Anda di halaman 1dari 40

Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.

T Istilah: Mengesakan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM


1

Semua Nabi dan Rasul diutuskan untuk menyampaikan tiga asas kepercayaan atau usul aqidah yang bersaling kaitan iaitu KETUHANAN , KENABIAN & KEAKHIRATAN, Ajaran Nabi Muhammad dibina atas 3 asas utama iaitu AQIDAH , SYARIAH & AKHLAK.

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM KONSEP KETUHANAN


1 Tauhid (Mengesakan Tuhan tanpa sekutu & perantara)
adalah konsep terpenting dalam Islam yang mendasari dan meliputi segala aspek sistem, nilai, norma dan sebagainya.

2 Allah ialah nama khusus bagi Tuhan yang berhak disembah


dan mempunyai ciri-ciri utama seperti yang disebut dalam surah Al-Ikhlas : (1)- Katakanlah: Dialah Allah yang maha esa (2)- Allah tempat meminta segala sesuatu. (3)- Ia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan; (4)- Dan tiada siapa pun yang setara dengannya

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM KONSEP KENABIAN


1 Nabi & Rasul diutus oleh Allah untuk menyampaikan
panduan kepada manusia.

2 25 Rasul disebut dalam Al-Quran & mengikut sunnah


terdapat lebih 124 000 nabi & rasul . Mereka bersifat maksum dan diberi mukjizat. Contoh : Kelahiran Nabi Isa tanpa perantaraan bapa dan kemampuannya boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah.

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM KONSEP KEAKHIRATAN


Merujuk suatu peristiwa kehancuran alam seluruhnya, kebangkitan semula manusia untuk diberi pembalasan atas perbuatan baik dan buruk. Setiap insan inginkan keadilan, amalan manusia perlukan pembalasan. Sesetengah kebaikan yang tidak diketahui manusia dan sesetengah kejahatan yang terlepas serta bebas daripada hukuman, akan dinilai. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun ada balasan baik dan buruknya.

ASAS KEPERCAYAAN ORANG ISLAM KONSEP KEAKHIRATAN


Keakhiratan juga turut menyedarkan manusia tiga persoalan asas :
Dari mana kita datang? Ke mana kita akan pergi?
Untuk apa kita dicipta?

TIGA KOMPONEN ISLAM

ISLAM

AKIDAH AKIDAH AKIDAH 1

SYARIAH SYARIAH SYARIAH 2

AKHLAK AKHLAK AKHLAK 3

AJARAN ISLAM
Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya. Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsipprinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

RUKUN ISLAM Mengucap dua kalimah syahadah

Sembahyang lima waktu Puasa di bulan Ramadhan

Mengeluarkan zakat

Menunaikan haji bagi yang mampu

RUKUN IMAN Beriman kepada Allah s..w.t. Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada Kitab


Beriman kepada Rasul Beriman kepada hari kiamat Beriman kepada qada dan qadar

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM


IMAN

IHSAN

TAQWA

INSAN BERMORAL DALAM ISLAM


Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai dengan amalan anggota badan. Takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Ihsan bermaksud memperbaiki perbuatan zahir dengan amalan ibadah yang betul dan perbuatan batin dengan keikhlasan.

ISLAM : GAGASAN TENTANG BAIK BURUK


Sistem Nilai Islam digambarkan melalui konsep Amar Makruf & Nahi Munkar Apabila sesuatu itu baik untuk manusia, Tuhan menjadikannya sebagai suruhan seperti berkahwin, bekerja, menuntut ilmu. Apabila sesuatu itu mendatangkan mudharat dan keburukan Tuhan menjadikannya sebagai larangan seperti berzina, minum arak, mencuri. Konsep suruhan dan larangan ini bertindak sebagai satu peraturan yang mengawal seseorang itu dari sudut rohani, jasmani dan mental.

KRISTIANITI

Kristian ialah agama wahyu yang membentuk pengikut agama terbesar di dunia. Nama Kristian diambil sempena pengasasnya, Jesus Christ. Christ berasal dari bahasa Yunani, christos yang sama erti dengan Messiah yang bererti Penyelamat.

Pengikutnya percaya Jesus itu adalah penyelamat (Christ) yang dijanjikan dalam Perjanjian Lama (Old Testament) dan bersama perutusan Jesus ialah Perjanjian Baru (New Testament).

SUMBER NILAI
Kristian merupakan satu agama yang menetapkan batasan nilai berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus sebagaimana karya-karya yang ditulis pengikutnya dalam Bible, khasnya Perjanjian Baru (New Testament).

Gagasan baik buruk bagi umat Kristian bergantung kepada penerimaan manusia terhadap ajaran-ajaran Jesus.

KITAB SUCI KRISTIAN


Kitab suci Kristian dipanggil Bible. Terdapat juga Kitab Injil Lama (ditulis sebelum kelahiran Jesus) dan Kitab Injil Baru (ditulis oleh pengikut Jesus). Sebagai sumber utama Kristian, ia dipercayaai sebagai ayat-ayat suci (scriptures) yang diturunkan kepada Moses dan Jesus.

Perjanjian Lama

Wahyu sebelum kelahiran Jesus mengandungi ajaran Tuhan yang diwahyukan kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada penganutnya.
Terdapat sejarah terdahulu, kisah Adam & Hawa Terdapat peraturan- peraturan Kristian seperti Rukun Sepuluh (The Ten Commandments)

Perjanjian Baru

Wahyu yang diturunkan kpd Jesus. Terdapat 4 Gospel utama (Mark / Matthew / Luke &John) yang ditulis selepas kematian Jesus. Mengesahkan peraturan dalam per janjian lama termasuk Rukun Sepuluh. Dua rukun utama 1)Cintai Tuhan 2)Cintai Jiran

RUKUN DALAM AJARAN KRISTIAN


Cintai tuhan dengan sekuat hati, jiwa raga dan minda. Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri.

EMPAT GOSPEL

EMPAT TEMA UTAMA

Gospel Mark
Gospel Matthew Gospel Luke

Kemuliaan Tuhan
Imej Christ Rohaniah Tuhan

Gospel John

Kehidupan Abadi

SEPULUH RUKUN (TEN COMMANDMENTS)


1. Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita

2.
3. 4. 5.

Jangan menyembah berhala dalam apa pun bentuk


Jangan salah guna nama Tuhan Hormati hari Sabbath dengan memuliakan nya Hormati ibu bapa

SEPULUH RUKUN (TEN COMMANDMENTS)


6. Jangan membunuh 7. Jangan berzina

8. Jangan mencuri
9. Jangan memberi keterangan palsu 10.Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran

ASPEK KEPERCAYAAN KRISTIAN

DOSA WARISAN

TRINITI

PANDANGAN ALAM

PENYALIBAN JESUS

PENYELAMATAN

PERAYAAN

PANDANGAN TENTANG HAKIKAT INSAN

ASPEK KEPERCAYAAN KRISTIAN


TRINITI
(TRITUNGGAL)

TUHAN BAPA

TUHAN ANAK

ROH QUDUS

TRINITI
Doktrin paling utama yang dipercayai majoriti b esar Kristian ialah KETUHANAN.

Berdasarkan konsep TRINITI, hanya terdapat satu Tuhan yang Maha Esa. Tuhan itu wujud secara esa atau tunggal dalam tiga imej atau personaliti, iaitu TUHAN BAPA, TUHAN ANAK dan ROH KUDUS.

TRINITI
Triniti ialah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Ketiganya wujud dalam satu hakikat metafizik yang berkuasa sama rata. Justeru, Kristian juga dikenali sebagai agama TRITUNGGAL (Triniti)

GAGASAN HIDUP TERBAIK KRISTIAN


Daripada Triniti, lahir empat tema utama yang menjadi GAGASAN HIDUP TERBAIK bagi umat Kristian.

Kemuliaan Tuhan

Imej Christ Kehidupan Abadi

Rohaniah Tuhan

- Kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan.Ia dimanifestasikan melalui usaha menolong dan menyelamatkan semua manusia yang berdosa. - Yang menerima Yesus telah memuliakan Tuhan & ini melahirkan imej Christ (Penyelamat) dalam diri. - Christ ialah rohaniah Tuhan dalam bentuk Yesus. - Yang menerima rohaniah Tuhan diberi penghidupan abadi iaitu persaudaraan rapat dengan Tuhan.

DOSA WARISAN (INHERITED SIN)


Semua manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Adam dan Hawa berdosa dan mereka disingkir dari syurga. Dosa tersebut ditanggung semua keturunan manusia. Supaya dosa seluruh manusia dapat dihapuskan satu pengorbanan agung diperlukan.

DOSA WARISAN (INHERITED SIN)


Tuhan Bapa menghantar anaknya sendiri iaitu Jesus Christ melalui Tuhan Ibu ke dunia untuk mengampunkan dosa tersebut. Untuk mengampunkan dosa tersebut, Jesus rela mati disalib. Seksaan itu dipercayai kasih sayang Tuhan untuk menghapuskan dosa manusia.

Ketika keghaiban Jesus, paderi diberi tanggungjawab besar untuk mengampunkan dosa manusia melalui upacara pengakuan dosa.

PENYALIBAN JESUS (THE CRUXIFICATION OF JESUS)


Penyaliban Yesus di tiang salib ialah lambang utama dalam agama Kristian. Tuhan Bapa telah menghantar Tuhan anak yang tunggal, iaitu Yesus ke dunia. Tuhan anak mati di atas salib untuk menebus dosa semua manusia dan menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban sehingga mati dan bangkit semula.

PENYELAMATAN
Penyelamatan ialah satu situasi manusia diselamatkan daripada kesan dosa warisan, iaitu kerananya manusia dihantar ke neraka. Tuhan menghendaki tiada manusia diseksa. Kepatuhan kepada undang-undang semata
tidak dapat menyelamatkan manusia.

Yang dapat menyelamatkan manusia ialah menerima Yesus sebagai Tuhan. Dengan itu manusia tidak akan diseksa pada kehidupan abadi kerana Yesus telah menerima seksaan tersebut bagi pihak manusia sebagai satu pengorbanan dan kasih sayang tuhan agar semua manusia akan diampunkan.

PANDANGAN TENTANG HAKIKAT INSAN


Hakikat manusia terdiri dari roh dan jasad. Manusia pertama dicipta ialah Adam dan Hawa.

PANDANGAN ALAM
Alam semesta dicipta dalam masa 6 hari atas kuasa Tuhan.

PERAYAAN

GOOD FRIDAY
HARI EASTER

HOLY SATURDAY
HARI KRISMAS

Anda mungkin juga menyukai