Anda di halaman 1dari 28

Bab 1 : Masyarakat Jahiliah

 Zaman jahiliah di Semenanjung Tanah Arab


berlangsung selama 300 tahun.
 Zaman jahiliah bermula selepas kejatuhan
kerajaan Saba’ iaitu sekitar tahun 300M .
 . Zaman jahiliah berakhir apabila turunnya al-
Quran dan Allah SWT mengutuskan Nabi
Muhammad SAW sebagai Rasul pada tahun
610M .
 Jahiliah berasal daripada kata dasar jahala
dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang
bermaksud bodoh dan sesat.
 Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat
dirumuskan kepada empat, iaitu zaman yang
tiada nabi/rasul dan kitab suci sebagai
panduan,masyarakat yang tidak mempunyai
peradaban dan tamadun, tidak berakhlak,
bersikap angkuh dan bongkak serta tidak
boleh menulis dan membaca.
 Jika satu daripada ciri-ciri tersebut terdapat
pada sesuatu zaman atau masyarakat, maka
ia boleh dianggap sebagai jahiliah.
 Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem
berkabilah, iaitu satu unit sosial yang
mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
Sistem masyarakat berkabilah ini adalah
berlandaskan kepada pertalian darah dan
keturunan yang diistilahkan sebagai
semangat asabiyah.
 Semangat asabiyah ialah perasaan taksub
kepada kabilah dan bermegah dengan
kabilahnya. Mereka memandang hina
terhadap kabilah yang lain.
 Unit paling asas dalam sistem kabilah ialah
seseorang individu yang terikat dengan
kabilah masing-masing. Seterusnya, diikuti
dengan unit keluarga('a'ilah) yang terdiri
daripada ibu bapa dan anak-anak yang
tinggal dalam satu khemah.
 Manakala beberapa buah khemah akan
membentuk satu kumpulan (hayy), dan
beberapa hayy terbentuklah satu kaum.
Setiap kaum akan membentuk satu kabilah.
 Wakil daripada kaum-kaum yang
membentuk kabilah ini akan melantik
seorang ketua (syeikh) untuk mengetuai
kabilah mereka. Syeikh ini bertanggungjawab
mempengerusikan Majlis Kabilah.
 Syeikh sangat dihormati dan ditaati dalam
kabilahnya. Seseorang individu atau anggota
kabilah hendaklah patuh kepada syeikh dan
bertanggungjawab terhadap kepentingan
kabilahnya.
 Manakala syeikh bertanggungjawab
menyelesaikan masalah dalam kabilahnya,
membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah
lain, melayan tetamu dan memberi
perlindungan.
 Seseorang individu dalam kabilah mestilah
sanggup menolong, menuntut bela dan
berkorban untuk anggota dalam kabilahnya
walaupun dengan jalan berperang. Ini kerana
mereka beranggapan bahawa setiap individu
dalam kabilah mempunyai pertalian darah
dan mempertahankan kabilah merupakan
kewajipan bersama.
 Jika terdapat anggota kabilah mereka
dibunuh oleh anggota kabilah lain, individu
dalam kabilah itu mesti segera bertindak
dengan menuntut bela tanpa mengira salah
atau benarnya anggota kabilah yang dibunuh
itu.
 Kehidupan masyarakat jahiliah yang
berasaskan semangat asabiyah menjadi
punca perbalahan dan peperangan berlaku
sesama mereka sehingga membawa kepada
perpecahan dan kemunduran.
 Dalam struktur masyarakat jahiliah, wujud
susun lapis masyarakat yang jelas, iaitu kelas
atasan dan kelas bawahan. Kelas ini
dibezakan dari sudut kekuasaan, kekayaan
kemahiran dan sebagainya. Wanita, golongan
miskin dan hamba dikategorikan sebagai
kelas bawahan.
 Kesesatan agama iaitu tiada petunjuk dan
pedoman daripada kitab suci dan rasul. Ini
menyebabkan mereka tunduk kepada kuasa
berhala dan menganut agama berhala
(wathani). Agama lain seperti agama Majusi,
Yahudi, Nasrani/ kristian pula telah
diselewengkan.
 Meskipun terdapat masyarakat Arab yang
menganut agama yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim a.s, namun bilangannya amat sedikit.
 Agama menyembah berhala / wathani paling
dominan dalam kalangan masyarakat
jahiliah.
 Pusat agama berhala ialah di kota Makkah.
Ketika itu, di sekitar Kaabah terdapat kira-
kira 360 buah berhala
 Selain menyembah berhala, masyarakat
jahiliah juga mengamalkan kepercayaan
animisme seperti memuja roh, penunggu,
kuasa ghaib dan seumpamanya.
 Masyarakat jahiliah juga mempunyai
kepercayaan yang berunsur tahayul seperti
menilik nasib, percaya kepada kuasa tangkal
dan ahli nujum.
 Pada zaman jahiliah tidak terdapat kerajaan
yang mempunyai struktur politik yang jelas.
Kedudukan politik masyarakat tergugat
akibat penjajahan kuasa asing.
 KerajaanYaman di Selatan dikuasai oleh
Habsyah.
 Kerajaan yang terletak di bahagian utara
Semenanjung Tanah Arab seperti Hirah
berada di bawah naungan Byzantine
manakala kerajaan Ghassan dinaungi Parsi.
 Makkah yang berada di bahagian tengah ,
Semenanjung Tanah Arab turut diancam
serangan tentera bergajah oleh tentera
Habsyah yang datang dariYaman pada tahun
570 M.
 Keadaan ini menyebabkan kehidupan
masyarakat jahiliah bercelaru.
 Situasi ini diburukkan lagi apabila
masyarakat jahiliah juga sering berperang
sesama sendiri dan hidup berpuak-puak.
 Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi
utama masyarakat jahiliah di kawasan
bandar.
 Masyarakat jahiliah menjalankan
perdagangan mengikut sistem barter.
 Amalan riba dan penipuan berleluasa dalam
kalangan masyarakat.
 Kegiatan perdagangan yang dijalankan
juga tidak menguntungkan kerana sering
berlaku pertelagahan sesama kabilah Arab.
 Penjajahan kuasa asing turut menyebabkan
perdagangan masyarakat di Semenanjung
Tanah Arab terjejas.
 Pertumbuhan ekonomi masyarakat jahiliah
semakin lembap selepas kejatuhan kerajaan
Himyar pada tahun 5 34M .
 Perdagangan di kota Makkah juga turut
tersepit antara kuasa Byzantine dan Parsi
hingga menyekat perkembangan
perdagangan.
 konflik ekonomi yang berlaku dalam
masyarakat jahiliah menyebabkan ekonomi
masyarakat Arab tidak dapat berkembang.
 Kaum wanita tidak mendapat kedudukan
yang baik dalam masyarakat jahiliah.
 Mereka sering dibawa dalam peperangan
bagi tujuan memberi perangsang kepada
tentera.
 Amalan menanam bayi perempuan hidup-
hidup juga dilakukan kerana dianggap
memberi masalah sosial dan ekonomi kepada
mereka .
 Kaum lelaki pula dibenarkan untuk berkahwin
tanpa had dan batas.
 Golongan hamba dipandang hina dan sering
diperlakukan dengan perkara di luar nilai
kemanusiaan.
 Peperangan juga sering berlaku meskipun
disebabkan oleh perkara-perkara kecil.
 Moral serta akhlak mereka sangat buruk
kerana hanya mengikut undang-undang dan
peraturan hawa nafsu.
 Masyarakat jahiliah tidak mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi kerana kebanyakan
daripada mereka buta huruf.
 Penyebaran ilmu dalam kalangan mereka
tidak meluas disebabkan mereka lebih
berminat kepada perdagangan kerana lebih
menguntungkan di samping leka dalam
mengejar keseronokan.
 Disebabkan tidak tahu membaca dan
menulis, mereka lebih menumpukan kepada
daya ingatan dan hafalan semata-mata.
 Ini menyebabkan ilmu yang tidak diminati
akan luput begitu sahaja.
 Selain itu, keadaan masyarakat jahiliah
yang mempunyai sikap saling mernbenci,
sering bertelagah dan juga berperang
menyebabkan ruang untuk menimba ilmu
tertutup.
 Zaman jahiliah merupakan Zaman Gelap dan
mundur bagi masyarakat di Semenanjung
TanahArab.
 Kemunduran tersebut dapat dilihat melalui
aspek agama,politik, ekonomi, sosial dan
ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai