Anda di halaman 1dari 3

PENANG FREE SCHOOL

JALAN MASJID NEGERI


11600 PULAU PINANG.

KERTAS PROJEK

FREE SCHOOL IDOL


SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
2014

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


&
KELAB MUZIK

1. PENGENALAN

Pertandingan Free School Idol adalah untuk mencungkil bakat murid-murid


Penang Free Schol dari Tingakatan 1 sehinggalah Tingkatan 6 Atas. Selain itu,
pertandingan ini juga dapat meningkatkan kemahiran kendiri dan interpersonal
para pelajar. Ini kerana program seumpama ini mampu meningkatkan keyakinan
para pelajar agar lebih bersedia menghadapi cabaran serta mampu bersaing di
peringkat global. Program ini juga dapat menyuntik semangat patriotisma dalam
melayari kehidupan yang lebih cemerlang.
2. RASIONAL

Pertandingan Free School Idol bertujuan untuk memberi murid-murid peluang


untuk menerokai jiwa seni yang ada di dalam setiap individu. Ia juga dapat
memberi panduan dan membimbing ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. OBJEKTIF

Para Pelajar yang mengikuti program ini akan dapat:-

i) mempamerkan bakat yang ada dalam bidang kesenian


ii) menjadi individu yang berilmu pengetahuan
iii) memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
iv) bertanggungjawab pada diri, masyarakat, agama dan Negara
v) menyemai benih-benih kecemerlangan dalam diri

4. KUMPULAN SASARAN

Para peserta program ini terdiri daripada semua murid Penang Free School dari
Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas.

5. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Encik Jalil bin Saad ~ Pengetua

Pengerusi : Encik Abdul Said bin Hussain ~ PK Kokurikulum

Setiausaha : Cik Thoh Hui Chin

Bendahari : Cik Ng Jick Lim

AJK Guru : Encik Leonard Selva Gurunathan

Ahli-ahli Jawatankuasa : Ahli-ahli Kelab Muzik


: Ahli-ahli Persatuan Kebudayaan Melayu
6. PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 JANGKAMASA PROGRAM : 2 bulan

6.2 JADUAL PROGRAM


Pengumuman dan edaran borang : 8 Julai 2014
Tarikh tutup serah borang : 24 Julai 2014
Peringkat Saringan : 4 – 6 Ogos 2014
Pertandingan Akhir : Akan Diberitahu
Persembahan : Akan Diberitahu

6.3 TEMPAT PERTANDINGAN


Peringkat Saringan : Bilik Muzik Blok Tekno
Pertandingan Akhir : Dewan Sekolah
Persembahan : Dewan Sekolah

7. SUMBER KEWANGAN

Yuran pendaftaran (RM5.00 untuk setiap peserta) dan sumbangan dari Pihak
Kokurikulum Penang Free School

8. ANGGARAN KOS

KOS JUMLAH
NO PERKARA
(RM) (RM)
1. Hadiah
Kategori A Pertama 100.00
Kedua 80.00
Ketiga 50.00
Saguhati 20.00 250.00
Kategori B Pertama 100.00
Kedua 80.00
Ketiga 50.00
Saguhati 20.00 250.00
2. Sijil - -
JUMLAH BESAR 500.00

9. PENUTUP

Adalah diharapkan pertandingan ini dapat mencungkil bakat dan memupuk


semangat patriotisma para peserta untuk terus berusaha lebih gigih dan
merealisasikan impian mereka

Anda mungkin juga menyukai