Anda di halaman 1dari 12

Skema Jawapan

SEJARAH (940/1)
Sejarah Dunia
[80 markah]

SOALAN 1
HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA PADA ABAD
KE-16 DAN ABAD KE-17 MASIHI

PENDAHULUAN

Masyarakat Agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian,


penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Masyarakat agrarian
tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan pertanian China telah mengamalkan sistem ekonomi
feudal. Kegiatan ekonomi utama masyarakat China adalah aktiviti bercucuk
tanam kecil-kecilan, Perkembangan ekonomi feudal menyebabkan muncul
masyarakat feudal di Negara China pada abad ke 16 dan 17 Masihi.

ISI-ISI

Ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16 dan abad ke-
17 masihi melaui kegiatan ekonomi. Sebahagian besar penduduk Negara
China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Antara tanaman makanan yang
ditanam oleh masyarakat agrarian adalah padi, gandum, teh, kekacang dan
barli. Kawasan pertanian utama ialah kawasan lembah Sungai Yangtze dan
Sungai Kuning di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian utara Anhui
dan Hupeh. Menjelang abad ke 16 dan 17, kegiatan ekonomi kapitalisme
mula bertapak di Negara China. Perkembangan itu menyebabkan system
penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara tamanan komersial yang
diusahakan adalah tembakau, kapas, mulberi dan tebu. Tamanan tembakau
diusahakan di wilayah Kwangsi dan Fukien. Seterusnya tamanan mulberi bagi
perusahaan sutera pula banyak diusahakan di wilayah Kwangtung kerana
wilayah ini juga terlibat dengan perusahaan sutera.

Ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16 dan abad ke-
17 masihi dapat dilihat melalui petempatan. Masyarakat argaria dalam
tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai. Antara
kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat masyarakat
agraria di China antara kawasan lembah Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.
Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti pertanian.

Ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16 dan abad ke-
17 masihi melalui sistem pengairan. Masyarakat agraria di negara China
mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani mempunyai
kemahiran dalam membina teres di lereng bukit bagi penamanan padi. Di

1
samping itu, mereka menggunakan pam yang digerakkan dengan
menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke
kawasan pengairan. Dinasti Ming telah memperkenalkan sistem pengairan
seperti Projek Pengairan di Sichuan yang mengairi tanah pertanian yang
sangat luas, pertanian selingan antara musim tanaman yang dapat
memelihara kesuburan tanah pertanian, peralatan seperti cangkul, sabit dan
penyisir tanah bagi meningkat aktiviti penanaman.

Ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16 dan abad ke-17
masihi melalui pengetahuan memelihara kesuburan tanah. Masyarakat
agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk
memelihara kesuburan tanah pertanian. Sistem penanaman bergilir telah
diamalkan di Negara China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani
menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.

Ciri-ciri masyarakat agraria di china pada abad ke-16 dan abad ke-17
masihi melalui kemahiran teknologi. Masyarakat agraria di China
mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan
baru telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala
penabur benih diperkenalkan untuk menbina alur, parit atau lekuk memanjang
di permukaan tanah. Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan
lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda.

KESIMPULAN
Menjelang abad ke-16 dan 17 masihi, masyarakat agraria memainkan
peranan penting dalam bidang ekonomi. Mereka mencapai kemajuan pesat
dalam kaedah dan teknologi pertanian. Perkembangan dalam bidang
pertanian menyebabkan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan
kemajuan ini meletakkan asas bagi kebangkitan negara China

2
SOALAN 2:
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN PORTUGAL SEBAGAI
KUASA MARITIM PADA ABAD KE-15 DAN ABAD KE-16 MASIHI

PENDAHULUAN
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti
berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil,
penerokaan dan penjelajahan. Masyarakat ini tinggal di kawasan pesisir
pantai, lembah sungai dan pelabuhan yang terletak di kawasan sungai.
Kemunculan masyarakat maritim di Eropah seperti Portugal dapat dikesan
sejak abad ke-15. Hal ini dapat menggalakkan masyarakat Portugal terlibat
dalam aktiviti pelayaran dan penjelajahan untuk melancarkan ekspedisi ke
kawasan baharu. Oleh itu, terdapat beberapa faktor kemunculan Portugal
sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

ISI-ISI

Factor-faktor kemunculan portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-


15 dan abad ke-16 masihi perkembangan kapitalisme & merkantilisme.
Antara faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah
perkembangan kapitalisme dan merkantilisme. Kapitalisme merupakan sistem
ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh
individu tanpa gangguan kerajaan dan bertujuan keuntungan. Perkembangan
ini menggalakkan raja Portugal mempelopori sistem ekonomi kapitalisme
untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Kesannya, dasar merkantilisme
yang bermaksud campur tangan kerajaan mula diamalkan dalam masyarakat
Eropah. Dasar ini telah menyebabkan raja Portugal memberi galakan kepada
pelayar dan menaja pelayaran ke seberang laut untuk menguasai kekayaan.
Jelaslah bahawa perkembangan kapitalisme dan merkantilisme memainkan
peranan dalam kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

faktor-faktor kemunculan portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-


15 dan abad ke-16 masihi antaranya MEMECAHKAN MONOPOLI
PERDAGANGAN SAUDAGAR ITALI & ISLAM. Faktor yang seterusnya
kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah memecahkan monopoli
perdagangan oleh saudagar Itali dan Islam. Hal ini disebabkan negara
Portugal tidak menghadapi saingan daripada negara-negara Eropah yang
lain. Misalnya, Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu pada
manakala negara Itali masih tidak bersatu kerana setiap negara kota bersaing
untuk menguasai perdagangan di Laut Mediterraanean. Oleh itu, kestabilan
politik Portugal menggalakkan masyarakat Portugal melibatkan diri dalam
bidang perkapalan dan perdagangan. Jelaslah di sini keadaan ini memberi
ruang kepada Portugal untuk muncul sebagai kuasa maritim di Eropah.

3. PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN

3
Di samping itu, faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah
menyebarkan agama kristian. Hal ini kerana mubaligh Kristian mula dihantar
dalam ekspedisi pelayaran ke Timur untuk mengkristiankan penduduk di
tanah jajahan seperti Cape Verda. Perkembangan ini telah memberi
semangat kepada masyarakat Portugal dan mubaligh Kristian dalam bidang
penerokaan dan penjelajahan untuk menyebarkan agama Kristian ke dunia
baharu. Tegasnya, penyebaran agama Kristian menggalakan Portugal untuk
muncul sebagai kuasa maritim di Eropah.

4. PENGARUH RENAISSANCE
Faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim juga adalah pengaruh
renaisans. Gerakan renaisans ini telah menyebabkan berlaku perubahan
dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti
humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme.
Perkembangan ini telah mewujudkan era ekoran yang mementingkan sains
dan teknologi serta kebebasan manusia untuk berfikir. Keadaan ini juga
melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Oleh
itu, gerakan renaisans menyebabkan masyarakat Portugal mula menjalankan
aktiviti penerokaan dan penjelajahan dan muncul sebagai kuasa maritim di
Eropah pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

5. PERLUMBAAN KUASA-KUASA BARAT


Bukan itu sahaja, perlumbaan antara negara-negara bangsa merupakan
faktor yang menyebabkan Portugal bangkit sebagai kuasa maritim. Hal ini
dikatakan kerana kuasa Barat yang lain berlumba-lumba untuk melancarkan
ekspedisi ke Timur untuk menguasai kekayaan. Perkembangan ini memberi
kesedaran kepada masyarakat Portugal dalam melancarkan ekspedisi ke
Timur. Selain itu, kedudukan Portugal yang terletak di Semenanjung Iberia
yang dikelilingi oleh Lautan Atlantik juga telah memudahkan masyarakatnya
melibatkan diri dalam bidang maritim. Misalnya, pelabuhan seperti Lisbon
berperanan sebagai pusat pengedaran dagangan dan pusat pengagihan
rempah ratus yang dibawa dari Timur. Tegasnya, perlumbaan antara negara-
negara bangsa telah menggalakkan kemunculan Portugal sebagai kuasa
maritim di Eropah.

6. TEKNOLOGI PELAYARAN
Faktor yang selanjutnya kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim adalah
kewujudan dalam teknologi pelayaran. Antara penciptaan peralatan pelayaran
seperti astrolab. Kompas magnetik dan carta pelayaran. Peralatan-peralatan
ini telah memudahkan masyarakat Portugal terlibat dalam kegiatan
penerokaan dan penjelajahan. Selain itu, pelayar Portugal juga mempunyai
pengetahuan dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran. Oleh itu, kapal jenis
Caravel seberat 2000 tan telah dicipta oleh masyarakat Portugal untuk
mengharungi lautan yang luas dan jarak jauh. Jelaslah bahawa kewujudan
teknologi pelayaran telah menyebabkan kemunculan Portugal sebagai kuasa
maritim.

7. PERANG SALIB

4
Tambahan pula, perang salib juga memainkan peranan dalam kebangkitan
Portugal sebagai sebuah kuasa maritim. Perang ini memberi peluang kepada
orang Portugal dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban dan
kebudayaan Timur. Perkembangan ini melahirkan bangsa Eropah yang
berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran yang baharu. Kesannya,
masyarakat Eropah mula belayar ke Timur untuk mendapatkan barangan
berharga. Masyarakat Eropah juga berpeluang untuk mendapatkan
pengetahuan daripada orang Islam seperti matematik, geomertri dan sains.
Jelaslah bahawa perang salib telah menggalakkan masyarakat Portugal
muncul sebagai kuasa maritim di Eropah pada abad ke-15 dan ke-16.

8. PENGETAHUAN TENTANG DUNIA LUAR


Akhirnya, pengetahuan tentang dunia luar mendorong orang Portugal
melibatkan diri dalam penerokaan dan penjelajahan. Antara pengembara
memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti Marco Polo, John
Monte Corvino. Tokoh-tokoh tersebut telah memberi semangat kepada
masyarakat Portugal untuk mencari jalan laut. Contohnya, The Travels of
Marco Polo. Jelaslah di sini pengetahuan tentang dunia luar menyebabkan
kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor berlakunya aktiviti pelayaran dan
penerokaan dalam masyarakat maritim di Portugal. Hal ini telah
membolehkan Portugal melancarkan ekspedisi ke dunia luar untuk
memperluaskan pengaruh dan tanah jajahan mereka. Kesannya, wujudnya
Portugal sebagai kuasa maritim yang kuat di Eropah pada abad ke-15 dan ke-
16 Masihi.

5
SOALAN 3:
TERANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA
ABAD KE-18 HINGGA KE-19

PENDAHULUAN
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada
sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran
barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Masyarakat
industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran. Kemunculan masyarakat industi di
Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap
kedua(1860-an -1914). Pada era ini muncul industri-industri baru seperti
elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan terdiri
daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.

1 KEMAJUAN DALAM SISTEM PERTANIAN


Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor
pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan
meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses
penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin. Pengkajian saintifik
tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai
ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan. Mengadakan ujikaji untuk
menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya
tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk
menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.

2. MASYARAKAT BERASASKAN KEPADA PERINDUSTRIAN


Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia
barat JermanPengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-
1670. Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan
barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Kemajuan
industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi
dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan
pendidikan. Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah
Rhineland, Saxony dan Silesia. Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-
mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman. Ciptaan baru
berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan
Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886
daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan
kejuruteraan elektrik. Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman
menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal
penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang

6
terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji. Jerman telah
menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia
dalam industri kimia dan elektrik.

3. KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN


Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870. Firma Jerman di Borsing
menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman. Pembinaan jalan keretapi
dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan
keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di
Jerman. Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang
murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.
Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-
lain Negara Eropah. Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100
juta pound sterling.

4. PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA


Pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di
Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih
banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8%
dari tahun1887 hingga tahun1912. Perluasan empayar berlaku pada tahun
1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika,
Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan
Afrika Timur. Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan
dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya
penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari
Sepanyol pada tahun1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan
perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina
pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

5. KEMAJUAN SISTEM KEWANGAN


Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan
sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem
perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah
bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of
Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan
Dresdener Bank (1872). Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang
baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem
pengangkutan darat dan laut. Kartel di Jerman membantu perkembangan
sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai
bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan
memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan
meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan
perindustrian .Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi
tujuan pertahanan.

6. DASAR KERAJAAN JERMAN

7
Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai
tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain. Undang-undang insurans sosial
dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa
kemalangan semasa bekerja. Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan
kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan
dua pertiga daripada pekerja. Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan
undang-undang insurans kemalangan. Memanupulasi pengeluaran akhbar di
Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Pada tahun
1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di
Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan
persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang
ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu. Malahan, kerajaan juga
boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam
serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .
Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan
bank-bank Jerman. Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera
dan senjata di Eropah.

KESIMPULAN
Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan
masyarakat industri. Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi
kepada masyarakat. Masyarakat industri di Jerman merupakan satu
masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan lagi ekonomi negara
mereka. Hal ini wajar dicontohi oleh masyarakat pada masa kini agar ekonomi
negara dapat berkembang lebih maju pada masa akan datang. Jerman
seterusnya telah muncul sebagai kuasa imperalis pada abad ke-19 untuk
mendapatkan banyak bahan ment

4. Jelaskan peranan maharaja dari aspek politik dalam sistem pemerintahan


di China dari abad ke 16 sehingga abad ke 19.

- Peranan Maharaja China dari aspek politik:

a) Ketua pemerintah - berkuasa mutlak, berperanan penting dalam


urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutif dan
kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis
Tertinggi
Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja)
memutuskan dasar kerajaan
b) Melantik pembesar - melantik dan melucutkan jawatan pegawai-
pegawai kerajaan dan melantik pembesar di peringkat pusat dan
wilayah
c) Ketua tentera - bertanggungjawab memastikan keamanan negara ,
mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan

8
meluaskan empayar (awal Dinasti Ming)
d) Ketua hakim/perundangan- setiap arahan maharaja menjadi undang-
undang.

5. Sejauh manakah krisis Perancis - England (1756-1763) menjadi faktor asas


pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat.

a) Krisis Perancis – Amerika ( 1756-1763 )


- Juga dikenali sebagai Perang 7 Tahun (1756-1763),
- Menjelang pertengahan abad ke-18 M, orang Inggeris mempunyai koloni di

sepanjang pantai timur Amerika Utara dan Perancis mempunyai koloni di

Amerika Utara di kawasan pedalaman.


- Peperangan ini bukan sahaja berlangsung di Eropah tetapi tersebar ke bahagian-
bahagian lain di dunia seperti di Amerika Utara dan India. Pada tahun 1763, orang
Perancis telah dikalahkan oleh Britain dalam Perang Tujuh Tahun. Ekoran
kekalahan tersebut, Perancis terpaksa menandatangani Perjanjian Paris pada tahun
1763
- Menerusi perjanjian tersebut Perancis telah melepaskan beberapa
wilayah sepert Kanada dan Timur Sungai Missisippi
- Peperangan ini telah menelan belanja yang besar bagi negara England,
pihak koloni telah dipaksa menanggung sebahagian perbelanjaan
perang tetrsebut
- Pelbagai cukai baru diperkenalkan seperti akta gula, cukai setem dan
akta matawang.
- Tindakan ini menimbulkan kemarahan dan menyebabkan penduduk
koloni melancarkan gerakan pembebasan daripada England

Faktor-faktor lain:

b) Campur tangan England


- Tindakan Raja Geogre III mengamalkan dasar campur tangan dalam
hal ehwal penduduk koloni.

9
- Penduduk koloni membantah tindakan tersebut , namun bantahan
tersebut tidak diendahkan serta mengambil tindakan yang lebih tegas
dalam mendapatkan wang daripada penduduk koloni.
- Hal ini membawa kepada kebangkitan penduduk untuk menamatkan
pemerintahan England di Amerika

c) pengenalan pelbagai akta baru


- Penduduk koloni membantah pengenalan pelbagai akta baru oleh
Parlimen England. Antara akta baru yang diperkenalkan ialah akta
pelayaran, akta gula, akta setem dan akta the.
- Parlimen England juga telah meluluskan undang-undang yang
mengkehendaki pihak koloni membayarper perbelanjaan tentera
England yang berkhidmat di Amerika.
- Pihak koloni membantah kerana berpendapat parlimen tidak berhak
mengenakan cukai kerana koloni-koloni tersebut tidak diwakili oleh
sesiapa pun di parlimen England.
Akibat tentangan tersebut kerajaan England telag menarik balik akta
kecuali Akta Teh.

d) Peristiwa pembuangan Teh Boston


- Pengenalan Akta Teh 1773 yang membenarkan SHTI menjual teh
tanpa membayar cukai
- Penduduk seterusnya hanya dibenarkan membeli teh melalui SHTI.
- Hal ini telah membawa penentangan penduduk dan sebagai tindak
balas mereka telah bertindak membuang kotak-kotak yang berisi teh ke
laut dan peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa pembuangan teh
Boston.
- Pihak England telah menutup pelabuhan Boston dan hal ini
menyemarakan lagi tuntutan kemerdekaan penduduk koloni daripada
England.

6. Bincangkan usaha Otto Von Bismarck untuk menyatukan Jerman selepas


tahun 1871.

a) Menyekat pengaruh gereja 


- Bismarck telah menghadapi masalah dengan gereja Roman Katolik di Jerman.
Paderi-paderi Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru jajahan di
Jerman menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser. 
- Paus mula bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal
politiknya. 
-  Bismarck bimbang kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan
perpaduan dalam negeri Jerman. Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja,
Bismarck memulakan pergerakan anti-gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada
tahun 1872.
- Beliau meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang
Mei bagi mengawal sekolah-sekolah agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.
b) Memulihkan Keamanan di Jerman dan Eropah

10
- Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan dalam dan
luar negara bagi membangunkan negara Jerman. 
- Bismarck mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan
dengan negara-negara lain di Eropah. Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan
banyak jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871 akan menyerang Jerman. 
- Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali
yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan ini, beliau berharap
negara-negara lain terutamanya Perancis tidak akan memulakan peperangan dengan
Jerman. 
c) Memperkenalkan Perlembagaan Jerman
-  Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah dengan
memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman. 
- Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah
Parlimen yang terdiri daripada Majils Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja
(Reichstag). Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua
negeri di Jerman manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli yang dipilih oleh
rakyat Jerman. 
-  Diet Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad dalam meluluskan sesuatu
undang-undang. Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai
kuasa membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja.
- Perlembagaan mi memberikan kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan
penyatuan negara Jerman. 

d) Menyeragamkan Sistem Ekonomi


- Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan
Jerman adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. 
- Beliau mengambil Iangkah-langkah untuk memperkenalkan sistem
percukaian, mata wang serta sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh
negara Jerman.
- Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman.
Selain itu, beliau juga menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dengan
membina jalan raya yang Iebih baik. Beliau juga membina rangkaian jalan kereta api
yang menghubungkan seluruh wilayah di negara Jerman. 

e) Memajukan Sektor Pertanian dan Perdagangan


- Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan sektor
pertanian dan perdagangan di Jerman.
- Bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja murah dikeluarkan oleh
industri di Jerman. Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan undang-
undang tarif pada tahun 1879 bagi menyekat kemasukan barang-barang dan negara
luar seperti Britain dan Perancis. 
- Undang-undang tarif bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani
Jerman yang tidak dapat bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh
negara-negara lain seperti Britain, Perancis, Rusia dan Amerika.       

f)      Pemulihan Sosial 

11
- Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi merapatkan
jurang antara golongan yang kaya dengan golongan miskin.
-  Bismarck bertindak membaiki nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru
dengan mengadakan undang-undang bagi membaiki taraf hidup mereka. 
- Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-Undang Insuran Sakit
untuk membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan percuma dan gaji
jika mereka sakit. 
- meluluskan satu lagi undang-undang untuk melindungi pekerja yang cedera
semasa bekerja. Menerusi undang-undang ini, majikan terpaksa membayar penuh kos
perubatan pekerja yang cedera semasa bekerja. Pada tahun 1889, Undang-Undang
Insuran Masa Tua telah diluluskan. Pekerja-pekerja menyumbangkan sebahagian gaji
mereka kepada tabungan wang ini dan boleh mengeluarkannya apabila mereka
bersara. Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau berjaya menyatukan negara
Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan penduduk
Jerman. 

12

Anda mungkin juga menyukai