Anda di halaman 1dari 10

k

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN,PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN


SAJAK/SYAIR DAN PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SEMPENA BULAN
BAHASA KEBANGSAAN 2019

TARIKH

16 NOVEMBER 2019

TEMPAT

AUDITORIUM, KUIPs

ANJURAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU

DENGAN KERJASAMA

PUSAT BAHASA & PENGAJIAN UMUM


1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapat perakuan serta kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pembangunan Pelajar untuk melaksanakan Pertandingan Berbalas
Pantun, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak/Syair Dan Pertandingan Mengarang
Esei Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2019.

2.0 PENDAHULUAN

Persatuan Bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai Perbayu merupakan


persatuan yang ditubuhkan pada 10 September 2019 di Kolej Universiti Islam Perlis.
Persatuan terdiri daripada 30 orang ahli peserta dan mempunyai penasihat iaitu
Puan Ainur Shakirah Binti Muhammad Hissam serta merupakan Ketua Unit Bahasa
Melayu. Pertandingan ini merupakan julung kalinya diadakan di Kolej Universiti
Islam Perlis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2019 anjuran Persatuan Bahasa
Melayu dengan kerjasama dengan Pusat Bahasa & Pengajian Umum. Pertandingan
ini memfokuskan kempen cintai Bahasa Melayu yang dipelopori penganjurnya oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun
ini ialah ‘’Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita’’. Pelbagai pertandingan akan
dijalankan sempena bulan Bahasa Kebangsaan yang akan memberikan manfaat
kepada Mahasiswa KUIPs.

3.0 SASARAN PROGRAM

 50 orang peserta yang terdiri daripada Mahasiswa Kolej Universiti Islam


Perlis (KUIPs).
4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini bertujuan untuk :

 Memartabatkan bahasa Melayu melalui pelbagai aspek dalam bidang yang


boleh memajukan ke arah melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelas
dunia yang praktikal serta realistik.
 Mahasiswa dapat menguasai kemahiran berinteraksi secara lisan dan tulisan
di khalayak orang ramai.
 Memupuk potensi Mahasiswa dalam melahirkan idea dan hujah serta
berkeyakinan dalam menghasilkan penulisan.

5.0 TARIKH DAN HARI PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan pada 16 November 2019 bersamaan pada hari
Sabtu.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Oktober, Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat


Bahasa & Pengajian Umum akan mengadakan pertandingan berbalas pantun,
mendeklamasikan sajak dan syair serta mengarang esei sempena Bulan Bahasa
Kebangsaan di Auditorium, KUIPs. Pertandingan ini melibatkan 50 orang peserta
yang terdiri daripada mahasiswa KUIPs. Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada
tahun ini ialah ‘’Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita’’. Persatuan Bahasa
Melayu akan menjemput juri-juri yang terdiri daripada pensyarah Kolej Universiti
Islam Perlis.

7.0 TEMPAT PROGRAM / AKTIVITI

Auditorium, KUIPs
8.0 ANJURAN

Persatuan Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Bahasa & Pengajian


Umum

9.0 TEMA

‘’CINTAI BAHASA KEBANGSAAN KITA’’

10.0 STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

12.0 BELANJAWAN

Sila rujuk Lampiran C


13.0 PENUTUP

Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu mengharapkan jasa baik semua


pihak yang terlibat dalam meluluskan kertas kerja ini. Pihak kami berharap agar
program ini dapat dijalankan dengan lancar dan secara tidak langsung mencapai
objektif sebagaimana yang telah dirangka. Kami yakin program ini memberi
manfaat yang berguna kepada para peserta agar dapat memartabatkan bahasa
Melayu melalui pelbagai aspek dalam bidang yang boleh memajukan ke arah
melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal serta
realistik. Di samping itu, Mahasiswa dapat menguasai kemahiran berinteraksi
secara lisan di khalayak orang ramai dan memupuk potensi Mahasiswa dalam
melahirkan idea dan hujah serta berkeyakinan dalam menghasilkan penulisan.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan untuk menjayakan program ini. Oleh
itu, segala kerjasama yang diberikan dalam program ini amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Lampiran A

JAWATANKUASA PERLAKSANA PERTANDINGAN BERBALAS


PANTUN,PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK/SYAIR DAN
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SEMPENA BULAN BAHASA
KEBANGSAAN 2019

Penasihat : Puan Ainur Syakirah Binti Muhd Hissam


Pengerusi : Hani Erwan Bin Sarbini
Naib Pengerusi I : Nur Hafifah Binti Yaziz
Naib Pengerusi II : Muhammad Suhail Bin Yusof
Setiausaha I : Umi Marnis Nabila Binti Rusmizan
Setiausaha II : Nadia Nabila Binti Muhamadruzi

Bendahari : Ahmad Ash-Shatibi Binti Aswady

Exco
Exco Protokol & Majlis : Muhammad Amin Bin Mohd Suhailmi
Exco Multimedia & Dokumentasi : Rosaizad Bin Rosli
Exco Aktiviti : Mohd Arif Syarifuddin Bin Ali
Exco Tugas Khas : Nur Afifah Binti Jailani
Lampiran B

TENTATIF PERTANDINGAN

Tarikh Cadangan Aktiviti Masa Tempat


Pertandingan 0800 – 1000 pagi Auditorium
Berbalas Pantun
Pertandingan 800 – 1100 malam Auditorium
16 November 2019
Mendeklamasi
(Sabtu)
Sajak/Syair
Pertandingan Bebas Bebas
Mengarang Esei
Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

A. PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH
1. Yuran Pelajar TIADA
2. KUIPs RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

B PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Sijil Peserta (50 Peserta) RM 50.00
2. Hamper
Johan RM 20 X 5 RM 100.00
Naib Johan RM 15X 5 RM 75.00
Tempat Ketiga RM10 X 5 RM 50.00
3. Gula – Gula
Air Mineral RM 25.00
Barang Hiasan
Jumlah RM 300.00

Disediakan oleh :
________________________
(HANI ERWAN BIN SARBINI)
Pengerusi,
Persatuan Bahasa Melayu,
Kolej Universiti Islam Perlis.

Disemak oleh :

_____________________________________
( NURUL SYUHADAH BINTI ABDUL HALIM )
Unit Pembangunan Pelajar,
Pusat Pengurusan Ehwal Pelajar.

Disahkan oleh : Ulasan


DR. MONA FAIRUZ BINTI RAMLI
Pengarah
Pusat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar
Kolej Universiti Islam Perlis
Tarikh :

Diperakui Oleh : Ulasan

EN.MAZLAN ZOLKIFLI CA(M)


Bendahari
Kolej Universiti Islam Perlis
Tarikh:

Diluluskan oleh : Ulasan

DR.JIHAN BINTI AHMAD


Timbalan Rektor
Bahagian Akademik & Ehwal Pelajar
Kolej Universiti Islam Perlis
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai