Anda di halaman 1dari 4

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR UTAMA

BERLAKUNYA PERANG UHUD DAN KESAN-


KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM.

PENGENALAN

Perang Uhud berlaku pada 13 Syaaban (3H/624M) antara Quraisy


Makkah dengan umat Islam Madinah. Peperangan ini adalah
peperangan kedua selepas Perang Badar. Tempatnya disekitar kaki
bukit Uhud dibahagian utara Madinah. Perang Uhud yang berlaku
berpunca daripada rasa kecewa dan ingin membalas dendam di
kalangan Musyrikin Makkah atas kesalahan mereka semasa
peperangan Badar. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-
mata ramainya tentera mereka terbunuh atau nilai harta benda yang
bernilai sebanyak 5000 dinar yang dirampas oleh tentera Islam,
tetapi yang lebih penting ialah kerana nama dan mruah mereka
sudah jatuh yang selama ini mereka sentiasa bermegah dengan
kekuatan dan kejaguhan mereka.

Untuk menghadapi tentera Islam, kaum Musyrikin dibawah


pimpinan Abu Sufyan berjumlah seramai 3000 orang yang terdiri
daripada berbagai-bagai suku termasuk Quraish, al-Ahabish (Bani al-
Harith, Kinanah dan Khuza’ah) dan Arab Tihamah telah berlepas dari
kota Makkah pada bulan Sya’ban tahun ke-3H menuju ke utara.
Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad (saw),
kemudian baginda mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini
lahir dua pendapat, pendapat pertama mencadangkan supaya pergi
menyerang, pendapat kedua pula mengesyorkan supaya bertahan
sahaja di kota al-Madinah. Pada mulanya baginda bersetuju dengan
pendapat kedua, tetapi majority mahukan berperang maka baginda
bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai 1000 orang di
bawah pimpinan baginda telah meninggalkan kota al-Madinah untuk
menemui kaum Musyrikin. Dalam pada itu seramai 1/3 daripada
jumlah tentera itu yang diketuai oleh ‘Abdullah bin Ubay, ketua
munafik, telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke
al-Madinah. Tentera Islam dan kaum Musyrikin Makkah telah
bertemu di pinggir Bukit (jabal) Uhud. Di peringkat awal
memperlihatkan kemenangan di pihak Islam, tetapi pada akhirnya
mereka mengalami kekalahan.

Dalam perang ini umat Islam mengalami kekalahan kerana ingkar


arahan Rasulullah s.a.w. Banyak faktor berlakunya Perang Uhud dan
meninggalkan kesan yang besar kepada kedua-dua pihak
terutamanya ke atas umat Islam.
FAKTOR-FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA PERANG UHUD

1) Keazaman dan dendam musyrikin Makkah untuk menebus


kembali kekalahan mereka dalam Perang Badar. Kekalahan
tersebut menjatuhkan maruah mereka di mata kabilah Arab yang
lain sebagai satu bangsa yang kuat dan terkanal di semenanjung
tanah Arab.

2) Ingin menuntut bela terhadap kematian kaum kerabat terdekat.


Contoh Hindun isteri Abu Sufian bin Harb menuntut bela atas
kematian bapanya ditangan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib,
bapa saudara Nabi. Begitu juga Khalid bin Utbah ingin menuntut
bela atas kematian bapanya Utbah dan saudaranya Syaibah.

3) Bantuan Yahudi Madinah kepada musyrikin Makkah, kekalahan


musyrikin Makkah dalam Perang Badar tidak menyenangkan hati
kaum Yahudi terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam.

4) Sekatan laluan perdagangan mereka untuk ke Syam, menyebabkan


musyrikin Makkah terpaksa menjalani jalan alternatif yang lain
untuk ke Syam.

5) Keyakinan mereka untuk mencapai kemenangan dengan sokongan


Yahudi dan kabilah Arab yang lain. Oleh itu mereka melancarkan
Perang Uhud.
KESAN-KESAN PERANG UHUD KEPADA UMAT ISLAM

1) Umat Islam mengalami korban jiwa yang ramai, iaitu 70 orang


terkorban syahid termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah bin Abdul
Mutalib yang dibunuh oleh hamba Hindun iaitu Abu Sufian.

2) Ketamakan harta rampasan perang membawa kekalahan. Ini


kerana mereka tersasar dalam matlamat asal perjuangan kerana
Allah bukan duniawi semata-mata.

3) Sebagai satu iktibar bahawa dalam perjuangan ada kalanya


menang dan ada kalanya kalah sekiranya tidak mempunyai
komitmen yang tinggi dan lalai. Kekalahan tersebut diambil
kesempatan oleh musuh untuk menghancurkan umat Islam.
Contohnya Khalid Al-Walid dapat menguasai Bukit Uhud apabila
tentera Islam turun untuk mendapatkan rampasan harta perang.

4) Memberi satu iktibar kepada umat Islam supaya patuh kepada


ketua. Contoh pasukan pemanah dinasihatkan oleh baginda
supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing tetapi mereka
ingkar perintah kerana ingin merebut harta rampasan perang,
menyebabkan peluang keemasan diambil oleh Quraisy Makkah.
Ini menyebabkan tentera Islam mengalami kekalahan.

5) Walaupun tentera Islam kalah tetapi selepas itu ramai tokoh-tokoh


Quraisy yang terkenal memeluk Islam seperti Khalid Al-Walid.
KESIMPULAN

Perang Uhud berlaku kerana musyrikin Makkah ingin menebus


kekalahan mereka dalam Perang Badar. Perang ini membawa kesan
yang besar ke atas umat Islam dalam mengembangkan umat Islam.

Perang Uhud telah memberikan sebesar-besar pengajaran kepada


umat Islam sama ada dari segi mental mahupun psikologi. Allah (swt)
tidak akan melindungi mereka yang menyeleweng daripada dasar
perjuangan. Di sebaliknya pihak musuh telah berhak mencapai
kemenangan kerana di atas kelalaian dan kelekaan yang dilakukan
oleh tentera Islam. Dengan kemenangan ini mereka (Musyrikin) telah
mengatur teknik dan strategi yang lebih jitu bagi tujuan
menghapuskan orang Islam yang telah menjadi lemah pada anggapan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai