Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal
oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. RPH ini
dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif
serta mampu mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya
guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu
RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu
sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Penyediaan RPH dalam
kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub
topik semasa pengajaran dilakukan. Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH
membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah.

2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tahun : 6 Cekal
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Bil. Murid : 30 orang
Tema : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tajuk : Perdana Menteri Malaysia

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Standard Kandungan

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1
i. Berbincang tentang Perdana Menteri Malaysia dengan menggunakan ayat yang
gramatis secara bertatasusila.
ii. Mengemukakan pendapat secara kritis tentang Perdana Menteri Malaysia
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
iii. Mengemukakan pendapat secara kreatif tentang Perdana Menteri Malaysia
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

Sistem Bahasa

i. Tatabahasa
Morfologi : Imbuhan apitan
ii. Kosa Kata : kemerdekaan, pembangunan, perpaduan & pemodenan
iii. Sebutan dan intonasi yang jelas dan betul

Pengisian Kurikulum / Elemen Merentasi Kurikulum

i. Ilmu : Sejarah, Pendidikan Muzik


ii. Nilai Murni : Menghargai, patriotisme, kesyukuran, dedikasi
iii. Elemen Merentas Kurikulum : Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), nilai

murni, ilmu & kreativiti dan inovatif.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

No. Jenis Bilangan


1. Komputer Riba 1
2. LCD 1
3. Kertas sebak 6
4. Lagu: Lagu patriotik 2
5. Slaid: Biodata dan Jasa Perdana Menteri Malaysia 1
6. Video: Perstiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia 1
7. Lembaran Kerja A: Soalan 1
8. Lembaran Kerja B: Kad Gambar 6

Pengetahuan Sedia Ada :

i. Murid mengetahui tarikh kemerdekaan, bendera negara Malaysia, bunga


kebangsaan serta lagu “Negaraku”.
ii. Murid juga mengetahui dan mengaplikasikan etika yang betul jika lagu
“Negaraku” dimainkan.

2
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
Set Menayangkan video 1. Guru memberikan setiap Bahan Bantu
Induksi lagu “Negaraku” dan murid bendera untuk Mengajar:
(5 minit) “Tanggal 31” dikibar.  Video
lirik lagu
2. Murid menyatakan tarikh “Negaraku” dan
kemerdekaan Malaysia. “Tanggal 31”

3. Murid menyanyikan lagu Ilmu:


“Negaraku” serta “Tanggal  Pendidikan
31” dengan penuh Muzik
semangat sambil
mengibarkan bendera
Malaysia untuk
membangkitkan semangat
patriotisme dalam diri
murid.

Langkah 1 Menayangkan slaid 1. Guru menayangkan slaid Bahan Bantu


(15 minit) tentang biodata dan tentang biodata dan jasa Mengajar:
jasa Perdana Menteri Perdana Menteri Malaysia.  Slaid biodata
Malaysia. dan jasa
2. Murid perlu membaca dan Perdana
mendengar kandungan Menteri
slaid yang diterangkan (Lampiran 1)
dengan teliti.  Lembaran
Kerja
3. Guru mengedarkan 1: Soalan
lembaran kerja kepada
setiap murid. Kemahiran Berfikir:
 Mengecam
4. Guru menjalankan aktiviti dan menilai
soal jawab berdasarkan

3
lembaran kerja secara  Memproses
Lembaran Kerja 1:
lisan. maklumat

5. Murid perlu menjawab Kecerdasan


menggunakan ayat yang Pelbagai:
gramatis secara  Verbal
bertatasusila. Linguistik

6. Guru memberi ganjaran


Ilmu:
dan pujian kepada murid
 Sejarah
yang menjawab dengan
betul.

Langkah 2 Menayangkan video 1. Guru menayangkan video Bahan Bantu


(15 minit) pengisytiharan pengisytiharan Mengajar:
kemerdekaan kemerdekaan Malaysia.  Video
Malaysia. pengisytiharan
2. Murid-murid diminta untuk kemerdekaan
menonton video dan Malaysia.
menghayati babak-babak
dalam video tersebut. Kecerdasan
Pelbagai:
3. Guru meminta murid  Verbal
secara sukarela untuk Linguistik
berlakon sebagai Tunku
Abdul Rahman bagi Ilmu:
melakonkan babak-babak  Sejarah
pengumuman
kemerdekaan Malaysia.

4. Murid melakonkan watak


Tunku Abdul Rahman
secara kritis dan kreatif
menggunakan ayat yang
gramatis secara
bertatasusila.

4
Langkah 3 Mengagihkan kad 1. Murid dibahagikan kepada Bahan Bantu
(20 minit) bergambar Perdana 6 kumpulan (5 orang setiap Mengajar:
Menteri Malaysia kumpulan)  Kad
bergambar
Lembaran Kerja 2: 2. Setiap kumpulan diberikan  Kertas sebak
satu kad bergambar  Lembaran
Perdana Menteri Malaysia Kerja 2: Kad
dan satu kertas sebak. Bergambar

Kemahiran Berfikir:
3. Murid diminta berbincang
 Memproses
dan mengemukakan
maklumat
pandangan secara kritis
berdasarkan kad
Kecerdasan
bergambar tersebut.
Pelbagai:
 Verbal
4. Jawapan perlulah
Linguistik
dihasilkan dalam bentuk
peta i-Think di atas kertas
sebak dan ditulis dalam
bentuk ayat yang gramatis.
Peta i-Think yang
dihasilkan haruslah kreatif.

5. Setiap kumpulan
membentangkan hasil
dapatan perbincangan
kumpulan di hadapan
kelas secara bergilir-gilir
menggunakan ayat yang
gramatis secara
bertatasusila.

6. Murid yang lain mendengar


pembentangan dengan teliti.

5
Penutup Penutup kognitif 1. Guru menyuruh murid Kecerdasan
(5 minit)  Murid untuk membuat rumusan Pelbagai:
membuat berdasarkan PdP yang  Verbal
rumusan. telah dijalankan. Linguistik

Penutup sosial 2. Murid mengemukakan


 Guru memuji pendapat tentang rumusan
murid dan dengan menggunakan
memberikan ayat yang gramatis.
motivasi
kepada 3. Guru memberi pujian dan
murid. motivasi kepada semua
murid.

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar (BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan
terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sebagainya yang
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981)
membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat
pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) membahagikan
BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik . Manakala Hanapiah
Sudin (1979)dan Khairiah Ahmad (1980) mengkelaskannya kepada dua iaitu “software” dan
“hardware”.

3.1 ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM DALAM BAHAN BANTU MENGAJAR

Elemen Pengisian Kurikulum merupakan penambahan unsur yang diterapkan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Elemen Pengisian Kurikulum ini adalah berlainan dengan isi yang ditetapkan dalam
standard kandungan. Pengisian Kurikulum meliputi aspek ilmu, nilai murni, patriotism
dan kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, sains dan teknologi, pendidikan alam
sekitar kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Elemen Pengisian Kurikulum dalam bahan bantu mengajar (BBM) ialah

6
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya, guru menayangkan slaid
tentang biodata dan jasa Perdana Menteri Malaysia serta video pengisytiharan
kemerdekaan kepada murid. Hal ini dapat memudahkan murid untuk lebih memahami
dan menghayati peristiwa bersejarah tersebut.

4.0 BAHAN PETAKSIRAN

Bahan pentaksiran merupakan kaedah berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapatkan maklumat mengenai kemajuan, perkembangan dan kebolehan murid. Ia
bersifat formatif bagi membolehkan guru membuat diagnostic terhadap kemajuan murid serta
murid pula dapat diukur ansur maju kemajuan mereka. Pentaksiran melibatkan proses
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran
yang diperoleh oleh seseorang pelajar (Noraini Idris, 2005). Sebagai contoh, guru
mengadakan aktiviti soal jawab dengan murid bagi mengetahui tahap kefahaman murid dalam
sesuatu tajuk.

4.1 ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM DALAM BAHAN PENTAKSIRAN

Elemen Pengisian Kurikulum yang digunakan dalam bahan pentaksiran ialah


patriotisme dan kewarganegaraan. Guru menggunakan elemen patriotisme untuk
menguji tahap kefahaman tentang Perdana Menteri. Selain itu, elemen nilai murni juga
turut digunakan. Nilai murni merupakan elemen yang penting yang perlu diberi
penekanan dalam proses PdP kerana elemen ini dapat menjadikan seseorang itu
berkeperibadian mulia. Murid mengaplikasikan nilai kerajinan, kesyukuran serta
kerjasama sewaktu menyiapkan bahan pentaksiran.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat dikatakan seseorang guru yang berkesan adalah guru yang sentiasa
bersedia untuk berhadapan dengan pelajarnya dan juga bersedia untuk mengajar dengan
penuh yakin. Kedua-dua perkara ini hanya dapat dimiliki oleh guru sekiranya dia merancang
terlebih dahulu setiap pengajarannya. Setiap aspek dalam Rancangan Pengajaran Harian
hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira keupayaan pelajarnya. Sebagai
contoh, set induksi hendaklah berjaya menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran
seterusnya. Manakala setiap langkah penyampaian pelajaran pula merupakan gabungan
kemahiran menyampaikan isi pelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, memberi
pengukuhan, menyoal, penilaian, dan juga penutup.

7
RUJUKAN

Aeyn Solehah. (2013, Mei 9). Rancangan Pengajaran Harian. Diperoleh daripada sumber

https://www.slideshare.net/AeynSolehah/rancangan-pengajaran-harian-20846369

Atan Long. (1981). Perkaedahan Mengajar bahasa Malaysia Yang Wajar Dibekalkan Kepada

Guru-guru Pelatih. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hanapiah Sudian. (1979). Kaedah, Teknik dan Strategi Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Standard kurikulum bahasa Malaysia sekolah

rendah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairiah Ahmad. (1980). Teknik-Teknik Mengajar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Noraini Idris. 2005. Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noraziah Abdul Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa. Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Zanari Zainon. (2015, Januari 31). BBM Dalam Pengajaran. Diperoleh daripada sumber

https://www.slideshare.net/ZanariZainon/pengug

Anda mungkin juga menyukai