Anda di halaman 1dari 6

UJIAN 1 /2017 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

ARAHAN: Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang betul dan buat bulat

1 Seseorang warganegara asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan cara kemasukan
mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

I berumur lebih daripada 18 tahun


II mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu
III telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
IV tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2 Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia
boleh dilucutkan kecuali

A dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu

B ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan yang mengkhianati
negara

C dia tidak setia kepada raja dan negara

D dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela

3 Dengan cara apakah isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu
atau bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

A Kuat kuasa undang-undang B Pendaftaran C Kemasukan D Percantuman wilayah

4 Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori yang berikut ?

Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu

Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada 6 Julai 1982

A Kuat kuasa undang-undang

B Pendaftaran

C Kemasukan

D Percantuman wilayah
5 Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang warganegara Malaysia jika dia mahu menolak
kewarganegaraannya?

I Mesti mencapai umur melebihi 21 tahun


II Mesti menguasai sesuatu bahasa asing
III Sudah mendapat kewarganegaraan negara lain
IV Berniat dan merancang untuk berkhidmat di negara lain

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

Nama Meaklin Toyad Pairin


Keturunan Iban, bumiputera di Sabah
Tempat tinggal Sabah
Tempat lahir Kota Kinabalu
Tarikh lahir 4 September 1960

Dengan cara apakah Meaklin dianggap sebagai warganegara Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan?

A Kuat kuasa undang-undang B Pendaftaran C Percantuman wilayah D Kemasukan

7 Lee Lian Hua, seorang warganegara Hong Kong, berkahwin dengan Donald Wong, seorang warganegara
Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Lee Lian Hua dapat menjadi warganegara
Malaysia?

I Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.


II Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia
III Dia membuat permohonan melalui cara kemasukan
IV Dia berkelakuan baik.

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

8. Kerajaan boleh memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera dengan

I menyuruh pegawai kerajaan bukan Melayu bersara awal untuk memberikan peluang kepada
bumiputera
II menarik balik lesen dan biasiswa bukan bumiputera untuk diserahkan kepada bumiputera
III mengadakan sistem kuota bagi bumiputera memegang jawatan perkhidmatan awam
IV memperuntukkan peluang khas bagi bumiputera mendapatkan lesen-lesen tertentu

A 1 dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9 Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan bagi
maksud rasmi. Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar?

I Apa-apa bahasa lain boleh digunakan, diajarkan, atau dipelajari bagi maksud bukan rasmi.
II Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya.
III Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua.
IV Bahasa pengantar dalam semua sekolah mesti bahasa Melayu.

A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV


10 Menurut Perkara 160(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mestilah

I menganut agama Islam


II bertutur dalam bahasa ibunda
III mengamalkan adat istiadat Melayu
IV dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

11.Pindaan terhadap beberapa perkara tertentu I dalam Perlembagaan Persekutuan hanya dianggap lulus jika
mendapat sokongan majority 2/3 Majlis Parlimen pada bacaan kali kedua dan ketiga dan juga persetujuan Majlis
Raja-raja."

Antara yang berikut, yang manakah tertakluk kepada pernyataan tersebut?

I Pindaan terhadap kedaulatan raja-raja


II Pindaan terhadap kedudukan istimewa orang-orang Melayu
III Pindaan terhadap imuniti undang-undang ahli-ahli Parlimen yang menyatakan mereka tidak boleh
didakwa di mahkamah atas sebarang perbuatan jenayah
IV Kelulusan belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

12 Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan
undang-undang negeri?

A Undang-undang persekutuan akan dibatalkan

B Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

C Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang
bercanggahan sahaja

D Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

13 Yang manakah antara berikut dianggap sebagai Senarai Bersama dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I Perikanan di laut

II Membaik pulih kawasan bekas lombong

III Mencegah tunjuk perasaan dan rusuhan

IV Pencegahan penyakit

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

Senarai Bidang Kuasa Perkara


I Senarai Persekutuan X - Pemindaan status tanah
II Senarai Negeri Y Perkapalan antarabangsa dan Pelabuhan Klang
III Senarai Bersama Z - Perlindungan hidupan liar
Berdasarkan jadual tersebut, padankan perkara-perkara X, Y, dan Z dengan senarai bidang
kuasa yang betul.
A B C D
I X Y Z Y
II Y X Y Z
III Z Z X X

15 Antara majlis yang berikut, yang manakah ditubuhkan untuk mengadakan pertalian dan penyelarasan antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I MAJLIS KEWANGAN NEGARA


II MAJLIS TANAH NEGARA
III MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
IV MAJLIS KHIDMAT NEGARA

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

16 Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kebebasan dan kepentingan sesebuah
suruhanjaya?

I Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya umum.


II Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh orang politik.
III Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Kabinet.
IV Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui tribunal khas.

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

17 Antara yang berikut, yang manakah dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri sahaja?

I Pindaan status tanah mengikut jenis seperti tanah perindustrian, pertanian, dan perumahan
II Pentadbiran undang-undang Islam dan Kerajaan Tempatan
III Kebajikan orang-orang asli
IV Bantuan kewangan dan kemudahan lain kepada mangsa tsunami

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

18 Dalam urusan penubuhan sesebuah universiti awam, yang manakah antara yang berikut dalam
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

I Pelantikan pihak pentadbir dan pensyarah


II Peruntukan kewangan
III Pembekalan air
IV Pengeluaran sijil menduduki bangunan

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

19 Antara pindaan perlembagaan yang berikut, yang manakah memerlukan sokongan majoriti mudah
Majlis Parlimen pada bacaan kedua dan ketiga?

I Pindaan terhadap pengubahan sempadan bahagian pilihan raya di Semenanjung Malaysia


II Pindaan terhadap pelantikan senator dan kehilangan kelayakan mereka
III Pindaan terhadap status bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain di Malaysia
IV Pindaan terhadap kepentingan sah bagi bumiputera di Malaysia

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

20 Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa yang terkandung dalam Senarai Bersama antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

I Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri


II Parit dan saliran air
III Peruntukan hutan simpanan dan pencegahan perburuan haram
IV Pengawalan kenaikan harga barangan penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

1 Nyatakan tiga ciri Perlembagaan Persekutuan. (3)


__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
2 Nyatakan dua konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. (2)
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

3 Senaraikan tiga perkara penting yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. (3)
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

4 Satu daripada peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ialah tiap-tiap


warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya, tetapi dia dilarang daripada
mengungkit ISU - isu sensitive.Nyatakan dua isu sensitif yang tersebut di atas. (2)
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

5 Encik X ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh. Perintah
tahanan telah dikeluarkan oleh mahkamah. Nyatakan tiga hak yang ada pada Encik X
ketika dalam tahanan polis. [3]
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
Jawapan:

Anda mungkin juga menyukai