Anda di halaman 1dari 21

HIQ 3033

KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADIS


KUMPULAN UPSI 05

TAJUK
JELASKAN SECARA TERPERINCI KONSEP BUDAYA ILMU MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM BERDSARKAN KAJIAN ILMU TAFSIR MAUDHUE SERTA NYATAKAN
SUMBER AL-SUNNAH DALAM MENYOKONG KONSEP TERSEBUT

NAMA

NAZMI BIN CHE OMAR


ID PELAJAR

D20012056094

PENSYARAH
DR AHMAD YUNUS BIN KASIM

ISI KANDUNGAN

NO.

KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan

2.0

Konsep Budaya
2.1 Budaya dari Sudut Pandangan Islam

MUKA SURAT
2

3-4

2.2 Budaya dari Sudut Pandangan Barat

3.0

Konsep Ilmu
3.1 Ilmu dari Sudut Pandangan Islam

5-8

3.2 Ilmu dari Sudut Pandangan Barat


3.3 Sumber-sumber Ilmu dalam Islam
4.0

Konsep Budaya Ilmu Menurut Perspektif Islam


4.1 Masyarakat yang Berbudaya Ilmu dalam Islam

8-15

5.0

Martabat Ilmu dalam Islam

16-18

6.0

Kesimpulan

19

7.0

Rujukan

20

1.0

Pendahuluan

Islam merupakan agama yang lengkap dan sangat menitikberatkan soal ilmu
pengetahuan. Ini kerana ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia. Ini telah
diperjelaskan lagi di dalam al-Quran yang mana Allah S.W.T telah menurunkan wahyu yang
pertama kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan telah dicatatkan dalam Al-Quran.
Firman Allah :


Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu amat pemurah.
Yang mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya1
(Surah al-Alaq ayat 1-5)

Selain daripada ilmu itu wajib dituntut, ia juga merupakan prasyarat bagi seseorang
Muslim untuk memiliki sahsiah yang unggul, pembinaan bangsa yang kuat, pembinaan tamadun
yang tinggi seterusnya menjadikan masyarakat yang berilmu dan tidak ketinggalan zaman.
Sebagaimana telah dicatatkan ddalam hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Anas
bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan
keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan.

Surah Al-Alaq ayat 1-5

2.0

Pengertian Budaya
Istilah kebudayaan itu sendiri, Kamus Dewan (2000) memberikan definisi cara hidup

sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) iaitu merujuk kepada
keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha
mereka. Mungkin boleh juga dinyatakan bahawa pada zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak
digunakan, dan istilah yang digunakan ialah istilah adat.2

Dalam bahasa Inggeris budaya disebut sebagai culture, yang bermaksud merangkumi
seluruh cara hidup manusia, zahir dan batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan
juga nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk juga alat-alat yang direkakan.
Sudah tentu alam tabii iaitu alam semulajadi di sekeliling kita adalah sesuatu yang dicipta oleh
manusia. Justeru itu, ia tidak boleh dikatakan sebagai kebudayaan.3

2.1

Budaya dari Sudut Pandangan Islam

Islam adalah agama suci yang berasaskan wahyu dan bukan agama budaya. Islam turun
dari Allah S.W.T dan tentunya bukan dari hasil cetusan pemikiran manusia. Tujuan turunnya
agama Allah ini adalah untuk memandu manusia di atas jalan yang benar, tidak kira sama ada
dari segi kepercayaan, amalan hidup atau akhlak manusia itu sendiri. Dalam bahasa yang lebih
mudah, Islam diturunkan untuk menentukan cara hidup manusia sama ada dari segi hubungan
manusia dengan Pencipta mahupun dengan manusia lain.

Sungguhpun Islam memperkenalkan banyak landasan syariah yang perlu dipatuhi, namun
sudah tentu ianya mempunyai hikmah yang besar disebalik aturan tersebut. Islam juga tidak
pernah menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan berkarya namun perlu mengikut batasbatas yang islam telah tetapkan.
2

Kamus Dewan : Edisi Ketiga . 2000. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Zaini Ujang (2010), Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan, Penerbit Universiti Teknologi
Petronas Press
3

Menurut Islam juga, kebudayaan sebagai cara hidup umat Islam, khususnya sebagai
contoh Muslim itu sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik terhadap manusia lain yang
pastinya apa yang ditonjolkan mestilah mencerminkan nilai-nilai Islam tetapi tetap membenarkan
kewujudan kepelbagaian bentuk budaya dari bangsa-bangsa yang berlainan selagi ianya tidak
bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.4

2.2

Budaya dari Sudut Pandangan Barat

Dari pandangan Barat, kebudayaan mempunyai hubungan yang sangat erat

dengan

masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala


sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh
masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.
Menurut Edward Burnett Tylor pula, kebudayaan merupakan keseluruhan yang agak
kompleks, yang di dalamnya meliputi aspek pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum,
adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang terdapat dalam diri seseorang sebagai
anggota masyarakat.
Dari dua definisi tersebut, apa yang dapat diperoleh ialah pengertian mengenai
kebudayaan adalah sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan ia juga turut
meliputi sistem idea yang ada di dalam fikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari,
kebudayaan itu bersifat abstrak.5

4
5

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pembudayaan-ilmu-dalam-islam.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Portal:Budaya

3.0

Pengertian Ilmu

Pengertian dan konsep mengenai ilmu agak luas. Dalam memberi definisi dan
mentakrifkan konsep ilmu, kebanyakan ahli falsafah dan cerdik pandai Barat telah menyatakan
ilmu adalah semata-mata hasil perkembangan mental dan pengalaman-pengalaman yang
berasaskan ujikaji dari semasa ke semasa. Dalam erti kata lain, mereka meletakkan ilmu dan
agama secara berasingan. Ini juga bermaksud bahawa mereka turut menafikan yang di antara
ilmu dan agama mempunyai hubungan yang tersendiri. Walaupun pihak barat menerima ilmu
dan falsafah Islam, kebanyakan mereka menolak agama sebagai ad-din iaitu agama yang satu.
Penolakkan mereka terhadap agam Islam itu tersebut telah menyebabkan kekalutan dan
kecelaruan berlaku di kalangan masyarakat. Ia juga sememangnya tidak dapat dinafikan ilmu
Barat berjaya melahirkan para ilmuan tetapi pada masa yang sama ilmu tersebut tidak akan
menjamin kelahiran insan yang tinggi moralnya. 6

3.1

Ilmu dari Sudut Pandangan Islam


Secara amnya, amat banyak definisi dan konsep ilmu yang diberikan. Oleh yang

demikian, ada ketikanya ungkapan-ungkapan yang kemukakan menimbulkan lebih banyak


kekeliruan daripada menampilkan suatu kepastian pengertian yang perlu ada pada sesuatu
doktrin yang boleh dijadikan asas serta penentuan. Namun begitu, pengertian ilmu yang
dijadikan asas dan premis perbincangan topik ini ialah berdasarkan perspektif Islam. Ilmu adalah
berasal daripada perkataan Arab iaitu 'ilm yang bermaksud pengetahuan dan 'alimun yang
bermaksud mengetahui. Menurut Prof. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1976) pengertian
ilmu mengikut perspektif Islam adalah sesuatu yang: dapat memberitahu serta menjelaskan
tempat yang tepat dan betul dan benar bagi sesuatu; dapat menjelaskan batasan dan had dan
kegunaan dan maksud sesuatu; dapat menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan hak
dengan yang palsu dan bathil, yang dapat membimbing ke arah kebenaran.

Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997 . Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Terdapat juga lebih kurang 140 kali perkataan alimun' disebut di dalam Al-Quran yang
mengikut ahli tafsir menerangkan tentang sifat-sifat Allah s.w.t sebagai pemilik ilmu yang
mutlak. Dalam perkembangan berkaitan, ahli-ahli tafsir telah merumuskan bahawa daripada
keseluruhan kandungan Al-Quran hanya terdapat kira-kira 600 ayat yang berhubung hukum
syarak manakala selebihnya adalah berkaitan dengan bidang ilmu pengetahuan dan kehidupan
manusia.7

3.2

Ilmu dari Sudut Pandangan Barat


Dalam kalangan masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran

Kristian melihat bahawa ilmu hanya merupakan kegiatan bersifat akal semata- mata. Berpunca
daripada aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya ilmu. Akal manusia menyimpan segala
maklumat serta pengalaman, kemudian memprosesnya dan seterusnya menganalisis. Masyarakat
Barat menerima akal sebagai satu-satunya sumber ilmu yang tertinggi. Mereka berpegang kepada
konsep rasional sebagai ukuran dalam menerima atau menolak sesuatu ilmu. Konsep ini
membawa kepada penerimaan dalam sains yang hanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh
bukti-bukti saintifik (empirikal). Apabila kaedah saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia
dianggap tidak wujud. Akal pula menerima maklumat daripada lima pancaindera (penglihatan,
pendengaran, rasa, hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera manusia itu bersifat
serba kekurangan lalu konsep ilmu menurut masyarakat Barat dilihat tidak mampu untuk
membimbing manusia menuju kepada kesejahteraan. Menurut John Hospers (1988: 41-47), ilmu
terdiri daripada persepsi (tanggapan), introspeksi (menilik diri), memori (ingatan), alasan atau
keterangan (reason), kepercayaan (faith), intuisi (ilham), dan testimoni (perakuan). Kesemua
pernyataan sumber ilmu tersebut boleh dipertikaikan kebenarannya. Justeru, Barat terlihat
berpegang kepada sumber ilmu yang boleh dipertikaikan kebenarannya dan konsep ilmu menurut
Barat hanya bersifat luaran dan berdasarkan cerapan indera serta akal manusia semata-mata. Ia

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1976), Faham Agama dan Asas Akhlak, hal. 5

juga tiada hubungan dengan alam ghaib atau wahyu yang sepatutnya diletakkan sebagai sumber
pertama bagi keilmuan manusia.8

3.3

Sumber-sumber Ilmu dalam Islam


Dalam ajaran Islam, al-Quran dan hadis adalah sumber utama ilmu pengetahuan. Prof.

Syed Muhamad Al-Naquib Al-Attas (1976) telah membahagikan ilmu kepada dua iaitu ilmu
yang diberi oleh Allah s.w.t. sebagai kurniaNya kepada insan iaitu melalui wahyu dan kedua
ilmu yang dicapai dan diperolehi oleh manusia itu sendiri berdasarkan daya usaha

yang

berpunca daripada pengalaman hidup, indera, jasmani dan pemerhatian, penyelidikan dan
pengkajian.
Berdasarkan kenyataan di atas, sumber-sumber utama ilmu dapatlah dikategorikan seperti
berikut, iaitu dari sumber agama, pancaindera, pemerhatian, ilham dan Ahli cerdik pandai. Ilmu
yang utama dalam Islam sudah pasti ilmu yang satu yang berasal dari Allah S.A.W. iaitu seperti
ilmu yang diwahyukan kepada Rasulullah dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Ilmu dari Allah
disalurkan kepada RasulNya untuk mengatur tindakan manusia agar wujud keharmonian antara
manusia dalam kehidupan mereka. Melaluinya manusia memperolehi pengetahuan agama,
akhlak dan alam ghaib. Ilmu dari sumber pancaindera pula adalah berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa, dihidu, disentuh dan sebagainya. Melalui pancaindera manusia, ia membolehkan kita
membuat tafsiran, menganalisis serta membuat penilaian. Berdasarkan pemerhatian pula, akan
melahirkan ilmu rasional. Proses sumber ini adalah berdasarkan pemerhatian manusia terhadap
sesuatu insiden, benda atau perkara. Manusia akan memerhati, mentafsir dan seterusnya
membuat keputusan yang bijaksana setelah membuat pertimbangan wajar tentang baik dan
buruknya sesuatu perkara.

Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997 . Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber yang keempat ialah berdasarkan ilham iaitu idea yang datang secara tiba-tiba
dalam penyelesaian masalah. Ilmu ini bergantung pada gerak hati atau celik akal seseorang.
Manakala sumber ilmu yang kelima dan terakhir ialah ahli cerdik pandai atau autoriti iaitu
mempercayai atau menerima dapatan-dapatan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan
oleh ahli-ahli sains. Namun begitu, mengikut perspektif Islam semua bentuk ilmu adalah berasal
daripada Allah pencipta alam. Walau apa pun namanya, pemilik mutlak sesuatu ilmu itu adalah
Allah S.W.T. Ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa segala yang ada di muka
bumi dan langit adalah milik Allah Taala.9

4.0

Konsep Budaya Ilmu Menurut Perspektif Islam

Kepentingan budaya ilmu amat dititik beratkan dalam Islam. Islam amat mementingkan
ilmu dalam segenap aspek kehidupan. Dari sekecil-kecil permasalahan sehingga sebesar-besar
urusan, semuanya mesti dilandaskan dengan ilmu pengetahuan.bermula dengan soal makan,
minum, tidur sehinggalah kepada soal pemerintahan negara semuanya dilingkungi oleh
penyelesaian dengan ilmu. Selain itu ilmu amat bernilai disisi Islam sehinggakan dianggap lebih
bernilai daripada harta.ini sebagaimana kata-kata saidina Ali yang memberi sebab kenapa ilmu
lebih penting dan patut diutamakan daripada harta. 9 sebab yang dinyatakan oleh Saidina Ali
adalah:

(a)

Ilmu merupakan warisan nabi-nabi dan rasul-rasul,sedangkan harta adalah warisan Qarun

dan firaun.
(b)

Ilmu mampu menjaga pemiliknya, sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya

(c)

Ilmu dapat memperbanyakkan kawan, sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan

lawan

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1976), Faham Agama dan Asas Akhlak

(d)

Jika ilmu diberikan (diajar) kualitinya semakin meningkat,sedangkan harta jika

dibelanjakan akan semakin berkurang dan habis


(e)

Orang yang berilmu selalu mendapat penghormatan dikalangan masyarakat,sedangkan

orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang merendahkan


(f)

Ilmu tidak dapat dicuri dari pemiliknya sedangkan harta dapat hilang atau dicuri

(g)

Ilmu tidak habis sekalipun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis

(h)

Ilmu dapat member syafaat kepada pemiliknya semasa di alam kubur dan akhirat

sedangkan harta bakal menyusahkan pemiliknya di kedua alam ini melalui hisab ALLAH
(i)

Ilmu menyebabkan terangnya pemikiran dan hati seseorang sedangkan harta seringkali

membingungkan pemiliknya dan mengeraskan hatinya.

Konsep budaya ilmu menurut Islam juga menekankan penggunaan cara-cara atau kriteriakriteria ilmu bagi membuat keputusan sama ada keputusan dalam perkara agama atau dunia.
Bagi sumber utama yang menjadi rujukan atau garis panduan dalam kriteria ilmu adalah AlQuran, seterusnya As-Sunnah serta panduan-panduan yang telah disusun serta dijelaskan oleh
salaf as-soleh dari kalangan sahabat, tabiin serta ulama-ulama yang mutabar.
Ia dapat dibuktikan di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang ke 21 yang membawa maksud
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi S.A.W., sabdanya:
Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan
yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang
terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya
dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang
(dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Dalam islam juga, kita diajar untuk beradab dengan ulama-ulama serta sarjana-sarjana Islam
silam serta dianjurkan untuk bersikap kritis dalam menerima pandangan mereka. Kita diajar
10

untuk berfikir dan menilai dari sumber wahyu yakni Al-Quran dan Sunnah bagi menilai sesuatu
pandangan atau teori dari sarjana silam. Islam bukan menolak peranan akal sebagai neraca untuk
menilai, bahkan Islam amat memuliakan peranan akal itu sendiri dalam menilai sesuatu. Tanpa
akal kita tidak dapat memahami panduan dari Al-Quran dan Sunnah, jadi menurut Islam peranan
akal teramat penting dalam mencari ilmu tetapi peranan akal ini dikawal oleh wahyu. Pendek
kata, wahyu yang sepatutnya mengawal akal bukan akal yang menjadi pengawal kepada wahyu.
Galakan untuk menuntut ilmu dalam Islam menjadi antara penekanan yang utama. Ini
terbukti dengan penekanan terhadap konsep pencarian ilmu seumur hidup. Budaya ilmu dalam
Islam tidak terhad kepada peringkat umur bahkan setiap detik dalam kehidupan di tekankan
untuk menggali sebanyak mungkin ilmu. Seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan
Ibnu Majah, dari Anas bin Malik, yang bermaksud:
menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim
Begitu juga dengan taraf dalam masyarakat, bukan hanya golongan yang berada sahaja
ditekankan dengan ilmu bahkan dalam islam tidak kira dia seorang nelayan atau petani, mereka
tetap ditekan dengan ilmu mengikut tahap masing-masing.10
Ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan pelbagai cara. Sebagaimana yang telah
dinyatakan mengenai sumber-sumber utama menurut Islam.Walaubagaimana pun, konsep
budaya ilmu dalam Islam amat menitikberatkan untuk meluaskan budaya pembacaan. Ini kerana
Allah telah menurunkan wahyu pertama kepada Rasulullah melalui Surah al-Alaq ayat 1-5 yang
bermaksud :
Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu amat pemurah.
Yang mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya

10

Hamid Fahmy Zarkasyi 1990. Pemikiran al-Ghazali Tentang Pendidikan . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

11

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan ilmu dapat diperolehi memalui pembacaan.
Melalui pembacaan infomasi-infomasi yang jarang kita dapat melalui kuliah seperti ceramah
akan menambahkan lagi maklumat-maklumat untuk kita. Tetapi Islam amat melarang keras bagi
seseorang yang menuntut ilmu tanpa guru. Ini bermaksud pencarian ilmu yang tiada rujukan dan
panduan dari seseorang yang lebih tinggi ilmunya serta pengalaman di anggap sebagai berguru
dengan syaitan. Sebagai contoh mengkaji ilmu dengan hanya membaca buku semata-mata tanpa
rujukan dari guru.

Konsep budaya ilmu yang terakhir adalah ilmu yang di pelajari disertakan dengan
amalan. Sebagaiman kata-kata cerdik pandai Arab ilmu tanpa amalan ibarat pohon tanpa
buah. Melalui pepatah ini, ia menggambarkan kerugian yang amat besar bagi seseorang yang
berilmu tetapi hanya menjadi perhiasan tanpa untuk di amalkan seterusnya tidak mengajarkan
kepada orang lain ilmu yang diperolehi. Hadis Rasullullah S.A.W. ada menyebut, dari Uthman
bin Affan r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda:
Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kalian adalah orang yang mempelajari alQuran dan mengajarkan nya.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
Dalam Islam, manfaat ilmu itu sangat penting untuk di amalkan serta disebarkan bukan untuk
disembunyikan bahkan jika kita faham satu ayat dari ayat Al-quran atau satu perkara dari ilmuilmu kita disarankan untuk mengajar kepada orang lain.
Budaya ilmu tidak dapat dipisahkan dalam Islam. Ia berjalan selari dengan kehidupan
setiap Muslim sama ada untuk memperolehi kepentingan dunia atau akhirat sebagaimana
maksud hadis nabi yang menyatakan barangsiapa yang inginkan dunia hendaklah dengan
ilmu,barangsiapa inginkan akhirat juga dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan keduaduanya juga hendaklah dengan ilmu. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi.11

11

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1976), Faham Agama dan Asas Akhlak

12

4.1

Masyarakat yang Berbudaya Ilmu dalam Islam

Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah setentunya akan memiliki
beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada
berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan.Wan Mohd Nor (1997) antara lain menggariskan
ciri-ciri tersebut adalah seperti:

(a)

Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan

(b)

Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat, diputuskan

dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahu pun syura.

(c)

Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan

masyarakat di setiap peringkat.

(d)

Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan, bantuan,

kemudahan, dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak yang melibatkan diri di
dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan.

(e)

Dalam diri dan masyarakat, tidak akan mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.

(f)

Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu, akan menolak dan membenci

pandangan, pernyataan, serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan kebenaran.

(g)

Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati

sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan sifat keilmuan dalam
pelbagai bidang (multi-disciplinary) dan merentas bidang (inter-disciplinary) agar pemaduan
ilmu dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat.

13

Justeru itu, Wan Mohd. Nor (1997) selanjutnya menambah bahawa masyarakat yang
berbudaya ilmu seharusnya memiliki beberapa nilai tertentu, iaitu:

i.

Kepentingan Ilmu
Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala kebaikan.

Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan material , melahirkan
pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan tetapi lebih kepada penanaman sikap
untuk memuliakan ilmu dengan cara menuntutnya dan seterusnya menghayatinya seumur hidup .
Pendidikan menurut Ibnu Khaldun , dapat membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan
dan kecemerlangan.
ii.

Hasil Ilmiah yang Berkekalan

Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil yang berteraskan ilmiah
itu seharusnya merupakan sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri sendiri dan juga
manusia, dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang bersifat kekal.
Bagi ilmuan yang bukan beragama Islam, mereka pasti mendapat kemasyhuran nama sepanjang
zaman manakala bagi ilmuan Muslim pula percaya kepada ganjaran pahala amal jariah di
akhirat.

iii.

Usaha Keilmuan yang Berkekalan

Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu, anggota masyarakatnya perlu maklum


bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari buaian hingga ke
liang lahad.

14

iv.

Hormat dan Kritis Terhadap Ilmu

Masyarakat berbudaya ilmu juga mesti berani mencari kebenaran dan memperbaiki hasil
pemikiran tokoh ilmuan terdahulu . Perkara ini dapat disaksikan melalui rentetan sejarah dimana
Imam Syafii serta Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Malik. Contoh lain pula
Imam al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan unsur dan
pemikir Yunani tetapi tetap mengakui sumbangan dan keagungan para pemikir Yunani tersebut.

v.

Kesinambungan Tradisi Keilmuan

Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah ilmu atau keilmuan juga
sebuah nilai yang amat mustahak dimana ilmu itu sendiri tidak terbatas kadarnya serta manusia
itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik kosong. Khazanah keilmuan
generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya diketahui dan seterusnya direkodkan.

vi.

Kepimpinan

Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka setentunya terlebih
dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai, memilih dan
mengukuhkan pemimpin yang berilmu, adil, bijaksana, berwawasan jauh dan tegas. Ini juga
bermakna, mana-mana individu atau kumpulan pemimpin yang mahu memimpin masyarakat,
semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dasar dan kepakaran yang sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa bersesuaian dengan keperluan zamannya.

vii.

Bermusyawarah

Seseorang individu setentunya tidak akan dapat mengetahui semua perkara yang
diperlukan untuk hidup secara sendirian apatah lagi sebagai sebuah masyarakat kerana ilmu
bersifat tidak terbatas. Solusinya ialah dengan cara bermusyawarah. Ini kerana di samping proses
15

itu sendiri merupakan suatu jelmaan ciri budaya ilmu, syura juga merupakan amalan Rasulullah
saw dimana baginda sendiri seringkali bermusyawarah dengan para sahabatnya yang berwibawa
dalam hal yang berkaitan dengan maslahat orang ramai serta seringkali juga menerima
pandangan mereka.

viii.

Pengiktirafan Peranan Wanita

Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan membina budaya ilmu dan
ketinggian tamadun manusia. Zaman pramoden menyaksikan kaum wanita secara tidak rasmi
telah berpengaruh besar di dalam peringkat rumahtangga khususnya mengenai urusan penerusan
adat resam, penjagaan keluarga dan kemahiran hidup berkeluarga. Ahli sejarah melihat
pengabaian pendidikan kaum wanita seperti di dalam tamadun Yunani Kuno dilihat sebagai
punca kepada kejatuhan tamadun masyarakat Yunani itu sendiri.
Agama Islam pula bersumberkan dari wahyu atau hadis, memerintahkan kepada kaum
Muslimin, lelaki dan juga perempuan untuk sama-sama menuntut ilmu pengetahuan dan
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah S.W.T di muka bumi ini. Isteriisteri Rasulullah saw sendiri terutamanya Siti Aisyah adalah sumber rujukan para sahabat
khususnya mengenai al-Quran, hadis, fekah selain syair, sejarah Arab, nasab keturunan (silsilah)
dan juga perubatan.
Jelas di sini bahawa, kaum wanita memberi kesan kepada sesebuah institusi keluarga.
Manakala kekeluargaan pula merupakan paksi kekuatan sesebuah masyarakat.12

12

Wan Mohd. Nor Wan Daud 1997 . Penjelasan Budaya Ilmu . Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

16

5.0

Martabat Ilmu dalam Islam

Ilmu dan orang yang berilmu sangat tinggi kedudukannya dalam masyarakat dan di sisi
agama. Sesebuah negara dan masyarakatnya akan dicontohi sekiranya bangsa negara tersebut
mempunyai tahap ilmu yang tinggi. Individu yang berilmu akan disanjung oleh masyarakat.
Dalam perspektif agama, ilmuan mempunyai martabat serta taraf yang tinggi. Contohnya
dalam agama Hindu, seorang guru (orang yang berilmu) adalah berada kedudukan kedua selepas
Tuhan. Martabat ilmu sedemikian adaIah kerana ilmu adalah wadah penting untuk pembangunan
negara dan ummah.
Ilmu juga adalah alat utama dan berharga, justeru ilmu dapat merubah diri manusia
daripada bebal kepada cerdik, jahil kepada tahu, gelap kepada cahaya dan daripada derita
kepada bahagia menurut Ahmad bin Muhamad Said (1990). Semua aktiviti yang berkaitan
dengan ilmu (mencari, mengajar, sumbangsaran, diskusi dan sebagainya) amat tinggi
kedudukannya dalam Islam. Berikut adalah antara hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang
menunjukkan ketinggian martabat ilmu ialah:

Daripada Anas r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa keluar mencari ilmu

(a)

maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali.


(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
(b)

Dari Abu Amamah r.a, telah disebut disisi Rasulullah S.A.W. dua orang lelaki. Pertama

orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda:
kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah
daripadamu. Seorang ahli ilmu lebih baik pada sisi Allah daripada seribu abid (ahli ibadat).
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
(c)

Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi S.A.W. bersabda:

Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada
jalan-jalan syurga. Sesuungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi
17

orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan
bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya
kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian
bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu
sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang
diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah
mengambil habuan yang paling sempurna.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
(d)

Dari Anas r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang

Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan
rantai permata, mutiara dan emas ke leher babi.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Allah S.W.T. juga turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa terdapat banyak
kelebihan bagi orang- orang yang berilmu dan mahu menuntut ilmu. Sebagai contoh, Allah telah
berfirman di dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 :



Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.13
(Surah Al-Mujadilah :11)

13

Surah Al-Mujadilah ayat 11

18

Selain itu, orang yang berilmu juga boleh dijadikan sebagai rujukan.14 Seperti yang
difirmankan oleh Allah di dalam Surah an-Nahl ayat 43 :

Dan kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang
Kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.15
(Surah An-Nahl :43)
Orang-orang yang berilmu disanjung tinggi oleh agama, orang yang berilmu juga
disanjung tinggi oleh setiap anggota masyarakatnya, taraf kehidupan (ekonomi, produktiviti,
perubatan, perindustrian dansebagainya) dapat ditingkatkan selain meningkatkan bidang atau
disiplin ilmu itu sendiri dan merupakan aset terpenting untuk pembangunan ummah dan negara.

14
15

http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=7
Surah An-Nahl ayat 43

19

6.0

Kesimpulan
Matlamat ke arah Pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan

ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam hidup mereka. Masyarakat
seumpama

ini

akan

sentiasa

berlumba-lumba

untuk

memiliki,

memperkembangkan,

memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam
sejagat. Sesungguhnya dalam membina jati diri Muslim, ilmu sangat diperlukan sebagai satu
nilai yang tidak dapat dipisahkan dari individu mahupun masyarakat sekeliling. Al-Quran dan
hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan ilmu agar umat Islam menjadi kuat melalui
individu, keluarga dan seterusnya masyarakat. Bagi melahirkan masyarakat berilmu, mereka
perlu dijelaskan tentang konsep ilmu dalam Islam agar mereka tahu dari sudut makna dan
kedudukan ilmu-ilmu dalam Islam. Tanpa mengetahui konsep ilmu ini mereka akan tersalah
tafsir dan mudah dipesongkan oleh pihak-pihak lain terutamanya musuh-musuh Islam dan pihak
barat yang akhirnya meletakkan akal lebih tinggi dari ilmu yang telah diwahyukan.
Wujudnya Budaya Ilmu dalam kehidupan kini bagi masyarakat dan individu Melayu
Muslim kini sangat diperlukan bagi memastikan kesinambungan dan kekuatan bangsa Melayu
agar mereka terus dihormati dan digeruni oleh pihak lain atau bangsa-bangsa lain. Kita perlu
berhijrah untuk melakukan anjakan daripada satu tabiat yang belum jelas positif kepada tabiat
positif dengan mengutamakan pendidikan. Bayangkan kalau kita boleh melahirkan masyarakat
Malaysia seperti masyarakat yang pernah membina tamadun besar dunia seperti masyarakat
yunani yang dahulunya tersohor kerana mengutamakan pendidikan.
Penjelasan budaya ilmu juga perlu difahami sebagai satu keperluan dalam membina jati
diri Melayu Muslim. Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu, faktor-faktor penggalak dan
penghalang kepada budaya ilmu itu serta cabarannya perlu difahami agar usaha-usaha mengatasi
halangan dan cabaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Dalam mewujudkan suasana
budaya ilmu, peranan perlu dilakukan oleh semua pihak yang tidak hanya dibebankan kepada
golongan pendidik semata-mata. Malah lebih penting juga pihak berkuasa terutamanya
pemimpin sebagai pembuat dasar hendaklah sensitif dengan keadaan persekitaran agar budaya
ilmu ini dapat diwujudkan dalam melahirkan masyarakat Yang cemerlang yang boleh
menjadikan negara kita sebuah Negara yang gemilang terutamanya dalam mencapai harapan
dan hasrat negara ke arah wawasan 2020 yang berlandaskan al-Quran dan Hadis.
20

Rujukan
1)

Al-Quran al-Karim

2)

Hamid Fahmy Zarkasyi 1990. Pemikiran al-Ghazali Tentang Pendidikan . Malaysia,


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

3)

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pembudayaan-ilmu-dalam-islam.html

http://id.wikipedia.org/wiki/Portal:Budaya

5)

http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=7

6)

Kamus Dewan: Edisi Ketiga, (2000). Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

6)

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1976), Faham Agama dan Asas Akhlak.

7)

Wan Mohd. Nor Wan Daud (1997). Penjelasan Budaya Ilmu. Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

8)

Zaini Ujang (2010), Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan,
Penerbit Universiti Teknologi Petronas Press

21

Anda mungkin juga menyukai