Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan Islam di Sarawak:

Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi


DR. IDRIS ZAKARIA

Bahagian I

ILAYAH BORNEO termasuk dalam daerah besar Alam Melayu atau Nusantara yang telah maju dari dua sudut; Pertama ia adalah daerah subur dengan anika barangan dagangan hingga berjaya menarik para pedagang dari pelbagai benua; dan kedua ia juga adalah daerah subur dengan kebangkitan baru agama iaitu Islam setelah melalui beberapa pertukaran keyakinan dari Animisma ke Hindu atau Buddha dan akhirnya ke Islam. Agama-agama ini kekal kecuali Animisma, namun pengaruhnya masih ada. Penjajahan Barat Kristian juga memasuki daerah ini. Tetapi dalam hayat sejarah Borneo, Islam terus tegak dan mendominasikan daerah ini hingga ke hari ini, dan Alam Melayu secara keseluruhannya lebih dikenali sebagai wilayah Islam.

Peta 1: Sebahagian rantau Kepulauan Melayu, termasuk Pulau Borneo atau dulunya Berunai. Para pengkaji sejarah khasnya tentang kedatangan Islam di Kepulauan Borneo didapati masih sukar untuk mengenal-pasti tarikh sebenar bilakah Islam tiba di daerah berkenaan. Lebih sukar lagi apabila perhatian dikhususkan kepada Sarawak sahaja. Pada zaman dahulu Sarawak dan Sabah merupakan taklukan Kesultanan Brunei (Dr. Sabihah Osman. 1991: 134). Jadi perhatian tentang Islam di Sarawak perlu dilihat secara menyeluruh Kepulauan Borneo itu. Berpandukan catatan sejarah dari batu nisan orang-orang Islam di Brunei, menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke negeri tersebut selewat-lewatnya pada kurun kelima belas (Abdul Latif Hj. Ibrahim. 1979: 36). Namun tarikh ini boleh dihalusi lagi. Menurut salasilah raja-raja Kerajaan Brunei, negeri tersebut telah didirikan oleh Awang Alak Betatar. Baginda adalah Sultan pertama memerintah Brunei setelah berkahwin dengan puteri dari negeri Johor dan memakai gelaran Sultan Muhammad. Sebelum itu, Brunei terikat dengan kerajaan Majapahit dan menghantar ufti kepada kerajaan itu pada tiaptiap tahun. Sumber sejarah telah merekodkan bahawa Awang Alak Betatar telah memeluk agama Islam sekitar tahun 1370M atau sebelumnya berpandukan catatan sejarah Cina bahawa pada tahun tersebut Brunei mempnnyai seorang Raja yang bernama Mamosa atau Muhamad Shah atau Sultan Muhammad, yakni raja pertama Brunei. Dan baginda seperti yang tercermin dari namanya adalah seorang muslim. Sultan Muhammad mempunyai daerah jajahan yang luas meliputi Kalaka, Sambas, Sagong, Samarahan dan Sarawak (Hj. Awang Jamil et.al. 1971:5-12). Semua tempat ini adalah bahagianbahagian dalam Sarawak. Dengan itu tidak heranlah bagi

Sejarah Ringkas Islam di Borneo

Dari sudut sejarah, banyak kajian dan tulisan dihasilkan tentang kepulauan Borneo atau jnga disebut Kalimantan. Terdapat beberapa tulisan berupa buku, kertas-kerja atau esei yang membahaskan tentang sejarah Borneo atau sejarah Islam di Borneo. Antara tulisan yang boleh dicatatkan di sini ialah: a) H. Low, 1848. Sarawak. Its inhabitants and production being Notes during a Resident in that country with H.H. The Rajah Brooke, London: Bentley. b) R.Pringle, 1970. Rajahs and Rebels, The Iban of Sarawak under Brooke Rules 1841 1941, London: Macmillan. C. Brooke, 1866. Ten Years in Sarawak. London. Dr. Sabihah Osman Penyertaan Orang Melayu Islam Dalam Pentadbiran Sarawak dan Sabah pada Abad Ke-19 dalam Masyarakat Melayu Abad ke-19 1991. Jawatankuasa Kolokium DBP. K.L. Hlm. 132-184. Haji Buyong Adil. 1974. Sejarah Sarawak. DBP. K.L.

c) d)

e)

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

1/6

kerajaan Brunei mengembangkan Islam di daerah-daerah tersebut. Adapun dari daerah mana datangnya Islam, Haji Buyong Adil merakamkan Melaka sebagai puncanya. Pada zaman dahulu negeri Sarawak itu takluk di bawah perintah Kesultanan Brunei. Dalam Pertengahan kurun Masihi 15, pada masa Kerajaan Melayu Melaka sedang di kemuncak kebesaran dan kekuasaannya, pada masa itulah agama Islam mula dibawa masuk ke Sarawak dari Melaka, dan ramailah orang Melayu serta puak-puak suku bangsa Malanau, Kedayan dan Bisaya yang ada di Sarawak itu masuk Islam (Hj. Buyong Adil. 1974. io). Pandangan terbaharu adalah dari Awang Latif Ibrahim. Dalam makalahnya Brunei Dalam Lintasan Sejarah Tamadun Melayu dalam Ismail Hussein et.al. 1993 Tamadun Melayu (D.B.P., K.L.) mengungkapkan: Sebenarnya kedatangan Islam di Brunei ternyata lebih awal dan Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam pada akhir tahun 1350-an. Bagaimanapun penulis-penulis Barat tidak mengakui pendapat ini dan menyarankan Sultan Brunei mula memeluk agama Islam hanyalah pada tahun 1514. Bagaimanapun seperti yang diakui Brunei (Borneo) terdiri daripada beberapa buah pulau besar dan kecil dan raja yang disebutkan baru memeluk agama Islam pada tahun 1515 itu berkemungkinan adalah dari salah sebuah pulau di kawasan Pulau Borneo. Tidak munasabah Sultan Brunei mula memeluk Islam pada tahun 1515 sedangkan pada waktu itu Brunei mengalami perkembangan pesat dari segi perdagangan, dan perkembangan agama Islam di bawah Sultan Bolkiah, Sultan Brunei (Islam) yang kelima. Brunei sehingga pertengahan kurun ke-16 telah menjadi tumpuan perdagangan dan persinggahan orang Portugis antara Melaka dengan Maluku, perdagangan dengan Ligor, Siam di samping perdagangannya dari seluruh Pulau Borneo. Pada masa inilah pengaruh Eropah terutama Portugis dan Sepanyol yang masing-masing berpusat di Melaka dan di Manila mula menyusup ke Brunei dengan berpura-pura membuat hubungan dagangan tetapi secara tidak langsung cuba membendung penyebaran agama Islam. Pada masa ini Pulau Borneo kaya dengan bahan seperti emas dan kapur barus dan perdagangan dengan tempat-tempat lain adalah maju. Antara tahun 1511-40 banyaklah pedagang dan pelawat asing datang ke Brunei membuat laporan tentang perdagangan di Brunei, perhubungan sultan dengan rakyat dan perkembangan agama Islam. Dari sudut proses pengislaman pula peranan peniaga berbangsa Arab tidak boleh diketepikan. Pada masa pemerintahan Kesultanan Brunei, pedagang Arab telah mendapat sanjungan tinggi penduduk setempat, kebolehan berdagang dan kefahaman agama Islam telah memikat hati

orang-orang Brunei. Syarif Ali seorang Arab berasal dari Taif (Manuskrip 1938.4) akhirnya berjaya menjadi Sultan Brunei ketiga.. Di sini kedudukan Islam menjadi bertambah kukuh. Keturunan Arab-Islam ini terus mendapat kepercayaan dalam pentadbiran jajahan di bawah kesultanan Brunei. Di bahagian pertama Sarawak beberapa orang Syarif Arab telah dilantik sebagai pentadbir: Syarif Jaafar di Lingga, Syarif Maulana di Kalaka, Syarif Sabudin dan Syarif Sahib di Sadong. Di bawah pentadbiran mereka, imej Islam terus terjaga dan ramai penduduk setempat memeluk Islam termasuk bangsa Dayak. Semua ini berlaku sebelum abad ke-19M. Orang-orang Malanau juga telah berjaya dilslamkan. Ini berlaku di kawasan pesisiran pantai bahagian ketiga dan bahagian ketujuh Sarawak.. Dikatakan kira-kira 75 peratus suku bangsa ini memilih Islam dan meninggalkan kepercayaan serta tradisi lama mereka. Kesultanan Brunei memberi perhatian penting terhadap daerah ini memandangkan ia kaya dengan hasil-hasil seperti sagu, emas dan juga intan (P.Leys. 1968. 25). Suku-suku kecil yang lain seperti suku Bliun yang terdapat di Sarikei dan Tembang Bliun telah memeluk Islam. Hasil interaksi melalui perkahwinan suku ini dengan orang Melayu terutamanya dari Sadong dan Simanggang telah meluaskan lagi daerah dan jumlah penganut Islam. Daerah Kuching juga mengalami senario yang hampir sama dalam hal pengislaman ini. Sejarah awal Kuching memperlihatkan bahawa bandar dan pelabohan di sini telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting. Orang-orang Melayu dikatakan sebagai pemaju daerah ini baik dagangan, dakwah dan pentadbiran. Sebelum tahun 1857, dianggarkan jumlah orang-orang Melayu adalah antara 80%-90% dari jumlah keseluruhannya. Kebanyakan mereka berasal dari Sadong dan Samarahan yang telah menerima Islam. Dengan itu sinar agama Islam terus berkembang. Tempat-tempat ibadat seperti masjid telah didirikan di beberapa tempat. Masjid tertua telah dibina sebelum tahun 1840 yang terletak di tempat bernama Pengkalan Batu sekarang ini.

Foto 1: Pengkalan Batu, hari ini, sebahagian dari "Tebingan Kuching yang digemari pelawat ke Sarawak. 2/6

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

Sementara itu di Kalaka, khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Arab. Ini bermakna pengaruh Islam telah kukuh di daerah itu. Jika tidak, bahasa ini tidak mungkin menjadi bahasa pengucapan dalam khutbah. Masjid-masjid juga adalah pusat dakwah dan pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam. Sarawak tidak mempunyai teradisi pengajian pondok seperti di Semenanjung atau Persantren di Indonesia, tetapi ini tidaklah bermakna Sarawak tidak mempunyai ulama berkaliber.

dalam bentuk yang ringkas justeru ia telah ditulis pada tahun 1988 dahulu.

Latar Belakang Ilmu dan Pengajaran


Nama penuh tokoh ulama Datuk Hakim Imam Haji Morshidi ini ialah Abang Haji Morshidi bin al-Marhum Abang Haji Narudin atau Noordin atau Nuruddin (The Sarawak Gazette. August 1, 1939, 122-123). Beliau adalah anak jati Kuching, dilahirkan di sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Masjid India atau Keling, di Jalan Gambir dan Jalan Lembah India sekarang [India Street atau Lebuh India]. Beliau adalah anak keenam dari lapan orang adik beradik. Sejak kecil beliau mempelajari al-Quran dan lain-lain ilmu agama. Tetapi pembangunan ilmu dan kemajuan tokoh ini banyak diperolehi di luar negara.

Pemerintahan Brooke dan Pendidikan Agama


Semasa pemerintahan Brooke pula, Islam telah diperkenalkan dalam sistem persekolahan. Umpamanya dalam tahun 1883 sebuah sekolah formal telah dibina untuk anak-anaknya Melayu. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kampung Jawa (Sarawak Gazette. August 1970. 156). Dalam tahun 1893, Sekolah Kampung Gersik pula muncull untuk menampung sambutan ramai dari sekolah yang pertama tadi. Pada tahun 1899 muncul pula sekolah yang diberi nama The School for the Study of Mohamedan Theology di Sibu (Ibid.). Di sekolah-sekolah ini pelajar-pelajar diajar membaca al Quran, tulisan jawi dan ilmu kira-kira. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini merupakan orang Minangkabau yang menetap di Sarawak. Encik Sawal menjadi guru di Sekolah Kampung Jawa manakala Encik Bakar mengajar di sekolah Kampung Gersik. Masyarakat Islam di Kuching memandang tinggi kepada mereka dan rumah mereka menjadi tumpuan masyarakat. Wujudjuga persatuan-persatuan yang berorientasikan Islam di Sarawak, dan ia mempunyai ciri-ciri pengaruh dari Timur Tengah. Pada tahun 1914 kaum Islam di Sarawak telah menubuhkan persatuan Islam yang diberi nama Darul Ihsan dan setahun kemudian muncul pula Darul Ikhwan. Tetapi kegiatannya tidak banyak diketahui umum. (Sanib Said. t.t: 184).

Bahagian II
Dato Hakim Haji Imam Morshidi dan Pendidikan Islam di Sarawak

Foto 2: Masjid India, Pintu Hadapan, di tebing Sungai Sarawak, pemandangan dari Jalan Gambir. Namanya telah bertukar jadi Masjid Bandar Kuching. Datuk Hakim telah menunaikan fardhu haji dan seterusnya tinggal di Makkah selama kira-kira lapan tahun untuk menuntut ilmu. Sewaktu di Makkah, Datuk Hakim telah berjumpa dengan ramai ulama Nusantara umpamanya Tok Kenali atau al-Marhum Haji Awang Muhamad Yusof Kenali (1868-1933) tokoh ulama dari Kelantan. Beliau banyak menghafal doa-doa daripada Tok Kenali dan diajar pula kepada murid-muridnya termasuk Cikgu Johari Bojeng yang pernah penulis jumpai. Perkara penting yang perlu dimaklumkan di sini ialah pertemuan tokoh ulama ini dengan tokoh-tokoh lain dari Sarawak yang telah lama menetap di Makkah. Antaranya ialah al-Sheikh Othman bin Ab. Wahab atau lebih tersohor sebagai Sheikh Othman Sarawak. Tokoh ini sudah pun mengajar di Makkah. Datuk Hakim telah mempelajari akidah, tafsir al-Quran, al-hadith, fekah, ilmuilmu bahasa Arab dan kesusasteraan Arab. Setelah kembali dari Makkah, al-marhum telah mengajar ilmu agama Islam di Masjid India yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuching. Masa mengajarnya ialah selepas Subuh dan Asar hingga malam. Masjid ini telah menjadi pusat dakwah

Walaupun Sarawak tidak mempunyai perkembangan pendidikan Islam yang masyhur berbanding dengan beberapa negeri di Semenanjung, tetapi asas dakwah dan pendidikan Islam telah lama berjalan. Buktinya sebuah panel penyelidik dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi telah membuat tinjauan pada tahun 1988 tentang ulama Sarawak dan peranan mereka dalam kontek dakwah dan pendidikan Islam. Barisan panel penyelidik itu ialah Dr. Ismail bin Mat (Pengerusi), Dr. Muda @ Ismail Ab. Rahman, Muhammad Hj. Md. Daud, Sabri Abdul Rahman, Idris Zakaria dan Syed Ahmad Syed Hussain. Mereka melakukan kajian tersebut sempena Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam Ke-12 Fakulti berkenaan. Hasil kajian tersebut, beberapa orang ulama tersohor Sarawak telah dikenalpasti serta sumbangan besar mereka terhadap pendidikan dan perkembangan Islam Sarawak. Hasil kajian itu telah dikumpulkan dalam bentuk monograf. Dalam penulisan ini penulis hanya memberi fokus kepada tokoh ulama Datuk Hakim Imam Haji Morshidi (1877-1939M) sahaja, itu pun

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

3/6

dan pusat pendidikan Islam yang penting di Kuching waktu itu. Oleh sebab sambutan masyarakat sangat menggalakkan, maka pada tahun 1917 setelah dua tahun beliau bertugas di masjid tersebut, almarhum telah mengasaskan sebuah institusi pengajian yang diberi nama al-Madrasah al-Murshidiyah bersempena nama beliau. Mengenai sambutan masyarakat terhadap sekolah tersebut, The Sarawak Gazette August 1, 1939 melaporkan: Banyak dan ramai orang-orang belajar ilmu syariat al-Muhamadiyah, penuh dan tumpah setiap waktu orang hadir sembahyang berjamaah mendirikan fardu kifayah istimewa pada hari Jumaat. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada al-Madrasatul Islamiyyah. Inilah institusi pendidikan Islam peringkat awal di Kuching pada zaman dahulu. Sekolah ini telah berjaya mendidik ramai ulama Sarawak dan akhirnya turut berjasa kepada pendidikan dan pentadbiran Islam di Sarawak.

semua orang alim di Sarawak adalah anak murid Haji Morshidi.

Buku Teks Pengajian

Dalam perhatian penulis, pendidikan agama dalam masyarakat Islam di Nusantara ini tidaklah jauh bezanya dari segi penggunaan teks. Perkara ini sebenarnya berbalik pada tahap awal atau punca di mana ilmu-ilmu itu didapati. Kebanyakan alim ulama adalah terdiri dari individu-individu muslim yang berpeluang menimba ilmu di Timur Tengah. Umat Islam yang datang menunaikan fandu haji, khasnya pada zaman-zaman lampau, barangkali berangkat ke Tanah Suci dengan pelbagai niat. Maknanya bukanlah khusus semata-mata kepada penunaian fardu haji itu sahaja. Mereka telah mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu. Berbalik semula kepada teks pengajian tadi, apa sahaja ilmu yang dipelajari di tanah suci, disebarkan pula kepada anak tempatan bermodelkan corak, sistem, pendekatan serta teks yang digunakan di sana. Tidak hairanlah wujudnya semacam satu persamaan dari berbagai segi termasuk buku-buku teks, yakni kitab-kitab. Dalam bidang nahu Arab, teks yang digunakan ialah kitab Ujrumiyah, Muktasar Jiddan, Sharh Sheikh Khalid Matan Qatar, Sharh Ibn Aqil tentang Alfiah Ibn Malik, al-Asymuni dan Mughnil Labib. Teks fekah biasanya ialah Kitab Fathul Qarib, Fathul Muin, Nihayah al-Mumtaz, Tuhfah al-Mumtaj al-Umm li al-Shafii. Dalam bidang usuluddin pula teks ialah Hadis al Sanusiyah, Matan Ummul Barahim, Sharh tentang alShamsiyyah, Hashimiyah Ibn Muhamad al-Amir dan Matlak al-Badrain. Tafsir pula ialah tafsir al-Jalalain al-Baydawi, alKhazin dan at-Tabari digunakan untuk ilmu tafsir al-Quran. Sementara Hadith, digunakan kitab al-Arbain al-Nawawi, Mishkat al-Masabih dan Daqaiqul Akhbar. Di bidang tasawwuf, digunakan kitab Bidayatul Hidayah, Minhaj Abidin, al-Hikam, al-Ihya dan Kasful Arifin. Yang lain-lain termasuklah Tarbih al-Ghafilin. Itulah sebahagian dari kitab-kitab dalam pelbagai bidang ilmu yang mendominasi pendidikan Islam khasnya di institusi pondok atau sistem pendidikan di Madrasah. Tok Kenali atau Muhammad Yusof, seorang ulama tenkenal di Kelantan (186 8-1933M) umpamanya dilaporkan pulang ke tanah air dari Makkah al-Mukarramah dengan membawa bersama kitabkitab tata-bahasa Arab, Mughni al-Labib dan seumpamanya lalu beliau mengajar ilmu berkenaan di samping ilmu-ilmu agama di kampung sendiri, Kampung Paya, dan seterusnya diundang oleh Datuk Perdana Nik Mahmud Ismail untuk mengajar di Masjid al-Muhammadi pada setiap hujung minggu. Adapun kitab Tafsir al-Jalalain pula, merupakan sebuah kitab tafsir yang termasyhur di dunia Islam, khasnya di Nusantara. Institusi pondok atau madrasah terutamanya masih menggunakan kitab tafsir ini hingga ke hari ini. Datuk Hakim Imam Haji Morshidi memiliki pelbagai jenis kitab, yang digunakan sewaktu mengajar di Madrasah alIslamiyah itu. Kitab-kitab tersebut hingga kini masih 4/6

Peta 2: Peta Google | Garis kuning bulat menandakan lokasi Masjid India, manakala di bahagian atas kelihatan Sungai Sarawak dan pasar sayur dikenali sebagai Ceko nampak rabungnya di sebelah kanan. Ceko telah diroboh pada tahun 2009 dan sekarang menjadi sebahagian dari Tebingan Kuching. Al-marhum mempunyai ramai murid. Penulis telah sempat mengunjungi sebahagian daripada mereka pada tahun 1988 dahulu. Mereka ialah Tuan Haji Ataillah bin Haji Zainuddin, Datuk Penghulu Haji Weng, Tuan Haji Hassan Mannan dan Cikgu Haji Johari Bojeng. Semua mereka sudah menjangkau usia tujuh puluh tahun atau lebih. Murid-murid itu telah berjaya melahirkan ramai lagi murid yang lain. Daripada Tuan Haji Hassan Mannan, penulis berjaya mendapatkan senarai nama 11 orang pelajar almarhum Datuk Hakim, Nama-nama itu ialah Wan Anwar, Wan Sharbini, Haji Abbas, Muhamad Bakri Husaini, Anwar, Salleh, Sheikh Ahmad (orang Madinah), Abang Fadail (anak al-marhum sendiri dan Imam Wan Fauzi (Dari catatan Tuan Haji Hassan Mannan sendiri). Tuan Haji Hassan juga memaklumkan bahawa

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

tersimpan dengan baik hasil penjagaan rapi anak lelakinya yang kedua dari isteri kedua iaitu Abang Mohammad Zin. Penulis telahpun melihatnya sewaktu membuat penyelidikan tokoh ini pada 26hb. Februari, 1988.

Teknik Pengajaran
Menyentuh tentang teknik pengajaran, al-marhum biasanya mengajar Ilmu Tajwid dahulu, dan apabila murid-muridnya faham, baharulah beliau mengajar al-Quran. al-Marhum juga meminta mereka menghafal terutamanya al-Quran. Bagi meningkatkan lagi usaha pengajarannya, murid-murid yang mengikuti kelasnya dibahagikan kepada dua kumpulan: Kumpulan A bagi mereka yang sudah tinggi tahap ilmunya, dan B bagi pelajar yang masih rendah atau baru mula belajar. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai jadual waktu dan kitabkitab yang berlainan. Menurut muridnya Haji Hassan Mannan yang sempat ditemui menceritakan bahawa lepas Maghrib hingga Isya beliau mengajar Kumpulan B, dan lepas Isya Kumpulan A. Datuk Penghulu Haji Weng, 84 tahun, yang sempat ditemui memberitahu pembahagian ini baru dibuat oleh al-Manhum. Semasa beliau belajar pembahagian ini belum dilakukan lagi.

Tetapi untuk jangka masa panjang almanhum nampak persoalan muamalat, munakahat dan lain-lain masalah kehidupan umat Islam tidak dapat disempurnakan dengan berkesan dan bersistematik melainkan sebuah organisasi diwujudkan. Atas kesedaran inilah, almarhum telah berusaha mengumpul beberapa orang alim untuk berbincang hal-hal mengenai Islam dan kebajikan umat Islam di Sarawak. Cikgu Haji Johari Bojeng dalam hal ini menjelaskan Adalah dipercayai dari sinilah mulanya wujud Majlis Islam Sarawak. Orang-orang yang dijemput berbincang itu ialah: i. ii. Mufti Abang Haji Nawari (tenkenal dalam bidang fekah, al-Quran dan sejarah). Tuan Haji Badaruddin, ahli fekah.

iii. Abang Haji Julaihi, seorang ahli falaq. iv. Tuan Haji Salleh, arif al-Quran, fekah dan umum dengan al-marhum Datuk Hakim sendiri sebagai ketua.

Sekolah Kajang (Wanita)

AI-Marhum juga memberi perhatian terhadap pendidikan Islam bagi kaum wanita. Dalam hal ini al-marhum bersamasama dua orang sahabatnya iaitu Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan telah berusaha menubuhkan sebuah sekolah khas pendidikan Islam untuk kaum wanita yang diberi nama Sekolah Kajang. Di sini ilmuilmu seperti pengajian al-Quran, tauhid, fekah, hadith dan sebagainya diajan. Jadi aktiviti-aktiviti agama di rumah-rumah telah dilanjutkan lagi di sekolah ini. Kaum wanita di Kuching terutamanya mendapat peluang pendidikan Islam walaupun tidak sehebat kaum lelaki. Apabila Datuk Hakim meninggal dunia pada tahun 1939M, kegiatan pendidikan Islam ini terus berjalan. Kegiatan pengajaran di al-Madrasah al-Islamiyyah itu diteruskan oleh muridnya yang juga orang kanannya Tuan Haji Salleh Arif. Menurut keterangan Cikgu Haji Johari Bojeng. Sepeninggalan Datuk Imam Monshidi, beliaulah yang sangat mengambil berat melanjutkan tugas-tugas beliau dalam bidang agama. Beliau rajin merantau untuk mengajar agama dan banyak murid-muridnya. Beliau pernah tinggal di Sambas Indonesia untuk mengajar agama.

Pada tahap awal inisiatif ini, perkumpulan ini dikenali sebagai Majlis Syuyukh al-Islam Kemudian diubah dengan nama baru Majlis Islam Sarawak iaitu pada 1hb. Mei 1955. Sekarang ini organisasi ini muncul menjadi sebuah badan rasmi dan berkuasa langsung dalam hal-ehwal pentadbiran agama Islam di negeri Sarawak (Sarawak makmur Dalam Malaysia Dokumen rasmi kerajaan Sarawak. t.t. 68-71).

Berasaskan kepada catatan dan huraian di atas, beberapa rumusan boleh disenaraikan: 1. Adalah suatu yang tidak benar jika ada tulisan atau dakwaan yang mengatakan bahawa Sarawak tiada tokoh ulama yang berpengaruh dan berjasa kepada pendidikan Islam dan pentadbiran Islam di Sarawak. Dato Hakim Imam Haji Morshidi adalah salah seorang ulama terbilang Sarawak. Pendidikan Islam yang dilaksanakan menurut pendekatan formal seperti Institusi pondok atau persantren (Indonesia) memang tidak wujud di Sarawak, namun usaha pendidikan Islam dalam bentuk yang lain telah lama wujud. Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Para pedagang muslim sama ada berbangsa Arab atau Melayu yang datang dari kepulauan Melayu telah bersama-sama berperanan menyebarkan Islam di Kepulauan Borneo. Kawasan pesisir pantai dari Kuching hingga ke Brunei dan Sabah adalah daerahdaerah yang telah menerima agama Islam. Penglibatan ulama dalam pentadbiran negeri seperti yang terjadi kepada Dato Hakim Imam Haji 5/6

Bahagian III

2.

3.

Majlis Agama Sarawak (M.I.S)

Datuk Hakim Imam Haji Morshidi juga telah berjasa dalam bidang pentadbiran Islam Sarawak. Selepas beliau dilantik sebagai hakim, almarhum mendapati umat Islam Sarawak menghadapi banyak masalah seperti nikah cerai dan lain-lain.

4.

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

Morshidi mempercepatkan lagi perkembangan pendidikan Islam selain menjadi tempat bagi umat Islam menyeiesaikan masalah-masalah kehidupan. 5. Kedatangan penjajah Barat, Brooke telah diikuti dengan penyebaran agama Keristian. Dalam tahun 1848 Anglican Society for the Propagation of the Gospel (SPG) yang dipimpin oleh Rev. Francis Mc. Dougall telah ditubuhkan. Mc Dougall mengambil orang-orang Melayu Keristian Singapuna ke Sarawak. Para pembesar Melayu dan ulama marah terhadap tindakan ini. Tekanan ini menjadikan orang Melayu menguatkan komitmen agama mereka. Gerakan Keristian dialihkan pula kepada bangsa Cina dan Dayak. Pentadbir-pentadbir yang beragama Islam juga turut serta dalam usaha mengembangkan Islam ini. Sultan Brunei yang ketiga berketununan Arab iaitu Syarif Ali Bilfalih telah melantik orang-orang Islam Arab untuk mentadbir jajahan Kesultanan Brunei. Bahagian Pertama Sarawak umpamanya ditadbir oleh beberapa orang Syarif iaitu Syarif Jaffar di Lingga, Syarif Mollana di Kalaka Syarif Sabudin dan Syarif Sahib di Sadong. (C. Brooke. 1866. 110). Syarif-syarif ini berjaya mengislamkan suku-suku bangsa seperti Dayak sebelum abad ke 19. Sementara bahagian ketiga dan ketujuh pula, Kesultanan Brunei berjaya mengislamkan suku bangsa Malanau (Sanib Said. Ibid.) Ini bermakna Kesultanan Brunei yang memerintah dari tahun 1476 hingga 1841 telah memainkan penanan yang sangat bermakna dalam usaha mengembangkan Islam di Sarawak. Majlis Islam Sarawak (M.I.S.) yang ditubuhkan pada 1hb. Mei 1955 adalah mercu tanda awal penglibatan langsung Islam dalam pentadbiran negeri Sarawak. Institusi ini berjaya memantapkan lagi urusan pentadbiran dan pengembangan Islam di Sarawak. Pentadbiran Sarawak kini telah dan sedang menobatkan Islam pada status dan standardnya yang wajar. Perkembangan Islam dan pelbagai bidang terutamanya pendidikan telah dan sedang digiatkan di Seluruh Sarawak. Sekolah-sekolah Agama pelbagai

peringkat ditubuhkan dan tindakan-tindakan diselaraskan dengan keputusan dan bantuan kerajaan Pusat. Islam menjadi jatidiri penting bagi sebahagian penduduk Sarawak dan ini akan menjadi antara agenda utama pentadbiran negeri Sarawak.

Rujukan

Abdui Latif Hj. Ibrahim et.al. 1979. The Discovery of an Ancient Muslim Tombstone in Bnunei.dalam Brunei Musium Journal vol. 4. Haji Awang Jamil et.al. 1971. Catatan Sejarah Ferwira-perwira Dan Pembesar Brunai. Jilid I. DBP. Idris Zakaria. 1988. Datuk Hakim Imam Haji Morshidi 1877-1939 (Suatu Tinjauan Awal). Monograf Fakuli Pengajian Islam UKM. P.Leys. 1968. Observations on Brunei Political System. JMBRAS. vol. XLI, Pt. 2. Sanib Said. t.t. Islam Di Sarawak: Sejarah Ringkas 1476 1941 dalam Islam di Malaysia. Terbitan P ersatuan Sejarah Malaysia, Sarawak Gazette. August 1970 dan Sarawak Gazette. August 1939. C. Brooke. 1866. Ten Years in Sarawak. vol. I., London.

6.

Sarawak Makmur Dalam Malaysia Dokumen Rasmi Kerajaan Sarawak. t.t. Wawancara dengan (i) Tuan Haji Hassan Mannan (2) Cikgu Haji Johari Bojeng. Semuanya pada tahun 1988.+ [PROF. MADYA DR. IDRIS ZAKARIA, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsan Malaysia.] ( Kertas ini telah dikemuakan di Kuching, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusanatara II, yang berlangsung pada 14-15 Julai 2003M. [# Gambar-gambar dan peta telah ditambah untuk hiasan dan penerangan saja dan bukan bahagian asal kandungun penulisan.]

7.

8.

Pendidikan Islam di Sarawak: Peranan Dato Hakim Imam Haji Morshidi

6/6

Anda mungkin juga menyukai