Anda di halaman 1dari 2

NAMA : ADAM AFNAN BIN JAFREI

KELAS : 5 FILASUF
TEMA : SEMANGAT PATRIOTIK

PUNCA GENERASI MUDA KURANG PENGHAYATAN


SEMANGAT PATRIOTISME
Semangat patriotisme dapat didefinisikan sebagai rasa cinta dan sayang terhadap tanah
air sendiri.Sejak dahulu lagi semangat patriotisme ini dapat ditanam dan disemai dalam
kalangan masyarakat khususnya golongan remaja melalui pelbagai pendekatan.Namun kita
dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat patriotisme
dalam diri mereka.Menurut mantan perdana menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir Bin
Mohamad,penerapan semangat patriotisme merupakan salah satu simbolik kepada perpaduan
negara bagi mengekalkan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat dan
berwibawa.Persoalannya,apakah punca generasi muda kurang penghayatan semangat
patriotisme?

Salah satu punca generasi muda kurang penghayatan semangat patriotisme adalah
disebabkan kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan.Hal ini dapat dikatakan
demikian kerana,generasi muda tidak pernah mengalami dan merasai pengorbanan para
pejuang dahulu demi memperoleh kemerdekaan negara.Contohnya,perjuangan Tok
Janggut,Dato Bahaman dan Dato Maharaja Lela yang telah bersusah payah membebaskan
negara daripada cengkaman penjajah.Kesannya,sejarah perjuangan tokoh-tokoh tempatan
akan terus terkubur akibat kurang pendedahan terhadap masyarakat majmuk.Tegaslah bahawa
pihak kerajaan dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa-jasa tokoh
tempatan agar perjuangan mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.Hal ini dapat
dikaitkan dengan peribahasa gajah mati meninggalkan tulang,harimau mati meninggalkan
belang,manusia mati meninggalkan nama.

Selain itu,punca lain yang menyebabkan generasi muda kurang menghayati semangat
patriotisme adalah terpengaruh dengan budaya-budaya barat.Hal ini dapat dikatakan
demikian kerana,generasi muda kini banyak terpengaruh dengan budaya barat sehinggakan
mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya
sendiri.Contohnya,mereka terikut dengan gaya pemakaian,pergaulan yang bebas,dan
bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada masalah gejala sosial yang
serius.Kesannya,budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian
kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat.Sudah terang lagi
bersuluh bahawa isu ini perlu diberi lebih penekanan melalui didikan dan penghayatan agama
serta moral dalam kalangan remaja agar melahirkan modal insan yang dapat menyumbang
kepada kemajuan negara.
Seterusnya,kekurangan penganjuran aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan semangat
patriotisme merupakan antara punca menyebabkan generasi muda kurang menghayati
semangat patriotisme.Hal ini dapat dikatakan demikian kerana,pihak kerajaan seharusnya
tidak memandang enteng terhadap usaha mengadakan pelbagai aktiviti yang berunsurkan
patriotisme terhadap masyarakat.Contohnya,menganjurkan kuiz kemerdekaan,syarahan,dan
syair kemerdekaan pada peringkat sekolah mahupun peringkat
kebangsaan.Kesannya,golongan remaja tidak akan terbabit dengan aktiviti-aktiviti sosial yang
tidak sihat malah mereka akan lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan
sejarah negara.Tuntasnya,pihak kerajaan dan ibu bapa perlulah memberikan dorongan
terhadap generasi muda bagi menggalakkan mereka untuk terus menghayati dan memahami
semangat patriotisme agar dapat menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

Bertitik tolak daripada diskusi di atas,jelaslah menunjukkan bahawa terdapat banyak


punca yang menyebabkan generasi muda kurang menghayati semangat patriotisme.Besarlah
harapan semua pihak agar terus berkerjasama antara satu sama lain dengan memainkan
peranan penting dalam usaha mengembalikan semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda melalui pelbagai kaedah yang berkesan.Oleh itu,kita perlu melahirkan warganegara
yang mempunyai semangat patriotik bagi mengangkat martabat negara kita ke persada
antarabangsa.Kesimpulannya,kemaslahatannya dapat dipupuk melalui penerapan semangat
patriotisme dalam diri pada setiap peringkat individu agar kemakmuran ekonomi dan
kemajuan negara dapat dikekalkan dengan jayanya.

(515 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai