Anda di halaman 1dari 35

 Pada ketibaan Nabi Muhammad SAW di

Madinah terdapat dua golongan


penduduk yang terbesar, iaitu Orang
Arab dan Yahudi.
 Orang Arab Islam Madinah (Aus dan
Khzaraj) dikenali sebagai golongan
Ansar. Orang Arab Quraisy yang
berhijrah dari Makkah pula dikenali
sebagai golongan Muhajirin.
 Golongan Ansar (Aus dan Khazraj)
sentiasa berselisih faham sesama mereka
sejak zaman berzaman. Golongan
Muhajirin pula susah kerana mereka
meninggalkan kampun halaman mereka.
Kaum Yahudi pula sentiasa bersikap
bermusuhan, menghasut dan
mengkhianati Nabi Muhammad SAW
dan pengikutnya.
Orang-orang munafik menjadi musuh
dalam selimut. pada masa yang sama,
orang musyrikin Quraisy di Makkah
sentiasa membuat pelbagai usaha untuk
menghancurkan agama Islam dan orang-
orang Islam.
 Bagimententeramkan keadaan gawat di
Madinah, Nabi Muhammad SAW
membuat perjanjian dengan seluruh
penduduk Madinah dan menulis satu
piagam bertulis pertama di dunia yang
dikenali sebagai piagam Madinah
atau Sahifah Madinah.
 Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal
dan terbahagi kepada lima bahagian
secara umumnya.
 Fasal l-pengenalan kepada piagam dan
mengakui tentang keesaan Allah SWT
dan Rasul-Nya.
 Fasal 2 hingga ll-menerangkan tentang
kedudukan kaum-kaum dalam negara
Islam Madinah.
 Fasal 12 hingga 23-menerangkan
kewajipan umat Islam dari segi
tanggungjawab sesama sendiri dan
perkara-perkara yang patut dilakukan
serta perkara yang perlu ditinggalkan.
 Fasal 24 hingga 38-menyebut tentang
kedudukan kaum Yahudi dalam negara
Islam Madinah.
 Fasal 39-47-menerangkan tentang
kedudukan Yathrib.
(i) Kedudukan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemerintah tertinggi dan unggul

 Bagindamerupakan seorang negarawan


yang unggul dan berperanan sebagai
pemimpin bagi kerajaan Madinah yang
memiliki masyarakat berbilang kaum,
budaya dan agama. Masyarakat Madinah
menerima baginda sebagai ketua negara
Madinah.
 Baginda memberi tumpuan terhadap
aspek akidah dan juga aspek duniawi
dalam pemerintahannya.
 Piagam Madinah meletakkan baginda
sebagai ketua kerajaan dan hakim yang
tinggi dan unggul.
 Sebagai ketua hakim, baginda
menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh masyarakat Madinah seperti
perselisihan kaum berdasarkan hukum
Allah SWT dan keputusan baginda.
Masalah ini juga diselesaikan dengan
adil dan bermusyawarah.
 Baginda juga mewujudkan institusi
kehakiman dan keadilan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
(ii) Mewujudkan rasa bertanggungjawab
mempertahankan Madinah.
 Semangat Piagam Madinah telah
mendorong masyarakat Madinah yang
terdiri daripada umat Islam dan bukan
Islam bersama_sama mempertahankan
kerajaan Madinah daripada serangan
musuh.
 Masyarakat Madinah dilarang
menjalinkan hubungan dengan musuh-
musuh Islam yang menentang kerajaan
Islam Madinah.
 Untuk mengukuhkan perpaduan dan
mengelakkan sebarang permusuhan
antara masyarakat Madinah, semangat,
cintakan negara dipupuk. Oleh itu,
semangat ini dapat mengelakkan musuh
Islam mengambil kesempatan menawan
Madinah.
 Kaum Yahudi dianggap sebagai
warganegara Madinah seperti
masyarakat Islam selagi mereka
melaksanakan tanggungjawab mereka
menurut Piagam Madinah.
(iii) Mewujudkan perpaduan umat Islam

 Masyarakat Islam Madinah terdiri dua


kumpulan, iaitu golongan Ansar dan
Muhajirin.
 Penekanan berkaitan dengan kerjasama
dan bersatu padu antara masyarakat ini
terdapat dalam Piagam Madinah.
 Selain
daripada masyarakat Islam,
piagam ini juga merangkumi kedudukan
kaum-kaum lain yang terdapat di
Madinah seperti kaum Yahudi, Aus,
Khazraj, euraisy, parsi dan Habsyi.
 Tuntutanterhadap hidup bersatu padu
dan persaudaraan Islam dalam
masyarakat Madinah dilaksanakan
dengan mendidik masyarakat menjadi
anggota masyarakat atau ummah yang
kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan
tempat tinggal.
 Halini dapat mengelakkan perpecahan
antara masyarakat Madinah. Jika berlaku
perpecahan ini, musuh Islam boleh
mengambil kesempatan untuk menawan
Madinah.
 Persaudaraan Islam dapat mewujudkan
masyarakat Islam yang tulen
berlandaskan akidah dan keimanan
kepada Allah SWT. Persaudaraan inilah
yang akan mewujudkan kerjasama antara
masyarakat serta cintakan kedamaian
dalam kehidupan.
(iv) Penekanan terhadap musyawarah
dalam pemerintahan

 PiagamMadinah mengamalkan prinsip


musyawarah yang berlandaskan keadilan
dalam pemerintahan. Semua kaum
diberikan hak menyuarakan masalah
kaum masing_masing.
 Penduduk Madinah juga diberi hak
menyrarakan pandangan terhadap
pemimpin. Hal ini dapat mengeratkan
lagi hubungan antara rakyat dengan
pemerintah.
(v) Mewujudkan keadilan dan persamaan
terhadap masyarakat Madinah

 Untukmengelakkan jurang perbezaan


dan penindasan berlaku dalam
masyarakat Madinah, Piagam Madinah
telah menetapkan persamaan antara
semua penduduk tanpa mengira
keturunan, bangsa dan kedudukan
seperti antara pemerintah dengan yang
diperintah.
 Kekayaan dibahagikan sama rata antara
masyarakat untuk mengelakkan
penindasan golongan kaya ke atas
golongan miskin.
 Setiap masyarakat juga
bertanggungjawab
untuk melaksanakan keadilan
berlandaskan ajaran Islam agar mereka
sentiasa hidup dalam keadaan aman dan
sejahtera.
 Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan
syariat Islam ini memberi hak dan
kebaikan kepada mereka. Hal ini juga
dapat menghalang sebarang keburukan
berlaku ke atas masyarakat tersebut.
 Piagam Madinah telah menetapkan
masyarakat Madinah tidak boleh
bersikap zalim seperti menindas
golongan yang lemah. Mereka perlu
memiliki sikap tolong-menolong antara
satu sama lain.
(vi) Kedudukan kaum yahudi

 Masyarakat Yahudidiberi kebebasan


untuk mengamalkan agama, adat dan
budaya mereka. Namun demikian,
mereka tidak boleh memaksa penduduk
Madinah untuk menganut agama mereka.
 Masyarakat Yahudijuga dilarang
menindas kaum atau golongan yang
lemah.
 Keselamatan kaum Yahudi dijamin
melalui Piagam Madinah selagi mereka
mematuhi piagam tersebut.
(vii) Kebebasan beragama

 PiagamMadinah memberi kebebasan


berasama terhadap kaum Yahudi dan
penganut agama lain.
 Kebebasan ini diberikan kerana:
 Islam menghormati kebebasan
beragama, iaitu tiada paksaan dalam
kepercayaan setiap individu.
 Menghindarkan permusuhan antara
masyarakat
 Mengelakkan kaum Yahudi daripada
menyebarkan agama mereka di Madinah
(viii) Pembinaan sebuah kerajaan Islam
yang kuat

 Untukmembentuk sebuah kerajaan Islam


yang kuat, masyarakat Madinah bebas
membincangkan hal politik dan
pentadbiran.
 Oleh itu, masyarakat Madinah
bertanggungjawab mempertahankan
kerajaan ini daripada ancaman musuh.
 Hak dan tanggungjawab penduduk
Madinah diakui dalam piagam Madinah
tanpa mengira agama mereka. penduduk
Madinah yang beragama Islam dan
bukan Islam mempunyai hak yang sama
untuk memperoleh perlindungan,
keselamatan dan keadilan.
(ix) Kebebasan masyarakat Madinah

 Penindasan ke atas golongan yang lemah


seperti yang biasa dilakukan oleh kaum
Yahudi adalah dilarang kerana piagam
Madinah menjamin kebebasan hak asasi
yang sama rata untuk setiap penduduk.
 Hal ini dapat menjamin keharmonian
hidup masyarakat Madinah.
 Kebebasan hak asasi ini meliputi
kebebasan beragama, beramal, bekerja,
bersuara dan sebagainya selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
kerana kebebasan yang tiada batas akan
mewujudkan kezaliman yang boleh
memecahbelahkan perpaduan ummah
sesebuah kerajaan.
(x) Menyatupadukan penduduk Madinah

 Masyarakat Madinah khususnya umat


Islam dapat disatukan menerusi piagam
Madinah.
 Piagam ini juga menitikberatkan
hubungan baik antara masyarakat Islam
dengan masyarakat bukan Islam seperti
saling hormat-menghormati,tolong-
menolong dan sebagainya.
 Melalui piagam Madinah ini dapat
dirumuskan bahawa masyarakat Madinah
yang dahulunya mengamalkan tradisi
jahiliah seperti mementingkan diri
sendiri dan kaum masing-masing telah
berubah dengan menerapkan nilai-nilai
persaudaraan Islam.
 Dengan tergubalnya piagam Madinah,
lahirlah sebuah negara Islam pertama di
Madinah.
 Piagam Madinah boleh dijadikan asas
kepada mana-mana piagam negara Islam
yang baharu, terutama sekali kepada
sebuah negara Islam yang mempunyai
penduduk pelbagai bangsa.

Anda mungkin juga menyukai