Anda di halaman 1dari 3

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Dilahirkan di Kota Helwan , berhampiran Kaherah , Mesir pada 682 M semasa ayahnya
Abdul Aziz Bin Marwan menjadi Gabenor Mesir .
Baginda mendapat didikan yang sempurna daripada ibunya semasa berada di Madinah
dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu agama dan kesusasteraan .
Terkenal sebagai orang yang warak dan patuh kepada ajaran agama islam dan digelar
sebagai ulama dan wali .
Melaksanakan dasar pemerintahan islam seperti yang dilakukan oleh datuknya Khalifah
Umar Bin Al-Khattab.
Pemerintah Umayyah ke-8 pada tahun 717 M hingga 720M .
Pemerintahan berasaskan Al-Quran dan hadis .

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ :


Kegiatan dan penaklukan dihentikan
Tentera-tentera kerajaan yang mengepung kota Constantipole dan Byzantine
diarahkan pulang .
Dasar ini amat berbeza dengan dasar pemerintahan khalifah Umayyah sebelumnya .
Tujuannya adalah untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada
tentera kerajaan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka .

Asimilasi perkahwinan
Di antara orang Arab dan bukan Arab .
Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan
stabil kerana sebelum ini kedua-dua golongan sering bermusuhan akibat dasar
perkauman kerajaan Umayyah .

Dasar Ekonomi Baharu


Melalui cukai tanah ( kharaj )
-Tanah yg diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama org islam
-Hasil tanamanya akan dikenakan cukai oleh kerajaan .
Membezakan antara cukai jizyah dan kharaj
-Jizyah hanya dikenakan keatas orang bukan islam manakala kharaj dikenakan
kepada sesiapa yang memiliki tanah .
Memansuhkan semua jenis perayaan , upacara rasmi kerajaan , hadiah serta
perbelanjaan lain yang membazir
-Kedudukan kewangan negara semakin kukuh .

Memansuhkan jizyah ke atas orang islam bukan Arab

Tujuan baginda adalah untuk menegakkan syiar islam dan mewujudkan sistem
sosial yang adil dan saksama .
Mengamalkan sikap adil kepada semua rakyat
Ramai penganut agama lain menghormati baginda sehingga ada yang memeluk
islam.

Berbaik-baik terhadap musuh-musuh kerajaan Umayyah


Berbaik-baik dengan musuh dari dalam dan luar negara .
Contohnya , hujah dan dalil yg kukuh yg dikemukakan oleh baginda telah
menyebabkan kaum Khawarij berasa insaf dan menghentikan penentangan mereka .

Kebajikan rakyat terjaga


Menyediakan kemudahan tertentu ( jalan raya , hospital , rumah rehat , rumah
tumpangan )
Menyamakan taraf pendapatan dan ekonomi rakyat dengan meningkatkan gaji
pegawai , kakitangan kerajaan dan buruh untuk menghapuskan jurang perbezaan
hidup antara rakyat dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku .

Melicinkan pentadbiran
Wilayah-wilayah islam dibahagikan kepada 5 daerah dan diketuai oleh seorang
pegawai pemerintah .
Membentuk pelbagai jabatan ( Jabatan Ketua Setiausaha , Jabatan Cukai , Jabatan
Pertahanan )
Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi kerajaan .
Menghapuskan jawatan pegawai peribadi .

Memperkembangkan ilmu pengetahuan


Ilmu pengetahuan berkaitan dengan Al-Quran dan hadis dipergiatkan sehingga
lahirnya ilmu tafsir , ilmu Al-Quran dan ilmu hadis .
Golongan intelek bukan islam diambil untuk mengajar ilmu yang tidak
bertentangan dengan islam contohnya Geografi , bahasa , Sains , Algebra , perubatan
dll
Beberapa kota telah muncul sebagai gedung ilmu ( Kufah ,Damsyik ,Basrah )
Masjid dijadikan pusat perkembangan ilmu pengetahuan .

PENENTANGAN TERHADAP KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ :


1. PENENTANGAN GOLONGAN KHAWARIJ

Kesan daripada Majlis Takwim 659 M ( 35 H) golongan Khawarij melakukan


penentangan terhadap Bani Umayyah yg diketuai oleh Shauzab al-Shaibar yg
melakukan penentangan ke atas Iraq .
Khalifah Umar telah menghantar surat kepada pemimpin para pemberontak
untuk datang berunding dan Shauzab telah menghantar 2 orang wakil .
Shauzab melakukan tindakan yg lebih proaktif sehingga baginda terpaksa
menyusun langkah untuk menyerang golongan Khawarij.
Selepas Shauzab meninggal dunia barulah golongan Khawarij menghentikan
serangan terhadap khalifah dan umat islam .

2. PENENTANGAN GOLONGAN ABBASIYAH


Penentangan disebabkan oleh ciri-ciri pemerintahan Bani Umayyah yg terpesong
daripada pemerintahan Khulafa al-Rasyidin .
Penentangan diketuai oleh Muhammad Bin Ali.
Muhammad Bin Ali dgn sokongan beberapa buah daerah melancarkan gerakan
bawah tanah utk merampas pemerintahan Bani Umayyah .
Beberapa rundingan damai diadakan antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah
untuk mengelakkan rundingan damai .
3. PENENTANGAN YAZID BIN MUHALLAB
Penentangan bersenjata berlaku disebabkan oleh pemecatan Yazid oleh Khalifah
Umar kerana Yazid melakukan kekejaman terhadap penduduk Iraq .
Serangan tersebut Berjaya dipatahkan oleh Abdul Hamid Bin Abdul Rahman
Adawi dgn menangkap Yazid dan memenjarakannya di Damsyik setelah gagal
memberi sebab menggunakan harta Negara demi kepentingan diri sendiri .
Setelah Khalifah Umar wafat pada 720 M (101 H ) barulah Yazid dibebaskan
dan meneruskan pemberontakan .Namun , ditangkap oleh Panglima Mussallamah
Bin Abdul Malik .Dengan ini , berakhirlah penentangan daripada musuh Bani
Umayyah .

Anda mungkin juga menyukai