Anda di halaman 1dari 11

Negara Perancis saat ini (terkenal dengan istilah Republik Kelima) merupakan sebuah negara

Republik dan berbentuk negara kesatuan. Perancis menganut sistem pemerintahan semi presidensiil.
Mengapa disebut semi Presidensiil? Ini dikarenakan dalam menjalankan roda pemerintahan,
Presiden sebagai kepala negara dan kepala pemerintahan dibantu oleh seorang Perdana Menteri.
Hal ini berbeda dengan sistem pemerintahan yang presidensiil secara murni dimana Presiden hanya
menjalankan pemerintahan seorang diri dengan hanya dibantu kabinet.

Untuk urusan legislatif, Perancis menggunakan sistem parlemen 2 pintu (bikameral) yang terdiri dari
National Assembly (sidang Nasional) dan Senat Tidak Berpendapat (Perliament Sovereignity). Hal ini
berbeda dengan Indonesia yang mempunyai sistem legislatif trikameral (3 pintu) yang terdiri dari
MPR, DPR, dan DPRD. Di Perancis, parlemen dapat membubarkan kabinet sehingga pihak
mayoritas menjadi penentu pilihan pemerintah. Walaupun demikian, Presiden tidak dipilih oleh
parlemen tetapi dipilih secara electoral college yang terdiri dari wakil-wakil daerah / kota.

Dalam menjalankan sistem pemerintahan di perancis, kabinet yang anggotanya terdiri dari dewan -
dewan menteri berada dibawah kepemimpinan Perdana Menteri. Sedangkan Presiden bersama
dengan Sidang Nasional dan Parliement Sovereignity akan mengangkat Dewan Konstitusi. Dewan
Konstitusi ini anggotanya terdiri dari 9 orang yang tugas utamanya adalah mengawasi ketertiban
dalam proses pemilihan presiden dan parlemen serta mengawasi pelaksanaan referendum.

Konstitusi yang dianut oleh Negara Perancis adalah konstitusi tertulis. Namun bila dibandingkan
dengan negara-negara yang lain, konstitusi Perancis ini lebih regid (lebih kaku). Terjadi pemisahan
kekuasaan yang jelas antara legislatif yang ada di tangan parlemen, Eksekutif di tangan Presiden,
dan Yudicial di tangan badan kehakiman. Mengenai Badan Kehakiman, para hakim ini diangkat oleh
eksekutif dan terbagi menjadi dua. Yaitu Peradilan Kasasi (Court of Casation) dan Peradilan Hukum
Administrasi. Dalam perkara-perkara yang rumit dan berat, penanganannya akan dilakukan oleh
Tribunal des Conflits.














Negara Kesatuan di Perancis
Pengenalan
Negara kesatuan merujuk kepada kuasa kerajaan pusat lebih luas berbanding kuasa kerajaan
tempatan yang lebih terhad.Contoh negara kesatuan ialah Perancis, Britain, Itali dan Jepun.
Ciri-Ciri Sistem Kesatuan
Kesemua urusan negara adalah dipusatkan.
Kuasa mentadbir yg diberikan kepada wilayah / bahagian boleh ditarik balik.
Wilayah atau bagahian adalah agen kepada pemerintahan pusat kuasa autonomi tidak diberikan
sepenuhnya]
Antara kelebihan sistem negara kesatuan ialah, sebarang pertindihan / percanggahan antara
pembuat dan pelaksana dasar dapat dielakkan. Walau bagamanapun sistem ini juga
mempunyai kelemahannya iaitu tidak sesuai digunakan dalam situasi negara yg luas dan penduduk
yg ramai.

Peta Negara Perancis

Negara Kesatuan di Perancis
Konsep negara kesatuan yang diamalkan di Perancis merujuk kepada pemusatan semua kuasa
negara sehingga memberi kuasa tertinggi kepada kerajaan pusat.
Setelah sistem feudal dihapuskan, pentadbiran baharu telah diperkenalkan di Perancis.Perancis
dibahagikan kepada 83 department [wilayah] dan setiap department pula dibahagikan
kepada cantons [daerah]. Setiap cantons dipecahkan lagi kepadacommune.

Di setiap department diwujudkan General Council . Ahlinya dilantik pemerintah pusat.General
Council menjadi penghubung rakyat kerajaan pusat

Commune pula berperanan mentadbir kawasan bandar;
Meluluskan permit bangunan.
Menjaga keselamatan penduduk.
Menguruskan pendaftaran perkahwinan.
- Commune diketuai oleh Mayor [Datuk Bandar].

Datuk Bandar pula berperanan sebagai;
Wakil kerajaan pusat di bandar.
Menguatkuasa undang2 tempatan.
Mengurus pekerja di kawasannya.
* Keputuan Datuk Bandar boleh dipinda, diubah dan dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan
Setelah pemansuhan sistem feudal, pemerintahan negara Perancis berubah kepada sistem negara
kesatuan. Sistem ini lebih tersusun dan organisasi mempunyai garis panduan masing2.













Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan
negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian
kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.

Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan
pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan
persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).

Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah
diamalkan di negara Amerika Syarikat.


Kerajaan Kesatuan Di Perancis

Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh
mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan
oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:

1. Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara
Perancis.

2. Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada
beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini
merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan
pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat memiliki
kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah
hanya melaksana ketetapan pusat.

Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah
pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat
dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini
pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh
kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai
keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai.
Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang
keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu
sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan
bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790
pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department
(wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan
kepada commune.

Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet
bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk
menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh
pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan
penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar
(Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal
Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan
menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di
kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan,
mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau
bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau
dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk
tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan
sebagainya.


Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan merupakan
undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran.
Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim.

2. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-
pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin
mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal
wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak
mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli
hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan
pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai
pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak
perlu diberi pendidikan.

3. Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah
menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-
1715) yang dikenali sebagai Grand Monarch yang memerintah selama 72 tahun. Semasa
pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.

4. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi
memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan
pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-
menteri yang berwibawa.

5. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-
institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah
monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah
memperkenalkan beberapa dasar seperti:


a) Dasar Dalam Negara

Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah
melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert
(Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban
(Menteri Ketenteraan).

Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di
pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran
dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya
dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-
arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka mengindahkannya.
Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar.

Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam
tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja.
Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste
Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan
Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.

b) Dasar Ekonomi

Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai
negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan
tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga
kebanyakan barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun
perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.

c) Dasar Ketenteraan

Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila
raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi
golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas
ketenteraan.

Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan
kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit.
Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.

d) Dasar Agama

Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis)
untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang
memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja
pada 1685.
Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan
berhijrah ke England dan Amerika.

e) Dasar perluasan wilayah

Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan
Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United Province.

6. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-
Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas
golongan bangsawan, gereja dan hakim.

7. Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789
dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua,
manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang
akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet
disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh
Raja Louis XIV.

8. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet
Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk
anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat
sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah Padang Tenis.

9. Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan
dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan
turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian
tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.

10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan
(pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa.
Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun
sebagai Hari Kebangsaan Perancis.

11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan,
golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua,
menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik.
Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai Hari Ogos.

12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta
mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar
batas undang-undang.

13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan
ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari.
Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun
kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.

14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan
pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh
diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman
Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan Undang-Undang Syak.
Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung.

15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin.
Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen.
Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi
aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.
pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud raja
mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

Negara bangsa mempunyai kuasa dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini
disebut sebagai independent. Kuasa ini menyebabkan penduduk dalam teritori
(kawasan pemerintahan yang lebih luas daripada wilayah) memberikan ketaatan
yang sepenuhnya dari aspek politik.

Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa
yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan ada pula yang terlalu sedikit.
Negara bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk
mengagungkannya.

Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara
diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah wajib kepada semua warganegara.
Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-
pegawai kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan
orangnya.

Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara
keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam bentuk kesatuan, contohnya,
Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan
dengan sub negara bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga
yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir dalam
teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara
pengawalan pusat. Di bawah sistem pentadbiran Perancis, terdapat 95 department
dan setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322
cawangan department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya
diketuai oleh sous prefect dna sous prefest dilantik oleh kerajaan untuk bertindak
sebagai agen daripada kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai
eksekutif.

Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan
autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi secara sub kerajaan. Kedua-duanya
dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh
kerajaan kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan
pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk persekutuan,
terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan
disebabkan perbezaan kebudayaan.

Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara
sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia muncul bersama dengan kemunculan
negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting
bangsa dan orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem
perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih menekankan
kebajikan negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan
terutamanya dalam bentuk emas. Emas adalah perkara terpenting dalam polisi
kebangsaan dan saudagar menganggap emas seolah-oleh keimanan.

Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan
mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk emas. Menurut
Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri.

[Main]

Anda mungkin juga menyukai