Anda di halaman 1dari 2

Soalan: Huraikan dasar pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Pendahuluan

 Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Al-Hakam bin Al-‘As bin Umayyah dilahirkan di Bandar
Hulwan ,Mesir pada tahun 63 Hijrah (683 Masihi). Bapanya, Abdul Aziz bin Marwan merupakan
gabenor di Mesir.Manakala ibunya, Ummu ‘Asim binti Umar bin Al-Khattab Ialah anak kepada
khlifah Islam yang kedua, iaitu sayyidina Umar al-Khattab.
 Beliau berketurunan Bani Umayyah dan menjadi pemerintah Bani Umayyah yang kelapan sesudah
pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Umar bin Abdul Aziz telah menghafal al-Quran
sejak kecil lagi. Kemudian, Beliau telah dihantar ke Madinah oleh bapanya dengan tujuan dapat
dibesarkan dengan persekitaran yang baik dan dapat mendalami ilmu semasa di sana. Di Madinah,
beliau mendalami ilmu fiqah,periwatan hadis, mempelajari ilmu tafsir,dan ilmu islam yang lain
termasuk Bahasa, kesusasteraan dan kesenian.

Isi-isi Penting:

1. Mengarahkan kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan.


 Tentera-tentera yang sedang berperang di Kota Constantinople diarahkan pulang. Tentera yang
berada di kawasan bekas jajahan Byzantine di arahkan pulang.
 Dasar penarikan tentera dari medan peperangan serta penaklukan ini amat berbeza dengan khalifah
umayyah sebelumnya. Hal ini juga memberi peluang untuk tentera kerajaan berehat dan pulang ke
pangkuan keluarga mereka.

2. Menggalakkan perkahwinan antara orang arab dengan bukan arab.


 untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan stabil. Untuk mengelakkan
permusuhan yang pernah berlaku semasa berlaku dasar perkauman kerajaan umayyah.
 Ini kerana sebelum ini kedua-dua golongan sering bermusuhan akibat daripada dasar perkauman
kerajaan Umayyah.

3. Memperkenalkan dasar ekonomi baharu.


 melalui cukai tanah(khazraj). tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik
bersama orang islam. Hasil tanamannya akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Membezakan antara
cukai jizyah dengan khazraj. Mengubah cara pembayaran cukai dengan hanya mengenakan cukai
jizyah kepada orang bukan islam sahaja manakala khazraj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki
tanah.
 Semasa pemerintahan Khalifah Umar, cukai jizyah hanya di kenakan ke atas orang bukan islam
manakala khazraj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah. Memansuhkan semua jenis
perayaan,upacara rasmi, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir. Cara ekonomi baharu ini
menjadikan kedudukan Negara semakin kukuh.

4. Memansuhkan jizyah ke atas orang Islam bukan arab


 walaupun di tentang oleh beberapa gabenornya namun baginda tetap meneruska usaha tersebut.
Baginda bertujuan untuk menegakkan syiar islam dan mewujudkan sistem sosial yang adil dan
saksama. Ditentang oleh beberapa gabenornya . Siasah ini membuahkan hasil kerana banyak
daripada golongan Zimmi yang memeluk islam.
 Pendapatan Negara daripada kutipan jizyah didapati semakin menurun tetapi mereka tetap di
kenakan zakat. Teknik ini untuk menarik mereka memeluk islam dan kewangan islam tetap tidak
tergugat dengan penghapusan jizyah ini.

5. Menentang kezaliman dan penindasan


 Tidak bertolak ansur apabila melibatkan penindasan kezaliman serta menjalankan dasar persamaan
dalam menikmati kemakmuran Negara. Ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindakan drastik
apabila beliau memecat gabenor serta para pegawai kerana didapati menyeleweng dan melakukan
kezaliman.
 Antara amalan buruk yang cuba di hapuskan oleh Khalifah Umar dalam pemerintahannya iaitu:
rasuah di jabatan kerajaan, menggunakan wang Negara sewenang-wenangnya, terpesona dengan
keseronokan dunia, kezaliman dan penindasan terhadap rakyat oleh sesetengah pegawai kerajaan.

6. Langkah berbaik-baik terhadap musuh Kerajaan Umaiyah.


 Berbaik dengan musuh dari dalam dan luar Negara termasuk kaum khawarij. Untuk memperoleh
toleransi semasa pemerintahan baginda. Hal ini dilakukan menerusi dialog atau perbahasan.
 Kaum khawarij yang cuba menetang baginda adalah dari suku yashkur yang di piumpin oleh
Saudhab. Hujah dan dalil yang kukuh di kemukakan oleh baginda telah menyebabkan kaum
khawarij berasa insaf dan sedar lalu memberhentikan rancangan penentangan mereka.

Penutup
 Khalifah Umar telah meninggal dunia pada bulan Rejab , tahun 101 hijraf/Februari 720 Masihi.
Tempoh pemerintahannya adalah selama kira-kira dua tahun setengah. Walaupun pemerintahannya
tidak lama, beliau di anggap setaraf dengan Khulafa AR Rasyidin yang empat.
 Makamnya di hormati oleh semua pihak termasuklah Khulafa’ Bani Abbas yang membongkar
kubur seluruh Khalifah Bani umayyah melainkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Anda mungkin juga menyukai