Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG,

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI,


DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM.

CTU 151
TAJUK :
SUMBER EKONOMI TAMADUN ISLAM

PENSYARAH : USTAZ LOKMAN BIN ABD RASOL

AHLI KUMPULAN :

1. MUHAMMAD FITRI HIDAYAT BIN AHMAD SHARIF 2016603338


2. MUHAMMAD IMAN BIN NORHIZAM 2016603212
3. MUHAMMAD AMIR BIN ANUAR 2016451344
4. DANIAL BIN ABDUL LATIF 2016223304
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

SISTEM EKONOMI TAMADUN


ISLAM:
1) ZAMAN KHULAFAK AR- 2-4
RASYIDIN.
2) ZAMAN KERAJAAN BANI 5-7
UMAIYAH
3) ZAMAN KERAJAAN BANI 8-10
ABASSIYYAH
4) ZAMAN KERAJAAN TURKI 11-13
UTHMANIYYAH

PENUTUP 14

RUJUKAN 15
PENDAHULUAN

Mendepani zaman teknologi ini, kita sering dibuaikan dengan pelbagai kemudahan dan

kesenangan sehingga kita mudah alpa akan kepentingan menjaga sumber ekonomi masyarakat muslim

secara umumnya. Jika disingkap sejarah dahulu, terdapat pebagai kegemilangan yang telah dicapai

khusus dalam aspek ekonomi oleh umat islam bermula dari zaman rasulullah kepada zaman khulafak

ar-Rasyidin, zaman bani ummayah, zaman bani abbasiyyah, sehinggalah zaman turki uthmaniah.

Pelabagai formula dan polisi yang telah dihasilkan dan dilaksanakan bagi menjaga kesejahteraan

ekonomi masyarakat muslim dan bukan muslim dalam negara yang ditawan oleh islam. Scenario ini

membuktikan bahawa islam sangat memetingkan sumber atau hasil dalam sesuatu pendapatan yang

dijanakan. Adakah setiap sumber itu lahir dari hasil yang halal dan tayyiban? . Mampukah kita

masyarakat muslim sekarang mengelak dari terjebak dengan sumber yang syubha? . Bersama dengan

itu, kami telah mengumpulkan seberapa banyak fakta tentang sumber ekonomi tamadun islam agar

dapat diteladani dan diambil sebagai batu loncatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan muslim kini.
SUMBER EKONOMI ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL RASYIDIN

Di zaman KhulafaAl-Rasyidin Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam

menguruskan kewangan negara. Di sinilah terkumpulnya harta-harta yang diperolehi oleh negara

untuk merancang kegiatan okonomi. Sumber ekonomi di zaman ini berasaskan zakat,kharaj,jizyah,al-

fai,dan ghanimah. Harta-harta tersebut menjadi sumber pendapatan utama negara dan ia takbirkan

mengikut sistem ekonomi islam. Dalam menguruskan harta-harta tersebut KhulafaAl-Rasyidin tidak

mengunakan harta dalam Baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi mereka lebih rela

hidup zuhud dan sederhana walaupun mampu hidup mewah.

Khalifah Abu Bakar As-Sidiq

Perlantikan beliau sebagai khalifah dibaiah oleh lebih kurang 300 orang yang berlangsung di

masjid nabi. Semasa pemerintahan beliau dalam masa lebih kurang 2 tahun tidak banyak perubahan

yang dapat dilakukan kerana timbul pelbagai masalah iaitu masalah riddah dan nabi-nabi palsu. Ini

kerana golongan riddah ini tidak mahu mengeluarkan zakat kepada baitulmal. Oleh sebab itu beliau

telah menubuhkan 11 pasukan tentera bagi menghapuskan pemberontakan tersebut sehinggalah

mereka dapat disatukan. Beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat sehingga beliau

telah memperuntukan sebanyak 600 dirham setahun untuk di belanjakan kepada rakyat dan negara.

Sementara itu dalam soal pertadbiran wilayah beliau membahagikan Semenanjung arab kepada

Madinah,Makkah,Taif,Syria,Yaman,Najran,Hadramaut,Bahrain dan Daumat al-Jandal dimana setiap

wilayah tersebut di lantik seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada pertadbiran khalifah yang

berpusat di madinah dalam mengendalikan urusan kebajikan rakyat,pengurusan zakat,menjalankan

keadilan,kehakiman dan menjadi imam. Setelah pasti negara islam dalam kaadaan stabil beliau

mengalihkan perhatian kepada dasar-dasar luar.


Khalifah Umar Al-Khattab

Pada masa pemerintahannya yang berlangsung selama sepuluh tahun, Umar ibn Al-Khattab

banyak melakukan perluasan wilayah Islam meliputi Jazirah Arab, sebahagian wilayah kekuasaan

Romawi (Syria, Palestin, dan Mesir), serta seluruh wilayah kerajaan Parsi, termasuk Iraq. Sebelum

Islam datang, setiap suku atau kumpulan yang tinggal di luar bandar biasa membayar cukai (ushr)

jual-beli (maqs). Besarnya adalah sepuluh peratus daripada nilai barangan atau satu dirham untuk

setiap transaksi. Secara jelas dikatakan bahawa pembebanan satu per sepuluh hasil pertanian kepada

peniaga Manbij (Hierapolis). Menurut Saib bin Yazid, pengumpul ushr di pasar-pasar Madinah,

orang-orang Nabaeteari yang berdagang di Madmah juga dikenakan cukai pada tahap yang umum,

tetapi setelah beberapa waktu Umar menurunkan peratus ini menjadi 5% untuk minyak dan gandum,

untuk menggalakkan import barang-barang tersebut di bandar.

Tidak ada ahli kitab yang membayar sedekah atas ternaknya kecuali orang Kristian; Bani

Taghlib yang keseluruhan kekayaannya terdiri daripada haiwan ternakan. Mereka membayar dua kali

ganda daripada yang dibayar kaum Muslimin. Bani Taghlib merupakan suku Arab Kristian yang gigih

dalam peperangan. Umar mengenakan jizyah kepada mereka, tetapi mereka terlalu degil sehingga

menolak membayar jizyah dan malah membayar sedekah. Umar pun memanggil mereka dan

menggandakan sedekah yang perlu mereka bayar dengan syarat mereka bersetuju untuk tidak

membaptis seorang anak atau memaksanya untuk menerima kepercayaan mereka. Mereka bersetuju

dan menerima untuk membayar sedekah ganda.

Khalifah Usman bin Affan


Pada masa pemerintahannya yang berlangsung selama 12 tahun, Khalifah Uthman ibn Affan

berjaya melakukan pengembangan ke wilayah Armenia, Tunisia, Cyprus, Rhodes, dan bahagian yang

tersisa dari Parsi, Transoxania, dan Tabaristan. la juga berjaya menumpaskan pemberontakan di

daerah Khurasan dan Iskandariah. Dalam rangka pengembangan sumber daya alam, ia melakukan

pembuatan saluran air, pembinaan jalan-jalan, dan pembentukan organisasi kepolisian secara kekal

untuk mengamankan jalur perdagangan. Khalifah Uthman ibn Affan juga membentuk armada laut

kaum Muslimin di bawah komando Muawiyah, sehingga berjaya membina armada laut. di kawasan
Mediterranean,Laodicea-dan wilayah di Semenanjung Syria, Tripoli dan Barca di Afrika Utara

menjadi pelabuhan pertama negara Islam. Khalifah Uthman ibn Affan tidak mengambil upah dari

pejabat-nya. Sebaliknya, ia meringankan beban kerajaan dalam hal-hal yang serius, bahkan

menyimpan wangnya di bendahara negara. Dalam hal pengelolaan zakat, Khalifah Uthman ibn Affan

mengagihkan kuasa pentariksan harta yang dizakati kepada para pemiliknya masing-masing. Hal ini

dilakukan untuk mendapatkan zakat dari berbagai gangguan dan masalah dalam pemeriksaan

kekayaan yang tidak jelas oleh beberapa oknum pengumpul zakat.

Khalifah Ali bin Abi Talib


Masa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib yang hanya berlangsung selama enam tahun

selalu diwarnai dengan ketidakstabilan kehidupan politik. Beliau harus menghadapi pemberontakan

Thalhah, Zubair ibn Al-Awwam, dan Aisyah yang menuntut kematian Uthman ibn Affan. Sekalipun

demikian, Khalifah Ali ibn Abi Talib tetap berusaha untuk melaksanakan pelbagai dasar yang dapat

mendorong peningkatan kesejahteraan umat Islam. Pada masa pemerintahan Ali bin Abi Talib, prinsip

utama dari penyamaan pengagihan wang rakyat telah diperkenalkan. Sistem pengedaran setiap

minggu sekali untuk pertama kalinya diguna pakai. Hari Khamis adalah hari pengedaran atau hari

pembayaran. Pada hari itu, semua pengiraan diselesaikan dan pada hari Sabtu bermula pengiraan baru.

Cara ini mungkin penyelesaian yang terbaik dari sudut pandang undang-undang dan keadaan negara

yang sedang berada dalam masa-masa peralihan.

Anda mungkin juga menyukai