Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

BENGKEL PENULISAN KREATIF

TARIKH:
8 dan 22 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)

MASA:
08.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

TEMPAT:
MAKMAL KOMPUTER
SMK PETRA JAYA

PENGANJUR BERSAMA

PENGURUSAN TINGKATAN 6, SMK PETRA JAYA


PERSATAUAN KARYAWAN SASTERA SARAWAK (PERKASA)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK (DBP)

RAKAN MEDIA:
PERKASA

1
1.0 RASIONAL
Program ini adalah sebagai usaha membimbing pelajar dalam suatu bengkel
penulisan kreatif dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; khususnya
dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Petra Jaya. Bengkel intensif jangka
pendek berbentuk diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan
komprehensif kepada pelajar berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan
penulisan puisi dan cerpen. Bengkel ini sesuai bagi pelajar sekolah menengah dan guru,
yang berminat mendalami selok-belok penulisan esei, sajak dan cerpen. 

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat kebenaran mengadakan
program dan mendapat belanjawan bagi membiayai bayaran penceramah dam
makanan peserta.

3.0 JAMINAN
Di akhir bengkel ini pelajar akan memahami teknik dan selok-belok
menghasilkan manuskrip karya kreatif seperti esei, sajak dan cerpen bertemakan
Sarawak Negeri Maju Berintegriti Tinggi  pada Tahun 2030 untuk menyertai
Pertandingan Mengarang Integriti 2019

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil bakat baru penulis esei, sajak dan cerpen dalam kalangan pelajar
tingkatan enam SMK petra Jaya.
4.2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan esei, sajak dan cerpen
kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
4.3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk menyertai
pertandingan Mengarang Integriti 2019 peringkat Negeri Sarawak.
4.4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan belia
dan penulis pelbagai kaum.
4.5 Melahirkan penulis dan pencinta bahasa dan sastera dalam kalangan pelajar
tingkatan enam
5.0 PESERTA

2
5.1 Pelajar tingkatan enam yang berminat mempelajari teknik menghasilkan esei,
sajak dan cerpen bermutu.
5.2 Guru- guru yang berminat.

Para peserta wajib berpakaian sopan apabila menyertai mana-mana aktiviti


Kavyan. Sila bawa buku nota dan alat tulis untuk mencatat nota.

6.0 KARYA PESERTA

6.1 Peserta akan dibimbing mencari idea, mengumpulkan bahan dan menulis esei,
sajak dan cerpen semasa bengkel ini.
6.2 Hasil karya akan dibincangkan dan diberi komen untuk dibaiki.
6.3 Hasil karya yang sudah dibaiki akan dihantar untuk menyertai
Pertandingan Mengarang Integriti 2019 bertemakan Sarawak Negeri Maju
Berintegriti Tinggi  pada Tahun 2030 untuk

7.0 SIJIL PENYERTAAN:

Setiap peserta yang  menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima sijil


penyertaan.

8.0 PENCERAMAH/PEMBIMBING:

Encik Ja,afar bin Haji Hamdan Penolong Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak dan Presiden Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA).
Berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan.

9.0 BAHASA

Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain


hanya mengikut keperluan.

3
10. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI KOS JUMLAH


1 Makanan 20 5.00X2 200.00
2. Bayaran Penceramah 1 150 X2 300.00
JUMLAH 500.00

11.0 JAWATANKUASA
(Lampiran 1)

12.0 Rangka Atur Cara


(Lampiran 2)

13.0 PENUTUPAN

Adalah diharapkan bengkel seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa
hadapan supaya pelajar-pelajar SMK Petra Jaya berjaya menghasilkan karya-karya yang
bermutu untuk diterbitkan dan berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan di
peringkat sekolah, bahagian, negeri atau kebangsaan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

(HAJIJAH BINTI AWI) (KHASIM BIN BRAHIM)


Penyelaras Program Pengetua
Bangkel Penulisan Kreatif SMK Petra Jaya
SMK Petra Jaya

LAMPIRAN 1
4
JAWATANKUASA BANGKEL PENULISAN KREATIF

Penasihat:
Encik Khasim bin Brahim
Pengetua SMK Petra Jaya

Penyelaras Program:
Hajijah Binti Awi
Penolong Kanan Tingkatan Enam

Jawatankuasa Kerja

Pengerusi;
NURUL EFFA MASZLIYANA BINTI MIZAM @ HALMI

Timbalan Pengerusi:
MOHAMMAD NAZARRUDDIN BIN ZULKIPLI

Setiausaha
NURUL SYAFIQAH BINTI MAT ALI

Bendahari:
SHAHRIZAT BIN SALBI

AJK Pendaftaran
NURIZZATI BINTI ABDUL TALIB

AJK Sijil dan Cenderamata


ELLVA CASSENDRA CHAI

AJK Makanan
EMMANUEL RONAN ANAK CHARLES

AJK Pengacara Majlis


 NUR ARIFAH BINTI MOHAMAD RAIS

LAMPIRAN 2

5
RANGKA ATUR CARA:

7:30 pagi
Ketibaan peserta, pengesahan pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]
8:00 pagi
Sesi Pertama
Panduan Menulis Esei
Panduan menulis Esei Integriti

09:00 pagi
Sesi Kedua
Unsur-unsur cerpen
Panduan menulis cerpen Integriti
Selingan – baca cerpen

10.00 pagi
Rehat Minum Pagi

10.30 pagi
Sesi Ketiga
Panduan menulis sajak
Panduan menulis sajak Integriti

11.30
Penyampaian sijil penyertaan
Penyampaian cenderahati
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Anda mungkin juga menyukai