Anda di halaman 1dari 5

ASASI SAINS PUSAT ASASI UITM CAWANGAN DENGKIL

KERTAS KERJA

SEJARAH KERAJAAN UMAYYAH

CTU085

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ MUHAMAD ZARIFF BIN ILIAS

DISEDIAKAN OLEH:
PI009E14

(1) MUHAMMAD AFIQ IQBAL BIN NOR AZLAN 2022664796


(2) MUHAMMAD SYUKRIE BIN ZULKAFLI 2022665094
(3) MUHAMMAD SYAHIR BIN AZIAN 2022647948
Faktor Kegemilangan Kerajaan Umayyah

1. Aspek Ketenteraan
Perkembangan pesat negara islam dan pelbagai pembaharuan yang diteruskan oleh kerjaan

Umayyah sejak dari zaman khulafa’ ar-rasyidin, Kerajaan Umayyah yang berpusat di Syam

(Syria) mempunyai seangkatan tentera yang kuat dan gagah yang diasaskan oleh Muawiyah

Bin Abu Suffian, Pengasas Kerajaan Umayyah yang terunggul. Pada peringkat awal,

pemilihan ketenteraan adalah secara sukarela dan kemudiannya diubah manjadi satu kerahan

tenaga kepada rakyat arab yang memenuhi syarat. Pemilihan panglima tentera adalah dengan

mengutamakan orang arab.

Muawiyah Bin Abu Suffian telah mengemaskini Angkatan tenteranya dengan meniru corak

Gerakan tentera Parsi. Angkatan tentera Umayyah telah dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu

pasukan teras yang diletakkan ditengah-tengah dikenali sebagai Kolabul Jaish, pasukan sayap

kanan dikenali sebagai Al-Maimunah, pasukan sayap kiri atau Al-Maisarah, pasukan hadapan

sebagai Mukaddimah dan pasukan barisan belakang sebagai Saiffatul Jaish. Peralatan yang

moden dan canggih juga menjadi salah satu factor yang mendorong kekuatan ketenteraan

Bani Umayyah, antaranya Angkatan tentera bani umayyah teratur terdiri daripada angakatan

berkuda,berkenderaan dantentera berjalan kaki. Angkatan tentera ini telah dilatih berperang

pada musim panas dan sejuk sebagai Langkah menghadapi tentera rom. Pasukan tentera laut

juga menjadi salah satu pendorong kebangkitan Kerajaan Bani Umayyah dari aspek

ketenteraan. Pasukan ini mempunyai 1700 buah kapal perang. Pembinaan pangkalan tentera

laut di Tunisia. Pelabuhan di Syiria dan Iskandariah di mesir dimajukan untuk dijadikan

pangkalan perang.
2. Aspek Politik
Kota Damsyik yang strategik dipilih sebagai pusat pemerintahan kerajaan Umayyah oleh

Muawiyah Bin Abi Suffian. Hal ini menjadi salah satu daya tarikan para pedagang yang

dating untuk berdagang dengan kerajaan Umayyah. Pelantikan gabenor yang berwibawa

berjaya menghapuskan pemberontakkan oleh puak Khawarij dan syiah. Antara krisis politik

yang berlaku adalah pemberontakkan yang tercetus menentang kerajaan sehingga

mengakibatkan pembunuhan Khalifah Saidina Uthman Bin Affan oleh pemberontak.

Pemimpin Islam yang telah mengubah sistem pemerintahan yang demokratis menjadi

monarchi, Kerajaan Bani Umayyah yang diperoleh melalui kekerasan, diplomasi dan tipu

daya, tidak dengan pemilihan atau suara terbanyak sebagaimana dilakukan oleh pemimpin

sebelumnya, yaitu Khulafa’ Ar-Rasyidin. Sistem pemerintahan yang sistematik telah berjaya

meluaskan wilayah Islam di Rom, China, India, Afrika Utara dan Eropah di bawah pimpinan

pemimpin Islam yang hebat.

3. Aspek Pendidikan
Kerajaan Umayyah mempunyai ramai golongan pemimpin yang berwibawa dan

mementingan perkembangan ilmu dikalangan rakyat. Antaranya, Muawiyah Bin Abi Suffian

telah menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu. Kota Basrah terkenal

sebagai pusat penyebaran ilmu yang terkenal dalam kalangan rakyat dan pedagang. Antara

perbezaan perkembangan ilmu antara kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abasiyyah adalah

kerajaan umayyah tekah membina Darul Hikmah bagi menekankan pada pengembangan dan

pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam, ketimbang peluasan wilayah seperti di masa

Bani Umayyah. Galakkan daripada khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Umar Bin Abdul

Aziz agar rakyat menguasai pelbagai ilmu nakli seperti Al-Quran, tafsir, hadis dan nahwu.

Antara tokoh yang lahir dalam kalangan ilmuan kerajaan Umayyah adalah, Khalid Bin

Ahmad, Sibawih dan Abu Al Aswad Al Duwali. Abu Al Aswad Al Duwali merupakan orang
yang diambil ilmunya yang memiliki keutamaan dan menjadi hakim di Basyrah. Beliau juga

dianggap sebagai orang pertama yang meletakkan titik pada huruf hijaiyah bagi membantu

membca Al-Quran dengan betul.

4. Aspek Susila
Pada masa pemerintahan Bani Umayyah, Baitul Mal berada sepenuhnya di bawah kekuasaan

Khalifah tanpa dapat dipertanyakan atau dikritik oleh rakyat. Umar berusaha untuk

membersihkan harta yang tidak halal dan berusaha mendistribusikannya kepada orang yang

berhak menerimanya. Penjagaan kebajikan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada

golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan

hospital.

Hubungan era antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan memenuhi

dalam masyarakat. Hal ini sekaligus mengurangkan bilangan kes ketidaksefahaman antara

pemimpin dan rakyat. Kes jenayah dan kerosakkan juga dapat dikurangkan berikutan

kemudahan yang telah disediakan oleh pemimpin untuk rakyat. Kebajikan rakyat juga

terjamin dari masalah kewangan dan kekurangan makanan.


5. Aspek Ekonomi
Antara khalifah yang bijak dalam pentadbiran ekonomi di kerajaan umayyah adalah Umar

Bin Abdul Aziz sama ada dalam sektor monoter dan sektor fizikal. Kebijaksaan beliau

monoter mengatur mata wang dalam dua aspek,iaitu jenis dan penggunaan wangnya. Jenis

wang terbahagi kepada dirham dan dinar. Orang yang mengeluarkan koin tanpa izin negara

akan dikenakan hukuman. Perubahan pendapatan negara melaui pajak tanah(kharja) dan

pajak orang bukan Islam(jizyah) pada tiga profesi iaitu petani, tuan tanah dan pedagang.

Zakat diwajibkan bagi semua umat Islam yang mampu. Beliau Berjaya menjadikan seluruh

rakyatnya menyandang status Muzaki sehingga pemasukan dari zakat di Baitul Mal

melimpah ruah. Oleh kerana tiada golongan yang menjadi mustahik (orang yang berhak

menerima zakat), beliau memerintahkan untuk membeli dan memerdekakan budak

menggunakan wang zakat.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz juga bijak dalam mengawal harga barangan dengan cara

meningkat penghasilan membuatkan masyarakat mampu menjangkaunya dan roda ekonomi

semakin kencang berpusing. Bagi menunjukkan bertapa prihatinnya Umar Bin Abdul Aziz

dalam mengutamakan golongan petani adalah beliau mengarahkan golongan syam yang telah

merosakkan ladang petani untuk membayar 1000 dirham sebagai ganti rugi. Golongan fakir,

orang miskin dan balu yang ditinggal mati suami beserta anaknya juga mendapat perhatian.

Anda mungkin juga menyukai