Anda di halaman 1dari 1

Malaysia sering kali mengalami krisis ekonomi pada setiap tahun.

Krisis ekonomi berlaku apabila


ekonomi berada pada aras terendah dan terdapat perubahan negatif dalam aspek perekonomian. Krisis
ekonomi yang dialami dalam situasi pandemik kini benar-benar menyebabkan rakyat, khususnya
golongan yang berpendapat rendah terkesan. Golongan yang dikenali sebagai B40 dan terdiri daripada
petani, penjaja, usahawan mikro, serta pekerja kolar biru merangkumi 40% penduduk Malaysia dan
memperoleh pendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4850. Pelbagai pihak
mempunyai peranan untuk memberikan perlindungan sosial kepada golongan B40 yang menanggung
bebanan berat akibat krisis ekonomi.
Kerajaan mempunyai tanggungjawab utama dalam melindungi rakyatnya semasa krisis
ekonomi.Kerajaan boleh memulakan pelbagai langkah seperti memberikan bantuan jangka pendek
melalui sokongan pendapatan rendah .Kerajaan juga boleh mengadakan program-program bantuan
sosial yang luas seperti bantuan makanan , perumahan subsidi dan perkhidmatan perubatan yang
terjangkau harus diperkukuhkkan atau diperluaskan.Selain itu,Kerajaan juga boleh mengurangkan
tekanan kewangan ke atas golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan cukai dan
menyediakan pototngan cukai untuk mereka . Secara tidak langsung , Kerajaan dapat mengurangkan
Krisis ekonomi yang melanda di negara kita .
Selain itu, pihak institusi mempunyai peranan tersendiri. Institusi kewangan seperti bank memberikan
moratarium atau penangguhan pembayaran terhadap peminjam. Pelaksanaan penangguhan tersebut diberi
masa selama enam bulan melalui perundingan antara kerajaan dengan institusi kewangan untuk
membolehkan golongan B40 menggunakan wang untuk pembelian barangan keperluan. Justeru, pihak institusi
kewangan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam jika membuat pembayaran
secara lewat. Golongan B40 tidak mempunyai tabungan untuk berdepan dengan keadaan luar jangkaan atau
kecemasan dan mereka menganggap duit moratarium sebagai nyawa dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
pada masa hadapan. Walaupun dalam jangka pendek, institusi kewangan mampu memainkan peranan untuk
mngurangkan bebanan golongan B40.
Di samping itu , pihak swasta boleh berkontribusi dengan menyumbangkan kepada kepada
program-program sosial atau menyediakan peluanag pekerjaan melalu rancangan latihan atau
pengambilan pekerja sementara . Mereka juga boleh berkolabrasi dengan Kerajaan untuk mencipta
peluang perniagaan yang membolehkan golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan
pendapatan tambahan.
Setiap rakyat juga memainkan peranan ketika menghadapi krisis ekonomi. Dalam situasi tersebut,
seseorang individu haruslah mempunyai sifat jimat cermat dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku
sedemikian kerana setiap rakyat perlulah berhati-hati dalam perbelanjaan di mana-mana tempat. Golongan
B40 perlu sedar akan keupayaan atau kemampuannya ketika membeli barangan yang bernilai tinggi. Golongan
B40 hendaklah mengurangkan perbelanjaan, iaitu memilih dan membeli barangan keperluan sahaja dan
mengelakkan pembelian barangan yang mahal harganya. Oleh sebab itu, individu perlu menabung wang untuk
kegunaan pada saat kecemasan atau untuk masa depan masing-masing. Jelaslah bahawa golongan B40 harus
sedar akan peranannya dalam menangani kemerosotan ekonomi.
Seterusnya , pendidika dan latihan adalah penting dalam jangka Panjang untuk membantu
golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka .Program pendididkan vokasional
dan latihan kemahiran perlu dipertingkatkan untutk memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik
dan pendapatan yang lebih tinggi kepada mereka . Dengan meningkatkan kemahiran mereka , mereka
akan lebih bersedia untuk menghadapi pasaran pekerja berubah.
Kesimpulannya, pelabagai pihak berperanan dalam mengurangkan bebanan golongan berpendapatan
rendah ketika menghadapi krisis ekonomi. Justeru, tanggungjawab dan kerjasama daripada semua pihak boleh
meringankan bebanan golongan B40. Bukan itu sahaja, sistem perlindungan sosial yang lebih berkesan untuk
membantu golongan B40 harus dibentuk. Semoga normal baharu yang dihadapi kini dapat memberikan
peluang kepada negara untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial supaya tiada rakyat yang hidup
melarat di negara yang aman dan damai.
\

Anda mungkin juga menyukai