Anda di halaman 1dari 8

PROPOSAL

TEMA : SEJARAH PENDIDIKAN

TAJUK: Sejarah Perkembangan dan Pencapaian Kokurikulum dari tahun 2010

hingga 2015.

PENGENALAN

Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan

selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah. Menurut Peraturan

Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau

‘kegiatan luar darjah’. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di

bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula

menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk

menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

dipelajari dalam bilik darjah.” Antara kokurikulum formal merangkumi aktiviti-aktiviti

persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum

atau selepas waktu persekolahan. Oleh itu, suatu kajian tentang sejarah perkembangan

dan pencapaian kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau

Pinang telah dilaksanakan oleh pengkaji.


OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tentang sejarah

perkembangan dan pencapaian kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala

Batas, Pulau Pinang. Secara umunnya, terdapat tiga objektif utama dalam perlaksanaan

kertas kursus ini.

Antaranya adalah mengenalpasti sejarah latar belakang kokurikulum di SMK

Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga tahun

2015. Manakala objektif yang kedua adalah mengkaji pencapaian kokurikulum di

SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga

tahun 2015. Selain itu, objektif yang ketiga adalah melihat perkembangan

kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari

tahun 2010 hingga tahun 2015.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini telah dilakukan adalah untuk mengetahui apakah sejarah latar

belakang kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari

tahun 2010 hingga tahun 2015. Dalam kajian ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat

tambahan tentang apakah sejarah latar belakang kokurikulum dengan terperinci dalam

perlaksanaan kerja kursus ini..


Manakala persoalan kajian yang kedua adalah apakah pencapaian kokurikulum di

SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga tahun

2015. Hal ini dapat mengkaji pencapaian kokurikulum di sekolah tersebut. Oleh itu,

pengkaji akan mengenalpasti pencapaian-pencapaian kokurikulum di sekolah tersebut.

Selain itu, persoalan kajian yang terakhir adalah apakah perkembangan

kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari tahun

2010 hingga tahun 2015. Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui perkembangan

kokurikulum di sekolah tersebut dari tahun 2010 hinggan tahun 2015.

SKOP KAJIAN

Dalam kajian ini, skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, pengkaji

telah memfokuskan kepada kawasan sekolah SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala

Batas, Pulau Pinang. Oleh itu, jarak antara sekolah tersebut dengan Padang Serai lebih

kurang 19 kilometer. Majoriti penduduk di kawasan ini ialah masyarakat bandar yang

menjalankan kegiatan perniagaan.

Dari segi tempoh kajian, pengkaji telah menetapkan tempoh masa iaitu dari tahun

2010 hingga tahun 2015. Selain itu, tempoh kajian dengan selama 5 tahun ini telah dipilih

disebabkan sepanjang masa tersebut telah berlaku perkembangan yang pesat dalam

pencapaian kokurikulim di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Manakala dari aspek yang dikaji, terdapat 3 aspek telah difokuskan dan diberi

tumpuan oleh pengkaji. Antaranya ialah sejarah latar belakang kokurikulum di SMK

Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga tahun 2015.

Oleh itu, pelbagai pihak dapat memahani sejarah latar belakang kokurikulum dengan

terperinci terhadap sekolah tersebut.

Seterusnya, kajian ini juga memberikan tumpuan kepada pencapaian kurikulum

dari tahun 2010 hingga tahun 2015 sekolah tersebut. Pengkaji juga menerangkan

pencapaian kokurikulum dengan teliti di sekolah tersebut dalam perlaksanaan kertas

kursus ini.

Di samping itu, pengkaji juga telah memberi tumpuan kepada perkembangan

kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang. Hal ini

merujuk kepada perkembangan kokurikulum di sekolah tersebut dari tahun 2010 hinggi

tahun 2015.

SOROTAN KAJIAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis kajian lepas yang mempunyai kaitan dengan

kokurikulum di Malaysia. Namun begitu, majoriti kajian lepas adalah lebih menumpu

kepada perkembangan kokurikulum dalam suatu sekolah. Hanya terdapat sebilangan

kecil sahaja yang menjalankan kajian tentang kokurikulum di kawasan luar bandar.

Menurut Pengarah Pendidikan negeri Pulau Pinang, Shaari Osman berkata, tumpuan

utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-
kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin,

bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa

depan. Katanya, sokongan dan dorongan terhadap anak dilihat satu langkah bijak bukan

sahaja kejayaan mampu dicapai di peringkat sekolah malah mereka mampu mencipta

nama ke peringkat antarabangsa melalui aktiviti ko-kurikulum di luar negara. Beliau juga

berkata "Kita ingin tarik lebih ramai ibu bapa ke sekolah selain bertukar-tukar maklumat

baik dari segi prestasi pelajaran anak dan aktiviti ko-kurikulum dan pihak sekolah juga

perlu lebih maju ke hadapan untuk melaksanakan transformasi pendidikan di dalam kelas

agar lebih mantap.

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK LKTP Bukit Besar, Puan

Shamsiah Hussien, berkata bahawa aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal

di sekolah akan membantu porses perkembangan potensi murid yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan

Negara. Beliau juga mengatakan bahawa “ Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih

muriduntuk menjadi seorang pemimpin kerana apabita memegang sesuatu jawatan,

mereka akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuannya.”

Manakala Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sains

Malaysia (USM), ACP Kor SUKSIS, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed,

merangkap Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) USM berkata

bahawa keharmonian hanya mampu dicapai sekiranya pelajar yang berbilang kaum saling

bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam apa juga perkara serta

kokurikulum memainkan peranan utama bagi menyatukan semua pelajar berbilang kaum.
KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan

maklumat tambahan dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Selain itu, pengkaji akan

menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi sumber primer dan sumber

sekunder. Dengan ini, pengkaji telah menjalankan penyelidikan perpustakaan di

Perpustakaan SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang dan

Perpustakaan Daerah SPU, Kepala Batas, Pulau Pinang. Hal ini membolehkan pengkaji

untuk mendapatkan rekod-rekod pencapaian kokurikulum sekolah tersebut.

Seterusnya, pengkaji juga menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan

sokongan kajian dan maklumat tambahan tentang kokurikulum diSMK Datuk Haji Abdul

Kadir. Terdapat soalan-soalan yang telah dirangka oleh pengkaji bagi mendapatkan

maklumat berkenaan dengan kajian ini. Antara yang penglibatan responden adalah Puan

Nor Azizah Binti Hashim dan Puan Halimah Binti Rabani selaku Ketua Unit

Kokurikulum.dan Penolong Ketua Unit Kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir.

Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakamkan.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pembahagian struktur esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan

menjelaskan latar belakang kokurikulum di Malaysia dan sejarah penubuhan SMK Datuk

Haji Abdul Kadir.


Bagi bahagian isi, pengkaji akan menerangkan latar belakang kokurikulum di

SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang. Seterusnya, pengkaji juga

akan menjelaskan pencapaian kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala

Batas, Pulau Pinang. Selain itu, pengkaji akan menjelaskan perkembangan kokurikulum

di SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Di samping itu, bagi bahagian kesimpulan, pengkaji dapat merumuskan bahawa

hasil kajian dan pandangan terhadap perkembangan kokurikulum di SMK Datuk Haji

Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang.

PENUTUP

Dengan adanya kajian ini, pengkaji berharap bahawa pencapaian dan

perkembangan kokurikulum di SMK Datuk Haji Abdul Kadir dapat diteruskan dan

mencapai matlamat sekolah pada masa hadapan. Oleh itu, pihak sekolah perlulah

memberi komitmen yang tinggi terhadap kokurikulum di sekolah bagi memastikan

pencapaian kokurikulum dapat mencapai di persada dunia serta melahirkan modal insan

yang berpengetahuan dan cemerlang dalam bidang kokurikulum.


Berita Harian, 9 Oktober 2017, Manfaat Aktif Kokurikulum, Guruenolong Kanan

Kokurikulum SK LKTP Bukit Besar, Puan Shamsiah Hussien

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-

malaysia/20190403/282518659864221

KOKURIKULUM WADAH PERKUKUH PERPADUAN PELAJAR

PULAU PINANG, 21 November 2018

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Sains Malaysia (USM),

ACP Kor SUKSIS, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, merangkap Komandan

Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) USM

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/6007-kokurikulum-wadah-

perkukuh-perpaduan-pelajar

https://onedrive.live.com/edit.aspx?

cid=4fcea2d66cd46553&page=view&resid=4FCEA2D66CD46553!

112&parId=4FCEA2D66CD46553!101&app=Word

Anda mungkin juga menyukai