Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 2 )

PENGURUSAN KOKURIKULUM
( EDUP 3023 )

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR

NO. KAD 980319-06-5831


PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340176

KUMPULAN: PISMP C10 AMBILAN JUN 2017


BAHASA MELAYU (SK)

NAMA PENSYARAH DATIN DR THUSHA RANI RAJENDRA


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
PROJEK:

TARIKH SERAHAN: 2018

1
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi di atas izin kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan


tugasan yang diberikan dengan jayanya dan tepat pada waktu yang telah
ditetapkan.

Sekalung aprisiasi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan


buat pensyarah saya, Datin Dr Thusha Rani Rajendra, yang telah banyak
membimbing, mendidik dan memberi kekuatan semangat dari segi fizikal
mahupun mental dalam proses penyempurnaan tugasan ini. Terima kasih juga
dilafazkan kepada ibu bapa yang tidak putus-putus memberi galakan
sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga buat rakan rakan seperjuangan, semua individu yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya
sebelum, semasa, dan selepas tugasan ini dijalankan. Sesungguhnya segala
kerjasama dan keprihatinan tidak akan saya lupakan sama sekali. Segala
usaha yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga. Semoga semua yang terlibat mendapat ilmu yang bermanfaat dan
mampu mengembangkan potensi diri demi agama, bangsa, dan negara
tercinta, Malaysia.

Sekian, terima kasih.

2
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan dan dikemukakan untuk memohon kelulusan dari pihak Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Seri Siakap bagi menjalankan program minggu seni dan budaya
“warna-warni negaraku” anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama Panitia
Sejarah, Panitia Muzik , Panitia Bahasa Melayu dan panitia pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

1.1 LATAR BELAKANG PROJEK

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi
menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Oleh yang demikian, Sekolah
Kebangsaan Seri Siakap telah mengadakan bulan Kesenian dan budaya pada bulan
Septemer pada setiap tahun. Lantaran daripada penganjuran bulan Kesenian dan budaya ini,
maka pihak Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama panitia-panitia lain akan
mengadakan sebuah minggu Kesenian dan budaya untuk mendedahkan kepada murid-murid
mengenai keunikan seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bidang
kesenian negara kita, tidak sahaja terhad kepada aspek pakaian, dan permainan, malah
penggunaan bahasa dan muzik turut menmbahkan lagi seri keunikan Kesenian Malaysia.
Justeri, melalui penggunaan tema “warna-warni Negaraku” diharapkan akan dapat
menaikkan lagi semangat murid-murid dalam menghargai warisan budaya masyarakat
majmuk kita. Program yang dirancang ini memakan masa selama 3 hari iaitu bermula dari 24
Sepember 2018 sehingga 26 Setember 2018.

1.2 MATLAMAT

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai:

1) Mengasah dan mengembangkan potensi murid dalam pelbagai bidang seperti menyanyi,
melukis dan mewarna.

2) Mendedahkan murid-murid mengenai warisan kesenian dan kebudayaan masyarakat


Melayu terdahulu.

3) Memupuk semangat cinta akan negara dan memupuk semangat untuk mempertahankan
mempertahankan warisan kebudayaan negara.

4) Memupuk amalan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan.

5) Menambah pengalaman murid dalam melaksanakan kesenian dan budaya masyarakat


terdahulu.

3
1.3 OBJEKTIF

Berikut adalah objektif yang ingin dicapai:

1) Murid-murid dapat mengetahui sekurang-kurangnya tiga aktiviti seni dan budaya yang
diamalkan masyarakat terdahulu.

2) Murid-murid dapat menghayati nilai seni dan budaya yang diwarisi secara turun-ttemurun..

3) Murid-murid dapat mengetahui permainan serta pakaian tradisional yang diamalkan


masyarakat terdahulu.

4) Murid-murid dapat merasai pengalaman bermain permainan tradisional yang kian luput di
Malaysia.

5) Murid-murid dapat memupuk sikap menghargai warisan bangsa dan menyemai sikap kasih
sayang sesama warga SK Bandar Puteri Jaya.

6) Murid-murid dapat mencungkil bakat serta dapat memperkembangkan lagi potensi yang
dimiliki murid-murid.

1.4 KUMPULAN SASARAN

1.4.1 GOLONGAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Seri Siakap seramai 325 murid iaitu:
Bil Kumpulan Peserta Jumlah

Lelaki Perempuan

1 Prasekolah 21 26 47

2 Tahun 1 18 24 42

3 Tahun 2 29 19 48

4 Tahun 3 19 25 44

5 Tahun 4 27 29 56

6 Tahun 5 17 25 42

7. Tahun 6 29 17 46

JUMLAH KESELURUHAN 325 orang

4
2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa pelaksana yang akan melaksanakan program minggu seni dan budaya
‘’Warna-warni negaraku ‘’ sempena bulan kesenian dan kebudayaan Sekolah Kebangsaan
Seri Siakap adalah seperti berikut:

2.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Wakil dari PPD Kerian

Pengerusi : Guru Besar Sk Seri Siakap

Naib Pengerusi : GPK Akademik

: GPK HEM

Penyelaras : En. Hamdan bin Mansor

Setiausaha : GPK Kokurikulum

Bendahari : Pn. Azimah binti Mokhtar

2.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Sila rujuk ’Lampiran A’

3.0 AKTIVITI

3.1 Aliran Aktiviti

Hari Pertama (24.09.2018)

1. Majlis Pelancaran Minggu Seni dan Budaya Peringkat Sekolah

2. Pertandingan permainan tradisional tarik upih murid tahun 5 dan tahun 6

( Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

3. Pertandingan Mewarna murid tahap 1 (Panitia Seni Visual)

4. Pertandingan melukis potret tokoh pejuang tanah air murid tahap 2 (Panitia Sejarah)

5
Hari Kedua (25.09.2018)

1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Panitia Bahasa Melayu)

2. Persembahan alat muzik tradisional gamelan ( Panitia Muzik)

3. Pertandingan pakaian beragam daripada surat khabar (Panitia Seni Visual)

Hari Ketiga (26.09.2018)

1. Pertandingan Tarian Boria antara kelas murid tahap 2 (Panitia Muzik)

2. Pertandingan nyanyian lagu rakyat antara kelas (koir-murid tahap 1)

(Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Muzik)

3. Majlis Penutupan Minggu Seni dan Budaya peringkat SK Seri Siakap

4.0 TENTATIF PELANCARAN MINGGU SENI DAN BUDAYA

Sila rujuk ‘lampiran B’

5.0 TENTATIF PENUTUPAN MINGGU SENI DAN BUDAYA

Sila rujuk ‘lampiran C’

6.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Seri Siakap, 34350 Kuala Kurau, Perak.

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh: 24 September 2018 hingga 26 September 2018

6
8.0 BELANJAWAN

8.1 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL Perkara Jumlah (RM)

1 PIBG 320.00

2 Jualan Amal 59.00

JUMLAH KESELURUHAN RM379.00

8.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI JUMLAH (RM)

1 Pertandingan Permainan Tradisional “Tarik Upih”


(2 Kategori)
RM28.00
Tempat pertama: RM5.00
Tempat kedua: RM4.00
Tempat ketiga: RM3.00
Saguhati: RM2.00

2 Pertandingan mewarna murid tahap 1 (3 kategori)

Tempat pertama: RM5.00 RM42.00


Tempat kedua: RM4.00

7
Tempat ketiga: RM3.00
Saguhati: RM2.00

3 Pertandingan melukis potret tokoh tahap 2


(3 kategori)
RM42.00
Tempat pertama: RM5.00
Tempat kedua: RM4.00
Tempat ketiga: RM3.00
Saguhati: RM2.00

4 Pertandingan Nyanyian (Koir)

Tempat pertama: RM40.00 RM100.00


Tempat kedua: RM35.00
Tempat ketiga: RM20.00

5 Pertandingan mendeklamasikan sajak

Tempat pertama: RM5.00


Tempat kedua: RM4.00 RM14.00
Tempat ketiga: RM3.00
Saguhati: RM2.00

6 Pertandingan Tarian Boria

Tempat Pertama: RM40.00 RM100.00


Tempat Kedua: RM35.00
Tempat Ketiga:RM25.00

8
7 Pertandingan Lagu Rakyat

Tempat Pertama: RM40.00 RM100.00


Tempat Kedua: RM35.00
Tempat Ketiga: RM25.00

8 Pertandingan pakaian beragam daripada surat


khabar (2 Kategori)

Tempat pertama: RM5.00 RM28.00


Tempat kedua: RM4.00
Tempat ketiga: RM3.00
Saguhati: RM2.00

JUMLAH KESELURUHAN RM379

9.0 IMPLIKASI
Implikasi daripada program seni dan budaya ‘’warna-warni negaraku’’ sempena bulan
Kesenian dan Kebudayaan ini dapat diatasi dengan membuat kelas ganti untuk
menggantikan waktu program tersebut yang berlangsung dari jam 7.45 pagi sehingga 9.30
pagi.

10.0 PENUTUP

Program Kesenian dan budaya “warna-warni Negaraku”’ sempena sambutan bulan


kesenian dan kebudayaan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Siakap diharapkan
dapat memupuk semangat menghargai warisan bangsa dan semangat cinta akan negara
dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Siakap. Malah, semoga murid-murid
dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang program ini nanti di samping dapat
memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum di Sekolah Kebangsaan Seri Siakap.

9
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

….…………………. ….………………..
(MUHAMMAD AIMAN AZIZI BIN AZHAR) (PUAN FARZANA BINTI KHOTIB)
Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Seri Siakap Sekolah Kebangsaan Seri Siakap
34350, Kuala Kurau, Perak. 34350, Kuala Kurau, Perak.

.
Disahkan oleh, Diluluskan oleh,
….…………….. ….……………..
(ENCIK BADRUL BIN OMAR) (ENCIK FARHAN BIN AMIR)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Siakap Sekolah Kebangsaan Seri Siakap
34350, Kuala Kurau, Perak. 34350, Kuala Kurau, Perak.
.

10
LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengacara Majlis : En. Badrul Amin bin Mohd Yusoff

Pembaca Doa : En. Mohd Azib bin Hamzah

Ajk Hadiah : Pn. Ameera Athyrah binti Nordin

En. Amirul Asyraf bin Hadi

Pn. Auni binti Khotin

Ajk Dokumentasi : En. Badrul Naim bin Mustaffa (Jurufoto)

Pn. Khuzaimah binti Halim (Jurufoto)

En. Pui Wen Hang (Laman Sesawang)

Pn. Fataheyah Nasruhaq binti Hasrul (Dokumentasi)

Ajk Persiapan Tempat : En. Hariz bin Hanit

En. Adi Zulhilmi bin Assmadey

Puan Hanania Farisha binti Azis

Ajk Persembahan : Pn. Afifah binti Shoime

Pn. Siti Yusra binti Hashim

Pn. Chan Mun Varne

En. Amirul bin Mohd Nazri Azam

Ajk Buku Program : En. Asyraf bin Azmy (Majlis Penutupan)

Ajk Disiplin dan Kebersihan : Pn. Izzati binti Noor Azlan

Ketua Pengawas

Penolong Ketua Pengawas

Ajk Backdrop/ Banner : En. Ali Bin Muslim

11
Pn. Aisyah Binti Kamaruddin

Ajk Semarak Kemerdekaan: : En. Rahimi Bin Ahmad

En. Mohd Zikri Bin Saad

En. Muhammad Nur Aimi Bin Azmi Ali

En. Amir Aqil Bin Osman

Pn. Hanis Ruwaida Binti Shamsul

Pn. Nor Yatimah Binti Hji Omar

Pn. Ramlah binti Abdullah

Penyelaras pertandingan : En. Asyraf bin Hatim (Nyanyian Koir)

En. Ridzuan Bin Kamil (Program Panitia Bahasa Malayu)

En. Fadzlan bin Ahmad (Program Panitia Sejarah)

En. Zuhairi Bin Zamri (Program Panitia Seni Visual)

Pn. Effa Madiha Binti Shamsuddin (Program Prasekolah)

Penyelaras Persembahan :Pn. Mirza Afifah Binti Amrullah (Persembahan Khas)

12
LAMPIRAN B

TENTATIF PELANCARAN MINGGU KESENIAN DAN BUDAYA

Tarikh: 24.09.2018
Masa: 7:30 – 8:30
Tempat: Tapak Perhimpunan

Masa Perkara Catatan

7:30 pagi  Murid berkumpul di tapak Pengerusi Majlis


perhimpunan.
 Nyanyian Lagu “Negaraku”

 Ucapan Guru Ko-kurikulum


sempena sambutan minggu seni
7:45 pagi dan budaya serta sedikit maklumat GPK Kokurikulum
tentang program yang akan
diadakan sepanjang minggu seni
dan budaya.

7.55 pagi  Ucapan Guru Besar. Guru Besar


 Perasmian Sambutan Minggu
Kesenian dan budaya.

8:15 pagi  Persembahan murid. Guru Penyelaras


 Nyanyian lagu rakyat. Persembahan

8:30 pagi  Majlis bersurai. Pengerusi Majlis

13
LAMPIRAN C

TENTATIF PENUTUPAN MINGGU KESENIAN DAN BUDAYA

Tarikh: 26.09.2018
Masa: 7:30 – 9:30
Tempat: Tapak Perhimpunan

Masa Perkara Catatan

7:30 pagi  Murid berkumpul di tapak


perhimpunan. Pengerusi Majlis
 Nyanyian Lagu “Negaraku”

 Ucapan Alu-aluan Guru Ko-


7:45 pagi kurikulum. GPK Kokurikulum

7.55 pagi  Ucapan Alu-aluan Guru Besar. Guru Besar


 Perasmian penutupan Minggu
Kesenian dan budaya.

 Persembahan murid. Guru Penyelaras


8:15 pagi  Penyampaian hadiah. Persembahan
 Nyanyian lagu rakyat..

9:30 pagi  Majlis bersurai. Pengerusi Majlis

14
BIBLIOGRAFI

Abd. Alim Abdul Rahim. (1995). Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Buku Panduan Pengurusan Kerja Ko-kurikulum Sekolah. (1985). Bahagian Sekolah-Sekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala


Lumpu: Bahagian Sekolah.

Jaafar Karim. (1988). Pengurusan Sekolah. Petaling Jaya: Maju Enterprise.

Sofian Omar, Borhan Yusuf. (2002). Kokurikulum Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur:
Sanon Printing.

Wee Eng Hoe. (1996). Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan). Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Shamsul Nazri Arifin. (2010, April). Keberkesanan Pelaksanaan Sesi Apresiasi Seni di

Sekolah Menengah dalam Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun daripada

http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/180/1/SEJAUHMANA%20KEBERKESANAN%20PERLAKS

ANAAN%20SESI%20APRESIASI%20SENI%20DI%20SEKOLAH%20MENENGAH%20DALAM%20P

ENDIDIKAN%20SENI.pdf

Noor Azzam Syah Mohamed & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pngurusan

Kokurikulum di Sekolah Menengah Harian. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(3), 17-

43.

Tam Yeow Kwai (2010). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe (1997). Organisasi dan pentadbiran sukan dan pendidikan jasmani. Kuala

Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Ainul Farina. (2013, Januari). Contoh Kertas Kerja Program Sekolah. Dimuat turun daripada

http://ainulfarina.blogspot.my/2013/01/contoh-kertas-kerja-program-sekolah.html

15
16

Anda mungkin juga menyukai