yaman.
Di satu sudut pula diletakkan alas berbentuk jigsaw puzzle beberapa abjad dan co
rak untuk kanak-kanak bermain. Aku seperti merasakan yang aku sebenarnya bukan b
erada di sebuah klinik, tetapi di dalam sebuah rumah.
Lutfi yang baru keluar dari biliknya terus duduk di
sebelahku. "Kejap ya... I nak tengok tampal yang I buat tadi."
Aku tidak segera menurut arahannya. Betul-betul perlu
tengokkah atau dia sengaja nak ambil kesempatan? Mentangmentanglah kerja dia memeriksa gigi, tapi takkanlah baru
diperiksa, hendak diperiksa lagi? Akhirnya aku menggeleng sambil menekup mulut.
"Tahu tak... you nipatient I yang paling degil," ulasnya sambil menyandar di sof
a.
"Bukan yang paling mendengar kata?" soalku sengaja hendak mengusiknya, namun Lut
fi seperti tidak mendengar gurauanku. Dia seolah-olah sedang berada di dalam dun

ianya sendiri. Berkhayal barangkali.


"I rasa you macam tu tadi sebab you malu."
Dugaanku meleset. Lutfi diam menghening diri tadi kerana hendak mencari kata-kat
a yang sesuai untuk merumuskan tentang sikapku. Nyata dia tidak punya masa untuk
berangan-angan. Tidak seperti aku membiarkan fikiran lepas bebas menerawang lal
u hinggap di mana sahaja.
"Dengan orang-orang tertentu aje I rasa macam tu." Perasaan malu ini sama sepert
i yang kurasakan ketika bersama Baein dahulu hingga membuatkan aku terlalu menja
ga tingkah laku.
"You malu dengan I?"
"Ya."
"Kenapa?"
"Tak tahu!"
Lutfi ketawa kecil. Melekat mataku di mukanya kerana sungguh aku suka menatap wa
jahnya bila dia ketawa.
"Tapi I rasa I tahu..." Serentak itu Lutfi mencapai tanganku, lalu menggenggam e
rat jari-jemari.
Perlahan-lahan aku menariknya kembali dalam keengganan Lutfi melepaskannya keran
a elusannya menggetarkan sukma. Sungguh aku perlu lebih berhati-hati dengannya y
ang sudah berpengalaman dalam hidup berumah tangga.
"Iddya..."
"Lutfi... boleh tak tolong gantikan I?"
Tidak jadi Lutfi hendak meneruskan kata-katanya
apabila tiba-tiba kedengaran suara Dr. Asnita memanggilnya. Aku ikut berpaling k
e arah kaunter. Kelihatan Dr. Asnita sedang mendukung anaknya. Walaupun dipujuk
oleh ayahnya dan digula-gulakan untuk membeli permainan, dia tetap tidak mahu; l
angsung tidak mahu berenggang dengan ibunya. Tanda benjol di dahinya membuatkan
hatinya berterusan berasa hiba.
"Sesekali aje Amsyar buat perangai... kalau tak, sikit pun dia tak kacau. Tunggu
ya!" pesan Lutfi.
"Take your time!" Aku tidak mahu dia tergesa-gesa melaksanakan tugasan kerana me
mikirkan tentang diriku.
Tidak sampai sepuluh minit, Lutfi keluar semula lalu bertenggek di lengan sofa t
empat aku sedang duduk. Rupa-rupanya dia mencuri waktu bertemu denganku setelah
memberi suntikan ubat pelali kepada pesakit.
"I ni ganggu kerja you aje," rumusku.
"Bukan ganggu, tapi mencetuskan semangat... jadi sumber inspirasi."
Aku mengetap bibir mendengar jawapan balasnya.
"Faham maksud I?"
Aku menggeleng, pura-pura tidak mengerti.

"Fikirkan maksudnya..." pinta Lutfi sambil dia bangun semula menuju ke bilik raw
atan.
Aku mengisi masa dengan membaca beraneka majalah di atas rak yang kebanyakannya
berkaitan dengan kesihatan dan dunia perubatan. Ada kalanya aku tidur-tidur ayam
.
"DAH habis... tutup kedai untuk hari ni!" ujar Lutfi lalu
duduk di sebelahku.
"Kesian you... tentu penat sebab hari Ahad pun kerja."
"Dah biasa Iddya,.. dulu hari Ahad pun I kerja sampai
petang. Malas balik rumah, I tidur kat sini."
Kata bicaranya yang dalam dan penuh makna kuselami agar aku dapat berkongsi kedu
kaan dan bukan keriangannya sahaja. Betapa kesepian membuatkan dia harus melekak
an diri dengan kerja. Pulang ke rumah pun seperti tiada makna; tiada siapa yang
menyambut dan menanti kepulangannya.
'Lutfi, izinkan aku mengisi kesepian dan kekosongan hatimu.' Suara hati aku zahi
rkan dalam pandangan mata. Aku yakin Lutfi mendengarnya kerana matanya bagaikan
tersenyum menyambut.
"Sebenarnya you faham apa yang I cakap tadi, kan?"
Aku mengangguk. Meskipun dalam berkias-kias, tetapi kami saling memahami.
"Thanks to Iqbal," ucap Lutfi, tetapi bagaikan meminta persetujuanku.
"Mira?"
"You ada bagi tahu dia?"
Aku menggeleng.
"Maknanya Mira masih tak tahu. Iqbal saja tak nak bagi tahu dia." Apa pun alasan
nya, aku tidak mahu ambil tahu. Lagipun kalau Syamira tahu, teruk pula aku diusi
knya nanti.
"Kalau you nak tahu... masa kita balik sama-sama naik bas dari JB... sebenarnya
hari tu I patut pergi ke Desaru. I cadang nak cuti dua hari kat sana, tapi terus
cancel booking bila Iqbal cakap dia nak beli tiket untuk you."
"Patutlah... tapi selamba aje bila I tanya."
Lutfi terkekeh ketawa. "Dan satu hal lagi... kali pertama
emput you kat ofis dulu, sebenarnya masa tu lesen memandu
tahu Iqbal, tapi dia kata tawakal aje. Dia cakap I mesti
gi. Hmm... memang betul kata Iqbal." Pandangan mata Lutfi

kita jumpa... masa I j


I dah mati. I dah bagi
pergi... kalau tak, ru
penuh makna.

Aku tersenyum malu. Dalam hati yang diulit rasa bahagia, aku beristighfar mengen
angkan keberaniannya memandu tanpa lesen. Kami mengimbau lagi kenangan
waktu itu hinggalah kejutan yang dibuatnya pada hari ini.
"Sakit ke I tampal tadi?"
"Masa cuci tadi sakit sikit."
"I rasa tense jugak tadi... sebab kalau boleh I tak nak you rasa sakit. Hmm... s

ebab tu doktor tak digalakkan merawat orang-orang yang dia sayang sebab dia akan
jadi terlalu emosional."
Sepatah perkataan dalam ayatnya yang terakhir itu membuatkan perasaanku seperti
dilambung-lambung. Aku berada di puncak bahagia. Semakin menggebu harapan dan ke
inginan untuk hidup berkasih sayang dengannya.
"Kalau you tak sibuk... pagi Ahad datanglah sini. Lepas I habis kerja, kita perg
ilah mana-mana."
Sebenarnya tentulah bosan juga menunggu, tetapi demi Lutfi aku seperti menyanggu
pi apa sahaja.
"Pagi Ahad aje, hari lain I tak boleh datang? Isnin sampai Sabtu... siapa pulak
yang datang?" dugaku. Entah dari mana datangnya keberanian aku bertanya begitu.
Mungkin bimbang memikirkan kemungkinan aku sedang bersaing dengan orang lain, me
skipun kini aku yakin sekeping hatinya sudah menjadi milikku.
"Tak ada siapa. Siapalah yang nak kat I ni!" katanya dalam keluhan, sekali gus m
erendah diri. "Kalau tak percaya tanya Kak As."
Sampai begitu sekali dia menyuruh aku mencari bukti kejujurannya. Orang yang sud
ah banyak pengalaman mungkin beginilah sikapnya. Tidak terlalu mendesak, tetapi
pandai menyusun ayat sehingga aku seperti tidak terjumpa ruang untuk meragui kej
ujurannya.
"I perlu tanya dia ke?"
"Tanyalah kalau you tak percaya pada I."
"I bukan budak-budak nak buat macam tu."
"Dah patut jadi mak budak, eh!" sambut Lutfi.
Aku dapat merasakan mukaku panas. Rona kemerahan sudah pastilah tersimbah di muk
aku. "Jadi, bila I boleh jumpa anak you?" Aku menukar topik bicara apabila kekal
utan perasaanku beransur reda.
"Nak jumpa anak I maknanya dah bersedia untuk jadi ibunya... maknanya lagi, dah
sedia nak jadi is..."
"I cuma cakap nak jumpa dia," pintasku sebelum sempat Lutfi menyempurnakan ayat,
walaupun sebenarnya itulah yang aku mahu, tetapi hati berasa malu.
"Iddya, nak ambil hati anak I atau apa aje tentang dia... kena ambil dengan ayah
nya sekali."
Satu cubitan hinggap di lengan Lutfi untuk usikan nakalnya yang penuh makna. Pan
dai benar dia membuai perasaanku dengan harapan hidup bersama yang penuh bahagia
, sedangkan hatiku ditekan rasa takut untuk memberitahu keluarga tentang hubunga
n kami. Sehingga hari ini, hanya Ijaz sahaja yang pernah bertemu dengannya. Iddr
in pula yang sedang belajar di London pernah kuberitahu melalui e-mel dengan pes
anan supaya dia merahsiakan perkara ini. Aku masih memikirkan cara terbaik untuk
memecahkan khabar kerana apa kesudahannya nanti kalau masih berahsia?
"Nanti I bawa you jumpa anak I. Biasanya I pergi hari Jumaat... tapi you kerja."
"Mungkin I boleh ambil cuti."
"Tak payahlah ambil cuti... jumpa dia hari Ahad pun boleh." Lutfi merungkai pers

oalan yang membelit fikiranku.


Aku menarik nafas lega.
SEDARI tadi aku perhatikan Kak Hilda begitu khusyuk membaca. Akhbar itu
bagaikan tidak lepas dari tangannya bermula dari waktu aku keluar membeli nasi b
ungkus untuk makan tengah hari sehinggalah aku kembali semula. Ketika aku meleta
kkan nasi bungkusnya di atas meja, barulah dia mengangkat muka. "Eh, dah balik..
. cepatnya?"
"Jom makan!" ajakku langsung berlalu ke pantry. Aku memasukkan gulai asam pedas
yang aku bungkus berasingan ke dalam sebuah mangkuk. Aromanya membangkitka
n selera. Kami makan sambil berbual-bual. "Bila makan gulai ni... mesti ingat pa
da sepupu Iddya. Abang Pian suka sangat makan asam pedas especially yang isteri
dia masak. Puji habis... cakap best in the world konon!"
"Tak apalah dia puji isteri dia sendiri. Tu tandanya dia tahu menghargai dan pan
dai ambil hati isteri. Kembang hati isteri tau bila dengar suami puji," ujar Kak
Hilda.
Aku mencemik. "Eleh, macamlah isteri dia sorang aje tahu masak asam pedas! Oh ya
, baca apa tadi?"
"Surat khabar semalam... tak sempat baca kat rumah."
"Gosip?" Aku meneka kerana aku suka juga menjengah ke ruangan itu.
"Isu kahwin misyar. Hmm... macam-macamlah sekarang ni. Ada satu pihak cakap waj
ar dilakukan untuk elakkan maksiat akibat pergaulan bebas golongan remaja, tapi
kesan lepas tu siapa yang nak tanggung? Memanglah nikah halalkan hubungan lelaki
dan perempuan, tapi cukup ke setakat itu aje? Dah nikah... lepas tu, dapat anak
. Siapa yang akan bertanggungjawab pada anak-anak yang dilahirkan nanti? Siapa n
ak bagi anak tu makan kalau yang jadi ibunya gadis belasan tahun yang tak ada pe
ndapatan? Kena pulak kalau bapanya pun dua kali lima jugak... sudahnya anak tu t
erbiar. Bertambah kroniklah masalah sosial." Panjang lebar hujah Kak Hilda.
"Jadi, usul tu untuk siapa?"
"Mungkin untuk ibu-ibu tunggal macam akak ni. Atau targetnya profesional yang be
rpendidikan dan berpendapatan tinggi tapi masih solo. Dia orang ni tak cukup mas
a untuk jadi suri rumah dalam erti kata yang sebenar-benarnya, tapi berkahwin se
mata-mata mahukan anak. Tak perlu layan suami sebab dia datang sekejap untuk ber
i khidmat dan kemudian pergi. Lelaki tak perlu tanggung nafkah zahir... hanya be
ri nafkah batin," tegas kak Hilda lagi.
Ulasan itu amat menjengkelkan hatiku. Tafsiranku, dalam perkahwinan jenis ini, l
elaki boleh dianggap sebagai penderma sperma dan kalau mereka menuntut bayaran,
statusnya tidak ubah seperti gigolo! Perkahwinan yang bukan bertujuan untuk hidu
p berkasih sayang, tetapi semata-mata kerana nafsu dan perempuan pula mahukan zu
riat.
"Pernikahan ini semata-mata untuk
hubungan lelaki dan perempuan... tak
dan emosi. Perkahwinan yang tak
untuk elakkan diri dari buat
pada a
yatnya yang akhir.

menghalalkan
ada sebarang ikatan tanggungjawab material
lebih dari untuk tujuan seks semata-mata...
maksiat!" Kak Hilda memberi penekanan suara

"Katanya ada wanita profesional yang setakat nak zuriat sendiri, tapi tak nak su
ami. Jadi, dia orang pilih kahwin cara ni... bila dah selamat lahirkan anak, gug
urlah talak.

"Kahwin dengan perjanjian... jadi suami sementara," ulasku perlahan. Dunia dah a
`khir zaman! Tujuan perkahwinan telah tersasar dari landasan yang sepatutnya ker
ana dalam Islam, tanggungjawab seorang lelaki terhadap wanita yang dinikahinya a
dalah teras utama yang wujud dalam fitrah perkahwinan.
"Mana lebih sedap... asam pedas yang ni ke atau yang isteri sepupu Iddya masak?"
Kak Hilda mengalih tumpuan.
"Memanglah yang Kak Ana masak lebih sedap... tapi agaknya sebab dia masak sikit,
" balasku tidak mahu mengalah, sedangkan memang aku tidak menafikan keenakan gul
ai asam pedas yang Kak Raihana masak, cukup asam dan garamnya.
"Kalau dah tentu sedap... belajarlah masak dengan dia. Manalah tahu nanti kalau
bertemu jodoh dengan orang Melaka... dia orang ni cukup suka makan asam pedas!"
"Cakap pasal bertemu jodoh ni... akak tak teringin ke nak kahwin lagi?" Aku pula
mengalih topik bicara kerana tidak mahu hal aku sahaja yang diperkatakan.
"Akak? Belum terbuka lagi pintu hati. Lagipun tak ada apa yang nak dikejarkan...
akak pun dah ada anak. Alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH bagi."
Segera aku terkenang kepada Arija, puterinya yang cornel dan manja. Terhimpun si
mpatiku kerana anak sekecil usia tiga tahun itu sudah kehilangan kasih seorang a
yah. Agaknya bagaimanalah perasaan Arija apabila melihat kanak-kanak seusianya d
ibelai kasih seorang bapa. Tentu tertanya-tanya hatinya, mengapa dia tiada ayah.
Mungkin hal itu pernah disuarakan kepada ibunya. Entah apa agaknya jawapan yang
Kak Hilda berikan kepadanya.
Tiba-tiba Kak Hilda menghentikan suapan. Jari-jemarinya menguis-nguis nasi di da
lam pinggan.
"Sebenarnya akak serik nak kahwin lagi. Pengalaman lalu sangat menyakitkan." Sej
enak Kak Hilda berjeda.
Aku diam. Membuka ruang untuk Kak Hilda bercerita.
"Orang kata perkahwinan ni satu perjudian. Kita memperjudikan hidup di tangan le
laki yang kita cintai. Kita letakkan sepenuh hati, tapi bukan minta untuk diluka
i. Tu harapan akak, tapi rupa-rupanya begitu getir dan hebat cabaran hidup berum
ah tangga. Susah dan serba tak kena bila diri kita bukan menantu pilihan. Yalah.
.. suami aje yang sayang, tapi keluarganya pandang akak tak ubah macam sampah ya
ng terbuang. Sebaik mana pun akak cuba, yang buruk jugak dipandang orang."
Kak Hilda bangun menghantar pinggannya di singki. "Bayangkan... sebaik saja nika
h, akak bukan saja dapat status isteri, tapi sekali gus sebagai ibu. Dua kanak-k
anak lelaki... Iddya ingat senang ke akak nak asuh? Tapi akak cuba beri yang ter
baik. Budak-budak tu akak anggap macam anak akak sendiri. Akak sedar, banyak pah
ala yang akak dapat sebab menyayangi anak-anak yatim." Kak Hilda kembali duduk d
i hadapanku.
"Walaupun ada kelulusan... akak sanggup jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi apa y
ang akak dapat? Akak lebih terasa bila Arija lahir. Mentua buat tak kisah pada d
ia, sedangkan tu pun darah dagingnya sendiri. Kadang-kadang akak rasa menyesal b
erkorban sebab tak ada siapa pun hargai. Tapi dah takdir... ALLAH yang tentukan
segala-galanya,
samalah bila arwah mati mengejut. Siapa sangka... di luar nampak sihat, tapi tib
a-tiba meninggal sebab sakit jantung. Akak pun tak sempat mengadap... sampai di
hospital, dia dah 'tak ada'. Boleh tak Iddya bayangkan perasaan seorang isteri y
ang kehilangan suami secara mengejut macam tu?"

Rasa hatinya kuselami. Berpisah dengan kekasih, manakan sama bercerai mati denga
n suami. Dengan kekasih mungkin mudah dapat dilupakan, apatah lagi kalau ada ama
rah dan benci. Tetapi kalau kematian yang memisahkan, ledakan perasaannya mungki
n hampir memecah dada. Geloranya mungkin seperti tujuh lautan yang serentak dila
nda musim tengkujuh. Amukannya seperti lambungan ombak tsunami yang menggila...
memusnahkan segala-galanya!
Tidak kubalas pertanyaannya kerana aku bagai hilang kata-kata. Muka Kak Hilda ku
tatap. Pada saat ini nasi yang sedang aku kunyah rasanya sudah tidak tertelan. A
ku meletakkan sudu dan garpu di tepi pinggan. Sungguh aku tidak menyangka perbua
lan kami menyingkap sejarah hidup rumah tangganya yang penuh luka.
"Rasa gelap dunia akak... macam orang sasau dibuatnya. Tiba-tiba aje dia dah tak
ada..." Pada saat ini air mata Kak Hilda sudah merembes di pipi. Berguguran sep
erti mutiara putus dari karangan.
Aku menyesal kerana mendorong Kak Hilda membongkar kisah silamnya. Menggagau tan
ganku mencapai kertas tisu, lalu aku hulurkan kepadanya. Lama Kak Hilda teresak.
Aku mengusap bahunya, cuba meredakan kesedihannya.
Aku cuba menyelami perasaan Kak Hilda sedalam-dalamnya. Igauan mimpi ngeri yang
menjadi kenyataan. Gelap-gelita dunia persis sejalur sinar cahaya pun tiada untu
k menerangi dan menunjukkan jalan. Tiada lagi teman untuk berbicara dan bergurau
senda. Tiada lagi pujuk rayu dan cumbuan mesra. Malam-malam sepi... sunyi sendi
ri. Segala-galanya telah hilang bersama jasad yang terkubur. Oh, alangkah ngeri
dan sendu!
Ya ALLAH, janganlah diberi kepadaku takdir sebegini. Aku tiada kekuatan hati unt
uk menghadapinya. Ukirlah takdir sekadar yang termampu hati dan tubuhku menanggu
ngnya. Pintaku perlahan di dalam hati. Memohon kepada ALLAH Rabul 'Izzati.
"Elok jugak sesekali menangis... dapat cuci mata," kata Kak Hilda dalam ketawa y
ang sengaja dibuat-buat. Aku tahu dia cuba memujuk hatinya sendiri. Tangisan mun
gkin berupaya meredakan sebak di dalam dada. Senyumannya kubalas. Aku mengagumi
ketabahannya menongkah arus kehidupan yang penuh onak dan berliku.
"Tapi ada yang akak terkilan. Arwah masa hayatnya pernah cakap pada akak, kalau
sesuatu terjadi pada dia... dia mintak akak jaga dua-dua anak dia tu. Akak dah b
agi tahu keluarga mentua, tapi cakap akak ni tidak dipedulikan. Akak rasa pelikl
ah dengan perangai dia orang. Bayangkan... masa jenazah arwah masih dalam rumah,
keluarga mentua akak dah sibuk bincang pasal soal harta yang arwah tinggalkan.
Siapa yang akan ambil alih perniagaan, siapa yang patut uruskan insurans, saham
dan entah apa lagi. Tapi akhirnya satu sen pun akak tak dapat. Kalau tak nak bag
i pada akak pun, kurangkurangnya tentu ada bahagian untuk Arija, tapi katanya du
adua anak arwah tu lebih berhak. Nama aje Haji dan Hajah, tapi tak tahu dosa mak
an harta anak yatim!"
Memang tidak harmoni rumah tangga kalau begitulah ragam dan kerenah keluarga men
tua. Tengok sajalah nasib Kak Hilda. Bekas mentua sendiri tidak suka anak menant
u dan cukup berkira tentang harta dunia.
"Jangan tak tahu... pintu rumah pun sampai ditukar kunci sebab tak nak bagi akak
masuk. Akak sampai merayu minta mereka buka pintu supaya akak dapat ambil kain
baju."
Nauzubillah... Sampai ke tahap itu yang harus ditempuhinya. Kasihan sungguh...
"Mujurlah Encik Zairi tawarkan akak kerja... kalau tak, mana nak cari duit untuk
besarkan anak?"
Memang aku tahu Abang Zairi yang menawarkan kerja kepada Kak Hilda kerana arwah
suaminya merupakan kawan Abang Zairi sewaktu mereka sama-sama menuntut di luar n

egara. Kak Hilda berkelulusan diploma dari UiTM, tetapi tidak ada pengalaman ker
ja. Masakan tidak, ketika sedang menjalani latihan praktikal, dia jatuh hati pad
a arwah suaminya, duda anak dua itu. Mereka berkahwin tidak lama selepas itu, wa
laupun keluarga sebelah lelaki tidak merestui.
Tapi apa lagi pengorbanan yang harus dilakukannya? Tidak cukup besarkah kesanggu
pannya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berstatus duda?
Duda? Oppss! Aku tibatiba terkenang kepada seseorang. Seseorang yang berstatus y
ang sama. Dia yang mengongsi seluruh ruang di dalam hatiku ketika ini. Dia yang
kusayang.
"Nanti kalau keadaan mengizinkan, akak akan ambil semula dua-dua anak arwah tu."
Aku terpaku mendengarnya. Sejenak aku berfikir. Rasanya lebih sesuai jika keduaduanya dijaga oleh bekas mentuanya kerana Kak Hilda memang tiada hubungan apaapa
dengan mereka, sekadar ibu tiri sahaja.
"Bagi akak... pesanan arwah tu adalah wasiat. Wasiat yang harus ditunaikan oleh
orang yang sudah diamanahkan. Akak akan tanggung rasa bersalah kalau akak abaika
n wasiatnya."
"Mungkin jugaklah, tapi susah jugak akak nak ambil budak-budak tu."
"Halangan pasti ada... tapi akak akan usahakan. Akak nak Arija dan abang-abangny
a membesar depan akak. Terkenang kat arwah... dia tak pernah beza-bezakan anak d
ia." Air mata Kak Hilda tumpah lagi. Tentulah ketiga-tiga anak itu mengingatkann
ya kepada arwah suaminya yang sudah tiada.
Bayangan Arija mampir perlahan-lahan di ruang mataku. Seraut wajahnya penuh send
u. Anak kecil comel itu bagaikan sedang mencari-cari sesuatu yang hilang. Dakapa
n seorang ayah barangkali akan membuatkan dia berasa lebih selamat dan berasa di
sayangi. Barangkali begitulah harapan seorang anak yang sudah mengenali erti keh
adiran seorang ayah, tetapi tiba-tiba ayah yang disayangi direnggut pergi dari h
idupnya.
Kabur jua pandanganku, serasa tidak tertakung air mata. Aku bergegas ke singki u
ntuk menghantar pinggan, sekali gus mengambil kesempatan menyeka air mata di pip
i.
"Sesekali akak rasa rindu pada masa lalu... ada suami tempat mengadu dan berkong
si kasih. Tapi keutamaannya sekarang... akak bukan nak cari suami, tapi ayah unt
uk anakanak akak," kata Kak Hilda setelah kering air mata di pipi.
Terkedu aku memandangnya. Aku tidak tahu entah sejak bila ingatan sebegitu sudah
terpasak di dalam mindanya. Kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza. Antara m
encari seorang suami yang sudah pasti untuk dirinya sendiri dengan seorang ayah,
pastilah yang kedua itu lebih baik dan murni tujuannya. Aku berdoa agar ALLAH S
WT memakbulkan permintaan Kak Hilda. Demi anak-anaknya...
AKU membalas senyuman Lutfi sambil cuba meredakan debaran di dalam dada mengenan
gkan detik pertemuan kali pertama aku dengan anaknya. Gusar hatiku memikirkan pe
nerimaan Nabila. Aku merangka dan menyusun kata-kata di dalam minda. Semalaman t
adi aku seperti tidak bisa lena mengenangnya.
Pada awalnya aku bercadang hendak membeli sepasang baju untuk Nabila, tetapi Lut
fi menahan. Katanya aku tidak perlu berbuat begitu, sedangkan aku pula berasa ku
rang selesa jika tidak membawa apa-apa buah tangan untuknya. Lalu tanpa pengetah
uan Lutfi, aku membeli juga sekotak coklat. Tidak aku hiraukan pandangan matanya
yang kurang senang memandang bungkusan coklat di tanganku. "Kan I cakap tak pay
ah beli?"

Aku mempunyai caraku sendiri dan langsung tidak berniat untuk 'merasuah' anaknya
. "Apa salahnya... nak beli baju you tak bagi, takkan coklat pun tak boleh?"
Lutfi mengetap bibirnya. Jelas sekali dia menahan rasa kurang senang kerana kede
gilanku.
"I minta maaf," kataku lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman, tetapi Lutfi m
embiarkannya disambut angin lalu. Aku tahu dia bengang dan marah padaku. Awal pa
gi lagi aku sudah merosakkan moodnya. Tapi besar sangatkah kesalahanku?
Sepanjang perjalanan kami dari Kota Damansara menuju ke destinasi, boleh dikatak
an Lutfi menyepikan diri. Hanya sepatah sepatah sahaja dia menjawab pertanyaanku
hingga akhirnya aku juga ikut membisu. Entah apa yang merusuhkan hatinya. Hanya
kerana sekotak coklat marahnya bukan main lagi. Agaknya nanti apabila sudah ber
umah tangga, bagaimana? Mungkinkah Lutfi seorang yang panas baran, tetapi aku te
lah terlepas pandang hal ini kerana dikaburi sifatnya yang selalu kelihatan tena
ng. Tidak pernah sekalipun dia marah-marah begini hinggakan hendak bersalaman pu
n dia tidak sudi. Rasa terbeban pula fikiranku mengenangkan reaksinya.
Aku terfikir juga, mungkin Lutfi gusar memikirkan penerimaan anaknya. Mungkin Lu
tfi bimbang aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan Nabila. Mungkin... tapi buk
an begini caranya. Bukan mendera perasaanku sepanjang perjalanan yang entah ke m
ana destinasinya. Aku melayan rajuk di hati dengan kedinginannya. Berpura-pura t
idur dan tidak lagi memberi perhatian pada perjalanan kami. Hanya apabila kereta
nya berhenti dan enjin dimatikan, barulah aku membuka mata.
"Dah sampai," kata Lutfi tatkala kami bertatapan. Baru kini aku nampak senyuman
di hujung bibirnya. "Jom!" ajak Lutfi. Serentak itu dia membuka pintu, lalu teru
s keluar.
Aku masih terpinga-pinga kebingungan. Kotak berisi coklat di tempat duduk belaka
ng kupandang. Beralih pula
mataku ke hadapan. Dalam kekalutan perasaan, pengertian mampir perlahan-lahan. J
ari-jemariku terasa sejuk dan sedikit menggeletar. Bukan kerana rasa takut, teta
pi sangat terkejut. Rahsia yang kemas tersimpan baru kini terbongkar.
Lutfi membukakan pintu untukku. Teragak-agak aku keluar. Sejenak aku memandang s
eluar panjang dan baju yang aku pakai. Pakaianku semacam tidak sesuai dengan tem
patnya.
"Tak apa... masih sopan," ujar Lutfi. Dia membuka boot kereta, lalu mengambil se
buah beg plastik kecil.
Aku menurutinya dari belakang dengan seribu rasa berbaur di dalam hati. Aku mema
ng tidak bersedia. Lantas tatkala Lutfi membaca surah Yassin, aku hanya membaca
surah al-Fatihah dan satu dua surah lagi sambil mata tertancap pada batu nisan y
ang terukir dua nama. Seraut wajah Syamira terlayar di tubir mata. Rupa-rupanya
inilah kisah tragis yang meragut kebahagiaan hidup Lutfi. Aku semakin mengerti.
Sementara menanti Lutfi menghabiskan bacaan Yassin, jari-jemariku menguis-nguis
kuntuman bunga-bunga yang separa layu dan melata di atas pusara. Tiada rumput-ru
mput kecil yang tumbuh meliar petanda pusara ini sering dikunjungi. Pada ketika
Lutfi membaca doa dan menyebut nama kedua-duanya, aku ikut mengaminkan. Apabila
Lutfi menabur kuntuman bunga dan menyiram air di atas pusara, aku mengambil gili
ran selepasnya. Tiada kata yang terucap, hanya pandangan mata sahaja yang berbic
ara.
Lama Lutfi memegang batu nisan sebelum perlahanlahan dia bangun, lalu mengatur l
angkah menuju ke kereta. Aku menurutinya dari belakang, tetapi menjarakkan diri;
tidak berjalan seiriangan kerana andaianku, Lutfi memerlukan ruang untuk menten

teramkan perasaannya.
Aku masuk ke kereta yang enjin dan penghawa dingin
sudah terpasang. Lutfi sedang duduk bersandar. Pandangan matanya diluruskan ke h
adapan, merenung kawasan tanah perkuburan. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda hen
dak memulakan pemanduan.
"Selalunya I datang sini pagi Jumaat."
Aku mengangguk tanda aku mengerti dan memberi perhatian pada kata bicaranya. Aku
kini sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang pernah melalui detik-detik pe
nuh luka dalam hidupnya.
"Kedua-duanya disemadikan dalam satu liang. Err..."
Nyata pada saat ini sukar baginya hendak mengungkapkannya. Seraut wajahnya kutat
ap. Tergenang air jernih di kelopak matanya. Aku mengerti, sedangkan hanya putus
cinta orang lagikan menangis, inikan pula bagi yang bercerai mati. Aku dapat me
rasakan betapa berat penanggungan di jiwanya. Begitu getir perjalanan hidup yang
diselusuri. Kebahagiaannya direnggut pergi. Sungguh malang nasibnya dan aku tid
ak mahu menambahkan kedukaannya lagi.
"Sekelip mata saja ALLAH ambil balik dua orang yang paling I sayang. I tak cerit
a pada you sebelum ni sebab I tak nak you kawan dengan I sebab simpati... kesian
tengok I. I tak perlukan semua tu."
Aku menggeleng tanda ikhlas ingin bersahabat dengannya. Lutfi mengukir senyuman.
Biarpun hambar, tetapi sudah cukup menyegarkan sedikit hatiku.
"Sorry tak boleh bersalam tadi sebab nak simpan air sembahyang," kata Lutfi.
Aku boleh menerima alasannya, tetapi rasa tersinggung yang cuba aku pendam begit
u menekan di dalam hati.
"Sekurang-kurangnya bagi tahulah... malu aje hulur tangan tapi orang tak sambut.
"
"I tak boleh nak cakap sebab sedih. Coklat tu memang kesukaan Nabila..." . ?
Aku memegang bahu Lutfi tanda aku sedia berkongsi kesedihan dan kedukaannya.
"I tak dapat tengok dia buat kali terakhir sebab masa tu I masih dalam ICU.
Sebenarnya I tak tahu pun kedua-duanya dah meninggal sebab masa tu I macam tak b
oleh nak ingat apa-apa pun. Bila I keluar wad, ibu bawa I balik ke Taiping, tapi
ibu tak cerita apa-apa. Sampailah suatu hari tu bila I terjumpa gambar kami sat
u famili, baru I teringat yang I ada isteri dan anak. Masa tu baru ibu bagi tahu
yang mereka dah meninggal." Lutfi berjeda. Sebak sendu terlukis di wajahnya.
"Tangan inilah yang sebabkan kematian tu." Kedua-dua belah tangannya dipandang
seolah-olah masih tidak lepas dari rasa bersalah. Mungkin sepanjang hayat dikand
ung badan, Lutfi tetap akan menyalahkan dirinya. Tetapi hakikatnya jodoh pertemu
an, ajal dan maut adalah di tangan ALLAH SWT. DIA yang menentukan hidup dan mati
seseorang. Semuanya sudah tertulis di azali.
"Sejak kemalangan tu, I tak berani nak bawa kereta. Kali pertama I memandu semul
a masa kat JB masa nak jemput you. Panik betul masa tu, tambah panik bila jumpa
you."
Aku mengheret ingatan mengimbau peristiwa itu. Patutlah kelam-kabut sahaja dia m
emandu. Iqbal pulak dah tahu kawan ni dah lama tak memandu dan jalan-jalan di JB
sangat asing baginya, disuruhnya pula pergi menjemput aku. Memang tak patut. Ta

pi kalau bukan Lutfi yang datang hari tu, sudah tentu kami tidak berada di sini.
'
"Kenapa panik bila jumpa I?" Macam bagus sahaja aku bertanya bagaikan aku tidak
berasa begitu ketika kali pertama bertemu dengannya.
"Sebab apa, ya?" Lutfi menyoal dirinya sendiri. "Nak kata tak sangka you orang y
ang sepatutnya I jumpa... I dah tengok gambar you. Tapi bila dah saling berdepan
, I rasa macam orang yang baru kali pertama jatuh cinta."
Perbualan kami sudah menjurus soal hati dan perasaan pula. Kami mula mengimbau d
etik pertemuan pertama yang manis dan selepas ini pasti mendorong kami membicara
kan soal masa depan. Aku menebar pandangan ke sekeliling. Pada fikiranku tidak w
ajar kami berbicara soal hati dan perasaan di tempat ini. "Eh, dah lewat ni... n
anti lambat you masuk kerja! Jom!"
"Hari ni I tak kerja... kita nak pergi mana ni, Iddya?" soal Lutfi yang sudah me
mulakan pemanduan.
"Ikut aje mana-mana you pergi." Aku memberi jawapan mudah kerana malas mahu memi
kirkan destinasinya. Rasanya kami sudah menjelajah hampir ke semua kompleks memb
eli-belah yang ada di Kuala Lumpur hingga aku sudah tidak ada idea hendak ke man
a. Shah Alam dan kawasan sekitarnya pula merupakan kawasan 'larangan' kerana keb
arangkalian akan bertemu dengan orang-orang yang mengenaliku begitu besar.
"Betul ni you akan ikut aje ke mana I pergi?" Daripada nada suaranya yang nakal,
aku tahu ada makna yang tersirat di sebalik pertanyaannya tadi.
"Hmm..." gumamku sengaja hendak menduga.
"Ikut I balik rumah, ya!"
"Haa... dah teka mesti you cakap macam tu!" terjahku dalam ketawa kecil.
"Serius ni I nak bawa you pergi rumah. Tadi kan you cakap you akan ikut aje mana
I pergi. Lagipun I yang drive, kan?" kata Lutfi bersungguh-sungguh.
Aku ketawa lagi, tetapi kali ini sudah berbaur rasa cemas.
"Takut ke?" soalnya tergelak. "Okey, kalau tak nak pergi rumah I, kita pergi rum
ah you, ya?" Lutfi memberiku pilihan.
Tidak dapat aku tunaikan permintaannya buat masa ini kerana aku belum bercerita
kepada mama dan abah tentang hubungan kami.
"I tahu rumah you kat mana. Hari tu saja I jalan-jalan tengok," jelas Lutfi seri
us.
"Biar betul!"
"Sungguh... I ikut alamat dalam kad klinik."
Aku terpinga-pinga seketika tapi akhirnya yakin dia bercakap benar.
"I tunggu aje you ajak..."
Aku mengetap bibir. Gelisah rasa di dalam jiwa.
"Iddya... I tahu you rasa serba salah, kan? Takut nak cakap pada keluarga you te
ntang kita. Sebagai orang tua, tentu dia orang nakkan calon suami yang

terbaik untuk you dan I dah tentu bukan calon yang sesuai."
Sesak nafasku mendengar kata-katanya. Betapa Lutfi sudah membuat kesimpulan, sed
angkan hanya dia di dalam hatiku. Aku takut dan tidak mahu kehilangannya. Hatiku
memilih Lutfi kerana dia memiliki sifat-sifat yang aku senangi. Dia amat melind
ungi dan menyayangi. Aku berasa selamat di sisinya. Cuma satu sahaja yang aku ki
ra menyukarkan sedikit perjalanan hubungan kami; statusnya sebagai seorang duda.
Tetapi aku amat berharap agar mama dan abah bersikap terbuka dalam perkara ini.
"Lutfi, boleh tak kita jangan cakap benda macam ni?"
"Kenapa? Ni kan realiti? I yang tak sedar diri... masih ada hati nak pikat you.
Bukan setakat tu... tapi ada hajat nak jadikan isteri. Hmm.. memang tak sedar di
ri betul."
"Lutfi... jangan cakap macam tu," rayuku. Tidak pernah aku fikir sampai ke situ.
Kini keintiman menerbitkan keinginan untuk berkongsi seluruh hidupku dengannya.
Sudah bulat tekadku. Aku tidak akan berpaling lagi. Doaku agar aku tidak perlu m
embuat pilihan antara dua, keluarga atau Lutfi kerana kedua-duanya amat kusayang
i. Matilah jiwaku andai salah satunya tiada.
"Okeylah... lain kali kita bincang hal ni. Sekarang ni
pergi rumah I, ya!"
Suara Lutfi meleraikan lamunanku. Aku mendengar dia berkatasesuatu, tetapi telin
gaku tidaksempatmenangkapnya. Berkerut-kerut dahiku menghantar pertanyaan.
"I nak bawa you pergi rumah I," ulang Lutfi sekali lagi. Nyata hasrat yang dilah
irkan tadi bukan gurauan.
Tetapi aku masih waras dan teguh iman. Aku menggeleng. Tegas dan pasti menolak p
elawaannya itu.
"Sebenarnya I dah janji dengan ibu nak bawa you jumpa dia hari ni... lunch samasama. Semalam dia orang sampai... esok katanya nak ke JB."
Aku beristighfar panjang. "Kenapalah tak cakap awal-awal yang dia orang ada kat
rumah you? Cakap pusing sana pusing sini sampai kepala I naik pening!"
"Eh, kenapa pulak kepala you sampai pening?" Selamba dia bertanya.
Aku mencemik. Memandang mukaku, terburai ketawanya. Tidak aku suraikan keriangan
nya kerana aku ingin selalu dia rasa bahagia.
PETANG Sabtu aku berkunjung ke rumah Abang Zairi di Aman Suria, Damansara sebelu
m menemui Lutfi pada sebelah petang. Tidak lama selepas aku sampai, mereka didat
angi oleh tetamu. Haji Kamal dan Hajah Faridah, jiran Abang Zairi yang berkunjun
g untuk melihat 'orang baru'.
"Haa... kali ni pun dapat orang dapur jugak? Bila pulak nak dapat orang anjung y
a?" ujar Hajah Faridah.
Aku faham maksud pertanyaan itu. Istilah yang menunjukkan dua jantina yang berbe
za. Orang dapur tentulah merujuk kepada anak perempuan, manakala orang anjung pu
la maksudnya anak lelaki.
"Harap-harap yang keempat nanti dapatlah orang anjung pulak."
Meledak ketawa Haji Kamal menyambut kata-kata Abang Zairi. Entah apa yang mencui
t hatinya. "Ada petuanya. Abang belajar daripada ayah abang. Bila dah dapat 'Tig
a Abdul', abang tanya pada dia... macam mana adik-beradik abang

susunnya selang bunga, tapi abang berderet anak lelaki."


Haji Kamal terdiam sejenak. Dia tersenyum-senyum. "Jadi dia bagi petua pada aban
g. Katanya, kena ubah tempat tidur. Kalau selalunya abang tidur di sebelah kanan
, kena tukar ke sebelah kiri pulak."
"Oh, patutlah tiba-tiba aje tukar... selalunya abang paling anti tidur kat situ
sebab kena jawab telefon!" celah Hajah Faridah.
"Oh ya, petua ni jangan bagi tahu pada isteri. Biar dia tak tahu dan tertanya-ta
nya."
"Kalau dia tanya?"
"Ah, kalau dia tanya, pandai-pandailah jawab!"
Tak ya jugak, apalah abang ni!
"Jadi petua tu menjadi ke?"
"Alhamdulillah... rezeki ALLAH. Akhirnya kami dapat orang dapur... Siti Hurin tu
."
"Nampaknya kenalah cuba petua ni pulak."
Aku memandang Abang Zairi dengan rasa tidak percaya. Betapa tidak, dia sudah mer
ancang untuk mencuba petua itu pada ketika Kak Dhira masih lagi sedang dalam tem
poh berpantang. 'Hui, dia ingat Kak Dhira tu apa? Kilang ke? Lelaki... senangnya
. Dia tak tahu susahnya orang perempuan mengandung. Sembilan bulan sepuluh hari
mengusung perut ke sana sini. Lepas tu nak bersalin sikit punya seksa. Dulu masa
mula-mula kahwin, beria-ia benar merancang, sekarang ni dapat anak berderet set
ahun satu!'
"Tiga perempuan... insya-ALLAH yang keempat nanti lelaki pulak," jawab Abang Zai
ri penuh yakin.
Melopong mulutku mendengarnya. 'Sahlah tahun depan dapat seorang lagi!' Aku menc
ongak dalam kepala. Nur Fatin Amira beradik masa dia berumur setahun setengah. B
erselang tahun lahir pula Nur Zeti Izuren. Jangan-jangan belum sempat
berjalan, Nur Azra Hana dah beradik pula!
'Abang ni teruklah!' kutukku di dalam hati sambil memandang Abang Zairi. Agaknya
dia nak berlumba dengan Abang Pian.yang kini sudah mempunyai empat orang permat
a hati. Tetapi Abang Zairi tetap kalah kerana anak Abang Pian dua perempuan dan
dua lelaki.
SEMENTARA menunggu Lutfi menyelesaikan tugasannya, aku ke Kompleks Astria Utama.
Tujuanku ke sana untuk bertemu Kiew dan Sim di kedai mereka. Walaupun kebiasaan
nya mereka membuka kedai pada pukul 11.00 pagi, tetapi hari ini
Kiew mengajak aku bersarapan dahulu. Ketika sampai, jam baru menunjukkan pukul 1
0.00 pagi. Datang pada waktu awal begini membolehkan aku memilih petak parkir. S
udah tentu aku memarkir di tempat yang paling dekat dengan pintu masuk.
Aku mencapai telefon, lalu menghubungi Kiew. "I dah sampai... you kat mana ni?"
"On the way... you pergi dulu. Sim dah tunggu kat depan Kafe Delifrance."
"Okay, bye!"
Sambil berjalan aku cuba membayangkan wajah Sim. Ketika sudah sampai di hadapan
Kafe Delifrance, melingas mataku mencarinya. Tiada. Terfikir olehku Sim sedang b

ersembunyi sambil mengintai reaksiku, tetapi di mana? Dalam aku tercari-cari, ti


ba-tiba aku terlanggar seseorang.
"Sorry," ucapku spontan. Mujurlah dia tidak marah dan hanya diam. Ketika aku men
dongak, dia tersenyum.
"Sim?" Sebahagian hatiku pasti, tetapi sebahagian lagi meragui kerana penampilan
nya sangat berbeza. Dirinya kupandang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Memang Sim! Benar juga kata Kiew yang aku pasti akan terkejut apabila bertemu de
ngannya.
Semakin melebar senyumannya. "Apa khabar Iddya?"
"Baik-baik saja," jawabku dalam ketawa kecil. Lucu mengenangkan reaksiku tadi.
"Sebenarnya tadi I tak elak sebab I ingat you dah nampak I. Tapi tiba-tiba aje
you rempuh... terkejut jugak."
"I tengah cari you. Memanglah Kiew kata you dah kurus, tapi I tak sangka sampai
macam ni. Wah, macam tak percayalah tengok! Berapa lama you mogok lapar sampai k
urus macam ni?"
"You tengok I sekarang, okey tak?" Sim membalas dengan pertanyaan juga Agaknya s
oalanku langsung tidak relevan.
"Eh, dulu pun okey jugak... chubby sikit aje," balasku walaupun sebenarnya dia m
emang budak yang paling gemuk dalam kelas kami.
"Ni mesti atas dorongan seseorang," tambahku cuba menggiat. Sengaja memancing, w
alaupun sebenarnya serba sedikit kisahnya sudah diceritakan oleh Kiew kepadaku.
"Tak adalah!"
"Eleh, jangan nak berahsia! Mesti ada ni... tengok tu muka you dah merah."
"Alah, you tu apa kurangnya! Apa nama dia..." Sim menggaru-garu kepala. "Haa...
Lutfi!" Suaranya sedikit terjerit.
Pantas aku mengangkat jari telunjuk ke bibir kerana reaksinya menarik perhatian
orang ramai yang lalu-lalang di sekeliling kami. "Kiew memang tak boleh simpan r
ahsia," rumusku. Masakan tidak, kini Sim sudah tahu tentang hubunganku dengan Lu
tfi dan aku pula tahu dia sedang meminati seseorang di dalam diam.
"Takkanlah benda macam tu pun nak rahsia!" balas Sim. "Jom kita pergi minum!" aj
aknya sambil memaut bahuku. Selamba seperti langsung tidak bersalah.
"Kiew?" soalku sambil perlahan-lahan menjauh dan akhirnya berjaya melepaskan dir
i.
"Tak apa... kita pergi dulu. Dia tahu nak cari kita kat mana," ujar Sim.
Setelah membuat pesanan makanan dan minuman, kami berbual. Mengimbau nostalgia z
aman persekolahan yang penuh warna-warni. Sesekali berderai ketawa apabila imbau
an kisahnya mencuit hati.
"Wah, rancak berbual... sampai tak pandang kiri kanan!" Sergah satu suara dari a
rah belakang. Hmm... siapa lagi kalau bukan Kiew.
"Adoi, baru nak sembang dengan girlfriend lama... dah ada orang kacau daun!" tin
gkah Sim pura-pura marah.

"Girlfriend lama, ya? Hmm... tak tahulah pulak!" balas Kiew dalam nada suara yan
g sengaja dileretkan. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah kananku, menjadik
an aku seperti sekuntum bunga yang diapit oleh dua ekor kumbang. Tetapi tidak se
perti Sim, Kiew duduk begitu rapat hingga aku berasa kurang selesa.
"Boleh jauh sikit tak... nanti batal air sembahyang I," gurauku sambil menyiku l
engannya. Inilah gurauan Ustaz Fairuz apabila pelajar-pelajar mengerumuninya di
dalam kelas untuk mengetahui markah yang kami dapat dalam ujian atau peperiksaan
.
"Betul jugak... nanti batal air sembahyang I," balas Kiew mengulangi kata-kataku
, tetapi dia tetap tidak berganjak, lalu akhirnya aku biarkan sahaja.
"BW 3646."
Hatiku dipagut rasa hairan apabila dua kali Kiew menyebut nombor plat keretaku.
Bagaikan ada sesuatu yang tersirat makna pada nombor plat itu.
"Tak boleh lupa cinta pertama, ya? Syahrul Bahraein Abdul Wahid. Baein Wahid...
BW."
"My goodness!" jeritku sambil menumbuk-numbuk lengannya. Tidak keruan perasaanku
hingga terzahir dalam
reaksi di luar kawalan.
"Sikit pun I tak terfikir pasal tu!" tambahku lagi geram kerana Kiew membuat and
aian sebegitu.
"Yalah... tempat jatuh lagi dikenang... inikan pulak tempat bermanja," usik Kiew
lagi. Dia yang sedang tersenyum-senyum nampak nakal di pandangan mataku.
"Oh, what a very sweet coincidence!" kataku kerana perlu mematikan gurauannya de
ngan cara begitu seolaholah baru kini aku menyedari manisnya kebetulan itu.
"Sebenarnya I teka aje tu kereta you... tak sangka tepat pulak. Oh ya, Baein...
agaknya di mana dia sekarang?"
"Dia kat mana, ya?" ulangku dalam nada suara yang sengaja aku lunakkan. Seolah-o
lah menggebu kembali rasa sayang kepadanya. Perasaan itu cuba aku hadirkan dalam
sinar mataku ketika memandang kiew.
"Tapi dia dah kahwin."
Kiew cuba mematikan impian yang disangkanya sedang terlayar di mindaku.
"I tahu dia dah kahwin... tapi..." Aku menggantung ayat kerana sebenarnya memang
aku tidak tahu apa yang harus aku katakan selanjutnya. Takkanlah aku hendak mer
apu mengatakan aku tidak kisah dan senang hati menerima seandainya Baein kembali
menagih kasihku kerana ini cukup bertentangan dengan prinsipku.
"Tapi lelaki Islam boleh kahwin empat... dibolehkan kalau cukup syarat." Kiew me
nambah.
Aku menjeling geram.
"Jangan jeling-jeling... nanti juling." Sesuka hatinya sahaja melahirkan kata-ka
ta usikan.
"Sim... apa dah jadi dengan member kita ni?" ujarku.
"Ni mesti kes tak cukup tidur... sebab tu dia pening lalat!" jawab Sim selamba.

"Jadi lepas ni you balik rumah... tidur!"


"You pulak nak pergi mana?" soal Kiew.
"I nak pergi jumpa seseorang."
"Alah, I ingat you nak lepak kat sini!"
Aku menggelang. "Lain kalilah sebab I..."
"Kalau ya pun, tengoklah kedai kami dulu. Apalah member macam ni, tak bagi sokon
gan langsung!" pintas Sim.
Aku mengerling jam di tangan. Ada masa lebih kurang dua jam kerana klinik
biasanya akan ditutup pada pukul 12.30 tengah hari. Kalau pergi awal pun, aku te
rpaksa menunggu dan selebihnya terasa seperti mengganggu tugasnya pula.
"I tahu you ajak I pergi kedai sebab you nak tunjuk girlfriend you... saja nak b
uat I jealous, kan?" usikku untuk menambahkan keyakinan Sim.
"Tak adalah... dia bukannya nak I."
"Mana you tahu? You pernah tanya dia? Kawan... cinta perlu dilafazkan. Jangan di
simpan dalam hati sorang-sorang." Bersahaja aku menasihati Sim bagaikan seorang
yang sangat berpengalaman dalam cinta yang penuh berliku. "Nampak macho sangat..
. tapi hati besar kuman," provokku.
Kiew tergelak-gelak. Entah apa yang menggeletek hatinya. Mungkin frasa 'hati bes
ar kuman' kedengaran lucu apabila dibandingkan dengan lagak gaya Sim yang nampak
sangat berkeyakinan.
"Kalau dia reject?"
"Apa masalahnya? Kalau dia reject... carilah orang lain. Adoi, handsome macam ni
... petik jari aje, Sim!" Aku mengakhiri kata-kata dalam keluhan.
Sim seperti termakan juga nasihatku. Dia angguk perlahan-lahan.
"Apa pendapat you, Kiew?"
"Lelaki ni ego, Iddya. Bila kena reject... rasanya setahun pun tak habis rasa ma
lu tu. I rasa I pun macam Sim."
"Eh, apa pulak you rasa you pun macam Sim? One fine day I will introduce him to
you. Err.... gambar dia ada dalam
hati I," ajukku sekadar untuk mengingatkan Kiew akan kata-katanya dulu.
Kiew menjungkitkan bahu. Ketika menoleh ke arah Sim, aku nampak dia terpinga-pin
ga. Akhirnya, aku juga ikut menjungkitkan bahu. Tidak faham dan malas hendak men
yesakkan fikiran memikirkan persoalan yang membelenggu kedua-duanya.
"YANG mana satu Rhu Ying?" soalku kepada Kiew sambil memandang ke arah dua orang
gadis yang baru masuk ke kedai dan meletakkan beg tangan mereka di dalam laci.
"Baju biru."
Aku mengamati gadis yang memakai baju berwarna biru lembut bercorak pasli yang m
emang lebih cantik berbanding dengan yang seorang lagi.

"Wah, Sim pilih yang cantik!"


"I tengok dia biasa aje. Emm... cantik lagi girlfriend I! Sedap mata memandang d
an hati tak mudah jatuh cinta pada orang lain." Selamba sahaja Kiew membalas.
"Macam tu ke? Bukan budi bahasa yang jadi ukuran?"
"Tentulah faktor tu diambil kira. Cantik tu subjektif... contohnya ada yang mung
kin kata you ni biasa-biasa aje, tapi I tetap kata you cantik. Memang pun cantik
dan lebih cantik berbanding masa kita sekolah dulu."
"Ah, ada-adalah you ni!" sanggahku kerana malu mendengar pujiannya itu.
"Kalau you tak janji dengan dia, kita boleh pergi lunch sama-sama."
Menarik juga cadangannya, tetapi Lutfi tetap keutamaanku. Pertemuan ini juga aka
n aku maklumkan kepadanya agar nanti tidak timbul rasa curiga dan prasangka.
Seraut wajah Kiew kelihatan penuh mengharap. Hatiku berbelah bahagi.
"Mungkin Sabtu depan I datang lagi."
"Datanglah Iddya... ada banyak benda yang I nak cerita pada you." Nada suara Kie
w aku tafsirkan seperti sedikit merayu. Dia kelihatan sedikit emosional berbandi
ng Sim yang ceria. Mungkin kerana gadis pujaan Sim ada di hadapan mata, maka ker
iangan menjadi miliknya, sedangkan Kiew mungkin sebaliknya. Memang aku ingin men
dengar ceritanya, tetapi aku harus pergi mendapatkan Lutfi dan meninggalkan dia
memulakan kerjanya tanpa diganggu.
"I pergi dulu. Nanti Sabtu depan kita jumpa!" Aku separa berjanji kerana tidak m
ahu menghampakan harapannya.
"Insya-ALLAH..."
Aku terpaku demi mendengar jawapan balasnya. Terbit rasa untuk mengingatkan Kiew
agar tidak mengucapkan kalimah itu, tetapi aku sudah keburuan waktu
dan tidak mahu menyinggung perasaannya. Setelah berpamitan, aku bergegas ke temp
at parkir.
'Hmm... patutlah dia tahu nombor kereta. Pulak tu saja dia.park sebelah kereta a
ku... nampak sangatlah cantiknya kereta dia,' omelku sambil memandang kereta Min
i Cooper S bewarna hitam kepunyaan Kiew. Diterjah rasa nakal dan ingin mengusikn
ya, aku mencapai sekeping kertas resit pembelian dan menulis di belakangnya.
One fine day... gambarnya ada dalam hati I. Jiwang karat! Kertas berlipat itu ak
u selitkan di wiper.
MALAM itu ketika aku sedang melayan mata sambil membaca novel, telefon bimbitku
berbunyi tanda terima pesanan ringkas. Aku tersenyum membaca kata-kata yang tert
era di skrin telefon bimbitku.
One fine day... gambarnya ada dalam hati I.
Kiranya Kiew menghantar kembali sebahagian daripada nota yang aku tinggalkan di
keretanya siang tadi. Aku ketawa
geli hati mengenangnya. Sebagai balasan, aku pula menulis sambungannya. Lalu aku
hantarkan kepadanya. He... he... he... Jiwang karat!
Aku memandang telefon bimbit yang sudah aku letakkan dalam mode senyap dan seper
ti yang sudah kuduga, kelihatan berkelip-kelip cahaya dan tertera nama Kiew.
"Hei, apa telefon malam-malam ni... kacau orang nak tidur!" sergahku sebaik saha
ja aku menyambungkan talian.

"Kalau dah tidur, takkan you boleh balas mesej I?"


"Sebenarnya I belum tidur lagi... tengah baca buku. You baru nak balik, ya!"
"A'ah, ni kat dalam kereta."
"Patutlah boleh jadi tauke besar... kerjasampai malam," rumusku sebagai merujuk
pada kedai komputer miliknya dengan Sim yang pada mulanya aku sangka hanyalah se
buah kedai kecil sahaja.
"Jangan asyik kerja, nanti ada yang rasa terabai..." tambahku lagi untuk mengusi
k, sekali gus menasihatinya.
"Terabai apa pulak? Dia ada kat sebelah I ni."
Aku terkedu. Reaksi ini terjadi di luar kawalan. Aku mengerah otak mencari jawap
an yang sesuai untuk membalas.
"Kenapa diam?" Kiew sudah mendahului. Pastilah kebisuanku menghantar tanda tanya
dan entah apalah andaian yang sedang bermain-main di dalam fikirannya.
"Dia tak kisah ke you call I?"
"Rasanya dia tak kisah... nampak relaks aje."
Benarkah begitu? Aku seperti meragui kata-katanya kerana aku membandingkan denga
n diriku.
"Wah, kalau I... dah tentu I cemburu!" ujarku tanpa berselindung.
"Itulah kelebihan you, Iddya."
"You perli I, ya?"
Kiew hanya ketawa. Pada malam yang sepi dan sunyi begini, suara dan tawanya berl
egar-legar sejenak di ruang fikir sebelum menyelam jauh hingga ke dasar hati, la
lu mendasari dengan selesa kerana aku merelakannya. Dalam ilusi, aku menggapai c
inta pertamaku yang selama ini hilang. Tapi mengapa pula aku harus berperasaan b
egini terhadap Kiew, sedangkan dia bukan cinta pertamaku? Rasa itu kalaupun hadi
r, tentulah lebih tepat kalau yang sedang berada di talian denganku sekarang ini
ialah Baein. Hatiku bersoal jawab sendiri...
keliru dengan masa silam dan nostalgia zaman persekolahan.
"Helo, dah tidur ke?"
Aku beristighfar dan kembali ke dalam diri demi mendengar suaranya. Hampir terlu
pa yang Kiew masih berada di hujung talian.
'Lutfi', seruku perlahan. Aku mengingatkan diri yang hatiku sudah dimiliki.
Sekeping hati jangan sampai dibahagi dua; sebahagian untuk Lutfi dan sebahagian
lagi untuk... err...
"Kenapa, you dengar I berdengkur ke?" soalku cuba berjenaka, selebihnya cuba men
galih tumpuan fikiranku sendiri.
"Tak... I dengar nafas you macam tengah panik."
"Ah, ada-ada ajelah you ni!" sanggahku tidak bertangguh, sedangkan hati risau
mengenangkan dia yang sudah mula meneka-neka perasaanku lewat helaan nafas.

"You nak pergi mana lepas ni?" Entah dirasuk apa aku menjadi si tukang sibuk yan
g hendak mengambil tahu segala-gala tentang diri dan pergerakannya.
"Dating,'" jawabnya dalam nada suara yang ceria.
"Okay, enjoy yourself." Itu sahaja yang dapat aku ucapkan dari hati yang tidak t
ulus ikhlas.
"I wish you were here..."
Aku tidak mendengar lagi kerana talian sudah aku putuskan. Aku tidak menyangka y
ang Kiew akan menghubungi aku sekali lagi. Gementar perasaan kerana aku sedar ti
ndakanku memutuskan talian ketika dia sedang bercakap memang sangat kasar dan ti
dak wajar.
"Tadi tu terputus atau apa?"soal Kiew sebaik-baik sahaja aku menyambungkan talia
n. Ada curiga dalam nada suaranya. "I cuma nak pastikan aje sebab manalah tahu t
elefon I ni rosak." Nyata dia tidak mahu membuat tuduhan melulu.
Aku mengagumi kemuliaan hatinya dan sekali lagi mengutuk diri sendiri yang gagal
mengawal emosi. Cemburu yang, tidak kena pada tempatnya!
"I yang putuskan." Jujur aku mengakui kerana tiada upaya mengerah otak untuk mem
ikirkan alasan lain.
"Oh, nasib baik... ingatkanphone I yang rosak. You dah mengantukkan? Okay Iddya,
goodnite. Sweet dreams!" ucap Kiew lalu memutuskan talian.
Aku termangu. Kebingungan sendiri...
DARI Kompleks Membeli-belah Astria Utama, aku terus ke Kota Damansara. Aku sampa
i agak lewat daripada biasa dan berharap agar Lutfi masih belum selesai dengan t
ugasannya. Dengan berhati-hati aku menjengah ke dalam klinik dengan lagak hendak
mengintip. Aku tersentak apabila nampak Lutfi berdiri di kaunter sambil menghad
ap ke muka pintu. Jelas sekali dia sedang menunggu kedatanganku.
"Hai!" sapa Lutfi sebaik sahaja kami bertentang mata. Gugup suaraku membalas sap
aannya. Dia mengerling jam di tangan tanpa kata, tetapi aku sedia maklum maksudn
ya.
"Lambat sikit sebab tadi I jumpa kawan."
"Oh, lelaki ke perempuan?" Semacam sahaja bunyi nada suaranya. Wajahnya seperti
teruja.
"Lelaki." Jelas di mataku perubahan air mukanya. "Kawan-kawan I masa sekolah du
lu," tambahku.
Lutfi tersenyum. Aku yakin perkataan 'kawan-kawan' melegakan perasaannya yang se
bentar tadi dilanda cemburu.
RESTORAN Saloma Theatre yang terletak di Jalan Ampang menjadi pilihanku untuk me
raikan hari ulang tahun kelahiran Lutfi. Setelah membuat pesanan makanan, barula
h aku menghulurkan kotak hadiah kepadanya.
"Boleh I buka sekarang?"
Aku pantas mengangguk. Sungguh memang aku ingin melihat reaksinya sama ada suka
atau tidak dengan hadiah pemberianku. "Wow, rakusnya!" usikku memberi komen keti

ka dia mengoyak kertas pembalutnya.


Lutfi tersenyum nakal. "You suka yang begini ke atau yang macam tu?" soalnya sam
bil mengisyaratkan pandangan mata ke arah dua orang lelaki yang duduk di meja ti
dak jauh dari kami.
Aku menekup mulut menahan ketawa memandang aksi kedua-duanya yang lemah lembutny
a mengalahkan perempuan. Beralih mataku kepada Lutfi. Berdebar-debar dadaku menu
nggu reaksinya. Namun agak lama Lutfi sekadar membelek-belek jam tangan itu sete
lah dia mengeluarkannya dari kotak. Dia bagaikan sedang mengelamun. Aku tidak da
pat meneka apa yang sedang bermain-main di fikirannya.
"Boleh I tanggalkan jam ni?" soalku merujuk pada jam di pergelangan tangannya.
Seketika Lutfi bagaikan enggan, tetapi akhirnya dia mengangguk. Aku menanggalkan
jam tangannya dan meletakkan di atas meja. Menggantikannya dengan jam tangan ya
ng baru. Tiada sebarang reaksi. Dia tidak berkata apa-apa melainkan hanya memand
ang tepat ke mukaku.
"Kenapa?"
"Err... tak ada apa-apa." Suaranya kedengaran gugup. Air jernih yang bergenang d
i kelopak matanya sudah cukup membuatkan aku menyedari ada yang tidak kena.
Mungkin dia tidak menyukainya atau mungkin jam yang lama itu amat bererti buat d
irinya. Hatiku berasa kecewa kerana reaksinya memang langsung tidak kuduga.
"Kita boleh tukar yang lain kalau you tak suka," usulku sebelum menundukkan muka
. Aku tidak sanggup bertentang mata dengannya pada saat dia mempamerkan reaksi t
idak menyukai pemberianku.
"Kenapa ni?" soal Lutfi. Daguku disentuh lembut, memaksa aku memandangnya.
"Kalau you tak suka, kita boleh tukar," ulangku sekali lagi sambil bergerak menj
auh.
"Kenapa pulak nak tukar? I suka jam ni. Bentuk dan warnanya memang cantik... pan
dai you pilih!"
"Tak usahlah cakap macam tu kalau semata-mata nak ambil hati I."
"Iddya... ni bukan soal nak ambil hati. I benar-benar hargai pemberian you. Hadi
ah daripada orang yang paling I sayang. Bila tengok jam ni... I akan ingat you."
"Kalau tak tengok jam ni, you tak ingat I?" Aku pantas meningkah, walaupun aku f
aham bukan begitu maksudnya.
"Iddya, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan I pada you," kata Lutfi sambil memas
ukkan jam tangan yang lama itu ke dalam kotak lalu menutupnya.
"Jam ini arwah yang bagi ke?"
Lufti mengangguk perlahan-lahan.
Aku tidak pasti apa yang harus aku katakan kepadanya. Semuanya seakan-akan berce
laru. Namun perlukah aku berjauh hati, sedangkan orang yang memberinya sudah tia
da lagi? Yang tinggal hanyalah kenangan yang sudah pasti sesekali datang menerpa
. Aku harus lebih memahami.
"I minta maaf sebab tak tahu. Nanti I beli hadiah lain."

"Buat apa nak minta maaf... you tak salah apa-apa pun. Hadiah ini cukup istimewa
. I akan pakai sampai bila-bila."
Aku menghayati kata-kata dalam ayatnya yang akhir tadi. Apakah itu juga kata-kat
a yang pernah diucapkannya kepada arwah Laila suatu masa dahulu? Tiba-tiba sekal
i lagi aku tidak pasti di mana letaknya aku di dalam hatinya. Apakah kehadiranku
sekadar pengisi sepi tatkala orang yang selama ini dirindui dan dipuja tiada la
gi?
"Apa yang you fikir sampai berkerut-kerut dahi macam tu? Masih fikir pasal jam n
i?" soal Lutfi,
"Banyak yang sedang I fikirkan. I tak pasti di mana letaknya I dalam hati you...
I rasa dibayangi. You memang pandang I, tapi mungkin you nampak orang lain. Kad
ang-kadang you mengelamun. I macam boleh agak apa yang you sedang fikir. Jadi se
belum kita melangkah lebih jauh... baik kita fikirkan semula hubungan kita ni. M
ungkin kita berhenti setakat ini aje." Sungguh aku menghiris dan mengoyak hatiku
sendiri, tetapi mungkin ini lebih baik daripada kelak aku menanggung luka cinta
yang lebih dalam dan parah.
"Iddya... kenapa you cakap macam tu? Dia dah tak ada... yang pergi tetap pergi..
. takkan kembali lagi. I harap you faham dan dapat bezakan keadaan ni. Laila han
yalah kenangan silam... tapi sesekali tentulah I teringat. Atau you lebih suka I
berbohong... cakap yang I langsung tak ingat pada dia lagi?" tegas Lutfi.
Aku mengheningkan diri. Berfikir dalam-dalam di atas landasan rasional dan kewaj
aran. Aku yakin, bersama masa dan kenangan silam yang penuh luka akan beransur-a
nsur larut dari hati Lutfi.
"I sekarang berdepan dengan realiti. Syukur kepada ALLAH yang telah temukan kita
. Moga jodoh pertemuan ni berpanjangan hingga ke akhir hayat sebab rasanya I tak
mampu lagi untuk menghadapi kehilangan kali kedua. Iddya, apa yang patut I buat
untuk buktikan yang I memang sayang pada you?" Sebak, sayu, sendu dan bergetar
suaranya.
"Tak payah buat apa-apa untuk buktikan... I tahu. Eh, janganlah pandang I macam
tu," kataku dalam malu sambil mengalih pandangan kerana renungan tajam sepasang
matanya membuatkan hatiku berasa gelisah tidak menentu.
"Salah ke pandang orang yang I sayang? Atau you nak I pandang orang lain?" Satu
jawapan yang menyenangkan, tetapi segera diikuti pilihan yang mengharu-birukan p
erasaan. Satu cubitan aku hadiahkan di lengannya bagi melampias rasa tidak puas
hati.
Lutfi tertawa.
"I tak sanggup kehilangan you, Iddya." Lutfi melahirkan kata-kata setelah ketawa
nya reda.
'Sungguh aku pun begitu juga, tidak sanggup kehilanganmu.' Aku menghantar jawapa
n balas dalam pandangan mata. Hati tersenyum tanda bahagia.
"I tak tahu kenapa, tapi sejak kali pertama I pandang you, I rasa macam ada satu
ikatan perasaan antara kita. Hmm... cinta."
Sesungguhnya aku juga rasa begitu dekat dengannya, tetapi aku tidak dapat menghu
raikan dalam kata-kata. Sama seperti Lutfi, perasaan yang sangat indah ini aku t
afsirkan sebagai cinta. Perasaan yang kini kami kongsi bersama.
SEPERTI yang telah dijanjikan, hari ini aku ke Kompleks Astria Utama untuk menem
ui Kiew dan Sim. Setelah bersarapan bersamasama, kami bertiga terus ke kedai. Su

asana di sekeliling masih lengang.


"Awal lagi," kata Sim sambil menolak pintu berlipat ke atas sekadar cukup member
i laluan untuk kami masuk. Dia menyalakan lampu dan menarik kembali pintu, petan
da perniagaan belum bermula. Kemudian Sim mengalihkan beberapa buah kotak yang m
enyempitkan laluan. "Duduk kat sini, Iddya!"
Aku akur lalu terus ke tempat yang Kiew tunjukkan. Ruangnya agak terlindung. Mun
gkin di sinilah 'pejabatnya'. Aku berandaian sendiri ketika Kiew meletakkan komp
uter ribanya di atas meja.
"Ni tempat I... privacy kat sini." Tepat sekali dugaanku. Aku menebarkan pandang
an ke setiap penjuru. "Okey ke bisnes komputer... I ingat buka pasar
raya lagibaik." Aku mencetuskan topik bicara kerana yakin tentu Kiew boleh membu
at perbandingan. Seingat aku sewaktu kami sekolah dahulu bapanya memiliki sebuah
pasar raya.
"Bisnes komputer mana sama dengan jual barang untuk keperluan harian. Ni berkait
an teknologi... kami kena bergerak pantas sebab industri komputer cepat berubah.
.. kalau tak ketinggalan. Bidang ni boleh buat duit kalau kita tahu caranya." Se
terusnya Kiew bercakap lagi itu dan ini.
Aku yang boleh dikategorikan sebagai 'buta IT' dalam banyak waktu hanya melongo
hingga pada satu tahap seperti terasa menyesal pula membuka topik ini. Alangkah
baiknya kalau kami berbual hal-hal yang santai, tetapi Kiew nampaknya begitu ber
semangat untuk berkongsi pengalamannya. Hmm... dengar ajelah!
"Dulu masa belajar, I curi masa buat bisnes sebab I tertarik dengan idea Irfan K
hairi... senior I masa kat kampus. Masa balik cuti, I pergi workshop dia... bany
ak tips yang I dapat. I jadi lebih yakin dan mulakan bisnes."
Aku kalih pandangan ke arah Sim yang sedang membetulkan susunan komputer riba di
atas rak kaca. Cuba mencari-cari idea untuk menukar topik bicara, tetapi seluru
h ruang yang dipenuhi komputer, monitor, kabel, katrij dan beraneka jenis akseso
ri berkaitan dengannya seperti menyekat aliran fikiranku. Memang aku tidak dapat
hendak memikirkan apa-apa.
"I mula bisnes ni masa I kat UK... buat part time. I ada beberapa laman web untu
k promosi barang, reka bentuk laman web, grafik dan macam-macam lagi. Orang yang
minat dengan barang yang I promosikan akan buat bayaran melalui
kad kredit. Bayaran tu akan masuk dalam akaun I melalui khidmat merchant account
. Barang kemudian akan dihantar pada pelanggan melalui courier."
Rumit benar bunyi kerjanya. Aku yang mendengar seperti tidak faham apa-apa, teta
pi tetap mengangguk juga untuk mengambil hatinya.
"Berniaga melalui internet ni fleksibel. Pesanan dari seluruh dunia."
"Tapi ada ke orang nak beli?" Aku meragui.
"Tak pernah barang yang I promosikan tak ada pembeli. Kalau produk tu tak dapat
tarik pelanggan, I turunkan harga. Tak ada masalah, kan?"
Kiew melayari internet, lalu membuka salah satu daripada laman webnya. "Laman we
b mesti menarik dari segi reka bentuk dan warna. Maklumat kena lengkap supaya pe
ngguna tahu tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Macam selendang su
tera ni... I kena pamerkan harga dan beberapa maklumat tentangnya. Di sini ada a
lamat e-mel I dan ni pula FAQ atau soalan yang biasa ditanya oleh pengguna siap
dengan jawapannya sekali."
"Agaknya, sesuai ke bisnes macam ni kat negara kita sebab bukan semua orang celi
k IT?" soalku apabila tibatiba terfikirkan tentang tahap keyakinan masyarakat un

tuk berurusan melalui internet masih rendah.


"Macam yang I kata tadi... I tak terikat pada pasaran tempatan... yang penting,
I perlu sediakan produk yang menarik dan memikat hati pembeli. Bisnes ni boleh I
akses dari mana-mana saja. Dunia tanpa sempadan... cukup mudah!" ujar Kiew. Kep
uasan jelas terpancar di wajahnya.
Aku mengagumi. Betapa dalam usia yang masih muda dia sudah berjaya mencapai cita
-cita untuk memiliki perniagaan sendiri dan yang lebih penting dia bekerja dalam
bidang yang diminatinya sejak dari zaman persekolahan lagi.
"Antara barang yang I promosi dan paling banyak dapat sambutan ialah kain pua ku
mbu. Keunikan kain ni memikat hati pembeli dari luar negara. Mat salih ni suka b
enda-benda yang ada ciri-ciri etnik," ujar Kiew sambil menuding jari ke
skrin komputer yang mempamerkan kain pua kumbu yang dipromosi di laman webnya.
"Percaya tak... kain ni jadi koleksi di muzium, galeri dan peminatnya dari selur
uh dunia. I terima banyak pesanan dari Jepun, India, Amerika dan Eropah. Ramai y
ang terpikat pada warnanya... campuran warna asli dari akar kayu dan daun."
Teruja bercampur bangga hatiku mendengarnya. Betapa tidak, kain tenunan warisan
budaya masyarakat Iban di Sarawak yang pada asalnya digunakan bagi acara keagama
an, perayaan dan kain sarung kini sudah menjelajah jauh hingga ke seluruh peloso
k dunia.
Aku mengamati pelbagai corak kain pua kumbu hasil tenunan tangan yang dipromosi.
Harganya pula berbeza kerana ditentukan oleh jenis tekstil sama ada dari kain k
apas atau sutera. Rumusanku, keunikan kain ini adalah kerana motifnya masih berp
egang pada corak tradisi.
"Berdasarkan pesanan yang I terima... bagi I orang luar lebih menghargai kesenia
n hasil tenunan ni berbanding orang kita. Tak patut kan... sebab ni adalah waris
an budaya yang mesti terus kita pelihara."
"Biasalah tu... kita selalu bersikap tak kisah dan ambil mudah tentang sesuatu p
erkara lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan budaya masyarakat kita sendiri," u
jarku sebagai tanda bersetuju dengan pendapatnya.
"I percaya, tak banyak rumah kat Malaysia ni yang jadikan kain pua kumbu ni seba
gai hiasan."
"Err... kat rumah you ada ke kain ni?" soalku sambil mempamerkan riak wajah mera
gui.
"Ada."
"Eleh, tipulah!" Sengaja aku hendak berjenaka kerana ada atau tidaknya kain pua
kumbu di rumahnya tidak memberi apa-apa makna kepadaku.
"Tak percaya... pergi tengok sendiri!" balasnya. Kemudian tanpa kuduga, Kiew mel
etakkan segugus kunci di telapak tangan, lalu jari-jemarinya menutupi genggaman
tanganku. Terpinga-pinga aku seketika.
"Hisy, tak kuasa!" terjahku dalam ketawa, sekali gus menarik tangan dan meletakk
an kunci itu di atas meja. Kiew juga ikut ketawa.
"Ofis I kat kedai dan kat rumah. Bisnes macam ni sesuai untuk orang yang pemalu
macam I," kata Kiew setelah ketawanya reda.
Aku melongo. Tidak pasti sama ada aku tersilap mendengar atau dia yang tersasul

berbicara. "Siapa yang pemalu?" soalku apabila dia tidak menunjukkan tanda-tanda
untuk membetulkan kenyataannya sebentar tadi. Ibu jari yang ditudingkan ke arah
nya menjawab pertanyaanku.
Aku tidak nampak langsung yang dia memiliki ciri-ciri seorang yang pemalu, sebal
iknya dia bercakap tanpa henti, mengutuk apabila peluang terbuka dan bersahaja t
ingkah laku dan tutur katanya.
"Boleh ulang semula apa yang you cakap tadi?"
"Tentang apa? Bisnes ni?" Senyuman nakal terukir di bibirnya petanda dia tahu, t
etapi berpura-pura tidak faham.
"I ni sebenarnya Iddya, memang seorang yang pemalu. Dengan you lainlah sebab kit
a dah lama kenal. Kat sini mana I ada layan sangat pelanggan. Peranan I lebih ba
nyak di belakang tabir, tapi cuba you tengok Sim. Tengok macam mana dia layan pe
langgan. PR dia memang superb. Dari sekolah lagi dia dah ada kemahiran ni. Mulut
manis dan pandai memuji. Pelanggan yang sekadar datang nak tengok dan bukannya
nak beli pun akhirnya 'tergoda-'jugak. Tapi bila berdepan dengan buah hati, dia
kantoi!" Dalam memuji, dia mengutuk. Apa pun aku tahu Kiew hanya bergurau.
"Belum dapat lagi?"
Tergeleng-geleng kepalanya tanda menidakkan.
"Kenapa? Takut buah hati dia kekasih orang?" Sampai ke situ pula yang aku fikirk
an.
"Macam yang I cakap dulu... dia takut kena reject!
"Soalnya, belum cakap mana tau dia reject?" Aku bersuara perlahan kerana Rhu Yin
g berada tidak jauh daripada kami. Aku perasaan sejak kali pertama aku datang ke
kedai itu, Rhu Ying bagaikan gelisah. Dia seolah-olah tidak
menyenangi kedatanganku. Dia akan duduk dekat seperti hendak mencuri dengar apa
yang sedang kami bualkan. Aku semakin yakin yang dia sebenarnya memang ada hati
kepada Kiew, tetapi lain yang hendak 'ditembak', lain pula yang datang menyerah.
Entahlah, sekadar andaian dari pengamatanku yang mungkin tersilap mentafsir. Tet
api mungkin benar kerana Kiew juga berandaian begitu. Bagiku, Kiew memang ada da
ya tarikannya yang tersendiri. Paras rupanya sedap mata memandang. Kulitnya yang
cerah bukan jenis putih pucat yang nampak macam tidak sihat. Masa kami sekolah
dahulu, dia berdiri dengan ketinggian 5 kaki 9 inci, tetapi sekarang ini aku tid
ak pasti. Dari segi kebendaan pula, dalam usia yang masih muda dia seperti sudah
memiliki segala-galanya; perniagaan, kereta dan mungkin juga sudah ada rumah s
endiri dan hidup mewah. Apa lagi yang diharap oleh seorang wanita kepada seorang
calon suami? Kiew yang aku kenal dulu pula bukanlah jenis 'kaki perempuan', buk
an spesies 'buaya darat' atau 'naga tembaga'.
'Tapi Rhu Ying, dia dah berpunya... kau carilah yang lain.' Mahu sahaja aku memb
eritahu Ru Ying begitu, tetapi apa pula hakku? Sejak bila pula Kiew melantik aku
menjadi jurucakapnya? Lantaran itu, lebih baik aku diam. Pandang sahaja gelagat
nya... usah berkata apa-apa.
"I ada kerja sikit. If you wanna surf internet... go ahead!" pelawa Kiew. Macam
orang mengantuk disorong
bantal sahaja reaksiku. Aku duduk di hadapan komputernya lalu menaip alamat
e-melku. Sambil menunggu, aku terpandangkan ayat Seribu Dinar yang ditampal di a
tas meja komputernya. Hatiku membaca tafsirannya.
Mafhumnya:
'Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan lepaskan dia dari ma
salah hidup dan diberikan-NYA rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan sesiapa
yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesun

gguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendaki-NYA. Sesungguhnya ALLAH telah


mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.'
Aku menghening diri. Setahu aku, ayat Seribu Dinar dibaca untuk memohon kepada A
LLAH SWT agar membukakan pintu rezeki. Hatiku tertanya sendiri. Pelbagai kemungk
inan jawapan melintas di kepala. Hendak aku kata Kiew membeli meja itu daripada
orang lain, meja ini nampak masih baru. Kalau Kiew sendiri yang menampalnya kera
na tertarik pada maksud ayat tersebut, mustahil pula. Entahlah! Akhirnya perkara
tu aku diamkan sahaja.
BERDASARKAN pemerhatianku, memang Sim lebih banyak memainkan peranan melayan pel
anggan berbanding Kiew. Dia hanya dipanggil apabila perlu sahaja. Namun aku yaki
n, gandingan kedua-duanya berserta kesungguhan, komitmen dan kecekalan hati melo
njakkan perniagaan mereka ke puncak jaya.
"Orang Cina memang pandai berniaga. Ni tepat dengan falsafah hidup mereka, hidup
untuk makan dan mereka berpegang pada pepatah; duit Tuhan nombor dua." Aku melo
ntarkan pendapat yang pernah aku baca tentang kejayaan orang Cina dalam bidang p
erniagaan.
Kiew tergelak-gelak. "Wah, you tahu jugak ya! Pepatah lama orang Cina jugak ada
menyebut, di mana ada air... di situ ada orang Cina. Maksudnya, orang Cina boleh
hidup di mana saja sebab dapat sesuaikan diri dengan keadaan. Tengok ajelah kat
bandar-bandar besar di luar negara, mesti ada komuniti Cina yang membentuk Chin
atown. Orang Cina ni
memang sangat suka pada duit. Kerja yang dibuatnya adalah untuk 'mencari makan'.
.. dan orang Cina paling takut pada kebuluran dan tiada makanan. Bila bercakap t
entang makan pulak... dia orang nak makan makanan yang sedap-sedap untuk menikma
ti hidup. Untuk dapat makanan yang sedapsedap dan lazat... maka perlulah jadi ka
ya."
Dijentik satu topik kecil sahaja tentang perniagaan, Kiew boleh bercakap berjela
-jela. Aku diam mendengar.
"Macam mana nak jadi kaya? Berniagalah! Cuba kita tengok orang-orang kaya di dun
ia, hampir semuanya jadi kaya melalui perniagaan. ALLAH juga berfirman, sembilan
per sepuluh dari rezeki datangnya dari perniagaan... memang sangat tepat!"
Sebaris ayatnya yang paling akhir mencuri tumpuan. Aku terpana mendengar kelunak
an suaranya menyebut perkataan ALLAH. Tersilapkah telinga yang mendengar atau me
mang benar dia menyebutnya? Aku ingin bertanya, tetapi kesempatan itu tiada.
"Orang Cina pandang tinggi orang yang berniaga, sekalipun perniagaan kecil macam
jual air batu di kaki lima daripada mereka yang kerja makan gaji. Orang yang be
rniaga sendiri ni ada lebih banyak kebebasan dan kuasa. Dipanggil tauke, istilah
yang sangat dibangga oleh orang Cina... satu gelaran kebesaran."
"Berniaga ni memang dah jadi darah daging orang Cina," rumusku.
"Mereka tahan dugaan. Dunia perniagaan ni penuh dengan sepak terajang dan perluk
an kemahiran 'seni kung fu perniagaan' untuk atasi apa juga rintangan. Kalau ter
silap langkah, terjerat dengan Ah Long... seumur hidup menanggung hutang. I dah
makin matang dengan sepak terajang bisnes yang tak kenal erti simpati ni. I dapa
t kenal yang mana kawan dan lawan dalam bisnes... err..."
Tiba-tiba kedengaran alunan lagu Penawar Rindu daripada komputer riba Kiew. Dari
pada rancak berbicara, dia tiba-tiba terdiam. Hatiku digayuti rasa hairan memand
angnya.
"I suka lagu ni," katanya seolah-olah tidak mahu suaranya mengganggu dendangan l

agu itu.
Aku mendiamkan diri, memberi ruang kepadanya menghayati alunan suara Orkid Abdul
lah yang lunak merdu.
Resah tak sanggup menanggung dijiwa.
Salah tak tahu kasih bermula.
Bermula peristiwa dalam ingatan.
Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang
"I memang suka lagu ni," ulang Kiew sekali lagi. Perlahan dan seperti berbisik.
Senyuman kuberi sungguh bermakna.
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui.
Hingga kumerana, merajuk hati.
Membawa diri.
Sebenarnya memang aku tidak menyangka dia yang berbangsa Cina juga menyukai lagu
sebegini. Begitulah dangkalnya fikiranku ketika membuat andaian, sedangkan haki
katnya Kiew membesar dalam persekitaran budaya yang sangat berbeza kalau dibandi
ngkan dengan Sim.
"Ingat tak lagi cikgu yang nyanyi lagu ni masa kita kat sekolah dulu?" soal Kiew
.
Sejenak kami mengimbau. "Puan Normaliza!" Hampir serentak pula kami menyebut nam
anya. Sejenak aku dan Kiew saling bertatapan sebelum cepat-cepat aku kalihkan pa
ndangan bila hati tidak semena-mena rasa berdebar-debar.
"You tak suka lagu macam ni?"
"Suka jugak..." Malu sebenarnya hendak mengiakan yang sebenarnya aku suka pada l
agu-lagu evergreen begini. Rasa tenang dan damai mendengar alunan muzik dan meng
hayati lirik-lirik yang dalam dan penuh makna.
"Tapi ni lagu untuk orang frustr rumusku.
"Lagu untuk orang frust," ulangnya pula. "I cari lagu kat internet, tiba-tiba ju
mpa lagu ni. I suka lirik dan melodinya," kata Kiew lalu memainkan lagu itu seka
li lagi.
"Hisy, nanti muak Sim asyik dengar lagu ni!"
"Dia tak dengarlah... ni kan perlahan. Kita berdua aje yang dengar."
"You suka liriknya. Agaknya lagu ni you tujukan pada seseorang." Aku menjuruskan
perbualan pada hal yang menyentuh peribadinya; hendak mengorek rahsia hati.
"Pandai you teka."
"I memang pandai," balasku sengaja hendak berjenaka.
Ketika itu bagaikan diseru-seru, aku ikut bernyanyi.
"Eh, janganlah nyanyi... suara you tak sedap!"
"Dahsyatlah you ni... selamba aje kutuk orang!"

Kiew terkekeh ketawa.


"Kenapa you tak pernah puji I, Kiew?"
"Betul ke I tak pernah puji?"
"Puji tak pernah... tapi kutuk selalu." Berlebihan pula aku merumus sikapnya, wa
laupun sebenarnya hanya sekali dua dan kutukan yang selebihnya cuma untuk bergur
au.
Kiew masih tergelak-gelak. Agaknya mengenangkan ada kebenaran dalam kata-kataku.
"I puji you dalam hati, Iddya... cakap depan-depan nanti, you perasan pulak."
"Macam-macam perangai manusia ni." Aku sekadar meluahkan pendapat.
"Memanglah... kalau semuanya sama, tak best." Kiew diam seketika. "Iddya... hidu
p ni penuh dengan misteri dan teka-teki... cinta pun macam tu."
Aku memandangnya, cuba merungkai maksud dalam kata-kata.
"I fikir, lebih baik I tunggu orang yang I cintai, dari pilih sesiapa saja asalk
an boleh... sebab hidup ini terlalu singkat untuk dilewatkan dengan pilihan yang
salah."
Tanpa disangka-sangka, Kiew menyingkap lembaran hidupnya.
Aku mengerah otak menafsirkan makna kata bicaranya yang seperti bermadah. Jadi,
benarlah selama ini dia memang sedang menunggu seseorang.
"Tapi penantian tu satu penyeksaan. Kadang-kadang menjadi sia-sia bila hasilnya
tak seperti apa yang kita harapkan." Aku berkata begitu bukanlah bertujuan untuk
menakut-nakutkannya, tetapi untuk menduga sejauh mana kesediaannya untuk terus
menunggu.
"Memang satu penyeksaan... tapi manis dan indahnya tetap ada. Seseorang yang men
unggu perlu ada keberanian kerana penantian tu banyak risikonya. Macam yang you
cakap tadi... mungkin berakhir dengan sia-sia. Tapi I rasa masa dah suntuk kalau
I nak berpatah balik, untuk mulakan hidup baru. Jadi I akan terus tunggu, walau
pun kesudahannya mungkin tak seperti yang I harapkan."
Aku ketawa sinis. "Sampai bila you sanggup tunggu? You tak bagi dia had masa ke?
"
"I akan tunggu sampai I yakin yang dia bukan jodoh I."
Dalam mengagumi, di luar sedar aku menjuihkan bibir. Betapa tidak, ada juga insa
n yang begitu menghambakan diri untuk sesuatu yang dinamakan cinta... untuk sebu
ah penantian yang entah bagaimana kesudahannya.
Aku kemudian mengalihkan tumpuan pada beberapa keping kertas bercetak komputer d
i atas meja dan membacanya sepintas lalu.
"Iddya..."
Pantas aku mendongak demi mendengar Kiew memanggil namaku.
"I suka tengok mata you... mata yang selalu tersenyum dan buat I rasa gembira. I
suka tengok jari-jari you yang runcing... kulit you yang halus... mulus..."
"Eh, apa you merepek ni?" pintasku tanda protes. Pastilah saat ini mukaku merona
kemerahan menahan malu.

"Laa... tadi kata I tak pernah puji... sekarang ni bila I puji, you kata I merep
ek pulak!"
"Alah, you tak ikhlas!"
"Mana you tahu I tak ikhlas? Macam mana you nak ukur keikhlasan I? You bukannya
boleh baca hati I! Kalau you dapat baca hati I..." Kiew tidak meneruskan
kata-kata.
"Kalau I dapat baca hati you..." ulangku agar Kiew menyempurnakan ayat itu.
"Err... kata pujangga, keikhlasan tu umpama seekor semut hitam di atas batu hita
m di malam yang amat kelam, ia wujud tapi amat sukar untuk dilihat."
Haa... mulalah dia bermadah dan bercakap berbelitbelit begitu untuk mengacau-bil
aukan fikiranku.
"Tapi sebenarnya suara you memang sedap. I tak bagi you nyanyi sebab nanti suara
tu akan buat I jadi teringatingat pada orangnya. Bahaya rindu pada kekasih oran
g ni!"
Aku ketawa mendengar gurauannya. Berbual dengannya membuatkan aku terleka sehing
ga aku tidak menyedari masa yang berlari. Mengeling sekilas jam di tangan, barul
ah aku tersedar kalau aku terus berlengah, aku akan terlewat sampai. "Eh, I nak
balik dulu!" kataku seraya bangun.
"Balik mana?"
"Maksud I... pergi jumpa Lutfi."
"Oh, I ingat you akan lepak lama sikit! Kan you kata selalunya you jumpa dia har
i Ahad."
Memanglah hari ini hari Sabtu, tetapi pertemuan hari
ini atas permintaan Lutfi. Bersungguh-sungguh dia meminta aku datang kerana kata
nya hari ini dia akan bekerja separuh hari kerana ada seseorang yang ingin berte
mu denganku. Aku tidak tahu sama ada itu hanya alasan atau memang benar ada sese
orang yang ingin bertemu denganku.
"I really have to go."
"I faham," balas Kiew dalam senyuman. Senyuman yang aku tafsirkan sebagai jelmaa
n daripada rasa hatinya yang terkilan dan kecewa.
AKU terlewat setengah jam dari masa yang aku janjikan dengan Lutfi, namun mujurl
ah dia sedang memberi rawatan. Daripada bunyi yang kedengaran, nyata kedua-dua b
uah bilik rawatan sedang digunakan. Aku menyapa Abang Arif yang duduk di kaunter
. Amsyar pula sedang bermain sendirian. Leka nampaknya dia dengan barang permain
annya.
Bunyi nyaring yang aku dengar awal tadi kini tidak lagi saling bertingkah. Ini b
ererti salah seorang sudah selesai tugasannya. Aku tidak pasti siapa, sama ada L
utfi atau Kak Asnita. Tunggu sahajalah siapa yang keluar. Tertancap mataku di mu
ka pintu bilik nombor satu, tetapi daun pintu di bilik nombor dua yang terbuka.
Aku tidak memberi perhatian kepada wanita yang sedang melangkah keluar, sebalikn
ya aku kembali melayan Amsyar bermain.
"Iddya?"
Aku terkejut mendengar suara yang memanggil namaku. Cepat-cepat aku berpaling.

"Mira! Hei, Mira!" teriakku dalam rasa tidak percaya dan tidak keruan perasaan.
Betapa tidak, sehingga hari ini aku tidak pernah 'membuka mulut' bercerita kepad
anya tentang hubunganku dengan Lutfi. Entah mengapa. Mungkin kerana aku berasa m
alu untuk mengaku yang aku sudah jatuh cinta dengan sepupu
Iqbal, sedangkan dahulu bukan main lagi aku menidakkan kemungkinan ini. Malah ke
tika Syamira mengusul agar aku memberi peluang kepada Lutfi, aku hanya membisu.
"Kau buat apa kat sini?" soalnya setelah kami bersalaman dan berlaga-laga pipi.
Perlukah aku menjawab soalan itu? spontan pandangan kualihkan ke bilik rawatan n
ombor satu.
"Kau dengan Abang Lutfi, ya?"
Akhirnya aku mengangguk kerana tidak sampai hati hendak membiarkan Syamira terus
tertanya-tanya.
"Sejak bila?"
"Lepas balik dari JB dulu."
"Laa... dah berapa lama tu? Macam mana boleh mula? Kenapa aku tak tahu?" Bertalu
-talu soalannya disusuli dengan istighfar hingga Amsyar pun terpinga-pinga meman
dang kami. Mungkin kerana kurang selesa dengan keriuhan di sekeliling, dia bingk
as bangun lalu mendapatkan ayahnya.
"Kenapa tak tanya Iqbal?"
"Iqbal tahu?"
"Tentulah dia tau sebab dia yang pandai-pandai beli tiket bas... satu untuk aku
dan satu lagi untuk..." Tidak aku meneruskan kata-kata apabila daun pintu di bil
ik nombor satu terbuka. Aku mengetap bibir demi bertatapan dengan Lutfi. Meluruh
kan rasa kasih dan rindu dalam malu pada ketika ekor mata sempat menangkap reaks
i Syamira yang sedang termangu.
"Hai!" sapa Lutfi yang sedang berjalan ke arah kami.
"Sorry... terlambat sikit," ujarku
"Dia orang buat treatment sementara tunggu you."
"Buat kat sini boleh dapat diskaun, kat JB mahal!" celah Iqbal setelah dia membu
at bayaran di kaunter. "Jom kita pergi lunch!"
"Eh, nanti dulu... nanti dulu! Boleh tak sesiapa tolong
explain pada I apa yang dah berlaku? I tak tahu pun Iddya dengan Abang Lutfi."
"Nak explain apa? Macam yang you tengoklah!" Mudah sahaja Iqbal memberi jawapan.
"Tapi... err..."
"Lepas ni kita cerita... abang dah lapar ni," pintas Iqbal lalu menarik tangan
Syamira yang kelihatan masih enggan berganjak dari situ.
"Tapi kenapa tak bagi tahu I?"
"Sebab saja nak buat surprise macam tadi. Terkejut, kan?" Mujurlah Iqbal sentias
a ada jawapan dan kali ini Syamira nampaknya berpuas hati.
"Jadi, bila agaknya?"

"Soalan tu kena tanya pada Abang Lutfi dan Iddya... abang betul-betul tak tahu."
Mencerlang mata Syamira memandangku, menagih jawapan. Aku menjungkitkan bahu.
Lutfi juga begitu. Akhirnya Iqbal mengajak Syamira turun. Kali ini dia akur. Aku
juga ingin menuruti, tetapi Lutfi sudah mencapai tanganku, sekali gus menghenti
kan langkah kaki.
"Lambat... pergi mana tadi?"
"Astria."
"Jumpa Kiew?"
"Kiew dan Sim." Aku membetulkan, meskipun Sim sangat sibuk dengan urusan kerjany
a. Hanya sekejap sahaja dia berbual-bual denganku.
"Tentu seronok kat sana?"
Barangkali Lutfi cuba menjurus perbualan untuk mengetahui sejauh mana kejujurank
u dalam berkasih. Aku tidak bersedia untuk berterus terang di hadapan Lutfi baha
wa ada kalanya hatiku tersentuh dengan kata-kata Kiew. Mungkin kerana kami berko
ngsi nostalgia zaman persekolahan dan imbauan kenangan lalu yang sering mengisi
topik bicara
seolah-olah mengikat hatiku kepadanya. Tetapi aku akan sentiasa mengingatkan dir
i, perasaan itu tidak lebih daripada rasa sayang terhadap seorang sahabat.
"Biasa aje... berbual dan tengok internet. Dia orang pun sibuk. Err..."
Laungan suara Iqbal sekali gus menyelamatkan aku daripada situasi yang sedikit m
enekan ini. "Jom!" ajakku namun Lutfi seperti enggan berganjak.
"You don't trust me!"
"Of course I trust you! Only that I feel... you belong to that group. You feel m
ore comfortable with them."
Bersama Kiew dan Sim, tutur kata dan tingkahku lepas bebas. Aku benar-benar menj
adi diriku sendiri yang degil, nakal dan suka mengusik. Berlainan ketika aku ber
sama Lutfi. Aku sangat menjaga tutur kata dan tingkah laku. Aku sedaya mungkin c
uba merapatkan jurang komunikasi antara kami yang jauh berbeza usia agar kami se
ntiasa berada dalam frekuensi yang sama.
"Mungkin betul apa yang you cakap..." Sejujurnya aku mengaku, tetapi masih melet
akkan perkataan mungkin di awal ayat. "Tapi you tetap keutamaan I. Trust me, Lut
fi."
Aku mengharapkan pengertian, tetapi keluhannya yang kedengaran. Aku menyimpan ra
juk di hati dan menurut langkah kakinya dengan perasaan yang berbaur. Namun demi
menatap wajah Syamira dan Iqbal, aku menceriakan wajah. Lutfi juga begitu seola
h-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku sebentar tadi.
HARI ini aku tidak merencanakan pertemuan dengan Lutfi. Tidak seperti rutin ming
gu-minggu sebelumnya. Pertama, kerana semalam kami sudah berjumpa dan kedua, hat
iku sedikit terguris kerana dia meragui kejujuranku. Mungkin bagi Lutfi hal itu
tidak bermaksud apa-apa dan dia sekadar bertanya, tetapi bagi aku sebaliknya. Ke
tiga, sejak semalam hinggalah ke pagi ini dia langsung tidak menghubungiku. Sibu
k benarkah dia?
Selepas makan tengah hari di rumah, aku ke Kompleks Astria Utama. Pada mulanya a
ku terfikir juga hendak ke Kota Damansara, tetapi hati yang terkilan menghambark
an perasaan. Di Jaya Jusco, aku membeli dua helai blaus dan sehelai seluar panja

ng. Kemudian aku membeli sepasang kasut. Entah mengapa, tetapi apabila emosi sed
ikit terganggu, membeli-belah dapat mengurangkan tekanan perasaan. Setelah membe
li beberapa barangan keperluan diri di sebuah farmasi, aku naik ke tingkat dua.
Dari jauh aku ternampak Sim, Rhu Ying, Amanda dan seorang lagi yang tidak aku ke
nali sedang sibuk melayan pelanggan. Kelibat Kiew pula tidak kelihatan. Mungkin
hari ini dia tidak datang ke kedai atau mungkin dia sedang sibuk di 'pejabatnya'
.
Aku tidak mahu mengganggu dan bukan tujuan kedatanganku untuk bertemu dengan mer
eka pun. Jadi aku mengatur langkah menuju ke eskalator. Namun, memang tidak disa
ngka-sangka pula aku akan berselisih dengan Kiew di pertengahan tangga yang seda
ng bergerak. Dia hendak naik dan aku pula hendak turun. Seketika aku tergamam da
n hanya memandang dari jauh.
"Eh, Iddya!" Suara Kiew sedikit terjerit. Reaksi spontannya seolah-olah dia hend
ak menuruni anak tangga mengekoriku.
"Nanti I naik!" kataku segera menahan. Sesudah sampai di bawah kemudian
aku naik semula, macam kerja orang gila. Hatiku tertawa sendiri.
"You nak ke mana?" soal Kiew sebaik-baik sahaja aku berdiri di hadapannya.
"Balik."
"Tak nak singgah kedai dulu?"
Aku tidak segera memberi jawapan.
"Jomlah singgah kejap," ajak Kiew lalu terus mengambil beg-beg plastik di tangan
ku. "Wah, banyaknya shopping!"
"I belum habisshopping lagi... masih ada barang yang I nak beli," kataku memberi
dalih, walaupun sebenarnya tiada apa lagi yang hendak kubeli.
"Okey, kalau macam tu, kita ke kedai dulu sebab I nak hantar komputer ni. Lepas
tu I temankan you shopping." Kiew memberi cadangan. Tanpa menunggu jawapanku, di
a terus mengatur langkah. Aku tiada pilihan kerana beg-beg plastik berisi barang
an yang kubeli tadi berada di tangannya.
"Lambat pulak hari ni," kataku merujuk pada kelewatannya datang ke kedai.
"I dari Melaka. Petang semalam I balik sana sebab mak
I tak berapa sihat."
Aku mengangguk tanda mengerti. Mengucap syukur di dalam hati kerana dia sungguh
mengambil berat tentang kebajikan ibunya walaupun dia sibuk dengan bisnes.
GADIS manis itu sedari tadi kuperhatikan. Terpesona aku memandang kepetahannya b
erbahasa Inggeris. Malah penguasaan bahasa Melayunya pun sangat baik. "Wah, caka
p Melayu macam air!" pujiku. "Tu Filzatun Nasuha... anak kakak I. Ayah dia Mela
yu." "Oh, patutlah..." aku sdikit teruja. Bagaikan menyedari dirinyayang menjadi
bahan bualan, Filzatun Nasuha memandang kami sambil tersenyum. Segera Kiew mema
nggilnya dan memperkenalkan aku kepadanya. Seketika sahaja kami berbual kerana d
ia segera meminta diri untuk melayan pelanggan.
"Sekarang ni dia tengah cuti semester. Dari tak buat apa-apa kat rumah, baik dia
tolong kat sini... dapat jugak pocket money" ujar Kiew setelah Filzatun Nasuha
berlalu.
"You nak tengok tak gambar-gambar I masa di UK?"

"Boleh jugak," jawabku kerana takkanlah aku hendak menolak ketika Kiew sudah mem
buka sebuah folder. Lagipun manalah tahu kalau ada gambar kekasihnya.
Sebenarnya aku ingin sangat mendengar kisahnya dan hendak tahu siapa juga gerang
an yang sudah berjaya menawan hatinya.
Kalau jawapannya masih sama, nanti one fine day I bagi tahu... kali ini aku akan
menggesanya. Dia sudah tahu tentang hubunganku dengan Lutfi, jadi rasanya tidak
adil dia terus berahsia. Aku diam memandang satu demi satu paparan gambar yang
tertera di skrin komputer.
"Ni masa I pergi ladang epal. Gambar ni pulak kat sekitar kota London. Hmm... Tr
afalgar Square... London Bridge. Oh, yang ni kat Madame Tussud!" Nada suaranya k
edengaran sangat ceria. Tentulah imbauan kenangan lalu mengulit rasa bahagia.
Kemudian mataku tertancap pada seorang gadis yang banyak sekali gambarnya di sis
i Kiew. Begitu sopan gayanya tatkala bergambar dengan 'Puteri Diana', tetapi nam
pak brutal masa dia bergambar dengan 'Jackie Chan'. Beralih pula paparan pada ga
mbar mereka berdua yang dirakam berlatar belakangkan gerbang di Marble Arch. Beg
itu mesra Kiew memaut bahunya.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena dadaku bergetar. Entah mengapa hadir rasa ane
h di dalam hati... seperti sedang menanggung rasa cemburu. Perasaan yang hadir s
edetik; di luar kawalan, rasa halus dan lembut menyentuh sanubari. Perasaan yang
tidak harus aku biarkan mendasari hati kerana bimbang
lama-kelamaan akan mengongsi seluruh ruang rasa. Tidak wajar aku berperasaan beg
ini terhadapnya ketika aku sedang berkasih dengan Lutfi. Bertambah menjadi tidak
wajar kerana dia juga sudah berpunya.
"Jadi nilah orangnya?" soalku benar-benar ingin tahu. Perasaanku semakin haru-bi
ru. Perasaan yang aku sendiri sukar hendak mengerti. 'Kiew... mengapa harus ada
rasa cemburu dalam hatiku kalau tidak kerana aku err... ah, akan kuusir perasaan
ini kerana tak patut aku berperasaan begini terhadapmu!'
"Orangnya?" Kiew seperti terpinga-pinga. "Yalah... yang dulu you cakap gambarnya
ada dalam hati you tu," kataku lambat-lambat kerana ayat itu mengelirukan aku j
uga sebenarnya.
"Aneesa ni pun macam you... nakal!" Ketawanya mengiringi kata-kata. Tentulah ing
atan terhadap gadis pujaannya menghantar rasa bahagia sehingga terzahir dalam si
nar mata
dan tutur katanya.
'Aneesa'. Hatiku mengulang sebut namanya.
"Dah lama you kenal dia?"
"Err... dah lama." Ada kegugupan dalam nada suaranya. Entah mengapa!
Aku seboleh mungkin mempamerkan riak wajah yang selamba dan bersahaja.
"Dulu walaupun I duduk kat Birmingham, tapi I selalu turun ke London... jenguk d
ia."
Aku seperti melihat bunga-bunga cinta yang mekar berkembangan dalam hati Kiew. A
ku juga dapat melihat sinar bahagia yang terpancar di matanya. Pastilah
cintanya seindah warna-warna pelangi. Sedangkan warna pelangi cintaku seperti te
lah pudar. Menderu lagi rasa cemburu di dalam hatiku. Oh hati, mengapa harus ber
asa yang tidak-tidak begini?
Lutfi... kuseru namanya dalam hati berulang kali. Sedaya upaya menghadirkan diri

nya, tetapi seketika cuma jelmaan wajahnya kerana berganti juga dengan seraut wa
jah Kiew. Aku tidak mengerti mengapa suara hatiku jadi begini. Mungkin kerana ak
u dengan Lutfi sedang 'bergaduh', maka hatiku mudah tersasar dari landasan kasih
dan cinta yang telah sama-sama kami bina.
Semakin banyak gambar yang dipaparkan, terasa semakin menyesakkan dadaku. Aku me
ngerling jam di tangan, memberi reaksi sudah tiba masanya untuk aku balik.
Bagaikan mengerti, Kiew menutup folder dan melakukan prosedur menutup komputer.
"Jom!" katanya lalu bangun.
"
You nak ke mana?" .
"Temankan you shopping."
"Err... rasanya tak ada apa lagilah yang I nak beli."
"Kalau macam tu... jom kita pergi minum," usulnya sambil mengambil beg-beg plast
ik di atas meja.
RAJUK berpanjangan. Namun sepanjang minggu ini kiriman pesanan ringkas daripada
Lutfi tetap kubalas, walaupun seadanya. Aku juga masih menjawab panggilan telefo
n daripadanya dengan suara yang cuba aku ceriakan. Aku memujuk hati sendiri kera
na rupa-rupanya Lutfi langsung tidak menyedari yang aku sedang merajuk.
Aku mencapai telefon bimbit yang berbunyi nyaring. Nama Lutfi tertera di skrin.
"You on the way ke?" soal Lutfi setelah dia menjawab salamku.
"Tak," jawabku sambil sekilas aku memandang jam di dashboard yang hampir menunju
kkan ke pukul 2.00 petang.
"Apa maksud you?"
"I'm not coming, "jawabku perlahan. Sesungguhnya aku sedang menahan perasaan ker
ana kata-kata itu meruntun sendu di hatiku sendiri. Mendera aku dalam rindu.
"Kenapa?"
Aku diam.
"Iddya... bagi tahu I kenapa ni?" Nada suaranya
kedengaran cemas.
"Takada apa-apa..."
"Ada yang tak kena ni... suara you selalu tak macam ni." Baru kini dia menyedari
, sedangkan hari-hari kelmarin juga nada suaraku sudah begini, hambar dan tawar
sahaja.
"You kat mana ni?"
Pertanyaannya aku biarkan tanpa jawapan. Suka hati dialah hendak meneka aku bera
da di mana.
"Kat kedai kawan you, ya?" Di situ jugalah fikirannya hinggap seolah-olah aku ti
dak tahu hendak ke mana lagi dan tidak mungkin berada di tempat lain.
"Di mana lagi kalau tak kat kedai kawan I... seronok duduk kat sini. Yalah... ka
n / belong to this group? I feel more comfortable with them... bla... bla... bla
..." Aku yang sedari tadi cuba bertahan gagal mengawal emosi. Terlepas juga amar
ah dalam sindiran.

"Lain macam aje bunyinya ni... you perli I?"


"Terpulanglah kalau you terasa."
"Iddya, please don't get me wrong. I tak marah you pergi sana... I cuma tanya aj
e."
"Tapi cara you tanya, nampak sangat you tak percaya pada I. Come on... they're m
y friends. Lagipun, takkan I tak boleh kawan dengan orang lain?"
"I tak maksud macam tu. Kawanlah dengan sesiapa saja... I takkan kongkong you. I
trust you."
"Eleh!"
"So are you coming?" tanya Lutfi tanpa menghiraukan reaksiku yang masih tidak pe
rcaya akan kata-katanya.
"No!"
"Okey, kalau macam tu I jumpa you kat Astria. Kalau you tak ada kat situ, I perg
i rumah you. Jangan lupa... I tahu rumah you kat mana. Elok jugak sebab I boleh
jumpa orang tua you. Nak tunggu you ajak entah bila."
Cemas hatiku mendengar 'ugutannya'. Aku bimbang kalau Lutfi benar-benar serius h
endak datang ke rumah. Aku harus segera menahannya, sekali gus mematikan niat ya
ng seawal tadi kupasang untuk 'bersembunyi' dan memandangnya dari jauh bagi melu
ruhkan rasa rindu.
"I ada kat bawah... dalam kereta," kataku acuh tak acuh.
"Hah?"
Demi mendengar nada suaranya yang spontan bertukar ceria, hatiku sudah berasa te
rpujuk dan tidak keruan rasa.
DARI dalam kereta yang cerminnya agak gelap, gelagat Lutfi kuperhati sebaik-baik
sahaja dia muncul di muka pintu. Sedikit termengah-mengah nampaknya kerana mung
kin dia berlari menuruni anak tangga. Melingas matanya memandang ke kiri dan ke
kanan. Pastilah dia sedang mencari kereta Mini Cooperku yang berwarna merah. Ten
tulah tidak ada kerana hari ini aku meminjam kereta abah kerana pagi-pagi lagi I
jaz sudah 'melarikan' keretaku.
Walaupun aku menjangka inilah satu-satunya kereta di tempat parkir yang enjinnya
sedang terpasang, tetapi Lutfi gagal meneka. Pada ketika dia menekan telefon bi
mbitnya, barulah aku membunyikan hon. Perlahan sahaja kerana dia berdiri selang
tiga buah kereta. Kalau kuat bunyinya, tentulah dia terkejut. Begitulah sayangku
kepadanya sehinggakan perkara sekecil itu pun aku ambil kira.
Lutfi duduk di sebelahku. Kami saling bertukar sepi. Tidak pasti siapa yang haru
s memulakan bicara. Dia membisu. Aku juga begitu.
"Betul ke you dah tak nak jumpa I lagi?" Akhirnya Lutfi bersuara. Intronya mengh
antar rasa ngeri hingga aku tergamam mendengarnya. Lidah seperti sudah kelu hing
ga aku
tidak dapat hendak berkata-kata.
"I minta maaf sebab I tak tahu dan tak sedar yang seminggu ni rupa-rupanya ada o
rang merajuk. Patutlah lain macam aje bila bercakap dan balas SMS." Suaranya sem

akin memujuk hati, tetapi aku tetap meluruskan pandangan ke hadapan. Malu sebena
rnya kerana aku macam anak kecil yang sedang merajuk dan minta dipujuk.
"Apalah erti hidup Lutfi tanpa Iddya. Setengah Iddya dan setengah lagi Lutfi...
barulah akan jadi satu yang saling melengkapi. Tu bagi I... I tak tahu you macam
mana. You masih kongsi dengan I ke perasaan ni, Iddya?"
Aku tidak mahu memperjudikan impian hidup bersama yang selama ini kami bina den
gan bersikap pasif dan terlalu emosional, lalu perlahan-lahan aku mengangguk. Wa
jahnya kutatap. Kupaksa bibir mengukir senyuman.
"I percayakan you, tapi kadang-kadang I macam rasa tak secure. Mungkin sebab I s
elalu fikir you deserve orang yang lebih baik dari I."
"Selalu fikir macam tu?" soalku perlahan. "Sejak kita mula jumpa lagi hal ni dah
I fikirkan. I sedar kekurangan diri I."
"Jangan terlalu merendah diri, Lutfi."
"Bukan merendah diri, tapi nak menguji hati kekasih... sama ada masih lagi sayan
g atau dah benci."
"Rasa-rasanya?"
"Rasa-rasanya dia masih sayang. Kalau dia dah tak sayang... I tak boleh nak paks
a. Tapi tak tahulah kat mana lagi I nak menumpang kasih... nak tumpahkan sayang
dan nak bermanja," lirih suaranya.
Aku menoleh ke sisi. Rupa-rupanya dia sedang memandangku. Tidak keruan perasaan
dibuatnya apabila saling bertatapan. Akhirnya kami sama-sama tertawa. "I missed
you so much," ucap Lutfi.
"Agaknya tadi kalau I tak cakap nak pergi rumah you... sampai sudah I tak tahu y
ou ada kat sini. Jangan buat I macam ni, Iddya. Kesian I..."
"You tu yang fikir bukan-bukan! Lutfi, cinta akan berjalan lancar kalau diiringi
rasa saling mempercayai antara kita."
"I tahu, tapi I tetap bimbang."
"Tu tandanya you tak percaya pada I."
"Percaya... tapi I tetap bimbang," ulang Lutfi sekali lagi.
"Bimbang aje... bukan cemburu?"
"Dua-dua."
Sesungguhnya aku tahu bukan lautan namanya kalau tidak berombak. Bukanlah cinta
namanya kalau perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya kalau hati ti
dak pernah merindu dan berasa cemburu.
"Kalau macam tu... I takkan jumpa dia orang lagi," kataku untuk menduga. Tetapi
kalau memang itu permintaannya, pasti akan aku tunaikan juga.
"I takkan kongkong you, Iddya. You tahu apa yang terbaik untuk kita. Tentang kaw
an-kawan you... by all means..." jawab Lutfi yang membawa maksud dia memberi kei
zinan dan sesekali tidak akan menghalang. Akulah yang harus tahu had dan batasan
. Peringatan ini aku pahat kukuh di dalam hati.

IDDYA, kenapa dah lama tak datang?"


"Eh, kan baru lagi I ke sana? Kenapa? You rindukan I ke?" gurauku untuk mengacau
bilaukan sedikit fikirannya. Sebenarnya memang aku ingin menjauh. Bukan sahaja k
erana aku hendak menjaga hati Lutfi, tetapi aku tidak mahu hati Rhu Ying rosak k
erana aku. Juga aku bimbang dengan suara hatiku sendiri yang entah dirasuk apa,
tiba-tiba sahaja berasa cemburu apabila dia menunjukkan gambar-gambarnya bersama
Anessa.
'Mungkm ketika itu hatiku sedang rawan, maka mudah sahaja perasaan lain datang m
engganggu.' Aku berandaian sendiri untuk menyegarkan hati yang rasa bersalah ker
ana tersasar dari landasan kasih yang kubina dengan Lutfi.
"Kalau dah tahu I rindu... datanglah!" balasnya bergurau juga. Aku mendengar dia
ketawa. "I dah print artikel yang I cakap dulu."
"Laa... kenapa you tak e-mel aje pada I? Kan senang macam tu?"
"Senang pada you, tapi tidak pada I."
Aku cuba memikirkan maksud kata-kata Kiew itu. Namun terasa malas pula hendak me
nggerakkan saraf-saraf di otak untuk mencerakin makna. "Maksud you?"
"Kalau I hantar e-mel, you tentu tak datang sini. Petang ni kalau free, datang y
a!"
Seingat aku sudah hampir tiga minggu kami tidak berjumpa. Selama waktu itu, enta
h berapa kali Kiew menelefon bertanya mengapa aku tidak lagi berkunjung ke kedai
nya. Lalu berterusanlah aku memberi alasan demi alasan, tetapi tidak langsung ak
u menyentuh soal Lutfi, apatah lagi tentang sikap Rhu Ying yang seperti tidak me
nyenangi kehadiranku.
"Nantilah... sekarang ni I tengah sibuk," balasku dan menambah satu dua alasan l
agi yang aku reka sendiri. Lega rasa hati kerana dia memahami, sementelah dia ju
ga tentulah sibuk dengan urusan perniagaannya.
MEMANGLAH aku sangat terkejut apabila mukanya terjengul di sebalik daun pintu se
telah aku memberi keizinan untuk masuk. Sama sekali aku tidak menyangka Kiew yan
g datang dan kini sudah berada di hadapanku.
Melingas matanya memandang ke sekeliling. Lagaknya seperti orang hendak membuat
spot check. Barangkali dia hendak melihat sejauh mana kesibukanku. Apakah benar
ada susunan fail membukit di atas meja. Atau aku terlalu sibuk bermesyuarat hing
ga tidak sempat hendak mengangkat muka.
Ah, mengapalah datang tanpa amaran! Kalaulah aku tahu, boleh juga aku lambakkan
fail dan surat-surat di atas meja. Kini yang nyata mejaku kosong. Malah sebentar
tadi aku masih sempat termenung melayan angan-angan.
"Maaf kalau I ganggu. Sibuk ya?"
"Baru habis mesyuarat!" Aku tidak berbohong kerana memang aku baru selesai berbi
ncang dengan Abang Zairi. Lebih kurang macam mesyuarat jugalah, walaupun kami ha
nya berdua sahaja.
"Kebetulan I ada kerja kat kawasan ni... jadi singgah
sekejap jumpa you!"
Terangguk-angguk kepalaku tanda mengerti, sekali gus
menghargai ingatannya itu.

"Kenapa dah lama tak datang kedai?" Memang sudah kuduga soalan ini akan diajukan
nya juga, tetapi jawapan apakah yang sebaiknya kuberikan kepadanya? Takkanlah a
ku hendak bercerita tentang Lutfi. Takkanlah aku hendak beritahu dia tentang rea
ksi Rhu Ying yang merimaskan itu. Rhu Ying yang memang 'berangin' dan pandai ber
pura-pura. Kalau Kiew ada, bukan main lagi manis mukanya dan ramah berbicara. Ka
lau tidak, mukanya masam mencuka hingga kadang-kadang pelanggan pun dilayan acuh
tidak acuh sahaja. Marah kepadaku, maka dilampias kepada yang lain. Sudahnya na
nti, kedai komputer itu gulung tikar pula. Aku maklum dengan isyarat yang diberi
petanda kehadiranku tidak diterima.
"Sibuk. Macam nilah kerja dengan orang. Lainlah you... ada bisnes sendiri." Aku
membuat perbandingan untuk menunjukkan betapa kekangan sebegini membuatkan aku t
idak boleh bergerak bebas. Tidak seperti dia yang mempunyai waktu dan cara kerja
yang tidak mengongkong. Dia bekerja mengikut masa dan sesuka hatinya.
"Apa kata you cuba bisnes macam yang I buat. Sebagai permulaan, fikirkan dulu ap
a yang you nak promote."
"I malas nak libatkan diri dengan benda-benda yang serius. Kerja yang I buat ni
lainlah... sebab dah memang bidang I."
"Apa yang seriusnya? Bisnes ni biasa aje. Nak buat kat rumah pun boleh. You teng
ok I... ada ke you nampak ciri-ciri
orang yang serius bekerja? Kebanyakan masa... I rasa I mainmain aje. Relaks maca
m ni. I rimas kalau pergi kerja kena pakai tai, kasut kulit, kot dan terlalu for
mal."
Aku mengamati dirinya sejenak. Kalau bekerja di pejabat tentulah bukan begini pa
kaiannya.
"Tapi mesti smart." Kiew menambah.
Sungguh dia bukan bercakap kosong kerana dalam gaya yang kasual dan ranggi, dia
tetap kelihatan kemas.
"Tak susah bisnes ni. Seribu satu macam barang you boleh jual. Buku, ubat-ubatan
, pakaian dan aksesori wanita terutamanya yang ada ciri-ciri etnik.
"Tapi nampak macam susah aje. Mula-mula buat promosi, lepas tu ambil order dan h
antar barang," rumusku mengulas kerumitan prosedur yang harus dilakukan.
"Tak susah... you cuma kena tahu cara nak jalankan, jenis insurans yang diperluk
an, cara nak bayar dan hantar. Bisnes ni boleh buat duit! Pesanan datang setiap
hari... tak kiralah masa I tengah tidur ke atau tengah lepak. Bisnes ni bekerja
untuk I dan bukan sebaliknya," jelas Kiew.
"I tahu bisnes ni boleh buat duit... tapi..." Aku berjeda mencari kata-kata yang
sesuai pada ketika aku teringat kepada Irfan Khairi yang memperolehi pendapatan
satu juta ringgit semasa usianya baru 19 tahun melalui bisnes ini. "Nantilah...
I fikir dulu," tambahku. Seraut wajahnya kutatap. "You tak banyak berubah ya Ki
ew," ulasku menukar topik bicara.
"Sebenarnya I dah banyak berubah... tapi mungkin you yang tak perasan."
"Berubah yang macam mana? Luarannya memanglah... you nampak lebih smart..."
"Yang tu I dah tahu..." Kiew cepat memintas.
Aku buat-buat muka jengkel mendengar dia memuji diri sendiri, sedangkan dia keta
wa sahaja memandang aksiku.

"Nantilah... one fine day you akan tahu jugak."


"Asyik-asyik one fine day... one fine day... boringlah you ni! Tak boleh ke you
cakap sekarang?" desakku kerana tidak suka dibiarkan menunggu dalam teka-teki.
"Sooner or later... you akan tahu jugak," kata Kiew
lambat-lambat, masih dalam nadayang sama... berteka-teki!
"Ah, baik tak payah cakap!" Di luar sedar aku bereaksi
seperti anak-anak kecil yang tidak dapat barang permainan
yang didambakan. Marah dan merajuk.
"Iddya... rupa-rupanya sifat itu kekal dalam diri you, tapi kat sini tak ada pok
ok jacaranda..." Kiew membiarkan ayatnya tidak sempurna. Dia tersenyum sendiri.
Agaknya dia terkenangkan 'si Pocahontas' yang merajuk dan membawa diri lalu dudu
k di bawah pokok jacaranda yang terletak di hujung padang sekolah kami.
Terkenang benar hatiku pada pohon jacaranda yang satu itu... yang seperti tidak
kenal erti musim... sepanjang tahun diselimuti bunga berwarna ungu, bagaikan ing
in menghiburkan hatiku yang sesekali dilanda lara.
"Agaknya ada lagi tak pokok tu kat sekolah kita dulu?" Pantas Kiew menggeleng, s
ekali gus menghampakan hatiku. Tetapi aku fikir Kiew sengaja hendak bercanda ker
ana dia tahu pohon itu ada kenangan tersendiri buat diriku.
"Dah tak ada?"
Anggukannya tanda pasti. "Ada tambahan bangunan asrama... jadi pokok tu terpaksa
ditebang." Kesal dan terkilan hatiku mendengarnya. "Tapi ada satu tempat tu yan
g pokok jacarandanyz lebih cantik!" kata Kiew bersungguh-sungguh.
Sangkanya tentulah aku teruja, tetapi aku tetap terkenang pada pohon jacaranda y
ang satu itu kerana terhimpun kenanganku di situ. "Mungkin... tapi I tetap suka
pada pokok yang kat sekolah kita dulu." Mendatar suaraku dek hambatan rasa kecew
a.
"Alah, you ni... sentimentallah pulak! Nanti one fine day... I bawayou pergi san
a."
Aku ketawa. Bukan janjinya yang membuatkan hatiku terpujuk, tetapi frasa one fin
e day itu mencuit hatiku. "You ni apalah... asyik-asyik one fine day... one fine
day!"
"Sekurang-kurangnya kata-kata tu boleh buat you ketawa!" Kiew ada saja jawapan u
ntuk melepaskan dirinya.
"Okey, I tunggulah one fine day tu. Hmm... one fine day yang entah bila," omelku
sengaja hendak mengusik.
"Eh, sekarang pun boleh!"
"Err... lain kalilah sebab sekarang ni I tengah kerja."
Akhirnya, kami sama-sama ketawa.
OHAMAD Lutfi bin Ibrahim. Di dalam galeri hatiku hanya ada nama dia. Dia yang be
rtakhta. Tetapi sehingga saat ini aku masih gagal menekan
rasa takut untuk memberitahu keluarga tentang hubungan kami yang semakin intim d
an mesra. Hubungan ini harus dimaknakan dalam realiti, bukan dibiarkan terawangawang dan tidak berpijak di bumi nyata. Fikiranku juga sudah tetap, tidak lagi t

erdorong memikirkan masa lalunya.


Aku sedar cinta bukan hanya sekadar lafaz dalam bentuk kata-kata, tetapi harus d
iiringi tindakan-tindakan untuk menunjukkan perkongsian rasa kasih sayang. Namun
tanpa ikatan pernikahan, tindakan itu hanya mampu berlegar-legar di ruang harap
an dan anganan. Aku menanti masa yang paling sesuai untuk membawa Lutfi bertemu
keluargaku.
SEBELUM ke Ara Damansara, aku singgah di Kompleks Astria Utama kerana aku sudah
berjanji untuk makan tengah hari dengan Kiew dan Sim. Sudah banyak kali aku meno
lak pelawaan mereka, hinggalah semalam aku sampai tidak terjumpa lagi alasan unt
uk mengelak.
"Jom! Sim tak dapat ikut sebab dia ada hal. Petang nanti baru dia datang kedai,"
ujar Kiew sebaik sahaja aku sampai.
TERHENTI langkahku di kedai yang menjual beraneka kad dan barangan cenderamata a
pabila aku terpandang sampul duit raya beraneka warna dan corak dengan gambar ka
rtun di dalam sebuah kotak yang sederhana besar.
"Kejap, I nak beli," kataku sambil memilih.
"Ait, you pun nak beli jugak!" tegurku dalam hairan ketika Kiew ikut ke kaunter
bayaran.
"Untuk anak saudara I."
Aku sedia mengerti yang mereka juga menyambut hari raya Aidilfitri. "Minta sini
I bayarkan sekali." Tanpa menunggu jawapannya, aku terus mengambil paket duit ra
ya di tangannya, lalu membuat pembayaran.
"Berapa?" soal Kiew ketika aku menghulurkan beg plastik kecil kepadanya.
"Jangan lupa duit raya untuk I," gurauku yang nyata tidak menjawab pertanyaan ke
rana takkanlah untuk harga yang tidak seberapa itu pun aku hendak berkira dengan
nya.
Atas permintaanku, kami ke Restoran Burger King.
"Nak makan apa?" soal Kiew sebaik-baik sahaja kami sampai dan memilih tempat dud
uk.
"Apa-apaaje..."
"Eh, cuba tengok senarai tu... manaada 'apa-apa aje?"
Aku ketawa geli hati. Dalam sebegitu banyak jenis makanan yang dipamer, memang a
ku tidak pasti hendak makan yang mana satu. "Ikut you ajelah!"
Kiew bergegas menuju ke kaunter. Aku mengisi masa
menghubungi Lutfi yang kini berada di Taiping. Sudah dua hari dia di sana kerana
keluarganya mengadakan kenduri menyambut puasa, sekali gus kenduri tahlil.
"Lusa kita nak sambut puasa, jadi esok kita lunch samasama, ya!"
"Hmm... oppss!!" Terkejut aku memandang dua biji burger Whopper yang diletakkan
oleh Kiew di atas meja.
"Kenapa, Iddya?"
"Burger ni besar sangat," jawabku lalu bangun untuk mencari ruang yang lebih

selesa kerana kalau terus duduk di sini, tentu Kiew mendengar perbualan kami. Ap
abila berhadapan dengannya, aku berasa malu hendak melahirkan rasa rindu kepada
Lutfi. Tidak sempurnalah perbualan andai tatkala berpamitan tidak disulami denga
n pengucapan kata kasih dan sayang.
"Kenapa tak makan nasi?"
"Sebab nanti bulan puasa tak dapat makan burger. Burger memang tak termasuk dala
m senarai menu mama untuk juadah berbuka puasa."
"Tak ada di rumah... nanti bila kita buka puasa samasama, kita pergilah makan bu
rger."
"Tapi you kan tak suka makan burger."
"Tu tak bermakna I tak boleh temankan you. I sanggup buat apa saja untuk you, Id
dya. Ingat tu..."
"Hmm... rindulah. Bila nak balik ni?" Aku menyoal soalan yang sudah kutahu jawap
annya. Sengaja hendak mengada-ngada dan bermanja-manja dengannya.
"Esok... jangan lupa janji kita. Missed you so much love." Nada suara Lutfi ceri
a petanda rasa hati yang bahagia.
Sesungguhnya aku pun begitu juga. Rasa yang mengongsi jiwa kulahirkan dalam kata
-kata. Pengucapannya dalam nada yang lunak dan lebih pada berbisik, sekadar cuku
p untuk pendengaran Lutfi sahaja.
"I love you too. Okay, enjoy your lunch!" kata Lutfi sebelum kami saling berpami
tan.
"Sorry!" kataku ketika kembali ke tempat duduk.
"Wah, lari jauh-jauh cakap dengan abang dia!"
Aku tersenyum malu. "Laa... kenapa you tak makan dulu?" Aku rasa bersalah kerana
membiarkan dia menunggu.
"Tak apa... kita makan sama-sama."
"Beli yang besar sekali," omelku sambil membuka bungkusan burger itu.
"Haa... kompelin! Tadi kata, ikut aje kan?" Bersahaja Kiew membalas. "Nak air ap
a?" soalnya sambil mencapai dua bekas minuman yang masih kosong. "Air apa-apa ta
k ada," tambahnya dengan senyuman mengusik.
"Vanilla coke!" Aku pantas membuat pilihan kerana malas hendak berbalas kata den
gannya. Walaupun sebenarnya aku berasa sangat lapar, tetapi aku tetap menunggu K
iew kembali ke tempat duduk sebelum makan. Wajarlah begini sebagai membalas kesa
barannya menanti aku tadi.
"Wow, ganas jugak you ni!"
"Habis tu nak makan macam mana? Memang macam nilah makan burger. I bukan hipokri
t tau... makan dengan penuh sopan-santun depan orang. Dengan you lagilah pulak.
Tak ada apa I nak malu," kataku berterus terang.
"Langsung tak malu, ya!" sindir Kiew.
Aku cuma menggeleng kerana dengan makanan yang penuh di dalam mulut memang susah
aku hendak berkata-kata.

"Bukan langsung tak malu, tapi pada pendapat you... I patut makan macam mana? Cu
bit-cubit macam ni?" soalku sambil mencubit-cubit roti burger.
"Kebanyakan perempuan yang I jumpa, makan dengan penuh sopan-santun depan lelaki
," ujar Kiew memberi pendapatnya sendiri.
Aku tersenyum-senyum kerana memang itulah yang
aku lakukan ketika di hadapan Baein dahulu. Aku bersikap terlebih lemah-lembut d
an sangat menjaga tingkah laku untuk menawan hatinya. Begitu juga di peringkat a
wal hubunganku dengan Lutfi, tetapi kebelakangan ini aku semakin menjadi diriku
sendiri kerana cara dan pembawakan Lutfi membuatkan aku sangat selesa dengannya.
"Berapa banyak perempuan tu?" soalku cuba mengusik.
"Banyak sampai I tak boleh nak kira dan.ingat." Aku memberi ekspresi tidak merag
ui pengakuannya.
"Eei, makan bersememeh!"
"Bersememeh tu apa?"
"Tu, makan sampai comot mulut you!" kataku sambil menghulurkan kertas tisu.
Segera diambil lalu dilap mulutnya. "Eleh, kata orang... mulut dia pun sememeh..
. dia tak sedar!" balas Kiew dalam senyuman mengejek. Serentak itu dia terus men
gesat bahagian mulutku dengan jari-jemarinya. Begitu sahaja tanpa menggunakan ke
rtas tisu. "Hah, tu ada lagi!"
Aku yang sememangnya mudah berasa kalut, pantas mencapai kertas tisu lalu mengel
ap di sana sini. Hanya apabila Kiew terkekeh ketawa, barulah aku sedar yang dia
hanya mengusik.
"You suka warna apa, Iddya?" soal Kiew setelah kami
selesai makan.
"Hmm... warna apa ya? Oh ya, kenapa nak tahu?"
"Saja."
"Eleh, takkanlah! Mesti ada apa-apa ni. Haa... nak beli hadiah untuk I, ya?" usi
kku sambil menggosok-gosok keduadua belah telapak tangan.
"Kenapa tak buat macam ni?" soal Kiew sambil merapatkan kedua-dua belah tapak ta
ngan. Menggosok-gosoknya seketika sebelum menghembuskan nafas di telapak tangan
kanan dan kiri.
Terburai ketawaku memandang aksinya. Berpadu dengan ketawanya. "You ingat lagi!"
"Teruk betul you ni... sampai Afiqah pun takut nak tulis nama you."
Kami mengimbau nostalgia lama. Menyebut satu dua nama yang terlintas di ingatan.
"Puteri masih kat Perth ke?" Soalan yang selama ini kusimpan, akhirnya aku lonta
rkan juga. Selama ini hati sering tertanya-tanya mengapa Puteri Hazirah menyepik
an diri. Entah-entah hal ini ada kaitannya dengan Baein kerana kebetulan tidak l
ama selepas itu, Baein memutuskan hubungan. Tapi ini hanya andaian aku sahaja.
"A'ah, dia masih kat sana. I ada e-mail address dia... nanti I bagi kalau you na
k. Oh, ya... warna apa?"
Mujurlah setakat itu sahaja Kiew mengulas tentang Puteri Hazirah dan tumpuan fik
irannya telah kembali pada soalan yang diajukannya sebentar tadi.

Aku terkenang pada pohon jacaranda yang kuntuman bunganya berwarna ungu. Warna y
ang melambangkan kelembutan, keceriaan dan keharmonian. Ungu tergolong dalam kum
pulan warna-warna sejuk cenderung berpengaruh memberikan perasaan tenang, mempun
yai rasa dingin atau impersonal. Warna kebangsawanan, kerohanian dan kemewahan.
Tetapi dari sudut negatifnya pula, warna ungu dikatakan melambangkan kemurungan.
Entahlah ya.
"Lamanya fikir," tegur Kiew.
Aku tersenyum. Hati terkenang kepada Syamira. Dia tahu aku amat menyukai warna u
ngu, lantaran itu dia memberi tafsiran warna ungu berdasarkan pemerhatiannya ter
hadap sikapku. Katanya, seseorang yang menyukai warna ungu tidak pernah ragu-rag
u dalam menghadapi masa depan. Dia akan cuba melakukan yang terbaik dalam apa
juga perkara yang dilakukannya. Dalam bercinta pula, hanya mereka yang kuat ment
al mampu mendekati dan menjadi kekasihnya. Betulkah?
"I suka warna ungu. Kalau you nak beli apa-apa untuk I, you beli warna ungu, eh!
" Aku sekadar bercanda.
Kiew tersenyum-senyum. "Sebenarnya I nak beli kain untuk you buat baju raya."
"Betul ni?" Aku seperti tidak percaya.
Kiew pantas mengangguk.
"You nak belikan atau I boleh pilih sendiri?" soalku
sekadar menduga.

"You pilih sendiri," balasnya bersungguh-sungguh.


Nyata dia serius.
"Pilihsendiri. Hmm... nanti kalau I terberkenan yang
mahal macam mana?"
"Beli yang you suka... mahal pun tak apa." Aku menggeleng kerana merasakan tiada
kewajaran menerima apa jua pemberian daripadanya. "Tak apalah, sebab dah dekat
puasa ni biasanya orang dah tak nak terima tempahan lagi," ujarku memberi alasan
yang aku kira bernas dan masuk akal kerana hendak menolak begitu sahaja, nampak
benar tadi aku hanya main-main, walaupun hakikatnya memang aku hanya bergurau.
"Kalau macam tu, beli yang dah siap."
Aku tidak menyangka dia sangat serius dalam soal ini. Sekali lagi berputar ligat
otakku mencari alasan yang lebih wajar. Buntu. Tidak terlintas apa-apa pun di r
uang fikir. Sukarnya hendak berfikir dalam keadaan yang tertekan.
"Kat sini ada banyak butik... beli aje yang dah siap!"
"Err..." Tidak terlontar suaraku. Tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadany
a.
"Kenapa... takut Lutfi marah?"
Aku tidak fikir Lutfi akan marah. Dalam banyak waktu,
dia memang seorang yang sangat memahami dan penyabar,
lebih-lebih lagi sejak aku merajuk hari itu.
"Kami saling mempercayai... kenapa dia harus marah?"
"Kalau macam tu... lepas ni kita pergi beli!"

Aku hanya mampu mengangguk.


"SELALUsangat Iddya pergi Astria... buat apa?"
"Jumpa kawan... ex-classmate. Dia ada kedai komputer kat sana," jelasku cuba mel
egakan perasaan sendiri apabila diajukan dengan soalan seperti itu. '
"Yang datang kat ofis dulu tu ke?
Aku mengangguk. "Ada apa-apa ke dengan dia?"
"Hisy, abang ni! Kami kawan sejak sekolah lagi! Pergi sana pun bukan jumpa dia s
eorang..."
"Mula-mula memanglah kawan, tapi lama-lama jadi kekasih. Lepas tu kahwin... jadi
suami isteri," pintas Abang Zairi penuh makna.
"Alah, tu abang dengan Kak Dhira!" sanggahku cuba mengalih tumpuannya. "Orang da
h lama kawan dengan dia... tak pulak rasa macam tu. Selalu 'bergaduh' lagi adala
h!"
"Dah betullah tu! Bila bergaduh, Iddya dengan dia saling mengenali. Tahu apa yan
g dia suka dan benci. Nanti bila dah kahwin, taklah bergaduh lagi."
"Dia tu dah ada steady girlfriendlah!" Aku cuba melepaskan diri daripada andaian
Abang Zairi yang mula merapu-rapu.
Sebenarnya aku senang hati kerana Abang Zairi menyangka selama ini aku menghabis
kan hujung minggu di kedai Kiew, sedangkan sebenarnya aku lebih kerap ke Kota Da
mansara bertemu Lutfi. Hubungan cinta ini biarlah menjadi rahsia sehingga aku be
nar-benar bersedia untuk memberitahu keluarga.
Ini merupakan minggu ketiga umat Islam berpuasa. Aku bercadang hendak perg
i ke kompleks Astria Utama. Kebetulan sudah berada di situ, aku singgah juga di
kedai Kiew dan Sim untuk bertanya khabar.
"Dia orang tak ada... ambil barang kat Plaza Low Yat," ujar Rhu Ying acuh tidak
acuh.
Aku tidak tahu entah berapa lama lagi mereka di sana. "Kalau macam tu tak apalah
... I balik dulu."
"Sebenarnya I nak pergi klinik. Boleh tak you tolong tunggu kedai sekejap? Kalau
ada orang nak beli apa-apa, minta tolong Gary dari kedai sebelah."
"Mana Nasuha dan Amanda?"
"Nasuha dah balik kampus. Amanda cuti."
"Okey... tapi janganlah lama sangat." Aku tinggal sendirian. Berharap agar Rhu Y
ing tidak lama di klinik kerana aku nampak Gary sedang sibuk memunggah dan menyu
sun peralatan komputer di kedainya. Menyedari Kiew tertinggal telefon bimbitnya,
aku menghubungi Sim dan berasa lega apabila diberitahu mereka dalam perjalanan
pulang.
Aku membiarkan deringan telefon bimbit Kiew mati sendiri kerana merasakan tidak
wajar aku menjawab bagi pihaknya. Untuk mengisi masa, aku melipat kertas dengan
teknik origami; mencuba satu dua yang mudah dan masih kuingat cara-cara melipatn
ya. Akhirnya, terhasillah burung merak, kuntuman bunga teratai dan satu lagi tid
ak tahu menjadi bentuk apa.

Aku cepat-cepat bangun dan cuba berlagak


seolah-olah akulah jurujualnya apabila nampak seorang pelanggan masuk ke kedai.
"Mana Umar?"
Aku termangu. 'Hmm... silap masuk kedai ni,' rumusku di dalam hati. Serentak itu
aku menggeleng dengan pasti.
"Dia pergi mana?"
"Siapa?"
"Umar."
"Kat sini tak ada orang nama Umar." Penuh yakin aku memaklumkan.
Lelaki itu seperti terpinga-pinga. Wajahnya kuamati. Aku baru tersedar yang aku
pernah melihatnya sebelum ini. Tapi di mana... di mana ya? Aku memerah otak. Lal
u tiba-tiba terlintas di layar ingatan album keluarga Kiew. Teringat Kiew pernah
memberitahu yang abang iparnya memanggilnya Umar. Mungkin dialah abang ipar Kie
w.
"Oh, dia ya! Err... dia pergi Low Yat ambil barang."
"Haa... tak apa. Tolong bagi baju ni pada dia. Pesan pada Umar... kakak dia ajak
berbuka puasa kat rumah. Kesian dia berbuka sorang-sorang."
Aku terkedu mendengarnya hingga tidak terucap katakata untuk membalas. Ketika it
u masuk pula seorang wanita,
lalu terus merapati lelaki yang aku yakini memang abang ipar Kiew. Seketika mere
ka berdua bercakap itu dan ini.
"Nanti jangan lupa pesan pada Umar datang ke rumah ya. You pun jemputlah sekali!
"
"Ya... ya. Insya-ALLAH!" balasku agak kalut. Sebaik sahaja mereka berlalu, aku m
engintai isi kandungan di dalam beg kertas itu. Sepasang baju Melayu. Tetapi apa
yang lebih menarik perhatianku ialah warnanya. 'Wah, sedondon pula nampaknya ka
lau aku pakai baju kurung warna ungu yang dibelinya dulu. Ada-ada ajelah Kiew ni
! Dia ingat ni zaman sekolah dulu agaknya. Pakai sedondon semasa kami menari tar
ian zapin.'
Dalam terkenang-kenang nostalgia lama, tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Sesu
atu yang baru datang dalam fikiranku. 'Kiew puasa? Kemudian diajak pula berbuka
puasa di rumah kakaknya. Kiew? Umar?' Besar tanda tanya di ruang fikirku. Hal in
i tidak mustahil. Kemungkinannya ada, tapi mengapa mesti berahsia. Lebih baik ka
lau dia bercerita tentang kisah hidupnya? Manalah aku terfikir hendak bertanya s
oal ini... memang langsung tidak terfikir, meskipun masa sekolah dulu Kiew sudah
menunjukkan minat ke arah itu.
Tetapi aku selalu juga mendengar orang bukan Islam berpuasa; sama ada mengikut t
untutan agama mereka, sengaja berpuasa atau sebagai cara untuk menguruskan badan
. Mungkin atas salah satu sebab itulah Kiew berpuasa.
AKU meninjau keluar. Tidak sabar rasanya hendak menunggu Kiew pulang. Rhu Ying p
ula belum nampak kelibatnya. Agaknya dia sengaja hendak 'mendera' aku duduk di k
edai ini seorang diri. Entah-entah dia sedang mengintip reaksiku duduk melongo m
acam ayam berak kapur.

Aku berasa lega apabila Sim dan Kiew akhirnya sampai.


Aku memberitahu Sim tentang wang bayaran dan jenis barangan yang dibeli oleh lim
a orang pelanggan sepanjang waktu aku menunggu kedai tadi yang kesemuanya aku le
takkan di atas kaunter. Mereka membuat bayaran yang tepat kerana aku tidak tahu
cara menggunakan mesin juruwang.
"Mana Rhu Ying?" soal Sim sambil merekodkan jualan yang aku buat tadi.
"Dia pergi klinik."
Berkerut-kerut dahi Sim. Kegusaran terlukis di wajahnya. "Risau ya bila dengar d
ia sakit?" Aku sengaja mengusik.
"Kalau Lutfi sakit... tentu you pun risau." Aku tersenyum mendengar jawapan Sim.
Sesungguhnya begitulah perasaannya apabila sedang berkasih. Ibarat cubit paha ka
nan, maka paha kiri juga ikut merasakan sakitnya. "Nanti I bawa dia datang sini
jumpa you all." Aku kalihkan pandangan kepada Kiew yang tiba-tiba berdehem. Buny
inya macam sengaja dibuat-buat. Barangkali menghantar isyarat agar
cukup-cukuplah aku bercerita tentang Lutfi. Aku pula baru tersedar mungkin ber
lebihan aku berkisah... macamlah aku seorang sahaja yang ada kekasih pujaan hati
. Kiew walaupun ada teman istimewa, tidak pula dia bercerita. Semuanya disimpan
sendiri. Mungkin sewajarnya begitu. Aku mengingatkan diri sendiri.
"Kiew, tadi kakak you datang. Dia hantar baju... ada kat dalam beg tu," kataku s
ambil menuding ke arah mejanya.
Kiew mencapai beg kertas yang aku maksudkan, lalu mengintai isinya.
"Cantik ya... warna ungu!" sindirku kerana berandaian hal ini memang disengajaka
n.
Kiew tersenyum-senyum. "Sebenarnya I dah beli kain ni dan hantar tempah sebelum
I beli baju you. Kebetulan sama pulak atau boleh jugak I kata you yang tiru I...
pilih warna
yang sama sebab I yang beli dulu."
"Eh, mana I tahu baju you warna ungu?" protesku tidak puas hati.
Kiew menjungkitkan bahu sambil menjuihkan bibir. Aksinya menyakitkan hatiku.
"Oh ya Umar, dia pesan suruh you datang buka puasa kat rumah dia!" Aku melampias
rasa tidak puas hati dengan memanggil namanya sama seperti yang disebut oleh ab
ang ipar dan kakaknya tadi.
Kiew kelihatan tergamam. Mati senyuman di bibirnya. Aku mengalihkan pandangan ke
rana renungan matanya membuatkan aku berasa tidak selesa.
"You panggil I apa tadi?"
"Err... Umar," jawabku teragak-agak.
"Jadi you dah tahu?" Namun reaksi dan kata-kata Kiew yang seterusnya semakin mem
buatkan aku keliru.
"Tahu apa?"
"Tahu yang I puasa."
Aku mengangguk. Setakat itu sahaja yang aku tahu. Selebihnya mengapa dia berpuas

a, memang aku tidak tahu dan ingin sangat hendak tahu.


"Sebenarnya ni dah tahun keenam I puasa dalam bulan Ramadan," jelas Kiew menjawa
b pertanyaan yang sedang bermain-main di fikiranku.
Entah bagaimanalah agaknya reaksiku ketika ini. Namun yang pasti, mulutku terlop
ong mendengarnya.
Kiew menarik sebuah kerusi, rapat ke kerusi yang sedang aku duduk. "Iddya... nam
a Kiew tu Sebenarnya dah lama jadi sejarah. Tak lama lepas sampai di UK... nama
I dah jadi Umar Aisy Kiew Abdullah."
Aku cuba mencerakin makna yang sebenarnya terlalu mudah untuk ditafsir. "Jadi, d
ah lama you masuk Islam?"
Dia mengangguk. Terjawab sudah segala tanda tanya
dan kemusykilan tentang kalimah-kalimah yang pernah diucapkannya selama ini sert
a petikan Ayat Seribu Dinar di atas mejanya.
"Tak percaya ke?" Serentak itu dia mengeluarkan dompetnya dari saku. "Tengok MyK
ad I," katanya sambil menghulurkan kad pengenalannya kepadaku.
Aku mengamati. Sudah terang lagi nyata dan tidak ada apa-apa yang perlu aku pers
oalkan lagi tentang pegangan agamanya kini. Cuma aku ingin tahu mengapa dia menu
kar agama dan apa yang mendorong tindakannya.
"Kenapa masuk Islam? Lagi I hairan kenapa masa di UK... kenapa tak di sini?"
Kiew seperti sedang tercari-cari jawapan.
"Sebab nak kahwin dengan orang Melayu?" asakku kerana inilah alasan yang sudah s
ering aku dengar apabila seseorang itu memeluk agama Islam.
Anggukannya membuatkan hatiku rasa terkilan. "Masuk Islam semata-mata sebab nak
kahwin." Bagi aku, Kiew... err... bukan Kiew, tapi Umar... Umar Aisy tentu tahu
tidak sepatutnya dia berbuat begitu. Tidak ikhlas... tidak benar-benar memeluk a
gama Islam kerana mencintai agama suci ini. Dia masuk Islam bukan kerana dia men
dapat petunjuk dan hidayah ALLAH, tetapi kerana dia hendak kahwin dengan perempu
an Melayu. Hatiku benar-benar kesal.
Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mana perginya perempuan itu? Kalaulah kasih tida
k kesampaian, sampai hati ditinggalkan sahabatku ini begitu sahaja, sedangkan Ki
ew nekad menukar agamanya. Namun mujurlah walaupun dia tidak mencapai tujuan asa
lnya, dia masih berpegang teguh pada agama ALLAH. Syukur alhamdulillah!
"Iddya... sekarang jangan persoalkan kenapa I masuk Islam. Nanti one fine day...
I akan bagi tahu you sebabnya. One fine day..." Diulangnya sekali lagi frasa it
u kerana dia
tahu aku pasti akan mencemik tidak puas hati mendengar
penjelasan itu.
Tetapi kali ini aku bertahan dengan riak wajah bersahaja. "Okey, I takkan persoa
lkan, tapi apa dah jadi pada dia? Kenapa tak jadi... err..."
Tolong jangan tanya pasal dia!" pintas Umar Aisy.
"I nak tahu sikit aje," pujukku sambil menggandingkan ibu jari dengan jari telun
juk dalam kedudukan yang sedikit renggang untuk menunjukkan hanya sedikit sahaja
yang ingin kutahu. Sebagai sahabat, aku ingin berkongsi suka dukanya.
"You ni memang suka mendesak!" Aku mengetap bibir. Menahan rasa berjauh hati men
dengar tuduhannya yang melulu, tetapi dalam masa yang sama aku cuba memahami kes

an emosi yang ditanggungnya. "Okey, tak nak cerita... tak apa! Aiman tak kisah!"
Gurauku selebihnya hendak
memujuk hati sendiri.
"Sorry Iddya," ucapnya dalam nada suara seperti menanggung rasa bersalah.
"Sorry untuk apa?"
"I tak maksud cakap you macam tu... cakap you suka
mendesak."
Oh, rupa-rupanya terkesan juga di matanya reaksiku tadi! "Tak perlu minta maaf.
I sepatutnya tahu batas... patut sedar tak semua perkara you boleh cerita pada I
."
"Iddya, bukan macam tu. I sebenarnya memang nak cerita macam-macam dengan you, t
api I tak tahu macam mana nak mula." Serentak melahirkan kata-kata, Umar Aisy me
nyentuh belakang telapak tanganku.
Aku tergamam. Kelu lidah kerana reaksinya tidak kuduga. Tertancap pandangan mata
pada jari-jemariku yang
sedang dielusinya.
"Kiew... err... Umar..." Aku baru dapat bersuara tatkala
aku nampak Rhu Ying masuk ke kedai.
Seperti baru tersedar daripada lamunan, sepantas kilat Umar Aisy melepaskan tang
anku. Dia terus meraup muka sambil beristighfar. Jelas kepadaku hal yang terjadi
sebentar tadi berlaku di luar sedarnya. Entah mengapa sehingga dia berkelakuan
begitu. Mungkin kenangan lalu terlalu membekas di hati hingga dia terbawa-bawa d
an mendorongnya berilusi.
Aku menunggu, tetapi tiada pengucapan kata maaf daripadanya. Mungkin Umar Aisy m
enganggap tindakannya sebentar tadi tidak salah. Apa pun, aku sudah memaafkan ti
ndakannya yang aku anggap tidak disengajakan itu.
"Macam mana I boleh convert... entah ya! Hal tu berlaku dalam sekelip mata, tapi
inilah perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidup ini. I temui kebenaran d
an jawapan pada banyak perkara yang selama ni ada dalam fikiran I,"
Seketika Umar Aisy berjeda. Tentulah dia sedang menarik peristiwa demi peristiwa
dari kotak memorinya. Aku diam, memberi ruang kepadanya untuk terus bercerita.
"Ingat lagi masa tu I pergi masjid. I tengok orang sembahyang... seorang imam de
ngan sejumlah makmum... nampak sangat harmoni. Ayat-ayat yang dibaca buat I rasa
tenang. Bila dia orang habis berdoa, lelaki yang duduk tak jauh daripada I tany
a kenapa I tak sembahyang. I cakap pada dia... I bukan orang Islam, tapi I nak m
asuk Islam. Dua tiga kali dia tanya dan I bagi jawapan yang sama. Masa tu sebena
rnya I tak pasti sama ada I cakap ikut hati atau fikiran, tapi itulah yang I cak
ap pada dia. Lepas tu dia terus panggil bilal dan imam. Dia orang soal macam-mac
am sampai I jadi keliru... tak pasti sebab apa I nak masuk Islam."
"Kenapa keliru? Bukan ke you masuk Islam sebab nak kahwin? Tapi you nak kahwin d
engan siapa? Bukan ke masa tu kita baru habis sekolah?" Aku mencelah juga kerana
merasakan ada percanggahan dalam kata-katanya.
"Dalam keliru, tiba-tiba I macam nampak satu jalur cahaya yang sangat terang. Ma
kin lama makin bersinar-sinar. Masa tu juga I mengucap... tanpa diajar oleh sesi
apa." Umar Aisy mengabaikan pertanyaanku seolah-olah soalan-soalan itu tidak men
ampan gegendang telinganya.
Air mukanya berubah ceria. Dia terus bercerita. "Umar... nama tu abang ipar I ya
ng bagi. Umar bermakna... yang memakmurkan. Imam Hamzah yang tambah Aisy sempena
nama anaknya. Rupa-rupanya lelaki tu anak Imam Hamzah. Sejak tu I baik dengan d

ia. Kami belajar di universiti yang sama, tapi dia ambil accountancy."
Aku ikutkan sahaja rentaknya. Membiarkan persoalan tadi berlegar-legar di ruang
fikir. Aku tidak akan ulang bertanya, tetapi berharap agar suatu hari nanti pers
oalan itu akan terjawab juga. Tunggulah one fine day...
"Nak tahu makna Aisy?"
Aku mengangguk lembut. Seraut wajahnya kutatap. Matanya yang teduh dan bening ke
lihatan bercahaya.
"Hmm... mewah... kaya-raya!"
"Haa... dah betullah tu!" sambutku kerana merasakan yang nama itu memang tepat u
ntuk dirinya. "Agaknya kalau duduk lama kat sana... boleh jadi menantu Imam Hamz
ah," tambahku untuk mengusiknya.
"Dia memang ada anak perempuan... cantik orangnya. Tapi tak naklah! Kahwin denga
n dia... nanti I tak balik sini. Hati I di sini, Iddya. Di sinilah tanah airku!"
Agak patriotik pula lagaknya kali ini.
"Oh ya, I nak panggil you apa? Kiew atau Umar?"
"Ikut sukayou... orangnya tetap sama."
"I panggil you Umar. Hmm... Umar," ulangku perlahan. Sengaja aku menyebut namany
a dalam nada yang lunak.
"Ya, sayang."
"Hisy!"
"Apa pulak? You panggil... I jawablah!"
"Jangan sampai Lutfi dengar... mengamuk dia nanti." Aku memberi peringatan.
"Dia tak ada kat sini... dia takkan tahu kecuali kalau you yang bagi tahu. Oh ya
, baju ni mengingatkan I masa kita sekolah dulu. You ingat tak lagi kita pernah
menari masa Hari Guru? Kita pakai baju warna kuning dengan hijau. Apa nama cikgu
tu? Haa... Puan Normaliza! Confident aje dia suruh I gantikan tempat Sulaiman."
Tidak berhenti-henti dia bercakap, sekali gus menukar tajuk bicara.
"Yalah... you yang hari-hari tengok kita orang berlatih... sebab tu dia ingat yo
u pun memang minat menari."
"Dia tak tahu... sebenarnya I duduk kat situ sebab nak tengok you menari."
Hatiku tiba-tiba diterpa rasa malu. "Apalah you ni!"
"Betul! I suka tengok you menari. Nampak cute sangat!"
"Sebenarnya I pun rasa macam tu jugak!" Inilah sahaja cara yang aku rasa paling
mudah untuk menutup topik itu. Terbukti berkesan kerana Umar Aisy yang sejenak m
elongo, kini mencemik pula. Mungkin geli telinganya mendengar aku memuji diri se
ndiri.
"You ikut sekali pergi berbuka kat rumah kakak I?"
"Dia memang ajak, tapi I rasa lain kali ajelah."

"Kenapa?"
Serba salah pula aku hendak memberitahunya kerana hati ditekan rasa malu.
"Haa... I tahu!"
Aku mengangkat kening
u serba-serbi tentang
a puasa di mana. Sama
Zairi atau Kak Inez,

sambil mempamer rasa ingin tahu kerana dia seolah-olah tah


diriku. Dia sudah pasti akan meneka-neka aku hendak berbuk
ada bersama Lutfi, berbuka dengan keluarga, di rumah Abang
atau di rumah ibu-ibu saudara serta sepupuku yang lain.

"Hari ni you tak puasa, kan?"


Demi mendengar pertanyaannya, spontan darah menyerbu naik ke muka yang sudah ter
asa panas. Malu. Dalam kalut dan menggelabah, aku mencapai burung merak origami
di atas meja, lalu aku baling ke arahnya. Tetapi sedikit pun dia tidak mengelak,
sebaliknya terkekeh ketawa.
"Tengok tu, perangai tak ubah-ubah... suka sangat baling benda. Nanti bila dah k
ahwin... jangan pulak you baling pinggan mangkuk. I tak nak makan atas
daun pisang!"
Aku menjeling geram mendengar gurauannya.
"Iddya, tengok gaya you aje... I dah tahu you tak puasa."
"Jadi, setiap pelangganyang datang... you tahulah siapa yang puasa, siapa yang t
ak?" Aku cuba hendak mengelak daripada dia bercakap tentang hal diriku sahaja.
"I tak perhati semua orang... tapi I tengok you. Nampak segar macam orang baru l
epas minum."
Ah, kena lagi! Malas aku hendak melayan celoteh dan gurauannya. "Nak baliklah."
"Eh, kan kakak I ajak you sekali!"
"Maybe next time!"
"Jomlah! I janji I takkan bagi tahu sesiapa yang you tak puasa hari ini. I soran
g aje yang tahu," katanya
bersungguh-sungguh.
Hal tidak puasa itu bolehlah aku 'lakonkan', tetapi nanti selepas berbuka tentul
ah kena solat maghrib. Apa hal pula kalau aku tidak sembahyang?
"Lain kalilah Kiew! Oppss... Umar."
Aku segera bergegas pergi dari situ.
PADA malam Aidilfitri, selepas berbual-bual I dengan Lutfi, aku menghubungi Syam
ira pula. Agak lama juga kami berbual tentang kehidupan masing-masing ketika ini
. "Oh ya, jadi ke lepas raya ni?"
"Apa yang lepas raya?" balasku dengan soalan juga, pura-pura tidak faham.
"Orang biasanya masa raya nilah bertandang... lepas tu terus merisik."
Hatiku digayuti rasa bimbang kerana sehingga ke hari ini aku masih belum membuka
mulut berkisah tentang hubunganku dengan Lutfi kepada keluarga.
"Abang Lutfi masa balik sambut puasa dulu dengarnya dah bincang pun dengan kelua

rga dia. Aku ni bukannya nak jadi tukang sibuk tapi aku fikir kalau dua-dua dah
suka, buat apa nak tunggu lagi? Kadang-kadang aku rasa kau ni macam
main-main... tak serius. Abang Lutfi pulak terharap-harap. Iddya... kalau kau ta
k mahu, terus terang aje."
'Mira, aku seribu kali mahu, tapi aku takut nak cakap pada keluarga aku.' Suara
hatiku meronta-ronta di dalam. "Nantilah, aku baru nak bincang dengan keluarga a
ku." Akhirnya aku seperti berjanji kepada Syamira pula. Bukan untuk melunakkan h
atinya, tetapi itulah misi penting yang perlu aku lakukan secepat mungkin.
"Okeylah... nanti kalau ada apa-apabagi tahulah." Aku sedar daripada nada suaran
ya, Syamira kecewa mendengar jawapanku tadi. Perbualan kami kali ini tidak disul
ami jenaka dan gurauan. Aku mengandaikan yang Syamira sedang sibuk di rumah kelu
arga mentuanya menjelang hari raya daripada hakikat dia sebenarnya sangat kecewa
dengan sikapku yang hingga kini merahsiakan hubungan dengan Lutfi daripada peng
etahuan keluarga.
UMAR AISY, Sim, Renita dan Thenesh, tunangnya datang berhari raya di rumahku pad
a kira-kira pukul 2.00 petang. Inilah kali pertama aku bertemu kembali dengan Re
nita. Dia baru sahaja pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus selama enam
bulan di Osaka, Jepun.
Setelah berbual seketika, aku meminta diri untuk ke dapur. Abah melayani mereka
berbual-bual. Aku berulang-alik dari dapur ke meja makan membawa juadah seperti
lemang, rendang, ketupat, kuah kacang dan lain-lain kerana Umar Aisy sudah berpe
san kepadaku supaya menghidangkan makanan ini. Katanya dia tidak mahu makan bisk
ut dan kek. Wah, dia pulak yang menetapkan menu masa datang bertandang ke rumah
orang!
Walaupun sebenarnya Enel yang menyediakan serbaserbi dan aku hanya meletakkannya
di meja hidangan, tetapi kecohnya macam akulah yang bertungkus-lumus membuat
semua kerja. Ini belum lagi Lutfi yang datang, tentu lebih kecoh, kalut dan meng
gelabah agaknya.
Hati sangat terkenang kepadanya yang berada di Taiping. Teringat pagi-pagi lagi
Lutfi sudah menelefon untuk mengucapkan salam Aidilfitri. Seraut wajahnya di tub
ir mataku. Teringat lagi ketika aku memberanikan diri mengajaknya datang ke ruma
h untuk berhari raya. Jawab Lutfi, tunggulah sampai aku benar-benar bersedia. Ka
tanya lagi...
"Dah siap ke Iddya?"
Tersentak aku daripada lamunan demi mendengar suara mama. Aku mengusap-usap dada
bagi mengembalikan semangat ke dalam diri.
"Haa... tengah beranganlah tu!" sergah mama sambil kepalanya tergeleng-geleng.
Semua mata tertumpu ke arahku. Antara mereka, Umar Aisy berlebihan pula reaksiny
a. Pandangan matanya menghantar maksud yang dia tahu ke mana merayapnya anganank
u tadi. Eei... malunya!
"Mama tanya apa tadi?"
"Dah siap ke belum?"
"Oh, dah! Marilah!" ajakku.
Sebaik sahaja aku selesai menuang air, Abang Zairi dan keluarganya pula sampai.
Nur Fatin Amira bergegas masuk sambil menunjukkan paket duit raya di tangannya k
epada abah dan mama. Apalah lagi tujuannya kalau bukan hendak meminta duit raya

daripada datuk dan neneknya pula.


"Haa, mana duit raya I?" soalku sambil menghulurkan tangan kepada Umar Aisy. Sen
gaja hendak mengusiknya yang nampak macam sudah tidak sabar lagi hendak menjamah
makanan yang terhidang.
"I belum kahwin... tak boleh bagi ang pow," balasnya merujuk pada tradisi masyar
akat Cina yang lazimnya orang sudah berkahwin sahaja yang akan memberi ang pow.
"Betul tu... I sokong!" sambut Sim.
"I bukan minta ang pow, tapi duit raya," tingkahku tidak
mahu mengalah. Bertambah seronok mengusik, lebih-lebih lagi apabila muka Umar Ai
sy sudah merona kemerahan.
"Tahun depan Renita kena bagi kita!" celah Sim cuba mengalihkan tumpuan kepada R
enita pula.
"Kalau setakat sepuluh ringgit... sekarang ni pun I boleh bagi," balas Renita ya
ng sudah pun meletakkan dua potong lemang ke dalam pinggannya.
"Okey, makan dulu... nak bagi duit raya tu lepas ni! I tak terima yang below one
hundred tau!" gurauku sambil menghulurkan bekas berisi rendang kepada Renita. "
Ni rendang ayam special untuk you," tambahku kerana aku tahu Renita yang beragam
a Hindu tidak boleh makan daging lembu.
Abang Zairi pun ikut sama makan dan meriuhkan suasana. Lamanya mereka makan samb
il bersembang sampai aku rasa mereka macam tidak mahu balik. Mujurlah
tidak ada tetamu-tetamu lain yang datang.
Akhirnya sebelum pulang, bukan sahaja anak-anak Abang Zairi yang kebetulan berad
a di rumah mendapat duit raya daripada Umar Aisy, tetapi aku juga turut menerima
nya hingga seketika aku menjadi bahan usikan pula.
Riang benar Nur Fatin Amira menunjukkan sekeping wang kertas berwarna merah yang
baru dikeluarkan dari sampul. Aku juga ikut membuka sampul di tanganku dan meng
intip isinya. Wang kertas berwarna ungu. Bukan sekeping dua, tetapi entah berapa
. Aku tidak boleh menerima pemberiannya. Aku tidak mahu termakan budi dan Umar A
isy juga harus sedar yang dia tidak seharusnya berlebihan memberi.
KETIKA
Lutfi
memberitahu yang
dia hendak menghantar komputer ribanya untuk dibaiki, aku pantas mengajaknya ke
Kompleks Astria Utama. Dalam minda, aku merencanakan tujuan serampang dua mata;
sama ada Umar Aisy atau Sim membaikinya dan kemudian aku hendak memperkenalkan L
utfi kepada mereka.
"Ada satu perkara yang I nak bagi tahu you tentang kawan I ni," kataku sebaik-ba
ik sahaja Lutfi memarkir keretanya.
"Kawan you yang mana satu? Kiew ke Sim?"
"Kiew... I panggil dia Umar."
"Umar?" Lutfi agak terkejut.
Aku mengangguk. Terkesan riak curiga di wajah Lutfi. Tentulah pelbagai tafsiran
sedang bermain-main di fikirannya.
"Umar tu nama Islam dia."

"Kenapa sekarang baru bagi tahu I?" Nyata hatinya tidak lepas dari rasa curiga.
"I pun baru tahu... penghujung puasa baru-baru ni."
"Jangan-jangan..."
"Lutfi..." pintasku lembut, tetapi dalam nada suara yang menghantar makna, usah
berprasangka atau menaruh rasa curiga. "I macam dah dapat agak you akan fikir pe
rkara ni ada kaitan dengan I... sebab tu I ambil masa fikir macam mana nak bagi
tahu you. Lutfi... hal ni langsung tak ada kaitan dengan I. Dia masuk Islam masa
dia belajar di UK."
Kelegaan terpancar di muka Lutfi. Pasti dia sudah dapat meyakini hatinya, sekali
gus mengusir prasangka.
"Biar apa pun niatnya memilih Islam, kita doakanlah yang terbaik untuknya." Aku
memberi penekanan pada nada suara ketika menyebut perkataan kita. Kita yang memp
unyai maksud mendalam sebagai mewakili kami berdua.
"Tapi kenapa baru sekarang dia bagi tahu?"
"Entah! I tahu pun cara tak sengaja masa kakak dia datang kedai hantar baju Mela
yu dia. Lepas tu pesan ajak dia berbuka puasa sekali dengan dia. I rasa kalau ta
k sebab tu, sampai sekarang pun I tak akan tahu."
"Peliklah kawan you ni!" rumus Lutfi walaupun dia belum pernah bertemu dengan or
angnya. Kalau sudah bertemu, barangkali Lutfi akan fikir penat sahaja selama ini
dia cemburu kerana Umar Aisy 'biasa-biasa' sahaja orangnya.
"INI Umar Aisy... member I masa kat sekolah dulu," kataku ketika memperkenalkan
mereka kepada Lutfi.
"Iddya ada cerita tentang you," ujar Lutfi ketika mereka
bersalaman.
"Dia pun selalu cerita pasal you!" balas Umar Aisy pula.
Sekilas aku memandang Lutfi, tidak terkesan perubahan air mukanya, sedangkan min
daku sempat mentafsir an-tara frasa ada bercerita dengan selalu bercerita tentul
ah membawa maksud yang berbeza. Memanglah kalau berbual dengan Umar Aisy, sepert
i tidak sempurna kalau tidak menyentuh
tentang Lutfi. Tetapi ketika dengan Lutfi, aku rasa seperti tidak sempat pula ka
mi hendak bercerita tentang orang lain.
"Mana Sim?"
"Dia pergi Low Yat. Kejap lagi baliklah."
"Oh ya, Lutfi minta you tengokkan komputer dia!" Serentak itu Lutfi meletakkan k
omputer ribanya di atas meja. "Banyak program yang dah tak boleh dibuka. Tak sam
pai seminggu bagi adik I pinjam... dah jadi macam ni."
"Kena virus agaknya. Kadang-kadang masuk web yang 'bukan-bukan'... nasib tak bai
k boleh kena!"
"Hmm... dah betullah tu!" omel Lutfi. Apalah lagi maksudnya kalau tidak berandai
an yang adiknya sudah pasti melayari laman web yang tidak sepatutnya. Dia bukan
sebenar-benarnya mencari bahan di internet untuk menyiapkan tugasan kuliahnya.
"Nak servis ambil masa jugak. You pergilah jalan-jalan dulu. Nanti bila dah siap

, I call," kata Umar Aisy.


"Okey!" balasku, lalu seiringan dengan Lutfi mengatur langkah meninggalkannya.
"SMART!" Terpacul keluar perkataan itu daripada mulut Lutfi setelah kami keluar
dari kedai. Aku pandang wajah Lutfi dengan perasaan hairan. "I cakap pasal kaw
an you tu."
Aku tidak mahu menyangkal atau menambah apa-apa. Penilaian setiap orang tentulah
berbeza. Aku lebih suka menganggap Umar Aisy 'biasa-biasa' sahaja. Pandangan se
begini menindih rasa hati agar tidak melepasi had menyukainya lebih daripada seo
rang sahabat.
Aku kini sedang berkasih dengan Lutfi, maka sangatlah tidak wajar aku memberi wa
laupun sedikit ruang di dalam hatiku kepada lelaki lain. Tetapi sesekali di luar
kemahuan aku seperti tergoda. Ah, hanya mainan ilusi! Aku lebih suka
menganggapnya begitu daripada mengaku sesekali tersasar juga perasaanku terhadap
Umar Aisy.
Dari Jaya Jusco, kami terus ke tempat makan. Namun baru sahaja aku hendak menyua
p nasi, telefon bimbitku berbunyi. Segera aku menyambungkan talian.
"Tak boleh siap cepat... cacing, Trojan, datuk nenek, mak bapak, anak, cucu-cici
t virus semua ada," terjah Umar Aisy, menyenaraikan satu per satu sebagai menunj
ukkan betapa teruknya virus yang merosakkan program dalam komputer riba kepunyaa
n Lutfi itu.
"Ini yang bertanduk pun ada," tambahnya lagi dalam ketawa. Sudah pastilah dia se
dang cuba 'membersihkannya'. "Hmm...'sakit' betul komputer ni... you nak tahu di
a masuk web apa? Porno beb!"
"Eh, bukan dialah!" Cepat-cepat aku mempertahankan Lutfi, tidak merelakan andaia
n sebegitu terhadapnya.
"You mana tahu? Hati-hati Iddya sebab you kawan dengan orang yang dah ada pengal
aman."
Bunyi ketawa Umar Aisy yang semacam itu sangat menjengkelkan hatiku. Tetapi apak
an daya kerana Lutfi duduk di hadapanku. Tidak wajar pula rasanya aku hendak ber
balas kata.
"I perlu masa nak 'bersihkan'... kalau dah siap, esok I call you."
"Okey!" balasku lalu terus memutuskan talian. Tiba-tiba aku rasa tiada mood untu
k berbual-bual dengan Lutfi. "Tak boleh siap hari ni... esok I datang ambilkan."
"Susahkan you pulak."
Sebenarnya aku tidak sabar hendak menanti datangnya hari esok. Aku ingin membetu
lkan tanggapan Umar Aisy terhadap Lutfi. Memang benar katanya yang Lutfi sudah a
da pengalaman dalam hidup berumah tangga, tetapi aku yakin Lutfi tidak akan meng
ambil 'sesuatu' yang bukan haknya. Dia
tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku, walaupun sesekali peluang itu ada.
Sebaliknya, dia sangat melindungi. Dia bukan seperti yang Umar Aisy sangkakan.
"Dia cakap apa?"
Tersedar aku daripada lamunan. Mungkin lama hatiku berbicara sendiri sehingga di
luar sedar aku mengabaikannya.
"Corrupted... " ujarku bersahaja.

"Sebenarnya I dah agak mesti jadi macam tu, tapi kalau tak bagi kesian pulak seb
ab dia kata nak buat assignment. Tak sangka begini pulak jadinya." Ikhlas kata-k
atanya, sekali gus menidakkan andaian Umar Aisy.
Aku mengangguk perlahan.
KEESOKAN harinya aku bersendirian ke Kompleks Astria Utama. Sebaik sahaja aku sa
mpai, Umar Aisy mengeluarkan komputer riba Lutfi. Dia menerangkan serba ringkas
tentang program anti virus yang telah dimasukkannya. Setelah itu dia menutup kom
puter lalu memasukkannya ke dalam beg. "Dah siap... bolehlah bagi balik pada aba
ng you!"
"Eh, apa ni? Cakap macam orang cemburu aje!" usikku.
"Tahu tak apa!"
Terpinga-pinga aku memandangnya. Tidak mengerti. "Err... forget it. I gurau aje!
"
Aku menjungkitkan bahu. "Berapa?"
"Tak payah bayar... bukan ada tukar apa-apa barang pun. Hmm... boleh cerita siki
t tentang dia?"
"Siapa?"
"Eleh, kura-kura dalam perahu..."
"Mana? Mana?" soalku buat-buat tidak faham.
Umar Aisy melongo.
"Ya... mana kura-kuranya? I tak nampak pun!"
"Eei dia ni... karang I cekik-cekik baru tau! I tanya pasal Lutfilah!"
"Oh, Lutfi!" Suaraku lunak bukan main lagi. Bukan disengaja, tetapi kelunakannya
hadir dengan sendiri bersama rasa hati. "Haa... apa yang you nak tahu tentang L
utfi?"
"Apa yang buat you tertarik pada dia?" Lagak gaya dia bertanya seolah-olah seper
ti dalam satu sesi temu bual pula.
"Kenapa nak tahu?" soalku cuba mengelak.
"Saja..." ringkas jawapannya.
Seraut wajah Lutfi bermain-main di tubir mata. Kami saling tersenyum tanda bahag
ia. "Kematangan fikirannya... dan macam yang you cakap semalam... dia seorang ya
ng berpengalaman," ujarku dan ayat yang akhir itu sengaja aku tekankan intonasin
ya dalam nada sinis. Puas hati!
Aku tahu Umar Aisy menyedari tujuanku memulangkan paku buah keras kerana senyuma
n berserta gelengan kepalanya sudah cukup menjelaskan yang dia tahu
aku menyindir. Namun tiba-tiba dia ketawa, tetapi aku sedikit pun tidak kisah. T
idak ada apa yang lucu sebenarnya. Ketawa itu bagiku sekadar untuk menutup kekal
utan perasaannya.
"Orang yang lebih dulu makan garam... tentulah lebih banyak pengalaman. Berbandi
ng dengan orang muda yang kurang ilmu dan pengalaman hidup," sindirku.

"Tu I tak nafikan. Iddya... I tahu you terasa hati dengan apa yang I cakap semal
am, kan? Sebenarnya I tak bermaksud macam tu. Sebagai kawan, I cuma nak ingatkan
you... tu aje. I minta maaf kalau I tersalah cakap. I kena jaga mulut ni lain k
ali!" Umar Aisy mengakhiri kata sambil jari-jemarinya menampar-nampar perlahan b
ibirnya.
Aku ketawa kerana aksinya nampak lucu.
"Lagi?"
"Dia seorang yang serius..."
"Oh, sejak bila you suka orang yang serius? I tak tahu pulak," pintasnya. Lagakn
ya seperti orang terkejut.
"Serius bila masanya dia perlu serius."
"I pun macam tu... malah I rasa semua orang pun macam tu."
"Serius bila bercakap tentang masa depan. Ada waktu bergurau, dia bergurau."
"Ohh?"
"Apa ohh!?" ajukku kembali. Tidak faham maksud nada suaranya yang semacam itu. M
enyindir, teruja atau barangkali mengejek.
"Lagi?"
"Sebab I rasa senang dengan dia... rasa selesa macam dah bertahun-tahun I kenal
dia."
"Dengan I you tak rasa selesa?"
"Dengan you lainlah... berapa tahun I dah kenal you? Dari kita form one.
Terasa geli hati pula kerana aku yang menyoal, aku sendiri yang menjawabnya.
"Dari you yang comot..."
"Haa... tengok tu, sedap diaaje kutuk orang!" pintasku.
"I belum habis cakaplah sayang... you dah potong," omelnya dalam gurauan.
Serentak itu dia cuba mencuit hidungku, tetapi mujurlah aku sempat mengelak.
"Masa tu you comot, tapi cute. Sekarang ni cantik."
"Pirahhh... jangan nak bodek!"
"Kalau I bodek pun dapat apa? Jadi, buat apa I nak bodek?"
"Okeylah... I nak balik dulu!" kataku lalu bangun. Senaskhah majalah Maskulin ya
ng aku bawa tadi aku tinggalkan di atas meja.
"Iddya, your magazine!"
"Tak apa... I bagi you!" Serentak aku berpaling, bagai dalam gerak perlahan seke
ping sampul kecil berwarna ungu melayang-layang lalu jatuh di atas meja.
Aku tergamam kerana keadaan yang terjadi tidak seperti yang aku rancangkan di da
lam minda. Rentetannya harus begini: Umar Aisy menyedari majalah itu tertinggal

setelah lama aku meninggalkan kedai. Sampul kecil itu hanya ditemui ketika dia m
embelek dan menyelak helaiannya. Tetapi kini lain pula hal yang terjadi. Sebaikbaik sahaja Umar Aisy mencapai majalah tersebut, sampul kecil itu terus terjatuh
.
"I tak boleh terima. Hari tu I bergurau aje."
"Tapi memang I nak bagi you."
"Kenapa nak bagi I? I bukannya tak ada duit. I dah kerja."
"I tahu you ada duit... tapi I saja nak bagi you." Memang aku boleh terima, teta
pi apa pula kata Lutfi nanti kalau dia tahu. Silap-silap percaturan, berantakan
pula hubungan kami. "Tak bolehlah Umar... I tak boleh terima.
Lagipun you dah beli baju... mahal pulak tu harganya. Cukuplah... I takut termak
an budi."
"Iddya... I ikhlas."
Seumur hidup tidak pernah aku menerima pemberian wang daripada mana-mana lelaki
kecuali daripada abah dan Abang Zairi. Daripada Lutfi pun, tidak pernah, malah u
ntuk dibelikan apa juga barangan pun seringkali aku menolak. Aku ada wang untuk
membayar sendiri barangan yang ingin kubeli. Kalau tidak ada wang atau tidak men
cukupi, aku
lupakan sahaja.
"You jangan persoalkan keikhlasan I. Keikhlasan tu
ibarat..."
"Seekor semut hitam di atas batu hitam... di malam yang kelam," pintasku mendahu
luinya.
Umar Aisy termangu.
"Umar... I sangat hargai persahabatan kita. I balik dulu... senang-senang nanti
call I, ya!" kataku untuk menyegarkan kembali hatinya. Aku terus berlalu meningg
alkan kedainya sambil menggalas beg komputer.
LAMA juga rasanya aku tidak bertemu dengan Umar Aisy dan Sim kerana sibuk dengan
urusan kerja dan berhujung minggu dengan Lutfi. Hari ini tergerak pula hati unt
uk berjumpa dengan mereka kerana kebetulan aku melawat tapak pembinaan di Ara Da
mansara. Selepas habis kerja jam 5.30 petang, aku terus ke Kompleks Astria Utama
.
"Dari mana ni? Muka you nampak merah," sapa Umar Aisy sebaik-baik sahaja aku mas
uk ke kedai.
"I dari site... dari pukul 3.00 berjemur..." balasku sambil meraup muka yang m
emang terasa pijar.
Seketika dia berbual dengan kami. Setelah meletakkan sebotol air mineral di atas
meja, dia terus ke belakang. Tinggallah aku berbual dengan Sim. Apabila Sim ban
gun untuk melayan pelanggan, aku jadi termangu seorang diri. Rhu Ying pula denga
n sikapnya yang tidak aku mengerti membuatkan aku terus kebingungan. Lalu aku me
ngisi masa dengan melayari internet. Membaca dan membalas kiriman
e-mel daripada teman-teman hingga aku jadi leka.
"You dah sembahyang?" soal Umar Aisy.
"Asar... belum!" Acuh tidak acuh sahaja aku membalas.

"Iddya, you boleh sembahyang, kan?"


"Hisy, apalah tanya soalan macam tu!" getusku marah kerana dia bertanyakan hal y
ang terlalu peribadi.
"Bukan saja tanya, tapi kalau you nak sembahyang, kat bilik belakang tu ada kain
telekung. Kak Ain punya. Dia tinggalkan sebab senang dia nak guna bila sesekali
datang sini."
Aku memandang jam di tangan. Hampir pukul 6.10 petang! Ya, ALLAH... begitu cepat
masa berlalu hinggakan aku tidak menyedarinya.
"Kalau boleh sembahyang... pergilah sekarang. Lepas tu nanti I ada satu cerita u
ntuk you."
"Cerita apa?"
"Nanti masa makan I cerita kat you!"
Aku tidak mengerti maksud kata-katanya.
"Dah alang-alang you duduk kat sini, lepas Maghrib... kita pergi makan, ya?"
"Okey, tapi kali ni I belanja!" Aku memberi syarat.
SEBENARNYA agar sukar hendak menunaikan solat di sini kerana aku perlu ke tandas
awam untuk berwuduk. Tetapi mengenangkan waktu asar sudah hampir ke
penghujung, aku tiada pilihan.
Usai solat asar, aku menyimpan air wuduk untuk menyambung ke solat maghrib. Samb
il menunggu, fikiranku menerawang lalu hinggap kepada Rhu Ying. Walaupun bukan s
elalu aku datang, tetapi sikap Rhu Ying kuperhati lebih dingin berbanding dahulu
.
Tadi aku memandang sahaja perbuatannya. Dia menuang air panas ke dalam teko hing
ga melimpah. Kemudian mencampak sudu bagai hendak melampiaskan rasa
marah. Pelik benar sikapnya.
"You suka pada Kiew?"
Soalan ini memang tidak kuduga. 'Suka pada Kiew? Umar Aisy? Oh, dah tentu!' Sesu
ngguhnya aku tiada alasan yang munasabah untuk membencinya. "Ya!" jawabku dengan
penuh yakin. Langsung tidak berselindung. Hanya selepas seketika dan setelah me
mandang riak yang terlukis di wajahnya, barulah aku tersedar mungkin bukan jawap
an sebegitu yang ingin didengar oleh Rhu Ying.
Aku sudah dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan lewat reaksi yang menggam
barkan hatinya yang protes. Apa lagi kalau bukan dia hendak memberitahu yang dia
tidak suka aku berbaik-baik dengan Umar Aisy.
"You ada apa-apa ke dengan dia?"
Aku terpaku sejenak. Sesungguhnya perasaanku pernah tersasar dari landasan cinta
yang kubina dengan Lutfi, tetapi keadaan tidak mewajarkan kami menyulam impian
hidup bersama. Umar Aisy sudah berpunya. Hatiku yang satu ini pula sudah kuberik
an kepada Lutfi.
Mungkin Rhu Ying tidak tahu yang Umar Aisy sudah ada teman istimewa. Dia sedang
menunggu kepulangan gadis pujaan hatinya. Kesetiaannya tidak luntur walaupun mer
eka dipisahkan jarak yang beribu batu.

Tetapi kalau memang dia sudah jatuh cinta kepada Umar Aisy, pandai-pandailah dia
memikatnya. Kemudian perlulah dia mengambil langkah selanjutnya kerana mereka h
anya sebangsa, tetapi tidak seagama. Apa dia kisah dengan aku?
Serentak ketukan di pintu, terjengul muka Umar Aisy. Aku terkejut. Lerai lamunan
ku.
"Dah sudah ke?"
"Apa?"
"Sembahyang maghrib."
"Eh, dah masuk waktu ke?"
"Tak tengok jam?" Pertanyaanku berbalas soalan juga.
Terburu-buru aku bangun apabila memandang jam di tangan yang sudah menunjukkan p
ukul 7.30 malam. Umar Aisy pantas menutup pintu sambil menggeleng-geleng. Apa la
gi makna gelengannya kalau tidak dia hendak mengatakan betapa aku ini memang suk
a berangan-angan.
KAMI ke Kafe Selera untuk makan malam. Mujurlah masih ada meja yang kosong keran
a menurut Umar Aisy, lazimnya pada waktu begini memang ramai pengunjung.
Setelah mengamati menu, kami membuat pesanan makanan dan minuman.
"So, apa ceritanya?" soalku apabila teringatkan perbualanku dengannya ketika di
kedai tadi.
"Hmm... macam mana nak cerita ya? Kalau I cerita... nampak macam main-main. Jadi
I print artikel ni!" balasnya sambil mengunjukkan sekeping kertas.
"Member-member yang satu kursus dengan I kat PERKIM selalu hantar artikel macam
ni. Kami kan masih belajar... terlalu banyak yang I tak tahu. Mungkin you pun bo
leh ajar I."
Aku menelan air liur. Sejujurnya aku mengaku yang pemahamanku dalam soal agama m
emang sekadar tentang perkara-perkara yang asas dan wajib sahaja.
"Umar... I tak tahu sangat. I buat yang asas aje. Rasanya tak ada apa yang I bol
eh ajar, malah I rasa you tahu lebih banyak daripada I."
"Tak apa... kita boleh kongsi. I ada banyak artikel macam ni. Nanti you pun bole
h baca."
"Solat diakhir waktu." Aku membaca perlahan. Seterus-nya membaca dalam hati.
'Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat. Jika berpuasa, amalan kita t
erus pada ALLAH. Tapi jika kita bersolat, ada 'posmen' pula yang
hantar amalan kita pada-NYA."
Intronya sangat mencuri tumpuan. Aku mendongak memandang Umar Aisy.
Dia mengangkat kening. "Dah habis baca ke? Cepatnya!"
"Baru mula," jawabku lalu meneruskan pembacaan. 'Setiap kali kita solat, ada mal
aikat yang hantarkan amalan solat kita pada-NYA... ia kena melalui 'tol-tol' di
setiap lapisan langit. Malaikat yang menjaga setiap 'tol' ini. Jika solat pada a
wal waktu, tidak perlu bayar 'tol'. Maknanya tidak ada sekatan. Tidak ada jam. M
alaikat terus sampaikan amalan kita pada ALLAH SWT untuk dinilaikan.'

Terganggu pembacaanku apabila seorang pelayan meletakkan minuman pesanan kami di


atas meja. Setelah dia berlalu, aku membaca dengan kuat ayat-ayat yang seterusn
ya, tetapi sekadar cukup untuk pendengarannya agar Umar Aisy tidak kebosanan men
anti aku menghabiskan pembacaan.
"Jika solat pada akhir waktu, tak perlu bayar tol juga, tapi sekatannya, masya-A
LLAH! Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita. Disoalnya, mengapa le
wat poskan amalan kita? Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan, ta
pi penjaga langit pertama tak hiraukan, sebaliknya amalan lewat solat tadi dicam
pakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai!"
Aku berjeda dan mengangkat muka. "Macam solat I tadi."
"Mungkin tadi tu tak terlalu lewat."
Aku tahu kata-kata Umar Aisy itu bertujuan untuk meredakan kegusaranku.
Seterusnya aku membaca dalam diam apabila seorang pelayan meletakkan makanan pes
anan kami di atas meja.
Setelah pelayan itu berlalu, aku menguatkan sedikit suara. Walaupun aku yakin Um
ar Aisy sudah membacanya,
tetapi aku tetap ingin berkongsi beberapa ayat terakhir dalam artikel ini dengan
nya.
"Maka tidak sampailah amalan kita pada ALLAH seolah-olah kita tidak solat jugak.
Jadi bersedialah kita menerima pembalasannya, jika tidak di akhirat, di dunia..
. hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa. Jadi tidak ada maknanya solat l
ewat kerana amalannya tidak sampai... tidak ada nilai. Sebaliknya kena azab lagi
."
"Mesejnya mudah... jangan lengahkan waktu sembahyang," rumus Umar Aisy.
'Ya ALLAH, ampunkan aku kerana lalai.'
"Umar nanti tolong print artikel ni untuk I satu, ya!" Untuk perkara yang baik,
aku tidak perlu berasa malu. Sekurang-kurangnya hari ini aku telah mempelajari s
esuatu.
"Yang ni memang I print untuk you. I ada banyak artikel macam ni... I print dan
masukkan dalam fail. Nanti bila you datang kedai... boleh baca. Macam you lagi s
enang sebab dari kecil dah biasa dengan waktu sembayang. Mualaf macam I ni banya
k tahu teori aje sebab kita orang belajar, tapi amalannya kurang sebab tak dibia
sakan dari kecil. Bila kat kedai pulak I selalu jadi leka. Kadang-kadang sembahy
ang waktu dah hujung-hujung. Tapi sejak dapat artikel ni, I cuba elak sembahyang
lewat... kena disiplinkan diri."
Aku mengingatkan diri sendiri akan hal itu. Kami mula menjamah makanan yang terh
idang. Aroma nasi goreng kampung kegemaranku membangkitkan selera. Disertakan be
rsama satu mangkuk kecil sambal belacan berserta ulam timun dan kacang panjang.
"Nak rasa sikit, eh!" pinta Umar Aisy sambil mengambil sesudu nasi goreng di dal
am pingganku. Agaknya tentu sedap maka diambilnya sesudu lagi.
"Kalau you suka, makanlah... tinggalkan sikit untuk I."
"You tak kisah?"
Aku menggeleng, lalu kami bertukar pinggan. Enak juga nasi goreng cendawan. Apab
ila aku nampak Umar Aisy sangat berselera makan berulam timun, kacang panjang da
n sambal belacan, tidak sampai hati pula aku hendak mematahkan seleranya.

"Sedap nasi goreng ni... I habiskan, ya!"


"Go ahead!" Bagai pucuk dicita ulam mendatang sahaja reaksinya. Aku tersenyum da
lam hati.
"LUTFI dah jumpa keluarga you?" Beralih pula topik perbualan setelah kami selesa
i makan.
Aku terkenangkan mama. Sebagai ibu, tentulah mama inginkan yang terbaik untukku.
Tetapi hendak diapakan lagi kerana hatiku sudah berkenan, j'atuh kasih kepadany
a. Sampai rasanya kalau aku tidak berkahwin dengan Lutfi, aku sanggup membujang
sampai mati. Begitulah hebatnya cinta kasihku terhadapnya.
"I takut kalau orang tua I tak boleh terima dia."
"Orang tentu akan kata macam-macam sebab dia duda."
"Kenapa perlu fikir apa yang orang lain cakap? Larat ke
you nak tutup mulut semua orang? Iddya... gembirakan hati
sendiri," pintas Umar Aisy.
Sungguh ikhlas dia melahirkan kata-kata. Aku menghadiahkan senyurnan manis buat
Umar Aisy. Betapa tidak, kata-katanya melegakan perasaanku. Alangkah baiknya kal
au semua orang terutamanya dari kalangan keluargaku sendiri dapat berfikir seper
tinya. Lebih berfikiran terbuka dan sentiasa memandang sesuatu dari sudut yan
g positif. Aku sedikit terpujuk dan kembali tetap hati dengan pilihanku.
'DUA kali solat istikharah telah menemukan aku dengan isyarat dalam mimpi. Gusar
hatiku mengenangnya. Betapa tidak, lain wajah yang kuharap, lain pula wajah yan
g menjelma hingga aku tidak berani mendirikan solat istikharah untuk kali yang k
etiga. Mengapa bukan Lutfi yang hadir dalam mimpi? Hatiku sarat dengan tanda tan
ya.
Aku seperti anak gadis yang keliru untuk membuat pilihan antara dua jejaka. Apa
yang harus menjadi keutamaan? Atau apa perlu dikisah pada statusnya kalau hati s
udah suka? Walau apa pun, penilaiannya harus juga mengambil kira dari segi pegan
gan agama. Dunia dan akhirat; kedua-duanya harus seimbang. Bukan satu tinggi men
julang, sedangkan yang satu lagi lemas tenggelam. Kelak nanti
di hari pembalasan, akan terhumbanlah aku selama beratus-ratus tahun dalam nerak
a jahanam. Nauzubillah! 'Aku harus membuat pilihan yang terbaik', rumus hatiku.
'Eh, kenapa harus memilih kerana lelaki itu cuma
dia seorang. Lutfi! Segera aku sedar akan hakikat itu dan mengusir bayangan waja
hnya. Umar Aisy tidak harus hadir pada saat aku sudah tetap hati untuk berkongsi
hidup dengan Lutfi. Lalu dalam sedar aku mengabaikan firasat mimpi itu.
AKU berusaha menekan rasa takut, bimbang, cemas dan seluruh perasaan seumpamanya
yang selama ini bergaul dan berpusar di dalam hatiku. Memang sungguh berat hend
ak menyatakan, tetapi aku sedar saat ini harus kutempuh jua. Aku membanyakkan ba
caan ayat al-Kursi dan surah-surah lain untuk melembutkan hati abah dan mama aga
r mereka menerima lelaki pilihanku sebagai calon menantu.
Lalu pada kesempatan yang datang ketika abah dengan mama sedang minum petang di
anjung, aku memberanikan diri membuka mulut bercerita tentang Lutfi dan hajatnya
untuk berkunjung ke rumah. Kemudian seadanya aku berkisah tentang lelaki itu, s
etakat yang aku rasa perlu untuk pengetahuan mereka seperti umur, negeri kelahir
an, latar belakang pendidikan dan kerjayanya.
"Umur tiga puluh lebih... kerja pun bagus, entah-entah dia dah kahwin." Mama ber

andaian. Keraguan jelas terlukis di wajahnya.


Alangkah baiknya kalau Lutfi belum pernah bergelar suami orang! Dalam terdesak h
atiku melahirkan harapan, tetapi tentulah mustahil hendak mengubah hakikat reali
ti. Kalau aku tega, aku boleh berbohong tentang statusnya. Aku diam sejenak, mem
buat perkiraan dalam kepala. Menilai dari segenap sudut akan rasional dan kewaja
ran. Akhirnya, aku sedar, kalau aku menyembunyikan kebenaran, hal ini lambat-lau
n akan diketahui juga.
"Dia dah pernah kahwin..." Perlahan suaraku kerana ditekan rasa bimbang akan pen
erimaan abah dengan mama.
"Hah, dah pernah kahwin!" Mama nyata terkejut. Bersilih ganti dia memandang aku
dan abah.
"Pernah kahwin... sekarang ni dah bercerai. Agaknya sebab Iddya?"
Abah menggeleng-geleng tanda kesal. Apa lagi yang difikirkan oleh abah kalau tid
ak tentang anak gadisnya yang sudah meruntuhkan rumah tangga orang.
"Bukan bercerai, tapi isteri dia... dah meninggal," jelasku lambat-lambat.
"Haa... dudalah ni?" Mama mencari kepastian.
Aku mengangguk. "Isteri dan anak dia meninggal dalam kemalangan... dah lama."
Ketika sekilas mama kupandang, aku sudah dapat membaca riak penolakan yang terga
mbar di wajahnya. Nyata mama kurang senang dengan pilihanku kerana statusnya.
"Macam tak ada orang lain!" omel mama langsung tidak berselindung.
Seraut wajah Lutfi terbayang di tubir mata. Wajahnya setenang air di kali. Redup
matanya pernah menitiskan air mata duka.
'Iddya nak kongsi kesedihan dan kegembiraannya. Hanya dengan dia, ma. Mengertila
h! Tolonglah mengerti,' rayu hatiku penuh mengharap.
Abah dengan mama saling bertatapan. Pastilah menghantar kata bicara dalam pandan
gan mata. Sama ada menolak atau merestui, aku tidak pasti. Merayap lamunanku dal
am kebisuan mereka, lalu singgah di rumah Lutfi. Betapa aku dalam diam-diam suda
h bertemu dengan keluarganya. Sungguh... sepanjang waktu pertemuan itu, aku mera
sakan diriku seperti sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya. Begitul
ah penerimaan mereka.
Tiba-tiba kesepian kami dipecahkan oleh suara anakanak kecil yang saling berteri
akan. Sejenak kemudian muncul Nur Fatin Amira dan Nur Zeti Izuren, lalu terus me
nerpa ke arah kami sekali gus menutup ruang bicara. Telatah mereka nakal dan luc
u. Saling mengusik dan bergurau senda. Apabila Nur Azra Hana mula merengek henda
k menyusu, Kak Dhira membawanya masuk ke rumah. Nur Zeti Izuren kelam-kabut terj
un dari pangkuan abah, mengekori kakaknya.
"Mamanya macam kepala kereta api... bila bergerak, dua-dua tu mesti ikut!" ulas
Abang Zairi.
'Hmm... mungkin tak lama lagi 'gerabaknya' akan bertambah lagi,' sambungku di d
alam hati. Tiga orang anak perempuan, pastilah mereka teringin hendak menimang a
nak lelaki pula.
"Ni haa... Iddya cakap nak bawa kawan dia datang ke rumah."
Kembali berdegup kencang jantungku demi mendengar suara abah. Sangkaku abah akan

melupakan seketika soal yang kami bincangkan sebentar tadi kerana aku berasa ku
rang selesa dengan kehadiran Abang Zairi. Aku bimbang banyak pula yang akan diso
alnya. Tetapi dari sudut pandangan abah, tentulah berlainan pula tanggapannya. K
ehadiran Abang Zairi seperti sangat dialu-alukan kerana sudah pasti pendapatnya
juga akan turut diambil kira.
"Kawan dia yang mana ni?"
Melongo aku memandang Abang Zairi. Aku bukan perlu memilih satu di antara dua at
au tiga kerana cuma ada Lutfi di dalam hatiku.
"Budak Cina tu ke?"
Frasa 'budak Cina' itu kedengaran lucu, tetapi aku cuba menahan ketawa. 'Hisy...
ada ke patut abang panggil Umar budak Cina!' "Nama dia Umar, tapi bukan dia..."
"Oh, kawan Iddya yang datang rumah masa hari raya dulu. Fasih betul dia cakap Me
layu." Mama segera memintas. Aku cuba mentafsir nada suara mama yang jelas
mengagumi. Hatiku dihimpit rasa cemas yang bukan kepalang.
"Dia suka makan lemang dengan rendang. Tapi bila dengar aje abah cakap Iddya yan
g masak sambal kacang ... terus dia kata suka sangat makan nasi impit." Nakal sa
haja bunyi nada suara Abang Zairi. Bagai ada muslihat yang tersembunyi di sebali
k kata-katanya.
"A'ah... siap bertambah!" sambut mama tanda mengiakan.
Seketika riuh suara mereka saling bertukar cerita dan ketawa. Seronok benar namp
aknya hingga tenggelam persoalan yang aku bawa tadi.
Tetapi apabila asyik dikait-kaitkan aku dengan Umar Aisy, maka hatiku berasa tid
ak senang juga. Aku bukan tidak pernah terfikir untuk ada 'apa-apa' dengannya, t
etapi seluruh hati sudah kuberi kepada Lutfi dan hati Umar Aisy juga sudah dimil
iki, maka Umar Aisy tidak termasuk dalam agenda hidupku. Dia hanyalah sahabat da
n tidak lebih daripada itu.
"Bukan dia seorang aje makan bertambah. Biasalah... dia orang bila datang beraya
memang makanan tu yang dicari. Biskut langsung tak sentuh," celahku di tengahte
ngah keriuhan suara mereka.
"Jadi siapa kawannya?" soal Abang Zairi. Mungkin baru sedar yang aku kurang meny
enangi isi perbualan mereka.
"Apa namanya tadi?"
Aku memandang abah. Tidak pasti sama ada abah benarbenar lupa atau pura-pura tid
ak ingat.
"Lutfi." Perlahan suaraku.
"Haa... Lutfi!" ulang abah.
"Duda..." Mama meleretkan suara yang semacam sahaja bunyinya. "Abang Zairi perna
h jumpa dia?"
"Duda pun apa salahnya?"
Aku mendongak memandang wajah Abang Zairi. Jelas dia ikhlas memberikan pandangan
. Aku menghantar ucapan terima kasih kepadanya dalam senyuman. Aku kalih pandang
an ke muka abah ketika dia berkisah serba sedikit
tentang Lutfi. Tenang sahaja riak wajah abah, tetapi mama nyata rasa kurang sena

ng dengan sokongan yang aku terima daripada Abang Zairi.


"Terkabullah hajat mama... tak ada anak yang jadi doktor, dapat menantu doktor p
un jadilah."
Aku tahu ulasan Abang Zairi bukanlah sebenarnya gurauan, tetapi selebihnya adala
h pujukan dengan harapan mama dapat menerima pilihanku dengan hati yang terbuka.
Aku tidak berani hendak menambah apa-apa pada ketika aku tahu mama sedang berdu
ka cita. Hanya abah dengan Abang Zairi sahaja saling bertukar bicara.
"Nanti Iddya bawa dia datang ke rumah," kataku apabila terbuka peluang menyataka
nnya sambil memandang abah.
Anggukan abah melegakan sedikit hatiku pada ketika kebisuan mama menjerat perasa
anku dalam resah yang tidak menentu.
PAGI minggu ini Cyber Heights Villas menjadi destinasiku. Aku bertemu dengan Kak
Inez untuk meminta pendapatnya tentang Lutfi. Reaksi abah, mama dan Abang Zairi
sudah aku ceritakan. Cuma status Lutfi sahaja belum aku jelaskan kepadanya. Tun
ggulah masa yang sesuai.
"Iddya, soal nikah kahwin ni jangan dibuat main-main. Fikir baik-baik sebelum bu
at keputusan. Kahwin bagi orang Islam tak ada sesi cuba-cuba. Dah sah akad nikah
... sah jadi suami isteri. Bila bercerai... dapat status janda."
Sungguh tidak pernah aku ingin menjadikan hasrat berkongsi hidup dengan Lutfi se
bagai satu sesi percubaan hidup berumah tangga, apatah lagi hendak mengakhiri pe
rkahwinan dengan perceraian. Langsung tidak pernah terfikir hendak main-main, le
bih-lebih lagi apabila Lutfi menunjukkan kesungguhan yang kalau boleh ingin dise
gerakan dengan ikatan pernikahan.
"Seriuslah ni... siapa pulak kata nak main-main?"
"Belum lama kenal dah nak kahwin," omel Kak Inez.
Kata-katanya tidak mengubah rasa hatiku. Semuanya sudah pasti. Sudah bulat tekad
ku dan aku takkan berpaling lagi. Seluruh hatiku untuknya. Dalam anganan, seseka
li saat bahagia berkongsi hidup dengannya hadir dalam bayangan. Aduhai, alangkah
indahnya hidup berkasih sayang!
"Iddya dah cukup kenal hati budinya, kak. Luhur dan sangat ikhlas."
Dari ekor mata sempat aku menangkap reaksi Kak Inez yang sedang mencemik. Mungki
n geli telinganya mendengar puji-pujianku yang melambung tinggi untuk Lutfi. Tet
api aku memuji kepada orang yang memang berhak menerimanya. Lutfi dengan sifatny
a yang sederhana amat menyenangkan hatiku.
"Habis tu apa masalahnya? Kahwin ajelah!"
"Abah nampak tak kisah. Tapi mama macam tak suka."
"Kenapa? Suami orang ke?"
Berkahwin dengan duda tentulah lebih baik kerana aku tidak melukakan hati wanita
lain. Lutfi tidak perlu membahagi kasih dan membahagi malam. Lutfi menjadi mili
kku seorang.
"Dia tu duda." Perlahan sahaja suaraku.
Bulat mencerlang bola mata Kak Inez. Lagaknya seperti hendak menerkam hingga aku
takut hendak memandangnya lama-lama. Nyata kisah Lutfi belum sampai ke telingan

ya.
"Duda?"
Aku mengangguk kerana seperti yang sudah aku katakan, hakikat itu tidak mungkin
dapat diubah. "Apa salahnya? Lelaki... teruna atau duda... ada beza ke? Kalau pe
rempuan mungkinlah..." Aku mula bercakap tentang sesuatu yang aku sendiri tidak
pasti, tetapi berdasarkan logik akal sahaja. Aku agak tidak ada bezanya antara l
elaki yang masih teruna dengan duda. Kalau pun ada, tentulah dari segi pengalama
nnya dalam melayari bahtera rumah tangga.
Lainlah kalau perempuan terutama yang sudah melahirkan anak. Tentulah jauh berbe
za dengan anak dara. Aku tidak akan terkilan dengan pilihanku, percayalah.
"Isteri dan anak dia meninggal dalam kemalangan...
dah lama."
"Boleh percaya ke? Entah-entah lepas isteri dia meninggal... dia dah kahwin lain
. Banyak kes macam ni! Guna sijil mati untuk kahwin lagi, sedangkan dia dah ada
isteri. Jangan sampai tertipu!" Kak Inez menekankan nada suara, jelas memberi p
eringatan. "Ni soal masa depan. Siasat betul-betul. Tapi sekian banyak orang buj
ang, kenapalah pilih duda?" keluh Kak Inez di hujung bicara.
"Sebelum bawa dia jumpa abah dengan mama... Iddya bawa dia jumpa akak dulu, ya?"
soalku meminta persetujuan tanpa menghiraukan keluhannya.
"Boleh ya, kak?" Sekali lagi aku meminta kepastian.
Kak Inez akhirnya mengangguk. Lega sedikit perasaan, walaupun aku tahu Kak Inez
tidak sepenuhnya bersetuju.
SETELAH memikirkan kalau aku membawa Lutfi ke rumah Kak Inez terlebih dahulu seb
elum bertemu dengan mama dan abah, nampak sangat dia seperti perlu melalui satu
sesi tapisan pula. Lulus di rumah Kak Inez, bererti cerahlah harapannya. Aku mer
asakan hal ini tidak wajar, lantas aku
mengubah keputusan.
"Jadi ke dia nak datang rumah you?" soal Umar Aisy
lewat perbulan telefon.
"Eh, mestilah jadi! Kalau dia tak datang... nanti I bawa orang lain!" Wah, macam
bagus sahaja aku bercanda! Buatnya Lutfi betul-betul tidak datang, meranalah ak
u.
"Haa... adalah peluang I!" sambut Umar Aisy.
"Peluang tu sentiasa ada. Kalau berani, datanglah!" balasku bergurau juga.
Tergelak-gelak Umar Aisy. Agaknya nada suaraku mencuit hatinya. Biarlah! Dengann
ya memang aku langsung tidak mengambil hati. Apa sahaja reaksi, kutukan atau puj
ian, langsung tidak berbekas di dalam hati kami. Begitu mudah kami meladeni hubu
ngan yang sudah terjalin sejak sekian lama.
"Zaman sekarang ni susah nak dapat lelaki sebaik dia. Kebanyakan yang I jumpa ha
nya pandai berpura-pura. Depan kita nampak baik... pijak semut tak mati, tapi bi
la di belakang..." Sengaja aku tidak menyempurnakan ayat berupa provokasi itu un
tuk memancing reaksinya.
"Pijak semut tak mati. Hmm... I setuju dengan pendapat you." Lambat-lambat dia b
ercakap.

Aku tidak menyangka yang Umar Aisy akan bersetuju. "Yalah... kalau dia pijak sem
ut, yang mati tu semut, bukannya dia."
Terpegun aku seketika sebelum akhirnya aku juga ikut ketawa. Rumusanku, Umar Ais
y tidak serius memberi pendapat tentang Lutfi kerana dia tidak mengenali lelaki
itu secara peribadi. Maka mungkin ada baiknya aku berkongsi sedikit dengannya. "
Dia baik, penyayang..."
"Haa... nak memikat memanglah kena baik! Kalau awal-awal lagi dah ditunjukkan pe
rangai yang tak senonoh, you takkan jatuh hati pada dia!" pintas Umar Aisy.
"Youlah agaknya macam tu!" tingkahku melampias rasa tidak puas hati apabila dia
membuat andaian sebegitu terhadap Lutfi.
"You dah lama kenal I... lebih lama dari you kenal dia. You fikir I macam tu?"
"I tak ingat you dulu macam mana?"
"Alah, you tu memanglah... bila Baein depan mata, orang lain you dah tak nampak.
"
"Hei, boleh tak kalau you tak sebut nama dia! Tersedak
pulak dia kalau you asyik sebut-sebut nama dia!"
"Sayang lagilah tu... sampai bimbang dia tersedak."
Aku diam. Malas memanjangkan soal itu kerana ada perkara lain yang sedang menghi
mpit benakku. Lagipun soal Baein sudah lama tertolak dari hatiku.
"Tentang Lutfi... err... mama I macam tak berapa suka. What should I do, Umar?"
Aku menjurus pada persoalan yang bermain-main di fikiran. Sengaja aku masukkan p
erkataan 'macam' yang memberi gambaran bukanlah seratus peratus mama tidak begit
u senang dengan pilihanku.
"Hidup ni singkat, Iddya. Kenapa kita nak lakukan perkara semata-mata untuk
gembirakan orang lain? Kalau you yakin dia pilihan yang terbaik... teruskan aje.
Perkara yang baik tak elok ditangguh-tangguh."
Sesungguhnya kelmarin selepas berterus terang dengan kaum keluarga, hatiku sedik
it goyah kerana aku seolah-olah sendirian. Seolah-olah nanti seandainya ada musi
bah rumah tangga, semua orang akan menuding jari ke arahku kerana tersilap perca
turan, kerana degil dan tidak mendengar kata. Kini, Umar Aisy memberiku harapan
dan kepada dialah nanti tempat aku mengadu.
JANJIKU untuk membawa Lutfi datang ke rumah
terpaksa aku batalkan pada saat-saat akhir
fkerana abah ada urusan lain di Sarawak yang
fperlu didahulukan dan tidak boleh ditunda ke
hari lain. Aku tahu abah bukan sengaja. Bersungguh-sungguh
dia meminta aku membawa Lutfi datang ke rumah pada
hujung minggu berikutnya sekembalinya dari sana nanti.
Jadi, daripada langsung tidak bertemu sesiapa, aku menghubungi Kak Inez. Mujurla
h dia tidak ke mana-mana. Seperti yang sudah dijanjikan, lebih kurang pukul 3.00
petang kami sampai di rumahnya.
"Lutfi," kataku memperkenalkannya kepada Abang Amran dan Kak Inez yang menyambut
kami di muka pintu. Senyuman lebar terukir di bibir Kak Inez. Reaksinya amat me
nyenangkan hatiku.

"Eh, Ijaz pun ada kat sini?" Terjerit sedikit suaraku ketika bertemu pandang den
gannya. Sama sekali aku tidak menyangka yang dia juga berada di rumah Kak Inez.
"Sampai kat sini, baru Kak Inez cakap akak nak datang...
mama ada kat dalam," balas Ijaz.
Berderau darahku. Hati terkejut bukan kepalang. Tersentap kerana aku tid
ak bersedia mempertemukan Lutfi dengan mama tanpa kehadiran abah. Tidak dapat he
ndak aku jangka reaksinya nanti. Tetapi alangkah baiknya kalau mama juga macam K
ak Inez yang mempamerkan rasa menyenangi. Belum sempat duduk, aku sudah nampak k
elibat mama di dapur. Cepat-cepat aku mendapatkannya. "Iddya bawa Lutfi..." Tida
k sempurna ayatku apabila hati dilanda pelbagai rasa. Bertalu doa di dalam hati,
memohon pengertiannya.
Mama memanjangkan leher, cuba menilai lelaki itu dari tempat yang sedikit terlmd
ung. "Tu ke orangnya?"
Aku mengangguk. Lega sedikit perasaan kerana mama kelihatan seolah-olah sudah ma
mpu berkompromi. "Marilah Iddya kenalkan," ajakku sambil mencuit lengannya.
Kami seiringan ke ruang tamu. Namun ketika hampir sampai dan Lutfi juga sudah be
rdiri, mama memperlahankan langkah dan akhirnya terus berhenti. Reaksinya bukan
sahaja mengejutkan, tetapi amat menggusarkan hatiku. Aku memandang Abang Amran,
Kak Inez dan Ijaz dengan pandangan meminta mereka melakukan sesuatu pada ketika
mama terpaku dan seperti enggan berganjak dari tempat
Dia sedang berdiri.
"Kalau abah ada sekali tentu lebih baik!" kata Kak Inez sambil bertepuk tangan s
eolah-olah hendak menyedarkan mama yang seperti sedang terbius itu. Tepukan itu
mengembalikan mama ke dalam diri. Barangkali sedari tadi jauh lamunannya hingga
di luar sedar terhenti langkah kakinya.
"Lutfi," kataku seolah-olah Lutfi tiada mulut untuk memperkenalkan dirinya sendi
ri. Penuh hormat Lutfi menyalami tangan mama.
"Lutfi aje?" soal mama. Nada suaranya seperti curiga.
"Mohamad Lutfi bin Ibrahim."
Bergetar jantungku mendengar suara garaunya. Hatiku semakin sarat dengan rasa ka
sih dan sayang. Tetapi muka mama yang kupandang nampak seperti terkesima. Tidak
dapat aku mentafsir riak di wajahnya. Hanya bibirnya yang bergerak-gerak, tetapi
tiada suara yang terlontar keluar.
Ruang tamu dibungkus sepi. Perlahan-lahan aku menarik tangan mama, mengajaknya d
uduk.
"Masuk dulu, ya!" Ijaz bersuara memecah sepi. Tanpa bertangguh dia terus berlalu
. Tinggal kami berlima sahaja.
"Eh, tak buat air ke untuk tetamu kita?" soal mama sambil memandang Kak Inez.
Lambat-lambat Kak Inez bangun, lalu ke dapur. Abang Amran diam menyepi. Tentunya
dia ingin memberi ruang kepada mama untuk berkenal-kenalan dengan bakal menantu
nya.
"Err... keluarga tinggal di mana?" Aku mengesan kegusaran dan kekalutan per
asaan mama daripada nada suaranya yang kedengaran bergetar dan reaksinya yang
tidak tenang. Senyumannya pula seperti dipaksa-paksa. Perasaanku makin tidak men
entu.
"Keluarga saya di Taiping," jawab Lutfi, tetapi dia tidak menghuraikan secara te

rperinci tentang keluarganya.


"Masih bujang?"
Lutfi memandangku sejenak sebelum matanya beralih
ke muka mama.
"Err... maksud mak cik... Lutfi tak pernah kahwin lepas arwah isteri meninggal?"
Mama sudah terlebih dahulu bersuara, menyelongkar latar belakang Lutfi, walaupun
hal ini sudah aku maklumkan kepadanya. Mungkin mama tidak tahu apa yang hendak
ditanya, maka diajukan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
"Tak pernah," jawab Lutfi sambil menggeleng.
"Dah lama kenal Iddya?"
"Lama jugak... masa dia tahun akhir di universiti."
Mungkin soalan-soalan begini biasa diajukan pada kali pertama bertemu. Sudah ten
tu mama ingin tahu sejauh mana hubungan kami. Aku cuba melunakkan hati.
"Iddya ni memang suka berkawan. Hari tu bising jugak abangnya sebab dia asyik ke
hulu ke hilir dengan budak Cina tu. Err... siapa ke namanya?"
Reaksi mama tiba-tiba berubah. Bulat matanya memandangku, menagih jawapan.
Soalan itu memang tidak aku sangkakan, tetapi aku harus menjawab juga.
"Umar." Lutfi sudah mendahuluiku. Aku berandaian secara tersirat yang dia ingin
memaklumkan kepada mama yang hal itu memang dalam pengetahuannya.
"Haa... Umar! Baik budak tu... kawan Iddya masa kat sekolah dulu. Ada dia
datang rumah masa hari raya," ujar mama sambil tersenyum-senyum. Jelas menggamba
rkan rasa menyenangi. Hatiku semakin gelisah.
Apalah tujuan mama membuka cerita kalau tidak kerana mama hendak menunjukkan bet
apa intimnya hubunganku dengan Umar Aisy dan mama pula seolah-olah merestuinya.
Kata-kata yang terlalu mudah ditafsir sebagai penolakan secara halus. Mama mungk
in kurang senang dengan status Lutfi. Pastilah mama fikir, sebegitu ramai lelaki
bujang, mengapa duda pula yang menjadi pilihan?
'Cinta itu buta, ma. Cinta tak kenal usia atau darjat seseorang. Hatiku memilih.
Mengertilah! Tolonglah mengerti,' rayu suara di dalam hatiku, namun tidak terle
pas keluar.
Hati Lutfi pasti tercalar kini. Kalau aku di tempatnya, sudah tentu aku juga aka
n berasa begitu. Kemudian tidak dapat tidak, sudah pasti aku akan merumus yang k
ehadiranku tidak diterima.
"Saya nak ke dapur kejap." Abang Amran meminta diri.
Aku melirik ke arah Lutfi dengan pandangan penuh harapan. Walaupun riak wajahnya
tenang, tetapi aku tahu rasa hatinya semakin berbaur. Gelisah sudah pasti, teta
pi sekali kaki sudah melangkah, jangan sekali-kali berundur. Aku berharap, tekad
dan semangat tidak luntur dari hati Lutfi hanya semata-mata kerana kedinginan m
ama.
"Saya bercadang lepas ni nak bawa keluarga saya jumpa mak cik... jumpa abah Iddy
a."
Aku yakin mama mengerti maksud kata-kata Lutfi, walaupun dia berkias-kias sediki

t. Pada saat ini aku sangat mengharapkan pengertian dan doa restu mama. Usahlah
mama persoalkan tentang statusnya kerana hal itu memang tidak dapat diubah.
"Iddya ni memasak pun tak pandai sangat... mengemas pun malas."
Aku terpaku. Kelangsungan maksud kata bicara mama jelas dan mudah ditafsir oleh
sesiapa sahaja. Tidak pandai memasak, tidak pandai mengemas rumah, apatah lagi n
ak kahwin dan urus makan pakai suami. Bukankah kata-kata begini merupakan alasan
untuk menolak? Orang tua-tua kalau bercakap memang suka berkias-kias.
Aku memandang Lutfi. Senyuman nipis terukir di hujung bibirnya. Aku tahu dia seb
enarnya cuba menyembunyikan rasa hati yang kecewa. Lutfi cukup mengerti maksud k
ata-kata mama yang berkias-kias itu. Mama seolah-olah cuba meletakkan tembok bag
i memisahkan kami.
Tidak tertafsir olehku riak yang terlukis di wajahnya. Entah apa yang sedang mem
bebani dan menggusarkan fikirannya, maka mama bercakap mengikut rasa hati tanpa
memberi sedikit pun pertimbangan pada hati-hati yang terluka mendengar kata-kata
nya. Tidak kena carakah atau tidak sopankah tingkah Lutfi? Tertanya-tanya hatiku
.
"Nantilah jumpa abah Iddya dulu," ujar mama.
'Kalau dah jodoh, takkan ke mana... takkan lari gunung dikejar.' Kuhantar sebari
s ayat itu kepada Lutfi
dalam pandangan mata. Dia membalas dengan sekuntum senyuman. Kami saling cuba me
mujuk hati.
"Jemput minum," pelawa Kak Inez. Nada suaranya yang ceria persis ingin mengubah
suasana agar menjadi segar kembali. Meskipun tidak sepenuhnya Kak Inez mengikuti
perbualan kami, tetapi tentu dia tahu apa yang telah terjadi.
Setelah menjamah sedikit kuih keria dan menghabiskan secawan kopi, Lutfi memberi
isyarat kepadaku untuk meminta diri. Tentulah hatinya tidak seronok hendak berl
ama-lama pada ketika dia merasakan penerimaan mama terhadapnya sangat dingin, se
dangkan hatiku pula tertanyatanya kerana aku nampak mama seperti tidak melepaska
n Lutfi daripada pandangan matanya. Entah mengapa...
Datang bersama Lutfi, jadi pulang tentulah dengannya juga. Aku mencapai beg tang
an ketika Lutfi bersalaman dengan mama dan Abang Amran.
"Iddya!"
Mati langkah kakiku demi mendengar suara mama.
"Kita balik sama-sama. Mama pun dah nak balik ni," kata mama ketika aku berpalin
g memandangnya.
Serba salah aku dibuatnya. Untuk ke sekian kalinya hatiku berasa terkilan kerana
mama membiarkan apa jua rasa yang bergolak di dalam hatinya terpancar di riak w
ajah, langsung tidak disembunyikan.
'Kalau sekalipun tak suka, janganlah keterlaluan begini, ma.' Mataku berkata-kat
a, memohon pengertian mama.
"Hmm... nanti Iddya terus balik rumah." Mama akhirnya berlembut.
PERLAHAN sahaja Lutfi melarikan keretanya meninggalkan pekarangan Cyber Heights
Villa. Mukanya kupandang. Sungguh pandai dia menyembunyikan rasa kecewa. Tentula
h faktor usia dan kematangan fikiran membuatkan tingkahnya tenang dan bersahaja,

sedangkan hatiku sedikit terkilan dengan apa yang telah terjadi.


"Lutfi, tadi kenapa you diam aje? Patutnya you yakinkan mama I... ni nampak maca
m you tak sungguh-sungguh."
"Iddya, diam bukan bererti kalah... bukan bermakna I tak bersungguh-sungguh. Tap
i kita kena sabar. Kita kena faham perasaan dia. Yalah... sekian banyak orang bu
jang termasuklah Umar, kenapa you pilih I? Tentulah dia hairan."
Aku tahu ketika mama berwajah ceria berkisah tentang Umar Aisy, hati Lutfi terca
lar luka. Mama sengaja mengait-gaitkan aku dengan Umar Aisy seolah-olah mahu men
unjukkan bahawa itulah calon suami yang paling sesuai untukku dan bukannya dia.
"Mungkin dia dah ada calon untuk you." Lutfi jauh menduga. Andaiannya memang tid
ak aku senangi, tetapi dalam keadaan begini pastilah pelbagai kemungkinan difiki
rkan.
"Agaknya dia dah berkenan dengan Umar."
"Tapi I berhak memilih."
"Jadi, antara keluarga dengan I... you pilih yang mana?"
Lutfi kini meletakkan aku dalam keadaan serba salah. Aku tersepit di tengah-teng
ah. Kedua-duanya sangat aku sayangi dan aku tidak mahu disuruh membuat pilihan.
"I nak kedua-duanya."
"Soalan I tadi... antara keluarga dengan I... you pilih yang mana satu?" ulang L
utfi lambat-lambat.
Bukan aku tidak faham soalannya, tetapi aku tetap mahukan kedua-duanya. Tidak ma
hu kehilangan salah satu.
"Kalau you terpaksa pilih antara dua... nasihat I you pilihlah keluarga. Teman h
idup bila-bila you boleh cari ganti."
ku mendengus. Nasihatnya tidak aku senangi. Betapa mudah Lutfi cuba merungkai ke
kusutan dengan pengakhiran yang begini. "Jadi, kalau you perlu pilih antara I da
n keluarga... maknanya you akan pilih keluarga?"
"I lain Iddya. I tak perlu buat pilihan sebab I ada you
seorang aje."
Setakat bahagian ini aku memang sangat mengerti kerana dia tidak mempunyai
ayah dan ibu. Tiada adik-beradik yang sedarah sedaging dan dia boleh dianggap se
bagai sebatang kara. "Okey, I faham. Tapi katakanlah you di tempat I sekarang ni
... yang mana satu you akan pilih?"
"I pilih keluarga." Jelas tegas jawapannya, sekali gus menghantar makna bahawa i
tulah yang seharusnya aku lakukan andai aku perlu membuat pilihan.
"Katakanlah I pilih keluarga... habis tu nanti you macam mana?"
"Kehidupan perlu diteruskan... I yakin bahagia ada di mana-mana andai kita tahu
mencarinya."
"Jadi you nak I pilih keluarga kalau I disuruh buat pilihan?" soalku menduga kei
khlasan dan kesungguhannya melahirkan kata-kata.

Lutfi mengangguk. "Jangan kerana mencintai seseorang... kita sampai buang keluar
ga. Ingat tu!"
Aku melayan rajuk di hati kerana pada tafsiranku, Lutfi memang tidak bersungguhsungguh mempertahankan cinta kami seolah-olah selama ini aku seorang sahaja yang
terhegeh-hegeh ingin berkongsi hidup dengannya, sedangkan baginya kalau kasih t
ak kesampaian pun tidak mengapa.
"Kenapa diam?"
Pertanyaan Lutfi kubiarkan sepi. Tiada ilham untuk berkata bicara pada ketika ha
ti sedang berdukacita.
"Marah ya, I cakap macam tu?"
Aku meluruskan pandangan ke hadapan.
"Iddya... ikhlas I cakap memang itu yang I nak you buat kalau you perlu memilih.
" Lutfi tetap tidak berganjak biarpun dia tahu aku sedang merajuk dengannya.
Antara kami sepi seketika.
"Perjuangan kita belum selesai, Iddya. Nanti I datang dengan ibu... lebih baik k
alau ayah dapat datang sekali, tapi dia selalu sibuk."
Seterusnya Lutfi bercakap lagi itu dan ini. Memang aku mendengar, tetapi hatiku
lemas dalam olakan rasa yang bergelora. Senbu satu persoalan menyesakkan fikiran
ku.
Agaknya mama fikir, sebegitu banyak anak teruna, mengapa pula aku memilih dia, s
eorang lelaki yang sudah berpengalaman dalam hidup berumah tangga? Bagi mama ten
tu lebih molek kalau seorang teruna menjadi pasangan si dara. Barangkali itulah
yang mama harapkan.
Aku tiba-tiba teringat kepada Kak Hilda. Dia mengahwini seorang duda beranak dua
dan juga menghadapi penentangan. Tetapi bezanya, keluarga pihak lelaki pula yan
g menentang. Pelik juga ya!
"Iddya, jangan diam macam ni. You buat I tambah risau... bertambah celaru fikira
n."
Haa, baru kali ini dia mengaku!
"Nanti I akan datang dengan ibu dan ayah."
Aku mengangguk perlahan. Kami saling tersenyum dan saling memujuk hati.
SEJAK bertemu dengan Lutfi tempoh hari, mama seperti tidak mahu bercakap dengank
u. Sepatah-sepatah sahaja dia
menjawab hingga aku rasa seperti bercakap
dengan dinding. Aku dapat merasakan ada perkara lain yang sedang membelenggu fik
iran mama, tetapi kebisuannya makin mendera perasaanku.
"Iddya tahu mama tak suka Lutfi sebab dia duda. Betul kan, ma?" rumusku ketika k
ami sedang bersarapan.
Aku memandang abah yang duduk bertentangan. Mungkin bertanya di hadapan abah, ma
ma akan memberiku jawapan. Kalau hendak diikutkan rasa hati yang menekan, malam
tadi juga aku hendak bertanya. Tetapi mengenangkan abah baru sampai dari Sarawak

dan tentu sedang kepenatan, hal itu terpaksa aku tangguhkan.


Seraut wajah mama kupandang. Riaknya sayu lagi sendu. Bibirnya seolah-olah tidak
mampu mengukir senyuman. Renungan matanya pula seperti menyimpul misteri. Tidak
tertafsir olehku kemurungan yang terpeta di wajahnya. Aku kebingungan sendiri.
"Ajak dia datang ke rumah hujung minggu ni... abah nak jumpa." Abah pula yang be
rsuara.
Jawapan yang aku harapkan daripada mama tetap tiada. Rasa kecewa tindih-menindih
di dalam hati. Namun aku cuba menjawab dengan sebaik mungkin ketika abah bagai
ingin menyelongkar latar belakang diri Lutfi. Andaianku masih juga sama, status
dirinyalah yang menyukarkan jalan kami untuk berkongsi bahagia sebagai suami ist
eri.
MENANTI hujung minggu terasa begitu lama. Resah hatiku semakin tidak menentu. Se
lepas waktu kerja, ringan kakiku melangkah mencari Umar Aisy. Rasanya macam tida
k sempurna, seolah-olah seperti ada yang tidak kena selagi aku tidak bercerita k
epadanya tentang masalahku ini.
"Kenapa, nampak sedih aje ni?" Mudah sahaja dia meneka, tetapi aku tidak tahu di
mana aku harus bermula untuk menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi.
"Orang kalau dah bawa bakal suami datang ke rumah, tentulah seronok. Yalah... ta
k lama lagilah tu!" Umar Aisy meleretkan suara di hujung bicara.
Aku hanya mendiamkan diri.
"Dia tak datang ke? Cakap pada dia, jangan tangguhtangguh. Kalau lambat sangat,
nanti ada orang lain potong jalan!" sambung Umar Aisy lagi.
Aku membiarkan dia bercakap seorang diri. Mengusik dan bercanda sedangkan aku se
dang menahan rasa.
"Jadi, bilalah agaknya I akan dapat kad jemputan daripada you?" Umar Aisy terus
berceloteh.
"Belum pasti lagi Umar. I tengah pening kepala ni!"
"Memanglah pening kepala... takkan pening lutut pulak, eh!" Umar cuba berlawak.
Aku ketawa mendengar gurauannya. Lupa seketika kemelut yang melanda. "Tak tahu n
ak cakap macam mana! Semuanya dah jadi bercelaru," luahku seiring keluhan.
"Kenapa?"
Bagi meringankan sedikit beban penanggungan di dalam jiwa, aku bercerita serba s
edikit apa yang telah berlaku.
"Janganlah risau sangat... I rasa bukan mama you tak suka, tapi tak berani nak b
uat keputusan sorang-sorang."
Mungkin benar andaiannya, tetapi hatiku tetap rusuh juga. Terasa aku sudah
terlalu melukakan hati mama. Mungkin hingga menitiskan air matanya, walaupun mam
a tidak menangis di hadapanku.
"Umar, kalau suatu hari nanti I jadi ibu... mungkin masa tu barulah I benar-bena
r faham perasaan my mum. Mungkin waktu tu balasan ALLAH pada I lebih lagi."
"Maksud you?"

"Yalah... sekarang ni walaupun I tahu mama I macam tak berapa suka... tapi I tak
peduli. Nanti agaknya anak I pun akan buat macam tu jugak... kahwin dengan oran
g yang I tak suka." Aku tidak sampai hati untuk terus berkata yang mama tidak me
nyukai kerana itu samalah seperti tidak merestui.
"Kenapa pulak tak suka dengan pilihan anak you? Bukan you yang nak kahwin, tapi
dia. Kalau I ada anak... biarlah dia pilih siapa saja yang dia suka, asalkan pil
ihannya yang seagama."
Mendengar kata-katanya, keyakinanku beransur-ansur kembali ke dalam diri. Lega s
edikit perasaanku.
"Sekejap ya, I pergi ambil air!"
"Tak payah... I dah nak balik." Pantas aku menahan. Tidak mahu berlama-lama di s
itu kerana bimbang akan mengganggu kerjanya.
"Baru datang dah nak balik... duduklah dulu," balasnya
bersungguh-sungguh.
Aku mengangguk perlahan. Tertarik memandang Umar Aisy membancuh teh, aku mendeka
tinya.
"Teh hijau ... you tak biasa minum, ya? Tak apa... nanti I pergi beli air lain.
Kat sini hanya ada teh... teh Cina. Teh tarik tak ada... air mineral pun dah hab
is."
Namun pantas aku menahan kerana tidak mahu menyusahkannya.
Umar Aisy meletakkan dua gelas air yang berwarna jernih kehijauan di atas meja.
"Teh hijau ni baik untuk kesihatan. Kata orang, empat cawan teh sehari akan menj
auhkan kita dari doktor."
Aku menunjukkan reaksi tidak percaya. Takkanlah dengan meminum air teh sahaja se
seorang itu sihat walafiat sepanjang hidupnya?
"I bukan cakap kosong... you boleh baca artikel ini. It's extraordinarily amazin
g what green tea can do for your health!" Umar Aisy membaca tajuk yang tertera.
"Wow!" Teruja aku tatkala membaca ayat yang menyatakan vitamin E dalam teh hijau
bertindak sebagai anti oksidan, melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kul
it.
"Minum teh boleh membuatkan seseorang tu awet muda!"
"Betul tu... contohnya ada kat sebelah you ni."
Sesaat dua aku tidak dapat menangkap maksud hinggalah aku mendengar dia ketawa.
"Ek, eleh you ni... perasan!"
"Tak betul ke?" soalnya bersahaja. Kemudian dia ketawa. Sedikit pun dia tidak me
ngambil hati dengan kutukanku.
"Minum teh hijau ni boleh turunkan berat badan. You tengok aje Sim... dia baru a
malkan setahun. Amalan minum teh ni juga boleh elakkan kerosakan gigi," jelas Um
ar Aisy. "Kajian tu dah dibuktikan?"
"Dah... bahan kajiannya ada kat sebelah you ni." Sekali lagi Umar Aisy mengambil
contoh dirinya sendiri. "I pernah jumpa

doktor gigi.-. dia suruh I amalkan minum teh untuk kuatkan gigi. Mula-mula tu I
ingatkan dia bergurau... tapi rupa-rupanya dia serius. Katanya teh kaya dengan f
luoride... sejenis mineral yang juga baik untuk melawan osteoporosis. Tapi you l
ainlah... tak sakit gigi pun, selalu jumpa doktor gigi."
Dalam serius dia menghuraikan tentang kebaikan teh hijau, selamba sahaja dia men
gaitkannya dengan Lutfi.
"You ni... I cuba lupa, tapi you ingatkan balik," kataku
dalam keluhan.
"You cuba lupakan siapa? Lutfi?" soalnya ala-ala lurus bendul. Lagaknya seolah-o
lah langsung tidak bersalahan apa
yang disoalnya itu.
"Bukan lupakan Lutfi... tapi masalah yang kami hadapi
sekarang."
"Tu bukan masalah, Iddya... tapi cabaran yang menguji ketabahan. You mesti tahan
diuji... mesti berfikiran terbuka."
"Tapi I jadi stres."
"Haa... teh hijau ni bukan aje boleh baiki konsentrasi dan ketajaman fikiran...
tapi juga boleh kurangkan stres. Kafein dalam teh ni buat you rasa segar. Minuml
ah. Kalau tak cukup, nanti I bancuh lagi."
Aku mula menyisip air teh hijau yang sudah suam-suam kuku. Nyaman rasanya.
"Okey tak rasanya? Sedap?"
"Hmm... nanti bancuhkan seteko lagi untuk I," jawabku untuk membeli jiwanya. Aku
bersuara lebih perlahan kali ini kerana Rhu Ying berada tidak jauh dari kami.
"I ajar you caranya... kita buat sama-sama." Aku tidak memberi perhatian pada ca
dangannya, walaupun Umar Aisy sudah bangun menuju ke ruang kecil tempat dia memb
ancuh teh tadi. Dari ekor mata, aku sedar Rhu Ying sedang memandang kami. Hatiku
berasa kurang enak.
"Iddya!" panggil Umar Aisy. Tentulah baru kini dia
menyedari yang aku tidak mengikutnya.
"Apa?"
"Marilah!"
Aku menindih rasa serba salah dengan anggapan, Rhu Ying tidak berhak apa-apa ke
atas Umar Aisy.
"Kali ni I nak bagi you cuba minum teh putih," kata Umar Aisy ketika aku berdiri
di sebelahnya. "Teh ni dibuat dari daun-daun teh yang paling muda... pucuk yang
berwarna putih. Sangat rumit untuk dibuat sebab tu harganya mahal. Untuk rendam
teh ni... kita guna air yang baru mula mendidih. Okey, masukkan teh dulu, lepas
tu tuang air!"
Aku menyambut sudu yang dihulurkan, lalu memasukkan serbuk teh yang berwarna put
ih keperakan itu ke dalam teko. Selepas menuang air panas, penutupnya aku rapatk
an.
"Biarkan selama tujuh minit," kata Umar Aisy.

Sementara menunggu, aku menebar pandangan. Hanya Sim dan Amanda sahaja yang seda
ng melayan pelanggan. Kelibat Rhu Ying tidak lagi kelihatan. Entah di mana dia b
erada. Mungkin sedang mengintip gerak-geri kami dari tempat yang tersembunyi. Ak
u sekadar meneka-neka.
Aku tertarik hati memandang dua buah cawan kecil yang Umar Aisy letakkan di atas
dulang yang kecil juga ukurannya. Comel benar nampaknya. "Wah, warna tehnya pun
lain!" kataku dengan penuh kekaguman setelah aku menuangnya ke dalam cawan.
Airnya berwarna kuning pucat.
"Hmm..." kataku sambil melalukan cawan kecil di hidung. Menikmati aromanya yang
lembut dan segar. Menghayati dengan mata yang terpejam.
Apabila membuka mata, aku tersentak kerana Umar Aisy sedang berdiri di hadapanku
. Begitu hampir hingga aku seperti bisa mendengar helaan nafasnya. Mujurlah tida
k sampai terlepas cawan kecil di tangan dek rasa terkejut. Cepat-cepat aku menja
uh. Umar Aisy tersenyum.
HUJUNG minggu yang kunanti dalam debaran akhirnya menjelma. Berbaur rasa di dala
m hati ketika kereta Lutfi
berhenti di hadapan rumah. Aku cuba
menindih rasa takut dan bimbang. Kegusaran yang melanda hati cuba kulontarkan ja
uh-jauh.
Setelah bersalaman dengan Mak cik Marlia dan Pak cik Halim, aku terus ke ruang r
ehat keluarga; memandang dan mendengar dari jauh perbualan mereka.
Intronya berkenalkenalan dan perbualan mereka yang diselang-seli dengan ketawa.
Aku menarik nafas lega. Tersenyum senang ketika Ijaz duduk di sebelahku. Tidak s
angka pula dia berminat untuk mengikuti sesi pertemuan ini.
"Kedatangan kami ni ada hajat sebenarnya," ujar Pak cik Halim. Seterusnya dia me
njelaskan tujuan kedatangan kami.
"Saya sendiri tak ada halangan. Lagi cepat dilangsungkan... lagi baik." Segera d
isambut oleh abah.
Lega benar hatiku mendengarnya. Sedikit pun abah
tidak menyentuh tentang status Lutfi. Serasa terangkat seketul batu besar yang s
elama ini tergalas di atas bahu. Aku membayangkan seraut wajah Lutfi yang tersen
yum senang kerana aku juga begitu.
"Akak!" Ijaz menyiku lenganku. Lirikan matanya menghantar isyarat.
Aku mengalih pandangan. Terkejut apabila nampak mama sudah beralih tempat, duduk
selang sebuah sofa dari Lutfi. Senyuman manis terukir di bibirnya. Reaksi mama
menimbulkan tanda tanya di dalam hatiku. Kalau dahulu mama mempamerkan rasa tida
k berkenan, kini terserlah pula keramahan dan rasa seperti menyenangi.
Perubahan sikap mama yang mendadak ini amat ketara di mataku. Abah seperti tadi
juga. Tenang-tenang sahaja. Menoleh ke sisi, Ijaz menjungkitkan bahu.
"Err... tapi ada perkara yang nak saya tanyakan dulu."
Suara abah spontan membunuh kerianganku. Berdegup kencang jantungku persis baru
lepas berlari pecut 100 meter. Bingkas aku bangun. Tidak kuhiraukan pandangan ma
ta mama yang menyedari dan menghantar isyarat tidak sewajarnya aku menunjukkan m
uka.
"Kalau boleh saya tahulah... Lutfi ni lahir di mana?"
'Abah, kan Iddya dah bagi tahu abah?' Aku beristighfar. Kesal hatiku kerana abah

bertanyakan soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Entah apalah muslihat abah a
gaknya, aku tidak tahu.
"Saya lahir di Kuching."
Aku mendengar jawapan Lutfi sama seperti yang sudah aku maklumkan kepada abah. S
udah sahih tiada percanggahan, lalu aku kira persoalannya sudah selesai.
"Kami dulu pun pernah duduk di Kuching... masa tu pak cik kerja di Kalimantan. B
anyak orang Semenanjung kerja di sana, tapi anak isteri tinggal di Kuching. Dudu
k menyewa setempat... boleh saling membantu sebab suami balik sesekali."
"Salah seorang jiran kami masa dulu, anaknya kebetulan duduk selang dua buah rum
ah dari rumah kami ni," celah mama pula.
"Oh, si Zahari... anak Zufri!" sambut abah.
Aku tidak mengerti untuk apa kisah ini ditimbulkan, sedangkan tetamu yang datang
langsung tidak mengenali siapa jua orang yang abah dan mama maksudkan. Aku cuba
mencari perkaitannya. tapi kabur. Tidak dapat hendak memikirkan apa-apa.
"Bila saya cuba ingat ingat balik... saya rasa saya kenal arwah ayah Lufti
ni... Ibrahim namanya."
Dari jauh aku nampak Mak cik Marlia mengangguk tanda mengiakan.
"Betullah kata awak!" Sudah pastilah kepada mama kata-kata itu abah tujukan.
"Lutfi ni anak sulungnya, kan?"
Aduh! Aku menepuk-nepuk dahi apabila sekali lagi abah bertanyakan soalan yang ab
ah sudah tahu jawapannya.
"Satu-satunya anak arwah dengan isteri pertamanya," jawab Mak cik Marlia.
"Tak sangka dapat jumpa semula. Lutfi ni muda sikit dari anak sulung saya. Bagus
kalau Zairi ada sama... boleh dia kenal-kenal dengan Lutfi." Mama bersuara ceri
a.
"Isteri saya ni ingat sangat pada Lutfi. Masa Lutfi dah dibawa balik ke Semenanj
ung, hari-hari dia menyebut." Ujaran abah bagaikan tersirat maksud tertentu. Nad
a suaranya seperti berteka-teki. Hatiku kembali diulit resah.
"Minggu lepas masa jumpa Lutfi, memang saya nak tanya... tapi takut salah orang
pulak."
Berderau darahku apabila serentak itu mama bangun lalu duduk di sebelah Lutfi. B
erkongsi sofa berkembar dua.
Reaksi mama aneh benar di pandangan mataku.
"Tengok tanda kat kening dia ni... saya ingat lagi pada bayi yang pernah saya ja
ga masa kami di Kuching dulu. Namanya pun... Lutfi. Saya yang susukan dia... sam
pailah keluarga dia datang ambil bawa balik ke Semenanjung."
Dalam terpinga-pinga, aku cuba mencerakinkan makna kata-kata mama itu. Ia menemu
kan aku dengan jawapan yang meresahkan dan hatiku segera menidakkan. Mustahil! '
Ma, tolonglah jangan bergurau dalam hal sepenting ini,' rayu hatiku pada ketika
tubuh sudah mula terasa melayanglayang. Bagai sudah tidak terasa bumi yang kupij
ak.

"Memang saya yang menyusukan dia. Jadi, kalau betullah ini orang yang sama... Lu
tfi dari segi hukum agama ialah 'anak' saya. Lutfi dengan Iddya... ada pertalian
... saudara sesusu."
Setiap kata-kata yang terlontar dari mulut mama menampan gegendang telingaku. Di
dalam hati penuh curiga. Apa lagi kalau bukan usaha mama untuk memisahkan kami
berdua. Sanggup mama mengada-adakan cerita yang tiada. Berkata yang bukan-bukan!
"Tengok tanda ni... saya pasti yang saya tak silap orang," kata mama lagi sambil
memegang tanda merah di bahagian kening Lutfi.
Aku masih tidak percaya, walaupun mama bersungguhsungguh cuba meyakinkan. Bagi a
ku, ini satu percubaan untuk memisahkan sepasang kekasih yang sedang hangat berc
inta!
Kemudian mama membawa keluar sebuah album gambar, lalu ditunjukkannya kepada Lut
fi. Kemudian beralih pula album itu ke tangan Mak cik Marlia.
"Memang betul ini gambar arwah ayah dia. Lutfi... ibu tak tahu nak cakap apa..."
Rupa-rupanya persoalan inilah yang menghantui mama sejak seminggu yang lalu. Ini
lah jawapan pada kedinginan sikapnya. Dan inilah juga jawapan pada rasa aneh yan
g kurasa setiap kali aku dan Lutfi bertentang mata. Tapi... ah, ni semua tipu mu
slihat mama untuk memisahkan kami! jerit hatiku tetap tidak percaya.
Aku memandang abah, mengharap sejalur sinar. Kabur pandanganku dek genangan air
mata.
"Anak susuan tak boleh bernikah dengan saudara susuan. Tu dalam Islam... hukum y
ang tak boleh ditolak ansur," ujar abah.
Aku seperti mendengar dentuman petir yang sungguh kuat diiringi kilauan kilat ya
ng sabung-menyabung. Terasa gelap-gelita duniaku. Alam sekeliling sepi membeku.
Aku mencubit-cubit pipi dan pasti aku tidak bermimpi. Aku mencari anak mata Lutf
i. Kolam matanya berkaca-kaca.
Sepi dan berterusan sepi. Di setiap arah aku berpaling, menemukan aku dengan luk
isan di wajah yang membawa tafsiran yang serupa; cinta terlarang yang mustahil d
apat disatukan dengan ikatan pernikahan.
Pada saat ini, aku seperti sudah tidak berdaya lagi hendak menghela nafas. Terla
lu lemah jiwa... kosong seperti tidak terisi apa-apa. Ya ALLAH, seru sekalian al
am, bantulah aku! Bantulah aku! Hendak aku apakan lagi kerana keadaan sudah ters
urat jadi begini? Sudah sahih lagi nyata kami terjerat dalam hubungan cinta terl
arang. Terhukum dalam takdir yang seberat ini tanpa kutahu hikmah di sebalik. Su
bhanallah... Aku berzikir dalam hati.
"Iddya!"
Aku mendengar suara mama memanggil, tetapi aku tidak mampu memberi sebarang reak
si. Aku berdiri tegak seperti monumen tidak bernyawa. Kosong jiwa. Aku sedar ket
ika abah datang kepadaku lalu menepuk-nepuk bahu, tetapi semangatku yang hilang
tidak terpanggil pulang.
"Iddya dah dengar apa yang abah cakap tadi, kan? Dari
segi hukum memang takboleh. Sesama saudara sesusu... tak boleh kahwin."
Saat aku mendengar suara abah, air mata tidak tertahankan. Lutfi kupandang. Dia
juga seperti aku sudah kehilangan jiwa. "Lutfi," panggilku perlahan. Lambat-lamb
at dia mengangkat muka. 'Berkatalah sesuatu Lutfi... janganlah diam saja,' pinta
ku lewat pandangan mata.

Serasa pecah dadaku apabila dia menggeleng-geleng. Memuncak kesedihanku. Aku mer
aup kedua-dua belah tangan ke muka dan kemudian teresak-esak sendiri.
"Iddya... jangan macam ni, sayang. Malu orang tengok." Suara mama perlahan, lemb
ut memujuk.
Malu memanglah malu, tetapi hendak aku apakan lagi kalau air mata
laju membasahi pipi? Memang aku perlu menangis. Perlu melepaskan
n nampak sangat aku terlalu menurut perasaan dan kata hati kerana
kan kesedihan itu terkurung di dalam dada, akan semakin meranalah

sudah mengalir
sebak, walaupu
kalau aku biar
jiwa.

"Iddya naik dulu," kataku lalu terus mengatur langkah mendaki anak tangga. Tiada
sesiapa menahan. Tidak juga Lutfi kerana aku tahu dia juga sedang berusaha memu
juk hatinya.
AKU terus ke bilik yang paling hujung. Menerjah masuk setelah memulas tombol pin
tu. Mencari Iddrin. Aku ingin berkongsi rasa hatiku dengannya, meluahkan kehampa
an yang sarat menekan di dalam dada. Melingas mataku memandang ke sekeliling. Te
rtancap pandangan pada potret Iddrin yang tergantung di dinding. Menyedarkan aku
pada hakikat yang Iddrin tiada di sini. Dia sedang melanjutkan pelajaran di Kan
ada. Lalu kepada siapa hendak aku mengadu? Aku kebingungan. Aku menangis kerana
tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.
Akhirnya aku masuk ke dalam bilikku sendiri. Terduduk di birai katil dengan esak
an. Aku sedar, harapan hidup bersama yang selama ini kami bina sudah hancur berk
ecai.
Aku menyalahkan Lutfi kerana dia tidak bersungguhsungguh untuk mempertahankan ci
nta kami. Dia bagaikan ikut sama menghumban harapan masa depan yang selama ini k
ami bina. Lutfi mengiakan tanpa sedikit pun mempamer rasa untuk membantah. Bagai
kan langsung tiada keraguan. Kehampaan semakin menghambat hatiku dari setiap pen
juru. Amukan rasa kecewa yang bergelora menolak akal fikiran yang rasional dan w
aras. Aku tiba-tiba nekad untuk melakukan sesuatu dan Lutfi juga harus ikut mela
kukannya agar kami bisa mencapai hasrat yang satu. Kami perlu pergi jauh dari si
ni. Di suatu tempat yang tiada seorang pun tahu yang aku dengan Lutfi dari segi
hukum tidak boleh bersatu sebagai suami isteri.
Kami akan bernikah dan tidak akan balik-balik lagi ke sini.
'Iddya... kau dah gila ke nak kahwin dengan 'abang' sendiri sampai hukum ALLAH p
un kau dah tak peduli?' soal satu suara dari dalam hatiku. Sinis lagi mengejek.
Aku terkedu, lalu segera kembali ke dalam diri. Rasa malu kepada diri sendiri ke
rana aku sanggup berfikir sampai sejauh itu, sampai menidakkan hukum ALLAH.
Subhanallah! Astaghfirullahalazim! Aku beristighfar dalam hati. Berulang-ulang k
ali hingga hatiku kembali tenang. 'Ampunkanlah dosa-dosaku, ya ALLAH. Sesungguhn
ya hanya KAU sahaja yang tahu hikmah yang tersembunyi setelah aku lelah diuji se
begini.'
Terhenti seketika esakanku apabila telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. A
ku memandang daun pintu yang perlahan-lahan terkuak. Terjengul muka Ijaz
di sebaliknya. "Boleh masuk?"
Aku mengangguk. Ijaz melangkah masuk lalu terus duduk di sebelahku.
Bahuku dipautnya kejap-kejap. Meskipun dia diam tanpa kata, tetapi pautannya mel
uruhkan sedikit kedukaanku.
"Mama tak suka dia! Sengaja mama reka-reka cerita!" hamburku dalam tangisan.
"Malu... tak tahu kat mana nak letak muka," tambahku dalam lirih. Aku memikirkan

sudah tentulah orang mentertawakan aku kerana bercinta dengan 'abang' sendiri.
"Tak apa kak... ni lebih baik dari akak dan dia..." Ijaz tidak menyempurnakan ay
at kerana dia yakin tentulah aku tahu maksud yang ingin disampaikan. Seterusnya
Ijaz berkata lagi itu dan ini untuk memujuk. Keprihatinan Ijaz meredakan sedikit
olakan rasa di dalam hatiku.
"Jangan sedih sangat ya!" pujuk Ijaz lagi sebelum keluar.
Perlahan-lahan aku bangun lalu mengunci pintu.
Rasanya aku sudah menangis hingga kering air mata, tetapi kesedihan hatiku tidak
juga reda. Aku memandang ke langit hatiku yang suram. Sinar bahagia meredup dan
perlahan-lahan hilang... yang tinggal hanyalah kehampaan. Aku terpasak di tunja
ng pasrah... lemah tidak berdaya.
SANGKAKU apabila hubungan aku dan Lutfi putus sebagai pasangan kekasih, maka ber
akhirlah sebuah kehidupan yang bahagia. Tetapi ALLAH yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang masih memberiku peluang melihat fajar menyinsing. U
sai solat subuh, aku berdoa. Lama aku duduk berteleku di atas sejadah. Seumur hi
dup, rasanya inilah doaku yang paling panjang. Aku mengharap ihsan daripada ALLA
H SWT agar aku mampu bangkit untuk meneruskan kehidupan selagi aku masih bernafa
s.
Selepas melipat kain telekung, aku mencapai telefon bimbit dan menghitung jumlah
panggilan yang aku biarkan tanpa jawapan. Banyak sekali terutamanya daripada Lu
tfi dan dua panggilan daripada Syamira. Tentulah kini Syamira sudah tahu apa yan
g terjadi. Oh, alangkah malunya!
Ketika meninjau kotak pesanan masuk, ada 11 kiriman pesanan ringkas yang kuterim
a. Satu daripada Umar Aisy, tiga daripada Syamira dan selebihnya daripada Lutfi.
Aku tiada hati untuk membacanya, lalu aku biarkan sahaja.
Dua hari tidak menjamah apa-apa, aku masih mampu bertahan. Tetapi masuk hari ket
iga, tubuhku mula menggigil. Akhirnya, perut yang berkeroncong minta diisi memak
sa aku ke dapur. Kalau aku berterusan melancarkan mogok lapar, sudahnya aku juga
yang akan mati kebulur. Mati dalam keadaan begini tidak ada bezanya dengan mati
membunuh diri. Tertanggungkah aku azabnya nanti?
"Kakak nak makan nasi... saya boleh ambilkan."
Aku menggeleng. Sekilas sahaja wajah Enel kutatap. Suaranya sahaja sudah cukup m
enggambarkan rasa simpati. Aku yakin Enel tentu tahu apa yang telah terjadi.
Aku yang selama ini suka bercanda, sepi membisu. Betapa tidak, kedukaan yang mel
ilit tangkai hati membunuh keriangan. Hatiku masih terkurung dalam duka nestapa.
Setelah memasukkan dua keping roti ke dalam alat pembakar, aku membancuh satu mu
g air Milo. Kemudian aku mengeluarkan marjerin dan melepanya di atas roti bakar.
Aku makan, tetapi seperti tidak berasa apa-apa... malah seperti mengunyah hati
sendiri. Sesekali gumpalan roti yang tersekat di kerongkong aku tolak dengan air
. Akhirnya, dua keping roti bakar dan satu mug air Milo masuk di dalam kantung p
erutku yang sudah dua hari kosong tidak berisi.
Aku tidak jadi hendak bangun apabila mama menarik kerusi, lalu duduk di sebelahk
u. Enel yang sejak tadi mengemas pinggan mangkuk di singki perlahan-lahan mening
galkan ruang dapur. Mungkin mama sudah mengisyaratkan yang dia mahu bersendirian
denganku. Mama memaut bahuku. Kemudian diusapnya perlahan-lahan. Pastilah mama
cuba meminjamkan kekuatan semangatnya agar aku mampu bangkit kembali dan membeba
skan lara yang mencengkam perasaan.

"Ada surat." Serentak itu sekeping surat dihulurnya


perlahan-lahan kepadaku.
Melihat tulisan tangan di sampulnya, aku segera tahu surat itu kiriman daripada
Lutfi. Tidak dapat bercakap di talian, pesanan ringkasnya juga kubiarkan sepi da
n kini dia meninggalkan surat pula. Mungkin inilah cara terakhir yang difikirkan
nya boleh menghubungkan kami setelah usahanya untuk berkomunikasi denganku menem
ui jalan buntu. "Dia datang tadi," ujar mama.
Aku diam tanpa reaksi. Cuba mengikis rasa cinta yang membalut hati.
"Lama jugak... tapi ajak makan tak nak." 'Hmm... mogok lapar juga ke? Atau mungk
in dia sudah makan. Entahlah!'
"Oh ya, Abang Zairi kata rehatlah dulu kat rumah... tak usah fikir pasal kerja."
Hatiku semakin sayu. Sesungguhnya aku amat menghargai keprihatinan Abang Zairi.
"Sebenarnya ada benda yang mama nak tanya ni..." Sejenak mama berjeda. Apabila a
ku memandangnya, barulah mama meneruskan bicara. "Mama nak tahu sejauh mana hubu
ngan Iddya dengan Lutfi. Mama bimbang kalau..."
Aku mengetap bibir, cuba menahan getar rasa di dalam jiwa. Tentulah pelbagai and
aian di dalam fikiran mama tentang keintiman hubungan kami dan yang paling dibim
bangkan tentulah kalau-kalau kami pernah terlanjur. "Kami tahu batasannya, ma."
Aku mendengar helaan nafas mama yang penuh
yang perlu dibimbangkan, tetapi sejujurnya
ah terdorong nafsu ke arah itu. Namun kami
saan agar tidak tersasar dan terjerumus ke

kelegaan. Sesungguhnya tidak ada apa


aku mengaku bukan langsung tidak pern
saling mengingatkan dan mengawal pera
lembah dosa dan maksiat.

Lutfi. Bayangan wajahnya tetap tidak lepas dari hatiku.


Aku mengimbau kembali detik-detik bersamanya. Saat pertemuan pertama dan berlanj
utan menjadikan kami begitu intim dan mesra. Sehinggalah akhirnya dia melamarku.
Tetapi kini impian dan anganan kami sudah hangus terbakar. Sudah hancur berkeca
i menjadi debu-debu yang berterbangan, lalu hilang entah ke mana dibawa angin. T
iada apa lagi yang tinggal.
Cinta tak semestinya bersatu! Oh, alangkah pandainya orang yang mengungkap katakata ini! Barangkali daripada pengalamannya sendiri, maka terlahirlah ungkapan k
ata yang berhiba-hiba ini. Tidak pernah aku meminta hal ini terjadi, tetapi kini
aku dengan Lutfi harus menerima hakikat, walaupun peritnya menjerut tangkai hat
i.
Surat Lutfi yang sejak dari tadi di dalam genggaman kubuka semula. Aku menatap l
agi antara baris-baris ayat yang lahir dari suara hatinya.
Kehidupan kita perlu diteruskan.
Aku sedar apa yang ditulis oleh Lutfi adalah satu pengharapan. Aku harus mendepa
ni realiti dan sedar bahawa mati hidup semula sekalipun, antara aku dan dia, ika
tan 'adik-beradik' itu tidak akan terputus, tetapi harapan untuk berkongsi hidup
harus kami kuburkan.
'Lutfi, kisah cinta kita dah jadi kenangan. Kini aku harus melupakan... denganmu
, tiada hidupku lagi. Tapi selagi hatimu tidak jatuh kasih kepada orang lain, iz
inkanlah aku menumpang teduh di bawah sayap kasihmu.' Hatiku yang lirih tidak si
lu meminta.
MENYELAM jauh di lubuk sanubari yang terkurung dalam penjara cinta Lutfi,, hatik
u merintih pilu. Ke arah mana pun aku berpaling, bayangan wajahnya tetap ada di

situ, setia menemani. Aku biarkan kerana itu sahaja yang tinggal. Kenangan manis
yang tidak mungkin dapat aku lupa sepanjang hidupku.
Helaan nafasku meskipun lemah, tetapi hembusannya menuntut aku mengisi kehidupan
selagi belum terhenti denyutan jantung dan nadi. Aku memerlukan sokongan dan ke
kuatan semangat untuk bangkit kembali. ALLAH, tiupkanlah semangat ke dalam jiwak
u. Berilah aku ilham untuk meneruskan hidup. Fikiranku berkelana jauh mengikut k
ata hati. Menarik peristiwa demi peristiwa dari ruang memori.
"lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you
to hold, my feet to walk with you, but I can't lend you my heart... coz' it alre
ady belongs to someone."
Aku teringat kepada Umar Aisy. Teringat pada katakatanya yang damai memujuk. Sek
alipun hatinya sudah dimiliki, tetapi aku masih sahabatnya. Aku memerlukannya pa
da saat ini untuk meluruhkan rasa yang sarat menekan di dalam jiwa. Aku memilihn
ya kerana dia selalu mengerti dan selalu cuba memahami.
Setelah bercakap-cakap seketika dengannya, aku memutuskan talian telefon. Kemudi
an aku turun, mencapai kunci kereta, lalu terus keluar untuk menemuinya.
SESUNGGUHNYA cinta membuatkan air mataku begitu mudah mengalir. Langsung tiada r
asa malu aku menitiskannya di hadapan Umar Aisy ketika aku berkisah tentang hal
yang sudah terjadi. Mungkin kerana aku sudah biasa dengannya, maka sebebasnya ak
u berbuat apa sahaja, waima menangis sekalipun di depannya.
"Menangislah Iddya. Tangisan boleh legakan perasaan you,"pujuk Umar Aisy.
"Umar... I tak sangka jadi macam ni," kataku dalam keluhan. Tidak pasti untuk ka
li yang ke berapa aku lahirkan kata-kata yang serupa. Menjadi berulang-ulang ker
ana hal ini amat membebankan fikiranku.
Umar Aisy terdiam. Barangkali tidak tahu hendak mencelah di mana, maka seluas-lu
as ruang dibuka untukku melepaskan rasa hati.
"Mama I cakap... mak Lutfi meninggal masa lahirkan dia. Katanya bukan sehari dua
, tapi memang lama dia menyusukan Lutfi sampailah keluarga dia datang bawa balik
ke sini. Jadi I dengan dia saudara sesusuan... memang tak boleh kahwin!" Entah
kali ke berapa juga aku mengulang sebut kisah yang sama, aku pun tidak tahu. Tet
api yang pasti, Umar Aisy tetap setia mendengar. Sesekali kepalanya terangguk-an
gguk tanda mengerti dan sesekali pula dia
menggeleng tanda ikut kesal dengan apa yang telah terjadi.
"You percaya ke Umar cerita ni? I rasa mama I sengaja buat cerita tu sebab dia t
ak nak I kahwin dengan Lutfi... sebab dia duda." Semakin perlahan suaraku tatkal
a menyebut patah kata yang akhir itu. Bagiku memang ini muslihat mama untuk meng
halang dan memisahkan kami. Andaian inilah yang terpasak di dalam kepalaku.
"Iddya, takkan mama you sanggup buat macam tu. Sekarang ni dah ada bukti yang je
las... you have to back off. Takkan you nak terus bercinta dan lepas tu kahwin d
engan 'abang' you sendiri?"
"Ah, boringlah cakap dengan you ni, Umar!" Meledak suaraku. Aku gagal mengawal e
mosi, lalu terus bangun. Bergegas keluar meninggalkan kedai tanpa menghiraukan p
ertanyaan Sim yang terkejut kerana aku hampir merempuhnya.
"Iddya!"
Tidak juga kuhiraukan Umar Aisy yang terjerit memanggil hinggalah dia mencapai t
anganku. Spontan aku menghentikan langkah kaki.

"I minta maaf kalau I tersalah cakap," kata Umar Aisy seraya melepaskan tanganku
. "Kalau kita berdiri kat sini mungkin orang ingat ada shooting drama, jadi lebi
h baik kita balik ke kedai atau duduk kat mana-mana."
Aku terus berjalan mendahuluinya. Menonong tanpa haluan hinggalah sekali lagi Um
ar Aisy menarik tanganku. Menjajar langkah kaki masuk ke Kafe Selera. Duduk di m
eja yang menghadap kipas besar. Mungkin Umar Aisy mengharap angin dingin yang be
rhembus boleh mendamaikan hatiku. Umar Aisy duduk bertentangan denganku. Dia mem
buat pesanan minuman. Teh o untuk kami berdua.
"Iddya... cuba bertenang. Sabar... tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan
-lahan... istighfar banyak-banyak," ujar Umar Aisy cuba memujuk.
Malunya! Mengapa aku tidak boleh mengawal diri. Kalau di depan Umar Aisy, segala
sifat burukku akan keluar. Aku langsung tidak pandai berpura-pura untuk menyemb
unyikannya. Sesungguhnya bebanan perasaan yang menghimpit dari segenap penjuru m
embuatkan hatiku berasa tidak tertanggung lagi. Aku tidak tahu cara bagaimana la
gi untuk menghadapinya.
"I rasa macam nak mati, Umar!" Aku berkata dalam sedar dek hambatan rasa kecewa.
Tekanannya datang bertimpa-timpa hingga aku lemas kerana seakan-akan langsung t
iada ruang untuk bernafas.
"Tu cakap orang yang dah putus asa. Baru ALLAH uji sikit, you dah rasa macam tu.
Dah tak ada keinginan untuk hidup. Bumi ALLAH ni terlalu luas, Iddya. Kebahagia
an ada di mana-mana!"
Aku menggetus marah. Kata-kata nasihatnya bagiku adalah sindiran tajam yang meni
kam hingga ke dasar hati. Sungguh... Umar Aisy boleh berkata apa sahaja kerana b
ukan dia yang mengalaminya. Bukan dia yang menanggung pedih luka. Dia hanya mema
ndang luarannya sahaja, sedangkan dia tidak nampak hatiku yang hancur luluh dan
harapanku untuk berkongsi hidup dengan Lutfi sudah punah.
Aku mencapai beg tangan dan bersedia untuk pergi. Umar Aisy juga ikut bangun.
"Nak ke mana lagi?" soalnya.
"Ke mana-mana aje... kan bumi ALLAH ni luas!"
"You perli I." Mudah sahaja dia menyimpul maksud kata-kataku.
Aku diam. Malas hendak berbalas kata dalam fikiran yang berserabut. Aku tidak ma
hu berterusan melahirkan kata-kata yang selebihnya berupa hamburan rasa marah da
n kecewa.
"Duduk dulu. Cakaplah apa saja... I dengar."
Aku akur, lalu kembali duduk dan cuba bertenang. Menarik nafas dalam-dalam dan m
enghelanya perlahanlahan. Tiba-tiba mataku terkesan sesuatu. Sesuatu yang aku yakin Umar Aisy lakuk
an dalam sedar. "You tengah buat apa?"
"Tak buat apa-apa!"
Aku tidak percaya. Aku tahu ada sesuatu sedang berlaku. "You suka tengok I macam
ni, ya!" Aku menjadi sangat pesimis dan membuat serkap jarang kerana reaksi dan
aksinya sukar kutafsir.
"Okey! Okey! I tengah ikut rentak you tarik nafas dan hembus nafas," jelas Umar
Aisy. Sejenak dia berjeda. Aku mengangkat kening menghantar pertanyaan. "Supaya
kita berada dalam frekuensi yang sama... supaya I dapat rasakan apa yang you ras

a."
"Alah, ada-ada aje you ni!" sanggahku dalam ketawa.
Malu sebenarnya kerana hingga ke tahap itu dia cuba
menyelami rasa hatiku. Cuba berkongsi duka dan rasa sedih.
"Bila kita dalam frekuensi yang sama... lama-lama you
akan cool. Tengok... dah boleh ketawa!"
Aku ketawa pada ketika hati masih dirundung nestapa. Cuba menceriakan hatiku yan
g gundah.
"I minta maaf kalau apa yang I cakap tadi menyinggung hati you dan tambah serabu
tkan fikiran you yang dah sedia berserabut tu. Tentu I tak patut bagi pendapat m
acam tu. I faham perasaan you dan I sangat simpati. Tapi... err... kita jangan n
ak menidakkan hukum ALLAH. I tak berani nak cakap lebih-lebih tentang perkara ni
... nanti I carikan artikel untuk you baca."
Aku mengangguk perlahan sambil cuba menghimpun semangat agar kembali ke dalam di
ri. Aku tidak tahu sampai bila aku hendak bersedih dan berhiba-hiba hati, walaup
un aku tahu menangis air mata darah sekalipun tidak akan dapat mengubah hakikat
yang telah terjadi. Takdir yang sudah terukir sejak di azali. Pasrah dan terima
sahaja dengan hati
yang terbuka. Kalau separuh hati sahaja dapat menerima, aku harus memujuk yang s
ebahagian lagi dan lambat-laun aku yakin aku dapat menerimanya.
Aku menyisip air teh yang sudah suam-suam kuku. Bertambah lega perasaan.
"Nak makan apa-apa?"
Aku mengangguk. "Memang I lapar... tolong order nasi lemak dengan ayam goreng be
rempah untuk I."
Segera Umar Aisy memanggil seorang pelayan, lalu membuat pesanan untuknya sekali
. "Dah berapa hari tak makan?"
Aku menjungkitkan bahu.
"Agaknya kalau I cakap... you marah lagi tak?"
Aku ketawa kecil. Begitu sekali kebimbangannya untuk melahirkan kata-kata kerana
emosiku yang sukar dijangka.
"Cakaplah. Kalau I tak suka... I diam," jawabku seolah-olah berjanji dengannya.
Senyuman lebar terukir di bibirnya. "Iddya... kita jangan menyukai dan puja sese
orang lebih dari rasa cinta kita pada ALLAH yang satu. Kena redha agar kita tak
terlalu rasa kecewa. Insya-ALLAH suatu hari nanti ada orang lain yang menanti...
orang yang ALLAH janjikan untuk you cintai. Melimpah kasih ALLAH kalau kita let
ak kasih pada DIA dulu sebelum cinta pada kekasih."
Aku terkedu. Tidak tahu dari mana Umar Aisy mendapat ungkapan itu untuk memujuk
hatiku. Mungkin dia meminjam ungkapan kata dalam tazkirah yang selalu dibacanya.
"Jangan terlalu ikutkan perasaan. Hal ni dah ditakdirkan. Ingat... tak semua yan
g kita sayang dan suka tu terbaik untuk kita. Redhalah dengan ketentuan ini. ALL
AH tak pernah zalim pada makhluk ciptaan-NYA."
Memang tidak seharusnya aku membiarkan diriku dibalut duka nestapa. Aku harus me
nerima hakikat takdir.

"Janganlah terlalu emosional. Tutup cerita lama... gunakan apa yang you ada untu
k bina hidup baru. Setiap sesuatu ujian ALLAH... ada hikmah dan rahmat di sebali
knya. Sampai sekarang I ingat dan selalu berpegang pada kata-kata tu bila I rasa
kecewa. Berdoalah minta ALLAH beri ketenangan. I ingat lagi apa yang Ustaz Fair
uz cakap... doa tu ialah senjata orang mukmin."
Sesungguhnya kata-kata Umar Aisy yang dalam dan penuh makna membuatkan aku terle
ka, lupa seketika pada kemelut yang melanda jiwa. Aku mengangguk perlahan, mengi
nsafi diri. Aku berharap selepas ini keadaan akan menjadi lebih baik. Aku harus
menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Harus pasrah dan redha kerana selebihnya
aku tidak dapat hendak berbuat apa-apa.
BERTURUT hari aku berjumpa Umar Aisy, tetapi kali ini bukan di kedai kerana aku
hendak mengelak daripada bertemu Rhu Ying. Entah apa agaknya yang difikirkannya setelah menonton 'drama sebabak' kami semalam yang adegannya tidak ubah maca
m dalam drama bersiri Korea atau Jepun. Apabila aku fikirkan kembali, memanglah
malu. Lebih-lebih lagi apabila hampir sahaja aku merempuh Sim yang kebetulan sed
ang melangkah masuk ke kedai.
Kami ke Kafe Delifrance. Aku memilih tempat duduk di bahagian luar. Umar Aisy ke
mbali dengan dua cawan coklat panas dan sandwic tuna.
Kami sekadar berbual-bual. Walaupun aku cuba mengelak daripada bercakap tentang
Lutfi, tetapi namanya meniti juga di bibirku. Maklumlah... hati terkenang, mulut
menyebut... Terluah dalam kata bicara tentang keenggananku bertemu dengannya se
telah apa yang terjadi. Pelarian perasaan yang baru bermula dan entah bila akan
berakhir.
"You betul-betul sayangkan dia?"
Aku mengangguk pasti, penuh mengharap bagaikan Umar Aisy dapat mengubah keadaan
yang telah terjadi, walaupun aku tahu semua itu adalah mustahil. Ibarat hilang c
incin permata di tengah lautan yang luas terbentang, tidak mungkin dapat aku men
carinya dan aku harus melupakan.
"Kalau sayang, bukan begini caranya. You seolah-olah jadikan dia musuh sedangkan
dia bersungguh-sungguh ambil berat tentang diri you," ujar Umar Aisy.
Aku mengeluh. Di dalam hati rasa menyesal kerana memberitahu Umar Aisy yang aku
tidak menjawab panggilan telefon, tidak membalas pesanan ringkas, apatah lagi be
rjumpa dengan Lutfi.
"I perlukan masa, Umar. Lagipun I malu nak jumpa dia."
"Hah, nak malu apa?"
"You tak fahamlah Umar... you tu tahu cakap aje!" omelku agak tersinggung dengan
kata-katanya.
"Betul ke I macam tu... hanya tahu cakap aje?"
"Tak... you bukan
ang aku buat tadi.

macam

tu."

Cepat-cepat

aku membetulkan kenyataan y

"I dulu pun pernah kecewa. I pernah menangis kerana seorang perempuan. Pergi jau
h bawa diri pun kerana seorang perempuan. Masa tu cinta buat I jadi terlalu lema
h. Tapi rupa-rupanya hikmah yang menanti lebih baik... nur Islam." Tiba-tiba ter
keluar pula cerita itu dari mulut Umar Aisy.
Hatiku teruja untuk mendengar kisahnya. Betapa tidak, kekecewaanyang dialami mem

buatkan seluruh kehidupannya berpusing 360 darjah. Aku tidak mahu mencelah keran
a mahu dia terus bercerita. Tetapi rupa-rupanya setakat itu sahaja yang
ingin dikongsinya denganku.
"Aneh ya... kenapa kita harus menangis kerana sesuatu yang memang dah ditakdirka
n bukan milik kita? Kita kena sedar... tak selamanya sesuatu tu berlaku ikut kei
nginan kita. Janganlah sedih sangat kerana kehilangan cinta yang
baik itu, kerana biasanya yang baik selalu mendahului yang terbaik, dan ALLAH me
mberikan orang yang terbaik yang mencintai kita dan untuk kita cintai tepat pada
waktunya." Umar Aisy bermain kata-kata dan bermadah pujangga.
"Kalau kita kehilangan cinta, pasti ada hikmah atau alasan di sebaliknya. Alasan
yang memang sulit untuk kita faham, tapi kita harus percaya bila ALLAH ambil se
suatu... DIA dah siap ganti dengan yang lebih baik. Think positive Iddya! Seoran
g pergi... banyak lagi yang menanti. Kat depan you ni... salah seorang daripadan
ya."
Aku menjuihkan bibir. Mudah sahaja Umar Aisy melahirkan kata-kata. 'Yalah... cub
a kalau buah hati dia ada kat sini, berani ke dia cakap macam tu?'
SELAMA mana lagi aku hendak bersembunyi dan melarikan diri? Aku harus tabah meng
hadapi suratan takdir ini, walaupun kekuatan hati masih tidak seberapa. Lalu pad
a hari Isnin aku pergi jua ke pejabat.
Sepanjang pagi aku mengurung diri di dalam bilik. Malas hendak bertemu dengan se
siapa. Hanya Ratnahwati sahaja yang masuk ke bilikku menghantar minuman.
Menjelang tengah hari, tanpa ketukan, daun pintu bilikku ditolak. Aku dan Abang
Zairi saling bertatapan. Dia kelihatan terkejut. "Sorry, abang tak tahu pun Iddy
a dah masuk kerja! So, are you okay now?"
Rupa-rupanya dia baru menyedari yang aku datang ke pejabat hari ini. Aku sekadar
mengangguk.
"Abang nak cari pelan rumah Dato' Azhar."
Pantas aku bangun menuju ke meja besar di penjuru bilik. Membongkar dan membuka
bagitu banyak gulungan pelan hingga akhirnya bertemu dengan apa yang kucari.
"Nak ubah lagi. Dia kat bilik abang ... Datin pun ada."
"Err... nak Iddya..."
"Tak apa... biar abang bincang dengan dia. Hai, dah banyak kali ubah... peningla
h dapat pelanggan yang cerewet macam ni!" bebel Abang Zairi.
Biasanya dia jarang merungut, tetapi kali ini kesabarannya kelihatan terjejas se
dikit. Seingat aku, sudah dua kali pelan rumah Dato' Azhar dipinda dan kini mere
ka mahu meminda lagi.
'Hmm... bila mati rumahnya dua tiang jugak!' omelku dalam hati. Tetapi aku sedar
pelanggan seperti Dato' Azhar dan Datin Nor ini perlu kami jaga kerana mereka m
erupakan orang yang sanggup berbelanja, walau banyak mana sekalipun asalkan mend
apat rumah idaman mereka.
Tidak lama selepas Abang Zairi keluar, pintu bilikku diketuk. Menjengul muka Kak
Hilda di sebalik daun pintu yang terkuak. Aku memandangnya. Seraut wajahnya kel
ihatan ayu dengan kain tudung berwarna merah jambu. "Boleh akak masuk?"
Senyumanku

menjawab

pertanyaannya.

Kak Hilda menarik kerusi lalu duduk di

depanku, bertanya khabar.


"Macam nilah. Hari ni baru mula kerja sebab takkan nak cuti lama-lama pulak! Tak
sangka kan? Dari berkasih dan bagaikan separuh mati Iddya sayang dia..." Tidak
aku menyempurnakan ayat kerana bimbang menitis pula air mata kerana kesedihan be
lum sepenuhnya larut dari hati.
"Tu semua kehendak ALLAH... sabarlah."
Ya... sabar. Sabar dan sabar. Inilah yang sedang aku lakukan kerana sabar
adalah separuh daripada iman. Mujurlah aku masih mampu bersabar, kalau tidak ag
aknya aku sudah tersasar dari landasan keimanan.
"Nak keluar lunch?
Aku menggeleng. Bukan aku hendak menyeksa diri, tetapi tekakku masih tidak begit
u berselera untuk makan. Buat masa ini air Milo yang aku minum pagi tadi rasanya
sudah memadai.
"Kalau macam tu... akak pergi dulu!"
Sebaik sahaja Kak Hilda berlalu, aku terus ke meja di penjuru bilik. Kerja yang
tertangguh perlu aku siapkan. Aku perlu melekakan diri dengan kerja-kerja yang s
ememangnya aku suka lakukan. Dengan ini tidaklah begitu terasa masa yang beredar
.
Namun tidak lama kemudian Kak Hilda muncul kembali. Wajahnya kelihatan sangat ce
ria. "Kita makan sama-sama, ya!" katanya sambil meletakkan bungkusan yang dibawa
di atas meja. Dua bungkusan makanan yang membawa makna satu untukku dan satu la
gi untuknya.
"Err..." Terhenti bicaraku apabila Kak Hilda mengangkat tangan.
"Don't say a word! Iddya mesti makan... ni arahan!"
Aku tergelak melihat aksinya. "Eleh, arahan konon!"
"Serius... ni memang arahan. Encik Zairi yang pesan suruh akak beli... siap bagi
duit lagi. Dia dah keluar lunch dengan Dato' Azhar."
Begitu sekali kasih seorang abang terhadap adiknya. Aku sangat menghargainya.
"Dah lama kita tak makan sama-sama."
Aku mengangguk dalam sayu. Hati tetap terkenang pada yang tersayang. 'Apa khabar
agaknya dia? Semoga dia sihat sejahtera.' Hatiku rindu bersoal jawab sendiri.
AKU menyiapkan sedikit 'kerja' yang sebenarnya lebih berupa contengan at
au lakaran yang tidak membawa apa-apa makna, sebelum menunaikan solat asar di da
lam bilikku. Pada salam yang kedua, telingaku menangkap bunyi daun pintu dikuak
dan ditutup perlahan. Aku membiarkan sahaja untuk menyempurnakan doa, walau
pun kali ini kedengaran bunyi kerusi ditarik dan seseorang sedang duduk di situ.
Mungkin Ratnahwati atau Kak Hilda. Atau mungkin juga Abang Zairi datang hendak
berbincang tentang pelan rumah Dato' Azhar.
Usai berdoa, aku membuka kain telekung. Kemudian barulah aku berpaling untuk men
getahui siapa jua gerangan yang sedang menunggu. Aku tersentak apabila saling be
rtatapan dengan Lutfi yang sedang duduk di kerusi yang
dihalakan ke arahku.

Kelam-kabut aku mencapai kain tudung yang aku sangkutkan di kerusi. Aku belum be
rsedia untuk berdepan dengannya, walaupun sejujurnya aku mengaku yang pertemuan
ini sesungguhnya meluruhkan rasa rindu. Sebenarnya aku tidak tahu reaksi bagaima
na yang harus aku pamerkan pada ketika hati dibalut rasa malu dan aku sedang ber
usaha mengikis rasa cinta terhadapnya.
"Tak apa... tak salah abang tengok rambut Iddya." Ada sedikit getar dalam suaran
ya. Mungkin seperti aku yang berdiri bulu roma, Lutfi juga berasa gementar keran
a inilah ' kali pertama dia membahasakan dirinya begitu di hadapanku. Bagaimanap
un aku tetap mencapai kain tudung, lalu terus menghadap cermin. Memakainya denga
n pantas sebelum kembali ke tempat duduk. Aku harus mengeraskan hati kerana aku
sedar perasaan kasih yang sangat mendalam ini sukar hendak aku buang dalam sekel
ip mata.
"Iddya apa khabar? Sihat?"
"Sihat. You?" Memang aku sedar perbualan dan reaksi kami begitu kaku dan terlalu
formal. Bukan Lutfi, tetapi aku yang menjadikannya begitu. Aku yang meletakkan
batas sempadan dan mewujudkan rasa keterasingan antara kami.
"Macam nilah. Okey, tapi sedih sebab Iddya tak nak cakap dengan abang. Nak jumpa
sampai kena 'curi-curi' datang macam ni. Hari-hari abang telefon tanya Iddya da
h masuk kerja... sampai macam tu sekali. Sampai yang jawab call pun kesian kat a
bang."
"Siapa?"
"Entah! Tapi kalau tak silap, nama dia... err... Hilda."
"Oh, Kak Hilda! Ada dua orang aje kat luar tu," ujarku sekadar memaklumkan. Sel
ebihnya di dalam hati aku mengucapkan terima kasih kepada Kak Hilda kerana kesud
iannya menjawab panggilan telefon bagi pihakku.
"Dia tu yang pakai tudung warna pink ke?" soal Lutfi. 'Ah, terus saja dia meneka
yang anggun menawan!' getus hatiku. Betapa tidak, pada saat aku sedang bergelut
dengan rasa kecewa, hatinya seolah-olah tidak terkesan apa-apa. "Solo lagi tu!"
Bagai dirasuk, aku berkata begitu. Hatiku dihimpit rasa cemburu kerana Lutfi su
dah mula memberi perhatian kepada orang lain. Sekejapan sahaja hatinya beralih a
rah, sedangkan hatiku masih parah. Atau memang sewajarnya begini kerana untuk ap
a terus dilayan rasa kecewa?
"You tak kerja?" Aku mengubah topik bicara, cuba
melarikan fikirannya.
Lutfi menggeleng. Dia mengeluh sambil menyisir rambutnya dengan jari-jemarinya.
"Bila abang call rumah... mama cakap Iddya dah keluar, tapi tak tahu pergi
mana. Ingatkan pergi kerja sebab tu abang call ofis. Kenapa tak jawab bila abang
call? SMS pun tak balas..."
Seperti aku, Lutfi juga ikut memandang daun pintu yang diketuk perlahan.
Sebentar kemudian terjengul muka Ratnahwati. Dia masuk sambil menatang dulang.
"Thanks Ratna!" ucapku kerana bersusah-payah pula dia menghantar minuman dan ked
ua kerana aku merasakan yang kehadirannya telah 'menyelamatkan' aku. Jadi soalan
Lutfi bolehlah aku abaikan sahaja dengan pura-pura kecoh menyuakan cawan kepada
nya.
"Kenapa tak nak jawab?" Hal itu rupa-rupanya masih
tidak lepas dari benaknya.

"Keadaan yang tak disangka-sangka terjadi buat I rasa keliru... tak tahu apa yan
g patut I buat. I tak boleh berfikir
dengan betul."
"Tapi kalau tak nak jumpa sekalipun, tolonglah jawab bila I call. I susah hati b
ila mama cakap you tak keluar bilik... tak makan. Tak tentu arah fikiran I kenan
gkan you. I pun tak nak keadaan jadi macam ni... memang tak sangka jadi macam ni
!" keluah Lutfi lagi.
Tentulah tekanan yang aku wujudkan membuatkan fikirannya menjadi kacau dan berce
laru sehingga dia terlupa untuk membahasakan dirinya abang. Tidak seperti mula-m
ula tadi.
"Kita perlu bercakap, Iddya. Perlu luahkan rasa yang terbuku dalam hati... lepas
tu insya-ALLAH kita boleh terima keadaan ni dengan tenang. Dengan dada yang lap
ang. Kita jangan sulitkan keadaan sebab semuanya sudah jelas."
Aku tahu kata-kata Lutfi adalah pujukan untuk hatiku yang rawan kerana apalagi y
ang dapat dikata pada saat kami didepani takdir sebegini? Hakikatnya, walaupun k
ami daripada ibu bapa yang berlainan, tetapi kami tetap 'adikberadik' kerana mam
a menyusukannya.
"Abang yakin, lambat-laun Iddya dapat terima keadaan ni. Insya-ALLAH adik abang
akan dapat pengganti yang lebih baik daripada abang."
Semudah itukah aku dapat melupakannya? Sesenang pengucapan kata-katakah kesediha
n akan larut dari hati?
"Tentu ada hikmah di sebaliknya. Kalau kita kahwin, mungkin suatu hari nanti kit
a berpisah... bercerai. Berakhir macam tu aje. Tapi hubungan adik-beradik takkan
putus."
"Kenapa you fikir macam tu? Berkahwin... bergaduh dan bercerai," protesku.
"Kita tak tahu apa yang menanti kita di hadapan sana. Masa bercinta... semuanya
baik dan indah belaka. Bila dah kahwin... macam-macam boleh jadi. Tapi hubungan
'adikberadik' ni akan kekal sampai bila-bila. Hubungan ni takkan putus. Jadi wal
au sejauh mana sekalipun Iddya cuba lari dari abang, abang akan cari... kita aka
n tetap berjumpa."
Aku amat menghargai kata-katanya itu, tetapi hatiku masih tidak sepenuhnya dapat
menerima takdir yang sudah tersurat ini. Hatiku masih bersoal jawab sendiri.
Mengapalah hal ini harus terjadi? Mengapalah waktu itu tidak ALLAH takdirkan wan
ita lain yang menyusukannya? Mengapalah mama yang berada di situ? Di tempat yang
salah dan pada
masa yang tidak tepat.
"Abang tak sangka tiba-tiba aje abang ada sebuah keluarga yang besar. Abang saya
ng Iddya... lebih rasa sayang sebab Iddya adik abang. Perasaannya sangat istimew
a." Seterusnya Lutfi berkata litu dan ini.
Mahu sahaja aku menutup mulutnya kerana cara dia bercakap seolah-olah selama ini
dia tidak mencintaiku. Selama ini seakan-akan aku sahaja yang terhegeh-hegeh me
ngharapkan perhatian dan kasihnya. Aku melayan rajuk dan rasa terkilan dengan be
rpura-pura memberi tumpuan pada lakaran pelan yang terbentang di atas meja seola
h-olah dia tiada di hadapanku.
"Jom, kita keluar!" Suara Lutfi memecah sunyi. Aku
saling bertatapan.

mengangkat

muka.

Kami

"Sekarang ni waktu kerja." Aku menolak dengan alasan.


"Abang tahu... abang tunggu sampai Iddya habis kerja."
Aku terkedu. Ligat otakku berputar mencari alasan, tetapi fikiranku seakan-akan
buntu. "Err... boleh tak lain kali aje kita keluar?"
"Iddya, tolonglah jangan buat I macam ni." Nada suaranya merayu. Sekali lagi hil
ang perkataan abang dari mulutnya. Tentulah rasa kecewa bergolak di dadanya.
Sesungguhnya bukan mahuku jadi begini. Bukan sengaja aku ingin menambah luka di
dalam hatinya, tetapi aku masih memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku. Berilah aku masa...
Lutfi meraup kedua-dua belah tangannya ke muka. Kemudian perlahan-lahan dia bang
un. Tanpa sepatah kata, dia terus mengatur langkah menuju ke pintu. Hatiku rasa
bersalah kerana menghukum dia yang tidak berdosa. "Kita nak ke mana?" soalku ser
aya bangun.
Lutfi pantas berpaling. Sejenak dia seperti terkedu sebelum bibirnya perlahan-la
han mengorak senyuman.
AKU tidak menyangka yang pertemuanku dengan Lutfi petang tadi dalam pengetahuan
mama. Terkedu aku sejenak apabila mama bertanya. Mungkin Abang Zairi yang member
itahunya kerana kami berselisih dengannya ketika hendak keluar atau mungkin Lutf
i sendiri memberitahunya. Aku tidak pasti.
"Mana mama tahu? Lutfi cakap ke?"
"Kenapa panggil nama aje? Nanti orang cakap mama tak tahu ajar anak."
Aku mengerti maksud kata-kata mama. Tetapi bagiku panggilan itu akan membuatkan
aku merasakan yang kami begitu intim dan mesra. Tetapi aku harus memanggilnya Ab
ang Lutfi demi mama.
"Abang Lutfi!" Aku mendengar bisikan suaraku memanggil namanya. Lalu kuulang seb
ut sekali lagi. 'Abang Lutfi,' panggilku lagi di dalam hati.
"Malam esok ajak dia makan kat rumah."
Aku yang sedang mengelamun sedikit tersentak. Terpinga-pinga. Aku tahu mama suda
h berkata sesuatu, tetapi tidak sempat telingaku menangkapnya.
"Mama cakap... malam esok ajak dia makan kat rumah," kata mama lambat-lambat.
Seraut wajah Lutfi yang tadinya datang dalam angananku kembali menerpa ruang mat
a.
"Abang Lutfi." Hati yang menyebut, tetapi bunyinya terlontar keluar. Aku tergama
m mendengar suaraku sendiri. Sudahlah memanggil namanya begitu, nada suaraku pul
a kedengaran begitu lunak dan mesra. Dalam kekalutan perasaan, seraut wajah mama
kutatap. Dia tersenyum senang.
SETELAH mengambil baju tempahan Kak Dhira di Butik Seri Maya yang terletak di K
ondominium Cempaka Biru, Bandar Baru Ampang, kami merancang untuk minum petang d
ahulu, sebelum Kak Dhira menghantar aku pulang. Ketika menyusuri lorong kecil un
tuk ke tempat parkir, aku tidak menyangka akan bertemu dengan Kak Farah. Aku su
dah lama tidak bertemu dengannya di Shah Alam, walaupun ibu bapanya masih tingga
l di sana.
"Kenalkan, ni Kak Dhira. Err... isteri Abang..."

"Zairi," pintasnya dalam nada suara yang sedikit bergetar. Mungkin masih bersisa
rasa kecewa kerana pertunangannya dengan Abang Zairi terputus di tengah jalan.
Kini dia sedang berhadapan pula dengan isteri bekas tunangannya. Tentulah berbau
r rasa di dalam hati.
"Akak duduk kat sini ke?" Aku cuba mengalih tumpuan fikirannya.
"A'ah... baru lagi. Marilah singgah ke rumah," pelawanya bersungguh-sungguh.
Aku memandang Kak Dhira kerana inginkan kepastian sama ada dia sudi atau tidak m
enerima pelawaan bekas tunangan suaminya. Atau mungkin Kak Dhira tidak kenal sia
pa wanita itu, aku sendiri tidak pasti.
"Sebenarnya I nak cepat"
"Sekejap aje... takkanlah secawan air pun tak sudi."
Aku dan Kak Dhira saling berpandangan. Akhirnya, dia mengangguk perlahan.
Rumah Kak Farah terletak di blok belakang. Sederhana sahaja dekorasi rumahnya da
n banyak ruang yang masih kosong. Di atas karpet, bertaburan surat khabar dan ma
jalah.
"Jemputlah duduk... I buat air kejap!"
"Sekejap aje tau." Berbisik-bisik Kak Dhira mengingatkan aku ketika Kak Farah ke
dapur.
Sambil menunggu, aku memungut majalah dan surat khabar lalu meletakkannya kembal
i di atas meja kopi. Kak Dhira seperti mengelamun. Entah apa yang difikirkannya.
"Okey, marilah!" Kak Farah menjemput kami ke ruang makan yang sudah terhidang se
pinggan kek dan air basuh tangan. Dia ke dapur semula dan kembali dengan dulang
di tangan. Diletakkannya satu per satu cawan di hadapan kami.
"Err... boleh tumpang tandas tak?" tanya Kak Dhira sejurus kemudian.
Memandangkan dia duduk di tepi dan ruang itu pula agak sempit, aku pantas bangun
untuk memberinya laluan. Kak Farah menunjukkan arah.
Bagi memudahkan Kak Dhira, aku beralih tempat duduk. Tiba-tiba Kak Farah mencapa
i cawan di hadapanku; pastilah hendak ditukarkan dengan cawan Kak Dhira.
"Tak apa akak... Iddya belum minum pun lagi!" Cepatcepat aku menahan, sekali gus
menghentikan pergerakannya.
Riak di wajah Kak Farah jelas berubah. Dia kelihatan gelisah. Entah mengapa. Hat
iku digayuti rasa curiga melihat reaksinya. Beralih mataku pada cawan di hadapan
ku.
Terdetik sesuatu di dalam hati.
Kak Dhira muncul dan tanpa bersoal jawab terus duduk di tempat yang aku kosongka
n tadi.
"Minumlah cepat kak... nanti lambat pulak!" Aku pula yang menjemput Kak Dhira ap
abila tuan rumah diam membisu. Suasana sepi seketika.
Aku mendekatkan cawan. Dalam gerak yang tidak terlalu ketara, aku memanjangkan l
eher; cuba mencari bayang-bayang di permukaan air. Tiada! Sekali lagi aku
memandang. Nyata tiada. Aku masih ingat pesanan abah. Katanya kalau di permukaan
air itu tiada bayang-bayang, bererti air itu 'kotor' dan jangan diminum. Mungki
n air itu sudah diletakkan santau untuk menganiaya seseorang.

"Iddya tak suka minum Nescafe ke?"


Aku mendongak perlahan-lahan demi mendengar suara Kak Farah. Otakku ligat berput
ar mencari jawapan untuk melepaskan diri. "Pening kepalalah kalau minum Nescafe.
" Aku meluahkan jawapan yang tiba-tiba melintas di fikiran.
"Haa... apa tak cakap. Akak buat air lain, eh!" ujarnya bersungguh-sungguh. Ada
kelegaan dalam nada suaranya.
"Tak apalah kak... tak payah susah-susah." Aku menolak. Sekilas aku memandang Ka
k Dhira di sisi. Beralih pula mataku pada secawan Nescafe di hadapanku.
Mungkinkah? Aku tidak pasti, tetapi hatiku yang berprasangka ini mengandaikan se
cawan Nescafe yang sudah 'dicemari' ini memang untuk Kak Dhira. Kak Farah berhar
ap dia akan meminumnya, tetapi kami sudah bertukar tempat duduk. Patutlah gelisa
h sahaja wajahnya tadi. Tentulah dia bimbang, lain orang yang dituju, lain orang
pula yang kena.
"Okeylah, Kak Farah... kami nak minta diri dulu!" kataku setelah Kak Dhira seles
ai minum. Tanpa menunggu, aku terus bangun menuju ke pintu, diikuti oleh Kak Dhi
ra. Kami bersalaman dan saling berpamitan.
Ketika di dalam lif, datang lagi dalam fikiranku kata-kata abah. Santau ini kata
nya bukan sahaja diletakkan dalam minuman atau makanan, tetapi melalui angin jug
a. Aku bimbang, kalau benarlah Kak Farah berniat jahat terhadap Kak Dhira, kemun
gkinan itu akan berlaku. Mungkin dia cemburu Kak Dhira berkahwin dengan bekas tu
nangnya. Mungkin...
"Akak tahu ke siapa dia tu tadi?" soalku ketika Kak Dhira sudah memulakan pemand
uan.
"Tahu... bekas tunangabang!" '
"Iddya ingat akak tak tahu."
"Ada abang tunjuk gambar dia," jelas Kak Dhira.
"Akak perasan tak dia tu lain macam sikit?"
"Hmm..."
Kak Dhira kemudian hanya menjungkitkan bahu petanda tidak mahu memberi apa-apa k
omen tentang Kak Farah.
SELEPAS bersarapan dengan mama dan abah, aku terus ke Kompleks Astria Utama. Aku
lebih suka pergi awal kerana mudah mendapat tempat parkir. Sim sudah pun berada
di kedai ketika aku sampai, tetapi perniagaan belum bermula. Jadi kami ada kese
mpatan untuk berbual-bual. Walaupun tidak secara menyeluruh, tetapi dia tahu apa
yang telah terjadi pada hubunganku dengan Abang Lutfi.
Aku mengangkat kening menghantar isyarat kepadanya apabila Rhu Ying dengan Amand
a masuk ke kedai. Sim menjungkitkan bahu. Barangkali sehingga ke hari ini, dia m
asih belum mendapat sekuntum bunga pujaan hatinya. Aku yakin, Rhu Ying tahu Sim
menyukainya, tetapi dia berpura-pura tidak faham kerana hatinya sudah tersangkut
pada yang lain.
Apabila Sim mula sibuk dengan tugasannya, aku ke meja Umar Aisy. Artikel yang di
katanya semalam ada di atas meja. Aku memberi sepenuh tumpuan tatkala membaca ar
tikel tentang pengertian dan hukum perkahwinan bagi
saudara sesusuan. Memang jelas bersalahan dari segi hukum agama Islam kalau dite
ruskan juga niatku dengan Lutfi untuk berumah tangga.
"Dah lama sampai?" soal Umar Aisy setelah dia menjawab salamku.

"Hmm... 15 minit."
Aku meletakkan kembali artikel yang sudah kubaca di atas meja. Umar Aisy tidak b
ertanya apa-apa. Tentulah dia dapat mengagak yang aku sudah pun membacanya. Apab
ila Umar Aisy dipanggil oleh Amanda untuk membantunya memberi penjelasan kepada
pelanggan, aku membaca beberapa artikel lain yang belum sempat dimasukkan ke dal
am fail. Kebanyakannya tazkirah agama.
Aku mendongak apabila mendengar suara seseorang menyapa. Sama sekali aku tidak m
enyangka yang Abang Lutfi akan mencariku hingga ke sini.
"Jemput duduk!" pelawa Umar Aisy segera mendekati sambil menyuakan sebuah kerusi
.
Teragak-agak reaksi Abang Lutfi. Aku tahu dia berasa tidak selesa. "Tak apalah U
mar!" Cepat-cepat aku menahan, lalu terus bangun dan berjalan mendahului Abang L
utfi.
"Nanti balik sini?" soal Umar Aisy.
"Err... tak pasti. Nanti I call."
Aku mengajak Abang Lutfi ke Kafe Selera kerana dia belum bersarapan. Sementara d
ia mengambil makanan dan membuat pembayaran, aku terus ke tempat duduk.
Nasi lemak berserta ayam goreng berempah menjadi pilihannya. "Betul tak nak maka
n ni?" soalnya sekali lagi sambil meletakkan segelas teh tarik di hadapanku.
"Dah sarapan kat rumah... kenyang lagi."
"Sekarang ni susah sangat abang nak jumpa Iddya. Kalau abang call... jawab pun n
ak tak nak aje. Kenapa macam ni? Kenapa masih nak lari dari abang?"
Ligat otakku berputar mencari jawapan. "Busy sikit."
memberi alasan standard yang aku kira masih boleh diterima logik akal.
"Abang pun sibuk. Sampai hari Ahad abang kerja. Tak macam Iddya kerja lima hari
seminggu... tapi abang tetap ada masa untuk Iddya." Abang Lutfi diam seketika. P
andangan matanya dituntas ke mukaku. "Hmm... pergi rumah pun Iddya tak pernah ad
a. Rupa-rupanya duduk kat kedai..."
Aku tahu Abang Lutfi menyindir, tetapi tidak aku hiraukan sindirannya. Aku memer
ah otak untuk mencari alasan yang lebih wajar, tetapi tidak terjumpa. Yang ada h
anyalah ayat-ayat yang menggambarkan rasa hatiku terhadapnya. Sesungguhnya meman
g tidak dapat hendak kubuang rasa cinta terhadapnya dalam sekelip mata.
Aku sedang berperang dengan perasaanku sendiri; cuba menukar rasa hati daripada
mencintai seorang kekasih pada perasaan yang lebih wajar untuk seorang 'abang'.
Kalau tidak selalu bertemu, mungkin lebih mudah bagiku mengikis perasaan itu.
"Sekarang ni dah langsung tak jenguk muka kat klinik. Ingatkan kalau tak hari Sa
btu... Iddya datang hari Ahad. Lepas tu bolehlah kita pergi mana-mana."
"Malu nak pergi sana." Sungguh benar perasaan ini sangat membelit tangkai hati.
Hingga kini aku masih merasakan yang diriku sedang ditertawa kerana bercinta den
gan 'abang' sendiri.
"Nak malu pada siapa?"
"Kak As dengan Abang Arif."

"Kalau nak difikirkan macam tu... abang sepatutnya lebih malu sebab hari-hari ab
ang jumpa dia orang. Tapi nak buat macam mana? Mahu tak mahu, kita kena hadapi j
ugak."
"Iddya perlukan masa..."
Dalam keluhan, Abang Lutfi mengangguk. "Apapun
abang nak Iddya tahu... tak berubah perasaan abang pada Iddya. Iddya tetap yang
paling istimewa dalam hati abang."
Kata-kata pujukannya menyebabkan hatiku sarat dengan rasa cemburu yang tidak dap
at aku sembunyikan. Resah memikirkan kemungkinan yang satu itu... saatnya sudah
pasti akan tiba jua suatu hari nanti. "Hari ni bolehlah cakap macam tu... esok-e
sok bila dah dapat pengganti..."
"Esok bukan di tangan kita, Iddya. Kita tak boleh tolak takdir yang dah tersurat
. Macam kita... bukan kehendak kita jadi macam ni." Abang Lutfi berjeda. Berkeru
t-kerut dahinya seperti dia sedang berfikir. "Patutlah setiap kali abang pandang
Iddya... abang rasa ada macam perasaan lain."
Sesungguhnya aku juga berasa begitu. Perasaan aneh yang penuh misteri, tetapi ak
u tidak terjumpa ayat untuk mengungkapkan sehinggalah akhirnya menemukan kami pa
da hakikat yang maha pedih ini.
"Kita pernah impikan hidup bahagia berumah tangga, tapi bezanya sekarang... suat
u hari nanti, impian tu akan kita kongsi dengan orang lain. Abang kena terima de
ngan hati terbuka siapa juga nanti yang bakal jadi suami Iddya. Iddya pun kena m
acam tu... siapa juga yang dah ditakdirkan jodoh abang... dialah kakak ipar Iddy
a."
Aku mengeluh mendengar kata-kata Abang Lutfi. Bertimpa-timpa rasa sedih hingga m
enyesakkan dada.
"Sampai ke akhir hayat... rasa kasih dan sayang abang pada Iddya takkan berubah,
" tambah Abang Lutfi sambil meletakkan sudu dan garpu petanda dia sudah habis ma
kan.
"Oh ya, abang cadang nak pergi umrah. Dah lama abang berhajat nak ke Mekah... na
k jadi tetamu di rumah ALLAH. Kalau ada peluang, abang nak berdoa di Jabal Rahma
h. Orang kata, kalau sesiapa nak cari jodoh... berdoalah kat bukit tu... insya-A
LLAH makbul."
Pada saat mendengar dia berkata begitu, hatiku berasa cemburu, walaupun aku seda
r tidak seharusnya aku berperasaan begitu. "Nanti doalah kat sana sekali supaya
Iddya cepat bertemu jodoh," sindirku.
"Insya-ALLAH abang akan doakan untuk Iddya. Moga Iddya ditemukan jodoh dengan le
laki yang penyayang dan beriman... yang dapat curahkan kebahagiaan lebih dari ap
a yang mampu abang berikan pada Iddya."
Aku mengetap bibir menahan getaran di dalam dada. Betapa tidak, sindiranku
dibalas dengan kata-kata yang tulus ikhlas. Aku malu sendiri. Sebagai rumusan da
ri pertemuan hari ini, aku harus mengajar hati agar membuang rasa cemburu dan me
nerima siapa sahaja yang bakal menjadi pasangan hidup Abang Lutfi dengan hati ya
ng terbuka.
"Apa khabar Syamira?"
Hmm... dia dah jadi ibu," jawabku sebagai tanda aku mengetahui perkembangan terba
ru ini.

"Apa kata kalau Sabtu depan kita ke JB?"


Cepat-cepat aku mengangguk. Merebut peluang untuk menceriakan hatinya setelah se
kian lama aku rusuftkan dengan kerenahku yang cuba menolak kehendak takdir.
SEPERTI yang sudah aku janjikan dan sudah tentulah dengan keizinan abah dan mama
, aku bersama-sama dengan Abang Lutfi ke Johor Bahru. Pada awal pertemuan memang
aku berasa malu, tetapi apabila Iqbal dan Syamira selamba sahaja seolah-olah se
perti tiada apa-apa, akhirnya aku berasa selesa. Beransur-ansur aku dapat menuka
r rasa hatiku terhadapnya. Dari riak wajah dan reaksinya, aku tahu Abang Lutfi s
angat menyenangi perubahan ini.
KALAULAH tidak kerana Umar Aisy sudah menelefon, agaknya lebih lama aku berada d
i gerai yang menjual barangan untuk aromaterapi kerana leka memandang beraneka b
arangan yang comel dan berbau harum. Memang aku gemar benda-benda begini.
"I nak bawa you ke satu tempat," kata Umar Aisy dalam nada suara berteka-teki se
baik-baik sahaja aku sampai.
"Bila?" soalku sambil meletakkan barangan yang kubawa di atas meja.
"Sekarang."
Bulat mataku memandangnya, Masakan tidak, belum sempat duduk sudah diajaknya per
gi.
"Bukannya jauh... jom!"
Akhirnya aku ikutkan sahaja kerana tidak mahu membunuh keriangannya.
"I nak keluar kejap!" katanya sambil menepuk-nepuk bahu Sim.
"Hei, nak ke mana?"
"Adalah!" Umar Aisy berahsia, membiarkan Sim tertanya-tanya.
"Iddya... nak ke mana?" Kali ini Sim berharap akan mendapat jawapan daripadaku p
ula.
Aku menjungkitkan bahu. "I pun tak tahu!"
AKHIRNYA one fine day... yang Umar Aisy janji untuk membawaku melihat pohon laca
randa yang dimaksudkannya menjelma juga. Dari jauh lagi sudah kelihatan pohonnya
yang boleh dikatakan seperti langsung tidak berdaun. Ungu seungu-ungunya. Kuntu
man bunga yang bertaburan di atas rumput pula menghasilkan pemandangan hamparan
berwarna ungu. Cantik sangat!
Duduk bersantai di sini membangkitkan nostalgia lama di alam persekolahan. Teras
a aku ingin menulis sebuah sajak tentang kenangan lalu, tetapi hasrat itu aku ta
ngguhkan kerana situasi sekarang tidak mengizinkan aku berbuat begitu.
"Ingat lagi tak pokok ni masa kita kat sekolah dulu?" soalku kepada Umar Aisy ya
ng kelihatan sedang mengelamun jauh. Entah ke mana terbang dan hinggap khayalann
ya tadi hingga dia sedikit tersentak mendengar suaraku.
"Err... apa you tanya tadi?"
Memang sah dia tengah berangan! Lalu aku ulang sekali lagi dengan menyebut setia
p patah perkataan lambat-lambat. Sengaja hendak mengusiknya.

Umar Aisy menyambutnya dalam ketawa.


"Takkanlah I tak ingat. Orang tu bila merajuk... mesti dia lari duduk bawah poko
k tu."
Ke situ pula hala tuju fikirannya, sedangkan aku cuma bertanya tentang pokok
itu. Lepas ini entah apa lagilah yang akan diimbaunya. Mungkin dia...
"Dari form one, Baein selalu buli you... tapi tak sangka pulak you dan dia berci
nta!"
Suara Umar Aisy memintas lamunanku. Memang sudah kuduga hal itu yang akan disebu
tnya. Aku mengheret ingatan mengenang waktu itu. "Bercinta... entahlah! I pun ta
k tahu macam mana boleh jadi macam tu... cinta anak-anak sekolah. Mungkin sebab
masa tu ramai orang minat kat dia, jadi I pun tak nak ketinggalan. Dia kan yang
paling popular kat sekolah. Atlet, ketua murid..."
"Handsome..." celah Umar Aisy.
"Hmm... handsome," ulangku tandabersetuju.
"Diam-diam you dengan dia bercinta... depan kita orang macam tak ada apa-apa!"
Ungkitan Umar Aisy langsung tidak berbekas kerana hal itu sudah lama terpinggir
dari hatiku dan kalau boleh, aku tidak suka hal itu disebut-sebut lagi. Kini apa
bila Umar Aisy membuka cerita, aku menganggapnya kisah biasa.
"Memang I pernah sukakan dia... suka macam tu aje. Perasaan tu dah lama tak ada.
"
"Bercinta dalam diam... tentu sangat indah," rumus Umar Aisy bagai menyuarakan i
si hatinya. Mungkin dia bercakap daripada pengalamannya sendiri. Nanti kalau ses
uai dengan masanya, akan aku tanyakan kepadanya. Akan aku selongkar kisah hidup
yang pernah diselusurinya. Tidak patutlah kalau dia masih berahsia, sedangkan ki
sah hidupku ada di dalam tangannya. Semuanya dia sudah tahu.
"Tapi bercinta ke macam tu? I tak benar-benar rasa keindahannya." Sungguh itulah
yang aku rasakan kerana dalam kebanyakan masa 'bercinta' itu, kami hanya bermai
n mata. Itu sahaja!
"Masa 'bercinta' dengan Abang Lutfi pulak, dari awal lagi I dah rasa semacam. Ra
sa seperti ada yang tak kena. Jadi I lebih suka anggap yang I ni belum pernah ja
tuh cinta pada siapa-siapa!" Macam bagus sahaja aku melahirkan kata-kata. Lebih
pada merapu sebenarnya.
"Eleh, yang frust menonggeng cakap macam tak ada jiwa tu siapa? Hello, anybody h
ome? ejeknya sambil berpura-pura mengetuk kepalaku.
Tidak aku mengelak kerana aku hanya merasa kibasan angin sahaja. "Tu I berlakon
aje!"
"PirraahU"
Aku ketawa memandang aksinya yang nampak lucu. Sejenak kemudian melayang ingatan
ku mengenang waktu itu. "You tak faham Umar sebab bukan you yang alami. Masa tu
haru-biru perasaan dan kelam-kabut hidup I. Tapi sekarang I dah boleh terima," u
jarku dengan penuh yakin.
"Umar... pernah tak agaknya you rasa satu perasaan yang susah you nak gambarkan
dengan kata-kata? Perasaan yang halus dan aneh, tapi dalam masa yang sama you ra
sa sangat bahagia... rasa macam terawang-awang. Perasaan tu boleh buat you terse
nyum sendiri atau ketawa sorang-sorang." Aku bersuara seperti keadaan itu sedang

aku alami.
"Pernah!"
Aku ketawa kecil. Suka pada sikap Umar Aisy yang berterus terang. Aku ingin teru
s meneroka dan menyelongkar rahsianya. "You masih rasa perasaan tu sampai sekara
ng?" Aku bersuara romantis kali ini seolah-olah menggambarkan satu situasi yang
penuh mesra.
"Ya, dan I akan terus sabar menunggu kepulangannya!"
"Lelaki ni peliklah Umar... I susah nak faham dia orang!"
"Perempuan pun macam tu!"
"Lelaki suka ambil kesempatan... especially lelaki yang mata keranjang."
"Alah, perempuan pun sama... especially yang mata duitan!"
"Umar... aspek material tu penting. I tak payah cakap orang lain, tapi contohnya
diri I sendiri. Takkanlah I nak
kahwin dengan orang yang tak tentu hala dan tak terjamin masa depannya? Cinta sa
ja tak cukup, Umar. Takkan boleh kenyang makan cinta... tentulah nak makan nasi.
Kena pakai baju... takkan I nak tutup dengan daun aje..." Terhenti kata-kataku
sejenak apabila Umar Aisy tertawa. Apa lagi kalau bukan dia membayangkan aku men
ggunakan daun untuk menutup bahagian-bahagian tertentu di tubuh. 'Hmm... kuning
jugak otak dia ni!'
"Walau sehebat mana pun rasa cinta, I tak fikir I sanggup duduk di rumah yang be
rbumbung langit... tentulah I nak duduk di rumah yang selesa." Aku menyambung bi
cara, memberi pendapat sendiri kerana hal ini bagiku sangat penting dan perlu di
ambil kira. Perlu realistik, biarpun mungkin dia menganggap aku seorang wanita y
ang bersifat materialistik.
"Kadang-kadang I jadi keliru... perempuan suka I sebab apa? Sebab diri I atau ap
a yang I ada."
"You rasa?"
"I rasa sebab yang kedua tu. Hmm... sebab tu selalu putus di tengah jalan!"
"Selalu? Hui, dahsyat tu!"
"Tak adalah sampai bercinta... kenal macam tu aje."
"Ya ke?" giatku untuk mengusiknya, cuba menyelongkar rahsia hati. Namun Umar Ais
y tidak menyambut.
PENAT menyelusuri tasik, kami berehat dan makan tengah hari di sebuah gerai. Nam
un baru sahaja kami hendak makan, telefon bimbitnya berbunyi. Seketika dia di ta
lian.
"Rhu Ying tanya pasal barang yang pelanggan order," ujarnya setelah memutuskan t
alian. Namun, tidak lama kemudian sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Sekali
lagi Umar Aisy menjawab panggilan. Menerangkan itu dan ini.
"Nanti kalau ada apa-apa lagi, tanya aje pada Sim,"
katanya mengakhiri perbualan.
"Dia ni kan... macam tak tahu buat kerja!"
"Dia tahu... tapi saja nak call you sebab..." Aku menggantung ayat kerana merasa
kan tidak wajar aku membongkar rahsia hati Rhu Ying.

"Sebab apa?" soal Umar Aisy.


Aku terperangkap. Berputar ligat otakku cuba mencari alasan yang paling wajar, w
alaupun aku sedar bunyi nada suaraku sebentar tadi yang seperti berteka-teki mem
buatkan dia mudah mentafsir ada maksud yang tersembunyi.
"Tentulah dia perlu call untuk pastikan order atau harga. Nanti kalau memandai
aje dia bagi diskaun... you pulak yang marah. Silap-silap kena potong gaji. Lepa
s tu nak capai target jualan... macam-macamlah!" Aku memberi jawapan yang putar
belit untuk mengacaubilaukan fikirannya. Lega!
Namun rupa-rupanya seketika cuma perasaan itu hadir kerana segera berganti resah
apabila sepasang matanya melekat di mukaku.
"Apa yang you nak cakap sebenarnya?"
"Tadi tulah!" Aku buat-buat selamba.
"Iddya... bukan sehari I kenal you..." Sebaris ayatnya dibiarkan tidak sempurna.
"Agaknya Rhu Ying dah tahu ke yang Sim suka pada dia?" Aku cuba mengalihkan tump
uan fikirannya.
"Kalau dia tak tahu... memang sajalah! Tapi tadi tu... apa yang you nak cakap se
benarnya?"
Aku rasa tidak wajar untuk membuka kisah Rhu Ying kerana tempiasnya kena kepada
aku juga. Tersalah kata, kelak diandaikan yang bukan-bukan pula.
"Sebab apa?" Nada suaranya agak menggesa.
"Rhu Ying memang suka pada you. Dia sendiri bagi tahu I." Setakat itu sahajayang
aku jelaskan. Selebihnya biarlah rahsia.
"Tu I dah tahu. Lagi apa yang dia cakap?"
"Tak ada apa... tu aje," jawabku. Sedaya-upaya dengan lagak penuh pasti.
Wajah Umar Aisy kelihatan redup seketika. Dia berjeda melayan perasaan. Entah ap
a yang difikirkan, aku tidak pasti. Aku hanya diam membisu.
SERAUT wajah Kak Hilda kupandang. Senyumannya yang manis dicacatkan oleh
sebatang giginya yang berwarna kehitaman. Kalau dahulu, warnanya tidaklah sebeg
itu hitam, tetapi kini warnanya jelas berubah.
"Rasa orang pandang semacam aje bila akak bercakap." Begitulah kata-kata Kak Hil
da yang sudah beberapa kali aku dengar. Kedudukan gigi yang kehitaman di bahagia
n hadapan membuatkan dia berasa kurang selesa.
"Apa kata kalau akak cabut aje gigi tu dan..."
"Gigi ni memang dah rosak, tapi akak sayanglah nak cabut... nanti kena pakai gig
i palsu pulak. Akak pernah dengar orang buat crowning gigi." Kak Hilda masih men
aruh harapan. Jelas sekali mencabut gigi yang sudah rosak itu merupakan pilihann
ya yang terakhir kalau sudah tidak ada apa cara lagi untuk menyelamatkannya.
"Iddya pernah dengar, tapi tak tahu macam mana. Nanti cuba tanya Abang Lutfi."
MEMANDANGKAN Kak Hilda sentiasa sibuk pada hujung minggu, jadi aku cuba mengatur
janji temu pada hari kerja.

"Boleh tak bila kami sampai nanti abang terus check gigi dia?" Pintaku setelah m
engingatkannya tentang waktu rehat makan tengah hari yang singkat dan tidak memu
ngkinkan kami menunggu lama-lama.
"Yes mem!" balasnya dalam ketawa. Agaknya cara aku bertanya itu seperti memberi
arahan, maka dijawabnya dengan cara begitu.
"Apalah abang ni!" balasku pura-pura marah.
"Apa pulak? Apa saja yang adik abang nak... abang akan cuba tunaikan." Nada suar
anya romantis pula kali ini. Menerjah rasa rindu di dalam hatiku.
"Kalau abang ada patient?" dugaku.
"Kak As kan ada." Abang Lutfi memberi jawapan yang tidak mengikat dirinya.
"Okey, nanti kita jumpa!" kataku sebelum berpamitan.
APABILA kami tiba di klinik, Abang Lutfi sedang memberi rawatan. Jadi Kak Hilda
terus diarahkan ke bilik rawatan nombor dua. Aku duduk di ruang menunggu sambil
membaca majalah.
"Dia di bilik Kak As," kataku sambil menunjukkan isyarat tangan apabila nampak A
bang Lutfi keluar dari biliknya.
Dia membalas dengan isyarat juga sebelum masuk semula. Sebentar kemudian dia kel
uar mendapatkanku. "Kenapa gigi dia jadi macam tu?"
"Kena tumbuk," jawabku tidak berselindung.
"Hisy, janganlah main-main!"
"Serius... dia memang kena tumbuk. Masa orang cuba ragut beg dia. Dia melawan...
nasib baik tak cedera teruk," ujarku menjelaskan kekaburan.
"Oh, kesiannya! Mesti kuat tumbukan tu. Gigi memang
boleh jadi hitam atau mati kesan dari tumbukan atau hentakan yang kuat. Dia tak
nak cabut gigi tu... jadi Kak As cadang dia buat crowning" jelas Abang Lutfi,
"Sakit ke?" Persoalan itu yang lebih dahulu datang dalam fikiranku.
"Sakit sikit... macam kena gigit semut api aje."
"Doktor memanglah cakap macam tu... sakit sikit," ajukku dengan memek muka.
Abang Lutfi tergelak-gelak. Agaknya memang itulah yang biasa dilakukannya.
"Alangkan tampal biasa pun ada orang tu dah kata sakit, ni kan pulak buat root c
anal treatment... buat crowning" Suaranya dileretkan. Apa lagi kalau
tidak Abang Lutfi menyindirku, tetapi aku buat-buat tidak tahu sahaja.
"Buat crowning macam mana? Samake dengan rawatan root canal treatment?"
"Tak sama. Root canal treatment atau rawatan akar gigi untuk matikan gigi supaya
tak sakit. Crowning atau sarung gigi pula gigi buatan yang disarung pada gigi a
sal yang rosak teruk atau hitam... boleh dikatakan altenatif pada gigi palsu. Em
m... tanya macam nak buat aje."
"Iddya saja nak tahu... yang macam kes Kak Hilda tu macam mana?"
"Buat root canal treatment dulu." Lalu Abang Lutfi bercerita tentang prosesnya h

inggalah selesai membuat crowning.


"Lama dan cerewet betul prosesnya. Bayarannya tentu lebih mahal berbanding buat
gigi palsu."
"Nak nampak senyuman cantik menawan... orang sanggup bayar untuk buat crowning."
"Jadi berapa bayarannya?"
"Crowning untuk gigi bahagian depan murah sikit."
"Murah tu berapa?"
"Dalam enam ke tujuh ratus ringgit."
"Wah, mahalnya! Patutlah orang kata doktor gigi... doktor yang paling kaya!" sam
butku.
"Tapi orang tak tahu berapa mahal peralatan yang doktor gigi gunakan. Satu set k
erusi rawatan pun dah lima puluh ribu... tu yang paling murah."
Terkejut aku mendengarnya. Manalah aku tahu satu set tempat duduk rawatan berhar
ga semahal itu. Belum termasuk ubat-ubatan dan lain-lain.
"Tapi nanti, bagilah diskaun sikit ya pada Kak Hilda," pujukku kerana aku menjan
gkakan tentulah lari bajet bulanannya kalau bayaran yang dikenakan mahal sangat.
"Nantilah... tengok dulu."
SEPANJANG perjalanan pulang, kami tidak banyak berbual. Aku nampak Kak Hilda ses
ekali menutup mulutnya seperti menahan kesakitan. Mungkin kesan ubat bius tadi s
udah beransur-ansur hilang.
"Nanti kena datang balik... ada appointment," ujar Kak Hilda sambil menunjukkan
kad kecil dari Klinik Damaindah ketika kami sampai di pejabat.
"Nak Iddya temankan?"
Kak Hilda menggeleng. "Kalau tak hari Sabtu atau Ahad... akak akan pergi lepas w
aktu kerja."
"Arija?"
"Terpaksalah ambil lewat sikit."
Setelah tiga kali Kak Hilda berulang-alik ke klinik untuk menggantikan tampalan
sementara, barulah crowning dibuat. Aku berasa lega kerana selepas diskaun, baya
ran yang dikenakan dalam kadar yang mampu dibayar oleh Kak Hilda.
WEEKEND ni kalau you free, kita pergi Port Dickson nak?" ajak Umar Aisy tanpa ku
duga.
Aku yang sedang membaca sebuah artikel mengangkat muka, tetapi mendiamkan diri.
Apabila aku tidak menyambut cadangannya, Umar Aisy mengulang soalan yang sama se
kali lagi, tetapi matanya tetap melekat di skrin komputer yang sedang dibaikinya
.
"You ni cakap dengan I ke dengan komputer?"
"Cakap dengan you."

"Oh... cakap dengan I, tapi pandang komputer... komunikasi tak berkesan," omelku
seolah-olah kepada diriku sendiri, sedangkan kata-kata itu aku tujukan kepadany
a.
"Kita pergi sama-sama, ya?"
"Ada ke tanya macam tu... tak romantik betullah you ni!" gurauku.
"Habis tu nak tanya macam mana?"
"You tanya I... tapi nampak macam you tanya komputer. Ada ke patut!"
"Okey... okey!" balasnya sambil berpaling dalam ketawa. Kedua-dua tangannya spon
tan memegang pipiku, lalu dihadapkan ke mukanya. "Weekend ni ikut I pergi PD, ya
?" soalnya dalam nada serius.
Bertentangan 'secara paksa' begitu menimbulkan rasa lucu. Akhirnya kami sama-sam
a ketawa.
"Tapi siapa jaga kedai?" soalku apabila hal itu tiba-tiba melintas di dalam fiki
ranku.
"Sim kan ada?"
"Err... dia tak pergi sekali?" Aku membalas dengan pertanyaan juga.
"Sim takkan nak tutup kedai hari Ahad sebab waktu itulah pelanggan ramai."
"Jadi Sim tak pernah cuti hari Ahad?"
"Dia jarang cuti... kecuali untuk hal-hal yang sangat penting. Kalau dua-dua tak
ada, kami akan pastikan ada orang yang tunggu kedai. Biasanya kakak I tapi Ahad
ni dia ada hal. Nak ikut ke tak?"
"Hmm... nanti I fikir dulu."
"I need a break. Lagipun kereta Mini I dah lama tak berjalan jauh."
"Laa... ingatkan nak bawa kereta Mini I," keluhku dalam kecewa. Di luar sedar, s
ebaris ayat yang terucap membawa maksud aku sudah membuat keputusan.
"Best jugak naik Mini tu, tapi I takut kalau dia batuk dan semput kat tengah jal
an. Siapa nak repair? I ni mekanik komputer... bukannya mekanik kereta!"
"You jangan nak kutuk-kutuk kereta I, eh!" Aku mengingatkannya.
"I bukan kutuk, tapi kalau kereta tu rosak kat sini, senang nak hantar ke bengke
l... berbanding kalau rosak kat tengah highway. Yes, there's PLUS Ronda, but it
will ruin our plan... elok-elok boleh sampai cepat... jadi lambat. Does
that make sense to you, my dear?"
Tidak aku menafikan kebenaran kata-kata Umar Aisy itu, tetapi aku masih mahu ber
suara, sekalipun hanya berupa kata-kata usikan yang pasti akan menggerakkan sara
f-saraf di otak untuk berfikir.
"Our plan or... not your plan?" soalku sengaja hendak mengusik,
"Iddya... let it be our plan, okay!" kata Umar Aisy bagaikan memberi satu keputu
san yang muktamad.

"Okay... our plan!" sambutku kerana merasakan tidak rugi apa-apa pun, malah buat
apalah aku hendak terlalu mempersoalkan antara frasa your plan dengan our plan.
Buat menyemakkan otak sahaja. Tambahan pula, aku sudah mula melayari
internet. Seronok pula membaca celoteh teman-teman siber di tagboard.
"You tak fikir macam tu ke?"
"Apa?" soalku acuh tidak acuh dalam ketawa kecil kerana geli hati membaca tingka
h jenaka BlackKnightCar, RedsportCar, kLavusalonCar dan SilverraceCar yang bereb
utrebut petak di 'litar lumba Fl' dan meletakkan kedudukan masing-masing di podi
um. Bahasanya meskipun lintangpukang, tetapi masih aku fahami.
"Our plan..."
Ketawaku mati. Sangkaku tadi persoalan itu sudah selesai, tetapi rupa-rupanya ma
sih berlegar-legar di fikirannya. Aku berpaling memandang Umar Aisy. "Hmm... our
plan," ulangku sebagai merujuk pada rancangan untuk berhujung minggu bersama di
Port Dickson. Tentulah aku tidak boleh mengandaikan rancangan bersama yang lain
kerana aku sedar di dalam hatinya sudah ada seseorang yang sedang dirindu dan d
icinta sepenuh jiwa raga.
Umar Aisy tersenyum senang.
"Iddya, you dah khatam Quran ke?"
Memang tidak disangka-sangka persoalan ini pula yang timbul, tetapi aku tetap me
ngangguk. "Lama dulu... masa I sekolah rendah," jawabku sambil membuat prosedur
keluar
dari laman web.
"Jadi... bolehlah you ajar I baca Quran?"
'Alamak, nak ajar dia baca Quran? Aku pun khatam sekali saja. Sekarang ni kalau
nak suruh aku baca, mesti merangkak-rangkak! Haa... nampak gayanya lepas
ni aku kena baca balik kerana manalah tahu kalau-kalau dia memang serius mahu
aku mengajarnya. Hisy, patutnya dia pergi belajar dengan orang yang betul-betul
arif supaya betul bacaan yang merangkumi hukum tajwid, fasohah dan taranumnya.
Kenapa pulak dia nak suruh aku ajar dia? Rasanya aku sendiri pun tak lepas, inik
an pula nak ajar orang lain.' Hatiku bersoal jawab sendiri. Tetapi sesungguhnya
aku perlu berhati-hati meluahkan kemusykilan ini kerana aku tidak mahu mematahka
n semangatnya untuk belajar
membaca al-Quran.
"I pun taklah pandai sangat... rasanya I pun kena belajar
lagi," dalihku untuk melepaskan diri.
"I ada beli CD ROM al-Quran... you nak tengok?" Belum sempat aku menjawab,
Umar Aisy sudah mencapai CD ROM yang dimaksudkan, lalu terus memasukkan ke da
lam komputernya. Dia memperlihatkan satu per satu kandungannya yang terdiri dari
pada bacaan al-Quran hingga 30 juzuk, terjemahan, doa-doa, hukum-hakam tajwid,
azan dan banyak lagi.
"Okey CD ni... senang you nak belajar!" rumusku, sekali gus berasa senang hati
kerana tidak perlulah aku memberi komitmen kepadanya.
"Tadi you kata... you pun kena belajar lagi. Jadi, '
bolehlah kita belajar sama-sama."
Aku sudah terperangkap. Kini aku harus menelan katakataku sendiri kerana tidak dapat hendak aku memikirkan alasan yang wajar. Lagip

un membaca al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut, jadi buat apalah aku he
ndak berdalih untuk sesuatu yang baik.
"Sebelum ni I baca tafsirannya sahaja. Dekat setahun juga I nak habiskan satu al
-Quran. Di dalamnya I temui kesempurnaan... tiada cacat-cela. Semakin I baca ...
I jadi semakin takjub pada kekuasaan ALLAH. Memang tiada alasan
untuk menolak yang al-Quran adalah sebuah wahyu."
Aku diam menghening diri. Betapa aku membaca al-Quran kerana itulah kitab suci b
agi orang Islam. Aku sekadar membaca hingga khatam 30 juzuk tanpa benar-benar me
ngetahui maknanya. Berbeza dengan Umar Aisy yang membaca tafsiran dan maknanya s
ehingga meresap jauh ke dalam hati. Kesedaran untuk mendalaminya mampir di dalam
hati. Insya-ALLAH aku akan ulang membaca, sekali gus mengetahui tafsirannya sek
ali.
DALAM perjalanan ke Port Dickson, kami singgah di Kopitiam Pak Tarn yang terleta
k di Oakland Commercial Centre 2, Seremban. Enak bersarapan dengan roti bakar, t
elur ayam kampung rebus separuh masak dan kopi o. Memang tidak disangka-sangka k
ami akan bertemu dengan Sulaiman dan Aini Mastura. Sudah dua orang anak mereka,
maklumlah tidak lama setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma, mereka t
erus mendirikan rumah tangga.
"Kau orang ni ada apa-apa ke?" soal Aini Mastura.
"Hei, tak ada! Tak ada!" Cepat-cepat aku menjawabnya. Kemudian aku berkisah tent
ang teman-teman sekolah kami yang lain, cuba mengalih tumpuan fikiran Sulaiman d
an Aini Mastura daripada memikirkan aku dan Umar Aisy ada hubungan istimewa.
"Pagi lagi dah sampai kat sini. Subuh kat mana tadi?"
"Kat rumahlah... KL bukannya jauh sangat dari sini."
"Aku ingat kau orang..." Tidak jadi Sulaiman hendak meneruskan kata-katanya
apabila anak sulungnya menangis. Mujur jugalah... kalau tidak, entah apa-apa lag
i soalan mereka berdua untuk menyelongkar sejauh mana hubungan kami. Jadi singka
t sahajalah pertemuan itu. Kami berpisah setelah bertukar-tukar nombor telefon.
PEMANDANGAN di pantai Tanjung Biru memang cantik lagi mendamaikan. Kami menyusur
i pantai sambil bermain ombak. Penat berjalan, kami duduk di atas pasir pantai b
eralaskan kertas surat khabar.
"Bila jumpa dengan Leman dan Aini tadi... I betul-betul kagum dengan dia orang.
Cinta dari masa sekolah sampai akhirnya berkahwin."
Kalau tidak silap pendengaran, sudah dua kali ayat seumpama itu hinggap di telin
gaku. Lalu aku pun memberi jawapan balas yang serupa tadi juga. "Semoga jodoh me
reka berkekalan."
Kemudian aku membawa lari tumpuan fikirannya jauh daripada Sulaiman dan Aini Mas
tura dengan mencetuskan topik lain pula.
"I ada satu teka-teki... you cuba jawab, eh!" kata Umar Aisy setelah agak lama k
ami berbual.
"Kalau I jawab betul, I dapat apa?" Aku mula tawarmenawar kerana sebenarnya aku
malas hendak menyesakkan fikiran memikirkan jawapan pada teka-tekinya nanti. 'Hm
m... macam manalah dia boleh terfikir nak main tekateki pulak? Tak boleh ke berc
erita atau duduk diam saja sambil menikmati pemandangan?'
"Kalau jawapan you betul... you dapat I!"

"Hah, dapat you? Buat apa!" balasku sambil mencemik.


Umar Aisy ketawa seenaknya. Agaknya aksiku lucu di pandangan matanya.
'Jangan habis cakap, Iddya. Esok-esok, manalah tahu...' bisik sebahagian hati ke
cilku yang rasional memberi peringatan.
'Hisy, tak naklah! Takkanlah pulak! Dia kan kawan sekolah aku dulu. Kelakarlah k
alau aku dengan dia! Aku tak naklah jadi macam Leman dan Aini! Apalah... kahwin
dengan ex-classmate! Macamlah tak ada orang lain lagi nak dibuat teman hidup.' B
erbisik pula sebahagian lagi hatiku yang merasakan tiada kewajarannya dijurus ke
mungkinan hubungan persahabatan bertukar menjadi ikatan cinta.
"Jom, kita pergi main jet ski?" usulku, sekali gus bertujuan untuk menutup perso
alan yang entah apa kesudahannya kalau aku biarkan berpanjangan.
"Eh, nanti dulu... I belum bagi lagi teka-teki tadi."
"Kita KIV dulu teka-teki tu sebab I takut jawapan I betul." Aku ketawa kecil di
hujung bicara. Umar Aisy juga ikut ketawa.
"Selain Lutfi dan Baein, siapa lagi?"
Pertanyaannya membuatkan aku tidak jadi hendak bangun. Kiranya sudah beralih pul
a topik bicara pada persoalan yang tidak kuduga. "Siapa lagi? Apa? Tak faham..."
Aku pura-pura sedang berfikir dalam-dalam, meskipun jelas kepadaku maksud perta
nyaannya.
Sudah diketahuinya yang pertama, kedua dan kini dia cuba menyelongkar kisah hidu
pku. Mungkin andaiannya, dalam hidupku pernah hadir orang ketiga, keempat atau y
ang entah ke berapa lagi.
Aku terkenang kepada Abang Lutfi. Akhir-akhir ini pertemuan kami jarang lagi ber
dua. Dia selalu datang dengan adiknya, Haizril. Aku dapat membaca perancangannya
. Apa lagi kalau bukan dia hendak memadankan aku dengan Haizril pula sedangkan b
uat masa ini aku tidak memerlukan sesiapa sebagai pengganti. Aku merasakan kekos
ongan hatiku sudah terisi. Dalam ilusi, aku membayangkan diriku sudah dimiliki,
lalu aku lebih senang begini.
"Siapa lagi, ya? Dengan Baein tak jadi... sibuk-sibuk dengan Abang Lufti... pun
tak jadi jugak. Tak ada siapa lagi... dah malas nak fikir soal tu. Asyik tanya I
... you pulak macam mana?"
"Hmm... banyak sangat sampai tak tahu nak pilih. Tapi I selalu fikir yang dia or
ang tak ikhlas. Dia orang nak kawan dengan I bukan sebab diri I, tapi apa yang I
ada."
Kata-kata ini juga pernah aku dengar sebelum ini. Dia seperti tidak mahu berteru
s terang tentang 'dia' yang gambar-gambarnya pernah ditunjukkan kepadaku dahulu.
'Dia' yang hadir dalam bayangan orang lain dan entah apa-apa lagi katanya yang
selebihnya hanya mengelirukan fikiranku.
"Apa yang you ada?"
Melongo Umar Aisy membalas pandanganku. Mungkin soalan itu tidak dijangka. Mungk
in kini hatinya sedang bersoal jawab sendiri, sama ada perlu menyenaraikan satu
per satu apa yang dimiliki atau mendiamkan diri.
"I tak ada apa-apa!" Akhirnya Umar Aisy memilih untuk menjawab begitu. Merendah
diri dan berjiwa hamba.

Sepi melingkari kami. Aku leka memandang ombak yang berkejar-kejaran. Seketika m
eninggalkan buih-buihnya yang memutih di pasir pantai. Kemudian datang lagi. Ber
ulang-ulang.
"I nak cuba naik jet ski," kataku lalu bangun kerana aku ingin menghentikan perb
ualan yang berkait dengan soal hati.
Umar Aisy menurut sahaja. Kami ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.
Bermain jet ski merupakan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Alang-alang sud
ah separa basah, kami terus mandi. Aku sudah lupa bila kali terakhir aku mandi l
aut. Seronoknya berenang dan menyelam hingga matahari sudah tegak di atas kepala
, barulah kami naik.
SETELAH mandi dan menukar pakaian, aku memasukkan baju mandi dan pakaian dalam y
ang basah ke dalam beg plastik. Kemudian aku terus ke gerai berhampiran kerana U
mar Aisy menunggu aku di situ.
"Kita lunch kat sini?" soalnya.
Aku meninjau petak kaca yang mempamerkan beraneka jenis lauk-pauk. Daging salai
masak lemak cili padi, sambal belacan, ikan kering dan pucuk ubi rebus. Satu set
hidangan yang menyelerakan sudah ada dalam bayangan. Aku mengangguk memberi per
setujuan.
SELEPAS solat asar, barulah kami pulang. Aku tidak melepaskan peluang apabila Um
ar Aisy mempelawa aku memandu keretanya. Mini Cooper S dengan enjin BMW aku pand
u dengan kelajuan sederhana, walaupun aku tahu keupayaan kereta ini yang mampu b
ersaing hebat di litar F1.
"Nanti bila dah ada anak... kita kena tukar kereta yang lebih besar." Tiba-tiba
Umar Aisy bersuara.
'Oppss... kita?' Aku menjuihkan bibir. 'Hisy, apalah dia ni... pening kepala ke?
'
"Anak kucing," kataku dalam ketawa sebagai menyambut
gurauannya.
"Anak kucing buat apa?" Nada suaranya seperti merajuk.
Aku sedar sejak kami bertemu dengan Sulaiman dan Aini Mastura pagi tadi, dia asy
ik bercakap soal anak. Maka persoalan ini tidaklah menghairankan hatiku.
KETIKA hendak membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib, baru aku terse
dar beg plastik berisi pakaian yang aku pakai ketika mandi laut tadi tertinggal
di dalam kereta Umar Aisy. Usai solat, aku terus menghubunginya dan memaklumkan
perkara itu.
"I dah hantar ke dobi."
"Laa... kenapa you susah-susah hantar dobi? I ingat esok I nak ambil."
"Nak ambil esok? Berbaulah baju tu!"
Memang benar kata-katanya, tetapi yang menjadi kemusykilanku di dalam beg plasti
k itu termasuklah pakaian dalam. Sejak tinggal di asrama, aku membasuh sendiri p
akaian dalamku, walaupun ketika pulang bercuti. Tidak pernah seumur hidup pakaia
n dalamku dihantar ke kedai dobi untuk dibasuh. Selepas kering, tentulah dilipat
pula. Buatnya pekerja di kedai dobi itu lelaki... eeii... malunya!

"Mula-mula tu I ingatkan nak basuhkan, tapi bila tengok 'adik-adik' you pun
ada sama... tak jadilah! Takut you marah," katanya sambil tergelak-gelak.
Aku terkedu. Tentulah segala isi perut beg plastik itu sudah dibongkarnya. Melam
pau betullah Umar Aisy ni!
APA khabar Abang Lutfi agaknya? Sudah seminggu dia kembali daripada menunaikan u
mrah, tetapi hingga kini kami masih belum berkesempatan untuk bertemu dan bertan
ya khabar. Ketika dia datang, aku tiada di rumah kerana ke Port Dickson. Bukan d
isengaja, jauh sekali untuk mengelak. Buktinya, dengan bertemankan Kak Hilda, ak
u menghantarnya ke KLIA pada hari dia hendak berangkat ke Mekah. Tetapi aku tida
k dapat menjemputnya ketika dia pulang kerana mesyuarat dengan pihak pemaju di K
ota Seri Emas, Nilai tidak memungkinkan aku 'mencuri keluar' untuk menjemputnya.
Hendak meminta Kak Hilda menggantikan tempatku ke Kota Seri Emas, dia pula menga
mbil cuti kecemasan. Sebagai tanda memohon maaf, aku sudah berjanji untuk pergi
ke kliniknya. Macam biasalah nanti... selepas selesai tugasannya, kami akan maka
n tengah hari bersama. Mama pula awal-awal lagi sudah berpesan supaya mengajakny
a datang ke rumah untuk makan malam. Jadi, hujung minggu
ini aku kira memang hariku bersamanya.
Melekat mataku di pintu bilik rawatan nombor satu apabila telingaku menangkap bu
nyi tombol pintu dipulas. Memang tidak kusangka akan bertemu dengan Haizril di s
ini. Kebetulan atau apa ni?
"Hai, tak tahu pulak you datang!" sapanya mesra.
"Sejak Abang Lutfi balik, I belum sempat pun jumpa dia."
Ligat otakku berputar, menarik peristiwa pertemuan lalu dari kotak memori sambil
melayan Haizril berbual. Bermula dari pertemuan pertama, sudah terdetik di dala
m hatiku yang Abang Lutfi merencanakannya. Begitu juga dengan pertemuan yang ked
ua. Aku tidak tahu bagaimana Haizril dan aku boleh berada di tempat dan pada mas
a yang sama kalau tidak ada orang yang menyuruhnya ke situ.
Kini, sekali lagi pertemuan terjadi. Aku tidak dapat menerimanya sebagai satu ke
betulan, tetapi yakin keadaan ini memang sudah dirancang. Abang Lutfi yang menga
turnya.
Aku resah menunggu, namun pintu di bilik rawatan nombor satu masih tertutup rapa
t. Agaknya Abang Lutfi hendak memberi ruang kepada Haizril untuk berbual dengank
u.
"Kejap ya!" kataku lalu bangun. Ketika aku sudah hampir sampai, daun pintu tibatiba terkuak.
Aku dan Abang Lutfi saling bertukar ucapan
pak tangannya; mengambil berkat orang yang
tidak tahu perasaan Abang Lutfi, tetapi di
bersisa. Bukan rasa cinta, tapi kasih dan
i kecilku memberi peringatan.

salam. Aku menyalami dan mencium tela


baru pulang dari Mekah. Aku
dalam hatiku rasa cinta seperti masih
sayang seorang adik kepada abang. Hat

"Rindu, lama tak jumpa. Hari tu abang pergi rumah... Iddya tak ada."
Aku mengangguk kerana hal itu memang aku tahu.
"Ada oleh-oleh dari Mekah."
"Kan dulu dah bagi?" kataku merujuk pada air zam
zam, buah kurma, buah tin, zaitun, kismis dan lain-lain yang dibawanya ketika da
tang ke rumah.
"Abang beli jubah dan selendang. Beli tiga helai sebenarnya, tapi abang rasa dua

nilah yang
jubah yang
kesukaanku
n manik dan

paling cantik," kata Abang Lutfi sambil mengeluarkan kedua-dua helai


lengkap dengan selendang warna sepadan. Sehelai berwarna ungu, warna
dan sehelai lagi berwarna hitam. Kainnya begitu lembut. Corak susuna
jahitan sulamnya sangat kemas. Jubah ini memang sangat cantik!

"Boleh tukar kalau Iddya tak berkenan warnanya. Nanti abang ambil kat dalam."
Abang Lutfi memberiku peluang membuat pilihan.
"Tak payah tukar... warna ni memang Iddya suka. Thanks." Segera aku menahan kera
na kalau sudah sememangnya Abang Lutfi memilih yang paling cantik dan aku sendir
i sudah berkenan, maka tidak perlulah ditukar dengan jubah yang lain pula.
'Tapi... err... yang sehelai lagi tu untuk siapa?' Berlegar-legar soalan di ruan
g fikir, tetapi tidak tertanyakan. Rasanya tidak wajar aku bertanya kerana itu a
dalah hak peribadinya.
Mengikut sorot mata Abang Lutfi, aku berpaling ke arah sofa. Sebentar tadi kami
bagaikan terlupa pada sepasang mata yang mungkin tidak lepas memandang. Mahu sah
aja ketika ini aku bertanya kepada Abang Lutfi bagi merungkai kemusykilan, tetap
i mengenangkan Haizril sudah pasti mendengarnya, hal ini terpaksa aku lupakan bu
at seketika. Aku menutup rasa kurang senang dan menyembunyikannya di dalam hati
agar tidak terpancar di riak wajahku.
"Kami nak pergi lunch. Ikut sekali?"
Pelawaan Abang Lutfi memang sudah kujangka kerana hal ini sudah pasti termasuk d
alam agendanya.
"Tak mengganggu ke?" Haizril bertanya seraya bangun. Reaksinya tidak senada deng
an soalan yang diajukan.
"Apa pulak mengganggu... ni kan adik abang!" Serentak itu Abang Lutfi memaut bah
uku. Kemudian diusapnya perlahan-lahan, lagak sangat menyayangi.
Sepanjang waktu makan, aku dapat merasakan yang Abang Lutfi memang melorongkan j
alan untuk Haizril mendekatiku. Memang tidak begitu ketara, tetapi setelah membu
at pesanan makanan, ditinggalkan kami berdua dengan alasan, hendak ke tandas. La
ma pula perginya sehingga aku resah sendiri, tetapi perasaan itu
tetap aku selindungkan. Jangan sampai terkesan di mata Haizril yang aku tidak be
gitu menyenangi apa yang sedang berlaku.
DARI pejabat aku terus ke Kompleks Astria Utama kerana aku hendak mengambil paka
ianku daripada Umar Aisy. Memang aku tidak menyangka Rhu Ying akan 'menyerangku'
dengan pelbagai soalan. Cukup melemaskan perasaan tetapi aku takkan membiarkan
dia sewenang-wenangnya mengatur hidupku mengikut kehendak hatinya. Suka hatilah
dengan siapa aku hendak berkawan. Dia seharusnya melihat kewajaran dalam apa jug
a tindakannya.
"Kami dah lama kenal. Soal I suka pada dia atau dia suka pada I... tu terlalu pe
ribadi. I tak fikir orang lain perlu tahu," kataku lambat-lambat agar Rhu Ying b
enar-benar faham bukan hak dia untuk mempersoalkannya.
Lagipun aku bukan saingannya. Kalau benar dia hendak merebut dan memenangi hati
Umar Aisy, dia ketika ini sedang bersaing dengan gadis yang kulihat gambarnya da
lam komputer peribadi Umar Aisy. Namun aku yakin Rhu Ying tidak diberi kesempata
n untuk melihatnya. Lantaran itu dia tidak tahu hati Umar Aisy sudah dimiliki. M
ungkin sewajarnya hal ini aku jelaskan kepadanya.
"Lagipun..." Namun belum sempat aku menjelaskannya, Rhu Ying sudah bergegas perg
i. Dalam kekalutan, hampir sahaja dia terlanggar Sim yang baru masuk ke kedai.
"Rhu Ying!"
Seperti yang aku jangka, panggilan itu tidak dihiraukannya. Namun Sim masih semp

at mencapai tangannya. Rhu Ying meronta-ronta minta dilepaskan.


"What's wrong?"
Rontaannya lebih keras. Akhirnya Sim mengalah. Sepantas kilat Rhu Ying menghilan
g.
"Kenapa Iddya?" soal Sim cemas,
"Err..." Serba salah aku hendak memberitahunya.
"Dia sakit ke?" asak Sim dalam nada cemas.
Aku mengetap bibir. Mindaku masih membuat pertimbangan antara kewajaran menyimpa
nnya sendiri atau berterus terang sahaja dengannya. Apabila tidak mendapat jawap
an segera daripadaku, Sim berpaling persis ingin segera mendapatkan Rhu Ying.
"Sim... I fikir biarlah dia tenang dulu. Nanti you pujuklah dia. Duduklah... ada
benda yang I nak ceritakan pada you," kataku pada ketika minda masih belum memb
uat keputusan pasti. Mungkin bermula dengan intro yang berkias-kias, akhirnya ak
u dapat menjurus perbualan pada persoalan yang mengusutkan fikiran ini. Masakan
tidak, aku ikut sama terbabit dalam permasalahannya, walaupun
di luar kemahuanku, perkara ini terjadi.
Sim menarik kerusi, lalu duduk dekat denganku. Otakku ligat menyusun patah katakata. Aku berharap kekusutan yang timbul bisa dirungkai dengan baik, Ibarat mena
rik rambut dalam tepung; rambut tidak putus dan tepung pula tidak berselerakan.
"Rhu Ying... dia dengan you ke dengan Kiew?"
"Kenapa?"
"I perlu tahu," balasku tidak mahu segera meluahkan tuduhan Rhu Ying terhadapku.
Menuduh aku merampas Umar Aisy daripadanya.
"Walaupun dia tak pernah cakap dengan pasti, tapi setahu I... Kiew tak ada apa-a
pa dengan dia. Err... I..."
"Iddya, sebenarnya dah lama I nak tanya... you ni ada apa-apa dengan Kiew?"
Muka Sim kutatap. Aku menggeleng untuk menidakkan andaiannya.
"Sim, kalau you betul-betul suka pada dia... berusahalah untuk memenangi hatinya
," nasihatku sebelum Sim bangun untuk melayan pelanggan. Persoalan Rhu Ying terh
enti setakat ini sahaja.
Sementara menunggu Umar Aisy yang menurut Sim pergi ke kedai dobi, aku mengisi m
asa dengan membaca. Apabila membaca tazkirah agama, rasanya aku seperti belajar
daripada Umar Aisy pula, walaupun dalam bentuk helaian bercetak yang disimpan ke
mas di dalam fail. Aku tahu dia sudah membacanya kerana di beberapa bahagian ter
tentu yang dirasakannya penting telah ditanda dengan pen berwarna. Aku membacany
a di dalam hati.
'Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan
. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memb
erikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan. Menci
ntai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan sy
arak.'
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta i
tu lebih baik daripada nikah."
- Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh

al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.


'Hmm... semuanyatentang cinta. Mentang-mentanglah dia sedang dilamun cinta!' rum
usku sambil menutup fail dan meletakkan kembali di tempat asalnya apabila dari s
ebalik kaca aku terkesan kelibat Umar Aisy.
"Baru ambil ya?" soalku. Mengajukan soalan yang tidak relevan kerana sudah teran
g lagi nyata di tangannya ada sebuah beg plastik besar berisi pakaian.
Umar Aisy meletakkannya di atas meja, lalu mula memilih. Dia menarik keluar baju
dan seluar panjang yang aku pakai ketika mandi dahulu, lalu memasukkannya ke da
lam sebuah beg plastik yang lebih kecil.
"Umar!" jeritku apabila dia mengeluarkan pakaian dalamku pula.
Umar Aisy kelihatan sedikit tersentak. Tercengang-cengang dia memandangku
sebelum kembali mengalih pandangan pada pakaian dalamku di tangannya. "Kenapa...
you nak I simpan kat rumah I ke benda ni?" Lagaknya sangat polos dan nada suara
nya pula menggambarkan hatinya yang lurus. Aku tidak jadi hendak marah, sebalikn
ya rasa hendak ketawa pula memandang aksinya, tetapi segera kutahan dek hambatan
rasa malu.
"Biarlah I ambil sendiri!" kataku lalu mengambil 'adik-adik' di tangannya. Seger
a aku masukkan ke dalam beg plastik.
"Memang I hantar asing, tapi orang tu yang campur." Nada suaranya seperti hendak
membela diri agar aku tidak menganggap situasi itu memang disengajakan.
"Hmm..." gumamku memberi reaksi pada penjelasannya.
DALAM PERJALANAN pulang dari rumah Kak Inez di Cyber Heights Villas, aku dan Aba
ng Lutfi berhenti bersantai di tepi tasik yang terletak berhadapan dengan Sekola
h Seri Puteri Cyberjaya. Lokasinya yang menghadap Putrajaya nan indah di pandang
an. Bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan perasaan.
"Iddya, kalau abang dah jumpa seseorang yang sesuai dengan abang... abang pasti
akan kahwin."
Aku cuba bertenang dalam kekalutan perasaan.
"Abang tak nak hidup sunyi seorang diri. Sunyi sangat rasanya sebab tak ada kawa
n nak berbual... nak bergurau."
Sama sekali aku tidak menyangka dialog sebegini yang Abang Lutfi suarakan menjur
us ke arah keinginan untuk hidup berumah tangga begitu cepat datangnya. Kalau ak
u baru setakat merasakan luka di hati sudah semakin sembuh, tetapi nampaknya Aba
ng Lutfi sudah melangkah lebih jauh. Sudah merencana untuk berumah tangga.
"Kadang-kadang abang macam terdengar-dengar suara
Laila berselang-seli gelak ketawa dan tangisan Nabila. Bila tengok budak-budak s
ebaya dia... abang rasa nak menangis dan dalam masa yang sama rasa macam nak pel
uk budak tu, tapi abang tak boleh buat macam tu."
Aku menyelami hati Abang Lutfi hingga ke dasarnya. Sebahagian hatiku sangat bers
impati dan merasakan memang sewajarnya Abang Lutfi mencari pengganti. Bukan saha
ja buat melampias kehendak naluri dan peneman di kala sunyi, tetapi berkongsi se
buah kehidupan dalam erti kata yang sebenar-benarnya... berkongsi kegembiraan da
nkedukaan.
Tetapi sebahagian lagi seperti tidak pernah mahu mengerti; belum bersedia meneri

ma kenyataan sudah ada orang lain yang berjaya mencuri hatinya. Sekali gus menga
mbil bahagian yang sebelum ini pernah menjadi milikku.
"Masa di Mekah... dalam mimpi abang bertemu seseorang. Tiga kali abang mimpikan
dia."
Hatiku semakin dilanda rasa cemas. Aku mulai sedar yang Abang Lutfi beransur-ans
ur cuba membawa fikiranku pada realiti yang sedang dialaminya. Abang Lutfi sedan
g berkasih dengan seseorang. Dia sedang dilamun cinta! Tetapi dia masih ingin be
rkias-kias.
"Abang mimpikan siapa?" Hatiku mendesak ingin tahu, sementelah bukan calang-cala
ng tempat pula dia bermimpi, tetapi di Kota Mekah.
"Kata orang, mimpi hanyalah mainan tidur."
Sengaja dia memberi jawapan sebegitu, kalau tidak kerana dia hendak mengelak dar
ipada menjawab pertanyaanku.
'Tiga kali bermimpi didatangi orang yang sama... pastilah ALLAH menghantar petan
da.' Aku berandaian sendiri. Namun tidak aku suarakan kerana tidak mahu membakar
semangatnya. Aku bimbang andainya dia bersungguh-sungguh ingin memaknakan alama
t mimpi. Biarlah kisah mimpi itu beransur-ansur reda dan akhirnya dilupa.
'Tapi bukankah kerana kasihkan dia, aku harus merelakan kerana itu satu tanda ak
u gembira melihat insan yang aku cinta hidup bahagia? Bukankah cinta sejati bere
rti ketika dia mencintai orang lain, aku masih mampu tersenyum sambil berkata, a
ku turut bahagia untukmu. Bukankah begitu yang seharusnya? Hatiku berperang deng
an seribu rasa.
"Dengan siapa?"
"Hmm..." Nada suara Abang Lutfi menggambarkan rasa hatinya yang bahagia. Aku sem
akin cemas, meskipun aku sedar tidak seharusnya aku berperasaan begini.
Sebagai 'adik', aku harus memberi laluan kepada sesiapa sahaja kerana antara kam
i memang tidak mungkin bersatu. Aku harus redha menerima siapa juga yang bakal d
isunting oleh Abang Lutfi untuk menjadi suri hidupnya.
"Abang kenal dia dah lama jugak... sebelum abang ke Mekah," jelas Abang Lutfi.
Tersentap hatiku mendengarnya. Teringat kunjungannya ke Tanah Suci Mekah untuk i
badat umrah beberapa bulan yang lalu. Bererti hubungan Abang Lutfi dengan siapa
juga gerangan wanita itu telah berlangsung agak lama juga.
Aku membayangkan detik pertemuan itu terjadi. Reaksi Abang Lutfi ketika kali per
tama mereka bertentang mata. Perasaan wanita itu juga mungkin sama dengan perasa
an yang aku alami ketika pertama kali bertemu dengannya. Terpikat pada sepasang
matanya yang redup. Terpesona pada kesederhanaan sikapnya. Tergoda mendengar sua
ranya yang lembut, tetapi garau. Alangkah bahagianya wanita itu kerana dicintai
oleh Abang Lutfi. Sejak beberapa bulan yang lalu dia telah mencuri perhatian Aba
ng Lutfi. Tetapi sedikit pun aku tidak mengetahuinya. Disimpannya menjadi rahsia
. Sampai nyahati... Aku benar-benar rasa diketepikan.
"Siapa si dia tu?" soalku sekali lagi.
"Nantilah abang kenalkan."
Aku seperti sukar menerima hakikat ini. Tidak sanggup melihat ada orang lain di
sisinya. Tapi sampai bila? Tak inginkah aku melihat Abang Lutfi hidup bahagia?
Hati,.. mengertilah. Iddya... lepaskan dia dari hatimu.

'Pergilah pergi! Usah berpatah lagi. Kebahagiaan sedang menantimu di hadapan san
a!' jerit hatiku dalam lirih.
"Tapi kalau boleh... biarlah Iddya lepas dulu."
Aku mengerti makna sebaris ayat itu, tetapi takkanlah aku boleh cekup sesiapa sa
haja untuk dijadikan suami.
"Iddya... tak ada siapa-siapa buat masa ni."
"Umar?"
"Kawan saja." Sesungguhnya begitulah yang seharusnya, walaupun aku sangat menyen
anginya. Aku tidak berani hendak meletakkan harapan yang tinggi. Hatiku biarlah
berkelana seorang diri.
"Haiziril?"
Sudah kuduga nama itu akan muncul juga. Selama ini aku menahan hati dan rasa sab
ar, tetapi kini biarlah Abang Lutfi tahu. "Maaf bang... Iddya tak suka hidup Idd
ya diatur-atur. Iddya dah cukup dewasa untuk buat keputusan sendiri. Bukan Iddya
tak tahu niat abang selalu temukan kami... tapi tak semudah itu."
Merona kemerahan muka Abang Lutfi. Ketara berubah riak yang terlukis di wajah.
"Haizril dan Iddya... dua-dua adik abang. Abang nak kedua-duanya dapat yang terb
aik."
Memang sungguh mulia hasratnya, cuma tidak dalam pengetahuan Abang Lutfi yang Ha
izril sudah ada teman istimewa. Haizril pula tidak menyatakannya, malah mungkin
menerima dengan senang hati apabila Abang Lutfi membuka ruang kepadanya untuk me
ndekatiku. Mungkin pada pendapatnya, apalah salah dia berkawan dengan dua orang
gadis dalam satu masa. Bolehlah dia membuat perbandingan antara kedua-duanya seb
elum memilih yang terbaik untuk
dijadikan isteri. Mungkin...
"Tak usahlah abang cuba nak padan-padankan kami." Sekali lagi aku memberi penega
san.
Abang Lutfi akhirnya mengangguk perlahan-lahan.
Sebenarnya bukan aku langsung tidak mahu memberikan Haizril peluang untuk menyen
tuh hati, tetapi kejadian yang berlaku hari itu mematikan hasratku. Abang Lutfi
yang katanya hendak pergi sekejap ke farmasi untuk membeli beberapa barang keper
luan, mengambil masa yang lama pula. Sepemergiannya ketika aku dan Haizril duduk
menunggu di Restoran Pizza Hut, seorang gadis menghampiri meja kami. Penuh sopa
n dia menyapa sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.
"Nurlissa Imani," katanya memperkenalkan diri. Nama yang secantik paras rupa. Pe
nampilannya begitu menarik.
Sejenak ruang diisi oleh suara mereka berdua. Lembut dan manja suara Nurlissa Im
ani, tetapi bukan mengadangada. Di pandangan mataku, Haizril memang mempunyai hu
bungan intim dengannya. Kalau tidak, masakan dia kalut dan menggelabah. Suaranya
sesekali kedengaran seperti dia sedang menahan rasa gementar.
Aku tidak mahu kelak dituduh sebagai pengganggu, sementelah Nurlissa Imani meman
g selayaknya dihargai. Dia tidak marah, jauh sekali membentak-bentak. Tutur kata
nya lembut dan tingkahnya sangat sopan. Setelah Nurlissa Imani berlalu, aku tany
akan kepada Haizril dan dia mengaku gadis manis itu teman wanitanya. Dan aku men
erima keadaan itu sebagai suatu rahmat yang tersembunyi. Tidak aku, apatah lagi

Haizril membuka mulut berkisah tentang kedatangan Nurlissa Imani kepada Abang Lu
tfi. Kami bereaksi seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku.
"Abang tak payah tunggu Iddya... sebab tak tahu entah bila." Aku menyeka genanga
n air mata dengan hujung jarijemari. Rasa pilu hiba yang berolak di dalam hati biarlah aku seorang diri menan
ggungnya.
"Abang benar-benar sayangkan Iddya."
'Ah, kau tak perlu bayar apa-apa untuk mengucapkan kata-kata itu! Percuma! Percu
ma! Sama seperti udara yang kau hirup!' Hatiku yang rawan sarat dengan protes.
Ketika itu aku hanya mampu memujuk hati yang masih terluka. Biarlah Abang Lutfi
mencari cinta yang lain.
MEGA mendung yang kian memberat akhirnya menurunkan hujan yang mencurah-curah be
rserta angin kencang. Jam di dinding sudah menginjak hampir ke pukul 6.00 petang
. Aku hendak menanti hujan teduh dahulu sebelum pulang. Abang Zairi sudah mening
galkan pesanan supaya aku pulang sendiri kerana dia ada hal lain di luar dan tid
ak akan balik ke pejabat.
Dalam termangu-mangu, aku tiba-tiba teringat, betapa enaknya menikmati ubi rebus
dan secawan kopi o pada waktu begini! Hmm... ubi rebus cecah sambal, ikan masin
atau kelapa parut yang bercampur garam. Jadi, aku bercadang hendak singgah dahu
lu ke Restoran Resipi Bonda sebelum pulang kerana ubi rebus memang merupakan hid
angan istimewanya pada waktu petang, selain lempeng pisang, lempeng kelapa dan b
eraneka jenis gorengan lain.
Sebaik sahaja keluar dari bilik, aku menebar pandangan ke sekeliling. Tempat dud
uk Kak Hilda kosong. Tentu dia sudah pulang kerana perlu menjemput Arija di ruma
h pengasuh.
"Belum balik?" soalku kepada Ratnahwati yang sedang leka menghadap kerja.
"Tunggu suami... tak tahu pukul berapa dia sampai. Jalan dah tentu jam ni."
"Nak ikut Iddya pergi minum tak?"
Ratnahwati pantas menggeleng. "Tak apalah... I nak siapkan kerja ni."
Kami saling berpamitan. Aku menyusur kaki lima sambil mengelak tempias hujan.
Seperti yang sudah kuduga, pengunjung di Restoran Resipi Bonda memang ramai. Cum
a ada dua meja sahaja yang masih kosong. Aku segera memesan secawan kopi o dan u
bi kayu rebus.
"Ikan kering, kelapa atau sambal?" soal si gadis yang sudah bersedia untuk menye
nduk salah satu daripadanya.
Walaupun hanya ada tiga pilihan, tetapi seperti sukar pula hendak memilih yang m
ana satu. "Bagi akak... oh mak kau!" Aku terkejut apabila tidak semena-mena bahu
ku ditepuk dari belakang. Walaupun tepukannya perlahan sahaja, tetapi dalam kead
aan aku sedang leka, kesannya begitu terasa.
"Umar... buat I terkejut aje! Lain kali bagilah salam." Malu sebenarnya kerana r
eaksi spontanku melatah tadi terjadi di luar sedar.
"Sorry... sorry... lain kali I bagi salam dulu. Assalamualaikum," katanya bersun
gguh-sungguh bagaikan mengulang semula apa yang patut dilakukannya tadi.

Si gadis di hadapanku tersenyum-senyum. Mungkin aksi Umar Aisy nampak lucu atau
kebudak-budakan.
"You nak makan apa?"
"Sama... dengan you dan I nak kopi o. Okey, I pergi cari tempat duduk!"
Aku menambah pesanan.
"Tak tahu pulak makwe I suka melatah," usik Umar Aisy
sebaik-baik sahaja aku duduk. "Tapi mujur jugak you tak sebut benda-benda yang t
ak sepatutnya," tambahnya masih tergelak-gelak.
Aku menjuihkan bibir. Membiarkan Umar Aisy melayan rasa seronok dengan penemuan
barunya.
Memang sungguh enak makan ubi rebus panas-panas bercecah sambal dan ikan kering.
Kopi o yang pekat pula merangsang minda. Nyaman dan segar rasanya.
"Kenapa datang tak bagi tahu?"
"Nak buat spot check mana boleh bagi tahu!"
Aku ketawa kecil mendengar jawapannya yang bersahaja dan ala ala lurus bendul.
"Dah lama you tak datang kedai... sibuk ke?"
"A'ah... banyak kerja." Sebenarnya kalau aku ke kedainya, sudah pasti akan berte
mu dengan Rhu Ying. Pertemuan itu akan tambah merusuhkan hatinya. Jadi lebih bai
k aku tidak ke sana.
"Kalau you free... youlah datang sini."
"I memang selalu free... tapi nanti kalau hari-hari I datang, you pulak yang jem
u asyik tengok muka ni aje."
"Betul jugak tu," sambutku.
"Hey, you're not supposed to agree!" omel Umar Aisy tidak puas hati. Aksinya sep
erti anak kecil yang merajuk dan minta dipujuk. Merajuk kepada yang sayang? Lalu
di hadapanku ditunjukkan rajuknya?
'Iddya, usah fikir yang tidak-tidak!' perit hati kecilku memberi peringatan. Ah,
entahlah! Pada ketika hati sedang rusuh dan sayu mengenangkan Abang Lutfi, muda
h sahaja perasaan yang haru-biru ini hinggap di mana-mana sahaja dahan kasih unt
uk berpaut, sekalipun di dahan yang rapuh. Tetapi sebentar sahaja mungkin tak me
ngapa, asalkan aku tahu had dan batasan yang hatinya yang sudah dimiliki.
"Abang Lutfi dah ada girl friend," aduku kepadanya. Aku
ingin berkongsi dengan Umar Aisy kisah terbaru ini kerana bercerita kepadanya se
olah-olah berkongsi rasa duka.
Umar Aisy memandangku. Sedikit pun tidak terlukis riak terkejut di wajahnya.
"Tak lama lagi dia akan kahwin." Memandai-mandai pula aku menambah kerana hendak
menunjukkan kepada Umar Aisy betapa aku merelakannya asalkan Abang Lutfi berbah
agia. Walaupun Umar Aisy tidak berkata apa-apa, tetapi seolah-olah terlepas rasa
sebak sendu yang terkurung di dalam dadaku.
"Semoga dia berbahagia dengan pilihannya." Pada saat ini, aku seperti mengoyak
hati sendiri kerana belum sepenuhnya aku dapat menerima hakikat cinta kasih kami
sudah terputus di tengah jalan.

"Agaknya boleh tak I tumpang sembahyang kat ofis you sebelum balik?" Umar Aisy s
eperti cuba membawa jauh fikiranku daripada Abang Lutfi. Mungkin terkesan di mat
anya kedukaan hatiku ketika itu.
"Tentu boleh," balasku sambil memandang jam di tangan. Leka benar berbual hingga
aku tidak sedar sudah masuk waktu maghrib. Aku menelefon Ratnahwati terlebih da
hulu untuk memastikan yang dia masih berada di pejabat.
"Kenapa... you takut ke dengan I?" soal Umar Aisy sebaik sahaja aku memutuskan t
alian.
"Takut dengan you?" Aku membalas dengan soalan juga kerana tidak mengerti maksud
kata-katanya itu.
"Yalah... sampai kena call officemate you dulu."
"Oh, bukan macam tulah Umar! I tak fikir you akan buat benda-benda tak senonoh m
acam tu... tapi tentulah tak manis dipandang orang kalau kita berdua aje."
"You pasti ke I takkan buat benda tak senonoh tu?" Itu Pula yang disoalnya.
Aku memberi sedikit masa kepada hati untuk membuat
penilaian. Bukan sepenuhnya aku pasti, walaupun dia nampak baik, kerana aku sela
lu ingat... apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di tempa
t yang sunyi, sudah pasti akan datang yang 'bertanduk' itu untuk menyesatkan jal
an, lalu tersasarlah dari landasan keimanan.
"I yakin you takkan buat macam tu," balasku kerana buat apalah aku hendak menyes
akkan fikiran memikirkannya, sedangkan Ratnahwati masih berada di pejabat.
"Ya... I takkan buat macam tu kecuali kalau you goda I."
"So, I'll make sure... I tak goda you," kataku memberi jaminan, walaupun aku sed
ar perbualan kami sudah mula merapu entah ke mana.
SESAMPAI sahaja di rumah, aku membersihkan diri dan bersolat isyak. Penat benar
rasa badan setelah seharian hingga membawa ke malam aku berada di luar. Kemudia
n aku berbaring dan meluruskan badan di atas katil memberi kelegaan yang amat sa
ngat. Santai lagi nyaman.
Sedetik dua setelah telingaku menangkap bunyi ketukan, daun pintu perlahan-lahan
terkuak. Terjengul muka mama yang mengintai ke dalam.
"Belum tidur lagi, kan?"
Senyumanku mengiringi mama yang mula melangkah masuk. Mama duduk di birai katil.
Aku duduk memeluk lutut.
"Petang tadi mama pergi ziarah orang meninggal."
Intro mama dalam nada suara yang berteka-teki. Mungkin mama hendak aku meneka si
apa orangnya yang sudah dijemput oleh ALLAH SWT kembali menghadap-NYA. Namun, ti
ada sesiapa yang tergambar di mataku. Mungkin bukan saudara-mara atau kenalan ra
pat kerana kalau tidak, sudah pasti awal-awal lagi mama menghubungiku.
Aku tidak dapat dan selebihnya malas hendak memikirkannya. "Siapa?"
"KakFarah."

Terlopong mulutku mendengar nama itu.


"Menantu tak jadi mama tu?" Aku menghuraikan begitu untuk mendapatkan kepastian.
Mama mengangguk perlahan. Riak di wajahnya penuh simpati.
"Sakit apa?"
Mama mengangkat bahu. "Entahlah... dah berapa hari dia meninggal baru orang seda
r... tu pun sebab dah berbau,"
Aku beristighfar. Segera teringat kunjunganku dengan Kak Dhira ke rumahnya dahul
u. Dia memang tinggal sendirian. Jadi, sakit peningnya tiada siapa yang tahu. Ti
ada siapa jua yang mengadap pada saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Petang baru dikebumi lepas doktor buat posf-mortem," jelas mama lagi.
Aku sedia maklum tentulah bedah siasat perlu dibuat untuk mengetahui punca kemat
iannya.
"Nak kebumi pulak ada masalah. Katanya dah gali sampai dua lubang... tapi dua-du
a penuh akar. Berselirat sampai tak boleh nak letak jenazah. Terpaksalah letak b
atang pisang lepas tu kambus balik. Gali lubang yang ketiga... penuh air pulak.
Tapi dah tak ada pilihan sebab dah letih orang yang menggalinya... terpaksa kebu
mi jugak. Tindih dengan batu... janji menghadap kiblat."
Terasa meremang bulu romaku mendengar cerita mama. "Petang tadi kat KL memang hu
jan lebat." Aku cuba membuat perkaitan, meskipun gambaran akar yang berselirat m
embuatkan otakku seperti berserabut memikirkannya.
"Kat sini pun hujan... tapi bila kami dah sampai ke rumah." Ujaran yang jelas me
mbawa maksud hal itu langsung tiada kaitan kerana hujan lebat yang turun hanya s
elepas jenazah dikebumikan.
"Agaknya ada mata air kut." Aku cuba menyedapkan hati sendiri sebenarnya kerana
persoalan itu seperti sudah melemaskan fikiranku. Amalan atau kemungkaran apakah
yang telah dilakukan oleh arwah Kak Farah, maka sudah diperlihatkan azabnya di
atas dunia? Aku teringat pada secawan air Nescafe yang tidak jadi kuminum, Mungk
inkah sebegitu amalannya yang sesat... syirik dan menyekutukan ALLAH hingga jasa
dnya seperti tidak diterima bumi? Takutnya aku pada azab
ALLAH. Di dunia lagi sudah diperlihatkan, apatah lagi di hari pembalasan kelak.
Nauzubillah!
Bayangan wajah arwah Kak Farah yang sedari tadi menabiri mata tidak juga mahu hi
lang, walaupun sudah berkali-kali cuba kuusir pergi.
"Kalau mama nak baring... baringlah!" ajakku sambil berengsot untuk memberi ruan
g kepada mama merebahkan tubuhnya di sisiku.
"Haa... takut tidur soranglah tu... nak ajak mama tidur kat sini!"
Mudah sahaja mama membaca apa yang sedang bergolak di dalam fikiranku. Aku terge
lak-gelak.
"Nak tidur berteman... cepat-cepat kahwin," kata mama lambat-lambat.
"Mama carikanlah calonnya. Sebab kalau Iddya sendiri yang cari... takut nanti ju
mpa lagi yang keningnya ada tanda merah... nanti mama cakap anak mama pulak," ba
lasku dengan usikan juga.
Lawak jenaka yang tidak seberapa itu membuatkan mama terkekeh ketawa. Tentulah m

ama senang hati kerana aku sudah dapat menerima keadaan itu. Sudah dapat melayar
i hidup seperti biasa.
"Oh, ya ma... abang pergi ke?" soalku untuk melengahlengahkannya apabila aku nam
pak mama hendak bangun.
"Ada...datang sekejap."
"Betul mama tak nak tidur sini?" soalku apabila mama
bangun lalu menuju ke muka pintu.
Mamamenggeleng-gelengsambiltersenyum.
"Nanti bila Iddya dah kahwin... mama dah tak ada chance nak tidur dengan Iddya l
agi." Aku 'mengugut'.
"Tak apa... abah ada." Selamba mama membalas. Senyumandibibirnyamenyimpulmakna.
"Jangan lupa sedekah al-Fatihah... biar roh arwah tenang di sana," pesan mama se
belum menutup pintu.
RESTORAN Victoria Station menjadi pilihan apabila Abang Pian menyuruh aku memili
h tempat makan. Kami duduk di tempat yang ala-ala di dalam gerabak kereta api. W
alaupun agak jauh, tetapi aku yang duduk menghadap ke pintu utama dapat melihat
pengunjung yang datang dan pergi.
"Hujan lebat pun ramai orang,
n dan minuman.

ulas Abang Pian setelah kami membuat pesanan makana

Macam-macam hal yang kami bualkan sementara menunggu makanan sampai.


"Pelan belum lulus, tapi dah belanja makan," kataku merujuk pada pelan untuk rum
ah mereka di Kota Kemuning yang hendak direnovasi.
"Rasanya tak ada masalah... tengoklah arkitek mana yang buat pelan," ujar Abang
Pian.
"Pembantu arkitek." Aku membetulkan kerana rasanya masih belum layak aku dipangg
il begitu.
Hanya apabila hidangan sudah diletakkan di atas meja, barulah reda suara kami ya
ng saling bertingkah. Black mushroom steak menjadi pilihanku, Black pepper steak
untuk Abang Pian dan Kak Raihana memilih BBQ chicken. Kami makan dengan perbual
an yang minima.
Ketika terasa bagai ada yang menarik perhatian, aku melempar pandangan ke pintu
utama. Memang aku tidak menyangka akan bertemu dengan Abang Lutfi di sini. Hatik
u tersenyum bahagia. Tetapi rasa indah itu singgah seketika cuma Segera berganti
tusukan sembilu yang menyentak perasaan apabila menyusul rapat di belakangnya s
esusuk tubuh yang aku kenal benar orangnya. Kak Hilda! Di sisimya Arija. Helaan
nafasku bagaikan terhenti.
Sebaik sahaja menyerahkan payung di tangannya kepada seorang penyambut tetamu, A
bang Lutfi berpaling ke belakang. Dia lantas membetulkan kain tudung Kak Hilda y
ang berubah bentuk kerana ditimpa hujan. Kemudian dia mengelap pipi Kak Hilda ya
ng dibasahi tempias. Mereka saling berpandangan dan tersenyum. Intim lagi mesra!
Pertemuan yang tidak disangka-sangka! Terasa hampir mahu pecah dadaku tatkala me
mandang Kak Hilda memaut mesra lengan Abang Lutfi. Jari-jemariku terasa sejuk da
n menggeletar. Sorot mataku mengikut arah pergerakan mereka yang memilih meja pa

ling hujung. Tentulah mahukan privacy, walaupun Arija ada bersama.


Aku menyisip jus oren yang masih memenuhi satu per tiga gelas Berharap agar air
yang kuminum bisa meredakan rasa gundah yang mendesah. Cemburu? Sejujurnya aku m
engaku perasaan ini mengongsi seluruh ruang di dalam hatiku.
"Ait berangan aje... bila nak habis makan?" Pertanyaan Abang Pian mengembalikan
aku kepada mereka Cepat-cepat aku mencapai garpu, lalu mengambil hirisan cendawa
n. Mengunyahnya perlahan-lahan. Seleraku ketika ini bukan setakat patah, te
tapi langsung mati. Akhirnya aku menyusun garpu dan pisau pada kedudukan petan
da aku sudah selesai makan.
Kak Hilda, duduknya rapat di sebelah Abang Lutfi. Rupa-rupanya dialah orang yang
Abang Lutfi maksudkan. Patutlah susah benar Abang Lutfi hendak menyatakan naman
ya. Tetapi kalau dahulu lagi Abang Lutfi beritahu aku, tentulah kesan kejutannya
tidak sebegini. Tidaklah aku berasa tertipu dan dipersendakan.
Aku tidak tahu di mana hilangnya pertimbangan akal Abang Lutfi sehingga dia memi
lih teman yang juga sudah kuanggap seperti saudaraku sendiri sebagai pengganti.
Begitu sekali Kak Hilda mendambakan belaian seorang lelaki sehingga dia tergamak
dalam diam bersembunyi berkasih dengan Abang Lutfi? 'Kak Hilda... aku tak mungk
in dapat memaafkanmu!' jerit hatiku yang sarat dengan amarah.
"Kalau dah sudah... kita balik sekarang?"
Suara Abang Pian mengembalikan aku ke dalam diri. Mujurlah telingaku sempat mena
ngkap lontaran kata-katanya. Pantas aku mengangguk. "Boleh tak Abang Pian dan Ka
k Ana tunggu kat dalam kereta... Iddya nak jumpa kawan kejap," pintaku setelah
selesai Abang Pian membuat bayaran. Berkerut-kerut dahinya membalas pandanganku.
"Sekejap aje... lima minit."
Sejenak mereka saling berpandangan. "It's okay... take your time!" Kak Raihana l
ebih dahulu bersuara. Dia memaut lengan Abang Pian, mengajaknya pergi.
ALLAH seru sekelian alam, tiupkanlah semangat ke dalam jiwaku! Benlah aku kekuat
an semangat agar aku mampu mendepani takdir ini. Setelah pasti mereka sudah kelu
ar, barulah aku bangun lalu berjalan perlahan-lahan ke meja yang paling hujung.
Sudah kujangka reaksi Abang Lutfi dengan Kak Hilda. Rasa terkejut jelas terpanca
r di riak wajah. Abang Lutfi pantas berdiri.
"Auntie Iddya!" panggil Arija.
Aku tersenyum mesra membalas sapaannya. Tumpuanku bukan kepadanya, lalu beralihalih mataku antara Abang Lutfi dan Kak Hilda.
"Iddya..."
Aku menggeleng, sekali gus menghentikan suara Abang Lutfi. Aku cepat-cepat menge
lak ketika dia cuba mencapai tanganku. Air mata... usahlah tertitis dan menitis,
pujukku berulang-ulang ketika pandangan sudah kian kabur.
Muka Abang Lutfi kutatap. 'Sampai hati,' kataku dalam pandangan mata.
"Iddya!" Aku tidak menoleh lagi, walaupun telingaku mendengar suara Abang Lutfi
memanggil namaku.
Aku sangat yakin yang dia akan menghubungi, maka awal-awal lagi aku sudah meleta
kkan isyarat mode senyap untuk panggilan masuk di telefon bimbit. Tiga panggilan
nya aku biarkan begitu sahaja. Pesanan ringkasnya juga aku abaikan.
Namun mengenangkan dia baru sahaja hendak makan, akhirnya aku membalas juga SMSn

ya.
Jangan risau tentang Iddya. Moga abang bahagia.
BEGINILAH hatiku Kak Hilda; dirundung rasa sedih berpanjangan ketika kau menyula
m bahagia. Betapa selama ini kau selalu mempamer simpati setiap kali aku melahir
kan keluh-kesah dan duka nestapa, tetapi hatimu sebenarnya bersorak gembira. Rup
a-rupanya dalam diam dan secara bersembunyi, kau kutip segala-galanya tentang Ab
ang Lutfi. Beransur-ansur kau tahu kesukaan dan kebenciannya. Akhirnya, dengan m
udah kau tawan hatinya. Ah, alangkah baculnya tingkahmu!
Aku tidak tahu entah sejak bila hubungan mereka terjalin. Besar kemungkinan berm
ula semasa Kak Hilda membuat rawatan susulan di Klinik Pergigian Damaindah. Mung
kin Abang Lutfi mengambil alih tugasan memberi rawatan daripada Kak Asnita. Lalu
bermula dari situlah timbulnya bibit-bibit kemesraan dan terjalin satu hubungan
. Patutlah Kak Hilda kerap beralasan apabila aku mengajaknya keluar makan, ruparupanya dia sudah berjanji dengan Abang Lutfi. Patutlah Kak Hilda dengan senang
hati menerima pelawaanku untuk menghantar Abang Lutfi ke KLIA, walaupun seawal j
am 5.00 pagi. Rupa-rupanya dia ingin merebut peluang menghantar kekasih hati. Te
tapi reaksi mereka ketika itu begitu bersahaja sehingga aku tidak menyedari sand
iwara yang mereka lakokan.
Aku cuba mengingati dan pasti, tarikh Kak Hilda mengambil cuti kecemasan sama pa
da hari Abang Lutfi pulang dari menunaikan umrah. Begitu rapi dan licik perancan
gannya hingga tidak terkesan dek mataku.
SESUNGGUHNYA ALLAH SWT memilihku sekali lagi untuk diuji dengan dugaan perasaan
yang sebegini hebat. ALLAH sentiasa menurunkan ujian apabila hamba-NYA perlu diu
ji. Peringatan ini aku perkukuh dengan membanyakkan istighfar. Aku cuba memujuk
hati selagi terdaya. Tapi...
Saat ini kurasa amat melelahkan. Kepahitan menyusup dan menjalar di seluruh urat
nadi. Menjelang dinihari pun mataku masih enggan terpejam. Aku memandang telefo
n bimbit yang berkelip-kelip. Nama Abang Lutfi tertera di skrin. Pada saat ini j
uga kiranya Abang Lutfi belum dapat melelapkan mata. Mungkin gelisah mengenangka
n hati 'bekas kekasih' yang terluka. Dalam hati yang berbaur rasa, aku menyambun
gkan talian.
"Abang minta maaf," terjah Abang Lutfi tanpa salam.
Aku diam.
"Abang masih cari masa yang sesuai untuk bagi tahu."
"Masa yang bagaimana? Sampai Iddya jadi orang yang paling akhir tahu?" provokku.
Sepi. Pastilah berputar ligat otaknya untuk mencari jawapan yang paling rasional
dan wajar agar tidak dipersoalkan.
Aku seperti lupa yang kami bukan lagi pasangan kekasih dan dia bukannya menduaka
n cinta. Abang Lutfi berhak menentukan jalan hidupnya sendiri dan memilih siapa
sahaja untuk menjadi pasangan hidupnya.
Aku cuba menahan sebak yang bergelora di dalam dada. "Kenapa abang tak berterus
terang? Bila macam ni... Iddya rasa tertipu," luahku dalam lirih.
"Esok abang jumpa Iddya... dan jelaskan segala-galanya."
'Dah terlambat,' bisik hatiku yang enggan bertolakansur. Aku sedang memujuk hati

dan buat masa ini ingin menyendiri. "Kita tak perlu jumpa. Okeylah... Iddya dah
mengantuk..."
"Jangan letak telefon Iddya... dengar abang cakap dulu."
Rayuannya melemahkan hatiku.
"Tapi kenapa dia?" Dalam lirih aku bertanya. Seperti fobia rasanya untuk menyebu
t namanya sama seperti rasa ngilu yang mencucuk hati mengenangkan dia yang bakal
disunting oleh Abang Lutfi menjadi isteri.
Sebenarnya kalau aku sendiri yang memperkenalkan Kak Hilda kepada Abang Lutfi, t
entulah berlainan penerimaanku. Tentulah aku mengharap hubungan itu akan terjali
n dan seterusnya dengan senang hati aku mendoakan kebahagiaan mereka. Tetapi apa
bila hubungan yang dijalin secara 'sembunyi-sembunyi' itu terbongkar, hatiku men
jadi terbakar. Mengapa tidak Kak Hilda atau Abang Lutfi sendiri berterus terang?
Mengapa harus bersembunyi seperti pencuri?
"Arija." Jawapan Abang Lutfi jelas menunjukkan betapa dia memilih Kak Hilda kera
na hatinya jatuh kasih kepada Arija. Kak Hilda tahu yang arwah Nabila, anak Aban
g Lutfi hampir sebaya dengan Arija, lalu Arija dijadikan umpan untuk menjerat da
n seterusnya menawan hati Abang Lutfi.
"Itu aje?"
"Banyak lagi... nanti esok kita jumpa, ya!"
"Kita takkan jumpa sampai Iddya betul-betul dah sedia nak jumpa abang. Tolong be
ri Iddya sedikit masa."
"Iddya... janganlah buat perangai macam..."
"Ya... yang ni memang macam budak-budak... yang kat sana tu seorang wanita dewas
a yang sangat matang fikirannya!" Hatiku yang sudah sedia merajuk menjadi tersan
gat sensitif. Aku sudah memintas dan terus memutuskan talian. Telefon bimbit aku
sorongkan ke bawah bantal. Menutup ruang bicara. Bukan niatku untuk berkasar at
au menjadi kurang ajar. Aku cuma meminta agar diberi sedikit masa dan jangan ter
lalu menggesa, tetapi itu pun tidak mampu ditunaikan.
TIDAK kuduga hal ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan keluargaku. Aku tidak t
ahu apa yang merasuk fikiran Abang Lutfi sehingga begini jadinya, sedangkan hal
ini boleh diselesaikan antara kami berdua. Atau mungkin dia didesak untuk mencer
itakan apa yang telah terjadi ekoran keenggananku menemuinya, walaupun sudah tig
a kali mama dan Kak Inez bergilir-gilir mengetuk pintu bilikku. Kesudahannya, ak
u juga yang dipersalahkan.
"Iddya... dia berhak pilih siapa saja sebagai isteri," kata mama seakan memujuk.
Aku yakin aku boleh menerima sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Abang Lutfi, te
tapi dia bagaikan tidak sabar-sabar merebut kesempatan... mengisi ruang kosong y
ang aku tinggalkan. Disambar terus tanpa bertangguh.
"Iddya kena berfikiran terbuka... masing-masing ada kehidupan sendiri. Macam Idd
ya baik dengan Umar, ke hulu ; ke hilir dengan dia... pernah Abang Lutfi tegur
? Pernah dia marah? Tak ada kan? Jadi janganlah buat Abang Lutfi macam tu... bua
t dia rasa bersalah," tekan Kak Inez pula.
Abah mendiamkan diri sahaja.
"Elok dan macam diatur-atur... duda bertemu janda. Mama dah pesan suruh dia bawa
Hilda datang ke rumah." Mama memaklumkan rancangannya.

Hatiku dibungkus rasa pilu. Cukuplah! Jangan lagi diseksa perasaan ini!
"Mama fikir, kalau memang dah tetap pilihannya, eloklah cepat-cepat dilangsungka
n." Mama terus bercakap tanpa sedikit pun menimbangkan perasaanku seolah-olah he
ndak melampias rasa marah dan hendak menebus rasa malu kerana keengganan aku kel
uar menemui Abang Lutfi, walaupun sudah lama dia menunggu.
"Mama dah janji nak uruskan majlis dia."
Mama terus membenam belati di hatiku. Alang-alang sudah terluka, biarlah terus l
uluh. Aku redha kerana bahagian ini sudah ALLAH untukkan buatku. Bergayut kesayu
an di wajah abah melihat keadaan aku ketika itu.
Sudah kulontar rasa sayang sebagai kekasih jauh-jauh dan aku tidak akan menyelon
gkarnya lagi. Semakin kabur pandanganku. 'Air mata, usahlah menitis. Menangis da
n
merintih biarlah di dalam hati sahaja,' pujukku tanpa henti.
Apabila mama dengan Kak Inez seiringan ke dapur, aku mendaki anak tangga menuju
ke bilik yang paling hujung. Aku berbaring di atas katil seperti yang selalu aku
lakukan dahulu; berbual dengan Iddrin. Tetapi Iddrin tiada di sini. Aku resah s
endiri menahan rasa kecewa.
Aku menahan getar rasa yang bergelora di dalam dada. Bertali-tali persoalan di r
uang fikir. Hambatannya mencengkam dari semua arah sehingga aku merasakan perlun
ya salah seorang dari kami pergi. Perlahan-lahan aku bangun, lalu aku masuk ke b
ilikku sendiri. Menghadap komputer. Jari-jemariku menari-nari di atas papan keku
nci. Aku melepaskan resah gelisah yang terkurung di dalam dada.
SELEPAS tamat mesyuarat, aku masih terpaku di tempat duduk. Menanti semua orang
sudah keluar, barulah aku bangun lalu menghampiri Abang Zairi. Dia kelihatan beg
itu leka meneliti pelan yang kami bincangkan sebentar tadi. Aku duduk di sebelah
nya, lalu menghulurkan sepucuk surat. Sejenak dia terpinga-pinga. "Surat apa ni?
"
'Surat apa?' ulangku di dalam hati. Mungkin tidak perlu, tetapi surat ini sebaga
i tanda rasmi perletakan jawatan, meskipun kepada abangku sendiri. "Iddya keluar
dulu."
"Tunggu!"
Langkah kakiku terhenti. Aku memandang tanpa apaapa perasaan ketika Abang Zairi menatap suratku.
"Abang terima kalau Iddya fikir ni yang terbaik." Dia selalu mengerti. Selalu cu
ba memahami. Abang Zairi tentu sudah maklum apa yang telah berlaku semalam keran
a dia sampai di rumah tidak lama selepas aku kembali mengurung
diri di dalam bilik.
"Tapi nak ke mana? Duduk rumah atau ada plan lain?"
"Tak tahu lagi!" Aku belum merencana dengan pasti, tetapi aku ingin pergi jauh d
ari sini. Lari dari masalah? Ah, bukan masalah, tapi kenyataan yang pedih untuk
kutelan!
"Apa kata kalau ambil cuti aje... tak payah berhenti." Abang Zairi memberiku pil
ihan.
Sungguh aku tidak mampu bertentang empat mata dengan 'dia'. Tidak dalam masa yan
g terdekat ini.

"Kalau abang nak Iddya kat sini... 'dia' yang mesti pergi." Aku memberi pilihan
kepada Abang Zairi yang kontra
daripada isi suratku tadi.
"Kenapa tak boleh kedua-duanya di sini? Arwah suaminya kawan abang dan Hilda jug
a pekerja yang baik!" keluh Abang Zairi sukar membuat keputusan.
Aku tahu dia sedang cuba memujuk, tetapi hatiku enggan mengalah. "Salah seorang
mesti pergi."
Tergeleng-geleng kepala Abang Zairi. Dia meraup mukanya. Pasti buntu dan bercela
ru fikirannya.
"Tak apalah abang... biar Iddya yang pergi!" Aku
memberi kata putus. Tidak mahu Abang Zairi terus ternerangkap dalam rasa serbasa
lah.
"Encik Zairi... saya yang patut letak jawatan. Aku tersentak dan menoleh ke bela
kang. Sekilas sahaja Wajah Kak Hilda kupandang. Aku tidak tahu entah sejak bila
berdiri di situ kerana kami duduk membelakangkan pintu. Sudah pasti dia
telah mendengar perbualan kami, maka dia berkata begitu.
Aku bangun dan terus keluar.
RESAH dan berserabut fikiranku ketika ini- Hati ini pula sarat dengan rasa duka
dan gelisah tidak menentu, namun aku cuba berlagak ceria. Sedetik dua berlalu se
pi ketika aku dan umar Aisy saling bertatapan. "Apa khabar?" sapaku mendahuluiny
a.
"Alhamdulillah. Tapi kenapa you nampak sedih ni?" 'Oh, terkesan jua di matanya k
edukaanku! Umar, bagaimanalah aku tidak datang mencarimu, kalau dalam hal-hal se
kecil ini pun kau terlalu prihatin. Dapat kau baca hatiku yang sedang menanggung
rasa sedih dan pilu. Semuanya dapat kau lihat kecuali rasa yang diam bersembuny
i itu tidak terjangkau dek firasatmu... meskipun perasaan itu sebenarnya tidak b
erselindung di sebalik apa-apa.' Hatiku berkata bicara sendiri.
"Kenapa?" soalnya lagi.
Lalu kepadanya aku ceritakan apa yang telah berlaku. Bermula dari A hingga Z ker
ana aku tidak punya siapa-siapa lagi untuk berkongsi rasa hati.
"Iddya... don't take it so hard. Tenanglah..."
Aku mengangguk, lalu perlahan-lahan berdiri.
"You nak ke mana?"
Aku menjungkitkan bahu. Tidak pasti hendak ke mana. Mungkin balik ke rumah atau.
..
"Duduk sinilah... you boleh tengok wayang!"
"Tengok wayang?"
"Best cerita ni... Over The Hedge!" katanya sambil memasukkan cakera padat ke da
lam komputer peribadinya,
"Duduk sini ya... I ada kerja sikit nak buat!" kata Umar Aisy sebelum berlalu.
Lama dia pergi. Tinggal aku sendiri.

"Walaupun animasi, tapi filem ni penuh dengan nilai kekeluargaan dan kejujuran p
ersahabatan. Lucu, tapi ketawa tengok filem ni macamlah kita ketawakan diri kita
sendiri. Begitulah sebenarnya kehidupan kita... tapi kita selalu tak sedar," ru
musku setelah cerita yang aku tonton sampai ke penghujungnya.
"Umar... kalau waktu malam I rasa tension dah tak boleh tidur... agaknya boleh t
ak I call you?"
Umar Aisy menuntas pandangan ke mukaku. Sukar untukku mentafsir erti renungan ta
jam matanya. Mungkin dia ingin memberitahu, janganlah berlebihan dan keterlaluan
meminta. Cukuplah sekadar teman berbicara santai begini. Bukan teman berbicara
di malam-malam sunyi yang kelak mungkin akan menumbuhkan bibit-bibit cinta. Inil
ah yang dia hendak elakkan, sedangkan rasa kasih terhadapnya semakin menggebu da
n mengongsi seluruh ruang hatiku.
Perasaan ini seperti sudah lama bertapak di dalam hati. Lamanya mungkin sejak ak
u mula tahu erti cinta... masa kita di alam persekolahan lagi. Tetapi keadaan ti
dak mewajarkan aku menggapai cintamu lalu pergi jauh darimu adalah yang terbaik
daripada aku asyik-asyik datang kepadamu. Mengadu itu dan ini. "Okey, okey... I
faham!"
mahu Umar Aisy menganggap yang bukan-bukan.
mm
terpulanglah," balasnya sambil menyisir rambut dengan jari-jemarinya. Dia k
embali memberi tumpuan
dengan kebisuannya.
"Umar!" panggilku, berte'rusan diam.
Menyedari aku hanya mengganggunya, perlahan-lahan aku bangun. "I minta maaf kala
u I salah...I balik dulu.
Umar Aisy langsung tidak menahan. Tidak juga dia memanggil, walaupun perlahan
Aku menuju ke Kafe Selera.
"Boleh I join sekali?"
Aku pantas mendongak kerana yang empunya suara memang amat aku harapkan kehadira
nnya. "I minta maaf," ucapku setelah dia duduk.
"Untuk apa?"
'Hmm. . . untuk apa, ya?' "Sebab sakitkan hati you."
Umar Aisy menggosok-gosok kedua telapak tangan, persis orang yang senang hati sa
haja lagaknya. "Tak mengubah apa-apa Iddya!"
Aku mengerutkan dahi. Berputar ligat otakku cuba mencerakinkan makna sebaris aya
t yang melantun dari mulutnya. "Tak mengubah apa-apa..." ulangku cuba memancing
makna, tetapi dia membiarkannya tidak bersambut, sebaliknya sibuk membelek menu
di tangan.
"Eleh! usikku setelah pelayan yang mengambil pesanan
Berlalu dari meja kami.
"Apa eleh?"
"Youlah. . . setakat nak order nasi goreng kampung pun nak tengok menu!" jawabku
sambil menghulurkan kotak berisi coklat macadamia kepadanya. "Tadi you merajuk,
ya? Sorry ya, Umar kalau I yang salah."

"Habis tu diam aje tadi?"


"I diam sebab sedang berfikir. Banyak benda ada dalam
kepala I ni."
bisnes?"
"Hmm...terlalu peribadi."
"Tentang apa?" Bukannya aku busybody, tetapi aku cuba bersikap prihatin seperti
dia.
"Macam-macam Iddya. Err... tadi tu sebenarnya, I tengah busy check order."
Aku menerima sahaja alasannya yang aku anggap lebih baik daripada dia merajuk de
nganku.
"Sebenarnya tadi I memang nak ajak you makan di sini. Dah lama tak makan ikan ti
ga rasa dengan kailan goreng ikan masin... tapi you dah order, nak buat macam ma
na? Lain kalilah nampaknya."
Suasana sepi. Aku mencari-cari patah kata-kata untuk menyatakan kepada Umar Aisy
betapa kehadirannya amat bermakna. Sangat-sangat aku hargai. "Umar... bukannya
masa tension aje I cari atau call you." Aku memulakan intro. Ligat otakku berput
ar menyusun ayat-ayat seterusnya.
"I... err..." Tidak jadi aku hendak meneruskankannya kerana ayat-ayat yang teran
gka di minda lebih berupa rasa hatiku terhadapnya. Apa pula katanya nanti. Mungk
in nampak seperti tidak mahu mengalah dengan Abang Lutfi. Nampak macam aku terde
sak dan mencekup sesiapa sahaja sebagai galang ganti tanpa memikirkan hati orang
lain yang akan terluka.
"Mungkin betul jugak I jumpa atau call masa I ada problem. Masa happy... I gembi
ra dengan orang lain. Memang teruk I ni!" Aku mengutuk diri sendiri kerana bersi
kap keterlaluan dan mengambil kesempatan di atas kebaikannya.
"Iddya, jangan cakap macam tu... I don't mind at all. Tapi I nak kita kawan dala
m erti kata yang sebenar-benarnya. Kita kongsi rasa suka dan duka. I minta maaf
sebab tambah serabutkan fikiran you." Serentak itu Umar Aisy meletakkan tanganny
a di atas jari-jemariku. dan menepuknya perlahanlahan. Tentu dia cuba meredakan
rasa gundah dan mengusir rasa bersalah yang bersarang di dalam hatiku.
"Bukan sehari dua kita kenal. Dari rambut you bertocang dua atau ikat ekor kuda
sampailah sekarang entahentah dah beruban rambut you... mana I tahu sebab you da
h pakai tudung."
Aku ketawa kecil mendengar gurauannya. Dia berandaian begitu kerana di celahan r
ambutnya kulihat ada beberapa helai rambut yang berwarna putih. Mungkin lebih ba
nyak jumlahnya kalau dilihat betul-betul. Dalam anganan, jari-jemariku menyisir
rambutnya.
"I suka tengok you ketawa. Kalau you sedih... I akan lebih rasa sedih."
Suaranya membawa pergi angananku. Memang tidak wajar aku mengelamun sejauh itu.
"Apa you cakap tadi?"
"Hmm... dah lama kita kenal ya, Iddya... sejak kita form one..." Umar Aisy teru
s mengimbau nostalgia zaman persekolahan. Tentang kenakalan kami hinggalah dia b
erkisah tentang aku yang suka duduk di bawah pohon jacaranda. Sesungguhnya detik
masa aku berolok-olok itu, cinta mula bertunas di dalam hatiku. Lalu menggebu b
ersama waktu kerana sikapnya yang terlalu prihatin dan selalu mempamerkan rasa m

enyayangi. Alangkah malunya aku, Umar... kerana berperasaan yang tidak-tidak ter
hadap kamu!
AKU mengintai dari jauh. Lega rasanya kerana kelibat Rhu Ying tidak kelihatan. S
im juga tidak ada. Mungkin mereka keluar ke mana-mana. Aku berandaian sendiri sa
mbil melangkah masuk ke kedai sambil menyapa Umar Aisy yang sedang melayan pelan
ggan. Seperti biasa, aku terus ke mejanya. Membaca artikel di dalam fail.
"Hai!"
Aku mendongak. Bertemu pandang dengan Sim yang
berwajah muram.
"Kenapa ni, ada masalah ke?"
Sim menarik kerusi, lalu duduk dekat denganku. "I baru balik dari rumah Rhu Ying
... dia tak sihat."
Aku tersenyum sendiri. Amat mengerti kerana kalau hati sudah kasih, jika seorang
tidak sihat, maka seorang lagi pasti turut merasa kesakitannya. Perasaan sebegi
ni sudah kualami ketika berkasih dengan Lutfi apabila berhari-hari dia demam. Gu
sar hatiku ketika itu hendak menziarahinya di rumah kerana dia tinggal sendirian
.
Seminggu yang mendera dan menyeksa perasaan kerana aku hanya dapat mendengar sua
ranya. Dalam diam aku mengucapkan syukur kerana tidak lama lagi akan ada orang y
ang menjaga makan minum dan sakit peningnya. Dia tidak lagi sendirian dan pastil
ah akan meniti hidup bahagia.
Bunyi kotak cakera padat yang
diri.

dialih oleh

Sim mengembalikan aku ke dalam

"Tiba-tiba aje demam... sakit sendi dan otot." Aku diam. Membawa ingatan tentang
simptom demam denggi yang pernah diberitahu oleh Abang Lutfi dahulu. Bermula de
ngan demam mengejut yang tinggi dan berkurangan bersilih ganti selama dua hingga
tujuh hari, diiringi dengan tanda dan gejala lain seperti sakit kepala, muntah,
kurang selera makan, sakit sendi dan otot yang teruk sehingga menyebabkan demam
ini juga dipanggil demam tulang pecah.
"Dia dah pergi klinik?"
"Tiga hari lepas dia pergi, tapi tak baik jugak. Dia kata sakit kepalanya tambah
teruk."
"Dia tak buat ujian darah?"
"Entah, lupa nak tanya! Tapi perlu ke?"
"I pun tak pasti, tapi mungkin perlu buat sebab simptom tu macam demam denggi."
Dua patah perkataan yang paling akhir aku ucapkan perlahan sahaja kerana bimbang
pula membuat andaian yang bukan-bukan. Aku sekadar meneka-neka berdasarkan
ceritaAbang Lutfi. Sebagai seorang doktor, walaupun pengkhususannya dalam bidang
pergigian, dia cepat-cepat menjalani pemeriksaan darah dan demam dengg
inya dapat dikesan lebih awal. Mujurlah tidak sampai ke tahap kritikal kerana ri
siko demam denggi terutamanya demam denggi berdarah boleh membawa maut.
"Kalau macam tu, I fikir memang dia perlu buat ujian darah!" rumus Sim.
Aku yang mengusulkan cadangan diragut rasa bimbang kerana manalah tahu hasil uji
an darah untuk mengesan demam denggi adalah negatif dan Rhu Ying hanya mengidap

demam biasa sahaja. 'Memandai aje buat cadangan dan menakut-nakutkan orang!' mar
ah suara hatiku.
'Tapi kalau tak dibuat ujian pengesanan, bagaimana dia tahu?' pujuk sebahagian
hati yang mewajarkan tindakanku memberi cadangan.
"Mungkin dia demam biasa... tapi ada tak agaknya you nampak bintik-bintik merah
pada kulit dia? Senang nak tengok sebab kulit dia putih," jelasku lagi.
Berkerut-kerut dahi Sim. Kegusaran yang berpusar di dalam hati terlukis di riak
wajah. "Err... kulit dia memang nampak kemerahan. I fikir tu normal sebab dia de
mam."
"Tapi ada tak nampak bintik-bintik?" Aku mengulang pertanyaan.
"Mungkin..." Satu jawapan dari hati Sim yang raguragu dan tidak pasti.
Aku teringat lagi kepada Abang Lutfi. Menurutnya, kesan daripada pendarahan dala
m kulit akan menyebabkan ruam eritema atau bintik-bintik merah terang di kulit.
Secara klinikal, bilangan sel darah pembeku atau dipanggil platelet akan turun h
ingga pesakit rasa tidak berdaya. Kehilangan bendalir plasma darah dari salur da
rah kerana kapilari darah menjadi rapuh atau bocor menyebabkan pesakit terdedah
pada renjatan dan risiko pendarahan yang boleh membawa kepada kematian. Lebih ku
rang begitulah penjelasannya.
"Setahu I... bintik-bintik merah tu tanda demam denggi berdarah," kataku perlaha
n. Sebenarnya aku tidak mahu mengharu-birukan perasaan Sim, tetapi aku terpaksa.
Aku fikir hal ini lebih baik daripada segala-galanya sudah terlambat nanti.
"You dah tengok Rhu Ying?" soalku kepada Umar Aisy.
"Bukan boleh sembarangan pergi... kena minta kebenaran dulu."
Pelik pula aku mendengar jawapan Kiew itu. Aku menghantar pertanyaan dalam panda
ngan mata.
"Kena minta kebenaran daripada Sim," ujarnya sambil menepuk-nepuk bahu Sim.
Namun Sim tidak menyambut gurauannya kerana hatinya sedang berduka.
"Okey, nanti kita pergi tengok dia!" Aku pula cuba menceriakannya. Terukir senyu
man di hujung bibir Sim.
"I keluar kejap!"
"You nak ke mana?"
"I nak bawa Rhu Ying ke hospital."
Lega hatiku mendengarnya.
SESUNGGUHNYA tepat andaianku. Rhu Ying memang disahkan menghidap demam denggi be
rdarah dan keadaannya sudah di tahap berbahaya ketika dia dibawa ke hospital. Be
tapa rawatan di klinik tanpa disusuli pemeriksaan darah menyebabkan pengesanan d
emam dengginya tidak dapat dilakukan lebih awal. Rhu Ying mungkin sudah terlamba
t untuk diselamatkan. Begitulah aku mengutip inti pati daripada kata bicara Umar
Aisy.
Aku meminta kebenaran daripada Abang Zairi untuk pulang awal kerana hendak menzi
arahi Rhu Ying di hospital. Sebagai pesakit denggi berdarah yang tenat, Rhu Ying
dirawat di wad rawatan rapi kerana dia harus diberi pemerhatian yang teliti dan

menyeluruh.
Kami hanya dibenarkan memandang dari sebalik dinding berkaca. Hanya saudara-mara
terdekat sahaja yang dibenarkan masuk. Rhu Ying yang resah gelisah kelihatan le
mah tidak bermaya. Sayu hatiku memandangnya.
"Platelet count dia makin turun," adu Sim. Kegusaran jelas di wajahnya. , ,
Aku nampak di tangan Rhu Ying dipasang saluran halus berwarna jernih. Tentulah R
hu Ying tidak mempunyai hidrasi yang mencukupi, maka pemberian cecair diberi mel
alui terapi intravena untuk menghalang kekeringan air dalam tubuhnya.
"Kata doktor, suhu badan dia makin menurun...
keadaan dia semakin kritikal."
Ngeri aku mendengarnya. Sesungguhnya inilah yang Abang Lutfi beritahu kepada aku
dahulu, iaitu masa yang kritikal ialah semasa suhu badan menurun. Ini akan diik
uti dengan tanda-tanda kerenjatan dan pendarahan seperti berdarah dari hidung da
n usus. Renjatan yang tidak mendapat rawatan berkesan akan mengakibatkan kerosak
an organ dalaman yang lebih buruk.
"Nampak dah kritikal," bisik Umar Aisy di telingaku. Aku hanya mengangguk dan me
mandang Auntie Pearly yang berwajah sayu. Aku cuba menyelami rasa hati seorang i
bu yang menunggu anaknya yang sedang terlantar sakit. Terkedang di atas katil ta
npa rasa ingin tahu sama ada hari siang atau malam. Rhu Ying sedang berhalusinas
i barangkali atau merayau-rayau dalam memori.
Sesungguhnya ALLAH SWT sahaja yang tahu apa yang bakal terjadi kepada Rhu Ying.
Hanya DIA yang tahu segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku menghampiri Auntie Pearly. Bahunya kusentuh dengan lembut. Dia mendongak. Ko
lam matanya yang berkaca-kaca mengalirkan air jernih. Diseka dengan hujung jarijemarinya. Hatiku menjadi bertambah sayu.
Dalam kesepian yang melingkari, tiba-tiba aku teringatkan Abang Lutfi. Menurutny
a, ketika dia menghidap demam denggi, ibu menyuruhnya minum air kisaran daun peg
aga bersama buah kiwi. Dia sangat yakin air itu banyak membantu penyembuhannya.
Tetapi hendak aku beritahu
kepada Auntie Pearly, mungkin daun pegaga pun dia tidak tahu. Tiba-tiba aku teri
ngat pula tentang satu kisah yang pernah aku baca di internet.
"Auntie... saya pernah baca satu artikel..." Aku berjeda. Hanya apabila Auntie P
early menunjukkan sedikit minat untuk mendengar, barulah aku meneruskan kata-kat
a, "Ni kisah seorang penghidap demam denggi. Ibunya teringat yang anaknya suka m
akan sup ketam. Jadi dia buat sup ketam untuk anaknya. Walaupun anaknya tak bagi
respons sangat, tapi dia sudukan juga sampai habis satu mangkuk kecil. Keesokan
harinya doktor dapati platelet count anak dia dah naik... ada tanda-tanda akan
sembuh. Ibunya tak pasti, tapi sekali lagi dia berikan sup ketam. Memang anaknya
sembuh tak lama selepas tu. Walaupun tak pasti sangat, tapi apa kata kalau aunt
ie cuba masakkan sup ketam untuk Rhu
Ying."
Aku tidak tahu apakah keterlaluan cadanganku, tetapi apa salahnya dia mencuba. A
ku yakin pada saat yang sudah terdesak begini, mereka pasti sanggup melakukan at
au mencuba apa sahaja ikhtiar untuk menyelamatkan Rhu Ying.
SEMAKIN hampir tarikh perkahwinan Abang Lutfi, semakin gelisah perasaanku. Aku t
idak dapat hendak membohongi hati ini. Sesungguhnya, inilah yang kurasa kerana r
asa cinta kepadanya belum sepenuhnya kulepaskan dari hati. Terbayang di ruang ma
taku seraut wajah Puteri Hazirah. Sejak Umar Aisy memberi alamat e-mel barunya,

kami saling berhubung. Aku tiba-tiba terfikir hendak membawa hatiku yang lara ke
sana. Moga-moga lebih cepat aku dapat melupakan segala yang terjadi dan menyimp
an kenangan bersama Abang Lutfi dalam lipatan sejarah yang tidak akan aku buka l
agi.
"Boleh tak kalau Iddya tak pergi? Iddya cadang nak pergi rumah member." Aku menc
uba nasib tatkala mama sibuk membetulkan gubahan hantaran di dalam dulang.
"Tak baik buat macam tu... apa pula katanya nanti."
"Pergi sekejap tunjuk muka," kata abah pula. Kak Inez juga memberi pendapatnya s
endiri.
"Lepas majlis nanti... kalau nak ke mana-mana pun
mama tak kisah."
"Betul ni, ma?" Aku meminta kepastian.
Mama mengangguk.
"Kalau jauh?"
Spontan terhenti gerakan jari-jemari mama. Matanya tajam merenungku. "Jauh sampa
i ke mana?" Cemas nada suaranya. Abah beralih tempat lalu duduk di sebelahku.
"Perth... jumpa kawan sekolah dulu. Keluarga dia tinggal kat sana," ujarku walau
pun sebenarnya aku belum memberi kata pasti kepada Puteri Hazirah yang aku akan
ke sana.
"Pergilah..." kata abah sambil mengusap perlahan bahuku. Abah selama ini sentias
a menyelami rasa hatiku. Hatiku tiba-tiba menjadi sayu.
SELEPAS waktu kerja, aku berjumpa Umar Aisy di kedai. Dia berdua dengan Amanda s
ahaja kerana Sim sudah pastilah berada di hospital.
"I datang ni ada hajat," kataku setelah Umar Aisy duduk tidak jauh dariku. "Nak
menjemput," sambungku. Sengaja bersuara dalam nada berteka-teki.
"Jemputan kahwin?"
Aku mengangguk. Tiba-tiba bagai angin menderu melintas idea untuk menduga hatiny
a. "Sorry sebab rahsiakan daripada you... tak bagi tahu lebih awal." Aku berjeda
kerana terpegun memandang mukanya yang merona kemerahan.
Mungkin lumrah perubahan riak wajah apabila seseorang itu mendengar temannya hen
dak berumah tangga. Aku lebih suka mengandaikan begitu daripada memikirkan yang
Umar Aisy memang ada menaruh hati kepadaku. Aku tidak boleh menyamakan
dia dengan aku yang selalu berasa begitu.
"Hmm... lagi dua minggu," tambahku dalam suarayang semakin aku lunakkan bagi men
ggambarkan rasa hati yang bahagia, sedangkan sebenarnya hatiku tidak henti menan
gis.
"Dengan siapa?" Akhirnya Umar Aisy bersuara.
"Tentulah dengan... err..." Ligat otakku cuba mencaricari nama yang bunyinya ked
engaran hebat, namun tiada satu pun yang menjelma.
"Cantik tak kad ni?" soalku sambil mengeluarkan kad berwarna perak itu dari samp
ulnya. Aku merasakan jari-jemariku sejuk dan sedikit menggeletar. Sama seperti k
etika kali pertama aku memegang kad ini di rumah semalam. Lama kutatap gandingan

dua nama yang tertulis hingga pandanganku beransur-ansur menjadi kabur. "Kad Ab
ang Lutfi." Suaraku yang lirih lebih pada berbisik. Pada saat itu, air mata suda
h tidak tertahankan. Aku menyeka pipi dengan hujung jari-jemari. Aku sudah malu
menangis di hadapan Umar Aisy.
"Iddya... I wish I could hug you to ease the pain," kata Umar Aisy perlahan samb
il mengusap bahuku. Tentulah dia tidak boleh berbuat begitu, tidak boleh mendaka
pku untuk meredakan gelisah hati, meskipun cara itu akan membuatkan seseorang be
rasa dia tidak keseorangan pada saat menempuh duka nestapa. Aku menghadiahkan se
kuntum senyuman atas kesudiannya berkongsi kedukaanku.
"Kad ni untuk I?"
Aku mengangguk lalu menulis namanya di ruang khas yang disediakan.
"Hilda..." gumamnya perlahan. "Sebenarnya I pernah jumpa dia orang berdua. Ingat
lagi tak masa hujan lebat... masa kita makan ubi rebus?"
Terimbau kenangan waktu itu di layar ingatan. Jadi, Arija hanyalah alasan untuk
Kak Hilda pulang awal. Apa pun hal itu tidak mahu aku fikirkan lagi. Abang Lutfi
sedang memburu bahagia, 'dia' juga begitu. Maka sepadanlah... janji ALLAH menem
ukan mereka. Tetapi aku terkilan dan tetap merasakan yang 'dia' sudah menikamku
dari belakang.
"Kita akan pergi sama-sama?"
"Tak tahu lagi." Aku tidak mahu berjanji.
"Kalau you nak pergi... bagi tahu I. Nanti I ambil you kat rumah, tapi dengan sa
tu syarat." Umar Aisy mengenyet mata. Aku pula mengangkat kening menghantar pert
anyaan.
"I nak you pakai baju ungu yang I beli dulu sebab sampai sekarang I tak pernah t
engok pun you pakai baju tu."
"You dah tengok masa I cuba baju tu." Aku cuba mengingatkannya.
"Tulain..."
Memang hanya sekali aku memakai baju itu iaitu pada pagi hari raya. Menjelang te
ngah hari, apabila aku sibuk membantu di dapur menyediakan juadah untuk para tet
amu, aku menukar baju kerana terasa sayang baju yang mahal itu aku pakai berlasa
k di dapur. Mujur jugalah kerana kalau tidak, sedondon pula aku dengan dia berba
ju ungu.
"Ehemm!" Bunyi dehemnya menyedarkan aku daripada lamunan. Entah apa yang ditamba
h pada kad undangan yang sudah kutulis namanya tadi hingga dia ketawa kecil. Kem
bali aku menatap kad itu apabila dihulurnya. Rupa-mpanya ditambah perkataan... d
an isteri.
Kalau hal itulah yang membahagiakan hatinya, maka tidak wajarlah aku membunuh ke
riangannya. "Ya... ajaklah dia datang sekali," kataku tanpa memandangnya kerana
kekecewaan di dalam hati sudah semakin terasa.
"I nak beli one way ticket..."
"Haa, you nak ke mana?" pintasnya.
"Entah, tak tahu lagi... agaknya one way ticket to heaven." Aku mula merapu.

"One way ticket to heaven," ulangnya pula. "Iddya... you nak ke mana sebenarnya?
Nak I temankan?" Agaknya dia risau juga melihat keadaanku begini.
"Tak tahu lagi."
Umar Aisy berjeda seketika.
"Hah, nak baliklah!" kataku lalu bangun. Aku tidak jadi hendak melangkah apabila
Umar Aisy mencapai tanganku.
"Tunggu dulu! You nak pergi mana ni?" soalnya. Kemudian tiba-tiba dia ketawa kec
il. "Serius ni I tanya... you nak pergi mana?"
Akhirnya aku juga ikut ketawa. Pastilah Umar Aisy memikirkan yang aku akan membe
ri jawapan yang serupa dulu, bumi ALLAH ni luas! "Tak tahu... ikut aje langkah k
aki. Berhenti bila I rasa penat," jawabku. Tetapi daripada ke hulu ke hilir tanp
a tujuan, mungkin lebih baik aku pulang ke rumah sahaja. Tidur!
"I takkan biarkan you pergi dalam keadaan macam ni. Duduklah dulu!"
Menjajar sedikit langkah kaki apabila dia sedikit memaksa menyuruh aku duduk.
"Duduklah kat sini... I temankan you!"
"You kan sibuk... setiap saat tak ada fikir lain melainkan bisnes you. Jadi I ta
k nak ganggu."
"Tu semua dunia aje... harta dunia apa yang nak dikejarkan sangat! Tadi tu nak b
eli tiket pergi mana?" Persoalan itu rupa-rupanya belum lepas dari fikirannya.
Aku menjungkitkan bahu. "I nak tengok internet kejap."
"Yes mem!" balasnya seperti mengajuk aku pula. Aku segera teringat kepada seseor
ang. Dia juga pernah berkata begitu. Kini kami sudah jarang lagi berbicara, teta
pi aku tahu dia sedang berbahagia.
AKU melayari internet dan pelbagai laman web untuk bersantai dan bertukar-tukar
fikiran. Kemudian aku 'berbual-bual' dengan Puteri Hazirah. Secara ringkas aku m
aklumkan kepadanya hal yang telah terjadi. Dia amat bersimpati dan mencadangkan
agar aku mengambil cuti dan berkunjung ke Perth kerana kebetulan pula dia akan b
ercuti panjang. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus menyataka
n persetujuan.
"Umar, I nak pergi Perth... jumpa Puteri," kataku sebaik-baik sahaja Umar Aisy k
embali duduk di sebelahku. Melongo dia memandangku.
"Janganlah sedih... I pergi bukannya tak balik. Hmm... tapi tak tahulah kalau ti
ba-tiba I suka duduk sana... mungkin I akan cari kerja dan-dapatkan PR. Terus me
netap di Perth."
Aku tidak mahu terlalu merancang kerana segala yang telah terjadi adalah di luar
jangkaan dan keinginanku. Lagipun hidup ini kalau dirancang setiap detik, akan
hilanglah dramanya.
"Bukan senang nak dapatkan PR."
"Tapi kalau kahwin dengan orang sana, mungkin lebih mudah dapat PR." Semakin aku
merapu dan melontarkan apa sahaja yang melintas di ruang fikir tanpa menimbangk
an kemungkinan kata-kataku akan dibidas oleh Umar Aisy.

"You boleh cuba... manalah tahu kebahagiaan you ada kat sana. Di sini pun you as
yik tension aje."
'Untuk apa aku pergi? Membawa hati yang lara dan mencari kebahagiaan? Mengapa ha
rus pergi jauh, sedangkan pada ketika ini kedukaan seakan-akan telah larut dari
hati? Dia yang sentiasa mengingatkan aku akan kebesaran kuasa ILAHI, tentang hik
mah di sebalik segala yang telah terjadi. Tentang ALLAH yang mengambil sesuatu y
ang aku sayang, tapi dalam masa yang sama DIA telah menggantikan dengan sesuatu
yang lebih baik, yang terbaik... seseorang yang lebih tepat untukku... dia.' Hat
iku yang berbicara sendiri tanpa silu mengharap kasihnya.
"I nak pergi seminggu aje, Umar." Aku tidak mahu memanjangkan kata, bimbang akan
terbongkar rahsia hati.
"Janji... you akan balik ke sini?"
Aku mengangguk, meskipun sedar aku tidak terikat apa-apa dengannya yang mewajark
an tindakannya menuntut
akuberjanji.
Umar Aisy tinggalkan aku sendiri apabila Amanda memanggilnya. Aku kembali kepada
Puteri Hazirah, 'berbual' dengannya. Aku ketawa kecil apabila dia mencadangkan
agar Umar Aisy datang bersama kerana dia kepingin untuk
bertemu dengannya.
Dia masih Kiew yang kita kenal dulu. Begitulah kataku kepada Puteri Hazirah seba
gai cara untuk mengelak kerana sama sekali aku tidak bersetuju Umar Aisy ikut be
rsama. Dia ada perniagaan yang perlu diuruskan dan... err... entah! Aku sebenarn
ya tiada alasan lain untuk menolak.
"Eh, macam tak nak bagi I pergi aje. Kenapa? You ada rancangan lain agaknya. Mun
gkin nak jumpa Baein."
Aku membiarkan pertanyaan Umar Aisy tanpa jawapan. Biarlah dia sedar sendiri keb
isuanku petanda aku tidak senang dengan andaiannya. Betapa tidak, langsung tidak
terlintas di fikiranku untuk bertemu dengan Baein, malah aku berdoa agar sewakt
u di sana nanti kami tidak dipertemukan kerana aku tidak dapat menjangka apa yan
g akan terjadi seterusnya.
Kalau hatiku tidak berasa apa-apa, aku bimbang kalau terbalik pula hati Baein. J
adi lebih baik usah ada pertemuan. Tidak pada ketika hatiku sedang rawan dan kes
unyian yang memungkinkan rasa simpati yang diberikan oleh Baein membuat aku 'jat
uh cinta' kepadanya. Tegakah aku mengecap bahagia di atas kelukaan hati dan pera
saan orang lain? Ah, sudah tentu tidak! Tidak sebacul itu sikapku.
Aku tidak boleh hendak menyuruh Umar Aisy membatalkan rancangan pada ketika dia
sudah berjanji dengan Puteri Hazirah untuk ke sana. Jadi ikut sahajalah perancan
gan yang telah dibuatnya.
"Bagi nombor akaun you pada I... nanti I masukkan duit." Aku sudah tiada pilihan
lagi. Biarlah dia yang menguruskannya kerana aku sendiri tidak begitu arif untu
k membuat tempahan tiket penerbangan.
DARI jauh lagi aku sudah nampak Umar Aisy dan Sim di Kedai Pau Baoz. Mereka yang
sampai lebih awal memilih tempat duduk di
bahagian luar.
"Miracle, Iddya!" kata Sim sebaik sahaja aku duduk. Terpinga-pinga aku memandang
nya. Betapa tidak, sepatah perkataan itu membawa makna suatu keajaiban telah ter
jadi. "Apa yang miracle Sim?"

"Rhu Ying!"
"Kenapa dengan dia?" Hatiku semakin teruja kerana daripada nada suara Sim, aku t
ahu dia sangat gembira. Serasa tidak sabar aku hendak menunggu Sim meneruskan ka
ta-kata.
"Dia dah ada selera makan. Kata doktor, ni tanda-tanda
dia akan sembuh!"
"Ohh!" Itu sahaja yang terucap di bibirku. Lega. Aku mengucap syukur di dalam ha
ti kerana ALLAH SWT telah mengembalikan cahaya dalam hidup Sim.
"Kata mak dia... ni mesti sebab sup ketam yang Rhu
Ying makan. Thanks Iddya! I tak tahu nak ucap apa lagi pada you," ujar Sim bersu
ngguh-sungguh.
"Sup ketam tu mungkin salah satu penawarnya, tapi tengok ajelah beraneka jenis a
ir herba yang mak dia sediakan. Ubat-ubatan tradisional Cina mungkin turut memba
ntu penyembuhannya." Aku tidak berani hendak menyatakan memang sup ketam itulah
yang menjadi penawarnya kerana belum ada kajian untuk membuktikannya.
"Okey, cepatlah order! Lepas makan ni I nak pergi hospital," ujar Sim kelihatan
ceria.
Aku sedia mengerti yang Sim tentulah ingin mengambil
peluang keemasan ini untuk merebut hati Rhu Ying. Aku
berharap Rhu Ying tahu, sedar siapa yang benar-benar
mencintainya dan yang paling penting, usah lagi dikejar
cinta orang yang sudah memberi hatinya kepada orang lain.
Sekali gus mengingatkan diriku juga akan hakikat itu.
"I nak dim sum Loving Heart..." kataku memilih dim sum yang bahan intinya terdir
i daripada isi ayam, udang yang dipotong dadu dan di bahagian atasnya ditabur de
ngan telur ketam."... dan pau Rendang Sayang."
"Bagi I... Touching Heart!"
"Hmm... sorang nak Loving Heart... sorang lagi nak Touching Heart!" rumus Sim se
perti mengomel pula. "Nanti kita kongsi ya, Iddya."
Aku apa-apa pun boleh sebab dim sum Touching Heart pun aku suka. Intinya yang di
perbuat daripada isi ayam dan potongan cendawan memang sangat lazat.
"Pau?"
"Kampung Boy dan Shanghai Beach." Umar Aisy memilih dua jenis pau daripada sejum
lah pilihan pau yang mempunyai nama yang unik.
"I nak combo... Loving Heart Black Beauty dan pau Melting Gold." Sim memesan un
tuknya gabungan dua pau.
"Manja tu I tak kisah sebab kebanyakan lelaki suka perempuan yang manja, tapi ma
nja yang... hmm..." Umar Aisy berjeda. Jari-jemarinya bergerak-gerak seiring ota
knya yang berputar mencari-cari perkataan yang sesuai dan tepat untuk menjelaska
n maksud. "Haa... manja macam you! Manja yang bukan dibuat-buat, tapi I rasa sen
ang... rasa selesa."
"Tapi perangai boleh dibentuk," provokku dalam kekalutan perasaan. Betapa tidak
perbandingan yang dibuat antara aku dengan Rhu Ying jelas sekali memihak kepadak
u.

Tajam renungan mata Umar Aisy menikam ke mukaku. Cepat-cepat aku mengalih pandan
gan.
"You suka I dengan dia ke?"
Termangu aku mendengar pertanyaannya. Aku tidak menjawab. Hanya Sim yang berkata
-kata. 'Tentulah aku tak suka, Umar sebab aku... err...'
"Eh, buat apa pulak kita nak bercakap pasal dia? Kalau I betul-betul nak... dah
lama I tackle dia dan rasanya dah tentu dapat. Alamat mati beraganlah pulak memb
er kita yang sorang tu!" Kali ini Umar Aisy menggunakan istilah itu untuk mengga
mbarkan betapa Sim akan mati merana dan kecewa andai dia gagal memiliki cinta Rh
u Ying.
"Tapi mungkin Sim ada sebab lain mengapa dia tak berterus terang dengan Rhu Ying
. Salah satu sebabnya mungkin dia nak pertahankan jati diri sebab dalam proses m
eluahkan perasaan, dia tak boleh letakkan diri dia terlalu rendah. Takut nanti R
hu Ying ambil kesempatan."
"Hmm... apa-apalah!" balasku dalam keluhan.
"Malas nak fikirlah tu!" tuduhnya melulu.
"Malas serabutkanfikiran... nak rehat relaks aje."
Akhirnya, kami meneruskan makan sambil melayan fikiran masing-masing.
JARI-jemarinya yang diinai, sudah dibersihkan. Menyerlah warna jingga kemerahan
yang cantik berseri. Aku memandangnya dengan hati yang sayu. Dirinya sekali lagi
bakal bergelar suami. Tentu 'orang' di sebelah sana juga sedang sibuk membuat p
ersediaan dan berdebar-debar menanti hari bahagia. Aku cuba mendepani keadaan in
i dengan hati yang terbuka.
Semua orang sedang bergembira meraikan majlis pernikahan Abang Lutfi. Semua oran
g ingin dia mengecap hidup bahagia setelah menempuh episod duka dalam hidupnya.
Hatinya yang kemarau panjang, kini disirami bahagia. Keriangan terpancar dalam n
ada suara dan gelak ketawa. Tergilah pergi... esok menantimu dengan janji bahagi
a.'
Aku cuba meredakan hati yang sedang berperang dengan seribu rasa.
Subhanallaah! Mengapa aku masih berperasaan begini? Mengapa aku gagal melunakkan
rasa hati? Mengapa? Perlahan-lahan aku bangun. Ingin segera berlalu, tetapi Aba
ng Lutfi sempat mencapai tanganku.
"Iddya nak ke mana?"
"Duduk kat luar... ambil angin." Jawapan itu melantun keluar dari mulutku sebelu
m sempat aku memikir dengan pasti ke mana tujuanku yang sebenar.
Aku hanya ingin menjauh seketika kerana tidak tertahan hati mendengar kata-kata
usikan untuknya yang bakal diijabkabulkan selepas
solat asar esok.
"Jom!" katanya di luar dugaanku.
Apa alasan yang harus aku berikan agar aku bisa bersendirian? Merawat hati luka?
Entah! Sudah aku cuba melupakan impian indah, sudah kubuang rasa sayang kepadan
ya sebagai seorang kekasih, lalu hati, usahlah berterusan berasa walang lagi. Pu
jukku untuk ke sekian kalinya.
"Dah siap semuanya?" soalku sebagai tanda menyokong.

"Dah...simple aje."
"Arija tentu suka dapat 'ayah'." Aku kira hanya itu sahaja yang mampu melunakkan
hatiku. Abang Lutfi menjadi tempat Arija menumpang kasih seorang ayah.
"Dia mengingatkan abang pada arwah Nabila." Ada kesayuan dalam nada suaranya. Te
ntulah kenangan lalu terimbau di layar ingatannya.
"Semoga abang berbahagia," ucapku perlahan dalam sebak rasa. Sesungguhnya aku ta
kkan pernah berhenti daripada mendoakan kebahagiaannya.
"Terima kasih. Abang doakan Iddya pun begitu." Hatiku yang sudah sedia pilu menj
adi sangat terharu. Air mata tidak tertahankan. Menitis membasahi pipi. Aku mela
deni rasa sedih, rasa kehilangan dan entah apa lagi rasa yang menekan di dalam h
ati. Aku masih memerlukan sedikit masa untuk memujuk sebahagian hati yang berasa
terkilan
dan tersinggung.
"Iddya, kalau abang tahu macam ni... tak kahwin pun tak apa," kata Abang Lutfi s
ambil menyeka air mata di pipiku.
Betapa tangisanku mencetuskan rasa serba salah di
hatinya. Berganti rasa di dalam hatiku. Rasa takut kalau-kalau Abang Lutfi mengu
ndur diri setelah begitu jauh dia melangkah. Bukan lagi sebulan, tetapi esok maj
lis pernikahannya. Tentulah kecoh dan gempar kalau tiba-tiba Abang Lutfi menguba
h keputusan. Lebih parah lagi semata-mata kerana aku, sedangkan aku tidak berhak
apa-apa, jauh sekali hendak mengatur hidupnya mengikut keinginanku.
"Bukan begitu... Iddya cuma sedih sebab terkenang masa lalu... impian kita dulu.
" Cepat-cepat aku membetulkan untuk menyegarkan kembali hatinya.
"Kenangan tu takkan abang lupa. Abang nak Iddya ingat... abang sentiasa ada kala
u Iddya perlukan apa-apa." Pujukannya meredakan sedikit kepiluan di dalam hatiku
. Telapak tangannya kukucup tanda kasih dan sayangku kepadanya, Aku menyeka sisa
air mata apabila abah menghampiri kami.
Tidak lama kemudian mama pula muncul membawa dulang. Aku menuang air kopi ke dal
am cawan. Tiga sahaja dan satu lagi aku biarkan kosong. Aku suakan di hadapan me
reka. "Tak minum sekali?" soal Abang Lutfi. Aku menggeleng sebelum mencapai tele
fon bimbit yang berbunyi nyaring.
"Hai Mira!" Sengaja aku menguatkan
suara dan bernada ceria.
Kecoh betul Syamira berkata itu dan ini. "Anak aku dah
besar tau. Dia cakap dah tak sabar nak jumpa Auntie Iddya."
"Eleh, pandailah kau!" balasku. Perlahan-lahan aku
menjarakkan diri dan akhirnya terus masuk ke dalam rumah. Syamira masih lagi ber
ada di hujung talian. LAGU Di Hari Persandinganmu, dendangan Yunizar Hussein bag
ai mengikut degupan jantung dan helaan nafas. Menyentak hingga ke kalbu. Aku men
anggung duka di sebalik senyuman. Inilah akhinya episod cinta kami yang tidak ke
sampaian. Abang Lutfi akan menghirup bahagia bersama
wanita pilihannya. Tapi aku pula terpaksa meneguk racun duka nestapa yang cukup
berbisa.
Dalam sepi kuterbayang Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran air mata Berlinangan dipipiku
Mengenangkan peristiwa Di suatu masa

kita berdua Bermesra dan saling menyinta


Namun perpisahan akhimya
Aku duduk di satu penjuru menyaksikan lelaki yang kucintai menunggu dengan penuh
debar saat dia akan diijabkabulkan. Memandang Abang Lutfi berpakaian sepasang b
aju Melayu berwarna krim dan bersampin rona serupa serta bersongok, meluluhkan p
erasaanku. Aku bertanya untuk ke sekian kalinya kepada diri, mengapa aku berada
di sini?
"Inez, mana cincin tadi?" Mama menyoal perlahan.
"Dalam dulang tu apa?" balas Kak Inez sambil memuncungkan bibirnya.
Mama tergelak-gelak. Memang mama dalam waktu-waktu begini akan menjadi kalut dan
menggelabah.
Aku cuba bertenang, cuba mempamerkan reaksi bersahaja pada ketika aku seperti me
rasakan semua orang sedang memandangku dengan penuh simpati.
Aku mengingatkan diri yang semua itu hanyalah perasaan aku sahaja, sedangkan mer
eka sebenarnya langsung tidak kisah, malah mungkin tiada siapa yang ingat aku da
n Abang Lutfi pernah berkasih, pernah merancang untuk berumah tangga, tetapi cin
ta kasih kami tidak kesampaian... tidak mungkin dapat dimakna dengan lafaz akad.
"Boleh kita mulakan sekarang?"
Aku mencari anak mata Abang Lutfi. Kami saling bertatapan. Kupaksa bibir menguki
r senyuman.
'Keindahan cinta yang pernah kita ucapkan... jangan lupakan aku.' Penuh sendu ak
u meminta, melahirkan katakata dalam pandangan mata yang redup.
Betapa sedih betapa pilu Melihat kau berdua di situ Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu...
Tangan Abang Lutfi dijabat. Aku menarik nafas dalam-dalam. Hati seperti diamuk t
aufan yang menggila. Aku ingin bangun lalu keluar, tetapi segala-galanya kelihat
an sudah terlambat. Ruang tamu begitu sesak dan aku tidak mungkin dapat melolosk
an diri tanpa dikesan oleh sesiapa. Jadi aku harus terus duduk di sini.
"Saya terima nikahnya Nor Hilda binti Anuar..."
Aku rasa ingin menjerit dengan sekuat hati tatkala mendengar suara Abang
Lutfi menerima lafaz kabul. Mujurlah suaraku tersekat di kerongkong. Kalau tidak
bukan aku seorang sahaja, tetapi seluruh ahli keluarga sudah tentu akan ikut me
nanggung rasa malu. Sedaya-upaya aku menahan sebak di hati.
Aku ikut mengangkat tangan untuk mengaminkan doa. Harus akur pada hakikat yang k
edua-duanya sudah diijab kabul, sah menjadi suami isteri.
Selamat kuucapkan padamu Semoga kau bahagia dengan pilihanmu Selamat kupinta izi
n pergi dahulu Membawa diriku ke alam baru
Aku memandang dengan penuh sayu ketika Kak Hilda bersalaman dan mengucup tangan
Abang Lutfi sesudah sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya. Betapa mesra p
ula Abang Lutfi membalas dengan menghadiahkan kucupan di dahi isterinya.
Hatiku menangis tiada henti. Aku menundukkan muka, menyembunyi kolam mata yang s
udah berkaca-kaca. Saat ini, aku tahu diriku sudah terlontar jauh dari hati Aban
g Lutfi.
AKU bersendirian di rumah kerana mereka yang lain ke majlis malam berinai di rum
ah pengantin perempuan. Hampir pukul 10.30 malam, telingaku menangkap bunyi riuh

di luar petanda mereka sudah pulang, tetapi aku tiada hati untuk menyambut kepu
langan mereka. Aku memandang kerlipan cahaya dari telefon bimbit yang aku setkan
dalam mode senyap. Nama Abang Lutfi tertera di skrin. Hatiku jadi berbelah baha
gi. Apabila Abang Lutfi begini, aku sukar hendak melepaskan dia dari hati. Semak
in payah untuk melupakan kasih yang tidak kesampaian. Kerana tidak mahu mengalah
pada tuntutan rasa, aku membiarkan panggilannya tanpa jawapan. Kepada siapa lag
i dapat aku luruhkan rasa gundah ini?
"Umar... I tahu dah lewat, tapi I perlu bercakap dengan seseorang." Aku memulaka
n kata-kata begitu kerana ditekan rasa bersalah ketika mendengar suaranya yang s
eperti orang baru terjaga daripada tidur.
"Tak apa!"
"Tadi tu you tengah tidur ke?"
"A'ah... sebenarnya tadi I tengok TV... tapi end up TV yang tengok I. Argh, saki
t badan tidur kat sofa!" keluhnya seakan-akan mengadu pula.
Agak lama kami berbual hingga sempat Umar Aisy ke dapur membancuh segelas air da
n memanaskan piza. Dibawanya perasaanku jauh daripada mengingati Abang Lutfi. Di
imbaunya nostalgia zaman persekolahan. Aku ketawa mendengar kisah-kisah kami yan
g lucu.
"MALAM tadi Abang Lutfi tanya Iddya," kata mama sebaikbaik sahaja aku duduk di m
eja makan untuk bersarapan. "Tengah hari ni nanti pergilah sekejap. Tak baik Idd
ya tak sama-sama raikan."
"Tapi kan Iddya dah pergi masa dia nikah semalam?" balasku perlahan. Menahan get
ar rasa dan kesayuan. Sekilas wajah abah kutatap, memohon simpati pada ketika ak
u seperti sudah tidak mampu lagi hendak berkata-kata kerana aku bimbang tangisan
akan mendahului suara.
"Janganlah paksa dia. Kalau dia tak nak pergi... biarlah."
Aku menghantar ucapan terima kasih kepada abah dalam pandangan mata. Sesungguhny
a abah lebih mengerti. Namun bila beralih memandang mama, aku tahu mama kecewa.
"Dah janji nak pergi dengan Umar... nanti dia jemput," kataku akhirnya untuk men
yedapkan hati abah dan mama. Setelah bersarapan aku menghantar pesanan ringkas k
epada Umar Aisy. Menghantar keputusan yang kubuat dalam keadaan terpaksa.
DUA jenis kuih yang mama tempah sudah pun dimasukkan ke dalam bekas. Kak Inez ma
sih sibuk menggoreng mihun, manakala Enel pula sedang membancuh kopi o dan teh.
Walaupun sudah pasti akan makan tengah hari di rumah
pengantin, tetapi mama tetap hendak menjamu rombongan pengantin lelaki yang berk
umpul di sini.
Selepas meletakkan cawan dan piring ke dalam dulang, aku memotong agar-agar dan
menyusunnya ke dalam piring. Leka dan hanya mengangkat muka apabila terasa gerak
-geriku diperhati. Aku tidak sedar bila Abang Lutfi sampai dan entah sudah berap
a lama dia berdiri tercegat di situ. Akhirnya dia menarik kerusi lalu duduk di s
ebelahku.
"Tahniah!" ucapku.
"Hmm..." Sepi sejenak. "Saja tak nak jawab ya bila abang call?" soalnya perlahan
.
"Bila?" balasku pura-pura tidak ingat.

"Malam tadi."
"Dah tidur agaknya."
"Dua tiga kali abang call... tak jawab, tapi lepas tu engaged pulak. Takkanlah b
ercakap dalam tidur."
Aku mengetap bibir mendengar sindirannya. "Tengah pujuk hati... sedih tengok ora
ng yang Iddya sayang kahwin dengan orang lain," kataku berterus terang. Memang a
ku sangat beremosi sepanjang majlis akad nikahnya berlangsung kerana impian yang
aku kongsi bersama dengannya, kini dikongsinya dengan orang lain... lebih-lebih
lagi dengan 'dia' yang masih kuanggap tidak ikhlas bersahabat.
"Iddya," panggilnya. Kami saling bertatapan.
"Iddya tetap yang paling istimewa di hati abang."
Sebaris ayat itu bukan sekadar kata-kata pujukan untuk melunakkan hatiku, tetapi
aku yakin lahir dari hatinya yang ikhlas. Aku nampak keikhlasan dalam sinar mat
anya.
"Tak sepenuhnya dapat abang berikan hati pada Hilda kerana sebahagian lagi tu da
h dicuri. Rasanya kalau boleh abang nak bagi kesemuanya, tapi tentulah tak adil
pada Hilda."
Sesungguhnya aku juga berasa begitu. Belum sepenuhnya rasa cinta larut dari hati
. Sebahagiannya masih pada
Abang Lutfi. Bersama masa yang beredar, bahagian itu akan aku ambil kembali dan
aku yakin dia juga begitu... akan sepenuhnya rasa cinta tertumpah pada 'dia', te
tapi aku pula akan menumpahkan rasa kasih dan cinta kepada siapa? Hanya ALLAH sa
haja yang tahu kerana DIA yang mengukir takdir. Setelah aku lelah diuji begini,
pastilah bahagia menantiku di hadapan sana. Takkanlah selamanya hati dirundung d
uka.
"Abang nak rasa agar-agar ni... sedap." Aku cuba mengalih tumpuan kami daripada
berbicara soal perasaan.
Abang Lutfi mengangguk. Sejenak aku menunggu, tetapi agar-agar yang sudah dipoto
ng itu masih belum diambilnya. Tiba-tiba terimbau kenangan manis di layar ingata
n... masa lalu yang penuh bahagia. Lantas di dalam sedar aku mencapai sepotong a
gar-agar, lalu aku suapkan ke mulutnya. Untuk kali yang terakhir kerana selepas
ini aku berjanji kepada diriku sendiri yang aku takkan melakukannya lagi.
Dan pada masa yang lalu juga, Abang Lutfi akan membalas suapan itu. Aku dapat me
mbaca reaksi spontan yang sedang bergerak di dalam fikirannya.
"Tak usah... bahagian tu biar untuk 'dia'..." kataku menahan ketika Abang Lutfi
hendak mengambil sepotong agar-agar.
Aku mengesan perubahan air mukanya. Barangkali tersinggung. Pada saat ini dan se
terusnya, aku kira tidak wajar Abang Lutfi membiarkan ingatannya terheret pada k
enangan lalu kerana sebuah kehidupan dan pengharapan sedang menantinya. Lainlah
aku yang masih terkapai-kapai mencari dahan kasih untuk berpaut.
"Semoga abang berbahagia."
Aku sudah semakin dapat mengikhlaskan hati. Abang Lutfi menjarakkan sedikit keru
si apabila kedengaran suara riuh berbual dari ruang tamu. Pasti mereka sudah mul
a datang untuk berkumpul di sini.
AKU yang sudah siap berdandan, mengenakan sepasang baju kurung berwarna ungu dan
kain tudung warna senada. Ketika turun, aku nampak sudah ramai yang berkumpul s
ambil menikmati juadah ringan yang terhidang. Abang Zairi sedang berbual dengan

Haji Kamal dan Hajah Faridah. Siti Hurin pula sedang bermain-main dengan Nur Fat
in Amira dan Nur Zeti Izuren. Mereka yang duduk berjiran memang kelihatan begitu
akrab dan mesra.
"Mira kat rumah mak dia... nanti dia terus ke rumah pengantin," kata Iqbal menja
wab pertanyaanku. Dia yang kelihatan segak berbaju Melayu rupa-rupanya akan menj
adi pengapit Abang Lutfi untuk majlis persandingan nanti.
"Kita pergi sama?" soal Abang Lutfi.
"Iddya tunggu kawan."
"Tak lama lagi ada majlis kahwin kat sini pulak," celah Kak Inez. Nakal sahaja b
unyi suaranya.
"Tak bagi tahu pun?" Abang Lutfi menagih penjelasan.
"Pandai-pandai buat cerita... mengada-ngadalah Kak Inez ni!" omelku.
"Gurau aje... kalau ada tentu abang orang yang pertama dia bagi tahu!" Kak Inez
berandaian sendiri. Seketika kemudian dia mengangkat jari telunjuk ke bibir. "Ps
stt... bakalnya dah sampai."
Aku mengikut sorot mata Kak Inez, menemukan aku dengan Umar Aisy yang baru kelua
r dari kereta. Mencerlang mataku memandang. Masakan tidak, dia memakai sepasang
baju Melayu warna ungu!
Kak Inez sudah tergelak-gelak. "Haa, kan dah betul... tentu dah janji ni!" rumus
Kak Inez. Satu cubitan aku hadiahkan di lengannya. Kak Inez ketawa mengada.
SERONOK apabila dapat bertemu dengan Syamira. Dia tersenyum-senyum ketika aku m
emperkenalkan Umar Aisy
kepadanya sebelum kami makan semeja di khemah. "Hanya kawan?" soal Syamira tanda
tidak percaya.
"Hanya kawan," tegasku sekali lagi. Perlahan dan sekadar cukup untuk pendengara
nnya sahaja kerana Umar
Aisy duduk di sisi.
"Pakai baju warna sama... aku ingatkan tadi kau orang pengantinnya," usik Syamir
a sambil menyiku lenganku.
Aku membalas dengan sikuan juga sambil mencerlangkan mata. Syamira tertawa
kecil.
Selesai makan, Syamira mengajak aku masuk ke rumah kerana dia ingin melihat peng
antin perempuan. "Pergilah... I tunggu kat sini," kata Umar Aisy. Tidak mahu mem
biarkan Syamira ternanti-nanti, aku
mengatur langkah menurutinya.
Wajah kedua-dua mempelai di pelamin kutatap. Aku mencari anak mata Aba
ng Lutfi. Sejenak kami saling bertatapan. Tersenyum tanda merestui sebelum perla
han-lahan akuberundur dan terus keluar. Begitulah simboliknya... aku mengundurka
n diri dari galeri hidup Abang Lutfi.
MALAM sudah larut, tetapi mataku tetap enggan terpejam. Fikiranku menerawang.
Ingatan terhadap Abang Lutfi mendera perasaan. Pastilah pada saat ini d
ia sedang menyulam bahagia... berkongsi saat manis hidup berumah tangga. Bumi y
ang sudah sekian lama gersang kerana dilanda kemarau, kini ditimpa hujan.

Aku meraup kedua-dua telapak tangan ke muka. Beristighfar berulang-ulang hingga


lautan hatiku kembali tenang. HARU-BIRU perasaanku apabila tengah hari itu Abang
Lutfi membawa 'dia' bertandang ke rumah. Aku mematikan diri di dalam bilik sehi
nggalah aku pasti mereka sudah pulang.
"Kenapa langsung tak turun? Tak baik buat macam tu."
Aku membalas dengan menepuk-nepuk perlahan tangannya. "Dah ucap terima k
asih pada Sim?" Sengaja aku mengusik, sekali gus ingin juga tahu perkembangan ya
ng terkini. Apakah Sim masih bertepuk sebelah tangan atau salam kasih yang dihul
urnya sudah bersambut?
Senyuman di bibir Rhu Ying menyimpul makna. Cukup aku mengerti walaupun Rhu Ying
tidak mengungkapkannya dalam kata-kata.
Aku bersyukur kerana akhirnya salam kasih Sim tidak lagi terbiar sepi.
"Kiew... dia suka you," rumus Rhu Ying.
"Kami dah lama kenal," sambutku tidak menafikan. Sungguh aku sangat menyenanginy
a. Umar Aisy selalu ada pada saat suka dan dukaku. Ketawa dan menangis bersama.
Dia seorang sahabat dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Menepati madah pujang
ga tentang sahabat yang pernah kubaca. Katanya, sahabat bagaikan air yang mengal
ir di sungai yang tenang... boleh memadamkan api dalam hati kita.
Seraut wajah Umar Aisy kupandang. Aku 'meminjamnya' daripada 'seseorang'. Atas d
asar itu, aku harus tahu diri dan mengawal rasa hati agar jangan sampai tersasar
dari landasan persahabatan. Peringatan itu aku pahat kukuh di dalam hati.
?NANTI sampai sana declare barang kat kastam... kalau tak bukan aje barang kena
rampas, tapi kena bayar denda lagi," pesan Umar Aisy sesudah aku selesai membuat
urusan pendaftaran di kaunter. "Okey, Umar... kita jumpa di sana!"
"Take care!" pesannya untuk kali yang entah ke berapa. Kami saling berpamitan.
Enam jam dalam penerbangan kuisi dengan membaca novel, majalah dan selebihnya me
layan anganan. Betapa aku cuba berselindung, menidakkan rasa yang semakin beriak
-riak dalam hati. Perasaan halus yang amat indah. Berlainan perasaannya ketika h
atiku pernah 'dimiliki' Baein atau Abang Lutfi. Kali ini halusnya berseni. Semak
in aku cuba usir pergi, semakin perasaan itu menjadi... err... menjadi dalam dan
sangat indah.
Namun aku takut untuk melahirkannya. Bimbang kalau-kalau akan mencalar ikatan pe
rsahabatan kami dan lebih parah lagi kalau dia menganggap dirinya sudah menjadi
pilihan kedua, ketiga atau yang entah ke berapa. Hati orang manalah aku dapat me
mbacanya dengan pasti.
Perth yang dikenali sebagai 'Friendly City' menyambut kedatanganku dengan udara
sejuk di musim dingin dengan suhu sekitar 16 darjah celcius. Aku memakai sehelai
jaket tambahan untuk mengurangkan kesejukan.
Setelah bertahun-tahun tidak bertemu, aku dengan Puteri Hazirah saling terpaku a
pabila sudah berhadapan.
"Hai, dah jadi bisu ke?" soal salah seorang daripada adiknya. Aku sudah tidak ke
nal dan tidak pasti yang mana satu Megat Izuddin dan Megat Hanif, tetapi yang co
mel di sisinya tentulah Puteri Ivana Batrisya. Kami sama-sama ketawa dan barulah
saling melepaskan rasa rindu.
Sesampai sahaja kami di rumahnya, adik-adiknya membantu mengangkat beg pakaian d

an kotak yang kubawa.


"Letak beg dalam bilik akak!" arah Puteri Hazirah. "You share bilik dengan I...
bilik tetamu tu nanti untuk Kiew."
"Oh ya, dia pesan minta tolong you book hotel untuk dia!" Bukan aku tidak mahu b
erkongsi bilik, tetapi aku sekadar hendak menyampaikan pesanan.
"Buat apa pulak nak sewa hotel... mahal! Duduk kat sini aje," celah Auntie Azida
.
SELEPAS minum petang di taman kecil di belakang rumahnya, Puteri Hazirah membawa
aku bersiar-siar di sekitar bandar Perth.
"I belajar kat sini," katanya ketika kami melewati kawasan kampus Curtin Univers
ity of Technology. Kemudian kami menyusuri jalan yang sedikit mendaki.
"Kita nak ke mana?"
"Kings Park... botanical garden! I suka ke sana," ujar Puteri Hazirah.
Perlahan sahaja dia melarikan kereta menyusuri jalan yang lurus. Di kiri dan kan
annya terdapat Wit
pokok-pokok besar sepemeluk dua yang ditanam berjajaran menjadikan pemandanganny
a sangat unik.
Setelah memarkir kereta, kami bersiar-siar di kawasan sekitar dan akhirnya duduk
di sebuah bangku panjang yang menghadap ke bandar Perth. Keseluruhan bandar ini
boleh dilihat dari Kings Park yang terletak di kawasan tanah yang agak tinggi.
"Bagus jugak Lutfi kahwin... kalau tak you takkan sampai ke sini!" kata Puteri H
azirah tanpa sedikit pun menimbangkan perasaanku.
Aku yang pada mulanya tersentap segera sedar bahawa sesungguhnya itulah realiti.
Puteri Hazirah bercakap tentang sesuatu yang benar. Akulah yang harus bangkit d
ari kekecewaan. Aku harus memulakan lembaran hidup baru. Tetapi buat masa ini ma
sih terlalu awal untukku merencanakan apa-apa. Jadi, sambut sahaja takdir yang d
atang.
"Dan dari awal cerita sampailah you datang sini... I rasa sebenarnya Kiew yang s
uka pada you... sampaikan dia sanggup ikut you datang sini." Puteri Hazirah seol
ah-olah bercakap kepada dirinya sendiri; membuat rumusan dan andaian.
Aku dapat merasakan yang mukaku panas. Rona kemerahan sudah pasti tersimbah di w
ajah. Sejujurnya aku mengaku memang aku ada menaruh hati terhadapnya, tetapi sed
aya mungkin perasaan itu aku benamkan jauh di sanubari. Biar langsung tidak menj
elma apa jua rasa hatiku dalam perlakuan ataupun kata-kata kerana hatinya sudah
dimiliki.
Bukan aku tidak boleh mencuba atau lebih dahsyat lagi menggodanya, tetapi apalah
erti penerimaan kalau sekadar atas dasar simpati. Rentetan dari itu akan merosa
kkan hati orang lain pula. Semuanya akan menjadi kait-mengait dan kesudahannya,
fikiran menjadi kusut dan berserabut. Oleh itu, lupakan sahaja!
"Err... takadalah... kitaorang kawan aje!"
"Kawan aje," ulang Puteri Hazirah. Nada suaranya seperti tidak percaya.
"Sebenarnya, bila you takbalas e-mel dan terus diam... I pernah terfikir agaknya
Baein kahwin dengan you," ujarku untuk mengalih tumpuan fikirannya daripada Uma
r Aisy.

"Subhanallah!" Puteri Hazirah sedikit terjerit. Dia menepuk-nepuk dahi, lagak ti


dak percaya.
"Sebab kali akhir kami jumpa... Baein tak nak bagi tahu nama bakal isteri dia. K
ebetulan pula, masa tu you dah jarang hantar e-mel... lepas tu langsung kita los
t contact." Aku menjelaskan rentetan peristiwa hingga membuatkan aku berandaian
begitu.
"Sebenarnya walaupun I tak tahu sejauh mana hubungan you dan Baein, tapi bila I
tahu Baein ada girl lain kat sini... I pernah tegur dia. I tak suka dia main-mai
nkan you sebab manalah tahu you benar-benar tunggu dia balik. Bila dia cakap dia
terpaksa kahwin dengan Ivy... I cakap, dia mesti bagi tahu you."
Akhirnya aku tahu juga nama isteri Baein. Ivy. Aku sebut nama itu sekali dua di
dalam hati. Terasa sedikit tersekat kerana huruf di pangkal namanya sama dengan
namaku. Bangsa apa agaknya ya... nama tak macam Melayu dan mengapa pula terpaksa
kahwin? Soal hatiku. Menderu rasa ingin tahu. Melantun juga soalan itu dari mul
utku.
"Orang Melayu kita... Ivy Syahirah. Faham-faham ajelah bila terpaksa kahwin." Pu
teri Hazirah tidak teragak-agak menjawab pertanyaanku.
Rasa kesal dan terkilan bertamu dalam hati kerana berjaya juga iblis menyesatkan
hingga kedua-duanya tersasar dari landasan keimanan. Jadi memang wajarlah merek
a berkahwin daripada terus bergelumang dalam kancah dosa.
"Kawan dengan I kat sini sebab rindu pada I yang kat sana... akhirnya tersangkut
," jelas Puteri Hazirah.
Aku segera faham maksud kata-katanya. Huruf yang sama di pangkal nama adalah keb
etulan dan tentulah bukan sengaja Baein mencarinya. Apa pun Baein kini sudah ber
umah tangga dan menjadi suami Ivy Syahirah. Hakikat itu aku pasak kukuh di benak
agar aku tidak lupa.
"Baein tinggal kat sekitar kawasan sini jugak... I ada contact number dia."
"I harap sepanjang berada di sini... I tak jumpa dia." Jelas tegas jawapan kuber
i sebagai petanda aku tidak mahu diatur sebarang pertemuan dengannya. Noktah!
"Nanti bila Kiew sampai, baru kita pergi Caversham Wildlife Park, Aqua World dan
Fremantle." Beralih pula topik pada tempat-tempat yang akan kami lawati.
"Nama dia Umar... Umar Aisy." Aku tidak tahu untuk kali yang ke berapa agaknya a
ku harus mengingatkan Puteri Hazirah. Dia ketawa.
"Susahnya... sebab dah biasa panggil Kiew!" Sebenarnya dahulu aku pun begitu jug
a, tetapi alah biasa tegal biasa.
Setelah agak lama menikmati pemandangan bandar Perth pada waktu malam dengan lam
pu yang bergemerlapan, barulah kami pulang.
Tak sabar aku menanti esok...
TIGA jam perjalanan dari bandar Perth,
akhirnya kami sampai di Pinnacles, iaitu satu kawasan yang mempunyai pemandangan
batu-batu yang sangat unik. Memang mengagumkan apabila menyaksikan bongkah-bong
kah batu pelbagai saiz berceracak di sana sini.
Kemudian kami singgah di Margaret River Chocolate Company. Teruja aku memandang
pelbagai jenis coklat yang istimewa di sini. Kami tidak melepaskan peluang makan
beraneka jenis coklat yang disediakan secara percuma. Banyak juga aku membeli t

ermasuklah tiga kotak untuk Umar Aisy kerana aku tahu dia menyukai kacang macada
mia bersalut coklat.
"Umar suka coklat ni!" kataku setelah kami berada di dalam kereta.
Puteri Hazirah tersenyum-senyum memandangku. Berkerut-kerut pula dahiku tanda ti
dak mengerti.
"Semalam masa belikan T-shirt untuk dia... you cakap Kiew suka warna kuning. Har
i ni pulak beli coklat untuk
dia. You tahu coklat kesukaan dia... tahu warna kesukaan dia."
Aku sedar kata bicara Puteri Hazirah dalam dan tersirat makna. Dia cuba mengaitk
an aku dengan Umar Aisy dan cuba memadan-madankan kami.
"Puteri... Umar tu dah ada yang punya. Dia dah ada steady girlfriend." Cepat-cep
at aku mematikan apa juga andaian yang sedang bermain-main di ruang fikirnya.
"Kalau Kiew belum ada steady girlfriend!"
Aku sedar Puteri Hazirah cuba memerangkap dan kini memang aku sudah terjerat. "H
aa, kami just friend... nothing more nothing lessl" Wah, tiba-tiba sahaja aku be
rbahasa Inggeris! Bukan kerana kini aku berada di bumi kanggaru, tetapi kerana k
alutnya perasaanku.
"Iddya... I ingat lagi masa kita sekolah dulu. Bila you marah atau menggelabah..
. spontan you akan cakap orang putih." Sinis kata-kata Puteri Hazirah.
Aku tertangkap lagi! Sungguh benar kata-katanya, tajam ingatannya. Kini aku tahu
Puteri Hazirah sengaja hendak menduga sejauh mana keintiman hubungan kami. 'Dia
dah berpunya!' Berkali-kali hati kecilku mengingatkan akan hakikat itu. Lantara
n itu janganlah aku mengimpikan yang bukan-bukan pula dengannya.
"I rasa you dengan Kiew mesti ada apa-apa ni." Puteri Hazirah berandaian mungkin
mengenangkan kesanggupan Umar Aisy menyusuliku ke sini.
"Hmm... Kiew," ulangku perlahan sambil ligat otak berputar memikirkan jalan kelu
ar untuk 'menutup mulut' Puteri Hazirah. "Que Sera, Sera. Whatever will be... wi
ll be. The future's not ours to see. Que Sera, Sera. What will be...
will be."
Lagu nyanyian Doris Day yang sangat popular di kalangan remaja pada tahun 1950-a
n aku dendangkan.
Serangkap lagu yang mempunyai maksud yang mendalam, iaitu aku menerima apa sahaj
a takdir yang dating kerana segala suratan sudah tertulis sejak di azali.
Sejenak Puteri Hazirah tercengang-cengang sebelum akhirnya dia ketawa kecil, "Ta
pi Kiew tak pernah cerita pun yang dia dah ada steady girlfriend... kalau ada pu
n, entah-entah dia orang dah dash." Puteri Hazirah berandaian lagi. Dia seperti
ingin menebar harapan, tetapi aku tidak berani hendak menyambutnya.
Aku menjungkitkan bahu. Sama ada sudah putus hubungan atau masih hangat berkasih
, hal itu tidak kutahu kerana aku tidak pernah bertanya kepada Umar Aisy.
"You betul-betul tak tahu?" Puteri Hazirah mempamer rasa tidak percaya di riak w
ajah.
"I tak ambil tahu." Jawapan ini sebenarnya bagi melampias rasa kecewa kerana sel
ama ini asyik aku sahaja yang bercerita, sedangkan dia terlalu berahsia.
"Tapi dia nampaknya ambil berat tentang you. Kiew tu memang baik. Untunglah siap

a yang dapat dia..."


"Hmm... kalau you dah rasa macam tu, apa kata kalau you aje yang jadi girlfriend
dia," saranku cuba memindahkan persoalan itu kepada Puteri Hazirah pula.
Dia terkekeh ketawa. Mungkin geli hati mendengar cadanganku ataupun mungkin ada
perkara lain yang sedang dibayangkannya.
"I tak tahu dia macam mana sebab dah lama tak jumpa. Mungkin bila jumpa nanti...
I tiba-tiba terpikat dan jatuh cinta pada dia. Manalah tahu kan?"
Aku mendiamkan diri. Memberi seluas-luasnya ruang kepada Puteri Hazirah membuat
andaian sendiri.
"Macam mana dia sekarang? Lebih handsome dari dulu?" Riak wajahnya seperti menga
da-ngada.
"Boleh tahanlah."
"Hisy, apalah you cakap macam tu! Kalau dia dengar, tentu dia kecil hati."
"Tu pendapat I. Eh, kita ni asyik cakap pasal dia... cakap
pasal benda lainlah pulak!"
"Entah! I memang suka cakap pasal dia sebab bila I sebut aje nama dia, I mesti n
ampak muka you blush."
Tidak keruan benar perasaanku. Sungguhkah begitu? Benarkah merona kemerahan muka
ku setiap kali namanya disebut? Oh, alangkah malunya! Rasa hati ini kiranya berj
aya juga menyelusup keluar tanpa aku sedari.
"Betul, boleh tengok cermin... sekarang ni pun muka you nampak merah."
"Sudahlah, jangan nak perangkap I!"
Aku ingin segera mematikan andaiannya, tidak mahu Puteri Hazirah membuat
serkap jarang kerana kelak nanti dia akan bertanya yang bukan-bukan pula kepada
Umar Aisy. Apabila dua orang saling berkata-kata dan mengusik, maka lambat-laun
akan terbongkarlah rahsia hati. Puteri Hazirah ketawa mengusik. Tidak aku hirauk
an kerana aku sedang sibuk meredakan perasaan sendiri.
"DARI Barrack Street Jetty, kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth un
tuk menjemput Umar Aisy. Lama kami menunggu di Balai Ketibaan walaupun tertera d
i skrin yang kapal terbang sudah mendarat kira-kira setengah jam yang lalu. Tapi
belum nampak lagi kelibat Umar Aisy.
"Kiew!" Terjerit sedikit suara Puteri Hazirah sebaik sahaja Umar Aisy keluar dar
i pintu balai ketibaan.
Mereka bersalaman dan saling bertanya khabar. "Nasib baik you jadi datang... ora
ng di sini dah rindu-rinduan... asyik cerita pasal you aje!"
Terkedu aku mendengarnya. Terasa darah menyerbu naik ke muka.
"Oh, ya ke? Ingatkan I seorang aje yang rindu-rinduan," balas Umar Aisy sambil k
etawa. Nada suaranya bergurau.
Aku menghantar ucapan terima kasih kepada Umar Aisy dalam senyuman manis kerana
aku senang dengan caranya meladeni usikan Puteri Hazirah.
Selepas makan tengah hari di Restoran Mahsuri, kami

bersiar-siar di kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan kedai menjual


pakaian di sekitar Jalan Murray dan Jalan Hay. Kemudian Puteri Hazirah membawa k
ami berpusing-pusing di sekeliling bandar Perth dan menunjukkan kepada Umar Aisy
kampus universitinya.
Destinasi yang seterusnya menepati jangkaanku. Kings Park! Kami berdiri di tepi
tembok sambil menghadap pandangan ke bandar Perth. Merakamkan sekeping dua gamba
r kenangan.
"I nak ke ladies sekejap. You nak ikut?" tanya Puteri Hazirah sambil mencuit bah
uku. Aku menggeleng.
Dua buah bangku panjang yang dari kejauhan kelihatan dipisahkan oleh sebatang po
kok besar menarik perhatianku. Mungkin menarik perhatian Umar Aisy juga kerana s
eiringan langkah kaki kami menuju ke arah yang sama.
"You duduk kat sebelah sana!" Cepat-cepat aku menahan sambil menunjukkan bangku
di sebelah kanan. Seketika Umar Aisy terpinga-pinga, tetapi akhirnya dia akur. A
ku tahu tentulah dia berasa hairan mendengar permintaanku kerana sebuah bangku p
anjang yang boleh memuatkan tiga orang duduk dengan selesa, tetapi aku memintany
a duduk di bangku yang berasingan.
Aku ketawa memandang seraut wajahnya yang digayuti rasa keliru. Mungkin Umar Ais
y memikirkan sepatutnya kami berkongsi bangku, tetapi hal itu tidak berlaku. Aku
berharap agar Puteri Hazirah akan segera datang kerana aku ingin dia merakamkan
gambar kami dalam situasi begini.
Memang sudah kujangka reaksi Puteri Hazirah. Dia tergelak-gelak memandang kami.
Masakan tidak, sudah tentu nampak lucu apabila dua orang yang saling mengenali d
uduk berasingan bangku begitu.
"Tolong ambil gambar!" jeritku kepadanya. Setelah selesai Puteri Hazirah merakam
kan gambar kami, barulah
aku beralih duduk. Itu pun setelah Puteri Hazirah duduk di sebelah Umar Aisy.
"Patutnya ambil gambar berdua di sini," ujar Puteri Hazirah yang nyata tidak pua
s hati dengan 'tugasannya' sebentar tadi.
"Apa masalahnya? Pergilah ambil sekarang!" Umar Aisy memberi cadangan.
Puteri Hazirah bagaikan melompat bangun dari tempat duduknya. Ingin kucapai tang
annya untuk menahan, tetapi yang kutangkap hanyalah angin. Menoleh ke sisi, mele
kat mataku pada seraut wajah yang bagaikan sedang berjauh hati. Sungguh aku tida
k bermaksud untuk menyinggung perasaannya, tetapi aku memikirkan tiada kewajaran
kami bergambar berdua. Kelak nanti kalau dilihat oleh si dia, tentunya dia tida
k suka. Kesudahannya mereka bergaduh pula dan aku yang dituduh menjadi punca.
"Tak apa ke kita ambil gambar berdua ni?"
"I okey aje... tak tahulah pulak you!"
"Err... I..."
Tidak sempat aku hendak meneruskan kata-kata apabila Puteri Hazirah sudah melaun
g meminta kami bersedia.
"Candid aje!" balas Umar Aisy dalam laungan juga kerana kami sedang 'tawar-menaw
ar' untuk bergambar berdua.
"Dah, tapi ambil gambar betul-betullah!" Nada suara Puteri Hazirah jelas mendesa
k. Lebih-lebih pula reaksinya hingga seperti memaksa.

"Okey, kalau ada orang marah... I tak tahu!" kataku memberi peringatan.
"Cuba bagi tahu I... siapa yang nak marah?"
"Hoi, pandanglah sini!" Sergahan Puteri Hazirah membubar sesi 'tawar-menawar' ka
mi.
Aku tergelak-gelak memandang aksinya yang sedang bercekak pinggang. Lagaknya sep
erti orang yang sedang
dalam kebosanan.
"Ambil gambar macam pengantin... relakslah!" komen Puteri Hazirah.
'Wan, ada-ada aje yang tak kena!' Omelku dalam hati.
"May I..."
Aku mendengar suara Umar Aisy. Namun belum sempat aku menoleh, tangannya sudah m
endarat di atas bahuku. Santai dan bersahaja. Nyata foto sebeginilah yang ingin
dirakamnya. Puteri Hazirah tersenyum senang ketika dia kembali duduk di sebelah
Umar Aisy.
"I rasa I lah orang yang paling bertuah dalam dunia ni!"
Aku dan Puteri Hazirah memandang Umar Aisy. Menanti dia menjelaskan maksud katakata.
"Di kiri dan kanan I ada dua orang wanita muda yang cantik dan masih solo!"
"Hei, I bukan solo lagi tau!" Puteri Hazirah segera mengingatkan.
Sebenarnya dia sudah bercerita kepadaku tentang Fitzri. Gambarnya juga sudah dit
unjukkan malam tadi.
"Okey... you dah berpunya, tapi yang pasti kat sebelah kanan I ni masih solo." U
mar Aisy berkata dengan pasti.
Hendak aku menyambut kata-katanya dengan penafian, hakikatnya memang buat masa i
ni hatiku bukan milik sesiapa. Kalau pun ada keinginan untuk kuberikan kepadanya
, hasrat itu tidak mungkin kesampaian kerana hatinya sudah lama dimiliki. Tugu c
inta sudah terpahat di dalam hatinya dan aku yang terlewat datang takkan tergama
k pula mahu meruntuhkannya.
"Masih solo," ulang Puteri Hazirah. Nakal sahaja nada suaranya diiringi kerlinga
n mata.
"Tak ada ke sesiapa yang you nak kenalkan pada I?" soalku seolah-olah amat mengh
arapkannya.
"Tak usahlah yang jauh kat sini... yang dekat kan ada?"
Aku ketawa mendengar gurauannya. Rasanya siapa
lagi yang Puteri Hazirah maksudkan kalau bukan Umar Aisy, tetapi aku tidak mahu
menyesakkan fikiran memikirkan soal berebut cintanya ketika semangatku baru mula
hendak pulih.
Tetapi aku harus mengaku yang percutian ini menjadi lebih bermakna kerana Umar A
isy ada bersama. Dialah tunjang kekuatanku. Ingin kupinjam kasih dan perhatianny
a sementara ruang dan peluang masih ada sebelum segala-gala yang menjadi milikny
a dikongsi dengan siapa jua yang selama ini bertakhta di dalam hatinya.

Tersentak aku daripada lamunan apabila tiba-tiba Umar Aisy melentokkan kepalanya
di bahuku. Hendak aku tolak atau bergerak menjauh, tidak sampai hati pula, lebi
h-lebih lagi di hadapan Puteri Hazirah.
"Yang kat tengah ni pun bukannya solo!"
Aku berharap dengan berkata begitu Umar Aisy akan terkejut, lalu mengangkat kepa
lanya, tetapi hal itu tidak berlaku. Aku rasa terkilan sedikit.
"Betul ke Kiew? Dulu you cakap..."
"A'ah, dah betullah tu!" pintas Umar Aisy. Kemudian dia ketawa kecil. Entah apa
yang menggeletek hatinya. Setelah agak lama, barulah dia membetulkan duduk.
Aku benar-benar lega.
(ALAUPUN aku sudah pergi ke Barrack Street Jetty dengan Puteri Hazirah kelmarin,
tetapi kali ini kami datang lagi bersama Umar Aisy pula. Di sini terdapat bot p
elancong separa mewah Captain Cook Cruises yang membawa pengunjung menyusuri sep
anjang pesisiran Swan River menyaksikan pemandangan kota Perth hmgga ke Fremantl
e.
Swan Bell Tower dengan ketinggian 82.5 meter memang menjadi daya tankan pelancon
g di sini. Kami bergambar di kawasan sekitarnya dan di samping replika angsa hit
am yang menjadi hiasan landskapnya; angsa hitam yang menjadi kebanggaan kota Per
th. Selepas itu kami duduk berehat di bangku panjang yang menghadap Swan River.
"Cantik tempat ni!" puji Umar Aisy.
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... tetap juga negeri s
endiri lebih baik," balas Puteri Hazirah.
"Betul kata you... sebab tu I balik jugak ke Malaysia." Mereka bercerita itu dan
ini daripada pengalaman sendiri kerana lama berada di perantauan.
Aku menyandarkan tubuh dengan selesa sambil memejamkan mata. Mengosongkan fikira
n dan tidak menghadirkan sesiapa jua di ingatan. Membiarkan hanya Puteri Hazirah
dengan Umar Aisy saling bertukar bicara dan memberi sedikit tumpuan apabila men
dengar Umar Aisy bertanya kepada Puteri Hazirah tentang perancangan masa hadapan
nya.
"Kalau kami kahwin... I kena balik sana sebab Fitzri ada kontrak dengan UiTM. Ta
pi my parents akan duduk sini sampai adik-adik I habis belajar."
"Jadi, bila nak kahwin?"
"Tak lama lagi Fitzri habis belajar... maknanya tak lama lagilah. I dah jumpa or
ang yang I rasa paling tepat untuk I... jadi I tak nak tangguh-tangguh lagi. Sia
pa dia member kita yang you cakap dah ada dua orang anak tu, Kiew?"
Aku ketawa di dalam hati kerana Puteri Hazirah tersasul lagi memanggil nama asal
Umar Aisy.
"Leman dan Aini."
"Haa... Leman dan Aini!" ulang Puteri Hazirah. Nada suaranya penuh kekaguman. Se
ketika beralih cerita mereka kepada teman-teman sepersekolahan kami dahulu, teta
pi mujurlah nama yang satu itu tidak meniti di bibir mereka. Sungguh aku tidak m
ahu ingat dan kenang lagi, tetapi seraut wajahnya terbayang juga. Berkelana jauh
fikiranku. Menarik kenangan lalu dari ruang memori.
"Nak tidur kat sini ke?"
Serentak itu tanganku terasa disiku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan menoleh
ke sisi seketika sebelum aku meluruskan pandangan ke hadapan. Bot-bot berwarna

putih di Swan River nampak sayup-sayup di kejauhan.


"Hmm... I nak tidur kejap. Nanti kejutkan ya... jangan tinggalkan I sorang-soran
g kat sini."
"Jangan risau Iddya... dia takkan tinggalkan you," sambut Puteri Hazirah.
Aku malas hendak melayan. Sebaris ayat itu boleh ditafsir sebagai apa sahaja. Ta
fsiranku mungkin berlainan daripada yang dimaksudkannya. Kesudahannya nanti aku
yang terperangkap. Jadi lebih baik aku mendiamkan diri.
"Macam mana you boleh masuk Islam ya, Kiew?"
Lalu Umar Aisy mula bercerita. Kisahnya sama seperti yang pernah diceritakan kep
adaku dahulu, tetapi dalam versi yang diringkaskan. Kemudian beralih pula kepada
kisah Sim. Selepas itu sepi. Kesepian itu memberi ruang kepadaku memikirkan ke
mana jua destinasi kami pada hari esok.
"Esok..." Spontan mati suaraku kerana aku mendengar suara lelaki di sebelahku
juga menyebut perkataan yang sama. Kami saling bertatapan.
"Err... you dulu," kata Umar Aisy memberi laluan.
"Esok kita nak ke mana?"
"Haa... I pun nak tanya soalan tu!"
Aku mengetap bibir. Semalam kami hampir serentak hendak mengambil buah pine keri
ng yang sama dan kini hendak menyoal soalan yang sama juga, Teringat lagi ketika
kami makan tengah hari, dua kali kami hampir serentak mengangkat mug. Aku tahu
Umar Aisy juga menyedarinya kerana kali kedua kebetulan itu berlaku, aku dapat m
erasakan renungan matanya menikam ke wajahku, tetapi aku buat-buat selamba. Aku
pernah dengar orang kata, tindakan serentak yang bagaikan disusun-susun begini m
emberi petanda wujudnya keserasian. Betul ke? Entah, aku tak tahu!
"Esok kita pergi Caversham Wildlife Park... boleh tengok beruang koala, kanggaru
dan macam-macam lagi. Lusa kita pergi Fremantle. Oh ya, Kiew... semalam ada ora
ng nyanyi lagu Que Sera, Sera."
Tidak disangka-sangka Puteri Hazirah membuka kisah yang sepatutnya disimpan seba
gai cerita antara kami berdua sahaja. Mencorong mataku memandangnya, menghantar
rasa
tidak puas hati.
"Que Sera, Sera," ulang Umar Aisy. Dia mempamer rasa berminat untuk tahu, Barang
kali kerana mendengar tajuk lagu itu yang hampir sama bunyi dengan pangkal naman
ya.
"Nyanyi sikit Iddya!" pinta Puteri Hazirah sambil menyiku lenganku.
"Tak naklah! Kalau I nyanyi dia mesti kutuk... cakap suara I tak sedap."
"Bila masa I cakap macam tu?"
"Dulu... masa kat kedai."
"Okey, betul... I ada cakap macam tu. Tapi cuba you bagi tahu pada Puteri... apa
yang I cakap lepas tu?"
"Tak ingat."

Umar Aisy tersenyum-senyum. "Kalau you dah tak ingat... biar I sendiri yang bagi
tahu dia."
Wajah Puteri Hazirah semakin penuh tanda tanya. Dia seperti tidak sabar-sabar he
ndak tahu dialog yang cuba aku sembunyikan, sedangkan sebenarnya bukanlah ada ap
a-apa sangat. Cuma apabila aku nampak mukanya melongo begitu, aku menjadi semaki
n seronok hendak mengusik.
"I cakap..."
"Ada orang tu jiwang karat., suka dengar lagu Penawar Rindu," pintasku.
"I tak nafikan... memang I suka lagu tu. Lagu yang mengingatkan I pada seseorang
yang jauh."
Merudum semangatku mendengarnya, tetapi sedayaupaya aku cuba menyembunyikan rasa
kecewa. Namun sekurang-kurangnya, kata-katanya ini menyedarkan Puteri Hazirah y
ang Umar Aisy sudah ada teman istimewa. Oleh itu, tidak perlulah lagi dia cuba m
enggandingkan kami lagi.
"Seseorang yang jauh?" soal Puteri Hazirah.
Umar Aisy mengangguk perlahan. "Memang I suka lagu tu... liriknya penuh makna. I
tak kisah orang tu kutuk cakap
I jiwang karat. Oh ya, Puteri... sebenarnya bukan I nak kata suara dia tak sedap
, tapi I tak bagi dia nyanyi sebab nanti suara tu buat I jadi teringat-ingat pa
da orangnya... bahaya rindu pada kekasih orang." Umar Aisy bercakap seolah-olah
tidak ada noktah sehingga aku tidak berkesempatan untuk mencelah. Habis dicerita
kan kepada Puteri Hazirah yang seolah-olah sedang menghakimi siapa yang benar da
n siapa pula yang salah.
"Ayat yang akhir tu dah tak relevan."
'Haa, kan dah betul!'
"Memang tak relevan!" ulangnya tegas.
"Adoi, apalah relevan tak relevan nil" keluhku pura-pura tidak faham.
"Baiklah kita balik... I nak minum teh o ais limau macam semalam," tambahku lagi
.
"Tapi lagu tadi you belum nyanyi lagi." Puteri Hazirah tiba-tiba mengingatkan pe
rkara yang aku yakini Umar Aisy sudah terlupa.
"Aah lah Que Sera, Sera!" sambut Umar Aisy.
"You tahu tak Kiew... hari tu sempoi aje member kita ni menyanyi. Macam bagus aj
e I tengok." Ayatnya yang akhir itu mencuit hati. Ketawaku lepas mengenangkan wa
ktu itu.
"Que Sera, Sera. Whatever will be... will be. The future's not ours to see. Que
Sera, Sera. What will be... will be." Lelaki di sebelahku bernyanyi perlahan.
Aku terdiam. Terpaku mendengar alunan suaranya yang meresap jauh ke dalam hatiku
.
"What will be... will be," kata Umar Aisy.
Aku mengangguk ketika pandangan kami saling beradu.

SELEPAS menunaikan solat, kami minum petang di taman kecil yang terletak di bela
kang rumah Puteri Hazirah. Enak benar rasanya menikmati teh o ais limau dan cucu
r bilis sambil dipuput bayu yang dingin.
"Baju yang Abang Umar pakai sama macam warna buah ni," kata Megat Hanif sambil m
emegang sebiji buah lemon. Memang di sudut sebelah kanan taman terdapat sebatang
pokok lemon. Bergayutan buah-buahnya yang berwarna kuning dan hijau.
"Cantik tak warna baju ni?" sambut Puteri Hazirah.
Aku tahu dia sengaja hendak menjurus pada T-shirt yang kubelikan untuk Umar Aisy
.
"Cantik!" jawab Megat Hanif agak lurus bendul.
"Hanif dah siap kerja sekolah ke belum?"
"Belum."
"Kalaubelum... pergi buat sekarang."
Bingkas Megat Hanif bangun, lalu masuk ke rumah. Puteri Hazirah tersenyum-senyum
memandang kami. Lebih lebar senyuman yang terukir di bibirnya apabila Megat Han
if melaung memberitahu yang Fitzri sudah sampai. Kami saling berkenal-kenalan.
"Okey tak paper hari ni?" soal Puteri Hazirah gusar.
"Alhamdulillah... dan yang lebih penting, exam dah habis. Jadi, apa rancangan es
ok?"
"Esok nak pergi Caversham... lepas tu shopping. Lusa baru kita pergi Fremantle."
Begitulah perancangan yang sudah diaturnya.
SELEPAS bersarapan pagi barulah kami berangkat ke destinasi. Laluan sejauh 19 ki
lometer untuk sampai ke Caversham Wildlife Park tidaklah begitu sibuk. Perlahan
sahaja Fitzri melarikan kereta. Dari kejauhan, sudah kelihatan pintu gerbang Cav
ersham Wildlife Park yang begitu gah tersergam. Fitzri memarkir kereta di kawasa
n khas yang telah disediakan. Angin yang menderu, sekali gus menghantar kedingin
an membuatkan aku menarik zip jaket ke paras maksima.
"Hari macam nak hujan ni," kata Fizri, Kami menyusuri laluan pejalan Taki hingga
sampai ke pintu masuk dan membeli tiket. Selepas melepasi pintu pemeriksaan tik
et, seorang pertugas menyambut kami dan memberi penerangan tentang taman hidupan
liar ini. Pelbagai spesies burung hantu, Quokka, kanggam, unta, Tasmanian devil
s, beruang koala, wombat, walabi dan dingo.
Kami melawat kawasan sekitar tetapi lebih tertarik ke kawasan yang menempatkan k
anggaru. Ada yang berwarna
putih dan coklat. Kami mengambil makanan khas yang disediakan untuk kanggaru di
dalam tong-tong besar yang diletakkan di beberapa lokasi. Jinak-jinak belaka dan
kanggaru ini suka makan di telapak tangan.
Kemudian kami ke kandang yang menempatkan beruang koala yang duduk di atas dahan
pokok kayu putih yang dedaunannya merupakan makanan kesukaannya.
"Koala bear ni tidur 18 jam sehari! Tengok tu... malasnya dia nak buka mata!" je
las Puteri Hazirah.
Memang pun kami lihat beruang koala ini duduk di dahan dengan selesa dan tidur.
Hanya sesekali sahaja beruang koala ini membuka mata. Aku rasa inilah haiwan pal
ing malas dalam dunia yang pernah aku jumpa. Kerjanya tidak ada lain, melainkan

makan dan tidur sahaja.


"Kecil aje rupa-rupanya Tasmanian devils ni... tak macam dalam cerita Disney tu.
" Aku memberi komen ketika memandang Tasmanian devils yang bersembunyi di dalam
batang kayu.
"Kartun my dear... apa aje dia orang boleh buat," balas Umar Aisy.
Puteri Hazirah yang berjalan di hadapan kami tidak semena-mena berpaling.
"Excuse me... apa yang you cakap tadi Kiew?"
Aku dan Umar Aisy saling berpandangan. Terpinga-pinga.
"Apa yang you cakap pasal Tasmanian devils tadi?"
"Ohh, I cakap dalam cerita kartun... orang boleh buat apa aje! Iddya ingatkan Ta
smanian devils tu besar, tapi ruparupanya kecil aje," jelas Umar Aisy.
"Kartun my dear..." kata Puteri Hazirah sambil meleretkan suara dalam nada yang
lembut. Kali ini barulah aku tersedar itulah maksud pertanyaan Puteri Hazirah aw
al tadi. Bukan dia hendak tahu tentang Tasmanian devils, tetapi frasa my dear ya
ng Umar Aisy gunakan tadi seolah-olah memberi
tafsiran yang lain pula kepadanya, sedangkan frasa-frasa sebegitu sudah biasa me
niti di bibir Umar Aisy.
Hampir tiga jam kami merayau-rayau di sekitar kawasan ini. Hasrat untuk menaiki
unta terpaksa kami lupakan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Selepas makan malam, kami duduk berbual di ruang tamu sambil menonton televisyen
. Kemudian kami beralih duduk di taman setelah Fitzri pulang.
"Best ya bila ingat balik masa kita sekolah dulu," kata Puteri Hazirah.
Kami mula mengimbau, menarik peristiwa demi peristiwa dari kotak ingatan. Berkis
ah tentang guru-guru yang sangat komited dan penuh iltizam menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Tidak kurang juga kisah guru-guru yang bersikap sebaliknya, acu
h tidak acuh dan tugas mengajar macam tidak penting sahaja dibuatnya. Tentang gu
ru yang 'terlupa' hendak masuk ke kelas dan yang lebih 'pelik' sudahlah lewat, a
pabila masuk ke kelas, dia terus menyinga marah sebab katanya dari tangga lagi d
ia sudah dengar kelas kami bising sampai macam 'nak terangkat' bunyinya.
"Kesian kita kan... selalu kena belajar sendiri." Aku mengungkit.
"Nasib baik kita pandai... kalau tak, tentu hanyut." Dalam kesal, Umar Aisy memu
ji. Sebenarnya aku tidak menafikan hal itu kerana memang Umar Aisy merupakan sal
ah seorang yang mendapat keputusan terbaik Sijil Persekolahan Malaysia di sekola
h kami dulu, selain daripada... err... ah, lupakan saja! Nama yang sekilas tadi
menjelma segera bubar bagai asap ditiup angin.
PAGI lagi kami sudah sampai di Fremantle, sebuah bandar pelabuhan yang aktif den
gan aktiviti perikanan terutamanya di kawasan sekitar Fishing Boat Harbour. Kawa
san ini dipenuhi deretan restoran makanan laut dan kafe.
Kami ke E Shed Markets, iaitu sebuah pasar yang beroperasi di bangunan lama ala
Victoria yang mempunyai lebih daripada
80 gerai yang menjual beraneka barangan cenderamata.
Aku memilih pelbagai rantai kunci, topi, T- shirt, kotak tisu dan soft toy berua
ng koala dan kanggaru. Tidak lupa juga kacang macadamia panggang bersalut karame
l pesanan Kak Dhira dan nougat, iaitu coklat istimewa dari Australia. Aku begitu
teruja sehingga sempat mencuba seutas rantai tangan yang diperbuat daripada per
ak berbatu opal, tetapi mengenangkan harganya yang mahal, aku meletakkannya kemb

ali. Tidak berbaloi rasanya harga semahal itu untuk seutas rantai tangan, meskip
un batu opal merupakan tanda mata istimewa dari Australia. Penat berjalan di sek
itar pasar, kami duduk berehat di kerusi panjang yang disediakan.
"Boleh tak tunggu kejap... ada lagi yang I nak beli!"
"Take your time!" kata Puteri Hazirah, memberi isyarat kepada Umar Aisy yang dia
tidak perlu terburu-buru. Namun cepat sahaja Umar Aisy kembali. Tentulah kerana
dia tidak mahu kami lama menunggu.
"Okey, jom kita pergi makan... I dah lapar sangat ni!"
"Yalah... I pun lapar." Fitzri segera menyokong.
DERETAN kafe dan restoran makanan laut rata-rata menyajikan makanan popular di F
remantle iaitu fish and chips. Makanan inilah yang menjadi pilihan kami ketika m
akan tengah hari di Restoran Fishermans Kitchen. Keenakan isi ikan, udang, soton
g segar bersalut tepung digoreng rangup dihidang bersama kentang goreng dan sos
barbeku yang lazat memang sangat menyelerakan.
"Oh ya, tadi I beli ni untuk you!" kata Umar Aisy ketika kami sudah selesai maka
n.
Aku terpaku sejenak sebelum beg plastik bertukar tangan. Ragu-ragu untuk menilik
isi kandungannya pada ketika Puteri Hazirah mempamerkan rasa tidak sabar-sabar
hendak tahu apa yang Umar Aisy belikan untukku. Aku bercadang untuk menyimpannya
sahaja, tetapi Puteri Hazirah lebih pantas mencapai beg plastik di tanganku.
"Wow, opal bracelet!"
Tanpa disuruh-suruh, Puteri Hazirah terus sahaja mengambil dan mernakaikannya di
pergelangan tanganku. "Emm... cantik!" pujinya sambil tersenyum-senyum. "Oh, ta
di pergi beli nilah, ya! Untuk I tak ada ke?"
Menggelabah sedikit reaksi Umar Aisy mendengar pertanyaan itu. Tentulah dia tida
k terftkir yang dia sepatutnya membeli dua utas, bukannya satu sahaja. Tetapi da
ripada reaksi dan nada suara, aku tahu Puteri Hazirah hanya bercanda.
"Dia tentulah belikan untuk Iddya. Untuk you... nanti
I belikan," celah Fitzri yang duduk di sisinya. Aku dapat merasakan yang Fitzri
sudah membuat satu rumusan tentang aku dan Umar Aisy, walaupun baru semalam kami
bertemu. Mungkin di pandangan matanya, kami mempunyai hubungan istimewa.
"Coklat dan T-shirt... berbalas seutas rantai tangan. Tak lama lagi sebentuk cin
cin tanda. Lepas tu cincin pertunangan dan cincin kahwin!" Puteri Hazirah membua
t rentetan peristiwa yang pada andaiannya akan berlaku.
Sekilas sahaja aku memandang Umar Aisy pada ketika seribu rasa berbaur di dalam
hati. Kalut perasaan. Satu cubitan aku hadiahkan di lengan Puteri Hazirah untuk
usikan nakal itu. Mengekeh ketawanya.
"Apa-apa pun kalau jadi majlisnya nanti... jangan lupa jemput kami."
Aku malas hendak melayannya. Biarlah dia bercakap seorang diri. Berandaian itu d
an ini.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Aquarium of Western Australia. Spesies
ikannya hampir sama seperti yang aku lihat di Aquaria KLCC, cuma bezanya di sini
kami dapat menyaksikan persembahan singa laut yang licik dan sangat menghiburka
n.
Kami berhenti pula untuk berehat di satu kawasan hentian rehat yang disediakan.

Pantainya luas dengan pasir yang memutih sayup mata memandang. Kami menyusuri se
buah jeti yang mengunjur ke arah laut.
Sampai di bahagian pertengahan jeti, Puteri Hazirah menghentikan langkah.
"Haa penat... nak rehat kejap!" keluhnya sambil bersandar di palang kayu.
"Jom Iddya, kita jalan sampai kat hujung sana!"
Tidak sampai hati hendak menghampakan, apatah lagi di hadapan Puteri Hazirah dan
Fitzri, maka aku menurutinya. Kami berjalan seiringan hingga sampai di penghuju
ng jeti.
Tidak banyak kami berkata-kata. Masing-masing asyik sendiri menikmati pemandanga
n yang indah pada waktu senja kala matahari terbenam di kaki langit.
Senja yang indah dengan camar berterbangan. Pemandangan yang sungguh romantis la
gi syahdu. Aku membayangkan pada saat ini tentulah lebih indah jika bersama oran
g yang tersayang. Lantas aku meminjam dirinya sebentar... sebentar sahaja kerana
aku tidak berani hendak berlama-lama dengannya di alam mimpi.
Aku menebarkan pandangan ke arah laut sambil membayangkan diriku seolah-olah seo
rang penyair yang sedang melakar sekuntum puisi di dada pantai yang memutih. Pen
uh asyik aku memandang ombak yang berkejar-kejaran.
"You masih simpan rantai yang Baein bagi dulu?"
Aku tidak menyangka persoalan itu yang ditimbulkan, tetapi mungkin selepas meman
dang rantai tangan pemberiannya, maka terpanggil hatinya untuk bertanya.
"You ingat lagi ya tentang rantai tu." Aku tidak mahu memberitahunya yang rantai
itu sudah aku kembalikan kepada Baein.
"You masih ingat pada orang yang bagi rantai tu?"
"Ya... masih ingat." Aku memberi jawapan seikhlas hati.
"Ingat yang macam mana?"
"Sebagai seorang yang pernah I kenal. Takkan nak ingat lebih-lebih pulak... dia
kan suami orang! Eh, kenapa tanya yang bukan-bukan ni?"
Sepi. Rasa bersalah mampir perlahan-lahan di dalam hati kerana meninggikan suara
dalam ayatku yang akhir tadi. "Umar, tanyalah apa saja, kalau boleh jawab, I ja
wab. Tak ada rahsia apa-apa. Dengan Baein... cinta anak-anak sekolah. I main-mai
n aje. Tapi dengan Abang Lutfi... memang I letakkan seluruh harapan masa depan p
ada dia sebab dengan dia I rasa selamat dan dilindungi. Patutlah pun... rupa-rup
anya dia
abang' I." Ketawa kecilku mengakhiri kata kerana hati dicuit rasa lucu mengenang
kan perkara itu.
Sekilas wajah Umar Aisy aku pandang. Hati kecilku berbicara sendiri. 'Sesungguhn
ya denganmu aku rasa begitu juga, tapi aku tak berani nak letakkan hati padamu k
erana aku tidak mahu meletaknya di tempat yang salah.'
"Kenapa you pandang I macam tu?"
Aku tiba-tiba teringatkan isyarat dalam rnimpi setelah aku menunaikan solat isti
kharah dulukan tidak menemukan aku dengan Mohamad Lutfi, sebaliknya bayangan waj
ahnya pula yang menabiri mimpi. Dua kali aku bermimpi yang serupa dan aku tidak
berani mencuba untuk kali yang ketiga.

Mimpi hanyalah mainan tidur. Begitulah andaianku, sekali gus mengingkari isyarat
yang ALLAH beri lewat dalam tidurku.
"Ada perkara yang I nak cakap pada you."
Aku mengangkat kening, meminta dia meneruskan bicara. Wajah Umar Aisy kelihatan
tenang.
"Cuba teka siapa yang I jumpa masa kita kat E Shed Markets tadi?" Umar Aisy sepe
rti berteka-teki.
'Hmm... siapa ya?' Soalku perlahan kepada diri sendiri. Aku tidak terus menerjah
memberi jawapan, walaupun pada ketika ini yang menjelma di tubir mataku adalah
seraut wajah Baein. Mungkin dia. Mungkin... "I kenal dia?"
"Kenal... kenal sangat-sangat!"
"Entah!" Sepatah kata sebagai jawapan yang aku kira paling mudah dan selamat.
"I jumpa Baein."
Tepat sekali dugaanku. Aku mengetap bibir menahan rasa yang berbaur, namun seleb
ihnya bertalu rasa syukur kerana dia tidak kutemu, walaupun banyak waktu kami ha
biskan di situ; membeli barangan cenderamata di dalam pasar dan ketika bersantai
di tempat terbuka.
"Ingat tak masa I patah balik nak beli rantai ni?"
"Ohh!" Cetusan suara dari hati yang teruja bukan kerana kisah yang dibawa, tetap
i di luar dugaku jari-jemarinya mendarat di pergelangan tanganku. Seketika sahaj
a, tetapi kalutnya perasaanku hanya ALLAH sahaja yang tahu. Perasaan aneh tetapi
bahagia ini mampir jua, meskipun sudah sedaya-upaya cuba aku selindungkan. Aku
berharap agar Umar Aisy tidak dapat membaca hatiku lewat pandangan mata, gerak-g
eri dan lontaran suara. Kalau tidak, sudah pasti dia tahu aku menaruh hati terh
adapnya.
"Tak sempat nak bercerita panjang... sebab you all dah tunggu. Bila kali terakhi
r you jumpa dia?"
"Entah! Agaknya tiga empat tahun lepas. Macam mana dia sekarang?"
"Dah besar pun anak dia,"
"You tak jawab soalan I."
"Oh, tentang Baein ya! Hmm... dia nampak lebih matang. Yalah ... orang dah jadi
ayah!"
'Hah, balik-balik dia cakap pasal tu!' omelku di dalam hati, walaupun aku tahu U
mar Aisy hendak mengingatkan aku pada hakikat yang Baein sudah berkeluarga. Suda
h beristeri dan punya anak. Dia hendak menyedarkan aku yang harapan untuk membin
a kehidupan dengan Baein, sudah tiada lagi. Kalau mungkin aku masih mengharap, k
ambuskan sahaja impian itu. Mengharap kasih yang tidak pasti, bimbang nanti aku
jugak yang menjeruk hati.
"Umar, you tak payah cakap banyak kali dan tak perlu nak ingat-ingatkan I. I tah
u Baein dah kahwin... dah ada isteri dan anak!" Tiba-tiba meledak suaraku. Sukar
mengawal perasaan. Umar Aisy terpinga-pinga.
"Sorry, Umar. I tak maksud nak marah you, tapi tolonglah..."

Sepi mengisi ruang antara kami. Hal Baein tidak mahu aku fikirkan lagi. Aku suda
h meletakkan tanda noktah.
Biarlah selamanya begitu.
"Katanya, tak lama lagi dia nak balik KL." Umar Aisy seperti hendak menduga hati
ku dengan sebaris ayat itu.
Aku tetap bertahan dengan riak wajah selamba kerana kata-kata itu tidak memberi
apa-apa makna kepadaku.
"Yalah... takkan selama-lamanya nak duduk kat negeri orang. Err... dia ada cakap
nak jumpa member-member lama bila dia balik sana nanti. You nak join sekali?"
"Why not!" Aku memberi jawapan yang spontan. Bukan pengucapan kata yang lahir da
ri hati. Tapi apa salahnya bertemu? Apa yang nak aku takutkan? Fikirku pula. Ya.
.. apalah salahnya bertemu?
"Betul ni?"
Aku menggangguk dengan penuh pasti. Persoalan itu hendak aku lupakan sahaja. "Jo
mlah Umar!" ajakku sambil mula melangkah. Kami berjalan seiringan sambil berbual
dan sesekali ketawa.
"Hmm... nampak dari jauh macam loving couple... bila dah dekat... memang sah!" A
palah tujuan pengucapan kata Puteri Hazirah kalau tidak kerana dia hendak mengus
ik kami.
"Loving couple? hmm... patutnya I buat macam ni supaya nampak lebih loving." Ser
entak itu, Umar Aisy meletakkan tangannya di atas bahuku. Ditarik rapat tubuhku
hingga aku bisa mendengar helaan nafasnya. Erat dan kejap pautannya hingga aku s
eakan-akan tidak boleh bergerak.
Tetapi sebenarnya masih ada ruang untuk aku membebaskan diri, tetapi aku... aku
tidak mahu berbuat begitu. Aku senang dimesrai, malah lebih dahsyat lagi, aku su
dah mula membayangkan lebih lagi. Iddya dan Umar Aisy. Kami saling melengkapi da
n saling memerlukan.
Aku tidak tahu entah sejak bila hadir perasaan dan keinginan ini sama seperti ak
u tidak sedar entah bila tanganku memaut lengannya. Aku seperti dirasuk dan terb
ius. Hilang dalam diri.
"Ehemm!"
Sehinggalah akhirnya bunyi dehem itu mengembalikan aku ke alam realiti.
Subhanallah! Perlahan-lahan aku menolak tubuh Umar Aisy menjauh pada saat aku se
benarnya mendambakan kehangatan pelukannya. Puteri Hazirah tersenyum-senyum.
Aku mengetap bibir menahan rasa malu.
AROMA yang harum semerbak menyambut kepulangan kami. Di taman belakang rumah, Un
cle Megat sedang memanggang rusuk kambing, ayam, sosej dan jagung. Ubi kentang p
ula dibungkus dengan kertas aluminium. Auntie Azida yang datang dari dapur melet
akkan semangkuk besar nasi goreng di atas meja. Megat Hanif pula yang membawa ma
ngkuk berisi salad buah-buahan. Puteri Ivana Batrisya duduk berayun di atas buai
an sambil membaca majalah.
Kami makan malam bersama-sama. Tidak lama selepas itu, Fitriz meminta diri untuk
pulang. Aku pula, sekejap sahaja duduk berbual sudah terasa mengantuk benar.
"Pergilah tidur dulu. I nak berbual dengan Kiew... esok dah nak balik," kata Put
eri Hazirah.

"Good nite!" ucapku lalu mula mengatur langkah.


"Sweet dreams... Kiew cakap nanti dia jumpa you dalam mimpi!" usik Puteri Hazira
h.
"Okey!" Bersahaja aku membalas gurauannya. Umar ketawa mendengar usikan Puteri H
azirah itu.
KEESOKAN paginya, Fitzri tiba tepat pada waktu yang sudah dijanjinya malam tadi.
Dia membantu memasukkan beg pakaian aku dan Umar Aisy ke dalam boot kereta.
"Nanti kirim salam pada keluarga di sana," pesan Auntie Azida ketika aku menyala
mi dan mencium tangannya.
"Insya-ALLAH... terimakasih banyak-banyak auntie."
"Umar... nanti datang lagi!" kata Uncle Megat sambil menepuk-nepuk bahu Umar Ais
y sebelum dia masuk ke kereta.
Memandangkan masih ada banyak masa lagi, Fitzri tidak terus ke lapangan terbang.
Kami singgah mengisi masa yang terluang di Barrack Street Jetty. Bot pelancong
separa mewah Captain Cook Cruises menggamit hatiku.
"Kita dah nak balik... kalau tak I teringin nak naik bot tu menyusur Swan River
sampai ke Fremantle," kataku dalam keluhan. "Hmm... river cruise tentu satu peng
alaman yang menarik... dan dah tentu romantis! Nanti I nak bulan madu kat sini."
Tiba-tiba aku beralih pada impian pula. Bercakap tentang sesuatu yang lebih ser
ius.
"Dengan I ke? Hmm... I boleh bayangkan bulan madu kita kat sini," ujar Umar Aisy
.
Wah, bukan main lagi Umar bercanda! Beraninya dia melahirkan kata-kata yang sepe
rti memberiku harapan.
"Mana boleh dengan you... nanti ada yang marah!"
"Siapa pulak yang marah?"
"Hah... tanya kita pulak!" balasku sambil membayangkan diri seolah-olah sedang m
elakonkan drama sebabak.
"Betul Iddya... tak ada siapa yang marah."
"Si dia yang jauh di mata?"
Umar Aisy tergelak-gelak. "Si dia tu ke? Tak ada... dia tak wujud pun."
'Hmm... pandai juga Umar berdrama, walaupun gugup sedikit suaranya!' "Hanya dala
m bayangan," ulangku dalam nada suara yang sengaja aku lunakkan. "Jauh di mata,
jangan sampai jauh di hati, Umar. Genggam bara api, biar sampai jadi arang la."
Penuh emosi aku mengungkap kata-kata.
Kembali aku menatap mukanya. Bibir Umar Aisy yang tampak lembut dan kemerahan be
rgerak-gerak. Pastilah mindanya sedang menyusun patah kata-kata untuk dijadikan
dialog lucu dan penuh jenaka. Tidak sabar hendak mendengarnya. Aku tersenyum-sen
yum menanti.
"Iddya, kalau you sudi... nanti I bawa you bulan madu kat sini."
'Umar, usahlah kau berbicara begini kelak nanti aku terharap-harap pula.'

"Err..." Lidahku terasa kelu hingga aku tidak dapat hendak berkata-kata.
"You tak perlu jawab sekarang kalau you belum bersedia. Never mind... take your
time. Bertahun-tahun I sanggup tunggu, takkan kali ni pulak tak boleh."
Aku tidak pasti sama ada Umar Aisy sudah keluar dari drama sebabak yang kucipta
ataupun dia masih sedang berdrama. 'Umar, usahlah dipimpin tanganku ke dalam api
cinta yang marak menyala, kelak apabila tiba masanya nanti kau harus pergi kepa
da 'si dia', terlonta-lontalah aku sendiri merawat hati luka.
Usah dilontar hatiku ke lembah duka nestapa, meskipun aku terhutang budi padamu
kerana kau sudi berkongsi kedukaan dan kesedihanku. Walaupun kau telah meminjamk
an kekuatan semangat dan ketabahan hingga aku mampu berdiri dan kini 'berlari' s
eperti dulu. Umar, soal cinta bukan lagi keutamaanku. Aku hanya hendak bergembir
a dan ketawa. Itu sahaja!' Hatiku mula berkata yang tidak-tidak.
"Umar... I main-main ajelah! Tadi tu skrip drama sebabak yang belum ada tajuknya
!" terjahku dalam nada suara sedikit terjerit kerana aku perlu mengembalikannya
ke alam realiti, sekali gus menduga kesungguhan kata-katanya tadi.
Umar Aisy juga ikut ketawa. "I pun main-main jugak!"
Suaranya berbisik di telinga. Kemas pautan tangannya di bahuku. Ditepuknya dua t
iga kali sebelum dia berlalu menuju ke arah Fitzri dan Puteri Hazirah.
'Oh, mujurlah aku dapat mengawal diri! Mujurlah aku dapat membendung rasa hati,
kalau tidak, akulah nanti yang malu sendiri.'
"Berbisik ni... kesannya meresap jauh ke dalam hati."
Aku menebar pandangan ke Swan River yang kebiruan airnya. Tenang lagi damai.
"You dengar ke apa yang I cakap tadi?"
"Dengar."
"Jadi betullah you dengan dia..."
Aku membalas pertanyaan Puteri Hazirah dengan senyuman. Kalau panjang umur, perj
alanan hidupku masih jauh lagi. Que Sera, Sera. Whatever will be... will be. Aku
tidak tahu apa yang menanti di hadapan. Pasrah dan berdoa sahaja untuk yang ter
baik. Kalau ada jodohku dengan Umar Aisy, syukur alhamdulillah. Kecil telapak ta
ngan, nyiru aku tadahkan. Aku merasakan dialah orangnya yang ALLAH gantikan sete
lah DIA mengambil Abang Lutfi daripadaku. Aku sanggup memamah kata-kataku sendir
i kerana dahulu aku pernah ketawa mendengar Sulaiman berkahwin dengan Aini Mastu
ra. Tidak ada salahnya berkahwin dengan teman sekolah!
Puteri Hazirah dan Fitzri menunggu sehinggalah tiba masanyakami masuk ke balai b
erlepas. "Jagadiri baik-baik... jaga hati dia baik-baik," pesan Puteri Hazirah.
"Kalau dia tak jaga hati I?" soalku sengaja memprovok.
"Dia dah lebih dari jaga. Iddy... you jangan nak berimaginasi yang bukan-bukan.
Kiew tak ada orang lain... selama ni dia tunggu you."
Seraut wajah Puteri Hazirah kutatap. Mencari kepastian dalam kata-kata yang menj
anjikan sejuta harapan.
"Betul... I dah tanya dia malam tadi. Dia dah ikut you
sampai ke sini Iddya ... takkan you tak faham-faham lagi."
Berkelana ingatanku, lalu singgah pada perbualan kami di Barrack Street Jet
ty. Ya... tadi juga Umar Aisy mengaku, 'si dia' sebenarnya tidak wujud. Betapa t

erujanya aku dan sempat membayangkan keindahan berbulan madu di sini ...sehingga
lah akhirnya apabila aku ingin menduga keseriusannya melahirkan kata-kata, Umar
Aisy mengaku yang dia hanya bercanda. Lantas apalah harapan yang Puteri Hazira b
awakan untukku? Tidak ada apa-apa!
"Que Sera, Sera. Whatever will be... will be," rumusku menutup ruang bicara kera
na Umar Aisy dengan Fitzri sedang menghampiri kami.
"Tapi..."
Gelengan kepalaku mematikan suara Puteri Hazirah. "Keep in touch." kataku mengha
rap agar kami akan selalu berhubung. Kami saling berpamitan.
Percutian ini memang sangat menyeronokkan. Betapa tidak, celik mata sahaja dan s
elepas bersarapan, kami dibawa oleh Puteri Hazirah 'mengukur' segenap ceruk dan
pelosok bandar Perth dan Fremantle.
Ketika itu kami seakan-akan tidak kenal erti penat. Seperti anak kecil yang baru
'mendapat kaki'... kemaruk benar berjalan. Ditambah pula dengan cuaca yang ding
in dan nyaman, tubuh sepanjang masa berasa segar.
Hanya apabila sudah berada dalam perut pesawat, barulah bongkar rasa penat. Baru
lah rasa letih lesu urat nadi. Aku tidak tahu selama enam jam perjalanan pulang,
entah berapa lama aku terlena dengan kepala terlentok di bahu Umar Aisy. Mujurl
ah dia duduk di sebelahku. Kalau tidak... entah di atas bahu siapa, aku tumpang
bersandar.
"MAMA cakap Iddya pergi Perth," soal Abang Lutfi yang datang sehari selepas aku
pulang dari Australia.
Aku mengangguk sambil memandang inai di jari-jemarinya. Bahagian kuku yang baru
sudah mula kelihatan sedikit kerana sudah hampir dua minggu majlisnya berlangsun
g.
"Sampai hati... sikit pun tak bagi tahu abang yang Iddya nak pergi sana." Ada ra
juk dalam nada suaranya. Sebenarnya memang aku terftkir hendak memberitahu Abang
Lutfi, tetapi aku membatalkan niat pada saat akhir. Aku tidak pasti dengan kead
aan ketika ini. Bersungguh-sungguhkah dia hendak tahu tentang diriku atau sekada
r bermanis mulut saja? Dalam fikiranku, sebab kedua itulah yang mendorong dia be
rtanya. Kalau langsung tidak peduli, nampak sangatlah begitu mudah dia melupakan
aku, Sedangkan pada hakikatnya, aku sudah terhumban
dari hatinya. Langsung tidak bererti apa-apa lagi. "Hairan juga bila call tak da
pat... tu yang abang tanya
mama," jelasnya lagi.
Memang setelah aku menelefon abah sebaik-baik sahaja aku sampai, terus aku memat
ikan talian kerana aku sudah meninggalkan nombor telefon rumah Puteri Hazirah ke
pada abah untuk menghubungi sekiranya perlu.
"Kenapa nak call? Abang kan tengah bulan madu."
"Iddya tak ingat pada abang?" soalnya pula.
Untuk apa aku ingat dan terkenang-kenang kepadanya yang sedang berbahagia mengec
api saat manis berbulan madu? Soalku di dalam hati, sedangkan sebenarnya kontra
benar dengan realiti. Rasanya tidak pernah walau sesaat pun aku melupakannya. "I
ngat..." 'Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja,' sambungku di
dalam hati. Abang Lutfi tersenyum. Kiranya jawapan sebegitu yang
ingin didengarnya.
"Iddya ada beli oleh-oleh untuk abang," kataku untuk melunakkan hatinya.

Sebenarnya memang banyak oleh-oleh yang aku beli untuk Abang Lutfi. Pantang jump
a dan aku rasa sesuai, maka terus aku beli, walaupun sepanjang percutian
itu aku cuba melupakannya. Cuba melupakan kenangan lalu dan kisah cinta yang pen
uh luka.
"Nanti Iddya ambil kat atas." Segera aku naik dan beberapa minit kemudian, kemba
li dengan sebuah beg plastik yang sederhana besar. "Tiga helai T-shirt dan baran
g-barang ni semua untuk abang. Coklat, soft toy koala bear dan kanggam dalam beg
plastik ni bagi pada Arija," pesanku.
Hanya apabila renungan mata Abang Lutfi menikam ke mukaku, barulah aku tersedar
ada yang tidak kena. Tetapi sungguh, memang tiada satu apa pun yang aku belikan
untuk 'dia'. Memang tidak kubelikan apa-apa!
'Maaf bang... hati Iddya masih tak dapat berkompromi.' Aku menghantar kata-kata
dalam pandangan mata, benar-benar mengharap pengertiannya.
"Insya-ALLAH... suatu hari nanti Iddya boleh terima Hilda."
Aku mengangguk dalam ketidakpastian hatiku sendiri.
BANYAK sungguh kerja tertangguh di pejabat yang perlu aku bereskan. Semasa rehat
makan tengah hari, barulah aku berkesempatan memuat turun gambar-gambar yang di
rakam dalam kamera digital ke dalam komputer. Abang Zairi yang kebetulan masuk k
e bilikku sangat teruja memandang paparan gambar rumah-rumah banglo yang kurakam
ketika dalam perjalanan ke Fremantle.
"Nanti burnkan gambar-gambar ni dalam CD."
"Okey!" jawabku akur pada arahan. Sangkaku, Abang Zairi akan segera pergi, tetap
i yang nyata dia cukup berminat untuk melihat gambar-gambar seterusnya.
"Laa... mamat ni pun pergi jugak ke?" Aku ketawa kecil memandang jari telunjuk A
bang Zairi di skrin tepat di atas gambar Umar Aisy.
"Tak payahlah tengok gambar ni!" Aku cuba menahan, tetapi Abang Zairi menolak pe
rlahan tanganku. Kalau tadi dia hanya berdiri, kini sudah duduk pula. Satu per s
atu gambar
kenangan sewaktu di sana terpapar di skrin komputer.
"Hmm..." gumam Abang Zairi untuk kali yang entah ke berapa. Entah apa pula tafsi
ran dan andaiannya. Dia ketawa kecil apabila paparan tiba pada gambar kami berdu
a di atas bangku yang dipisahkan oleh sebatang pokok yang dirakam sewaktu di Kin
gs Park. Jari-jemarinya menekan paparan seterusnya dan berhenti lama pada gambar
kami berdua yang kelihatan intim dan mesra. Diulangnya dua tiga kali melihat ga
mbar yang sama. "Dua gambar yang kontra... nanti burnkan sekali."
"Hei, buat apa?"
"Saja nak simpan."
Menatap mukanya, aku sedar Abang Zairi serius melahirkan kata-kata.
"Nanti... tolong print untuk Iddya sekali, ya!" pintaku kerana di dalam biliknya
ada alat pencetak gambar berwarna.
"Abang tahu. . . Iddya nak simpan gambar ni bawah bantal," usik Abang Zairi.
'Ya,' jawab hatiku. "Abang bercakap dari pengalaman sendiri." Aku mengusiknya.
"Hmm... takkanlah tidak." Suara Abang Zairi berubah sedikit menjadi lebih romant
is. Dia tersenyum-senyum. Mungkin seraut wajah Kak Dhira terlayar di tubir mata
dan mereka sedang berbalas senyuman. "Okey, jangan lupa bumkan dalam CD!" kata A
bang Zairi lalu bangun.

Setelah Abang Zairi keluar, aku menatap skrin komputer. Merenung gambar aku dan
Umar Aisy. "Gambar dia ada dalam hati I." Terngiang-ngiang suara Umar Aisy di te
linga. Dalam ilusi, aku mengambus dan menguburkan impian.
LAMA aku berdiri dari jauh sambil memandang ke arah kedainya. Sejak balik dari A
ustralia, inilah kali pertama aku datang. Sebenarnya sangat susah apabila berper
ang dengan
perasaan sendiri kerana dia jua pautan hati.
"Takkan dah tak sudi singgah."
Suara yang menyapa memang sangat kukenal. Walaupun perlahan sahaja, tetapi apabi
la sedang melayan anganan, tentulah kesan kejutannya menjadi berganda. Aku mengu
sap-usap dada, cuba memanggil semangat kembali ke dalam diri.
"Sorry buat you terkejut," ucap Sim bersungguh-sungguh.
Aku tersenyum, cuba meredakan rasa bersalah di dalam hatinya.
"Lama you tak datang... ingatkan dah lupa pada I." Nada suaranya seperti berjauh
hati.
"Tak adalah Sim... takkan I lupa. I banyak kerja."
"So, how was your trip?"
"Great! Lalu aku berkisah itu dan ini secara ringkas dan mengakhirinya dengan ka
ta-kata,"... Puteri tak percaya you dah kurus."
Sim terkekeh ketawa. "Dia pesan nanti bila you kahwin... jangan lupa bagi tahu d
ia."
"Dia tahu?"
Aku mengangguk. "Oh, ya... Rhu Ying ada kat kedai?"
"You datang ni nak jumpa Rhu Ying atau Kiew?" Sim membalas dengan pertanyaan jug
a.
"Dua-dua!" jawabku ketika kami sudah melangkah masuk ke dalam kedai. Aku menghul
urkan beg plastik berisi oleh-oleh yang kubeli kepada Rhu Ying dan berbual seben
tar dengannya.
"Hai!" sapaku ketika menarik sebuah kerusi, lalu duduk tidak jauh dari Umar Aisy
.
Aku menebar pandangan ke sekeliling. Tidak ada yang berbeza di ruang ini kecuali
ada gantungan anak patung beruang koala dan kanggaru yang kami beli ketika di P
erth dahulu. Aku terkenang saat percutian yang manis di sana. Tetapi rasa hatiku
terhadapnya biarlah terus terkurung, diam bersembunyi di dalam dada. Tunggulah
hingga saat yang
paling tepat itu tiba, lalu akan terbongkar dan terserlah jua rahsia hati.
"You dah tengok gambar-gambar kita masa kat sana?"
"Bukan setakat tengok, tapi I dah frame pun gambargambar tu. Ada kat rumah."
Mencerlang mataku memandangnya. Berbaur rasa tidak percaya dan mengagumi.
"I hari ni baru sempat download... baru bum dalam CD. Kalau you nak, ada ni," ka
taku sambil mengeluarkan sekeping CD.

Dicapainya dalam senyuman. Sudah kuduga gambar yang 'agak ganjir itu lebih mencu
ri tumpuannya. Terkekeh-kekeh dia ketawa."I really had a great time, Iddya."
Sesungguhnya aku juga berasa begitu. Saat manis mesra yang tidak mungkin dapat k
ulupa.
"Nanti kita pergi lagi nak?"
'Pergi untuk apa? Honeymoon ke?' Mahu aku ajukan soalan-soalan itu, tetapi lidah
terasa kelu dek himpitan rasa malu. Aku gadis Melayu yang perlu menjaga kesantu
nan, lebih-lebih lagi dalam soal yang satu ini.
Akhirnya aku memberi jawapan dalam senyuman. Terpulanglah kepada Umar Aisy untuk
mentafsir makna.
"Jomlah... kata nak pergi beli hadiah!" ajakku kerana tidak mahu memanjangkan pe
rsoalan berhubung soal ini. "Untuk Renita," tambahku apabila dia bagaikan terlup
a.
"Lambat lagi."
"Memanglah lambat lagi... tapi you yang ajak I pergi beli hari ini."
"Alasan aje tu sebab nak suruh you datang sini." Selamba sahaja dia mengaku. Aku
seperti tidak percaya mendengarnya.
SETELAH memarkir kereta di Hotel Gurney Plaza, kami tidak terus naik ke bilik. S
ama seperti Sim dan Rhu Ying, aku dan Umar Aisy ikut bersiar-siar di tepi pantai
. Namun kami tidak pergi jauh, sekadar duduk di atas tembok di hadapan hotel pen
ginapan, Rhu Ying dan Sim entah ke mana. Kelibat kedua-duanya hilang dalam kegel
apan malam. Agaknya mereka sedang bercengkerama dan memadu kasih. Haa... sampai
ke situ pula hinggapnya fikiranku. Bayangan itu segera kuusir pergi.
Terkenang pada Renita yang seusiaku, tetapi sudah mendirikan rumah tangga dan ma
jlis perkahwinannya kami hadiri siang tadi. Aku bertanya kepada diri. 'Aku ni bi
la lagi? Serunya macam sudah ada, tapi belum pasti. Bukan aku menunggu bulan jat
uh ke riba, tetapi aku menunggu si dia di sebelahku ini... si dia yang tidak kus
edar entah bila menjadi si jantung hati. Biarlah dia kahwin dahulu kerana selagi
belum, manalah tahu masih ada peluang untuk aku berkongsi hidup dengannya.
"You fikir dia orang tengah buat apa agaknya?" Nakal sahaja nada suara Umar Aisy
. Tidak kusangka lelaki di sebelahku ini sedang memikirkan hal yang sama.
"Duduk berbual-bual macam kita." Aku memberi jawapan dari sudut yang paling murn
i, walaupun sebenarnya hatiku meragui.
"Tengah 'ringan-ringan' kut!" Umar Aisy memberi pendapat dari segi logik akal ke
rana macam-macam andaian boleh dibuat apabila sepasang kekasih duduk berdua-duaa
n di dalam gelap dan di tempat yang terlindung dari pandangan. Memang tidak must
ahil mereka sekadar berbual, tetapi tidak mustahil juga lebih daripada itu.
"You cakap ni dari pengalaman?" soalku untuk mengusik, sekali gus ingin mengalih
tumpuan fikirannya.
Buat apalah kami hendak fikirkan sangat tentang Sim dengan Rhu Ying kerana merek
a sudah cukup dewasa untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara. Lagipun kalau
'sesuatu' berlaku, mereka sendiri yang akan menanggung kesan dan akibatnya.
"Ya!"
Bergetar dadaku demi mendengar jawapannya. Spontan helaan nafas rasa seperti ter

sekat-sekat. Seintim-intim aku dengan Abang Lutfi sewaktu kami 'bercinta' dahulu
, tidak pernah pengalaman sebegitu aku lalui, tetapi dia...
"Dari pengalaman orang lain yang I baca di internet dan majalah. Tapi sebenarnya
tak payah baca pun kita tahu."
Aku menghela nafas lega kerana sangkaku tadi dia bercakap daripada pengalamannya
sendiri.
"Nafsu dan keinginan ni bukannya senang nak dikawal. Sama ada kita yang menggoda
atau tergoda... boleh jadi salah satu atau kedua-duanya sekali. Sebab tu kita d
uduk kat sini. Kalau pergi kat tempat gelap macam tu... I tak jamin I boleh diam
aje tengok you!" kata Umar Aisy diiringi ketawa kecil. Satu pengakuan yang juju
r.
Tidak keruan sedikit perasaanku. Tidak mahu saling bertatapan, aku berpaling dan
pura-pura asyik memandang laut. Hanya apabila dia kembali bersuara, barulah aku
memandangnya kembali.
"I dapat rasakan yang sekarang ni I sedang digoda..."
"Hisy, perasanlah you ni!" pintasku sambil mencemik. Betapa tidak, sesuka hatiny
a sahaja dia membuat andaian yang bagiku lebih pada serkap jarang. Atau perasaan
yang selama ini cuba aku selindungkan, kini sudah berjaya menyelusup keluar, la
lu terzahir dalam lentuk-liuk tubuh, kerlingan mata atau suara.
Di luar sedar aku bereaksi menggoda, mengharap dia akan jatuh hati kepadaku.
"I digoda oleh perasaan I sendiri." Umar Aisy menyempurnakan ayatnya yang kupint
as tadi.
Aku menelan air liur. Betapa tadi aku memintas kerana menyangka Umar Aisy menudu
h aku menggodanya, tetapi kini alangkah malu kerana berandaian begitu.
"Mungkin betul jugak apa yang you cakap tadi ... yang I ni perasan. I tak pasti
sama ada pada perasaan I saja atau memang betul you tengah goda I."
Masih tidak lepas dari fikirannya persoalan itu.
"Memang I tengah goda you, Umar," kataku dalam sedar. Tidak berselindung di bali
k apa-apa. Nekad malam ini aku akan membongkar rahsia hati yang selama ini kusim
pan. Terburai ketawa Umar Aisy bagaikan dia baru mendengar sebuah kisah paling l
ucu. Melongo aku memandangnya.
"You patut dapat anugerah pelakon wanita terbaik untuk drama kita ni!" katanya d
alam ketawa yang masih bersisa.
Merudum semangatku. Hasrat untuk berterus terang aku
aku terus meluahkannya, entah anugerah apa pula yang
daku. Mungkin anugerah untuk pelawak wanita terbaik.
kasih dan sayang terhadapnya biarlah terus tenggelam
iarlah terus terkurung dan diam bersembunyi di lubuk

lupakan sahaja kerana jika


akan Umar Aisy berikan kepa
Lalu rasa
dan terbenam di sanubari. B
jiwa.

"Baein ada telefon I... dia dah balik sini." Aku terkejut sedikit mendengarnya,
tetapi sedaya upaya cuba aku selindungkan perasaan. Entah mengapa setiap kali me
ndengar namanya, pelbagai rasa menerjah hati. Sukar untuk aku tafsir dan menyata
kannya dengan pasti. Mungkin sekadar sedikit rasa terkilan. Tidak lebih daripada
itu.
"Dia ada tanya tentang you."

Aku diam sahaja. Tidak menyambut kata-kata Umar Aisy, walaupun ada keinginan di
dalam hati untuk tahu apa jua yang Baein tanyakan kepadanya.
"Dia tanya... ex-girlfriend dia masih solo atau dah kahwin." Nada suara Umar Ais
y kedengaran bersatu.
"Buat apa dia nak tau?"
Umar Aisy menjungkitkan bahu.
"Jadi apalah yang you bagi tahu dia?"
Kali ini Umar Aisy menggaru-garu kepalanya. "Tak ingat!"
"Haa... cakap minum teh hijau boleh kuatkan daya ingatan!" sergahku kerana aku t
ahu dia berpura-pura lupa. Dia segera membuat aku tertanya-tanya kerana dia hend
ak melihat reaksiku.
"I cakap tak lama lagi you nak kahwin." Ayat yang meluncur laju dari bibirnya me
mbuatkan aku hampir tercekik. "Nanti buatnya kalau I jumpa dia... mesti dia tany
a I akan kahwin dengan siapa."
"Dia tanya... you jawab, nak risau apa? Tak tahu dengan siapa... cakap aje denga
n I."
Sekali lagi Umar Aisy menggula-gulakan perasaanku. Membuai hatiku dalam harapan.
.. tetapi akhirnya nanti angananku jua terbakar.
PERTEMUAN dengan Baein hari ini takkan aku jadikan hari yang penuh emosi, sebali
kya hari yang penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa. Begitulah tekadku di da
lam hati. Seperti yang sudah dijanji, Umar Aisy menjemputku di rumah Abang Zairi
. Kami bersama-sama ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan seperti
daging kisar, spageti, cili benggala, cendawan butang yang segar, tomato puri, k
eju parmesan, roti bawang putih dan buah-buahan.
"Kan senang kalau kita beli sos yang dah siap ni?" kataku sambil menunjukkan der
etan botol-botol berisi sos spageti.
"You tak nak rasa ke kuah spageti yang I masak sendiri?" Umar Aisy cuba memancin
g perhatianku.
"Tentulah nak... cuma yang ni nampak lebih senang!" jawabku walaupun sebenarnya
ada keraguan di dalam hati tentang kebolehannya memasak.
"I dah pernah cuba guna sos ni... tapi I tak berapa suka." Umar Aisy memberi kat
a pemutus.
Memandangkan dia yang akan memasak dan lebih-lebih
lagi bercakap daripada pengalamannya sendiri, maka tidak perlulah aku hendak ber
bantah-bantah pula. Dari pasar raya, kami menjemput Renita sebelum ke rumah Umar
Aisy.
Inilah kali pertama aku berkunjung ke rumahnya. Melangkah masuk ke rumah, bau ha
ruman menyegarkan fikiran. Aku mengagumi hiasan dalamannya yang bertemakan moden
kontemporari. Ruang tamunya tidak terlalu sarat dengan perabot dan banyak ruang
yang dibiarkan kosong. Sedap mata memandang.
Sebagai orang yang paling akhir masuk, aku mengunci grill, tetapi membiarkan dau
n pintu ternganga luas. Sebenarnya aku bimbang, daun pintu yang tertutup rapat m
embawa tafsiran yang berbeza, walaupun aku bukan berdua-duaan sahaja dengannya.

"Kawasan ni selamat... so far tak pernah ada 'sesiapa' datang." Dalam dan penuh
makna kata-kata Umar Aisy.
"Jadi, sampai hari ni tak pernah tertangkaplah, ya!" Aku cuba memerangkap.
Umar Aisy ketawa. Lucu benar agaknya kata-kataku tadi. "Yang datang sini keluarg
a I... jadi buat apa dia orang nak tangkap. Lainlah sekarang... you dan Renita b
ukan muhrim I... tapi kalau kena tangkap dengan you, I lagi suka!" balasnya bers
ahaja.
Aku berjeda sambil mencerakin makna. Benarkah begitu harapannya? Kalau benar, bu
kankah ada cara lain yang lebih baik daripada menconteng arang ke muka keluarga?
"Tapi I fikir kalau kena serbu pun bagus jugak sebab I rasa kat kondo ni banyak
couples yang duduk serumah tanpa nikah... mistress pun ada." Ujarannya mematikan
lamunanku.
"Eh, mana you tahu ni?"
"Cuba you fikir...kalau jalan pegang tangan dan loving gila sampai dalam lif pun
boleh bermesraan tak kisahkan orang lain... takkanlah ayah dengan anak dara dia
kan? Gadisgadis duduk kondo mewah... bawa Bimer atau Merc... I tak fikir semuanya anak ora
ng kaya. Tentulah ada sugar daddy yang support!" katanya sebagai merujuk pada ke
hidupan mewah gadis-gadis yang pada andaiannya mungkin menjadi perempuan simpana
n kerana kalau tidak masakan mereka mampu tinggal di kondominium mewah dan meman
du sama ada kereta BMW atau Mercedes.
"Umar... jangan berprasangka... nanti dosa."
Umar Aisy ketawa. "Rosak... rosak!" keluhnya pula sambil tergeleng-geleng. "Rasa
nya apa yang I cakap tadi tu berasas. Hisy, dah tua bangka tapi berkepit dengan
perempuan muda... agaknya sebaya atau mungkin lebih muda daripada anak-anak dia
sendiri!"
Aku menjungkitkan bahu, tetapi dalam hati entah mengapa terbit juga rasa hendak
melihat dengan mata kepalaku sendiri gadis-gadis yang Umar Aisy maksudkan. Canti
k rupawan dan genit barangkali, maka aset itu dijadikan sandaran untuk memikat l
elaki-lelaki sepi yang poketnya penuh isi.
Mungkin begitulah kehidupan pada akhir zaman ini. Gadis-gadis mencari kesenangan
dan kemewahan dengan cara mudah... menggadaikan maruah dan harga diri. Yang si
lelakinya pula bagaikan tidak sedar diri; rumah sudah kata pergi, kubur sudah ka
ta mari, tetapi sentiasa mengidam untuk makan 'pucuk-pucuk muda'. Jadi mungkin b
etullah, kondominium mewah seperti ini yang seolah-olah tidak dapat ditembusi ol
eh pegawai-pegawai pencegah maksiat menjadi sarang mereka... bergelumang dengan
dosa dan noda.
Umar Aisy ke dapur apabila kedengaran suara Renita memanggilnya. Aku leka memand
ang deretan gambar dalam bingkai pelbagai saiz yang diletakkan di atas meja kons
ul. Satu persatu kuambil dan ku amati seketika. Kemudian lama pula aku menatap g
ambar Umar Aisy dengan Anessa bagaikan
itulah kali pertama aku melihatnya, sedangkan gambar ini pernah Umar Aisy tunjuk
kan kepadaku dahulu. Beralih pula perhatianku pada sebuah potret keluarga. Seora
ng gadis yang sedang duduk bertenggek di lengan kerusi mencuri tumpuanku. Berker
ut-kerut dahiku mengamati, sekali gus membuat perbandingan. Wajahnya mirip Aness
a. Mirip benar. 'Hmm... takkanlah pelanduk dua serupa,' bisik hatiku.
"Hai, tengok apa?" sapa Umar Aisy. Di luar sedar dia sudah berdiri di sebelahku.
"Err... yang ni Anessa, kan?"

Umar Aisy mengangguk.


"Yang ni?"
"Dia jugak!" Ringkas jawapannya seolah-olah tidak memberi apa-apa makna.
"Tapi... err..." Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya. Tidak past
i ayat apa yang harus terucap di bibir kerana hatiku terlalu cepat merumus.
"Dia tu kakak Nasuha. I tahu... selama ni you ingat dia tu girlfriend I." Umar A
isy sudah memintas.
Laju anggukan kepalaku, mengakui memang itulah andaianku selama ini.
"Tapi you tak cakap pun!"
"Saja tak nak bagi tahu. Lagipun you tak pernah tanya!"
"Jadi 'dia' tu yang mana satu?" soalku lalu kembali mengamati satu per satu seti
ap potret di dalam bingkai.
"Kan I dah cakap... I tak ada siapa-siapa."
Aku masih tidak percaya. "You simpan gambar dia kat dalam bilik, ya?" Begitu sek
ali rasa yang mendesak dalam hatiku untuk menatap wajah gadis yang berjaya mencu
ri hatinya. Entah mengapa. Barangkali aku hendak membuat perbandingan; apa lebih
nya dia dan apa kurangnya aku.
"Gambar dia I gantung kat dalam bilik. Atas meja kat tepi katil pun ada... pergi
lah tengok!" Serentak itu Umar Aisy mengangkat tangan mengarah ke bilik yang ter
letak di paling
hadapan. Pastilah itu bilik tidurnya.
Aku menggeleng. Walaupun kami sangat akrab, tetapi tidak tergamak pula aku henda
k masuk ke bilik tidurnya. Beralih perhatianku pada satu bingkai berukuran seder
hana besar yang tergantung di dinding. Gambar-gambar kami sewaktu di Perth. Buka
n kami berdua sahaja, tetapi dengan Puteri Hazirah dan Fitzri sekali.
"Haa... kat sini ada gambar dia... ni!" gurau Umar Aisy sambil jari telunjuk dih
ala ke arah gambarku.
"Tak boleh ke serius sikit?" tanyaku jengkel.
"I seriuslah ni! Hmm... cantik girlfriend I. Tapi dia ni kepala angin sikit!" ba
lasnya dalam ketawa.
Aku mencemik dan terus mengatur langkah menuju ke dapur. Renita sedang membasuh
buah-buahan di singki.
SETELAH merebus spageti, aku memotong dan menghiris bahan-bahan yang diperlukan
untuk membuat kuahnya. Umar Aisy yang memasaknya. Mula-mula dia menumis bawang b
esar yang sudah dipotong dadu. Kemudian dimasukkan daging kisar, tomato puri, se
dikit air, lobak merah yang sudah dikisar halus, hirisan cendawan butang, cili b
enggala yang dipotong kecil-kecil dan akhir sekali garam.
"Hmm... nampak macam tak sedap aje!" usikku meskipun aroma dari kuah spageti yan
g dimasaknya membangkitkan selera.
"Kalau tak sedap... I belanja you makan kat luar, tapi nanti kalau you kata seda
p... you pulak kena belanja I. Renita, you jadi saksi!" balas Umar Aisy.

"Okay, no problem!" balas Renita yang sedang sibuk memotong buah-buahan


"Macam budak-budak!" tambahnya memberi komen.
"Bukan apa... teringat balik masakita sekolah dulu. Kita ni dulu nakal jugak, ka
n?" Beralih pula tumpuan perbualan
kami pada kisah zaman persekolahan. Begitu rancak kami berbual tentang telatah k
ami yang nakal dan lucu.
"Tapi macam mana you boleh couple dengan Baein? Masa bila?" Tiba-tiba Umar Aisy
menjurus pada soal itu.
Aku tergamam, mengetap bibir menahan rasa yang berbaur. Sebentar lagi Baein akan
sampai. Aku tidak mahu merosakkan pertemuan ini dengan kenangan lalu yang seben
arnya sudah larut dari hati. Tidak berbekas apa-apa lagi.
"Ehemm!!"
Aku mengalih pandangan pada Renita yang sedang berdehem. Pastilah dia memberi is
yarat kepada Umar Aisy agar jangan menyebut atau mengungkit tentang hal itu lagi
.
"Boleh tak kalau kita tak sebut lagi tentang perkara tu? Keadaan dah tak sama la
gi macam dulu... dia kan dah kahwin? I bimbang kalau kita sebut-sebut... nanti I
tersangkut balik pada dia," gurauku pada akhir bicara. Cuba menyedapkan hati Um
ar Aisy yang pasti diulit rasa bersalah kerana membongkar kembali kenangan yang
sudah berkubur. Harapan yang sememangnya sudah hancur. Tetapi sesungguhnya tidak
mustahil kasih kembali bertaut kerana harapan yang sudah hancur bisa dicantum k
embali. Hah, kenapalah rasa jelik ini harus datang! Segera kuusir pergi sebelum
perasaan jahat itu menguasai hati.
"I'm sorry Iddya!"
"It's okay," balasku dalam senyuman.
"Hah... dah masuk waktu!" kata Umar Aisy sebaik sahaja kedengaran azan daripada
televisyen yang dibiarkan terpasang di ruang tamu. Sejenak dia mengira sambil me
nggerakkan jari-jemarinya. Entah apa yang sedang dihitungnya.
"You boleh sembahyang. Jadi, pergilah sembahyang dulu."
Terlopong mulutku memandangnya. Rupa-rupanya itu yang dihitungnya. Aku tidak ter
kata apa-apa.
"Oh ya, bilik tamu yang nombor dua tu, tapi kalau you
nak sembahyang dalam bilik I... yang depan sekali!" Semakin menjadi-jadi gurauan
nya. Entah dirasuk apa dia menjadi begitu galak mengusik. Seenaknya dia berkata
apa sahaja.
Ligat otakku berputar mencari idea untuk membalas. "Hmm... lebih banyak pahala k
alau sembahyang berjemaah!"
"You nak I jadi imam? No problem!"
Aku tidak segera memberi reaksi.
"Kenapa, you tak percaya I boleh jadi imam?"
Aku menggelabah. Tidak tentu arah perasaan. "Err... bukan! I nak sembahyang send
iri."

"Sembahyang berimam dapat 27 pahala... sembahyang sendiri, dapat satu aje!" Untu
k seketika ruang bicara diisi suaraku dengan Umar Aisy. Renita cuma memerhati ke
rana tentu dia tidak tahu hendak mencelah apa-apa.
"Alah, you tentu lebih tahu! Tapi serius I cakap, I boleh jadi imam."
Aku mengangguk-angguk tanda mengiakan. Kalau dia sudah mengaku, takkanlah aku he
ndak menidakkannya pula.
"Okeylah Renita, kami nak sembahyang dulu... you buatlah apa yang patut!"
Seiringan kami ke ruang tamu. "Senja-senja tak baik biarkan pintu terbuka... seb
ab syaitan banyak berkeliaran waktu ni," ujar Umar Aisy sambil menutup pintu.
Perasaan aku ketika ini tiba-tiba menjadi berlainan benar. Sejenak aku merasakan
kami tinggal berdua sahaja seperti baru memulakan kehidupan berumah tangga hing
galah akhirnya fikiranku hinggap di ruang dapur. Aku sedar, Renita berada di sit
u. Mungkin dia sedang memerhati kami dari jauh. Pantas aku membubarkan khayalan,
lalu mengatur langkah masuk ke bilik yang kedua pada ketika Umar Aisy masih ter
cegat di hadapan pintu biliknya.
SELESAI solat dan berdoa, aku merapikan solekan dan memakai kain tudung sebelum
aku terus ke dapur. Renita sudah pun menyiapkan semangkuk besar salad buah-buaha
n. Dihidangnya di atas meja bersama spageti dan kuahnya yang sudah Umar Aisy pin
dahkan ke dalam cooker. Gelas minuman, pinggan, sudu dan garpu juga sudah bersu
sun di atas meja. Enam set kesemuanya, sama seperti yang sudah kami bincangkan d
alam perjalanan tadi. Walaupun kami tahu Puteri Hazirah tidak dapat bersama-sama
malam ini, tetapi dengan menyediakan satu tempat duduk untuknya, kehadirannya b
agai dirasa.
"Ni tempat Puteri... kat sebelah dia Baein dan Umar duduk sini," Renita mengatur
-atur tempat duduk. Umar Aisy sebagai tuan rumah akan duduk di kepala meja. Baei
n dengan Puteri Hazirah akan duduk bersebelahan, tetapi memandangkan Puteri Hazi
rah tidak berada di sini, kerusi itu akan diduduki orang lain. Siapa lagi kalau
bukan isteri Baein, kerana itulah Renita mengaturnya bersebelahan.
Hatiku rasa berdebar juga untuk pertemuan kali pertama dengan isteri Baein. Sebe
lum ini aku sekadar mendengar cerita daripada Puteri Hazirah tentang yang empuny
a diri, wanita yang telah 'mengambil' Baein daripadaku. Ambil atau rampas? Entah
! Aku rasa kedua-duanya juga tidak. Aku dan Baein tidak pernah saling memiliki.
Perasaan yang hadir ketika itu hanyalah mainan hati yang selebihnya merupakan ci
nta anak-anak sekolah yang tidak menjanjikan apa-apa harapan bahagia.
"Dah siap?" soal Umar Aisy sebaik sahaja dia keluar dari biliknya. Aku dengan Re
nita mengangguk.
"Nanti tuan rumah duduk sini!" Renita menunjukkan kerusi di kepala meja.
Umar Aisy hanya tersenyum.
Bunyi deringan loceng yang bergema membuatkan dadaku spontan rasa berdebar-debar
. Di sebalik daun pintu yang luas terbuka, kelihatan Baein dan Sim. Aku cuba ber
tenang kerana lelaki di hadapanku ini benar-benar mencuri tumpuan. Penampilannya
berbeza. Dia kelihatan lebih tampan berbanding dahulu. Saat ini rinduku bagaika
n terbongkar. Aku cuba meredakan runtunan perasaan dan menjengah mencari seraut
wajah, tetapi yang nyata mereka berdua sahaja.
"Where's the other half?" Renita juga tertanya-tanya, cuma yang membezakan kami
adalah keberaniannya melontarkan suara, sedangkan aku hanya menyoal di dalam hat
i.
"Oh, dia masih kat sana... tak boleh balik lagi sebab kena siapkan tesis dia dul
u! Lagipun reunion ni untuk kita. / don't think your husband is here," balas Bae

in.
"Haa... reunion ni memang untuk kita!" akui Renita sambil memberi laluan kepada
Baein dan Sim untuk masuk.
"Bila isteri dan anak you balik nanti, kita buat gathering lagi... bolehlah kena
l-kenal," usul Umar Aisy. Dia seolaholah hendak memberi peringatan kepadaku yang
lelaki
bernama Syahrul Bahraein ini sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa, lan
taran itu usahlah aku mengimpi yang bukan-bukan.
"Iddya... apa khabar?" Serentak itu Baein menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Teragak-agak huluran tangannya kusambut.
"Alhamdulillah... baik-baikaje." Tidak kusangka-sangka genggaman yang longgar be
rtaut dalam genggaman yang erat seperti tidak akan dilepaskan hinggalah rontaan
kecilku meleraikan tautan.
"Jemput duduk," ajak Umar Aisy.
Dalam kekalutan perasaan, aku berjalan mendahului yang lain lalu duduk di sofa.
Mengharap Renita duduk di sebelahku di sofa berkembar dua, tetapi Baein yang men
gisi ruang. Selamba dan bersahaja tingkahnya.
"Macam mana pulak boleh tiba-tiba nak balik sini? Kerja kat sana tentu lagi best
. Gaji banyak... cuaca di sana pun lebih nyaman." Umar Aisy memberi pendapatnya
sendiri.
"Memang ramai yang tak nak balik. I pun ingat macam tu... nak tinggal menetap di
sana, tapi fikirkan orang tua I, sebab tu I balik."
Dalam banyak waktu, aku lebih banyak diam mendengar daripada berkata-kata. Dari
ekor mata, sesekali aku mencuri memandang Baein! Sangkaku sudah pudar rasa sayan
g bersama detik masa yang beredar, tetapi rupa-rupanya perasaan itu seperti kemb
ali menggebu. Sedaya mungkin perasaan yang tidak sewajarnya ini kuusir jauh-jauh
.
"You dari tadi diam aje," soal Baein.
"Dia tu diam sebab nak bagi peluang pada you bercakap. Kalau dia dah start berca
kap... tak boleh berhenti!"
Aku mendengar suara Umar Aisy. Mungkin reaksiku yang menggelabah membuatkan dia
berasa terpanggil untuk menjawab bagi pihakku. Aku menoleh ke arahnya, menghanta
r
ucapan terima kasih dalam senyuman.
"Okey, you all berbuallah... I nak tengok garlic bread kat dalam oven... entah-e
ntah dah hangus!" Serentak itu Renita bangun menuju ke dapur. Tanpa bertangguh,
aku ikut bangun mengekorinya.
"Dah okey ke ni?" Renita meminta pendapatku.
"Hmm... just nice!" Aku mengeluarkannya dari dulang pembakar dengan cermat.
"Kenapa panik aje bila cakap dengan Baein?"
Aku sedikit tersentak kerana tidak menyedari Umar Aisy sudah berada di sebelahku
. Bukan mahuku jadi begitu, tetapi perasaan itu tiba-tiba sahaja menjelma dan ak
u pula sukar mengawalnya.

"Betul ke I nampak panik?" soalku pura-pura tidak percaya, sedangkan aku mengutu
k diri sendiri kerana salah tingkah, kalut dan menggelabah.
"Memang you nampak panik." Renita memberi pendapatnya pula yang sekali gus menge
sahkan kata-kata Umar Aisy.
Aku tidak tahu apa yang hendak aku ucapkan. Wajah kedua-duanya kutatap, menghara
p sokongan dan kata-kata pendorong semangat.
"Relakslah Iddya!" kata Renita.
"Sejuk tangan you!" kata Umar Aisy sebaik-baik sahaja jari-jemariku berada dalam
genggaman tangannya.
Reaksi kedua-duanya yang prihatin meniupkan semangat ke dalam jiwaku.
"Cool, okay!" pesan Umar Aisy ketika dia meleraikan genggaman tangan. Aku mengan
gguk. Menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah menuju ke ruang makan.
SEKETIKA semuanya bangun menuju ke
meja makan, Umar Aisy menghantar
isyarat mata sambil serentak menarik
sebuah kerusi untukku. Lagaknya bagai melindungi diriku daripada Baein.
"Eleh, dengan I tak ada pun buat macam tu!" Renita tiba-tiba bersuara sambil men
cemikkan bibirnya.
"Laa... you kan dah duduk. Tapi kalau nak, boleh jugak. Okey, bangun!" gurau Uma
r Aisy. Renita terkekeh ketawa.
Umar Aisy seperti sudah lupa kerusi yang ditetapkan oleh Renita tadi untuknya di
kepala meja. Sebaliknya terus mengambil tempat duduk di sebelahku, walaupun di
pandangan mataku, Baein kelihatan seperti sudah melangkah menuju ke arah kerusi
yang sama. Sebenarnya aku lebih selesa Umar Aisy duduk di sebelahku kerana dia o
rang bujang, sedangkan Baein pula suami orang. Lebih banyak buruk daripada baikn
ya kalau hubungan kami menjadi rapat dan mesra.
Selalu aku dengar timbul konflik dalam rumah tangga
kerana kehadiran orang ketiga yang merupakan kekasih lama suami atau isteri. Cin
ta yang tidak kesampaian akhirnya mekar kembali. Bertaut dalam dakapan rindu dan
masing-masing ingin sama-sama kembali menyelusuri memori. Cinta ini memang terl
alu aneh sifatnya, tetapi aku tak akan membiarkan diri terjebak dalam hal-hal se
begini. Rasanya tidak aman hidup kalau memporakperandakan rumah tangga orang lai
n. Untuk apa mendabik dada kerana memenangi cintanya, sedangkan hidup orang lain
terpanggang di atas bara?
Ah, banyak lagi orang bujang, buat apalah aku hendak mengejar dan mengharap pada
kasih suami orang!
Tiba-tiba terasa kakiku dikuis. Hampir sahaja aku terlompat dari tempat duduk de
k hambatan rasa terkejut. Aku pasti Renita yang menguis kakiku tadi kerana kini
terangkatangkat pula keningnya.
"Baein tanya... sekarang ni you kerja kat mana?" Akhirnya Renita bersuara sambil
tergeleng-geleng kepala.
"I kerja dengan abang I." Menyedari tidak seharusnya aku mengelamun dan berkhaya
l jauh, aku cuba memberi tumpuan. Aku tidak mahu tertangkap lagi sedang berangan
angan dalam keriuhan orang lain sedang bercerita itu dan ini. Hati berasa gement
ar apabila sesekali aku menangkap mata Baein yang seperti tidak lepas daripada m

emandangku. Tenang... tenanglah hati. Buat-buat tidak tahu sahaja. Aku sudah men
gambil langkah pertama. Seterusnya mengajar hati untuk langkah kedua. Santai dan
bersahaja seolah-olah antara kami memang tidak pernah ada apa-apa. Tidak pernah
ada ikatan perasaan. Pun aku berjaya melakukannya, malah ada ketika-ketikanya b
erlebihan pula tahap keyakinanku sehingga aku dapat merasakan Umar Aisy dan Reni
ta menjadi pelik dengan perubahan mendadak sikapku, sedangkan sebentar tadi buka
n main kalut dan menggelabahnya aku. "Hmm... sedap spageti ni!"
"Sedap?"
Spontan aku menoleh ke sisi apabila suaranya menampan telingaku. Bertaut pandang
an mata dengan Umar Aisy. Aku mengangguk-angguk memberi kepastian.
Dia pula tersenyum-senyum.
"You dengar tak, Renita?"
Ketika mereka saling bertukar senyuman, barulah aku menyedari akan sesuatu. "Haa
... okey... okey! You just name the time and place!" kataku memberi janji.
Umar Aisy mengangguk dalam ketawa. "Hei, apa yang you all cakap ni? Kongsilah!"
rayu Sim sedikit keanak-anakan. Dalam keadaan begini, sifat itu kembali menjelma
di luar sedarnya. Mungkin dia merasakan kami seperti sedang makan di kantin sek
olah pada waktu rehat agaknya.
Aku membiarkan Umar Aisy bercerita dan hanya mencelah apabila perlu, terutama ap
abila dia menokok tambah seolah-olah memberi gambaran betapa aku memperkecilkan
kebolehannya memasak.
"Memang sedap spageti ni... nampaknya bolehlah kita buat gathering lagi kat sini
! Kiew jadi ketua!" puji Baein.
"Hei, apa pulak Kiew... Umar!" Renita membetulkan sekali gus mengingatkan Baein
pada hakikat itu.
"Alah, dah biasa panggil Kiew!" Baein meningkah.
"Panggilah apa aje... orangnya tetap sama." Umar Aisy segera menyuraikan. Pasti
dia tidak mahu memudarkan keriangan kami ketika itu.
"Banyak berbeza..." Baein menggantung ayat.
Aku menuntas pandangan ke wajahnya. Teman-teman yang lain pun begitu juga. Sepi.
Kami bagaikan sepakat dengan satu tujuan... menanti dia memberi komen seterusny
a.
"I tak sangka Kiew dah masuk Islam."
Sepi lagi. Masing-masing seperti enggan bersuara. Pasti ingin terus memberi ruan
g kepada Baein memberi
pendapatnya kerana hal ini baru sampai ke pengetahuannya. "Apa yang mendorong yo
u tukar agama?"
Ini merupakan soalan cepu emas yang mesti Umar Aisy jawab di hadapan kami semua.
Sepi, tetapi reaksi temanteman cukup aneh di pandangan mataku. Perlahan-lahan a
ku berpaling ke sisi. Aku tidak tahu sejak bila sepasang mata milik Umar Aisy me
lekat di mukaku. Entah mengapa dia bagaikan mencari jawapannya di wajahku.
Namun seketika sahaja kami bertentang mata sebelum cepat-cepat aku mengalih pand
angan kerana rasa bahagia yang menderu di dalam hatiku sudah terlepas, sekali gu
s sudah pasti terlukis di riak wajah. Aku tidak mahu sampai terkesan di mata Uma
r Aisy perasaanku yang 'gila' ini.

"Ceritalah apa yang pernah you cerita pada I dulu!" kataku seolah-olah mengajarn
ya pula untuk berkata-kata sambil cuba meredakan kekalutan perasaanku sendiri me
ngenangkan reaksinya yang aneh sebentar tadi.
Akhirnya, Umar Aisy membuka cerita tentang asal mula dia menukar agama. Tenang d
an bersahaja dia menyusun patah kata-kata. Semua khusyuk mendengar.
"So, minggu depan kita plan nak pergi mana?" soal Baein setelah kisah Umar Aisy
sampai ke penghujung.
"Minggu depan?"
"Minggu depan kan birthday you... kita nak celebrate kat mana?"
"OhhH" Aku teruja. Betapa dia masih ingat tarikh lahirku dan perkataan 'kita' ya
ng diucapkan oleh Baein kedengaran beralun lembut di telingaku. Kita yang membaw
a tafsiran aku dan dia sahaja atau kita yang membawa tafsiran kami semua? Aku ti
dak pasti yang mana satu.
Sejenak, hati bagaikan dirasuk sehinggalah akhirnya aku sedar pada realiti yang
tidak mewajarkan aku membayangkan diriku dengannya sahaja. Harus bersama yang la
in juga
kerana aku hanya mencari bala kalau membiarkan diri terjerat kepadanya. Ah, sebe
gitu banyak lelaki bujang, apa diharap kasihnya suami orang! Menutup kemas kisah
silam hingga tidak tembus walau sejalur sinar harapan untuk kembali melakar imp
ian.
"Apa kata kita raikan sama-sama?" Umar Aisy memberikan cadangan.
Aku sedar yang dia hendak mengelakkan aku daripada keluar berdua-duaan dengan Ba
ein. Satu perkara yang paling wajar dilakukan bagi menyelamatkan aku daripada te
rperangkap dalam kemelut hubungan dengan suami orang.
"I setuju," kataku tidak bertangguh.
"Kita nak pergi mana... ada cadangan?" soal Renita.
"Bora Ombak! I'm quite sure you all will like the placed Sim membuat iklan percu
ma untuk restoran tersebut.
"I like the ambiance... so romantic." Semakin lembut dan lunak suaranya. Sim ber
bicara seolah-olah Rhu Ying sedang duduk di hadapannya. Begitulah alunan perasaa
n pabila hati dilambung cinta. Segala-galanya indah belaka. Kalau gagal dan terp
utus di tengah jalan, aku tidak dapat membayangkan kesannya kepada Sim. Doaku, s
emoga ikatan kasih yang terjalin mencapai matlamatnya.
Selepas makan, kami berbual di ruang tamu, mengimbau kenangan lalu hinggalah bun
yi deringan telefon bimbit Renita mematikan suara kami.
Ringkas sahaja perbualannya.
"Thenesh dan dekat nak sampai... so I've to make a move!" Serentak itu Renita ba
ngun.
"Kita ni pun nak tunggu apa lagi?" soalku sambil ikut berdiri.
"I hantar you balik." Umar Aisy menawarkan diri untuk menghantar aku pulang.
"Tak apa... I boleh hantarkan sekali. Tiga orang aje..." kata Baein merujuk kepa
da dirinya, aku dan Sim.

Kami seiringan menuju ke pintu utama. Tiba-tiba Baein menghentikan langkah.


"Eh, ni gambar kat Perth kan?" soalnya sambil merapatkan diri untuk melihat deng
an lebih dekat.
"Ya," jawab Umar Aisy setelah sekilas dia memandangku.
"You pun pergi sekali?" Jelas sekali soalan itu diajukannya kepadaku.
"Err... a'ah!" Terangguk-angguk kepalaku.
"Jadi masa I jumpa Kiew kat Fremantle... you pun ada samalah?"
Aku mengangguk lagi.
Hal itu menjadi topik perbualan pula hinggalah kami menghampiri Thenesh yang sud
ah sedia menunggu. Renita memperkenalkan Baein kepada suaminya. Setelah itu, kam
i bergerak ke kereta Baein yang juga diparkir di luar pagar. Dia dengan lagak ge
ntlemannya membukakan pintu kereta untukku, di tempat duduk hadapan. Sebagai tan
da sporting, aku terus duduk tanpa bersoal jawab.
APABILA sampai di rumah Abang Zairi, Baein juga ikut keluar. "Bila lagi kita bol
eh jumpa?"
Bergayut-gayutan rasa bimbang di dalam hati kerana suaranya yang sedikit garau k
edengaran begitu romantis. Aku mengeraskan hati tidak harus lemah dan menyerah k
alah. Aku takkan meletakkan diri dalam situasi bahaya, takkan tunduk sekalipun g
odaannya bertali arus. Aku harus teguh berpegang pada pendirian yang aku tidak a
kan menjadi gadis perosak rumah tangga orang lain. Apa yang kuharap pada suami o
rang, waima dia bekas 'kekasihku' sekalipun?
"Tak tahu." Aku sendiri terkejut apabila jawapan yang boleh ditafsirkan seolah-o
lah terpulanglah kepadanya dan aku hanya menurut terpacul dari mulut pada ketika
hati sudah tetap dengan pendirian.
"Nanti I call."
Aku masih gugup. "Err..." Tidak jadi aku hendak meneruskan kata-kata apabila pin
tu pagar perlahan-lahan terbuka. Memandang ke arah rumah, aku nampak Abang Zairi
di anjung. Sama ada dia menunggu kepulanganku atau kebetulan dia keluar mengamb
il angin malam, aku tidak pasti. Pada ketika itu juga Sim keluar dari kereta.
"Good nite," ucapku kepada kedua-duanya sambil perlahan-lahan mengatur langkah.
Baru sahaja aku masuk ke bilik, telefon bimbitku berbunyi. Nama Umar Aisy terter
a di skrin.
"You dah sampai ke?" Terjahnya tanpa salam sebaik-baik sahaja talian aku sambung
kan.
Aku mengamati nada suaranya. Memang kedengaran sedikit cemas. Agaknya dia
percaya kepada Baein yang menghantar aku pulang. "Baru aje sampai. Kesian
jadi driver... lepas hantar I... dia kena hantar Sim pulak," ujarku untuk
itahu begitulah urutan yang berlaku, bukan sebaliknya. "Oh ya, kenapa you

tidak
Baein
member
call?"

"Tak ada apa... cuma nak pastikan you dah sampai rumah."
"Hey, don't lie to me must be a reason." Sengaja aku mengusiknya kerana aku dapa
t merasakan dalam hati Umar Aisy terselit rasa curiga, rasa tidak percaya kepada
Baein. "Tak baik berprasangka!" provokku.

"You tak faham, Iddya..." Umar Aisy tidak menyempurnakan ayat.


"Ada-ada ajelah you ni! Kenapa, you nampak dia macam masih ada hati lagi pada I,
ke?"
"You masih suka pada dia?"
Pertanyaanku belum dijawabnya, kini dia mengajukan soalan pula. Belit betullah d
ia ni! "Kalaupun mungkin I masih suka pada dia... suka sebagai seorang kawan. Ta
k lebih
dari tu sebab dia kan suami orang. Nak bergurau lebih-lebih pun I rasa takut. La
inlah dengan you atau Sim... I boleh main hentam aje! Eh, okeylah... I nak semba
hyang, lepas tu tidur! Layan you bercakap sampai pagi pun tak habis!"
Kali ini aku mendengar dia ketawa. Entah apa yang menggeletek hatinya, walaupun
lawakku tidak seberapa. Mungkin nada suaraku mencuit hatinya. Mungkin...
PUAS aku mengelak dan menepis, tetapi Baein nampaknya sengaja tidak mahu faham i
syarat yang aku beri petanda aku tidak mahu keluar berdua dengannya. Bagi aku, w
alaupun isterinya tidak ada di sini, itu bukan bermakna dia boleh berbuat sesuka
hatinya, apatah lagi pada perlakuan yang menjurus pada kecurangan.
"Malam esok I jemput you kat rumah," kata Baein sebagai merujuk pada janji temu
kami untuk ke Restoran Bora Ombak
"Oh, thanks, tapi sebenarnya I dah janji dengan Umar... nanti kita jumpa kat san
a!" dalihku dengan nada suara bersungguh-sungguh.
Mujurlah melintas idea itu di benakku pada ketika aku sedang terdesak memikirkan
alasan untuk menolak pelawaannya. Tidak perlu aku menyesakkan fikiran membuat p
ertimbangan kerana bagi aku, keluar dengan lelaki berstatus suami orang lebih ba
nyak buruk daripada baiknya berbanding kalau aku keluar dengan lelaki bujang.
"Okeylah... nanti kita jumpa kat sana!" balas Baein. Tidak keterlaluan kalau aku
katakan yang suaranya bernada kecewa, tetapi aku harus melakukannya jua demi ke
baikannya.
"Umar, malam esok I nak tumpang you. Nanti you jernput I kat rumah abang I, eh!
Lepas maghrib."
"Anything my birthday girl!"
Terasa semacam pula nada suaranya. Mungkin kata-kataku sebentar tadi kedengaran
seperti memberi arahan, maka dia membalas begitu. "Oppss... lupa pulak nak cakap
please! Sorry ya, Umar!"
"Hmm..." gumamnya.
Mungkin dia sedang sibuk ataupun mungkin dia tidak sihat. Aku berandaian sendiri
. "Are you okay, Umar?"
"Oh, I'm fine!"
"Habis tu, macam malas aje nak cakap," omelku seolaholah menjadi kesalahan pula
kepada Umar Aisy bernada suara acuh tidak acuh. Aku bagaikan menuntut keriangan,
sedangkan pada hakikatnya aku tidak berhak meminta begitu. Siapalah aku di sisi
nya? Bukan seorang yang teristimewa dan bertakhta di hati. Aku hanyalah pengisi
sepi. Sementara 'dia' belum pulang, aku cuma singgah dan menumpang sebentar di s
udut hatinya. Itulah yang harus aku ingat baik-baik, sekali gus sedar diri.
"Iddya... I tak tahu nak beli apa untuk you." Suaranya yang menampan telinga men
angguhkan hasratku untuk memutuskan talian.

"Tak payah beli apa-apa, Umar..." 'Berikan saja hatimu padaku,' sambungku dalam
hati. Dalam hati sahaja kerana aku tidak berani hendak meluahkannya. Apalah lebi
hnya aku berbanding 'si dia' sehingga memungkinkan Umar Aisy berpaling hati kepa
daku? Tidak ada apa-apa, melainkan keburukan, sedangkan keistimewaannya sangat k
urang.
"Eh, mana boleh macam tu! I must get something for
you... something to remember," protesnya. Aku suka mendengar nada suaranya yang
memberi gambaran seolah-olah istimewa juga diriku kepadanya.
UMAR AISY memandu dengan kelajuan sederhana menyusuri jalan di antara Ampang Poi
nt dan Hotel De Palma.
"Jauh lagi ke?"
"Dah tak jauh. Lepas ni belok kanan... sampailah."
Selepas simpang ke kanan, kereta yang dipandunya membelok ke jalan yang lebih ke
cil di sebelah kanan juga. Dari jauh lagi hatiku sudah teruja memandang Restoran
Bora Ombak yang sungguh elegan bermandikan cahaya lampu samar. Unik benar nampa
knya. Umar Aisy memakir kereta di hadapan gelanggang futsal yang terletak berseb
elahan restoran.
Restoran bertemakan Bali ini berkonsepkan restoran dalam taman dengan kolam dan
pintu gerbang menghiasi di bahagian luar. Sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke
pintu gerbang, aku tersentak sedikit mendengar bunyi paluan gong. Begitu unik ca
ra mereka mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Leka seketika aku memandang susu
nan kerusi dan meja di ruang terbuka, manakala di sebelah kanannya pula, di ruan
g yang berdinding kaca juga disediakan tempat makan. Aku membuang pandangan ke s
ekeliling. Mengagumi keindahan Laman Sore yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan
hiasan berciri Bali.
"Boleh pilih sama ada nak duduk di dalam atau di luar... di Tamansari Bali," uja
r si penyambut tetamu.
Namun belum sempat kami menjawab, aku sudah nampak Sim, Rhu Ying, Renita, Thenes
h dan Baein di tempat makan terbuka. "Dia orang kat sana!" kataku.
"Wow, grand entrance!" usik Renita ketika kami menghampiri.
"Sorry sebab terlambat!" Hampir serentak pula ucapan
itu terpacul dari mulut kami. Sejenak kami saling bertatapan sebelum tertawa. Du
a tempat yang masih kosong dan saling bersebelahan. Umar Aisy memberi laluan kep
adaku di sebelah Renita, manakala dia duduk bersila di sebelah Baein. Dari riak
wajahnya, aku seperti merasakan yang hal ini tidak diharapkan oleh Baein. Mungki
n dia mengharap yang sebaliknya.
Sesungguhnya aku sangat selesa begini. Duduk di sebelah Renita dan di sebelah la
gi insan yang tersayang. Saat ini untuk kali yang entah ke berapa, aku bertekad
di dalam hati untuk merebut cintanya. Aku ingin berkongsi kasih dengannya; bukan
seperti perkongsian kasih masa kami di alam persekolahan dahulu, tetapi sulaman
kasih dua jiwa. Lelaki dan wanita dewasa yang rasional dan matang fikiran. Berk
ongsi sebuah kehidupan di bawah satu bumbung. Ada ijab dan kabul.
'Iddya... di mana letaknya kemuliaan hati?' Suara dari dalam hati kecilku bertan
ya.
'Tapi sampai bila harus aku biarkan hasratku terkurung dan diam bersembunyi di d
alam dada? Sampai bila hati hendak berbisik sendiri melafazkan kata cinta?' berb
isik pula sebahagian lagi hati yang kini semakin lemas tenggelam dalam lautan ka
sih yang tidak bertepi.
"So, kita nak makan apa? Buffet?" soal Sim.

"Lecehlah buffet... nak kena bangun ambil makanan," ujar Renita memberi pendapat
.
Akhirnya kami meneliti menu di tangan dan membuat pesanan mengikut cita rasa mas
ing-masing.
"Kenapa lambat?" soal Renita.
'Kenapa lambat, ya?' Sekilas aku memandang Umar Aisy sambil menarik dari ruang m
emori peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Sebaik-baik sahaja memarkir kereta,
dia menghulurkan satu jambangan bunga yang diambilnya dari tempat duduk belakang
. Kuntuman mawar merah yang
tidak aku tahu berapa jumlahnya. Bukan tiga kuntum yang membawa makna, I love yo
u.
Hisy, entah siapalah yang memandai-mandai merekareka makna ni! Aku mendengarnya
lama dahulu. Daripada siapa lagi kalau bukan Kak Inez yang ketika itu sedang mab
uk cinta dengan Abang Amran. Tiga kuntum mawar merah pemberiannya sudah cukup me
mbuatkan Kak Inez merasakan dunia ini seolah-olah milik mereka berdua. Begitulah
hebatnya kuasa cinta!
"Lambat sikit sebab tempat parking penuh, kena tunggu orang keluar."
Memang benar kami perlu menunggu tempat parkir dikosongkan, tetapi tidaklah begi
tu lama. Namun begitu, aku menganggap jawapan yang merupakan 'bohong sunat' itu
lebih baik daripada Umar Aisy berkisah tentang punca sebenar kelewatan kami.
Betapa terujanya hatiku apabila jambangan mawar merah bertukar tangan. Keindahan
dan kelopaknya yang segar-bugar membuatkan aku lupa pada realiti sehingga mendo
rong pada tingkah laku yang bertujuan untuk menggodanya. Kudakap dan kukucup jam
bangan mawar merah dengan mata yang terpejam. Penuh penghayatan.
'Hmm... dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang, dua tiga boleh k
ucari, tapi manakan sama dikau seorang.' Hati kecilku sempat berpantun kasih. Me
ngharap pada dia seorang. Umar Aisy menyepi hinggalah akhirnya aku sedar sendiri
yang aku tidak harus menyimpan niat sebegitu terhadapnya. Alangkah malunya anda
i Umar tahu aku sedang berangan-angan, mengimpi harapan hidup berdua dengannya!
"Malam minggu memang macam tu!"
Suara Sim membawa pergi lamunanku. Aku segera memberi perhatian pada perbualan t
eman-teman. Tidak mahu
tertangkap sedang berangan-angan, lebih-lebih lagi makanan pesanan kami sudah mu
la sampai.
"Wah, kalau tahu tadi dah tentu I order kuey teow!" Bersuara lelaki di sebelahku
seakan-akan kesal tidak memilih makanan yang serupa kerana aromanya begitu memb
angkitkan selera.
"Tak apa... kita boleh kongsi," kataku tanpa sedar beberapa pasang mata menuntas
pandangan. Hanya apabila menyedari suasana di meja kami tiba-tiba bertukar sepi
, aku mengangkat muka. "Kenapa?" soalku tidak mengerti.
"Haa... nasib baik tak lupa kat meja kita ada birthday girl," jawab Sim. Tiba-ti
ba dia bertepuk tangan. Serentak itu dari arah sebuah wakaf yang lebih kecil, mu
ncul seorang gadis membawa sebiji kek dengan lilin yang sudah bernyala. Aku terg
amam dan menekup mulut. Berbaur rasa di dalam hati.
"Make a wish before you blow the candles" usul Thenesh.
Bukanlah menjadi amalan, tetapi aku turutkan juga sekadar untuk mengambil hatiny

a. Sambil memejamkan mata, aku memohon keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Di penghujung doa, tanpa silu aku memohon agar direstui cinta kasihku terhadap
'si dia'. Dia yang duduk di sebelah kananku ini... dia si jantung hati.
Setelah mereka mengalun perlahan lagu Selamat Hari jadi, aku meniup lilin hingga
padam. Ucapan tahniah daripada teman-teman seiring hadiah yang dihulurkan.
"Thanks... dan tak sangka pulak sampai ada kek."
"Ucapan tu untuk Baein... sebab dia yang bawa kek," jelas Sim.
Terkejut aku mendengarnya. Sangkaku mereka berkongsi membelinya, tetapi rupa-rup
anya daripada Baein seorang. "Thanks Baein!" Sekilas aku memandangnya kerana tid
ak berani hendak menatap wajahnya lama-lama. Bimbang akan terbit kembali rasa su
ka. Maklumlah, dia tu kononkononnya cinta pertamaku. Mungkin aku terlalu terpengaruh dengan cakap-cakap ora
ng yang pernah aku dengar, iaitu kita selalu tidak dapat melupakan cinta pertama
dan akan selalu ada rasa di dalam hati ingin kembali menikmatinya kalau ada per
temuan dan kesempatan.
Aku tidak mahu hal ini terjadi kerana keadaannya sudah tidak serupa dahulu. Mema
nglah aku masih bujang, tetapi Baein suami orang. Hakikat itulah yang memisahkan
, mewujudkan jurang yang paling dalam.
"You tak bagi apa-apa ke?" Soalan yang tidak aku sangkasangka itu terlontar dari
mulut Renita untuk ditujukan kepada Umar Aisy.
Aku ingin memberitahu mereka yang Umar Aisy sudah memberi sejambak bunga, tetapi
aku bimbang kalau perkara itu akan menjadi bahan usikan pula. Mungkin mereka ak
an bertanya mengapa jambangan bunga itu tidak diberi di hadapan mereka, mengapa
harus bersembunyi dan entah apa-apa soalan lagi!
"Oh, tak nak bagi kat sini, ya! Tak nak orang tahu apa yang dia bagi," rumus Ren
ita.
Umar Aisy hanya tergelak-gelak. "Tak tahu nak beli apa."
"Alah, takkan dia nak bagi kat sini... tak romantiklah!" tambah Sim mengusik.
Aku ketawa kecil kerana sedar kalau aku kalut dan menggelabah, mereka sudah te
ntu akan semakin galak, mengusik dan membuat pelbagai andaian.
"Eh, kita ni asyik berbual aje... marilah makan!" Aku menyuraikan.
"Iddya... hadiah I ni you buka kat rumah, ya!"
Menyerbu darah naik ke mukaku. Permintaan Baein mengundang gelisah dalam hati. A
ku cuba bertahan dengan riak wajah tenang. "Semuanya I buka kat rumah," kataku s
ambil menyisip air teh o ais limau. Menikmatinya
mengembalikan sedikit ketenangan.
Betapa dekat duduknya Umar Aisy denganku hinggakan helaan nafasnya seperti dapat
kuhitung. Aku merasakan yang dia sedang menggodaku. Suaranya bergetar di teling
a apabila sesekali dia bercakap dalam nada suara yang rendah. Selalu sahaja dia
melakukan sesuatu seperti dengan rasa kasih dan sayang. Mungkin kerana kehadiran
Baein, maka dia harus bereaksi begitu. Sesungguhnya, mungkin itulah yang sedang
cuba Umar Aisy lakukan. Suara hatiku segera mengingatkan pada ketika aku sudah
semakin ditimpa perasaan. Semakin membayangkan keindahan masa depan yang aku kon
gsi dengannya. Hatiku tidak pernah berhenti berharap sebenarnya.
"Dinner on me!" kata Baein sambil menghulurkan kad kreditnya kepada si gadis yan

g datang membawa bil.


Kek, hadiah dan belanja makan malam. Aku mula risau. Apapun, hati mengharapkan k
eikhlasannya. Hampir pukul
10.30 malam, barulah kami bersurai dan saling berpamitan.
WALAUPUN sudah menghidupkan enjin kereta dan menekan alat penghawa dingin, namun
Umar Aisy seperti belum bersedia untuk memulakan pemanduan. Aku kalih pandangan
ke sisi. Kami saling bertatapan. Entah dirasuk apa, tiba-tiba aku menjadi begit
u berani menentang pandangan matanya. Mungkin kerana cahaya yang kelam, tetapi s
elebihnya kerana aku digoda perasaan, Membongkar dan merungkai rasa takut dan ma
lu, aku nekad untuk mengucapkan kalimah keramat itu. Biarlah hendak jadi apa sek
alipun, jadilah kerana perasaan ini sudah terlalu lama terkurung di dalam dada.
Kalau terus aku biarkan terpenjara, kelak meranalah jiwa.
'Umar, I sayang pada you.' Namun rupa-rupanya suara itu hanya mampu berbisik di
dalam hati. Tidak terlontar keluar kerana aku tidak mahu kehilangan seorang saha
bat hanya kerana perasaan yang gila ini. Aku beristighfar. Mengucap syukur keran
a pada saat-saat akhir aku berupaya meredakan rasa yang bergelora.
"Tak tahu nak beli apa... harap you suka!" kata Umar Aisy sambil menghulurkan se
buah kotak berbalut warna perak kepadaku.
Aku terkejut kerana daripada kata-katanya tadi menunjukkan dia tidak membeli apa
-apa. Tetapi seperti yang sudah aku katakan berulang-ulang, aku tidak mengharapk
an apa jua pemberian berupa hadiah sebegini.
"You tak payah bagi apa-apalah Umar..."'... kerana aku hanya inginkan cinta dan
kasih sayangmu,' sambungku di dalam hati. Untuk kesekian kalinya hati sahaja yan
g mampu berkata-kata. Hatiku tidak cukup kuat untuk menghadapi saat penolakannya
. Lantaran itu, biarlah begini sahaja.
Mengasihinya dalam diam? Mengharap agar jodoh mempertemukan? 'Ah, alangkah bodoh
nya kerana tidak berterus terang! Manalah tahu dia dengan si dia sudah berpatah
arang. Hmm... jauh di mata, jauh di hati. Oh, minta-mintanya begitulah!' Suara j
ahat itu bergema di dalam hatiku.
'Mengapa mendoakan begini? Iddya... ikhlaskanlah hatimu dalam bersahabat.' Suara
suci bersih dari dalam segera mengingatkan. 'Ah, sudah kucuba bersungguh-sunggu
h, tapi hati yang satu ini tidak pernah mahu mengerti!' Hatiku berperang dengan
perasaan sendiri.
"Kenapa?"
Suara Umar Aisy segera menyedarkan aku daripada lamunan. Kenapa apa, ya?
Sejenak aku bagaikan tidak ingat apa yang menjadi topik bicara. Mujurlah hadiah
di tangan segera mengembalikan ingatan. Aku mendera otak mencari jawapan yang ti
dak memerangkap diri sendiri atau menimbulkan rasa curiga di dalam hati.
"Sebab... I tak bagi apa-apa pun masa birthday you... jadi I rasa malu nak terim
a hadiah ni."
Umar Aisy ketawa menyambut kata-kataku. "Bukalah..." pintanya bersungguh-sungguh
.
Bungkusan yang comel ini tidak dapat hendak kuduga isinya. Berdebar-debar dadaku
ketika pembalutnya kubuka. Pemberiannya berupa seutas gelang tangan. Hampir sam
a seperti gelang tangan yang pernah aku nampak dipakai oleh Kak Dhira. Katanya,
hadiah pemberian Abang Zairi sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Aku teringat pula kepada seseorang yang pernah kuberikan hadiah pada hari ulang
tahun kelahirannya. Seseorang yang kini sedang berbahagia mengecap hidup berumah
tangga dan insya-ALLAH tidak lama lagi akan bergelar bapa kepada zuriatnya send

iri. Mampir rasa sendu. Aku menarik nafas dalam-dalam.


"Ni trend terkini... my sister pun suka white gold." 'Siapalah yang tidak suka g
elang tangan secantik ini, Umar. Tapi alangkan rantai tangan opal yang kau beli
sewaktu kita di Fremantle dulu sudah aku kira mahal, inikan pula seurat gelang t
angan yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian? Tentulah bergandaganda mahal harganya.
"Umar, gelang ni tentu mahal... jadi I tak berani terima," ucapku dengan sebaikbaiknya.
"Jangan cakap pasal harga. Pakailah... I nak tengok!" Nada suaranya sedikit mend
esak.
Aku tahu soal harga bukanlah satu masalah kepadanya, tetapi pemberian ini tidak
sepatutnya aku terima. Barangkali kerana lambat benar reaksiku, maka Umar Aisy m
elucutkan rantai tangan opal yang kupakai, lalu gelang yang baru itu disarungkan
di pergelangan tanganku.
Aku seolah-olah melihat kembali ulangan peristiwa pada hari ulang tahun kelahira
n Abang Lutfi. Apa yang baru sahaja Umar Aisy lakukan sebentar tadi, sama sepert
i yang aku lakukan dahulu. Cuma bezanya, jam lama di tangan Abang Lutfi adalah p
emberian arwah isterinya, maka hatinya sedikit terusik dengan tindakanku. Sedang
kan aku pula rasa sangat
bahagia tika ini seolah-olah aku sudah berjaya merebut cintanya. Aku terdorong u
ntuk berandaian begitu kerana sewaktu aku memberi hadiah kepada Abang Lutfi dulu
, aku berikan juga bersama hatiku dan kini apakah gelang tangan ini diberi berse
rta hatinya sekali?
"Putih keemasan sesuai dengan kulit you," pujinya.
Pada tahap ini aku ingin berterus terang, tetapi keyakinanku terkunci, sekali gu
s menindih keberanian. 'Ah, alangkah bodohnya memendam rasa!' jerit sebahagian h
atiku yang sudah lemas tenggelam dek amukan rasa cinta.
'Hati... kutuk dan katalah apa saja. Aku lebih rela dari tak tahu di mana nak ak
u sembunyikan muka andai dia menolak cintaku. Kelak mungkin dia akan berkata, se
enaknya aku mengatur perjalanan hidup mengikut rasa hati; tak dapat memakna cint
a dengan Abang Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian, barulah aku berpaling
kepadanya mencari cinta.'
"Sebagai tanda kasih."
Aku kembali ke dalam diri demi mendengar suaranya. Tidak pasti apa yang telah Um
ar Aisy ucapkan kerana suaranya sangat perlahan dan aku tidak dapat mendengar de
ngan jelas.
"Eh, apalah you ni... you yang bagi, you pulak yang cakap terima kasih!" terjahk
u yang merumus ucapan terima kasih itu sepatutnya aku yang mengucapkannya. Denga
n keberanian yang masih bersisa, seraut wajahnya kutatap. Dahinya kelihatan berk
erut-kerut. Mungkin kata-kataku sebentar tadi mengelirukan. Entah!
Aku terpaku memandang usapannya di pergelangan tanganku perlahan-lahan dan beral
ih ke jari-jemari. Lalu digenggam erat seperti tidak akan dilepaskan lagi dan ak
u pula langsung tidak berusaha untuk meleraikan, walaupun aku boleh berbuat begi
tu sekiranya aku mahu. Aku yakin pasti, kini hati Umar Aisy sudah terbelah dua!
Satu untukku
dan satu lagi untuk si dia. Mungkin juga seluruhnya sudah berjaya kutawan dan me
njadi milikku seorang hingga tidak bersisa lagi untuk si dia. Menggebu impian da
n angananku dalam dakapan cintanya.

"Umar..." Spontan mati suaraku. Segera terlerai genggaman jari-jemari serentak k


etukan di cermin. Baem! Sangkaku dia sudah pulang, tetapi nyata dia sedang terce
gat di luar kereta.
'Ah, kacau daun betul Baein ni!' bentakku dalam hati. Mungkin Umar Aisy juga mer
asakan begitu walaupun rasa hati tidak dipamerkan di riak wajah.
Hendak menurunkan cermin sahaja agaknya rasa tidak kena, lantaran itu Umar Aisy
keluar. Dia bersandar di kereta. Entah apa yang dibualkannya dengan Baein. Agak
lama juga.
Sepanjang waktu dia di luar, aku memasang tekad dalam hati untuk berterus terang
kerana merasakan saat inilah yang paling sesuai. Kuhimpun seluruh semangat dan
keberanian. Kalaulah ditakdirkan Umar Aisy memberi alasan sebagai tanda dia meno
lak, maka aku akan kata begini: "Haa... I main-main ajelah!" Sesungguhnya inilah
cara paling mudah untuk melepaskan diri, sekali gus menyembunyikan rasa malu. U
sah kalut atau menggelabah. Tenang sahaja.
Baein akhirnya berlalu. Umar Aisy kembali masuk ke kereta. Perasaanku semerta me
njadi gementar hingga persis hilang patah kata-kata yang sebentar tadi telah kus
usun menjadi ayat.
"Bincang pasal bisnes..." kata Umar Aisy sambil mengundurkan kereta. Kemudian di
a bercakap lagi itu dan ini. Dia seolah-olah sudah melupakan apa yang terjadi se
belum kedatangan Baein tadi. Hal yang sesungguhnya bukan mainan ilusi, tetapi re
aliti yang benar-benar terjadi seperti sudah hilang lenyap dari ingatannya.
Aku termangu sendiri. Bolehkah aku bertanya pada
ketika dia bereaksi seperti hal itu tidak pernah terjadi? Tekadku lebur... suara
ku tersekat di kerongkong. Perjalanan pulang lebih banyak diisi sepi. Sepatah-se
patah sahaja aku menjawab pertanyaannya melayani rasa kecewa dan terkilan.
"Good nite!" ucapku sebaik sahaja sampai, lalu terus keluar. Tiada seperti kebia
saannya, dia akan menahan kerana ada-ada sahaja yang ingin ditanya dan dibualkan
lagi.
Umar Aisy menunggu sehingga aku masuk ke rumah, barulah dia berlalu meninggalkan
rumah Abang Zairi.
BAGAIKAN dirasuk aku menerima pelawaan Baein dan keluar makan malam dengannya pa
da ketika aku sendiri sedar tidak wajar aku berbuat begitu. Reaksi Umar Aisylah
yang mendorong aku menerima pelawaannya. Aku tidak tahu mengapa dia bersikap din
gin terhadapku sejak malam itu. Mungkin si dia akan kembali ke tanah air tidak l
ama lagi, maka perlahan-lahan dia menjauhkan diri. Hanya itu sahaja alasan yang
dapat aku fikirkan buat masa ini.
Pertemuan kami berlanjutan pula untuk kali yang kedua. Hari ini kami bertemu lag
i, walaupun aku tahu isterinya sudah kembali ke tanah air. Aku memang khilaf dan
kini apabila sudah berada di tempat terbuka dan ramai orang, barulah aku sedar
antara banyak mata yang memandang mungkin ada yang mengenali, lalu kelak sampai
juga ke telinga isteri Baein tentang hal ini. Kisahnya sudah pasti akan ditokok
tambah di sana sini... yang tiada, akan diada-adakan untuk menyedapkan cerita la
lu menyingalah Ivy Syahirah mendengarnya. Susulan itu bersedialah aku menghadapi
'serangannya'.
"Iddya... kenapa sejak tadi diam aje?"
"Err... I rasa kurang selesa."
"Kurang selesa sebab apa? Kalau you rasa tak selesa kat sini... kita boleh pergi
tempat lain," pujuknya memberi pilihan.

Aku menggeleng. Di mana-mana pun aku tidak mahu kalau hanya berdua dengannya ker
ana aku sangat takut kalau isterinya tahu. Aku bimbang dia akan membuat tuduhan
melulu yang aku ingin berkongsi kasih. Aku tahu hal ini banyak terjadi. Tetapi d
emi ALLAH, aku tidak berniat begitu.
"Isteri you tentu tak tahu you keluar dengan I, kan?" Aku bertanya soalan yang a
ku sendiri tahu akan jawapannya.
"I tak perlu bagi tahu dia. Belum masanya lagi." Jawapan Baein memang sudah aku
duga, tetapi ayatnya yang kedua itu menggusarkan hatiku. Sepotong ayat yang bole
h memberi tafsiran yang pelbagai.
"Lebih baik you bagi tahu, sebab I tak nak dia salah sangka pada kita."
Baein menggeleng tanda tidak bersetuju dengan cadanganku. "Belum masanya lagi Id
dya," ulang Baein sekali lagi.
"Baein, terus terang I cakap, kali ni I betul-betul rasa tak selesa."
"Please, Iddya. Kita bukan buat apa-apa... keluar makan aje." Baein seakan memuj
uk.
"Tak baik kita selalu jumpa," kataku mengingatkan.
"Kenapa? Ada orang marah ke?"
"Bukan tu soalnya, tapi you kan suami orang. Jadi, isteri you tentu marah kalau
dia tahu apa yang you buat ni!"
"I tak buat apa-apa!" Baein menjawab seperti orang yang tidak menggunakan akal f
ikiran yang waras. Mengikut sedap mulut dan kata hatinya sahaja.
"I tak kisah kalau dalam group... bukan kita berdua aje." Aku cuba berkompromi k
erana sedar lebih banyak buruk daripada baiknya pertemuan. Baein yang sudah beru
mah tangga sudah pasti lebih berpengalaman menawan hati wanita. Dia mempunyai ke
istimewaan yang tersendiri dan semula jadi ada daya pemikat. Dia sangat pandai b
ermain kata-kata. Aku takut kelak aku akan kalah dek godaannya. Aku bimbang goya
h juga tekad yang kupasak di dalam hati.
"I tak sukalah jumpa ramai-ramai sebab I rasa macam ada seseorang yang nak prote
ct you!"
Aku tahu siapa yang
itu kerana hal ini
harus kembali pada
wanita pilihan hati

dimaksudkannya, tetapi aku tidak mahu memanjangkan persoalan


lebih penting bagiku. Aku perlu menjauhkan diri dan dia pula
hakikat realiti. "Tapi you dah kahwin, Baein. Kahwin dengan
you..."

"You tak payah sindir-sindir," pintasnya dalam nada marah.


"I bukan sindir, tapi tu hakikatnya. Isteri mana yang suka suaminya keluar denga
n perempuan lain? I tak nak nama I dijaja sebagai perosak rumah tangga orang. Da
lam hal macam ni... biasanya perempuan yang akan disalahkan. Perempuan yang ditu
duh sebagai penggoda. Nasib tak baik kena serang dan dimalukan. Baein, isteri yo
u dah balik... I takut kalau dia tahu you jumpa I." Ngeri hatiku mengenangkan ka
laulah kemungkinan itu terjadi dan tidak mustahil akan terjadi andai aku membiar
kan diri terjerat dalam hubungan yang sememangnya boleh aku elakkan.
"I tak pernah lupakan you, Iddya. I minta maaf sebab mungkir janji, tapi bagilah
I peluang untuk tebus kesilapan I."

'Tebus kesilapan... dalam erti kata yang bagaimana?' soalku di dalam hati. Aku t
idak mahu terus menerjah pada rumusan yang Baein kini sudah memasang niat untuk
membahagi kasih, meskipun aku seakan-akan pasti itulah yang Baein maksudkan. Sem
udah itu ya!
"Cinta pertama tak mungkin dapat I lupa..."
Tepat dugaanku; sedikitpun tidak tersasar daripada andaian yang Baein ingin mera
ih kembali cinta anak-anak
sekolah kami dulu.
Tidak!' Jerit hatiku menolak. Aku mungkin cinta pertamanya, tetapi dia bukan cin
ta pertamaku. Bukan dia kerana aku sudah memberi hatiku kepada seseorang ketika
kami sedang duduk-duduk di bawah pohonjacaranda. Aku dengan dia saling mengukir
nama daripada kuntuman jacaranda yang berwarna ungu. Terbayang di mataku ganding
an nama kami yang sungguh indah. Hingga kini kenangan lama yang tersimpan kemas
dalam lipatan hati membuatkan jiwaku menjadi segar-bugar kerana aku 'bernafas' d
alam cintanya.
Kini sekalipun disusun seratus... waima seribu jejaka tampan di hadapanku, 'dia'
yang serba sederhana tetap menjadi pilihan hati. 'Hmm... dua tiga kucing berlar
i, manakan sama si kucing belang, dua tiga boleh kucari, manakan sama dia seoran
g.' Hatiku berpantun kasih. Pantun yang sangat tepat menggambarkan rasa cinta ka
sihku kepadanya.
Seraut wajahnya jelas terbayang. Kami saling bertukar senyuman. 'Umar, cinta per
tama inilah yang sedaya upaya cuba kugapai... biarpun pengakhirannya nanti mungk
in tidak seperti yang kuharap. Aku tetap merasakan penantian itu indah. Seindah
waktu-waktu aku bersamamu.' "I rasa aman bila Ivy tak ada di sini." Aku menuntas
pandangan ke muka Baein. Aduhai, alangkah kecewanya hati seorang isteri andai d
ia mendengar suaminya berkata begini!
"Dia tu asyik nak marah aje... tak boleh salah sikit. Orang lain pun mengandung
jugak, tapi taklah teruk macam tu!"
'Oh, jadi itulah puncanya dia hendak mencari lain! Wah, senangnya jadi lelaki, y
a! Mentang-mentanglah boleh kahwin sampai empat.' Tetapi siapa yang menghamiliny
a kalau bukan dia sendiri? Kini, tanggunglah perubahan emosinya selama waktu keh
amilan. Bukan dia kandung anak orang lain, tapi zuriatnya sendiri. Pembawakan bu
dak... macam-macamlah
ragam dan kerenahnya. Takkan semata-mata kerana itu dia harus berubah hati.
"Kalau ada yang tak kena... betulkanlah. Keluar dengan I atau dengan mana-mana p
erempuan... hanya akan tambah masalah you. I tak nak terlibat dalam masalah ruma
h tangga you, Baein!"
"Tapi you dah jadi sebahagian dari masalah I!"
'Astaghfirullahalazim! Apa ke halnya dia ni? Tak pasal-pasal pulak dia babitkan
aku dalam kemelut rumah tangganya!' Buatnya kelak sampai berantakan dan bercerai
-berai, seumur hidup aku akan menanggung rasa bersalah.
Aku harus pergi jauh dari hidup Baein. Aku perlu pergi dari sini seberapa segera
. Aku tidak mahu kehadiranku dikesan oleh sesiapa kerana bahaya sedang menanti d
i hadapan. Aku merasakan sepasang mata Ivy Syahirah sedang merenung tajam hingga
aku seperti tidak berdaya hendak mengangkat muka.
"I nak balik!" Tidak kupandang muka Baein kerana aku bimbang apa juga riak yang
terlukis di wajahnya kelak akan mengundang rasa simpati. Aku harus menguatkan ha
ti dalam menghadapi situasi yang tidak pernah aku rencanakan ini.
"Kenapa nak balik? Kita belum makan."

"I tak nak makan," jawabku. Mujur juga kami belum membuat pesanan makanan, sekad
ar minum sahaja. Aku ingin segera pulang. "I nak balik," ulangku sekali lagi.
Biarpun jelas sekali Baein tidak bersetuju, tetapi diaakur kerana aku sudah pun
berdiri dan bersedia untuk pergi. Baein meletakkan duit bayaran di atas meja. Di
a menurut langkah kakiku tanpa menunggu dipulangkan wang baki.
Lega sedikit perasaanku apabila kami sudah berada di dalam kereta. Namun aku mas
ih terasa intipan mata Ivy Syahirah yang seolah-olah mengekoriku. Seterusnya mem
bentuk bayang-bayang hingga aku menjadi ketakutan.
"Nak tunggu apa lagi?" soalku apabila Baein kelihatan tidak bersedia untuk meman
du, walaupun enjin sudah dihidupkan.
"Kahwin dengan I, Iddya."
Tersentak aku mendengar lamarannya. Terasa terbang melayang semangat. Aku berist
ighfar, memanggil semangat agar kembali ke dalam diri. 'Haa... dia ingat aku ni
apa... tak laku benar ke sampai laki orang pun aku nak sambar asalkan kahwin' Ak
u bukan bodoh untuk membiarkan diri terheret dalam kancah rumah tangganya.
"Baein... you dah silap orang," kataku sinis.
"Iddya... kita bercinta sejak kita sekolah lagi. Perasaan itu tak pernah pudar d
ari hati I."
"Kalau you dah kata macam tu... kenapa you kahwin dengan orang lain? Kenapa you
tak setia? Baru sekejap you pergi... you dah berubah hati."
"Susah nak terangkan pada you... kalau you pergi sana, baru you tau macam mana s
unyinya hati I sorang-sorang kat sana. You kat sini lain... ada keluarga!"
Memang aku boleh terima alasannya, tetapi itu tidak bermakna dia boleh melakukan
apa sahaja mengikut sesuka hatinya. Dia harus ada kawalan diri, dan bukannya be
rsikap mementingkan diri sendiri.
"Jadilah suami yang setia, Baein. Walau apa pun alasan you... hubungan kita teta
p tak lebih dari seorang kawan." Aku memberi kata pemutus.
Keluhannya menampan telingaku. "Perasaan I pada you tak berubah Iddya... I masih
sayangkan you."
Cepat-cepat aku mengelak sebelum sempat jari-jemari Baein mendarat di atas tanga
nku. Jelas dia kelihatan terkejut dengan reaksiku, tetapi sungguh aku tidak haru
s membiarkan hal itu terjadi. Kerelaan diperlakukan apa sahaja tidak ubah sepert
i melorongkan jalan untuk satu hubungan yang lebih intim dan mesra. Sesungguhnya
bukan kepada Baein kasih sayangku harus tertumpah.
"Baien... kalau you masih rasa macam tu... ni pertemuan kita yang terakhir. Jang
an jumpa I lagi dan tolong jangan call..." Permintaan ini lahir dari hatiku yang
tulus ikhlas. Saat ini kalau dilihat hatiku, polosnya seperti hati anak kecil y
ang tidak pernah menanggung dosa.
"I tak faham, Iddya."
Lelaki di sebelahku ini cuba bersandiwara. Mustahil hal semudah ini tidak difaha
mi.
"I dah ada penggantinya Baein," kataku penuh yakin.

Baein mengeluh sambil menyisir rambut dengan jarijemari. Lagaknya seperti orang
yang sedang kusut dan berserabut fikiran.
"Siapa? Kiew?"
Pertanyaannya aku biarkan tanpa jawapan.
AKU sudah meletakkan tanda noktah. Baein seharusnya mengerti, bahawa impian untu
k berkongsi hidup denganku sudah lama hangus terbakar. Tiada apa lagi yang tingg
al. Tidak juga sisa-sisa harapan kerana aku sudah menguburkan kesemuanya. Aku ti
dak memerlukan orang lain untuk memberitahu baik buruknya menjalin hubungan deng
an suami orang kerana hal ini sudah aku maklum.
Apabila persoalan ini Umar Aisy bangkitkan, aku hanya menadah telinga. Sementela
h baru kali ini kami bertemu setelah lama dia 'menjauhkan diri', maka aku meneri
ma sahaja keadaan ini seadanya.
"You keluar dengan Baein ke?"
Aku mengangguk. Lalu dalam versi yang ringkas aku ceritakan apa yang telah berla
ku. Tidak berahsia apa-apa.
"You dah buat keputusan yang tepat... yang terbaik untuk semua orang di sekelili
ng you," kata Umar Aisy seiringan senyuman yang menyimpul makna, tetapi tidak te
rtafsir olehku apa maksudnya.
Memang aku sudah meletakkan tanda noktah, tetapi aku tidak pasti penerimaan Baei
n. Mungkin dia masih berusaha untuk memenangi hatiku.
"Memang ada lelaki yang suka buat 'perangai' masa isteri dia tengah mengandung,"
komen Umar Aisy. Tetapi setakat itu sahaja. Agaknya tidak mahu memandai-mandai
atau bimbang, kelak kata-kata itu akan berbalik kepada dirinya sendiri suatu har
i nanti.
"Tapi abang I tak macam tu. You pulak nanti macam mana agaknya ya?"
"I?" soal Umar Aisy sambil menuding ibu jari ke arah dirinya sendiri.
Aku mengangguk, meskipun terasa menyesal pula mengajukan pertanyaan kerana percu
ma sahaja nanti menjadi bahan gurauannya.
"I nanti lebih baik daripada abang you!"
'Hah, kan aku dah kata!' Aku mencemik.
"Tak percaya ke... tengoklah nanti."
Aku buat muka tidak berminat mendengarnya lagi, biarpun dia masih berkata itu da
n ini. "Manalah Baein sangka ya... gadis yang dia tinggalkan dulu... yang comot
dan tak tahu melawa... sekarang dah jadi a very beautiful lady!' Dalam mengutuk,
dia memuji.
"Tapi I tetap tengok you sama macam dulu. You tak berubah sebenarnya, Iddya. Den
gan Baein, you sangat bersopan-santun. Kesian Baein... dia tak ada peluang tengo
k the real you... yang nakal, degil, suka main-main, suka mengusik." Umar Aisy b
erjeda seketika.
"Lagi?" provokku kerana ingin tahu penilaiannya terhadap diriku.
Sesungguhnya dengan Baien memang aku menjaga tingkah laku. Tapi dengan Umar Aisy
pula, aku tidak begitu kerana sikapnya yang melorongkan aku menjadi diriku send

iri.
"Hmm... yang kedekut sebab sampai sekarang tak nak tukar kereta, walaupun ada ba
nyak duit." Ketawa kecilnya mengiringi kata-kata.
Aku juga ikut ketawa. "Kan I dah cakap... I takkan jual kereta tu. I love my Min
i... more than I love you,? balasku dalam gurauan.
"No, it should be the other way round. You patut cakap, I love you... more than
I love my Mini!" Seperti dengan sesungguh hati, Umar Aisy melahirkan kata-kata i
tu.
Pada saat ini aku yakin yang dia sudah terbalik hatinya. Sudah berpaling kepadak
u pada ketika dia seharusnya setia dalam berkasih. Tapi benarkah Umar menyandark
an harapan masa depannya padaku? Bolehkah aku mentafsir kata-katanya tadi sebaga
i perasaan cintanya yang tulus-mulus terhadapku? Pengakuan yang terbuka dan bert
erus terang?
Seketika perasaanku menjadi sangat enak hinggalah tiba-tiba aku teringat sesuatu
. Aku tetap percaya Umar Aisy sedang menunggu seseorang. Jadi, tidak wajar aku m
engambil kesempatan dan memenangi persaingan pada ketika 'dia' tiada. Alangkah r
endahnya nilai kemenangan itu nanti!
"Ya, rasa sayang sebagai seorang sahabat..." Ayat itu aku ucapkan perlahan sahaj
a kerana lontaran kata-kata di bibir tidak sama dengan kata-kata yang terukir di
hati. Memang pedih untuk mengucapkannya, tetapi kepedihannya harus kutelan jua.
"Iddya..."
Tergeleng-geleng kepalaku. Suaranya tidak kedengaran.
Aku berusaha mengambus rasa kasih. Biar terus diam bersembunyi di dalam hati.
AWAL pagi Sabtu kami ke rumah keluarga Kak Dhira di Tapah, Perak sempena majlis
kenduri akikah untuk Nabil Zahin. Ibadat akikah ini adalah sunat muakkad yang af
dhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun atas beberapa perkara yan
g tidak dapat hendak dielakkan, majlis ini hanya dapat dilangsungkan ketika Nabi
l Zahin sudah berusia 40 hari.
Setelah berhenti di Hentian Rehat Tapah untuk berehat, Ijaz mengambil alih tugas
memandu apabila abah mengadu badannya berasa lemah dan pandangan matanya sediki
t kabur. Aku beralih duduk di sebelah Ijaz agar abah mendapat ruang yang lebih s
elesa untuk berehat. Sama seperti mama, keadaan kesihatan abah akhir-akhir ini m
emang tidak menentu. Kerap abah berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kedatangan kami disambut oleh Abang Zairi yang sudah sampai sehari lebih awal. N
ur Fatin Amira dan Nur Zeti Izureen ikut menerpa. Becoknya mulut mereka bertanya
itu dan ini. Nur Azra Hana pula mengeratkan diri
dalam dukungan Abang Zairi. Sudah beradik ketika belum puas bermanja, memang sew
ajarnya Abang Zairi memberi perhatian kepadanya agar dia tidak rasa terabai.
Di ruang tamu sudah tergantung buaian yang dihias cantik untuk majlis esok. Aku
menjenguk Kak Dhira di dalam bilik. Dia sedang menyusukan si kecil.
"Mama kirim salam... dia tak dapat datang sebab tak sihat."
Aku mengusap rambut Nabil Zahin yang hitam lebat. Matanya segera terpejam. Tentu
lah usapan lembut jari-jemari membuatkan dia berasa asyik dan mudah terlena. Hmm
... tiga anak perempuan, dan yang 'bongsu' ini lelaki. Memang cepat benar Abang
Zairi dan Kak Dhira menambah bilangan ahli keluarga mengalahkan Kak Inez yang ba
ru ada anak tiga. Dulu semasa mula berkahwin, beria-ia benar mereka merancang sa

mpai mama asyik bertanya bila lagi mereka hendak mendapat cahaya mata. Haa... se
karang berderet setahun satu!
"Okeylah kak, Iddya nak pergi tengok orang lapah kambing," kataku meminta diri.
Bersama-sama Ijaz, aku pergi ke belakang rumah. Riuhrendah suara dan gelak ketaw
a jiran tetangga di khemah kecil yang disediakan. Dua ekor kambing yang sudah di
sembelih sedang dilapah. Beberapa orang wanita sedang mengupas bawang, halia, le
ngkuas, serai, ubi kentang dan macam-macam lagi. Kemudian kami terus ke kolam ik
an tidak jauh dari situ untuk menyertai abah yang sedang melihat orang menyiang
ikan keli.
"Malam ni kita makan ikan keli bakar cecah air asam," kata ayah Kak Dhira.
Aku nampak Ijaz menelan air liur. Aku mencuit pinggangnya. "Dah meleleh air liur
!" usikku.
"Tak sabar nak makan," balasnya tidak berselindung.
Abah sekadar tersenyum mendengar jawapan Ijaz.
SEAWAL jam 11.00 pagi bermula acara marhaban, kasidah dan berzanji. Nabil Zahin
lena dalam buaian. Alunan zikir memuji kebesaran ALLAH SWT dan selawat ke atas N
abi Muhammad s.a.w tentulah mendamaikan. Dia diam sahaja di dalam dukungan Abang
Zairi ketika beberapa orang menggunting sedikit rambutnya, lalu dimasukkan ke b
ekas khas yang diperbuat daripada kelapa muda yang berukir-ukir.
Selesai majlis, para tetamu dipersilakan ke khemah khas yang disediakan untuk ma
kan tengah hari.
"Mak cukur rambut dia, ya? Sunat masa akikah ni rambutnya dicukur. Kata orang tu
a-tua... rambut yang dibawa dari dalam perut sebaiknya dicukur, biar rambut baru
tumbuh," ujar ibu Kak Dhira, sekali gus meminta keizinan. Terangguk-angguk kepa
la Abang Zairi sebagai tanda setuju.
Aku yang tidak arif dalam soal ini berasa sayang dan sedikit terkilan kerana ram
but Nabil Zahin yang hitam lebat akan dicukur hingga botak kepalanya. Kalau hend
ak difikir mengikut cara pemikiranku, rambut itu lambat-laun pasti akan diguntin
g juga. Nabil Zahin anak lelaki, masakan hendak dibiarkan dia berambut panjang?
Jadi apalah bezanya mencukur sekarang dengan menggunting apabila rambutnya sudah
panjang nanti?
Tidak berganjak aku dari sisi ibu Kak Dhira. Nampaknya aku pula yang gugup berba
nding dengan Kak Dhira duduk di atas kerusi. Rambut yang dicukur dihimpun di ata
s sapu tangan hingga menjadi selonggok kecil.
"Rambut ni kena timbang... tak kiralah dengan emas atau perak."
Melongo aku mendengarnya. Tidak mengerti untuk apa pula rambut yang dicukur itu
perlu ditimbang.
"Orang sekarang ni timbang dengan perak sebab emas mahal harganya. Jadi, sedekah
duit ikut harga perak... kadar yang sama dengan berat rambut."
Rupa-rupanya itulah hikmahnya iaitu bersedekah sebagai tanda syukur kepada ALLAH
SWT atas kurniaan yang diberi. Menurut perkiraanku, banyak juga kadarnya kerana
rambut Nabil Zahin bukan main lagi lebatnya. Maklumlah bayi yang sudah berusia
40 hari. Kalau majlis ini berlangsung pada hari ketujuh selepas kelahirannya, te
ntulah rambutnya masih sedikit.
Pandanganku beralih kepada Nabil Zahin yang kini sudah di pangkuan Kak Dhira. Ge

li hatiku memandang kepalanya yang botak licin. Aku tiba-tiba teringatkan seseor
ang. Abang Pianl Suatu masa dahulu entah mimpi apa, tiba-tiba sahaja dia membota
kkan kepala. Bernazar barangkali, tetapi sehingga kini kami tidak tahu dengan pa
sti kerana apabila diajukan pertanyaan, dia membalasnya dengan ketawa.
Juadah yang disediakan untuk makan tengah hari memang sungguh istimewa. Kari kam
bing, kerabu umbut kelapa, ikan keli goreng berlada, sambal belacan, ikan kering
serta ulam-ulaman. Berselera sungguh kami makan. Macam berlumba-lumba pula aku
dan Abang Zairi serta Ijaz bertambah nasi.
Namun abah makan sedikit sahaja. Selera makannya tidak setajam biasa. Mungkin ab
ah terkenangkan mama yang tidak dapat bersama-sama kami. Mama yang baru keluar d
ari wad minggu lepas dinasihati doktor supaya banyak berehat. Selepas solat asar
kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Ijaz memandu pulang. Sepanjang perjalana
n, abah hanya tidur. Penat benar nampaknya dia.
KU bergegas ke bilik tidur utama apabila mendengar jeritan mama. Terkejut bukan
kepalang apabila aku nampak abah terbaring di muka pintu bilik air. Mama pula se
daya upaya cuba mengangkatnya bangun, tapi tidak terdaya. Aku segera membantu.
"Abah! Abah!" panggilku cemas. Namun abah terkulai tidak bermaya. Hanya sesekali
matanya terbuka.
Tidak keruan perasaanku. Dengan jari-jemari yang menggeletar, aku mencapai gagan
g telefon dan segera menghubungi pihak hospital. Kemudian aku menghubungi Ijaz d
i kolej, meminta agar dia segera pulang. Setelah itu aku menelefon Kak Inez pula
.
Aku membantu mama menyandarkan tubuh abah ke dinding, tetapi seketika cuma keran
a abah terjelepok kembali di atas lantai. Lantas dalam duduk, mama memangku dan
memeluk tubuhnya. Oh, alangkah sedih hatiku memandang abah! Tetapi aku tiada day
a. Tiada kudrat untukku sekalipun bergandingan dengan mama dan Enel untuk mengan
gkat
abah ke atas katil.
Aku menelefon Abang Zairi untuk memanggilnya pulang, meskipun aku sedar hari sud
ah malam. Aku terpaksa kerana didesak rasa hati yang bimbang memandang keadaan a
bah yang seperti sudah nyawa-nyawa ikan.
"Abah... abah sakit!" Terjahku tanpa salam sebaik-baik sahaja talian disambungka
n.
"Hah?"
"Balik cepat... abah sakit!" ulangku dan kali ini dengan gesaan agar dia segera
pulang. Bagiku kehadirannya begitu penting untuk memberi kekuatan kepada kami da
lam menghadapi saat ini.
"Iddya dah call ambulans... abang balik cepat!" tambahku apabila Abang Zairi tid
ak segera memberi reaksi.
"Ya... ya, abang balik sekarang!" Talian terus terputus. Berita ini tentulah kej
utan yang teramat buatnya.
Setelah meletakkan gagang, tiba-tiba aku teringat jiran kami. Dia bertugas sebag
ai doktor di hospital tempat abah mendapatkan rawatannya.
"Ma... Iddya cubapanggil Dr. Zahari!"
"Dah malam ni... agaknya dia dah tidur..."
Suara mama kudengar di hujung-hujungnya sahaja kerana aku sudah pun bergegas kel

uar. Apa lagi harapan yang ada kalau aku masih bertangguh-tangguh. Dalam keadaan
terdesak, aku memang tidak sempat memikirkan tentang orang lain yang mungkin se
dang enak tidur. Aku harus melakukan apa sahaja demi abah.
Aku berlari-lari anak ke rumahnya yang terletak selang dua buah rumah dari rumah
kami. Tiada rasa takut di hati, malah lega memandang cahaya yang masih cerah di
ruang tamu. Aku terus menekan loceng, dan menanti dengan penuh debar. Dalam kea
daan kalut dan menggelabah, memang aku tidak boleh berfikir dengan baik. Hanya a
pabila
aku sudah menekan loceng barulah aku tersedar sebaik-baiknya tadi aku menghubung
i rumahnya melalui telefon, tetapi kini takkanlah aku hendak berpatah balik ke r
umah pula sementelah kelihatan langsir diselak sedikit petanda seseorang sedang
mengintip siapa juga yang mungkin datang pada waktu yang sudah lewat begini.
"Kak Elly... Iddya ni!" jeritku dalam cemas. "Iddya... nak cari Dr. Zahari sebab
abah sakit!" jeritku lebih perlahan sedikit daripada tadi kerana kali ini daun
jendela sudah terbuka. Memang sejak kami berjiran, aku tidak betah memanggil lel
aki itu lain daripada Dr. Zahari. Satu gelaran yang cukup terhormat kerana aku m
emang memandang tinggi kepadanya.
Aku berdiri di tempat yang cahayanya lebih terang agar jelas di mata Kak Elly si
apa yang sedang berada di luar pagar. Sejenak kemudian pintu hadapan terbuka. Ka
k Elly berserta Azmi Hijjaz dan Ain Zulaikha, anak-anaknya segera mendapatkanku.
"Abah Iddya sakit?"
Laju anggukan kepalaku. Sejenak hilang suara dek hambatan rasa sedih mengenangka
n abah yang tiba-tiba sahaja jadi begitu.
"Ain, pergi kejutkan ayah!" arah Kak Elly. Bergegas Ain Zulaika masuk ke rumah m
embawa bersama rasa bersalahku kerana terpaksa mengganggu tidur bapanya.
"Iddya minta maaf sebab menyusahkan!" kataku bersungguh-sungguh.
"Tak apa..."
Aku nampak kelam-kabut Dr. Zahari menyarung selipar dan berjalan pantas ke arah
kami. Segera dimaklumkan oleh Kak Elly hal yang telah terjadi.
"Dah panggil ambulans?"
Aku mengangguk.
"Elly, ambil beg kerja abang... handphone sekali. Bawa budak-budak masuk!" arahn
ya. Pantas pergerakan Kak Elly. Azmi Hijjaz dan Ain Zulaikha ikut masuk ke rumah
. Sekejapan sahaja Kak Elly sudah kembali dengan telefon bimbit dan beg kerja Dr
. Zahari. Tanpa menunggu, kami bergegas ke rumah.
Segera Dr. Zahari memeriksa tekanan darah dan denyutan jantung abah.
"Simptom strok ni," katanya perlahan kepada Kak Elly, tetapi masih dapat cuping
telingaku menangkap suaranya.
Setakat yang aku tahu, kata-katanya merujuk pada serangan strok yang disebabkan
oleh ketulan darah beku yang terjadi di saluran arteri hingga menyekat pengalira
n darah. Apabila hal ini terjadi, tisu di bahagian otak tidak berupaya menerima
oksigen dan nutrisi hingga menyebabkan terjadinya 'kematian tisu'.
"Perlu cepat bawa ke hospital. Pergi ambil kain lain... kita tukar kain yang dah
basah ni," arah Dr. Zahari.

Tidak kusedari rupa-rupanya kain abah sudah dibasahi air kencing. Bersama mama,
dia menukarkan kain dan kami bersama-sama mengangkat abah ke atas katil kerana m
emang tidak terdaya kami hendak membawanya turun. Sambil menanti ambulans tiba,
Dr. Zahari memeriksa lagi itu dan ini. Kemudian dia menelefon Dr. Hasmi, doktor
yang biasa merawat abah dan memaklumkan apa yang telah terjadi.
"Serius ke Dr. Zahari?" soalku dalam cemas. Dia mengangguk lemah.
"Tiba-tiba aje..."
"Serangan penyakit ni memang susah nak diramal. Dalam banyak kes, pesakit tak al
ami sebarang tanda amaran pun."
Aku teringat kembali keluhan abah ketika kami dalam perjalanan ke Tapah kelmarin
. Abah mengadu badannya terasa sakit dan lemah. Penglihatannya juga kabur. Jadi
memang abah sudah dapat merasakan tanda-tandanya, cuma
tidak sampai pula firasat untuk segera mendapatkan rawatan. "Hari tu abah cakap
badan dia rasa lemah."
"Memang itu salah satu dari simptomnya. Harap-harap ambulans tak tersesat cari r
umah... dia perlu segera diberi suntikan untuk cairkan darah," ujar Dr. Zahari s
ambil meneliti jam di tangannya.
Menjangka Abang Lutfi sudah tidur, aku hanya menghantar pesanan ringkas kepadany
a, sekadar hendak memaklumkan apa yang telah terjadi.
Namun selang beberapa detik, dia menghubungiku. "Iddya... abah kat mana sekarang
?" soal Abang Lutfi setelah dia menjawab salam.
"Masih di rumah. Tengah tunggu ambulans nak bawa dia ke hospital... Selangor Med
ical Centre."
"Selangor Medical Centre," ulang Abang Lutfi seolaholah hendak mengingat nama ho
spital itu.
Tetapi aku fikir tidak perlulah Abang Lutfi ke hospital pada waktu yang sudah le
wat begini. "Iddya cuma nak bagi tahu aje." Sepi di hujung sebelah sana. Entah a
pa yang sedang difikirkan oleh Abang Lutfi.
Telingaku mendengar sayup-sayup bunyi siren ambulans. "Okeylah... nanti kalau ad
a apa-apa, Iddya bagi tahu abang," janjiku sebelum memutuskan talian. Walaupun h
atiku berat mengatakan yang Abang Lutfi akan pergi juga ke hospital, tetapi aku
tidaklah terlalu mengharap.
"Memang elok bagi tahu pada anak-anak dia."
Aku mendongak mencari anak mata Dr. Zahari. Betapa walaupun cuma sebaris ayat, t
etapi sudah cukup menghantar rasa ngeri di dalam hatiku mengenangkan kemungkinan
yang akan terjadi. Namun keadaan tidak memberi ruang kepadaku untuk terlalu mem
ikirkannya.
Ambulans yang tiba segera mengejarkan abah ke hospital. Dr. Zahari dan Kak Elly
juga ikut bersama. Dr. Hasmi sampai
tidak lama kemudian dan terus ke bilik rawatan kecemasan. Lama kami menunggu di
luar.
Serasa hilang sebahagian rasa gundah-gulana demi terpandang Abang Lutfi. Dia yan
g baru sampai terus mendapatkan mama, cuba menenteramkan perasaannya. Aku bangun
untuk menjawab panggilan daripada Abang Zairi.

"Kalau abah kena tahan dalam wad... minta single room," pesannya. Kemudian dia b
erpesan lagi itu dan ini. Nada suaranya sesekali kedengaran sebak. Seperti kami,
tentulah hatinya juga sangat gusar mengenangkan abah.
"Abang dah kat mana ni?" soalku apabila baru ada peluang untuk mencelah.
"Abang baru bertolak. Dengan ayah Kak Dhira."
Aku mengucap syukur dalam hati kerana Abang Zairi berteman dalam perjalanan. Kal
au bersendirian, bimbang juga aku memikirkannya kerana macam-macam cerita kurang
enak yang kudengar terjadi di lokasi-lokasi tertentu di sepanjang lebuh raya it
u.
"Siapa lagi ada kat situ?"
"Mama... Ijaz, Kak Inez dengan Abang Amran. Abang Lutfi pun ada."
"Harap abah tak apa-apa," kata Abang Zairi sebelum memutuskan talian.
Aku kembali ke tempat duduk dan menyapa Abang Lutfi, lelaki yang suatu masa dahu
lu pernah kuberikan seluruh hatiku kepadanya. Memang sangat aku hargai kehadiran
nya pada saat ini. "Terima kasih sebab abang sudi datang."
"Memang kita perlu bersama-sama pada masa ni," balas Abang Lutfi. Terukir senyum
an di bibirnya.
Dr. Hasmi yang keluar dari bilik rawatan terus mendapatkan kami. "Mild stroke...
kami perlu tahan dia dalam wad untuk pemerhatian."
"Boleh kami jumpa dia?" Tangisan mama sudah mendahului suaranya.
Aku tahu, banyak yang ingin mama tanyakan, tetapi suaranya tenggelam dalam esaka
n. Kak Inez mengusap tangan mama. Tentu berharap agar usapannya akan mententeram
kan perasaan mama.
"Lebih baik tunggu dulu... sekejap lagi dia akan dibawa ke bilik."
"Agaknya, boleh tak dia ditempatkan di single room?" soalku apabila tiba-tiba te
ringat pada pesanan Abang Zairi.
"Kami cuba tengok kalau masih ada bilik yang kosong," balas Dr. Hasmi sebelum be
rlalu.
"Ma nak minum? Iddya pergi belikan air, ya!"
Mama menggeleng. Aku sedikit hampa kerana bagiku seteguk dua air tentulah dapat
melegakan sedikit kegusaran hatinya. Namun sudah tentulah aku tidak boleh memaks
a, harus akur dengan cara mama meladeni kesedihannya.
"Tak sangka tiba-tiba abah jadi macam ni," luah Abang Lutfi. Perbualan kami sete
rusnya menjurus tentang punca dan kesan serangan strok ini kepada abah.
SERANGAN strok yang dialami menyebabkan abah sukar untuk bercakap dan kemungkina
n mengalami aphasia atau hilang terus keupayaan untuk bercakap. Anggota tubuhnya
di sebelah kanan seperti sudah tidak dapat digerakkan lagi. Untuk rawatan, Dr.
Hasmi perlu membuat beberapa siri ujian terlebih dahulu untuk mengetahui sejauh
mana seriusnya kerosakan di bahagian otak yang abah alami. Aku memandang abah ya
ng terkedang di atas katil dengan rasa hiba. Mama sejak dari mula abah masuk ke
bilik, tidak lepas dari duduk di sisinya. Enggan berganjak walaupun dipujuk oleh
Abang Lutfi agar mama berehat di sofa.

"Iddya, bawa mama balik... mama perlu rehat," cadang Abang Lutfi tidak lama sele
pas Kak Inez dan Abang Amran meminta diri. Mama menggeleng. Nyata mama tidak ber
setuju dengan cadangan Abang Lutfi.
Sebenarnya baru tadi Kak Inez juga mengajak mama balik ke rumah, tetapi mama tid
ak memberi reaksi. Mama hanya mendiamkan diri. Aku tahu hanya dengan Abang Zairi
sahaja, mama akan menjadi 'lemah' dan menurut kata. Entah kuasa apa yang Abang
Zairi miliki hingga mama mudah berlembut hati dengannya.
"Biar mama tunggu kat sini." Muktamad keputusan mama. Tidak mungkin berganjak la
gi. Aku memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan hampir ke pukul
1.00 pagi. Hati bimbang mengenangkan abah yang sedang sakit sudahlah pasti dan k
ini bertambah risau memandang mama yang seperti tidak menghiraukan kesihatan dir
inya pula. Mama baru sahaja keluar dari wad setelah diserang demam panas dan kin
i aku yakin mama masih lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya.
Jadi tiada lain caraku melainkan menghubungi Abang Zairi. Sejenak kemudian telef
on bimbit aku berikan kepada mama. "Abang nak cakap."
Perlahan sahaja suara mama. Dia tidak banyak berkatakata. Pada ketika itu Dr. Za
hari dan Kak Elly masuk ke bilik dan terus saja mereka mendapatkan abah. Terkeju
t juga aku kerana sangkaku tadi mereka sudah pulang.
"Insya-ALLAH pakcik akan sembuh. Saya minta diri dulu," kata Dr. Zahari sambil m
enepuk-nepuk tangan abah. Kak Elly juga ikut mendekati, lalu memegang tangan kan
an abah untuk bersalaman. Mungkin Kak Elly terlupa yang bahagian sebelah kanan t
ubuh abah sudah lumpuh hingga tidak mampu abah menggerakkan jari-jemari. Apapun
tindakan spontannya mengusap tangan abah aku kira adalah terapi terbaik untuk me
rawat hati abah yang pasti trauma menghadapi keadaan yang tidak diduganya ini.
Aku memandang mama yang perlahan-lahan bangun.
"Kenapa?" soalku pura-pura tidak mengerti.
"Abang suruh mama balik..." Sayu nada suara mama. Air mata mengalir perlahan di
pipinya.
Aku faham perasaan mama, tetapi keadaan kesihatannya
sendiri perlu dijaga.
"Iddya bawa kereta? Kalau tak ada... guna kereta abang," kata Abang Lutfi.
"Tak apa... boleh balik sekali dengan kami," pelawa Kak Elly pula.
Aku kira wajar aku menerima pelawaan kak Elly kerana bimbang juga aku hendak mem
andu pada waktu dinihari begini. "Iddya rasa lebih baik kami balik dengan Kak El
ly... takutlah nak drive."
Abang Lutfi mengangguk tanda bersetuju.
Setelah mengucup dahi abah, aku berdiri di muka pintu. Menunggu mama yang berpes
an itu dan ini kepada Abang Lutfi. Aku faham mama berat hati hendak meninggalkan
abah, tetapi keadaan kesihatannya sendiri tidak mengizinkan.
LEGA benar rasa hatiku kerana Abang Zairi sudah pulang. Sebaik-baik sampai, dia
terus ke hospital dan hingga kini masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia bergi
lir dengan Abang Lutfi untuk menjaga abah.
"Pukul berapa kita nak ke hospital?" soal mama ketika aku sedang bersiap hendak

ke pejabat.
"Tengah hari sikit Iddya balik ambil mama. Tak usahlah risau sangat ma... abang
cakap keadaan abah stabil," pujukku.
"Jangan lambat sangat. Cepat kita sampai... cepat abang boleh balik rehat. Malam
nanti dia nak jaga abah."
"Malam ni Abang Amran janji nak temankan abah, ma." Aku yakin mama faham jawapan
itu memberi makna kami tidak perlulah tergesa-gesa ke hospital kerana sebenarny
a ada hal penting yang perlu aku bereskan di pejabat pagi ini. Tidak aku khabark
an kepada mama kerana bimbang hati mama akan bertambah gundah. Hendak aku batalk
an temu janji pada saat-saat akhir, bimbang pula dikata yang kami tidak serius d
alam berurus niaga.
"Tapi jangan lambat sangat ya!" pesan mama lagi.
"Insya-ALLAH ma," balasku sambil mengucup pipinya sebelum berpamitan.
Selepas temu janji, aku singgah di pejabat untuk membuat beberapa tindakan susul
an yang harus disegerakan. Namun sekejap sahaja kerana aku sudah dipanggil pulan
g oleh mama. Memang janjiku untuk membawanya ke hospital tengah hari nanti, teta
pi nampaknya pukul 11.00 pagi sudah dikira sebagai tengah hari juga oleh mama.
Keluar dari pintu lif baru mama tersedar yang baju panasnya tertinggal di dalam
kereta. Aku berpatah balik setelah menghantar mama separuh jalan ke bilik abah.
Aku singgah sebentar di gerai menjual akhbar dan majalah, lalu memilih majalah M
IDI. Majalah aspirasi wanita ini memang sangat mama minati kerana isi kandungann
ya sesuai dengan orang di peringkat umur 40 tahun ke atas.
Terhenti langkah kakiku di hadapan pintu bilik abah. Dari celahan daun pintu yan
g tidak ditutup rapat, aku nampak kelibat 'dia'. Mujurlah 'dia' membelakangi pin
tu. Tetapi mata abah mengesan kehadiranku.
Aku terkedu. Di luar sedar aku berundur setapak dua ke belakang hingga terlangga
r seseorang. Abang Lutfi! Pantas aku menjauh, tetapi dia sempat mencapai tangank
u. Aku merentapnya lalu berjalan menghala ke pintu lif.
"Iddya... sampai bila nak macam ni? Marah pada abang... dia pulak yang jadi musu
h."
Aku faham maksud kata-katanya, tetapi memang sehingga ke hari ini aku masih tida
k dapat hendak menerima hakikat yang 'dia' menjadi pengganti. Aku masih merasaka
n yang 'dia' menikamku dari belakang. Aku berasa tertipu kerana dalam diam dan b
ersembunyi 'dia' berkasih dengan Abang Lutfi. Mengapa tidak 'dia' berterus teran
g dari awal lagi agar mudah aku menerimanya?
"Kenapa tak boleh maafkan? Lagipun bukan dia yang salah, tapi abang. Abang yang
tak benarkan dia bagi tahu Iddya."
Bagiku kata-kata itu tidak lebih daripada pembelaan seorang suami buat isterinya
yang tercinta. Itu sahaja! Selebihnya hatiku yang menanggung luka, sedangkan 'd
ia' seenaknya menyulam cinta.
"Iddya tak mahu lagi cakap pasal tu!" dengusku melampias rasa hati yang kecewa.
"Sampai bila?"
"Sampai bila-bila!" kataku lalu meloloskan diri di dalam lif yang terbuka.
Abang Lutfi kelihatan tergamam. Dia tidak berkata apa-apa sehinggalah pintu lif

tertutup.
MENURUT Dr. Hasmi, keadaan abah stabil dan dijangka boleh pulang ke rumah dalam
sehari dua lagi. Namun demikian abah sudah tidak boleh bercakap. Berdiri dan ber
jalan juga tidak boleh kerana sebelah daripada badannya masih lemah. Tetapi dala
m keadaan begini pun, abah masih memprotes tidak mahu guna lampin pakai buang. H
ajat kecil dan besar mahu dilunaskan di bilik air juga. Mujurlah Abang Zairi den
gan Ijaz ada. Merekalah yang bergilir-gilir menemani dan menghantar setiap kali
abah hendak ke bilik air. Mujurlah abah ada anak-anak lelaki yang punya kudrat u
ntuk mengangkat dan mendukungnya turun naik kerusi roda.
Aku sudah semakin pandai membaca isyarat mata dan tangan abah. Tetapi sesekali a
bah ingin menulis. Susah payah nampaknya kerana dia menulis dengan menggunakan t
angan kirinya. Aku ketawa membaca tulisan abah yang seperti contengan anak kecil
baru mula belajar menulis; yang sesuka hatinya sahaja menulis tanpa mengira lin
tang-pukang atau naik turun huruf-huruf yang ditulis.
"Abah nak makan epal?" soalku inginkan kepastian setelah
membaca huruf-huruf yang tertulis. Abah mengangguk.
Aku mengucap syukur di dalam hati kerana sebelum ke sini tadi sempat aku membeli
epal hijau kesukaan abah. Segera kubelah dan potong kecil-kecil, lalu kusuapkan
ke mulut abah. Perlahan-lahan abah mengunyah seakan-akan sejuring epal sukar be
nar hendak lumat di dalam mulutnya.
Aku menghitung. Agaknya sampai 44 kali kunyahan, barulah abah menelannya. Sebelu
m ini aku tidak pernah perasan yang abah mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w. Aba
h... abah ... banyak yang baik tentang abah tidak kutahu, walaupun aku sangat ra
pat dengan abah. Rasa kesal mampir perlahan-lahan kerana selama ini aku ambil mu
dah semua perkara tentang abah kerana aku tahu mama 'menjaga' abah... dengan pen
uh kasih sayang. Aku cuma harap perlindungannya. Berteduh di bawah sayap kasihny
a.
'Abah... maafkan Iddya,' bisik hatiku ketika telapak tangan abah kukucup.
Terpinga-pinga abah memandangku ketika seraut wajahnya kutatap.
"Iddya sayang abah." Mata abah membalas dengan ucapan yang serupa. Begitulah taf
siranku.
Walaupun abah tidak dapat membalas kata-kataku, tetapi anggukan, gelengan dan ba
hasa matanya sudah cukup menghiburkan hatiku.
"Iddrin? Hmm... kami tak boleh bagi tahu dia sekarang sebab dia tengah exam. Aba
ng kata bila exam dia habis, baru abang bagi tahu." Abah mengangguk-angguk perla
han.
Aku terkesan air jernih di kolam matanya. Bergenang dan berkaca-kaca. Pastilah m
ampir rasa rindu kepada anak bongsu abah yang kini berada nun jauh di rantauan.
"Minggu depan baru exam dia habis... abang dah uruskan tiket untuk dia balik."
Ada kelegaan di riak wajah abah. Tersunging senyuman di bibirnya.
"Abah sayang Iddrin sorang aje... yang kat depan mata ni abah tak sayang," katak
u seperti orang berjauh hati.
Terangkat-angkat tangan abah. Tergeleng-geleng kepalanya. Aku segera mendekat. T
angannya jatuh di atas bahuku. Longgar pautan, tetapi aku tahu abah hendak menun
jukkan rasa sayangnya kepadaku. Abah ingin menidakkan sangka burukku. "Iddya tah
u abah sayang semua anak abah... tadi tu Iddya gurau aje," kataku dalam ketawa.
Mata abah 'tersenyum' senang.

Aku peluk abah kejap-kejap. Aku tidak tahu entah selama mana lagi aku dapat berb
uat begini. Aku berasa amat bertuah kerana berada di sisinya. Meluangkan waktu b
ersama.
"Kereta Mini tu okey. Tip top, bah! Nanti bila abah dah sihat... Iddya bawa jala
n-jalan." Aku mengukirjanji, berharap agar abah akan segera sembuh. Mata abah 'k
etawa.'
"Ijaz tu lepas kena warning, dah tak berani sangat dia bawa kereta tu!"
Wah, bukan main lagi aku menunjuk-nunjuk di depan abah betapa beraninya aku memb
eri amaran kepada anak lelaki abah yang tidak makan saman itu, sedangkan hakikat
nya pantang aku lepa, kereta itu pasti lesap! Bukannya dia tidak boleh guna kere
ta abah, tetapi kereta kecil yang comel love itu juga yang 'dilarikannya'.
Sejenak kemudian aku nampak dahi abah berkerut-kerut. Bagai ada sesuatu yang dir
isaukan.
"Abah jangan banyak fikir..." Aku cuba meredakan gelisah hatinya. Tetapi seakanakan masih ada sesuatu yang tidak lepas dari hati abah. Mengerti makna yang disa
mpaikan lewat pandangan mata, aku meletakkan pen di tangan kiri abah setelah men
arik meja yang biasa digunakan untuk meletakkan makanan. Dengan susah payah abah
menulis. Mengatur patah kata dalam susunan yang lintang-pukang, tetapi masih ku
fahami maksudnya.
"Iddya dah boleh terima. Iddya doakan Abang Lutfi berbahagia," kataku separa ber
bohong sebenarnya. Aku terpaksa kerana pada saat ini aku harus melunakkan hati a
bah. Abah pasti risau mengenangkan hubunganku yang sangat dingin dengan isteri A
bang Lutfi. Kalau mereka datang dan kebetulan waktu itu aku berada di rumah, aku
mengunci diri di dalam bilik. Aku sentiasa menjadi 'pelarian' dalam majlis-majl
is yang melibatkan 'dia' kerana selagi boleh aku hendak mengelak daripada berten
tang mata dengannya.
Aku mendongak apabila terasa renungan tajam sepasang mata menikam ke muka. Nyata
abah dapat membaca 'pembohonganku' dan aku rasa berdosa kerana berbohong kepada
abah. Aku membaca lagi beberapa patah perkataan yang tertulis. Rupa-rupanya aba
h menagih janji, mengharap agar yang keruh akan segera dijernihkan. Aku berfikir
dalam-dalam saat bersilih ganti wajah Abang Lutfi dan isterinya di tubir mata.
Aku sedar aku tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan ini seandai
nya aku tidak dapat melupakan kegagalan, rasa kecewa dan sakit hati. Kemaafan te
ramat berat untuk kuberi kepada orang yang telah melukai hatiku. Tetapi aku tahu
dengan memberi kemaafan sahajalah aku akan dapat mengubati hati yang telah terl
uka. Bak kata pujangga, kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah ya
ng boleh membuang segala parut luka emosi dan hadiah yang terbaik untuk 'musuh'
ialah kemaafan. Mungkin ada benarnya.
"Demi abah... insya-ALLAH lepas ni Iddya akan jumpa dengan... err... Kak Hilda."
Akhirnya setelah sekian lama terbenam, nama itu terpacul daripada mulutku. Teta
pi aneh... demi namanya meniti di bibir, terasa bagaikan terangkat bebanan yang
selama ini tergalas di atas bahu. Ada semacam satu rasa kelegaan yang teramat.
Agaknya inilah yang dikata orang, kemaafan adalah dendam yang terindah. Aku haru
s belajar memaafkan orang lain dan memaafkan diriku sendiri atas apa yang telah
terjadi... yang telah ditakdirkan oleh ILAHI.
SEKEMBALI dari Singapura, Umar Aisy terus datang menziarah. Aku menangkap mata a
bah yang 'tersenyum' ketika Umar Aisy menghampirinya. "Ni Umar... kawan Iddya ma
sa sekolah dulu," kataku memperkenalkannya. Walaupun dia pernah datang bertandan
g ke rumah pada hari raya dahulu dan pernah bertemu dengan abah, tetapi dalam ke

adaan abah sekarang, aku berandaian mungkin abah tidak dapat mengingat semua per
kara.
"Renita dan Thenesh baru aje balik. You tak berselisih ke dengan dia orang tadi?
"
Umar Aisy menggeleng. "Petang nanti Sim datang." Memang aku terharu dengan ke
prihatinan teman-teman. Renita yang aku maklumkan pagi tadi, terus sahaja datan
g, walaupun dia baru sahaja balik dari Pulau Pinang.
Setelah pasti abah hendak berehat, aku dan Umar Aisy duduk di sofa di tepi jende
la kerana tidak mahu perbualan kami mengganggu tidurnya. Entahkan abah benar-ben
ar tidur atau berpura-pura lena, aku tidak pasti kerana matanya
separuh terbuka.
"Serius ke?" soal Umar Aisy dalam nada perlahan.
"Kata doktor... very mild stroke. Dalam sehari dua lagi boleh balik."
"Siapa yang jaga dia."
"Kamilah bergilir... I dan mama jaga waktu siang. Malam tengoklah siapa yang bol
eh. Macam malam tadi abang I tunggu... mujur abah ada anak lelaki." Sesungguhnya
, kemujuran ini memangnya satu rahmat. Aku mengucap syukur di dalam hati.
"Bakal menantu pun boleh jaga."
"Siapa? You?"
Umar Aisy tergelak-gelak. Agaknya reaksiku yang membulatkan mata mencuit hatinya
.
Cepat-cepat aku mendekatinya apabila nampak abah seperti tidak selesa.
"Abah nak pergi bilik air?"
Anggukan abah tanda mengiakan.
"Nanti Iddya panggil nurse..."
"Tak apa. I boleh tolong. You bagi tahu aje apa yang patut I buat." Umar Aisy su
dah memintas, menawarkan bantuan.
"Okey!" Segera aku membetulkan kedudukan kaki abah. Katil yang rendah itu memang
memudahkan abah dipindahkan ke atas kerusi roda, tetapi aku tetap bimbang kalau
-kalau abah mungkin terjatuh. Kudratku tidak seberapa untuk menyambut kalau abah
tiba-tiba hilang imbangan.
"Err... kenaangkat," kataku lalu memberi laluan kepada Umar Aisy sambil menerang
kan prosedur selanjutnya yang perlu dilakukan. Nampak kekok sedikit perbuatannya
kerana dia tidak biasa. Setelah abah duduk dengan selesa, kerusi rodanya ditola
k ke bilik air.
"Thanks Umar!" ucapku sebaik sahaja Umar Aisy keluar meninggalkan abah di dalam
bilik air. Kami berbual hinggalah tiba masanya abah dibawa keluar dan dibaringka
n semula dengan selesa di atas katil.
Tidak lama kemudian mama sampai. Aku mencium pipi abah sebelum meminta diri. Mam
a menemani kami hingga ke luar pintu. "Nanti telefon Ijaz... tadi mama lupa caka
p suruh dia temankan abah malam ni. Kesian abang... dah dua malam tunggu abah."

Aku tahu memang sepatutnya Abang Zairi dan Ijaz bergilir-gilir menunggu abah, te
tapi keadaan seperti tidak sesuai. "Dia tengah exam ma... ada dua paper lagi."
"Kalau macam tu, malam ni biar mama jaga abah."
"Tapi abang..."
"Tak apa... biar abang rehat malam ni," pintas mama.
Aku tahu Abang Zairi sama sekali tidak akan membenarkan hal ini kerana awal-awal
lagi dia sudah mengingatkan yang tugas menjaga abah lebih-lebih lagi pada waktu
malam tertanggung di atas bahu anak-anak, terutamanya anak lelaki. Kalau tidak
ada anak lelaki, tugas itu jatuh kepada menantu lelaki. Dalam hal ini tentulah A
bang Amran yang dimaksudkan, tetapi aku kira hal ini terpulanglah kepadanya. Tun
ggu sahajalah dia menawarkan diri seperti pada malam kedua dulu. Tidak kena pula
rasanya hendak disuruh-suruh.
Hendak minta tolong kepada Abang Lutfi lagi, dia sudah menemankan pada hari pert
ama abah berada dalam wad. Walaupun mereka ada pembantu rumah, mama tetap bimban
g dia meninggalkan Kak Hilda di rumah pada waktu malam dalam keadaan dirinya yan
g sentiasa tidak sihat sejak berbadan dua.
"Esok abang ada mesyuarat penting, jadi malam ni biar Iddya yang temankan abah.
Nanti lepas maghrib, Iddya minta abang hantar ke sini," kataku menawarkan diri s
ekali gus memberi kata pemutus kerana sedar keadaan kesihatan mama tidak mewajar
kan aku membiarkannya menjaga abah
pada waktu malam.
Aku lantas mengambil pas yang dikhaskan untuk orang yang menjaga pesakit, lalu m
enyelitnya di dalam beg tangan. Tanpa pas ini aku bimbang terpaksa bersoal jawab
pula dengan jururawat yang bertugas di kaunter.
"Kita nak ke mana?" soal Umar Aisy setelah kami keluar dari lif.
"I ingat nak balik ofis... ada kerja yang perlu I siapkan."
"Makan dulu, ya!"
"Okey, tapi kali ni I belanja... sebab dah selalu sangat you belanja I."
"Well, whatever you say, kiddol" guraunya memanggilku dengan kata panggilan sepe
rti anak kecil. Aku diam sahaja kerana kalau aku melayan, pelbagai pulalah kata
panggilannya nanti. Sayang, my dear, intan payung dan entah apa-apa lagi yang ke
luar ikut sedap mulutnya.
Kami makan tengah hari sambil berbual seperti selalu. Ketawa apabila ada sesuatu
yang lucu. Lupa seketika resah hati mengenangkan abah yang masih sakit.
"Iddya... kalau you all tak kisah, malam ni I boleh tolong jaga abah you. Dulu m
asa my late father masuk wad... I jaga dia. Kebetulan masa tu I balik bercuti."
Aku terkedu mendengar kata-katanya. Hal ini langsung tidak terlintas di fikirank
u. Tidak terfikir pun untuk meminta tolong dia menjaga abah. Langsung tidak ada
kewajaran untuk dia berbuat begitu.
"I bimbang nanti bila dia nak pergi tandas... you tentu tak daya nak angkat dia.
"
"I boleh panggil nurse untuk bantu... tak ada masalah, Umar. Atau kalau dah terp
aksa... abah kena pakai diapers."

"Tapi you jugak kata dia tak nak pakai..."


"Kalau dah tak ada pilihan... terpaksa jugaklah," pintasku memberi jawapan yang
muktamad. Bukan tidak sudi
menerima pelawaan, tetapi memang tiada kewajarannya.
"Okeylah, tapi kalau perlu... bagi tahu aje."
Aku menyenangi kata-katanya yang berupa kesanggupan untuk bersama pada saat susa
h dan senang.
'Umar, alangkah bahagianya kalau aku bisa berkongsi hidup denganmu!' bisik hati
kecilku penuh mengharap. Sejenak aku merasakan diriku dilingkari bahagia. Tetapi
manalah aku tahu rupa-rupanya hari ini memang bukan hariku.
"Hellol"
Cepat-cepat aku berpaling. Umar Aisy yang duduk bertentangan denganku bagai terp
aku. Entah siapa gerangan. Aku memerah ingatan, cuba mengingat mungkin kami pern
ah bertemu di mana-mana, tetapi akhirnya aku yakin inilah kali pertama aku menat
ap wajahnya.
"Do I know you?' soalku begitu kerana aku tidak pasti sama ada dia berbangsa Mel
ayu, anak kacukan atau orang putih celup. Kalau dilihat dari paras rupa, memang
muka Melayu, tetapi rambutnya berwarna platinum. Peliknya rupa dia! Dua kali pan
dang nampak kelakar pula. Aku menahan ketawa kerana riak wajahnya kelihatan begi
tu serius.
"You tak kenal I... tapi I pasti you kenal Syahrul Bahraein!" Nada suaranya kede
ngaran tegas.
Ya ALLAH, isteri Baein ke ni? Ivy Syahirah! Memang aku ingin sangat bertemu deng
annya, tetapi bukanlah dalam suasana yang 'hangat' begini.
Gementar perasaan. Aku melarikan pandangan, mencari anak mata Umar Aisy. 'Bantul
ah aku Umar,' bisikku dalam hati. Berharap agar Umar Aisy dapat membaca rayuanku
lewat pandangan mata.
"Iddya," kataku sambil menghulurkan tangan, tetapi dibiarkan tidak bersambut. Me
nerjah tanpa salam dan enggan menyambut huluran tangan sudah membawa petanda yan
g kurang enak.
"You ni dah tak ada jantan lain lagi ke sampaikan laki
orang pun you nak kebas?!"
Berdesing telingaku. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, nyata semua mata membalas
pandanganku. Oh, malunya!
"Ivy, duduklah dulu... kita cakap baik-baik," kataku memanggil singkatan namanya
seperti yang pernah aku dengar terpacul keluar dari mulut Baein.
"Ohh, tau malu, ya! Berkepit dengan laki orang, tak malu?" Ivy Syahirah menuduh
dan mengungkit lagi itu dan ini; berkata yang tidak-tidak.
Sungguh kesabaranku ada hadnya. Janganlah provok sampai benteng kesabaranku runt
uh. Bercakaplah baik-baik atau pergi sahaja dari sini kerana aku juga 'pandai' m
arah. Kesannya nanti mungkin lebih hebat daripada ledakan Gunung Merapi yang mem
untahkan laharnya yang panas dan bisa menghancur lebur segala yang dirempuh.
'Aku ini sebenarnya murah dengan rasa simpati dan bisa menjadi sedingin ais di k
utub kalau kau bisa berbicara dengan baik dan penuh sopan. Tapi kalau kau memben

tak-bentak aku begini... aku akan goda Baein sampai dia melutut di hujung kakiku
! Aku akan mendabik dada dan berseru kepada seluruh isi alam yang cinta Baein be
rjaya kurebut kembali dan dia menjadi milikku. Saat itu menangis air mata darah
sekalipun, Baein tidak akan kembali ke pangkuanmu lagi.'
Astargfirullahalazim! Apa yang telah merasuk diriku ini sehingga hatiku berkatakata seperti orang yang sudah hilang akal? Bukankah sudah tidak ada sekelumit pu
n rasa cinta kepadanya? Rasa yang mungkin tidak pernah ada di dalam hatiku. Meng
apa aku hendak mengharu-birukan perasaannya pada ketika dia menginginkan kepasti
an?
"Janganlah buat diri tu murah sangat!" Ivy Syahirah bercakap seolah-olah tidak b
ertemu noktah. Aku tidak dapat hendak mencelah.
Sebenarnya aku menjadi 'hilang akal' kerana dia
meninggikan suara dan membentak-bentak seolah-olah aku tiada maruah dan harga di
ri. Seolah-olah Baein seorang sahaja lelaki yang tinggal di atas muka bumi ini.
Tetapi kalaupun sungguh hanya tinggal dia seorang, aku takkan merebut dia daripa
da kamu. Aku tak seburuk yang kamu sangka. Usahlah kita bergaduh hanya semata-ma
ta kerana seorang lelaki. Tak berbaloi benar rasanya!
Aku pernah kehilangan lelaki yang lebih hebat daripada Baein, tetapi aku meladen
inya dengan caraku sendiri. Kini berilah kepadaku ruang untuk bernafas dengan am
an damai. Tolonglah jangan ganggu hidupku. Namun, kata-kata itu lahir dalam hati
ku sahaja kerana aku tidak mahu berbalas kata pada saat dia sedang keliru dan be
rsedih hati.
Aku memandang lelaki di hadapanku yang sedari tadi membisu. Tentulah dia ingin m
emberi ruang kepadaku menangani sendiri perkara yang remeh-temeh begini. Tiba-ti
ba melintas sesuatu di ruang fikirku. Serentak itu aku menguis perlahan kaki Uma
r Aisy di bawah meja. Dia sedikit tersentak, tetapi mujurlah tidak ketara reaksi
nya.
"I tak ada apa-apa dengan Baein... kan I dengan Umar." Aku memang sudah terdesak
. Tidak pasal-pasal aku babitkan Umar Aisy dalam hal peribadiku. Tangan kananku
tika itu sudah mendarat di atas jari-jemarinya. Bergetaran jiwa. Aku lega kerana
Umar Aisy mempamer reaksi senada, mengelus jari-jemariku, walaupun sebaris ayat
ku masih belum sempurna.
Sebenarnya aku takut untuk melafazkan apa juga perkataan yang mempamerkan rasa h
atiku terhadapnya. Akan datang kalau ada keberanian dan dapat kubaca hatinya, in
syaALLAH akan aku lafazkan juga. Akan kulepaskan perasaan yang selama ini terkur
ung dan bersembunyi di dalam dada. Perlahan-lahan aku menarik jari-jemariku kera
na elusannya menggetarkan sukma.
"Ah, jangan nak bohong! I sendiri nampak dengan mata kepala I! Lepas ni jangan s
ampai lagi ke telinga I... you meleser dengan my husband! Kalau I dapat tahu...
siaplah! You ni pulak jangan nak cover line!" jerkahnya. Tajam matanya merenung
Umar Aisy. Kemudian dia bercakap lagi itu dan ini sebelum berlalu pergi.
Aku rasa malu sungguh. Seperti tidak sanggup lagi melihat dunia, lalu aku meraup
kedua-dua belah tangan ke muka. Agak lama.
"Dahlah... nanti tak boleh bernafas pulak," kata Umar Aisy cuba berjenaka. Spont
an dia menarik tanganku. Sudah pastilah menyerlahkan seraut wajah yang bersalut
duka.
"You fikir I macam tu ke, Umar? You fikir I nak rampas Baein daripada dia?" asak
ku dengan pertanyaan, walaupun sebenarnya aku sedar jawapan itu ada padaku. Mung
kin inilah saat yang terbaik untukku membongkar rahsia hati, tetapi bergandalah
gundah-gulana andai jawapannya tidak seperti yang aku harapkan.
Fikiranku menjadi kusut dan berserabut. Apa yang lebih aku fikirkan adalah tenta

ng isteri Baein. Mungkin sudah berantakan rumah tangganya kerana aku. Tepat fira
satku kerana aku dapat merasakan intipan sepasang mata Ivy Syahirah lewat pertem
uan kami yang akhir. Rupa-rupanya dia mengekori di luar sedar Baein.
"Umar... I tak ada walau sebesar kuman pun niat nak rampas Baein, apa lagi nak g
anggu rumah tangga dia."
Umar Aisy mengangguk tanda mengerti.
"I sakit hati betul sebab dia malukan I. Tak boleh ke dia tanya dan cakap baik-b
aik? Kenapa nak jerit-jerit... bagi tahu semua orang yang I nak rampas laki dia?
Dari I tak rasa apa-apa, sekarang ni I rasa nak goda Baein sampai dia tinggalka
n perempuan tu! Biar padan muka dia!"
"Hisy, janganlah cakap macam tu!" I yakin tak ada sesiapa .
you nak malu dengan siapa? Dengan I? I dah tahu you tak macam tu. . . jadi janga
n nak tambah serabutkan fikiran.
"Nanti kalau dia 'serang' I lagi?'
Aku menjmhkan bibir. Betapa tadi dia sahaja, sedangkan aku malu bukan kepalang h
ingga tidak tahu di mana hendak aku sorokkan muka apabila jerit-jerit di khalaya
k ramai. ...
"I kan ada..." ajukku melampias rasa tidak puas hati.
"Habis tu you nak I buat apa?"
?nak dia buat apa, ya?' Aku menyoal sendiri. Sepatutnya aku bersyukur kerana Um
ar Aisy tenang dan bersahaja tadi. Tidak kalut atau mempamer rasa riak wajah tat
kala aku menguis kakinya di bawah meja dan memberitahu isteri Baein yang kami ad
a apa-apa.
begitulah maksudku dan sebenarnya.
"You nak I peluk you depan dia? Atau kurang-kurangnya tak lepaskan tangan you un
tuk tunjukkan yang sebenarnya you dah ada orang lain... bukannya perosak rumah t
angga orang? Kan I dengan Umar... hah, cakap pun tak habis! balasnyadalamnada su
ara mengejek.
"Umar!" Suaraku sedikit terjerit memanggil namanya. Dia segera menentang pandang
anku.
Aku menundukkan muka, tidak sanggup bertentang
...
sekian lama kasihmu merantai jiwaku. Lalu aku ingin berjalan seiringan sambil be
rpegangan tangan denganmu hingga ke helaan terakhir nafasku.'
Namun untuk ke sekian kalinya rasa bimbang menekan keberanianku untuk melafazkan
kata cinta. Aku masih cuba menyembunyi perasaan. "Apa yang mesti I cakap, Umar?
"
"Diri you, hati you... cakap ajelah apa yang you nak cakap!" Tegas nada suara Um
ar Aisy.
'Hah, tak pasal-pasal dia pulak yang mengamuk! Tak
sukalah!'
"Kalau you kata antara you dengan Baein dah tak ada apa-apa... jangan jumpa dia
lagi! Jangan layan bila dia call.
Fullstop!

Aku tersentak kerana tiba-tiba Umar Aisy meninggikan suara. Pertama kali dia mar
ah dan bertegas denganku dalam soal ini hingga aku tidak berani hendak berkata-k
ata lagi, walaupun aku ingin memberitahunya begini: 'Umar, dia kan kawan sekolah
kita dulu. Apa salahnya kalau sekadar berkawan? Takkan itu pun tak boleh? Lagip
un,.. I sebenarnya suka pada you. Err... bukan suka, tapi I sayang pada you, Uma
r. sayang yang betul-betul sayang. Sayang yang ada kasih dan rindu. Sayang sebag
ai kekasih, Umar...' Namun, tidak jua terluahkan kata-kata itu!
SELEPAS solat maghrib, aku dengan Abang Zairi pergi ke hospital. Dalam keenggana
n perasaan, mama pulang ke rumah dengannya. Lama juga aku 'berbual' dengan abah
hingga akhirnya dia terlena dengan mata yang separuh terbuka. Hendak membaca, ca
haya lampu samar benar. Perlahan-lahan aku bangun, lalu berdiri di tepi jendela.
Dalam keadaan sunyi begini, mudah sahaja ingatanku menerawang mengenang peristiw
a siang. Sungguh aku sama sekali tidak menyangka yang aku akan 'diserang' oleh i
steri Baein. Malu sungguh kerana aku dituduh cuba meruntuhkan rumah tangga orang
. Rasanya mati hidup semula aku takkan pergi lagi ke restoran itu. Pada perasaan
aku, bukan sahaja orang yang memandang, tetapi dinding, kerusi meja, sudu garpu
dan segala-gala yang ada di restoran itu seperti merakam dan memahat peristiwa
yang terjadi. Memetir suara Ivy Syahirah memuntahkan amarah, meontarkan apa saha
ja yang melintas di dalam kepala. Aku dituduhnya tiada maruah dan harga diri. Be
gitulah hinanya aku di mata isteri Baein,
sedangkan tidak ada sekelumit pun rasa di hatiku untuk merebut kembali cinta sua
minya.
Terganggu lamunan apabila mataku menangkap cahaya yang berkelip-kelip dari telef
on bimbit yang aku setkan dalam mode senyap petanda ada panggilan masuk. Sempat
kutoleh jam di tangan yang sudah menunjukkan hampir ke angka 11. Siapa jugalah g
erangan yang menelefon pada waktu yang dah lewat begini? Aku mencapai telefon bi
mbit, lalu meneliti nama yang tertera di skrin.
"Hai Umar, ada apa?" soalku lebih kepada berbisik. Mindaku mencari kewajaran dia
membuat panggilan pada saat ini. Rindu ke? 'Hmm... janganlah perasan, Iddya.' H
ati kecilku segera mengingatkan.
"Kenapa, you dah tidur ke?" Dia membalas dengan pertanyaan juga.
"Tak, belum lagi." Aku berjeda sejenak. Mencari akal untuk mengusiknya.
"You pun belum tidur. Kenapa, asyik teringat pada I ke?" Aku menyoal dengan berb
isik-bisik kerana bimbang hinggap pula di telinga abah suaraku.
"Haa... tahu pun!" Umar Aisy membalas dengan usikan juga. Tahu sahaja dia yang a
ku sedang bercanda. "Kalau macam tu, marilah keluar kejap... I kat luar ni!"
"Hah!" Aku terkejut bukan kepalang, tetapi spontan rasa bahagia bertandang di da
lam hati. Kejutan yang memang tidak disangka-sangka. Dengan berhati-hati aku mel
angkah menuju ke pintu. Mengintai terlebih dahulu kerana manalah tahu Umar Aisy
hanya berolok-olok sahaja. Tetapi nyata dia berdiri di luar pintu dengan beg pla
stik Mc. Donald's di tangan. Wah, siap bawa bekal makanan lagi! Macam orang nak
pergi picnic aje!
"Eh, macam mana you dapat masuk sini?"
"Pas tadi kan I yang simpan... lupa ke?" soalnya.
Aku teringat yang pas itu terjatuh ketika aku menarik
dompet untuk membuat pembayaran. Umar Aisy mengambil, lalu menyimpan di dalam sa
ku bajunya dan dalam kekalutan perasaan kerana 'diserang' oleh isteri Baein, aku
langsung terlupa hendak memintanya kembali.
"Abah you tidur?"

Aku mengangguk, faham maksud pertanyaannya. Kalau abah sedang tidur, suara kami
sudah pasti akan mengganggu tidurnya. Jadi tentulah lebih baik kami duduk di lua
r. Aku merenggangkan daun pintu sekadar cukup untukku meninjau pergerakan abah d
i atas katil. Umar Aisy mengeluarkan makanan yang dibawanya tadi.
"Sebenarnya I dah makan sebelum datang sini tadi."
"I tahu you tak nak makan after nine, tapi makanlah sikit untuk ambil hati I."
Ayat yang kedengaran lucu dan pengharapan itu cukup menarik hatiku. Jadi walaupu
n memang sudah menjadi amalan aku tidak mengambil apa jua makanan selepas pukul
9.00 malam, tetapi kali ini aku makan juga.
"I tak sempat nak dinner... sibuk sangat. Makanlah... tak habis pun tak apa... n
anti I boleh habiskan."
Aku menyisip air coklat yang sudah suam-suam kuku untuk meredakan perasaan yang
berpusar di dalam hati. Bekasnya aku letakkan kembali di atas bangku tidak jauh
dariku untuk mengelakkan tertukar dengan bekas air kepunyaannya. Hanya separuh s
ahaja burger yang mampu aku habiskan dan Umar Aisy menghabiskan sebahagian lagi.
Sama ada dia benar-benar masih lapar atau tidak mahu membazir, aku tidak tahu.
Tetapi yang pasti perasaan aku ketika ini berlainan benar rasanya. Terasa kami b
egitu intim dan mesra.
Tiba-tiba dari ekor mata, aku nampak Umar Aisy mengambil bekas minumanku lalu te
rus minum. Sedetik dua aku bagaikan tergamam, tetapi cepat-cepat aku meredakan p
erasaan. Aku yakin pasti Umar Aisy mengambilnya dalam
sedar. Dia ingin mencetuskan bibit-bibit perkongsian antara kami dalam perlakuan
yang seharusnya aku faham tafsirannya. Sesungguhnya perasaan aku ketika ini ing
inkan begitu juga. Sudah lama hasrat ini terbenam dan terkurung di dalam dada. A
pakah kini saatnya sudah tiba untuk aku melafazkannya? Tapi bukankah lebih baik
kalau Umar Aisy yang memulakan kalau sungguh dia berkongsi rasa yang serupa?
Aku berkata begini atas dua sebab. Pertama, kerana aku seorang perempuan yang ha
rus menjaga susila dalam perhubungan; bagi aku melanggar adab orang Melayu kalau
perempuan yang memulakan langkah pertama, walaupun berdua-duaan pada waktu yang
sudah lewat begini lebih jelas sudah melanggar adat orang Melayu dan lebih para
h lagi melanggar hukum agama. Kedua, Umar Aisy harus terlebih dahulu menjelaskan
kedudukannya kerana aku tidak mahu dituduh sebagai perampas kekasih orang. Dia
harus menjelaskannya, walaupun dulu dia pernah mengaku di hadapanku yang dia bel
um ada teman istimewa.
"Eh, yang mana satu air I?" Aku pura-pura keliru memandang bekas air yang letakn
ya berdekatan.
"Yang nilah!" kata Umar Aisy, lalu diambil bekas air kepunyaannya. Aku menyambut
nya tanpa bersoal jawab, meskipun aku tahu bekas air ini sudah bertukar. Maksud
aku, telah dengan sengaja ditukar oleh Umar Aisy dengan sebab-sebab yang hanya d
ia sahaja tahu.
Aku meletakkan noktah pada persoalan yang tidak keterlaluan kalau aku kata seben
arnya berupa isyarat perkongsian yang Umar Aisy berikan kepadaku. Ditunjukkan da
lam perlakuan yang sungguh simbolik dan mungkin berharap agar aku dapat mentafsi
r suara hatinya.
Sungguh jauh lamunan dan khayalanku. Malam walaupun sudah larut, tetapi aku masi
h mampu menggerakkan saraf-saraf di otak memikirkan perkara sebegini.
Tentulah tidak tega membiarkan abah ternanti-nanti kedatangannya. Seboleh-bolehn

ya mama ingin melunasi tanggungjawabnya bersama-sama abah dalam keadaan susah da


n senang.
"Awal?" soalku kepada Ijaz.
Dia membalas dengan memuncungkan bibirnya ke arah mama. Aku tahu sudah pastilah
Ijaz didesak oleh mama agar cepat-cepat menghantarnya ke hospital.
"Mama kata akak mungkin nak pergi ofis."
Hmm... pandai betul mama mencari alasan. "Lepas lunch baru akak pergi."
"Kalau nak balik bolehlah Ijaz hantar, tapi jangan lambat sangat sebab nak pergi
kampus.''
"Iddya... I hantar you balik."
Senyuman manis aku hadiahkan kepada Umar Aisy sebagai tanda terima kasih. Betapa
sebenarnya aku sudah merencana dalam kepala untuk bersarapan dengannya. Selepas
itu barulah pulang ke rumah.
KAMI bersarapan di sebuah gerai mamak di tepi jalan. Segelas teh tarik, sebiji t
elur separuh masak dan sekeping roti canai menjadi habuan pada ketika perut seda
ng mendendangkan lagu irama keroncong.
"Lepas ni nak terus pergi kedai?"
"I nak balik rumah... mandi dan tidur."
"Eh, baru bangun tidur... nak tidur lagi?"
"I ni tak lenalah kalau tidur kat tempat yang I tak biasa."
"Maknanya malam tadi you tak tidur?"
"Tidur... tapi tak tidur." Jawapan Umar Aisy seperti bertujuan untuk mengeliruka
n fikiranku.
"Tak tidur... habis tu you buat apa?"
Umar Aisy tersenyum nakal. "Tengok orang tu tidur. Hmm... macam baby... so peace
ful"
Menelah maksud kata-katanya, spontan menyerbu darah
naik ke muka. Aku ketawa. Memang tidak ada yang lucu, tetapi aku hendak menyembu
nyikan rasa malu.
"You lena betul. Hanya orang yang tak ada masalah akan tidur macam tu."
Tak ada masalah? Walhal berserabut fikiran dan haru-biru perasaan kerana 'disera
ng' oleh isteri Baein. Titik hitam yang takkan hilang dari lipatan hidupku.
"Masa I jaga my late father pun macam tu. Bila dia tak boleh tidur... kami berbu
al. Macam-macam yang kami cerita... sampai satu peringkat dia ada tanya I tentan
g Islam. Sebab tu I rasa terkilan sikit bila dia meninggal... I fikir kalau ada
dorongan dan bimbingan, tak mustahil dia akan berada di jalan yang sama macam ja
lan I dengan Kak Ain pilih ni," ujar Umar Aisy. Dia menghela nafas panjang bagai
kan helaan itu dapat mengusir rasa terkilan.
"Kami begitu rapat. Bagi I dia bukan aje ayah, tapi kawan I yang paling baik." D
i hujung suaranya Umar Aisy ketawa. Aku fikir apalah lagi tujuannya kalau bukan

kerana dia hendak melunakkan hatinya sendiri.


"Kalau abah you boleh bercakap... tentu malam tadi kami berbual panjang. Tentu b
anyak rahsia you yang I tahu."
"Eh, abah I tak tidur ke?"
"Tidur, tapi tak lena sangat. Pukul 3.00... lepas pergi bilik air, dia tak nak b
aring... duduk bersandar aje. Dah nak masuk subuh baru dia tidur."
Aku beristighfar. Mampir rasa bersalah dalam hati kerana aku tidur dengan lena p
ada ketika sepatutnya aku tidur-tidur ayam sahaja kerana aku memegang amanah unt
uk menjaga abah. Kemudian mengucap syukur kerana mujurlah ada Umar Aisy. Kalau t
idak, kasihan abah terpaksa menanti hingga pagi untuk pergi ke bilik air.
DR. HASMI sudah memberitahu Abang Zairi yang abah akan dibenarkan pulang pada ha
ri Jumaat. Enel sudah pun mengemas bilik di tingkat bawah. Kak Inez dan Abang Lu
tfi juga sudah aku maklumkan. Kak Inez memberitahu dia akan menunggu abah di rum
ah sahaja.
Jadi awal pagi lagi aku dengan Ijaz sudah berada di hospital. Abang Zairi juga b
erada di sana kerana dia yang menemani abah malam tadi.
"Jangan lupa appointment hari Isnin ni," pesan Dr. Hasmi sebelum dia keluar dari
bilik abah.
Setelah selesai semua urusan di hospital, barulah kami pulang ke rumah.
Terukir senyuman di hujung bibir abah sebaik-baik sahaja abah dibawa masuk ke ru
mah.
"Abah nak duduk kat sini atau dalam bilik?" Abang Zairi memberinya pilihan.
Abah hanya membalas dengan isyarat mata. Abang Zairi stgera mengerti dan menolak
kerusi roda ke dalam bilik.
Dengan cermat dia dan Ijaz mengangkat abah dan membaringkannya di atas katil. Ma
ma duduk di sisi abah. Rambut abah diusapnya perlahan-lahan.
"Abang nak minum?"
Abah menggeleng perlahan-lahan. Tergapai-gapai tangan kirinya mencari tangan mam
a. Segera mama menggenggam jari-jemari abah lalu dibawa ke mulutnya. Mengucup de
ngan mata yang terpejam. Penuh kasih. Intimnya hubungan abah dengan mama. Aku se
mpat memikirkan kalaulah seorang tiada, apalah yang akan terjadi kepada yang seo
rang lagi? Ngeri dan tidak sanggup aku memikirkannya. Biarlah hidup berdua dan m
ati bersama-sama. Aku kira begitulah harapan abah dengan mama.
Abah menebar pandangan ke sekeliling. Matanya hinggap di muka Abang Zairi. Agakn
ya menyampaikan ucapan terima kasih kepada anak lelaki sulung abah yang banyak m
embantu selama abah di hospital. Kemudian beralih pula ke arah Ijaz.
Aku mengukir senyuman paling manis ketika saling bertatapan dengan abah. Abah me
ngangguk perlahan sebelum kembali memandang mama. Kemudian mata abah tertancap p
ula ke satu arah. Lama, meskipun tiada sesiapa di situ.
Detik waktu seakan-akan terhenti. Sepi lagi sunyi.
"Abah!" Abang Zairi bersuara memecah keheningan seraya menerpa mendapatkan abah.
"Mama!" teriaknya meminta agar mama mendekat.
Aku terpinga-pinga memandang Abang Zairi menggoncang perlahan tubuh abah. Kemudi
an mulutnya dirapatkan di telinga abah. Aku masih tidak dapat mencerakin isyarat

dan hanya melongo memandang bibir abah bergerak perlahan-lahan, tanpa kutahu ab
ah sedang mengikut kalimah tauhid yang dibisikkan di telinganya.
"Ijaz! Iddya... mari dekat dengan abah!"
Jeritan cemas suara Abang Zairi menyedarkan aku
pada realiti yang abah sedang menghadapi saat-saat akhir hayatnya dikandung bada
n. Malaikat Izrail sudah datang untuk menjemput abah? Aku tidak dapat hendak ber
fikir apa-apa lagi ketika ini. Cepat-cepat tangan abah kucapai, lalu mengucup ja
ri-jemarinya.
"Ampunkan dosa-dosa Iddya, abah!" rintihku dalam sendu. Mengulang ucapan Ijaz pa
da ketika aku masih dalam kebingungan. Mengharap abah berkata-kata, meskipun aku
sedar serangan strok telah mengambil suaranya.
Beransur-ansur ALLAH mengambil kembali segala sesuatu yang dipinjamkan kepada ab
ah.
Ombak di dada abah semakin perlahan. Akhirnya tenang. Aku mendongak menatap muka
abah. Memandang matanya yang terbuka, tetapi tidak berkerdip. Sedetik. Dua deti
k aku menunggu. Matanya masih juga tidak berkerdip. Aku hanya menyedari abah sud
ah tiada apabila Abang Zairi meraup jari-jemarinya ke muka abah. Menutup kedua-d
ua kelopak matanya. ALLAH SWT telah mengambil abah yang dipinjamkan kepada kami
selama ini. Abah nyata sudah berangkat pergi apabila Abang Zairi membetulkan let
ak tangan abah, menkiamkannya.
Tidur yang panjang. Abah tidak akan bangun-bangun lagi. Abah sudah pergi meningg
alkan kami. Aku rasa kehilangan. Air mata tidak tertahankan. Juraiannya bagai mu
tiara yang putus dari karangan. Aku menangis kerana abah sudah tiada. Abah sudah
pergi menemui ILAHI.
Menoleh ke muka pintu, aku nampak Kak Inez terkaku dengan rembesan air mata di p
ipi. Pastilah Kak Inez sudah tahu yang abah sudah dijemput menghadap ILAHI. Tent
ulah Kak Inez terkilan kerana dia tidak sempat menghadap abah pada saat akhir pe
mergiannya.
Tatkala itu baru aku teringat seorang lagi anak abah. Iddrin, adik bongsu kesaya
ngan kami. Iddrin... dia tiada di sini.
Dia takkan tahu kalau tiada sesiapa yang memberitahunya. Lantaran itu bukan aku
orang yang selayaknya memecahkan khabar duka ini kepada Iddrin. Biarlah orang la
in.
Abang Zairilah sandaran kekuatan kami bagi menghadapi serangan takdir ini. "Aban
g..." panggilku perlahan setelah sekujur tubuh abah ditutup dengan sehelai kain
batik lepas.
"Jangan menangis beria sangat... ingat pesan abah," pujuk Abang Zairi sambil mem
aut kemas bahuku.
"Iddrin..." Suaraku lebih pada berbisik. Air mata mengalir semakin laju mengenan
gkan adikku yang berada jauh nun di rantauan. Iddrin yang mungkin pada ketika in
i sedang memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan pada ketika kami di sini
sedang menghadap sekujur tubuh insan tersayang yang sudah kaku di pembaringan.
"Dia tengah exam.... mungkin tak boleh bagi tahu dia
sekarang. Iddya pergi tengok kalau Dr. Zahari ada kat rumah!"
Sejenak aku termangu. 'Nak tanya apa lagi? Oh, barangkali sekadar untuk dapatkan pengesahan dari orang yang
bertauliah, maka Abang Zairi menyuruh aku memanggilnya,'
rumus hatiku.
Akur pada arahannya, lalu bergegas aku keluar menuju ke rumah Dr. Zahari. Dia ke

lihatan sedang berpamitan dengan Kak Elly. Segera aku menerjah masuk kerana pint
u pagar sedia terbuka. Sejenak aku seperti orang yang kebingungan, tidak tahu ap
a yang harus aku katakan kepadanya.
"Dah balik rumah pun... kena jaga dia baik-baik."
Melongo aku memandangnya. Beralih pula mataku ke muka Kak Elly. Tanda tanya terl
ukis di wajahnya. Pastilah reaksiku menghantar rasa aneh di dalam hatinya.
"Abah Iddya dah meninggal." Tergigil suaraku melontarkan kata-kata.
Kak Elly memandangku dengan mulut yang
sedikit ternganga.
"Abah meninggal sebaik aje sampai kat rumah... baru
lagi," kataku cuba meyakinkan.
"Innalillahh..." ucap Dr. Zahari diikuti dengan istighfar panjang. Tentulah dia
tidak menduga hal ini terjadi kerana Dr. Hasmi begitu yakin abah akan pulih dan
dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat di samping keluarga.
"Err... abang minta Dr. Zahari datang ke rumah." Segera dia dengan Kak Elly meng
ikutku pulang.
DR. ZAHARI sudah pun membuat pengesahan, tetapi dia masih seperti tidak percaya
yang abah sudah meninggal. Hal ini jelas di pendengaranku ketika dia menghubungi
Dr. Hasmi untuk memaklumkan apa yang telah terjadi.
"Ya... sebaik saja sampai di rumah," ulangnya sekali lagi. Mungkin Dr. Hasmi yan
g berada di hujung talian juga masih tidak percaya. Sesungguhnya dia boleh meram
al, tetapi ALLAH SWT menentukan segala-galanya. Abah menghembuskan nafas yang te
rakhir di rumahnya sendiri. Mungkin itulah juga doa dan harapannya.
Aku naik ke bilik untuk menukar pakaian yang lebih sesuai. Sehelai jubah berwarn
a hitam menjadi pilihan. Jubah yang dibeli oleh Abang Lutfi sewaktu dia menunaik
an umrah dahulu. Setelah lengkap bertudung, aku turun dan membantu apa yang patu
t. Jiran tetangga sudah mula datang dan memenuhi ruang tamu.
Abang Lutfi yang baru sampai terus mendapatkan mama, meraihnya ke dalam pelukan.
Sungguh bagi mama Abang Lutfi juga anaknya. Lama mama meluruhkan rasa sedih di
bahu Abang Lutfi hingga aku kembali berasa sangat sebak. Aku mengerling sekilas
pada Kak Hilda. Inilah kali pertama kami bertentang mata sejak hari pernikahanny
a dulu. Dalam keadaan sedang menanggung rasa sedih, aku masih sempat merumus yan
g Kak Hilda juga memakai jubah yang dibeli oleh Abang Lutfi.
"Assalammualaikum," ucap Kak Hilda. Nada suaranya kutafsirkan sebagai masih ragu
-ragu dengan penerimaanku. Hanya bibirku sahaja yang bergerak-gerak menjawab sal
amnya. Aku tidak berganjak ketika Kak Hilda merapatiku. Aku tidak mengelak ketik
a jari-jemarinya mengusap bahuku. Aku tidak meronta minta dilepaskan ketika tubu
hku dalam dakapannya. Aku tahu Kak Hilda hendak meredakan kedukaanku, ingin meng
hantar rasa simpati kerana orang yang kusayang telah pergi menghadap ILAHI.
Pada saat ini sebahagian daripada hatiku sudah mula menerima, tetapi sebahagian
lagi masih enggan. Masih tetap dengan rajuknya.
"Maafkan akak," bisik Kak Hilda di telingaku. Aku tidak pasti untuk apa pengucap
an kata maaf itu. Barangkali kerana dia rasa bersalah 'mengambil' Abang Lutfi da
ripadaku.
Sekujur tubuh abah yang kaku di pembaringan kupandang. Aku segera teringat janji

ku kepadanya. Janji itulah sesungguhnya yang memujuk sebahagian lagi hatiku. Per
lahan-lahan aku menghulurkan tangan. Segera disambut oleh Kak Hilda dalam gengga
man yang sangat erat. Sekali lagi tubuhku diraih ke dalam pelukannya. Dalam ilus
i aku membayangkan abah sedang tersenyum bahagia.
"Akak dah dapat balik anak-anak arwah," katanya setelah meleraikan pelukannya.
Aku mengikut sorot matanya. Di satu sudut, aku nampak Arija dengan abang-abangny
a. Akhirnya Kak Hilda berjaya menyatukan mereka di bawah satu bumbung. Hatiku be
gitu terharu. Inilah rahmat yang tersembunyi daripada perkahwinannya dengan Aban
g Lutfi. Air mata menitis lagi. Air mata kesyukuran dan berkongsi rasa bahagia d
engannya. .
"Iddya... tabahkan hati," kata Abang Lutfi sambil mengusap-usap perlahan bahuku.
"Abang sentiasa ada kalau Iddya perlukan apa-apa. Jangan sedih sangat ya!"
Pujukan Abang Lutfi meredakan sedikit rasa sebak di dada. Aku duduk di sebelah m
ama dan Kak Inez ketika Abang Zairi, Ijaz, Abang Lutfi dan Abang Pian bersama ka
riah masjid sibuk menguruskan jenazah. Memandi dan mengapan.
"Cium abah buat kali yang terakhir," kata Abang Zairi.
Perlahan-lahan aku merapatinya, mengambil giliran selepas orang lain dan pastiny
a memberi keutamaan kepada mama. Sesungguhnya, harus hukum bagi isteri mengucup
jenazah suami. Ketika ini kalau mama sedang dalam air wuduk, kucupan membatalkan
wuduknya, sedangkan wuduk arwah abah tidak terbatal kerana wuduknya diangkat ol
eh orang yang masih hidup.
Pandanganku merayap di seluruh muka abah. Terkesan genangan air jernih di tubir
matanya. Aku segera teringat satu artikel yang pernah kubaca tentang tiga petand
a mayat yang dirahmati ALLAH SWT. Antaranya; dahinya berpeluh, genangan air mata
dan keluar cairan jernih dari hidungnya.
Wajah arwah abah memang kelihatan tenang dan meninggalnya pula pada hari Jumaat.
Sesungguhnya, inilah tanda mati yang husnul khatimah. Kepulangan yang sangat di
nanti oleh beribu-ribu malaikat. Abah mendapat restu ILAHI atas kebaikan yang di
lakukan sepanjang hayat dikandung badan. Abah dengan sifat-sifatnya yang sederha
na, penyayang dan suka bersedekah.
Aku hanya menyedari kehadiran Umar Aisy ketika jenazah abah diusung keluar dan d
ia ikut menyambutnya di bahagian hadapan. Kami hanya saling berpandangan.
Tinggallah segala-galanya. Tinggallah isteri kesayangan abah, rumah besar dan ke
reta mahal abah, kolam dengan ikanikan yang berenangan, kitab-kitab dan buku-buk
u agama abah dan semuanya. Tinggallah segala harta dunia; yang dibawa bersama ha
nyalah sehelai kain putih membalut badan.
Jenazah abah telah selamat disemadikan. Talkin dan doa
dibaca. Para hadirin sudah beransur pulang meninggalkan kami yang masih bertelek
u di pusara.
"ALLAH makbulkan doa arwah."
Sebaris ayat yang terlontar keluar dari mulut Tuan Haji Hamdan mencuri perhatian
kami.
"Arwah pernah cakap pada saya, kalau boleh dia nak meninggal pada hari Jumaat."
Tuan Haji Hamdan berjeda sejenak sebelum meneruskan kata-kata. Mungkin mengimbau
kembali saat dia berbicara dengan arwah abah tentang soal itu. "Saya kata padan
ya... berdoa dan mintalah dengan ALLAH. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan."
Aku mengheret ingatan pada kenangan bersamanya. Seingat aku selepas bersara, aba

h memang lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca kitab-kitab agama dan ham
pir setiap waktu berjemaah di masjid. Selepas solat subuh, abah membaca al-Quran
. Abah benar-benar mendekatkan dirinya kepada ALLAH.
"Dah sampai janji dia. ALLAH dah tegaskan semua yang ada di dunia ni adalah mili
k-NYA, termasuk orang yang kita cintai, harta benda dan lain-lain... semuanya mi
lik ALLAH. Cepat atau lambat pasti akan kembali pada pemilik... ALLAH RABBUL 'IZ
ZATI-NYA." Tuan Haji Hamdan mengakhiri bicara.
KAMI tinggalkan pusara abah dengan hati yang berat. Namun kami redha dengan takd
ir ini. Kak Inez memimpin mama ke kereta Abang Lutfi. Aku termangu. Tidak tahu s
ama ada hendak ke kereta yang sama atau ke kereta Abang Zairi. Tiba-tiba aku ter
pandang Umar Aisy yang sedang bersandar di keretanya. Dalam fikiran yang tidak m
enentu, aku menghampirinya. Umar Aisy terus membukakan pintu untukku. "Mana you
tahu?"
"Tadi I call handphone you... tapi you tak jawab. Jadi I call rumah... tak tahu
siapa yang jawab bagi tahu berita ni."
"I dah tak ada ayah lagi," kataku seolah-olah Umar Aisy tidak tahu hakikat itu.
"I betul-betul rasa kehilangannya. You tahu kan... I memang rapat dengan dia. Ti
ba-tiba aje..." Terhenti kata bicaraku dalam sebak.
"Sabarlah Iddya," kata Umar Aisy. Dia menambah lagi dengan kata-kata pujukan yan
g mendamaikan perasaan dan
meredakan rasa kehilangan yang sebentar tadi mengongsi seluruh ruang hati.
"I hantar you balik rumah, ya!"
Aku mengangguk kerana merasakan perlunya aku berkumpul bersama-sama kaum keluarg
a.
KERETANYA berhenti di hadapan rumahku yang pintu pagarnya sudah sedia terbuka.
"Terima kasih Umar," ucapku lalu keluar.
"Untuk apa?"
Aku termangu. Umar Aisy juga sudah keluar dari kereta dan terus datang kepadaku.
Untuk apa, ya? Soal hatiku. Sukar aku hendak mengungkap dalam kata-kata, tetapi
kehadirannya pada saat ini terasa lebih bermakna. Semakin terasa kehangatan per
asaan terhadapnya di dalam jiwa. Betapa dalam suka dan duka, dia ada bersama.
"Terima kasih untuk segala-galanya." Aku merangkumkan kesemuanya. Menghadirkan r
asa dari lubuk hatiku yang paling dalam.
"Tak perlu diucapkan. Ingat lagi tak apa yang I kata dulu? I lend you my shoulde
r for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you to hold, my feet to
walk with you..."
"But I can't lend you my heart coz' it already belongs to someone," pintasku ker
ana ungkapan kata-kata itu sudah dapat kuhafal kerana beberapa kali Umar Aisy me
nyebutnya tatkala dia memujukku. Tetapi alangkah bahagianya kalau someone yang U
mar Aisy maksudkan itu ialah aku.
"Kenapa potong bila I belum habis cakap?" soal Umar Aisy dalam nada perlahan.
Aku menoleh ke sisi. Kami saling bertatapan. 'Umar, tak betul ke apa yang I caka
p tadi?' Aku ingin bertanya begitu, tetapi buat apalah aku menyoal tentang sesua
tu yang sudah kutahu jawapannya.
"Dah banyak kali you cakap macam tu... jadi I dah hafal," balasku ala-ala lurus

bendul, walaupun hakikatnya hatiku mengharap yang lain.


"Someone tu...''
Terhenti kata bicara Umar Aisy apabila Ijaz berjalan ke arah kami. Mereka bersal
aman. "Malam ni jemputlah ke rumah... ada kenduri tahlil. Oh ya, kak... tadi adi
k telefon... dia pesan suruh akak call dia semula. Hmm... pasal perfume yang aka
k suruh dia beli."
"Dia dah tahu?"
Ijaz menggeleng. "Abang takbagi cakap."
Aku mengangguk tanda mengerti. Memang ada rasionalnya kerana kalau diberitahu se
kalipun, Iddrin tidak akan sempat pulang untuk menatap wajah abah buat kali tera
khir, sebaliknya berita sedih ini sudah pasti akan mengacau-bilaukan fikiran seh
ingga menjejaskan tumpuannya pada peperiksaan.
"Malam ni jangan lupa datang, ya!" pesanku sebelum mengatur langkah menuju ke ru
mah. Membiarkan persoalan yang sedang kami bicarakan tadi tergantung begitu saha
ja.
AKU membaca diari abah. Kagumnya aku kerana hingga ke pagi sebelum pemergian kam
i ke rumah keluarga Kak Dhira, abah masih lagi mencatat dalam diari. Aku belek h
elaiannya satu persatu dengan perasaan terharu.
Hari ini duduk di rumah saja.
Begitulah yang abah tulis untuk setiap helaian hari Jumaat. Kiranya abah memang
menunggu saat kematian dan berharap jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari
.
Aku terus membaca dan berhenti di helaian yang mencatat pertemuannya dengan Aban
g Lutfi. Seterusnya catatan abah berupa hari-hari kedukaanku. Betapa abah dapat
menyelami dan amat bersimpati.
'Tak ada siapa yang dapat menghalang kehendak takdir.' Untuk ke sekian kalinya a
ku memujuk hati.
Bilah-bilah hari seterusnya merakam saat sedih pilu aku menerima berita yang Aba
ng Lutfi akan mendirikan rumah tangga. Dicatat juga rasa aneh kerana kedukaanku
tidak berlarutan menjadi hari-hari yang meresahkan. Tidak seperti yang diduganya
. Abah meletakkan tanda soal di helaian ini.
Aku menghening diri, cuba mengingat kembali. Memang hari-hari aku 'berkabung' it
u tidak berlangsung dalam tempoh yang terlalu lama. Kesedihan cepat sahaja larut
dari hati kerana 'dia' sentiasa ada menemani hari-hari duka. Sesungguhnya itula
h sebabnya...
Di helaian-helaian yang lain aku lebih terpegun membacanya kerana catatan abah b
erupa pandangannya terhadap Umar Aisy, lelaki yang pada pandangan mata abah mena
ruh hati terhadap anak gadisnya. Catatan yang tidak banyak berbeza daripada yang
pernah dirumus oleh Puteri Hazirah dan Fitzri. Rupa-rupanya abah juga melihatny
a begitu. Tentulah reaksi-reaksi di luar sedar Umar Aisy yang membuatkan abah be
randaian sedemikian.
Aku menutup diari dengan rasa syukur kerana abah tidak tahu cerita tentang Ivy S
yahirah. Bagaimana dia 'menyerang' seperti aku tiada maruah dan harga diri. Muju
rlah abah tidak tahu...
SUDAH seminggu abah pergi meninggalkan alam yang fana ini. Kesayuan dan kesediha
n masih menyelubungiku. Kepada siapa lagi aku pergi kalau tidak kepada dia. Lalu
aku singgah di kedainya. Umar Aisy kelihatan sedang sibuk melayan pelanggan. Ak
u duduk di tempat biasa. Tidak berbuat apa-apa. Hanya menunggu dia datang.

"Malam tadi I mimpi arwah abah I. Agaknya sebab siang tu I baca diari dia," ujar
ku tidak lama selepas Umar Aisy duduk. "Hmm... rajin dia menulis. Tentang I pun
ada," tambahku lagi.
"Tentang I?"
"Tak ada..." bohongku kerana kalau aku berkata yang benar, tentulah dia akan ber
tanya apa yang arwah abah tulis tentang dirinya.
"Apa yang dia tulis tentang you?"
"Macam-macam... I ni kan banyak kerenahnya," jawabku begitu. Tidak mahu berkongs
i cerita kerana bimbang nampak seolah-olah aku seperti hendak meraih simpati pul
a, seperti
hendak membuatkan dia berasa terikat dengan harapan arwah abah.
"Tapi I tak faham... kenapa nak rahsiakan berita ni daripada adik you?"
Aku berasa lega kerana sudah beralih tumpuan fikirannya. "Abang Zairi tak nak di
a sedih... kami tak boleh nak jangka reaksi dia." Lebih kurang begitulah maksud
kata Abang Zairi. Tetapi aku yang mengenali Iddrin amat yakin yang dia mampu men
ghadapinya. Dia memang lebih tabah kalau hendak dibandingkan dengan aku yang mud
ah berhiba hati.
"My late father meninggal masa I kat sana. Memanglah sedih, tapi dah sampai masa
dia... apa lagi yang boleh kita buat? Tapi seingat I sekejap aje I rasa sedih..
. lepas tu okey."
Sejenak Umar Aisy berjeda sebelum kembali bersuara.
"I tak terkilan walaupun tak dapat jumpa dia buat kali yang terakhir sebab sepan
jang hidup I... rasanya I dah buat yang terbaik untuk dia. Walaupun dah tak seag
ama, dia tetap ayah I... dan I sangat hormat pada dia. Malah I rasa hubungan kam
i lebih rapat lepas I masuk Islam."
Aku merasakan yang aku juga sudah melakukan segala yang terbaik untuk arwah abah
. Tidak pernah aku protes atau berbantah-bantah dengannya kecuali ketika aku ter
paksa memutuskan ikatan cinta dengan Abang Lutfi.
Kegusaran hati abah kubaca daripada catatannya di dalam diari. Reaksiku yang ber
hari-hari mengurung diri di dalam bilik membuatkan abah berasa susah hati.
Aku tahu selain daripada mama, abahlah orang yang paling gembira kerana tidak te
rlalu lama aku meladeni rasa kecewa. Ada suatu kuasa misteri meniup semangatku k
embali ke dalam diri hingga dalam masa yang singkat sahaja aku sudah berupaya be
rgelak ketawa dan bergurau senda.
"Nanti bila kita kahwin, abang you yang akan jadi wali."
Aku bersyukur kehadrat ILAHI kerana hal ini dapat
dikesan lebih awal kerana aku tidak dapat membayangkan andai perkahwinan itu ter
jadi. Kemudian memutuskan ikatan pernikahan sudah tentu lebih memilukan. Tentula
h lebih sulit perjalanan yang akan kami tempuhi.
"Hei!"
Lerai lamunanku. Dalam terpinga-pinga, aku menuntas pandangan ke mukanya.
"Mesti you tak dengar apa yang I cakap tadi."

"You cakap apa?"


"Kita jumpa lagi selepas iklan dari penaja!"
Untuk jawapan yang berupa usikan itu, satu cubitan hinggap di lengannya.
Umar Aisy hanya ketawa. "Cakaplah apa dia!" desakku kerana tidak puas hati.
"Tunggulah... one fine day I bagi tahu."
Aku tertawa kerana sudah lama juga aku tidak mendengar frasa itu disebutnya.
SUDAH diputuskan tidak perlulah ramai-ramai menyambut Iddrin di KLIA. Mama meman
g awal lagi sudah menarik diri. Dia akan menunggu di rumah sahaja. Alasannya, ka
lau hanya dia sahaja yang menjemput, tentulah Iddrin akan terus bertanya di mana
pula abahnya? Mengapa abahnya tidak datang? Lalu entah apa lagilah soalan yang
akan diajukan dan terusnya di situ jugalah sudah pasti berderai air mata.
Kak Inez pula tidak dapat mengambil cuti kerana ada mesyuarat penting yang perlu
dihadiri di Johor Bharu. Jadi Ijaz sahajalah yang akan pergi dengan Abang Zairi
. Begitulah andaianku kerana daripada Ijaz, rasanya lebih baik aku yang menemani
mama di rumah kerana Ijaz selalu sahaja sibuk dengan halnya sendiri. Sudahnya n
anti mama termangu seorang diri tiada teman berbicara.
"Kita berdua jemput dia," kata Abang Zairi sambil memandang ke arahku.
'Err ... Iddya? Kenapa tak Ijaz?' Namun, soalan itu hanya bermain-main di mata.
Aku tidak berani hendak membantah arahan Abang Zairi kerana kini dialah ketua ke
luarga, menggantikan tempat abah yang sudah tiada. Aku memandang Ijaz yang terse
nyum senang.
"Elok jugak tu sebab Ijaz nak pergi kampus... ada discussion dengan member."
"Discussion apa lagi... exam kan dah habis?" protesku.
"Nak bincang pasal paper next semester." Bersahaja dia memberi jawapan seolah-ol
ah ingin lari dari sama-sama memikul tanggungjawab. Ijaz dalam banyak keadaan, s
elalu aku perhatikan terlepas, sedangkan sebagai anak lelaki dia harus bersikap
lebih bertanggungjawab seperti Abang Zairi.
"Habis tu siapa yang temankan mama kat rumah?"
"Tak apa, nanti abang ambil Kak Dhira dan anak-anak."
Aku mengangguk tanda akur. Sebenarnya bukan aku hendak berbantah-bantah, tetapi
aku tidak pasti dengan kekuatan hatiku ketika berdepan dengan Iddrin nanti. Tida
k sanggup rasanya menatap mata bening Iddrin yang sudah pasti tercari-cari wajah
-wajah insan tersayang. Bukankah lebih mudah kalau sebaik-baik sahaja Iddrin sel
esai menduduki peperiksaan hari itu, terus Abang Zairi memaklumkan berita sedih
ini? Mengapa hendak ditunggu-tunggu hingga dia kembali ke tanah air?
Namun ketika Abang Zairi meminta agar semua orang tidak memecahkan berita itu, t
iada siapa yang berani membantah. Semua orang akur dengan arahan Abang Zairi.
"Kenapa kita tak bagi tahu adik lebih awal? Bukan ke kita ni macam menipu dia?"
Aku memberanikan diri bertanya ketika kami dalam perjalanan ke KLIA.
"Iddrin sendirian kat sana... yang ada cuma kawan-kawan. Abang bimbang penerimaa
n dia. Ingat lagi kawan serumah abang masa kat sana dulu... dia sampai pengsan b
ila
dengar berita mak dia meninggal. Lepas tu berhari-hari dia murung. Haa... tu lel

aki... ni kalau perempuan, abang tak dapat nak bayangkan macam mana."
Entahlah!
Iddrin yang pada pandanganku memang lebih tabah, aku kira wajar dimaklumkan lebi
h awal daripada kelak dia merasakan yang dirinya tertipu. Tetapi walau apapun, k
eadaan sudah begini. Jadi kami harus menghadapi apa juga kemungkinan, sekalipun
akan dipersalahkan kerana Iddrin berhak berasa begitu.
BERKELANA fikiranku. Menarik peristiwa lalu dari kotak memori; pada hari Iddrin
hendak berangkat ke luar negara.
Setelah saling berpamitan, Iddrin melangkah dengan tenang menuju ke tempat pemer
iksaan tiket dan pasport.
"Adik!"
Terngiang-ngiang lagi di telingaku suara abah memanggil Iddrin pada saat dia sud
ah dibenarkan menuruni eskalator. Seperti dalam gerak perlahan Iddrin berpaling.
Air mata mengalir laju menuruni pipinya yang kemerahan. Kiranya dia ingin menan
gis sendiri dan menyembunyi kesedihan, tetapi suara abah menggerakkan reaksi spo
ntan di luar sedarnya.
Abah melangkah laju ke hadapan, lalu meraih Iddrin ke dalam pelukan. Lama sepert
i Iddrin tidak akan dilepaskan. "Maaf kalau abah ada buat salah pada adik... tak
tahu bila kita dapat jumpa lagi." Lirih dan sendu suara abah.
Segarnya peristiwa itu dalam ingatanku sesegar I kuntuman bunga yang berkembanga
n pada waktu pagi dengan hujan yang menggerimis. Aku tersenyum sendiri mengenan
gkan abah. Dengan anak-anak perempuan,! memang mudah cair hatinya. Pintalah apa
sahaja, pasti sedaya-upaya cuba abah tunaikan. Tetapi kalau dengan Ijaz
banyak perkara yang abah ambil kira. Tolak, campur, darab dan bahagi semuanya ad
a.
"NANTI bila jumpa adik, janganlah menangis pulak. Memang kita sedih, tapi jangan
tunjukkan sangat perasaan tu depan dia. Apa-apapun... biar di rumah," pesannya.
Aku mengangguk. Aku harus menguatkan hati. Harus lebih tabah agar Iddrin dapat m
eminjam kekuatan semangat kami dalam menghadapi takdir kehilangan ini.
Aku menunggu dengan penuh debaran. Dalam ilusi aku menghitung langkah Iddrin yan
g meninggalkan pesawat, menaiki aerotrain, beratur di kaunter imigresen untuk pe
ngesahan masuk, mengambil bagasi dan melepasi pemeriksaan kastam sebelum keluar.
Prosesnya memakan masa juga.
Iddrin! Dia melambaikan tangannya kepada kami di sebalik dinding kaca. Iddrin de
ngan sifatnya yang tidak berubah memberi laluan kepada orang lain untuk keluar t
erlebih dahulu daripada dia ikut sama berpusu-pusu. Sarat muatan trolinya dengan
bagasi. Aku mendepangkan tangan menyambut lontaran tubuhnya. Dia ketawa riang p
ada ketika hatiku bersalut sendu.
Air mata... usahlah menitis. Pintaku sambil menguatkan hati.
Kemudian dia memeluk Abang Zairi.
'Iddrin... andai suatu hari nanti sampai jodoh kita, abanglah yang akan jadi wal
i. Tidak seperti pada hari pernikahan Kak Inez dulu... abah yang menjabat tangan
pengantin lelaki sambil melafazkan ijab. Abah kita dah tak ada, dik...' Suara d
i dalam hatiku bergema.
Becok mulut Iddrin bertanya itu dan ini. Setiap kali pertanyaan Iddrin menjurus
pada mama dan arwah abah, cepat-cepat sahaja Abang Zairi mengalih tumpuannya. Be
gitulah hingga akhirnya kami sampai di rumah.
Mama dan Kak Dhira menyambut kami di muka pintu.
Tiga wajah comel 'anak dara' Abang Zairi tersipu malu dan takut-takut. Nur Azra

Hana yang menerpa terus didukung oleh Abang Zairi, manakala Nur Fatin Amira dan
Nur Zeti Izureen bersembunyi di belakang Kak Dhira.
Lama mama memeluk Iddrin. Masing-masing melerai rasa rindu. Setelah bersalaman d
an mencium pipi Kak Dhira, Iddrin menghulurkan tangan kepada kepada Nur Fatin Am
ira. Dalam ragu-ragu si kecil menyambut. Agaknya dia ingat-ingat lupa kepada mak
usunya. Apabila tiba giliran Nur Zeti Izureen pula, kepalanya tergeleng-geleng.
Tangannya disembunyi di belakang. Lucu tingkahnya hinggakan Iddrin tidak tertah
an hati terus sahaja ingin mendakapnya, tetapi si kecil itu berjaya melepaskan d
iri.
Namun Iddrin tidak melepaskannya begitu sahaja. Diacah-acahnya Nur Zeti Izureen
yang sudah terperangkap di sebalik sofa hingga pecah tangisannya.
Seketika kami terleka dan lupa pada kisah sedih.
"Baby... cutenya!" Kali ini Iddrin baru perasan kehadiran Nabil Zahin di dalam b
akul berbentuk bujur yang dihiasi kain renda berwarna biru lembut.
Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi ketentuan adalah ALLAH SWT. Berganti te
mpat abah dengan Nabil Zahin untuk kami tumpahkan kasih sayang.
Puas menatap wajah Nabil Zahin yang sedang lena, Iddrin mencapai beg galasnya la
lu mengeluarkan beberapa bungkusan. Diambil satu lalu dihulurkan kepada mama ber
serta kucupan di pipi. Kemudian melingas matanya memandang ke sekeliling. Reaksi
nya jelas menunjukkan yang dia baru tersedar akan sesuatu.
"Abah! Abah!" Lantang suara Iddrin dalam nada yang riang. Dia mula mendaki anak
tangga sambil menjinjing sebuah beg plastik yang sudah pasti berisi oleh-oleh ya
ng dibelinya untuk 'abah'.
"Adik!" panggil Abang Zairi yang sudah pun berjalan ke
arah tangga, lalu menghulurkan tangan.
"Abah tidur ke?" soal Iddrin sambil teragak-agak menyambut huluran tangan Abang
Zairi dan menurutinya ke sofa.
"Adik..." Abang Zairi berjeda. Tangan Iddrin ditepuk-tepuknya. Sebelah tangan la
gi memaut bahu Iddrin yang memandang kami dengan seribu tanda tanya terlukis di
wajah.
Aku tersenyum nipis sebelum menundukkan muka kerana tidak sanggup bertentang mat
a lama-lama dengannya.
"Abah tak ada kat atas." Perlahan suara Abang Zairi.
"Abah pergi mana?"
Semakin sebak pilu hatiku mendengar pertanyaannya. Betapa tidak, nada suaranya i
khlas, tiada tanda rasa curiga.
"Adik... abah kita dah tak ada," ujar Abang Zairi akhirnya dalam nada sebak.
Tatkala itu barulah aku mengangkat muka. Menuntas pandangan ke arah Iddrin. Dia
kelihatan tidak tentu arah sedikit. Tiada suara yang terlontar. Kemudian di luar
dugaanku, dia tergelak-gelak. Mungkin ketawa pura-pura untuk menyedapkan hati s
endiri atau mungkin dia menganggap kata-kata Abang Zairi hanyalah jenaka.
Abang Zairi meraup jari-jemari Iddrin ke dalam genggaman tangannya. Pastilah unt
uk meminjamkan kekuatan semangatnya untuk adik kesayangan kami. "Hari ni genap d
ua minggu abah meninggal."

Serasa hampir pecah dadaku menahan sebak memandang air jernih titis dan menitis
dari mata Iddrin. Laju menuruni pipi. Iddrin menangis tanpa suara sehinggalah ap
abila Abang Zairi meraihnya ke dalam pelukan, barulah aku mendengar esakannya ya
ng menghiba.
"Abah dah meninggal?"
Anggukan kami sahaja yang menjawab pertanyaannya.
"Abah dah meninggal? Abah dah tak ada?" ulang Iddrin bagaikan tidak percaya, wal
aupun dia tentu sedar soal mati
masakan boleh dijadikan bahan untuk bergurau senda.
"Oh, sampai hati tak bagi tahu... sampai hati buat adik
macam ni..."
Mama juga ikut memeluknya sambil mengusap-usap
bahu sambil terisak-isak.
Aku mengalih pandangan ke arah mama. Wajahnya diselubungi sendu. Pastilah mama j
uga rasa bersalah kerana merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Iddrin. Lama I
ddrin melepaskan tangisan hinggalah esakannya reda.
"Abang janji... esok pagi-pagi kita ziarah pusara abah," pujuknya sambil menyeka
sisa air mata di pipi Iddrin.
Perlahan-lahan Iddrin menarik keluar oleh-oleh yang dibehnya untuk abah.
Sebuah topi berwarna coklat corak petak-petak, lalu dibawa ke dadanya. Pastilah
di bayangannya topi itu abah pakai sewaktu bermain golf. Kini simpanlah sahaja s
ebagai kenang-kenangan kerana orangnya sudah tiada.
KU tidak mengira entah berapa banyak pesanan ringkas yang dihantar oleh Ivy Syah
irah kepadaku. Kata-katanya yang ^?^~^~-f^ tertulis begitu mencucuk hati hingga
pada satu tahap mahu sahaja aku memberitahu Baein tentang peri laku isterinya. B
ukan aku hendak mengadu, tetapi sangat berharap agar hal ini dapat dihentikan de
ngan segera.
Tetapi mengenangkan mungkin akan menjadi semakin serius kemelut yang melanda rum
ah tangganya, maka hal itu aku lupakan sahaja. Aku mengukuhkan benteng kesabaran
dan cuba memahami perasaannya. Pada ketika hatinya sedang diamuk rasa bimbang,
Ivy Syahirah akan berkata apa sahaja kerana dia hanya fikir yang buruk-buruk sah
aja tentang diriku. Prasangka ini harus aku perbetulkan.
Lalu dalam sujud tidak henti-henti aku berdoa kepada ALLAH SWT. Akhirnya lembut
jua hati Ivy Syahirah. Dia berjaya kupujuk untuk satu pertemuan yang aku harap a
kan mengakhiri prasangka buruknya terhadapku. Apa yang lebih penting, aku tidakl
ah seperti yang disangkakan.
AKU terkesima. Terpegun sebenarnya apabila memandang Ivy Syahirah. Betapa tidak,
sehelai skaf yang menyaluti rambut mengubah penampilannya. Dia kelihatan begitu
ayu. Dari juraian anak rambut yang terkesan di mataku, jelas sekali berwarna hi
tam. Aku mengucap syukur ke hadrat ILAHI dengan perubahan ini.
"Maaf sebab I terpaksa ambil sikit masa you." Aku memulakan intro pengucapan kat
a maaf agar kami bisa berbicara dalam situasi yang lebih tenang kerana seawal ke
munculan dia sudah mempamer rasa kurang menyenangi.
Aku tidak jadi hendak meneruskan kata-kata apabila anaknya merengek. Mukanya kup
andang. Iras wajahnya lebih mirip kepada Baein. Dia kelihatan gelisah dan tidak
selesa. Hanya apabila pesanan aiskrimnya sampai, barulah dia diam. Begitu mudah

hendak menenteramkan perasaannya kerana kini dia sudah mula tersenyum-senyum.


"Ivy, I nak you tahu... antara I dengan Baein dah tak ada apa-apa hubungan lagi.
Hubungan kami dah lama putus." Aku berjeda. Apabila Ivy Syahirah menunjukkan mi
nat untuk mendengar, barulah aku meneruskan bicara.
"Masa Baein balik bercuti... dia datang jumpa I di kampus. Secara rasmi putuskan
hubungan. I terima hakikat sudah ada orang lain dalam hatinya... you."
Ivy Syahirah nampaknya seperti faham dan sudah dapat menerima penjelasanku.
"I tak ada apa-apa perasaan lagi pada dia. I berani janji... antara kami tak mun
gkin ada hubungan istimewa." Ikrar ini lahir dari hatiku yang tulus ikhlas... ya
ng polos seperti hati anak kecil yang belum tercela dengan dosa. Aku bukan berol
ok-olok demi menyegarkan kembali hatinya yang rusuh, tetapi sungguh benar aku ti
dak mempunyai perasaan yang istimewa terhadap Baein. Hatiku hanya untuk 'dia'.
"Tak semudah tu I boleh percaya," Ivy Syahirah melahirkan
keraguan setelah agak lama membiarkan aku seorang sahaja berkata-kata.
Nada suaranya yang rendah cukup melegakan hatiku. Bererti ruang untuk menjernihk
an kekeruhan masih luas terbuka, walaupun memang agak payah untuk menanam rasa p
ercaya dan keyakinan di dalam hatinya.
"I faham kalau I di tempat you... tentu I jugak akan rasa macam tu. Tapi kalau p
erasaan you rasa tak tenteram sebab fikir Baein ada affair dengan I.,. you janga
n serabutkan lagi fikiran you sebab I dah lama 'tutup buku' dengan dia." Muktama
d kata-kataku, tetapi kalau Ivy Syahirah masih juga tidak percaya, aku tidak dap
at hendak berbuat apa-apa lagi.
"You dah ada orang lain?"
Seraut wajah Umar Aisy menabiri ruang mata. Aku lantas mengangguk kerana sedar j
awapanku sudah pasti dapat mengembalikan keyakinan Ivy Syahirah terhadap perkahw
inannya.
"Lelaki yang I jumpa dengan you dulu?"
Aku mengangguk dengan penuh pasti. Kami saling bertukar sepi. Mungkin inilah seb
enarnya sikap Ivy Syahirah; seorang yang pendiam dan bercakap hanya apabila perl
u. Ivy Syahirah tidak menjadi dirinya sendiri apabila hatinya diamuk rasa bimban
g, lantas dia menghamburkan amarah tanpa mengira kepada siapa dan di mana. Benar
jugalah, orang yang pendiam dan jarang marah, apabila sesekali 'meletup', kesan
ledakannya memang sangat hebat.
"Ivy... rasanya itu aje yang I nak bagi tahu you. I sangat berbesar hati kalau k
ita boleh berkawan... tu pun kalau you sudi," kataku memecah sunyi.
Keluhan halusnya menampan telingaku. Tentulah hal yang amat menggusarkan perasaa
n belum sepenuhnya reda dari hati. Ivy Syahirah masih memerlukan masa untuk meni
lai kebenaran kata-kata dan keikhlasan hatiku. Mungkin juga dia berandaian aku s
ekadar hendak menyedapkan hatinya sahaja.
"Kalau you tak izinkan kami berhubung walaupun hanya sebagai kawan... I sedia de
ngan rela hati penuhi permintaan you. Apa saja asalkan rumah tangga you dengan B
aein aman damai." Aku seperti menyanggupi apa sahaja asalkan bisa terpujuk hatin
ya yang walang dan yang lebih penting mereka tidak sampai bercerai-berai hanya k
erana salah tanggapannya terhadapku.
"Can I trust you?

"You can count on me, Ivy. I takkan tergamak nak runtuhkan rumah tangga orang la
in."
Terukir senyuman di bibir Ivy Syahirah. Walaupun masih hambar, tetapi sudah cuku
p melegakan perasaanku. Serasa terangkat satu bebanan yang tergalas di atas bahu
.
Aku menjadi sangat lembut hati dengan Ivy Syahirah kerana dia tidak membentak-be
ntak lagi. Setiap patah kata yang melantun keluar daripada mulutnya, lahir dari
lubuk hati yang paling dalam, bukan dari kepala yang hilang rasional dan kewaras
an. Bukan juga renungan sepasang mata si kecil atau kehamilannya meraih simpatik
u, tetapi sungguh benar aku tidak menaruh perasaan istimewa kepada Baein.
"I masih belum sepenuhnya percaya..."
Aku mengangguk tanda mengerti. Sesungguhnya bukan aku, tetapi Baeinlah yang haru
s mengembalikan dan menanamkan keyakinan dan kepercayaannya.
"I minta maaf sebab kata you macam-macam." Serentak itu Ivy Syahirah menghulurka
n tangan. Segera kusambut tanpa bertangguh. Senyuman yang terukir di bibirnya ki
ni kelihatan lebih ikhlas, tidak lagi hambar dan bagaikan sengaja dibuat-buat.
KELMARIN I jumpa Ivy... isteri
Baein," ujarku kepada Umar Aisy.
"Kenapa?" Dia kelihatan terkejut.
Aku mencari-cari idea untuk menduga hatinya. "Nak minta izin daripada dia... untu
k kahwin dengan Baein."
Melongo Umar Aisy memandangku. Merona kemerahan mukanya. Riak yang terlukis di w
ajah ketara berubah. Tanda yang jelas menunjukkan kata-kataku memberi kesan yang
hebat pada jiwanya.
"Err... dia setuju?"
"Nampaknya macam setuju." Semakin aku ingin menduga, semakin aku nampak kekaluta
n reaksinya.
"You betul-betul serius?" Umar Aisy meragui. Mungkin terkesan di matanya yang ak
u hanya bercanda.
"Serius! Betul jugak kata you... cinta pertama memang susah nak dilupa." Jawapan
ku sebenarnya merujuk pada perasaanku terhadap dirinya. Berkelana fikiranku... m
engingat kisah lama. Detik mula aku terasa keanehan di dalam hati
Detik aku berolok-olok jatuh perasaan itu
"Tak!" Spontan dia menjawab.
"Kenapa tidak?" .
Lagipun I tahu you takkan sampai hati buat macam tu.
"Umar, apa yang you merepek ni.
dalam kata bicaranya yang berkias-kias itu, aku seperti sudah
dapat menangkap maknanya.
"I bukan merepek, tapi I cakap yang benar. Cuba dengar dan fikirkan baik-baik ap

a yang nak cakap pada you."


Hatiku amat mengharap agar kata bicaranya senada dan seirama dengan impian dan h
arapanku.
"Iddya... kalau you sudi I nak kita serius." Sebaris ayat itu meluncur laju dari
mulutnya. Nada suaranya yakin dan
penuh pasti.
Aku mengetap bibir rapat-rapat menahan getar di dalam dada. Wajahnya kutatap sek
ilas cuma kerana tiba-tiba hati diterpa rasa malu. 'Umar, antara ribuan kembang,
benarkah kau pilih aku? Atau kau sekadar ingin bercanda... mempermainkan perasa
anku? Tapi kalau benar, tumpahkanlah seluruh kasihmu padaku.' Hatiku berbisik ba
hagia.
Hampir seratus peratus aku yakin Umar Aisy tidak bercanda melahirkan rahsia hati
hinggalah aku mendengar ketawa kecilnya. Akhirnya dalam kekalutan perasaan, aku
juga ikut ketawa. Apalagi yang harus aku lakukan pada saat ini bagi melampias r
asa kecewa?
"Kenapa you ketawa? You ingat I tak serius?"
Melongo aku memandangnya. Lidahku menjadi kelu. Tidak dapat hendak berkata apa-a
pa.
"I betul-betul nak kita serius. Be my wife, Iddya!?
Aku mengucap syukur di dalam hati kerana saat ini datang juga kepadaku. Namun se
jenak kemudian melintas satu persoalan di ruang fikir. "You ajak I kahwin sebab
you nak selamatkan rumah tangga Baein, kan?"
Berubah air mukanya. "Tak ada kaitan langsung dengan Baein. Rumah tangga dia...
tentulah dia tahu apa yang patut dilakukan untuk selamatkan rumah tangga dia. I
bercakap
tentang kita."
Untuk sesaat aku masih ragu-ragu, tetapi kemudian
kata-kata Umar Aisy selanjutnya meyakinkanku. "Sejak masa sekolah I sukakan you.
Perasaan tu I hantar bukan dalam kata-kata, tapi begini..."
Umar Aisy mengambil sesuatu dari saku seluar, lalu menyembunyikannya di dalam ge
nggaman tangan. "Ada sesuatu yang I nak tunjukkan pada you," katanya dalam panda
ngan mata yang tersirat makna.
Teragak-agak aku menghulurkan telapak tangan apabila Umar Aisy memintanya. Denga
n berselindung dia meletakkan sesuatu di atas telapak tanganku, lalu menutupnya.
Bertaut jari-jemariku di dalam genggaman tangannya. Gementar dan tidak keruan p
erasaan. Tidak tertafsir maksud yang ingin Umar Aisy sampaikan.
"Iddya, cinta pertama memang susah nak dilupa," ucapnya lembut. Akhirnya Umar Ai
sy meleraikan genggaman, lalu menyerlahkan sebiji gula-gula Hacks perisa anggur
di atas telapak tanganku. "Cinta anak-anak sekolah, Iddya."
"Kiew!" Terpacul nama panggilannya sewaktu di sekolah dahulu. Diakah yang meleta
kkan gula-gula Hacks di dalam laci mejaku? Benarkan dia orangnya?
Aku tergamam.
"You tak terfikir, kan?"
Aku mengangguk. Memang dia orang yang paling akhir aku syaki meletakkannya. Aku

tidak pernah terfikir yang dia menaruh hati.


"Hanya Aku Cinta Kau Seorang." Umar Aisy mentafsir akronim untuk H.A.C.K.S. Sama
maknanya seperti yang pernah Kak Inez beritahu kepadaku. Wajahnya kutatap. Tena
ng.
"/'I lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for
you to hold, my feet to walk with you, but I can't lend you my heart... coz'it a
lready belongs to someone. Siapa lagi someone tu Iddya kalau bukan you. Sejak ma
sa kita sekolah lagi... tapi I tak berani nak bagi tahu."
'Oh, alangkah tulus cintanya kepadaku!' Betapa syahdu
dunya saat ini. Aku merasakan detik waktu seakan-akan terhenti. Kami saling bert
atapan. Bertukar-tukar rasa hati.
"Kenapa tak berani?"
"Sebab I rasa you ada hubungan dengan Baein."
Berkerut-kerut dahiku memandangnya. Hairan bagaimana dia boleh berandaian begitu
.
"I macam dapat agak ada sesuatu antara you dengan dia... cara dia pandang you da
n macam-macam lagi. Tapi I selalu harap I tersilap pandang sampailah I jumpa you
dengan dia. You tak tahu macam mana perasaan I. Rasanya lebih baik kalau I tak
tahu."
"Lepas tu you pergi UK... tau-tau aje you dah lepas ke sana. Langsung tak ada kh
abar berita! I nak contact pun tak boleh sebab tak ada siapa pun tau contact num
ber you," imbauku mengulas tindakan mengejut dan drastiknya meninggalkan tanah a
ir. Masakan tidak, dia ghaib begitu sahaja tanpa siapa pun tahu dia ke mana hing
galah akhirnya Sim memberitahu yang dia berada di London. Setakat itu sahaja ker
ana dia juga tidak mempunyai alamat atau nombor telefon untuk saling berhubung.
"You boleh kata I jiwang karat atau apa aje, tapi masa jumpa you dengan Baein...
memang I betul-betul kecewa sampai rasa I tak boleh duduk kat sini lagi. I nak
pergi jauh. Yalah... macam orang selalu kata, hati marah melakukan... hati hiba
membawa jauh."
Seperti tidak percaya aku mendengarnya. Betapa kerana aku, dia pergi jauh membaw
a diri... membawa rasa kecewa dan lara hati.
"Tapi pergi sana sebenarnya I rasa lebih tension. Baru I sedar sepatutnya I teru
s terang dengan you... bukannya lari jauh. I tak boleh lupakan you, Iddya. Setia
p masa I teringat. Tension betul sampai I rasa otak I dah jadi sewel. Tapi nak b
alik semula ke sini, satu kerja gila. Parents I tentu mengamuk. Jadi dalam tak t
entu arah tu... tiba-tiba I terdengar suara tu. I jalan ikut arah suara azan dan
sampai di sebuah masjid. I ingat lagi... hari tu hari Jumaat. Lama I duduk samp
ai orang habis sembahyang. You tentu ingat cerita I dulu macam mana asalnya I ma
suk Islam."
Aku mengangguk dalam rasa bersalah. Sama sekali tidak aku menduga yang tindakann
ya menukar pegangan agama ada kaitan dengan diriku.
"Tapi masa you pergi sana... result baru keluar. You dah dapat tempat belajar ke
?"
Dia pantas menggeleng. "Isi borang pun belum..." Umar Aisy berjeda sejenak. "I t
umpang bilik adik ipar Kak Ain sebelum I dapat cari bilik sewa.
Kami mengimbau lagi kenangan lalu. "Sebenarnya bila you tak boleh kahwin dengan
Lutfi... I lah orang yang paling happy dalam dunia!"

Kami saling bertentang mata. Umar Aisy membuat pengakuan yang jujur lagi ikhlas.
Untuk itu aku tidak perlu mengulas apa-apa, sementelah hal itu sudah terjadi. H
arapan ataupun mungkin doanya tidak menyumbang pada perpisahan kerana memang sud
ah tersurat takdir itu sejak di azali. Rupa-rupanya selama ini dia hidup bertema
nkan anganan dan bayang-bayang. Dalam tenang dia mendengar keluh kesah dan cuba
merawat luka di hatiku pada ketika hatinya sendiri menahan perasaan.
"Oh, depan I tunjuk simpati... tapi sebenarnya suka, eh!"
Umar Aisy ketawa senang.
"Tapi lepas tu... tak cakap?"
"I rasa masa tu tak sesuai... nampak sangat macam I nak ambil kesempatan. Macam
yang I cakap tadilah ... you ibarat orang yang dah terluka lutut dan I tak boleh
ajak you berlari. Maksudnya... I tak boleh terus propose lepas you tak jadi kah
win dengan Lutfi. Kena slow and steady. Masa di Perth, I
semakin yakin impian I akan jadi kenyataan, Tapi bila mamat tu balik, I jadi kel
iru. Yalah... sejak masa sekolah I selalu rasa I tak mungkin dapat kalahkan dia.
.. dia terbaik dalam serba-serbi."
Aku tidak mahu menambah apa-apa kerana sudah sedia maklum Baeinlah yang dimaksud
kannya.
"Sebenarnya selalu juga I bagi hint."
"I tahu."
"Tahu, tapi tak bagi respons... buat tak kisah aje."
"Sebenarnya I malu."
"Malu dengan siapa?"
"Dengan you. I ni kan macam-macam kisahnya. Sampai ke Perth untuk tenangkan fiki
ran."
"Bukan sebab you ingat I dah ada girlfriend?"
"Sebab tu pun ya jugak, malah sampai sekarang I tak pasti. Nantilah one fine day
I kenalkan you pada dia. One fine day..." ajukku mengingatkan kata-katanya.
"Tak adalah... tak ada siapa-siapa selain you. Tapi masa tu yalah... nak cakap a
pa lagi sebab orang tu dah ada yang punya. Tentulah malu kalau dia tahu selama n
i memang I nanti dia. Lari pergi luar negeri pun sebab dia... jadi terpaksalah c
akap macam tu..." Nada suaranya dileretkan. Umar Aisy berbicara seolah-olah dia
menceritakan hal itu kepada orang lain pula.
"Bertahun-tahun kat sana... takkan tak ada seorang pun yang you berkenan?"
"Hati I tetap setia pada yang satu."
"Tu yang buat I rasa malu," sambutku.
Umar Aisy geleng perlahan-lahan. Tentulah dia tidak mahu aku berasa begitu.
"Kisahnya takkan jadi panjang dan berbelit-belit macam ni kalau awal lagi I dah
tahu," ujarku sedikit kesal mengenangkan bukan sedikit air mata yang tertumpah k
erana kisah cintaku yang tidak kesampaian dengan Abang Lutfi dan terlalu banyak
masa yang sudah kami bazirkan selepas itu.

"Dah takdir perjalanannya jadi macam ni... dah macam sebuah drama. Mungkin semua
tu tak berlaku kalau I berterus terang. Mungkin kita pun dah macam Leman dan Ai
ni... dah beranak-pinak."
Spontan aku terasa mukaku panas mendengar Umar Aisy sudah berfikir sampai sejauh
itu.
"Malu ya?"
"Mana ada!"
"Tu muka you blushl" Umar Aisy ketawa senang. "Bukan anak kucing tau!" tambahnya
sambil mencuit hidungku. Aku semakin merasakan rona kemerahan tersimbah di muka
.
"Iddya..." Diaberjeda.
Kami saling bertatapan.
"I akan jaga you sepanjang hayat I dikandung badan... I akan cuba sebaik mungkin
untuk bahagiakan you."
Terharu aku mendengarnya hingga terasa bergenang air jernih di kelopak mata. Aku
mengangguk kerana tidak terucap kata-kata. 'ALLAH telah memberiku sekeping hati
dan memberi sekeping lagi kepada seseorang untuk aku mencarinya. Sesungguhnya k
ini telah bertemu kedua-duanya.'
"Macam mana you dengan Baein?"
Sangkaku persoalan ini tidak timbul lagi... tidak harus ada keraguan kerana aku
sudah berkisah tentang pertemuanku dengan Ivy Syahirah, tetapi rupa-rupanya dia
masih inginkan kepastian.
"Umar..." Aku ingin memberitahu Umar Aisy, ada atau tidaknya Baein langsung tida
k memberi apa-apa makna kepadaku. Tetapi bunyi deringan yang mengganggu mematika
n suaraku. Tertera nama Baein di skrin. Aku membiarkan panggilan itu tidak berja
wab. Apabila deringannya sekali lagi bergema, Umar Aisy mencapai telefon bimbitk
u.
"Kenapa tak jawab?"
Nada suaranya kedengaran sangat berlainan. Tidak keterlaluan aku mentafsirnya se
bagai jelmaan daripada rasa hatinya yang cemburu. Tanpa sempat aku menahan, Umar
Aisy sudah menyambungkan talian dan menghulurkan telefon bimbit kepadaku. Perla
han suaraku. Tidak selesa berbicara kerana dia berada di situ, lalu aku meminta
diri seketika. Agak lama pula aku di talian, bersoal jawab dengan Baein.
Umar Aisy tersenyum apabila aku kembali duduk di hadapannya. Perbualan kami tida
k lagi serancak tadi. Sepatah-sepatah sahaja dia menjawab pertanyaanku. Aku cuba
membuka beberapa topik perbualan sebelum menjurusnya ke arah hubungan kami, tet
api reaksinya dingin sahaja. Aku mati akal dibuatnya.
Deringan telefon bimbitku memecah sepi. Sekali lagi nama Baein tertera di skrin.
Memang aku tahu dia akan menelefon lagi kerana masih ingin terus memujuk. Seper
ti tadi juga, Umar Aisy menyambungkan talian lalu menghulurkan telefon bimbit ke
padaku. Aku tidak mahu ke manamana. Biarlah terus duduk di hadapannya. Aku ingin
dia mendengar perbualan kami kerana tidak ada apa yang hendak aku sembunyikan d
aripadanya.

"I pergi bayar dulu," katanya perlahan sebelum berlalu.


Sangkaku dia akan kembali, lantaran itu aku terus menunggu meskipun talian sudah
lama diputuskan. Hanya apabila sudah terlalu lama, barulah aku bangun dan meman
dang ke sekeliling. Barulah aku sedar yang dia sudah pergi. Mungkin di kedai. Ak
u cuba menyedapkan hati.
"Mana Umar?" soalku kepada Sim yang sedang duduk di sebelah Rhu Ying.
"Eh, tadi kan dia dengan you?"
Daripada jawapannya, tahulah aku yang Umar Aisy tidak balik ke kedai. Entah ke m
ana dia pergi.
"Hmm, tak apalah... pesan pada dia, I balik dulu!"
Sebenarnya aku tidak terus pulang, sebaliknya menyusur dari satu kedai ke satu k
edai sambil sesekali cuba menghubunginya, tetapi seperti tadi juga panggilanku d
ibiarkan tidak berjawab. Mungkin sangkanya aku berkasih dengan Baein dan tidak m
enghargai perasaannya lalu dia bertindak begini. Mungkin dia berjauh hati dan me
nganggap aku hanya mempermain-mainkan cintanya, sedangkan hanya dia dambaan hati
ku.
Dari petang hingga membawa ke malam dan hinggalah keesokan harinya, aku tidak ta
hu entah berapa puluh kali aku cuba menghubunginya, tetapi dibiarkan sepi, Dia m
endera hati dan perasaanku. Pasti dia hanya menjawab panggilan yang lain, tetapi
membiarkan sahaja panggilanku. Mungkin jumlah panggilan itu bisa membuatkan dia
berasa puas hati, biarpun caranya agak kebudak-budakan.
Dalam amukan rasa cemburu, dia tidak bereaksi sebagai seorang yang dewasa dan ma
tang fikiran. Benar jugalah kata orang, cinta bisa membuatkan seseorang itu menj
adi seperti anak kecil!
LANGKAH kaki kuatur untuk mencarinya, meskipun dalam perbualan telefon tadi Sim
sudah memberitahu yang Umar Aisy sudah tiga hari tidak datang ke kedai.
"I call pun dia tak jawab. Entah ke mana?" keluh Sim.
Jadi bermakna bukanlah panggilan aku sahaja, tetapi nampaknya panggilan daripada
Sim juga tidak dijawabnya. Seketika aku cuba meneka-neka di mana jua dia mungki
n berada. Aku tiba-tiba teringat kepada arwah Kak Farah. Ngeri hatiku memikirkan
nya.
"Tiba-tiba aje hilangkan diri... macam orang merajuk."
Aku tidak mengia atau menidakkan kata-kata Sim. Biarlah hal yang terjadi menjadi
rahsia kami berdua. Aku duduk sambil mengangkat komputer ribanya yang diletakka
n di bawah meja.
"Dia guna password"
"I tahu password dia," ringkas jawapanku.
Jari-jemari sudah menari-menari di papan kekunci. Teringat tentang folder yang U
mar Aisy kata dahulu, lalu
kubuka. Fail yang pertama menyerlahkan pepohonjacaranda dan gambar-gambar kami k
etika di alam persekolahan. Pastilah Umar Aisy merakamkan gambar-gambar ini kemb
ali dengan menggunakan kamera digitalnya. Terpaku mataku ketika membuka fail yan
g kedua apabila gambar yang tertera memaparkan gandingan nama kami berdua yang d
iperbuat daripada kuntummjacaranda.
Aku mengheret ingatan pada kenangan lalu. Hari itu sebaik sahaja loceng menandak
an tamat waktu persekolahan, Umar Aisy bergegas pulang. Tidak seperti selalu dia

suka duduk di kantin atau pergi ke perpustakaan.


Tetapi tidak lama selepas itu aku nampak dia menuju ke kantin dari arah padang.
Rupa-rupanya dia pulang ke rumah untuk mengambil kamera dan merakamkan gambar in
i.
'Umar', kubisik namanya di dalam hati. Aku amat menghargai kenangan indah yang d
iabadikan dengan caranya yang tersendiri.
"Iddya... I perlu cari dia! Perjanjian jual beli kedai ni puas I cari kat sini t
ak ada. Mungkin kat rumah dia." Nada suara Sim kedengaran begitu terdesak. "I na
k pergi rumah dia."
"Kalau dia tak ada di rumah?"
"I ada kunci rumah dia. You nak pergi sekali?"
Melintas lagi hal yang telah terjadi kepada arwah Kak Farah. Perlahan-lahan aku
mengangguk.
Setelah memakir keretanya di luar kawasan kondominium, kami mencatat nama di buk
u pelawat yang terdapat di pondok pengawal. Kemudian terus ke rumahnya.
"Alamak, kunci tertinggal pulak!" kata Sim sambil menepuk-nepuk dahi. Baru kini
dia menyedari yang kunci rumah tertinggal di dalam kereta.
"You all tunggu kat sini... I pergi ambil!" katanya lalu bergegas pergi.
Sambil menunggu aku berbual dengan Rhu Ying. Dalam
masa yang sama juga aku menajamkan deria bau. Tiada bau kurang enak yang menyena
kkan lubang hidung. Hatiku lega. Tidak sampai sepuluh minit, Sim kembali. Sebaik
-baik sahaja melangkah masuk, mataku seperti terkesan pergerakan kipas angin. Se
detik cuma, lalu aku menganggapnya hanya dalam ilusiku sahaja kerana seawal perj
alanan tadi aku sangat mengharap agar dia berada di rumah.
Sim terus membelek surat-surat di atas meja konsul. Kemudian beralih pula ke rua
ng makan. Aku dan Rhu Ying duduk di sofa sambil mencari-cari di atas meja kopi s
urat yang Sim maksudkan. Mungkin seperti aku, Rhu Ying juga berasa kurang selesa
untuk mencari di serata ruang kerana tuan rumahnya tiada.
Aku mencapai mug di atas meja. Masih berbaki separuh air milo di dalamnya. Andai
anku, kalaulah mug ini sudah lama ditinggalkan, tentulah airnya berubah warna. L
ega sedikit perasaanku kerana ini petanda Umar Aisy memang masih berada di sini
dan bukan melarikan diri membawa rajuk di hati seperti yang pernah dilakukannya
suatu masa dahulu. Mungkin dia baru sahaja keluar meninggalkan rumah. Mungkin se
bentar tadi kami berselisih jalan ataupun mungkin ketika kami sampai tadi, dia m
emerhati kami dari jauh. Segalanya mungkin...
Pandangan mataku berhenti lama pada bilik yang aku gunakan untuk bersolat dahulu
. Daun pintunya tertutup rapat. Mungkin dia sedang bersembunyi di situ apabila m
enyedari kami datang. Lalu terbit rasa di dalam hatiku untuk membuka pintu itu,
tetapi Sim sudah mendahului. Dia membuka pintu yang tidak berkunci, lalu menjeng
ah ke dalam seketika. Sejenak kemudian dia berpaling dan memberi isyarat tangan
yang membawa maksud surat yang dicarinya tidak ada di situ. Dia mencari lagi di
sana sini.
"Iddya!"
Aku mencari arah suaranya yang datang dari bilik tidur utama. Teragak-agak aku b
angun, lalu disusuli Rhu Ying.
"Dah jumpa ke?" soalku ketika berdiri di muka pintu. Tidak berani hendak masuk k

e dalam.
Sim mengangguk senang. "Tengok kat sebelah kanan you!" arah Sim.
Aku melangkah setapak sambil menebar pandangan ke seluruh ruang bilik. Kemas. Ti
dak ada kain baju yang bersepah-sepah. Di dinding tergantung sebuah bingkai gamb
ar berukuran sederhana besar yang dipenuhi gambar-gambarku. Aku tergamam. Berali
h-alih mataku antara Rhu Ying dengan Sim.
"Rak sini pun ada." Dua tiga tapak lagi aku melangkah hingga sampai ke meja keci
l di tepi katil yang di atasnya terdapat dua buah bingkai yang memuatkan gambargambar kami sewaktu bercuti di Perth. Inilah gambar yang Umar Aisy katakan kepad
aku dahulu. Sungguh kalau dulu aku nekad masuk ke biliknya, sudah tentu keadaan
tidak menjadi serumit ini. Kini aku tidak tahu hendak mencarinya di mana.
"Kalau dah jumpa surat tu... jomlah kita pergi. Tak seronoklah kita duduk sini s
ebab tuan rumahnya tak ada," kataku lalu mula melangkah keluar.
"Hmm... yang bercakap tu kan bakal tuan rumah ni," balas Sim selamba.
Usikannya tidak aku hiraukan. Sebelum keluar, aku menuntas pandangan pada daun p
intu bilik yang tertutup rapat. Dalam ilusi terbayang di mataku Umar Aisy sedang
melekap cuping telinga di daun pintu, cuba menelinga perbualan dan pergerakan k
ami di dalam rumahnya. Ingin aku berpatah balik menuju ke bilik itu, tetapi Sim
sudah bersedia untuk mengunci pintu.
HUJUNG minggu yang biasanya sangat kunanti kerana kebiasaannya kami menghabiskan
masa bersama, kini kedatangannya seolah-olah tidak bererti apa-apa lagi. Sepi l
agi sunyi. Aku berdiri di tepi jendela. Dingin dan indahnya waktu pagi setelah m
alam tadi hujan menimpa bumi, tidak dapat memujuk hatiku nan rawan. Serasa lelah
perasaan. Aku seperti sudah mencarinya di seluruh pelosok alam, tetapi entah di
mana dia bersembunyi.
Melayang fikiranku, jauh berkelana lalu hinggap pada masa-masa lalu penuh bahagi
a yang kami kongsi bersama. Leka aku berjalan-jalan di dalam memori hinggalah bu
nyi deringan telefon bimbit mengembalikan aku ke alam realiti. Bergetaran jantun
gku demi terpandang namanya di skrin. Degupannya pantas seperti aku baru sahaja
menamatkan perlumbaan untuk acara larian pecut 100 meter.
"Umar, you kat mana?" soalku sebaik sahaja talian disambungkan. Betapa tidak, li
ma hari ini aku nanar sendiri menanti dan mencarinya.
"Umar... kenapa diam ni?" asakku cemas. Pada saat ini aku sangat bimbang kalau d
ia terus membisu atau memutuskan talian. "Umar... kalau I salah, I minta maaf."
Aku sangat pasti segala-galanya berpunca daripadaku. Pada saat ini aku sudah mel
upakan rasa terkilan kerana rajuknya yang tidak bertempat.
"Iddya... I nak jumpa you."
"Kat mana, Umar?" soalku tidak bertangguh lagi.
"Ingat lagi pokok jacaranda?"
Sejenak aku kehilangan kata-kata kerana langsung tidak terfikir dia mungkin 'ber
sembunyi' di situ. "You tunggu kat situ sampai I datang, ya!" Ingin segera aku m
endapatkannya untuk meluruhkan rasa rindu yang mencengkam kalbu. Akan aku jelask
an kekaburan agar tidak lagi timbul rasa curiga dan situasi yang menekan begini.
"Iddya!!"
Suaranya yang kedengaran memanggil menyedarkan
aku dia masih berada di hujung talian.

"You datang sekarang ke?"


"Ya!" Aku tidak mahu banyak bersoal jawab. Sesudah memutuskan talian, aku terus
memakai kain tudung. Mencapai beg tangan, lalu bergegas turun. AKU tertawa se
ndiri kerana hati digeletek rasa lucu memandang 'si Pocahontas' versi lel
aki yang sedang duduk di bawah pohon jacaranda. Rupa-rupanya dia juga mencari te
mpat mengadu.
Perlahan-lahan aku menghampiri dan mengucapkan salam, namun tidak kudengar suara
nya. Mungkin dia menjawab di dalam hati sahaja. Aku terus duduk di sebelahnya ta
npa dipelawa, tetapi menjarakkan diri.
"Umar..." panggilku dalam senyuman yang menghiba. Betapa selama waktu dia berper
gian entah ke mana, aku
menjadi seperti orang yang tidak keruan. Tidur tak lena, makan tak kenyang dan m
andi pun macam tak basah. Perumpamaan ini memang agak keterlaluan, tapi begitula
h yang kurasa. Amukan rasa bimbang yang mengharubirukan perasaan.
"Kenapa hari tu you tinggalkan I? Lama I tunggu... rupa-rupanya you dah keluar."
Dia tidak menjawab pertanyaanku. Dibiarkan sahaja dibawa angin lalu.
"Sampai hati..." Suaraku menjadi bertambah lirih dek
hambatan rasa sayu.
"You perlukan privacy..." Akhirnya dia bersuara. Rupa-rupanya itu yang difikirka
n, maka ditinggalkannya aku sendiri.
"I ingat you dah pergi jauh"
"I nak pergi mana? Seluruh kehidupan I di sini."
Sesungguhnya kehidupan aku juga di sini. Dialah yang menjadi sebahagian daripada
kehidupanku. Bahagian yang saling melengkapi.
"Pergilah pada dia, Iddya! I tahu dia sedang tunggu you. Tak payah fikir tentang
I sebab I dah biasa hadapi keadaan macam ni. I percaya pada ALLAH. Sesuatu yang
ALLAH jadikan ada hikmah dan rahmatnya," ujar Umar Aisy. Kolam matanya kelihata
n berkaca-kaca.
'Ah, segagah-gagah dan seperwira lelaki, tergenang juga air mata syahdunya keran
a cinta!' Hati nakalku berandaian begitu, tetapi segera disedarkan oleh hakikat
air jernih yang tergenang di kelopak matanya kerana rasa sendu yang hadir ketika
dia menyebut kalimah ALLAH. Bukankah Umar Aisy selalu begitu? Selalu tersentuh
hati dan bergenang air mata pabila menyebut nama ALLAH?
"Terima kasih sebab sudi kongsi banyak perkara dengan
I. I amat hargai masa kita bersama."
'Umar, aku juga rasa begitu. Apabila kau ada di sisi, takkan ada rasa sepi menye
lubungi hati. Tiada indah dan
tidak bererti hidupku tanpa kehadiranmu.' "Pergilah..."
Aku mendongak mencari seraut wajahnya. 'Kau nak suruh aku ke mana, Umar? Pergi j
auh meninggalkanmu? Pergi jauh dari sisimu? Tidak!' Hatiku segera menahan.
"Sebelum I pergi... I nak tahu satu perkara." Aku seolah-olah membuat permintaan
terakhir. Umar Aisy mengangkat kening. "Masa I pergi rumah you dengan Sim... yo
u ada kat rumah, kan?" Aku sekadar inginkan kepastian kerana sebelum Sim m
embuka pintu bilik yang tertutup rapat itu, aku sudah membayangkan dia memang be
rsembunyi di situ apabila menyedari kami datang. Dia dengan Sim pula berbahasa i

syarat, lantaran itu Sim tahu surat yang dicari ada di dalam bilik tidurnya.
"Memang I ada kat rumah."
Tepat sekali andaianku. Lalu aku ingin bertanya, mengapa dia sampai sanggup bers
embunyi dan enggan bertemu denganku, tetapi Umar Aisy sudah lebih dahulu bersuar
a. "Pergilah Iddya."
'Pergi kepada Baein? Umar, aku takkan pergi kepadanya. Kalau aku pergi kepada Ba
ein, penderitaan isterinya sudah pasti, tapi kebahagiaan hidupku belum tentu lag
i. Aku takkan mempercaturkan hidupku di tangannya. Aku tak sekejam itu untuk mer
osakkan hati kaum sejenisku. Dalam galeri hidupku hanya ada kamu, Umar. Tidakkah
kau dengar
suara hatiku?'
Namun, tidak akur pada suara hati yang berbisik itu dan ini, perlahan-lahan aku
bangun juga... sekadar hendak menguji hatinya. Umar Aisy juga ikut bangun. Aku m
elunakkan pandangan ketika kami saling bertatapan. Sejenak cuma sebelum aku menu
ndukkan muka.
"Pergilah," ulangnya sekali lagi.
'Untuk apa aku pergi kalau seluruh kasihku sudah tertumpah kepadamu? Sudah bulat
tekadku untuk berkongsi hidup denganmu.'
"Tapi kalau you rasa tak bahagia. . . mungkin you rasa kebahagiaan you ada di si
ni, baliklah pada I. Insya-ALLAH I sentiasa menunggu..."
Semakin sarat hatiku dengan sebak sendu. Terharu yang amat sangat sehingga berge
tar bibirku, tidak dapat hendak melahirkan kata-kata. Kehadirannya sungguh berma
kna. Dia menenggelamkan bayang-bayang Baein dan Abang Lutfi. Dia merawat luka ha
tiku, luka demi luka dengan kata-kata pujukan yang mendamaikan. Dia selalu ada p
ada saat aku amat memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa yang mendera. Tidak
mungkin aku berpaling kepada yang lain.
Tatkala mengalih pandangan, mataku jatuh pada kuntuman jacaranda di atas bangku
panjang yang disusun membentuk namaku. Ingatanku berkelana jauh. Hatiku tersenyu
m mengenangkan saat itu. Lalu aku menghimpun kuntuman jacaranda dan mengaturnya
satu persatu.
Pada ketika itu melayang ingatanku kepada Baein. Pada pertemuan kami kelmarin. B
aein harus kembali pada hakikat realiti, bukan lagi terawang-awang di alam angan
-angan dan mimpi. Anaknya dari seorang tidak lama lagi akan bertambah menjadi du
a.
Aku menyelami rasa hati Ivy Syahirah lewat pertemuan kami dahulu. Aku sudah meng
ikat janji dengannya. Hatinya yang terlalu rapuh sudah aku yakini dengan sejujur
-jujurnya yang aku tidak ada ikatan perasaan dengan Baein. Ikatan itu sudah lama
terputus. Kalau pun dia pernah mencuri hatiku, bahagian yang dicuri itu sudah l
ama kuambil kembali.
Aku tidak nampak masa depanku dengannya, tetapi dengan orang lain. Tetapi lelaki
itu tidak pernah jemu memujuk rayu.
"PANDANG dalam mata Baein. Cakap yang Iddya dah tak sayang pada Baein lagi," pin
tanya.
Hatiku ketawa mendengar sandiwaranya. "Perasaan tu dah lama tak ada dalam hati I
," jawabku dengan pasti.
Baein mengeluh. "Memang I tak jujur sepenuhnya...
tapi you tetap di hati I."

Aku menggeleng-geleng. 'Baein, kau adalah bayangbayang cintaku semalam. Cinta ya


ng tak kusandarkan apa-apa harapan. Denganmu hati dan jiwaku sudah tidak mampu h
endak bersuara tentang cinta. Perasaan itu sudah lama
punah dan mati.
"I dah ada orang lain, Baein."
Lelaki itu kelihatan tergamam. Barangkali tidak percaya dan menganggap aku hanya
bercanda.
"Cinta dan kasih sayang I hanya untuk dia seorang. Tak lama lagi kami akan kahwi
n. Baein... sayangilah isteri you. Demi anak you... takkan you nak biarkan hidup
mereka nanti terumbang-ambing. You yang bawa dia lahir ke dunia... you pegang a
manah ALLAH. Sebagai pemegang amanah, dah semestinya you harus jalankan amanah t
u dengan sebaik-baiknya." Aku mula bercakap dari sudut agama kerana sudah terbia
sa dengan tazkirah-tazkirah yang aku baca dari koleksi
Umar Aisy.
Baein seperti baru tersedar daripada mimpi yang panjang. Dia meraup muka berkali
-kali. "You akan kahwin?"
Aku mengangguk. Hati amat mengharapkan cintanya. Hanya 'dia' dambaan hatiku. Ada
ijab dan kabul... hidup berdua dengannya. Kehangatan pelukannya seperti sedang
kurasa. Dalam bayangan, kasih dipadu. Sepenuh jiwa dan raga kami melayari bahter
a menuju ke pelabuhan bahagia. Oh, alangkah indahnya saat itu!
"Dengan siapa?"
"Tunggulah... I akan hantar kad pada you." Dalam ilusi,
aku membayangkan diriku dengan si dia di atas peterana indah di kelilingi sanaksaudara. Penuh restu.
SUSUNAN kuntuman-kuntuman jacaranda akhirnya membentuk ejaan namanya. Berganding
an nama kami berdua. Aku tersenyum bahagia.
"Tak usah nangis Iddya... you buat I sedih nak lepaskan
you macam ni."
Sungguh aku tidak sedar entah bila air mata bahagia tertitis dan menitis. Aku me
mbiarkan jari-jemarinya menyeka air mataku sambil membayangkan saat manis mesra
yang akan kukongsi dengannya nanti.
"I takkan ke mana-mana... kebahagiaan I di sini," kataku sambil menyentuh jari-j
emarinya. Dia kelihatan tergamam.
"I wanna share my life with you, Umar. Kongsi segala-galanya dengan you," kataku
perlahan lebih pada berbisik. Aku sudah membayangkan indahnya saat kami memadu
cinta walaupun nanti hati tetap berasa malu kerana dia bekas teman sekelasku.
Reaksi Umar Aisy seperti tidak keruan. Hampir sahaja dia meraih tubuhku ke dalam
pelukannya, tetapi mujur sempat aku menahan.
"Ingat lagi tak artikel dalam fail you?" soalku sambil menolak perlahan tubuhnya
, tetapi dia enggan menjauh. Umar Aisy mula ketawa. "Err... tentang apa?"
"Tentang cinta," jawabku.
"Hadis nabi yang bermaksud... tidak kami dapati pada dua orang yang sedang berci
nta itu lebih baik daripada nikah!"
"Oh, hafal, tapi bukan yang tu!" tingkahku. Beraksi manja di luar sedar.

Umar Aisy mengangkat kening. "Umar... yang I maksudkan tentang batasan dalam hub
ungan. Mencintai seseorang hendaklah kerana mencari
keredhaan ALLAH dan menurat peraturan syarak."
"Oh, yang tu I tahu, tapi yang paling I ingat... hadis tu. You tak fikir macam t
u ke?" soalnya. Aksinya nampak sedikit keanak-anakan.
Aku mengetap bibir ketika mencari anak matanya. Kami saling bertatapan, menghant
ar hasrat hati dalam sinaran mata. Sesungguhnya, perkahwinan adalah ikatan yang
suci dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubung
an antara lelaki dan wanita. Iddya dengan Umar Aisy. Kami akan memaknakannya.

Anda mungkin juga menyukai