Anda di halaman 1dari 98

Nota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT

Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga
masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria ,
masyarakat maritim dan masyarakat industri.
1.1 MASYARAKAT FEUDAL
Pengenalan
Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat
hidup.

dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan

Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran
tertentu.

Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.

Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.

Pengertian

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik


tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.

Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat


(hierarki)

Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan
golongan yang DIPERINTAH.

Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.

Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.

tempatan yang ditadbir oleh individu-individu

Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.

Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan
oleh orang Gasar.

Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.

Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus.

Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka :

-sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja orang Gasar kerana mereka mendapat
perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.

Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :


-Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
-Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.

Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka
mereka :
-Memerlukan perlindungan.
-Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan
hamba-hambanya.

Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua
penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.

2) Pengaruh Rom

Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil
alih pentadbiran tempatan.

golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.

Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.

Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)

Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet.

Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini
dikenali sebagai precarium.

Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.

Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium.
Berdasarkan amalan ini :
- Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara
kehidupan mereka.
-Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.

Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan
patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.

3)Pengaruh Jerman

Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang
mereka amalkan di Jerman :
-Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
-Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan
makanan dan senjata kepada orangnya.

Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera
persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal


1. Susunan masyarakat secara berperingkat
- Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.
- ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan bangsawan/tuan tanah(baron), ahli
agama dan petani(serf)
- JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .
2. Hubungan dua hala(timbal balas)
- Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.
- Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada
raja.
- Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan
tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.
3. Hubungan petani dengan tuan tanah
- Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .
- Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
- Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
- Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi
hamba kepada tuan tanah.
- Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah
mereka.
4. Kuasa Raja
ENGLAND :
- Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
- Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
- Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan
kuasa golongan bangsawan .
JEPUN :
- Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
- Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
- Maharaja ditempatkan di Kyoto.
- Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
- Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
- Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .
5. Tentera/Peperangan
ENGLAND :
- Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
- Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
-Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.
JEPUN :
-Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
- Mereka menjadi tentera kerajaan.
- Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.

6. Kedudukan lapisan bawah


ENGLAND :
- Petani pada kedudukan rendah di England
- Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.

JEPUN :
- Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
- Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
- Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan
dasar tutup pintu.

KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA


Pengenalan / Definisi Masyarakat Agraria

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi


berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber
kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan
keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.

Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan
kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai
mendapan tanah lanar yang subur.

Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap
ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan
makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian
tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat
maritim dan saling bergantungan.

Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian di England


pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah
dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat
dengan akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari dan
melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada pertanian
ladang dan dalam skala yang besar.

Manakala masyarakat agraria di China terbentuk disebabkan sebahagian besar kawasan


negara tersebut mempunyai tanah yang subur, disaliri oleh Sungai Hwang Ho dan diselaputi
oleh iklim yang bersesuaian menjadikan negara berkenaan sesuai ditanam dengan pelbagai
jenis tanaman. Namun demikian pada peringkat awal kemunculan masyarakat agraria di China,
kegiatan mereka dikawal oleh golongan pemerintah dan menggunakan peralatan tradisional.

Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan
kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang
subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan
lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.

CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA.

Masyarakat agraria di negara Belanda dan China boleh dihuraikan dalam beberapa aspek
utama seperti kegiatan ekonomi yang dijalankan, kawasan penempatan mereka, sistem
pengairan, kesuburan tanah petanian, dan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.

1. Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan

Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria adalah berasaskan kepada kegiatan
pertanian dan penternakan. Di samping itu mereka juga menjalan kegiatan sampingan yang lain
seperti memunggut hasil hutan.

Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan dalam bentuk sara diri iaitu sekadar
untuk menampung keperluan harian sahaja. Mereka akan menanam sayur-sayuran, buahbuahan dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.

Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan penternakan sebagai sumber
keperluan protien yang mencukupi untuk mereka. Binatang yang diternak oleh mereka seperti
lembu, kambing, ayam dan biri-biri.

2. Kawasan Petempatan

Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan yang subur untuk menjalankan
kegiatan pertanian seperti di lembah sungai dan delta sungai. Kawasan ini menjadi tumpuan
mereka kerana kawasan ini terdapat mendapan tanah lanar yang subur. Contohnya,
masayarakat agraria di China membuka petempatan di sekitar lembah Sungai Kuning.

3. Sistem Pengairan

Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam membina sistem
pengairan bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka mempunyai kemahiran
dalam membina terusan, kolam takungan air dan tali air.

Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya pertambahan keluasan kawasan
pertanian kerana kawasan yang jauh dari sumber air juga dapat diusahakan dengan adanya
terusan. Selain itu, kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan
adanya sistem pengairan ini.

Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk mengairan kawasam pertanian
mereka. Manakala di Belanda pula, mereka menggunakan kaedah kincir angin untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian.

4. Kesuburan Tanah

Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi bagi membolehkan kegiatan pertanian
dijalankan, maka masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui bagaimana cara-cara dalam
memelihara kesuburan tanah pertanian ini. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk
meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian.

Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli (najis binatang) yang diperolehi daripada
kawasan penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

Selain itu, mereka juga menggunakan teknik memugar tanah pertanian dan mengamalkan sistem
tanaman giliran untuk mengekalkan tahap kesuburan tanah.

5. Peningkatan Penggunaan Teknologi

Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta peralatan-peralatan baru bagi
menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Masyarakat di Belanda telah menggunakan mencipta tugal
dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.

Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik pertanian untuk meningkatkan

pengeluaran hasil pertanian seperti memperkenalkan sistem tanaman giliran.

SEJARAH TAMADUN DUNIA (PENGGAL 1) TEMA 1: MASYARAKAT

Maksud dan Ciri-Ciri Masyarakat Agraria


Masyarakat Agraria Di Belanda
Masyarakat Agraria Di China
Masyarakat Feudal Di England dan Jepun
Masyarakat Industri Di Jerman
Masyarakat Industria Di England
Masyarakat Maritim Di Jepun
Masyarakat Maritim Di Portugal
Modul Sejarah Dunia (1500-1955)
Sistem Feudal di Eropah (England)
Struktur Masyarakat Feudal Jepun

TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Kerajaan Kesatuan Perancis

Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

Penyatuan Itali

Penyatuan Jerman

Raja Berkuasa Mutlak dan Berperlembagaan di England

Raja Berkuasa Mutlak dan Berperlembagaan di Perancis

Sistem Beraja Di Rusia

Sistem Bermaharaja Di China

Sistem Pembesar Di China

Sistem Pembesar Di Rusia

Usaha Penyatuan Penduduk Jerman Oleh Bismarck Selepas tahun 1871

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

Ekonomi Feudalisme Di China

Ekonomi Feudalisme Di Jerman

Ekonomi Feudalisme Di Perancis

Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di England

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Perang Dunia Pertama

SEJARAH ISLAM PENGGAL KE-2

Ciri-Ciri Seni Bina Islam Di India

Etika Dan Strategi Peperangan Dalam Islam

Etika Dan Strategi Peperangan Dalam Islam (MicrosoftWord)

Hijrah Nabi Muhammad SAW

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad Sebagai Seorang Negarawan

Pelaksanaan Baitulmal Di Zaman Khulafa' al-Rasyidin

Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab

Perkembangan Pendidikan Di Acheh Dan Mesir

Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz

Sumbangan Oleh Ibnu Khaldum

: MASYARAKAT AGRARIA : DEFINISI/MAKSUD

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

PERKEMBANGAN MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA

Perkembangan Masyarakat Agraria di Belanda

Mengikut pengembara Eropah, masyarakat agraria di Belanda mula mengalami perkembangan


yang pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17 M. Perkembangan ini dapat
dilihat melalui penggunaan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan
negara-negara Eropah yang lain, pengenalan pelbagai jenis tanaman baru dan turut menjadi
pembekal produk tenusu ke negara-negara lain.

Perkembangan masyarakat agraria di Belanda dapat dilihat melalui perkembangan pertanian,


penternakan, hortikultur, kegiatan menebus tanah, dan penggunaan teknologi berkaitan dengan
teknik serta kaedah pertanian.

1. Perkembangan kegiatan pertanian

Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada abad ke-17, akibat berlakunya
pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan bandar negara Belanda. Masyarakat

petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara
kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran
tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.

Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan
teasel. Mengikut KHD Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak
makan sayur-sayuran di Eropah.

Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman lain seperti barli, gandum,
semanggi, kekacang, biji kol, mader dan hem.

Barli merupakan tanaman dominan di Belanda, namun pengeluarannya semakin merosot


menjelang abad ke-16 dan ke-17 M. Selepas itu, gandum telah menjadi penting menjelang abad
ke-17 M. Gandum telah ditanam oleh petani secara intensif dan lebihan hasil akan dijual.
Tanaman semanggi pula ditanam dibahagian utara Belanda pada tahun 1644 M untuk
dijadikan sebagai makanan binatang ternakan terutama lembu. Tanaman kekacang seperti
beans dan kacang peas merupakan tanaman penting di Belanda.

Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian utara Belanda dan diproses untuk
menghasilkan minyak. Hampasnya pula telah dijadikan makanan binatang ternakan pada
musim sejuk. Tanaman ini mula berkembang dan ditanam di Zeeland, Bogaurden, Friesland,
Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstien.

Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-13 dan ke-14 M apabila industri
tekstil mula muncul di Leiden dan bandar-bandar lain di Belanda di mana tanaman ini telah
dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini ditanam secara meluas di bahagian
barat daya Belanda, Flanders, dan Brabant Barat. Tanaman Mader telah dieksport ke
pelabuhan di bahagian selatan dan timur England. Pulau Schouwen telah menjadi pusat
tanaman mader yang penting menjelang tahun 1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M.
Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang memproses mader dan ini telah
menjadikan Rotterdam muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran mader di Belanda.

Penanaman hem pula ditanam dengan meluas di wilayah-wilayah Holland, Utrecht,


Alblasserwaard, Lopikerwaard dan Krimpenerwaard pada abad ke-16 M. Tanaman ini
digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.

2. Perkembangan Bidang Penternakan

Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga dijalankan secara giat di bahagian timur
Belanda seperti sekitar bandar-bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan bidang
penternakan didorong oleh berlakunya pertambahan penduduk di Belanda dan seterusnya
menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bekalan daging lembu pada abad ke-16 M dan
abad ke-17 M. Ini telah menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan
kepada sektor penternakan.

Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada akhir abad ke-16 M kepada 24 ekor pada
pertengahan abad ke-17 M. Lembu-lembu tenusu yang diternak di Belanda daripada baka
lembu tenusu yang terbaik di Eropah. Penternakan lembu bertambah maju dengan adanya
penanaman rumput berkualiti dan pengenalan tanaman bergilir.

Pertambahan penduduk di bandar telah mendorong peningkatan permintaan susu lembu di


Belanda iaitu 2000 liter susu setahun sekitar tahun 1570. Pada tahun 1660, kandang-kandang
lembu telah dilengkapi dengan peralatan bagi memproses susu lembu terutama di daerah
Amstelland.

Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel dan Wieringan dan
Pulau Grind. Penternakan ini dijalankan untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di
bandar-bandar dan luar bandar.

Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan tenusu dalam menghasilkan
keju dan mentega yang terbesar di dunia serta berkualiti tinggi sejak abad ke-16 M dan abad
ke-17 M terutama di Holland dan Friesland. Produk ini akan dieksport ke England, Perancis,
Sepanyol dan kawasan pedalaman Jerman. Keju yang dihasilkan dengan menggunakan
teknologi yang lebih maju dan tinggi. Hasil keju ini memberi sumbangan pendapatan tahunan
kepada Belanda sebanyak 6.4 juta pound. Manakala mentega pula telah dihasilkan di daerah
Rijnland dan Delfland. Bandar Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega yang
bermutu tinggi di Belanda.

3. Perkembangan Bidang Hortikultur

Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya pertambahan penduduk, peningkatan
taraf hidup dan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat-pusat hortikultur telah muncul
di bandar-bandar seperti Leiden, Delft, De Langedijk dan Enkhuizen. Bidang ini meliputi
penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.

Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi telah
ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Tanaman kubis dan lobak ditanam secara
bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Streek di daerah Enkuizen. Buah-buahan pula
telah ditanam di kawasan Aalsmeer dan Boskoop seperti strawberi. Sayur-sayuran dan buahbuahan ini telah dihantar ke Amsterdam dan Leiden melalui pengangkutan air.

Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan seperti tulip dan hop. Bunga tulip telah
mendapat permintaan yang tinggi dan ini telah mendorong peningkatan harganya. Bunga hop
pula telah ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang sungai Maas. Bunga hop telah
digunakan dalam industri penghasilan minuman keras (beer) di bandar-bandar Haarlem, Delft
dan Gouda. Terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun
1600-1621 M.

4. Perkembangan Kegiatan Menebus Guna Tanah

Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai pertalian yang rapat dengan kegiatan menebus
guna tanah kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut. Ini telah
menyebabkan kawasan pertanian yang terletak di pinggir laut ditenggelami air laut. Keluasan tanah yang
ditebus guna untuk pertanian di negara Belanda telah dijalankan dari tahun 1545 sehingga tahun 1814.
Muara Sungai Middeizee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.

Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk
tujuan pertanian. Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang ditebus guna meningkat kepada 49%, iaitu
daripada 85 000 hektar kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan
tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300
hektar ditebus guna.

5. Perkembangan Teknologi Pertanian

Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang pesat dalam teknik dan
kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M berbanding dengan negara-negara
Eropah yang lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah kajian
mengenai sistem pertanian Belanda, pengenalan sistem tanaman bergilir, sistem penanaman rumput
ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan penciptaan
peralatan pertanian.

Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan terutama mengenai teknik dan kaedah
pertanian yang di perkenalkan oleh masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England
seperti Sir Richard Weston, Lord Townshend, Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff, Andrew
Fletcher of Saltoun, James Meikle, Bartholomew Rocque, Patrick Neill dan William Speechley. Hasil
kajian mereka, menunjukkan petani-petani di Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman giliran,
sistem penanaman rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet, Timothy Grass dan Turnip dan mencipta
peralatan seperti tenggala dan mesin menampi.

Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman.


Dalam sistem penggiliran yang diamalkan di Belanda, penanaman secara intensif telah dijalankan di
mana tanah rang telah ditanam dengan kacang tanah, ubi-ubian, jagung dan bijirin seperti gandum, barli,
oat yang menjadi sumber utama Belanda.

Sistem penggiliran ini melibatkan penanaman jagung musim sejuk (satu tahun), jagung musim panas
(satu tahun), tanah rang (satu tahun) dan penanaman rumput (3 atau 6 tahun) diamalkan. Sistem
penggiliran ini telah diamalkan di bandar Ghent (1323), St. Pieters ter Aalst (1368) dan Lede yang
terletak di Alost pada tahun 1372. Sistem penggiliran tanaman juga diamalkan secara meluas di wilayah
Waes (Belanda) pada tahun 1644. Sistem tanaman ini masih dipraktikkan di ladang-ladang yang terletak
di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan
tanah dan
meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.

Petani-petani Belanda juga memperkenakan sistem penanaman rumput ternakan untuk ternakan
pada tanah rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan tanah rang selepas jagung dituai.
Terdapat bukti mengenai penanaman tanaman rumput di tanah rang pada pertengahan abad ke-15 M
iaitu pada tahun 1498 di Louvain.

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas. Melalui
sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Bagi
memelihara kesuburan tanah, kedudukan batas diubah setiap tahun. Sistem penanaman di atas batas
menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran di perkenalkan. Sistem Penanaman Deretan
diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Sistem penanaman dalam
deretan bagi tanaman komersial digunakan sejak abad ke-14 M.

Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara kesuburan
tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan aktiviti berikut melakukan
pemugaran tanah pertanian, menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman perosak.

Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis
ternakan yang diperolehi daripada kawasan-kawasan penternakan lembu.

Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan pertanian. Antara
peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang digunakan oleh petani di Gelderland,
mencipta tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PRA U

Cara Menulis Nota Kaki atau Nota Akhir

Kriteria Penulisan Jawapan Yang Baik

Menulis Bibliografi Esei Ilmiah

Panduan Menulis Esei Ilmiah

Panduan Menyediakan Cadangan Penyelidikan atau Proposal Esei Ilmiah

Anda mungkin juga meminati:

MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN

KERAJAAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

MODUL SEJARAH DUNIA (1500-1955)

RUJUKAN UTAMA SEJARAH DUNIA PENGGAL 1

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA


Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal diamalkan di China. Masyarakat China
mengamalkan kegiatan ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan dan berbentuk secara
sara diri. Di samping itu, masyarakat petani China juga menghasilkan barangan kraf tangan yang amat
diperlukan.

Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk
kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di
sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan
hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun
berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada pelbagai
jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.
Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong perkembangan pertanian di negara China
menjelang abad ke-16 M dan abad ke-17 M seperti kegiatan ekonomi sara diri, sistem pengairan,
pertanian komersial, kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru pertanian.
1. Kegiatan Ekonomi Sara Diri / Tanaman Utama
Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-17 M adalah bercorak sara diri.
Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu
meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.
Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali
setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawasan
tanah tinggi yang kekurangan air.
Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli,
jagung, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman baru ini
telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria. Masyarakat China yang
tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di
sekitar Sungai Heilongjiang.
Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China. Tanaman
gandum ditanam secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian utara Anhui
dan Hupeh.
Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.
Koaling merupakan tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur laut China. Selain itu,
tanaman bijirin lain seperti barli dan oat juga ditanam di bahagian-bahagian tertentu di negara
China.
Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di negara China dimiliki oleh maharaja
dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu
aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini
akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan. Penguasaan
tanah pertanian oleh golongan tuan tanah menyebabkan petani menjadi penyewa dan serf
2. Petempatan
Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini
mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat
pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada
masyarakat agraria di China.
3. Pengetahuan Menjaga Kesuburan Tanah
Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang petanian juga adalah disebabakan

mereka mempunyai pengetahuan dalam menjaga dan memelihara tahap kesuburan tanah. Untuk
menjaga kesuburan tanah, mereka menggunakan sistem penggiliran tanaman dan menggunakan
baja asli yang diperolehi daripada najis ternakan.
4. Sistem Pengairan
Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan kemajuan dalam
teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan
mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian,
mengelakkan banjir dan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.
Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
membolehkan penanaman padi dijalankan. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian daripada
terusan dan kolam takungan air dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan
dengan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia.
Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah empangan telah
digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan kawasan
pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan
pertanian seperti projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta
hektar.
5. Pertanian Komersial
Menjelang abad ke- 16 M dan 17 M, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China dan
mula berkembang pesat terutama semasa pemerintahan Maharaja Chien-Lung pada abad ke-18
M. Perkembangan ini menyebabkan sistem penanaman komersial mula diperkenalkan seperti
tembakau, kapas, mulberi dan tebu.
Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah Kwangsi dan Fukien. Tanaman
kapas ditanam secara meluas di wilayah Kiangsu, Sungkiang, Tai-tsang dan Tung-chou. Kapas
telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tanaman tebu pula dikeluarkan di daerah
Kwangtung, Fukien dan Szechwan.
Penanaman pohon mulberi diusahakan di wilayah Kwangtung. Daun mulberi telah dijadikan
makanan ulat sutera.

6. Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian


Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa kepada kemajuan yang pesat dalam
aktiviti pertanian di negara China, antaranya tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling,
kolar kuda dan kereta sorong beroda dua.
Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan
tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus dan
sekata.
Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan
kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan pengangkutan barangbarang atau hasil pertanian. Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat
ketara dalam pengeluaran basil pertanian.

7. Pengenalan Kaedah Baru Pertanian


Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada pengenalan kaedah baru dalam bidang
pertanian, antaranya pengenalan sistem penanaman bergilir. Sistem ini telah diamalkan di China
sejak zaman Han lagi. Menerusi sistem penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat
dipelihara.
Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti tanaman dua pusingan dan
pengkhususan dalam tanaman juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah baru menyebabkan
pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.

Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan
yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan
diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang

ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan


saling memerlukan antara satu sama lain.

masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak


dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan
tanah), manor dan serf (petani)

manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan


tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam
pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan
kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan


kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih
tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir
sekali ialah Raja.

2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja.


Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.

3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang


hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang
diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.

4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan
kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh
raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada
vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.

5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan


khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai
penerimaan fief.

6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan


dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di
atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga
turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undangundang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi
kewangannya.

Susun lapis masyarakat feudal di England

1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu


pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan
bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau
pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat
beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang
memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua
iaitu lapisan pertama dan kedua.

2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara


langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan
pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua.
Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua
seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah
daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas
petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf
yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.

3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang


menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali
sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.
Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak
atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada
golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani
bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang
berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada
golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem
feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3

daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah


barat di kawal oleh greja.
Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam
gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur
tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah
seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri
daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua
tanggungjawab

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun

1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang
berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang
tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya
termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura antara
abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang
penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala
penghasilannya.

2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik


mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah
dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang
bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan
terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila
beberapa perubahan besar dilakukan.

3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal
di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini
merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada
pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun
kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen.
Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh
kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira
(buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada
ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta
shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan
sistem feudal di Jepun.

4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan
dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu

golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan


birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang
bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada
maharaja.

5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan
negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan
daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak
mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus
(profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa
di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.

6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan


digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak
milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan
ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun
sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Susun lapis masyarakat feudal di Jepun

1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada


golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah
Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada
petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa
pemerintahan Shogun Tokugawa.

2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas.


Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak
mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan
rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal
ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah
membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau
Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun
akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di
kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting


dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli
keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran
kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga
Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama
terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan
jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.

4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa.


Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak
dibenarkan melakukan kerja lain.

5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi.


Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan
rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan
sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup
pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan
oleh petani sahaja.

6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam
pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik
dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan
tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah
menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya
mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri
mereka.

Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun

Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan


pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid

2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas


3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda,
pedang dan baju perisai

Perbezaan:

1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan


manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh
etika Confucius
2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun
menggunakan kayu
3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun
4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah
(Knight) tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah
6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia
dilaksanakan oleh ketua tentera

Soalan-soalan Perbincangan:

1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun.


2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun
3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND


Pengenalan
Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah

ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi


perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England
pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi
perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat,
Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Revolusi perindustrian mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat


dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai
pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang
penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini
melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada
penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.

Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya


Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain)
pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam
bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria kepada ekonomi industri yang
penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau
barangan kilang.

Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu
sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset
kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan
England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian
serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertambahan penduduk yang tinggi.

Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa


jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan
modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan
bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik
kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

1. Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan


pengeluaran makanan di England.

2. Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England


telah mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan
barangan tekstil.

3. Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang
dipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak
seperti arang batu dan bijih timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan
oleh empayar England di luar negara.

4. Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada


bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama
ada dalam negara dan empayar luar England.

5. England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil


kekayaan yang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England
juga muncul sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana
tidak mendapat persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti
Perancis dan Jerman.

6. Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang
terbuka iaitu golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak,
memiliki kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan
pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat antara
kedua-duanya.

7. Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab


protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di
England) terhadap pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian.
Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi perindustrian di England
dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga memperkenalkan
kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.

8. Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih,


mesin pembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang
menggunakan kuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di
England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan
tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang
berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor industri.

Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England

1.

Kemajuan dalam sistem pertanian


-

Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan


kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761
hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta
Pemagaran Tanah.

Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18.
Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui
penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti
lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan
nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa

Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu


menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.

Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan
penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull

Pengenalan baja kimia

Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih


moden dan tebus guna tanah secara heavy manuring

2.

3.

4.

Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian


-

Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal


dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.

Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan


menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa

Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan
jentera

Kemajuan dalam sistem pengangkutan


-

Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan


seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.

Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan


enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal
semakin berkembang

Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap
jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.

Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan
lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan
perindustrian di England

Penghijrahan dan pertambahan penduduk


-

Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk.


Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800
hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar
terutamanya London

Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan


penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami
pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan
Nottinghamshire

Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di


England

5.

6.

7.

8.

Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan


peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.

Perluasan perdagangan antarabangsa


-

Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila


berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan.
Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain
kapas dari Manchester dan Leeds.

Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah


memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang
dieksport ke luar negara.

Perubahan gaya hidup


-

Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah


sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan
perlakuan jenayah dan sebagainya.

Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup


yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari,
berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.

Masalah pencemaran dan kesihatan


-

Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang


menjejaskan kesihatan masyarakat

Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan


bertambahnya kematian di kawasan bandar

Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan
memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat

Kemunculan kelas baharu masyarakat


- Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada
pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
- Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.

- Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan


perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam
bidang perdagangan dan ekonomi.

9.

Kemunculan golongan proletariat


-

Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah


pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala
golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat
upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan
dikenali sebagai golongan proletariat.

Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan


kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam
tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari

Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak


berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800
dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.

Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang
1833 dan Akta Lombong 1842.

10. Kelahiran idea-idea baru


-

Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea


baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi
dan sosial

Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon


yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang
perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.

Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa


kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan.
Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja
dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

Anda mungkin juga meminati:

MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN

MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN


Pengenalan
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas
di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi
menjana pertumbuhan ekonomi.

Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan


industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk
yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di
kawasan industri.

Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada


perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih
timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

1.

Kemajuan dalam sistem pertanian

Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan


pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor
dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.

Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah,


misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu
kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun
1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan (kimia)

Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran


iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya
jagung dan ubi kentang.

2.

Perkembangan perindustrian

Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup

Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin

3.

Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah
mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.

Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti


industri kimia dan elektrik.

Kemajuan dalam sistem pengangkutan

Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.

Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa
perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan
kereta api.

Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh
pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.

4.

Perdagangan antarabangsa

Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di


Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga
mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan
lebih banyak sumber bahan mentah.

Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk


meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.

Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China


bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.

5.

Kemajuan dalam sistem kewangan

Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan


sebagai join stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.

Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat


buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of
Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan
Dresdener Bank (1872)

Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri


baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada
bank.

Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa


mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.

Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan


industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.

6.

Dasar kerajaan

Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar


kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk
melahirkan ramai tenaga mahir.

Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883

Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan
2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan

Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah


mengawal pemikiran rakyat

Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma,


kartel dan bank-bank

Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan


senjata di Eropah.

Soalan-soalan Perbincangan :

1.

Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan


Jerman antara abad ke-18 hingga abad ke-19

*Hasil Usaha Cg. Nazri, SMK Sri Aman

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN

Maksud Masyarakat Maritim

Masyarakat maritim bermaksud


masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan
kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan
sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan
kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan
seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan
untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di
pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap
ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu
manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang
menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.

Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan


aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara
bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun.
Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan
menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah

merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya


kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan
pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh
dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun
mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan
secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun
dilarang ke luar negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.

1. Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.


Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M.
Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah
ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan
membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun
kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan.
Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

2. Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.


Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau
terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu.
Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di
antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di
pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di
kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya,
Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.

3. Masyarakat pelbagai Budaya.


Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan
masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh
agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama
Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan
tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang
Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu,
mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian
dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

4. Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.


Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga
ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka
mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah
(Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar
dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal
pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350
kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

5. Pelabuhan Entreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entreport
Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad

ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barangbarang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk
Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang
diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapalkapal Jepun dan China.

6. Menerima Pengaruh Luar.


Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah
menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama
Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di
Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan
antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut
Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas
berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata
Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika
itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti
kaum gasar dari selatan.

Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.

1.
Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan

ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan
dan sebagainya yang sedang berkembang maju.

2.

Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan
perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan
menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat
seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama
Kristian.

3.

Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan
dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di
pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan
dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.

4.

Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin


berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto
telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di
Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala
bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar
lama.


5.

Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan
sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan
16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti
pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang
tinggi di China.

6.
Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka
dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan
memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan.
Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan
Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal.
Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya
gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah
menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu
memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.

7.

Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat, tetapi


hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan
negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17
telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan
kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi
aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.

8.

Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan


dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun
dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan
barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun
maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan
perdagangan.

9.
Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan
pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan
tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan
kewangan (mujinko).

10. Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa


perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai
bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni
beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan
saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar
menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada
tahap paling rendah.

11. Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan
berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang
mempunyai syarikat persendirian.

12. Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan


tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan
tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi

industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun


terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga
menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan
mempunyai hiasan yang indah.

13. Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti


apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun
daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia
luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap
orang barat.

14. Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing
atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan
larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan
yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat
Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal
asing masuk ke Jepun.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL


Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap


perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai
tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi
memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang
terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan
melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar
matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha
Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke
Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1.

Lokasi di pesisiran pantai

Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius
melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan
Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu,
Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih
belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara,
manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang
kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.

2.

Terdapat pelabuhan pembekal

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon
dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang
dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada
abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga
yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut
kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan

perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh
mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.

3.

Memiliki pelabuhan entrepot

Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung
Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya
membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang
tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah
memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan
rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4.

Mampu membuat perahu dan kapal layar

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil
daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan
kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

5.

Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur

Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau
mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah
mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya
untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da
Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di
sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu
bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung
Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah
belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan
barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara
Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang
Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

6.

KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti
penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki
teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta
gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini
menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang
Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan
memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak
kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki
teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan
kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk
menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.

Kesimpulan

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di
Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.
Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan
pihak lain di Eropah pada masa tersebut .
Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.

MODUL SEJARAH DUNIA (1500-1955)

Dalam Modul ini yang berlangsung dalam Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:

1.

Masyarakat.

2.

Pemerintahan dan Pentadbiran.

3.

Kemajuan dan Pembangunan.

4.

Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

Tema 1: Masyarakat

1.1
1.2
1.3
1.4

Masyarakat Feudal (England dan Jepun).


Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran


2.1

Institusi Pemerintahan:
2.1.1 Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
2.1.2 Pembesar (China dan Rusia).

2.2

Negara Bangsa:
2.2.1 Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan


3.1

Sistem Ekonomi.
3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika.
3.1.2 Perkembangan Ekonomi.
3.1.2.1 Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).
3.1.2.2 Pertanian (Belanda & England).
3.1.2.3 Perindustrian (Jerman & Jepun).

3.2

Intelektual.
3.2.1 Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
3.2.2 Sumbangan Tokoh (England & Perancis).

3.3

Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa


4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat
(China & India).

4.2

Konflik Antarabangsa.
4.2.1 Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
4.2.2 Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
4.2.3 Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).

4.3

Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).

4.4

Perhubungan Luar.
- Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
- United kingdom & India. -Komanwel.
- United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.

KERAJAAN KESATUAN PERANCIS


Pengenalan
Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu
negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk
kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di
negara masing-masing.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas
kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan
(local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah
negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri (kerajaan tempatan).
Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala
kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.
Kerajaan Kesatuan Di Perancis
Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek
pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh
membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat
negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:
1.

Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh


pemerintahan di negara Perancis.

2.

Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah


membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi
kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan
pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat.

Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah


pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke
daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.
Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan
berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal
dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan
akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat
dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan
segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran
dengan keperluan semasa.
Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis
kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan
mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang
tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang
keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red
tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku
perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan,
sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah
ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis,


pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah
dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula
kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan
pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri
dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.
Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council.
Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan
institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan
pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai
oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan
dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune
berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga
keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk
Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar
berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar
jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau
bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh
dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan


kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah,
jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.

RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS

EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

SISTEM PEMBESAR DI CHINA

PENYATUAN JERMAN

Contoh Esei

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak


kepada raja berperlembagaan di Perancis.
Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan
ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini
dihapuskan dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis,
pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant.
Kuasa raja mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan
individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini
dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg
berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua
bidang. Di peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk menguruskan hal
pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan
bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi
keistimewaan. Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti
professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan
seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas
hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan
berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan
pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.
Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama
yang terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan
bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan
petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga
seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat
sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan
persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya
mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara.
Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis.
Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.
Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya
menawan bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila
berlakunya peristiwa yang dipanggi Hari Ogos: Peristiwa ini menandakan
penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan
hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada
26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan
[department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons]
dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa
di kawasan masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan
perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan
kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada badan legislative,
badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja
berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja
berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan

menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum
pancung dengan gilotin.
Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja
berperlembagaan menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau
yang berlakunya di Perancis hanya tamat bila Napoleon Bobaparte
mengambil alih pemerintahan [1799].

Contoh Esei
Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak
kepada raja berperlembagaan di England.
Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15.
Sistem ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem
pemerintahan raja mutlak berpegang kepada prinsip dan kepercayaan bahawa raja
dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi undang-undang.

Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju


sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara.
Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor
[1485 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor
menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna Carta.
Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of Commons.
House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan kerabat diraja
lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai oleh golongan
knight, orang kaya dan peguam.

Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar


Bandar, muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi
golongan bangsawan. Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar
yang kaya ber pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan
gentry dan bourjois yang banyak menganggotai House of Commons berani
mempertikaikan House of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat. Pada
masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab Protestan
marah dengan tindakan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg masih
mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti


Tudor di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah
ditabalkan menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya
pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa

suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang-undang. Hal
ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan bourjois yang ingin memisahkan
gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan perdagangan dan
tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan golongan
saudagar marah.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya


sehingga parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk
raja yang bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar
William Laud yang dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan puritan
melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan
tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja
Charles I. Oliver Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang proraja. Beliau
kemudian mengisytiharkan England sebagai negara republik dan dia sendiri
sebagai ketua.

Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver


Cromwell tetap menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan
diggers menuntut setiap rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak
dalam pemilikan harta. Oliver Cromwell telah membubarkan parlimen dan
membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord
Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi beliau
pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan.

Contoh Esei
Tema 4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin selepas Perang Dunia
Kedua.
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu blok kapitalis
yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @
Rusia setelah Perang Dunia Kedua [PD2] berakhir. Perang Dingin tidak melibatkan
pertempuran bersenjata sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong
atau dalang kepada negara2 yang berkonflik.
Perbezaan Ideologi kapitalisme dengan komunisme menjadi punca berlakunya Perang
Dingin. Pendukung kapitalisme merupakan negara demokratik yang meletakkan kuasa di
tangan rakyat. Hal ini berbeza dengan ideologi komunisme yang di perintah oleh diktator
dan hanya mengiktiraf Parti Komunis. Sistem kapitalisme mendukung prinsip pasaran bebas
yang banyak menguntungkan pelabur-pelabur besar. Hal ini bertentangan dengan ideologi
komunisme yang menganggap pemerintah wajar mengawal ekonomi bagi memastikan
kepentingan pelabur kecil terbela. Perbezaan ideologi ini mendorong kedua-dua kuasa ini
berusaha meluaskan pengaruh masing-masing.

Selain itu, kegagalan beberapa siri rundingan juga mennyebabkan berlakunya


Perang Dingin. Pada 1943, pemimpin Kuasa Berikat iaitu Amerika Syarikat [AS],
Rusia, Perancis dan Britain mengadakan pertemuan untuk membincangkan keadaan

politik di Eropah. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah,
pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas
Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah. Walau
bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak
mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan negaranegara terbabit sehingga mencetuskan bibit-bibit Perang Dingin. Lebih
mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan Rusia yang
dikuasai oleh komunis
Kemerosotan ekonomi di Eropah juga dikatakan menjadi faktor berlakunya
Perang Dingin. Ekonomi negara-negara seperti Britain, Perancis, Jerman, Itali dan
Belanda terjejas teruk berikutan pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2.
AS menggunakan peluang ini dengan menawarkan dana bantuan dan sokongan
bagi menghalang perluasan ideologi komunis. AS kemudian menubuhkan
Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain
mengekang pengaruh komunis. Rusia menolak Rancangan Marshall kerana
beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia
kemudian cuba mempengaruhi negara-negara di Eropah Timur agar tidak menerima
bantuan AS dan bertindak menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk
mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
Di samping itu, kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman juga menjadi
faktor penyebab Perang Dingin. Kebimbangan ini menyebabkan Rusia bercadang
menguasai negara-negara di Eropah timur untuk dijadikan sebagai Zon
Penampan. Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah
Peristiwa Operasi Barbarossa berulang iaitu Adolf Hitler memimpin serangan besarbesaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia.
Rusia berusaha melemahkan Jerman dengan menghalang Jerman bersatu di bawah
kerajaan kapitalis. Akibatnya, negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman
Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].
Jelas sekali bahawa Perang Dingin berpunca daripada usaha kedua-dua kuasa
besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia yang berusaha mengembangkan pengaruh
ideolog masing-masing. Perang Dingin ini telah mengakibatkan negara-negara di
dunia terpecah kepada dua dua blok iaitu blok kapitalis dan blok komunis.

Contoh Esei
Tema 4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan faktor berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia
Perang Dunia Kedua yang tercetus pada tahun 1938 meninggalkan impak yang besar kerana
bukan sahaja melibatkan negara-negara di Eropah tetapi termasuk negara-negara di Asia dan
Afrika. Jepun merupakan salah sebuah negara Asia yang terlibat secara langsung dalam
Perang Dunia Kedua. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia
Kedua di Asia.
Salah satu daripada faktor berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia ialah wujudnya gerakan
nasionalisme yang melampau di Jepun. Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang
mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula

negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan
demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini
menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
Kejayaan golongan tentera mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun membolehkan mereka
mengukuhkan kekuatan tenteranya bagi menghadapi kuasa Barat.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 turut mendorong kepada meletusnya Perang
Dunia Kedua. Krisis ekonomi dunia ini telah menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun
dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah
menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan
berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk
menghadapi peperangan.

Kepentingan ekonomi Jepun juga mendorong kepada kancah Perang Dunia Kedua. Dasar
Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang
kuat. Kepesatan ekonomi Jepun turut meningkatkan permintaan ke atas bekalan bahan mentah
bagi memenuhi keperluan industri. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran,
Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria yang kaya dengan arang
batu, kapas dan sutera telah menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis
bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara
menjejaskan kepentingan mereka.

Selain itu, isu keselamatan negara Jepun juga menjadi faktor meletusnya Perang Dunia
Kedua. Pada penghujung abad ke-19, Jepun bangkit sebagai kuasa yang kuat di Asia. Yoshida
Shoin, tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
Yamagata Aritomo, salah seorang pemimpin kerajaan Meiji telah mengetengahkan konsep garis
kepentingan negara. Konsep ini merujuk kepada kawasan bersempadanan atau berhampiran
dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara
ini wajar diperkukuhkan. Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan
garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937],
Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Jelas sekali dasar pemodenan Meiji berjaya menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang
kuat di rantau Asia. Dasar imperalisme dan ancaman kuasa Barat telah mendorong Jepun
bertindak memperkuatkan pertahanan negaranya. Kekuatan Jepun menjadikan negara tersebut
bersedia berdepan dengan kuasa Barat dan juga sebarang kemungkinan peperangan.

Contoh Esei
Tema 4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan / jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China

Menjelang abad ke-19, ekonomi China berkembang dengan baik. Kekayaan sumber
bahan mentah menyebabkan kuasa Barat mulai berminat untuk menduduki China. Ekonomi
Eropah berkembang pesat ekoran Revolusi Industri menyebabkan kuasa Barat berusaha
mengembangkan pengaruh ke China untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga
pasaran yang luas.
Antara alasan yang digunakan oleh kuasa Barat iaitu British untuk menguasai China
ialah perdagangan yang berat sebelah. Dasar tutup pintu atau pemencilan yang diamalkan
dan pelbagai syarat yang dikenakan oleh kerajaan China menyebabkan kuasa Barat kerugian.
Sebagai contoh, pedagang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan
urusan perniagaan hanya boleh dijalankan melalui orang tengah iaitu Co-hong. Selain itu,
pedagang Barat juga hanya dibenarkan berurus niaga dengan menggunakan wang emas atau
perak sahaja. Factor inilah yang dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk menduduki China.
Percanggahan dalam soal perundangan juga dijadikan sebagai alasan oleh kuasa
British untuk menguasai China. Kerajaan China berpegang kepada prinsip seseorang yg
dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan. Hal ini
bertentangan dengan prinsip keadilan Barat yang menekankan seseorang yg dituduh
melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan
jelas. Situasi ini diburukkan lagi oleh percanggahan falsafah undang-undang kedua-dua kuasa
tersebut. Falsafah undang-undang China menetapkan hukuman adalah tanggungjawab
berkumpulan manakala falsafah Undang-undang Barat menekankan hukuman adalah
tanggungjawab individu.
Soal pengharaman perdagangan candu oleh kerajaan China juga menyemarakan lagi
keinginan British untuk menduduki China. Syarat perdagangan yang ketat oleh kerajaan China
menyebabkan perdagangan tekstil British gagal menembusi pasaran China sekaligus
menyebabkan British gagal mendapatkan bekalan teh dan sutera yang mendapat permintaan
tinggi di Eropah. Kegagalan ini menyebabkan British membawa masuk candu sehingga
akhirnya mendapat permintaan tinggi di China. Kemasukan candu menyebabkan pengaliran
keluar wang China sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
Hal ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang China.

Selain itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh British untuk
menduduki China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Perkembangan agama
Kristian dianggap mengancam kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan
Taoisme oleh China. China kemudian bertindak membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di
Tientsin serta membakar gereja. British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam.
Mereka menjadikan isu ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.

Tekanan daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II
menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan Perjanjian
Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan pelabuhan-pelabuhan di
China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya menguasai perdagangan di China.
Masyarakat Agraria di Belanda

Pengenalan
Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan.
Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain.
Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3
bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani
hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan
kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.
Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan
jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.

Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani
Belanda.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian


1.
2.
3.

Hasil pertanian bertambah.


Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah
simpanan
makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.
Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.

4.

Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang &
kekacang bergilir dengan bijirin].

5.

Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga dan
jagung turut diusahakan.

6.

Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan
eksport ke selatan Belanda.

7.

Industri tekstil turut berkembang.


Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala
masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini
kemudiannya dieksport ke Mediterranean.
Industri tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain
berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula muncul
sebagai bandar utama pengeluar industri linen.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan

Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk
terlibat dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari
Jerman. Belanda mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk
dapatkan bijirin dari Baltik.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap
ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang
ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan
tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan
berkualiti tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak.
Kapal mereka juga dianggap terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh
pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan
galian ke Eropah.

Institusi Pemerintahan

RANCANGAN PENGGAL PERTAMA SEJARAH DUNIA (940/1)


PENGAJIAN PRA U 2012/2013
BULAN

MG

TARIKH

JUN

11.6
15.6

TEMA/TAJUK

TEMA 1 MASYARAKAT
1.1 Masyarakat Feudal
(England dan Jepun)
-definisi
-Ciri-ciri
-susun lapis
-perbandingan Eropah dan Asia
1.2 Masyarakat Agraria

CATATAN

(Belanda dan China)


-definisi
-Ciri-ciri

18.6-22.6

1.3 Masyarakat maritim


(Portugal dan Jepun)
-definisi
-Ciri-ciri
1.4 Masyarakat Industri
(England dan Jerman)
-definisi
-Ciri-ciri

25.6-29.6

TEMA 2 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


2.1 Institusi pemerintahan
2.1.1 Raja/Maharaja
(China dan Rusia)
-kedudukan
-peranan
2.1.2 Pembesar
(China dan Rusia)
-membandingkan peranan

2.7-.6.7

2.2 Negara Bangsa


2.2.1 Raja Mutlak dan raja berperlembagaan
(England dan Perancis)
-perbandingan sistem beraja
2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan
(Perancis dan Amerika Syarikat)
-sistem Republik
-sistem Persekutuan

JULAI

9.7-13.7

2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa


Itali dan Jerman)
-proses penyatuan

TEMA 3 KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

3.1 Sistem Ekonomi

3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme


(Jepun dan China)

-sistem ekonomi di Asia

16.7-.20.7

3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme


(Jerman dan Perancis)

-sistem ekonomi feudalisme

3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme


(England dan Amerika Syarikat)

-sistem ekonomi kapitalis

23.7-27.7

3.1.2 Perkembangan ekonomi


3.1.2.1 Perdagagan dan Perniagaan
(Portugal dan Belanda)

-perubahan orientasi

3.1.2.2 Pertanian
(Belanda dan England)

-perubahan

30.7-.3.8

3.1.2.2 Pertanian
(Belanda dan England)
-perubahan

3.1.2.3 Perindustrian
(Jerman dan Jepun)
-perindustrian

OGOS

6.8-.10.8

3.2 Intelektual
(England dan Perancis)

3.3.1 Perkembangan Ilmu

-proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu kesan


daripada Renaisans, Refomasi, Protestan, Revolusu
Sains, Gerakan Pencerahan

3.3.2 Sumbangan Tokoh

(England dan Perancis)

10

13.8-.17.8

Menilai idea dan sumbangan tokoh:


Charles Louis Montesquieu
Adam Smith
Jean Jacques Rousseau

3.3 Kemajuan Pendidikan


(Perancis dan Jerman)

-perubahan sistem pendidikan tradisional kepada


pendidikan moden

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL


(18.8- 26.8)

11

27.8-.31.8

TEMA 4 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN


NEGARA BANGSA

4.1 Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Perluasan


Kuasa Barat dan Kesan Penjajahan Barat

CUTI HARI
KEMERDEKAAN
(31.8)

(China dan India)

12

3.9.-.7.9

Analisis reaksi
-transformasi sosial, ekonomi, dan kemunculan
intelektual tempatan

4.2 Konflik Antarabangsa

4.2.1 Perang Dunia Pertama (1914-1918)


(Jerman dan Rusia)

-sebab dan kesan

SEPT

13

10.9.-14.9

Perang Dunia Kedua


(1942-1945)
(Jepun dan Amerika Syarikat)

-sebab dan kesan

4.2.3 Perang Dingin(1945-1955)


(Rusia dan Amerika Syarikat)

-menganalisis sebab dan kesan

14

17.9-.21.9

4.2.3 Perang Dingin(1945-1955)


(Rusia dan Amerika Syarikat)

-menganalisis sebab dan kesan

4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan(China


dan India)

-langkah-langkah mendapatkan
dekolonisasi oleh orang tempatan

kedaulatan

dan

4.4 Perhubungan Luar


(Soviet union dan Amerika Syarikat)
15

24.9-28.9
-kerjasama Negara dalam organisasi antarabangsa
selepas Perang Dunia Kedua
-I) PBB

4.4 Perhubungan Luar


(United Kingdom dan India)
OKT

16

1.10.-5.10
-ii) Komanwel

4.4 Perhubungan Luar


(United Kingdom dan Amerika Syarikat)

iii)NATO

17

8.10.12.10

ULANGKAJI

18

15.1019.10

ULANGKAJI

19

22.1026.10

ULANGKAJI

HARI RAYA HAJI


(26.10)

NOV

20

29.10-2.11

ULANGKAJI

21

5.11- 8.11

PEPERIKSAAN AKHIR

Soalan dan skema sejarah dunia ( Penggal 1)


Tema 1
MASYARAKAT FEUDAL
Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ciri-ciri feudalisme di Eropah
Pengenalan
Feudalisme merujuk kepada sistempemerintahan yang muncul ekoran ketiadaan sistem pemerintahan pusat yang
berkesan. Feudalisme dapat dilihat daripada segi ciri-ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan.

a)

Peribadi
-

Ciri peribadi dapat dikesan apabila tuan tanah bertaraf rendah mendapatkan perlindungan daripada
tuan tanah yang lebih berpengaruh.
Contoh seorang lord ( tuan tanah yang betaraf rendah ) mendapatkan perlindungan daripada Count
(tuan tanah bertaraf tinggi)
Dengan demikian, seorang bangsawan menjadi pengikut kepada bangsawan yang lebih kuat
Ciri ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom apabila mereka yang lemah mendapatkan perlindungan
daripada bangsawan yang kaya
b) Ketenteraan
Elemen ketenteraan bermaksud pemberian tugas ketenteraan kepada tuan tanah
Ciri ini wujud dalam kerajaan Rom dan kerajaan orang gasar Frank yang dipanggil Comitatus.
Mengikut sistem ini seorang pahlawan sebagai pengikut kepada seorang bangsawan harus memberi
tiga jaminan iaitu :
1. Memberikan kesetiaan
2. Menjadi askar dalam tentera kecil bangsawan
3. Melibatkan diri dalam mahkamah pimpinan golongan bangsawan
4. Dalam kerajaan Rom pemilik tanah menubuhkan tentera persendirian untuk mengawal estet
c) Ekonomi
- Ciri ini dapat dilihat apabila tuan tanah dan petani menyerahkan tanah kepada tuan tanah yang lebih besar
- Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan
- Sebagai balasan petani akan memberikan bantuan ketenteraan, makanan dan bantuan lain
- Ciri feudalisme ini dapat dikesan dalam empayar Rom sebelum ia tumbang dan menjadi nyata pada abad
ke-9
- Ia menyumbang kepada kelahiran pemilik estet besar ( bangsawan) yang bebas daripada kawalan
kerajaan pusat.
- Asas ekonomi golongan bangsawan ialah manor.
Penutup
Sistem feudalisme di Eropah jelas melambangkan ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan

Huraikan struktur susun lapis masyarakat dalam sistem feudal yang diamalkan di England

Pengenalan
Sistem feudalisme yang muncul di England mempunyai ciri yang tersendiri. Dalam sistem feudal jelas terdapat
hubungan saling bergantung antara raja, bangsawan, petani dan golongan hamba. Setiap lapisan masyarakat
mempunyai tanggungjawab dan peranan masing2.

a)

Raja

- Kedudukan tertinggi dalam sistem feudalisme di England ialah raja


- Raja menyatukan penduduk dibawahnya dan memberikan jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain
- Di bawah raja terdapat tenant in chief iaitu mereka yang memiliki tanah secara langsung daripada raja
- Raja bergantung kepada tenant in chief tetapi ada kalanya mereka menjadi terlalu berkuasa dan
mencabar autoriti raja
b) Bangsawan
Di bawah raja terdapat baron iaitu golongan bangsawan
Golongan bangsawan besar menjadi tenant in chief
Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat untuk baron di sebahagian besar negara
Di bawah tenant in chief ialah tenant iaitu golongan bangsawan bertaraf rendah
c) Petani
Petani berada dibawah golongan bangsawan
Petani terdiri daripada petani bebas dan separuh bebas
Golongan petani mewakili sebahagian besar penduduk England
Petani juga dikenali sebagai freeman, villein, skomen, bordar dan cottar
Golongan petani memiliki tanah dan keluasan tanah yang dimiliki mereka berbeza
Golongan petani tidak dibenarkan meninggalkan daerah mereka tanpa kebenaran tuan tanah
d) Hamba
Kedudukan hamba dibawah petani
Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk Englang
Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Penutup
Masyarakat feudal di England mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai
hubungan saling bergantung antara satu sama lain.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorongkan kemunculan masyarakat feudal di Jepun

Pengenalan
Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai.
Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.
a)

Kemerosotan kuasa maharaja

b)

c)

d)

e)

Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja
Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)
Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau Syoen
Golongan tuan tanah berpengaruh
- Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo)
Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalah untuk
mengawal tuan tanah
Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja
Kelemahan golongan bangsawan
- Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor di wilayah untuk mengawal tuan tanah
- Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
- Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan
- Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja di wilayah yang berada di bawah
kekuasaan mereka.
Perebutan kuasa ketu-ketua suku
- Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua
suku kaum
- Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum
- Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku
- Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot
Kemunculan pemerintahan Kamakura
- Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo
membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.
Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura
Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan
Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di negara Jepun.
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan
kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di
jepun.
Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke -16 hingga
ke-17

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan
bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Persamaanya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undangundang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang jerman di Eropah Utara. Di
Jepun, berakar umbi sejak zaman kamakura.

Persamaan

Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan berada
diatas diikuti oleh tentera dan petani.
Kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kekurangan mobiliti sosial .
Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan
anak-anak bangsawan akan tetap menjadi anak bangsawan.
Zaman feudal di Eropah dan Jepun sering dilanda peperangan.
Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai
peranan yang penting pada zaman feudal. Kedua-dua ini berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry,
manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
Peralatan peperang yang digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang dan baju
perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai
di Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan
bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan
bantuan.

Perbezaan

Di Eropah pembinaan istana daripada batu bagi melindungi knigh dan vassal daripada
serangan. Du Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.
Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun perlahan berbanding Eropah.
Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat
dan raja-raja Tudor di England.
Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral
tentera yang menjadi perancang kesatuan.
Konsep undang-undang Rom menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu
hubungan antara mereka yang lahir peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman
feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan
lebihkan menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan dan
kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah. Knight di eropah mendapat tanah sebagai
bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani yang
bekerja di tanah-tanah mereka.
Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk
membayar gaji samurai dalam bentuk beras.

Penutup

Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di eropah dan di Jepun.

Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17

Pengenalan
-

Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran . masyarakat feudal di jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat.
Masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada
maharaja, pembesar, daimyo. Golongan diperintah pula ialah semurai, petani, tukang mahir
dan saudagar.

Sistem feudal di Jepun


-

Penutup

Sistem pemerintahan diketuai oleh maharaja . Secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintah keduniaan dan kerohanian.
Maharaja di Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan untuk meningkatkan
dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanamkan kesetiaan rakyat kepada
maharaja.
Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada
kuasa pemerintahan kerana pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal
terpencil dan terpisah Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana. Ini bermakna sistem
ekonomi juga dipegang oleh Shogun Tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip
cukai.
Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah dibahagian tengah
dan Utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri
daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Keluarga Tokgawa yang utama dikenali sebagai
Go-sankemilik anak leyasu yang terletak didaerah Owari, Kii dan Mito. Daimyo Tuzama pula
dikenali sebagai damyo luar dimana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang
terdiri daripada suku-suku Barat seperti Kato, Ikeda, Asano dan Shimasu. Tindak tanduk
mereka sentiasa diawasi oleh Shogun. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan
demi menggelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.
Petanai atau nomin mendapat kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa.
Amalan tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun menyebabkan mereka tiada hubungan
dengan dunia luar. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar
sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberi secukup makan sebagai balasan kerana hasil
yang dikeluarkan hanya untuk negara.
Artisan terdiri daripada tukang yang mahir adalah dibawah petani, dimana merekan
membuat pedang serta peralatan lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan atas
sumbangan terhadap masyarakat dan diberi gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu turut
diberi layanan yang sama dan diberikan gaji senayak 500 koku serta dibenarkan memakai
sebilah pedang.
Pedagang (cochin) berada di bawah tukang mahir, mengikut tradisi Jepun golong
pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana dianggap pekerjaan hina dan
tidak menguntungkan. Namun keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin
berkembang dan para pedagang berjaya mengumpulkan wang dan harta yang banyak.
Mereka berjaya membaiki status kehidupan dengan mengikat bangsawan melalui hutang.
Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yang akhirnya diwarisi syarikat moden
Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal ialah Mitsui dan Naraya Mozaemon.

Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian masyarakatnya dibuat


berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap
sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Huraikan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan
-

Masyarakat agraria adalah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan


pemungutan hasil hutan dan sungai.
Kebiasaanya penempatan terbentuk di sekitar kawasan persekitaran yang subur, misalnya
dilembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang yang bersaliran baik.

Masyarakat agraria di China


-

Masyarakat agraria di China hampir 85% dan tinggal didesa.


Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia iaitu
didataran Loes yang subur yang dilalui oleh Sungai kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning
terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat sungai Yangtze iaitu sungai yang terbesar di
China.
Mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan
tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan aset berharga kepada masyarakat China.
Penambahan dalam pengluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan
lagi pendapatan golongan pembesar dan tuan-tuan tanah dan meningkatkan lagi pendapatan
cukai maharaja China.
Masyarakat petani menjalankan kegiatan pertanian secara bersama dan tidak melakukan
secara individu. Tanah pertanian ini diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.
Aktiviti penanaman menggunakan peralatan lama, namun boleh menghasilkan hasil yang
banyak.
Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan . mereka
akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan mencari hasil hutan atau menjual
anak perempuan untuk dijadikan hamba.
Rumah petani berdidndingkan tanah liat, berbumbungkan rumput di dalamnya tiada tempat
berdiang ( alat pemanas) , pakaian diperbuat daripada kain benang kapas dan makanan hanya
secukup hidup sahaja.
Masa lapang dipenuhi dengan mengadakan jamuan dan berjudi.
Tanaman utama adalah padi sawah yang ditanam di lembah sungai Yangtze dan sungai
Kuning. Tanaman lain ialah kapas,tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin.
Dinasti Ming memperkenalkan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pertanian,
antaranya meningkatkan penggunaan sistem pengairan, pertanian selingan antara musimmusim tanaman dan penggunaan peralatan pertanian yang moden.

Kapas di tanam di utara dan selatan China menjadi bahan utama membuat pakaian. Selain itu
mereka melakukan aktiviti penternakan seperti ayam, itik dan lembu.
Masyarakat China yang tinggal dikawasan yang tinggi sperti di utara China menanam padi
huma, sekoi dan kekacang. Gandum ditanam di Manchurian dan menjadi tanam utama di utara
china.
Kerajaan China mendapat sumber pendapatan utama daripada cukai tanah, perdagangan
garam, dan bahan galian. Perdagangan garam dimonopoli oleh kerabat diraja China.
China juga kaya dengan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, bijih hitam, antinomi dan
perak.
Pusat bandar yang besar seperti Nanjing menyumbangkan pertumbuhan industri swasta.
Khususnya industri berskala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan
porselin.
Pentadbiran kerajaan memainkan peranan utama dengan dibantu oleh golongan bangsawan
sebagai penguasa kawasan luar bandar dan para petani.
Pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan. Misalnya
pengeluaran tebu ( Kwangtung, Fukien dan Szechwan) teh dan daun mulberi ( Chekiang dan
selatan Kiangsu), kapas (Kiangsu), perlombongan (di Yunan) dan hasil hutan ( di Manchuria).
Aktiviti perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian antara dua orang atau lebih
dan kebanyakan antara mereka tidak mengetahui perkongsian modal bersama atau joint stock.
Pengangkutan utama ialah jalan air dan kurang jalan raya.
Mereka menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara luar seperti Portugal, Sepanyol,
Belanda dan British.

Penutup
Masyaraat agraria China masih tertakluk kepada pemerintah yang mengamalkan sistem feudal.
Pengamalan sistem feudal telah menyebabkan perlaksanaan ekonomi yang tertutup dan menyukarkan
perdagangan bebas dijalankan dengan kuasa Barat.

Huraikan masyarakat industri England pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan
-

Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri
masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi,
perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal
secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.

Masyarakat industri di England

Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah
berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian
tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan
kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar.
Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.
Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya,
mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada
masyarakat petani.
Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring,
iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandung yang subur.

Masyarakat perindustrian
-

Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.


Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.
Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat
daripada besi belum tempa .

Kemajuan sistem pengangkutan


-

Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan.


Terusan worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang
batu.
Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan
lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859,
London- Bristol-South Wales dan 1875 London dengan Birmingham.

Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk


-

Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di


England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di
pekan dan di bandar.
Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire,
Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.
Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk
tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.
Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.
Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan
tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.
Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40%
daripada keseluruhan penduduk England.

Perluasan perdagangan antarabangsa


-

Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan


dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan
berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan
melebihi 17% antara 1792 hingga 1802
Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah.

England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar
membeli barangan siapnya.
England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.

Kerajaan dan perdagangan bebas


-

Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi
yang boleh menyekat kebebasan .
Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris
dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti
import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung (corn
law) pada 1822 dilonggarkan.

Perubahan gaya hidup


-

Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran
dan jenayah semakin meningkat.

Masalah pencemaran dan kesihatan


-

Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah
mencemar udara dan pekerja kilang.
Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan
bilangan kematian di bandar.

Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki keadaan kesihatan
masyarakat bandar.

Kemunculan kelas baharu


-

Kelas individu dan pekerja tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan.
Golongan kelas pertengahan terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam
dan jurutera.
Golongan kelas pertengahan menyertai politik dan berjuang untuk mendapatkan wakil
dalam parlimen bagi menyuarakan kepentingan mereka.
Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-18, parlimen England
mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.
Kejayaan yang dicapai ialah pemansuhan monopoli syarikat hindia timur inggeris tahun
1813 dan pemansuhan akta Perancis tahun 1814. Akta yang mensyaratkan penggunakan
binatang dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan tahun 1824.
Ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi buruh untuk mendapatkan upah di ladang
atau berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja disektor perindustrian.
Golongan petani berubah menjadi golongan proletariat dan bekerja dengan
mengendalikan mesin menggunakan tangan tetapi mereka kemudian menjadi penganggur
apabila kilang perindustrian pada abad ke-19 mengantikan tenaga manusia kepada tenaga
mesin.

Pekerja dan keadaan kerja di kilang

Tempoh bekerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja
seminggu. Upah yang dibayar secukup hidup sahaja. Pengusaha kilang lebih suka
menggambil pekerja wanita dan kanak-kanak.
Pekerja kilang terpaksa menhirup udara tercemar dan dipaksa bekerja mengikut
kelancaran mesin. Tempat tinggal juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang.
Rumah hanya dibina sederet , tiada tandas dan bekalan air disediakan tetapi kadar sewa
yang tinggi dikenakan.
Keadaan yang tidak selesa dan kurang bersih telah mengundang pelbagai penyakit..
Pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan. Pada 1830 terdapat
golongan pekerja membuat tuntutan masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.
Pada 1832, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja pengambilan buruh kanakkanak di kilang untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang bekerja dikilang.
Akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang sperti akta lombong 1842 dan akta
sepuluh jam 1847.

Perubahan dalam pemikiran politik


-

Lebih kepada bakat dan keupayaan setiap individu.


Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan kelas pertengahan yang terus
menambah kekayaan dan kekuasaan dan golongan proletariat yang terabai dari segi gaji,
makan, minum dan kebajikan.

Penutup
-

Perkembangan perindustrian diEngland membawa kepada perkembangan masyarakat


industri
Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat

Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan
-

Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas
revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat
industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan
kemajuan sistem kewangan.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman


1. masyarakat pertanian
Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian.
Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya

mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian


apabila terciptanya mesin.
Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku
mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk
tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk
menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
2. masyarakat perindustrian
- pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan
silesia barat Jerman
- Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
- Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem
komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan
pendidikan.
Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan
Silesia.
Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di
Jerman.
- Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens
dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada
0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan
elektrik.
Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam
pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang
dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan
serta ujikaji.
Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin
dunia dalam industri kimia dan elektrik.
3. Kemajuan sistem pengangkutan
- pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
- firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
4. Perluasan perdagangan antarabangsa
- pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di
Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan
lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang
243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil
bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman
menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian
New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
5. Kemajuan sistem kewangan

Pada tahun1880-an Bnak of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint


stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah
bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851)
Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18,
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas
dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat
penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan
keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan
dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan
perindustrian .
Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

6. Dasar kerajaan Jerman


- Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai
tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
-

Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga


kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh
satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal
pemikiran rakyatnya.
Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di
Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan,
perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari
berada dalam daerah tertentu.
Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh
difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran
.
Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
Jerman.
Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.

Penutup
-

Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat


industri.
Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

MASYARAKAT AGRARIA
Bincangkan tanaman utama yang diusahakan oleh orang Belanda pada abad ke 16

Pengenalan
Sektor pertanian mengalami perkembangan pesat di belanda pada abad ke-16 dan 17.
Perkembangan dalam bidang pertanian berlaku di kawasan luar bandar. Masyarakat Belanda
mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara
Eropah yang lain.
a) Sayur-sayuran
- Masyarakat belanda mengusahakan pelbagai jenis sayur untuk pasaran tempatan
- Antaranya ialah bawang, bijirin, kol, ketumbar, lobak dan teasel
b) Barli
- Merupakan tanaman penting pada peringkat awal
- Pengeluarannya merosot menjelang abad ke-16 dan 17
c) Gandum
- Merupakan tanaman penting pada abad ke-17
- Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani
- Hasil gandum yang berlebihan dieksport ke luar
- Pada akhir abad ke-16 jumlah gandum yang dihasilkan antara 1150 kg 1900 kg
d) Semanggi
- Tanaman ini ditanam meluas di wilayah Wales tahun 1644
- Digunakan sebagai makanan untuk binatang terutamanya lembu
e) Kekacang
- Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting
f) Biji cole
- Diusahakan oleh petani di bahagian utara belanda pada abad ke-16
Ianya diproses untuk hasilkan minyak dan hampasnya digunakan sebagai makanan
ternakan
- Ia ditanam di wilayah Friesland, Artois, Rhineland, schleswing dan Holstein
g) Berikan contoh tanaman lain lagi.

Penutup
Masyarakat Belanda menghasilkan pelbagai jenis tanaman pada abad ke-16 dan ke-17.
Kegiatan pertanian dijalankan oleh penduduk luar bandar. Kajian menunjukkan negara belanda
mengeksport tanaman berlebihannya ke negara Eropah yang lain.

Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke16 dan ke-17.

Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17 berlaku kemajuan pesat dalam teknologi pertanian.
Masyarakat Belanda memperkenalkan kaedah baru dalam bidang pertanian.
a) Kajian mengenai sistem pertanian
Kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat belanda dilakukan olah
sarjana dari england
- Antara tokoh terkenal ialah sir richard Weston, Lord Townshend, sir John sinclair dan
Thomas Radcliff
b) Sistem penggiliran tanaman
- Petani belanda perkenalkan sistem giliran
- Dalam sistem ini tanah rang di dimansuhkan
- Sistem ini diamalkan meluas di wilayah wales tahun 1644
c) Penanaman rumput tempatan
- Petani Belanda memperkenalkan sistem penanaman tanaman rumput ternakan
- Tanaman rumput seperti turnip ditanam dikawasan tanah rang selepas jagung dituai
d) Sistem batas
- Petani di belanda memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas
- Sistem ini menyebabkan wujud saliran yang baik dan tanaman tumbuh dengan subur
e) Sistem penanaman deretan
Penanaman dalam deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji
kol dan tembakau
- Diamalkan pada akhir abad ke-16
f) Teknik memelihara kesuburan tanah
- Petani Belanda mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
Mereka melakukan pemugaran tanah dan menggunakan baja asli untuk memelihara
kesuburan tanah
- Mereka juga mendapatkan baja daripada kawasan ternakan

g) Penciptaan peralatan pertanian


- Petani belanda juga mencipta pelbagai jeis peralatan pertanian
- Anataranya ialah tenggala, dan alat membanting bijirin.
Penutup
Masyarakat Belanda telah mencapai kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Teknologi
pertanian yang dihasilkan oleh orang belanda tersebar ke kawasan lain di benua Eropah.

Huraikan faktor2 yangg menyebabkan berlakunya kemajuan yang pesat dalam sektor
pertanian di China pada abad ke-16 dan ke-17

Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian di
negara China. Kemajuan yang pesat ini adalah disebabkan beberapa faktor.
a) Sistem pentadbiran tanah pertanian
- Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh sistem pentadbiran yang cekap
- Tanah pertanian ditadbir oleh jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
b) Sistem percukaian

Terdapat sistem percukaian yang sistematik dan teratu di negara China


Petani yang tidak memilih tanah dikehendaki menyewa tanah daripada tuan tanah
Petani dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah kepada tuan
tanah
c) Sistem pengairan
- Kemajuan dalam pertanian disebabkan oleh perkembangan teknologi pertanian
- Petani mempunyai kemahiran membina teres di lereng bukit untuk tanaman padi
- Petani mempunyai kemahiran membina terusan dan mengawal aliran sungai
d) Kemajuan dalam teknologi pertanian
- Kemajuan dalam teknologi pertanian menyebabkan peralatan baru dicipta
Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang dipermukaan tanah
Selain tenggala, peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda
dicipta
e) Pengenalan kaedah baru pertanian
- Menyebabkan peningkatan pengeluaran pertanian
- Sistem penanaman bergilir diamalkan sejak zaman Han
- Sistem penanaman pusingan dan pengkhususan pengeluaran diamalkan
-

Penutup
Menjelang abad ke 16 dan ke-17
Pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat china. Kemajian dalam teknologi pertanian
dan pengenalan kaedah baru menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran

Masyarakat maritim

Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim.

Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan
hasil laut.
a) Kegiatan ekonomi
- Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan
- Mereka juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut
b) Petempatan
Masy maritim lazimnya tinggal berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai dan
kepulauan
- Dari segi geografi petempatan masyarakat maritim terletak berhampiran laut
c) Kemahiran membina kapal
- Mereka berkemahiran membina kapal
- Kapal yang dibina berkemampuan untuk berlayar di lautan luas
- Umpamanya orang portugis mempunyai kemahiran kapal jenis Caraval seberat 2000
tan
d) Teknologi pelayaran
masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelayaran
Mereka mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan
kompas magnetik dan astrolab
e) Kegiatan penjelajahan dan penerokaan
Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang terdedah kepada aktiviti
penerokaan dan penjelajahan
Mereka mempunyai kemahiran merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan
dan penjelajahan
f) Sifat ingin tahu
- Semangat ingin tahu merupakan ciri2 masyarakat maritim
Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan
penjelajahan

Mereka juga mempunyai keinginan mengetahui adat resam, budaya dan sejarah
masyarakat sesuatu tempat
g) Semangat keterbukaan
- Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang mempunyai sifat keterbukaan
Semangat ini jelas ketara apabila mereka sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara lain
h) Memiliki sifat berani
- Masyarakat maritim memiliki sifat berani menghadapi cabaran
Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa
belayar di lautan luas
-

Penutup
Masyarakat maritim memberi sumbangan kepada kemajuan dalam bidang perdagangan,
penerokaan dan penjelajahan.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Portugal

Pengenalan
Kemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 .
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
a) Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme
Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama
mendorong kemunculan masyarakat maritim
Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik
persendirian dan persaingan dalam perniagaan
Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke
seberang laut untuk tujuan tersebut
- Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan
dan penjelajahan
b) Perkembangan perdagangan
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti
perdagangan
Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah
daripada orang Islam
c) Pengaruh Renaisans

Zaman ini menyemai ciri2 seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat


kritikal dan rasionalisme
Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan
teknologi
Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk
meneroka kawasan baru
d) Teknologi pelayaran
Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan
pelayaran
- Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran
Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar
dilautan luas
- Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
e) Pengetahuan tentang dunia luar
- Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal
Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman
pertengahan awal
catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis
melibatkan diri dalam kegiatan meritim
- perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
-

Penutup
Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka
memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di
Eropah.

Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim dalam bidang ekonomi dan sosial

Pendahuluan
Menjelang abad ke-15 jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim . Kemunculan jepun
sebagai kuasa meritim dapat dilihat daripada segi ekonomi dan sosial.
a) Kesan ekonomi
Perkembangan perdagangan asing
- Golongan bangsawan terlibat dalam perdagangan asing
- Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 asing ke Jepun
- Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 Portugal di pelabuhan Kyushu

Kemunculan ekonomi wang


Kemajuan pesat dalam perdagangan menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi
wang.
Perkembangan ini menyebabkan mata wang syiling yang diperbuat daripada
tembaga digunakan
- Ekonomi wang meransang pertumbuhan pasar dan kemunculan bandar baru
Kemunculan kelas perdagang
Pertumbuhan ekonomi wang menyebabkan muncul kelas mayarakat seperti perwira,
petani dan tukang mahir
- Menjelang zaman kamakura muncul kelas perdagang
- Golongan pedagang terdiri daripada penjual berak, arak dan lain2.
Persatuan pedagang
- Pedagang2 telah menubuhkan persatuan (guild) di pekan dan bandar besar
Persatuan pedagang memainkan peranan menjaga hak golongan peniaga dan
mempertahankan kepentingan mereka
Industri perlombongan
- Dalam bidang ekonomi menyaksikan pertumbuhan industri perlombongan
Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran emas,
perak dan tembaga
b) Kesan sosial
Penyebaran agama kristian
- Kehadiran bangsa asing membawa kepada penyebaran kristian
- Paderi kristian daripada pelbagai mazahab seperti Jesuit, Franciscan, dandominician
menyebarkan agama kristian di Jepun
Penganut kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan
bangsawan
Penerimaan perkataan asing
- Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun
Contohnya seperti pao (roti), bosan(butang) dan lain-lain meresap dalam bahasa
Jepun
Barangan luar digunakan secara meluas
Barangan luar seperti tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang dan roti
digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun.
Penutup
Kemunculan Jepun Jepun sebagai kuasa maritim meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi
dan sosial.

Masyarakat Maritim Di Portugal


Pengenalan :

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap


perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhanpelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat
menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat
yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka
menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi
kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh
mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui
akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi
dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini
telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke
Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal :
Lokasi Di Pesisiran Pantai :
o

Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru
yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal
mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan
memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak
menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang
masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi
masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100
Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara
maritim yang terunggul ketika itu.

Terdapat Pelabuhan Pembekal :

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah


iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini
sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam
masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh
pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah
kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada
pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak
sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah
yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan
di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan
boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.

Memiliki Pelabuhan Entrepot :


o

Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung
Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka
juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal
juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda
untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal.
Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang
Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar :


o

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina
lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang
lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

Mempunyai Kemahiran Dalam Ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur :


o

Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera
Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di
Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika
bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz,
Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga
ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai
ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama
pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di
Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah
kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan
Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya
memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah
ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan
berdagang di pelabuhan Nagasaki.

Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

Kemajuan Teknologi Pelayaran :


o

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara
lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk
kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat
dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang
Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari

timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk
belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan
seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan
Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan
meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan
ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan
mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan :
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi
perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa
tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman

Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan
-

Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan
manusia yang bertamadun. Penjelajahan dan penerokaan orang eropah ke dunia luar
bermula sejak abad ke-15 dan awal abad ke-16.
Sasaran pelayaran mereka adalah ke benua Afrika, Asia, dan Amerika .Negara
Eropah yang mula-mula belayar ialah Portugal dan diikuti Sepanyol,Perancis dan
britain.
Antara faktor yang mendorong Portugal muncul sebagai kuasa Eropah yang
mempelopori kegiatan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 ialah
kedudukan geografi, peranan Putera Henry, kemajuan dan penemuan baru dan
sebagainya.
Masyarakat maritim Portugal membawa kekayaan kepada raja, kemasyuran raja dan
negara, serta penyebaran agama kristian.

Ciri-ciri masyarakat maritaim Portugal


1. Peranan pemerintah
Putera Henry mendirikan sebuah sekolah bagi ahli pelayaran yang dinamakan
Akademi Laut di Sagres.
Beliau berjaya menarik minat kelasi Itali yang mahir dan ahli ilmu alam yang bijak ke
sekolah tersebut. Putera Henry memberi hadiah dan gelaran sebagai insentif kepada
para peneroka.
Raja-raja Portugal keturunan Avis merupakan pemimpin yang berkelibar. Mereka
amat menggalakkan aktiviti perdagangan dan perkapalan. Contohnya Raja Manuel
menyokong aktiviti pelayaran melalui bantuan kewangan atau modal. Keadaan politik
Portugal juga agak stabil berbanding negara Eropah yang lain.
2. Kedudukan geografi yang stratejik
Portugal terletakn di sebuah tanjung yang menghadap dua laut utama dunia iaitu
Laut Meditettanean dan Lautan Pasirik. Keadaan ini melahirkan rakyat Portugal yang
biasa dan mahir dengan ilmu kelautan,
Mereka lahir sebagai perenang yang handal, tukang kapal yang mahir, bijak
menentukan pasang surut laut dan sebagainya.

Laut Portugal dalam, terlindung dan sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Dermaga
yang hebat dan akademi perkapalan turut dibina.
Kemajuan dan penemuan baru
Portugal muncul sebagai kuasa pelayar yang unggul kerana terdapat kemajuan dan
penemuan baru dalam bidang perkapalan, kelautan dan pelayaran.
- Alatan seperti peta yang baik, teknik kartografi yang moden, reka cipta kompas yang
lebih yang tepat, kompas magnetik, kaedah astrolab, dan kapal Caravel yang boleh
memuatkan seberat 2000 tan barangan pada satu-satu masa.
Semangat inkuiri
- Pelayar Portugal banyak mendapat maklumat atau cerita tentang dunia luar daripada
pelayar seperti Marco Polo. Sumber maklumat juga didapati daripada orang Islam
dan Arab pada Zaman Pertengahan Awal. Banyak pengalaman pelayar-pelayar telah
dibukukan.
Perkembangan kapitalisme dan institusi kewangan
Perkembangan ekonomi kapitalis menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan
ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk
keuntungan . Institusi bank turut berubah.
Pengusaha bank di Portugal mengeluarkan pinjaman bagi menggalakan pelayaran
ke seberang laut mengumpul kekayaan dan menjamin kuasa politik.
Tambahanpula kejatuhan kerajaan Mongol dan kemunculan kerajaan Turki
Othmaniyah menyebabkan bandar-bandar di Itali merosot dan pedagang-pedagang
Eropah sukar mendapatkan barangan dari Timur.
Oleh sebab perkembangan perbankan dan kapitalisme di Portugal menyebabkan
keperluan untuk pasaran dan bekalan bahan mentah kepada kuasa Eropah lain dari
Timur amat diperlukan.
Mencari kekayaan
Motif penguasaan rempah menyebabkan Portugal sampai ke Melaka pada 1509.
Akhir berjaya menguasai Melaka pada 1511.Kejayaan ini membolehkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
Seterusnya, pedagang portugal telah mendirikan pangkalan di Cyclon, Maluku,
Sumatera, Jawa atau di kenali sebagai kepulauan rempah.
Di Brazil Portugal dapat membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan
pencelup. Selain itu Portugal membuka ladang tebu, menjalankan penanaman
tembakau serta menternak lembu dan kuda.
Mereka juga ke Timur jauh melaluinTanjung Pengharapan .Kapal-kapal Portugal ini
membawa pulang rempah ratus, lada, sutera dan batu permata.
Pelabuhan
Antwerp menjadi pusat pengekspotan barangan Portugal . dalam masa 30 tahun
Portugal berjaya menembusi pasaran rempah yang dikuasai oleh pedagang Venice,
Itali.
Portugal juga berjaya memasuki Jepun, pada tahun 1543 mereka berjaya memasuki
pelabuhan Kyushu. Pada 1517 pedagang Portugal telah membuat perjanjian dengan
Shogun Ashikaga yang membenarka Potugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Tahun 1517pedagang Portugal sampai ke Canton, sterusnya ke Macau dan menjadi
orang tengah dalam urusan perdagangan antara China , jepun dan EropahPortugal
juga mendirikan pengkalan perdagangan di pantai Afrika terutamanya di Mozambique
pada 1520, ianya dijadikan tempat perhentian untuk mengisi muatan dalam
pelayaran mereka antara Eropah dan Asia serta menjalankan perdagangan emas,
gading dan perhambaan.
-

3.

4.

5.

6.

7.

Penutup

Dapat dirumuskan bahawa Portugal sebagaikuasa kelautan eropah yang pertama mempelopori
kegiatan penjelajahan penerokaan pada abad ke-15. Hal ini membawa kepada perkembangan
masyarakat maritim di portugal. Perkembangan ini membawa kekayaan kepada masyarakat
dan pemerintah Portugal.

MASYARAKAT INDUSTRI
Terangkan maksud masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri

Pendahuluan
Masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke18. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.
a) Pengertian masyarakat industri
- Merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian
Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin
Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran.
b) Ciri-ciri masyarakat industri
Kegiatan ekonomi
- Masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besaran
Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan
punca pendapatan bagi menyara hidup
Pengkususan kerja
-

Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan kerja


Pekerja perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu
barangan

Mobiliti sosial
-

Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan


pekerja meningkat
Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi
Perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat

Kemunculan kelas
-

Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas
pekerja
Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang peindustrian

Ubanisasi
-

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar perindustrian


Mereka terlibat dalam kegiatan perindustrian sebagai buruh kilang atau pengusaha
kilang
Kebanyakan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar selepas tercetus Revolusi
perindustrian
Perkembangan ini melahirkan proses perbandaran terutamanya di bandar2
perindustrian

Masyarakat listerasi
-

Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan


berpendidikan
Mereka terdedah kepada unsur2 demokrasi dalam kehidupan mereka
Mereka mempunyai kebolehan merancang dan menjalankan aktiviti sosial dengan
sistematik

Penutup
Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi perindustrian di
England. Masayarakat industri mempunyai ciri2 tersendiri yang berbeza dengan masyarakat
agraria.

Bincangkan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England

Pendahuluan
Revolusi perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi
perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.

a) Pertambahan penduduk
- Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk
bekerja di sektor perkilangan
Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran
kilang2 perindustrian
b) Kekayan bahan mentah
Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di
England
Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi
untuk kilang di England
c) Kemajuan dalam sistem pengangkutan
- Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara
- Penggunakan jentera berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan
seperti kereta api dan kapal laut
d) Perkembangan mekantalisme
- Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England
Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi
untuk mempelopori Revolusi perindustrian
Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar
Apprentice
e) Modal mencukupi
- Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian
- Kerajaan memeiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England
- Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang2 yang menjadi kaya
- Peladang2 ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian
f) Iklim yang sesuai
- Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian
Perkembangaan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim
yang sesuai di England
Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kainkain kapas
g) Kemajuan sains dan teknologi
Kemajuan dalam sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi
Perindustrian
Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa
rekaan dan ciptaan baru ditemui
- Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England.
Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi
Perindustrian di England.

Bincangkan kesan Revolusi Perindustrian yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan
sosial

Pengenalan

Revolusi perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19 . Revolusi ini telah
menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan dan kejuruteraan manusia.
Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan kean mendalam dalam aspek politik dan sosial.

a)

Kesan politik
i.
Kemunculan golongan proletariat
Perkembangan industria melahirkan golongan pekerja atau proletariat
Golongan ini telah menubuhkan kesatuan sekerja untuk melindungi hak pekerja
ii.
Kemunculan pertubuhan politik
Revolusi perindustrian meletakkan asas kepada perkembangan parti-parti politik
Pekerja-pekerja di Jerman terdedah kepada dua aliran politik utama iaitu aliran Karl Marx
dan Parti sosialis
Kedua-dua aliran ini bersatu dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Social
Democratic Party
Parti poltik ini ditubuhkan bagi menjaga kepentingan golongan tersebut
iii.
Kemunculan golongan national liberal
Revolusi perindustrian menyebabkan muncul golongan peniaga, ahli-ahli bank doktor dan
golongan professional yang lain
Golongan ini telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai national liberal
party.
Parti ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan golongan tersebut.
iv. Dasar kerajaan Bismarck
-

Kerajaan di bawah Bismarck tidak senang dengan idea demokrasi dan sosialisme yang
berkembang di jerman.
Bismarck menyokong dasar dan perjuangan National liberal party untuk mendapat
sokongan golongan tersebut.
Beliau mengurangkan tarif dan berpura-pura menyokong dasar perdagangan bebas
Selain itu, Bismarck juga bertindak mengawal gereja bagi mengukuhkan kedudukan
kerajaan pusat.

b) Kesan sosial
i.
-

pengangguran
Revolusi perindustrian turut membawa kesan negatif pada golongan pekerja.
Pengeluaran produk yang berlebihan menyebabkan banyak industri terpaksa ditutup.
Perkembangan ini menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan ekoran tindakan kilang
membuang pekerja.

ii. kemelesetan ekonomi


-

Kemelesetan ekonomi menyebabkan ramai pekerja mengalami kesukaran hidup


Tambahan pula berlaku keadaan inflasi yang menyebabkan pekerja tidak dapat membeli
barang keperluan seharian mereka.

iii. Masalah tanah jajahan


-

Negara-negara sedang membangun turut mengalami kemelesetan ekonomi


Negara-negara membangun bergantung kepada negara industri untuk menjual barangbarang mentah.
Apabila negara industri tidak membeli bahan bahan mentah, negara-negara tersebut
mengalami kemelesetan ekonomi.

Penutup
Revolusi perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan dalam aspek politikd dan sosial .
revolusi ini telah menyebabkan lahir parti-parti politik berasaskan aliran Karl Marx dan sosialis. Revolusi
perindustrian juga menyebabkan masalah kemelesetan dan inflasi dalam kalangan rakyat.

Tema 2

(Pemerintahan dan pentadbiran)

Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran pada zaman dinasti Ching?
Pada zaman Ching, lahir sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja
berkuasa mutlak. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan
kehakiman. Dalam menjalankan pentadbiran, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang
terdiri daripada golongan bangsawan.
a) Peranan dalam bidang eksekutif
- memutuskan dasar kerajaan
- melantik pegawai2 kerajaan
- melucutkan jawatan pegawai kerajaan
- meluluskan kenaikan pangkat
- mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar
- mengetuai angkatan tentera
- menandatangani perjanjian dengan kuasa asing
b) Peranan dalam bidang kehakiman
- Mengisytiharkan undang2
- Mengendalikan kes rayuan
- Memberikan pengampunan
c) Peranan dalam bidang keagamaan
- Berperanan sebagai ketua agama
- Mengetuai upacara keagamaan
d) Peranan dalam bidang intelektual
- Berperanan sebagai penaung dalam bidang pembelajaran
Memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab2
dan ensiklopedia
- Mengarahkan pengendalian peperiksaan awam diperingkat daerah dan bandar

Terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja


Terlibat dalam pemilihan calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat
kebangsaan
Memberi ceramah kepada penuntut kolej imperial

penutup
Menjelang zaman Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan
sistematik.Sistem ini telah melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan
ekonomi.

Huraikan peranan enam lembaga dalam sistem pentadbiran pusat pada zaman dinasti
Ching?
Menjelang zaman Ching terdapat sistem pentadbiran pusat yang sistematik dan teratur. Salah
satu badan pentadbiran utama pada peringkat pusat ialah Enam Lembaga. Setiap lembaga
diterajui oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden.setiap lembaga mempunyai
biro-biro yang mempunyai peranan masing2.
a) Lembaga pentadbiran awam
- Mengurus perlantikan kakitangan awam
- Mengendalikan peperiksaan awam
- Menguruskan kenaikan pangkat

b) Lembaga hasil dalam negara


- Mengutip cukai daripada penduduk
- Mengendalikan urusan pendaftaran tanah
c) Lembaga peperangan
- Menguruskan halehwal ketenteraan
- Menetapkan polisi ketenteraan
- Menguruskan perlantikan dan pemecatan pegawai tentera
- Mengawal komunakasi antara kerajaan pusat dengan provansi
d) Lembaga upacara
- Mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, korban, majlis perkahwinan dan
kematian
- Menguruskan sistem pendidikan
- Menguruskan peperiksaan awam diperingkat daerah, provinsi dan bandar raya
Memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada calon2 yang lulus dalam
peperiksaan awam
e) Lembaga keadilan
mengendalikan hal ehwal berkaitan undang2
mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman
mengampunkan orang yang melakukan kesalahan
membicarakan kes2 rayuan
f) Lembaga kerja awam
-

menguruskan kerja2 pembinaan bangunan awam

membaiki bangunan awam

membeli dan menjual harta kerajaan

membaiki jalan dan sistem perparitan

membaiki tambak sungai, empangan, dan pengairan

Penutup
Kewujudan enam lembaga menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang bercorak birokratik.
Sistem pentadbiran yang cekap mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik
yang stabil.

Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di wilayah pada zaman dinasti Ching?

Menjelang zaman Ching, wilayah dibahagikan kepada provinci, circuit, prefecture, dan daerah.
Pegawai dilantik di setiap unit dan bahagian bagi melicinkan sistem pentadbiran.
a) Pentadbiran provinci
i)
Gabenor jeneral/jeneral
- Pentadbiran peringkat provensi diketuai oleh gabenor jeneral dan gabenor
Menjelang zaman maharaja Chien-lung, terdapat lapan orang gabenor jeneral dan
15 orang gabenor
ii)
Persuruhjaya
- Persuruhjaya dilantik oleh maharaja
- Persuruhjaya menguruskan garam, pemungutan cukai, pengedaran bijirin dan laluan
sungai
iii)
Komander
- Menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat wilayah
b) Pentadbiran circuit/prefecture
Pegawai dilantik bagi menguruskan circuit/prefecture
c) Pentadbiran daerah
i)
Majistret daerah
Berperanan mengutip cukai, menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk
dan menjaga keamanan.
- Dibantu oleh penduduk yang mengetuai hal ehwal masyarakat setempat.
ii)
Perkhidmatan awam daerah
Terdiri daripada bahagian pentadbiran, sivil, percukaian dan banci, protokol dan
upacara, ketenteraan kerja awam dan pencegahan jenayah.
- Pegawai ini dibenarkan mengutip surcaj.
iii)
Unit pentadbiran lain
- Iaitu jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)
- Terdapat pentadbiran yg lebih kecil seperti kampung, bandar, pekan dan petempatan
luar bandar.
Penutup
Pentadbiran wilayah yang kukuh dan teratur melahirkan kestabilan di peringkat pusat.

Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja China pada abad ke-16 hingga ke -18

Pengenalan
Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal.
Raja menduduki hierarki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran.
Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem pemerintahan maharaja di China.

Kedudukan politik maharaja di china berdasarkan konsep mandate of heaven.

Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi
kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada maharaja. Konsep ini anugerahkan maharaja satu
kuasa untuk memerintah dan boleh menarik balik kuasa tersebut, tiada kuasa lain yang boleh
mendakwa baginda atas segala tindakkannya.

Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada
dalam keadaan teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari
rakyat. Sekiranya berlaku malapetaka, ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapat
mandat dari syurga.

Maharaja mengamalkan ajaran confucius, ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak
kebahagian dan menyatakan bahawa kerajaan yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang
baik, raja mesti taat pada tuhan dan rakyat pula harus taat dan setia pada raja.

Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat, ajaran ini menekankan konsep
taat setia kepada raja yang membawa kemakmuran.

Maharaja juga menguasai ekonomi negara, segala ekonomi negara seperti pungutan cukai ,
hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan, penduduk, ufti barangan dagangan, kepakaran akan
dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
Penambahan dalam pengeluaran pertanian akan menambahkan keuntungan golongan
pembesar dan tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera, urusan mempertahankan negara dari
serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja. Hal ini dapat
dilihat pada awal kemunculan dinasti Ming. Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan
semula empayar china yang berpecah dan usahanya diteruskan oleh pengantinya. Sebahagian
besar wilayah Manchuria telah berjaya ditakluki oleh tentera Ming dan beberapa wilayah lain
seperti korea dan Ryukyu telah menjadi naugan dinasti Ming. Beberapa utusan dari luar datang
ke China seperti Siam, Burma dan Melaka yang memperkukuhkan kewibawaan pemerintahan
Ming serta mengiktiraf kekuatan ketenteraan China.

Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar
pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu
Barat di China. Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja china terhadap Barat pada
zaman Dinasti Ming.

Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada China sebelum pertengahan abad ke19. Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja china membuka pintu negaranya
kepada kuas-kuasa barat.

Terangkan peranan pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke-20

Pengenalan
Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.Pembesar
melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras
kedua selepas kedudukan raja.
Pembesar China terdiri daripada pembesar pusat dan wilayah. Didominasikan oleh golongan
cerdik pandai dan golongan bangsawan.
Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja
berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah dilantik
oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada
maharaja.
Pembesar di Cina pada abad ke-16 hingga ke-20
Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu sekretariat
agung, majlis tertinggi (enam badan menteri) dan censorate atau lembaga penapis.
Tugas Sekretariat agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam
badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Mereka akan memaklumkan kepada maharaja
segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja. Melalui majlis ini,
sebenarnya pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam
kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh pegawai kanan atau dikenali sebagai
shangschu. Shangschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan
berdasarkan
kementeriannya.
Enam
kementerian
tersebut
ialah
kementerian
personal,kewangan,adat,perang,keadilan dan kerja raya.
Lembaga penapis/ Censorate menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan segala
aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk diambil tindakan sewajarnya.
Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan
berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan untuk
memilih golongan srjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.
Lulus peperiksaan awam bermakna kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.

Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu
menanggotai imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
Dasar yang digubalkan dilaksanakan diperingkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam jabatan
hal ehwal negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk
dibawahnya. Iaitu jabatan kakitangan, jabatan upacara, jabatan tentera, jabatan kehakiman dan
jabatan kerja awam.
Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan iaitu gentry.
Pembesar wilayah bukan daripada golongan sarjanamemiliki angkatan tentera sendiri. Mereka
bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pusat di samping menjaga wilayah
sendiri.
Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai pengawas kerajaan . Antara tugas utama ialah
mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai yang menyeleweng
serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
Semasa dinasti Ching gabenor dilantik sebagai pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan
ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor
tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja.
Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pusat. Gabenor
dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti bendahari dan hakim.
Kesimpulan
Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa
pemerintahan dinasti Ching telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
Keruntuhan dinasti Ching turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.

Anda mungkin juga menyukai