Anda di halaman 1dari 16

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

FATIHAH BINTI ZULKEFLI

18DUP07F023

DI

ISA TRAVEL & TOURS SDN BHD

NO.11, LORONG MACHANG 1,

TAMAN PENGKALAN MACHANG,

SUNGAI DUA,13800 BUTTERWORTH,

SEBERANG PERAI UTARA,

PULAU PINANG

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Hospitaliti

Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat

Penganugerahan

Diploma Pengurusan Pelancongan

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

JANUARI 2009
DEDIKASI

“Khas ditujukan untuk keluarga tersayang,

Ayahanda- Zulkefli Bin Darus,Bonda- Bariza Binti Padzil,

Adinda- Basyirah, dan Muhammad Shakirin

Rakan-rakan seperjuangan”
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan berkat dan ketekunan, akhirnya saya dapat menyiapkan
laporan ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Diploma Pengursan Pelancongan. Jutaan
terima kasih ditujukan khas buat Cik Noor Zaihan Binti Ishak selaku penyelia yang banyak membantu
dengan memberi bimbingan serta teguran yang membina.

Penghargaan ikhlas kepada Encik Zaharizuan Bin Azhar selaku Penasihat Akademik dan Penyelaras
Latihan Industri di atas dorongan dan panduan yang diberi sepanjang tempoh latihan. Segala tunjuk
ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Begitu juga dengan pengorbanan dan dorongan
yang diberikan oleh ayahanda dan bonda tersayang. Terima kasih.

Buat rakan-rakan seperjuangan, semangat dan tunjuk ajar daripada kalian menjadi hadiah yang tidak
ternilai. Terima kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan yang dipamerkan. Jasa kalian semua
akan dikenang sampai bila-bila.

ABSTRAK

Pertambahan berlipat ganda jumlah pelancong antarabangsa yang melawat Malaysia mempunyai
implikasi yang penting terhadap struktur gunatenaga dalam industri pelancongan, terutamanya
dalam sektor pemasaran pelancongan, perhotelan dan pengangkutan. Aktiviti-aktiviti galakan,
pemasaran dan pembangunan produk pelancongan yang kompetitif tidak akan sempurna tanpa
penekanan yang seimbang terhadap pembangunan sumber manusia. Ia merupakan satu komponen
yang penting dalam industri pelancongan. Strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu untuk
mempertingkatkan lagi tahap profesionalisma, jenis dan kualiti perkhidmatan pelancongan yang
disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Berdasarkan seruan kerajaan, ISA Travel & Tours telah
menyedari peluang ini di samping sokongan kerajaan yang mahukan syarikat bumiputra
berkecimpung secara serius dan mampan dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara. Peluang
yang diberikan untuk menjalani latihan industri mampu menyediakan individu separa professional.
Kemahiran yang diterima mampu menyediakan pelajar menghadapi alam pekerjaan setelah tamat
pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
BAB 1: PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri
sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelatih
ditempatkan di syarikat pelancongan ISA Travel & Tours Sdn Bhd selama satu semester untuk
didedahkan dengan suasana pekerjaan sebenar.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri adalah membolehkan pelajar:

a. Membina personaliti individu.

b. Berkomunikasi dengan berkesan.

c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.

e. Menghasilkan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.


1.2 Latar Belakang Syarikat

1.2.1 Sejarah Penubuhan

Pada tahun 1990, Encik Ishak Bin Abd Hamid iaitu Pengarah Urusan ISA Travel & Tours telah
menubuhkan sebuah syarikat perkhidmatan bas pekerja di atas nama syarikat Ishak Abd Hamid &
Rakan-rakan dengan menjawat jawatan sebagai pengarah syarikat. Perniagaan bermula dengan 11
buah bas pekerja. ISA Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 November 1997 di bawah Akta
Syarikat 1965. Beralamat di No. 11, Lorong Machang 1, Taman Pengkalan Machang, Sungai Dua,
13800 Butterworth, Pulau Pinang. Syarikat ini memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM 500
000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) modal berbayar. Pada Ogos 2007, syarikat telah
memperolehi lesen untuk menjalan perniagaan ke luar negeri. Kini syarikat telah mempunyai 7 buah
bas persiaran, 2 buah van persiaran, 3 buah bas sekolah dan 2 buah bas sewa khas.
1.2.2 Carta Organisasi Syarikat

Rajah 1.1 Carta Organisasi Ahli Lembaga Pengarah

Rajah 1.2 Carta Organisasi Pengurusan Syarikat

Rajah 1.3 Carta Pemandu Bas Persiaran

Rajah 1.4 Carta Pemandu Bas Sekolah

Rajah 1.5 Carta Pemandu Bas/ Van Pekerja


1.3 Profil Syarikat

Nama Pendaftaran : ISA Travel & Tours Sdn Bhd

Alamat : No. 11, Lorong Machang 1, Taman Pengkalan Machang,

Sungai Dua, 13800 Butterworth,Seberang Perai(U),

Pulau Pinang.

No. Telefon : 04-3562943

No.Faksimili : 04-3562543

1.3.1 Tujuan Penubuhan

a. Menambahkan bilangan penyertaan bumiputera di dalam bidang bas persiaran dan pelancongan
di Pulau Pinang memandangkan bilangan yang masih sedikit.

b. Memperkenalkan destinasi yang menarik dan indah diseluruh negara kepada pelancong dari
dalam dan luar negara dengan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan cekap.

c. Menawarkan pakej perkhidmatan yang selesa, menarik dan berpatutan.

d. Menjadi agen pilihan yang unggul dalam pemasaran produk pelancongan.

e. Menjadi pilihan yang unggul dalam pemasaran produk pelancongan.

f. Menjadi perkhidmatan pengangkutan yang menjadi pilihan di Pulau Pinang.

g. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap, unggul dan professional.

1.3.2 Moto Syarikat

Moto syarikat ialah menawarkan perkhidmatan yang selesa dan cekap serta profesional.

1.3.3 Visi Syarikat

a. Menjadikan syarikat sebagai agen perkhidmatan yang pertama dijadikan pilihan oleh pelanggan.

b. Mengembangkan perniagaan ke luar negeri (outbound).

c. Menambahkan perniagaan perkhidmatan bas ekspress.


1.3.4 Misi Syarikat

a. Menjadikan pelanggan merasa dihargai dan penuh kepercayaan terhadap perkhidmatan yang
disediakan.

b. Meningkatkan mutu perkhidmatan bas dan menawarkan pakej-pakej yang menarik.

c. Menjadikan ISA Travel & Tours sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang
selesa, menarik dan cekap.

1.3.5 Logo Syarikat

1.3.6 Maklumat Am Syarikat

No.Syarikat

ISA Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 November 1997.

ISA Travel & Tours Sdn Bhd telah berdaftar dengan:

i. Kementerian Pelancongan Malaysia

No. Lesen KKKP/PLN: 3356 bagi menjalankan

a) Agen Pengembaraan

b) Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri

c) Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri

ii. Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia

(Malaysian Association of Tour And Travel Agents – MATTA)

No. Ahli: MA 0000

iii. Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia – PERDASAMA

(Malay Entrepreneur and Industrialists Association of Malaysia)

No.Ahli: 00000000
iv. Kementerian Kewangan Malaysia

Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera

No. Rujukan Pendaftaran: 357-oooooo2 bagi menjalankan

a) Pengangkutan Penumpang

b) Agen Pengembaraan

v. Setiausaha Syarikat:

1.3.7 Maklumat Ahli Lembaga Pengarah

1.3.10 Kontrak Kerajaan Yang Telah Diperolehi Oleh ISA Travel & Tours Sdn Bhd Bagi Bulan Januari
sehingga Mei 2009

1. 3.11 Syarikat- syarikat yang telah bekerjasama dengan ISA Travel & Tours Sdn Bhd
BAB 2: RINGKASAN HARIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai rumusan ringkasan harian yang dilakukan. Pelatih melihat skop
industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber
pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang. Bab ini menyenaraikan
mengenai perkara-perkara yang telah di pelajari dari minggu pertama sehingga minggu terakhir.
Pelbagai pendedahan mengenai industri sebenar di ketahui.

2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

2.2.1 Minggu Pertama

Tarikh/Hari Catatan

19.01.2009/Isnin i Menghadiri mesyuarat yang dikendalikan oleh Majlis Tindakan Pelancongan


Negeri, (MTPN) Pulau Pinang di Tingkat 56, Kompleks Tun Abdul Razak(KOMTAR). Bertajuk “XCape
Holiday Participations 2009”.

20.01.2009/Selasa i Membantu staff membuat permohonan Pengecualian Pemandu Pelancong


Sempena Musim Perayaan dengan kerjasama Atieza Trans Holiday, Terengganu

ii Diberikan tugasan memperbaharui Kontrak dengan syarikat penginapan dan pengangkutan di


seluruh Malaysia. Pelatih diberi kepercayaan daripada pengurus untuk menandatangani segala
‘Contract Rates’ yang telah diterima buat pihak pengurus.

21.01.2009/Rabu i Diperkenalkan dengan sistem ‘Smart Pay’ Petronas. Sistem ini merupakan sistem
penggunaan bahan bakar.

ii Diberikan tugasan memperbaharui Kontrak dengan syarikat penginapan dan pengangkutan di


pulau-pulau seluruh Malaysia.

22.01.2009/Khamis i Bertemu pelanggan di Penang Bridge Sdn Bhd untk penyelesaian pembayaran
perkhidmatan yang telah diberikan disamping mengaturkan sesi lawatan yang baru buat pelanggan.

23.01.2009/Jumaat i Mempelajari mengenai peraturan penggunaan Pemandu Pelancong di dalam


setiap bas persiaran syarikat.

ii Mempelajari cara penyelesaian masalah di dalam penggunaan khidmat Pemandu Pelancong.


24.01.2009/Sabtu i Menerima pembayaran daripada pelanggan secara ‘walk in’ .

ii Merekodkan wang yang diterima daripada pelanggan ke dalam buku Wang Keluar/Masuk dan
menyerahkan wang kepada pengurus syarikat. Di sini saya mengamalkan konsep amanah dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.

Ringkasan harian dibuat dalam bentuk jadual..tapi dah copy paste lam ni x jadi petak

2.4 Kesimpulan

Melalui program latihan industri ini, pelatih telah banyak didedahkan dengan lapan komponen di
dalam industri hospitaliti dan pelancongan. Sesuatu pembangunan pakej boleh mencapai kejayaan
hanya dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak dan perancangan yang teliti dan baik. Pelatih
berpendapat bahawa koordinasi antara semua pihak termasuklah operator pelancongan lain di
dalam sektor ini adalah sangat penting.

Selepas latihan ini, pelatih merasa lebih memahami peranan- peranan yang dimainkan oleh operator
pelancongan, agensi pelancongan, dan sektor penginapan. Dengan itu, pelatih lebih jelas dengan
bidang kerjaya yang diminati dan dapat membuat perancangan untuk menceburinya selepas tamat
pelajaran di Politeknik.
BAB 3 : PENGURUSAN AGENSI PELANCONGAN

3.1 Pengenalan

Perniagaan pelancongan mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi di samping memberi


impak positif kepada sosial dan persekitaran. Pertumbuhan dalam industri pelancongan sebenarnya
di pengaruhi dan dikuasai oleh pasaran pelancong. Ini membuktikan bahawa industri pelancongan
sebenarnya merupakan kombinasi perniagaan-perniagaan kecil yang berkaitan iaitu penginapan,
pengangkutan, hiburan dan membeli-belah termasuklah perniagaan syarikat pelancongan. Pada bab
ini pelatih telah merekodkan beberapa perkara yang dipelajari mengenai pengurusan agensi.

3.2 Dekorasi Reka Bentuk Pejabat

Pelatih memerhatikan kawasan pejabat masih terdapat beberapa bahagian di dalam pejabat yang
kelihatan agak bersepah. Maklumat-maklumat di papan-papan kenyataan dan papan-papan
maklumat tidak diperbaharui. Oleh itu, pelatih telah membuat sedikit pengubahsuaian. Pekerja-
pekerja di sana agak sibuk, pelatih mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit ubahsuai.
Kaunter hadapan disesuaikan dengan fungsi sebagai tempat menunggu sebelum membuat temujanji
dengan operator pelancongan. Kaunter Hadapan turut memainkan peranan sebagai tempat jualan.
Alat komunikasi merupakan elemen penting dalam penjualan. (Rujuk Lampiran C).

Setiap pekerja seperti operator pelancongan, bahagian akaun dan sebagainya mempunyai kawasan
bekerja sendiri. Tempat pekerja sentiasa menunjukkan penampilan yang baik. Kawasan persendirian
juga terdapat dengan wujudnya pejabat persendirian sebagai contoh Pejabat Pengurus yang
digunakan seperti pengurus mengadakan temujanji dengan pelanggan seperti pelanggan korporat.

Reka dalaman sebuah agensi pelancongan mempunyai beberapa elemen penting seperti ruang,
lampu, bunyi, warna dan aksesori. Beberapa aksesori turut digunakan seperti pokok hiasan. Cahaya
yang terang ditempat kerja adalah baik untuk semua pekerja menjalankan tugas dengan lebih baik.
Warna syiling yang digunakan adalah warna yang terang dan bersih. Mengenai bunyi pula, karpet
digunakan bagi membantu menghalang bunyi bising. (Rujuk Lampiran D). Pelatih mendapati konsep
reka dalaman agensi telah sempurna. Pelatih mengambil keputusan untuk mendekorasi beberapa
kawasan di dalam pejabat seperti papan kenyataan, rak penyusunan broshur, dan penyusunan fail-
fail di almari.
Rajah 3.1 : Proses Pengubahsuaian Pejabat

Gambarajah 3.1(a) : Lakaran Kawasan Ubahsuai

3.3 Pengurusan Kewangan

3.4 Kesimpulan

Pelatih telah memperolehi peluang untuk melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap beberapa
kawasan di pejabat. Pelatih dapat menambahkan kemahiran dalam rekaan pejabat. Melalui aktiviti
pengubahsuaian pejabat pelatih juga mendapat kerjasama dari pihak syarikat. Pelatih juga di beri
peluang untuk menggunakan mesin ‘Money Detector Machine’ disamping berpeluang
mempraktikkan segala yang di pelajari bagi sesi teori mengenai wang tiruan dan wang asli.

dan seterusnyalah untuk bab lain2..

Bab 4: laporan teknikal

Pilih satu topic huraikan cth : ticketing, visa, passport, trip, package, yang berkaitan masa anda
semua belajar sepanjang LI di syarikat terbabit
BAB 6: KESIMPULAN

Kesimpulan

Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi informasi yang berguna khususnya
mengenai perkara-perkara yang dilakukan oleh syarikat pelancongan swasta. Sepanjang menjalani
latihan di syarikat ini iaitu di syarikat ISA Travel & Tours Sdn Bhd pelatih memperolehi pelbagi
pengetahuan serta pengalaman baru yang mengajar pelatih erti kehidupan dalam kerjaya bidang
pelancongan. Di syarikat ini juga, pelatih dapat mengetahui kemampuan dan mengenalpasti
kelemahan yang ada disamping mempertajamkan lagi teori yang dipelajari di Politeknik.

Dalam tempoh 5 bulan pelatih amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar
yang diberikan oleh staff tidak kira apa jua pangkat. Pada pandangan pelatih syarikat ini merupakan
sebuah firma yang mampu berkembang pesat di dalam bidang perkhidmatan pengangkutan serta
pelancongan. Oleh demikian, kerana setiap sesuatu tugas perlukan kerjasama dalam semua
bahagian untuk memudahkan proses kerja dan mempercepatkan urusan tersebut. Pelatih juga telah
mengetahui cara-cara untuk menerima tempahan perkhidmatan pengangkutan

.....................................
Bab 5: Dapatan dan Cadangan

5.1 Cadangan

Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai. Daripada latihan ini saya ingin
membuat beberapa cadangan iaitu kepada :

i Syarikat/Firma

ii Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

5.1.1 Syarikat/Firma

Selama berada di sini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang munasabah agar reputasi
syarikat ini dapat ditingkatkan iaitu:

i Menambahkan bilangan staff untuk semua ‘department’.

ii Menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru.

iii Mewujudkan Anugerah Pekerja Cemerlang untuk menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih
keras dan berkualiti.

iv Memperluaskan perkhidmatan syarikat ke tahap antarabangsa supaya perkhidmatan yang


ditawarkan mendapat pasaran yang meluas.

v Memberikan kemudahan internet kepada setiap pekerja supaya segala urusan yang melibatkan
internet tidak akan tergendala khususnya dalam proses membuat pakej pelancongan

5.2.2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

i Memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menjalani latihan industri di dua tempat yang berbeza
samada agensi kerajaan atau swasta.

ii Memberi elaun tambahan kepada pelajar yang sedang menjalani latihan industri.
RUJUKAN

Anderson, Luella F. and Littrell, Mary Ann. “Souvenir-Purchase Behavior of Women Tourists.” Annals
of Tourism Research 22. 1995

Ashiba, Hiroyasu, ‘Introduction To Tourism Study (In Japanese)’: Mineruba Syobou, 1994.

Dunn, Graham M.S. “Anomie, Ego-Enhancement and Tourism.” Annals of Tourism Research 15. 1977

McIntosh, Robert W., Goeldner, Charles R., and Ritchie, J.R.Brent, ‘Tourism: Principles, Practices,
Philosophies’ (7th ed.): John Wiley & Sons,Inc.,1996.

Nurwati Badarulzaman , Kertaskerja Bengkel Asas Pemandu Pelancong Bumiputera, Universiti Sains
Malaysia, 1994.

Profil ISA Travel & Tours Sdn Bhd

Weaver, D.. ‘Ecotourism’. John Wiley & Sons Australia, Ltd. 1995

http://www.adun.penang.gov.my/QA/ViewQA.asp?QAID=6168 diakses pada 15.04.2006

http://www.motour.gov.my/index.php/Download-document/186-Garis-Panduan-Pengecualian-
TG.html diakses pada 12.02.2006

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090410211314/Article/index_h
tml diakses pada 10.04.2006

Anda mungkin juga menyukai