Anda di halaman 1dari 256

SINOPSIS

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan
bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba
dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya
apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apa-


bila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat,
Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat
teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan keme-
wahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah


Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si
dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar
menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga
segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap.
Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul
Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih
cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah
Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan.
Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersep-
it untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-
lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang
Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi
suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… Apakah


kesudahan kisah cinta mereka?
Umie Nadzimah

Bab 1
I
NDAH HALINA panik! Dia tidak
menyangka bahawa Zawati sanggup
meninggalkannya begitu sahaja.
Sampai hati, Zawati. Dia yang beria-ia untuk menjemput
Indah dari Shah Alam untuk pulang ke kampung, tetapi
begini pula kesudahannya. Zawati yang bersungguh-sungguh
berjanji pada ayah untuk menguruskan kepulangan Indah
Halina dengan selamat untuk majlis pada malam nanti.
Macam mana ni? Apa yang harus Indah buat
sekarang? Air mata tidak berhenti-henti bergenang di tubir
mata. Indah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia
buntu. Beberapa jam sudah berlalu, tapi Indah masih tidak
mendapat akal untuk pulang ke rumah ayah di Sungai Petani
tepat pada waktunya.
Sepatutnya pada waktu ini, Indah telah sampai ke
rumah. Dia sepatutnya telah mula bersiap sedia dengan
persiapan terakhir untuk majlis yang akan berlangsung
sebaik sahaja selesai solat maghrib nanti. Tetapi, bagaimana
majlis itu akan berlangsung tanpa kehadiran pengantin
perempuannya? Kesian ayah!

3
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Entah bagaimana perasaan ayah bila Indah belum


sampai-sampai lagi. Mungkin ayah ingat Indah sengaja
melarikan diri dari majlis itu, dengan tujuan tidak mahu
dikahwinkan dengan Saiful Azam. Maklumlah, Saiful Azam
pilihan ayah dan keluarga, bukan pilihan Indah sendiri.
Tidak ayah! Walaupun hati Indah berat untuk
menerima Abang Saiful, tetapi demi ayah, Indah sanggup
melakukan apa sahaja. Indah tidak akan membantah. Hanya
ayah sahaja yang Indah ada di dalam dunia ini. Indah akan
gembira dan bahagia jika ayah merasakan sedemikian. Demi
ayah… Indah akan mengorbankan segala-galanya. Perasaan
Indah, hati Indah, semuanya tidak penting. Yang penting
kegembiraan ayah!
Indah menangis teresak-esak di satu sudut di dalam
surau perempuan di kawasan rehat tersebut. Dia sudah hilang
usaha dan berputus asa untuk sampai secepat yang mungkin
ke pangkuan ayah, dan menceritakan segala yang berlaku…

EMPAT jam sebelum itu, kereta yang dinaiki oleh Indah


bersama kakak tirinya, Zawati berhenti di Kawasan Rehat
Perhentian Tapah, di lebuh raya menuju ke utara tanah
air. Ketika itu, Yazid, kawan kepada Zawati yang menjadi
pemandu mereka.
Memandangkan Zawati dan Yazid masing-masing
mengunci mulut dan bermuka tegang, Indah mengambil
keputusan untuk membuat halnya sendiri. Dari Shah Alam
lagi, mereka langsung tidak bercakap dengan Indah. Umpama
Indah itu tidak wujud di dalam kereta tersebut.
Dua hari yang lepas, Zawati yang memaksanya

4
Umie Nadzimah

untuk pulang sekali. Dia yang merayu-rayu kepada Indah,


apabila Indah seperti keberatan. Memang Indah keberatan
untuk menumpang pulang bersama Zawati dan kawannya.
Jika tidak kerana panggilan telefon daripada ayah semalam,
yang memintanya balik bersama Zawati, sudah tentu
sekarang ini dia sudah berada di dalam perut bas ekspres.
Indah telah pun membeli tiket bas tersebut seminggu yang
lalu.
“Indah, kau nak keluar ke tidak? Yazid nak matikan
enjin kereta ni, nak bagi sejuk sikit. Kalau kau tak nak keluar,
duduklah dalam kereta panas. Bukannya tuan puteri nak
diberi aircond 24 jam. Lagipun kau sikit pun tak sumbangkan
duit minyak, kan?”
Lamunan Indah dikejutkan dengan suara nyaring
Zawati. Diiringi dengan mata yang membulat dan wajah yang
masam. Gerun Indah melihatnya.
“Errr… Indah nak ke surau, Kak Za. Nak
sembahyang.”
“Habis tu, kenapa tak keluar lagi? Cepatlah sikit!
Terhegeh-hegeh!” Zawati menjerit.
Kelam-kabut Indah mencapai beg kecil yang berisi
kain telekung di sebelahnya. Dia segera keluar dari kereta.
Usai sembahyang jamak qasar zohor dan asar,
Indah ke gerai minuman untuk membasahkan tekak yang
sudah kering. Dia tidak berniat untuk membeli makanan
kerana sesungguhnya dia tidak berselera langsung.
Saat dia tercari-cari beg duit untuk membuat
pembayaran, dia baru tersedar bahawa beg duit dan telefon
bimbitnya telah dimasukkan ke dalam sebuah beg kecil yang
lain dan telah disumbatkannya pula ke dalam sebuah beg
besar yang berada di dalam bonet kereta. Ahhh... lengainya

5
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dia. Kenapa tidak terfikir langsung fasal benda penting itu


semasa mengemas tadi?
“Maaf, kak. Beg duit saya tertinggal dalam kereta.”
Nasib baik kakak yang menjaga kaunter pembayaran
tersebut tidak melenting marah kerana air yang sudah siap
tidak berbayar, malah kakak tersebut kasihan melihat gadis
manis itu tercari-cari beg duitnya di dalam beg yang dibawa.
Bukan dia sengaja. Nampak jujur dan baik sahaja.
“Tak apalah, dik. Akak belanja…”
“Eh… tak perlu kak, saya pergi ambil dalam
kereta.”
“Okey… ambil dulu air tu, nanti kalau ada, adalah.
Kalau tak, kira akak belanjalah.”
“Oooh… terima kasih banyak kak, nanti pasti saya
akan datang balik.”
Indah berlari-lari anak menuju ke kereta. Dia juga
sudah berasa tidak sedap hati kerana telah mengambil masa
yang agak lama. Dia takut Zawati akan marah. Perempuan tu
tak habis-habis suka menyinga. Mampuslah dia nanti!
Terpaksa pula menahan telinga dan perasaan lagi.
Seksa sungguh rasanya dengan perjalanan yang
terpaksa ini…
Mata Indah tercari-cari kereta milik Yazid. Dia amat
pasti kereta tersebut diparkir di kawasan itu. Walaupun
tergesa-gesa keluar tadi, dia perasan restoran KFC dan Baskin
& Robin berada di hadapan tempat parkir.
Setelah hampir sepuluh minit tercatuk di situ,
memerhati setiap inci tempat parkir dengan kereta yang
datang dan pergi, Indah baru tersedar yang sebenarnya dia
telah ditinggalkan! Zawati dan kawannya Yazid telah pergi,

6
Umie Nadzimah

dan meninggalkannya dengan hanya sepasang kain telekung


dan sepersalinan pakaian yang berada di dalam beg
sandangnya. Tanpa sesen pun duit, kad pengenalan diri,
mahupun telefon bimbit!
Indah terasa mahu rebah sahaja di tepi jalan. Lemah
lutut dan segala sendinya. Dipaksa kakinya untuk melangkah
semula ke surau yang berdekatan. Di situ dia terduduk
meratapi nasib. Tidak dihiraukan lagi kepada beberapa pasang
mata yang memerhati. Dia lemah, panik dan ketakutan. Dan
di dalam kepalanya hanya membayangkan wajah sugul ayah
yang sedang menanti kepulangan anak yang tidak mungkin
akan tiba. Apa yang harus dilakukannya dalam keadaan
begini?

INDAH terjaga dari tidur dek kerana bunyi telefon bimbit


yang tidak henti-henti berdering. Telefon siapa pula ni?
Adakah Tuhan telah menurunkan malaikat untuknya? Kalau
itu terjadi, Indah sangat bersyukur kepada Tuhan. Indah
memandang ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang.
Tiada sesiapapun di dalam surau tersebut melainkan dirinya
seorang. Beberapa minit kemudian baru datang beberapa
orang perempuan untuk bersembahyang.
Indah memandang jam di tangan. Sudah hampir
pukul sebelas malam. Bermakna sudah beberapa jam dia
terlelap di surau tersebut. Ya Allah, Indah! Di dalam keadaan
getir macam ni pun boleh terlelap lagi? Memang dasar kuat
tidur! Habis apa lagi yang boleh dilakukannya? Indah panik!
Tak ada jalan langsung untuk dia bergerak dari situ. Tidur
sahaja jalannya…

7
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Mata Indah tertancap pada telefon bimbit di


sebelahnya. Canggih! iPhone, model terkini. Nampak berkilat,
baru dan cantik! Terdetik niat jahat untuk menggunakannya.
Dia benar-benar terdesak! Dapat menghubungi ayah pun
jadilah. Namun, hatinya yang sudah sedia baik itu telah
melarang niatnya. Walau apapun, dia mesti meminta
kebenaran tuannya terlebih dahulu.
Tiba-tiba alat canggih tersebut berbunyi lagi.
“Sssyyy… ganggu orang lain sembahyanglah.
Sepatutnya kena offkan.”
Seorang wanita menegur Indah, sambil tangannya
menunjukkan gambar telefon bimbit yang dipangkah pada
dinding surau.
Indah terus mencapai telefon tersebut,
memperlahankan nada bunyi lalu terus memasukkannya ke
dalam kocek baju kurungnya. Dia keluar dari surau untuk
mencari tuan punya telefon mahal itu. Harap orangnya masih
berada di sekitar kawasan itu.
Dalam fikiran Indah, jika dia tidak dapat
menyelamatkan telefon tersebut, mungkin juga ia akan
diambil oleh orang lain, yang sudah tentu berniat tidak jujur.
Walaupun dalam keadaan yang amat terdesak
sebegini, namun dia tidak terfikir untuk melakukan perkara
yang tidak baik. Dia amat berpegang pada prinsip hidupnya
iaitu perbuatan yang baik akan sentiasa dibalas baik oleh
Tuhan.
Indah membelek-belek telefon tersebut untuk
mencari nama yang mungkin mempunyai kaitan dengan
pemiliknya. Namun deringannya yang datang secara tiba-tiba,
membuatkan dia yakin bahawa pemiliknya sedang mengesan
telefon bimbit yang hilang. Dia segera menjawab.

8
Umie Nadzimah

“Helo…”
“Helo… helo, siapa ni?”
Kedengaran suara lelaki yang parau dan garang.
Indah tiba-tiba hilang keyakinan untuk berlaku jujur.
Dikuatkan hatinya pada saat itu juga.
“Helo… siapa ni? Awak curi telefon tu, kan? Baik
pulangkan segera sebelum saya buat laporan polis.”
Indah tersentap! Pantang dirinya dituduh sebagai
seorang pencuri. Sepanjang umurnya, jangankan mencuri,
memasang niat pun dia tidak berani. Lantang suara garang
ini membuat tuduhan.
“Eh… encik, saya bukan pencurilah! Saya terjumpa
di surau sekejap tadi. Jika ini hak encik, saya ada di sekitar
tempat makan di sini. Sila datang ambil sekarang, sebelum
niat baik saya untuk memulangkannya ditarik balik
disebabkan bahasa encik yang cukup baik itu.”
Lelaki garang di sebelah sana terdiam sebentar.
Indah juga tidak menyangka yang mulutnya boleh laju dan
petah bercakap tanpa titik. Biasanya tidak begitu. Dia cukup
berhati-hati dan bersopan santun jika berkata-kata.
“Okey… okey, awak di mana? Saya pergi cari
sekarang.” Walaupun lebih lembut sedikit, tetapi masih tegas
dan garang suara itu.
“Saya di gerai makan nombor satu dan di meja yang
pertama.”
“Okey, tunggu situ, saya datang sekarang.”
Tidak berapa lama kemudian, Indah terpandang dua
orang berjalan mengarah kepadanya. Seorang wanita yang
sudah boleh dipanggil mak cik, tetapi masih bergaya dan
cantik, walaupun pada malam-malam buta begini. Dipimpin

9
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

pula oleh seorang lelaki bertubuh tegap, sangat segak


walaupun cuma berpakaian santai berbaju T-Shirt dipadankan
dengan seluar jean.
Mata lelaki itu tajam merenung Indah. Kemudian,
mulutnya seolah-olah ingin menyemburkan kata-kata kepada
Indah sebaik sahaja terpandang telefon bimbit yang dicarinya
berada di tangan gadis itu. Tetapi niat itu sempat ditahan oleh
wanita di sebelahnya.
“Shhh… Zen, bawa bersabar. Mama yang cuai.”
Indah terdengar si wanita sedang berbisik perlahan,
menyabarkan pemuda segak bersuara garang itu.
“Telefon puan ke ni?”
Wanita tersebut memandang Indah. Riak wajahnya
memberitahu yang dia amat tertarik dengan gadis tersebut.
Seperti ada kuasa lain yang menariknya untuk terus
memandang dan memandang lagi. Dia menganggukkan
kepala. Bibirnya tersenyum manis.
Indah menghulurkan telefon tersebut kepadanya.
“Saya terjumpa di surau tadi. Saya tolong simpan,
sebab takut orang yang tidak bertanggungjawab
mengambilnya. Tidak ada niat pun untuk menjadikannya hak
saya.”
Indah Halina terperasan lelaki segak itu
mencebikkan bibir. Ah… lantaklah apa tanggapannya.
Masalahnya yang satu ini lagi berat untuk difikirkan,
berbanding muka cemberut lelaki itu.
“Oh… Anak yang tidur tapi ada air mata tadi tu, ya?
Auntie nak kejutkan, serba salah pula. Tak sangka pula auntie
tertinggal telefon di situ. Puas cari merata tempat. Telefon ni
tak ada masalah kalau hilang, tapi isi di dalamnya yang

10
Umie Nadzimah

penting. Semua contact number auntie ada di sini. Kalau


hilang... macam hilang separuh nyawa pula.”
Ada tawa halus dan lembut di hujung kata wanita
tersebut.
“Puan, saya tak ada niat jahat pada telefon ni. Betul,
saya jumpa di surau tadi.”
Wanita itu mengangguk-angguk, mengiakannya.
Bibirnya tersenyum ikhlas. Seperti mempercayai seratus
peratus.
“Auntie yang cuai. Nasib baik anak yang jumpa.
Terima kasih banyak. Siapa nama?”
“Errr… Indah.”
“Indah? Hmmm… Seindah orangnya.”
Indah diam sahaja. Dia rasa pujian itu ikhlas,
walaupun Indah selalu mendengar ayat itu dari mulut orang
lain. Nak dikata apa lagi, memang namanya Indah pun, tetapi
rupa dia tak tahu indah ke tidak. Takut perasan sendiri pula.
Tetapi wanita itu seakan-akan terkejut pula dengan namanya.
Biarlah!
“Terima kasih sekali lagi. Nasib baik Indah jumpa.
Jika tak, tak tahulah auntie macam mana.”
“Sama-sama. Itu tanggungjawab saya sesama
manusia, puan.”
Wanita tersebut mengambil beberapa keping duit
dari tas tangan dan dihulurkannya kepada Indah.
Indah terkesima. Serentak dengan itu juga Indah
mendengar suara garang lelaki itu lagi.
“Mama! Apa ni? Takkan semua orang nak dikasi
duit? Kita tak tahu pun niatnya yang sebenar. Entah-entah
dia sengaja ambil.”

11
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Berdesing telinga Indah.


Dia juga ada maruah. Tak sudi dia ingin mengambil
wang yang dihulurkan. Tetapi jika tanpa wang, bagaimana dia
hendak pergi dari sini. Bagaimana dia akan menyelesaikan
masalahnya? Apa jalan untuk dia agar segera sampai ke
rumah dan bertemu dengan ayah? Takkan dengan meminta
sedekah pula?
Hendak tak hendak, Indah terpaksa menghulur
tangan menerima pemberian wanita tersebut.
“Zen, duit banyak ini tak ada maknanya, berbanding
dengan apa yang mama dah dapat semula.”
“Itulah mama, suka sangat memandang baik pada
semua orang.” Mata lelaki itu mencerlung memandang
Indah. Wajahnya penuh dengan rasa tidak puas hati.
“Sekarang, mama tengok! Jika dia tak ada apa-apa
niat, kenapa dia terima pemberian mama?” Si anak
mengungkit lagi.
“Control yourself, Zen.”
Ingin sahaja Indah mencampakkan duit yang berada
di tangannya itu ke arah muka lelaki sombong itu. Apa? Dia
ingat Indah kebulur sangat ke? Jika dia bukan dalam keadaan
darurat, dia tidak mungkin akan menadah tangan menerima.
Agaknya, beginilah perangai orang kaya. Semakin banyak
duit, semakin berkira dan kedekut!
Lelaki itu nampak masih tidak berpuas hati, tetapi
wanita yang membahasakan dirinya mama, terus menariknya
untuk pergi.
“Terima kasih, Indah. Auntie pergi dulu.”
“Errr… puan?”
“Ya… ada apa-apa lagi Indah?”

12
Umie Nadzimah

“Errr… saya mengaku yang saya ni tengah terdesak.


Tetapi jujur saya cakap, saya memang tak berniat jahat
langsung semasa menyimpan barang puan. Saya memang
perlukan duit sekarang, jadi saya anggap saya pinjam duit
yang puan beri ini. Suatu hari nanti saya akan bayar. Nanti
bagaimana saya nak pulangkan?”
Mendengar apa yang dikatakan oleh Indah, lelaki
tersebut kembali menyinga.
“Kan mama? Zen dah cakap, mama tak percaya.
Belum beberapa langkah mama pergi, dia dah sediakan
strategi baru. Mama ni cepat sangat kesiankan orang. Dah…
kau ambil sahaja duit tu, tak perlu bayar balik. Anggap sahaja
sebagai sedekah! Dan jangan cuba-cuba ganggu kita orang
lagi. Jika aku nampak muka kau lagi, siap engkau. Dasar
perempuan ambil kesempatan!”
“Zen!”
Bukan Indah sahaja yang terkejut dengan bahasa
lelaki tersebut, tetapi mamanya juga seperti terperanjat.
“Auntie minta maaf…”
Tangan anaknya itu terus ditarik untuk pergi. Jika
berlama lagi di situ, makin banyak ragamnya. Dia faham
benar dengan perangai anak sulungnya yang tidak menentu
itu. Sepatutnya, orang sudah berbudi, biarlah kita berbahasa.
Ini sebaliknya pula. Si mama amat tidak berpuas hati dengan
sikap si anak.
Meskipun fikiran berserabut dengan masalah yang
ada, Indah tetap terasa dengan setiap patah perkataan yang
dikeluarkan oleh lelaki tersebut. Pedih dan menusuk kalbu.
Dia juga punya maruah! Selama ini Indah cukup menjaga
maruahnya. Malah dia tidak pernah meminjam dari orang
lain walau satu sen pun! Walaupun dia terpaksa berjimat

13
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

habis pada saat kekeringan.


Tetapi tak mengapa… hanya pada saat ini sahaja dia
membiarkan maruahnya diejek-ejek oleh orang lain. Pada
saat dia berada di dalam kesulitan yang amat sangat!
Esok-esok, dia akan menjaga maruah dirinya
dengan sebaik-baiknya. Yakah? Dengan apa yang berlaku pada
hari ini, masihkah dia mempunyai harga diri selepas ini?
Walaupun pada pandangan orang yang paling dikasihi, iaitu
ayah yang menjadi nadi nyawanya selama ini? Ah... apa
kemungkinan yang akan Indah hadapi bila matahari
menjengah pada esok hari?

14
Umie Nadzimah

Bab 2
I
NDAH HALINA sampai di halaman
rumah tepat pada pukul empat
petang. Dengan beberapa keping
duit lima puluh ringgit yang diberikan oleh wanita semalam,
dia dapat keluar dari kawasan rehat tersebut dan mendapatkan
bas untuk pulang. Mujurlah kakak yang menjaga kaunter
pembayaran di kedai menjual air itu sudi menolongnya dengan
menghantarnya ke perhentian bas yang berhampiran.
Di hadapan rumah, terdapat beberapa khemah yang
masih terpacak. Masih ada saki-baki tetamu yang hadir.
Beberapa mata memandangnya dengan pandangan yang
ganjil. Masing-masing seperti berat mulut untuk menegur.
Pelik! Majlis masih tetap diteruskan, walaupun tanpa
pengantin perempuannya?
Mata Indah melilau mencari satu susuk tubuh. Dari
malam tadi dan sepanjang perjalanan, hanya wajah itu yang
terbayang di matanya. Entah bagaimana penerimaannya
dengan apa yang telah berlaku?
“Halim… Indah!”

15
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah segera menoleh kepada tuan empunya suara


yang sedikit terjerit itu. Yang menyebut namanya dan ayah.
Pak Manaf, jiran sebelah rumah. Kemudian mata Indah
beralih pula kepada susuk tubuh yang dicari-cari. Dia berada
tidak jauh dari situ. Gaya seperti terkejut sahaja melihatnya.
Indah mendekatinya.
“Ayah…” Perlahan suara Indah. Air mata sudah
mengalir membasahi pipi. Tidak mampu ditahan-tahannya
lagi.
Encik Halim tidak mengendahkan suara manja
tersebut. Laju saja dia menghayun langkah menuju ke pintu
utama rumah.
Indah berlari anak mengejar ayahnya. Dia cuba
mencapai tangan Encik Halim.
Encik Halim sedikit pun tidak memandang wajah
Indah. Mukanya dipalingkan ke tempat lain. Namun wajahnya
jelas mempamerkan riak sedih dan sugul. Itu bukan wajah
Encik Halim yang biasa. Encik Halim amat terkenal dengan
ketenangan pada mukanya yang berseri-seri. Dia jarang
mempamerkan raut wajah yang bermasalah.
“Ayah… Apa-apapun yang berlaku, Indah minta
ampun dengan ayah. Indah tidak sengaja. Bukan kehendak
Indah semua ni terjadi.” Indah sudah tersedu-sedan.
Encik Halim merentap kasar tangan yang dipegang
erat. Dia seperti tidak sudi tangannya itu dicium oleh anaknya
sendiri. Seperti Indah bukan siapa-siapa lagi dalam hatinya.
“Ayah… Ampunkan Indah… Bukan kehendak
Indah semua ini terjadi.”
Encik Halim masih membatukan diri. Tangan yang
cuba dicapai oleh Indah, direntapnya sekali lagi.

16
Umie Nadzimah

“Ayah…”
Indah meratap lagi. Dia cuba memeluk ayah.
Biasanya, walaupun marah sekalipun, ayah tetap tersenyum
apabila Indah cuba memeluknya. Tapi tidak pada kali ini.
Jangankan hendak membalas, malah ditolaknya tubuh Indah
hingga jatuh ke lantai.
“Haaa… baru padan muka. Anak tak sedar
diuntung. Sia-sia sahaja selama ini ayah kau menatang kau.
Dari kecil sampai dah besar panjang dimanja-manja, diturut
segala kehendak, sudahnya ini balasan kau pada ayah sendiri?
Anak tak sedar diri!”
Entah dari mana, Mak Cik Mariah, ibu tiri Indah
tiba-tiba muncul dan mula mengamuk. Sudah tiba masanya
dia mengenakan balik anak kesayangan Encik Halim itu.
Biar puas hati. Dia sudah lama menyimpan perasaan dendam
ini.
“Kau tengok ni, Indah… Siapa yang sanggup
berkorban bagi mengelak malu kedua-dua pihak? Ni… anak
aku juga. Kalau tak kerana Zawati semalam, kau tahu apa
akan jadi pada ayah kau? Tak ke malu besar? Nasib baik
Zawati sanggup.”
Tangan Mak Cik Mariah melayang-layang ke arah
Zawati yang baru sahaja masuk ke ruangan tersebut. Zawati
memegang erat lengan Saiful Azam. Mereka masih lengkap
berpakaian pengantin berona biru muda. Pakaian Zawati itu,
sepatutnya disarungkan ke tubuh Indah. Indah dan Abang
Saiful yang pergi memilihnya di butik pengantin pada dua
bulan yang lalu.
Mata Indah memandang Mak Cik Mariah, beralih
kepada Zawati, Saiful Azam dan kembali kepada ayahnya.
“Indah bukan sengaja ayah…”

17
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Bukan sengaja kata Indah?” Baru Encik Halim


mengeluarkan suara.
“Indah tak sengaja? Selama ini ayah percaya pada
Indah. Ini balasan Indah? Jika Indah tak mahu berkahwin
dengan Saiful sekali pun, jangan buat huru-hara macam ni.
Menjatuhkan air muka ayah pada semua orang…”
“Ayah… dengar dulu penjelasan Indah. Indah tak
berniat langsung.”
“Tak berniat apa? Indah sembunyikan diri dari
Zawati tu, apa niatnya? Berjam-jam Zawati mencari. Apa niat
kau menyusahkan anak aku? Malah Zawati juga yang sanggup
menjadi galang ganti kau. Tak sengaja lagi?”
Sekali lagi Indah menerima kejutan dari Mak Cik
Mariah. Oh… rupa-rupanya majlis ini telah dilangsungkan
dan Zawati merupakan pengantin perempuannya.
“Itu bukan cerita sebenar, ayah... mak cik…” Indah
merayu-rayu lagi pada Encik Halim. Dia memaut lutut Encik
Halim, meminta dirinya diberikan peluang untuk memberi
penjelasan.
“Dengar dulu cerita Indah, ayah…”
“Apa lagi yang kau nak temberang kat ayah kau,
Indah? Sudahlah kau menconteng arang ke mukanya,
sekarang kau masih nak mengatakan diri kau tak bersalah?”
“Ayah… Indah rayu kat ayah… tolong dengar
penjelasan Indah dulu. Indah merayu pada ayah. Ayaaah…”
Indah memaut lutut ayahnya kembali, tetapi Encik Halim
sehabis daya melepaskannya kembali.
“Sudahlah, Indah. Ayah rasa, ayah dah tak ada anak
perempuan bernama Indah Halina. Pergilah dari sini. Pergi
jauh dari sini. Ayah dah tak mahu tengok muka Indah lagi.

18
Umie Nadzimah

Hati ayah dah cukup terluka. Suatu masa dahulu, ibu kamu
cukup mengecewakan ayah, tidak sangka pula anaknya juga
menurut jejak. Ayah cukup kecewa. Pergilah Indah Halina.
Pergilah. Jangan balik-balik lagi. Pergi…”
Tersekat-sekat suara Encik Halim. Hampir tidak
terdengar di telinga orang lain, tetapi cukup jelas di
pendengaran Indah. Habis sahaja berkata, Encik Halim terus
masuk ke dalam biliknya lalu menguncikan pintu itu dari
dalam.
Indah Halina meraung-raung sambil mengetuk-
ngetuk pintu. Dia masih merayu-rayu. Berputus asa dengan
Encik Halim, dia mendekati Saiful Azam dan memegang
tangan suami tidak jadinya itu.
“Abang Saiful… tolong pujuk ayah bagi pihak
Indah. Apa yang ayah dengar bukan cerita yang sebenar.
Tolonglah abang…”
Zawati dengan pantas meleraikan pegangan Indah
terhadap suaminya.
Saiful Azam terpaku. Dia kehilangan kata-kata.
Sebenarnya, dia juga amat kecewa dengan apa yang berlaku.
Selama ini, cinta dan kasih sayangnya pada Indah Halina
melimpah ruah, tetapi dalam sekelip mata sahaja seakan-akan
hilang apabila mendapat tahu bahawa Indah telah
menyembunyikan diri beberapa jam sebelum dinikahkan.
Hati jejaka mana yang tidak terluka? Lelaki mana yang tidak
terasa? Boleh sesiapa memberitahunya?
Rasa cintanya pada Indah Halina telah bertukar
kepada perasaan benci yang amat sangat. Hatinya terguris.
Mujur akalnya masih berfungsi waras untuk menyelamatkan
maruah kedua-dua belah keluarga. Sebab itu dia sanggup
memperisterikan Zawati, untuk menyelesaikan majlis yang

19
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

telah dirancang selama ini. Walaupun selama ini dia tidak


pernah memandang pada Zawati. Tidak sedikit. Tidak pernah
untuk mengenali secara dekat, apatah lagi berniat untuk
memperisterikannya.
Tetapi disebabkan oleh perkara yang berlaku
semalam, dia terpaksa menerima Zawati demi emak, ayah dan
juga Pak Cik Halim.
“Abang Saiful, Indah tak bersalah dalam hal ni.
Bukan Indah sengaja. Tolong bagi tahu ayah… Indah rayu,
abang pujuklah ayah. Tolonglah Indah, abang...” Indah masih
tidak berputus asa memujuk Saiful Azam, walaupun dia
sendiri nampak reaksi lelaki itu sama seperti ayahnya juga.
“Abang Saiful…”
Indah cuba mencapai tangan Saiful lagi.
“Hesy…” Zawati merengus sambil menepis tangan
Indah. Mata Zawati sudah beribu-ribu kali menjeling, tanda
tidak senang. Dapat juga perempuan itu sampai ke rumah ini.
Tapi nasib baik juga majlis sudah pun selesai. Selamat dia.
“Cukuplah, Indah. Cukuplah! Abang dah tahu hati
budi Indah sejak dari semalam. Selama ini, mungkin abang
buta hati dan buta mata dalam menilai yang mana intan,
yang mana kaca. Pergilah! Betul kata ayah Indah. Jauhkan
diri dari kami. Cukuplah dengan apa yang telah Indah
lakukan. Betul kata orang, luaran yang cantik, belum tentu
menjamin dalamannya cantik juga…”
“Abang! Indah tak bersalah. Tolonglah dengar dulu.
Indah merayu, abang. Tolonglah Indah…”
Indah cuba mencapai tangan Saiful Azam lagi.
Tetapi pantas sahaja direntap oleh Zawati. Saiful Azam
menjadi kaku. Matanya masih ada rasa kasih dan simpati pada
Indah Halina. Cepat-cepat Zawati menarik Saiful Azam

20
Umie Nadzimah

menjauh dari Indah.


“Eh… Kau tak faham-faham lagi ke? Pergi
berambus dari hidup kami sekeluarga. Kau sendiri dengarkan
tadi, yang ayah kau dah tak mengaku kau ni anaknya? Dan
kau jangan sekali-kali ganggu Saiful lagi. Dia bukan tunang,
mahupun hak kau lagi. Dia dah sah menjadi suami Zawati.
Kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan Saiful juga.
Sekarang, pergi… Jangan sekali-kali balik lagi dan ganggu
hidup kami. Aku takut nanti kehilangan Encik Halim pula
sebab menderita sakit melihat anak yang tak kenang budi.
Kau jangan ganggu suami aku lagi.”
Mak Cik Mariah menolak-nolak tubuh Indah
sehingga keluar dari rumah. Lalu pintu utama ditutup
dengan kasar.
Indah Halina meraung-raung sambil mengetuk-
ngetuk pula pintu rumah. Namun orang di dalam rumah
semuanya mendiamkan diri sahaja. Mata milik tubuh yang
sedang berdiri di luar rumah memerhatikan kejadian itu.
Mereka ini kebanyakannya jiran-jiran di taman perumahan
itu.
Indah tidak peduli semua itu. Yang penting baginya
adalah ayah. Biarlah orang lain membencinya, tidak mengapa.
Asalkan jangan ayah berbuat sedemikian. Biarlah sejuta orang
membuangnya... asalkan jangan ayah seorang!
“Ayaaah… Tolonglah… jangan buang Indah.
Ayah… ayah…”
“Indah! Indah!”
Indah menoleh ke belakang. Mak Su Halijah, adik
kepada ayah berdiri di hadapannya. Mak su juga berwajah
tegang. Tidak senyum seperti selalu.
“Mak su… tolong Indah, mak su. Ayah…” Indah

21
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

menggoncang-goncangkan tubuh mak su.


“Ayahhh… mak su...”
“Apa ayah Indah kata?” Garang suara mak su.
“Ayah tak nak dengar cakap Indah, mak su. Indah
tak sengaja, mak su. Bukan kehendak Indah semua ni
berlaku... percayalah, mak su…”
“Kalau ayah Indah sendiri pun tak percaya, macam
mana mak su nak percaya? Selama ni kami semua sayang
Indah, percaya Indah, tapi apa yang kami dapat? Indah
sanggup sakiti hati ayah Indah sendiri? Indah yang kami
manja-manjakan selama ini sampai hati menghilangkan diri
sebelum majlis pernikahan. Mak su tak pernah sangka anak
saudara yang mak su sayang sanggup buat macam ni. Apa
salah ayah Indah? Apa salah si Saiful tu? Apa salah emak dan
ayah dia? Mak su yang kenalkan Saiful pada Indah dan ayah.
Emak dan ayahnya berharap sangat pada Indah. Sampai hati
Indah buat dia orang macam tu. Nasib baik ada Zawati yang
sanggup menanggung kesalahan Indah. Jika tidak, lagi
bertambah malu...”
“Mak su… Indah tak sengaja… tolonglah percaya…
Indah merayu.” Indah cuba menarik-narik tangan mak su,
tetapi reaksi mak su sama juga seperti ayah. Merentap
kembali. Umpama Indah itu amat kotor untuk menyentuh
mereka.
“Mak su…”
“Mak su nak percaya, tapi tak boleh! Sudahlah,
Indah. Semua sudah terlambat! Tak ada maknanya lagi. Nak
menyesal dan meraung-raung dah tak berguna lagi. Indah
dah pun berjaya menconteng arang kepada keluarga sendiri.
Susah untuk mak su percayakan Indah yang nampak baik
sangat selama ini. Tak sangka, Indah boleh memalukan

22
Umie Nadzimah

keluarga, sedangkan Zawati yang dipandang buruk sanggup


mengorbankan diri menyelamatkan maruah keluarga tiri.
Sekarang baru mak su kenal siapa anak saudara mak su yang
sebenarnya. Sudah terlambat untuk menyesal, Indah.”
Mak su juga ingin pergi dari situ. Tak mahu dia
berlama-lama lagi menghadap anak saudara yang baginya
telah melakukan kesalahan besar yang tak dapat diampunkan
itu.
Indah cuba menarik tangan mak su, tetapi tidak
berjaya. Mak su lagi kuat berbanding tubuhnya yang sudah
semakin lemah dan tidak bertenaga lagi. Sekejap sahaja mak
su telah melenyapkan diri dari situ. Dia tidak mahu
memandang lagi anak saudara yang seorang itu.
Indah merasakan dia tidak dapat bertahan lagi.
Nampaknya tiada siapa yang mempedulikannya. Sekelip mata
dia bagaikan sampah, yang dipandang sepi oleh semua orang.
Dia perlu beredar. Ramai yang telah melihat dan mengetahui
rahsia diri dan keluarganya pada petang itu. Sekejap sahaja
nanti cerita sensasi ini akan tersebar di satu taman, dan tidak
mustahil satu daerah akan tahu. Malah akan ditokok tambah
di sana dan di sini untuk melariskan berita.
Hakikat sebenar… hanya Indah dan Tuhan sahaja
yang tahu…
Dia perlu pergi segera dari situ. Biarlah dulu,
semoga hati ayah akan cepat sejuk. Biar dia bertenang dulu.
Dia akan kembali untuk meraih kepercayaan ayah semula.
Dengan kudrat yang sudah lemah, dia mula
melangkah ke jalan utama.

23
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

DI PERHENTIAN bas berhampiran, Indah hanya keseorangan


menunggu apa-apa sahaja kenderaan awam yang boleh
membawanya pergi dari situ. Tiba-tiba sebuah beg besar
dicampakkan di hadapannya.
“Hei… perempuan! Ni mak dan kakak tiri kau
suruh aku pulangkan harta pusaka kau. Jika tak, menyemak
kat kereta aku sahaja.”
“Yazid?”
“Hah? Akulah! Yazid. Kenapa? Otak kau dah mereng
lepas kena tinggal semalam, dan tak dapat kahwin dengan si
Saiful yang bijak pandai berlagak tapi bodoh tu? Sampai aku
pun kau dah tak cam lagi?”
“Yazid? Kenapa buat aku macam ni? Apa salah
aku?”
“Salah engkau? Yang tu, aku tak tahu. Dan aku pun
tak ingin tahu apa salah kau. Kau patut tanya mak dan kak
tiri kau yang cerdik menipu tu. Yang penting poket aku
kembung! Cukup belanja untuk dua tiga bulan, tak payah
kerja. Kahkahkah.”
“Jadi semua ni rancangan mak cik dengan Zawati?”
Yazid mengangkat bahu. Kemudian dia ketawa
mengejek lagi.
“Yazid? Betul ke ini semua rancangan dia orang?”
Indah menempik! Tidak sangka masih ada tenaga
rupanya dia.
“Syyy…”
Yazid meletakkan jari telunjuk di bibir tebal dan
hitamnya.
“Perlahan sikit. Nanti rahsia bocor. Yang tahu cuma
aku, kau, mak dan kakak tiri kesayangan kau tu saja. Kau nak

24
Umie Nadzimah

tahu sebabnya?”
“Apa sebabnya Yazid?”
Mencerlung mata Indah pada wajah Yazid. Sedihnya
sudah bertukar kepada rasa marah dan geram yang teramat
sangat.
“Sebab kakak tiri kau tu jatuh cintan sangat-sangat
dengan laki tak jadi kau tu. Dia yang nak kahwin sangat
dengan si Epot pondan tu. Aku yang gagah perkasa ni,
sebelah mata pun tak dipandang. Aku yang tergila-gila sangat
pada dia, jantan yang macam tu yang dia nak. Aku macam
kau juga, sakit mata dan sakit hati.”
“Kau tak takut ke aku bocorkan rahsia jahat ni?”
“Heh! Siapa yang nak percaya cakap kau sekarang
ni? Lu fikirlah sendiri! Semua orang lebih terpengaruh
dengan cerita dua perempuan tak guna tu.”
“Habis, kenapa kau sanggup tolong dia orang dan
aniaya aku?”
Yazid hanya ketawa besar, mengangkat kening
buruknya dan menepuk-nepuk kedua-dua belah poket
seluarnya. Kemudian dia pergi sambil sengaja menyanyikan
lagu Duit… Duit dalam versinya tersendiri.
Sungguh menyakitkan hati… Ada juga orang jahat
macam ini. Tapi lagi jahat Mak Cik Mariah dan Kak Zawati.
Kesian ayah…

25
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 3
H
ARI ini merupakan hari kedua
Indah Halina bertugas di Kafe
Hot Pot. Dua hari lepas, semasa
dia merayau-rayau mencari kerja dan tempat tinggal, dia
ternampak iklan jawatan kosong yang ditampal di pintu kafe.
Mujurlah dia diterima bekerja di situ. Dan lebih bernasib
baik lagi, apabila pihak pengurusan kafe tersebut turut
menyediakan tempat tinggal bagi pekerja-pekerjanya.
Syukur alhamdulillah. Buat sementara ini, Indah
merasakan dia cukup bertuah mempunyai tempat berteduh,
walaupun tidaklah sebaik mana.
Sebelum ini, dia telah cuba menghubungi kawan-
kawan yang menyewa rumah semasa dia belajar, tetapi
malangnya semua kawannya masih berada di kampung dan
masih bersama keluarga masing-masing. Maklumlah baru
tamat belajar, mesti semua hendak berehat terlebih dahulu
sebelum mencari kerja.
Dengan apa yang berlaku padanya semenjak satu
minggu ini, membuatkan Indah tidak memilih pekerjaan.
Apa-apa kerja asalkan halal, dia sanggup melakukannya. Duit

26
Umie Nadzimah

simpanannya yang tidak seberapa semakin hari semakin


susut bagai mengingatkan Indah supaya cepat bertindak
sebelum keadaan menjadi parah. Indah sedar, sekarang ini dia
tidak mempunyai tempat bergantung langsung!
Sudah beberapa hari dia cuba menelefon ayah,
tetapi semuanya hampa. Bukan sahaja ayah tidak mahu
bercakap dengannya, malah dia dimaki hamun dengan hebat
sekali oleh Mak Cik Mariah.
Jika ayahnya sendiri mengelakkan diri, apatah lagi
mak su dan mak long. Semuanya sepakat marahkan Indah.
Marah yang sungguh-sungguh, sehingga sanggup tidak
mengaku darah daging sendiri. Dengan Saiful Azam, Indah
sudah tidak berani menelefon, nanti disalah sangka gila tak
bertalak pula. Baik tak payah!
Hebat betul penangan Mak Cik Mariah dan Kak
Zawati. Kali ini Indah Halina yang selalu menang, kalah
tersungkur di tangan mereka.
Bukan mudah bagi Indah untuk menjadi pelayan
restoran mewah ini. Kebanyakan pelanggan yang datang
terdiri dari orang-orang kaya dan cerewet. Semalam, hari
pertama dia bekerja dan merupakan hari yang sungguh
meletihkan. Terkejar-kejar Indah ke sana dan ke sini untuk
memenuhi permintaan pelanggan yang berbagai ragam.
Ditambah lagi dengan kekurangan kakitangan di restoran
tersebut.
Malamnya, habis lenguh kaki dan seluruh badannya
terasa sakit-sakit. Indah memang tidak biasa bekerja berat
seperti ini. Dia anak manja ayah. Setiap kali cuti semester,
masanya hanya dihabiskan di kampung bersama ayah. Tidak
seperti bagi sesetengah kawannya yang bekerja sambilan
untuk menambah duit poket sendiri. Hidup Indah tidak

27
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

pernah susah sebelum ini. Segala keperluannya cukup


diberikan oleh ayah. Tidak pernah kurang sedikitpun. Namun
begitu, kehidupan mereka tidaklah semewah mana, sekadar
sederhana sahaja.
“Indah, sudah siap lap meja dengan sanitizer?”
“Sudah, Puan Anita. Ada kerja lain lagi untuk saya?”
Sopan Indah bertanya kepada tuan empunya kafe.
Puan Anita baik orangnya, tidak berlagak dengan pekerja.
Berbeza dengan sikap Cik Sanisah, pengurus kafe tersebut
yang sombong dan memilih orang untuk berbaik. Ternyata
selama dua hari ini, Indah bukanlah orang yang disenangi
Cik Sanisah. Tetapi Puan Anita pula sentiasa tersenyum
padanya.
“Kalau macam tu, tolong bawakan makanan ini
untuk meja nombor 20. Tapi hati-hati sikit, budak perempuan
tu selalu buat hal.”
Indah tersenyum mengangguk. Dia mengambil
dulang yang berisi makanan tersebut, terus kepada meja yang
dimaksudkan. Dalam hati, Indah tidak berhenti-henti berdoa
semoga pelanggan tersebut tak meragam.
“Hei! I tak pesan nasi lemaklah. Macam mana you
buat kerja ni? Kerja senang pun boleh silap? Pergi tukar!”
Terkejut Indah dengan suara nyaring perempuan di
meja tersebut. Kuatnya. Tak padan dengan rupa yang ala-ala
model antarabangsa. Jika dia bersuara dengan nada yang
lembut, pasti lagi bertambah cantik.
“Errr… tapi cik, dalam pesanan ini memang ditulis
dua pinggan nasi lemak untuk meja ni.” Dalam suasana kalut,
Indah cuba untuk mempertahankan pihaknya. Dia
menunjukkan resit yang disertakan bersama.

28
Umie Nadzimah

“Hei! Mana ada, jangan nak kelentong! I’m on diet,


mana boleh makan nasi lemak yang tinggi kalori macam ni.”
Perempuan itu menjerit lagi. Indah terdiam kaku.
Dia kurang pengalaman untuk semua ini.
“Itulah you, beria-ia sangat nak datang sini. Kalau I
tahu ada waitress bangang macam ni, I tak ingin nak jejak
kaki ke sini.”
Merengek-rengek perempuan tersebut pada lelaki
yang berada bersamanya. Sambil itu, tangannya merayap-
rayap pada lengan pemuda tersebut. Tetapi mata lelaki itu tak
lepas-lepas dari memandang Indah. Tajam! Itu salah satu
sebab kenapa Indah menjadi gugup dan agak panik. Dia sedar
dari tadi dirinya diperhatikan, macam nak telan saja.
“Hei! Apa lagi? Angkatlah nasi ni pergi tukar.
Dahlah bangang, lembab pula!”
Indah cepat-cepat mengangkat satu pinggan nasi
lemak dan satu cawan teh tarik yang sepatutnya untuk
perempuan putus wayar ini. Tak kuasa dia nak bergaduh-
gaduh! Lagipun ‘customer is always right’, itu yang dia
belajar semasa kursus asas perniagaan di universiti. Nanti dia
akan tanya Puan Anita apa yang harus dibuat.
Setelah beberapa langkah dia menapak pergi, dia
terdengar perempuan tadi mengekeh ketawa. Rupa-rupanya,
dia sengaja mempermain-mainkan Indah. Dia geram bila
melihat teman lelakinya itu memandang semacam pada
budak pelayan itu, tidak padanya yang serba meletup!
Kemudian, teman lelakinya juga turut sama menghamburkan
tawa. Amboi-amboi, sukanya dia orang dapat
mempersendakan budak blur seperti Indah! Air mata Indah
bagai hendak menitis sahaja, tetapi cuba ditahan-tahankan.
Perkara kecil sahaja, tak perlulah membazirkan air mata.

29
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Pujuk hatinya.
Puan Anita yang memandang dari jauh
kemudiannya menyelesaikan masalah pelanggan tersebut.
Kasihan dia melihat Indah dibuli. Macam-macam fesyen dan
ragam pelanggan sekarang ini.
“Jangan risaulah Indah. Memang budak perempuan
tu selalu buat hal. Saya bagi muka sebab teman lelakinya tu,
anak pelanggan VIP saya. Jika tidak jangan harap saya nak
layan orang macam tu. Selalu menyusahkan.”
Terpujuk kesedihan Indah dengan kata-kata Puan
Anita. Dia bersyukur sangat, sebab masih ada orang yang
prihatin terhadapnya.
Namun di sebalik dinding dapur, ada beberapa
pasang mata yang tidak berpuas hati dengan layanan baik
Puan Anita pada Indah!

SEMASA menghantar minuman kepada seorang pelanggan


wanita, Indah perasan wanita tersebut menghadapi masalah
dengan lap-top di hadapannya. Wajahnya nampak panik dan
gelisah sahaja. Terkial-kial dia menekan di sana dan di sini.
Atas dasar prihatin, Indah ikhlas sahaja menegur.
“Errr… puan, ada masalah ke? Boleh saya bantu?”
Wanita tersebut mengangkat kepala. Keningnya
berkerut seribu. Mula-mula dia merasakan hendak marah
kerana budak pelayan ini berani mengganggunya, tetapi
sebaik sahaja memandang wajah Indah, hatinya terus menjadi
sejuk. Dan kedua-dua perempuan itu bagaikan mengingati
sesuatu peristiwa.

30
Umie Nadzimah

“Puan?”
“Errr… Awak Indah, kan? Yang terjumpa telefon
saya minggu lepas?”
Indah tersenyum sambil menganggukkan kepala.
Dia gembira berjumpa wanita yang telah menghulurkan duit
semasa dia terdesak tempoh hari.
“Puan ada masalah ke dengan lap-top ni? Boleh
saya bantu?”
“Haah… ya. Banyak fail yang auntie nak guna tak
boleh dibuka. Kejap lagi client auntie nak datang. Indah
pandai nak tengok-tengokkan ke?”
“Kalau puan benarkan, saya boleh cuba.”
Wanita yang bernama Dato’ Safiya itu mengalihkan
lap-topnya ke hadapan Indah yang telah duduk di kerusi di
sebelahnya. Dia kagum melihat jari-jemari Indah yang begitu
serasi dan lincah di papan kekunci. Sekejap sahaja fail-fail
yang diperlukan dapat dibuka dengan jayanya.
“Buat sementara, puan masih boleh guna lagi lap-
top ni. Tapi saya rasa lap-top ni dah kena servis.”
“Hmmm… Pandainya Indah. Tak sangka auntie.”
Indah sekadar tersenyum. Pensyarahnya dahulu
menggelarkan tangannya sebagai jejari ajaib. Pantang
menyentuh komputer, semua masalah selesai! Indah segera
bangun untuk menyambung kerja. Cik Sanisah sudah
beberapa kali berdeham-deham apabila lalu di situ. Itu
amaran tu… kalau Indah tak faham lagi, sajalah!
“Eh, dah nak pergi?”
Dato’ Safiya seperti keberatan melepaskan gadis itu
pergi, seperti ada perkara lagi yang hendak diperkatakannya.
“Ya puan. Saya tengah kerja.”

31
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah ingin cepat berlalu, tetapi bila teringat


sesuatu, segera dia berpaling semula.
“Errr… Puan, tentang duit tu, nanti dapat gaji saya
bayar, ya?”
“Nanti dulu Indah!”
Dato’ Safiya memesan makanan kepada Indah,
tetapi syaratnya mesti dihantar sendiri oleh gadis itu. Dato’
Safiya juga kemudiannya menelefon Puan Anita untuk
meminta sesuatu.

INDAH tidak menyangka nasib malangnya masih lagi


berterusan. Semasa ketiadaan Puan Anita, Indah diberhentikan
kerja dan dihalau pergi dari situ oleh Cik Sanisah dan kuncu-
kuncunya, Tanti dan Zubaidah iaitu pembantu restoran dari
Indonesia.
Ini semua gara-gara Indah melayan Dato’ Safiya
semalam. Ketika menghantar makanan, Dato’ Safiya telah
meminta dia menemaninya di meja tersebut sehingga selesai
urusan dengan pelanggannya. Indah banyak membantu
wanita itu kerana lap-topnya asyik meragam sahaja.
Indah bukan suka-suka untuk berbuat demikian,
tetapi atas arahan Puan Anita juga. Menurut Dato’ Safiya, dia
telah meminta kebenaran dari Puan Anita. Huh! Orang kaya,
apa yang mereka hendak semua boleh dapat!
Oleh itu, Indah tidak dapat melakukan kerjanya di
restoran selama hampir tiga jam. Perkara itu membuatkan
Cik Sanisah meradang. Dua orang kuncu-kuncunya pula
tidak henti-henti menyiram minyak ke dalam api, maka

32
Umie Nadzimah

makin membaralah marahnya. Tidak sabar-sabar mereka


menunggu Puan Anita keluar untuk mengenyahkan Indah
dari situ.
Semua barang-barang Indah dicampak keluar dari
bilik penginapan pekerja oleh Tanti dan Zubaidah. Dia dipaksa
keluar pada petang itu juga. Baru puas hati mereka. Jika tidak
bertindak dengan segera, mahu nanti Indah pula yang
menjadi bos mereka, sebab ramai bos-bos besar macam suka
sangat padanya. Biar mereka berkomplot terlebih dahulu
demi masa depan mereka di restoran tersebut.
Indah bermalam di sebuah bilik hotel murah di
tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Jika diikutkan rasa takut,
dia memang takut yang teramat sangat. Namun dia perlu
kuat untuk meneruskan hidup. Duit simpanannya juga sudah
hampir kering. Penat lelahnya selama tiga hari di restoran
itu, satu sen pun tidak dibayar. Dia sekadar mendapat
makanan dan tempat tinggal percuma sahaja untuk tiga hari
tersebut.
Patutlah Kafe Hot Pot mengalami masalah
kakitangan, jika pekerjanya bermaharajalela begitu. Tapi
hendak diapakan? Cik Sanisah anak saudara Puan Anita. Apa
yang boleh Indah lakukan? Jika Indah berkeras untuk terus
bekerja pun, dia akan terus ditindas sewaktu ketiadaan Puan
Anita. Tetapi kasihan pada Puan Anita, saudara sendiri yang
merosakkan perniagaannya.
Air mata Indah seolah-olah tidak kering mengalir.
Kenapa ramai perempuan zalim padanya sejak dua menjak
ini? Indah bukan meminta apa-apa dari mereka. Indah cuma
inginkan kehidupan sendiri. Cuma inginkan sedikit sahaja
perkongsian hidup.
Ayah… sampainya hati ayah tidak mempedulikan

33
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah lagi. Jika Indah berdosa sekalipun, Indah mohon


jangan diketepikan. Sedangkan nabi pun boleh
mengampunkan umatnya. Tolonglah ayah, jangan biarkan
Indah hidup macam ni. Bukankah Indah anak ayah? Satu-
satunya darah daging ayah?
Tok… Tok… Tok.
Pintu bilik Indah diketuk beberapa kali. Berhenti
sekejap, kemudian diketuk lagi. Hati Indah berasa kecut.
Badan mula menggigil.
Indah selalu melihat di dalam drama-drama
televisyen atau dalam slot dokumentari 999, hotel murahan
sebegini dijadikan tempat pelacuran harga bajet. Tempat
lelaki kurang berkemampuan melampiaskan nafsu tak
terkawalnya dengan harga berpatutan.
Dup-dap, dup-dap jantung Indah berdegup
kencang. Dia berasa amat takut sekali. Ya Allah,
selamatkanlah dirinya! Air matanya juga mengalir dengan
laju. Indah berasa sungguh ketakutan.
Ayah, tak sangka nasib Indah boleh menjadi buruk
sebegini…

“ZEN, mama dah dapat Personal Assistant.”


Tajul Razin tersenyum lebar pada mamanya, Dato’
Safiya. Dua beranak itu sedang makan malam di restoran,
selepas berjumpa pelanggan.
“Finally. Dah berbas-bas anak dara, bini-bini orang
datang interview, semua mama reject. Suruh ambil lelaki tak
nak pula.”

34
Umie Nadzimah

“Habis tu kalau yang datang tak memenuhi kriteria


mama, macam mana nak ambil? PA lelaki? Zen kan tahu
mama ni alergi! Payahlah orang lelaki ni. Lainlah kalau Tajul-
Tajul mama nak jadi PA.”
“Adik-adik tu, tak tahulah. Macam tak minat
berniaga saja. So, yang mama dapat ni ada ciri-ciri ‘WOW’ tu
ke?”
Dato’ Safiya tersenyum lebar. Mengangkat ibu jari
naik ke atas.
“Tip-top! Zen tengoklah nanti.”
Tajul Razin mencebik, mengusik mamanya. Entah
apa-apalah mama ni. Kalau pekerja perempuan, semuanya
sama sajalah! Asyik nak jaga celak, gincu, bergosip ke sana
dan ke sini, membodek, lepas tu cuti bersalin, dah hilang dua
bulan. MC jangan dikira, selesema sikit MC, sakit perut MC,
itu belum dikira yang tiap-tiap bulan sakit perut wajib. Dia
serik dengan orang perempuan. Sebab itu semua pekerja
yang terus kepadanya mesti lelaki. Setiausaha pun lelaki. Tak
mainlah orang perempuan!
Tetapi kehendak Dato’ Safiya berbeza. Dia lebih
serasi dengan kaum sejenisnya. Yang itu Tajul Razin tak dapat
buat apa-apa kerana yang penting mama gembira dan tidak
tertekan. Tengok sahajalah pada malam ini, dia juga merasa
bahagia bila melihat wajah gembira mama.
Namun, kegembiraan Dato’ Safiya tidak
berpanjangan kerana pada keesokan harinya Puan Anita
mengkhabarkan yang Indah Halina telah tiada, dan tidak
dapat dihubungi kerana tiada siapa pun tahu nombor
telefonnya…

35
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 4
“N
OMBOR yang anda dail
tiada dalam perkhidmatan.”
Telah beberapa
kali Indah menekan nombor talian tetap rumah ayahnya. Dia
kecewa kerana hanya suara kaku yang menjawab dengan
perkataan yang sama. Bermakna, talian telah dipotong
ataupun telah ditukar kepada nombor yang lain. Begitu juga
dengan talian telefon bimbit ayah, yang hanya mengeluarkan
nada bunyi telefon ditutup. Tujuan tidak lain dan tidak bukan,
supaya Indah tidak menghubungi mereka terutamanya ayah.
Indah dapat merasakan semua ini perancangan Mak
Cik Mariah. Mungkin dia hendak Indah hilang terus di mata
dan dalam hati ayah. Kalau Indah mati, lagi baik. Mungkin
dia orang pertama yang menjerit kegembiraan. Tercapai
segala cita-citanya selama berbelas tahun untuk
menyingkirkan Indah. Malah sekarang ini, Indah yakin Mak
Cik Mariah dan anak kesayangannya sudah tersenyum lebar.
Yang pertama kerana hajat untuk menawan hati ayah telah
tercapai sepenuhnya, dan kedua kerana Zawati dapat memiliki
Saiful Azam. Memang itu cita-cita Zawati. Kakak tirinya

36
Umie Nadzimah

memang suka barang-barang kepunyaan Indah dan dia akan


berusaha menjadikan ia sebagai hak peribadinya, walau
dengan cara apa sekalipun.
Indah masih berada di restoran McDonald untuk
sarapan pagi. Sebaik sahaja matahari menjengah bumi, dia
terus cabut dari hotel murah itu. Dia takut mengenangkan
kejadian semalam. Nasib baik dia tidak dijadikan perempuan
murahan oleh bapa-bapa ayam yang berkeliaran. Tuhan
masih lagi memberi peluang untuk dia menjadi gadis yang
baik dan suci. Tuhan masih melindunginya.
Nampaknya Indah kena beransur pergi sekarang.
Ada beberapa pasang mata asyik memandangnya semacam.
Maklumlah, dia hanya membeli sarapan pagi yang berharga
RM 5 lebih sahaja, tapi melepak di situ lebih dari tiga jam,
siap googling ke sana dan ke sini lagi. Lagipun, jam telah
melewati pukul sepuluh lebih. Indah nekad untuk mencari
pekerjaan pada hari ini. Tidak kira kerja apa saja asalkan
halal.
Sebentar tadi, dia telahpun menelefon kawan
baiknya, Hasma yang tinggal di Seremban. Jika ditakdirkan
dia tidak bernasib baik pada hari ini, Indah akan ke Seremban
menumpang teduh di situ buat sementara waktu. Itu janjinya
pada Hasma. Tapi kalau boleh Indah tidak mahu
menyusahkan sesiapa. Biar dia berusaha menguruskan
hidupnya sendiri.
Dengan menarik satu beg besar dan menggalas
sebuah beg sandang di belakang, Indah terus bergerak dari
satu premis ke satu premis melihat jika ada yang memerlukan
pekerja dengan segera.
Indah terpandang sesuatu di dinding kaca sebuah
gedung pakaian terkenal. Setahu Indah gedung pakaian ini

37
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

mempunyai 50 rangkaian di seluruh Malaysia termasuk


Sabah dan Sarawak. Indah tahu kerana dia ada membuat
kajian tentang gedung ini untuk kerja kursus sewaktu
semester empat dahulu.

EKSEKUTIF PEMASARAN DIPERLUKAN


SEGERA
TEMUDUGA TERBUKA

Itulah ayat yang terpapar di atas kertas putih yang


tertampal di situ. Tanpa berlengah lagi, Indah terus
melangkah masuk ke dalam gedung dan mencari pejabat
urusannya.
“Hani… ni ada awek cun nak temu duga. You
uruskan okey!”
Lelaki yang agak kacak itu menjerit pada seorang
perempuan yang berada di sebalik dinding pembahagi.
Tangannya penuh dengan fail-fail kertas, dan dia nampak
tergesa-gesa untuk pergi.
“Apa fasal I pula? I sibuk ni.”
Perempuan itu juga terjerit sama. Tapi suaranya
lagi lantang. Kepalanya sudah terjenguk di atas dinding
pembahagi.
“I dah tak sempat, mesyuarat dengan Dato’ sepuluh
minit lagi. Bos you pergi Ipoh, emergency. You handle, okey!
She’s so sweet. Take care for me...”
Lelaki itu sempat pula bergurau. Semasa dia lalu di
hadapan Indah, dia mengenyitkan mata kirinya. Gatalnya!
Nasib baik muka boleh tahan. Sekejap tadi lelaki itu sempat
juga bertanya serba sedikit pada Indah.

38
Umie Nadzimah

Perempuan yang dipanggil Hani itu menghentak-


hentak kaki sambil menghampiri Indah. Wow! Seksi. Atau
seksa? Dengan skirt pendek paras lutut belah sejengkal di kiri
dan di kanan, blaus separuh lengan pendek yang jarang,
menampakkan baju kecil berwarna merah. Huh! Orang lelaki
suka tu, weh!
Dia memandang Indah dari atas hingga ke bawah,
beberapa kali. Cantik sangat ke? Indah mula terperasan
sendiri. Dia hanya memakai baju kurung kain kapas dengan
tudung ala-ala jenama Pearl Haya tapi bukan yang
originallah. Kalau dia pakai baju yang dibelikan oleh Abang
Saiful, mahu terkeluar mata besar si Hani ini agaknya.
“Buta ke jantan ni? Macam ni pun dia kata bagus
sangat…”
Hani merungut-rungut sendiri. Matanya belum
selesai mengerling pada tubuh dan wajah Indah.
“Dah isi borang?”
“Errr… Sudah cik.”
Indah menghulurkan beberapa keping kertas yang
telah diisi bersama salinan resume dan sijil-sijilnya. Hani
menyambut dengan kasar dan melihat sekali imbas.
“Maaf, awak tak layak!”
Katanya kasar. Indah sudah mempamerkan wajah
kecewa.
“Cik, berilah saya peluang untuk ditemu duga
dahulu.”
“Hei! Awak pekak ke? Saya kata tak layak, tak
layaklah! Temu duga pun tak layak. Buang masa orang saja.”
“Tapi kenapa cik?”
“Sebabnya kami mahu pemegang ijazah perniagaan.

39
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Ijazah IT macam awak ni nak buat apa? Satu lagi, sekali lihat
penampilan awak sahaja dah kena reject. Serabai! Jawatan
eksekutif pemasaran ini, penampilan kena bagus untuk
menarik pelanggan. Kalau macam awak ni, jangankan nak
dekat, tengok dari jauh saja pelanggan dah cabut lari. Loya!
Dah, pergi. Jangan buang masa I kat sini.”
Kemudian Hani berpusing ke belakang, mencampak
segala dokumen Indah ke dalam tong sampah. Kasut tumit
tinggi tiga incinya dihentak-hentak semula, menuju ke
tempatnya yang tersorok di sebalik dinding.
Lagi sekali Indah merasakan dia bertemu dengan
perempuan yang zalim. Kenapa suku sakat Mak Cik Mariah
ada di setiap tempat yang Indah tuju? Permainan apakah ini?
Indah cepat-cepat beristighfar, tidak baik berburuk sangka
dengan aturan Tuhan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua
ini. Dia hamba yang lemah, tidak dapat melihat keajaiban
yang tersembunyi. Ya Allah, aku memohon Kau tabahkanlah
hati Indah Halina binti Halim.
Jika tak ada rezeki di sini tidak mengapa, mungkin
ada di tempat lain. Tak perlu kecewa. Sedangkan ulat di celah
batu pun boleh hidup, inikan pula Indah yang cukup segala
sifat dan cerdik pandai. Sungguh besar kasih sayang Allah!
Mungkin Tuhan akan memberikan sesuatu yang lebih baik.
Semangat Indah kembali kuat.
Indah kembali mengheret begnya keluar dari
gedung tersebut. Dia tercangak-cangak di hadapan pintu
keluar masuk. Hendak pergi ke kiri atau ke kanan? Ahhh...
mulakan dari kanan dengan lafaz bismillah.
Tiga tapak melangkah, mata Indah tiba-tiba
terpandang satu susuk tubuh yang lemah dan terhuyung-
hayang. Cepat-cepat Indah mencapai wanita tersebut sebelum

40
Umie Nadzimah

badannya menyembah lantai. Dengan tenaga yang tidak


seberapa, dia menahan tubuh wanita itu dengan badannya
sendiri supaya tidak jatuh. Habis sekuat tenaga digunakan
untuk menampan tubuh itu. Dan Indah berharap dia cepat
mendapat pertolongan walaupun dari sesiapa juga.
“Ya Allah Dato’. Kenapa ni?
Indah mendengar satu suara lelaki. Petanda ada
orang yang akan membantu. Lega hatinya.
“Adik, bantu abang papah Dato’ ni masuk ke dalam
kereta tu, ya.”
Indah menurut sahaja. Lelaki ini macam kenal
sangat Dato’ ini. Mungkin pemandu atau pekerjanya.
“Boleh ikut abang ke hospital tak? Adik pekerja
gedung tu kan?”
“Errr… Bukan, tapi saya kenal puan… errr…
Dato’... ni.”
Indah baru perasan yang wanita ini adalah puan
yang dia pernah jumpa dua kali sebelum ini. Di kawasan
rehat Tapah dan di Kafe Hot Pot. Memang tak salah lagi.
“Kalau macam tu baguslah. Ikut sekali eh, nanti tak
ada siapa nak temankan Dato’, susah juga. Dato’… Dato’,
macam mana boleh jadi macam ni. Nasib baik kereta belum
bergerak lagi.”
“Tapi, abang...”
Indah segera memandang beg besarnya yang
ditinggalkan di hadapan gedung. Pemandu itu segera faham.
“Tu beg adik ya? Tak apa, abang uruskan.”
Dengan cepat lelaki tersebut melangkah untuk
memungut harta kesayangan Indah dan menyimpannya di
dalam bonet kereta BMW hitam 7 Series itu. Dengan pantas

41
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

juga dia masuk ke dalam kereta dan memandu semula ke


destinasi kecemasan.
Indah mengurut-urut lembut badan Dato’ Safiya di
tempat duduk belakang. Dalam hati dia berdoa, janganlah
terjadi sesuatu yang serius pada wanita ini. Di sudut hati
Indah merasakan dia seorang wanita yang baik. Entah apa
rahsia Tuhan selalu mempertemukan Indah dengan wanita
ini tatkala dia dalam kesusahan. Ya, tiga kali bertemu, tiga
kali juga Indah menolongnya.

SUDAH hari kedua Indah menjaga Dato’ Safiya di wad


hospital. Sekali fikir macam tak logik pula apabila dia yang
tidak ada kena-mengena langsung dengan Dato’ boleh berada
di sini. Niat awal hanya ingin menemani sahaja sehingga ke
hospital, tapi Abang Mohamad, pemandu itu meminta dia
menolongnya sehingga ke hari ini. Indah tak kisah pun. Boleh
juga dia mendapat tempat tinggal percuma. Macam hotel lima
bintang rasanya bilik ini. Semua ada. Cuma tidurnya sahaja
di atas sofa panjang. Itupun sudah cukup baik. Yang penting
keselamatannya terjamin.
Menurut Abang Mohamad, anak-anak Dato’
kebetulan semuanya outstation ke luar negara. Orang gaji
pula, yang seorang anaknya baru sahaja bersalin kelmarin
dan yang seorang lagi sudah cabut lari mengikut teman
lelaki. Jadi tiada siapa hendak menjaga Dato’.
Indah berasa kasihan apabila mendengar cerita
Abang Mohamad. Tanpa banyak soal dia bersetuju sehingga
Dato’ sihat atau sehingga anak-anaknya kembali. Itulah
Indah, memang cepat jatuh simpati pada orang.

42
Umie Nadzimah

Dato’ Safiya teramat gembira apabila sebaik saja dia


membuka matanya, dia terpandang wajah seorang gadis
manis yang diharapnya. Semalam dia lena sepanjang hari,
mungkin kesan ubat yang diberikan agar dia dapat berehat.
Bagai dalam mimpi, dapat bertemu semula dengan
Indah. Entah mengapa, dia begitu tertarik dengan gadis ini.
Seperti ada satu kuasa yang mendorong dia untuk jatuh kasih
pada Indah. Pada pertemuan yang pertama lagi, aura gadis ini
sungguh kuat mempengaruhi naluri keibuannya.
Tiba-tiba sahaja Dato’ Safiya berasa cukup
bersemangat! Dia terus bangun menyandarkan diri di kepala
katil. Indah cepat-cepat membantu dan meletakkan bantal di
belakangnya.
“Dato’ okey ke?”
Dato’ Safiya mengangguk sambil tersenyum lebar.
Direnungnya jauh ke dalam anak mata Indah. Ada keindahan
di situ dan dia terkenangkan seseorang!
Dia mencapai tangan mulus Indah dan diusap-
usapnya perlahan. Dahulu, dia begitu kepingin untuk
memiliki anak perempuan, tetapi hajatnya masih tidak
kesampaian apabila dia disahkan tidak boleh mengandung.
Maka terpaksalah dia reda dengan memiliki tiga orang
Tajulnya. Namun, dengan menatap wajah Indah, seakan-akan
ada bisikan suara menyatakan itulah anak perempuannya.
Dan tiba-tiba sahaja jiwa Dato’ Safiya menjadi tenang dan
bahagia.
“Indah yang jaga auntie dari semalam?”
Indah sekadar mengangguk.
“Dato’ nak minum? Indah ambilkan.”
“Boleh juga.”

43
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah bukan sekadar memberikan minuman dan


menyuapkan makanan, malah segala-galanya dia membantu
Dato’ Safiya. Celoteh dari mulut comelnya cukup
menghiburkan Dato’ Safiya sehingga dia merasakan cukup
sihat dan ingin balik ke rumah pada petang itu juga. Lagipun
dia mempunyai doktor peribadi sendiri yang boleh datang ke
rumah memberi rawatan.
“Betul ke Dato’ nak keluar dari hospital?” tanya
Mohamad lagi. Dia ragu-ragu dengan keputusan Dato’ Safiya.
Lagipun ada masalah besar, siapa yang akan menjaga Dato’ di
rumah nanti?
“Berapa kali saya nak cakap, Mohamad. Saya akan
lebih cepat sihat jika berada di rumah sendiri dari terkurung
di sini.”
“Tapi, tiada siapa…”
Mata Mohamad mengerling Indah.
“Kenapa Mohamad? Ada masalah?”
“Errr… Dato’, Sukinahkan dah lari, jadi rumah
Dato’ tak ada orang sekarang ni.”
“Hah, itu aje masalahnya. Indah kan ada? Bolehkan
Indah temankan auntie di rumah?”
Dua pasang mata memandang Indah dengan penuh
mengharap. Dato’ Safiya tahu serba sedikit pasal Indah yang
pernah tinggal di bilik pekerja Kafe Hot Pot, jadi sudah tentu
gadis ini juga sedang mencari tempat tinggal.
“Bolehlah Indah… Kasihan Dato’.”
Abang Mohamad mula memujuk setelah dia
nampak Indah berdiam diri sahaja.
Sebenarnya Indah tidak tahu, dan dia tidak dapat
berfikir dengan pantas untuk membuat keputusan. Tetapi

44
Umie Nadzimah

buat sementara, dia berasa tidak salah menerima cadangan


tersebut kerana Dato’ Safiya betul-betul memerlukan
pertolongan. Dia juga boleh menarik nafas lega bila
memikirkan masalah sendiri yang perlu diselesaikan.
Dato’ Safiya dan Abang Mohamad mengorak
senyuman bila melihat anggukan kepala Indah.
Dalam diam, Indah terfikir apa pula yang akan
berlaku pada hidupnya mulai hari esok? Ketentuan Tuhan
yang langsung tidak dapat dijangkakannya.

45
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 5
R
UPA-RUPANYA tidak susah
untuk menjaga orang sakit
seperti Dato’ Safiya. Dia cuma
mahukan lebih perhatian. Dato’ Safiya tidak cerewet. Apa-apa
sahaja yang dimasak oleh Indah semua dimakannya.
Lagipun Indah pandai melayan orang yang sudah
berumur. Semasa dia bersama ayahnya dahulu, Indah selalu
memikat hati ayah dengan masakan kesukaannya. Ada-ada
sahaja hidangan yang dibuat setiap hari jika dia berada di
rumah. Selalunya, ayah akan makan dengan banyak. Malang
sekali, saat-saat itu semua sudah tiada lagi. Adakah ada
peluang lagi untuk Indah dan ayah? Ahhh! Indah tidak mahu
mengusutkan fikirannya pada saat ini. Melayan kasih Dato’
Safiya pun sudah cukup baginya melepaskan rindu pada ayah.
Walaupun hakikat sebenarnya tidak sama.
“Indah masak apa?”
Indah tersedar dari lamunan panjang.
“Sup. Nak buat pedas-pedas auntie kan tak sihat
lagi.”

46
Umie Nadzimah

Indah menyuakan sup ke mulut Dato’ Safiya.


“Sedap?”
“Sedap. Pandai Indah masak. Tapi mulai minggu
depan tak perlu lagi buat kerja-kerja rumah, Mak Siti
pembantu rumah dah balik.”
“Ohhh, ya ke auntie?”
Indah terkedu sekejap. Walaupun gembira kerana
tugasnya menolong dan menjaga Dato’ Safiya hampir selesai,
namun Indah terfikir ke mana hala tujunya selepas keluar
dari rumah mewah ini. Namun, dia harus pergi. Takkan
hendak terus tinggal di sini. Dato’ Safiya bukan ada kena-
mengena dengannya untuk dia terus menumpang kasih dan
tempat berteduh.
Sudah tiga hari Indah menjaga makan dan minum
serta keperluan Dato’ Safiya setelah pulang dari hospital. Jika
pembantu rumah, Mak Siti yang disebut Dato’ dan Abang
Mohamad mengambil alih semula tugasnya, dia terpaksalah
mengundur diri. Dia hanyalah sandaran sementara sahaja.
“Lepas ni Indah buat kerja-kerja pejabat. Baru
sesuai dengan orangnya yang comel dan bijak ni.”
“Kerja-kerja pejabat? Indah dah naik pangkat ke
auntie? Tak buat kerja-kerja rumah lagi?”
“Ya sayang... tolong auntie di pejabat.”
“Hmmm... Kalau macam tu, Indah nak jadi
penguruslah! Boleh?”
Seloroh Indah disambut ketawa Dato’ Safiya. Indah
selalu mencuba menghiburkan hatinya, walaupun kadangkala
Dato’ Safiya melihat ada sendu di mata gadis itu.
“Jadi CEO nak?”
Indah menggeleng kepala laju. Dia tahu Dato’ Safiya

47
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

membalas gurauannya. Dia menampar lembut tangan Dato’


Safiya. Sudahnya dua-dua tertawa.
“Melampaulah tu. Takut nanti Indah lupa diri pula.
Jadi pembantu di rumah ni pun tak apa, itu pun Indah dah
bersyukur.”
“Auntie serius, Indah. Lepas auntie sihat ni, Indah
ikut auntie ke pejabat. Jadi PA auntie, ya?”
“Layak ke Indah, auntie?”
“Lebih dari layak. Kan auntie dah temu duga Indah
selama lima hari? Lagipun, ada tempoh percubaan. Jika Indah
teruk sangat, auntie berhentikan sahaja nanti. Setuju?”
Apa lagi yang boleh Indah katakan? Buat masa ini
hanya itu yang dia perlukan. Diberi peluang dan kepercayaan.
Selebihnya dia akan berusaha dan berjuang untuk
membuktikan kebolehan dirinya.
Lalu Indah mengangguk penuh yakin di hadapan
Dato’ Safiya. Itu yang dicarinya. Pekerjaan! Sementara ibarat
bulan jatuh ke riba, dia harus bersyukur. Yang lain-lain dia
akan fikir kemudian. Terima kasih Tuhan kerana tidak henti-
henti memberi laluan mudah untuknya walaupun berada di
tengah-tengah kemelut kepayahan.

INDAH sedang memicit-micit badan Dato’ Safiya apabila


dikejutkan dengan bunyi guruh yang berdentum-dentum
kuat di langit. Petanda hujan akan mencurah ke bumi pada
bila-bila masa sahaja.
“Auntie, Indah nak angkat kain jemuran dekat luar
kejap ya?”

48
Umie Nadzimah

Tanpa menunggu apa-apa jawapan, Indah sudah


berlari anak ke muka pintu. Pintu ditarik dan dia bergerak
dengan lebih cepat untuk menyelamatkan cadar cantik Dato’
Safiya dari ditimpa hujan. Matanya tidak nampak lain dah,
nampak cadar putih berbunga merah itu sahaja!
Bukkk!
Muka dan badan Indah telah mendarat di atas dada
seseorang. Tangan gagah orang itu juga memeluk pinggang
Indah untuk menahannya dari jatuh. Dalam keadaan kelam-
kabut itu, segalanya terjadi secara spontan. Indah dipeluk dan
dia juga memeluk tubuh di hadapannya. Tetapi aroma badan
orang itu sungguh menggetarkan naluri gadisnya. Hmmm…
Alamak! Lelaki! Kedua-duanya terkejut besar. Rasa
malu merayap ke setiap inci tubuh Indah. Wajahnya berona
merah. Tidak terkata. Macam mana boleh tersembam pada
orang ni? Tetapi jika tidak, sudah tentu dahinya terhumban
pada daun pintu yang keras itu. Sekurang-kurangnya cop
benjol pasti menghiasi dahi, walau tidak cacat sekalipun!
Mata lelaki itu akhirnya tajam menusuk ke anak
mata Indah. Wajahnya seperti sangat keliru. Gambaran
terkejut di wajahnya masih belum hilang. Lelaki itu terus-
terusan merenung Indah. Walaupun pegangan tangan di
pinggang Indah telah dilepaskan, tetapi jarak di antara
mereka berdua masih berdekatan. Acara renung-merenung
dan pandang-memandang masih berlangsung, sehinggalah
tawa Dato’ Safiya menyedarkan mereka.
“Hah, kan dah accident. Itulah, kelam-kabut sangat!
Zen? Ingat balik minggu depan. Kenapa cepat pula?”
Tajul Razin yang masih gabra mengatur langkah ke
arah Dato’ Safiya. Matanya sesekali mengerling pada Indah
yang masih terpaku di muka pintu. Terasa ada perasaan aneh

49
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

hadir tatkala dia terpeluk gadis itu sebentar tadi. Dia tidak
tahu perasaan apa, tetapi rasa yang tak pernah wujud padanya
sebelum ini.
“Zen?”
“Mama okey? Mohamad bagi tahu mama masuk
wad. Zen risau, sebab tu cepat balik. Mak Siti pula tak ada.”
“Ohhh... Mama okey. Kenapa tak telefon dulu?
Mama okey, ada orang jaga mama dengan baik. Zen tak perlu
risau apa-apa.”
Kemudian, anak-beranak itu mengalih pandangan
pada Indah yang sudah mula berlari semula. Tajul Razin
hanya menghantar isyarat mata bertanya siapa itu. Dato’
Safiya faham lalu tersengih.
“Indah.”
“Zen tahulah dia cantik dan indah, tapi Zen tanya
siapa dia, mama?”
Dato’ Safiya tergelak. Secara tidak sengaja anak
sulungnya telah memuji seorang perempuan dengan
perkataan ‘cantik’. Sesuatu yang baru didengar kerana selama
ini dia beku saja pada semua perempuan. Jangankan hendak
memuji, memandang pun selalunya sipi-sipi sahaja. Jika tak
terpaksa, dia tak akan memandang mana-mana perempuan.
Bagi Tajul Razin perempuan tidak ada yang sempurna di
mata, hanya menyusahkan.
“Indah! Nama dia Indah Halina. Cantikkan? Nama
dan orangnya dua-dua cantik dan indah!”
Tajul Razin termalu sendiri. Mamanya yang tidak
sihat pun masih juga mahu mengenakannya. Tidak habis-
habis berusaha agar dia mendekati perempuan.
“Dia yang jaga mama selama lima hari ni. Cekap

50
Umie Nadzimah

buat kerja dapur dan pandai ambil hati mama. Tu yang mama
cepat rasa sihat.”
“Ya, mama dah sihat? Kat sana Zen tak tentu arah
bila tahu mama sakit. Tak boleh fokus pun buat kerja.”
“Habis tu, kerja habis tak di sana?”
Tajul Razin menggeleng kepala.
“Laaa... kena pergi lagilah ni?”
“Nampaknya, macam tulah. Tak pun Zen suruh
Safuan pergi. Tapi susah juga Zen kalau Safuan lama di sana.
Kerja kat sini siapa nak buat? Eh... mama ni, tak payahlah
fikir soal kerja sangat. Rehat-rehatlah sampai sihat betul-
betul. Zen naik atas dulu, ya? Nak mandi.”
“Hmmm... tapi bilik Zen tu tak berkemas. Esoklah
mama minta tolong Indah kemas.”
“Tak apa, mama jangan risau.”
Dato’ Safiya melihat anak lelaki sulungnya hingga
hilang dari pandangan. Anak yang bersungguh-sungguh
memikul tanggungjawab pada keluarga dan perniagaan yang
ditinggalkan oleh suaminya. Dialah anak yang sentiasa
mengambil berat dan prihatin pada mamanya.
Kadang-kadang, Dato’ Safiya berasa kasihan dengan
Tajul Razin kerana hanya dia seorang saja yang bersusah
payah ke sana dan ke sini untuk menguruskan syarikat,
sedangkan dua orang adiknya hanya menanti duit elaun
masuk ke dalam akaun setiap hujung bulan. Tetapi Tajul
Razin tidak pernah merungut akan sikap lepas tangan
mereka. Baginya, biarlah mereka melakukan apa yang mereka
minati. Hendak dipaksa pun kerja tidak akan menjadi, dan
hasilnya tidak akan sebaik mana.
Dato’ Safiya juga bimbang dengan sikap Tajul Razin.

51
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Dia dingin dengan perempuan! Hidup hanya memikirkan


kerja, kerja dan kerja sahaja. Obsess sangat menerajui
syarikat yang diamanahkan, sehingga lupa pada keperluan
fitrah sendiri. Dato’ Safiya teringin sangat bermenantu,
kerana dengan cara ini sahaja dia akan mendapat anak
perempuan. Namun bila terkenangkan perangai tiga orang
anak lelakinya, alamatnya impian hanya tinggal angan-angan
sahaja. Yang seorang gila kerja dan anti perempuan, yang dua
orang lagi perangai entah apa-apa. Kalau dikahwinkan pun
takut menganiaya anak perempuan orang sahaja. Nasiblah
Safiya oiii…

INDAH termenung di bilik Mak Siti yang ditumpangnya.


Semasa susah payah membawa gumpalan kain dari jemuran
ke dalam rumah tadi, Indah bertembung lagi dengan anak
Dato’ Safiya. Nasib baik tidak terlanggar lagi walaupun
hampir-hampir saja berlaku. Indah perasan mata tajam itu
menjelingnya, seperti tidak suka. Yalah, asyik terlanggar,
siapa yang suka? Mungkin juga dia menyangka yang Indah
sengaja.
Baru Indah ingat, itulah mamat garang yang tidak
puas hati padanya semasa kejadian di kawasan rehat Tapah
tempoh hari. Jumpa lagi rupanya. Malam itu, Indah geram
sangat pada mamat itu. Indah yang sebaik ini boleh dikatakan
pencuri dan mengambil kesempatan? Tetapi Indah tidak
menyangka juga boleh melawan balik kata-kata yang
dihamburkannya. Biasanya Indah hanya berdiam diri jika
bertemu dengan orang yang begitu. Indah ada cara tersendiri
untuk menanganinya, selain dari bertekak. Agaknya kejadian
malang yang bertimpa-timpa membuatkan Indah sudah tidak

52
Umie Nadzimah

menjadi diri sendiri ketika itu.


Mamat ni anak Dato’ Safiya yang keberapa agaknya?
Dato’ Safiya ada beritahu, dia ada tiga orang anak. Satu si
garang ini, yang dua lagi bagaimana, ya? Ada tak yang boleh
ngam dan baik dengannya?
Tapi mamat garang ni, Indah perasan kacak sangat.
Lebih kacak dari kali pertama berjumpa dahulu. Penampilan
lelaki yang diidam-idamkannya. Jangan tidak tahu, cita rasa
Indah pada lelaki sangat tinggi. Lelaki, bagi Indah yang kacak
mesti ada rupa dan gaya. Pakej rupa dan gaya!
Dia tak mainlah untuk memuji seseorang itu kacak
jika tidak kena dalam hati. Walaupun berbuih-buih mulut
kawan-kawannya memuji, dia tetap dengan kata hati sendiri.
Jika kacak kata hatinya, itu baru kacak baginya. Indah…
Indah, berangan sahaja lebih!
Mamat garang ni seratus kali lebih kacak dari
Abang Saiful, bekas tunang a.k.a suami tidak jadi Indah
dahulu. Indah tersenyum sendiri. Hmmm… Abang Saiful tu
hanya sedap mata memandang, sedikit tidak kacak, gaya pun
kurang. Indah terpaksa menerimanya dahulu kerana dipaksa
oleh ayah dan mak sunya. Indah anak yang baik, tidak sampai
hati mengecewakan harapan mereka.
Takdir Tuhan telah menentukan dia dengan Abang
Saiful memang tiada jodoh! Pada saat-saat akhir pun ikatan
mereka boleh terlerai, dengan cara yang menyakitkan dan
tidak terduga!
Ketukan secara tiba-tiba di pintu menyebabkan
Indah menggelabah mencari tudungnya. Sekarang ini dia
sudah tidak boleh bebas keluar dari bilik tanpa bertudung.
Sebelum ini bolehlah, hanya dia dan Dato’ Safiya sahaja di
rumah. Abang Mohamad hanya sekali-sekala datang jika perlu

53
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

untuk menghantar barang dapur dan berurusan dengan


Dato’.
Setelah menyarung tudung di kepala, Indah cepat-
cepat membuka pintu. Si mamat garang rupanya!
Mata mamat garang tidak berkelip memandang
wajah Indah. Apa pula yang tidak kena ni? soal Indah dalam
hati. Mamat ni kalau memandang, mesti dengan gaya
semacam. Sudahlah dengan muka seriusnya. Tapi anehnya,
dia tetap kacak!
“Ada apa encik?”
Indah mematikan renungan tajam yang entah apa
maknanya itu.
“Errr… Dato’ panggil ke bilik dia sekarang.”
Indah segera meninggalkan Tajul Razin yang masih
juling memandangnya menuju ke bilik Dato’ Safiya di tingkat
dua. Ada beberapa arahan dan permintaan Dato’ yang harus
dilakukannya. Yang pertama dan kedua, dia tidak bermasalah,
tetapi yang ketiga itu dia tertanya-tanya mengapa.
Dato’ meminta Indah menyediakan minuman
petang untuk Tajul Razin. Kemudian, membawanya ke ruang
tamu di mana lelaki itu sedang menghadap lap-topnya.
Indah meletakkan air dan biskut di atas meja kopi.
Melihat kelibat Indah, Tajul Razin berhenti sekejap dari
kerjanya. Dia merenung Indah lagi. Tak sudah-sudah
memandang! Entah apalah yang berada dalam fikirannya.
“Errr… Saya pernah jumpa awak ke sebelum ini?”
Laaa… lemah memori rupanya. Indah masih ingat
lagi peristiwa pada malam itu. Mamat ni sudah lupa ke?
Tetapi logiklah juga dia lupa, sebab dia tak rasa sakit hati pun,
dia cuma marah-marah dan menuduh sahaja. Indah yang

54
Umie Nadzimah

rasa. Lagipun dia banyak kerja, Indah pula penganggur.


Indah hanya berdiam diri sahaja. Malas dia hendak
menjawab pertanyaan lelaki ini. Biarlah dia mencari jawapan
sendiri. Perahlah otak untuk ingat balik. Takkan itupun nak
bantuan orang. Indah mula mengatur kaki untuk melangkah
pergi.
“Wait… wait. Saya dah ingat! Awak ni budak
perempuan di R&R Tapah dulu tu, kan?”
Wajah bertudung Indah membuatkan Tajul Razin
terfikir sesuatu. Kemudian muka Tajul Razin bertukar lebih
serius. Juga masam!
Indah berasa kecut! Dia sudah ingat! Dia nak
sambung marah lagi ke? Hah! Lebih baik dia menjauhkan diri
cepat! Lalu Indah segera ke dapur untuk membuat persediaan
bagi masakan makan malam nanti. Dato’ Safiya telah
memberitahu apa yang perlu dimasak untuk anaknya.
Tajul Razin di ruang tamu mula gelisah. Ada
sesuatu dalam fikirannya yang membuatkan dia berasa tidak
senang hati. Risau akan mamanya. Takut sejarah lama akan
berulang lagi jika mereka tidak berhati-hati dengan orang
yang tidak dikenali. Tajul Razin amat bimbang dan selebihnya
adalah serik!
“Apa tujuan awak mendekati mama saya?”
Indah yang tengah mengupas bawang terkejut bila
ada suara parau tiba-tiba menyapa telinganya. Hampir sahaja
terlepas pisau tajam di tangan. Dia menjadi pucat.
“Errr… Apa maksud encik?”
“Saya tahu awak mesti ada tujuan lain pada Dato’
Safiya. Dulu saya sudah pesan jangan muncul lagi di depan
kami, tapi awak datang juga. Apa tujuan awak sebenarnya?”

55
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Mata Tajul Razin mencerlung pada wajah Indah.


Indah semakin berasa kecut. Lelaki ini nampak garang sangat
jika sedang marah.
“Macam inilah. Saya tak tahu apa niat dan tujuan
awak ke sini. Tapi saya rasa awak hanya ingin mengambil
kesempatan! Sebelum sesuatu yang tak elok terjadi pada
Dato’, lebih baik awak pergi. Pagi Sabtu ini hari akhir untuk
awak berada di sini. Saya akan menjemput Mak Siti untuk
balik cepat ke rumah ini. Saya akan bayar untuk
perkhidmatan awak selama ini. Dan tolong, selepas ini,
jangan ganggu Dato’ lagi, faham?”
Indah terdiam. Tidak menyangka dia akan
mendengar arahan dan keputusan secara tiba-tiba sebegini.
“Faham tak?”
Lagi garang Tajul Razin menggertak! Macam singa
lapar. Indah mengangguk tanda faham. Setuju sahajalah.
Daripada terjadi sesuatu yang tidak baik. Atau dia terus-
terusan dipandang rendah.
Tetapi dia juga keliru. Sebentar tadi Dato’ Safiya
meminta dia berpindah ke bilik tetamu di sebelah bilik wanita
itu. Dia mengharapkan Indah terus tinggal di sini.
Berlawanan pula dengan permintaan mendadak anaknya
sekarang ini.

56
Umie Nadzimah

Bab 6
P
AGI Sabtu telah tiba. Indah mesti
menunaikan janjinya pada Tajul
Razin. Dia perlu keluar dari
rumah ini tanpa pengetahuan Dato’ Safiya. Tajul Razin akan
memberi alasan yang logik pada mamanya. Indah tidak
perlu pecah kepala untuk memikirkannya. Dia hanya perlu
melenyapkan diri dari rumah ini dan lebih-lebih lagi lenyap
dari pandangan lelaki garang dan sombong itu.
Hmmm… Tak guna ada wajah kacak, kalau hati
penuh dengan prasangka. Tengok orang dululah untuk buat
tuduhan! Ini tidak, main redah sahaja. Adakah muka Indah
yang nampak suci ini dia syak yang bukan-bukan? Teruk
sangat ke Indah pada dia? Ada cop di dahi ke, yang Indah ini
bukan orang yang baik-baik?
Perlahan-lahan Indah masuk ke dalam bilik Dato’
Safiya untuk kali terakhir. Indah duduk di sisi katil Dato’
Safiya, melihat alunan nafas wanita itu yang lembut turun
naik. Dato’ Safiya terlelap semula setelah diberi ubat selepas
sarapan pagi. Dia sudah agak sihat, tetapi perlu menghabiskan
ubat sebagaimana saranan doktor.

57
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Sayu hati Indah melihat wajah pucat Dato’ Safiya.


Hatinya berat hendak meninggalkan wanita tersebut.
Tambahan pula pergi tanpa pamitan dan salaman. Seminggu
lebih bersama Dato’ Safiya terasa rindu pada ayahnya sedikit
terubat. Kasih sayang ikhlas wanita ini dapat dirasakan Indah
sepenuh hati.
Kenapa ada sahaja halangan untuk Indah mendapat
kasih sayang? Indah bukan hendak merebut hak sesiapa.
Indah cuma ingin menumpang sedikit kasih. Sedangkan
darah daging sendiri sanggup untuk memutuskan hubungan,
inikan pula mereka yang tidak pernah wujud dalam hidup
Indah sebelum ini? Hentikanlah angan-angan tu Indah!
Sekarang ni hidup kena realistik!
“Selamat tinggal auntie. Halalkan makan minum
dan segala yang diberikan pada Indah.”
Indah hanya mampu berbisik perlahan. Hampir
tidak ada suara sebenarnya. Cuma bibirnya yang bergerak-
gerak. Jauh di sudut hati, Indah tidak mahu berpisah dengan
Dato’ Safiya. Seperti sudah ada sebuah ikatan di antara
mereka berdua. Ikatan yang tidak dapat dilihat dengan mata,
hanya dapat dirasa. Sekejap sahaja hubungan ini terbina, dan
Indah tidak tahu mengapa dia rasa sayang sangat pada Dato’
Safiya.
“Selamat tinggal auntie. Indah takkan lupa auntie
sampai bila-bila…”

SUDAH beberapa kali pintu bilik Mak Siti diketuk oleh Tajul
Razin. Tiada sebarang tindak balas. Perlahan-lahan pintu
dikuak. Kosong di dalamnya. Hanya perabot-perabot mati

58
Umie Nadzimah

sahaja yang ada. Indah tiada di situ.


Tajul Razin mencari di dapur, juga sekitar luar dan
di dalam rumah. Menjenguk sedikit di muka pintu bilik
mamanya, sah Indah memang sudah pergi. Tidak ada lagi di
mana-mana di dalam rumahnya.
Tiba-tiba hati Tajul Razin yang selama ini beku
tiada perasaan diserang sunyi dan kehilangan. Dia tidak tahu
mengapa, tetapi perasaannya juga dirasuk rasa sedih.
Sepatutnya dia berasa lega kerana Indah menepati
janjinya. Indah pergi dengan begitu mudah sekali. Tidak
perlu mereka bertengkar atau berperang mulut besar-
besaran. Indah akur dengan permintaan Tajul Razin. Malah
ucapan ‘terima kasih’ semalam terasa amat ikhlas datang dari
mulut dan hati Indah. Tajul Razin tidak rasa ianya perkataan
berunsur perli atau dendam.
Tajul Razin rasa menyesal pula menghalau Indah
pergi.
Tajul Razin masuk ke dalam bilik mamanya. Dato’
Safiya terjaga bila menyedari kelibat anak bujangnya berada
di sisi. Dia tersenyum.
“Zen, panggilkan Indah. Mama rasa nak makan
sesuatulah hari ini. Nak minta Indah masakkan. Air tangan
dia sedap! Sesuai dengan tekak mama ni.”
Tajul Razin terkedu. Apa harus dia jawab?
“Errr… rasanya Indah dah keluar dengan Mohamad,
masa mama tidur tadi. Katanya ke pasar, lepas tu ada kerja
sikit, mungkin ke bank agaknya.”
Pertama kali dalam hidup Tajul Razin bercakap
bohong dengan mamanya. Dia tidak pernah walaupun sekali
berbuat demikian. Sungguh dia rasa berdosa.

59
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Kalau macam tu, telefon Mohamad, suruh belikan


kepala ikan merah. Mama nak makan sup kepala ikan yang
Indah masak. Sedap tau, Zen!”
Tajul Razin lihat wajah mamanya ceria setiap kali
nama Indah disebut. Kuatnya aura gadis ini pada mama.
Dengan Indah, mama sedikit pun tidak cerewet. Masakan
Indah semuanya dikatakan sedap belaka. Jika dengan Mak Siti
atau Sunarti, hmmm… ada sahaja yang tidak kena. Indah
mampu menyinarkan kegembiraan di dalam hati dan wajah
mama.
Lagi sekali Tajul Razin rasa menyesal membiarkan
Indah pergi.
“Zen, cepatlah. Takut nanti Mohamad dah balik.”
“Ya… ya mama. Zen buat sekarang,” jawab Tajul
Razin lalu mengangkat punggung dari katil. Kepalanya
berserabut. Macam mana ni? Itulah, buat keputusan tak fikir
panjang. Main sesuka hati aje menghalau orang. Garang tak
kena tempat.
“Zen!”
Tajul Razin berpaling semula pada mamanya.
Dadanya berdebar. Takut rahsianya terbongkar.
“Ya… mama.”
“Mama nak minta tolong dengan Zen sikit.”
“Mama ni... untuk mama apa-apa saja Zen akan
buat.”
“Mama tahu. Tapi kali ni mama minta untuk
Indah!”
Untuk Indah? Sah mama dah tahu ke?
“Mama tahu Zen tegas dengan perempuan. Tapi
dengan Indah cuba jangan garang-garang sangat, ya? Dia

60
Umie Nadzimah

budak baik. Mama dah mula suka, dan tak mahu dia pergi
dari sini,” pinta Dato’ Safiya dengan suara mengharap. Tajul
Razin mengangguk dengan senyuman yang hambar. Dadanya
menjadi sesak tiba-tiba. Dapat ke dia mencari Indah semula?
Dia paling tidak suka jika mama bersedih. Hatinya
akan jadi susah juga jika mama bersusah hati. Sejak papa
pergi, dialah yang mengambil tahu segala-galanya tentang
mama. Luar dan dalam. Tetapi kali ini dia salah percaturan.
Tujuan asalnya meminta Indah pergi untuk melindungi
mama, sebaliknya mungkin akan melukakan hati mama pula.
Tajul Razin tidak mahu mamanya bersedih lagi. Dan dia
menyesal kerana membuatkan Indah pergi dari sini.

HAMPIR dua jam Indah berada di pondok menunggu


kenderaan awam itu. Tidak ada sebuah bas mahupun teksi
yang lalu untuk membawa dia pergi dari sini. Dia bercadang
untuk ke Seremban sahaja dan mencari kerja bersama-sama
kawannya, Hasma.
Yalah, mana mungkin ada kenderaan awam di sini.
Kawasan elit dan tempat orang-orang kaya. Kereta Myvi atau
Proton Saga pun jarang nampak, inikan pula bas dan teksi.
Kebanyakan kereta yang berderum-derum di hadapannya
hanyalah kereta import dan mewah-mewah belaka. Tetapi
kenapa pula tempat menunggu ini disediakan, jika tiada bas
atau teksi yang masuk? Pelik juga. Anggaplah ia dibina khas
untuk Indah duduk sekarang ini. Hehehe. Perasan kau,
Indah!
Dengan tidak disangka-sangka ada sebuah kereta
berhenti di hadapan Indah. Membuatkan dia terkejut. Rasa

61
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

gembira pun ada sebab mungkin ada orang yang sudi


menumpangkannya. Namun rasa takut mula menyelinap.
Bagaimana hendak mempertahankan diri jika ada yang
berniat jahat? Keadaan sekitar agak sunyi. Jika ada kereta
yang lalu pun, semuanya laju-laju belaka. Tidak sempat untuk
meminta tolong.
Namun Indah rasa kereta ini macam biasa saja di
matanya. Dan dia amat terkejut apabila mengecam pemandu
yang keluar dari kereta menuju ke arahnya. Kenapa dia
mencari Indah? Harap dia tidak menuduh yang tidak-tidak.
Indah tidak mengambil apa-apa pun dari rumah dia. Manalah
tahu, nanti diseretnya terus Indah ke balai polis. Indah
memang memerlukan tempat tinggal, tetapi tidaklah dia
teringin menjadikan lokap sebagai tempat tidur dan
perbaringannya. Hesy… selisih malaikat empat puluh empat.
Memandang tubuh kacak penuh gaya tetapi sarat
dengan aura sombong dan angkuh itu membuatkan jantung
Indah berlari kencang. Berbagai perasaan datang. Berdebar,
takut, panik, risau, semuanya ada. Indah menundukkan muka
sebagai jalan pendek untuk lari dari lelaki tersebut. Dia
berdoa semoga hanya perkara yang baik-baik sahaja akan
terjadi.
“Indah!”
Indah memberanikan diri mengangkat wajah dan
memandang anak mata lelaki tersebut. Zuppp… Perasaan apa
ni? Tiba-tiba hadir dalam dirinya. Boleh pula dia jatuh suka
pada mamat garang ini dalam sekelip mata? Malah tanggapan
negatif terhadap lelaki ini terus lenyap. Naifnya Indah.
“Indah. Awak kena balik semula ke rumah saya.”
Indah panik! Juga keliru. Kenapa pula?
“Errr…” Indah tidak tahu nak menyambung kata-

62
Umie Nadzimah

katanya.
“Awak ada ambil sesuatu dari rumah saya, jadi awak
kena ikut saya balik juga sekarang.”
Bertambah paniklah Indah. Sudah! Baru sahaja dia
hendak jatuh suka pada lelaki ini, sudah datang balik
perasaan geram dengan songehnya. Tetapi lelaki ini tidak
pula bersuara garang. Baik sahaja nadanya, walaupun ada
sedikit ketegasan.
“Encik, saya tak ambil apa-apa pun. Encik boleh
periksa semua beg saya sekarang. Jangan buat saya macam
ni.”
“Ada. Awak jangan cuba nafikan.”
Tajul Razin menegaskan lagi. Dia mencapai beg
besar Indah dan meletakkannya ke tempat duduk belakang.
Kemudian dia membuka pintu hadapan keretanya.
“Masuklah! Jika tidak, saya akan telefon balai polis.
Awak pilih, hendak ke rumah saya, atau ke balai polis?”
Balai polis? Tepat sebagaimana yang Indah fikirkan
sebentar tadi. Apa pula sekarang ini? Nasib yang bagaimana
pula yang dia kena tempuhi, Ya Tuhan.
“Hah! Apa lagi tercegat di situ? Awak pilih balai
polis ke?”
Wajah Indah sudah bertukar pucat. Dia sudah tidak
ada masa berfikir panjang lagi. Dia terus duduk di atas kerusi
kereta yang empuk. Lelaki tersebut selamba sahaja
memerhati. Dia kemudian memandu kereta setelah mengunci
kesemua pintu. Bermakna Indah sudah terkurung di dalam
keretanya, dan tidak boleh keluar lagi walau ke manapun
dibawa pergi.
Mamat garang itu terus menekan pedal minyak.

63
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Tak pula dia menghalakan keretanya kembali ke rumah


mewah Dato’ Safiya. Dalam ketakutan, sesekali Indah
menjeling kepada Tajul Razin. Dari tadi Indah asyik bertanya
ke mana arah tujuannya. Hendak disoal, tidak wajar pula
kerana wajah itu nampak serius memanjang. Takut pula kena
jerkah.
Eh, dia bawa Indah ke balai polis ke? Apa salah
Indah sebenarnya? Indah berdebar-debar saat melepasi
sebuah balai polis. Lega bila kereta mamat garang itu tidak
membelok ke situ.
Kereta Nissan Teana berwarna hitam berkilat yang
membawa dua orang bisu di dalamnya itu tidak lama
kemudian membelok masuk ke Pasar Raya Besar Tesco.
“Dato’ Safiya nak makan sup kepala ikan merah,
sambal udang, ikan tenggiri goreng tepung, daging masak
kicap, dan sayur yang awak pilih sendiri. Awak beli barang-
barang dapur mana yang sudah habis di rumah tu. Saya tak
tahu.”
Dalam keadaan kepala yang pening dan rasa keliru,
Indah buat sahaja apa yang diminta. Asalkan jangan dibawa
ke balai polis. Selepas ini dia tidak tahu lagi apa nasibnya.
Tajul Razin menolak troli. Mengikut sahaja ke mana
Indah pergi untuk membeli barang keperluan di rumah.
Semasa memilih makanan basah, Indah sempat lagi
mencuri dengar Tajul Razin berbual di telefon. Caranya
seperti berbual dengan Dato’ Safiya.
“Zen ambil Indah kat pasar ni. Mohamad, Zen suruh
terus ambil Mak Siti. Kejap lagi kami baliklah. Mama okey
ke?”
Indah semakin tidak memahami…

64
Umie Nadzimah

SELESAI memasak, Indah menjemput Dato’ Safiya dan Tajul


Razin untuk makan tengah hari. Semenjak anaknya kembali,
Dato’ Safiya sudah tidak makan di dalam bilik lagi. Dia lebih
suka makan di atas meja makan keluarga, ditemani anaknya.
Indah juga turut diajak makan. Indah terpaksa melayan
kehendaknya, walaupun dia ternampak wajah tidak senang
Tajul Razin.
Sama juga dengan tengah hari ini, Dato’ Safiya
memaksa Indah makan bersama-sama walaupun Indah
memberi pelbagai alasan. Bila melihat mata Tajul Razin tajam
seperti memberi arahan jangan degil, Indah menurut sahaja.
Sebelum ini Indah memang tidak kisah untuk makan sekali
demi kasih sayang pada Dato’ Safiya, tetapi setelah melalui
peristiwa pada pagi ini, dia rasa janggal sekali.
“Banyaknya sayang masak. Bukankah auntie nak
makan sup ikan sahaja?”
Indah tercengang-cengang mendengar kata Dato’
Safiya. Tajul Razin tersenyum nipis. Dato’ Safiya juga
tersenyum lebar selepas itu.
“Hmmm… pandai Zen suruh Indah masak ya.
Semua ni makanan kegemaran Zen. Ambil kesempatan betul
anak mama ni. Kesian Indah, dahlah kena pergi pasar, masak
macam-macam pula.”
“Zen teringin nak makanlah, mama. Sejak balik ni
Zen belum pernah makan sambal udang lagi.”
Tajul Razin membela diri. Dia sendiri tidak
menyangka Indah pandai memasak. Semuanya kena di
tekaknya. Patutlah mama tidak pernah kompelin apa-apa,
malah sering kali memuji. Mama makan dengan berselera
sekali. Tajul Razin amat gembira melihatnya. Mata mama
bersinar-sinar setiap kali memandang Indah. Tidak sia-sia dia

65
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

berusaha membawa balik Indah. Betullah! Gadis ini memang


istimewa dalam hati mamanya.
Selesai makan dan mengemas dapur, Indah masuk
ke dalam bilik Mak Siti untuk mengemas barang-barangnya.
Tajul Razin sempat memberi amaran bahawa Dato’ Safiya
tidak perlu tahu tentang cerita pada pagi tadi. Indah faham-
faham sendiri apa maksudnya. Hei… Indah ni pemegang
ijazah kelas pertama tau! Sekadar sikit-sikit hal tu, cepat
sahaja Indah faham, tak perlu terang lebih-lebih!
Indah tercari-cari beg besarnya di setiap ruang
sudut tingkat bawah rumah, bila ia tiada di bilik Mak Siti.
Tadi Indah ternampak Tajul Razin yang mengangkatnya dari
kereta, sementara dirinya sibuk dengan barang-barang dapur
yang dibeli.
“Cari apa?”
Suara parau lelaki itu menyergah. Menyirap darah
Indah jadinya. Geram, terkejut, semua ada. Hendak menuduh
lagilah tu.
“Cari beg awak?”
Tajul Razin bertanya lagi. Laju Indah mengangguk.
Tahupun! Ceruk mana diletaknya. Indah tak nampak pun.
“Saya letak dalam bilik sebelah bilik Dato’. Dato’
minta awak pindah ke bilik tu, kan?”
Lambat-lambat Indah mengangguk. Mungkin Dato’
ada memberitahu Tajul Razin sendiri. Sebenarnya Indah tidak
tahu bahawa Tajul Razin telah mendengar perbualannya
bersama Dato’ Safiya tempoh hari.
Semasa dia mengemas dan mengeluarkan barang-
barang dari beg besar untuk dipindahkan ke dalam almari di
bilik barunya, Indah terjumpa sebentuk cincin emas putih

66
Umie Nadzimah

bertakhtakan berlian di dalam sebuah bekas comel yang


cantik. Dan Indah yakin sekali, itu bukan haknya. Teramat
pasti! Tetapi bagaimana pula boleh berada di dalam begnya?
Hah! Ini mesti kerja Tajul Razin. Dia mesti ada
agenda tersendiri. Jika tidak kenapa dia membawa Indah
datang semula ke rumah ini? Apa pula rancangan dia
seterusnya pada Indah Halina?

67
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 7
L
EKA Indah menilik cincin
tersebut. Cantik sangat-sangat.
Dia menyarungkan cincin
tersebut ke jari manisnya. Padan dan muat-muat sahaja. Tidak
longgar, tidak juga ketat. Seperti ditempah khas untuknya.
Berlian putihnya makin bersinar-sinar. Bagaikan tersenyum.
Suka agaknya berada di jari Indah yang putih dan comel.
Indah kalau bab perasan, hmmm… nombor satu!
Cincin yang dibelikan oleh Abang Saiful untuk
upacara pembatalan air sembahyang mereka pun tidaklah
secantik ini. Jauh bezanya, walaupun harga cincin itu mahal
juga. Indah masih ingat lagi bentuk cincin tersebut sebab dia
turut memilihnya di kedai emas di The Curve. Abang Saiful
memilih cincin antara yang tercantik di kedai itu. Untuk
bakal isterinya, berapa mahal pun dia sanggup beli, katanya.
Mata Abang Saiful bersinar-sinar semasa menyarungkan
cincin di jari Indah untuk mencuba. Nampak Abang Saiful
benar-benar sayang pada Indah. Tetapi apa maknanya sayang
jika sekelip mata sahaja boleh melayang hanya kerana fitnah
orang?

68
Umie Nadzimah

Kini cincin tersebut sudah tentu tersarung di jari


manis Kak Zawati. Biarlah! Indah sedikit pun tidak rasa
menyesal. Kalau tersarung di jari siapa-siapa pun, Indah tak
akan cemburu walau sedikit. Sebab selama ini Indah tidak
ada apa-apa perasaan pada Abang Saiful. Jadi, segala barang-
barang dari Abang Saiful juga tidak menjadi nilai sentimental
langsung!
Yang Indah kesal adalah hubungannya dengan ayah.
Terlalu kabur jadinya. Dan Indah tidak tahu sampai bila akan
pulih kembali. Perasaan Indah sungguh sengsara bila teringat
ayah! Kerana hanya pada ayah sahaja kasih sayang Indah
tertumpah selama ini. Tidak untuk orang lain.
Mata Indah kembali semula ke jarinya. Apa yang
patut dia buat pada cincin ini. Hatinya kuat mengatakan ada
sesuatu yang Tajul Razin rancangkan padanya. Jika tidak
kenapa cincin ini diletakkan di dalam beg? Takkan hantu atau
toyol pula yang buat? Mustahil kerja Dato’ Safiya. Hanya Tajul
garang itu saja yang dekat dengan begnya pada hari ini.
Ketukan tiba-tiba di pintu bilik mengejutkan Indah.
Cara ketukan itu, dia tahu dari tangan siapa. Indah yang
sudah sedia bertudung kepala segera membukanya, takut
nanti berang pula, lagi susah. Sebagaimana yang disangka,
Tajul Razin sudah tercegat di muka pintu. Di sebelahnya ada
seorang wanita, yang nampak lebih berumur dari Dato’
Safiya.
“Mak Siti, inilah Indah yang mama sebut-sebut tu.”
Serius sahaja muka Tajul Razin. Tujuannya hendak
kenalkan Indah dengan Mak Siti, tapi wajah sendiri pun tidak
mesra alam langsung. Menyampah! Dari pagi tadi sejuring
senyuman pun tak diberikan padanya walaupun dia sudah
bersusah payah memasak makanan kegemarannya. Indah

69
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

rasa, si dia ini bukan sahaja kedekut harta, malah senyum


pun dia kedekut!
Tetapi bibir Indah tetap juga memberikan senyuman
yang paling manis buat Mak Siti, sebab dia rasa wajah Mak
Siti penuh dengan kasih sayang biarpun baru pertama kali
berjumpa.
Entah macam mana, Tajul Razin begitu terpesona
dengan senyuman Indah! Kenapalah perasaannya menjadi
lain setiap kali berhadapan dengan perempuan yang seorang
ini? Dan dengan tiba-tiba pula irama jantungnya bertukar
rentak! Hesy, tak boleh jadi. Tajul Razin tidak akan sekali-kali
kalah pada perempuan! Menyusahkan!
Matanya kemudian tertancap pada jari-jemari yang
dihulurkan Indah untuk bersalaman dengan Mak Siti. Hah?
Dia kenal sangat dengan cincin itu. Berkilauan berlian putih
itu di situ. Tajul Razin jadi tidak keruan! Sepatutnya dia
mengamuk! Pandai-pandai saja perempuan ini memakai
cincin itu! Tapi, entah macam mana mulut Tajul Razin boleh
terkunci. Entah kenapa mulut lasernya tidak berfungsi pula
tika ini. Dia cuma memandang dan terus memandang jari
runcing Indah, cantik dihiasi aksesori mahal itu.
“Cantik dan manis orangnya. Patutlah mulut Dato’
tak henti-henti menyebut.”
Mak Siti memuji setelah Indah menarik perlahan
tangan dari genggamannya. Dia pun suka dengan gadis ini.
Nampak istimewa. Dato’ Safiya jarang memuji, dan susah
untuk rapat dengan orang, lebih-lebih lagi yang tidak berapa
kenal.
Indah hanya mampu tersenyum. Dia sudah perasan
pandangan tajam Tajul pada jari manisnya. Kenapalah dia
cuai, tidak menanggalkan cincin itu terlebih dahulu?

70
Umie Nadzimah

Wajahnya bertukar cemas. Sudah! Alasan apa dia hendak


bagi?
“Mak Siti ke bawah dulu, ya. Nak siapkan minuman
petang.”
Indah mengangguk. Dia pandang Tajul Razin,
selepas itu beralih pada jarinya.
“Errr… encik...”
Indah tak jadi hendak meneruskan kata-kata bila
Tajul Razin pun tergesa-gesa pergi, seperti tidak mahu
mendengar apa-apa lagi.
Indah betul-betul tidak sedap hati tentang cincin
tersebut. Dia mesti selesaikan dengan Tajul Razin segera.
Tetapi pandangan tajam lelaki itu tadi menakutkannya.
Semacam sahaja Indah rasa. Tajul Razin seolah-olah terkejut,
tetapi dia sedikit pun tidak marah atau cakap apa-apa. Fikiran
Indah bertambah gusar. Sedikit pun dia tidak dapat meneka
apa yang berada dalam fikiran Tajul Razin.
Adakah Tajul Razin sedang memerangkap Indah?
Dibuatnya betul dia menyeret Indah ke balai polis kerana
cincin nan sebentuk itu, tak ke haru? Nasib Indah akan jadi
lebih buruk ke selepas ini? Ya Allah, Indah memohon jangan
jadi sampai macam tu sekali.

INDAH melangkah ke dapur dengan niat untuk menolong


Mak Siti. Dilihatnya Mak Siti sedang sibuk meletakkan
bancuhan tepung ke dalam kuali. Sedapnya! Sudah lama
dia tidak merasa cucur udang panas-panas. Itu makanan
kegemaran Indah dan ayah. Hah! ayah lagi. Indah tak pernah

71
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

lupa pada ayah, walau sedetik pun.


“Errr… Indah. Jangan buat Nescafe, Dato’ tak
minum air tu waktu petang.”
“Hah? Ya ke, Mak Siti? Selama ini Indah buat Dato’
minum aje sampai habis.”
“Hah? Ya ke? Dia tak bebel?”
Indah menggeleng kepala. Giliran Mak Siti pula
tercengang-cengang. Rasa pelik. Lebih dua puluh tahun
bekerja di rumah ini, dia sudah tahu segala-galanya. Budak
Indah ini biar betul, atau Dato’ Safiya sudah buang tabiat?
“Ya, Mak Siti. Tak pula dia tegur Indah. Habis, Dato’
selalu minum apa petang-petang macam ni, Mak Siti?”
“Dato’ suka minum teh pudina atau teh ros.”
“Ohhh…”
Indah lalu mencapai kotak berlabel teh pudina yang
terletak di dalam kabinet. Patutlah banyak stok teh jenis itu.
Kata orang, teh pudina ini boleh menenangkan fikiran. Itu
yang Indah pernah dengar. Entah betul atau tidak, dia tidak
pasti. Tetapi yang pastinya teh ini harganya mahal di pasaran.
“Tak perlu letak gula, Indah.”
Mak Siti memberitahu lagi. Indah hanya
mengangguk. Nasib baiklah Mak Siti cepat balik. Jika tidak
entah apa-apa lagi Indah bagi Dato’ Safiya makan dan minum.
Mahu penyakit kencing manis melarat nanti dan apa-apa
penyakit lagi yang datang. Sudahlah darah tingginya agak
serius.
“Dato’ tu banyak pantang larangnya. Sebab tu kalau
Mak Siti tak ada, Encik Razin risau sangat.”
Sambil bercakap-cakap, Mak Siti cekap sahaja
menyiapkan hidangan di atas dulang. Satu dulang berisi

72
Umie Nadzimah

cucur dan sos. Satu dulang lagi untuk teko teh dan cawan.
“Oh… patutlah dia cepat balik bila dengar Dato’
sakit.”
“Memang macam tu. Dia sayang sangat kat Dato’.
Tak macam adik-adiknya yang dua orang lagi. Selalu buat
Dato’ bertambah sakit.”
Indah diam sahaja. Dia belum kenal dengan anak-
anak Dato’ yang lain. Yang dikatakan baik ini pun dia rasa
semacam apatah lagi yang lagi teruk!
“Indah boleh panggil Encik Razin kat atas?”
Indah memandang Mak Siti dengan perasaan yang
ragu. Kena panggil Tajul garang itu di dalam biliknya ke?
“Mak Siti tak larat nak naik tingkat tiga tu. Indah
tolong, ya? Jangan risau, Encik Razin tu baik orangnya.
Pergilah cepat, Dato’ dah tunggu kat taman tu.”
Indah akur dengan permintaan Mak Siti. Betul juga.
Mak Siti dah berumur, mana boleh asyik turun dan naik ke
tingkat tiga itu. Kalau sehari sekali tak apalah juga. Patutlah
rumah ini ada dua orang gaji, tapi dengarnya yang seorang tu
sudah cabut. Maka tinggallah Mak Siti yang setia ini.
Encik Razin tu baik orangnya. Yakah baik? Garang
dan menakutkan adalah!
Indah terfikir, inilah peluang dia menyelesaikan
masalah cincin tersebut, dan kedudukan dirinya di rumah ini.
Mak Siti sudah pulang dan sudah tentu Indah tidak
diperlukan lagi. Indah singgah sebentar di biliknya bagi
mengambil cincin tersebut sebelum melangkahkan kaki ke
tingkat atas.
Tajul Razin sudah berada di luar bilik, segak dengan
pakaian sukan. Bila terpandang sahaja Indah, wajah

73
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

tenangnya segera bertukar serius!


“Errr... Encik, Dato’ sudah ada di taman untuk
minum petang. Mak Siti suruh saya panggilkan encik.”
Tajul Razin hanya mengangguk kepala. Dia
memandang Indah sekilas sahaja. Sebenarnya, hatinya
terdetik untuk memandang lebih-lebih, tetapi ada juga
perasaan lain yang menahan.
Laju sahaja kaki Tajul Razin menuju ke tangga.
“Encik… Encik Razin.”
Tajul Razin menoleh. Matanya jadi terpukau pada
sepasang mata coklat Indah yang bersinar. Cantiknya!
“Encik!”
Indah mengangkat sedikit kotak kecil di tangannya
supaya Tajul Razin segera fokus ke situ. Dan mata lelaki itu
pun beralih kepada objek yang ditunjukkan Indah.
“Saya jumpa dalam beg, tapi bukan saya punya.”
“Habis?”
Sepatah sahaja yang keluar, tapi berdesing masuk
ke telinga Indah. Menimbulkan berbagai-bagai rasa.
“Sa… saya… inginkan penjelasan. Jika encik punya,
saya nak pulangkan. Lepas tu saya nak minta izin dari Dato’
untuk pergi dari sini dengan cara baik.”
Indah menunjukkan wajah penuh mengharap
supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah oleh
Tajul Razin. Namun dia sangat kecewa apabila Tajul Razin
mendengus kasar, dan terus turun meninggalkan dia di situ
tanpa sebarang kata lagi. Sudah tentu juga tanpa sebarang
penyelesaian!
Indah buntu. Susahnya hendak berinteraksi dengan

74
Umie Nadzimah

si garang ini. Indah tidak tahu bagaimana caranya. Sungguh!


Indah tidak tahu.
Apa kata Indah tinggalkan sahaja cincin tersebut di
dalam bilik, dan Indah meminta izin dari Dato’ Safiya sahaja.
Hmmm… mungkin ini cara yang terbaik!

“LAAA… dalam bilik rupanya. Mak Siti suruh panggil Encik


Razin, dia pula yang tak turun. Jomlah, Dato’ ajak minum
sekali.”
“Indah seganlah. Mak Siti.”
“Segan dengan siapa? Encik Razin?”
Indah mengangguk. Itu yang dia rasa selepas
kejadian sebentar tadi. Malas rasanya untuk menghadap
muka lelaki itu lagi.
“Nak segan apa pula? Indah ni dah cukup cantik,
tak ada kurang sikit pun untuk ditunjukkan pada dia,” balas
Mak Siti dengan ketawa.
“Mak Siti niii… ke situ pula.”
“Dahlah. Jom cepat. Dato’ tu kalau dia dah panggil,
dia akan tunggu sampai kita datang.”
Si garang itu masih ada menemani Dato’ apabila
Indah dan Mak Siti sampai. Indah nampak, sudah beberapa
kali dia menjeling-jeling. Kejap lagi, mahu juling mata dia
kalau dia tidak menghentikan tabiat itu dengan segera. Kalau
itu jadinya, baru padan muka!
“Kenapa lambat, Indah? Auntie dah makan dulu,
sebab Zen dah nak keluar.”

75
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Ohhh… Indah minta maaf, auntie. Ingatkan


auntie tak tunggu Indah.”
“Mana boleh tak tunggu Indah. Petang ni hari
pertama kita minum teh pudina. Biasanya Indah buatkan
auntie Nescafe, kan? Tapi Nescafe yang Indah buat sedap Siti,
jauh beza dengan yang Sunarti buat.”
“Auntie ni, bukankah sama saja resepinya, susu, air
dan Nescafe?”
“Tapi air tangan Indah sedap.”
Dato’ Safiya tidak mahu kalah lagi.
“Apa petuanya, bagilah pada Mak Siti.”
Mak Siti pula mengusik. Dia dan Dato’ Safiya
tergelak-gelak kecil. Indah senang. Layanan wanita berdua ini
membuatkan Indah rasa lebih selesa di situ. Lupa masalahnya
dengan si garang di hadapannya.
“Tak mahu bagi tahu Mak Siti ke?”
Mak Siti saja buat-buat mendesak.
“Bahannya sama saja Mak Siti, cuma Indah selalu
ingat pesan ayah, kalau buat sesuatu biar dengan penuh jujur
dan ikhlas, walaupun ianya perkara kecil seperti membancuh
air. Ikhlas itu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.”
“Betul tu. Apa-apa kerja pun, jika ikhlas, hasilnya
tentu akan memuaskan semua orang. Pemberian ikhlas akan
masuk ke jiwa penerimanya,” sokong Dato’ Safiya. Dia
bertambah yakin dengan kelebihan yang ada pada Indah.
“Eh… Zen, dari tadi mama tengok tak berkedip
pandang Indah, kenapa? Kata nak cepat?”
Muka Tajul Razin sudah panas! Malu diperangkap
oleh mama. Dia tidak sedar pun yang dia sudah terlebih-lebih
memandang gadis di hadapannya itu. Di luar kawalan!

76
Umie Nadzimah

“Haahlah. Zen dah lambat ni. Takut Tan Sri


tertunggu pula. Zen pergi dulu, mama. Zen balik lambat
sebab lepas tu ada skuasy dengan Safuan.”
“Yalah. Ilyana ada sekali?”
Dato’ Safiya tersengih, cuba memancing lagi hati
anaknya pada anak Tan Sri Arifin. Seperti biasa, wajah Tajul
Razin tidak ada perasaan. Anaknya hanya menjongket bahu
selamba, tanda tidak tahu dan tidak kuasa mengambil tahu.
Hai… Kempunanlah Tan Sri hendak bermenantukan Tajul
Razin. Dengan anak keduanya, Ilyana macam tidak berkenan
pula. Padahal kacaknya sama saja.
Tiga pasang mata perempuan memerhati Tajul
Razin yang berlalu pergi setelah mencium kedua-dua belah
pipi mamanya.
Bagi Indah, itu pemandangan yang paling menarik
sekali. Kelihatan lelaki garang ini amat menyayangi
mamanya. Rasa sayu pun ada. Dia tidak pernah
berkesempatan melakukan perkara tersebut pada ibu
kandungnya sendiri. Malah mengenali ibu pun dia tidak ada
peluang! Beruntungnya mereka yang masih mempunyai ibu.
“Indah, kenapa ni? Sedih sebab Zen dah pergi?”
“Auntie ni…”
Indah menampar lembut tangan Dato’ Safiya yang
mengekeh ketawa bersama Mak Siti.
Suatu petang yang riang dan indah sekali. Pertama
kali Mak Siti lihat cahaya kegembiraan di wajah Dato’ Safiya
selepas tragedi sedih menimpa keluarga ini.

77
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“AUNTIE tak mahu Indah ke mana-mana lagi. Kerja dengan


auntie. Indah mesti kena cuba dulu. Jika Indah tak boleh buat
nanti, kita akan fikirkan sama-sama kerja lain yang sesuai.
Auntie betul-betul perlukan PA. Dah lama auntie cari. Auntie
rasa Indah sahaja yang layak.”
Indah tidak dapat membantah lagi kehendak tegas
Dato’ Safiya. Kasihan pun ada pada wanita ini. Nampak dia
ikhlas sangat pada Indah! Indah sendiri pun inginkan
pekerjaan. Hanya cincin misteri itu sahaja yang membuatkan
hati Indah berbelah bahagi.
Dengan keputusan itu, awal pagi Isnin, dia sudah
bangun untuk bersiap. Hari pertama bekerja, dia ingin
mempamerkan keyakinan diri yang tinggi. Indah memakai
kebaya labuh dari kain sutera Korea berona biru pemberian
Abang Saiful. Dia belum pernah memakai pakaian itu
sebelum ini kerana rancangnya ia akan dipakai semasa
bertandang selepas kahwin nanti. Nasib baik si Yazid
mencampakkan beg besarnya. Jika tidak, dia tidak mempunyai
apa-apa pakaian yang cantik pun.
“Wah… Cantiknya Indah. Macam nilah yang auntie
suka. Penampilan tu penting. Untuk keyakinan diri dan rasa
hormat orang.”
Indah yang sedang menuang air ke dalam cawan
Dato’ Safiya hanya mampu tersenyum dengan pujian itu.
Dato’ ini tak tahu, dia hanya ada beberapa pasang baju sahaja
untuk digilirkan.
“Indah tak banyak baju, auntie.”
“Tak apa, nanti kita pergi shopping. Errr… Tengok
tu, anak lelaki mama pun pakai baju sedondon dengan anak
perempuan auntie. Biru senada, macam dirancang-rancang
pula.”

78
Umie Nadzimah

Dato’ Safiya ketawa girang. Ceria betul dia pada


pagi ini. Tajul Razin yang baru masuk ke ruang makan
tercengang-cengang. Juga sedikit hairan dengan penampilan
anggun Indah. Penuh bergaya tapi cukup sopan. Kagum!
Selebihnya dia amat gembira melihat wajah mama yang
berseri-seri. Mesti ada sesuatu yang membahagiakannya.
“Zen, Indah nilah calon PA yang mama maksudkan
dulu. Ada ijazah IT kelas pertama ni. Jangan Zen tak tahu.”
Girang Dato’ Safiya membuat pengumuman.
Sungguh Tajul Razin terkedu! Terlalu banyak alasan
untuk dia kehilangan kata-kata.
Namun semasa Indah membawa cawan dan pinggan
ke singki dapur, Tajul Razin mengekori dan membisikkan
sesuatu…
Tiba-tiba Indah rasa benci dan geram yang amat
sangat pada lelaki ini.

79
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 8
P
ERTAMA kali menjejakkan kaki
di pejabat korporat kepunyaan
keluarga Dato’ Safiya, agak
mendebarkan hati Indah. Pejabat yang terletak di tingkat
21 dan 22 Wisma TS nampak mewah dengan reka bentuk
dan hiasan dalaman yang moden dan eksklusif. Indah terasa
dirinya seperti di dalam siri drama televisyen sahaja. Dia tidak
pernah menjangka akan berpeluang bekerja di tempat yang
hebat sebegini.
Menurut Dato’ Safiya, dia mengendalikan dua
syarikat. Yang pertama, syarikat yang ditinggalkan oleh arwah
suaminya, di mana Tajul Razin adalah pengerusi eksekutif,
dan Dato’ Safiya bertindak sebagai penasihat sahaja. Syarikat
yang satu lagi adalah kepunyaan Dato’ Safiya yang dikongsi
bersama seorang sahabat baiknya, iaitu syarikat yang
menerajui rangkaian gedung pakaian terkenal.
Indah amat terkejut bila mengetahui pemilik
Gedung Pakaian SAIN itu adalah Dato’ Safiya. Dari zaman
belajar lagi dia cukup mengagumi syarikat tersebut. Tidak
sangka, dia boleh bekerja terus dengan pemiliknya. Di pejabat

80
Umie Nadzimah

gedung pakaian inilah Indah diperlekehkan oleh seorang


pekerjanya beberapa minggu dahulu. Dan di hadapan gedung
itu juga, Indah memapah Dato’ Safiya yang hampir rebah,
lantas hubungan mereka menjadi rapat hingga ke saat ini.
Indah berkongsi bilik dengan Nora, setiausaha Dato’
Safiya. Bilik mereka bersebelahan sahaja dengan bilik Dato’.
Namun, Dato’ Safiya awal-awal lagi sudah menegaskan yang
Indah akan lebih banyak berada di biliknya untuk membuat
kerja-kerja sulit dan persendirian. Dan Indah juga akan
mengikut Dato’ Safiya ke mana sahaja dia pergi. Kecuali bilik
air sahaja dia tidak payah ikut. Hehehe. PA atau pembantu
peribadi skop kerja Indah memang betul-betul peribadi!
Menurut Dato’ Safiya lagi, kerja-kerja Indah lebih
banyak membantunya di dalam menguruskan perjalanan
rangkaian gedung ini, walaupun pejabat untuk mereka
berdua terletak di pejabat korporat Tajul Razin. Bermakna,
Indah tidaklah bekerja di bawah satu syarikat dengan si
garang itu, walaupun mereka sebumbung. Fuhhh! Nasib baik.
Setelah apa yang didengarnya dari mulut si garang itu pada
pagi tadi, dia tidak ingin lagi untuk berurusan apa-apa
dengan lelaki tersebut.
“Cincin tu harganya RM 30 ribu. Itu cagaran
kebahagiaan mama saya. Jika awak buat dia menangis, awak
siap! Sijil belian ada pada saya, dan saya akan buat awak
menderita lebih dari yang Dato’ rasa.”
Tajul Razin mengugut Indah! Itu yang Indah rasa
pada pagi yang penuh bahagia baginya. Indah ingin mula
bekerja dengan semangat dan azam yang baru, tetapi kata-
kata itu telah menggugat perasaan Indah.
“Dan satu lagi, jangan perasan yang saya boleh
jatuh suka pada awak. Tinggal di sini, kena selalu sedar diri

81
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

tu siapa.”
Eee… Sakitnya hati Indah. Perasannya dia! Siapalah
yang nak jatuh suka pada manusia macam tu?
Pada pagi tadi, Indah gugup untuk membalas kata.
Yang dia tahu, dia benci sangat-sangat dengan cara Tajul
Razin! Benci kerana masih menganggap Indah yang bukan-
bukan! Masih menaruh syak yang dia adalah perempuan
kampung yang akan mengambil kesempatan pada Dato’
Safiya. Dengan kata lainnya, mungkin Tajul Razin ingin
mengatakan dia adalah penipu, pengikis harta ataupun
pencuri. Huh! Sebab itu Tajul Razin kena ambil langkah
berhati-hati.
Itulah tujuan dia memasukkan cincin mahal itu ke
dalam beg Indah. Memang sah, cincin itu milik dia. Sebab dia
sudah mengaku memiliki sijilnya. Dan Indah yakin tidak ada
kena-mengena dengan Dato’ Safiya. Mamanya tidak tahu
langsung kes di antara Indah dan Tajul Razin selama ini. Cis!
Dia bukan sahaja garang, sombong, kedekut, prejudis malah
licik juga. Hari ini Indah dapat menambah lagi sifat-sifat keji
manusia seorang ini.
Sudahlah Indah! Fokus, fokuslah pada kerja!
Buktikan pada Tajul Razin keji itu bahawa kamu bukanlah
seperti anggapan dan sangkaannya! Buktikan! Yalah... Jika
nak benci pun, bukan boleh bawa penyelesaian apa-apa.
“Hebatlah anak saudara Dato’, hari pertama kerja
sudah boleh selesaikan masalah. Sudah berminggu-minggu
saya fikir macam mana nak buat. Ajaiblah tangan dia ni.
Macam emak saudaranya, bukan saja ada rupa, tapi bijak
juga. Beauty with brain.”
“Sudah-sudahlah memuji tu, Safuan. Kata banyak
kerja, asyik berulang ke bilik saya sahaja, bila nak siap? Bos

82
Umie Nadzimah

kamu tak melenting ke?”


“Dia kalau dengan saya kurang melenting, Dato’.
Lainlah jika dengan Zakiah ke, Rita ke, cepat benar darah dia
menyirap! Pantang perempuan-perempuan tu buat silap!”
Semua pekerja di sini menyangka Indah adalah
anak saudara Dato’ Safiya, sebab ganti nama diri ‘auntie’ yang
digunakan. Malahan Dato’ Safiya juga tidak pula menafikan
atau memperbetulkan sangkaan tersebut. Dia buat diam
sahaja. Indah lagilah tak berani. Bukannya apa, dia takut
Dato’ berkecil hati jika dia memandai-mandai. Dato’ macam
suka sahaja dengan anggapan itu.
Safuan diperkenalkan sebagai pembantu peribadi
merangkap setiausaha si garang. Indah ada terdengar dia ini
memang bermulut manis! Seharian dia berulang-alik sahaja
ke bilik Indah, tapi nasib dia kurang baik kali ini bila
terserempak dengan Dato’ Safiya yang sedang berdiri di pintu
bilik. Safuan macam tersipu malu juga di situ. Mungkin dia
datang atas arahan Tajul Razin untuk mengintip Indah! Ada-
ada sahajalah Indah ini. Ada ke berfikir sampai ke situ?
Menurut Kak Nora, pekerja lain semua tidak berani
bergurau senda atau berbual kosong dengan Dato’, apatah
lagi dengan Encik Tajul garang, kecuali si Safuan itu seorang.
Mungkin kerana dia juga kawan rapat kepada Encik Tajul dari
zaman sekolah, maka dia boleh berkelakuan begitu.
Weh! Di pejabat, si garang itu lebih dikenali sebagai
Encik Tajul. Bukan nama glamournya Razin atau Zen! Kata
Kak Nora, itu Tajul nombor satu. Adik-adiknya yang sekali-
sekala datang digelar Tajul nombor dua dan tiga.
Banyak juga maklumat tentang si Tajul garang yang
Indah dapat kumpulkan pada hari ini. Kebanyakannya yang
tak sedap belaka. Indah terdengar ada staf yang mengumpat.

83
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah tak berani nak join, tak nak cari nahas! Dato’ Safiya
awal-awal lagi sudah memberi amaran jangan masuk
kumpulan bergosip. Lagipun Indah sendiri tidak suka
sebenarnya. Mengumpat, mengata dan memfitnah orang itu
termasuk dalam dosa-dosa besar. Kena cari orang yang
diumpat untuk meminta maaf. Jika tidak, dosa tidak
terampun! Tipis harapan untuk ke syurga.
Rumusan untuk hari ini, Tajul garang memang
digeruni oleh pekerja-pekerja, terutamanya si kaum
perempuan. Sebab apa? Sebab dia garanglah! Cepat marah,
berangin tak tentu pasal!
Lewat petang, Indah mendapat satu SMS dari satu
nombor baru, tidak termasuk di dalam senarai daftar telefon
bimbitnya.

“Saya serius dengan apa yang saya katakan


pagi tadi. Jadi awak sentiasa dalam perhatian!
Jangan cuba-cuba berniat serong pada Dato’.
Dan jangan cuba untuk menggoda mana-
mana lelaki kat dalam rumah.-Tajul Razin.”

Ya Allah… Sakit hati betullah dengan dia ni. Tak


habis-habis! Indah dah faham, tak perlulah ulang banyak-
banyak kali. Tak cukup dengan cakap, dia nak guna telefon
pula. Esok, mesti dia godam e-mel pula.
Tapi yang kelakar tu, boleh dia kata Indah hendak
goda lelaki di dalam rumah tu? Dia fikir Indah ni perempuan
murahan sangat ke?
Tepat betul telahan Indah, memang dia
mengirimkan Safuan untuk mendapatkan maklumat. Borang
data peribadi Indah ada di atas meja Nora tadi, untuk dihantar

84
Umie Nadzimah

ke HQ gedung di Bukit Bintang. Jika tidak, mana dia dapat


nombor telefon bimbit Indah? Dato’ pun belum tahu lagi
sebab Indah sentiasa berada dekat dengan Dato’. Jadi, dia
tidak perlu berhubungan menerusi telefon.
Eee… Bencinya!!! Geram sangat-sangat! Dia ingat
Indah ni apa? Tak habis-habis curiga Indah orang jahat! Tak
henti-henti syak yang bukan-bukan. Takut nanti, jika ada
barang hilang dari rumah atau pejabat, Indah yang menjadi
sasaran sebagai suspek utama.
Indah membalas SMS.

Encik Tajul Razin, terima kasih kerana


mengingatkan. Encik jangan bimbang, saya
akan pastikan Dato’ akan sentiasa gembira
dengan saya, dan saya janji tidak akan goda
siapa-siapa. - Indah Halina.

Pesan ayah, api tidak boleh berlawan dengan api.


Jika orang sedang keras, kita pun tidak boleh turut sama
keras. Oleh itu, Indah tidak mahu mengikut rentak sewel
Tajul garang ini. Biar dia berlawan cara lembut. Tak
bermakna Indah kalah!
Sekejap sahaja dia mendapati SMSnya berbalas.

Awak jangan main-main dengan saya!!!

Hah! Sudah! Tajul garang ini entah apa-apa. Dia


yang tuduh Indah yang bukan-bukan, kata orang main-
mainkan dia pula.
Dan hari-hari seterusnya, sikap Tajul garang itu

85
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

tetap begitu juga pada Indah. Di hadapan Dato’ Safiya dia


akan berpura-pura melayan Indah dengan baik, tidak mahu
mama susah hati disebabkan sikapnya. Di belakang Dato’
Safiya, kata-kata dan SMS bagaikan cili api spesies paling
pedas. Berasap! Setiap hari ada sahaja kata-kata ugutannya.
Kadang-kadang Indah rasa tak sesuai pula rupa yang kacak,
manis dan baik itu dengan sikapnya yang macam pengganas!
Cara Tajul Razin membuatkan Indah berasa
tertekan apabila bersua muka atau mendengar nada dering
SMS. Pelik juga, dia boleh ada masa untuk buat semua ini,
sedangkan Indah tahu tanggungjawabnya terhadap kerja-
kerja syarikat bukannya sedikit!
Lantaran itu, Indah sudah merisik-risik sebuah bilik
kosong untuk dia berpindah. Bila sudah pasti nanti baru dia
akan memujuk Dato’ Safiya untuk melepaskannya pergi dari
rumah mewah itu. Cincin mahal yang menyusahkan itu akan
ditinggalkan sama. Mahu masuk lokap kalau Indah angkut
sekali!

INDAH rasa nak marah, tapi dia bawa bersabar saja. Muka si
garang ini ada sahaja menyibuk ke mana saja Indah dan Dato’
pergi. Pantang mama dia ajak, dia menurut. Lunch, hi-tea,
brunch, semua dia ada masa. Itu yang Indah pelik! Safuan
selalu kata bosnya sibuk, tapi boleh pula sentiasa temankan
mamanya makan.
Tengah hari ini pun sama. Cepat saja dia sampai
bila Dato’ menelefonnya, meminta untuk makan bersama.
Taat betul!
Itu membuktikan dia memang seorang anak yang

86
Umie Nadzimah

baik. Menurut sahaja segala permintaan mama. Kecuali satu


dia tak ikut, iaitu percubaan Dato’ Safiya untuk mengenenkan
dia dengan mana-mana perempuan untuk dijadikan pasangan
hidup. Semuanya gagal! Bab ini dia tidak mendengar kata
mamanya. Itu menurut cerita Kak Nora, Indah tak tahu apa-
apa dalam bab ini. Kak Nora ada juga tolong Dato’ membuat
temu janji, tetapi semuanya hancur, tidak berhasil.
Ek eleh... dalam Indah mengutuk, membenci,
meluat, geram kaw-kaw, ada juga hati memuji si garang ini!
Sungguh! Dia memang bagus kalau bab melayan makan
minum mamanya. Namun, dalam masa yang sama dia juga
mengambil kesempatan untuk menyakitkan hati Indah. Lagi
dan lagi.
“Auntie nak ke bilik air kejap.”
“Nak Indah temankan auntie ke?”
Dato’ Safiya tertawa kecil. Kepala Indah digosok-
gosoknya lembut.
“Auntie kan dah banyak kali cakap, kalau ke bilik
air tak payah ikut. Lagipun bilik airnya tu depan mata saja.
Teruskan makan tu sampai habis. Selalu makan tak habis,
tengok badan dah makin susut.”
Sebaik saja Dato’ Safiya membelakangkan mereka,
si garang pun mula mencebik bibir. Dia cemburu ke Dato’
lebihkan Indah?
“Mengada-ada. Nak bodek, kan? Nanti bolehlah
dapat baju mahal-mahal, kasut berjenama, beg tangan. Itulah
tujuan awakkan? Maklumlah sebelum ni mana pernah merasa
semua tu.”
Seperti selalu, Indah hanya tersenyum tawar dan
mendiamkan diri. Tak guna dia berbalas kata, buat hati
bertambah sakit saja.

87
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Dasar pengikis. Perempuan kampung.”


“Terima kasih encik kerana mengingatkan…”
Kalau Indah hendak membalas pun, itu sahaja ayat
yang dikeluarkan. ‘Terima kasih’ itu adalah perkataan
hikmah, boleh meredakan kemarahan orang. Tapi setakat ini
belum terbukti lagi, sebab bahan uji kajinya adalah manusia
berjiwa buruk sangka yang tega! Mungkin mengambil masa
yang panjang sikit.
Mendengar kata-kata yang dijangka itu, Tajul Razin
menjeling tajam ke arah gadis di hadapannya. Itu saja yang
boleh diucapkan dia. Macam ayat yang sudah dirakam, cuma
perlu diputar semula saja. Jangan harap dia nak dengar si
Indah membela diri.
“Indah!”
Kedua-duanya menoleh pada tuan punya suara di
tepi meja mereka. Kelihatan seorang lelaki berkemeja hijau
muda sedang memandang Indah dengan penuh perasaan.
Indah kaget! Mukanya menjadi pucat lesi.
“Errr... Aaa… Abang Saiful.”
Indah betul-betul tidak menyangka dengan
pertemuan ini.
“Aaa... Abang Saiful apa khabar?”
Indah masih mampu bersuara. Walaupun dia
melihat mata Saiful Azam tidak lari dari dirinya. Kemudian
mata lelaki itu beralih sekilas pada Tajul Razin.
“Inikah sebabnya Indah sembunyikan diri hari itu?”
lirih suara Saiful Azam.
Hah? Indah panik sekejap! Kenapa soalan macam
ini yang keluar? Di hadapan si Tajul pula tu.
“Abang Saiful… Indah… Indah cuba terangkan...”

88
Umie Nadzimah

Indah berkata perlahan, tetapi Saiful Azam masih


tidak memberi peluang. Dia terus saja memotong cakap.
“Tak perlulah nak berdolak-dalik lagi, Indah!
Sekarang dah terbukti Indah cuma mainkan perasaan abang.
Kasihan emak, abah, termasuk ayah Indah sendiri. Mungkin
abang tak cukup kaya untuk Indah, tapi tak malukah pakai
baju yang abang belikan untuk berjumpa dengan lelaki lain?”
“Abang Saiful… tolong bagi Indah peluang untuk
menerangkan perkara sebenar.”
“Ingat abang akan percaya? Mati hidup semula kami
sekeluarga tak akan percaya. Termasuklah ayah Indah. Tak
sangka orang yang nampak baik, nama pun Indah tapi hanya
taksub pada harta dan kemewahan. Selama ni kami memang
tertipu!”
“Hei… hei bro, what’s up? It’s public area, please
do respect us.”
Tajul Razin mencelah dengan bercakap ala-ala
Londonnya sebab muka Saiful Azam sudah semacam. Dia
risau takut kecoh menjadi-jadi. Nanti memalukan dia dan
lebih-lebih lagi reputasi Dato’ Safiya.
Mencerlung mata Saiful Azam pada Tajul Razin.
Rahangnya berbunyi-bunyi menahan geram.
“Kalau you suka sangat perempuan ni, ambillah! I
sikit pun tak kisah. Wife I seribu kali lebih cantik dan baik.”
“So? Kenapa nak bising-bising lagi di sini?”
Tajul Razin nampak serius sangat! Tapi Indah agak
lega. Jika tidak, macam-macam fitnah lagi akan disampaikan
Abang Saiful.
Saiful Azam memandang lagi Tajul Razin, sekilas
memandang tapi tajam. Pada Indah juga dia buat benda yang

89
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

sama. Kemudian dia pun pergi begitu sahaja. Lagipun dua


orang kawannya dari tadi asyik menggamit tidak jauh dari
situ.
Indah terdiam. Sampai begitu sekali penangan
fitnah Mak Cik Mariah dan Kak Zawati. Seksanya Indah rasa.
Hah? Tajul garang mulut berbisa merenung tajam
ke arah Indah selepas drama sebabak itu. Curiganya
bertambah-tambah. Setiap kata yang keluar dari mulut lelaki
yang tiba-tiba muncul itu dia simpan di dalam kepala! Itulah
cermin diri Indah, gadis kesayangan mama. Sudah terbukti
dia dari golongan mana.
“Errr… Encik Razin, saya pergi tengok Dato’ di
bilik air sekejap. Rasa dah lama dia di sana.”
Indah masih berasa gugup, tapi dia cuba mengawal
diri supaya nampak tenang, dan mencari jalan agar tidak
terus dipandang oleh lelaki di hadapannya.
“Hah… tahu pun! Dapat jumpa jantan, sampai tak
ingat kerja!”
Dan selepas pertemuan itu, kutukan serta kecaman
Tajul Razin semakin hebat! Sudah jelas Indah Halina tidak
sebaik yang mama sangka! Perempuan yang hanya mengejar
kemewahan!
Cuma Tajul Razin tidak tahu bagaimana hendak
menyingkirkan perempuan ini dari hati mama dan hidup
mereka sekeluarga. Dia tidak mahu wajah bahagia mama
yang sudah mula bertapak itu kembali hilang. Kegembiraan
mama nyata berbeza dengan kehadiran Indah Halina. Entah
kuasa apa yang dia guna, hingga mama nampak obsess pada
dia.
Kehadiran lelaki itu juga membuatkan kepalanya
berkecamuk. Pelbagai persoalan mula muncul. Siapakah

90
Umie Nadzimah

Indah sebenarnya? Siapakah lelaki itu? Indah lari? Aarghhh!!!


Walau siapa-siapa pun Indah, tapi kenapa Tajul
Razin tidak sanggup untuk menghalau dia? Alasan yang dia
sendiri berusaha keras untuk menafikan. Sudah jelas niat
gadis ini tidak baik, tetapi suara hatinya asyik sahaja
menidakkan.

91
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 9
M
ALAM itu, Indah diajak keluar
makan berdua dengan Tajul
Razin. Memang si garang itu
sudah merancang, dan dia telah siap meminta izin dari Dato’
Safiya. Mamanya memang tidak kisah. Lagi dia menggalakkan
sehingga Indah tidak ada alasan untuk mengelakkan diri.
Gembira Dato’ Safiya berganda-ganda jika dia tahu anak
sulungnya mahu keluar bersendirian dengan perempuan. Tak
kiralah mana-mana perempuan pun, asalkan baik di mata
Dato’. Jika dengan Indah, senyuman dia lagi lebar. Hatinya
cukup selesa dengan gadis berkulit kuning langsat rupa ala-
ala kacukan Melayu-Cina ini.
Entah mimpi apa si Tajul Razin!
Baru beberapa hari lepas Tajul Razin mengamuk
sakan dan mengungkit pasal Abang Saiful yang mereka
terjumpa pada hari itu. Serius, dia tanya apa hubungan Indah
dengan lelaki itu. Indah betul-betul kecut perut! Terketar-
ketar dia memberitahu itu bekas tunang tak jadinya, pilihan
keluarga. Selepas itu baru Tajul Razin boleh berwajah tenang.
Indah pening. Sesuka hati dia mengamuk,

92
Umie Nadzimah

mengutuk, mengeji, menghina Indah bagai, alih-alih pada


hari ini dia meminta menemankannya makan pula. Lalu ke
tekak dia hendak menelan makanan jika perempuan keji ada
di depan mata? Jika bersama Dato’ lainlah, sebab Dato’ selalu
menguasai keadaan. Indah pengikut sahaja.
Mesti si Tajul garang ada agenda tersendiri terhadap
Indah. Lagi dan lagi agendanya yang tersembunyi.
Tajul Razin membawa Indah ke restoran makanan
Cina. Indah ikut dan makan sahaja apa yang dia pesan. Tidak
kuasa untuk beramah mesra. Si garang ini juga tak bercakap
sepatah apapun. Bermula dari naik kereta, hinggalah
makanan dimasukkan ke dalam mulut. Betul-betul dia
perlukan Indah untuk menemankannya makan sahaja.
Mata dia seperti biasa, selalu tajam menikam. Tapi
kadang-kadang, pandangan dari mata itu boleh buat Indah
hampir rebah ke lantai. Mampu menjadikan seluruh tubuh
Indah lemah, dan terbang melayang.
Bila makanan sudah tinggal separuh, mata redup
lelaki itu mencerlung lagi ke arah Indah. Lama!
“Ada masalah ke tinggal di rumah mewah Dato’
tu?”
Wah… ingatkan makan berdua boleh jadi romantik,
tapi ayat yang keluar dari mulut dia tetap berapi dan
berdesing di telinga. Dia ni buat Indah hilang selera secara
tiba-tiba.
Indah menggeleng-gelengkan kepala. Memang dia
selesa tinggal di rumah besar itu, makan dan minum
semuanya berlebih-lebih, katil dan bantal yang empuk, ada
penghawa dingin lagi. Satu pun tak kurang di situ. Secara
fizikal, teramat selesa.
“Habis tu, kenapa gatal-gatal nak pindah? Tak

93
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

bebas?”
Amboi... amboi, cantiknya bahasa. Tak ingat ke
perangai dia yang cukup terhormat mencemuh orang tiap-
tiap hari tu? Ada hati lagi nak kata Indah saja gatal nak
pindah.
“Ke dah dapat sugar daddy yang kaya raya?”
Dia memandang Indah dengan lagak menyindir
pula.
“Macam saya ni, ada ke sugar daddy berkenan?
“Mana saya tahu. Zaman sekarang ni tak boleh
agak. Yang bertudung litup macam ni pun ramai yang kena
tangkap basah. Awak boleh jawab kenapa?”
“Encik Razin, kalau ya pun saya pindah rumah, saya
tetap bekerja dengan Dato’ Safiya. Gaji itulah yang akan
menyara diri saya. Rasanya tidak ada masalah di mana-
mana.”
“Ya ke? Tapi awak bagi masalah pada saya.”
“Apa masalahnya encik? Saya rasa encik pun suka
kalau saya tak tinggal situ lagi. Saya orang luar, bukan siapa-
siapa dengan keluarga encik. Dah tiba masa saya pergi dan
berdikari. Nanti kalau orang lain tahu saya ni hanya
menumpang di rumah encik, lagi teruk kena kutuk.”
Indah cuba mengawal suara supaya tenang dan
berlagak biasa sahaja, walau dalam hatinya sudah diserbu
rasa hiba. Dia tidak mahu menunjukkan rasa marah dan
dendam. Dia cuba memberikan alasan yang munasabah
untuk melepaskan diri. Dia tidak pernah memaklumkan
perkara ini pada Tajul Razin, tetapi Indah sudah beberapa kali
cuba memujuk Dato’ Safiya agar membenarkan dia keluar
dari situ.

94
Umie Nadzimah

“Sedar pun diri orang kutuk, ingatkan muka tebal,


tak ingat semua tu. Rupa-rupanya perempuan macam ni pun
ada rasa segan dan malu, eh! Tak sangka pula.”
Sambil dia berkata, dia mencebik. Ewah… ewah dia
ini, memang hati beku tak tahu langsung jaga perasaan orang
lain. Main sedap mulut dia saja. Ayat lelaki ini biasanya tak
banyak keluar, tetapi yang sedikit keluar memang sentiasa
berapi.
Indah sudah rasa semacam. Dia rasa kena juga
meluahkan apa yang sarat di dadanya selama ini.
“Saya sentiasa ingat diri saya, Encik Tajul Razin.
Saya tahu asal usul dari mana datang. Ayah saya sudah
bekalkan ilmu yang cukup untuk menjadi manusia yang
kenal diri. Selama ini saya sanggup tinggal di rumah encik
pun demi Dato’ Safiya. Saya sayang dan hormat dia. Tak nak
dia jatuh sakit dan saya suka bila lihat dia gembira. Tak lebih
dari itu. Dan saya tak ada niat lain, yang baik apatah lagi yang
jahat. Minta maaf saya cakap, saya memang terasa hati sangat
dengan segala cemuhan dan kutukan Encik Razin. Segala
harta encik, tak ada makna bagi saya. Kalau saya dapat ambil
pun bukan boleh bawa kebahagiaan, hak orang tetap hak
orang, tak akan menjadi hak kita. Dan bukan salah saya juga
masih menyimpan cincin mahal encik itu. Saya dah cuba
banyak kali untuk pulangkan, tetapi setiap kali itu juga juga
encik marah-marah. Jadi nanti saya akan tinggalkan di bilik,
terpulang pada encik nak buat apa.”
Haaa… sekali ini baru puas hati! Sekian lama dia
dikata bermacam-macam, buat kali pertama inilah Indah
berpeluang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati.
Tajul Razin terkebil-kebil. Pertama kali Indah
membela diri dengan panjang lebar. Jika tidak hanya ‘terima

95
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

kasih’ sahajalah ucapannya. Sebab itulah Tajul Razin semakin


lebih berani dan seronok dengan permainannya.
“Kalau encik tak ada apa-apa lagi nak cakap, saya
rasa eloklah saya balik dulu. Insya-Allah dalam sehari dua ni
saya akan pindah. Encik tak perlu risau apa-apa. Percayalah,
satu benda hak encik dan keluarga Dato’ pun, saya tak akan
ambil. Terima kasih belanja makan malam.”
Indah bangun, menolak kerusi ke belakang,
kemudian mencapai beg tangannya. Dia ingin pergi dahulu.
Tak kuasa lagi untuk balik dengan menaiki kereta bersama
lelaki itu. Entah macam mana dia rasa begitu sensitif pula
pada saat ini. Hatinya bagai disiat-siat bila terkenang segala
cemuhan dan kutukan Tajul Razin yang tidak pernah
berhenti-henti. Jika sebelum ini dia boleh bertahan, tapi tidak
untuk kali ini. Dia rasa begitu terhina dan hiba sekali. Lebih
menyayat lagi, bila air mata pun sama-sama hendak berkongsi
rasa. Masa inilah dia laju melangkah keluar.
“Heh… heh… Awak nak ke mana Indah?”
Tajul Razin panik! Spontan dia mencengkam tangan
Indah dengan kuat. Indah tidak boleh bergerak ke mana-
mana. Indah cuba melepaskan diri tetapi tenaga Tajul Razin
amat kuat untuk dikalahkan.
“Encikkk, tolonglah… lepaskan saya.” Lirih suara
Indah.
Tajul Razin tidak peduli. Dipegang kuat lengan
Indah, sehinggalah dia masuk ke dalam kereta. Dia takut jika
Indah pergi dan kali ini dia tidak dapat mencarinya lagi. Apa
yang hendak dikatakannya pada mama. Dia yang membawa
Indah keluar, dan patut kembali berdua juga, bukan dirinya
seorang.
Di dalam kereta, air mata Indah masih lagi tumpah.

96
Umie Nadzimah

Eee… Kenapalah nak bersedih sangat ni. Sepatutnya dia


gembira kerana dapat memuntahkan apa yang dia ingin
katakan selama ini.
Tajul Razin menghulurkan beberapa helai tisu pada
Indah. Bagi menyapu si air mata. Kelakarnya, Indah terima
pula.
Air mata perempuan! Baginya dikeluarkan untuk
berbagai-bagai tujuan. Untuk meraih simpati, untuk membeli
jiwa lelaki, untuk sorok hakikat sebenar, dan bermacam-
macam lagi. Perempuan pandai sahaja menggunakan apa
yang ada di tubuh mereka. Dia telah menyaksikan semua
drama-drama ini semasa dahulu, dan tidak mungkin dia akan
lupa.
Tetapi air mata Indah pada saat ini membuatkan
hati Tajul Razin benar-benar tergugat. Jujur sahaja mengalir
dari tubir mata ke pipi putih mulus itu. Menunjukkan
perasaan yang benar-benar dalam kesedihan. Ego tega
lelakinya jadi kendur. Kejam sangatkah sikapnya selama ini?
Zalim ke kata-katanya? Kejam dan zalim Tajul Razin! Kalau
perempuan lain, mahu ada yang membunuh diri! Tiba-tiba
perasaan sangat bersalah menghantui dirinya.
Tanpa diduga Tajul Razin meletakkan telapak
tangannya ke atas kura-kura tangan Indah. Diusap lembut
untuk memujuk.
Indah terus menyentap! Apa ni? Gila ke Tajul Razin
ini, fikirnya.
“Sorry… sorry. I don’t mean it.” Gugup suara Tajul
Razin. Dia rasa bersalah. Kenapa dengan dia? Semua di luar
kawalan jadinya.
Selepas itu lama mereka hanyut dengan perasaan
sendiri. Tajul Razin sedikit pun tidak nampak untuk cuba

97
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

menggerakkan keretanya. Dia kelihatan gelisah sahaja. Indah


pula sudah surut air mata, tak ada esakan lagi.
“Tahu tak, jika awak pindah, awak akan bawa pergi
sesuatu yang amat bernilai dari rumah saya?”
Indah terjegil mata pada muka Tajul Razin.
Wajahnya bertukar garang. Rasa geram Indah tidak dapat
dikawal lagi. Si Tajul ni tak faham-faham ke? Ke hati dia ini
memang spesies tak percaya pada orang langsung. Sia-sia
sahaja air mata dia mengalir keluar sebentar tadi, sampai rasa
hendak selesema dibuatnya.
Tetapi muka yang kononnya cengil itu, nampak
comel sangat di mata Tajul Razin. Rasa lucu mencuit-cuit
hati. Entah, dia tak pernah nampak macam ni pada
perempuan lain. Dengan perempuan yang seorang ni, semua
nampak lain! Segala-galanya berbeza!
“Errr… maksud saya, mama saya, Dato’ Safiya.
Auntie awak tu, akan sedih kalau awak pergi dari rumah dia.
Mama saya jauh lebih gembira bila awak bersama dia
beberapa minggu ni. Kalau awak pergi, awak turut membawa
kegembiraannya sama. Saya dah faham benar sikap mama,
dan mama akan murung kembali.”
Indah dengar suara dan bahasa Tajul Razin cukup
lembut di pendengaran. Tidak seperti selalu, apabila jauh dari
Dato’ Safiya. Pertama kali bahasa yang cukup indah menyapa
telinga perempuannya.
“Mama asyik marah saya. Dia kata sikap saya yang
menyebabkan awak ada sebut nak keluar dari situ.”
“Tak encik, saya tak pernah sebut apa-apa fasal
encik pada Dato’. Saya cakap benar, encik kena percaya.
Masalah kita, kita berdua saja yang tahu. Saya tak pernah
mengadu pada Dato’ mahupun Mak Siti. Saya tahu Dato’ tak

98
Umie Nadzimah

perlu tahu semua ini. Encik tolong percaya saya untuk kali
ini.”
Bersungguh-sungguh Indah meyakinkan Tajul
Razin supaya percaya. Sebenarnya Tajul Razin pun tahu
Indah tidak pernah bercerita pada Dato’ sebab mamanya tidak
pernah mengungkit hal rahsia mereka. Cuma mamanya rasa
dia bersikap garang dengan Indah seperti dia garang dengan
perempuan-perempuan yang lain.
“Jadi, demi mama saya, boleh tak awak jangan
tinggalkan rumah itu? Itu yang nak saya cakap pada awak
malam ini. Saya tak berniat untuk mencemuh atau mengutuk
awak. Saya tidak sengaja tadi.”
Memanglah selalu tidak sengaja, sebab dalam
jiwanya semua yang buruk-buruk sahaja pasal perempuan
ini.
“Errr… Saya ni bukan siapa-siapa dengan keluarga
encik. Tak sepatutnya saya menetap di situ.”
“Awak tak perlu pergi mana-mana. Rumah tu sudah
terlebih besar untuk kami sekeluarga. Anggaplah syarikat
mama saya bagi tempat tinggal pada PA dia. Bukankah awak
terpaksa membantu Dato’ dalam segala hal? Sampai
mengurut badan Dato’ pun awak buat. Tolong ya, jangan
sebut pasal pindah lagi depan mama saya?”
“Tapi encik pula? Bukankah encik tak suka dengan
saya?”
Tajul Razin menelan air liurnya. Rasa tercekik pula
kali ini. Hah! Baru padan muka. Kalau mengutuk orang, tak
beralas langsung! Jawab, jangan tak jawab Tajul Razin!
“Saya bukan tak suka tapi saya sentiasa perlu
berhati-hati. Awak tak tahu sejarah silam keluarga saya.
Kalau awak tahu Indah, tentu awak faham kenapa saya

99
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

bertindak begitu.”
Hmmm… Munasabah juga alasan Tajul Razin.
Indah tidak berani untuk bertanya, apakah sejarah silam itu?
Walaupun hati dia meronta-ronta nak tahu. Tapi Tajul Razin
baru hendak mengubah sikap terhadapnya, jadilah dia
kenalah bersabar. Jika Indah tahu, mungkin dia lebih
memahami keadaan keluarga Dato’ Safiya.
“Adik-adik encik macam mana pula? Takut mereka
tak suka juga ada orang asing di rumah mereka.”
Tiba-tiba Tajul Razin boleh ketawa. Julung kali
Indah melihat dia ketawa di hadapan Indah, tanpa Dato’
bersama. Boleh percaya ke ni? Dan kenapa dia perlu ketawa?
Di mana lucunya?
“Fasal adik-adik saya, awak jangan bimbang Indah!
Tajul Fahin, tentu suka awak. Dia pantang tengok perempuan,
lebih-lebih lagi yang manis comel macam ni. Cuma awaklah
yang kena hati-hati sikit dengan dia. Yang lagi seorang tu,
jarang ada di rumah. Jika dia ada pun, dia dengan dunia dia
saja, jarang bercampur orang.”
Ohhh… Indah terkedu. Dia kata Indah manis dan
comel? Telinga Indah tak salah dengar ke?
Dan Indah juga berasa hairan dengan dirinya. Kalau
dengan Tajul Razin, perasaannya cepat sahaja mengaku kalah.
Dicerca, dimarah macam mana pun, tapi hati masih boleh
berlembut lagi. Ini bermakna, dia akan terus menghuni di
rumah itu. Sampai bila? Entah… Indah sendiri pun tiada
jawapan.

100
Umie Nadzimah

SEDANG Indah khusyuk menghadap lap-top untuk


menyiapkan kerja-kerja di dalam bilik Dato’ Safiya, tiba-tiba
dia didatangi seorang lelaki yang…
“Mama!”
“Ya Allah, Fahin! Tiba-tiba saja terjengul kat sini.
Anak mama ni selalu buat mama sakit jantunglah!”
Dato’ Safiya memukul-mukul belakang anaknya.
Lelaki itu ketawa terkekek-kekek, membiarkan saja badannya
dibelasah manja. Seronok agaknya dapat buat kejutan pada
mama dia. Kedua-duanya berpelukan erat.
Indah memerhati sahaja. Sebak! Bahagianya orang
yang ada ibu! Lelaki ini mungkin anak kedua Dato’ Safiya
sebab semua orang mengatakan namanya Tajul Fahin.
Hmmm… dia seorang lelaki yang kacak juga, tinggi
dan tegap macam Tajul Razin, tetapi dalam hati Indah, Tajul
garang itu tetap nombor satu. Tajul Razin lebih manis raut
wajahnya, bibir dia ala-ala pelakon lelaki yang Indah suka
tu… ala Ashraf Muslim si ustaz tulah, maniskan! Chewah
Indah! Sudah ada perubahan nampak? Ada apa-apa perasaan
baru pada Tajul nombor satu ke?
“Rindu mama. Sebab tu terus terjah sini. Fahin
baru turun dari port ni.”
Indah dengar suara parau si Tajul nombor dua ini.
Alahai, macho lagi suara abangnya.
“Hah! Kalau dah rindu-rindu mama, tak payahlah
pergi lagi. Sebelah bilik mama ni masih kosong. Simpan
untuk Fahin dan adik.”
“Alaaa… mama, Fahin baru aje sampai, takkan nak
suruh kerja dah kut? Lagipun Fahin tak biasalah kerja di
darat. Tapi kalau mama bagi secretary yang ‘Fuhhh’, petang

101
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

ni juga Fahin sanggup mula kerja.”


Sambil-sambil berbual itu, dia ketawa lagi. Dan
mata Tajul Fahin sempat mengerling ke arah Indah. Dan
hatinya berdebar-debar melihat seraut wajah gadis ini.
“Itu nak kerja ke, nak menggatal? Hah sudah! Kalau
nak kerja tapi nak kena sogok dengan perempuan, mama tak
naklah! Fahin baliklah semula ke laut. Kalau kerja dengan
mama, mesti serius!”
“Macam anak kesayangan mama tu, ya? Seriusnya,
sampai girlfriend pun tak ada.”
“Fahinnn… don’t start. Kan baru saja jumpa
mama? Mama sayang semua anak-anak mama. You all saja
yang suka buat andaian sendiri.”
Dato’ Safiya seperti memberi amaran. Anak-anaknya
tak habis-habis…
“Okey… okey… mama, sorry.”
Tajul Fahin mengangkat kedua-dua tangannya
tinggi, mengaku kalah dan bersalah. Tersengih-sengih dia.
Lepas itu, dia memandang Indah yang mula menumpukan
semula pada kerja di hadapannya.
“Mama…”
Isyarat mata diberikan pada Dato’ Safiya untuk
bertanyakan pasal Indah.
“Haaa… lupa pula mama. Ini Indah, PA mama.
Indah, inilah anak kedua auntie, Tajul Fahin.”
“PA baru mama? Sweetnya kali ini. Pandai mama
pilih. Kalau macam ni, hari-hari Fahin nak datang
pejabatlah!”
Dato’ Safiya menjeling.

102
Umie Nadzimah

Mata Tajul Fahin menikam sepasang mata Indah.


Cantiknya mata! Dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman. Indah teragak-agak. Indah takkan bersalam
dengan lelaki bukan muhrim jika tidak darurat. Nasib baik
Dato’ Safiah berdeham beberapa kali mengalihkan tumpuan
Tajul Fahim.
“Bro, bila balik?”
Tajul Fahin hanya tersengih-sengih pada Tajul
Razin. Tak dijawab soalan abangnya. Mereka berpelukan
selepas itu. Perlakuan yang biasa setelah berbulan-bulan
tidak bertemu.
“Jom lunch.” Tajul Razin mengajak.
“Makanan Melayu okey? Rindu dengan ulam-ulam.
Fahin belanja. Ajak PA mama sekali ya?” Tajul Fahin
mengerling Indah lagi.
“Anak mama berkepuk duit dalam poket, bawa balik
duit dari laut, ya? Jom Indah, Zen… kita kenakan orang kaya
ni.”
Tajul Fahin ketawa senang. Indah lihat dia ini asyik
ketawa dari tadi. Tak pun tersengih-sengih. Berlainan
sungguh dengan karakter abang sulungnya yang serius
memanjang. Sepanjang mengenalinya, boleh dikira beberapa
kali sahaja dia lihat Tajul Razin ketawa. Tetapi adiknya, tidak
sampai satu jam, rasanya beratus-ratus kali dia ketawa,
sengih dan senyum. Kiranya bolehlah digelarkan Tajul
Sengih!
Tajul Razin memerhati sahaja gelagat adiknya yang
baru saja pulang bertugas dari laut. Entah kenapa dia berasa
amat tidak selesa setiap kali mata adiknya mengarah kepada
Indah. Hatinya dilanda satu perasaan yang semacam! Makin
bertambah-tambah perasaan huru-haranya!

103
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 10
“K
ENAPA Mak Siti susah-
susah tanam sayur-sayur
ni? Kan senang beli aje di
pasar, bertimbun-timbun sayur ada. Datuk nenek, mak bapak,
anak cucu ulam semua ada. Mak Siti saja nak menyusahkan
diri, terbongkok-bongkok di belakang ni. Kalau ada seribu
orang macam Mak Siti, mahu gulung tikar peniaga kat Chow
Kit tu.”
Mengekeh Mak Siti mendengar Indah membebel.
Geli hati. Dia nampak perangai Dato’ Safiya yang suka
membebel itu sudah menurun pada gadis ini. Selalu sangat
mereka bersama, jarang berenggang inilah hasilnya. Indah
yang cakap sopan santun masa mula-mula jumpa dulu, sudah
semakin pandai berceloteh itu dan ini, gaya datin-datin.
“Ini hobi Mak Siti. Dari kecil-kecil lagi dah terbiasa
menanam, kalau tak buat rasa tak sempurna hidup. Lagipun
Dato’ suka makan ulam-ulam Mak Siti ni. Katanya tak ada
bahan kimia. Dato’ tak suka sangat ulam-ulam yang beli kat
pasar-pasar tu. Belum tentu asal usulnya macam mana, letak
baja apa. Anak-anak dia pun sama, suka sayur Mak Siti. Encik

104
Umie Nadzimah

Razin, kalau dapat kacang botol Mak Siti buat ulam, Indah
lalu depan mata pun dia tak nampak tau.”
“Ya ke Mak Siti? Patutlah Mak Siti bersemangat
menanam! Tapi takkanlah kacang botol tu lebih cantik dari
Indah kut?”
“Heh! Bila pula Mak Siti kata kacang botol tu
cantik?”
“Habis tu sampai Encik Razin tak pandang Indah
sebab kacang botol? Mak Siti yang kata tadikan?”
Cubitan terkena di lengan Indah. Habis lengan
putih melepak itu terpalit dengan tanah dari tangan Mak Siti.
Tak sempat dia mengelak. Sambil tergelak-gelak dia bangun
untuk menolong Mak Siti mengangkat beg-beg plastik besar
yang telah diisi dengan tanah organik untuk menanam sayur
dan ulam-ulaman.
“Nak letak di mana ni Mak Siti?”
Mak Siti menghalakan jari telunjuk ke pondok
berbumbung yang mempunyai banyak para-para. Dato’ Safiya
telah membina tempat khas untuk Mak Siti melakukan
hobinya. Sejak dari dulu lagi, apabila ketiga-tiga anak Dato’
Safiya sudah meningkat dewasa, Mak Siti ada banyak masa
untuk dihabiskan berkebun di belakang rumah. Lagipun
pembantu rumah seorang lagi masih ada untuk menguruskan
kebersihan.
“Indah susun di situ. Esok boleh Mak Siti pindahkan
anak-anak sawi dan kailan. Mak Siti ni, kalau bab menanam
tak apa. Tapi bab mengangkat-angkat yang lemah. Sakit
pinggang. Nasib baik hari ini Dato’ tak kacau Indah, bolehlah
Mak Siti pinjam tenaga apa ke nama p… p… p apa? Mak Siti
lupalah!”
Mak Siti tergelak sendiri.

105
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“PAlah Mak Siti. Dah berapa kali Indah bagi tahu. ”


Selesai saja tugasnya, Indah duduk kembali di
hadapan Mak Siti. Badannya sudah berpeluh-peluh.
“Indah nak tahu, Dato’ gembira sangat bila Encik
Razin bagi tahu Indah tak jadi pindah. Jika tak, dia tak habis-
habis merajuk dengan Encik Razin. Dato’ kata sebab perangai
garang anak dialah punca Indah tak nak tinggal di sini. Betul
ke Indah?”
Indah terdiam sekejap mendengar kata-kata Mak
Siti. Betullah apa yang disampaikan oleh si Tajul garang itu.
Dia tak reka-reka cerita yang mamanya marah. Rasa bersalah
mula menghantui dirinya. Indah telah menyusahkan orang
lain.
“Taklah, Mak Siti. Encik Razin tu baik. Indah nak
pindah sebab nak bela kucing. Macam Mak Siti suka
menanam, Indah pula tak boleh hidup kalau rumah tak ada
kucing. Mak Siti tau, Indah bela enam ekor kucing di rumah
ayah. Rindu sangat pada Vios, Altis, Camry, Latio, Jazz dan
Swift.”
“Amboi, ramainya kucing Indah bela. Nama pelik-
pelik pula. Mak Siti nak menyebut pun payah.”
Dua-dua tergelak. Haahlah, Mak Siti bukan sahaja
tergeliat lidah, tapi nak ingat pun payah. Dia manalah tahu
nama jenis-jenis kereta zaman sekarang.
“Sebab tulah, Mak Siti. Indah suka kucing, tapi
takkan nak bela di rumah ni. Sudahlah menumpang.
Melampaukan? Beri betis nak paha pula. Sebab tu Indah nak
cari rumah lain. Tapi tak apalah, kesian Dato’. Kerja dia
banyak. Kadang-kadang dia perlukan Indah siapkan kerja
waktu malam. Makan, minum, jadual ubat semua kena jaga.
Tinggal dengan dia lebih mudah. Indah tak boleh pentingkan

106
Umie Nadzimah

diri sendirikan?”
Itu sajalah alasan kukuh yang boleh Indah beri pada
Mak Siti. Tapi Indah tak tipu. Indah memang peminat setia
kucing-kucing. Selama ini itulah teman-temannya bercakap.
Dia tidak ramai kawan di kampung, juga tidak mempunyai
adik-beradik lain kecuali Kak Zawati yang pemarah dan
pembuli itu.
“Yalah. Indah kena juga fikir fasal orang lain.
Dengan Mak Siti pun, kasihan juga kalau Indah pergi. Mak
Siti tak ada kawan nanti. Dengan Encik Razin pun kasihan.
Dato’ asyik merungut marahkan dia. Lagipun Mak Siti tengok
dia macam lembut hati pada Indah. Kalau dengan perempuan
lain, dia nak pandang pun susah, tau. Dengan Indah dia jadi
lain.”
“Pandai-pandai ajelah Mak Siti ni.”
Dalam hati Indah, Mak Siti tidak tahu macam mana
layanan Tajul garang itu padanya. Jika Mak Siti tahu, tentu
dia kecewa. Encik Razin, bos kesayangan Mak Siti tu memang
tidak melayan mana-mana perempuan pun, tapi dia tak ugut
mereka macam yang dia ugut Indah. Layanan dia pada Indah
‘istimewa’ sekali. Lain dari yang lain.
Namun begitu, kata-kata Mak Siti tadi membuatkan
hati Indah rasa berbunga-bunga. Indah juga inginkan begitu.
“Mak Siti jaga dia dari kecil Indah. Luar dan dalam
semua Mak Siti tahu. Dah macam anak Mak Siti dia tu.”
“Ya Mak Siti, Indah percaya. Janganlah buat muka
sedih-sedih macam tu, tak rock tau! Nanti sayur-sayur ni tak
nak tumbuh.” Indah mencuit-cuit pinggang Mak Siti hingga
orang tua itu mengekek semula.
“Kalau Encik Razin suka pada Indah, Indah terima
tak?”

107
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“His... Mak Siti ni, ke situ pula tanya. Indah tak nak
jawablah! Tanya soalan lain.”
Indah rasa muka dia terasa panas. Walaupun
sekadar Mak Siti, tapi ini isu sensitif. Mana boleh dia berterus
terang dengan perasaan yang baru hendak bercambah. Pada
Indah, Tajul Razin tidak pernah memandangnya sedikit pun.
Siapalah Indah, kan? Dari awal-awal pertemuan lagi, gayanya
memandang hina pada Indah. Indah sedar semua itu. Kalau
ada pun perasaan padanya, itu biarlah rahsia. Siapa-siapa pun
tidak boleh tahu.
“Soalan lain tak ada. Kena jawab juga yang itu. Jika
tak, Mak Siti merajuk tak nak masak dua hari.”
“Gitu pula? Laparlah semua orang bila tukang
masak terkenal mogok!” Indah cubit lengan Mak Siti. Mak
Siti meledakkan tawanya lagi. “Mak Siti niii... tanya yang
bukan-bukanlah! Soalan tak tapis langsung! Encik Razin tu
umpama merak kayangan, sedangkan Indah ni hanya burung
rimba yang hodoh dan hitam legam. Mana boleh terbang
seiringan. Kalau terbang pun, mungkin Indah akan jatuh
terjelepuk di atas tanah. Tak ada siapa yang akan peduli.
Indah sedar diri Indah ni siapa, Mak Siti. Sebab tu Indah tak
berangan tinggi. Manalah Indah layak untuk bergandingan
dengan dia.”
Mak Siti terlopong. Betul juga kata budak ini.
Takkanlah Tajul Razin yang sempurna harta dan rupa itu
boleh berkenan dengan gadis yang berasal dari kampung,
malah tidak tahu pun dari mana asal usulnya. Tajul Razin
keturunan bangsawan. Dengar nama pun orang sudah
maklum. Dia sendiri pun tidak terfikir, main ikut sedap rasa
saja hendak memadankan jodoh orang. Nak jadi match
makerlah konon. Hehe… Melampau betul Mak Siti ni.

108
Umie Nadzimah

Tercuit hati Tajul Razin yang telah lama berdiri


tidak jauh dari situ. Merak kayangan? Dia tak pernah
merasakan dirinya ‘segah’ itu. Indah, seorang yang merendah
diri, sedangkan dia juga cantik dan bijak. Walaupun
penampilannya setiap hari hanyalah berbaju kurung dan
berkebaya longgar, tetapi Tajul Razin selalu terperasan banyak
lelaki-lelaki di luar sana yang memandangnya dengan penuh
perasaan. Gandingannya mestilah lelaki yang sepadan, baik
dari segi rupa mahupun harta. Seperti Tajul Razin? Hmmm…
Itupun jika ada yang sudi. Rasa termalu sendiri pula.
Indah bukanlah seperti yang disangkanya. Hari ini
dia tahu lagi satu kelebihan yang ada pada gadis itu. Semakin
mengenali, dia merasakan Indah ini seperti nama dia juga.
Indah di luar, indah juga di dalam.
Hati Indah memang baik dan tulus. Paling terkesan
dalam hati Tajul Razin adalah peristiwa pada hari Sabtu lepas.
Dia keluar dengan Indah untuk membeli hadiah sempena
hari jadi mama. Itupun dia rasa Indah melakukannya sebab
terpaksa demi Dato’ Safiya. Tapi Tajul Razin gembira sebab
Indah pandai memberi pendapat tentang apa yang mama
suka.
Selepas membeli hadiah mama, Tajul Razin ke kedai
pakaian lelaki, dan Indah memberitahu dia akan berada di
tengah mall. Dia tercari-cari Indah selepas selesai ke kedai
tersebut. Pada mulanya rasa nak marah juga sebab dia tidak
nampak Indah yang telah merayap entah ke mana. Telefon,
tidak berangkat pula.
Bila nampak sahaja Indah terbaring di atas katil
kempen derma darah di situ, perasaan marah tadi terus
lenyap, malah rasa bersalah pula. Sempat lagi dia menderma
darah rupanya!

109
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Kenapa derma darah?”


Tajul Razin bertanya semasa mereka dalam
perjalanan pulang. Wajah Indah nampak letih dan pucat.
“Itu sahaja yang mampu saya sumbangkan pada
yang memerlukan. Nak bagi duit, saya tak mampu lagi. Jadi,
apa yang saya boleh beri, saya berilah.”
Ohhh... Tajul Razin rasa terpukul sendiri. Dia yang
kaya raya itu jarang memikirkan keperluan orang lain. Yang
dia asyik fikir bagaimana hendak menambah harta yang ada.
“Tapi awak tu sihat ke? Suka-suka hati keluarkan
darah? Muka sendiri pun kadang-kadang pucat, ada hati nak
bantu orang lagi.”
“Insya-Allah encik, dah banyak kali saya derma
darah, sejak umur saya 19 tahun lagi. Setakat ni tak ada
masalah pun. Kali ini saya berniat, semoga Allah berikan
kesihatan yang baik untuk ayah dan Dato’ Safiya.”
Tajul Razin terkedu! Di situ dia ternampak
kejujuran dan keikhlasan Indah. Masih ada rupanya
perempuan yang baik selain dari mama dia.
Setiap malam dia menyenaraikan kebaikan dan
keburukan yang ada pada Indah. Ternyata keburukan Indah
jauh ketinggalan dari kelebihan yang dia ada. Mama betul,
Indah memang lain dari yang lain. Naluri perasaan mama
selalunya tepat.
Tajul Razin pun tidak mengerti dengan perubahan
pada dirinya sekarang ini. Entah hormon apa yang terlebih
rembesan. Kadang-kadang dia rasa dia sudah gila. Boleh
percaya ke Tajul Razin yang gah dan penuh ego itu boleh
main sembunyi-sembunyi untuk melihat tingkah laku Indah?
Ahhh! Semua tindakannya di luar kawalan. Bukan akalnya
yang waras untuk buat semua itu.

110
Umie Nadzimah

ULANG TAHUN kelahiran Dato’ Safiya hanya dirai oleh anak-


anaknya, Indah dan Mak Siti sahaja. Mereka makan malam di
restoran mewah yang ditempah khas oleh Tajul Razin. Setiap
tahun juga begitu, Dato’ Safiya hanya menyambut hari jadi
bersama mereka. Cuma tahun ini dia rasa lebih ceria kerana
kehadiran Indah, gadis yang kini dekat dalam hatinya.
“Mana Fahin ni, Zen? Tak patut dia buat kita
tertunggu-tunggu.”
“Kejap lagi sampailah tu, mama. Agaknya jalan
sesak. Biasalah jalan menuju Bukit Bintang masa-masa
macam ni.”
Dato’ Safiya sudah mempamerkan wajah sedih.
Sepatutnya semua anaknya ingat dan berada di situ tepat
pada masa yang dijanjikan. Itu menandakan mereka sayang
dan ambil berat padanya. Ini tidak, cuma Tajul Razin sahaja
yang nampak prihatin. Dua orang lagi seolah-olah endah
tidak endah sahaja pada mama mereka.
Lihat sahajalah pada malam ini. Yang seorang siang
tadi telefon dari kota London, katanya tidak sempat balik
untuk meraikan bersama kerana tidak dapat tiket kapal
terbang. Entah ya entah tidak alasan Tajul Zahin, si anak
bongsunya. Bukan Dato’ Safiya tidak tahu kegilaan anaknya
pada bidang seni. Semua cabang seni dia minat. Muzik,
lukisan, malah menari pun dia suka. Kalau asyik tunda-tunda
balik ke sini, bermakna ada lagilah agenda seninya yang
belum selesai.
Itu yang berpuluh-puluh ribu batu jauhnya. Yang
dekat ini pun sama. Dato’ Safiya tahu Tajul Fahin tidak akan
datang. Dari riak wajah Tajul Razin yang gelisah itu pun Dato’
Safiya tahu anak keduanya tidak akan muncul. Hanya anak
sulungnya sahaja yang selalu berusaha menghubungi adik-

111
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

adiknya yang berbagai ragam itu.


Telefon bimbit Tajul Razin berbunyi.
“Hah, Fahin? Kenapa bro?”
Selepas beberapa ketika mendengar penjelasan dari
sebelah sana, Tajul Razin memutuskan talian.
“Fahin minta maaf mama, ada kemalangan teruk.
Kereta dia tak boleh bergerak langsung. Nanti dia belanja
mama ya?”
Indah yang seperti mengerti keadaan sebenar cuba
mengalihkan mood sedih Dato’ Safiya kepada mood yang
lebih baik. Berbagai-bagai cara dia gunakan untuk
membuatkan Dato’ tersenyum semula dan berselera untuk
menjamah makanan.
Melihat situasi itu, Tajul Razin rasa terhutang budi
pada gadis yang mula dikagumi secara diam-diam itu. Indah
memang istimewa. Ya, istimewa sekali.
Tiga jam selepas itu, Indah yang baru keluar dari
bilik Mak Siti untuk menuju ke biliknya di tingkat dua,
terkejut yang amat sangat dengan apa yang dilihatnya.
Tajul Razin sedang memapah Tajul Fahin yang
terhuyung-hayang. Ini sudah tentu penangan air syaitan! Bau
dari badan Tajul Fahin juga bukan bau yang menyenangkan
fikiran. Hesy... Teruknya perangai Tajul sengih ni.
“Bro... who’s that? Pretty cute girl. I like…”
Tangan Tajul Fahin cuba-cuba mencuit Indah yang
lalu berdekatan, tetapi cepat-cepat dihalang Tajul Razin. Dia
menggeleng-geleng kepala. Geram dengan perangai adiknya.
Sudah tua-tua bangka pun perangai menyusahkan orang!
“Indah, masuk bilik cepat!”
Tajul Razin mengarah Indah dengan suara yang

112
Umie Nadzimah

perlahan. Indah akur, lalu mempercepatkan langkahnya. Dia


pun rasa gementar. Takut dan terkejut!
“I like her... I like her…”
“Please, jangan sentuh dia okey? You drunk!”
Tajul Razin seperti memujuk adiknya, dan berusaha
keras untuk memapah tubuh sasa itu ke biliknya. Geram dia
dengan Tajul Fahin. Dah mabuk sudahlah, nak sentuh-sentuh
anak dara orang lagi. Mulut pula tidak tahu diam. Dia takut
mama perasan, habis tembelangnya untuk ‘cover line’ ketika
makan malam tadi. Sebenarnya yang menelefonnya tadi
adalah Safuan, bukan Tajul Fahin. Tajul Razin telah
menghantar SMS kepada Safuan supaya membuat panggilan
padanya demi membuatkan mama gembira.
“I like her!!!”
Tiba-tiba si mabuk menengking abangnya.
“Sssyyy... Diam sikit, be careful... Pleaselah Fahin.
Kesian mama.”
Tajul Razin bimbang sangat, takut mamanya
melihat keadaan Tajul Fahin yang begitu. Kasihan mama,
bukan ini hadiah untuk hari ulang tahunnya. Tentu mama
akan bertambah kecewa.
Namun, usaha menyembunyikan perangai adiknya
sia-sia sahaja, apabila Dato’ Safiya sedari tadi mengintip
perlakuan dua beradik itu dari sudut yang terceruk.
Sementara itu, Indah yang turut mengintip, merasa
sangat hiba melihat air mata seorang ibu pada hari lahirnya.
Tidak henti-henti Dato’ Safiya mengelap air matanya. Lalu dia
menuju ke tempat wanita itu berdiri lantas memeluk erat.
Dia membalas pelukan itu, dengan harapan Dato’ Safiya rasa
sedikit reda.

113
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Dan pada malam itu, Tajul Razin rasa sungguh


takjub apabila masuk ke dalam bilik mamanya. Dia mendapati
seorang gadis yang sungguh comel berambut hitam lebat
yang menutupi sebahagian wajah, tidur lena sekali sambil
memeluk Dato’ Safiya.
Mesti mama telah melihat apa yang berlaku, sebab
itu Indah cuba memujuk sehingga dia boleh tertidur di situ.
Dalam samar-samar cahaya lampu tidur itu, dia perasan
masih ada air mata mama yang bergenang di bawah mata.
Indah, memiliki perasaan yang seindah namanya!
Saat itu Tajul Razin merasakan perasaannya benar-
benar terjerat dengan ketulusan hati seorang perempuan.

114
Umie Nadzimah

Bab 11
H
AMPIR jam dua belas tengah
hari, Indah dan Dato’ Safiya
baru sampai ke pejabat korporat
di Jalan Sultan Ismail. Pagi-pagi lagi mereka telah keluar
dari rumah berjumpa dengan pelanggan untuk berbincang
tentang projek perniagaan sambil bersarapan.
Indah lihat, Dato’ Safiya begitu menunjukkan
komitmennya dalam perniagaan. Sepatutnya dia hanya
membiarkan segala tugasan dilakukan oleh pengurus besar,
tetapi tidak, dia masih mahu bersua muka dengan
pelanggannya, walaupun kadangkala hanya dengan bersapa
sahaja. Cara dia yang prihatin itu sudah tentu memikat hati
banyak pelanggan dan menarik minat untuk terus
menjalinkan hubungan perniagaan.
Disiplin dan komitmen! Sesuatu yang Indah belajar
untuk menjadi wanita berjaya seperti Dato’ Safiya.
Buka sahaja pintu bilik, Indah dan Dato’ Safiya
terkejut kerana Tajul Fahin sudah sedia menunggu di dalam.
Apabila terpandang sahaja mereka berdua, dia hanya
tersengih-sengih. Ceh, tak sedar diri punya anak! Semalam,

115
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

selamba saja melukakan hati mamanya. Hari ini datang dan


buat pula muka tak tahu malu. Macam tak buat salah
langsung! Indah merungut-rungut dalam hati.
Orang yang ada ibu, tidak pula menghargainya. Jika
jadi seperti Indah, baru mereka tahu betapa bernilainya kasih
seorang ibu walaupun hanya sesaat! Bagi Indah, jika dia dapat
memeluk ibu kandungnya walau hanya sekali, sudah cukup
untuk dikenang sepanjang hayat. Tapi malangnya dia tidak
pernah dapat, walaupun hanya satu peluang!
“Mama… I am so sorry about last night. Fahin
bukan sengaja tak datang.”
Menyampah Indah lihat Tajul Fahin memeluk Dato’
Safiya. Cuba memujuklah agaknya. Heh! Dia tak ingat ke
yang dia mabuk tunggang-langgang semalam? Yang
disebutnya hanya pasal tak datang majlis makan malam. Dia
tidak tahu ke yang mamanya sangat kecewa bila melihat
dirinya yang merapu dalam keadaan yang tidak sedarkan diri?
Indah sendiri pun masih seram sejuk bila
mengingatkan apa yang diperkatakan oleh Tajul Fahin
semalam. ‘I like her’. Eee… geli telinga Indah! Macam itu
agaknya orang mabuk? Dua puluh tiga tahun hidup, inilah
pertama kali Indah lihat. Nasib baik ada Tajul Razin, jika tidak
Indah tidak tahu keadaannya.
Tajul Fahin masih mendakap Dato’ Safiya. Di
ciumnya pipi kiri kanan dan kemudian ubun-ubun mamanya.
Mulanya Dato’ Safiya seperti masih merajuk dan marah,
tetapi bila diperlakukan begitu dengan penuh kasih sayang
oleh anak, hatinya mencair. Lalu terukir senyuman di bibir.
Wajahnya jadi berseri-seri.
Kasih seorang ibu pada anak tetap kekal sampai
bila-bila, walau apapun keadaannya.

116
Umie Nadzimah

“Sudah-sudahlah Fahin, lemas mama.”


Akhirnya, Dato’ Safiya mengaku kalah dengan
belaian anaknya yang tak henti-henti. Tajul Fahin melepaskan
mamanya dengan tawanya yang riang. Dia menyeluk saku
seluar dan mengeluarkan sebuah kotak kecil yang dihiasi
reben.
Dato’ Safiya menerima huluran anaknya dengan
senyuman lebar.
“Istimewa untuk mama tersayang. Selamat hari
lahir. Nak bagi malam semalam, tapi tak dapat. Fahin beli
masa singgah di Cape Town tempoh hari.”
Tajul Fahin mengucup sekali lagi pipi putih gebu
Dato’ Safiya. Bersungguh-sungguh dia memujuk mamanya.
Dapat Indah simpulkan, walaupun perangainya teruk, kasih
sayang pada mamanya tetap kemas. Dia tahu sudah
menyakitkan hati mama, sebab itu dia bekerja keras sekarang
ini.
“Jom! Fahin nak bayar balik dinner semalam pada
mama. Indah ikut sekali, ya?” ajak Tajul Fahin sambil
mengalih pandangan pada Indah dengan penuh perasaan. Dia
merasakan ada berhutang dengan gadis itu, tapi tidak tahu
apa bendanya. Tetapi rasa bersalah menghantui kepalanya.
“Errr… Saya ada janji dengan Encik Razin.”
“Haahlah Fahin, Razin dah janji nak pergi belikan
Indah telefon baru tengah hari ni. Susah betul kalau telefon
bimbit PA mama selalu meragam.”
“Ohhh. Ya ke?”
Indah lihat muka Tajul Fahin berubah tiba-tiba.
Muka yang selalu manis macam gula itu boleh nampak
tegang dan masam.

117
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Tapi kalau sekadar telefon bimbit, Fahin pun boleh


belikan lepas kita makan nanti mama. Takkan cik abang kita
yang paling sibuk itu ada masa kut?”
“Eh. Tak payahlah Encik Fahin. Menyusahkan encik
saja. Sebenarnya Encik Razin dah suruh Safuan pergi dengan
saya.”
“Alah, biarlah Indah pergi dengan Razin atau
Safuan sekalipun. Mama pun ingat nak date dengan Fahin
saja. Lama juga kita tak sembang-sembang berdua saja.
Terlanjur Fahin nak cover balik masa semalam, boleh?”
Tajul Fahin kembali tersenyum. Mengangguk pada
mamanya. Tak mengapalah, Indah tidak ikut sekali atas
permintaan mama, sebab dosanya pada mama semalam
rasanya tidak terampun. Boleh dia berparti sakan hingga lupa
mama dan mereka yang menunggunya. Lagipun hatinya
berasa lega bila dengar Indah pergi dengan Safuan, bukan
abangnya. Dengan Safuan, tidak perlu risau. Dia bukan
macam lelaki sangat, lembut semacam saja. Tetapi, takkanlah
abangnya tiba-tiba hendak keluar berdua dengan perempuan.
Boleh terbalik dunia kalau Tajul Razin buat!
“Kita ke Kafe Hot Pot saja boleh? Dah lama mama
tak ke situ. Rindu pula dengan Anita.”
“Your pleasure, my precious lady.”
Dua beranak itu tertawa riang. Senangnya Dato’
Safiya dipujuk anaknya, fikir Indah. Dan Indah juga
bersyukur bila tidak perlu makan tengah hari bersama Tajul
Fahin di luar. Bukannya apa, bila terkenang perangai
mabuknya semalam, hati Indah rasa tidak selesa lagi dengan
anak kedua Dato’ ini. Untuk hari ini dia masih tidak dapat
melupakan apa yang dilihat dan didengarnya. Esok-esok dia
tidak tahu lagi.

118
Umie Nadzimah

Kafe Hot Pot? Hmmm, tempat Indah dianiayai


dahulu. Apabila teringat pada kafe tersebut, Indah terkenang
kembali wajah seorang pelanggan lelaki yang bersama
seorang perempuan yang mempermainkannya. Ya, wajah
ketawanya saling tidak tumpah dengan wajah Tajul Fahin.
Sah! Memang itupun orangnya. Tidak salah lagi.
Setelah Dato’ Safiya dan Tajul sengih pergi, muncul
pula Encik Tajul Razin menjemputnya untuk keluar
sepertimana yang dijanjikan pada Dato’ Safiya semalam.
Nampaknya musnahlah harapan Indah. Jika bersama Safuan,
dia akan menjadi manusia bebas, boleh buat dan pilih apa
yang dia suka. Tetapi Indah rasa lebih selamat keluar bersama
Tajul garang berbanding dengan Tajul sengih yang kaki
mabuk itu.
Sebenarnya, dalam diam dia juga mendoakan Tajul
Razin yang datang, dan bukan Safuan. Entah kenapa, hatinya
berkehendakkan begitu walaupun dia tahu dia tidak
sepatutnya mencambahkan sebarang harapan pada lelaki
yang satu itu. Namun hati tetap berdegil!
Tetapi sebentar tadi Encik Tajul Razin kata tidak
dapat pergi bersama dan akan menghantar Safuan untuk
menemani dia. Sekarang lain pula. Apa hal?

“APA masalahnya lagi, Safuan? You call I malam-malam ni


sebab GM tu? Apa gunanya I bayar gaji dia mahal-mahal kalau
masalah macam ni pun dia tak dapat nak handle? Sikit-sikit
nak HQ selesaikan.”
Melenting kasar suara Tajul Razin di meja makan.
Walaupun hanya marah di corong telefon, gayanya seolah-

119
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

olah si Safuan berada di hadapannya sahaja. Indah, Dato’


Safiya dan Mak Siti terdiam jadinya. Siapa pun tak berani
bersuara ketika itu. Tajul Razin, kalau bab melenting, kecut
semua orang dibuatnya.
Kemudian dia memberi peluang kepada Safuan
memberi penjelasan.
“Bullshit! Stupid! Takkanlah hanya kerana staf bagi
notis 24 jam, dia tak dapat submit tender tu? Bodoh punya
GM.”
Tajul Razin terjerit lagi. Nampak gayanya pada
malam ini semua orang kenyang dengan marah dan jerit dia
sahaja. Gaya dia membuatkan semua orang patah selera
hendak menyambung makan.
“Apa? Indah? No way! You ni tak ada cara lebih baik
ke nak selesaikan? She’s my mum’s assistant. Takkan nak jadi
assistant GM bodoh tu pula? Suruh dia selesaikan sendiri.
Apa-apa pun I nak dia hantar tender tu tepat pada masanya.
Jika tidak, dia patut resign!”
Pap! Kasar Tajul Razin memutuskan talian. Dia
memandang Dato’ Safiya yang sedang merenungnya. Satu
keluhan kasar dilepaskan.
“Apa masalahnya Zen? Boleh tak selesaikan secara
tenang dan diplomasi? Tak elok jerit-jerit macam tu pada staf.
Mama tak pernah ajar Zen macam tu, kan? Kawal sikit marah
tu. Nanti hilang rasa hormat pekerja pada kita.”
Tajul Razin melepaskan keluhan sekali lagi. Indah
pun ingin sangat tahu apa masalahnya, sebab nama dia telah
dikaitkan sebentar tadi.
“Geram mama. TS Food tu, GM dia lembab! Ada ke
hanya sebab budak akaun dia baru berhenti, dan budak IT
cuti bersalin, dia bermasalah nak buat costing untuk submit

120
Umie Nadzimah

tender. Tak logik langsung! Takkan tak ada staf lain yang tahu
sistem akaun tu? Dia sendiri, tunggul ke selama ini?”
“Zen nak marah-marah pun tak guna. Cuba cari
jalan untuk selesaikan masalah. Tak dapat tender tu nanti
cerita lain. Sekarang ni kena submit dulu, walau apapun jalan
penyelesaiannya. Ingat, ini perniagaan keluarga kita, bukan
kepunyaan GM tu. Dia hanya tunggu gaji saja setiap bulan.”
“Itulah, Zen suruh aje dia selesaikan. Takkan nak
cari orang pandai IT pun tak boleh?”
“Ooo… Itu yang naik nama Indah tadi tu? Nak
minta tolong dialah ni?”
“Itu Safuan punya idealah mama. Zen tak setuju.
Tapi betul juga katanya, kita tak boleh suruh orang
sembarangan masuk sistem akaun TS Food. Bahaya tu.”
“Hmmm… Nak pinjam Indah berapa lama?”
“Mama bagi ke?”
Tajul Razin memandang mamanya, kemudian
beralih pada gadis di hadapannya, yang diam sahaja dari tadi.
“Berapa lama?”
“Dua hari cukuplah mama. Indah train sahaja si
GM lembab tu. Lepas tu pandai-pandailah dia nak hidup.
Bolehkan Indah, ke Ipoh esok?”
Indah memandang Dato’ Safiya. Dato’ Safiya
mengangguk. Dia pun turut mengangguk tanda setuju. Tajul
Razin melepaskan nafas lega.
Tajul Razin dan Dato’ Safiya tahu kemampuan
Indah dari segi teknologi maklumat. Otak dia bergeliga kalau
pasal komputer. Lagipun, dia pernah mendalami sistem
akaun SQL ini semasa membuat latihan amali selama satu
semester bagi melengkapkan ijazahnya. Sudah terbukti Indah

121
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

cekap mengendalikannya kerana acap kali dia membantu


Safuan menyelesaikan masalah rumit, tanpa menghubungi
juruteknik pembekal perkhidmatan sistem itu.

SEDIKIT PUN Indah tidak terfikir yang dia akan ke Ipoh


berdua dengan Encik Tajul Razin. Terkejut macam anak beruk
dia pada pagi tadi bila si merak kayangan itu juga mengangkat
beg pakaiannya masuk ke dalam bonet kereta, dan mempelawa
Indah terus masuk ke dalam kereta pertamanya, BMW 5 Series
yang juga berwarna hitam.
Oh ya. Sejak hati Indah yang degil itu tetap ingin
melayan bayang Encik Tajul Razin, dia telah menukar gelaran
Tajul garang kepada si merak kayangan. Hehehe… Gilakan?
Dari semalam, mati-mati Indah ingat dia akan pergi
bersama Safuan. Bukan dengan si merak kayangan yang
bergaya sungguh kacak pada pagi ini.
Dato’ Safiya pula kelihatan riang sekali semasa
melepaskan Indah pergi bersama anak sulungnya. Tergambar
satu harapan dalam fikiran. Semoga Tuhan memakbulkan
niat sucinya. Dia nampak Tajul Razin telah banyak berubah
selepas kehadiran Indah. Hatinya amat senang. Terhapus
segala rasa curiga dan ketakutannya. Tersengih Dato’ Safiya
bila mengenangkan gadis yang berjaya menarik perhatian
Tajul Razin. Hanya gadis dari golongan biasa-biasa sahaja,
tetapi punya aura yang cukup istimewa.
Petangnya, semasa perjalanan pulang dari TS Food
ke hotel, Indah gelisah yang amat sangat. Hesy… Awal pula
dia datang bulan ini. Dia tidak menjangka sama sekali, sebab
itu dia tidak membuat sebarang persediaan. Apa yang perlu

122
Umie Nadzimah

dia buat? Takkan pula hendak memberitahu pada orang di


sebelah ini? Tapi kalau tak cakap, habis merah kerusi kereta
nanti macam mana? Eee… Malunya!
“Errr... Encik boleh tak kita pergi ke kawasan kedai-
kedai sana dahulu sebelum teruskan perjalanan balik hotel?”
Indah mencuba nasib untuk menyelamatkan
keadaan.
Tajul Razin memandang Indah. Dahinya berkerut.
Hairan dengan permintaan yang kecil itu.
“Kenapa pula? Awak lapar ke?”
Indah menggeleng kepala.
“Saya nak cari Seven Eleven. Jika tak ada, kedai
runcit pun jadi.”
Lagilah Tajul Razin hairan.
“Nak beli apa?”
Dia buat muka blur. Sesungguhnya dia rasa pelik!
Takkan nak beli rokok, ketagih tak menyempat? Ke situ pula.
Takkanlah gadis semanis dan sebaik ini hendak buat kerja
tidak senonoh tu.
“Adalah. Barang perempuan. Emergency.”
Muka Indah sudah bertukar rona. Jadi merah.
Memang dia tersangat malu pada saat ini.
“Barang perempuan? Emergency?”
Tajul Razin mengulangi kata-kata Indah dalam
bentuk soalan. Dia masih tak faham. Lembabnya, fikir Indah.
Hmmm, hendak tak hendak terpaksalah dia cakap berterus
terang. Indah malu, tapi kalau sudah terpaksa dia kena
beritahu juga.
“Errr… Saya datang bulan. Kena cari tuala wanita.

123
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Takut kereta encik kotor nanti.”


“Ohhh…”
Panjang ‘oh’ Encik Tajul Razin. Baru dia faham!
Tetapi yang melucukan hati Indah, wajah lelaki itu juga
bertukar merah. Nampak dia termalu-malu semasa
mengerling Indah sebentar tadi. ‘Sweet’nya… Apa pasal dia
nak rasa malu pula?
Bila Tajul Razin memberhentikan kereta, Indah
cepat-cepat meluru ke kedai runcit di hadapan. Terus dia
menuju ke tempat yang sepatutnya. Hanya mengambil
sebungkus tuala wanita. Semasa dia hendak membayar,
seorang budak lelaki lebih kurang berumur tujuh tahun
berada di depan kaunter, seperti hendak menangis lagaknya.
“Bolehlah pak cik. Saya nak beli dua keping saja
Pampers ni. Mak tak ada duit nak beli satu bungkus,” rayu
budak itu pada tuan punya kedai.
“Pak cik kata tak boleh, tak bolehlah. Tak jual dua
keping. Kena beli satu bungkus. Nanti pak cik rugi.”
“Mak saya tak cukup duit nak beli banyak, pak cik.
Tolonglah. Kesian emak saya. Kata dia, adik tak banyak kain
lampin. Kena pakai Pampers juga.”
“Cakap dengan emak, pak cik minta maaf sangat.
Nanti pak cik rugi.”
Budak lelaki itu ingin berlalu dengan muka sedih,
tetapi ditahan oleh Indah. Hiba dia melihat kanak-kanak
tersebut.
“Adik tunggu kejap, kakak tolong bayarkan, eh!”
Sambil itu Indah sempat mencapai dua keping bar
coklat dan sekotak biskut untuk kanak-kanak tersebut di
samping Pampers bungkusan yang paling besar.

124
Umie Nadzimah

“Kakak belanja.”
“Terima kasih banyak kakak! Kakak bukan saja
cantik tapi sangat baik hati.”
Kanak-kanak itu berlalu dengan cukup riang. Indah
tersenyum bahagia kerana dia berjaya melakukan sesuatu
kebaikan, bukan kerana telah mabuk dengan pujian mulut si
kecil itu.
Tajul Razin yang kaget memerhati, berasa sangat
bahagia dengan sikap Indah. Lagi sekali dia dapat melihat
sifat terpuji yang lahir dari hati gadis ini. Tajul Razin tahu
Indah tidak sedar dia sedang diperhatikan sebab terlalu asyik
melayan masalah budak tersebut. Dia bukan sahaja cantik
dari luaran, tetapi dalamannya lagi cantik! Tajul Razin sedar
dia asyik memuji Indah!
Pertama kali Tajul Razin merasakan dia telah
berjumpa perempuan yang paling baik di muka bumi ini
selain dari Dato’ Safiya. Dan dia rasa dia tidak sanggup
kehilangan permata ini.
“Encik! Saya nak ke kedai makan di sebelah. Nak
tumpang bilik airnya sekejap. Encik tunggu di kereta, ya?”
Indah buat selamba sahaja memaklumkan, walau
hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dia. Tajul
Razin masih nampak blur dan tercengang-cengang. Tetapi
sekejap kemudian dia macam tersengih-sengih dan
mengangguk-anggukkan kepala. Ceh! Pandai pula dia buat
muka macam tu.
“Tapi elok ke bilik air di situ?”
“Tawakal sajalah encik. Dah terpaksa…”
Tajul Razin mengangkat kening.
“Saya temankan awak kat situ, okey?”

125
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah menganggukkan kepala. Asalkan jangan


sampai ke bilik air dia nak teman sudahlah. Indah pun berasa
takut juga. Malah tempat yang tidak biasa pula. Indah rasa
bahagia dengan keprihatinan merak kayangan tu.
Tajul Razin menunggu Indah di luar bilik air. Dia
juga tolong memegang beg tangan Indah. Lagak macam bini
dia saja. Indah pun tidak menyangka dia boleh sebaik itu.
Tapi Indah suka sangat-sangat cara dia yang sebegini.
Keluar dari bilik air, Indah mencapai dua botol kecil
air mineral dari peti sejuk, dan Tajul Razin cepat-cepat
mengeluarkan duit untuk membayar minuman tersebut.
Satu botol kemudiannya Indah hulurkan pada merak
kayangan itu.
“Encik tak minum air kosong pun satu hari ini.”
“Awak perasan?”
Bersinar mata Tajul Razin memandang Indah.
Sungguh dia rasa bahagia dengan pertanyaan itu. Indah tahu
tentang dirinya. Jam itu juga dia rasa dirinya sangat berharga
pada seorang perempuan.
“Lebih dari perasanlah, encik. Kan encik satu hari
berada dekat dengan saya. Sikit pun tak jauh, kecuali masa
sembahyang aje.”
Indah lihat bibir Tajul Razin menguntum senyuman
yang sangat memukau. Tidak pernah Indah lihat sebelum ini.
Sungguh, orang yang jarang tersenyum, sekali dia senyum
rasa bergegar dunia. Huh, mengancam! Patutlah mahal
sangat senyuman dia selama ini. Mahu Indah tak dapat tidur
malam nanti.
Bagi Tajul Razin, walaupun satu hari ini merupakan
hari yang cukup penat dari segi fizikal dan mental kerana
terpaksa melayan dan melihat perangai pengurus besar yang

126
Umie Nadzimah

dungu ini, tetapi inilah hari yang dirasakan paling gembira


seumur hidupnya. Sebab pada hari ini sudah hampir dua
belas jam dia begitu dekat dan rapat dengan Indah! Berbaloi
dia meninggalkan beberapa mesyuarat penting di ibu kota
jika perasaan ini yang diperolehinya. Alangkah bahagia, jika
hari-hari dia begini. Kuasa apakah ini? Cinta?
Indah Halina benar-benar membuatkan dia menjadi
lelaki yang mempunyai jiwa, hati yang hidup dan perasaannya
terasa seperti bernyawa.

127
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 12
“B
ERUNTUNG encik dapat
isteri macam puan.
Biasanya orang cantik dan
banyak duit ni sombong, tapi dia tidak. Sanggup memijak
kaki ke rumah kakak yang macam ni. Jagalah dia elok-elok,
jangan biar dia rasa sebagaimana yang akak rasa. Takut nanti
encik yang akan menyesal tak sudah.”
Rasa macam terdengar-dengar lagi kata-kata Kak
Maznah di telinga Tajul Razin. Masa tu, dia lihat Indah
tersenyum sahaja, sambil matanya mengerling memandang
ke arah dia. Dia tahu Indah tidak sampai hati untuk
memberitahu bahawa mereka bukanlah pasangan suami
isteri sebagaimana yang disangkakan. Mungkin Indah tidak
mahu mematahkan keceriaan yang ada pada keluarga malang
itu.
Rupanya, kisah Indah menolong untuk membayar
lampin pakai buang kanak-kanak lelaki itu tidak habis begitu
sahaja. Sebaik sahaja Tajul Razin membukakan pintu kereta
untuk Indah masuk, mereka dikejutkan dengan kehadiran
kanak-kanak itu semula bersama seorang wanita yang sedang

128
Umie Nadzimah

mengendong bayi. Kanak-kanak lelaki tadi membawa semula


barang-barang yang dibeli oleh Indah tadi.
“Nasib baik kakak ada di sini lagi. Inilah kakak tu,
mak. Along cakap mak tak percaya. Along tak curi. Mak
tanyalah kakak ni sendiri.”
“Betul ke apa yang anak kakak ni beritahu adik?”
Wanita itu bertanya. Indah dan Tajul Razin berpandangan
sesama sendiri dan kemudiannya mengangguk serentak.
“Ya kak, saya yang bayarkan. Ada masalah ke kak?
Saya ikhlas, anak kak tak minta pun. Janganlah marah dia.”
Perlahan suara Indah menerangkan. Kasihan dia melihat
kanak-kanak lelaki itu yang nampak ketakutan.
Wajah tegang emak budak itu bertukar sayu. Dan
tiba-tiba dia teresak-esak menangis. Bila sampai tahap
menangis itu, si Indah apa lagi, mulalah memainkan peranan
untuk memujuk, sehingga segala rahsia rumah tangganya
diceritakan. Bab memujuk orang, Indah memang pakar,
macam pakar komputer juga.
Wanita malang dan dua orang anaknya adalah
mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab. Suaminya jarang
pulang. Makan minum dan nafkah anak-anak pun suka-suka
saja dia bagi. Maksudnya tiada langsung huluran wang untuk
kehidupan mereka. Alahai... Terharu dia melihat dua mulut
kecil yang tidak tahu apa-apa itu.
Dari tepi jalan, melarat hingga singgah ke rumah
wanita yang membahasakan dirinya Kak Maznah. Melihat
keadaan rumah mereka, Tajul Razin nampak Indah
mengalirkan air mata. Jika jiwa lelakinya pun boleh
tersentuh, inikan pula Indah. Daif sungguh kehidupan
keluarga itu di mata mereka.
Sebelum pulang, Indah mengeluarkan duitnya

129
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

sendiri untuk segala keperluan barang-barang dapur, boleh


tahan tiga bulan juga jika dicongak-congak. Tajul Razin
menghulurkan beberapa keping not ungu dan hijau kepada
Kak Maznah sebelum pergi. Indah tersenyum lebar bila
melihat Tajul Razin berbuat begitu. Taklah kedekut rupanya!
Indah saja yang selalu ‘under estimate’ dia. Tak baik Indah ni,
tau!
Rasa lucu menggeletek hati bila Kak Maznah beria-
ia menasihati Tajul Razin untuk menjaga Indah dengan baik,
jangan diabaikan. Contoh adalah dirinya, menderita sangat!
Benar-benar Kak Maznah ingat mereka adalah sepasang
suami isteri.
Namun, nasihat Kak Maznah itu ada betulnya. Siapa
pun Indah pada dirinya, gadis itu patut dijaga dengan baik
kerana dia bagaikan permata yang bersinar. Membahagiakan
sesiapa sahaja yang memandang. Alangkah beruntungnya
sesiapa yang memiliki permata itu. Dan alangkah bertuahnya
jika pemiliknya adalah Tajul Razin! Tiba-tiba dadanya
berdegup dengan irama yang lain. Sudah!
Tajul Razin mengambil iktibar dengan apa yang
dilihatnya pada hari itu. Sungguh hatinya tersentuh!
Tanggapannya selama ini terhadap kaum perempuan yang
suka mengambil kesempatan dan sesuka nafsu memusnahkan
kebahagiaan orang lain, hilang sama sekali. Kaum sejenisnya
juga banyak membuat salah dan dosa, hingga anak-anak
sendiri menjadi mangsa derita. Kesimpulannya, dalam hidup
ini dia tidak boleh meletakkan rasa benci dan curiga pada
orang sesuka hati. Perlu ada pertimbangan wajar pada setiap
perkara.
Dia perlu mengubah persepsi terhadap kaum
perempuan. Lelaki dan perempuan, masing-masing ada
kelebihan dan kelemahan. Namun dalam kebanyakan situasi,

130
Umie Nadzimah

kaum perempuan amat memerlukan perlindungan serta


pembelaan.
Kehadiran Indah Halina banyak mengubah
pandangan serong yang telah sebati dalam fikirannya selama
ini. Gadis ini, dalam diam-diam sikapnya telah membuka
mata Tajul Razin seluas-luasnya. Tajul Razin berasa insaf!
Sekali fikir sikapnya selama ini memang tak
munasabah langsung! Adakah hanya kerana seorang
perempuan yang pernah memusnahkan kebahagiaan
keluarganya, dia boleh beranggapan semua perempuan pun
sama macam tu? Hesy... Tajul Razin, tak ke sia-sia pelajaran
tinggi melangit, jika pemikiran sesingkat itu? Tak logik
langsung!
“Encik Razin nak minum ke? Mak Siti boleh
ambilkan?” tegur Mak Siti bila dia sedar bos kesayangannya
sudah pulang dari kerja dan sedang termenung di ruang
tamu.
“Errr... boleh juga Mak Siti. Sunyi aje rumah. Dato’
dengan Indah belum balik ke?”
Sebenarnya dia rasa rindu sangat sebab tidak dapat
memandang wajah mulus itu sepanjang hari ini. Geram juga
dia dengan diri sendiri sekarang ini yang asyik-asyik nak
ingat pada Indah. Kadang-kadang tak boleh nak fokus kerja
kalau tak dapat lihat. Sebab tu, dia tak pernah melepaskan
peluang bersarapan bersama mama setiap pagi, sebab Indah
mesti ada bersama melayan Dato’. Tetapi pada pagi tadi Indah
dan Dato’ keluar awal tanpa bersarapan di rumah. Kecewa
sangat dia rasa.
“Dah balik. Encik Fahin ajak makan luar.”
“Ohhh...”
Selepas itu Tajul Razin sudah kehilangan kata-kata.

131
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Hatinya jadi tidak keruan! Dia perasan Tajul Fahin


menunjukkan minat pada Indah. Mata adiknya sentiasa
mencuri peluang untuk merenung gadis itu. Berbagai-bagai
usahanya untuk rapat, tetapi dia juga nampak Indah selamba
sahaja. Buat-buat tak faham. Itu pun dia kira sudah baik juga.
Kalau Indah melayan gatal adiknya siapa yang gigit jari?
Fahin... Fahin, masih tidak tidak cukup lagi dengan
perempuan keliling pinggang. Yang cantik jelita, giur-gian,
seksa-seksi semua ada, tetapi si naif Indah pun hendak dikejar
juga.
Kasi ‘can’lah pada abang sulung yang baru hendak
belajar bercinta ni.
Kalau betul-betul ada perasaan asing pada Indah,
cepat-cepatlah bertindak, Tajul Razin. Jika disambar orang
nanti, kan payah. Arghhh!!!

KALAU diikutkan hati, Indah malas hendak mengikut


pelawaan Tajul Fahin. Balik dari pejabat, dia rasa hendak
berbaring sahaja di atas katil. Penat ke Ipoh dan timbunan
kerja pada siang tadi cukup meletihkan. Apa taknya, kena
cover kerja dua hari tu, beb! Tapi pujukan Dato’ Safiya selalu
melemahkan urat sarafnya. Lagipun Dato’ kata dia ada kejutan
untuk Indah. Kejutan apa?
Sementara itu, si Tajul sengih pula beria-ia
mengajak dia keluar makan-makan dengan alasan esok dia
kena bertugas ke laut semula. Kerjaya sebagai jurutera kanan
di syarikat perkapalan antarabangsa membuatkan dia selalu
terpisah dengan Dato’ Safiya. Jadi pada malam ini, dia ingin
bersama mamanya. Ingin bersama mama, Indah juga yang

132
Umie Nadzimah

diangkut sekali? Tidak faham betul!


Kejutan Dato’ Safiya ternyata menjadi. Tetapi bukan
pada Indah. Puan Anita, pemilik Kafe Hot Pot yang lebih
terkejut dan teruja!
“Dato’? Ini Indah, kan? Ya Allah, Dato’ jumpa juga
akhirnya, ya.” Terjerit-jerit Puan Anita.
Dia memeluk Indah beberapa kali. Hairan juga
Indah. Dia tahu Puan Anita baik, tetapi tidaklah terfikir
sampai hendak peluk dan cium, segala. Kalau dengan Dato’
Safiya okey sahaja, tapi entah dengan Puan Anita rasa geli
pula, walaupun haruman yang dipakainya sangat wangi.
Indah pilih bulu juga rupanya. Yalah, takkan boleh peluk dan
cium dengan semua orang. Yang ada feeling sahaja kita boleh
buat macam tu, kan?
“Dah lama saya jumpa dia, Nita. Jadi PA saya
sekarang ni.”
“Ya ke?” Puan Anita terjerit lagi. Sungguh dia
excited.
“Patutlah makin cantik! Dah kerja pejabat. Masa kat
sini dulu macam budak sekolah aje, tak sangka kejap saja dah
jadi elegan macam anak menantu Dato’. Hampir saya tak
kenal tadi.”
“Hmmm… Nak jadi menantu pada anak yang mana,
Nita? Tiga orang Tajul saya ada, mana yang sesuai?”
“Yang mana yang dah wajiblah, Dato’.”
Dua-dua wanita bergaya itu melepaskan tawa.
Amboi-amboi, sukanya mereka. Ingatkan Indah ni apa ke?
Senang-senang nak dibagi pada siapa-siapa. Kalau dengan si
merak kayangan tu, sumpah Indah tak tolak! Tapi mustahil
pula dia nakkan Indah ni.

133
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah nampak Tajul tersengih bukan main suka


dengan gurauan tersebut. Matanya merenung Indah seperti
mengimpikan sesuatu. Geli pula bila Indah
membayangkannya! Tolonglah, kalau si dia ni Indah reject
mentah-mentah tau. Ke Indah yang sudah terlebih-lebih
perasan?
Tiba-tiba Indah rasa jari tangan kanannya diramas-
ramas di bawah meja. Mak datuk! Terkejut Indah dibuatnya.
Cepat-cepat dia rentap. Satu jelingan amaran dia bagi.
Melampaulah dia ni! Kalau sekadar main mata, Indah tak
kisah sangat. Ini kalau dah nak sentuh-sentuh, bahaya kalau
dibiarkan. Indah bukan sama dengan gadis yang pernah
dibawa ke sini dulu.
Tak berkesan pun amaran Indah itu pada Tajul
Fahin. Walaupun dah tak boleh pegang-pegang lagi, mata dia
terus-terusan bekerja, hingga terkulat-kulat Indah dibuatnya.
Tambahan pula Dato’ Safiya begitu asyik melayan Puan Anita,
memberi peluang pada Tajul sengih itu mengurat Indah. Atau
menggatal? Eee… Tolonglah!
“Indah ingat tak, sinilah tempat kita mula
berjumpa?” Tajul sengih itu berbisik perlahan.
Malas Indah nak buat-buat terkejut. Dia tunjuk
muka bodoh saja. Tak kuasa Indah nak melayan, sebab dia
tidak pernah lupa peristiwa diperbodoh-bodohkan orang di
sini.
“Malam ni kita ‘celebrate’ pertemuan pertama kita,
tau. Sebab tarikhnya sama, dan meja ni pun meja yang sama
juga.” Dia berbisik lagi, dengan senyuman penuh menggoda
dan suara yang sehabis romantik. Dia betul-betul nak
mengurat Indah ni. Cara dia betul-betul macam playboy yang
expert!

134
Umie Nadzimah

Rimasnya Indah rasa. Dato’, tolonglah jangan


berbual lagi. Tolong tengok gelagat anak teruna Dato’ ni.
Tolonglah selamatkan Indah dari mata si sengih ini. Indah
dah tak sanggup lagi. Kalau anak Dato’ yang seorang lagi, tak
mengapalah! Dia pandang 24 jam pun Indah suka.
Huh! Nasib baik makanan dah sampai. Indah berasa
lega sangat. Jadi, Indah ada alasan untuk menumpukan
perhatian pada benda lain.
Indah terpandang dua orang pelayan yang
membawa makanan. Teka siapa dia? Kalau nak tahu mereka
adalah Cik Sanisah, dan Tanti! Indah perasan Cik Sanisah
terkejut bagai nak rak bila melihatnya. Maklumlah dulu dia
yang pernah menghina dan menghalau Indah. Hari ini kena
layan di meja VVIP pula. Mahu tak bengang! Tanti pun
kelihatan cuak.
Rasakan! Ada sikit riak dalam hati Indah. Cepat-
cepat dia beristighfar. Kena sedar bahawa nasib setiap orang
sentiasa ada turun dan naik. Kadang-kadang di bawah, ada
masa di atas. Macam sebuah roda yang berpusing. Jadi
janganlah angkuh sangat jika kita berada di bahagian atas
sebab kadangkala ianya hanya sebentar cuma.
Dalam keasyikan Indah mengenang takdir manusia
itu, tangan Tajul sengih merayap lagi. Di hadapan Cik Sanisah
pula. Dan mata perempuan itu turut menapak ke situ. Cik
Sanisah tarik muka. Dia rasa meluat agaknya. Kali ini,
perlahan-lahan Indah menarik tangannya, kemudian
meletakkannya terus di atas meja. Tak mahu lagi sorok bawah
meja. Bahaya, ada ulat merayap.
Kemudian, Indah terus makan perlahan-lahan.
Sekali-sekala sahaja dia berbalas kata dengan Tajul sengih.
Mana-mana yang perlu sahaja supaya tak nampak sangat yang

135
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dia ni dingin dan menolak orang mentah-mentah. Dahlah


hidup menumpang rumah orang, takkan nak tunjuk lagak
sombong pula.
Dato’ Safiya masih lagi berdunia dengan Puan
Anita. Macam tak jumpa seribu tahun! Mereka pulang agak
lewat juga. Sudah beberapa kali Indah menutup mulut
ternganganya. Asyik menguap sahaja. Mata dia pun sudah
merah-merah dan berair. Banyak betul cerita Dato’ Safiya dan
Puan Anita.
Bila Indah sudah tersengguk-sengguk, kaki Tajul
sengih tu menggesel perlahan ke kakinya. Dua kali kena,
Indah tak berani untuk tertidur lagi.
Masuk sahaja kereta, Indah terus terlelap. Siap
mimpi cik abang merak kayangan lagi. Dapat orangnya dalam
mimpi pun jadilah! Sehari dua ni dia sudah jadi perindu tegar
pada lelaki itu!
Bila sampai sahaja di rumah, mata layu Indah tiba-
tiba jadi celik apabila ternampak Tajul Razin menanti di
muka pintu utama. Bukan sahaja mata, malah setiap inci sel
tubuhnya jadi segar-bugar. Luluh semua perasaan resah dan
rindu pada hari ini. Berjaya juga melihat dia. Nasib baik
belum pukul dua belas malam. Jika tidak 24 jamlah dia tak
jumpa. Lama tu.
Rasa macam nak pergi peluk dia aje. Amboi…
Gatalnya. Bukan gatallah, tapi Indah tidak tahu bagaimana
nak menggambarkan perasaan asing itu. Yang dia tahu dia
macam nak berada dekat sahaja dengan si dia. Nak pandang
orangnya dan mendengar suara dia. Tak nak ada gangguan
lain terutamanya gangguan dari si sengih gatal tu.
Indah terasa benci sangat dengan cara Tajul Fahin
melayan dia sebentar tadi. Rasa macam maruahnya dipijak-

136
Umie Nadzimah

pijak sahaja. Dia bukan perempuan gatal untuk diperlakukan


macam tu. Sebab tu dia rasa selamat sangat bila terpandang
sahaja susuk tubuh sasa Tajul Razin di situ.

HARI Sabtu hujung minggu, Indah meminta kebenaran dari


Dato’ Safiya untuk turun ke Seremban, ke rumah kawan
baiknya, Hasma. Sudah lama dia berjanji dengan Hasma
untuk ke sana, tetapi ada sahaja halangannya. Semasa belajar
dulu, kerap kali juga dia mengikut Hasma pulang jika bosan
berada di kampus. Hendak pulang ke Sungai Petani setiap
minggu jauh sangat, maka rumah Hasma inilah yang sering
kali dikunjunginya. Dengan ahli keluarga Hasma, dia sudah
biasa dan tidak kekok lagi.
Mulanya, Dato’ Safiya macam berat sahaja hendak
melepaskan Indah pergi, sebab Indah hendak bermalam di
sana. Dato’ berasa kurang percaya, takut Indah pergi tak
kembali lagi. Apalah Dato’ Safiya ni, ingatkan dia mempunyai
keyakinan yang tinggi, hal sekecil ini pun nak risau-risau.
Indah pun tahu kenang budi orang, takkanlah nak blah
macam itu saja.
“Auntie benarkan pergi, tapi Mohamad yang
hantarkan Indah.”
Hah? Nak pergi rumah Hasma dengan BMW 7
Series tu, siap ada pemandu sekali? Eee… segannya Indah
rasa. Satu keluarga Hasma tahu asal usulnya yang biasa-biasa
sahaja. Mahu dia orang ingat dia ada sugar daddy nanti.
“Errr… Tak apa, tak perlu hantar Indah. Indah
boleh naik bas saja.”
Indah cuba membantah.

137
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“No... no, kalau Mohamad tak hantar, Indah guna


kereta Zen. Kalau tidak, tak boleh pergi Seremban.”
Alahai… Dato’ bagi pilihan, tapi tak boleh pakai
juga. Kalau kereta merak kayangan tu, lagilah dia tak berani
guna, walaupun sudah beberapa kali dia pernah memandunya.
Itupun kerana terpaksa sebab Abang Mohamad cuti
emergency dan Dato’ ada temu janji. Sebagai PA dia kenalah
bertanggungjawab. Kereta tu yang paling murah sekali di
rumah itu. Murah-murah pun harganya RM 170 ribu. Tajul
Razin jarang guna kereta itu.
“Kalau memandu sendiri rasa jauh sangat auntie,
Indah tak biasa. Biarlah Indah naik bas atau teksi saja, boleh
ya?”
“I said no… means no!” Tegas suara Dato’ Safiya.
Kalau intonasi suara dia begitu, sah tak boleh dipujuk lagi.
Tambahan lagi kalau dia dah keluar cakap orang putih tu.
Dato’ Safiya ni lagi payah dari ayah nampak gayanya. Kalau
dengan ayah nak ke mana-mana mudah saja dapat kebenaran.
Rindunya pada ayah.
“Tak apa mama, Zen boleh tolong hantarkan.
Kebetulan Zen nak ke Air Keruh. Ada meeting.”
Entah dari mana datangnya atau sudah berapa lama
dia berada di situ, Indah tidak tahu dan tidak perasan, tiba-
tiba sahaja dia menyampuk. Hah? Dia nak hantar? Sukanya!
Sukanya! Hoyei, sukanya! Tapi Indah tak bolehlah tunjuk
sangat muka gembira tu. Dibuatnya dua orang tu perasan,
malukan? Indah kontrol buat-buat biasa.
Indah lihat Dato’ Safiya tersenyum lebar mendengar
kesudian anak bujang sulungnya menawarkan diri. Tidak
tahulah apa makna dan harapan di sebalik senyuman itu. Dua
beranak itu memandang Indah. Indah mengangguk, sebab

138
Umie Nadzimah

hatinya memang sudah melonjak-lonjak suka, tak logiklah


pulakan kalau nak geleng kepala.
“Pukul berapa encik hendak bertolak?”
“Terpulang pada Indah.”
Aik? Ikut masa Indah pula? Bukankah dia yang ada
mesyuarat? Tak apalah, janji dia yang hantar. Lagipun Indah
tak dapat tengok muka dia hampir dua hari esok. Biarlah
Indah hidu bau badan dia masa berada dekat di dalam kereta
nanti. Indah tak sangka sampai macam tu tahap gatalnya.
Hehehe...
Masa perjalanan ke Seremban, tubuh dia, bau dia,
suara dia, renungan dia, segala-galanya boleh buat Indah
mati berangan. Semuanya buat Indah jadi khayal! Sebenar-
benarnya, dia taklah macam hendak memikat Indah pun,
tidak seperti keletah adik dia. Tetapi disebabkan hati Indah
suka, semuanya nampak bagus belaka.
Emak, ayah, dan abang Hasma ada di luar rumah
sewaktu Indah sampai. Abang Hasma yang ini, Indah kenal
sangat. Bekerja sebagai guru di Sabah. Pulang bercutilah ni,
sebab sekarang ini cuti sekolah.
“Indah, pagi esok pukul sembilan, Mohamad datang
jemput.”
Tajul Razin berkata sebelum masuk ke dalam kereta
semula selepas bersalaman dengan ayah dan abang Hasma.
Indah memperkenalkannya sebagai bos yang kebetulan dalam
perjalanan ke Melaka. Tapi Indah bingung. Kenapa pula pagi-
pagi buta esok? Bukankah tadi sudah setuju yang Indah akan
balik pada petang esok, bukannya pagi. Mengarutlah dia ni!
Seakan-akan tidak mahu mendengar apa-apa
jawapan dari mulut Indah, Tajul Razin terus menutup pintu
keretanya dan dia pun terus berlalu pergi. Alahai.

139
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Tepat jam sembilan pagi keesokan harinya, Hasma


terjerit-jerit memanggil Indah yang masih berada di kebun
belakang rumah. Macam-macam benih pokok dia minta
dengan emak Hasma untuk diberi pada Mak Siti. Tentu Mak
Siti suka sangat.
“Weh... Kutip apa lagi? Driver kau dah sampai kat
depan tu. Handsome gila, tak sesuai langsung dengan jawatan
pemandu.”
Hasma yang menjenguk ke belakang rumah
menyeringai. Dia sudah nampak pemandu Indah yang keluar
bersandar di pintu kereta mewah di hadapan pintu pagar.
Berkerut dahi Indah.
“Kau ni rabun ke apa? Takkanlah Abang Mohamad
yang muka Jawa sebiji tu kau kata handsome? Bila masa taste
kau dah bertukar? Kalau tak kemain tinggi lagi cita rasa
kau?”
“Wait… wait, aku yang buta ke, kau yang buta?
Mamat tu maco yang amat kau kata muka Jawa? Aku, sekali
pandang pun dah tergoda tau!”
“Hesy… Mengarutlah kau ni, Has. Tak kuasa tau!
Tolong bawakan barang-barang aku ke depan, ek. Nak suruh
si Jawa kacak tu simpan dalam kereta.”
Hasma menyengih.
“Aku boleh aje. Boleh juga ngurat dia.”
“Eee… Anak dah tiga tu. Kau jangan lebih-lebih.”
Hasma mencebik bibir. Lepas tu dia tersengih lagi.
Dia kemudiannya menolong Indah mengangkat segala jenis
pokok-pokok yang diletakkan ke dalam beg plastik. Sesampai
di bahagian depan rumah, Indah terperanjat besar. Patutlah
Hasma kata kacak, rupa-rupanya dia yang kacak menawan itu

140
Umie Nadzimah

yang datang. Bukan Abang Mohamad Jawa tu.


“Maaf encik lama tunggu, Indah ingat Abang
Mohamad yang datang. Ini Hasma, kawan Indah. Has, ini bos
aku, Encik Tajul Razin.”
Sikit sahaja si kacak itu senyum. Tapi sudah cukup
untuk buat Indah bahagia. Asal dia jangan jadi marah-marah
macam dulu. Tapi kenapa pula dia yang datang? Janji
semalam Mohamad yang ambil. Indah bingung lagi. Banyak
pula masanya untuk turun ke Seremban?
“Mohamad ada hal.”
Pendek saja dia jawab pasal Mohamad. Dengan
Hasma dia biasa-biasa sahaja. Nampak sangat matanya lebih
fokus pada Indah sahaja.
“Kejap ya encik, Indah nak pergi jumpa mak cik
dengan pak cik sekejap. Has boleh tolong tak? Fasal pokok-
pokok ni?”
Hasma tersengih dan laju menganggukkan kepala.
Sempat Indah tengok muka tercengang Tajul Razin
melihat segala jenis tumbuh-tumbuhan yang akan
dimasukkan ke dalam bonet kereta mewahnya. Hehe… Bab
ni Indah suka. Nak test tengok dia sudi ke tidak bawa segala
benda-benda macam ni. Jangan tak tahu, tanah pun Indah
angkut. Sudah emak Hasma beria-ia bagi. Dia kata tanah tu
bagus.
“Encik, pokok-pokok ni untuk Mak Siti, boleh eh?”
Dia sengih! Aik… Dia pun pandai sengih ke? Indah
baru tahu.
“Kalau kereta encik kotor, Indah janji akan
bersihkan.”
“Eh, saya tak minta, Indah yang pandai janji. Kalau

141
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dah janji tu tak boleh mungkir tau!”


Dia pun sudah pandai mengusik Indah ke? Cara dia
cakap dan pandang yang ala-ala romantik tu, betul-betul buat
Indah terpana. Dan tiba-tiba pula Indah rasa serba tak kena.
“Errr… Indah masuk dalam, ya.”
Lepas Indah bersalaman dengan semua ahli
keluarga Hasma, dia pun hendak melangkah keluar tetapi
ditarik semula ke dalam bilik oleh Hasma yang baru masuk.
“Eh, betul ke bos kau? Aku tengok semacam aje kau
orang berdua ni.”
“Betullah… Apa pula semacamnya. Kau ni memang
rabunlah.”
“Tak habis-habis kau kata aku ni rabun. Yang cakap
manja-manja, bahasakan diri tu Indah lagi tu, apa? Kau mana
pernah macam ni kalau dengan lelaki. Dia pula asyik nak
pandang kau aje, semacam aku tengok.”
“Biasalah tu… akukan pekerja kesayangan
majikan.”
Tapi betullah kata Hasma. Kejap tadi Indah sudah
membahasakan diri dengan namanya. Kenapa, eh? Indah
sendiri pun tak sedar.
Hasma mengambil sesuatu dari biliknya, dihulurkan
pada Indah.
“Apa ni?”
“Hadiahlah… Kura-kura dalam perahu.”
“Terima kasih, Has. Ini yang buat aku sayang sangat
kat kau.”

142
Umie Nadzimah

MAK SITI terus sahaja menarik tangan Indah selepas bersama-


sama menurunkan barang-barang dari kereta Tajul Razin.
“Nak ke mana ni Mak Siti?”
“Jomlah, jangan banyak tanya. Ada surprise…”
“Haha. Amboi speaking London pula, eh?”
“Encik Razin kata macam tu, Mak Siti ikut ajelah.”
“Heh… surprise? Apa dia?”
Mak Siti lagi cepat menarik tangan Indah menuju
ke sebuah bilik kecil di bahagian belakang, bersebelahan bilik
Mak Siti.
Yang ini betul-betul kejutan! Indah rasa macam
hendak menjerit semahu-mahunya, tetapi dia masih sedar
diri. Ini rumah orang. Ada seekor kucing Parsi berbulu
panjang dan tebal di bilik itu. Biji matanya hijau bersinar-
sinar! Comel sangat-sangat!
“Encik Razin hadiahkan sempena hari jadi Indah.”
“Ya, Mak Siti? Dia tahu hari ini hari jadi Indah?”
“Kalau tak tahu, takkan dia nak buat surpriseee ni?
Suka?”
“Sukaaa sangat. Indah gembira sangat, Mak Siti.
Dah lama tak dapat pegang kucing.”
“Tapi nama dia, Encik Razin dah tetapkan. Indah
kena guna nama tu, tak boleh tukar.
“Nama apa Mak Siti?”
Mak Siti garu kepala.
“Habis Indah nak panggil apa?”
“Ten… ten… ala tu nama kereta Encik Razin yang
Indah selalu bawa tu. Apa ke namanya?”

143
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Kedua-duanya tergelak!
“Teanalah, Mak Siti. Kalau Mak Siti susah sebut,
Mak Siti panggil ajelah Te… nama pendek, takkan Encik
Razin marah kut.”
Indah memeluk kucing paling comel di dalam
dunia itu. Paling comel sebab ia adalah hadiah dari si dia.
Hah! Merak kayangan membuatkan Indah rasa dialah gadis
paling bahagia ketika ini. Eh! Rasa macam nak peluk tuan
punya kucinglah pula!

144
Umie Nadzimah

Bab 13
T
AJUL RAZIN amat gembira
apabila sebaik saja pintu bilik
dibuka, ada Indah berdiri di situ.
Wajah yang comel dan manis itu tidak pernah jemu untuk
dipandang. Macam dalam mimpi sahaja saat ini. Sangkanya
Mak Siti yang mengetuk tadi. Balik dari Seremban tadi, dia
terlelap sekejap. Badannya tidak berapa sihat dari semalam
lagi.
“Indah!” Spontan dia menyebut nama Indah.
“Encik tak sihat ke? Dah makan ubat?”
Mata Indah perasan kepala buah hati dalam
diamnya tergeleng-geleng, tapi kelihatan lemah. Memang
nampak seperti orang tak sihat. Dari dalam kereta pada pagi
tadi dia sudah perasan.
Dia demam selesema. Mungkin kerana Teana,
kucing hadiah Indah itu. Mak Siti kata tadi, si dia ni tak tahan
dengan kucing. Dia sensitif dan elergi. Boleh menyebabkan
bersin-bersin dan paling teruk kena selesema. Macam orang
berpenyakit asma. Patutlah sepanjang perjalanan tadi tak

145
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

henti-henti dia mengelap hidungnya dengan tisu. Tapi dia


tetap segak, tau!
Kenapa dia susahkan diri menanggung risiko
semata-mata hendak menggembirakan Indah? Agaknya lama
dia berada di kedai haiwan, kemudian mengangkut si kucing
tu balik rumah. Sebab tu Indah rasa bersalah sangat. Apa-apa
aje Indah ni, nak rasa bersalah kenapa? Dia yang gatal-gatal
pergi beli, bukan Indah suruh pun.
“Indah masakkan bubur nasi untuk encik. Mak Siti
yang ajar buat bubur ni. Lepas makan, encik makan ubat ya?”
Selepas tu, Indah mengambil dulang yang berisi
semangkuk bubur dan gelas tinggi yang berisi air kosong dari
atas meja konsul di tepi bilik. Indah menapak ke dalam bilik
dan meletakkan dulang makanan itu di atas meja kopi depan
sofa. Selesai tugasannya, dia ingin keluar cepat. Tidak selesa
berdua-duaan di situ. Tambahan pula Indah rasa si dia
memerhatikannya tidak berkedip. Dalam rasa tak sihat tu,
masih mampu lagi nak merenung anak dara orang. Walaupun
dalam hati Indah berasa suka, tapi perasaan takut melebihi
segalanya. Ini bilik lelaki bukan muhrim, tingkat atas ni
sunyi dan tiada orang lain pula. Hanya bilik Tajul Razin dan
Tajul Fahin sahaja di sini. Macam di atas awan pula bilik dua
orang lelaki ni.
“Errr… Indah temankan saya makan, boleh?”
Si dia membuat permintaan. Dia masih berdiri
dekat pintu. Dia membiarkan pintu biliknya terbuka luas.
Melihat mata dia yang penuh mengharap, Indah berpatah
balik ke sofa. Sekadar menunggu dia menghabiskan
semangkuk bubur, mesti sekejap saja dan rasanya tidak apa
kut. Amboi! Cepatnya Indah berubah fikiran. Lagipun sakit
dia disebabkan hendak membuat Indah berasa gembira. Dia

146
Umie Nadzimah

sanggup sakit kerana Indah! Indah kenalah balas balik


keikhlasan dia.
Sebenarnya, Indah pun ingin menyelesaikan
sesuatu dengan si dia, itu pun jika keadaan bersesuaian.
Sudah lama Indah memikirkan pasal benda yang satu ini.
Dia duduk di sofa dan menyuap bubur ke mulut
perlahan. Selesemanya nampak teruk juga. Hidungnya
memerah. Mata pula macam berair. Tapi Indah perasan muka
dia berseri-seri, macam suka sangat bila Indah duduk di
hadapan sambil menunggu dia habis makan.
Indah menghulurkan segelas air masak. Dia
sambut. Sengaja dia membuatkan jari mereka bersentuh.
Muka Indah sudah menghangat. Bukan sebab selesema, eh!
Sebab renjatan elektrik sentuhan yang tiba-tiba mengalir ke
tubuhnya.
“Terima kasih. Sedap bubur yang Indah masak.
Sama macam Mak Siti buat. Kalau saya tak sihat, inilah
makanan yang Mak Siti buatkan. Lepas tu cepat sahaja
sembuh. Rasanya, kali ini lagi cepat sembuh.”
Yalah tu. Takkan dalam demam-demam, tekak dia
dapat merasa segala. Namun, hati Indah tetap kembang juga.
Banyak cakap pula dia ni. Dan sudah pandai berkata-kata
manis. Matanya yang berair tu pun sudah pandai jeling
menggoda, cukup mengancam jiwa. Indah jadi tak keruan
semula. Hesy… Tak boleh jadi ni. Indah bangun.
“Ubat encik mana?”
“Tepi katil. Indah ambilkan.”
Selamba sahaja dia memerintah. Sudah biasa jadi
bos, kan.
Indah tidak banyak soal. Dia terus mengambil satu

147
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

beg plastik kecil di atas meja bersebelahan katilnya itu. Setiap


ubat dari tiga paket kecil yang berlainan dikeluarkan
mengikut arahan yang tertulis. Diletakkan di atas telapak
tangan si dia yang sudah siap menadah. Ubat sejumlah lima
biji itu akhirnya selamat masuk ke dalam badan dia. Moga
cepat sembuh! Indah doakan dalam hati. Ikhlas ni.
“Selamat hari lahir yang ke 23, Indah!”
Indah tidak sangka dia akan berkata begitu! Dan dia
mempamerkan senyuman yang paling menawan!
“Errr… Terima kasih banyak-banyak, encik. Susah-
susah carikan si Teana tu.”
“Indah happy?”
“Sangat-sangat. Rasa macam dapat nyawa baru. Dah
lama Indah tak segembira macam ini.”
“Berbaloi, kan?”
Yang itu dia cakap seperti berbisik aje. Macamlah di
sini ada orang lain. Apa maksud dia? Berbaloi ke dia sakit
sebab nak beli kucing untuk Indah? Ohhh… Terharunya
kalau macam tu.
“Mana encik tahu Indah suka kucing?”
Dia merenung Indah kemudian tersenyum lagi.
“My sixth sense.”
Ya ke? Takkanlah deria keenam dia tu kuat sangat,
sampai boleh tahu segala-galanya tentang Indah. Kena lebih
berhati-hati ni! Tapi waktu dulu tu, yang tuduh Indah yang
bukan-bukan, deria keenam dia tak berfungsi ke? Tiba-tiba
Indah ingat hajatnya yang lagi satu itu.
“Encik, hari ini Indah nak buat satu permintaan
boleh?”

148
Umie Nadzimah

“Apa tu? Your wish birthday girl.”


Indah mengeluarkan satu bekas kecil dari kocek
baju kurungnya. Sudah lama dia ingin memulangkan barang
berharga itu secara baik. Dia meletakkannya di atas meja,
betul-betul di hadapan Tajul Razin.
“Boleh tak, sempena hari jadi Indah, encik terima
balik cincin ini dan kita berdamai dari kisah lama tu? Indah
betul-betul ikhlas dengan Dato’ Safiya. Lagi pun Indah tak
pandai buat kerja-kerja keji yang encik pernah sebut dulu tu,
tak ada bakat.”
“Saya tau! Tapi saya ambil balik dengan syarat.”
Ala… bersyarat-syaratlah pula si dia ni. Janganlah
yang bukan-bukan lagi. Buat suspens saja.
“Apa dia?”
“Janji yang pertama, walau apapun terjadi Indah tak
akan keluar dari rumah ini demi Dato’ Safiya, dan yang
kedua…”
Indah terus menanti kata-kata si dia seterusnya.
Dia tersenyum saja. Biarkan Indah ternanti-nanti.
Selepas tu dia membuka kotak cantik itu dan merenung
cincin yang berkilauan. Kemudian mata dia teralih pada mata
Indah. Menusuk ke kalbu. Hmmm...
“Dan yang kedua?”
Indah sudah tak sabar, takut juga dia sebut yang
bukan-bukan. Tak boleh percaya sangat.
“Errr… Indah kena terima cincin ini semula.”
“Hah? Apa maksud encik?”
Si dia mendiamkan diri. Sebenarnya, kerongkong
dia sudah tersekat untuk menerangkan apa maksud tersebut.

149
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Dalam erti kata lain, dia hendak berterus terang tentang


perasaannya, tetapi dia rasa masih belum tiba masanya lagi.
Bukan dalam keadaan dia sedang berhingus macam ni. Tak
romantiklah. Hendak dijadikan kenangan nanti pun tak ada
mood. Eee… kena belajar dengan si Fahinlah macam ni. Ilmu
memikat!
“Errr… Maksud saya, buat masa sekarang saya
simpan dulu, tapi nanti-nanti Indah kena tolong jagakan.”
“Janji?”
Dia soal lagi. Indah masih tak faham! Walaupun
sebenarnya dia dapat mengagak sikit-sikit apa yang cuba
disampaikan si dia itu. Tapi hati dan fikirannya menafikan!
Takkanlah! Jangan perasan lebih-lebih! Sedarlah diri awak tu
siapa? Sekadar berangan-angan dan syok sendiri tu bolehlah.
Hakikat sebenar, takkanlah si merak kayangan tu sudi ada
apa-apa perasaan dengan Indah. Selama ini hanya Indah
sahaja yang berperasaan sorang-sorang.
“Janji?”
Indah angguk. Angguk sebab apa, dia pun tak tahu.
Sebab yang pertama tu Indah tahu, dia minta untuk mama
dia, bukan untuk dirinya. Tapi tak mengapalah, asalkan cincin
itu dia ambil dan Indah tak akan runsing-runsing lagi
memikirkan tentang cincin mahal tu. Sekadar mengangguk
sahaja tidak menjadi masalah.
Bibir Tajul Razin tersenyum lebar. Mukanya jadi
ceria sangat. Selesema dia macam sudah sembuh dalam
sekelip mata sahaja. Sekurang-kurangnya, dia telah maju
setapak! Kiranya tidaklah teruk sangat performance dia.
Langkah seterusnya, nanti dia akan fikirkan. Sssyyy…
Malulah kalau nak minta tolong Fahin. Mahu kena ejek
nanti.

150
Umie Nadzimah

Indah cepat-cepat mengangkat dulang makanan


untuk dibawa turun ke bawah!

HARI minggu berikutnya, hari riang ria sedunia untuk Dato’


Safiya. Pagi-pagi lagi dia sudah tersenyum-senyum. Kalau
hari-hari biasa, lebih banyak serius dan tegas. Indah cuba
mengorek apa rahsia mak saudara angkatnya itu, tapi pandai
pula dia hendak berahsia.
Hidangan makan juga istimewa. Lain dari
kebiasaan. Mak Siti dari awal petang lagi sudah sibuk di
dapur. Katanya macam-macam dia kena masak. Dari malam
semalam Dato’ dah buat order. Indah cuba juga bongkar misi
rahsia dari Mak Siti, tapi tak berjaya. Mak Siti cukup setia
dengan ‘mem’ besar dia.
“Bakal menantu Dato’ Safiya nak datang ke Mak
Siti?”
Indah cuba menebak lagi. Mak Siti ni… Hari ni tak
supportinglah pula. Jika tak, macam-macam dia nak cerita
pada Indah. Kadang-kadang sampai rasa nak termuntah nak
dengar.
Mak Siti lepas tawa dengan soalan Indah.
“Indah rasa siapa bakal menantu Dato’ Safiya?”
“Untuk siapa Mak Siti? Encik Razin?”
“Yalah. Untuk siapa lagi? Dia sahaja yang sesuai
kahwin dulu. Encik Fahin tu kan lebih suka hidup kat laut,
perempuan bagi dia untuk berseronok sahaja. Mana dia nak
kahwin lagi. Yang lagi seorang tu muda sangat, belum cukup
umur, bagilah can kat abang-abang dia jalan dulu.”

151
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Eh! Kenapa tiba-tiba dada Indah bagai diserang


sakit jantung? Sakit sangat. Kecewa dengan apa yang Mak Siti
cakap. Kalau dia tak tanya tadi pun tak apa. Biarlah kalau
bakal isteri si dia tu datang tanpa dia tahu. Taklah lemah
semangat macam ni. Itulah, gatal sangat mulut tu selidik
sana dan sini.
“Tak nak tahu ke siapa perempuan yang Encik
Razin suka?”
Indah geleng kepala. Tersenyum tawar. Cuba
menyembunyikan rasa sedih yang tengah beraja. Lepas ni dia
kena hentikan angan-angan pada si merak tu. Si dia sudah
ada calon.
“Ada lagi yang nak ditolong Mak Siti? Jika tak Indah
nak naik mandi.”
“Dah habis dah. Mak Siti nak siapkan masak aje.
Pergilah bersiap. Pakai baju yang Dato’ hadiahkan tu, ya.”
“Yalah Mak Siti, Indah dengar apa yang Dato’ cakap
tadi.”
“Siap cantik-cantik tau.”
Siap cantik-cantik. Untuk apa? Kekasih hati dalam
diam tu pun sudah disambar orang. Habis karan saja nak
melawa-lawa. Takut nanti orang kata over pula. Entah anak
Dato’ atau Tan Sri mana yang nak datang nanti. Patutlah
Dato’ Safiya nampak berseri-seri pada hari ini. Hajatnya
untuk bermenantu dah nak tercapai. Indah tahu sangat itu,
sebab sejak dia tinggal dan kerja dengan Dato’ Safiya, topik
ini yang hot di antara Dato’ dan Kak Nora di pejabat.
Tak kuasa Indah hendak bergembira pada saat ini.
Hati dia sudah diserang virus sedih! Dia bukan sahaja akan
kehilangan merak kayangan, tapi secara automatik
keistimewaannya di rumah ini akan ditarik balik bila anak

152
Umie Nadzimah

sulung Dato’ sudah dapat menyediakan menantu perempuan


yang hebat. Sudah tentu kasih Dato’ Safiya akan beralih arah.
Siapalah Indah Halina, kan? Sekadar budak kampung yang
telah dihalau keluarga. Waaa… Pilunya rasa.
Siap ala-ala kadar cukup! Yang penting pakai baju
yang Dato’ belikan. Apa salahnya gembirakan hati wanita baik
itu, walaupun saat ini Indah rasa hatinya cukup tak gembira.
“Cantik pun!”
Mak Siti tetap memuji, walaupun Indah rasa dia tak
selawa mana. Muka sudah hilang mood. Mak Siti memang
macam tu sejak Indah kenal dia. Dengan Indah, tak pernah
dia kata hodoh. Habis, dah nama pun Indah! Mestilah sentiasa
cantik, kan?
Adab di rumah ini, kalau ada special dinner, mesti
pakai lawa-lawa dan formal. Semua orang macam tu,
termasuk Mak Siti. Peraturan Dato’ Safiya. Maklumlah, dia
kan tauke gedung pakaian! Penampilan mesti baik, walaupun
hanya untuk dipandang keluarga sendiri. Agaknya, sebab itu
Dato’ teringin sangat anak perempuan. Baju-baju
perempuankan bermacam-macam fesyen dan gaya? Untuk
anak lelaki, taklah meriah manakan? Untunglah siapa-siapa
yang menjadi menantu perempuannya nanti.
Semasa Indah memberitahu makanan sudah siap
kepada Dato’ Safiya yang berada di ruang tamu, dia
terperanjat sangat kerana Tajul Fahin turut berada di sisi
mamanya.
“Encik Fahin? Bila balik?” Indah mengawal
perasaan terkejutnya dengan soalan berbahasa. Sungguh, dia
tidak tahu pun yang si bedebah ni sudah pulang dari laut.
Baru dua minggu dia pergi.
“Just… tapi dah siap mandi dah! Indah makin

153
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

cantiklah! Itu yang buat saya tak sabar-sabar nak balik sini.
Pandang Indah, sejuk hati walaupun badan penat!”
Sudah! Miang dia sudah mari. Kalau si abang, tak
pernah buat Indah rasa malu di hadapan Dato’ Safiya. Mana
dia berani puji Indah cantik ke, lawa ke macam si sengih yang
selamba rock ni. Yang ini tak kira tempat dan masa. Tak
pandai nak cover-cover langsung. Agaknya sebab selalu
sangat berada di tempat orang, sampai lupa pada budaya
sendiri.
“Kejap lagi, Indah. Zen on the way, tak lama lagi
sampailah tu.” Dato’ Safiya mencelah.
Owhhh… Patutlah tak nampak rupa si dia dari tadi.
Agaknya pergi menjemput bakal dot… dot dialah tu. Hah!
Kecewanya rasa. Nak berjalan ke ruang makan semula pun
rasa tak bermaya. Itulah, layan sangat perasaan tu. Sekarang
jiwa siapa yang merana? Tanggung sendirilah.
Tidak lama kemudian, tetamu istimewa yang
ditunggu-tunggu pun sampai. Dari jauh Indah nampak Dato’
Safiya memeluk sakan tetamu tersebut. Sekejap kemudian
semua yang berada di ruang tamu menghala ke ruang makan.
Hah? Lelaki? Rupa pula iras-iras Tajul Fahin sahaja, tapi versi
muda sikitlah. Tajul Fahin terserlah gaya matangnya, yang ini
pula ala-ala orang muda baya-baya Indah sahaja. Jika lelaki
sebaya Indah, memang kategori budak-budak lagi.
Indah menjeling Mak Siti yang sudah terkekeh
ketawa. Nantilah Mak Siti, pandai main-mainkan perasaan
orang ya. Tapi Mak Siti tahu ke Indah berangankan si dia tu?
Eee… Malunya.
“Dato’ gembira sebab semua anak-anak dia balik
hari ini. Dah lama tak dapat berkumpul sama-sama, asyik
seorang ada, yang lain tak ada. Hari ini cukup lengkap, siap

154
Umie Nadzimah

dengan bakal menantu lagi.”


Mak Siti akhirnya ketawa memberikan jawapan. Ek
eleh, nak kenakan Indah lagilah tu. Bakal menantu konon!
Buat malu Indah sahaja kalau kaum keluarga Dato’
terdengar.
Cubitan dikenakan pada lengan Mak Siti. Terjerit
juga orang tua tu. Mak Siti sudah nampak mata si Indah yang
kembali bersinar-sinar. Dalam hati dia sudah maklum kenapa.
Kalau Dato’ tahu, lagilah dia gembira.
Indah menolong Mak Siti membawa nasi dan
mencedoknya ke dalam pinggan makan satu persatu.
“Duduk Indah!”
Dato’ Safiya memberi arahan. Dia memang tak suka
jika Indah berlagak seperti orang gaji. Sepatutnya pembantu
Mak Siti sudah datang, tapi hingga kini masih bermasalah.
“Pengganti Sunarti ke, mama?”
Lelaki itu menegur. Tajul Fahin tergelak besar. Si
abang pula sudah tersedak air kosong. Nasib baik tidak
tersembur pada si bongsu yang duduk di sebelah.
“Bro, kalau dia orang gaji, Abang Fahin cup awal-
awal kemas bilik abang sorang. Siap bayar double tiap-tiap
bulan.”
“Fahin, masih mabuk laut lagi ke?” Dato’ Safiya
menegur. Tajul Fahin mengangkat tangan memohon maaf
pada mama dan Indah.
“Zahin, this is Indah Halina, PA mama. Since anak-
anak mama semua dah ada, mama nak umumkan Indah as
my adopted daughter. Bererti, di dalam rumah ini, she is the
youngest, dan mama tak mahu dengar sebarang bantahan
okey! And please treat her fair as your sister.”

155
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Semua jadi terdiam seketika. Speechless! Dato’


Safiya yang jarang suka atau mudah percaya pada orang luar,
boleh senang-senang membuat keputusan begitu. Agak pelik!
Kenapa mama senang-senang aje terima?
Seketika kemudian Tajul Fahin mengejutkan semua
orang dengan tepukan tangannya.
“Sure… sure mama, no objection at all! Welcome
to our family, my dear. Tapi syaratnya kena panggil Abang
Fahinlah lepas ni. No more encik-encik, okey?”
Sambil itu Tajul Fahin mengenyit mata pada Indah.
Tengok tu, belum apa-apa lagi dia sudah ambil kesempatan.
“Haah, Abang Zen pun lagi sedap dengar dari Encik
Razin.”
Amboi-amboi, si dia pun tak lepas peluang. Ambil
kesempatan juga! Hendak berebut juga panggilan ‘abang’.
Ingatkan tak teringin.
Indah sudah tercekik air.
Dato’ Safiya tersenyum lebar mendengar. Tambah-
tambah lagi bila melihat Tajul Razin yang sudah berani,
dulunya cukup kaku dengan semua perempuan. Sekarang ini
sudah boleh berbahasa bunga-bunga. Agak ketara
perubahannya.
“Tapi Fahin rasa Indah masih inverted ‘sister’ kan?
Status can be changed to your lovely daughter in law, kan
mama? Could be mine, perhaps?”
Cis! Tajul sengih ni betul-betul tak tahu malulah!
Siapa nak kahwin dengan dia? Indah rasa dia tercekik nasi
pula. Kali ini dia perlukan banyak air untuk menolak semua
makanan yang masih tersekat di tengah jalan. Kalau dia mati
saat itu, memang Tajul Fahin yang patut dipersalahkan! Bila

156
Umie Nadzimah

Encik Halim tahu kisah sebenar, biar dia tembak mati Tajul
Fahin. Biar dia kojol bersama kakak dan mak tiri Indah! Yazid
juga!
Tetapi, cik abang yang duduk setentang dengan
Indah lagi teruk tersedak. Meleleh air mata dibuatnya
sehingga Dato’ Safiya bangun untuk memberi bantuan.
Beberapa minit baru keadaannya jadi reda. Huh! Nasib baik
tak jadi apa-apa pada si dia. Jika tidak, Indah sendiri yang
akan tembak Tajul Fahin!
“Fahin ni, tak habis-habislah dengan mabuk laut
dia, perangai romeo tu cukuplah kat luar saja. Jangan dibawa
sampai ke rumah mama ni. Mama tak berkenan.”
Dato’ Safiya terus membebel. Tajul Fahin santai-
santai sahaja ketawa. Apa dia kisah? Sekadar bergurau. Tapi
kalau jadi betul-betul, lagi bagus. Nak dijadikan isteri, mesti
perempuan baik dan suci. Maklumlah, bakal ibu pada
penyambung zuriatnya nanti.
Praggg…
Tiba-tiba semua orang di meja makan dikejutkan
dengan bunyi pinggan ditolak kasar sehingga menyentuh
pinggan berisi lauk-pauk di hadapan. Mata semua orang
tertumpu pada si pelakunya. Wajahnya mencuka!
“Sorry, mama. I just don’t understand! Zahin
sampai di sini tak lebih pun dari 30 minit, tetapi semua orang
dalam rumah ni macam tak nampak. This tonight supposed
to be my night, but you all make me feel so upset!”
“Zahin… please.” Tajul Razin cuba menenangkan
adiknya. Dipaut bahu yang telah berdiri untuk pergi itu.
Selalu pun begitu juga, dialah yang akan jadi pendamai
kepada perangai yang bukan-bukan dua orang adiknya.
“No… bro. You just imagine. I just came back, and

157
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

now I have to hear all the rubbish things. It’s unfair! Who’s
Indah? Nama pun macam Indonesian, how could I expect
more? And all of you just talk about her, ignore me. Yerk!”
“Zahin!”
Tajul Razin sudah terjerit kuat. Nasib baik dia masih
dapat mengawal tangan dari naik ke mana-mana bahagian
badan adik yang tidak berapa jauh jaraknya. Kemudian dia
duduk semula untuk mengawal emosi sendiri. Dibiarkan
sahaja adiknya yang terkenal sebagai ‘raja emo’ itu pergi.
Biarlah! Selalu pun begitu juga perangainya.
Tetapi kali ini Tajul Razin tidak suka mendengar
kata-kata yang kurang baik tentang Indah! Entah kenapa, dia
rasa adiknya tidak berhak untuk berkata begitu. Begitu juga
dengan Tajul Fahin! Dia pun tidak berhak untuk
mengucapkan yang bukan-bukan mengenai Indah. Mereka
bukan orang yang berhak!
Dan pada malam ini, Indah menyaksikan sekali lagi
situasi kurang selesa terhadap dirinya. Dia baru sahaja
hendak bernafas semula dari kejutan masa lalu, namun masih
belum ada keizinan untuk dia berada di aras yang stabil.
Lalu menyedarkan Indah supaya jangan terlalu leka
dalam zon yang agak selesa kerana di sini dirinya bukanlah
siapa-siapa. Jangan terlalu melayan angan-angan yang tidak
mungkin kesampaian.
Kasihan juga pada Dato’ Safiya kerana senyumannya
terhenti di sini, pada malam ini.

158
Umie Nadzimah

Bab 14
Kita semua hidup dalam ketegangan dari
waktu ke waktu, serta dari hari ke hari,
dengan erti kata lain, kita adalah watak dalam
cerita kita sendiri. Cerita yang ada plot susah
senang, suka duka, sedih gembira, bahagia
sengsara, pada ketikanya...

J
ADI apa yang hendak disedihkan
sangat, Indah? Kata-kata dan
sikap Tajul Zahin beberapa hari
ini bukannya apa-apa sangat, jika dibandingkan dengan apa
yang telah dilalui sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Plot
kehidupan Indah yang sangat drastik. Dari seorang anak gadis
kesayangan yang bahagia, tiba-tiba jadi terbuang dan dibenci.
Dipandang rendah dan hina oleh semua orang yang selama ini
cukup menyayanginya.
Tercampak pula ke rumah agam Dato’ Safiya. Tidak
pernah Indah duga untuk sampai ke sini. Tidak pernah
terlintas langsung dalam fikiran akan kewujudan watak-
watak tiga Tajul dan mama mereka dalam kehidupannya.

159
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Malah watak Mak Siti sekali pun tidak pernah ada.


Bulan pertama dan kedua berada di sini, lagi payah
bagi Indah hendak menghadap kerenah Tajul Razin yang
hipokrit, bengis dan sarkastik itu. Namun, segalanya berakhir
dengan baik sekali. Indah akhirnya boleh terbuai-buai dengan
perasaan syok sendirinya. Sungguh, persepsi Tajul Razin
boleh berubah 360 darjah pada Indah. Buktinya, lihatlah
kucing si Teana yang sangat cantik dan mahal di sebelah bilik
Mak Siti. Bukankah itu patung bernyawa yang paling
berharga buat Indah? Itu hadiah dari si dia.
Tidak terduga langsung yang si merak kayangan ini
akhirnya dapat menerima kehadiran Indah di dalam
rumahnya dengan baik sekali. Tiada lagi sengketa dan drama
di belakang tabir Dato’ Safiya. Hubungannya dengan Tajul
Razin terjalin bersama perasaan yang indah-indah sahaja
ketika ini.
Jadi kenapa Indah mesti pesimis hanya kepada kata-
kata dan sikap Tajul Zahin? Ahhh... Tak ada apa-apalah.
Anggap sahaja Tajul Zahin itu masih dalam keadaan terkejut
dan susah untuk menerima sedikit perubahan dalam
keluarganya. Bukankah dia baru sahaja tahu kewujudan
Indah? Kalau orang lain pun tentu susah juga hendak
menerimanya secara spontan.
Tetapi Indah kena sentiasa sedar diri. Di rumah ini,
dia hanya sebagai pekerja. Menumpang tempat tinggal selagi
diperlukan. Taraf dia lebih rendah dari Mak Siti yang sudah
dianggap saudara ahli keluarga ini.
Walaupun Dato’ Safiya baru mengistiharkan Indah
sebagai anak angkatnya, tapi bagi Indah, ia tidak membawa
sebarang makna. Indah tak boleh nak berbangga diri sesuka
hati. Dia tetap PA Dato’ Safiya, pekerja yang diperlukan 24

160
Umie Nadzimah

jam! Tidak ada apa-apa keistimewaan untuk status yang baru


diuar-uarkan itu.
“Indah, dah siap ke kerja yang auntie suruh tadi?”
“Errr… Dah, auntie.”
“Bawa sekarang ke bilik auntie.”
Haaa… kan baru saja cakap tadi, Indah ni sekadar
pekerja sahaja di sini. Tahu pukul berapa sekarang? Sudah
pukul dua pagi, tau! Dan Dato’ Safiya masih memerintah
Indah untuk menyiapkan itu dan ini. Haiya… Orang tua ni
tak tahu penat ke? Atau dia ingat Indah ni robot ke, tak reti-
reti rehat?
Lepas letak telefon bimbit di atas katil, Indah terus
mencapai lap-top yang masih hidup ke dalam bilik Dato’
Safiya. Dato’ seperti berpuas hati dengan kerja-kerja Indah
sebab selepas dia melihat, tak ada sikit pun kena ditokok
tambah. Tapi Indah tahu, dalam otak dia macam nak bagi
kerja lagi sebab tangan dia sudah mencapai satu fail lain pula.
Gila kerja betul.
“Auntie, dah lewat sangat ni. Nanti Encik Razin
sound Indah kalau dia tahu auntie tak tidur lagi masa ni.”
Ini bukan alasan Indah. Perkara betul. Si dia itu
selalu ingatkan Indah fasal kesihatan mamanya. Tidak boleh
terlalu stres dan tidur lewat. Ubat kena makan ikut jadual.
Tak boleh lewat apatah lagi terlepas. Siapa lagi yang
diamanahkan semua ini, jika tidak Indah yang kena
bertanggungjawab?
“Yalah… yalah. Pagi esok sambung. Auntie pun tak
mahu Abang Zen bermasam muka dengan buah hati dia.”
Dato’ Safiya mengusik. Indah buat-buat tak faham.
Mata sudah terasa berat, malas nak fikir yang jauh-jauh lagi.

161
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Buatkan auntie susu suam boleh?”


Indah mengangguk. Jika Dato’ sudah minta susu,
bermakna selepas ni dia akan terus tidur. Macam budak-
budak pula. Stail orang-orang kaya mungkin. Ayah Indah
taklah pula macam ini. Hmmm… Ayah, manjanya cara lain.
Rindunya untuk bersama ayah lagi. Bilalah agaknya.
“Indah? Tak tidur lagi? Nak ke mana tu?”
Banyaknya soalan! Indah terkedu bila ditegur oleh
si dia yang masih berada di ruang tamu. Entah kenapa sejak
dua menjak ini, dia suka buat kerja-kerjanya di situ, dan
bukan lagi di tingkat tiga yang serba lengkap macam ruangan
pejabat mewah tu. Setiap malam mesti dia melepak di port
terkininya.
Ini lagi seorang gila kerja. Like mother like son! Tak
penat-penat fikir macam mana nak menokok duit yang sudah
melimpah ruah itu.
“Nak buatkan Dato’ susu kejap, lepas tu Indah nak
tidurlah.”
Tapi sebenarnya mata Indah sudah bulat semula
bila mendengar suara romantik si dia pada waktu-waktu
begini. Perasaan Indah pada dia mana boleh dinafikan lagi
walaupun hanya perasan sendiri sahaja.
“Kalau macam tu, buatkan Abang Zen coklat panas
sekali, ya.”
Bibir Indah nampak sangat mengukirkan
senyuman. Matanya tetap juga di skrin lap-top. Indah
memang dengar sangat-sangat yang ‘Abang Zen’ tu disebut
dengan nada yang cukup lunak. Alahai… meremang bulu
roma.
Kalau Tajul Fahin atau si Abang Fahin, yang selalu

162
Umie Nadzimah

bermain di mulut orang tu dalam dua tiga hari ini Indah tak
kisah sangat. Tak berdebar pun dada Indah. Sekadar panggilan
hormat aje apalah salahnya. Tapi dengan ‘Abang Zen’ kenapa
rasa lain macam pula?
“Boleh tak?” Suara dia lunak lagi. Gaya menggoda.
Tapi mata dia tetap pada kerjanya. Cuma bibir saja yang asyik
tersenyum-senyum.
“Okey, en…”
“Abang Zen…”
Dia pintas cakap Indah. Hah! Abang Zen pun Abang
Zenlah! Lagipun seronok apa?
Tidak lama kemudian…
“Airnya.”
“Abang Zen.”
Dia pintas lagi cakap Indah. Yalah, lain kali tak
gagal lagi nak sebut Abang Zen tu. Bangga sangat nak jadi
abang. Dengan Tajul Fahin dan Tajul Zahin, tidak pula dia
bahasakan dirinya macam tu sekali. Pelik jugakan? Dengan
Indah galak sangat berabang-abang. Hendak berebut dengan
Tajul Fahin ke?
“Banyak lagi ke kerja? Errr… Indah naik dululah
ya.”
Dia mengangguk senang. Tak tahu anggukan itu
untuk apa. Sama ada jawapan soalan Indah atau
membenarkan Indah naik ke tingkat atas.
“Esok Indah kejutkan Abang Zen, ya? Ada meeting
pagi, takut tak tersedar pula.”
Gaya dia cakap bukan sekadar untuk meminta
tolong, tapi termasuk dalam kategori merayu-rayu dah, tau.
Huh! Skop kerja Indah bertambah lagi. Tapi bukankah itu

163
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

skop kerja seorang isteri? Indah sudah perasan pada tahap


yang tak boleh dimaafkan!

DI BALAI Perlepasan Terminal Penerbangan Antarabangsa


KLIA. Pada pandangan mata Tajul Razin, Indah sangat comel
dan menawan. Biasanya gadis itu memakai baju kurung,
kebaya longgar, tidak pun skirt labuh, tapi hari ini dia santai
dengan hanya berseluar jean hitam dan blaus lengan panjang
merah jambu. Memanglah nampak sedikit seksi dari selalu,
tetapi dia cute sangat. Ditambah pula dengan Beg Sling
yang diselempangkan di tubuhnya. Sesuatu yang lain dari
kebiasaan. Zen sudah angau tahap melampau! Semua tentang
Indah nampak istimewa sahaja. Tak ada pun yang kurang!
Ke Bangkok dengan Indah? Ini semua plan mama.
Entah apa agenda sebenar Dato’ Safiya, mengatur program
kerja untuk Indah. Rasa-rasanya Zen faham niat murni mama
tu. Mama cuba merapat-rapatkan Zen dan Indah. Itulah
tujuan utamanya selain dari melatih Indah di dalam dunia
perniagaan. Mama cukup memahami dan supporting.
Beruntung Zen ada ibu sepertinya. Terima kasih mama. Zen
akan berusaha!
Peluang keemasan berdua-duaan di sana, Zen
takkan sia-siakan. Inilah saat untuk dia memberitahu
perasaannya kepada gadis idaman. Zen boleh! Zen boleh!
Ya… Tajul Razin boleh!
“Abang Zen, pasport dan bording pass…”
Merah muka Tajul Razin, malu ditangkap berangan.
Alahai, awal-awal lagi sudah kantoi depan Indah. Boleh pula
dia berdiri tercatuk di depan petugas yang memeriksa
dokumen untuk masuk ke dalam pesawat. Dah kurang maco.

164
Umie Nadzimah

Tak apa, lepas ni dia akan berhati-hati. Takkan nampak bodoh


lagi di hadapan Indah.
“Kenapa Indah tengok Abang Zen macam tak selesa
aje dari tadi? Tak suka pergi dengan Indah, ya?” tanya Indah
sambil mengenakan tali pinggang keselamatan di tempat
duduk bersebelahan Abang Zennya.
“Hah? Mana ada? Abang Zen biasa-biasa sahajalah!”
Itulah kau, Zen! Kan Indah sudah perasan orang di
sebelahnya macam gabra saja. Bawalah relaks dan tenang-
tenangkan fikiran tu.
Sikap inilah yang Tajul Razin tidak suka. Cepat
gugup bila dia sudah ada rancangan tentang perasaannya. Dia
tak boleh nak mengawal diri supaya sentiasa cool. Benci
betul… Itulah, suruh berguru dengan si Fahin, ego.
“Indah nampak macam sudah biasa ke luar negara,
tak kekok pun naik kapal terbang.”
Tajul Razin cuba mengalih fokus supaya dia tidak
tertekan dengan perasaan sendiri.
“Baru dua kali, Abang Zen. Pertama masa pergi
umrah dengan ayah. Kedua pergi China untuk program
pertukaran pelajar di antara universiti. Tapi masa ke China tu
Indah seorang diri aje jadi terpaksalah memandai belajar itu
dan ini.”
“Owh… Dah umrah dengan ayah. Indah tak pernah
cerita pun fasal ibu bapa dan keluarga?”
Muka Indah tiba-tiba bertukar warna.
“Penting ke, Abang Zen?”
“Sudah tentu. Ya, amat penting.”
Tapi selepas itu Tajul Razin seperti jadi orang bisu,
tak dapat menyambung kata-katanya lagi. Sepatutnya dia

165
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

boleh mengorek semua tentang diri Indah. Termasuk yang


peribadi-peribadi sekali. Teramat banyak yang dia masih
belum tahu tentang gadis ini. Yang dia tahu cuma yang
tercatat di resume sahaja, itu pun kena gunakan khidmat
helah Safuan. Ada lagi satu, dia pernah jumpa bekas suami
tak jadi Indah yang berperangai pelik tu dulu. Itupun dia
tidak tahu secara detil. Maklumlah masa itu, ego dia setinggi
langit ke tujuh. Manalah dapat membongkar semua cerita
walaupun ketika itu dia teringin sangat nak lebih tahu.
Berada sebelah-menyebelah dengan Indah seperti
sekarang ini pun dia seolah-olah panik. Yalah, dekat sangat
mereka sekarang ini. Belum pernah sedekat ini. Aroma dari
tubuh Indah sahaja sudah cukup membuatkan dia menjadi
semakin gugup dan kelu. Percaya atau tidak, sejak accident
di depan pintu bilik mama beberapa bulan dulu, dia tidak
pernah lupa aroma rambut dan badan Indah yang wangi.
Sangat menarik naluri lelakinya.
Sudahnya sehingga tiba di Lapangan Terbang
Suvarnabhumi Thailand, hanya beberapa patah perkataan itu
sahaja yang dapat diucapkan.
Tajul Razin pun hairan dengan dirinya sendiri. Dia
adalah lelaki yang cukup yakin dengan dirinya, tetapi kenapa
bila bab dengan Indah keyakinannya jatuh ranap hingga ke
tahap kosong?
Huh! Kesian mama. Tentu harapannya tinggi
dengan mengirimkan Indah untuk bersamanya ke sini.
Tajul Razin sepatutnya ada back up plan. Hesy…
Kalau pasal kerja dan urusan pejabat, back up berbagai, tapi
bab hati, perasaan, memikat perempuan yang dia suka?
Hmmm, hampeh!

166
Umie Nadzimah

INDAH tahu Abang Zen diserang rasa panik yang teramat


sangat. Apa tidaknya tiba-tiba sahaja dia menjadi miskin bagai
orang muflis, walaupun di dalam bank duitnya melimpah-
ruah. Tanpa sedar, penyeluk saku sempat merembat dompetnya
yang penuh dengan kad kredit pelbagai bank, termasuk kad-
kad debitnya. Wang tunai USD, Bath Thailand, dan Ringgit
Malaysia juga turut lebur! Nasib baik juga pasport antarabangsa
dan telefon bimbit tidak menjadi mangsa sekali.
“Macam mana ni, Indah? Abang Zen tak ada satu
sen pun dalam tangan. Safuan pula tak dapat nak tolong apa-
apa sebab dia pun di Jakarta. Nak minta tolong mamalah.”
“Tak payah bagi tahu auntielah, nanti dia susah
hati. Guna kad kredit Indah sahajalah, ya. Cash Indah pun
ada juga tapi tak banyaklah.”
Dalam hati Indah bersyukur juga sebab Tajul Fahin
telah memaksa dia untuk menerima sampul surat yang berisi
Thai Bath di dalamnya. Kata si Abang Fahin, itu duit lebih
masa dia berlabuh di Thailand. Kalau tukar kepada Ringgit
Malaysia pun buat rugi saja. Lebih baik Indah guna. Indah tak
tahu pun berapa banyak, tetapi rasanya berbaloi juga untuk
masa-masa terdesak macam ni.
“Nampak gayanya, dalam masa empat hari ni Abang
Zen betul-betul lost, kena bergantung hidup dengan Indah
sajalah!”
Entah kenapa Tajul Razin boleh tergelak-gelak.
Macam lucu benar dia jadi papa kedana pada hari ini. Indah
pun tergelak sama.
“Kalau macam tu, Indah jadi boslah sekarang ni?
Jadi Abang Zen kena dengar cakap Indah tau?”
Tiba-tiba Indah mendapat satu akal jahat. Sudah
lama dia tidak jadi budak nakal, sejak keluar dari universiti

167
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dan terpisah dari geng merapu. Tiba-tiba rasa gian pula


hendak mengenakan orang.
“Yes madam, you are the boss!”
Hmmm… memang Indah jadi bos untuk beberapa
hari ini. Jadi si dia kena ikutlah semua perintah bos, kan?

KEESOKANNYA, sewaktu sarapan pagi secara bufet di


Sheraton Grande Sukhumvit, hotel bertaraf lima bintang di
Bandaraya Bangkok, Indah yang duduk bertentangan dengan
Tajul Razin memulakan misinya.
“Abang Zen, lepas meeting abang nanti kita kena
check out dari sini, ya?”
Dahi Zen sudah berkerut-kerut. Hendak keluar dari
sini? Habis tiga hari lagi hendak tinggal di mana?
“Kenapa pula?” Tajul Razin mengaju soalan juga.
Indah jadi tersengih-sengih.
“Kita kena pindah hotel ikut bajet Indahlah. Kad
kredit Indah limitnya tak banyak. Dah bayar teksi limousin,
dua bilik tinggal di sini satu malam rasanya dah paras
tengkuk, Abang Zen.”
“Habis tu kita nak ke mana? Indah cukup bajet lagi
ke?”
Indah tersenyum lagi. Suka dia tengok muka cemas
Abang Zen. Orang yang biasa ada duit banyak, tak pernah rasa
susah, tiba-tiba muflis, tentu jadi hilang arah, kan? Hehehe.
“Kalau Abang Zen ikut cakap Indah, cukuplah!
Malam semalam Indah dah google hotel lain di kawasan

168
Umie Nadzimah

Sukhumvit Road ni. Indah dah booked pun dua bilik kat hotel
bajet di hujung jalan sana. Lagi pun kat situ dekat Nana
Street, banyak makanan orang Muslim yang murah sikit.
Public transport pun banyak di situ. Boleh ya, Abang Zen?”
Abang Zen mengeluh. Kemudian menunjuk muka
kurang suka. Teruk sangat ke kena tinggal di hotel bajet dan
menggunakan pengangkutan awam? Indah teringin nak naik
Tuk-Tuk, teksi yang guna motosikal tu, tapi sanggup ke
Abang Zen nak temankan? Terdedah pada asap kenderaan
yang berkepul-kepul tu, weh!
“Sebenarnya hotel tu taklah teruk sangat. Taraf tiga
bintang di Malaysia, tapi Indah tengok kemudahan dia semua
lengkap, termasuk breakfast sekali, dan harga untuk satu
malam lebih kurang RM 80 aje.” Indah cuba memujuk lagi.
Kira habislah rancangan dia kalau Abang Zen enggan
berpindah.
“Ya ke?”
“Betul. Indah dah buat survey. Memang hotel di
sini jauh lebih murah. Kecuali taraf yang kita tinggal ni aje
yang mahal. Tapi Indah terus terang dengan Abang Zen,
Indah tak mampu, takut nanti tak ada duit nak bayar
transport untuk pergi airport balik. Dan Indah tak nak kena
tinggal sini jadi bodyguard.”
Abang Zen memandang Indah tajam. Dia tahu apa
maksud bodyguard di sini. Sungguh dia tak bergunalah kalau
biarkan Indah sampai macam tu sekali. Hmmm… Thailand
dari zaman dahulu sudah terkenal dengan industri
memperdagangkan tubuh wanita.
“Okey. Ikut kata Indah, kita check out, tapi make
sure bilik Indah bersebelahan bilik Abang Zen, ya.” Tajul
Razin akan memastikan Indah selamat walau di manapun

169
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

mereka berada.
Pada malam itu bermulalah kehidupan Abang Zen
sebagai orang yang biasa dan tidak berwang. Lima belas minit
berada di dalam bilik, dia mengetuk bilik Indah.
“Indah, water heater bilik Abang Zen tak
workinglah.”
“Ya ke?”
“Macam mana ni, Abang Zen tak tahanlah. Air tu
sejuk.”
Ya tak ya juga. Diakan menghidap mild athma.
Mana tahan sejuk-sejuk. Kalau jatuh sakit, lagi teruk Indah
kena jaga dia. Kos ubat lagi. Huhuhu
“Bilik air Indah okey aje. Abang mandilah di sini.”
“Errr… tak apa ke?”
“Tak apa, Indah duduk bilik Abang Zen waktu abang
mandi.”
Selesai satu cerita. Satu jam selepas itu bilik Indah
diketuk lagi.
“Indah, bilik Abang Zen banyak lipaslah!”
“Habis tu?”
“Abang Zen tak boleh tidur, takut dia merayap kat
badan.”
“Ala… Abang bukalah lampu tidur tu. Bila cerah
lipas tak pergilah situ.”
“Owh… Ya ke? Okey!” Dia masuk semula ke dalam
biliknya.
Satu jam kemudian, dia ketuk lagi. Masa tu Indah
sudah di awal mimpi. Mamai-mamai dia bangun lalu
membuka pintu. Rasa nak marah pun ada, tapi tak sampai

170
Umie Nadzimah

hati bila teringat itulah satu-satunya lelaki yang dia boleh


tangkap cintan.
“Indah, Abang Zen lapar sangat-sangat. Tak boleh
tidur, tak boleh buat apa-apa lagi dah.”
“Laaa?”
Tadi dia yang mengada-ada masa makan di restoran
Pak Arab tu. Itu tak lalulah, ini tak boleh masuklah, tak ada
seleralah. Haaa… Sekarang siapa yang susah? Tengah malam
macam ni, kafe hotel bajet macam ni memanglah tak
beroperasi lagi. Sekarang Indah sudah menyesal kerana ada
niat tidak baik untuk mengenakan Abang Zen. Akhirnya dia
yang jatuh susah. Sabar ajelah.
Tapi Indah betul-betul simpati melihat wajah lapar
si dia.
“Kalau macam tu, Abang Zen temankan Indah ke
Seven Eleven depan tu, ya? Indah nak cari barang buat
sandwic.”
Tiga puluh minit kemudian, mereka berkelah
sambil makan sandwic tuna, mi segera dalam cawan dan
Nescafe 3 dalam 1 panas di dalam bilik Indah. Sungguhlah,
Abang Zen betul-betul lapar. Dia tidak berpura-pura.
Buktinya, semua makanan yang disediakan oleh Indah
selamat masuk ke dalam perutnya. Tidak ada apa yang tinggal
lagi.
Kasihan Indah tengok. Begini rupanya orang kaya
yang tiba-tiba jatuh bankrap.
“Sedap rupanya mi cawan ni ya, Indah?”
Indah angguk dan tersenyum. Dia tak tahu ke
sedap? Itu makanan ruji Indah waktu malam-malam di
kampus dulu kalau malas hendak keluar. Indah membawa

171
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

empat cawan ke Bangkok, untuk empat malam. Tak sangka


pula boleh habis pada malam kedua ni. Ahhh… malam esok
pandai-pandailah.
“Abang Zen tak pernah makan, tau. Pertama kali
dalam hidup.”
Bulat mata Indah dengar. Tapi yalah, Dato’ Safiya
kan amat prihatin pada makanan dan pemakanan. Sudah
tentu makanan macam ni tak dibenarkan menjadi stok di
dalam dapur rumah.
“Mahal tak Indah satu cup ni?”
Serius dia tanya. Nak buat business Maggi ke? Tapi
Indah rasa nak guling-guling ketawa, cuma ditahan-tahan
saja. Takkanlah harga Maggi cawan pun dia tak tahu?
“Kalau yang sedap macam tu sudah tentulah mahal,
Abang Zen. Kiranya banyaklah hutang yang Abang Zen kena
bayar pada Indah nanti.”
Abang Zen membalas dengan senyuman meleret.
Apa pula yang ada di dalam kepala dia tu?
“Whatever. Every single cents yang Indah belanja di
sini, Abang Zen akan bayar triple, malah kalau Indah tak
kisah, lebih dari itu pun abang bagi.”
“Wah! Kayalah Indah lepas balik dari Bangkok ni.”
“Yup… Tapi Abang Zen ingat nak offer bayar dengan
sesuatu yang tiada nilainya dengan wang ringgit. Tak tahulah
Indah sudi terima ke tidak.”
Bab ini buat mata Indah terkebil-kebil. Apa tu?
Indah kurang yakin dan kurang mengerti.
Sebenarnya, Tajul Razin pun tidak sangka mulut dia
boleh terpacul dengan kata-kata itu. Syukur juga dia sudah
terlepas klu. Tapi si gadis itu boleh faham ke?

172
Umie Nadzimah

Bab 15
M
EMANG sah! Cik adik sayang
ni tak faham pun klu yang dia
lontarkan secara tak sengaja
tu. Lembab juga dia, eh! Cuppp, cuppp, siapa yang lembab? Si
Abang Zen, atau si Adik Indah?
Tajul Razin sudah mula rasa merendah diri.
Susahnya untuk meluahkan rasa hati pada seseorang. Errr…
Maksudnya pada perempuan yang disukailah. Penat-penat
pelan dan program dekat kepala, alih-alih boleh gugup dan
gabra. Jika tercakap tanpa dirancang-rancang, orang tu tak
faham pula. Payahnya.
Indah itu pun satu. Tak faham-faham ke? Sudah
jelas lagi nyata apa yang Abang Zen buat selama ini. Sanggup
dia tolak egonya, memujuk rayu Indah jangan pindah rumah,
susah payah jadi driver hantar ke sana dan ke sini. Dan yang
paling tak tahan sekali, terpaksa beli kucing sedangkan dia
cukup alah dengan semua makhluk haiwan berbulu. Tidak
cukup kuat ke perhatian dia selama ini untuk buat perasaan
Indah bergelora?

173
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Dengan perempuan lain, sumpah dia tak buat kerja


gila macam tu. Lihat sajalah semalam, berapa kali Indah kena
ganggu. Sengaja dia hendak tarik perhatian. Padahal water
heater di dalam biliknya tak ada masalah pun. Harap-harap si
sayang tak tahu. Dan ingat dia lembik ke sampai binatang
sekecil lipas tu pun nak geli-geli. Sungguh memalukan kalau
betul, buat jatuh maruah kaum lelaki sahaja. Tapi bab makan
dia tak bohong Indah! Abang Zen memang kebulur sangat
masa tu.
“Weh, dah pukul 8.45 pagi!!!”
Abang Zen terjerit kecil bila tengok muka jam
tangannya yang diletakkan di atas meja kecil sebelah katil.
Terus dia melompat untuk mencapai tuala dan menuju ke
bilik air. Semua kena ekspres sebab sudah terlewat. Janji
dengan si sayang tu pukul 8.30 pagi kena keluar.
Tok... Tok... Tok...
Keluar dari bilik air, Abang Zen terus membuka
pintunya.
Indah terkejut di depan pintu apabila melihat
pemandangan yang tak sepatutnya. Abang Zen berada di
hadapannya hanya menutup bahagian tertentu badan dengan
tuala putih singkat. Yang lain-lain semua terdedah! Bukan
teruk sangat, tapi dada Indah dup dap dup dap, rasa jantung
hendak melantun keluar. Malu pun ada, muka Indah sudah
berona merah.
Tubuh badan yang tak berpakaian tu. Huh! Indah
juga perempuan biasa, yang kadang-kadang terleka dengan
jerat naluri, apatah lagi susuk tubuh gagah itu ada pada lelaki
yang dia suka. Putih bersih tapi berotot-otot, maco sangat.
Kalah Darius Sinathrya, selebriti Indonesia yang Indah suka
tu. Dalam terkejut-terkejut itu pun, mata Indah buntang juga

174
Umie Nadzimah

tengok. Eh, tertengok! Sudah di depan mata.


“Opsss… sorry!!!” Sempat lagi Abang Zen ketawa
nakal.
Klik. Pintu tertutup! Sedar pun Abang Zen yang dia
tengah seksi. Dia tersengih-sengih seorang. Okey apa? Kalau
Indah yang tengok, dia relakan semua. Huish, apa ni? Nak
ucap ‘I like you’ pun payah, nak fikir benda-benda yang 18sx
pula.
Selepas menyarung T-shirt dan seluar paras lutut,
dia membuka semula pintu. Indah masih menunggu di luar
sambil asyik menengok seorang pekerja hotel menolak troli.
Entah apa yang menarik sangat. Kemudian mata Indah kalih
pada abangnya, dari atas ke bawah dia pandang. Heh, takkan
Abang Zen nak jumpa pembekal pakai macam tu?
“Baju dan seluar Abang Zen kan di bilik Indah?
Semalam minta seterika. Dah siap?”
“Owh!”
Indah menepuk dahinya. Macam mana dia boleh
lupa baju Abang Zen yang disangkut di dalam almari selepas
digosok semalam? Indah perlu menggosok pakaian sendiri
sebab merekakan perlu berjimat, jadi tak bolehlah hantar ke
servis dobi. Indah membuka pintu biliknya semula. Jengkel
juga bila Abang Zen selamba rock saja mengekorinya dari
belakang. Abang Zen ni kadangkala perangai dia tak boleh
diduga. Ada juga masa-masa gatalnya. Tu yang Indah was-was
sikit. Takut masa tu pun Indah tergatal sama. Habis!
Nauzubillah, Indah tak mahu terjebak dalam
kancah maksiat! Betul, Indah sudah jatuh hati tahap gaban
pada Abang Zen, tapi Indah tidak sekali-kali menggadaikan
maruah diri. Yang semalam pun Indah menyesal sangat-
sangat sebab terlebih layan dia semasa makan sampai terlupa

175
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

yang mereka sedang berdua-duaan. Mujur tak berlaku benda-


benda yang pelik-pelik, selain dari ayat dia yang buat Indah
tertanya-tanya tu.
Indah sudah janji sewaktu solat subuh pagi tadi, dia
takkan mengulangi lagi keadaan seperti semalam. Kalau
jatuh sayang sekali pun batas-batas pergaulan kena tahu.
Rasanya ayah telah mendidik Indah menjadi wanita muslimah
yang baik, jadi dia kena sentiasa berhati-hati.
Indah mencapai sepasang baju formal lelaki dari
dalam almari dan menghulurkan pada si dia yang sudah
berada dekat di belakang. Hmmm… Bau segar sabun dari
tubuhnya.
“Abang Zen tukar di sini ajelah.” Dia bercakap
dengan senyuman nakal.
“Suka hatilah. Indah tunggu kat luar, ya. Abang Zen
cepat tau, sebab kita dah lambat. Ini tugasan pertama Indah
di sini, nanti dia orang kompelin dengan Dato’ pula Indah tak
tepati masa.”
Indah cepat-cepat melarikan diri untuk keluar tapi
hujung matanya masih ternampak yang Abang Zen sedang
menanggalkan T-shirt yang dipakainya. Jantung Indah mula
hilang tempo. Lelaki yang seorang ini, suka buat Indah hilang
pedoman, tau!
Selepas bersarapan ala-ala kartun di kafe hotel yang
terletak di tingkat 9, mereka bergegas turun ke bawah.
Sarapan sekadar mengalas perut saja. Pertama, sebab nak
cepat. Kedua, bukan boleh makan apa-apa sangat. Hanya roti
bakar dengan jem, jus oren, kopi panas dan buah-buahan
sahajalah yang boleh dimakan.
Sebenarnya boleh tahan juga American-Style Buffet
Breakfast yang disajikan, walaupun taraf hotel ini cikai-cikai

176
Umie Nadzimah

saja. Tapi Indah rasa was-was pula hendak makan pasta,


scrambled egg, baked bean, hot dog dan apa-apa lagi tu.
Indah lihat Abang Zen pun tak ambil makanan tu semua,
kecuali apa yang Indah makan sahaja.
Sesuatu yang buat Indah kagum dengan si dia. Dia
tetap menjaga makanan yang bersih dan halal di tempat
asing. Sesetengah lelaki lain sudah tentu ngap saja makanan
yang nampak menyelerakan itu. Dia tidak. Nampak begitu
teliti dengan makanan yang hendak dimakan. Kredit untuk
Abang Zen bertambah lagi.
Sebuah kenderaan kepunyaan hotel sudah menanti
di hadapan untuk membawa penghuni yang ingin ke jalan
utama. Tidak jauh pun untuk ke jalan utama, tetapi kalau
berjalan kaki berpeluh juga. Di jalan utama, pelbagai
kenderaan awam boleh didapati, termasuklah MRT (Keretapi
bawah tanah), Skyway (Seperti LRT di Malaysia), teksi Tuk-
Tuk dan teksi kenderaan biasa. Jangan tidak tahu, teksi-teksi
di sini semuanya dari jenis Toyota Vios, Camry dan Altis.
Hahaha, nama kucing-kucing Indah tu. Hmmm… Jika di
Malaysia kereta-kereta jenis ini dikategorikan sebagai kereta
import yang agak mewah juga. Tapi apa yang nak dihairankan,
bukankah Vios tu pemasangannya dibuat di negara Thailand?
Seolah-olah menjadi kereta kebangsaan negara inilah
agaknya, macam Malaysia dengan keluaran Proton dan
Perodua.
“Kita naik Tuk-Tuk ya, Abang Zen? Lebih murah
kan?”
Indah cuba memancing si dia. Suara, dia buat
manja-manja sikit. Teringin benar dia nak menaiki kenderaan
itu. Nampak laju dan boleh menyelit-nyelit di celah-celah
kenderaan lain. Terujanya tengok! Macam motosikal di Kuala
Lumpur. Taklah kebosanan menempuh jalan yang jammed,

177
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dan lebih cepat sampai.


Abang Zen menghadiahkan satu jelingan tajam!
Mak ai… takut juga rasa.
“No way! Abang Zen tahu tambangnya lebih kurang
sama saja dengan teksi pakai meter tu.”
“Tapi nampak macam best saja, di KL mana ada
kenderaan macam tu. Indah teringin nak cubalah, Abang Zen.
Please…” Indah cuba memujuk lagi.
“I said, no! It’s too dangerous! Indah boleh
tercampak keluar, tahu? Tengoklah cara pemandu dia handle,
eee… ngeri. For your safety, I will not allow, understand?
Jangan berangan nak naik!”
Suara Abang Zen cukup tegas, dan muka pun
nampak ketat sangat. Menunjukkan dia amat serius dalam
perkara ini. Bukan main-main, dan jangan sekali-kali nak
membodek lagi. Hajat tak kesampaian, Indah buat muka
masam. Geram rasanya. Abang Zen ini tak mencabar
langsung! Naik Tuk-Tuk macam tu pun takut!
Abang Zen menahan sebuah teksi bermeter Altis.
Dia membuka pintu belakang untuk Indah masuk, kemudian
dia duduk sama di sebelah.
“Pratunam Mall, Indera Square.” Abang Zen
memberitahu pemandu tempat yang ingin dituju. Lepas tu,
mata dia asyik merenung wajah Indah. Tak terkedip-kedip.
“Janganlah marah. Abang Zen cuma nak pastikan
Indah selamat bersama abang. Takut perkara-perkara yang
tak dijangka berlaku, dan Abang Zen tak ada duit untuk back
up. Sebab tu kena hati-hati, apa-apapun boleh terjadi dalam
masa yang singkat. Lagipun, tahu tak, kalau naik Tuk-Tuk tu,
wajah putih comel ni akan jadi comot. Nampak tak asap
kenderaan yang berkepul-kepul tu? Semua akan melekat pada

178
Umie Nadzimah

muka Indah. Sebab tu abang tak bagi, nanti supplier baju tu


kompelin pula pada mama, kenapa hantar perempuan comot
datang jumpa dia.”
Alasan Abang Zen yang panjang berjela dan yang
terakhir tu ada unsur-unsur humor dan mengusik. Dan suara
parau romantiknya, buat hati Indah jadi sejuk. Tak naik Tuk-
Tuk pun tak apalah kalau macam ni.
Indah mula mempamerkan mata manja. Dia tidak
dapat mengawal bibirnya dari tidak tersenyum lagi. Sebabnya
hati dia sudah terasa kembang. Rasa amat dihargai bila Abang
Zen begitu mengambil berat. Abang Zen tidak mengambil
mudah tentang diri Indah. Dia betul-betul menjaga amanah
Dato’ Safiya, supaya menjaga Indah dengan baik selama
beberapa hari di sini. Walaupun dia dalam keadaan daif dan
tak ada duit.
Terbukti bahawa Abang Zen ini bukan sekadar ada
rupa dan gaya, tetapi juga ada tanggungjawab dan gentleman!
Aduhai… Rasanya payah nak cari orang yang macam ni.
Abang Zen ketawa bila melihat Indah sudah boleh
tersenyum. Eh, Indah baru perasan, sekarang ini Abang Zen
selalu saja ketawa. Sikit-sikit punya hal pun dia sudah ketawa.
Tak macam masa mula-mula kenal dulu, senyum pun teramat
mahal, inikan pula nak gelak-gelak.
“Dah tak merajuk?”
“Siapa yang merajuk?”
“Ya ke, tak ada orang merajuk sebab tak dapat rasa
naik motor sayur tu?”
“Aih… Itu kenderaan penumpanglah, Abang Zen!
Indah teringin sangat nak cuba. Sekurang-kurangnya ada
pengalaman naik.”

179
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Tapi errr… Abang Zen tertanya-tanyalah, Dato’


Safiya hantar Indah ke sini untuk kerja ke atau melancong?”
Indah sudah berani menggunakan tali Beg Slingnya
untuk memukul lengan Abang Zen. Dan lelaki itu gelak lagi.
Mata dia membayangkan yang dia sangat berbahagia.
Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, Abang Zen
membayar harga tambang teksi. Memang betul kata Abang
Zen, harga teksi tidak semahal mana. Rugi sahaja jika
mengambil Tuk-Tuk yang merbahaya tu. Sudahlah panas,
mahal pula.
Duit yang Abang Zen guna tu, Indah bagi sewaktu
sarapan tadi. Sewaktu menerima duit 3000 Bath (lebih
kurang RM 300) tu, Indah nampak air muka Abang Zen
berubah sama sekali, tetapi Abang Zen paksa tangannya
untuk terima. Daripada poket kosong langsung, lebih baik dia
turunkan sedikit ego tu. Keadaan tengah terdesak! Indah pun
faham keadaan dia sekarang.
Indah bagi Abang Zen duit tu untuk dia bayar
tambang kenderaan dan makan-makan (makan ala-ala orang
susah di sini). Takut jatuh air muka Abang Zen jika setiap
pembayaran Indah yang kena buat. Diakan lelaki tulen? Mesti
terasa bila perempuan yang menanggung segalanya.

MALAMNYA, Abang Zen berselera sekali semasa makan nasi


goreng Pak Arab di Nana Street. Takut kebulur lagi agaknya.
Bagus juga, sebab stok makanan Indah pun sudah licin
dikerjakannya semalam.
Nana Street, kawasan orang Muslim Arab.
Kebanyakan restoran dan kedai-kedai kecil di sini dimonopoli

180
Umie Nadzimah

oleh kaumnya atau warga bukan peribumi Thailand. Sejak


berpuluh-puluh tahun dahulu, sinilah tempat orang Islam
mencari makanan halal di Bangkok. Tetapi makanan dia, kena
faham-fahamlah, mesti ala-ala Arab, walaupun namanya nasi
goreng. Dan jangan sekali-kali berangan untuk merasa
tomyam ke, paprik ke atau apa-apa segala jenis masakan asli
Thailand di sini. Takkan dapat! Kalau nak, yang was-was atau
tak halal tu adalah! Bersepah, lalu telan dengan tidak saja.
Selepas makan, Indah dan Abang Zen menyusur
sepanjang jalan Nana Street. Semua kedai-kedai masih
beroperasi, malah suasana malam lagi meriah dengan adanya
gerai-gerai kecil seperti pasar malam di sepanjang jalan.
Dato’ Safiya pernah bercerita mengenai kedai jahit
di Bangkok boleh menyiapkan sut pejabat lelaki dan wanita
dalam masa 24 jam sahaja, dengan kualiti yang bagus serta
harga yang jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. Semasa
itu, Indah tidak dapat membayangkan bagaimana, tetapi
setelah melihat dengan mata sendiri baru dia percaya.
Rupanya di sepanjang jalan di Bangkok, terdapat
banyak sangat kedai-kedai jahit (tailor) yang memberikan
perkhidmatan 24 jam siap. Ramai pelancong yang menempah
pakaian pejabat di sini, terutamanya mat salih dari luar
negara. Patutlah auntie beria-ia menyuruh Indah datang
untuk menimba pengalaman dalam perniagaan pakaian.
Tidak sia-sia rupanya.
Seharian tadi di pusat jualan borong pakaian
Pratunam turut memberikan Indah idea-idea bagaimana
perniagaan pakaian di sini bergerak. Aplikasinya boleh juga
diguna pakai di dalam gedung pakaian milik Dato’ Safiya.
Boleh tahan tip-tip business yang Indah dapat korek. Jangan
tak tahu, Indah pun ada motivasi tinggi untuk memajukan
diri sendiri.

181
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Balik nanti Indah akan menyiapkan laporan dan


proposal baik punya untuk tatapan ‘mem besar’ yang sedang
menanti. Masa tu baru mata Abang Zen buntang! Dia asyik
kata Indah datang ke sini untuk bersuka ria sahaja. Hek eleh
dia pun dua kali lima. Tengok tu, belek barang sampai tak
ingat nak balik rehat!
“Cantik! Sesuai sangat dengan warna kulit Indah!”
Tiba-tiba sahaja Abang Zen berada di belakang
Indah yang begitu asyik membelek Pashmina di sebuah gerai.
Gerai yang biasa-biasa sahaja, bukan pusat pakaian
berjenama. Namun, kualiti kainnya nampak bermutu dengan
corak yang cantik dan moden.
Hembusan nafas Abang Zen yang dekat dengannya
membuatkan Indah hilang arah serta-merta. Hingga dia
terpaksa berdiam diri seketika untuk bertenang. Lelaki
seorang ini memang suka buat jiwanya rusuh. Sebentar
kemudian Indah menapak keluar dari situ.
“Kenapa tak beli? Tak ada di KL design macam tu
tau.”
Abang Zen mengaju soalan cepumas, dan membuat
kenyataan yang memedihkan hati. Memang Indah berkenan
sangat dengan benda alah Pashmina tu. Dah lama teringin
nak pakai terutamanya di pejabat yang selalu terlebih udara
sejuk, tapi dia belum ada sehelai pun pun lagi. Yang tadi tu,
cantik sangat dan betul kata Abang Zen tak boleh dapat di KL.
Tapi, huk... huk… huk, sedihnya.
“Tak apalah Abang Zen, lain kali sajalah. Indah
takut tak cukup bajet.”
Perlahan saja Indah memberitahu. Sembunyi rasa
kecewa pun ada.
“Owh…”

182
Umie Nadzimah

Rasanya Abang Zen pun macam kecewa juga. Dari


samar-samar cahaya lampu malam, Indah nampak riak
wajahnya berubah sangat. Lebih tegang dari masa menerima
duit 3000 Bath tu.
Indah tak salahkan Abang Zen walau sedikit pun.
Indah teringin sangat nak belikan untuk Mak Siti dan Hasma
sesuatu sebagai kenangan dari sini.
Tingginya maruah Abang Zen, kalau fasal duit!
“Abang Zen rasa tak berguna sangat di mata Indah.”
“Apa Abang Zen cakap ni? Benda tu tak penting
sangatlah.”
Abang Zen tetap menunjukkan muka tertekan.
Tak sedap hati pula bila tiba-tiba Abang Zen sudah
tunjuk muka muram. Rasa lambat sampai ke hotel kalau
berjalan kaki dalam keadaan macam ni. Jika dalam keadaan
ceria, terasa kejap saja dah sampai.
“Abang Zen!”
Tiba-tiba Indah dapat idea untuk buat dia bercakap
semula. Memang dia hendak mencuba nasib tentang program
yang telah dirancangnya sendiri itu.
“Ya?”
“Esok kita dah free, kan? Temankan Indah boleh?”
“Hmmm… ke mana?” Suara dia taklah semesra
mana.
“Floating Market, elephant show dengan Rose
Garden?”
“Banyak tempat tu. Mahu ambil masa satu hari.
Abang Zen kena siapkan kertas kerja sikit sebab balik nanti
kena present pada client.”

183
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Alaaa… Indah sudah frust. Nampak gayanya, Abang


Zen takkan supporting kalau bab-bab bersiar-siar. Indah nak
sangat pergi ke tempat-tempat menarik tu. Pertama kali
datang sini, sekurang-kurangnya dapat tengok. Dahlah ajak
naik motor sayur tu dia tolak mentah-mentah. Kecewa betul.
“Indah pergi seorang, eh? Join tour group.” Indah
cuba bermain psikologi, padahal dia bukan berani untuk
pergi seorang, jika tak kerana terpaksa.
“No, no! You cannot!!! Jangan tunjuk berani di
sini!”
Kerasnya nada suara Abang Zen. Sudah lama dia
tidak menjerit ganas macam tu pada Indah. Siap dengan jari
telunjuk digoyang-goyangkan di hadapan muka Indah.
Seperti waktu dulu, Indah sudah naik kecut. Beberapa orang
berhampiran juga tertoleh-toleh pada mereka. Sikap Abang
Zen ni memang tak dapat dijangka langsung!
Tapi tiba-tiba Indah rasa Abang Zen memegang
lengannya kejap. Oleh kerana berlapik dengan dua lapis baju,
Indah biarkan sahaja dulu. Kalau disentap nanti, takut dia
mengamuk terus. Dato’ Safiya tak ada untuk selamatkan
keadaan. Tapi hakikatnya juga, kalau dengan Abang Zen,
Indah selalu lemah, perasaannya lebih banyak mengawal
fikiran!
“So sorry, okay! Abang Zen bukan apa, tak nak apa-
apa jadi pada Indah.”
Hah… Dia tak habis-habis nak jaga keselamatan
Indah! Apa, dia ingat umur Indah ni dua tahun ke, yang nak
kena kepong takut jatuh. Orang ajak teman, banyak pula
alasan.
“Okey deal, abang temankan Indah esok, tapi
malam ni kena tolong abang buat presentation artwork,

184
Umie Nadzimah

boleh? At least separuh kerja abang dah siap sebelum balik.”


Suara Abang Zen sudah lembut dan lunak kembali.
“Boleh! Boleh!”
Cepat saja Indah menyambut! Hatinya disambar
gembira. Tak tidur satu malam pun tak apa, asalkan dia dapat
cuti-cuti di Thailand pada hari esok. Bukan senang weh nak
dapat datang ke negara gajah putih ni, walaupun sekadar
bersempadan dengan Malaysia. Siapa nak bagi percuma
selalu, kan? Jadi kenalah ambil kesempatan!
“Amboi! Kalau fasal jalan, happy!”
“Yalah Abang Zen, one of my interest!”
Ohhh… Abang Zen semakin mengenali Indah, apa
yang dia suka dan tidak.
“Tapikan, tadi ada orang tu nak beli Pashmina tak
cukup duit, nak merayap ada pula, ya?”
Abang Zen tersenyum sinis. Mood menyakatnya
sudah muncul balik. Dan dia telah berjaya memerangkap
Indah dengan dua perkara untuk bersamanya. Malam ini dan
esok hari. Harapannya, apa yang bersarang di jiwa boleh
dirungkaikan. Lagi banyak masa bersama, peluang dia
mendekati dan mengenali Indah makin cerah.
“Alah, yang ini jalan-jalan ala-ala bajet rendah.
Balance kad kredit Indah ada sikit lagi, jadi Indah masukkan
sekali dalam bil hotel. Itu pun lepas bargain bagai nak rak
dengan tour agent tu. Akhirnya Indah dapat harga paling
rendah, kalau nak dibandingkan dengan pelancong lain.
Harap Abang Zen tak merungut temankan Indah esok, eh.”
Cengkaman di lengan Indah makin kuat. Selamba
saja dia. Dari tadi dia tak lepas. Indah serba salah sebenarnya,
untuk meleraikan atau tidak, tapi entah kenapa hatinya ingin

185
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

terus membiarkan sahaja. Dengan alasan masih berlapik,


yalah tu.
“Kasihan Indah! I’m very-very sorry. Esok-esok
kalau ada rezeki, Abang Zen akan pastikan percutian yang
hebat untuk kita!”
Mendengar itu, Indah rasa seperti sudah berada di
bulan. Percutian terhebat? Indah sebagai apa di sisinya
sewaktu itu, ya?

GAYA yang ditunjukkan Abang Zen menunjukkan dia memang


tidak selesa menaiki van pelancong yang mengisi lapan orang
termasuk mereka berdua. Sekali-sekala Indah lihat berkerut-
kerut wajahnya memerhati keadaan di dalam kenderaan
tersebut.
Dia dilahirkan di dalam periuk emas. Tidak pernah
rasa susah langsung agaknya.
Selain mereka berdua, pelancong lain terdiri dari
tiga warga Australia, seorang dari Hong Kong dan sepasang
dari Malaysia juga, berbangsa Cina. Yang dari Malaysia ini
couple, tapi macam bapa dengan anak perempuan sahaja beza
umur mereka. Hmmm.
“Ada wang semua boleh jalan, maaa…” Itu yang
Abang Zen bisik bila dia melihat Indah asyik menjeling-jeling
sahaja melihat gelagat miang mereka.
“Busybody juga Indah ni, ya?” Dia sambung
menyakat. Biarlah Abang Zen nak usik apapun, sekurang-
kurangnya dia tidak rasa terseksa sangat dengan trip orang
miskin ni.

186
Umie Nadzimah

“Kita tak macam tu, kan? Tapi sekarang Indah lagi


kaya dari abang maaa...”
Abang Zen berbisik lagi. Spontan Indah tolak bahu
Abang Zen. Ada jalinan kemesraan di situ. Terasa hubungan
masing-masing adalah sehala. Kedua-duanya dapat
merasakannya. Bukan seperti bertepuk sebelah tangan.
Tempat pertama yang dituju adalah Pasar Terapung
(Floating Market) Bang Khu Wiang. Untuk sampai ke situ,
mereka terpaksa menyusuri sungai dengan menaiki bot
selama 45 minit ke Bang Kruai. Dari Bang kruai, 10 minit
sudah sampai ke pasar terapung pagi yang menarik dan tidak
pernah dilihat di tempat lain.
Indah ingat dia sahaja yang kagum melihat peniaga
berniaga di atas air, tetapi Abang Zen lagi nampak lebih teruja
dan jakun!
“Abang Zen dah berapa kali datang Bangkok?”
Indah bertanya.
“Lebih dari 10 kali.”
“Tak pernah datang sini?”
Dia menggeleng kepala. Alahai… Tak mencabarnya
hidup!
Kemudian mereka ke tempat pertunjukan Gajah
Sampran dan ladang buaya, dan akhir sekali Rose Garden
iaitu sebuah pusat pertunjukan kebudayaan rakyat Thai.
Semasa perjalanan pulang, van mereka terpaksa
menempuhi arus trafik yang teruk kerana sudah sampai
waktu puncak di Kota raya Bangkok. Seperti Kuala Lumpur
juga, malah di sini lagi teruk keadaannya.
“Indah, Abang Zen rasa kita kena turun, jalan kaki
lebih cepat sampai hotel. Jika tak, tak sempat buat jamak

187
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

takhir ni. Indah okey tak?”


“Ikut Abang Zenlah… Indah okey aje.”
Dalam hati Indah bangga sangat sebab walaupun si
dia nampak seperti mamat poyo berlagak bajet bagus, tapi
bab sembahyang, dia cukup jaga, tidak abaikan.
Laju Abang Zen berjalan, namun lengan Indah
sedikit pun tidak dilepaskannya. Lima minit berjalan, hujan
mula turun renyai-renyai. Dia menanggalkan jaket kulit dari
badan, dan meletakkannya di atas kepala Indah.
Aduh… terharunya rasa. Hampir menitiskan air
mata.
Trip kerja lima hari empat malam ala-ala bajet
murah di Bangkok mencambahkan satu pandangan lain
terhadap Abang Zen. Di sini Indah dapat rasa kesamaan
perasaan dia dan Abang Zen. Ya, dia yakin sangat tidak
bertepuk sebelah tangan. Abang Zen turut berkongsi rasa
yang serupa dengan Indah!
Tapi kenapa Abang Zen tak berterus terang?
Bukankah lelaki patut memulakannya? Sekadar klu yang
samar-samar itu tidak memadai.
Indah sedar tak selama ini Abang Zen telah
membuktikan kasih sayang melalui tindakannya? Dia jaga
dan lindungi Indah sepenuh hati. Sudah jelas layanan baik
Abang Zen selama ini. Tidakkah itu lebih bermakna?
Perbuatan yang ikhlas telah menunjukkan rasa cintanya yang
mendalam. Masih perlukah lafaz ikrar dan ucapan ‘I love
You’?

188
Umie Nadzimah

Bab 16
Beberapa bulan lalu, Tajul Razin a.k.a Tajul
garang;
Bicara bahasanya sinis, selalu bikin hati bisa
menangis.
Setelah tukar menjadi merak kayangan;
Bicaranya banyak diam, umpama perasan
yang dipendam-pendam.
Fasa ketiga, apabila Encik Razin lebih selesa
menjadi Abang Zen;
Bicaranya sering dalam senyum, lembut
bahasa, teguran bersahaja,
Berhemah gayanya…

D
AN sejak pergi ke Bangkok,
bukan tutur bicaranya sahaja
yang dekat dengan Indah, malah
segala-galanya bagaikan bunga yang kembang setaman.
“Cik Indah rupawan! Ni ha, bos bagi…”

189
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Safuan menghulurkan sebuah beg kertas. Indah


sambut. Dia membuka sikit untuk menengok isinya. Bibir
tersenyum lebar. Tiba-tiba rasa rindu sangat. Sudah tiga hari
tak jumpa. Balik dari Bangkok, si dia terus terbang ke
Jakarta.
“Tapi kau jangan bagi tau bos yang aku baru bagi
hari ini! Tak fasal-fasal angin monsun dia bertiup.”
“Apa fasal pula?” Indah buat muka blur. Memang
dia tak faham pun kenapa bos nak marah.
“Aku lupa nak bagilah! Bos pesan sangat-sangat
suruh bagi kau sebaik saja dia fly ke Jakarta. Tapi orang dah
nak balik, baru aku ingat! Nasib baik ingat hari ini, kalau esok
lusa ke, lagi naya. Kalau bab-bab engkau ni, dia ni lain
macam sikit.”
“Dah… dahlah tu, Encik Safuan. Tak payah nak
tokok tambah cerita.”
Indah menjeling. Dia sudah maklum dengan
Safuan. Jika tak dihentikan cakapnya, macam-macam cerita
lagi dia boleh reka dan jaja. Mulut macam perempuan. Segala
gosip dia tahu. Tapi kalau bab urusan sulit pejabat, dia top
secret nombor satu. Sebab itu Tajul Razin dan Dato’ Safiya
cukup percaya dan berharap padanya.
Safuan menyeringai.
“Ini cerita, aku tak reka tau! Eh Jah, kasilah tengok
isi beg tu?”
“Belum tengok ke? Tadi kata dah berhari-hari
dengan Encik Safuan?”
“Aku ni amanahlah! Kalau tuannya tak kasi tengok,
aku tak tengok.”
“Yalah tu…”

190
Umie Nadzimah

Indah menarik sedikit isi di dalam beg kertas


tersebut dan ditunjukkan kepada Safuan. Satu lagi sikap
lelaki ini, kalau tak dapat apa yang dia nak, dia mesti gali
sampai dapat. Jadi, sebelum Dato’ Safiya balik semula ke
pejabat, lebih baik Indah cepat-cepat mengusir Safuan dari
tempatnya.
Dato’ Safiya keluar atas urusan peribadi yang Indah
tidak perlu ambil tahu. Satu-satunya top secret Dato’ Safiya
yang menjadi tanda tanya pada Indah sehingga kini. Dalam
sebulan mesti ada dua kali dia pergi ke satu tempat yang
Indah tidak tahu. Hanya Dato’ dan Abang Mohamad saja yang
tahu.
“Wow! Cantik-cantiknya kain… errr… tudung.”
Safuan buat memek muka macam dia sangat
kagum. Indah tergelak.
“Pashminalah Encik Safuan, bukan tudung.”
Memang cantik! Corak dan warna inilah yang Indah
belek-belek pada hari itu. Tak sangka Abang Zen belikan
untuk Indah. Lima helai semuanya. Hati Indah diserbu rasa
gembira tidak terkata. Sayang Abang Zen! Tapi dari mana
pula dia dapat duit, eh?
“Ooo… yang orang perempuan pakai untuk cover
baju jarang dan over seksi tu ke?” Safuan buat gaya tak
senonoh, kemudian memandang tubuh Indah.
“Entah… yalah kut.” Indah rasa tak selesa dengan
mata Safuan. Dia perli ke?
Tangan Safuan menarik sehelai Pashmina dan
membuka lipatannya.
“Kena dengan kau, Jah? Eh, eh made in Thailand
ni. Hmmm… Patutlah dia tak belikan aku apa-apa. Aku ingat

191
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

duit yang aku selit dalam fail tu dia guna untuk hidup kat
sana sebab dia dah pokai. Rupa-rupanya boleh lagi beli barang
untuk kau, Jah. Kecil hati aku. Boleh pula dia belikan untuk
skandal dia seorang saja.”
“Hah? Encik Safuan cakap baik-baik sikit. Jangan
buat fitnah, orang tak macam tulah.”
Safuan senyum mengusik. Dia mengenyit mata
juga. Dari dulu dia memang berminat dengan minah seorang
ni, tapi sebab bos awal-awal lagi macam nak booking, dia
batalkan niat untuk terus mengurat. Mana setanding dengan
bos yang kacak lagi kaya tu. Sudah tentu dia kalah awal-awal
lagi. Indah ni bukan kelas sangat, tapi aura perempuan dia…
herm, bikin semua lelaki bujang gila, tau!
“Aku tahulah kau baik Jah, sebab tu bos boleh
tangkap cintan. Biasanya bos tak pernah lupa belikan aku
barang kalau dia ke luar negara. Duit yang selalu aku selit tu
sikit saja, tanda request, selalunya dia akan tambah banyaklah
dengan duit dia sendiri. Hahaha. Tapi kali ni habuk pun
tada… Tak kisahlah, sebab dia kena rompak. Tapi bila tengok
barang kau ni buat aku bengang pula. Tak adillah dia!”
“Habis tu… Encik Safuan nak share ke Pashmina
ni?”
Selamba Indah bertanya. Tapi dalam hati berdoa
janganlah dia minta. Kenangan daripada si dia dari Bangkok.
Indah akan simpan sampai mati. Pada anak cucu pun dia tak
akan bagi.
“Hesy! Aku nak buat apa benda alah tu? Mak aku
orang bendang, tak reti nak pakai.”
“Girlfriend kan ada…”
“Tak ada perempuan yang aku berkenan. Yang aku
suka pula dah kena rembat dengan orang kaya. Melepas!”

192
Umie Nadzimah

Indah lega… Selamat.


“Kalau macam tu jangan mengungkit kemudian
hari, ya.”
“Aku tak ungkitlah, tapi a lunch on you, boleh?”
“Okey, okey, bila senang nanti orang belanja. Tapi
sekarang dipersilakan Encik Safuan kembali ke tempat Encik
Safuan sebab orang nak siapkan kerja sebelum Dato’ balik.”
“Beres Jah. Heh! Satu lagi aku dah bank in triple
dalam akaun kau untuk trip ke Bangkok hari tu. Arahan bos!
Untung kau, Jah!”
Bulat mata Indah mendengarnya. Setahunya abang
Zen tidak bergurau. Serba salah pula rasanya untuk terima.
“Ingat Jah… Lunch…”
Safuan tunjuk jari ke arah beg Pashmina dan
kemudian ke mulutnya. Memang sah dia akan demand
tempat yang eksklusif dan mahal nanti. Indah tahu itu. Sebab
Safuan sudah terbiasa dengan bosnya ke hulu dan ke hilir,
melayan diri ke tempat yang mahal-mahal. Lihat sahajalah
pakaian yang dipakai, murah sikit sahaja daripada pakaian
Abang Zen. Wah! Sejak bergelumang dengan perniagaan
pakaian ni, Indah sudah tahu harga yang tersarung di badan
orang!
Sekali-sekala tak apalah Indah, bukankah Abang
Zen sudah ganti duit berganda-ganda? Itu belum masuk
elaun ke luar negara yang akan dibayar oleh gedung pakaian
milik Dato’.

193
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

PETANG yang amat sejuk di pejabat, terketar-ketar tangan


dibuatnya. Otak pun boleh jadi beku, sehingga perkara
mudah pun tak boleh difikir. Tidak boleh buat apa-apa untuk
menaikkan suhu penghawa dingin kerana ia dikawal secara
berpusat. Macam mana ni? Kerja-kerja Dato’ semuanya kena
disiapkan dengan secepat mungkin. Dato’ tak suka tangguh-
tangguh dan lengah-lengah. Seminit lambat, rugi beribu-
ribu.
Indah sudah buntu. Idea terbang entah ke mana,
data-data nampak sama sahaja di matanya. Apatah lagi untuk
mereka ayat dalam bahasa Inggeris. Hasil kerja tunggang-
langgang sudah tentu menaikkan tekanan darah Dato’ Safiya.
Kes aniaya warga emas namanya ni. Kerja, Indah… kerja!
Jangan tak kerja!
Indah ke pantri, membuat Nescafe O yang kaw-kaw
panas. Dia meletakkan kedua-dua telapak tangan pada muk.
Lega sedikit apabila haba panas mengalir. Tambahan pula
bahagian atas badan sudah diselubungi Pashmina merah
terang bercorak hitam pemberian abang tersayang. Hmmm…
Terasa pula dia dekat dengan Indah!
Bagus juga dapat kain untuk bungkus badan pada
hari ini. Selain dari sejuk, dapat juga melindungi tubuhnya
yang nampak sedikit seksi pada pagi tadi. Bukan Indah tak
perasan mata si Safuan yang tidak tentu arah tadi. Rasa nak
cucuk saja mata dia dengan pen yang ada.
Memanglah cantik blaus putih berbunga halus
merah, dipadankan dengan seluar hitam, tetapi Indah kurang
selesa memakainya. Tidak biasa dengan fesyen up to date
pilihan Dato’ Safiya yang ini. Teringat Mak Siti yang terkekeh-
kekeh ketawa bila Indah buat muka sebab tak suka memakai
baju tu. Kata Mak Siti, tak salah sekali-sekala memenuhi
permintaan Dato’. Yalah tu… tapi bagi Indah bukan sekali-

194
Umie Nadzimah

sekala lagi, malah boleh kata setiap hari dia jadi model
peragaan pakaian. Nasiblah! Dah jadi anak angkat tauke baju!
Teringat pada emak angkatnya, Indah terus
mencapai cawan dan membuat teh pudina tanpa gula. Sejak
balik tadi, Dato’ Safiya memerap sahaja di dalam bilik, tidak
mahu diganggu oleh sesiapa. Tertanya-tanya juga Indah
kenapa. Setiap kali dia pulang dari temu janji yang entah
dengan siapa dan di mana itu, begitulah sikapnya. Dari
dahulu, sejak Indah mula mengenali Dato’ Safiya.
“Auntie, Indah buat teh pudina panas.” Indah
sengaja bersuara manja untuk memujuk hati wanita yang
masih bermuram itu.
“Thanks sayang… really appreciate it. Satu saja?”
Hah? Untuk siapa lagi? Mata Indah meliar. Nampak
si dia yang baru saja keluar dari bilik air. Patutlah ada aroma
wangian lelaki yang dia pakai di dalam bilik ini. Lamanya tak
jumpa, rasa nak pandang saja lama-lama, tapi malu. Dia pun
merenung Indah macam tak jumpa bertahun!
“Untuk Abang Zen tak ada ke?” Dato’ bertanyakan
air untuk anaknya.
“Maaf, Indah tak tahu Abang Zen ada. Indah
buatkan sekarang ya.”
Indah berpatah balik menuju ke pintu.
“Indah!”
“Ya… auntie?” Indah pusing badan.
“Cantik Pashmina tu, sesuai dengan sayang. Auntie
suka. Macam tulah kalau pilih pakaian, kena dan nampak
elegan.”
Indah hanya mampu tersenyum.
Dato’ Safiya, kalau fasal fesyen dan tekstil, tidak ada

195
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

siapa yang berani membangkang. Masa itu juga Indah


nampak muka abang Zen berseri-seri dan tersenyum berpuas
hati.

“RINDU…”
Satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut dia
untuk Indah sejak bertemu tadi. Wah… Abang Zen sudah
berani mengungkapkan pada Indah bahasa orang berkasih.
Harap-harap Indah tak salah dengar.
Dia baru melabuhkan punggungnya di atas kerusi
hadapan meja kerja Indah. Tadi, semasa di bilik Dato’, dia
hanya tersenyum dengan mata tak lepas dari Indah.
Memalukan sahaja di hadapan Dato’ berkelakuan sebegitu.
Tapi muka Indah jadi merah pijar. Dia nak jawab
apa? Takkan nak kata ‘rindu’ juga, malulah! Walaupun itu
yang dia rasa bagai nak rak. Tak payah jawab apa-apalah,
tunduk saja muka tu, Abang Zen tentu faham yang Indah
segan.
“Indah tak rindu Abang Zen ke?” Ayat kedua yang
penuh menggoda dan romantik.
Rindu! Rindu sangat-sangat. Tapi dia hanya mampu
berkata dalam hati sajalah. Indah tak berani nak pandang
wajah dia. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Itu antara
ayat-ayat yang ditunggu daripada Abang Zen, tapi bila sudah
dengar, dia jadi serba tak kena pula. Dicampur dengan
keadaan tangan yang sudah menggigil-gigil ini. Parah!
Tak boleh jadi, kena tukar topik rindu-rindu
sebelum Indah nampak lagi bodoh di mata dia.

196
Umie Nadzimah

“Abang Zen…” Mata Indah terpaksa mencari mata


Abang Zen.
“Ya?” Suara Abang Zen sedap sahaja di telinga
Indah.
“Encik Safuan kata Abang Zen dengan dia nak drive
ke Penang hujung minggu ni. Boleh Indah ikut? Nak balik
jumpa ayah.”
“Betul ni?” Abang Zen umpama tidak percaya tapi
cahaya mukanya sangat girang.
“Boleh tak?”
“I am glad to hear that. Sure boleh. Very sure…”
Tahap gembira Abang Zen sudah sampai ke langit
ke tujuh.
“Tapi Indah belum tanya Dato’ lagi. Harap-harap
okeylah.”
“Ohhh…”
Abang Zen pun berharap kali ini mama akan
supporting juga. Bukan senang Tajul Razin nak dekatkan diri
pada perempuan, weh!

TIBA masa ke Pulau Pinang, tepat seperti yang Indah fikirkan,


hanya dia dan Abang Zen sahaja di dalam kereta. Safuan entah
lesap ke mana. Mesti dua orang ini sudah berpakat. Safuan tu
tali barut setia Abang Zen. Dia buat aje apa yang diperintah
oleh bosnya. Pandai… ya.
Memang nampak kurang manis berdua sahaja
sepanjang perjalanan. Tapi Indah rela sahaja, sebab dia juga

197
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

rasa apa yang Abang Zen rasa.


Walaupun tiada ucapan ikrar, namun masing-
masing dapat merasai kesatuan perasaan di antara mereka
berdua. Anehkan? Cinta hanya boleh dirasa oleh pasangan
yang ditentukan. Tidak pada semua orang kita boleh halakan
perasaan itu.
Sekali lagi Dato’ Safiya mengiringi pemergian
mereka dengan senyuman yang lebar. Harapannya sudah
menunjukkan tanda-tanda positif.
Berbeza dengan riak muka yang ditunjukkan oleh
Tajul Fahin di sebelah. Tegang, beb! Sudah macam Angry
Bird. Apa tidaknya, sejak dia bercuti seminggu yang lalu,
langsung tidak ada peluang untuk mendekati Indah. Opsss…
ada, dua tiga hari lepas, tapi si gadis pula asyik memerap di
dalam bilik, sibuk dengan kerja-kerja mama yang tidak
pernah surut.
Penyudah cerita, tempat biasalah dia terkinja-kinja.
Dengan Hani, Zawiya, Damia, Rose dan entah siapa-siapa lagi.
Mereka ini saja yang tak hard to catch. Tak payah main
tangkap-tangkap pun, dia orang dengan rela hati menyerah.
Tambah-tambah lagi dengan girlfriend yang selalu diusung,
Melisa bila-bila masa sahaja on call. Tidak pernah
mengecewakan.
Cuma bunga kampung ini sahaja yang terlalu tinggi
untuk dipetik. Tak mengapa, Tajul Fahin masih boleh
bersabar. Dan seronok melakukan sesuatu yang mencabar.
Hasilnya pasti lumayan. Suatu hari nanti you are mine, Indah
Halina. Pasti jadi miliknya. Itu janji Tajul Fahin! Anak Romeo
Dato’ Safiya. Satu Kuala Lumpur tahu kehandalannya
memikat gadis-gadis kota. Tidak pernah gagal!

198
Umie Nadzimah

“BETUL ni, Indah tak nak Abang Zen ikut sama sampai
rumah?”
Mereka sudah pun berada di simpang jalan, tidak
jauh dari rumah keluarga Indah di Sungai Petani. Selepas
urusan di Pulau Pinang selesai, Abang Zen terus memecut ke
situ.
Indah mengangguk.
“Angguk tu untuk jawapan ya atau tidak?”
“Abang Zen dah tahu semua kisah hidup Indah,
kan? Indah tak nak keadaan jadi lebih rumit jika ayah dan
Mak Cik Mariah tengok kita berdua.”
Ya. Memang sudah tiada rahsia Indah pada Abang
Zen. Sebab Indah sudah yakin dengan perasaan Abang Zen,
ringan saja mulut dia menceritakan kisah pahit hidupnya
sepanjang beberapa bulan ini. Abang Zen terkejut sangat.
Tidak sangka kehidupan Indah begitu susah bermula pada
kali pertama pertemuan mereka. Menyesal sangat kerana
telah buruk sangka dan pernah menambahkan duka Indah.
“Sebab dah tahulah, abang lagi rasa nak temankan
Indah. Abang tak nak Indah hadapinya sorang-sorang.”
“Eh, jangan! Mak Cik Mariah garang, takut dia jadi
singa betina meroyan bila tengok Abang Zen.”
Abang Zen tergelak.
“Hei, boleh nak buat lawak lagi?”
“Abang Zen, please… faham Indah, okey?”
“Okey… okey. Ikut Indahlah. Abang faham. Kalau
ada apa-apa berlaku telefon, ya.”
Indah membuka pintu di sebelah, kemudian dia
menutup balik. Hatinya masih kurang yakin dengan apa yang
akan dilakukannya sebentar lagi. Nalurinya kuat mengatakan

199
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

marah ayah masih tega seperti dahulu. Dia pandang mata


Abang Zen seperti meminta sedikit kekuatan.
“Insya-Allah. It should be okay. Indah sudah
melalui banyak perkara sedih seorang diri, dan hingga kini
Indah dapat bertahan dengan baik. Jadi apa-apa yang berlaku
selepas ini, Indah tetap akan jadi gadis yang terus kuat dan
tabah. Abang Zen akan doakan.”
Abang Zen menggosok-gosok lembut kepala Indah
seperti selalu yang ayah buat jika Indah dalam kesedihan atau
dalam masalah. Caranya sangat sama. Hingga buat perasaan
Indah lagi dekat dengan dia. Juga dengan ayah. Tiba-tiba ada
suntikan semangat baru untuk Indah terus mempertahankan
haknya.
Abang Zen membukakan pintu untuk Indah keluar,
kemudian dia bersandar di pintu kereta, sehingga gadis itu
nampak jauh dari pandangan mata.

SEMANGAT Indah yang baru sahaja meninggi sebentar tadi


merudum jatuh apabila terpandang sahaja susuk tubuh Saiful
Azam di atas buaian di hadapan rumah. Jika ada lelaki ini,
bermakna adalah perempuan plastik bini kesayangan dia,
sekutu kuat Mak Cik Mariah.
Jauh mamat tu termenung, sampai tidak sedar
Indah sudah membuka pintu pagar dan masuk ke dalam.
Indah nampak wajahnya sugul dan cengkung. Tidak sesegak
sewaktu menjadi tunangan Indah dahulu. Hari itu, mengaku
Kak Zawati perempuan terbaik, takkan tak bahagia kut? Tapi
Kak Zawati fail kalau bab-bab dapur. Logiklah dia sudah
susut. Kurang zat makananlah tu.

200
Umie Nadzimah

“Assalamualaikum, Abang Saiful.”


Saiful Azam terkejut! Tangan dia tergawang-
gawang. Badan sekeping itu hilang keseimbangan. Mujur saja
tak jatuh dari buaian. Kemudian dia menggosok-gosok
matanya beberapa kali. Tak percaya dengan apa yang dilihat.
Sudah lama tercari-cari, kini ada depan mata.
Indah tersenyum. Walau apapun yang berlaku,
baginya Abang Saiful tetap lelaki yang baik. Dahulu, lelaki ini
amat sayang pada dia, sanggup buat apa sahaja, walaupun
sikap cemburunya kadang-kadang tahap orang gila, yang buat
Indah pun jadi gila sama. Saiful Azam tak macam marah
Indah lagi. Harap-harap begitulah.
Salam Indah hanya dijawab dengan gerakan bibir
saja apabila rasa terkejutnya hilang. Saiful Azam masih tak
dapat berkata-kata. Mata dia merenung tajam pada wajah
Indah. Dia makin cantik dan bergaya, kata hatinya. Rupa dia
yang polos tidak langsung menggambarkan kerja jahat yang
dilakukan pada hari perkahwinan mereka dahulu. Saiful
Azam sudah merasai perkara ini.
Dia menyesal sebab turut sama menuduh yang
bukan-bukan. Patutnya dia memberi peluang untuk Indah
berikan penjelasan. Ini tidak, dia layan perasaan sendiri yang
sakit. Sekarang siapa yang menderita? Diri sendiri juga. Baru
padan! Pelajaran saja tinggi, tapi otak tercicir entah ke mana.
“Abang Saiful sihat?”
“Errr… sihat, sihat. Indah?”
Indah angguk sahaja. Lega apabila dia jawab dengan
nada yang lembut. Tak boleh sembang lama-lama ni, takut
kena sembur dengan anak-beranak singa. Lebih baik dia cepat
pada tujuan sebenar.
“Ayah ada, Abang Saiful?”

201
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Ayah… errr ada di dalam. Indah… Lama abang


cari, kenapa tak pernah angkat telefon bila abang call?”
“Abang ada call? Owh… Indah dah jarang guna
nombor lama. Indah guna nombor lain sekarang ini. Telefon
lama selalu kena tinggal saja dalam laci di rumah, sebab ingat
dah tak ada yang sudi hubungi Indah lagi.”
Saiful Azam menelan liur. Salah dia juga ikut hati
yang terburu-buru.
“Errr… Abang rindu pada Indah. Abang mengaku,
sikit pun tak dapat lupakan Indah selama ini. Abang yang
salah, tak dengar penjelasan Indah dulu.”
“Tak mengapa. Abang Saiful tak salah apa-apa.
Jodoh kita yang tiada. Abang pun dah selamat nikah dan jadi
abang ipar Indah pula tu. Indah reda sahaja.”
“Hati abang tak bahagia, Indah.”
Saiful Azam bangun dari buaian, cuba mendekatkan
diri lebih hampir pada Indah. Sejak akhir-akhir ini dia sudah
macam gila talak. Siang malam asyik teringatkan bekas
tunangnya itu. Isteri seksi di sebelah pun dia tak teringin. Itu
yang membuatkan Zawati selalu naik angin. Hmmm…
Zawati tu melampau sangat! Sikit-sikit punya hal, marah
lebih-lebih. Angin ganas lebih banyak dari angin lembut. Itu
salah satu sebab buat Saiful Azam bosan dan mula teringat-
ingat akan Indah yang lembut dan serba-serbi sempurna di
mata lelakinya.
Acap kali dia cuba menghubungi Indah semula.
Malangnya telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas,
tempat tinggal pula dia tidak tahu di mana. Pernah jumpa
sekali dulu, dan dia yakin Indah ada di Kuala Lumpur. Tapi
Kuala Lumpur tu besar, untuk mencari gadis comel seperti
Indah agak mustahil tanpa sebarang informasi.

202
Umie Nadzimah

Tanpa sedar Saiful Azam memegang bahu Indah.


Rindunya pada wajah ini. Rasa hendak dipeluk cium saja.
Cepat-cepat Indah mengelak. Dia menjarakkan diri
semula. Tak mahulah jadi kes lain. Kes yang lama pun belum
selesai lagi. Buat masa ini Indah cuma hendak ayah balik.
Yang lain-lain itu kemudian fikir.
“Abang Saiful… jangan macam ni. Indah balik nak
jumpa ayah.”
“Abang tak dapat lupakan Indah. Terima abang balik
ya? Kita bina hidup baru.”
Perlahan suara Saiful Azam. Dia bagai merayu. Buat
hati Indah tersentuh. Abang Saiful juga teraniaya, seperti
dirinya. Dua-dua menjadi mangsa pada orang yang bijak
memutar belit dan pandai memanipulasi keadaan. Juga orang
yang tidak takut dosa memfitnah!
“Jangan abang. Ingat Kak Zawati dan keluarga. Kita
tak boleh pentingkan diri sendiri.”
Indah cuba menolak dengan cara baik. Dia sudah
faham perangai Saiful Azam. Ada sesetengah perkara, dia
akan berusaha sampai dapat.
Indah sudah jatuh cinta buat pertama kalinya.
Mustahil dia akan terima orang lain lagi selain Abang Zen, si
merak kesayangan itu.
“Abanggg!!!”
Jeritan kuat dari muka pintu membuatkan kedua-
dua mereka tersentak!
“Makkk!!!”
Satu lagi jeritan dari situ. Sekejap lagi perang
saudara akan meletus! Saat itu, Indah harap sangat yang
Abang Zen ada di depan pagar rumah.

203
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 17
T
AJUL RAZIN berasa tidak sedap
hati, seperti ada yang tidak
kena. Lalu secara perlahan dia
memandu ke hadapan, menuju ke rumah yang Indah masuk
sebentar tadi.
Dia memberhentikan kereta di bawah pokok di
seberang jalan bertentangan dengan pagar rumah tersebut.
Sedikit jauh, tapi masih dapat dilihat dengan jelas keadaan di
hadapan rumah. Rumah keluarga Indah, walau sekadar
rumah teres satu tingkat, rumah Indah nampak sedikit
mewah dari jiran-jiran sekitarnya. Hmmm... di sinilah
agaknya Indah dibesarkan. Penuh kesederhanaan. Tidak
seperti dirinya, lahir-lahir sahaja bagai tinggal di istana.
Semua sudah tersedia.
Lega bila melihat sesusuk tubuh Indah masih
berdiri di hadapan rumah. Tapi yang tak sedapnya, dia tengah
berbual dengan siapa? Lelaki itu, dia macam pernah lihat
susuk tubuhnya, tapi tidak dapat diteka dengan tepat sebab
jarak yang jauh. Nak kata abang, Indah tu anak tunggal. Baru
sahaja dia beritahu tadi. Takkanlah ayah dia muda dan tegap

204
Umie Nadzimah

benar. Cara lelaki itu juga menjengkelkan! Buat Tajul Razin


rasa semacam. Cemburu? Cemburulah... tak normallah kalau
tak rasa apa-apa. Indah tu, perempuan yang berjaya buat dia
berjiwa dan berperasaan!
Hesy... Apa berdiri dekat-dekat tu? Rimaslah tengok!
Indah tu Tajul Razin yang punya, tau!
Dalam Tajul Razin membebel-bebel seorang diri,
tiba-tiba sahaja dia nampak seorang perempuan muncul dan
terlolong-lolong menjerit macam kena cerai talak tiga.
Punyalah hebat dia menjerit hingga boleh dengar sampai ke
telinga Tajul Razin yang jauh. Kebetulan dia memang
membiarkan cermin tingkapnya sedikit terbuka. Macam anak
Tarzan perempuan tu!
Wah, kecoh! Ada seorang perempuan lagi muncul.
Diikuti seorang lelaki lagi di muka pintu. Jiran sebelah
menyebelah pun mula menjenguk di pagar. Tak boleh jadi ni,
kesian Indah keseorangan, kalau diapa-apakan, menyesal tak
sudah nanti. Cepat-cepat Tajul Razin mengatur langkah ke
situ. Biarlah apa orang nak kata, janji Indah selamat!
“Hei anak derhaka, cari apa lagi? Tak cukup ke kau
buat ayah kau malu? Ada hati lagi nak balik?” Suara
perempuan sebaya Mak Siti ni lagi dahsyat! Perempuan
tembam ini mungkin mak tiri Indah. Mak ai... Garangnya.
Dengan tangan cekak pinggang dan mata membuntang.
Kecut pula Tajul Razin tengok.
“Apa lagi mak... gila talak dengan Abang Saifullah.
Sempat merenyeh dengan laki orang kejap tadi. Tu balik nak
kacau rumah tangga oranglah tu.” Suara Zawati melolong
lagi.
“Langkah mayat aku dulu kalau kau hendak Saiful
balik! Dah jadi laki anak aku, anak aku punya hak tau!” jerit

205
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

si tembam pula.
“Orang benci, benci, benci tau mak! Dia sengaja
datang nak kacau Abang Saiful.” Zawati ambil giliran dengan
meraung sakan. Pandai sungguh dua beranak ini melalak
ikut turn masing-masing.
Mak ai, macam orang putus fius dua orang ni!
Patutlah Indah kata singa betina. Bagi Tajul Razin ini bukan
macam singa lagi dah tapi macam naga lapar. Dahsyat betul!
Entah apa motif dia orang buat kelakuan macam tu.
Indah terdiam kaku. Terkedip-kedip mata dia
melihat kelakuan mak dan kakak tirinya. Sama seperti
dahulu.
“Emak, Za... sabar sikit. Jangan macam ni. Malu
orang tengok. Indah balik nak jumpa ayah dia saja. Tak ada
kena-mengena dengan Saiful.” Belaan Saiful Azam lagi
membuatkan dua perempuan itu histeria.
“Sabar apa? Abang memang cari peluang, kan?
Orang tahu abang tu pun sama gatal!”
“Habis kenapa dia balik waktu kau ada? Tak ke
miang namanya tu. Dah habis gamaknya jantan di KL sana.
Dia balik nak pungut menantu aku? Aku tak percaya dia balik
sebab ayah dia. Mesti ada niat jahat. Sama macam mak dia
juga. Emak dia busuk, anak dia pun sama busuk!”
“Mak cik!!!” Jeritan Indah buat suasana diam
sekejap.
“Kalau mak cik nak marah Indah, marahlah, tapi
jangan buruk-burukkan ibu. Dia yang lahirkan Indah, dia
seorang yang baik!” Indah sambung dengan nada yang
lantang. Walaupun dia tak kenal siapa ibu kandungnya,
namun nalurinya menyatakan dia perempuan yang baik-baik.
Sebab itu dia tak suka jika ada orang bercakap sembarangan

206
Umie Nadzimah

pasal ibu.
“Baik hotak kamu!!! Kalau dia baik, taklah ada anak
kurang ajar macam ni. Boleh buat ayah kamu mati dengan
perangai buruk kamu tau tak?!”
“Mak cik, Indah tak salah! Sebab itu Indah berani
balik. Berani kerana benar! Indah nak jumpa ayah kandung
Indah! Indah anak dia, bukan Kak Zawati! Mak cik dengan
Kak Za yang fitnah Indah!” Indah jadi sungguh berani. Entah
dari mana semangatnya datang untuk menentang mak cik
garang mulut puaka itu. Rasa hormat pada mereka telah lama
hilang.
Tiba-tiba ayah meluru laju pada Indah. Mukanya
merah menyala menahan geram.
“Kau sudah pandai kurang ajar sekarang, ya? Sudah
bersalah, kaitkan nama orang lain pula? Anak tak sedar diri!”
Dia mengangkat tangannya untuk dihalakan ke muka Indah.
Tajul Razin yang tadinya terkebil-kebil melihat
perempuan meroyan tersentak! Dia bertindak cepat meluru
pada Indah lalu menarik tubuh gadis itu ke dalam
pelukannya. Tindakan spontan, dia bukan sengaja nak peluk
anak dara orang. Niat dia cuma tidak mahu Indah disakiti
atau dicederakan. Penampar sulung yang dilayang Encik
Halim akhirnya singgah ke muka Tajul Razin!
Aduh! Sakitnya tak terkata! Tajul Razin rasa macam
nak rebah saja. Demi Indah, dikuatkan hati. Seumur hidup,
kena jentik pun tidak pernah, inikan pula penampar jantan!
Sampai hati ayah Indah, pertama kali jumpa bakal menantu,
dia bagi habuan kaw-kaw punya!
“Keluar! Keluar kau orang dari sini!” Marah ayah
Indah makin meruap-ruap bila lihat anak dia senang-senang
dipeluk lelaki bukan muhrim. Entah siapa dan dari mana

207
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

muncul, tiba-tiba buat perangai tak senonoh depan mata dia.


“Aku kata keluar! Keluar!!! Anak aku bukan
perangai setan macam ni! Keluar!!!” Lengan ayah panjang
menghala ke arah pintu pagar. Matanya merah menyala.
Kali pertama ayah sangat keras terhadap Indah.
Tadi bagi penampar, sekarang dihalaunya macam anjing.
Masa hari perkahwinan tidak jadi dulu pun ayah tidak
sekejam ini. Hati Indah jadi remuk rendam! Rasa diri dibuang
untuk kali kedua. Kali ini bagai dibuang terus tanpa ada
harapan lagi.
Abang Zen pun agak gentar. Takut pasu besar yang
terletak berhampiran naik ke kepala dia atau Indah pula. Dia
tarik tangan Indah untuk segera keluar dari situ. Lagi lama,
makin tinggi risiko kena hadapi. Tak mustahil boleh masuk
ke hospital dikerjakan penghuni-penghuni sewel di rumah
ini. Kesian mama, kalau anak dia yang segak ini jadi cacat.
Lebih baik blah dahulu sebelum jadi apa apa. Bukan daya dia
dan Indah untuk menentang tiga naga tengah berapi ni.
Indah ikut saja, ibarat orang putus asa. Saiful cuba
menahan. Dia tarik sebelah lagi tangan Indah. Geram Tajul
Razin tengok. Apa punya jantan! Tadi diam menikus, tengok
sahaja Indah kena serang. La ni nak tunjuk berani. Dah ada
bini tu, jaga sajalah baik-baik. Jangan senang-senang dibiar
melalak.
Nasib baik Indah pun tak sudi ditarik oleh Saiful
Azam. Dia merentap keras tangannya. Abang Zen sempat
tersenyum sinis. Menang!
“Abang! Masuk!” Hahhh… tu dia, bini dia menyinga
lagi. Rasakan! Tidur dekat luarlah malam ni.
“Masukkk!!!” Kemudian Zawati terus tersungkur ke
lantai. Semua yang lain kelam-kabut beri perhatian pada dia.

208
Umie Nadzimah

Bini Tarzan dah pengsan, membiarkan Indah dan Abang Zen


lebih selamat beredar.

INDAH gagal lagi untuk pujuk ayah! Juga gagal lagi untuk
menegakkan kebenaran bagi pihak diri sendiri. Kali ini
kecewa dia lebih dari dahulu. Rasa lelah sangat. Kenapalah
ayah hilang kepercayaan pada anak sendiri? Padahal 23 tahun
dia jaga Indah, dia sudah kenal anak perempuannya macam
kenal diri sendiri.
“Sudahlah tu. Jangan menangis lagi. Dah tiga jam
Indah nangis, bengkak mata tu, tak comel nanti.”
“Abang Zen, Indah tak ada siapa-siapa lagi dalam
hidup. Indah tak ada ibu, ayah pula dah tak nak mengaku
anak.”
Abang Zen meletakkan tangannya di atas kepala
Indah. “Abang Zen kan ada? Mama pun sayang Indah macam
anak sendiri. Mak Siti dan adik-adik abang pun ada. Indah
bermakna untuk kami. Istimewa untuk Abang Zen. Sangat
istimewa, dan abang tak akan biar Indah ke mana-mana lagi.
Abang nak jaga dan lindungi Indah.”
Indah mengangkat muka. Dia melihat ada
senyuman nipis di bibir Abang Zen. Cukup ikhlas sehingga
menyentuh hati.
“Tapi itu ayah kandung Indah! Ayah Indah hanya
seorang. Indah tak nak dia terus membenci.”
“Abang Zen tahu. Sabarlah. Beri dia masa. Nanti-
nanti dia akan okey. Darah diakan mengalir dalam tubuh
Indah? Jadi dia tidak akan jauh selamanya. Hati dia akan

209
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

kembali dekat dengan anaknya. Sabar, ya.”


Suasana diam seketika. Membisu dengan fikiran
masing-masing.
“Abang Zen!” Indah menyentuh pipi Abang Zen
yang masih berbekas merah lima jari.
“Sakit?”
Abang Zen ketawa. Dia menyentuh jari-jemari
Indah yang ada di pipinya.
“Pertama kali kena, sedap pula rasanya.” Indah
turut tergelak.
“Terima kasih Abang Zen, sebab sudi jadi hero,
kalau tak Indah lagi sedih. Selama jadi anak ayah, dia tak
pernah naik tangan. Naik suara pun boleh dikira berapa kali
aje. Tapi kasihan abang, mesti sakitkan?”
“Small matter my dear, anyway abang happy sebab
tak kena kat Indah. Kiranya hadiah untuk abanglah tu.
Welcome gift.” Abang Zen sambung gelak.
“Habis macam mana ni? Tentu mama abang siasat
siapa punya kerja ni.”
“Terus terang sajalah, mama mesti gembira anak
dia hebat!” usik Abang Zen.
“Jangan! Malu Indah. Terukkan keluarga Indah ni?”
“It’s okay. Keluarga Abang Zen pun sama juga.
Semua orang tak sempurna, mesti ada kurang sana sini. Dulu
abang pun hantu jugakan? Nasib baik mama pandai menilai
orang. So, kita balik petang esok, ya? Malam ni Indah kena
ubatkan muka Abang Zen. Rasanya esok okeylah sikit ni.”
Abang Zen buat mata nakal.
Indah sekadar mengangguk. Budi Abang Zen tak
mampu dia balas.

210
Umie Nadzimah

“INDAH...” Abang Zen beri isyarat mata supaya Indah pandang


apa yang dia tengah tengok sekarang.
“Itukan perempuan yang meroyan tengah hari
tadi?”
Indah mengerut dahinya sambil memandang,
macam tak percaya pun ada dengan apa yang dilihatnya. Dia
memandang sekali lagi sebab tak mahu salah orang.
“Haahlah, Kak Za!”
“Sssyyy... tapi lelaki tu bukan suami dia, kan?”
Abang Zen sudah memperlahankan suaranya. Takut pasangan
yang sedang berasmara itu sedar akan kehadiran mereka.
Nasib baik meja yang mereka duduk agak terlindung.
“Yalah, itu bukan Abang Saiful.” Indah perhatikan
lagi lelaki yang bersama kakak tirinya. Dia kenal siapa dia.
“Itu Yazid. Lelaki yang berkomplot tinggalkan
Indah di R&R Tapah dulu tu.” Indah berbisik.
“Abang Zen kagumlah! Siang tadi hebat mengamuk
macam sayang laki dia separuh mati, tapi tak sampai satu
hari, dah bersama jantan lain? Skandal dia ke?”
Indah menggeleng kepala. “Entah, dulu-dulu tak.
Maklumlah Yazid tu sengkek, bukan taste Kak Za. Dia suka
yang kaya raya dan lebih-lebih lagi kalau barang Indah,
semua dia nak.”
Abang Zen tersenyum sinis. Dia mengeluarkan
handphone canggihnya dari kocek seluar.
“Eh, Abang Zen buat apa tu?”
“Adalahhh...” Tajul Razin menghalakan telefonnya
pada dua merpati yang sedang tak sedar diri di tempat awam
itu. Miangnya perempuan ni. Laki dekat rumah, dia dekat
luar layan orang lain. Hei... Pening tengok!

211
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Tidak lama kemudian, belangkas itu bangun.


Berpelukan ke lif, menuju bilik hotel. Abang Zen yang beria-
ia mengekorinya. Lagak macam penyiasat persendirian. Tapi
hehehe... tak kena gaya. Dia cuma berbekalkan telefon bimbit
bukan kamera canggih macam penyiasat sebenar. Nak buat
macam mana, Detektif Conan bidan terjun!
“Abang Zen... Hati-hati, pelempang Yazid tu rasanya
lagi kuat dari ayah punya. Takut dapat cop di sebelah kiri
pula.”
Tajul Razin menjeling sekali. Indah tersengih geli
hati. Apa taknya, tadi merungut-rungut kata sakit waktu
Indah demah dengan tuala suam dan meletakkan krim di
pipi. Mengada-ada! Ni, kalau kena lagi, alamat seminggulah
kena tinggal di hotel Pulau Pinang ni untuk sorok wajah yang
dah lebam-lebam dari mama.
Masa mengubati Abang Zen, mereka berada di
koridor luar bilik sahaja. Tak berani Indah nak masuk ke
dalam bilik Abang Zen. Takut jadi kes lain pula. Ini Malaysia
beb, bukan Thailand. Tapi yang paling Indah takut adalah
pada diri dia sendiri. Bukan boleh percaya sangat, takut dia
yang terlebih-lebih pula nanti.
Akhirnya Tajul Razin berjaya juga merakamkan
aksi-aksi sumbang Zawati dan Yazid sehingga mereka
menghilang ke dalam bilik hotel. Apa dia nak buat, Indah tak
pasti. Tak logik kalau nak dijadikan koleksi klip video sebab
hero lelakinya, uweik… handsome sikit Mat Bangla cuci
tingkat pejabat Wisma TS. Tapi heroinnya boleh tahanlah,
dengan syarat dia tak terjerit-jerit macam bini Tarzan.
Mereka berdua turun semula, lepak di lobi hotel.
Untung-untung dapat tangkap video lagi lepas pasangan
merenyam tu selesai melakukan ‘projek’. Takkan tak balik

212
Umie Nadzimah

kut, sebab laki mesti tunggu di rumah.


“Indah kata dia sengkek, tapi mampu pula dia
makan di restoran dan ambil bilik di sini. Mahal tu.”
Indah mengangkat bahu. Yalah, setahu dia, Yazid
memang orang tak berduit. Merempat sana sini, nak hisap
rokok pun minta duit dengan mak dia. Kesian Mak Cik
Kalsom. Tapi tak tahulah pula kalau sekarang dah kaya, sebab
diakan pandai buat kerja kotor yang banyak untung.
“Suami Zawati tu kerja apa?”
“Pensyarah.”
“Hurm... Guna duit Zawatilah agaknya. Sekadar
satu malam, suami dia masih mampu nak tanggung.”
“Kesian Abang Saiful. Tak sangka jadi macam ni.”
Suara Indah kedengaran sedih. Tajul Razin memandang dia
tajam.
“Indah menyesal ke, tak jadi kahwin dengan dia?”
Nada Tajul Razin sudah berbau cemburu.
“Tak. Dia pilihan ayah Indah. Bila tak jadi, Indah
bersyukur sangat. Lega. Cumanya Indah terpaksa kehilangan
ayah. Itu yang Indah paling sesalkan.”
“Indah dengar sini baik-baik. Abang Zen janji akan
kembalikan ayah pada Indah semula. Abang akan usahakan.
Sementara itu, biar abang yang ambil tanggungjawab untuk
jaga Indah, okey? Jadi jangan sedih dan risau lagi. Kali ini
Indah bukan sorang-sorang macam di R&R tempoh hari.
Abang Zen dan keluarga ada bersama Indah. ”
Indah diam sahaja. Mengiakan tidak, menidakkan
pun tidak. Tapi dia akan pegang kata-kata Tajul Razin. Indah
juga meletakkan sepenuh harapan pada Tajul Razin. Moga dia
tak mungkir janji.

213
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Hmmm... pasal konvokesyen Indah tu, Abang Zen


teringin sangat nak tengok majlis macam tu di Malaysia.
Kami adik-beradik semua belajar di luar negara. Bolehkan
Indah, abang pergi dengan mama? Mama tentu bangga anak
angkat dia terima Anugerah Naib Canselor.” Abang Zen
tersenyum manis. Mata dia merenung wajah Indah lama.
Alah... Taktik memujuklah tu. Tapi sudah cukup
buat Indah rasa kembang dan teramat bahagia. Betullah, dia
tidak keseorangan lagi.
Namun, jauh di sudut hati masih ada rasa terkilan.
Penat dia belajar bersungguh-sungguh selama empat tahun
untuk menghadiahkan kejayaan ini pada ayah. Bila tiba
masanya, ayah sikit pun tidak mengendahkannya.

“KAU uruskan pasal perempuan ni.” Tajul Razin menunjukkan


attachment e-mel yang Saiful buka di skrin komputer.
“Wow! Seksi bangat ni, bos. Body pun not badlah.
Memang patut mamat sebelah ni tunjuk muka naik stim,
macam dah tak boleh tahan daaa...” Tajul Razin menjeling
tajam. Safuan ni, kalau bercakap tak bertapis langsung.
Kadang-kadang dia sendiri malu bila mendengarnya.
“Kau suruh orang ikut perempuan tu. Rakam
aktiviti dia mana-mana yang perlu. Dalam tu ada detail dia
sikit-sikit, yang lain tu pandai-pandailah. Gambar dengan
husband dia, aku tak nak okey, menyemak. Aku nak dengan
jantan lain atau mamat tu aje.”
“Beres bos. Tapi ni siapa? Takkan skandal bos kut?
Tak pernah-pernah buat kerja ni?”

214
Umie Nadzimah

“Kau teringin ke perempuan macam tu?” Laju


Safuan menggeleng kepala.
“Habis, kalau kau sendiri pun tak nak, takkan
skandal aku kut? You know my principle and taste right?”
Tajul Razin tersenyum sinis.
“Tahu bos, tapi sikit peliklah assigment kali ni. Out
of job description.”
“Selalu tu, kau buat aje. Tak nak ke offer ni? Special
pay... tak termasuk dalam gaji biasa kau.”
“Opsss, mestilah nak!!! Rezeki, kalau tolak
melepas!” Safuan sudah terbayang jumlah duit tambahan
yang akan masuk ke dalam akaunnya. Boleh belikan emak
Netbook. Dah lama orang tua tu minta. Dia pun teringin juga
nak berFacebook. Sejak ayah tiada, sunyi katanya.
“Tahu tak pe... tapi make sure rahsia antara kita.
Jangan sampai orang lain tahu.”
“Biasalah tu. Cerita bos, mana ada yang tak rahsia.”
Dalam hati Safuan berasa sedikit hairan. Sejak bos
dilanda penyakit jatuh cinta ni, perangai dia pun semakin
berubah. Benda tak pernah dia buat, tiba-tiba dia nak buat.
Kalau dulu-dulu, muka dia penuh dengan kerja, kerja, kerja.
Bagus juga ek! Sekurang-kurangnya dia enjoy sikit sekarang
ni. Ada juga hiburan selain menghadap kerja yang tidak
pernah selesai.
Tapi, tugasan kali ini betul-betul suspens dan
mencabar. Kalau tak pro, mahu lebam-lebam muka, tidak
pun masuk lokap! Apa-apalah bos ni, entah perempuan mana
yang dia nak tahu sangat ni. Kalau Indah ke, masuk akal
juga.

215
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 18
P
EJABAT PENGURUSAN (HQ)
Gedung Pakaian SAIN telah
dipindahkan dari beribu pejabat
di Jalan Bukit Bintang ke tingkat 20 Wisma TS, Jalan Sultan
Ismail. Satu bangunan dengan Pejabat Korporat Dato’ Safiya
dan Tajul Razin. Sudah lama Dato’ Safiya merancang untuk
berpindah dan memperkemaskan sistem pengurusannya.
Dekat di mata, kerja akan jadi lebih mudah dan dapat
dipantau lebih teliti.
Dengan kerja yang asyik turun dan naik arasnya,
Indah hanya berbaju santai-santai sahaja untuk ke pejabat
sehari dua ini. Dato’ Safiya sikit pun tidak protes bila melihat
tubuh genit itu hanya bersarungkan seluar Jean Levis biru
dan berbaju T-shirt merah jambu serta bertudung ringkas.
Dalam hati dia memuji kecantikan anak angkatnya, pakai
apapun nampak comel dan kena sahaja dengan perawakannya.
Gadis ini memang semula jadi cantik. Siapalah ibu dia, ya?
Mesti perempuan yang hebat. Melihat pada kulit Indah yang
putih halus itu pun dia tahu, mesti dari genetik yang baik-
baik dan jelitawan.

216
Umie Nadzimah

Prestasi kerja yang ditunjukkan Indah pun amat


baik. Dalam masa enam bulan cukup untuk melihat
kesungguhan dan kredibilitinya. Bijak dengan idea-idea baru,
disiplin, rajin, fokus, energetik dan berwawasan
mengingatkan Dato’ Safiya itulah sikap dirinya dari muda
hingga dia boleh berjaya bersaing dengan kaum Adam. Indah
memang berkebolehan, dia tidak silap menilai. Sebab itu dia
yakin untuk melepaskan kerja-kerjanya pada Indah sedikit
demi sedikit. Biar berkurangan sedikit kerjanya seiring
dengan usia.
TS Holding tidak menjadi hal lagi kerana Tajul
Razin telah cekap menguruskannya. Tinggal Gedung Pakaian
SAIN sahaja, Dato Safiya sedang mencari pelapis muda untuk
mengepalainya. Dalam hati dan matanya tidak nampak orang
lain, kecuali Indah. Anak-anak saudara perempuan yang ada,
sedikit pun tidak menarik perhatian.
Nama Indah sahaja telah mencuri perasaan Dato’
Safiya. Satu nama yang sebati dengan dirinya sejak berpuluh-
puluh tahun dahulu. SAIN adalah singkatan dari SAFIYA-
INDAH. Indah, itulah satu perkataan yang sahabat baiknya,
Kathrene berikan untuk digabungkan dengan nama Safiya.
Sehingga kini dia tidak tahu kenapa perkataan itu yang
dipilih. Dan tiba-tiba juga ada seorang gadis yang bernama
Indah datang dalam hidupnya dengan membawa perasaan
yang cukup istimewa.
Bibir Dato’ Safiya tersenyum sendiri. Terbayangkan
kelakuan anak-anak bujangnya yang juga teruja dengan
kehadiran Indah. Tajul Razin yang beku kaku pada perempuan
selama ini sudah berubah perangai. Tajul Fahin juga semakin
gila-gila dan menunjukkan sifat romeonya. Dato’ Safiya
perasan semua itu. Tapi dia target Indah untuk anak
sulungnya, Tajul Razin. Tajul Fahin belum layak bergelar

217
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

suami, selagi perangainya tidak berubah.


“Auntie, Indah turun bawah dulu ya?” Lamunan
Dato’ Safiya dikejutkan dengan suara lembut dan manja
Indah. Dato’ Safiya memberi senyuman. Dia mengangguk.
“Pastikan semua fail-fail P&C diletakkan di tempat
yang betul Indah, as discussed last week. Dan auntie nak
Indah tahu kedudukannya pada setiap department.”
“Yes, mem!” Ibu jari dan jari telunjuk ditemukan,
diangkat tangan dekat muka, isyarat faham, buat Dato’ Safiya
tergelak. Budak ni, kalau staf lain tak berani nak melawak
dengan dia, tapi Indah pandai menarik perhatian.
“Lagi satu, auntie nak Indah kenal dengan semua
staf di tingkat 20. Sedikit demi sedikit auntie akan train
Indah how to monitor their works.” Indah mengangguk
faham dan penuh yakin.
“Okey, you can go now.”
“Kalau auntie perlukan Indah, just...” Indah buat
isyarat telefon di telinganya. “Indah akan terbang naik untuk
auntie a.s.a.p.”
Sekali lagi Dato’ Safiya tertawa.
Indah keluar dari pintu utama menuju ke arah lif.
Matanya nak juga menjeling ke bilik buah hatinya walaupun
sudah tahu dia ada mesyuarat di luar pada pagi ini. Bila pintu
lif terbuka, Tajul Fahin keluar. Macam biasa, lelaki seorang ni
dengan sengih tidak dapat dipisahkan. Sudah sinonim. Dia
datang dah! Ini tak lain tak bukan nak kacau kerja orang!
Indah masuk ke dalam lif, dan menekan punat
nombor 20. Tajul Fahin juga masuk semula ke dalam lif.
Sengih lagi, buat muka selamba walaupun dia nampak gadis
itu berkerut dahi kehairanan.

218
Umie Nadzimah

“Tingkat 20? Buat apa?”


“HQ baru SAIN.” Tajul Fahin tunjuk rupa terkejut.
Padan muka! Itulah, susah payah kerja dengan orang,
sedangkan syarikat keluarga sendiri kurang kakitangan, dia
tak ambil pusing pun. Ada cuti, melepak saja, bukan nak
tolong mama dan abangnya.
“Ya ke? Dah pindah? Abang tak tahu pun?” Banyak
pula soalan. Siapa punya salah? Sendiri mahu ingat. Indah
diam, sila jawab sendiri.
“Datang sini nak cari siapa?”
“Buah hati abanglah. Ingat nak ajak dia lunch
sama-sama.”
“Owhhh, ada girlfriend di sini rupanya. Siapa?
Boleh Indah jumpa dia, kenal-kenal...” balas Indah ceria.
Tajul Fahin geram. Dia mendekatkan tubuhnya di
belakang Indah. Seram! Dahlah dua orang saja di dalam lif.
Rasa nak kick saja dia ke dinding. Nak juga uji kekuatan
tendangan setelah setahun menyimpan tali pinggang hitam
tae kwan do di dalam almari. Tangan Tajul Fahin baru hendak
menyentuh bahu Indah bila pintu lif lebih dahulu terbuka.
Sayang kat kau, pintu lif! Jika tak, mungkin ada orang kena
peluk percuma. Atau ada orang yang akan terpenyek ke tepi
dinding?
Masuk sahaja ke ruangan pejabat baru yang masih
berselerak dengan kotak-kotak di sana dan di sini, Safuan
sudah tercegat berhampiran meja penyambut tetamu. Si
lembut ini pun sama, penyibuk besar! Dia bukan ada urusan
apa-apa pun di tingkat 20 ini. Lain-lain syarikat! Sama ada dia
mencari bahan gosip, maklumlah dia tu Encik Kiah Propa
Wisma TS, ataupun memegang amanat bos dia untuk
menjadi spy macam wartawan Al-Jazeera.

219
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“So, jadi tak lunch sama nanti?” Sengaja Tajul


Fahin tanya di depan Safuan. Dia tahu mesti sampai ke
telinga abangnya. Itulah, kenapa nak berebut perempuan
dengan Tajul Fahin?
Safuan menjeling. Getik telinganya mendengar. Tak
muak-muak jadi buaya. Sampai yang abang sendiri berkenan
pun nak dirembat juga. Dia memang tidak serasi dengan
Tajul Fahin dari dahulu lagi. Tidak suka dengan sikap Tajul
Fahin yang pentingkan diri. Biarkan abangnya bertungkus-
lumus kerja, sedangkan dia hanya bersenang-lenang dapat
elaun hujung bulan. Kenapalah bukan dia yang jadi adik
kepada Tajul Razin?
“Hmmm... Indah? Okeykan lunch?” Tajul Fahin
menggoda lagi. Dari tadi Indah malas hendak menjawab. Tapi
kesian pula untuk ‘drop his water face’ di depan staf Dato’
Safiya. Kebanyakan pekerja kenal siapa Tajul kedua ini. Dan
siapa pula Indah berbanding kedudukan Tajul Fahin di
syarikat mamanya.
“Errr... Indah okey Abang Fahin, tapi Indah busy
dan kesian juga pada Dato’ jika tinggal sorang-sorang sebab
dia tak ada lunch appointment hari ini. Indah nak juga bayar
balik cash Thai Bath yang abang bagi tempoh hari, tapi bukan
hari ini okey.” Harap-harap semua alasan ini munasabah
untuk Tajul Fahin terima. Lain hari dia bagi alasan lain pula.
Bukan banyak hari pun lagi cuti dia tinggal.
“Mamakan puasa hari ini. Jangan bagi alasan Indah
pun puasa juga sebab pagi tadi abang nampak Indah
temankan Abang Zen breakfast di rumah. Dan lagi satu,
hutang wajib dibayar tau.”
Alah... ni yang payah. Indah malas nak layan fasal
keluar-keluar makan ni. Pertama, dia memang tak ada hati

220
Umie Nadzimah

untuk keluar dengan mana-mana lelaki jika tidak ada sebab


munasabah, kecuali dengan Abang Zen. Keduanya, Indah tak
suka Abang Zen bermasam muka dengannya jika dia tahu.
Indah serik masa dia keluar berdua dengan Safuan
dahulu. Sepatutnya Kak Nora ada sama, tetapi saat akhir dia
terpaksa balik ke rumah kerana ada emergency. Tak boleh
nak dibatalkan sebab sudah tempah meja, jadi dia pergi
sajalah. Bukan salah pun, sebab nak belanja orang. Akibatnya
dua hari dua malam Abang Zen tidak mahu menegurnya.
Selepas SMS yang ke-159, baru dia balas. Itu yang Indah cuba
elakkan. Sikap baru Abang Zen yang baru dia tahu. Cemburu
tak kena tempat!
“Kalau ya pun, angkat telefon tu dulu, Jah... bising
memekak aje. Lagu kau tu tak sedap langsung untuk dengar
lama-lama.” Safuan mencelah. Bosan dia dengan taktik
mengurat Tajul Fahin. Nak tunjuk Romeo tak kira tempat.
Haah, ya tak ya, mungkin Dato’ Safiya. Indah
keluarkan telefon nipis dari poket seluar jean. Hasma
rupanya. Sekuat-kuat jeritan dia bagi di talian sebelah sana
hingga Indah terpaksa menjarakkan telefon dari telinga.
“Indah... Aku dapat!” Hasma menjerit lagi.
“Kau dapat apa? Boleh tak kau berhenti kejap jadi
anak Tarzan?”
“Aku dah dapat... Aku dah dapat, Indah!” Dia jerit
lagi. Safuan dan Tajul Fahin pun tercengang-cengang dengan
jeritan demi jeritan itu.
“Ya Allah... Kau ni, cepatlah sikit, aku banyak kerja
la Has.”
“Aku dah dapat offer kerja setiausaha kat tempat
kau. Baru aje dapat call kejap tadi.”

221
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

“Hah? Betul ke?” Masa itu Indah pun hendak


menjerit sama tetapi cuba dikawal. Kenalah jaga saham dari
jatuh. Tapi dek kerana terlalu teruja, dia memukul-mukul
lengan Tajul Fahin secara tidak sengaja. Sekali dua, Tajul
Fahin biarkan saja, pukulan seterusnya dia mengaduh manja.
Sakit juga beb kena hempuk dengan tangan halus tu.
Dia gembira sangat bila dapat tahu Hasma akan
menggantikan Nora yang akan berhenti pada hujung bulan.
Dia akan dapat kawan pejabat yang kamceng. Tidak lagi
seperti sekarang yang asyik terperuk di dalam bilik Dato’
tanpa merapu meraban. Sekurang-kurangnya kehidupan
pejabatnya akan jadi lebih ceria.
“Teruknya kawan kau, Jah... satu Malaysia dengar
dia melaung. Baru dengar suara dah terketar aku.” Safuan
bersuara selepas Indah menamatkan perbualan yang beberapa
minit sahaja.
“Jangan kutuk-kutuk, takut nanti berkenan dengan
tuan punya suara, baru tahu.” Indah membela kawan baiknya.
Safuan hanya mencebik. Apa hal dia nak berkenan dengan
perempuan tu. Mahu nanti hidup tak aman asyik kecut perut.
Malangnya, gembira punya pasal, Indah terpaksa
bersetuju untuk keluar lunch dengan Tajul Fahin. Kena cover
line sebab sudah jadikan badan orang sebagai punching bag
tidak sengaja. Buatlah lagi kerja tidak senonoh tu, kan dah
susah?

KE HULU, ke hilir Tajul Fahin selamba mengikut Indah.


Mulut pula tak tahu diam, pot-pet, pot-pet tanya itu dan
ini. Rimas betul! Nak buat kerja pun tak senang. Ada juga

222
Umie Nadzimah

mata-mata staf yang asyik memerhati gelagat mereka. First


impression yang kurang enak dan Indah sangat tidak selesa.
Hendak dimarah, tak patut pula. Kena jaga air muka orang,
tidak kira siapa juga. Hari ini kita malukan orang, entah esok-
esok giliran kita pula.
Dulu-dulu, ayah selalu ingatkan, biar orang buat
kita, jangan sekali-kali kita menganiaya orang. Tapi praktikal
lagi ke nasihat itu untuk zaman manusia serba berdengki ini?
Hei, Indah... sifat hasad dengki ni wujud sejak zaman Habil
dan Qabil lagi, tau! Sudah sebati dengan roh manusia yang
bersahabat dengan syaitan.
“Abang Fahin... Dato’ Safiya nak jumpa. Tadi dia
tanya mana anak dia yang handsome giler tu merayap.”
Sememangnya Dato’ ada call sekejap tadi, dan Indah
memaklumkan bahawa Tajul Fahin ada di situ. Jadi bukan
Indah saja-saja auta.
“Hesy... kacau daun betullah mama ni. Abang Fahin
naik atas dululah, dear. Jangan lupa lunch date dengan anak
Dato’ yang handsome giler tu ya. And no Kak Nora this time.
Just you and me.” Dia mengenyit matanya sebelum berlalu.
Kena gulailah kau Indah tengah hari ini. Waaa... tak
sanggupnya rasa.
Indah terus mengatur langkah ke Jabatan Sumber
Manusia pula. Di sini dia hanya kenal dengan pengurusnya
sahaja, Miss Chia. Dia kena cepat mengenali semua pekerja
untuk menjadikan tugasnya lagi mudah.
“Hai… Cik Indah sudah sampai sini,” sapa Miss
Chia. Indah tersenyum manis pada pekerja gedung yang
paling lama itu. Menurut Dato’, Miss Chia ni pekerja yang
paling setia dan amanah. Pelajarannya tidak tinggi mana, tapi
disebabkan dia rajin usaha memajukan syarikat, maka dia

223
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

mendapat ganjaran yang setimpal.


“Come, I kenalkan dengan I punya assistant. This is
Shila and this is Hani. Guys, this is Cik Indah, Dato’ Safiya’s
niece and PA.”
Indah menghulurkan tangannya. Salam bersambut
mesra oleh Shila. Bagi Hani, mulanya okey saja, tapi sekejap
lepas tu dia tunjuk muka cemas. Tunjuk muka tak selesa bila
mengenali Indah.
Hani… Hani... dengan wajah gitu-gitu dan pakaian,
erm... hahhh, Indah sudah ingat. Dialah yang mengamuk
marah-marah dan menghina Indah sewaktu memohon
pekerjaan di gedung Jalan Bukit Bintang dulu. Alahai...
jumpa juga rupanya. Di sini, kedudukan mereka berbeza. Jika
Indah nak balas dendam pun boleh sangat, kan? Tapi untuk
apa, bahagia ke kalau buat begitu? Kata orang, dendam yang
terindah jika kita memaafkan, jadi biarlah peristiwa itu
berlalu.

DI RESTORAN KFC, yang terletak di tingkat bawah Wisma TS,


buntang mata Hani bila melihat Indah masuk ke dalam kereta
mewah anak Dato’ Safiya. Dan perempuan itu nampak gayanya
dilayan dengan cukup istimewa. Dia selalu bertemu dengan
Tajul Fahin, tetapi dia tidak pernah melihat lelaki itu melayan
perempuan-perempuan lain dengan bersungguh-sungguh
sebegitu. Ada point buat Melisa cemburu ni. Padan muka
perempuan tu, dia ingat Tajul Fahin tu dalam genggamannya
ke? Malanglah nasib kau perempuan mengada!
“Weh, kalau nak belanja I lunch untuk pandang kat
luar tu, baik tak payah!” Fikri, pengurus pemasaran yang

224
Umie Nadzimah

sudah lama tercegat di situ membuat muka. Kalau ikutkan


hati, dia malas nak melayan Hani, tapi dia turun juga sebab
Hani begitu beria-ia nak jumpa. Ada hal hendak berbincang
katanya.
“You nampak tak tu?”
“I belum butalah. Sah-sah itu anak Dato’, siapa
yang tak kenal buaya tembaga tu? You kan selalu jumpa di
kelab. ”
“Yang tu I tahulah. Maksud I yang perempuan tu.
You ingat tak masa I kena cover kerja amoi tua tu dulu, you
suruh I interview dia.”
“You kan assistant amoi tu, memanglah you kena
cover kerja dia, apa kena-mengena dengan I pula?” Fikri
sudah panas. Dia menyedut air Pepsi dengan rakus. Ah... lega
sikit. Malas betul nak menghadap perempuan berangin ni.
Belanja Snack Plate satu pinggan, dia ingat boleh sesuka hati
nak cakap apa.
“Hesy you ni... ada sekali tu, yang you temper
sangat pada I sebab tak ambil perempuan yang you suka tu,
dialah orangnya. Tapi masalahnya, I dah maki-maki dia. Apa
pasal you tak sound awal-awal yang dia tu orang kuat Dato’?
“Cik Indah, anak saudara Dato’ tu? You maki dia?
Hah, baru padan dengan mulut bacul you. Hahaha. Dulu I
tanya you marah-marah dan kutuk dia kaw-kaw. Masa tu I
pun tak tahu yang dia tu ada kena-mengena dengan Dato’.
Nasib baik I tak lebih-lebih.” Fikri sambung gelak. Geli hati
tengok muka cemas Hani. Itu rupanya masalah dia.
“Ni yang buat I stres gila ni.” Nada Hani seperti
sedang menyesal, tapi sekejap sahaja.
“Tapi I hairanlah, kenapa pula dia nak minta kerja,
padahal kerja pangkat besar tu dah tersedia menanti,”

225
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

sambung Hani.
Fikri menjongket bahu “Well, spy Dato’ maybe,
buat cross-check dekat department you. You knowlah Dato’,
dia jarang percaya staf seratus-peratus, mesti ada checking.”
“Huh.”
Hani masih tidak berpuas hati. Masih ada perkara
yang belum terungkai, dan dia akan mencari apa sebenarnya
yang berlegar-legar dalam fikiran. Sooner or later, dia akan
tahu juga.

INDAH duduk di atas kerusi berhadapan dengan Tajul Fahin


di restoran Taman Sari Brasserie, Hotel Istana. Adat orang
berduit, mesti nak makan di tempat-tempat yang mahal
dan mewah. Padahal kadang-kadang tu, makanan di kedai
tepi jalan lagi sedap. Yalah, di sini yang mahal bukan kerana
harga makanan, tapi kena juga bayar untuk orang yang layan,
kerusi empuk, penghawa dingin, malah pemandangan cantik
sekeliling pun ada caj. Mana tak melambung kena bayar?
Semua kena cover.
Tajul Fahin masih melihat kad menu. “Sayang nak
makan apa?” Dia bertanya. Ini yang buat Indah lemas. Beri
muka sikit, mulalah nak melampau. Nak bersayang-sayang
pula. Kalau tak fasal terpukul dia tadi, sumpah Indah takkan
keluar berdua macam ni!
“Samalah macam Abang Fahin makan.” Harap-
harap dia tak pesan menu yang pelik-pelik, takut juga Indah
tak tahu cara makan. Dan harap-harap juga dia tak ambil
makanan yang berharga ratusan ringgit untuk satu pinggan.
Janji Indah yang bayar, Indah tak mahu membazir duit untuk

226
Umie Nadzimah

benda-benda macam ni.


“Okey, kalau macam tu, kita kongsi sajalah, makan
satu pinggan.” Tajul Fahin tersengih. Baik punya cadangan.
Lagi jimat Indah, tapi terpaksalah dia berlapar hingga balik
ke pejabat, kemudian pesan McDonald atau tapau saja KFC
dekat bawah tu. Indah ni tak cukup romantiklah nak
berkongsi-kongsi pinggan makan. Dengan Abang Zen pun
Indah tak akan buat, tau! Lainlah kalau dah ada title husband
and wife.
“Indah nak epal jus dengan Spaghetti Bolognese,
ya.”
Tajul Fahin tertawa. “Tau takut. Abang ingat nak
order gelas besar tadi, boleh kongsi minuman juga.”
Selepas membuat pesanan itu dan ini pada pelayan
yang comel dan seksi, Tajul Fahin meminta diri ke bilik air
sekejap. Bila dia balik, wajahnya menjadi muram. Hahaha...
Indah memang tergelak besar dalam hati. Apa tidaknya,
Abang Zen sudah ada di sebelah Indah, dan Safuan pula
mengambil tempat di sebelah kerusinya.
Indah jadi cukup bersemangat! Sebab merasakan si
dia datang umpama untuk menyelamat. Sekurang-kurangnya
dia tidak dipaksa untuk makan dan minum dengan berkongsi
pinggan dan gelas, macam orang tak cukup bajet. Memalukan
aje!
Tapiii, wajah Abang Zen sama muram dengan wajah
si sengih tu. Malah lagi masam dari buah kedondong muda
yang pokoknya di belakang rumah ayah. Duduk sebelah
Indah, tapi dari tadi sedikit pun tidak menoleh. Abang Zen,
kalau fasal buat perut Indah ni kecut, memang nombor satu!
“What’s up bro? Dah tak ada meja lain ke?” Tegang
suara Tajul Fahin. Mata dia memandang sekeliling, pada meja

227
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

yang banyak masih kosong. Apalah Abang Zen ni.


Dia orang ni, kadang-kadang nampak mesra sangat,
tapi kadang-kadang tu macam anjing dengan kucing. Tapi
Indah memang respect dengan Abang Zen, dia selalu
mengalah dan bertoleransi dengan sikap kurang asam adik-
adiknya. Kecuali pada satu dua perkara dia juga beremosi.
Contohnya perkara yang berlaku sekarang ini.
“Why? Ada masalah ke kalau we all kongsi table?”
Suara Abang Zen juga nampak tegang.
Hesy, apa yang sedang berlaku ni? Indah
memandang Safuan, dan Safuan turut memandangnya. Pada
Indah, ini semua Safuan punya kerja. Kalau nak jadi tali
barut pun, jadilah tali barut yang baik-baik. Ini tidak, datang
saja buat muka corot. Tensionlah macam ni.
Baru setakat belanja makan, bukan apa-apa pun.
Kenapa semua orang hendak tarik muka tu tegang-tegang?

“PLEASE... bro. Kalau perempuan lain yang biasa you bawa


tu, I tak marah sangat, sebab sama naik saja. Tapi Indah lain.”
Tajul Razin cuba memberi nasihat pada adiknya. Masa ini
emosi dia sudah terkawal. Mereka di balkoni bilik Tajul Fahin,
yang menghadap kolam renang.
Tajul Fahin terdiam. Dia menyedut rokok Marlboro
dan menghembus asapnya berkepul-kepul di hadapannya.
“Sebab dia lainlah, I suka dia bro. Susah nak dapat,
more happening.”
“Dia gadis baik dan naif. Jangan main-mainkan dia.
Dia tak sama dengan perempuan-perempuan yang you...”

228
Umie Nadzimah

“You are over protecting, bro. Why? Do you like


her?”
Tajul Razin tidak mengaku apa-apa.
“I like her.”
“Tapi you tak sesuai dengan dia bro, perangai you
tu boleh buat dia menderita, kalau you tak ubah...”
“Habis? Siapa yang layak untuk dia? You?”
Tajul Razin diam juga.
“Macam nilah bro... Let’s be a man. Kita bersaing
secara sihat. Kalau siapa yang dapat tawan hati dia, bermakna
orang itu dapat. Kalau dia pilih you, I akan stop, tapi hanya
setelah dia sah menjadi isteri you.” Tajul Fahin membuat
keputusan.
“Tapi I tak nak dia kecewa.”
“No commentlah, bro. Belum tentu dia tak kecewa
kalau bersama you.”
Tajul Razin berjeda.

229
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 19
“S
YUKUR. Rezeki mencurah-
curah datang dari langit.
Untung kawan dengan kamu
ni, beb. Hari-hari dapat makan coklat import.” Indah pandang
saja wajah Hasma yang dari tadi tak henti-henti memasukkan
coklat Ferrero Rocher ke dalam mulutnya. Lepas satu, satu
pembalut dibukanya.
“Kau bawa baliklah semua yang ada tu. Bawa balik
untuk Eja dan Adin hujung minggu ni. Jangan kau telan
sorang-sorang sampai habis. Banyak tu, mahu lima kilo
tambah lemak kat badan kau.”
“Serius ni? Kau bagi aku semua? Tak sayang?”
Hasma bagai tidak percaya. Tiga kotak besar Fererro Rocher
akan menjadi miliknya. Mahu beratus harganya kalau nak
beli.
Indah memuncungkan bibirnya. Selepas itu dia
menggeleng kepala. “Ambillah semua. Aku tak kisah.”
“Sayanggg kau, beb.” Hasma peluk dan cium Indah.
“Eee... gelilah!”

230
Umie Nadzimah

Hasma melepaskan tawanya kuat. Minah ni, tak


pandai kawal diri langsung. Ikut selamba dia saja. Nasib baik
waktu rehat sekarang ini. Tawanya sampai menarik perhatian
Safuan yang lalu di situ. Safuan ke tempat mereka, mata dia
melirik tajam pada dua orang gadis yang sungguh berbeza
watak. Seorang lemah lembut penuh ayu, yang seorang lagi
kasar macam lelaki. Beza macam langit dan bumi, tetapi
nampak ngam saja mereka berkawan.
“Wow! Buat parti coklat ke, Jah?” Mata Safuan
beralih pada tiga buah kotak coklat di atas meja Indah. Dia
mencapai sebiji, tapi pantas ditepis oleh Hasma.
“Kedekut!”
“Suka hatilah. Ini barang aku punya. Secret
Admirer aku yang bagi, tau!” Hasma pun tak nak kalah kalau
dengan Safuan. Sejak hari pertama bekerja di sini, dia sudah
diisytiharkan bermusuh dengan lelaki seorang ini. Tak suka
pandangan matanya yang seolah-olah menghina dan
mengejek. Dahlah mulut bisa saja kalau bercakap.
Safuan tergelak sinis. “Heh, brutal macam kau pun
ada lelaki teringin nak tackle? Mesti balak tu buta.”
“Kalau celik pun, pandang orang macam mengejek
aje, tak guna juga,” balas Hasma.
Indah menggeleng kepala. Hasma dengan Safuan
sama sahaja, dua-dua tak mahu kalah dan beralah. Kali
pertama jumpa, mereka sudah berperang. Kelakar. Sebelum
ini, boleh pula mereka berdua naik satu lif, selepas itu Safuan
biarkan sahaja Hasma menekan tingkat 23. Bengang tak
terkira dia bila jumpa Safuan semula di pejabat tingkat 22.
Sikit pun Safuan tidak beritahu yang tingkat 23 tu aras
bumbung, tiada apa-apa di situ. Ada ketulan emas di dalam
mulut agaknya. Bila dia cakap akan rugi besar sebab emas

231
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

akan jatuh gedebuk. Rupanya mulut dia macam murai


tercabut ekor, pantang jumpa orang, asyik nak berbunyi.
Agaknya dengan dinding, periuk belanga pun dia bercakap.
“Cukup-cukuplah tu, Has. Apa kata aku tarik balik
sekotak, bagi pada Encik Safuan, dia anak yatim tau.” Indah
terus menghulurkan sebuah kotak kepada Safuan, walaupun
dia nampak mata Hasma bulat tanda marah. Safuan yang
tidak malu tu cepat saja menerimanya.
“Mana aci, buruk siku tau.”
“Alahai Has, aku ganti dengan bunga ni ya. Kau
boleh letak kat tempat kau, wangi ni.” Hasma menjeling.
Tidak berpuas hati. Apalah Indah ni, patutnya bagilah si
sotong tu bunga, baru padan. Ini bagi dia, tak kena jiwa
langsung. Orang tak layanlah benda jiwang-jiwang ni.
“Thank you so much, Jah. SA kau bagi ya? Tapi, ada
pula yang perasan pakwe dia yang hantar.” Sambil tu mata
Safuan melirik pada Hasma. Tak habis-habis lagi dia memerli
walaupun sudah dapat habuan.
“Tapi Jah... SA kau ni boringlah! Ada ke bagi coklat
dengan bunga aje pagi petang. Very old stylelah. Tak
touching! Zaman la ni orang dah advancelah, bagi yang
tangkap feeling punya. Ni asyik-asyik bunga dan coklat. Baik
kau fikir masak-masak sebelum terima dia, Jah. Aku takut
kau mati bosan nanti.” Dengar saja apa Safuan kata, mata
Hasma jadi buntang macam nak telan lelaki di hadapannya
itu. Hek eleh, boleh nak komen baik punya, tak sedar ke
tangan tu sudah menjinjing sekotak? Macam ni punya
manusia pun wujud ke?
Hasma menyingsing lengan bajunya sampai ke siku.
Bibirnya diketap. Geram pada Safuan sudah sampai ke tahap
ganda lapan.

232
Umie Nadzimah

“Jah... aku blah dululah. Ada orang dah jadi tentera


Israel. Aku belum beli insurans nyawa, takut jadi apa-apa
nanti siapa nak cover mak aku kat kampung sana.” Sambil
lalu, Safuan layang kotak coklat depan muka Hasma.
“Kalau tak ingat baru 21 hari kerja sini, mahu aku
hempuk-hempuk si sotong tu.”
Indah tertawa perlahan. Macam-macam Hasma
seorang ni. Sedar pun masih baru di sini, bergaduh dengan
orang mengalahkan senior yang sudah 20 tahun kerja.
Dalam hati, Indah mengiakan kata-kata Safuan.
Sungguh! Dia tak rasa apa-apa bila menerima berkotak-kotak
coklat dan berjambak-jambak bunga sepanjang sepuluh hari
ini. Hatinya tidak tersentuh langsung! Sebab tuan yang
memberi ataupun caranya?
Mestikah memberi bunga untuk menyatakan
perasaan hati?
Tetapi kalau si pemberinya Tajul Razin, Indah suka
ke? Entah! Sebab Tajul Razin tidak gila-gila macam tu. Dia
tak pernah beri bunga pada Indah, walaupun sekuntum.
Indah pun tak teringin, sebab rasa macam satu pembaziran
pula. Bayangkan sejambak kecil bunga berharga 80 hingga
150 ringgit. Lepas tu layu macam tu saja. Lebih baik duit tu
digunakan untuk benda yang lebih berfaedah. Semua ini
pengaruh dari negara barat. Dan trick orang berniaga. Asal-
asal dahulu, beri bunga tak perlu keluar belanja, petik sahaja
dari pokok dan beri pada si dia yang dicintai. Yang penting
adalah keikhlasan dan kesungguhan.
Pada Indah, Tajul Razin kalau memberi, mesti
sesuatu yang amat bernilai untuk dikenang. Yang pasti, dia
hanya bagi benda yang Indah betul-betul suka. Seperti hadiah
si kucing Teana dan lima helai Pashmina tu. Indah hargai

233
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

sangat-sangat, sebab dia benar-benar berhajat memiliki


semua itu. Betullah! Nak buat orang touching-touching ni,
kita kena kreatif. Tak semestinya dengan barang-barang
mahal. Wah... Nampaknya nak bercinta pun kena perah otak
ya?

GELISAH! Satu perkataan yang menggambarkan status Tajul


Razin sekarang ini. Serba tidak kena dibuatnya. Nak tidur
mata tidak mahu pejam. Hendak sambung buat kerja pejabat,
otak kata tak mahu, sudah crammed. Hendak makan, minum
sudah terlebih masa, tekak pun tidak teringin apa-apa.
Sudahnya tersadai tubuhnya di balkoni merenung kelam
malam. Sekali-sekala disapa angin dingin yang cuba membawa
resah pergi, namun tetap juga berbaki, menyesak fikiran.
Apa yang disampaikan Safuan pada siang tadi bukan
sesuatu yang baru didengar. Matanya sudah pun melihat
sendiri. Bagaimana Tajul Fahin bersungguh-sungguh
mengotakan janjinya. Ahhh... bukan janji sebenarnya, sebab
Tajul Razin tidak pernah mengiakan.
Cinta bukan pertaruhan. Siapa yang hebat, yang
kaya, yang bijak, yang pandai mengayat yang akan dapat
memilikinya. Tidak dinafikan itu antara sumber membeli
jiwa, namun bukanlah faktor utama. Cinta satu anugerah,
diberikan pada jiwa-jiwa tertentu kepada orang yang tertentu
sahaja. Kita tidak jatuh cinta pada semua orang!
Satu anugerah! Ya, memang anugerah dari Tuhan.
Lihat sahaja pada dirinya. Pelbagai jenis perempuan yang
datang, hati tidak pernah terpaut. Perasaannya tiba-tiba boleh
berkocak seribu rasa pada Indah, gadis yang entah dari mana,

234
Umie Nadzimah

yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya.


Cinta juga bukan cubaan. Juga bukan paksaan.
Bukan untuk ditukar ganti semudah menyalin pakaian di
badan, dan bukan satu permainan untuk suka-suka dan
mendapat habuan jika menang.
Jika sudah ada rasa cinta, perlu usaha juga, Tajul
Razin. Takkan hendak dibiarkan sahaja cinta dan rasa itu.
Lambat-laun akan mati jika tidak diberi nyawa. Kemudian
perlu dibaja dan dipupuk supaya terus subur. Jangan sampai
tugas itu dipikul oleh orang lain, walaupun dengan darah
daging sendiri. Baru makan hati berulam jantung.

INDAH berbaring di atas katil. Sedapnya badan dapat lepak di


atas tilam empuk pinjam ni. Kurang sedikit lenguh-lenguh
bila kaki dapat dilunjur. Seharian asyik berjalan ke sana dan
ke sini. Dengan memakai kasut tumit tinggi dua inci, dari satu
butik ke satu butik, dari satu shopping mall ke satu shopping
mall bersama Dato’ Safiya buat survey pakaian. Kalau Dato’
Safiya penat, dia duduk saja menunggu di kafe dan mengarah
saja Indah untuk menjelajah kedai sendirian. Dato’ terlalu
ambitious! Pasal kerja, dia amat serius! Sampai tak sedar dia
sudah mendera anak angkat kesayangannya.
Mata yang baru nak terpejam, terus celik bila
terperasankan sesuatu yang lain di atas meja solek. Apa pula
tu? Hadiah dari Tajul Fahin lagi ke? Tak serik-serik lagi ke dia
nak bagi Indah barang yang mahal-mahal. Dua hari lepas,
Indah sudah pulangkan rantai tangan dari Tiffany yang dia
bagi. Biar dia bermasam muka sekali pun. Tak sanggup Indah
hendak terima benda mahal macam tu. Kalau setakat coklat,

235
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Indah terima sebab boleh kasi Hasma dan Safuan makan.


Suka tengok dia orang gembira bila makan coklat tu.
Penatlah fikir fasal perangai Tajul seorang ni. Baik
lagi si Tajul bongsu. Emo-emo dia pun, tidak menyusahkan
orang.
Malas, malas. Indah bangun menapak ke meja solek.
Hari ini bungkusannya stail lain pula. Walaupun besar, tapi
nampak biasa-biasa sahaja, tidak eksklusif macam selalu. Jika
tak, harga kotak pembungkus dan reben sahaja sudah
mencecah puluhan ringgit. Agaknya dia dah tahu hati budi
Indah yang tak obsess pada barang-barang mahal kut! Indah
tersenyum sendiri!
Sebab kotaknya ada kelainan daripada biasa, Indah
lebih teruja untuk membukanya. Dengan cermat dia
tanggalkan kertas pembalut warna biru tenang. Erm... Kotak
kasut. Bukan dari jenama mahal. Berdebar pula rasa nak
tengok kasut yang macam mana. Indah membuka kotak
tersebut. Laaa... bukan isi kasut, sebaliknya ada lagi kotak
yang berbalut. Dia buka lagi. Mula rasa seronok, ada unsur-
unsur suspens, perasaan ingin tahu mula meraja. Selesai
kotak kedua, ada pula kotak ketiga. Rasanya kotak keempat
itu yang akhir sebab ia paling kecil, tak mungkin boleh isi
kotak lagi.
Sebotol Eau De Toilet Silky Girl dengan jenama
WISH. Kelakar! Tapi Indah suka sangat. Rasa macam
membuka kotak rahsia satu demi satu. Dalam kotak kecil itu
terselit satu gulungan kecil kertas berwarna merah jambu.
Indah buka.

WISH ~ YOU TO BE MY SOUL MATE


~ ABANG ZEN

236
Umie Nadzimah

Senyuman Indah sudah sampai ke telinga. Dari


Abang Zen rupanya, bukan Tajul Fahin. Agaknya dia
meletakkannya pada pagi tadi sebab dia keluar lewat daripada
Indah. Pemberian yang biasa-biasa sahaja, tapi penuh misteri.
Hadiah Abang Zen buat rasa letih Indah terbang serta-merta.
Indah suka dengan minyak wangi ni. Dulu-dulu memang jadi
koleksi Indah, maklumlah ia murah sahaja, mampu dibeli
untuk dipakai hari-hari. Tapi sekarang, Indah gunakan
Christine Dior, Elizabeth Arden, sebabnya Dato’ Safiya yang
belikan. Beriringan dengan Dato’, tubuh badan kena wangi
sentiasa. Jika tidak, dia yang tidak selesa, bukan tuan punya
badan. Hehe.... Dato’, taste dia sentiasa tinggi, maklumlah
orang banyak duit.
Sayang Abang Zen... Tahu sahaja apa yang Indah
suka. Tapi ayat Tajul Razin itu buat Indah lebih excited. Apa
maksud dia jadi rakan jiwa? Huh! Rakan sehati sejiwa ke?
Badan yang letih serta-merta dapat tenaga baru. Indah cepat-
cepat ke bilik air. Dia tidak mahu terlepas makan malam
keluarga. Mesti Tajul Razin ada sama. Indah nak sangat
tengok wajah soul mate dia. Tapi kalau dah jumpa nanti,
mesti kaku pula, kan? Nak tunjuk riak muka macam mana
selepas dapat tahu tentang permintaan dia ni? Tak kisahlah
apa-apapun, janji dapat tengok dia.
Alaaa... Tajul Razin tak ada. Frust. Kata Mak Siti,
dia ada telefon tadi beritahu tak makan malam di rumah
sebab ada temu janji dengan pelanggan. Malam ni, kelakuan
Mak Siti semacam aje, asyik tersengih-sengih pada Indah tak
tentu masa. Penyakit Tajul sengih tu sudah berjangkit pada
Mak Siti ke? Bagus juga kalau macam tu, biar penuh dunia
ni dengan orang yang bermuka manis sahaja.
Pagi esoknya, awal lagi Tajul Razin sudah keluar.
Sibuk betul dia sampai tak sempat bersarapan bersama.

237
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Ketika Indah turun, dia sudah tiada. Bermakna satu hari ini
langsung tidak ada peluang melihat wajah kacak memikat
hati si dia, sebab Indah dan Dato’ pun tidak masuk pejabat
pada hari ini. Ada tiga temu janji di luar.
Lewat petang, sampai sahaja di rumah, Indah terus
masuk ke dalam bilik. Di atas katilnya ada sebuah kotak
hadiah, sebesar yang semalam. Hadiah daripada siapa pula ni?
Takkan dari Tajul Zahin pula kut. Tadi semasa terserempak di
tangga, dia tunjuk muka paling sombong di dalam dunia.
Takkan ada hati pula nak bagi hadiah. Impossible!
Tak payah pening-pening kepala. Buka ajelah kotak
tu. Nanti tahulah Tajul mana yang bagi.
Bismillah... Kemudian Indah mula membuka
hadiah tersebut dengan berhati-hati. Sama macam semalam.
Kotak di dalam kotak, sehinggalah kotak yang keempat, baru
nampak barangnya. Dan awal lagi dia sudah tahu dari siapa.
Mesti sama dengan yang semalam.
Abang Zen ni macam budak-budak bagi hadiah! Tak
padan dengan umur yang sudah mencecah 30 tahun! Apa-apa
pun Indah suka hadiah misterinya. Kotak punyalah besar...
isinya... kecil aje. Hehehe...
Hari ini, Indah hanya dapat Roll On Silky Girl yang
harganya cuma RM 7.90 di Watson. Dengan jenama TRUE
LOVE. Nota yang diselitkan di dalam kotak kecil itu cukup
membuat satu malam jantung Indah dup-dap,dup-dap lari
rentak dan temponya.

TRUE LOVE ~ IT’S FOR YOU ~ ABANG ZEN

Seterusnya, hari ketiga. Indah dapat lagi Roll On.

238
Umie Nadzimah

Abang Zen ni, kelakar sangat! Kali ini buat Indah tersipu-sipu
sendiri. BE MINE, dengan rayuan ringkasnya.

BE MINE ~ PLEASE ~ ABANG ZEN

Mestilah boleh, Abang Zen. Kalau ikutkan hati, saat


ini juga Indah nak beritahu yang Indah ni Abang Zen yang
punya. Tapi Indah tiba-tiba teringat pula nasihat ayahnya,
sabar itu sebahagian dari iman, jadi kita sabar sajalah hingga
‘Usai Aku Terima Nikahnya’. Masa tu semua yang ada pada
Indah adalah hak Tajul Razin, ya. Indah? Fikir apa ni?
Jauhnya pergi... Maluuu!
Hari keempat, Indah sudah gelisah berada di
pejabat. Matanya asyik memandang jam sahaja. Sampai si
Hasma merajuk dan marah-marah kerana cakapnya tidak
dilayan. Apa taknya, Indah asyik teringat nak balik aje. Nak
tengok jenama Silky Girl apa yang akan diberi si dia.
Lambatnya tiba petang, dah tak sabar ni.
Sampai sahaja di rumah, dia terus meluru ke bilik.
Hingga tak sempat bersalaman dan mengusik-usik Mak Siti
seperti selalu. Berbaloi jugalah buat Mak Siti begitu, kerana
FOREVER YOURS buat Indah lupa pada orang lain. Hanya
Tajul Razin sahaja di matanya.

FOREVER YOURS ~ MY PLESSURE ~ ABANG


ZEN

Abang Zen, bahagianya Indah jika itu jadi


kenyataan. Abang Zen sudi serahkan diri selama-lamanya
pada Indah. Indah sejuta kali sudi menyerahkan diri juga

239
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

pada Abang Zen tapi selepas dot… dot… dot... lah.


Untuk hari kelima, tiba giliran EDT jenama HOPE.
Hope adalah harapan. Harapan Abang Zen.

HOPE ~ TO SHARE & CARE EVERY THINGS


~ ABANG ZEN

Itu jugalah harapan Indah! Bukan kerana Indah


tiada tempat bergantung lagi, tetapi hati Indah yang
meletakkan sepenuh harapan pada Tajul Razin. Jaga dan
lindungilah Indah, sebab Indah tahu keikhlasan kasih sayang
Tajul Razin.
Hari keenam, terima LOVING YOU.
Hmmm... Loving you. Loving you too Abang Zen!
Nota yang diselitkan pada hari ini.

LOVING YOU ~ WITH ALL MY HEART ~


ABANG ZEN

Entah kenapa, satu malam Indah menangis. Rasa


hiba dan sayu sangat. Teruk betul orang yang sedang dilamun
cinta ni. Macam-macam ada. Senyum, ketawa, menangis...
Patutlah orang sebut angau.
Hari ketujuh, buat Indah tersenyum-senyum
sepanjang malam. Comel Abang Zen... and sweet too. Dia
bagi sebotol SWEET HEART.

SWEET HEART ~ ALWAYS ~ ABANG ZEN

240
Umie Nadzimah

Itu sahaja nota ringkas dia untuk tatapan. Tapi


cukup untuk Indah berangan-angan sampai ke bulan dan
bintang di atas langit sana.
Seterusnya, hari kelapan, juga merupakan hari
terakhir Abang Zen mempromosikan produk Silky Girl pada
remaja berumur 23 tahun. Indah dapat FORGET ME NOT.

FORGET ME NOT!!! ~ ABANG ZEN

Hehehe... Kelakar. Takkanlah Indah boleh lupakan


Abang Zen. Sampai mati pun takkan lupa. Biar Tajul Razin
benci Indah sekali pun, Indah tetap akan ingat dia. Sebabnya
dialah lelaki pertama yang buat Indah rasa bagai orang gila.
Beri Indah berbagai-bagai getaran dan rasa.
Dan pada hari kelapan ini jugalah baru Indah tahu
rupanya Mak Siti bersekongkol dengan Tajul Razin
menjalankan projek luahan rasa Silky Girl selama lapan hari.
Kebetulan Indah balik awal pada hari ini, dan terserempak
dengan Mak Siti yang sedang meletakkan kotak misteri di
atas katil. Tergamam Mak Siti di sisi katil. Tapi kejap
kemudian dia ketawa. Suka! Patutlah sejak beberapa hari ini,
sengih dan pandangan Mak Siti semacam aje. Rupanya ada
misi rahsia.
“Jangan marah Mak Siti. Mak Siti ikut arahan bos
saja.” Mak Siti angkat kedua-dua belah tangannya tanda
surrender sebelum pergi. Sengih dia, jangan ceritalah. Abang
Zen niii... sah-sah Mak Siti dah tau segalanya, jika tidak dia
hanya teka-teka saja.
Sebenarnya selama lapan hari itu jugalah Tajul
Razin mengelak diri dari bertemu dengan Indah. Ada-ada
sahaja alasannya pada Dato’ Safiya supaya tak perlu sarapan

241
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

dan makan bersama. SMS, panggilan telefon, chatting pun


dia tak layan. Pandai dia ya nak bagi Indah feel. Memang
touching pun. Terharu sangat!
Malam FORGET ME NOT itu baru Tajul Razin SMS
Indah. Dia suruh Indah susun pemberiannya bermula dari
hari pertama. Indah pun buat.

1.WISH ~ TRUE LOVE ~ BE MINE ~ FOREVER


YOURS
2. HOPE ~ LOVING YOU ~ SWEET HEART ~
FORGET ME NOT

Membentuk dua ayat yang memberi makna yang


menyentuh hati, kan? Pada hubungan hati dan perasaan di
antara Tajul Razin dan Indah Halina. Indah membalas SMS
Tajul Razin dengan dua ayat tersebut.
Kemudian Tajul Razin membalas...

Tertanya-tanya tak, kenapa lapan?

Ya tak ya juga. Kenapa mesti lapan? Sedangkan


jenama pewangi Silky Girl belum habis lagi. Cherised, bla…
bla… belum dapat lagi.
Indah tak dapat fikir kenapa lapan, lalu dia
mengambil jalan mudah dengan menyoal Abang Zen balik.

Haah ya... kenapa mesti lapan?

Cepat saja Abang Zen membalas.

242
Umie Nadzimah

I LOVE YOU

Hmmm... Ada lapan huruf... I love you too, Abang


Zen.
Otak seni Abang Zen boleh tahan juga, ya. Indah
sungguh terharu.

243
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Bab 20
“J
OGGING?”
Indah pandang
Abang Zen lama. Sejak dua
menjak ni, dia suka sangat buat acara mengejut. Sudah siap
baru nak ajak. Lepas itu dia macam mendesak supaya Indah
cepat-cepat bersiap. Sedangkan sikap Abang Zen sebelum ini
sinonim dengan perancangan yang teliti. Dia bukan jenis
orang yang last minute.
Tapi sekarang ni lain pula sikapnya. Dah tu, kalau
hari cuti, ke mana dia pergi mesti mengajak Indah pergi
bersama. Dia tak izinkan jika Indah tinggal di rumah
tanpanya, kecuali jika Dato’ yang tak benarkan. Bermakna
Dato’ ada kerja untuk dibuat.
“Jomlah... temankan Abang Zen.” Nada suara Abang
Zen lunak. Merayulah tu, bila lihat riak muka Indah sedikit
keberatan.
“Bukan tak nak, Abang Zen... Indah banyak kerja di
rumah. Mak Siti kan tak ada.” Itu yang Indah sedang fikir
sekarang ini. Dia sudah pun menyiapkan sarapan pagi

244
Umie Nadzimah

keluarga di ruang makan.


Semalam, Mak Siti balik kampung di Pekan, Pahang
sebab cucunya tiba-tiba sakit teruk dan dimasukkan ke
hospital. Sebelum dia bertolak, berbakul-bakul pesanan dia
berikan kepada Indah untuk mengambil alih tugas dia
menjaga rumah itu, terutamanya makan dan minum Dato’
Safiya. Amanah dan dedikasi betul dia pada majikan
kesayangannya.
“Don’t worry semua tu, balik nanti abang tolong
Indah, okey. Abang pun kena belajar juga dari sekarang
dengan kerja-kerja rumah ni.” Abang Zen menjeling dan
ketawa nakal. “Dahlah tu, pi naik siap.” Dia mengarah lagi
bila Indah masih tercegat di sisi meja.
“Kejap-kejap. Indah nak sediakan Nescafe untuk
Abang Fahin, tadi dia dah minta.”
“Hesy! Biarlah dia buat sendiri. Takkan itu pun dia
tak tahu buat.” Serta-merta pula Abang Zen bertukar serius
dan naik muncungnya. Fahin sengaja tu, masih tak putus asa
memikat. Geramnya. Apa hal pagi-pagi sudah bangun minta
itu dan ini. Dulu-dulu, selagi matahari tak tegak di atas
kepala, jangan harap dia nak bangun dari katil.
Indah ni pun satu, tak reti-reti nak tolak
permintaan orang. Semua hati nak dijaga. Tajul Zahin yang
selalu perli-perli pun dia nak layan baik-baik. Cemburu Abang
Zen tengok. Ingatkan selepas declare, walaupun hanya
dengan SMS, Indah fokus pada dia saja, tapi macam tu juga
sikap dia. Semua orang penting, jadi di mana istimewanya
dia?
“Dah siap! Kejap ya, Indah tukar baju dulu.” Cepat-
cepat Indah lari naik ke tingkat atas. Sudah dapat membaca
air muka Abang Zen. Cemburu dia sudah datang! Sebelum

245
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

jadi lagi teruk, lebih baik ikut kata dia. Dengan adik sendiri
pun dia berkira.
Hubungan Abang Zen dengan Tajul Fahin nampak
tegang saja akhir-akhir ini. Kadang-kadang Indah merasakan
dialah penyebabnya. Tapi, apa pula salah dia? Rasa-rasanya dia
tidak buat apa-apa yang menjadi punca mereka bertegang
urat. Cuma satu saja alasannya, masing-masingnya cemburu.
Hmmm... Betul ke Abang Zen cemburu kerana
Indah. Hai... tak percaya lagi? Bukankah dia asyik jeling-
jeling dan tarik muka masam bila ada lelaki lain yang cuba-
cuba dekat dengan Indah. Sampai kadang-kadang buat Indah
rasa kurang selesa. Peliknya, perasaan Indah terhadap Abang
Zen semakin hari semakin mendalam.
Di dalam kereta menuju ke Tasik Perdana, Abang
Zen masih lagi bermuka kelat. Fokusnya lebih kepada jalan
raya, walaupun bukan terlalu banyak kereta. Bukan waktu
puncak sekarang ini. Hari Sabtu pukul 7.30 pagi, tentu jalan
raya Kuala Lumpur sedikit lengang daripada hari biasa.
Indah tak sukalah menghadap muka cemberut
Abang Zen macam tu.
Indah memandang Abang Zen. “Indah sayang Abang
Zen seorang saja.” Tiba-tiba muka dia merah pijar. Dia pusing
ke kiri menghadap cermin kereta, menyembunyikan riak
malunya. Pertama kali dia cakap sendiri, jika tak hanya SMS
saja yang jadi orang tengah kalau pasal-pasal perasaan ni.
Pada pagi ni mulut dia terpacul pula ayat sebegitu. Tak malu
betul. Lepas tu nak segan-segan pula. Mengada!
Indah tahu Abang Zen sekejap memandang dia,
lepas tu pandang ke depan, kemudian pandang balik ke
arahnya. Beberapa kali dia buat macam tu. Indah sudah tak
berani mengalih muka ke arah kerusi pemandu lagi. Kalau

246
Umie Nadzimah

boleh nak jadi halimunan saja saat ini. Malu sangat.


Kemudian tangan Abang Zen mencapai tangan
Indah di atas riba. Dipegang erat-erat. Dapat dirasa segala
perasaannya dialirkan ke tubuh Indah. Indah biarkan saja.
Memang dia rasa berdosa membiarkan kulit lelaki bukan
mahram menyentuh kulitnya, tetapi kalau dengan Abang Zen
dia selalu tewas untuk menegakkan yang halal dan haram.
Hesy... payah betul!
“Abang pun sayang Indah. Sayang sangat-sangat...”
Perlahan saja suara Abang Zen di pendengaran Indah. Ada
getaran, eh. Dia pun gugup juga. Maklumlah pertama kali
dalam hidup mengucapkannya di depan orangnya. Abang Zen
dah tak berani memandang Indah lagi. Matanya terus dihala
ke hadapan. Kedua-dua tangannya kejap memegang stereng.
Masa tu Indah memberanikan diri memandang
Abang Zen di sebelah. Mak ai... wajah dia juga kemerahan!
Dia pun malu juga, ya? Hahaha...
Aktiviti riadah sudahnya jadi kekok. Masing-masing
sudah ala-ala segan sesama sendiri. Bagusnya muka Abang
Zen tak lagi masam dan ketat, malah tersenyum sepanjang
masa. Matanya bersinar-sinar bila terpandang Indah. Hati dia
penuh bunga-bunga. Indah pun sama. Dia tahu perasaan
Abang Zen sama dengannya, tetapi kadangkala Abang Zen
tidak dapat mengawal perasaan cemburunya yang berlebihan
tu. Alahai... Cemburu tu tandanya sayang. Abang Zen sayang
Indah sangat-sangat, bukan main-main. True love, be mine,
forever yours…
Dua jam kemudian, mereka sudah berada di rumah
semula. Nasib baik Abang Zen tak lupa janji. Selepas
bersarapan, dia menolong Indah menyiram pokok di laman
rumah, dan membersihkan kawasan porch. Kemudian Indah

247
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

membersihkan dapur, Abang Zen memvakum ruang tamu.


Lepas tu, Abang Zen baik hati lagi menolong Indah memasak
untuk makan tengah hari.
“Wah... hari ni CEO TS Holding turun pangkat jadi
assistant bibik,” tegur Dato’ Safiya yang baru masuk ke ruang
dapur sambil tergelak-gelak. Lucu tengok anak sulungnya
terkial-kial mengupas bawang putih. Cinta punya fasal,
semua sanggup. Kalau tak, maunya dia nak buat semua kerja
perempuan ni. Seluar kecik dia pun Mak Siti yang cuci.
“Kena belajar-belajar juga, kan?” Abang Zen cuba
cover rasa malunya di hadapan mama. Yalah, tiba-tiba sahaja
dia buat kerja dapur, tentu nampak pelik, kan? Tapi tak
mustahil bagi orang yang sedang dilamun cinta ni.
“Haah, betul tu. Nanti taklah isteri buat semua
kerja.” Dato’ Safiya masih lagi dalam mood gelak-gelak.
Kemudian dia berlalu dari situ. Biarlah love bird tu berdua
dekat dapur. Niat dia singgah hanya untuk lihat apa yang
dimasak oleh Indah. Lama si cantik ni tidak memasak, sejak
sibuk melayan kerja-kerja korporatnya.
Sebentar kemudian, masuk pula Tajul Zahin. Dia
mengambil segelas susu dari peti sejuk lalu melangkah pergi.
Selamba saja dia menayangkan muka meluatnya pada Indah
dan abangnya.
Tidak lama selepas itu, terjengul pula Tajul Fahin.
Kali ini bibir dia sudah tidak sengih atau senyum lagi. Dia
tayang rupa bengang dan radang. Pun tak cakap apa-apa, lalu
pergi dengan segelas jus oren berry yang juga diambil dari
peti sejuk.
Aik? Semua macam jadi supervisor saja? Sekadar
menjenguk untuk check Indah dan Abang Zen buat kerja apa.
Rasa kami ni macam bibik Indonesia dan mamat Bangla saja

248
Umie Nadzimah

di dapur. Abang Zen macam tahu-tahu aje apa yang Indah


sedang fikir. Dia memandang Indah dan memberi senyuman.
Manisnya senyuman dia! Satu-satunya lelaki yang boleh
tersenyum di dalam rumah ini pada pagi Sabtu yang boleh
dikatakan indah ini. Hmmm...
Indah memasak sup kepala ikan kegemaran Dato’
Safiya, sambal udang kesukaan Abang Zen. Dan yang lain-lain
tu biasa-biasa sahaja, ikan goreng tepung, sayur, sotong
goreng kunyit dan telur masin. Sempat juga dia menjenguk
ke belakang rumah melihat tanaman Mak Siti mana yang
boleh dirembat. Tersenyum Indah bila ada banyak kacang
botol, ulam kegemaran si buah hati. Sedap cecah dengan
sambal belacan tumbuk pakai lesung batu. Kacang panjang
Mak Siti pun merambu-rambu jatuh dari para. Nampak
sangat betapa lamanya dia tidak menolong Mak Siti di sini.
Timbul pula perasaan bersalah pada Mak Siti.
Semasa makan tengah hari, semua ahli keluarga
ada. Peraturan tegas Dato’ Safiya, jika tidak ada apa-apa
alasan munasabah, semua mesti berada di meja makan pada
waktunya. Inilah masa untuk semua ahli keluarga berkumpul
dan bermesra, justeru mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan
dan kasih sayang. Bagusnya! Kalau Indah dah ada anak nanti
pun dia nak buat rules macam ni. Mulalah berangan tu.
Kemesraan keluarga? Hmmm... Entahlah, tengah
hari ni macam tak wujud langsung kemesraan antara tiga
Tajul ini. Masing-masing bermuka tegang. Kecuali Tajul
Razin sahaja yang nampak manis.
Rasa penatnya memasak, bila orang yang makan
seperti tidak enjoy.
Tetapi, antara tiga Tajul tu, Indah perasan Tajul
Fahin yang menunjukkan sikap amat luar biasa. Dia nampak

249
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

berserabut dan stres tahap tak boleh cerita. Diakan jenis


happy go lucky orangnya, sekali tunjuk rupa macam tu,
nampak sungguh menakutkan. Indah nak pandang muka dia
pun tak berani.

SELEPAS sembahyang zohor, Indah terus bersembunyi


di dalam bilik, untuk merehatkan diri. Kerana keletihan,
dia terus terlelap sehinggalah azan asar berkumandang
dari corong radio yang sedia terpasang. Dia segera bangun
menunaikan kewajipannya. Selepas itu, dia merancang untuk
mengemas rumah semula selepas solat asar. Eh! Kena siapkan
minuman petang terlebih dahulu! Susah juga tak ada Mak
Siti, semua benda pasal rumah ni Indah kena fikir.
Selepas minum petang, Abang Zen memberitahu
dia hendak pergi bermain skuasy dengan Safuan dan akan
pulang ke rumah lambat sikit. Dato’ Safiya ke rumah sepupu
dia di Shah Alam. Tajul Fahin itu juga keluar, maklumlah
malam minggu. Clubbing kut! Yang seorang lagi, Indah
belum kenal betul-betul lagi, tapi nampak macam dia tak
buat benda-benda terlarang. Ke mana mereka berdua tu pergi
Indah sikit pun tak kisah. Senang sikit dia nak jalankan misi
mengemas bilik. Wah! Rasa macam cleaner di hotel lima
bintang pula. Lebih hebat lagi kemas bilik yang di atas awan
tu. Rasa macam kemas bilik VVIP.
Abang Zen dah melarang Indah buat semua tu.
Kalau Mak Siti lambat balik, dia boleh panggil cleaner agent
untuk mengemas. Namun, Indah teringat pesanan Mak Siti,
dia rasa dia kena bertanggungjawab. Alah... bukannya teruk
sangat, diakan keturunan dayang-dayang istana. Kerja kuli

250
Umie Nadzimah

batak ni dah sebati dengan jiwa dia, tak ada hallah.


Tiba-tiba seram pula bila teringat yang dia
keseorangan di dalam rumah tiga tingkat ni. Mulalah
penyakit lama datang balik. Seingat Indah dia dah tak takut
pada makhluk inverted comma ni sejak ditinggalkan di R&R
Tapah dulu. Sudah terpaksa... jadi beranilah!
Ahhh, pedulikanlah! Dia kena mengambil semangat
rajin Mak Siti. Langkah pertama, kemas bilik Dato’ Safiya.
Bukan kotor mana pun. Mak Siti kan terlebih prihatin pada
mem besar kesayangan dia. Mesti dia pastikan bilik Dato’
sentiasa tip-top! Cuma bilik air saja yang Indah kena berikan
lebih perhatian. Takut licin dan membahayakan Dato’. Lepas
ni dia nak bersihkan bilik sendiri. Eh... tak perlulah! Buang
karan saja, bilik sendiri bila-bila masa boleh buat!
Giliran kedua, bilik Tajul Zahin lah, sebab bilik dia
terletak di tingkat dua juga. Bilik yang paling hujung. Indah
tahu bilik itu juga amat besar dan menghadap bukit bukau
yang cantik. Indah memulas tombol pintu. Berkunci.
Hmmm... ada alasan. Nanti dia mengamuk pula kalau Indah
tetap masuk, dah dikunci bermakna dilarang sesiapa ceroboh
masuklah. Amaran secara berhemah! Sendiri faham okey.
Indah terus ke tingkat tiga. Bilik si dia dulu. Ini
baru kali ketiga dia masuk ke sini. Indah tersenyum-senyum
sendiri tengok bilik dia. Katil dia besar, cadar kemas, cantik
dengan warna krim bercampur coklat. Lembut dan tenang
suasananya. Indah tepuk-tepuk bantal yang tersusun. Ada bau
dia. Perasaan semacam mula mengganggu Indah. Rasa gatal
menerpa. Dia baring di atas katil Abang Zen, meletakkan
kepalanya di bantalnya juga. Berangan, entah macam mana
nanti bila berdua dengan Abang Zen di sini? Auw, berdebarnya
rasa!

251
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Sedar diri, Indah cepat-cepat bangun, sambung


membuat tugasannya. Dia memasukkan semua baju-baju
kotor Abang Zen di dalam bakul yang sedia ada untuk dibawa
ke bilik dobi. Mak Siti pesan hanya masukkan di dalam
washing machine dan mesin pengering sahaja. Bab-bab
menggosok nanti Mak Siti akan buat.
Habis semua pakaian bersangkut Indah kaut. Tuala
pun dia gantikan dengan yang baru. Pakaian-pakaian rahsia
Abang Zen pun banyak juga. Tersipu-sipu juga Indah untuk
memegangnya. Namun dia buat juga dengan penuh rasa
kasih. Rasa bangga dapat berbakti pada orang yang disayangi.
Apa-apa sahaja yang berkaitan diri dia, amat berharga bagi
Indah.
Selesai bilik Abang Zen, Indah berhenti sekejap
untuk sembahyang maghrib. Lepas ni dia akan sambung bilik
anak teruna pencinta laut dan ehem... juga pencinta ramai
wanita. Mungkin Indah pun termasuk koleksi perempuan
yang dia minat kut! Hehehe... Teka dan perasan aje.
Di bilik Tajul Fahin, kena kerja keras sikit. Tahap
kebersihannya jatuh di tangga paling bawah sekali. Indah
tidak pernah masuk ke dalam bilik ini. Jadi, dia tidak dapat
menilai sama ada tuannya pengotor atau tidak. Tapi kalau apa
yang dilihat sekarang alamatnya seksalah siapa yang jadi
teman sebiliknya nanti. Entah siapa tu? Yang pasti bukan
Indah. Loving you, sweet heart. Indah hanyalah milik Abang
Zen! Forever, tak ada gantinya!
Tugas pertama di bilik ini, Indah mencuci bilik air.
Kedua dia memvakum karpet dan macam-macam lagi. Owh,
cadar pun dah kena tukar ni, sebab bau dia sudah semacam!
Apa taknya, dia tu kan malamnya kadangkala menjadi best
friend syaitan. Jangan haraplah bekas air jahat tu nak bagi
bau wangi macam bilik Abang Zen!

252
Umie Nadzimah

Terbongkok-bongkok Indah menanggalkan cadar


dari katil saiz raja tu. Tak perlu pakai tudung masa ni sebab
tak ada seorang Tajul pun di rumah. Bebas free hair ke sana
dan ke sini. Rambut hitam berombak diikat tinggi supaya
tidak panas dan selesa membuat kerja. Menyerlahkan leher
putih jinjangnya. Saat ini juga dia memakai baju yang seksi
di bahagian leher dan dada. Nampak habislah bahagian
terlarang bila dia tertunduk-tunduk begitu. Peduli apa, kalau
dia berbikini pun, sah-sah tak ada siapa yang tengok.
Ternyata Indah silap! Terkejut sangat bila ada
hembusan nafas kuat dekat telinganya. Deria bau juga
mengesan bau masam-masam. Tubuhnya dialih dan dipeluk
ganas oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Sudah tentu bukan
kerja Tajul Razin, sebab dia tak pernah cuba peluk Indah
dengan sengaja. Kerja macam ni hanya boleh dilakukan oleh
Tajul Fahin!
Tanpa sebarang persediaan untuk melawan, maka
mudah sahaja tubuh Indah ditarik ke dalam rangkulan Tajul
Fahin. Masa itu Indah sungguh-sunguh panik dan takut. Dia
menggigil. Rasa tak ada terdaya dan sebarang kekuatan untuk
melawan.
“I love you... I love you... I love you…” Tajul Fahin
meracau perlahan. Suara dia sayu sahaja.
Rangkulan sudah agak longgar. Indah sudah
memperolehi sedikit kekuatan. Dia hampir dapat melepaskan
diri, namun tiba-tiba lengannya ditarik kasar, dan sekali lagi
tubuhnya dipeluk erat. Kali ini lebih kejap, hingga buat Indah
susah bernafas.
“I love you sayang...”
“Abang Fahin... please... lepaskan Indah... sakit...”
Indah cuba meraih simpati. Dia tak meronta lagi, sebab tahu

253
Kerana Terpaksa... Aku Relakan

akan dikasari lebih teruk. Biar dia cuba lepaskan diri secara
diplomasi.
“No! I won’t let you go. Never! You are mine!”
“Abang... Indah sakit, please lepaskan dulu, ya.”
Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Indah paada saat ini.
tapi dia masih cuba untuk selamatkan maruah sendiri.
Dengar Indah yang mengadu sakit, Tajul Fahin
melepaskan rangkulannya.
“Sayang sakit, ya? Kesian...”
Peluang itu, Indah segera lari keluar dari bilik. Tapi
belum pun sampai di muka pintu, badannya ditangkap balik
oleh Tajul Fahin.
“Jangan cuba main-main dengan aku...”
Tubuh Indah ditarik kasar dan dihempas ke atas
katil besar itu. Kemudian dia ditindih dengan tubuh
jantannya. Indah meronta-ronta sedaya upaya menggunakan
tenaga yang masih bersisa. Semasa itu juga dia menjerit-jerit
moga ada pertolongan. Walaupun dia tahu mustahil ada
orang lain di rumah waktu ini.
“Aku dah beri peluang pada kau. Aku minta cara
baik, tapi kau sombong! Tolak aku mentah-mentah...”
Indah cuba melepaskan diri lagi.
“Kali ini jangan harap kau dapat lari lagi. Kalau tak
dapat dengan cara baik, aku guna cara kasar. Aku akan ikat
kau seumur hidup!”
Tajul Fahin semakin ganas menindih tubuh Indah.
Sehingga gadis itu tiada tenaga langsung untuk menolak.
Badannya makin kuat menggigil. Saat itu Indah rasa, dia
sudah tidak ada masa depan lagi. Semuanya akan musnah
dalam sekelip mata. Dia sudah hilang ayah. Dia juga akan

254
Umie Nadzimah

kehilangan Abang Zen. Sekejap lagi juga dia akan kehilangan


maruah seorang gadis yang cuba dipertahankannya selama 23
tahun ini. Dan dia akan menjadi perempuan yang tidak punya
apa-apa.
Entah macam mana, tiba-tiba Indah memperolehi
kekuatan untuk menyelamatkan diri. Dia menjerit sekuat-
kuat hatinya. Sekali sahaja. Itu sahaja yang terdaya dia buat
untuk kali terakhir. Untuk melawan secara fizikal, dia sudah
tidak mampu lagi. Baru dia tahu, rupanya tali pinggang
hitam yang dibangga-banggakan itu tidak bernilai langsung
ketika dia memerlukan.
Selepas satu jeritan, Indah rasa dia sudah tak sedar
apa yang berlaku selepas itu.

255
DAPATKAN NOVEL
KERANA TERPAKSA...
AKU RELAKAN
DI SELURUH MALAYSIA,
BRUNEI & SINGAPORE

• MPH •
• POPULAR •
• KINOKUNIYA •
• MUDA OSMAN •
• KEDAI-KEDAI BUKU •
ATAU DAPATKAN SECARA
ONLINE DI
www.karyaseni.my

Anda mungkin juga menyukai