Anda di halaman 1dari 105

Sebuah Janji

Sebuah
Janji

Nur Siti Zahara Binti Abu Bakar


1
Sebuah Janji

BAB 1

“N
ANI...Nani... ayah pulang ni nak”... ayah yang
baru sahaja pulang dari laut memanggil-manggil
Nani yang sedari tadi tidak kelihatan.
Selalunya pantang sahaja mendengar derauan
enjin perahu, Nani pasti sudah tercegak di hujung titian
untuk menyambut kepulangan ayahnya. Dia jugalah
yang paling bersemangat untuk mengetahui hasil
tangkapan ayahnya setiap hari dan sudah menjadi
kebiasaanya buat Nani untuk membantu ayahnya
menjual hasil tangkapan itu dari rumah ke rumah jiran
mereka. Berbeza pula dengan hari ini.
Pak Matumar kehairanan, “tadi pagi elok saja si
Nani ni,” petang sebegini jarang sekali Nani tidur
melainkan sakit atau terlalu penat.” Getus Pak Matumar
lagi.

2
Sebuah Janji
Pak Matumar naik dari titian untuk mendapatkan
Mak Kasih lalu bertanya ke manakah Nani menghilang
petang sebegini sedangkan setahunya hari ini
merupakan hari ahad. Tidak mungkin Nani pergi
menghadiri kelas tambahan pula.
Mak Kasih yang sedari tadi mendiamkan diri
hanya menjuihkan bibirnya tepat menuju ke bilik Nani.
Katanya, sedari tadi Nani mendiamkan diri di dalam
bilik. Makan juga hanya sedikit.
Fahamlah Pak Matumar bahawa Nani
sebenarnya ada di biliknya tetapi enggan keluar.
“Pasti ada sesuatu yang berlaku” fikir Pak
Matumar.
Bukan menjadi suatu kebiasaan bagi Nani untuk
menyendiri di dalam biliknya melainkan apabila dia
sedang menghadapi masalah. Pak Matumar kenal
benar dengan perangai anaknya seorang ini.
Berbeza daripada lima orang adik beradiknya
yang lain. Nani lebih bersikap perahsia apabila
berhadapan dengan masalah.
Baginya, dia hanya akan membuatkan hati
kedua-dua orang tuanya risau jika masalah itu
diceritakan.

3
Sebuah Janji
Nani merupakan sulung dalam adik beradiknya.
Dia mempunyai dua orang adik lelaki dan selebihnya
adik perempuan yang masih kecil. Di rumah, Nanilah
yang rajin membantu kedua-dua orang tuanya. Dialah
juga tonggak harapan bagi ibu dan ayahnya.
Dalam keadaan yang masih penat, Pak Matumar
berjalan longlai menuju ke bilik Nani. Nani yang sedari
tadi mendengar namanya dipanggil segera bangkit dari
katil usangnya sejurus sahaja mendengar derapan kaki
ayahnya di rumah mereka yang berlantaikan papan.
Dia segera mengesat air matanya yang sedari
tadi bercucuran.
Sejurus sahaja Pak Matumar sampai, Nani cuba
untuk berlagak tenang. Namun, sehebat manapun Nani
menyembunyikan rawan hatinya, ayahnya tetap dapat
menangkap riak wajah Nani yang sedikit muram.
Ayahnya sudah dapat mengagak bahawa pasti
ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya itu.
Malangnya, Pak Matumar masih gagal mencari jawapan
sebenar. Jika ditanyakan kepada tuan empunya badan,
pasti akan membuahkan jawapan yang mengecewakan.
Nani cuba memberikan seukir senyuman kepada
ayahnya.

4
Sebuah Janji
Dia cuba memberikan alasan dengan
mengatakan bahawa dia tadi sedang sibuk membaca
buku. Dia tahu yang ayahnya pasti sedang penat
setelah seharian berjemur di laut.
Pak Matumar hanya membalas dengan
anggukan lemah. Hampa kerana tidak tahu apa yang
sebenarnya berlaku.
“Aku tidak boleh menceritakan semua ini kepada
ayah,” getus Nani di dalam hati. “
Aku sudah besar dan mampu untuk mencari duit
sendiri.”
Nani perlahan-lahan menyembunyikan surat
tawaran kemasukan ke asrama penuh ambilan pelajar
tingkatan empat yang baru tadi pagi diperolehnya
daripada Cikgu Nazar.
Nani risau sekiranya dia memberitahu ayahnya,
pasti Pak Matumar pusing kepala memikirkan di mana
untuk mencari duit biaya belajarnya kelak.
Duit mahu masuk asrama itu bukanlah sedikit.
Mahu membayar yuran asrama dan yuran makan
sahaja sudah memerlukan duit yang banyak. Jika ingin
memohon biasiswa, pasti memerlukan sedikit masa.

5
Sebuah Janji
Nani faham benar keadaan keluarganya yang
hanya bergantung kepada mata pencarian ayahnya di
laut.
Sedangkan untuk menggunakan keperluan asas
seperti air dan elektrik sahaja mereka terpaksa berjimat-
jimat. Belum lagi perbelanjaan dapur dan keperluan
adik- beradiknya yang lain.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Nani belajar
bersuluhkan lampu minyak tanah pada sebelah malam.
Namun, itu bukanlah satu alasan untuknya tidak
berjaya.
Sebagai bukti, dia telah berjaya mendapat
keputusan cemerlang pada PMR tahun lalu. Itu baginya
merupakan antara hadiah terbaik yang buat kedua ibu
bapanya.
Tepat jam 11 malam, Nani dan adik-beradiknya
yang lain sudah lena tidur di ruang tamu dengan hanya
beralaskan tilam nipis.
Pak Matumar mengambil kesempatan ini untuk
masuk ke bilik Nani. Dia cuba mencari apa yang cuba
disembunyikan oleh anak perempuannya itu.
Akhirnya, mata Pak Matumar tertancap pada
sekeping surat yang tersisip kemas di birai katil.

6
Sebuah Janji
Pak Matumar dengan pantas mencapai surat
tersebut lalu duduk menghadap lampu minyak tanah di
bilik Nani.
Dalam kesamaran cahaya lampu minyak tanah,
Pak Matumar membaca perlahan-lahan isi kandungan
surat tersebut. Hanya satu perasaan yang hadir iaitu
gembira sejurus sahaja memahami isi kandungannya.
Pak Matumar mula mengerti apa yang sedang difikirkan
oleh Nani.
“Pasti Nani risau dirinya akan menyusahkanku,”
kata Pak Matumar.
Pak Matumar menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia kenal benar perangai anaknya yang seorang ini.
Baginya, Nani merupakan seorang anak yang
bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga.
Kepentingannya sanggup diketepikan demi memenuhi
keperluan adik-beradiknya yang lain.
Oleh sebab itu jugalah Nani menyembunyikan
surat itu daripada keluarganya.
“Nani, maafkan ayah kerana sepatutnya surat
tawaran ini membuat kau gembira, nak,” kata Pak
Matumar di dalam hati.

7
Sebuah Janji
Baginya, Nani berhak mendapatkan pelajaran
yang lebih baik demi menjamin masa depannya kelak.
Pak Matumar bertanya kepada diri sendiri sama
ada dia mampu atau tidak untuk memberikan
kemudahan pelajaran seperti yang diidamkan oleh Nani.
“Tiada ibu bapa yang tidak mahu melihat
anaknya berjaya,” kata-kata itu terus bermain dalam
fikiran Pak Matumar.
Pak Matumar beredar dari bilik Nani dan
menceritakan perihal tersebut kepada Mak Kasih yang
juga masih belum tidur ketika itu. Mak Kasih dapat
meneka pasti suaminya berasa sangat bersalah kepada
Nani. Mak Kasih cuba untuk mengurangkan sedikit
kegusaran yang dihadapi oleh suaminya.
“Abang, kita sama-samalah usahakan mencari
wang perbelanjaan untuk menghantar Nani sambung
belajar. Nanti, saya boleh tolong abang dengan menjual
ikan kering,” kata Mak Kasih.
“Mungkin, ini sahaja peluang Nani untuk belajar
dengan lebih tekun lagi demi mencapai cita-citanya
untuk menjadi seorang doktor.”

8
Sebuah Janji
“Pasti inilah yang menjadi kerisauan Nani
sehingga dia enggan memberitahu kita tentang perkara
yang sepatutnya telah lama diimpikannya.”
“Sudah tentu dia tidak mahu kita risau
memikirkannya.” Tambah Mak Kasih.
“Baiklah, kelak kita sama-sama mencari wang
itu.” Pak Matumar cuba untuk memejamkan mata
namun fikirannya masih ligat mencari jalan.
Dia ingin benar melihat cita-cita anaknya itu
tercapai. Apa lagi Nani merupakan seorang anak yang
taat dan sentiasa menyenangkan hati kedua orang
tua.Terbayang-bayang wajah Nani pada petang tadi
yang cuba mengukir senyuman kepadanya.
“Pasti anakku Nani cuba untuk merahsiakan
perasaannya”, kata Pak Matumar.
Keesokkan harinya, Pak Matumar turun ke laut
lebih awal daripada biasa. Dia berharap akan
memperoleh rezeki lebih.
Masih terngiang-ngiang kata orang tua-tua
dahulu, apabila mencari rezeki seawal subuh, pasti ada
rezeki istimewa yang menanti. Pak Matumar senyum
sendiri.

9
Sebuah Janji
Seperti biasa, Nani akan menyediakan bekalan
untuk ayahnya sebelum dia pergi ke sekolah. Dia sedikit
pelik kerana ayahnya turun ke laut sedikit awal pada
hari ini. Namun, dia tidak mengesyaki bahawa ayahnya
telah mengetahui apa yang cuba dirahsiakannya sejak
petang semalam.
Itulah hebatnya keluarga Pak Matumar,
walaupun sentiasa dihimpit kesusahan, namun masing-
masing cuba menyembunyikannya agar dapat menjaga
hati antara satu sama lain.
Jarang sekali terdengar keluhan melainkan diadu
kepada yang maha Pencipta. Selebihnya, mereka akan
saling berusaha dan tidak berputus asa.
Mak Kasih yang juga telah bangun awal segera
menyiapkan nasi sambal untuk dijual oleh Nani sebelum
pergi ke sekolah. Begitulah rutin Nani setiap hari.
Sedang remaja lain menikmati zaman remaja
dengan limpahan harta, dirinya pula penuh dengan
pengalaman mencari duit sendiri untuk belanja sehari-
hari. Bukan disuruh apa lagi dipaksa, namun ini
merupakan kehendak dirinya sendiri.

10
Sebuah Janji
Nanilah yang meminta ibunya meyediakan nasi
sambal untuk dijual sejak dia di bangku sekolah rendah
lagi.
Pernah dirinya mendapat jolokan sebagai “Si
Nasi Sambal” dan “Si Ikan Kembong” di sekolahnya.
Namun, Nani tidak kisah dengan jolokan itu. Baginya dia
mencari rezeki yang halal. Tidak salah dia cuba untuk
meringankan beban ibu bapanya.
“Aku juga bertanggungjawab terhadap hidupku
kerana tidak selamanya aku terus bergantung harap
kepada ibu bapaku,” kata Nani di dalam hati tatkala
dirinya seakan-akan hilang semangat.
Memang pada mulanya sukar, namun lama-
kelamaan ia menjadi rutin harian yang cukup
menyeronokkan baginya.
Dia diejek bukan kerana apa melainkan ada
pelajar yang berasa cemburu terhadap dirinya.
Manakan tidak, dia merupakan salah seorang pelajar
harapan di sekolah walaupun dia serba kekurangan dari
segi harta benda.
Tidak kurang ada yang berasa kagum dengan
kegigihan Nani dalam menuntut ilmu dan sentiasa dapat

11
Sebuah Janji
mempertahankan pencapaian cemerlangnya walaupun
dalam keadaan serba kekurangan.
Bukan cuma itu, guru-guru di sekolahnya juga
sangat sayang kepada Nani kerana menurut mereka
Nani seorang murid yang menurut kata.
Bukan mudah untuk seorang pelajar yang
paginya menjual nasi sambal manakala pada sebelah
petang pula membantu ayah menjual hasil tangkapan
laut ke rumah-rumah.
Walaupun dalam keadaan sebegitu, belum
pernah lagi Nani tidak menghadirkan diri dalam
sebarang aktiviti di sekolahnya.
Pernah beberapa orang pelajar bertanyakan
kepada Nani bagaimana dia boleh membahagikan
masanya untuk belajar dan pada masa yang sama
bekerja membantu keluarga.
“Apa yang penting ialah setiap perbuatan mesti
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya
meminta pertolongan dari Ilahi,” jawab Nani ringkas.
Hasil jualan nasi sambal pada hari ini amat
memuaskan seperti kebiasaannya. Nani melangkah ke
sekolah dengan perasaan tenang.

12
Sebuah Janji
Walaupun masih ada sedikit perasaan sedih
kerana kemungkinan besar dia tidak dapat memasuki
sekolah berasrama penuh seperti yang tertera pada
surat tawaran tersebut, tetapi dia tetap mahu
meneruskan pembelajarannya seperti biasa.
Baginya, di mana pun dia boleh berjaya asalkan
dia rajin dan tidak cepat berputus asa.

13
Sebuah Janji

BAB 2

S EAWAL masa pertama lagi, secara rambang Cikgu


Nazar yang sentiasa berpakaian kemas sudah
mula sibuk bertanyakan mengenai surat tawaran yang
telah diberikannya kepada murid-murid yang terpilih.
Cikgu Nazar cuma ingin mengingatkan bahawa tarikh
pendaftaran tidak sampai dua minggu lagi.
Inilah perkara yang dibimbangkan oleh Nani.
Apa jawapan yang harus dia berikan sekiranya Cikgu
Nazar bertanya soalan itu kepadanya secara individu.
Mampukah dia berlagak bersahaja sedangkan di
hatinya hanya Tuhan saja yang mengerti.
Kalau ikutkan hati, sepantas kilat dia ingin
mengatakan “ya, ya cikgu saya sudah bersedia untuk
mendaftarkan diri”.

14
Sebuah Janji
Namun kata-kata itu seolah-olah tersekat di
kerongkong tanpa mampu diluahkan. Ada murid yang
bersorak gembira kerana sudah tidak sabar lagi untuk
merasai kehidupan di asrama.
Nani termenung jauh memikirkan bagaimana dia
hendak menerima tawaran itu sekiranya masalah
kewangan terus menghimpit.
Namun, jauh sekali untuk menyalahkan kedua
ibu bapanya, Nani sedar semua ini adalah ketentuan
Ilahi. Dirinya diduga dengan sebegini rupa. Nani
tersenyum hambar.
Tanpa disedari, bahu Nani ditepuk lembut oleh
Kiara. Sudah lama Kiara memerhatikan Nani yang
seolah-olah tidak gembira menerima tawaran tersebut.
Kiara merupakan kawan rapat Nani yang juga
turut ditawarkan tawaran yang sama sepertinya.
Apa yang membezakan mereka ialah Kiara
mempunyai kehidupan yang lebih selesa kerana
ayahnya bekerja sebagai seorang penjawat awam.
Sekurang-kurangnya, bapa Kiara masih mempunyai
pendapatan tetap setiap bulan.

15
Sebuah Janji
“Apa yang engkau fikirkan Nani, sedari tadi aku
perhatikan engkau asyik bermenung saja,” sapa Kiara
lembut.

Dia seolah-olah dapat meneka masalah yang


sedang dihadapi oleh kawan rapatnya itu. Nani seorang
pelajar yang bijak, tidak mungkinlah Nani tidak mahu
menerima tawaran tersebut tanpa sebarang sebab yang
munasabah.
Nani yang sedari tadi termenung pantas
menoleh ke arah Kiara lalu menghadiahkannya sebuah
senyuman, namun tawar.
“Eh Nani, kalau engkau ada masalah, kau
ceritalah dengan aku, mana tahu aku boleh bantu,”
tambah Kiara lagi.
Nani sekadar mengangguk. Dia ternyata belum
bersedia untuk menceritakan masalahnya kepada
kawan rapatnya itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara lantang
Cikgu Nazar mengajar di hadapan. Nani menarik nafas
lega. Dia juga sudah boleh bernafas dengan tenang
kerana isu mengenai surat tawaran itu sudah lepas.
Walau bagaimanapun, fikiran Nani masih lagi
menerawang. Dia terbayangkan ayahnya yang sedang

16
Sebuah Janji
berjemur di laut untuk mencari rezeki buat mereka
sekeluarga sedangkan dia duduk di dalam kelas yang
dilengkapi dengan serba-serbi kemudahan. Rasa sayu
dan bersalah mula terbit.
“Aku mesti mencari jalan untuk mendapatkan
wang lebih tanpa meminta daripada ayah,” kata Nani.
Rupa-rupanya perlakuan Nani juga turut
diperhatikan oleh Cikgu Nazar.
Sejurus sahaja masa tamat, Cikgu Nazar
memberi pesanan kepada Nani untuk pergi ke biliknya
sewaktu rehat.
Nani kembali gusar. Adakah soalan yang
ditakutinya itu akan ditanyakan lagi oleh Cikgu Nazar.
Banyak persoalan yang bermain di minda Nani.
Pintu bilik Cikgu Nazar diketuk lembut. Cikgu
Nazar sengaja tidak mengunci pintu biliknya kerana dia
tahu Nani pasti akan datang seperti yang telah
diarahkan.
Cikgu Nazar sebenarnya cuba untuk bermain
psikologi dengan Nani memandangkan dia merupakan
guru kaunseling di sekolah itu.
Melihatkan keadaan Nani, dia pasti bahawa Nani
ada menyimpan sesuatu.

17
Sebuah Janji
“Kenapa cikgu memanggil saya datang ke mari,”
kata Nani dengan suara sedikit bergetar.
“Silakan duduk Nani,” pelawa Cikgu Nazar.
Cikgu Nazar memilih untuk bersikap bersahaja di
depan Nani supaya Nani tidak berasa terancam
mahupun tertekan. Itu langkah pertama bagi
membolehkannya menyelami perasaan yang dirasai
oleh Nani tika itu.
“Di kelas tadi, saya perhatikan kamu asyik
termenung sahaja, kamu ada masalah?” tanya Cikgu
Nazar lembut.
Nani ketika itu hanya tunduk dan tidak berani
bertentang mata dengan Cikgu Nazar.
“Ermm...sebenarnya cikgu..”
Nani tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia
berbelah bahagi sama ada ingin menceritakan
masalahnya atau tidak.
Cikgu Nazar sangat tahu akan latar belakang
keluarga Nani yang susah. Baginya, Nani seorang
pelajar yang kuat, dia begitu yakin bahawa Nani mampu
menghadapi masalah-masalah lain melainkan masalah
itu berpunca daripada masalah kewangan.

18
Sebuah Janji
Akhirnya Cikgu Nazar memberanikan diri untuk
membuat kenyataan.
“Nani, kamu pasti mempunyai masalah
kewangan untuk menerima tawaran memasuki asrama
penuh kan,” jelas Cikgu Nazar yakin.

Nani sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan


oleh Cikgu Nazar. Nani hanya mengangguk lemah.
Benarlah jangkaan Cikgu Nazar.
“Cikgu, sebenarnya saya takut untuk
memberitahu ayah dan ibu saya mengenai surat
tawaran itu. Jika saya memberitahu mereka, pasti
mereka akan pening memikirkan cara untuk
memperoleh wang,” jelas Nani satu persatu.
“Kamu seorang anak yang baik Nani. Namun
kamu tidak harus menyembunyikan berita gembira ini
daripada mereka,” nasihat Cikgu Nazar.
Cikgu Nazar turut menasihati bahawa tidak
seharusnya Nani bersikap perahsia kepada keluarga
kerana hanya pada keluargalah tempat kita saling
bantu-membantu dan saling memerlukan baik dikala
susah mahupun senang. Cikgu Nazar menasihati Nani
supaya berterus terang kepada keluarganya.

19
Sebuah Janji
Selaku seorang guru yang prihatin, dia perlu
menasihati Nani dan sentiasa memberikan semangat
kepadanya untuk sentiasa melakukan perkara yang
betul.
Nani mengucapkan terima kasih kepada Cikgu
Nazar kerana menyedarkan kesilapan yang
dilakukannya.
Dia berasa dirinya begitu mementingkan diri
sendiri kerana tidak berkongsi berita gembira itu kepada
kedua orang tuanya.
Nani kembali bersemangat. Usai waktu rehat,
Nani kembali semula ke kelas dengan sedikit perasaan
lega. Sekurang-kurangnya Cikgu Nazar sudah
mengetahui dan memahami akan keadaannya.
Cuma satu yang menjadi persoalannya,
mampukan dia berterus terang kepada kedua-dua orang
tuanya atau tidak. Dia pasti lambat laun sudah tentu ibu
dan ayahnya tahu juga tentang perkara ini.
Akhirnya dia nekad untuk berterus terang sahaja.
Baginya kini, apa yang akan berlaku pasti mampu
diharungi.
Mendengar sahaja bunyi loceng, Nani bergegas-
gegas ingin pulang.

20
Sebuah Janji
Kiara berasa pelik dengan perangai Nani pada
hari ini. Kiara yang kebiasaannya pulang bersama Nani
terkejar-kejar mendapatkan Nani yang terlebih dahulu
berjalan di hadapan.
“Pagi-pagi tadi bermurung saja, kini terlebih
semangat pula Nani ni,” kata Kiara sendiri.
Dia segera melaung nama Nani supaya dia tidak
terus ketinggalan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi hampir semua
pelajar di Sekolah Menengah Sk. Weston ini berjalan
kaki untuk pergi dan pulang dari sekolah
memandangkan jarak sekolah dengan rumah yang
tidaklah begitu jauh. Hanya pelajar yang tinggal di
kampung-kampung sebelah sahaja yang akan menaiki
bas sekolah.
Kampung Weston hanya mengambil masa lebih
kurang 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan
Beaufort iaitu tempat di mana segala urusan rasmi
dilakukan oleh penduduk kampung Weston ini. Hendak
pergi ke Kota Kinabalu pula mengambil masa lebih
kurang dua jam perjalanan.
“Nani! Nani!” Jerit Kiara lagi.

21
Sebuah Janji
Setelah berjaya mendapatkan Nani, Kiara cuba
untuk bertanya apakah yang sedang berlaku. Nani
sekadar tersenyum dan mengatakan bahawa ada
perkara penting yang perlu dia lakukan.
Cikgu Nazar yang sedari tadi memerhatikan
perlakuan dua orang sahabat baik itu hanya
menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macam gelagat
pelajar yang telah ditemuinya sepanjang 25 tahun
menjadi seorang guru.

22
Sebuah Janji

BAB 3

M ATAHARI terik membuatkan keringat


Matumar semakin laju becucuran. Sedari fajar
menyingsing sehingga matahari berada tepat di atas
Pak

kepala, Pak Matumar tidak berhenti-henti melabuhkan


pukatnya.
Hari ini Pak Matumar lebih fokus menangkap
udang kerana musim udang telah tiba. Musim udang
boleh diketahui dengan melihatkan warna air yang
sedikit jernih dan adanya dauh buah pidada (Sonneratia
caseolaris) yang banyak terapung di atas permukaan
air.
Begitulah petanda yang dipercayai oleh rata-rata
nelayan di kampung Weston untuk menandakan musim
udang telah tiba.

23
Sebuah Janji
Buah pidada merupakan sejenis buah yang
berbentuk seperti bola, ujungnya bertangkai dan
bahagian bawahnya terbentuk seakan-akan kelopak
bunga. Mempunyai ukuran buah berdiameter 6-8
sentimeter. Pidada tumbuh di kawasan yang kurang
masin seperti di hutan mangrove, pada tanah lumpur
yang dalam, seringkali terdapat sepanjang sungai kecil
dengan air yang mengalir perlahan dan terpengaruh
oleh pasang surut air.
Bagi nelayan yang berpengalaman, setiap
kejadian alam terutamanya laut mempunyai petanda-
petanda yang tersendiri. Pengalaman seperti ini lebih
memudahkan mereka menjangka rezeki apa yang
menanti mereka apabila turun ke laut.
Mudahlah mereka menyediakan jenis pukat
untuk di bawa ke laut. Pukat ikan tidak sama dengan
pukat udang. Pukat udang selalunya akan diwarnakan
dengan dye yang berwarna merah-merah pudar untuk
menarik perhatian udang.
Usai melabuhkan pukat, Pak Matumar duduk di
buritan perahu sambil mengeluarkan bekalan yang
dibuat oleh Nani untuknya.

Mangrove : pokok tropika yang tumbuh di dalam paya dan menurunkan


akarnya dari dahan (bakau).
24
Sebuah Janji
Sambil makan, ingatan Pak Matumar kembali
menerawang pada surat tawaran yang dijumpainya di
bilik Nani.
“Harap-harap hasil tangkapan udangku pada hari
ini lebih banyak, bolehlah aku menyimpan duit sedikit
untuk perbelanjaan Nani masuk asrama kelak,” harap
Pak Matumar sambil menadahkan tangan ke dada
langit.
Setelah menunggu beberapa jam, pukat yang
dilabuhnya ditarik perlahan-lahan. Pak Matumar berasa
gembira kerana pukat yang ditariknya terasa berat. Itu
menandakan bahawa pukatnya berisi udang.
Tangan Pak Matumar semakin lama semakin
galak menarik pukat. Penat dan lelahnya sedari pagi di
laut seakan-akan hilang dek kerana kegembiraan
melihat udang-udang yang berjaya dipukat.
Bolehlah dia pulang dengan gembira pada hari
ini dengan hasil tangkapan yang memuaskan. Sudah
pasti keluarganya juga akan turut gembira. Malam ini
bolehlah mereka makan udang rebus bersama-sama.
Petang semakin merangkak senja, Nani dan
adiknya Jinal telah sedia menunggu Pak Matumar di
hujung titian rumah mereka.

25
Sebuah Janji
Melihat sahaja bayangan perahu Pak Matumar,
mereka berasa gembira dan kegusaran mereka terus
menghilang. Manakan tidak, selalunya Pak Matumar
jarang sekali balik selepas Asar, namun hari ini berbeza
pula.
Pak Matumar yang menyedari bahawa
kepulangannya ditunggu oleh kedua-dua orang anaknya
segera melambai-lambaikan tangan.
“Kenapa ayah pulang agak lambat hari ini,
perahu ayah ada masalahkah semasa berada di laut ?”
soal Jinal kepada ayahnya.
Belum sempat Nani menyoal perkara yang
sama, adiknya itu terlebih dahulu menzahirkannya.
“Bukan begitu, hari ni hasil tangkapan ayah
begitu memuaskan, sayang pula hendak baik awal
sedangkan rezeki masih ada, “ jelas Pak Matumar
kepada kedua-dua anaknya.
Nani dan Jinal serentak mengangguk tanda
mengerti. Seperti biasa Jinal akan turun ke perahu
untuk membantu apa yang patut. Nani pula segera
mendapatkan bekas bekalan ayahnya untuk segera
dibersihkan.

26
Sebuah Janji
Nani kemudian memanggil jiran-jiran yang
berdekatan untuk memberitahu bahawa ayahnya telah
sampai. Mak Kasih pula segera membawa bakul plastik
dan penimbang menuju ke hujung titian.
Tidak lama kemudian, beberapa orang jiran
mereka pergi untuk mendapatkan Pak Matumar yang
sedang sibuk memunggah hasil tangkapan.
Berebut-rebut mereka memilih udang yang
hendak dibeli. Ada udang kecil, sederhana dan juga
udang besar. Semuanya dijual dengan harga yang
berbeza.
Di kampung Weston inilah tempat selalunya
orang akan membeli udang-udang yang segar.
Harganya juga jauh lebih murah berbanding di tempat-
tempat lain.
Oleh kerana itu jugalah terdapat ramai isteri-
isteri nelayan di kampung Weston yang menjadi
pengusaha keropok udang.
Melihat gelagat jiran-jiran yang berebut membeli
udang, hati Pak Matumar menjadi sangat gembira. Rasa
penatnya hilang serta merta.
Seorang daripada jiran mereka berkata, “Wah,
lumayan juga hasil tangkapanmu hari ini Matumar!”

27
Sebuah Janji
Pak Matumar menjawab, “Iya Kassim, syukur
rezeki hari ini baik sedikit.”
Pak Matumar tersenyum puas. Dia berdoa
moga-moga Allah terus melimpahkan rezeki yang halal
buat mereka sekeluarga.
Mak Kasih dan Nani pula tidak menang tangan
melayan kerenah jiran-jiran mereka itu.
Perlahan-lahan keringat yang mengalir di dahi
dan leher Pak Matumar disapu dengan menggunakan
hujung bajunya. Dengan baju yang basah dan kotor
akibat terkena pukat, Pak Matumar masih boleh
tersenyum. Belum lagi dengan bau udang yang melekat
pada bajunya.
Luruh hati Nani melihat ayahnya sebegitu rupa.
Di saat ayah orang lain pulang dengan membimbit
briefcase, ayahnya pula sebaliknya.
Setiap kali dia melihat keadaan ayahnya
sebegitulah semangatnya untuk berjaya kian membara.
Dia sering bertekad untuk mengubah nasib
keluarganya.
Selesai urusan jual beli bersama jiran, baki hasil
tangkapan dijual kepada peniaga.

28
Sebuah Janji
Nani tidak lupa menyediakan kopi panas untuk
Pak Matumar untuk memulihkan tenaga yang hilang
sepanjang hari ini. Begitu prihatin Nani terhadap
ayahnya. Itu semua berkat didikan Mak Kasih
kepadanya.
Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah,
Nani dan Mak Kasih segera menyediakan makan
malam. Seperti yang dihajati oleh Pak Matumar, malam
ini mereka sekeluarga makan udang rebus dengan ulam
timun sambal belacan.
Selesai makan malam, sambil menunggu
masuknya waktu Isyak, Nani melihat ayah dan ibunya
duduk di beranda rumah menghadap laut.
Adik-adiknya yang lain pula sibuk menyiapkan
kerja rumah dan ada juga yang terbaring kekenyangan.
Nani berkata di dalam hati, “mungkin inilah masa
yang sesuai untuk aku berterus terang kepada ayah dan
ibu.”
Nani perlahan-lahan mendekati ayah dan ibunya
yang sedang khusyuk menikmati angin malam di
beranda rumah.

29
Sebuah Janji
Nani mengambil tempat menghadap ibu dan
ayahnya lalu bersuara, “Ibu...ayah...sebenarnya ada
sesuatu yang Nani ingin beritahu.”
Serentak ibu dan ayahnya saling berpandangan
seakan-akan dapat mengagak apa yang hendak
diberitahu oleh Nani.
“Ada apa nak,” lembut Pak Matumar bersuara
diiringi dengan anggukan Mak Kasih tanda memberi
persetujuan untuk mendengar.
“Sebenarnya....erm..”
Nani teragak-agak untuk memberitahu
sedangkan sejak dari pulang sekolah tadi dia begitu
yakin sekali.
“Ibu, ayah... Nani telah mendapat tawaran untuk
memasuki asrama penuh untuk tingkatan empat di
Sekolah Berasrama Penuh Labuan,” sambung Nani.
Mak Kasih serta-merta memegang erat tangan
Nani lalu berkata, “nak, sebenarnya ayah dan ibu sudah
mengetahuinya sejak awal lagi, ayahmu ada menjumpai
surat tawaran itu di bilikmu.”
“Maafkan Nani kerana lambat untuk berterus
terang kepada ayah dan ibu, pasti ayah dan ibu risau
mengenai tawaran itu kan” jelas Nani lagi.

30
Sebuah Janji
Giliran Pak Matumar pula berkata, “Nani, ayah
dan ibu sangat berbangga kerana Nani berjaya
mendapat tawaran itu nak, jauh sekali risau. Janganlah
engkau terlalu memikirkan masalah kewangan keluarga
kita. Ayah dan ibu ada sedikit wang simpanan. Kelak,
boleh kau buat belanja apabila masuk sekolah
berasrama nanti.”
Nani tersenyum mendengar penjelasan daripada
ayahnya. Hatinya benar-benar berasa lega sekarang.
Kerana perasaan gembira yang tidak terbendung,
dia memeluk erat kedua-dua orang tuanya lalu
mengalirkan air mata.
“Ayah..ibu...Nani berjanji tidak akan
mempersiakan segala pengorbanan ibu dan ayah
sepanjang membesarkan Nani.”
“Nani berjanji akan mencapai cita-cita Nani
untuk menjadi seorang doktor”, Nani berkata dengan
penuh semangat.
“Demi sebuah janji, Nani akan berusaha
bersungguh-sungguh, doakan Nani berjaya ya
ayah..ibu..” sambungnya.
Pak Matumar dan Mak Kasih membalas pelukan
Nani.

31
Sebuah Janji
Mereka berasa syahdu mendengar janji yang
bersungguh-sungguh dilafazkan oleh Nani. Mereka
berdoa di dalam hati moga-moga Allah perkenankan
hasrat anak mereka itu.
Soal wang, Pak Matumar dan Mak Kasih akan
berusaha untuk mendapatkannya secepat mungkin. Jika
terpaksa, mereka sanggup menggunakan wang
simpanan mereka berdua walaupun wang tersebut
tidaklah sebanyak mana.

32
Sebuah Janji

BAB 4

T INGGAL tiga hari sahaja lagi Nani dan rakan-


rakannya yang lain akan mendaftarkan diri sebagai
pelajar asrama penuh. Cikgu Nazar memberi peringatan
tentang keperluan yang perlu disediakan oleh pelajar-
pelajar yang terlibat. Pada sebelah petang selepas
waktu persekolahan, Cikgu Nazar telah bermurah hati
untuk membawa pelajar yang terlibat pergi ke Pekan
Beaufort untuk membeli keperluan terakhir sebelum
memasuki asrama penuh. Kiara telah mengajak Nani
untuk pergi sekali namun Nani menolak. Cikgu Nazar
yang faham akan situasi Nani tidak memaksanya untuk
pergi bersama mereka. Jauh di sudut hatinya terselit
rasa simpati.

33
Sebuah Janji
Setibanya di pekan, Kiara dan pelajar yang lain
sibuk membeli keperluan seperti baldi, selipar tandas,
peralatan mandi, sedikit makanan ringan dan tidak
ketinggalan ada yang turut membeli set pakaian sekolah
baharu. Mereka sangat gembira dan teruja sekali.
Sedang Cikgu Nazar memerhati gelagat para
pelajarnya yang lain, Ingatannya terbawa kepada Nani.
“Apakah yang sedang dilakukan oleh Nani
sekarang?” soal Cikgu Nazar di dalam hati.
Dengan perasaan serba salah, akhirnya Cikgu
Nazar membuat keputusan untuk cuba meringankan
beban Nani.
Cikgu Nazar telah membeli keperluan-keperluan
yang sama seperti para pelajarnya yang lain. Pelajarnya
yang lain berasa kehairanan dengan Cikgu Nazar.
“Eh.. Cikgu Nazar pun mahu masuk asrama
macam kamikah?” soal Fendi yang juga merupakan
pelajar yang akan mendaftarkan diri di sekolah
berasrama penuh Labuan.
Cikgu Nazar hanya tergelak kecil mendengarkan
soalan yang diajukan oleh pelajarnya itu. Dia tidak terus
menjawab untuk menjaga hati semua pelajar yang di
bawanya ke pekan itu.

34
Sebuah Janji
Dia tidak mahu pelajarnya yang lain
menganggapnya tidak berlaku adil jika mereka
mengetahui bahawa dia membelikan barangan
keperluan tersebut untuk Nani sahaja.
Bagi Cikgu Nazar, biarlah pemberian yang
berupa pertolongan ini diketahui oleh dia, Nani dan juga
Maha Pencipta sahaja.
Dia melakukannya juga atas dasar rasa
tanggungjawab terhadap pelajarnya. Meskipun Nani
tidak menagih sebarang simpati, namun jauh di sudut
hatinya sudah pasti dia berasa sedih.
Setelah selesai, Cikgu Nazar mengajak para
pelajarnya untuk pulang kerana hari sudah semakin
gelap. Jika berlama-lama, ditakuti ibu bapa pelajarnya
menjadi risau pula.
Tepat azan Maghrib, Cikgu Nazar dan para
pelajarnya selamat sampai dan masing-masing pulang
ke rumah dengan perasaan gembira.
Cikgu Nazar sempat berpesan supaya
pelajarnya tidak lupa untuk menunaikan solat Maghrib
meskipun dalam keadaan penat.

35
Sebuah Janji
Masing-masing mengangguk dengan penuh
semangat dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu
Nazar.
Usai membersihkan diri dan menunaikan solat
Maghrib, Nani yang ditemani ibunya kelihatan sibuk
mengemas barang-barang untuk dibawa ke asrama
kelak. Nani melipat dua set baju sekolah lamanya
masuk ke dalam beg. Mak Kasih segera bertanyakan
kepada Nani adakah semua keperluannya mencukupi
ataupun tidak.
Nani yang memahami kegusaran ibunya
menjawab tenang, “usahlah ibu khuatir, segala
keperluan Nani sudah mencukupi. Yang paling pening
niat Nani ke sana untuk belajar, segala kekurangan
Nani akan Nani jadikan sebagai kekuatan untuk
berjaya.”
Begitu telus jawapan yang terluah daripada
mulut Nani sehinggakan Mak Kasih berasa begitu
terharu. Ternyata anak perempuannya itu lebih matang
daripada usianya yang sebenar.
“Nanti, bila ibu ada duit lebih, ibu akan belikan
Nani keperluan yang lain ya nak,” luah Mak Kasih lalu
memeluk Nani.

36
Sebuah Janji
Sesunguhnya, dia berasa bersyukur kerana
mempunyai anak yang memahami seperti Nani.
Memandangkan itulah pengalaman pertama bagi
Pak Matumar dan Mak kasih untuk menghantar anak ke
asrama, mereka tidak tahu keperluan sebenar yang
diperlukan oleh Nani.
Pak Matumar yang berada di bilik pula sibuk
mengira-gira duit yang ada. Melihat kepada surat
tawaran, bayaran yang diperlukan adalah sebanyak
lebih kurang RM 450 ringgit sebagai wang pendaftaran.
RM 220 untuk yuran makan dan selebihnya untuk yuran
asrama dan juga yuran sukan, pakaian dan termasuklah
yuran PIBG. Itu tidak termasuk wang saku untuk Nani
dan perbelanjaan untuk menghantarnya ke Labuan.
Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah sebegitu
hanya dipandang sebelah mata, namun bagi Pak
Matumar dan keluarganya, ia merupakan jumlah yang
sangat besar.
Wang yang ada ditangan kini hanya RM 400.
Selebihnya merupakan tabungan untuk waktu-waktu
kecemasan. Pak Matumar menjadi semakin cemas.
Tinggal dua hari sahaja peluangnya untuk
mencari wang sebelum Nani memasuki asrama.

37
Sebuah Janji
Mahu tidak mahu, dia mesti mencari ikhtiar dan
berusaha untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih
banyak.
“Assalammualaikum Pak Matumar...”kedengaran
suara memberi salam dari luar rumah.
Pak Matumar bergegas ke luar untuk melihat
siapakah yang berkunjung ke rumahnya malam
sebegini.
Alangkah terkejutnya Pak Matumar kerana
mendapati Cikgu Nazar iaitu guru kelas Nani yang
datang. Tambah mengejutkan lagi Cikgu Nazar turun
membawa baldi serta barangan lain seperti lagak orang
hendak berpindah rumah.
Cikgu Nazar yang ketika itu mengenakan baju
melayu dan berkain pelikat segera meminta keizinan
Pak Matumar untuk masuk ke rumah. Pak Matumar
yang masih kebinggungan segera menjemput Cikgu
Nazar masuk sambil berjabat tangan.
Pak Matumar mempersilakan Cikgu Nazar duduk
di atas lantai memandangkan perabot yang ada di
rumahnya telah usang. Cikgu Nazar cukup memahami
keadaan itu hanya mengukir senyuman.

38
Sebuah Janji
Pak Matumar segera memanggil Nani dan Mak
Kasih. Nani sedikit terkejut dengan kunjungan Cikgu
Nazar ke rumahnya. Dia bergegas masuk ke dapur
untuk menyediakan hidangan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Nani untuk
menyediakan hidangan sementara ibu dan ayahnya
melayan tetamu yang datang.
Tanpa melengahkan masa, Cikgu Nazar segera
menceritakan tujuan sebenarnya berkunjung ke rumah
Pak Matumar pada malam sebegini. Kemudian, Cikgu
Nazar menyerahkan barangan yang dibawanya tadi
kepada Nani.
Barulah Pak Matumar faham bahawa barangan
tersebut sebenarnya pemberian Cikgu Nazar kepada
Nani untuk keperluannya apabila memasuki asrama
nanti. Cikgu Nazar memberitahu Pak Matumar bahawa
Nani sudah dianggapnya seperti anak sendiri.
Pak Matumar dan Mak Kasih merasa sangat
terhutang budi kepada Cikgu Nazar. Nani pula sangat
terharu dan gembira dengan pemberian Cikgu Nazar itu.
Nani sekali lagi berjanji untuk belajar bersungguh-
sungguh.

39
Sebuah Janji
Di dalam hati Pak Matumar terus menerus
berdoa supaya Cikgu Nazar segera dikurniakan zuriat.
Pak Matumar begitu simpati kepada Cikgu Nazar yang
masih belum dikurniakan anak walaupun setelah
setelah sekian lama berkahwin.
Oleh kerana itulah Nani dan para pelajarnya
yang lain dilayan dengan penuh kasih sayang dan
dianggap seperti anak sendiri.
Tidak lama kemudian, Cikgu Nazar meminta izin
untuk pulang memandangkan isterinya sedang
menunggu untuk makan malam bersama.

40
Sebuah Janji

BAB 5

S EAWAL jam 5 pagi lagi, Pak Matumar telah sibuk


memeriksa keadaan enjin dan juga kuantiti minyak
yang ada di dalam gelen perahunya. Baginya, hari ini
merupakan hari istimewa buat anaknya Nani. Dia tidak
mahu sebarang masalah terjadi sepanjang perjalanan
mereka menuju ke Labuan pada pagi ini. Pak Matumar
membuat keputusan untuk menghantar Nani dengan
menggunakan perahu bagi menjimatkan perbelanjaan.
Perjalanan dari Kampung Weston menuju ke
Labuan mengambil masa kira-kira dua jam setengah.
Pak Matumar memohon kepada Tuhan moga-
moga perjalanan mereka pada hari ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang.

41
Sebuah Janji
Sementara itu, Mak Kasih sedang sibuk
menyiapkan bekalan untuk dibawa oleh Pak Matumar
dan Nani. Mak Kasih tidak ikut menghantar Nani ke
asrama memandangkan tiada siapa yang akan menjaga
adik-adik Nani di rumah.
Pada pagi itu, perasaan Nani tidak menentu. Dia
berasa sangat teruja untuk menjalani kehidupan baharu
sebagai seorang pelajar asrama penuh dan pada masa
yang sama berasa hiba untuk meninggalkan
keluarganya.
Dia merenung ibunya yang sedang sibuk di
dapur. Air matanya tiba-tiba mengalir. Pasti dia akan
merindui ibunya kelak.
Tiba-tiba, adiknya Jinal memaut tangan Nani dan
berkata, “akak usahlah risau, nanti Jinal akan jaga ibu,
ayah dan adik-adik yang lain.”
Nani terus memeluk erat adiknya yang baru
sahaja berumur 13 tahun itu dengan penuh kasih
sayang.
Dia cuba mengumpul segala kekuatan untuk
meneruskan perjuangan ini demi sebuah janji untuk
berjaya. Nani sempat menasihati adiknya supaya

42
Sebuah Janji
menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa.
Jinal mengangguk lembut.
Tepat pada jam 7 pagi, Nani dan Pak Matumar
pun berangkat. Mak Kasih mengiringi pemergian suami
dan anaknya dengan senyuman berserta doa. Allah
sahaja yang tahu perasaan Nani ketika itu. Terasa berat
untuk meninggalkan ibu dan adik-beradiknya yang lain.
Cuaca pada hari ini amat baik, walaupun ombak-
ombak kecil menghempas perahu Pak Matumar, Nani
tidak merasa takut kerana sebagai seorang anak
nelayan, ombak dan lautan ibarat peneman setia.
Di tengah-tengah perjalanan menuju ke Labuan,
Pak Matumar sempat melabuhkan rawai. Nani turut
membantu memotong ikan-ikan kecil sebagai umpan.
Nani sudah biasa membantu ayanhnya
memandangkan ini bukan kali pertama baginya turun ke
laut. Pak Matumar tersenyum melihat Nani berbaju
kurung sekolah sambil memasang umpan.
“Nak... hati-hati, nanti terkena pula baju kurung
kamu tu,” kata Pak Matumar kepada Nani.
“Tidak mengapalah ayah, selepas Nani masuk
asrama nanti, sudah tentu Nani tiada kesempatan untuk
membantu ayah sebegini,” kata Nani pula.

43
Sebuah Janji
Pak Matumar berharap pada sebelah petang
nanti selepas Nani dihantar ke asrama, rawai yang
dilabuhnya berisi ikan.
Betapa gigihnya Pak Matumar mencari rezeki.
Begitulah hebatnya seorang ayah mencari rezeki untuk
keluarganya tanpa mengira waktu dan tenaga.
Tepat pukul 10 pagi, Pak Matumar dan Nani
selamat sampai ke Labuan. Untuk sampai ke sekolah
berasrama penuh itu, mereka perlu menaiki sama ada
bas ataupun teksi.
“Ayah, lebih baik kita menaiki bas sahaja kerana
sudah tentu tambangnya lebih murah,” cadang Nani
yang sangat memahami akan keadaan kewangan
mereka sekeluarga.
Pak Matumar bersetuju dengan cadangan Nani.
Mereka terus menuju ke terminal bas yang berdekatan
dengan Labuan Supermarket. Mereka kemudian
menaiki bas nombor 4 untuk sampai terus ke sekolah
itu.
Sudah menjadi kebiasaan apabila berada di
Labuan, bas dibahagikan mengikut nombor yang
mewakili suatu kawasan untuk memudahkan para
penumpang menuju ke destinasi yang dikehendaki.

44
Sebuah Janji
Akhirnya, setelah 10 minit dalam perjalanan,
sampai juga Nani dan Pak Matumar di sekolah
berasrama penuh Labuan atau lebih dikenali sebagai
Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL).
Kelihatan ramai yang sedang memenuhi dewan
utama untuk mendaftarkan diri.
Nani merasakan satu perasaan yang luar biasa.
Dia seakan-akan sedang bermimpi. Dia tidak percaya
bahawa hasratnya untuk memasuki sekolah asrama kini
benar-benar menjadi kenyataan.
“Nani!”, kedengaran sayup-sayup suara Kiara
memanggil namanya.
Nani cuba mengesan suara Kiara. Rupa-rupanya
Kiara sudah berada di dalam dewan pendaftaran itu.
Kiara terlebih dahulu sampai berbanding Nani.
Kiara memberitahu Nani bahawa dia telah
menyelesaikan segala urusan pendaftaran dan akan
menunggu Nani di asrama nanti sebelum menghadiri
taklimat pelajar baharu pada pukul dua petang.
Nani mengangguk tanda mengerti. Tanpa
membuang masa, Nani mengajak Pak Matumar untuk
masuk ke dalam dewan pendaftaran itu. Pak Matumar
mengikut langkah Nani dari belakang.

45
Sebuah Janji
Jelas terlihat kegembiraan Nani ketika itu. Pak
Matumar turut berkongsi kegembiraan itu walaupun di
dalam hatinya risau kerana dia tidak membawa wang
yang mencukupi untuk bayaran wang pendaftaran Nani.
Semasa di meja pendaftaran, Pak Matumar
terketar-ketar mengeluarkan wang sebanyak RM 300.
Cikgu yang bertugas ketika itu ialah Cikgu Latifah.
Cikgu Latifah seakan memahami masalah yang
dihadapi oleh Pak Matumar. Melihatkan keadaan itu,
Nani dengan pantas memberikan penjelasan kepada
Cikgu Latifah.
“Maafkan saya cikgu, ayah saya sebenarnya
tidak membawa wang yang mencukupi pada hari ini,
bolehkan wang pendaftaran saya dibayar separuh
terlebih dahulu?” jelas Nani lembut kepada Cikgu
Latifah.
Cikgu Latifah tersenyum. Baginya ini bukan kali
pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini.
“Tenang encik, sekiranya encik tidak mampu
membayar keseluruhan wang pendaftaran ini, encik
boleh membayar separuh daripadanya terlebih dahulu,”
jelas Cikgu Latifah.
Pak Matumar menarik nafas lega.

46
Sebuah Janji
Cikgu Latifah kemudiannya meminta izin kepada
Pak Matumar untuk memeriksa butiran peribadi Nani.
Bersertakan surat pengesahan daripada ketua
kampung, Cikgu Latifah dapat melihat dengan jelas taraf
pekerjaan Pak Matumar.
Selepas meneliti butiran peribadi dan slip
keputusan peperiksaan PMR Nani, Cikgu Latifah segera
memberikan borang permohonan biasiswa kecil
persekutuan (BKP) kepada Nani untuk diisi.
“Cikgu mahu kamu isi borang ini secepat
mungkin, kemudian hantar semula kepada cikgu, jika
tiada sebarang masalah cikgu akan cuba membantu
kamu,” jelas Cikgu Latifah.
Pak Matumar yang sedari tadi memerhatikan
tingkah laku Cikgu Latifah begitu kagum dengan
pengurusan dan pentadbiran di sekolah itu.
Patutlah sekolah ini mampu pergi jauh, guru-
gurunya terdiri daripada guru yang proaktif dalam
menjalankan tugas.
Pak Matumar membuat rumusan awal terhadap
sekolah Nani yang baharu itu. Dalam hatinya berdoa
moga-moga Nani berjaya mendapatkan biasiswa itu.

47
Sebuah Janji
Selesai mendaftar dan menghantar barang ke
asrama, Nani mengajak Pak Matumar untuk makan
tengah hari bersama-sama.
Dia tahu ayahnya pasti lapar dan penat. Mereka
bersama-sama menjamah bekal yang disediakan oleh
Mak Kasih pada pagi tadi.
Sedang masing-masing asyik menikmati juadah
tengah hari mereka, tiba-tiba Nani membuka mulut.
“Ayah, Nani ada membawa sedikit wang
simpanan yang Nani kumpul sepanjang membantu ibu
menjual nasi sambal, jadi ayah tidak perlulah
memberikan Nani wang saku lagi, ayah gunalah wang
tersebut untuk kegunaan lain.”
Pak Matumar benar-benar terkejut dengan apa
yang baru sahaja didengarnya daripada mulut Nani.
Sungguh, Nani merupakan seorang anak yang solehah
di matanya.
“Nak, maafkanlah ayah kerana tidak mampu
memberikan segala yang engkau mahukan,” giliran Pak
Matumar berkata-kata.
“Tidak mengapalah ayah”.
“Bukan wang ringgit yang Nani mahukan, cukup
dengan doa dan redha ayah dan ibu untuk

48
Sebuah Janji
membolehkan Nani berjaya dunia akhirat,” jawab Nani
penuh semangat.
Nani berjanji pada Pak Matumar bahawa suatu
hari nanti dia pasti akan berjaya bergelar seorang doktor
dan seorang anak yang ayahnya boleh banggakan. Dia
juga berjanji untuk memberikan kesenangan hidup
kepada keluarganya kelak.
Selesai solat Zohor, Pak Matumar pun pulang.
Dia berpesan kepada Nani untuk sentiasa menjaga
maruah keluarga serta belajar bersungguh-sungguh.
Nani menghantar ayahnya sehingga di pintu
pagar sekolah baharunya itu. Dia tidak henti-henti
melambaikan tangan sehinggalah kelibat ayahnya
menghilang di dalam perut bas yang dipenuhi oleh
penumpang.
Nani akhirnya mengalirkan air mata. Belum
sampai beberapa minit berpisah, dia sudah mulai rindui
ayahnya.
Ini merupakan pengalaman pertama baginya
berpisah daripada keluarga. Mujur sahabat baiknya
Kiara bersekolah di tempat yang sama.
Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya seolah-
olah mengerti apa yang dirasakan oleh Nani ketika ini.

49
Sebuah Janji
Nani mula berasa risau perihal ayahnya. Bagaimana
ayahnya hendak pulang jika hujan berterusan sehingga
petang. Pasti lautan semakin berombak.
Nani memanjatkan doa kepada Tuhan moga-
moga tiada perkara buruk yang akan terjadi.
Sejurus sahaja tiba di jeti, Pak Matumar terus
turun ke perahu dan segera mendapatkan baju hujan
yang tersimpan di bahagian bawah perahunya.
Dia turut memeriksa keadaan perahunya, dia
bimbang kalau-kalau perahunya dipenuhi air. Mujur
perahunya masih dalam keadaan yang baik.
Pak Matumar berteduh seketika di jeti tersebut
sambil menunggu hujan reda. Mujurlah hujan tersebut
tidak berpanjangan dan Pak Matumar boleh
meneruskan perjalanan untuk pulang.

50
Sebuah Janji

BAB 6

T IDUR malam Nani terganggu apabila bunyi jeritan


seorang pelajar perempuan dari bilik sebelah jelas
kedengaran tepat pada jam satu pagi. Kedengaran
ramai pelajar perempuan telah berkerumun di bilik
sebelah untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.
Rupa-rupanya salah seorang pelajar baharu telah
terkena histeria. Nani bangkit dari katil lalu bergegas
membangunkan Kiara yang sedari tadi tidak sedarkan
diri. Kiara yang masih dalam keadaan mamai tidak
memahami apa yang telah berlaku. Sejurus sahaja
mengetahui ada pelajar yang terkena histeria, Kiara
menjadi seram sejuk.

51
Sebuah Janji
Ini merupakan pengalaman pertama bagi Nani
dan Kiara berhadapan dengan situasi sebegini.
Pengawas asrama dengan pantas membuat
pengumuman supaya semua pelajar masuk ke bilik
masing-masing.
Tidak lama kemudian, warden bersama-sama
ustaz telah datang untuk mengubati pelajar perempuan
tersebut.
Syukur Alhamdulillah, keadaan menjadi pulih
seperti biasa selepas setengah jam berlalu.
Nani tertanya-tanya mengapakah pelajar
perempuan itu boleh terkena histeria. Ketua bilik
kemudiannya memberitahu bahawa selaku penghuni
asrama, semua pelajar perlulah sentiasa menjaga adab,
memelihara solat serta sentiasa menjaga kebersihan
diri. Barulah Nani faham mungkin pelajar tersebut telah
melanggar salah satu daripadanya.
Ternyata kehidupan di asrama sangat jauh
berbeza daripada kehidupan sekolah harian biasa.
Selain kekuatan fizikal, kekuatan rohani juga perlu
dimantapkan supaya pelajar berjaya mengharungi
dugaan-dugaan yang sebegini rupa.

52
Sebuah Janji
Pada malam tersebut, Nani dan Kiara telah
membuat keputusan untuk tidur sekatil memandangkan
perasaan takut yang masih bersisa.
“Nani, esok sudah pasti cerita mengenai pelajar
perempuan histeria menjadi bualan hangat kan,” kata
Kiara yang berada bersebelahan Nani.
“Sudahlah, jangan difikirkan lagi tentang perkara
tu, yang penting fokus utama kita datang ke mari untuk
belajar, bukannya untuk menjadi penyampai berita,”
jeling Nani bersahaja.
“Baiklah, mari kita tidur, jika asyik berbual
sudahnya esok pasti kita tertidur di dalam kelas,” ujar
Kiara lagi sambil ketawa kecil.
“Tahu pun kau Kiara, dahlah jadual esok sangat
padat,” balas Nani ringkas lalu berpura-pura menutup
mata sebagai tanda mengakhiri perbualan mereka.
Tidak lama kemudian suasana menjadi sunyi
semula dan Kiara telah kembali ke alam mimpinya.
Berbeza pula dengan Nani.
Entah mengapa pada malam ini, perasaan
rindunya terhadap keluarga di kampung datang
bertandang.

53
Sebuah Janji
„Ah, walau apapun yang terjadi, aku mesti
kuatkan semangat untuk terus belajar bersungguh-
sungguh!‟ kata Nani di dalam hati.
Setelah hampir sebulan bersekolah di SMSL,
banyak pengalaman baharu yang dirasai oleh Nani
termasuklah peristiwa histeria semalam.
Pada hari ini, keputusan pelajar yang berjaya
mendapat BKP akan diumumkan. Hati Nani berdebar-
debar. Dia sangat berharap dirinya tersenarai sebagai
salah seorang penerima biasiswa tersebut.
Jika dia berjaya mendapatkan biasiswa itu, dia
berhasrat untuk membeli beberapa buah buku rujukan
Biologi.
Dia juga bercadang untuk memperluaskan
bacaannya terhadap bidang perubatan. Bersesuaian
dengan cita-citanya yang ingin menjadi doktor, semakin
hari rasa cintanya terhadap mata pelajaran Biologi
semakin mendalam.
Loceng berbunyi menandakan tibanya waktu
rehat. Ramai pelajar sedang berpusu-pusu menuju ke
kantin sekolah. Bebeza pula dengan Nani, dia
bergegas-gegas menuju ke perpustakaan.
“Nani, engkau tak nak pergi ke kantin?”

54
Sebuah Janji
“Setiap kali waktu rehat, pasti kau akan
menghilangkan diri,” tanya Kiara kehairanan.
“Tidaklah, kan pagi tadi aku sudah sarapan di
dewan makan, nanti tengah hari aku makanlah lagi,”
jelas Nani sambil ketawa kecil.
Kiara hanya menggelengkan kepala. Kadang
kala dia berasa kasihan melihat Nani. Sering kali
jugalah terbuka hatinya untuk membelikan Nani roti
sebagai alas perut. Namun, Nani pula sering
memarahinya kerana sering berbuat demikian.
Kiara berdoa semoga hari ini ada berita gembira
buat Nani berkenaan dengan permohonan biasiswa
tersebut.
Pada hari ini, Nani perlu memulangkan buku
yang telah dipinjamnya. Begitulah perangai Nani,
pantang sahaja ada masa yang terluang, pasti akan
digunakannya untuk belajar.
Nani sudah boleh menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Dia mempunyai cara tersendiri
untuk menangani masalah kewangan yang dihadapinya.
Untuk mengelak daripada berbelanja di kantin,
Nani akan memanfaatkan masanya di perpustakaan.
Lama-kelamaan rutin harian ini telah membuatkan Nani

55
Sebuah Janji
berasa seronok. Dia telah menganggap buku sebagai
teman sejatinya.
Selepas sahaja tamat waktu persekolahan, Kiara
mengajak Nani untuk singgah sebentar ke suatu tempat.
“Nani, jom kita singgah ke bilik guru,” kata Kiara
selamba.
“Eh, kau nak buat apa, engkau ada masalahkah
Kiara?” soal Nani yang benar-benar lupa.
“Nani, Nani...mesti engkau terlalu banyak
membaca di perpustakaan tadi sehingga lupa untuk
membuat semakan permohonan biasiswa itukan,” getus
Kiara.
Nani menepuk dahinya sendiri. Ternyata dia
benar-benar lupa sedangkan sejak pagi tadi itulah yang
dinanti-nantikannya.
Sememangnya Kiara sangat mengenali perangai
Nani yang kadang-kala seperti kebudak-budakan
apabila dalam keadaan sebegini.
Nani segera menarik tangan Kiara dan bergegas
menuju papan kenyataan yang terletak di hadapan bilik
guru. Kiara hanya mengikuti langkah Nani sambil
tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

56
Sebuah Janji
Sepanjang perjalanan menuju ke bilik guru, Nani
tidak putus-putus berdoa kepada Tuhan semoga
permohonan biasiswanya berjaya.
Tidak sampai dua minit Nani meneliti senarai
pelajar yang berjaya dalam permohonan biasiswa
tersebut, Nani tiba-tiba menjerit. Kiara yang masih
terkebil-kebil melihat senarai nama tersebut terkejut
mendengar jeritan Nani.
“Kiara! nama aku tersenarai sebagai salah
seorang penerima BKP,” Nani pantas memeluk Kiara
yang masih lagi dalam keadaan terkejut.
Nani sangat bersyukur lalu memanjatkan rasa
kesyukuran kepada Tuhan. Kiara membalas pelukan
Nani dan mengucapkan tahniah kepadanya.
“Pasti ayah dan ibu aku gembira apabila
mengetahui berita ini,” beritahu Nani kepada Kiara.
“Nanti kalau kau ada masa, kau telefonlah
mereka dan sampaikanlah berita gembira ini,” Kiara
memberi saranan kepada sahabatnya. Dia tahu betapa
berertinya biasiswa itu buat Nani.
Memandangkan mereka sudah berada di
hadapan bilik guru, Nani mengambil keputusan untuk
berjumpa dengan Cikgu Latifah.

57
Sebuah Janji
Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu Latifah kerana memberikan peluang kepadanya
untuk mengisi borang permohonan biasisiwa sewaktu
hari pendaftaran tempoh hari.
Sepanjang perjalanan balik ke asrama pula, Nani
asyik tersenyum.
“Eh Kiara, minggu hadapan jadual untuk kita
balik bermalam kan,” Nani cuba untuk mendapatkan
kepastian.
“Iya,” jawab Kiara ringkas.
Nani bercadang untuk balik bermalam pada
minggu hadapan untuk memberitahu berita gembira ini
kepada keluarganya.
Tidak sabar rasanya untuk memberitahu berita
gembira ini secara bersemuka dengan ibu dan ayahnya.
“Tidak perlulah ayah risau lagi tentang
perbelanjaanku di sini,” kata Nani di dalam hati.
Nani bercadang untuk merahsiakan berita
kepulangannya daripada Pak Matumar dan Mak Kasih.
Setelah hari yang dinanti tiba, Nani dan Kiara
telah selamat sampai di kampung halaman mereka lebih
kurang pada pukul 4 petang.

58
Sebuah Janji
Masing-masing bergegas pulang ke rumah
setelah bas yang mereka naiki dari Menumbuk berhenti
di perhentian bas kampung.
Sedang Pak Matumar membaiki pukat di
beranda rumah, dia terkejut dengan kehadiran Nani di
hadapan mata. Sudah sebulan lebih mereka tidak
berjumpa.
Pak Matumar memanggil-manggil Mak Kasih
dengan perasaan gembira. Jinal yang ketika itu sedang
membersihkan perahu ayahnya bergegas-gegas naik ke
titian sejurus mendengar suara kakaknya memberi
salam. Berita gembira yang disampaikan oleh Nani
disambut dengan rasa kesyukuran oleh keluarganya.

59
Sebuah Janji

BAB 7

S EMAKIN hari, semakin ramai yang menyukai Nani


kerana sikapnya yang peramah, suka membantu
serta sentiasa menghormati orang lain. Nani juga turut
disayangi oleh guru-gurunya kerana dia merupakan
seorang pelajar yang rajin dan pandai.
Sepanjang beberapa bulan belakangan ini,
keputusan ujian Nani juga sangat memberangsangkan.
Ramai guru yang menzahirkan rasa kagum terhadap
pencapaian Nani.
Bukan sahaja dari aspek akademik, Nani juga
menyerlah dari aspek kepemimpinan. Pada minggu
lepas, Nani telah dilantik menjadi pengawas sekolah.
Nani juga berjaya meletakkan dirinya sebagai
setiausaha bagi Kelab Sains di sekolah itu.
60
Sebuah Janji
Dia begitu disenangi kerana begitu komited
terhadap setiap tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Ramai yang menjadikan Nani sebagai
contoh kerana keazamannya yang tinggi untuk berjaya.
Malangnya, rambut sama hitam tetapi hati lain-
lain.Terdapat juga pelajar yang tidak begitu menyenangi
pencapaian cemerlang Nani di sekolah itu. Ada yang
berasa iri hati dan tergugat dengan apa yang telah
dikecapi oleh Nani.
Sejak adanya Nani di sekolah itu, Katrina yang
dahulunya terkenal sebagai pelajar kesayangan di
sekolah itu semakin kurang mendapat perhatian.
Dalam diam, Katrina telah menyimpan perasaan
dendam terhadap Nani.
Apabila melihat Nani, Katrina menjadi semakin
marah dan tidak puas hati. Di hadapan Nani, Kartina
cuba untuk berlagak baik. Dia sentiasa menanti masa
yang sesuai untuk mengenakan Nani.
Nani yang tidak mengetahui agenda sebenar
Katrina terus melayan Katrina seperti rakan-rakan yang
lain.

61
Sebuah Janji
Nani langsung tidak menyimpan tanggapan
negatif terhadap Katrina walaupun ada rakan-rakan
yang menasihatinya supaya berhati-hati dengan Katrina.
Dua minggu lagi peperiksaan pertengahan tahun
akan berlangsung. Semua pelajar masing-masing sibuk
mempersiapkan diri.
Bermulalah budaya stay up di asrama lelaki dan
juga perempuan.
Semua pelajar memanfaatkan masa yang masih
berbaki dengan sebaik mungkin. Ada dalam kalangan
pelajar yang selesa belajar dalam bentuk berkumpulan
dan ada juga yang menjadi penunggu setia
perpustakaan termasuklah Nani dan Kiara.
Ini merupakan peperiksaan pertama bagi Nani di
sekolah itu. Nani berazam untuk mencapai keputusan
yang cemerlang bagi membuktikan kepada ibu dan
ayahnya bahawa dia mampu bersaing dengan pelajar
yang lain.
Sedang semua orang sibuk mempersiapkan diri,
Katrina telah mengatur rancangan jahatnya. Dia sudah
tidak sabar untuk menantikan saat itu tiba.
“Habislah engkau kali ini Nani!”

62
Sebuah Janji
“Selepas ini semua orang akan memandang
serong kepadamu dan kembali memujaku sebagai
pelajar yang paling pandai di sekolah ini,” panjang lebar
Katrina berkata sendiri.
Sejak belakangan ini, Nani sering menerima
ugutan daripada Katrina.
Memandangkan Nani dan Katrina berada di
kelas yang sama, Katrina sering melemparkan
senyuman sinis kepada Nani.
Nani malas hendak melayan kerenah pelik
Katrina sebaliknya terus fokus mempersiapkan diri bagi
menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Nani tidak putus-putus berdoa kepada Allah
semoga dirinya terus tabah dalam menghadapi
sebarang cabaran yang mendatang.
Dia faham benar risiko bersekolah di sekolah
asrama penuh ini. Persaingan sangat sengit dan semua
pelajar berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.
Sehari sebelum peperiksaan berlangsung,
debaran peperiksaan semakin terasa. Semua pelajar di
arahkan untuk menyusun kerusi dan meja dalam
keadaan berjarak.

63
Sebuah Janji
Ini bertujuan untuk mengelak sebarang
perbincangan dan peniruan semasa peperiksaan
berlangsung.
Pada hari yang sama, Katrina pulang lewat
sedikit berbanding pelajar yang lain. Dia sengaja
menunggu semua pelajar balik terlebih dahulu.
Sempat Kiara menegur Katrina dan
mengajaknya pulang sekali namun pelawaan Kiara
ditolak dengan jelingan tajam.
“Apa kenalah dengan minah seorang ni,” getus
Kiara di dalam hati.
Menyesal pula dia menegur Katrina. Tidak pasal-
pasal hatinya menjadi bengkak.
Kiara semakin berasa hairan dengan perangai
Katrina sejak kebelakangan ini. Jika diceritakannya
kepada Nani, sudah tentu Nani pula yang akan
menasihatinya agar tidak bertanggapan buruk terhadap
Katrina.
Setelah lebih kurang 15 minit berlalu, kelihatan
kelibat Katrina keluar daripada kelas dengan tergopoh-
gapah. Dia sempat tersengih puas sebelum beredar.

64
Sebuah Janji

BAB 8

K INI, detik yang dinantikan telah tiba. Semua pelajar


sedang sibuk menghadapi peperiksaan
pertengahan tahun. Bagi pelajar tingkatan empat,
peperiksaan akan berlangsung selama empat hari
berturut-turut. Sepanjang tempoh itu, Nani telah bangun
seawal jam 3 pagi untuk menunaikan solat hajat di
samping membuat ulang kaji sebagai pengukuhan.
Kiara dan beberapa orang rakan yang lain turut
menyertai Nani.
Nani memanjatkan kesyukuran kepada Allah
kerana sepanjang peperiksaan berlangsung, tiada
sebarang masalah besar yang dihadapinya. Dia mesti
melakukan yang terbaik demi membela nasib
keluarganya di kampung.
65
Sebuah Janji
“Demi sebuah janji!” Nani berbisik di dalam hati.
Setelah tiga hari bertungkus-lumus menjawab
soalan peperiksaan, tibalah masa yang ditunggu-
tunggu.
Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan.
Semua pelajar sudah tidak sabar untuk mengakhirinya.
Cuaca pada pagi ini agak suram seperti dapat meneka
sesuatu perkara malang akan berlaku.
“Kiara!, inilah saat yang aku nanti-nantikan, aku
sudah tidak sabar untuk menjawab soalan Biologi
sebentar lagi,” kata Nani seakan-akan menjerit.
“Engkau jangan terlalu suka Nani, nanti tak
pasal-pasal blackout semasa menghadap kertas soalan
tu padan muka,” celupar sahaja mulut Kiara berkata-
kata.
Dia tidak bertujuan apa-apa melainkan cuba
untuk berseloroh. Kedua-dua sahabat baik itu ketawa
serta merta.
Tepat jam 8 pagi, peperiksaan pun bermula.
Semua pelajar masing-masing khusyuk menjawab
soalan biologi yang diberikan. Hanya seorang pelajar
yang sedari tadi tersenyum kambing.

66
Sebuah Janji
“Habislah engkau hari ini Nani,” pelajar tersebut
memandang Nani dengan pandangan penuh bermakna.
Tidak sampai satu jam peperiksaan berjalan,
pengawas peperiksaan iaitu Cikgu Mona yang juga
merupakan guru kelas mereka telah membuat
pengumuman tergempar.
Semua pelajar tingkatan empat dikehendaki
untuk berhenti menjawab soalan dengan serta-merta.
Nani dan Kiara yang duduk berhampiran saling
bertentang mata dan mengangkat bahu tanda tidak tahu
apa yang sedang berlaku.
Keadaan kelas yang tadinya sunyi sepi menjadi
riuh-rendah. Ada juga yang berasa marah kerana
konsentrasi menjawab yang sudah terganggu.
Tiba-tiba, Cikgu Mona menghampiri meja Nani.
Dengan Nada sedikit kasar, Cikgu Mona menyuruh Nani
berdiri di tepi meja.
Nani ketika itu berasa sangat kaget namun
menuruti sahaja kehendak Cikgu Mona.
“Pelajar yang lain tolong diam,” Cikgu Mona
memberi arahan dengan tegas.
Kini semua mata tertumpu pada Nani. Cikgu
Mona dengan pantas meraba-raba bahagian bawah

67
Sebuah Janji
meja Nani. Nani semakin kehairanan dengan perlakuan
Cikgu Mona itu.
Tanpa disangka-sangka, terdapat beberapa
keping nota biologi yang bersaiz kecil terselit di
bahagian bawah meja tersebut. Ketika itu, Nani seakan-
akan hendak pitam.
„Bagaimana nota tersebut boleh berada di bawah
mejanya?‟ Nani menjerit di dalam hati.
Kata-kata itu tidak terluah sebaliknya mata Nani
mulai berkaca. Fahamlah dia kini. Cikgu Mona pasti
menuduhnya meniru sepanjang menjawab peperiksaan
biologi tadi.
Nani berdiri kaku dan memandang sekeliling
kelas dengan pandangan kosong.
“Ya Allah! siapakah yang sanggup menganiaya
aku sebegini rupa,” Nani hanya mampu merintih di
dalam hati.
Kiara tidak percaya dengan apa yang terjadi.
Nani yang dia kenal bukanlah seorang yang suka
menipu apatah lagi meniru semasa peperiksaan. Sudah
pasti ada sesuatu yang terjadi. Paling tidak pun,
mungkin berlaku salah faham di mana-mana.

68
Sebuah Janji
Kiara melihat Nani dengan penuh rasa simpati.
Kalau dia berada di tempat Nani ketika ini, sudah pasti
dia akan pengsan dek kerana tertekan.
Seluruh kelas menjadi riuh rendah semula dan
ada dalam kalangan mereka yang terus-terusan
melemparkan kata-kata kesat kepada Nani.
“Huh! Memalukan sungguh. Sudahlah miskin,
berani pula meniru semasa peperiksaan,” kedengaran
suara-suara sumbang saling menyalahkan Nani.
Air mata Nani semakin lebat mengalir. Cuaca
mendung seakan-akan memahami perasaan yang
dialaminya ketika ini. Terbayang-bayang wajah ayah
dan ibunya silih berganti.
Cikgu Mona terus mengarahkan Nani untuk
keluar daripada kelas untuk berjumpa dengan guru
disiplin.
Nani perlahan-lahan melangkah longlai. Lututnya
terketar-ketar kerana masih disinggahi rasa terkejut
yang bukan kepalang. Luluh hatinya pada saat ini hanya
Tuhan sahaja yang tahu.
„Mungkinkah usaha keras Nani selama ini akan
menjadi sia-sia dan telah sampai ke penghujungnya.‟

69
Sebuah Janji
„Namun, betulkah Nani yang meletakkan nota
tersebut di bawah mejanya,‟ Kiara mula bermonolog di
dalam hati.
Keadaan kelas semakin beransur pulih, Cikgu
Mona mengarahkan para pelajar yang lain untuk duduk
di tempat masing-masing. Peperiksaan diteruskan dan
masa tambahan telah diberikan.
Setelah bersemuka dengan guru disiplin, Nani
diminta untuk memberikan penjelasan. Nani hanya
mampu mengalirkan air mata sederas-derasnya.
Apakah penjelasan terbaik yang mampu dia berikan
sedangkan dirinya bukanlah pelaku sebenar.
Apabila guru disiplin meminta kepastian sama
ada dia mengaku akan kesilapannya atau tidak, Nani
sekeras-kerasnya berkata “tidak”. Selebihnya, dia hanya
membisu seribu bahasa.
Nani sudah terbayang hukuman yang bakal
diterimanya kelak. Jika bukan digantung, pasti dirinya
akan dibuang sekolah. Paling tidak dia terpaksa
mengulang semula peperiksaan kertas biologi tersebut.
Selesai sesi soal jawab bersama guru disiplin,
Nani diminta untuk duduk di luar kelas sementara

70
Sebuah Janji
menunggu rakan-rakan yang lain selesai menjawab
soalan peperiksaan.
Nani menekup mukanya yang semakin basah
bermandikan air mata. Malunya bukan kepalang. Mulut
Nani tidak berhenti-henti memohon kepada Tuhan agar
terus diberikan kekuatan.
Jika dia diberi pilihan ketika ini, sudah pasti dia
akan berlari pulang ke rumah untuk memeluk ibunya
dan mengadu nasib malang yang menimpa dirinya saat
ini.
Sejurus sahaja loceng berbunyi, Kiara terkejar-
kejar mendapatkan Nani yang sedari tadi berada di luar
kelas.
Kiara memeluk erat sahabat baiknya itu. Dia
berharap agar pelukannya dapat memberikan sedikit
kekuatan kepada Nani.
Sepasang mata yang sedari tadi tidak lepas
melihat ke arah Nani dan Kiara tersenyum lebar sambil
melangkah keluar dari kelas dengan bongkaknya.
Kes peniruan yang kononnya dilakukan oleh
Nani tersebar dengan pantas di seluruh SMSL. Rata-
rata yang mendengar berita tersebut menzahirkan
perasaan terkejut.

71
Sebuah Janji
Mereka tidak menyangka pelajar sebaik dan
sepandai Nani sanggup melakukan perkara seburuk itu.
Sejak dari kejadian itu, semakin ramai yang cuba
menjauhkan diri daripada Nani. Rakan sekelasnya juga
telah bertindak memulaukan dirinya. Hanya Kiara
sahaja yang setia menemaninya.
Nani tetap tabah menghadapi dugaan yang
diberikan. Nani sudah boleh menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling.
Dia sentiasa mencuba untuk tersenyum.
Baginya, tidak ada yang perlu dirisaukan. Jika dirinya
tidak bersalah, sudah pasti Tuhan akan menunjukkan
jalan yang terbaik.
Menurut Cikgu Mona, perkara ini tidak akan
terus disampaikan kepada ibu bapa Nani sehinggalah
keputusan muktamad diambil.
Nani berasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya
dia masih berpeluang untuk membela diri.
Dia tidak akan berputus asa. Masih ada peluang
untuk dirinya memperbetulkan keadaan. Dia percaya,
lambat laun pasti kebenaran akan terbongkar. Nani
perlu lebih cekal dan bijak menghadapi situasi ini.

72
Sebuah Janji
“Alah, buang sajalah Nani dari sekolah ini cikgu,
jika dibiarkan sudah pasti prestasi sekolah ini akan
terjejas” lantang Katrina menyatakan pendapatnya.
Katrina sedari tadi tidak duduk diam. Dia seakan-
akan gembira apabila Nani dihukum.
“Bersabar, kes ini masih dalam siasatan,”
“Cikgu tidak mahu ada pihak yang teraniaya,”
Cikgu Mona cuba untuk meredakan keadaan.
Tiba-tiba, Kiara yang sedari tadi menjadi
pemerhati di dalam kelas terpandang sesuatu yang
berada di siling kelas mereka.
“Kamera Litar Tertutup,” Kiara seakan-akan
hendak menjerit.
Seluruh kelas seraya berpaling ke arah Kiara.
“Bijak,” ringkas sahaja jawapan yang diberikan
oleh Cikgu Mona.
Memandangkan seluruh kelas telah mengetahui
bahawa kelas mereka mempunyai kamera litar tertutup,
Cikgu Mona pun menjelaskan secara panjang lebar
bahawa siasatan telah dilaksanakan dengan
menggunakan bukti yang terakam pada kamera
tersebut.

73
Sebuah Janji
Muka Katrina tiba-tiba menjadi pucat. Kepalanya
berpinar-pinar dan pandangannya menjadi berbalam-
balam.
Katrina meminta izin untuk keluar kelas secara
tiba-tiba lalu menjerit-jerit seperti kerasukan.
Perubahan sikap Katrina itu sudah dapat dikesan
oleh Kiara. Dikukuhkan lagi dengan peristiwa sehari
sebelum peperiksaan berlangsung.
Kiara masih ingat sewaktu dia cuba untuk
mengajak Katrina pulang bersama. Katrina seolah-olah
sengaja pulang lewat pada hari tersebut.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa Katrinalah
dalang disebalik semua ini. Kali ini, Kiara sangat yakin.
Nani yang ketika itu juga perasan akan
perubahan drastik Katrina turut berperasaan yang sama
seperti Kiara.
Hanya Katrinalah yang selalu menghadiahkan
jelingan tajam kepadanya. Bukan setakat itu, ugutan
pun pernah diterimanya dari Katrina.
Sungguh dia tidak menyangka, disebabkan rasa
cemburu melihat kejayaan orang lain, pelajar sepandai
Katrina sanggup melakukan perkara seburuk itu.

74
Sebuah Janji
Kini, Nani sudah boleh menarik nafas lega.
Walaupun keputusan kes tersebut belum diumumkan
secara rasmi, namun dengan bukti yang ada, dia
sekurang-kurangnya sudah berjaya melepaskan diri dari
tuduhan meniru semasa peperiksaan.
Sejak hari tersebut, Katrina tidak menghadirkan
diri ke kelas. Ramai yang menjadi semakin binggung
akan perubahan diri Katrina.
Ada yang membuat ramalan bahawa kes Nani
ada hubungannya dengan Katrina. Pelbagai andaian
yang telah dibuat. Nani tidak memberikan apa-apa
komen dan hanya mendiamkan diri untuk langkah
selamat.
Pada hari yang sama, Nani telah memberanikan
diri untuk berjumpa Katrina yang asyik mengurungkan
diri di dalam bilik.
Walaupun Kiara tidak bersetuju dengan tindakan
Nani, dia tetap berkeras hendak melihat keadaan
Katrina.
Nani memahami perasaan Katrina pada ketika
itu. Sudah pasti Katrina berasa malu dan tertekan.
Sama seperti perasaannya ketika dituduh meniru pada
tempoh hari.

75
Sebuah Janji
Cuma satu yang membezakan mereka, Nani
lebih bersikap positif dan begitulah sebaliknya.
Katrina berasa sangat malu untuk bersemuka
dengan Nani. Terbit rasa bersalah di hati kecilnya.
Jika dia berada di tempat Nani sekarang, sudah
pasti dia akan membenci semahu-mahunya. Mana
mungkin dia mampu memaafkan orang yang sudah
banyak menyusahkan hidupnya.
Berbeza pula dengan Nani. Nani merupakan
seorang yang hebat. Nani dengan rela hati datang
berjumpa Katrina. Jauh sekali untuk memarahinya, Nani
sebaliknya risau akan keadaan Katrina.
Katrina kini dilanda rasa besalah. Mahu sahaja
ketika itu dia sujud di kaki Nani untuk memohon
kemaafan. Dia benar-benar insaf.
Patutlah orang disekeliling Nani sentiasa
menyayanginya. Walaupun hidup dalam keluarga yang
miskin, namun Nani kaya dengan nilai dan akhlak yang
baik.
Oleh kerana rasa bersalah yang kian menebal,
Katrina akhirnya membuang egonya yang selama ini
sekeras batu.

76
Sebuah Janji
Pada petang itu juga, semasa prep petang
berlangsung, dia sendiri telah mengakui kesalahannya
di depan pihak sekolah dan rakan-rakannya yang lain.
Nani segera mendapatkan Katrina lalu
memeluknya. Katrina terus mengalirkan air mata dan
meminta maaf kepada Nani. Dia berjanji tidak akan
menyakiti Nani lagi. Mata-mata yang menyaksikan
peristiwa itu turut merasa sebak dan terharu.
Namun, hukuman tetap dikenakan ke atas
Katrina. Tujuan pihak sekolah melakukan sedemikian
supaya pelajar lain dapat mengambil pengajaran.
Katrina telah dikenakan dimerit. Kebenaran balik
bermalamnya juga akan digantung sebanyak dua kali
dan digantikan dengan dendaan melakukan kerja-kerja
amal di sekolah.

77
Sebuah Janji

BAB 9

A NGIN laut yang menyapa lembut pada pagi


sebegini sangat menyegarkan. Ditambah pula
dengan alunan ombak-ombak kecil sangat
mententeramkan jiwa. Begitulah yang di rasakan oleh
Nani pada ketika ini. Lautan yang terbentang luas di
hadapannya dinikmati dengan penuh rasa kesyukuran.
Sudah lama rasanya Nani tidak merasa ketenangan
seperti hari ini. Semasa berada di asrama, suasana
sebeginilah yang paling dirinduinya. Saat mengikut ayah
turun ke laut seawal fajar mula menerbitkan sinar. Di
tengah-tengah perahu, ayah sibuk menurunkan pukat.

78
Sebuah Janji
Nani tersenyum lalu bermonolog di dalam hati,
„sedikit masa lagi ayah, sedikit masa lagi, Nani akan
mencapai cita-cita Nani dan kita sekeluarga akan hidup
senang.‟
Nani kini semakin dewasa. Telah genap setahun
lebih dia bersekolah di sekolah Menengah Sains
Labuan.
Kehidupan sebagai anak perantau banyak
mengajar Nani akan erti kehidupan yang sebenar.
Banyak pengalaman manis dan pahit yang telah
dilaluinya.
Tahun ini merupakan tahun terpenting baginya
untuk menentukan perjalanan hidupnya pada masa
hadapan. Pada tahun ini, Nani akan menduduki
peperiksaan SPM.
Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi
peperiksaan akan menjelang. Nani telah menetapkan
matlamat untuk mencapai semua A dalam setiap mata
pelajaran yang diambilnya.
Nani membuat keputusan untuk mengurangkan
aktiviti-aktiviti luar supaya lebih fokus terhadap
pelajarannya.

79
Sebuah Janji
Demi sebuah janji, Nani akan mengerah tenaga
yang ada sepertimana ayahnya Pak Matumar yang
sentiasa beradu nyawa di lautan demi sesuap nasi
untuk keluarga.
“Nani, apa yang tersenyum-senyum tu, mari
tolong ayah turunkan pukat ni,” ayah menegur Nani lalu
turut tersenyum.
Membantu ayahnya menurunkan pukat bukanlah
perkara ganjil bagi Nani walaupun dia seorang
perempuan.
Tidak hairanlah Nani pernah memenangi acara
melempar cakera di sekolahnya. Manakan tidak,
tangannya sudah biasa terlatih melakukan kerja-kerja
lasak. Nampak sahaja ayu, Nani juga jaguh dalam
bermain bola baling.
“Ayah, tidak lama lagi peperiksaan SPM akan
menjelang, doakan Nani berjaya tau,” Nani penuh
semangat memberitahu Pak Matumar.
“Doa ayah sentiasa mengiringi anak-anak ayah,”
jawab ayah ringkas.
“Esok Nani akan kembali semula ke asrama.
Mungkin dalam sebulan dua ni Nani tidak akan balik,

80
Sebuah Janji
Nani mahu fokus belajar. Selesai sahaja SPM nanti,
Nani akan terus pulang,” tambah Nani.
Pak Matumar mengangguk lemah. Tiba-tiba dia
merasa tidak sedap hati untuk mengizinkan Nani pergi.
Pak Matumar meneguk air untuk menghilangkan rasa
gusar.
Entah mengapa dia merasakan inilah kali
terakhir dia dapat meluangkan masa bersama Nani di
laut sebegini. Perasaan tidak enak itu segera ditepis.
Menjelang tengah hari, setelah pukat selesai
ditarik, Nani mengajak Pak Matumar pulang.
Hasil tangkapan mereka pada hari ini ialah ikan
kembong. Teringat pula Nani akan gelarannya semasa
di sekolah lama dahulu iaitu “Si Ikan Kembong”.
Bila diingat kembali, seronok juga pengalaman
menjual ikan dari rumah ke rumah. Kini tugasan itu telah
digantikan oleh adik-beradiknya yang lain.
Setibanya di rumah, Mak Kasih telah
menyiapkan makanan tengah hari untuk mereka
sekeluarga.
“Wah seronoknya berada di rumah, tidak perlu
berbaris menunggu giliran untuk mengambil makanan,”
kata Nani gembira.

81
Sebuah Janji
Pak Matumar dan Mak Kasih serentak ketawa
sejurus sahaja mendengar kata-kata Nani. Setelah
selesai makan, Nani membantu ibunya berkemas di
dapur sementara ayahnya leka membaca surat khabar.
“Ibu, pada sebelah petang nanti Nani bercadang
untuk berjalan-jalan sekitar kawasan kampung,”
beritahu Nani kepada Mak Kasih.
“Pergilah, lagipun sudah lama juga Nani asyik
duduk terperap di asrama tu,” Mak Kasih memberi
keizinan kepada Nani.
Mak Kasih sempat berpesan kepada Nani untuk
melawat Cikgu Nazar. Sudah lama juga Nani tidak
mendengar khabar daripada Cikgu Nazar.
Cikgu Nazarlah yang dahulunya banyak
membantu Nani. Mak Kasih juga berpesan supaya Nani
membawa sedikit buah tangan.
“Nanti, Nani bawalah ikan kembung yang Nani
dapat tadi sebagai buah tangan, sampaikan salam ibu
dan ayah sekali pada Cikgu Nazar,” panjang lebar Mak
Kasih memberi pesanan.
Kehadiran Nani pada petang itu disambut
gembira oleh Cikgu Nazar dan isterinya.

82
Sebuah Janji
Puas Nani berkongsi cerita mengenai
pengalaman dirinya sepanjang berada di asrama.
Sebagai seorang guru yang berpengalaman,
Cikgu Nazar sempat berpesan supaya Nani sentiasa
menjaga kesihatan, emosi dan waktu tidur semasa
menjelangnya peperiksaan SPM kelak. Cikgu Nazar
juga menasihati supaya Nani sentiasa tenang semasa
menjawab soalan peperiksaan.
“Apa yang paling penting, mohon dan berilah
kemaafan kepada semua orang. Nescaya, hati akan
menjadi lapang,” Isteri Cikgu Nazar turut memberi
nasihat.
Keesokan paginya, Pak Matumar telah bersetuju
untuk menghantar Nani kembali ke Labuan. Nani berasa
sangat gembira kerana permintaanya semalam telah
dipenuhi oleh ayahnya.
Sebelum bertolak, Nani bersalaman terlebih
dahulu dengan ibu dan adik-adiknya. Dia memohon
restu supaya ibunya mendoakan yang terbaik untuknya.
Setibanya di jeti Labuan, perkara yang sama
dilakukan oleh Nani kepada ayahnya. Namun perasaan
ketika ini cukup berbeza sekali.

83
Sebuah Janji
Nani memeluk ayahnya dengan erat sekali. Dia
teringat kembali akan janjinya kepada ayah. Jejari kasar
Pak Matumar disentuh halus oleh Nani.
“Ayah, tunggu Nani pulang dengan membawa
kejayaan,” Nani tiba-tiba sebak sambil mengucup
tangan ayahnya.
Pak Matumar yang juga turut mengalami suatu
perasaan yang begitu aneh lalu membelai ubun-ubun
Nani yang dilitupi tudung berwarna putih. Suasana
menjadi sangat syahdu.
Sebelum menuju ke terminal bas, Nani sempat
berpesan supaya ayahnya berhati-hati sepanjang
perjalanan pulang. Dia sempat menitipkan salam buat
ibu dan adik-beradiknya di kampung.

84
Sebuah Janji

BAB 10

S EMAKIN hari suasana di kelas tingkatan lima


semakin genting. Masing-masing sibuk mengulang
kaji pelajaran. Ujian percubaan pula datang silih
berganti. Nani dan Kiara tidak mahu ketinggalan.
Pelbagai usaha telah dilakukan. Masing-masing dengan
tujuan yang sama iaitu untuk berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan SPM nanti.
Tinggal seminggu sahaja lagi peperiksaan SPM
bakal menjelang. Pihak sekolah telah merancang untuk
menganjurkan solat hajat dan majlis bacaan Yassin
khas untuk semua pelajar tingkatan lima. Ibu bapa juga
dijemput hadir. Majlis solat hajat dan bacaan Yassin ini
sememangnya sudah menjadi budaya di sekolah itu dan
dipanggil sebagai “Malam Restu”.
85
Sebuah Janji
“Nani, ayah dan ibu kau datang tak nanti?” Kiara
tiba-tiba bersuara sambil membetulkan tudungnya yang
sedikit senget.
“Entahlah Kiara, kemungkinan besar tidak.”
Semalam dia baru sahaja menelefon ibunya
untuk memberitahu perihal tersebut, ibunya hanya
terdiam. Fahamlah Nani apa jawapan yang sebenarnya
cuba disampaikan oleh Mak Kasih.
Jauh di sudut hati, dia sangat berharap ayah dan
ibunya ada di sisi pada Malam Restu tersebut. Namun
apakan daya, mengenangkan keadaan keluarganya
yang serba kekurangan, Nani segera memendamkan
hasratnya itu. Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri.
Cukuplah dia tahu bahawa ibu dan ayahnya sentiasa
mendoakan yang terbaik untuknya. Sentiasa.
Kiara yang menyedari perubahan riak muka Nani
yang tiba-tiba sedikit redup segera menjernihkan
keadaan.
“Dah la tu Nani, jom kita makan tengah hari,”
Kiara tersenyum kepada Nani.
Mereka pun beriringan menuju ke dewan makan.
Masing-masing sudah lapar. Manakan tidak, sejak pagi
tadi Nani dan Kiara asyik menghadap buku.

86
Sebuah Janji
Setibanya di dewan makan, telah ramai pelajar
yang berbaris menunggu giliran untuk mengambil
makanan. Selesai berbaris, Nani dan Kiara sengaja
mengambil tempat duduk paling belakang. Jauh
daripada suasana bising.
“Kiara, apabila tamat persekolahan nanti, mesti
kita akan rindu dengan suasana sebeginikan,” kata Nani
lalu menyuapkan nasi ke mulut.
“Semoga hasratku untuk menjadi seorang doktor
akan tercapai,” Nani menyambung.
“Perjalanan kita masih panjang Nani, mesti
banyak lagi cabaran dan pengalaman yang kita akan
tempuhi di luar sana,” Kiara cuba bersifat matang.
Setiap hari semangat Nani untuk berjaya
semakin tinggi. Sungguh! Dia mahu menunaikan
janjinya agar kehidupan mereka sekeluarga berubah.
Dia tidak mahu malamnya terus ditemani oleh
lampu minyak tanah. Bukan dia tidak rela, tetapi biarlah
dia merasa kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Malam Restu berjalan dengan lancar. Ramai ibu
bapa yang telah hadir termasuklah ibu bapa Kiara.

87
Sebuah Janji
Nani yang ketika itu tidak ditemani oleh siapa-
siapa berdoa di dalam hati semoga dia dapat mengusir
perasaan sebak yang kini kian bermaharajalela.
Esok pagi sebelum masuk ke dewan
peperiksaan, Nani berhasrat untuk menelefon ibu
bapanya di kampung. Dia ingin meminta sedikit
kekuatan dan kata-kata semangat.
Pada malam itu Nani sempat bersalaman
dengan ibu Kiara. Terubat sedikit rindunya kepada
keluarganya di kampung.
Tiba-tiba, ibu Kiara memeluk Nani dengan erat
sekali. Nani sekadar membiarkan. Buat seketika dia
berasa damai.
Setelah beberapa minit kemudian, ibu Kiara
perlahan-lahan meleraikan pelukan. Jari jemari Nani
pula dielus lembut. Penuh naluri keibuan. Kiara yang
sedikit berasa hairan hanya memilih menjadi pemerhati.
“Nani, ibumu berpesan supaya kamu sentiasa
kuat walaupun nanti bakal berdepan dengan dugaan
yang sangat besar,” Nani sedikit terkejut.
Pesanan yang dititipkan ibunya itu seolah-olah
mengandung makna yang sangat dalam. Tetapi apa?

88
Sebuah Janji
Nani cuba untuk mentafsir tetapi gagal. Dadanya tiba-
tiba berdegup kencang.
“Usahlah terlalu risau, ibumu juga berpesan
supaya kamu melakukan yang terbaik semasa
peperiksaan nanti,” Ibu Kiara menyambung.
Dia cuba untuk mengawal perasaan hiba. Kalau
dia menangis di depan Nani, sudah tentu Nani dapat
menghidu sesuatu nanti. Dia harus bersikap matang
untuk kebaikan Nani. Semua ini dilakukan bagi
memenuhi kemahuan Mak Kasih.
“Mak cik, apabila makcik selamat sampai ke
kampung nanti, tolonglah sampaikan salam rindu saya
kepada keluarga saya,” Nani memandang ibu Kiara
dengan penuh pengharapan.
Dia tidak mahu berfikiran negatif. Dia tidak
mahu emosinya terjejas. Begitulah juga yang
diharapkan oleh Mak Kasih tanpa sepengetahuan Nani.
Ibu Kiara mengangguk lembut lalu cepat-cepat
meminta diri untuk beredar. Dengan perasaan yang
tidak tertahan, ibu Kiara mengalirkan air mata.
Apakah dia sepatutnya berterus terang sahaja
atau terus menyimpan rahsia ini. Tapi sampai bila?

89
Sebuah Janji
Ibu Kiara kebinggungan sendiri. Kasihan pula dia
melihat Nani yang tidak tahu apa-apa.
Kiara mengikut langkah ibunya dari belakang.
Dia juga sebenarnya masih di landa rasa ingin tahu.
Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh ibunya
dia sendiri tidak ada petanda.
“Ibu, apa sebenarnya yang telah berlaku?” Ibu
Kiara yang sedikit terkejut cepat-cepat mengelap air
mata. Tidak menyangka Kiara mengikutnya dari
belakang.
“Sampai masa nanti pasti kamu berdua akan
tahu,” jawab Ibu Kiara ringkas.
Setelah selesai majlis, ibu dan ayah Kiara
beredar pulang. Awal-awal lagi mereka telah menempah
hotel untuk bermalam. Esok pagi barulah mereka
bertolak balik.

90
Sebuah Janji

BAB 11

S EPERTI yang telah dirancang, selepas selesai


menunaikan solat subuh, Nani telah bergegas
menuju ke pondok telefon. Mujurlah asrama mereka ada
menyediakan kemudahan telefon, jika tidak pasti para
pelajar menghadapi kesukaran untuk berhubung
dengan keluarga masing-masing.
Tidak sampai 10 saat, hatinya berbunga riang.
Kedengaran suara adiknya Jinal di hujung talian. Dia
secara automatik terus terbayangkan keadaan
rumahnya ketika ini.
Pasti ibunya sedang sibuk menyiapkan nasi
sambal manakala ayahnya pula sedang menyusun

91
Sebuah Janji
pukat di perahu untuk bersiap-siap turun ke laut. Adik
beradiknya pula berebut-rebut untuk mandi dan bersiap
hendak bertolak ke sekolah.
Sebaliknya, lain pula perasaan yang dirasai oleh
Jinal ketika ini. Lidahnya tiba-tiba kelu untuk berkata.
Jinal lekas-lekas memanggil ibunya.
“Ibu, Kak Nani telefon,” suara Jinal sedikit
menjerit.
Mak Kasih menarik nafas dalam. Dia meminta
pada tuhan supaya dia diberi segenap kekuatan.
Perlahan-lahan ganggang telefon di pegang.
“Ibu”, suara Nani kedengaran.
Mak Kasih menyahut perlahan. Dengan nada
bersemangat, Nani memberitahu ibunya bahawa hari ini
merupakan hari pertamanya menduduki peperiksaan
SPM.
“Mana ayah ibu, ayah sudah turun ke laut?”
tanya Nani bertubi-tubi.
Mak Kasih dengan rasa sangat bersalah hanya
mengiyakan.
Sebelum mengakhiri perbualan, Mak Kasih
berpesan kepada Nani untuk menjawab peperiksaan
dengan bersungguh-sungguh.

92
Sebuah Janji
Belum sempat ganggang telefon diletakkan di
tempat asal, Mak Kasih terjelopok terus ke lantai. Air
matanya bercucuran dengan lebat. Dia bertanya kepada
diri, mampukah dia meneruskan hidupnya pada hari-hari
mendatang sambil menepuk-nepuk dada menahan
sebak.
Jinal dan adik-beradiknya yang lain tergesa-gesa
mendapatkan ibunya. Mereka turut menangis hiba.
Cuaca mendung hari ini seolah-olah memahami apa
yang berlaku. Begitu besar dugaan yang mereka
sekeluarga alami saat ini.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara orang
memberi salam di luar rumah. Jinal lekas-lekas
menjenguk menerusi tingkap kayu rumahnya.
“Oh, Cikgu Nazar rupanya yang datang!” Mak
Kasih cepat-cepat mengesat air mata lalu menuju ke
pintu.
Semenjak tiga hari kejadian itu berlaku, selain
keluarga terdekat, Cikgu Nazar dan isterilah yang
banyak membantu termasuklah dari aspek kewangan.
Keluarga Nani sudah dianggapnya seperti keluarga
sendiri.

93
Sebuah Janji

BAB 12

N ANI menarik nafas lega. Dia seakan-akan hendak


menjerit kepuasan. Penat jerih yang selama ini
dirasakannya hilang begitu sahaja. Setelah hampir dua
minggu berhempas pulas, akhirnya dia telah berjaya
melepasi peperiksaan SPM. Pada ketika itu, keadaan
dewan peperiksaan serta merta berubah menjadi seperti
pasar.
Esok pagi Nani nekad untuk pulang ke kampung.
Dia sengaja tidak memberitahu keluarganya. Dia
sengaja hendak memberi kejutan. Kiara pula akan
pulang lewat sedikit kerana bercadang untuk berjalan-
jalan dahulu sebelum balik ke kampung.

94
Sebuah Janji
Maklumlah, Labuan terkenal dengan barangan
duty free. Pasti Kiara hendak membeli coklat untuk di
bawa pulang.
Sampai sahaja di bilik, Nani terus sahaja
berkemas apa yang patut. Jika Labuan dan
kampungnya itu dekat dan tidak perlu menyeberangi
lautan Cina Selatan, sudah pasti hari ini juga dia ingin
pulang. Memandangkan sekarang sudah petang, Nani
segera menangguhkan hasratnya itu.
Tambahan pula, pada malam ini akan diadakan
BBQ sempena perpisahan pelajar tingkatan lima.
Semua pelajar diwajibkan untuk hadir.
Setelah selesai mengemas apa yang patut, Nani
menggunakan masa yang ada untuk berehat-rehat di
beranda biliknya. Kebetulan pula beranda biliknya
menghadap laut.
Kelihatan nun di kejauhan kapal-kapal besar
berlabuh. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
membuatkan hati Nani terasa sangat tenang.
Tiba-tiba ingatannya terbawa kepada ayahnya
Pak Matumar. Baginya, ayahnya dan laut tidak boleh
dipisahkan. Berkat rezeki yang ayahnya perolehi di
lautlah yang telah membesarkan dia sehingga kini.

95
Sebuah Janji
“Jasa ayah begitu besar sekali dan lebih bernilai
dari batu permata,” Nani terus melayan perasaan.
Keesokan harinya, Nani bangun dengan penuh
bersemangat. Dia sudah tidak sabar-sabar hendak
menjejakkan kaki ke kampung halaman.
Sebelum berangkat, Nani mengambil peluang
untuk bersalaman dengan rakan-rakan yang masih
berada di asrama.
Nasib Nani pada hari ini sangat baik. Salah
seorang daripada rakannya yang merupakan orang
Labuan telah berbesar hati untuk menghantar Nani ke
terminal feri. Kasihan pula dia melihat Nani dengan
barang-barang yang boleh tahan banyaknya.
Seperti biasa, untuk menjimatkan wang, hari ini
Nani mengambil keputusan untuk menaiki feri yang
akan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah
untuk sampai ke Menumbok.
Akhirnya, pada sebelah tengah hari, Nani
selamat sampai di kampung halamannya. Tidak sabar
dia hendak melihat reaksi keluarganya. Dia sudah
terbayang-bayang senyuman keluarganya.
“Assalamualaikum.....”, ibu! Ayah! Nani sudah
pulang,” Nani menjerit-jerit di luar rumah.

96
Sebuah Janji
Mak Kasih pada ketika itu sedang menjemur ikan
masin terus tersentak mendengar suara Nani.
“Benar, itu memang suara Nani,” Mak Kasih
cuba memastikan. Mak Kasih takut dia berkhayal.
Nani melihat ibunya berada di hujung titian. Beg
yang ada ditangannya terus dilepaskan. Dia berlari anak
untuk mendapatkan ibunya.
“Wah, rindunya hendak bermanja-manja dengan
ibu,” pantas Nani memeluk ibunya. Nani bertanya lagi,
“mana ayah ibu, ayah turun ke laut?”.
Mak Kasih merasakan pertanyaan Nani seperti
panahan petir. Tidak mungkin dia mampu mengelak
lagi.
“Bawalah barang-barangmu itu masuk nak,” ada
perkara yang ibu hendak sampaikan pada Nani. Mak
Kasih mengajak Nani masuk ke rumah.
Air-air jernih mula bertakung di tubir mata Mak
Kasih. Sebaknya sudah tidak tertahan.
Dalam masa yang sama, Mak Kasih sangat rasa
bersalah kepada Nani. Namun apakan daya, semua ini
dilakukan demi kebaikan Nani.

97
Sebuah Janji
Perlahan-lahan Mak Kasih bersuara. “Nani,
sebenarnya...” suara Mak Kasih terketar-ketar. Dia tidak
mampu untuk meneruskan.
“Maafkan ibu Nani... maafkan ibu kerana tidak
mampu berterus terang kepada Nani sedari awal lagi”.
Melihatkan keadaan ibunya yang serba tidak
keruan, Nani mula berasa gelisah. Dia terus mendesak
ibunya untuk memberitahu apa yang telah berlaku
sepanjang ketiadaanya di rumah.
Akhirnya, Jinal yang sedari tadi memerhatikan
ibu dan kakaknya mula mengambil peranan. Dia tahu
yang ibunya tidak sanggup untuk memberitahu berita
sedih itu kepada kakaknya.
“Kak, sebenarnya telah genap tiga minggu ayah
telah pergi meninggalkan kita,” ringkas namun penuh
bermakna kata-kata yang baru saja dilafazkan oleh
Jinal.
Nani yang ketika itu masih dalam keadaan yang
sangat terkejut tidak dapat menahan perasaan.
Tiba-tiba Nani berdiri dan hendak meluru ke
pintu namun sempat di tahan oleh Mak Kasih. Mak
Kasih mengangguk kepada Nani tanda mengiyakan apa
yang baru saja dikatakan oleh Jinal.

98
Sebuah Janji
Nani berasa hendak pengsan, dia cuba berpaut
pada ibunya. Kegembiraan yang baru saja dirasakan
rupa-rupanya hanya sebentar cuma. Pandangannya
seakan-akan gelap. Nani menutup mata dan mula
meraung semahu-mahunya.
“Ibu...kenapa ibu sanggup merahsiakan semua
ini dari pengetahuan Nani,” Nani semakin sebak.
“Ini semua untuk kebaikkanmu Nani, semasa
ayahmu meninggal, tinggal beberapa hari sahaja lagi
kau akan menduduki peperiksaan SPM, ibu tidak
sanggup untuk memberitahumu,” Mak Kasih cuba
memberi penjelasan kepada Nani.
Mak Kasih juga telah menjelaskan punca Pak
Matumar meninggal dunia. Sebenarnya, ayah Nani
meninggal dunia akibat serangan angin ahmar sejurus
sahaja pulang dari laut.
Nani tidak menyangka bahawa Allah hanya
meminjamkan 17 tahun kepadanya untuk merasai kasih
sayang seorang ayah. Benarlah ajal dan maut adalah
rahsia Allah.

Angin ahmar : strok iaitu penyakit yang menyerang secara tiba-tiba bila
saluran darah ke otak pecah atau tersumbat mengakibatkan mati atau
sesetengah bahagian badan lumpuh.

99
Sebuah Janji
Patutlah pada hari terakhir dia bersama-sama
ayahnya semasa ayahnya menghantar dia ke Labuan
dia merasakan satu perasaan yang luar biasa.
Rupa-rupanya itu merupakan petanda bahawa
ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.
Pada petang itu, mereka sekeluarga telah pergi
melawat pusara Pak Matumar. Sungguh Nani tidak
menyangka semua ini akan berlaku.
Masih terngiang-ngiang suara ayahnya semasa
mereka sama-sama turun ke laut.
“Nani, hati-hati nanti jatuh pula ke dalam laut,”
Nani memejamkan mata dan memohon pada Tuhan
moga dirinya terus diberikan kekuatan.
Di hadapan pusara ayahnya, Nani sedaya upaya
menahan air mata. Dia mahu ayahnya tenang dan aman
di dunia yang baharu. Dunia yang kekal abadi.
“Demi sebuah janji,” Nani memegang batu nisan
milik ayahnya.
Dia bertekad untuk meneruskan perjalanan
hidup dengan lebih kuat. Nani sedar yang dirinya tidak
boleh terus berduka. Banyak tanggungjawab yang harus
dipikulnya.

100
Sebuah Janji
Dia dan adik-beradiknya kini merupakan sumber
kekuatan bagi ibunya.
Sesukar mana pun yang dia rasakan kini, dia
harus menerima kenyataan ini dengan hati yang redha.
Dia pasti Allah merupakan sebaik-baik perancang.
Cita-citanya harus dijadikan kenyataan. Sebuah
janji harus dikotakan. Begitulah Nani. Dia merupakan
seorang anak yang sentiasa cekal dalam mengharungi
liku kehidupan.
Benar, Allah menguji hambanya sesuai dengan
kemampuan hamba tersebut.
“Ibu, mulai hari ini izinkan Nani untuk
menggantikan tempat ayah untuk menjaga ibu dan adik
beradik yang lain,” Nani memandang ibunya dengan
penuh kasih sayang.
Mak Kasih memanjatkan syukur kepada Tuhan.
Dia dapat merasakan bahawa Nani sudah boleh
menerima pemergian Pak Matumar.
Dia rasa sangat bertuah kerana memiliki anak
yang sangat penuh pengertian seperti Nani.
Mak Kasih juga bersyukur kerana di saat dirinya
di dalam kesusahan, orang sekeliling tidak putus-putus
memberikan bantuan.

101
Sebuah Janji
Baru-baru ini sahaja dia telah layak menerima
elaun ibu tunggal. Elaun tersebut akan diterimanya
setiap bulan. Itu juga atas bantuan ketua kampung yang
sangat prihatin akan keadaan mereka sekeluarga.

102
Sebuah Janji

BAB 13

G AMBAR Mak Kasih dan arwah Pak Matumar


tersusun rapi di atas meja. Sengaja Nani
meletakkannya di situ. Setiap hari dia memandang
wajah ibu dan ayahnya tanpa jemu. Di saat dia lemah,
gambar itulah menjadi penguat semangatnya untuk
kembali bangkit.
Nani termenung melihat gambar tersebut.
Ingatannya kembali melayang kepada kehidupannya
dahulu. Kehidupan yang penuh suka dan duka.
Kehidupan yang banyak mengajar Nani erti kasih-
sayang dan pengorbanan. Juga kehidupan yang mana
termetrainya sebuah janji. Janjinya untuk menjadi
seorang doktor masih segar diingat.
Kini, kehidupannya sudah jauh berbeza.
103
Sebuah Janji
Nani menarik laci mejanya lalu mencapai nota
kecil miliknya yang nampak sudah berusia. Nota kecil itu
merupakan pemberian ayahnya sewaktu dia berumur 16
tahun iaitu semasa dia mula-mula memasuki asrama.

“Hala tuju hidupmu ditentukan oleh setiap


langkahmu...ke mana engkau berjalan...di situ engkau
akan melihat sesuatu...belajar sesuatu daripadanya
untuk mengenal setiap liku kehidupan... pastikan
tujuanmu hanya satu....mencari redha maha Pencipta,
moga dirimu anakku sentiasa menjadi kekasih-NYA...
jangan engkau cepat berputus asa..kejarlah citamu
sehingga berjaya..”

Betapa rindunya Nani kepada arwah ayahnya


yang tercinta. Dia segera menyedekahkan Al-Fatihah.
Sempat dia berdoa semoga roh ayahnya tergolong
dalam golongan ahli syurga.
Sememangnya Nani seorang anak yang baik
dan berjasa kepada ibu bapa.
“Doktor, kita baru saja menerima satu lagi kes
kecemasan,” jururawat kanan Nani terkejar-kejar
mendapatkan Nani di biliknya.

104
Sebuah Janji
Setelah mencapai steteskop di atas meja, Nani
segera meluru ke wad kecemasan.
Walaupun baru dua tahun bergelar doktor,
banyak pengalaman yang telah dilalui oleh Nani.
Daripada kes ringan sehinggalah kes berat seperti
kemalangan teruk. Semasa mula berkhidmat dahulu,
pelbagai perasaan yang dialami.
Kadang-kadang perasaan takut juga datang
menjengah terutamanya ketika bertugas sewaktu
malam. Namun, berkat kesabaran dan kegigihan, lama-
kelamaan perkata itu sudah menjadi alah bisa tegal
biasa malah Nani semakin mencintai pekerjaannya itu.
Kini Nani sudah boleh menarik nafas lega. Dia
bersyukur kerana janjinya untuk menjadi seorang doktor
telah tercapai.
Sebuah janji kini sudah terkota.

105

Anda mungkin juga menyukai