Anda di halaman 1dari 11

Teori Keperibadian Mulia

Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Aristotle berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan Berpegang kepada prinsip Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah. Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah: Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. (al-Baqarah: 190). Selain itu, firmanNya lagi: Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi

adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (alBaqarah: 143). Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan hikmah. Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

Teori Keperibadian Mulia


Aristotle(1997), keperibadian mulia atau fadhilah dalam bahasa Arab ialah sekumpulan konsep mencakupi keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan moral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Mengikut Aristotle keperibadian mulia tidak dihasilkan dalam diri seseorang individu oleh alam semula jadi, iaitu individu itu tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Aristotle- cara biasa untuk memperoleh atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan, mengamalkan keperibadian itu hingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. Bersifat sederhana dan mengelak daripada berlebihan atau kurang sangat dalam perasaan dan tindakan. Contoh: tidak sombong, tidak megah diri, boleh bertolak ansur, tidak boros, bersederhana, suka menderma, dll.

10 Cara menilai diri dalam membentuk keperibadian mulia


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tandatanda kesal di atas kesalahan. 6. Orang yang sudah hilang sifat marah dayus, cepat melahirkan sifat marah lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. 9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Bagaimana Membentuk Keperibadian Mulia


Cermin Diri: Membentuk Keperibadian Mulia. 1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tandatanda kesal di atas kesalahan. 6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Minda: Tidak lengkap tamadun tanpa budi bahasa


KETIKA mengunjungi Mesir baru-baru ini, segala-galanya tidak seberapa enak iaitu daripada jalan raya yang menyebabkan penumpang kenderaan melambung-lambung hingga layanan kurang mesra daripada penduduknya. Ironinya, bumi Mesir adalah permulaan kepada ketamadunan manusia. Ia tempat lahirnya peradaban dunia. Sesiapapun tidak mungkin menyangkal kehebatan tamadun Mesir purba dengan kota dan pemerintahan Heliopolis, pusat pentadbiran, pusat kediaman dan pusat perdagangan Firaun. Lebih hebat lagi, tamadun Mesir purba memajukan sistem tulisan Hieroglif (gambar dan simbol), industri pembuatan tembikar, perlombongan emas, seni bina, penciptaan kertas daripada pokok papyrus dan yang terlebih mengagumkan, teknik memumiakan mayat. Malah bumi Mesir yang turut diceritakan dalam al- Quran melalui kisah Nabi Saleh, Nabi Haron dan Nabi Yusof turut memahat sejarah kegemilangan Islam dengan kejayaan Solahuddin Yusuf bin Ayyub atau Solahuddin Al Ayubi menawan kerajaan Syiah Fatimiyyah lalu menjadi pangkalan untuk merampas semula Palestin. Begitu sejarah ketamadunan Mesir. Namun, hari ini seawal menjejaki bandar Kaherah dan mendalami kehidupan penghuninya, perasaan tersentap dengan persekitaran begitu terdesak dan menghimpit. Berjalan di sekitarnya, pandangan tertumpu sampah bersepah merata-rata. Sikap keras pemandunya menyebabkan berada dalam kenderaan mereka bagaikan nyawa di hujung tanduk sementara pendengaran kita terganggu dengan bingit hon kenderaan. Dalam mengulas tamadun dan peradaban, kita tidak menafikan setiap bahasa di dunia mempunyai tafsiran sendiri terhadap istilah peradaban. Sarjana menjelaskan bahawa ciri utama sebuah peradaban ialah pertumbuhan bandar atau kota. Hal ini merujuk kepada istilah civitas, maddana atau hadarah dan nakarikam yang menggambarkan kehidupan di bandar dengan pengkhususan kerja, inovasi dan kemajuan pelbagai bidang. Profesor Syed Naguib Al- Attas berpendapat masyarakat bertamadun memberi penekanan terhadap kehalusan tatasusila, tingkah laku luhur dan murni. Kemajuan dalam pelbagai bidang adalah ciri ketiga untuk membuktikan ketamadunan sesebuah masyarakat. Ketamadunan Rom dikenali kerana kehebatan seni binanya, sementara Athens dengan ahli falsafahnya. Kemajuan intelektual turut membuktikan ketamadunan sesebuah masyarakat sebagaimana kerajaan Bani Abbasiyah ketika pemerintahan Harun al-Rashid. Pemerhatian terhadap ciri-ciri tamadun sebagaimana diungkapkan sarjana membuktikan Malaysia sudah mencapai tahap sebuah peradaban. Meskipun peradaban Malaysia dianggap masih baru (sekitar 500 tahun) melalui pembukaan kerajaan Melaka oleh Parameswara, namun pembukaan bandar besar dan kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang memperjelaskan kemajuan kita. Harus diingat, kemajuan tidak sempurna sekiranya ia tidak dilengkapi dengan elemen tingkah laku yang luhur serta ketatasusilaan. Hakikatnya, bagaimana mungkin kita boleh berbangga dengan kemajuan jika rakyat kita melayani tetamu luar negara dengan kasar? Bertamadunkah masyarakat kita apabila pemandu teksi dan peniaga sentiasa mengambil kesempatan untuk menipu pelancong? Bertamadunkah kita sekiranya kita tidak prihatin kebersihan dengan meludah atau membuang sampah merata-rata? Natijahnya, kemajuan tidak layak dibangga-banggakan jika peradaban kita tidak dilengkapi aspek spiritual atau kerohanian. Kerajaan Islam Madinah mungkin tidak terlalu hebat dari segi pencapaian material berbanding tamadun lain, tetapi tamadun Madinah terus dikenang dengan kehebatan tunggak akidah yang bersih daripada syirik, bidah dan kurafat selain akhlak terpuji didikan Rasulullah s.a.w khususnya dalam melayani dan menyantuni puak Muhajirin yang berhijrah dari Makkah. Mengimbas hasrat kerajaan untuk memperkukuh jati diri negara seiring arus pemodenan, sudah sampai masanya kita bertegas dalam menerapkan dan melaksanakan aspek tingkah laku luhur dan ketatasusilaan dalam agenda pembangunan negara. Walaupun mungkin dipersenda sesetengah pihak yang lebih mementingkan kemajuan politik dan ekonomi, kesopanan dan kesusilaan tidak harus diperlekeh kerana ia sebenarnya elemen yang menjadi teras dalam pengukuhan sesebuah tamadun. Hari ini kita bersyukur kerana ketika negara mengejar kemajuan dan pemodenan, kepemimpinan negara

mempunyai kesedaran mengenai pentingnya perihal moral dan spiritual. Kepentingan ketatasusilaan turut dinyatakan dalam gagasan 1Malaysia yang mencatatkan mengenai penerapan nilai murni iaitu hormat menghormati, rendah hati, kesederhanan serta berbudi bahasa. Budi bahasa menjadi sedemikian penting bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang erat kerana ia tutur kata dan tingkah laku tertib berpaksikan kesantunan dalam berinteraksi dengan pihak lain. Kesedaran ini tidak harus pertanggungjawabkan kepada pihak yang memegang polisi semata-mata, tetapi harus ditanam dalam diri setiap lapisan masyarakat agar ia sebati dan menjadi identiti masyarakat negara ini. Hal ini tidak sukar kerana amalan budi bahasa dan nilai murni bukan baru bagi rakyat kita. Amalan budi bahasa dan tata susila adalah tuntutan agama dan diasuh sejak kecil sebagai warisan keluarga. Bahkan masyarakat kita memandang mulia mereka yang mengamalkan nilai ini. Untuk memperkasakan semula ketatasusilaan dalam fikiran, hati budi dan perilaku di kalangan masyarakat negara ini, kempen budi bahasa perlu dilancarkan semula secara besar-besaran. Kementerian terbabit perlu bekerjasama dan bergabung dengan beberapa jabatan, institusi, sektor korporat dan swasta untuk memastikan kelancaran dan kejayaannya dapat menyedarkan segenap lapisan masyarakat dan setiap aspek kehidupan. Mengimbas apa yang dilakukan Singapura melalui pelancaran National Courtesy Campaign pada 1979, kempen budi bahasanya bukan hanya disasarkan untuk mewujudkan persekitaran sosial yang aman dan tenteram, tetapi dilaksanakan dengan kepercayaan ia mampu mengukuhkan kualiti kehidupan dan menanamkan kebanggaan kepada negara selain menarik pelancong dan pelabur ke Singapura. Dengan objektif demikian, pelbagai langkah diambil untuk memastikan publisiti meluas menandingi citacitanya. Melalui maskot Singa The Courtesy Lion, profil kempen ini dihebahkan melalui radio, televisyen, akhbar serta diuar-uarkan dalam bentuk artikel, dokumentari, iklan, lagu dan pelbagai aktiviti dan program. Seiring itu, poster dan kain rentang dipasang di tempat awam. Pertandingan debat, ceramah, pameran dan kursus motivasi diadakan berterusan untuk memberi maklumat mengenai kempen. Bagi memastikan mesej kempen ini sampai kepada kanak-kanak dan masuk ke dalam pemikiran mereka, pertandingan penulisan esei dalam empat bahasa diadakan. Slogan berkaitan kepentingan budi bahasa tertera di mana-mana, termasuk di kepala surat jabatan dan agensi kerajaan. Ia bertindak sebagai memorabilia untuk terus mengingatkan orang awam terhadap peri pentingnya amalan berbudi bahasa. Tidak ada apa yang harus dimalukan jika rakyat dididik semula mengenai kesopanan dan ketatasusilaan. Dalam hubungan sesama insan, tidak ada siapa suka dilayan dengan kasar. Tidak ada sesiapa suka dilayan dan diperlakukan seolah-olah tidak mempunyai maruah atau harga diri. Perlakuan baik dan tatasusila seseorang akan melahirkan insan seimbang dan harmoni bukan saja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

PETUA CUCI HATI UNTUK MENDAPATKAN KEPERIBADIAN MULIA


PETUA CUCI HATI UNTUK KMENDAPATKAN KEPERIBADIAN MULIA (Diolah oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ) Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa Ini adalah salah satu kaedah yangsungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan Ya,Allah jadikan hatiku bersih 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Qulhu-Allah sebanyak 3X. 5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendahrendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah Aku sebenarnya(perkara yang elok-elok belaka) 7. Program minda/cuci minda Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 8. Berpuasa Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan (Jangan makan makanan yang subhat). 14. Berkawan dengan ulama. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulutdsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sampaikanlah pesanan ini walaupun pada seorang SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH

tazkirah remaja: iman bentuk keperibadian mulia


ASALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada remaja semua. Jika mahu buat karipap, kita kena ada resepi dan acuan tertentu. Selepas diuli dan dibentuk mengikut acuan karipap jadilah ia karipap. Jika resepi karipap tapi guna acuan maruku takkan jadi karipap sebaliknya akan jadi marupap (maruku campur karipap). Begitulah keadaannya jika mahu mendidik remaja. Mesti ada resepi yang betul dan acuan yang tepat. Islam adalah resepi, manakala iman pula acuan. Kaedah ini yang digunakan Rasulullah s.a.w membentuk generasi terdahulu. Bermula dengan kenal Allah terbina segala kebaikan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Awal-awal agama adalah kenal Allah. Keimanan yang diajar Rasul ialah percaya di hati, diungkap lidah dan dibuktikan dengan anggota badan. Pengaruh iman yang diajar nabi itu mengubah watak sahabat daripada jahiliah kepada Islam, daripada saling berperang kepada saling berkasih sayang, daripada pentingkan diri sendiri kepada sanggup berhabisan. Malah, seribu satu watak hebat yang tak pernah dilihat sebelum itu muncul. Daripada orang tidak dikenali menjadi bintang ternama dan tiada tandingan. Iman yang sebenar dan mampu mengubah manusia ialah pertamanya: Iman yang terasa sentiasa bersama Allah, rasa diintip dan diperhati. Lihat contoh apabila iman meresap dihati. Berlaku satu dialog Khalifah Umar yang menguji remaja penjaga kambing. Suatu hari, Umar berkata kepada si penjaga kambing, Saya mahu beli kambing, bolehkah saya membuat bayaran kepada kamu tanpa berurusan dengan pemilik kambing ini? Jawab si penjaga kambing, tidak boleh, pergilah tuan berurusan dengan pemiliknya. Khalifah Umar mendesak, terus menguji. Jika kamu jual, pemilik kambing ini tidak tahu malah kambing beranak ke, mati ke, dia bukan kira. Kamu ambil duit jualan ini pun, pemilik kambing tidak tahu?. Apakah jawapan remaja sipenjaga kambing yang mendapat percikan keimanan itu? Saya sebagai penjaga amanah tidak boleh khianat, walaupun tuan saya tidak lihat perbuatan saya ini tapi Tuhan tuan saya Maha Melihat?. Ya Allah, Subhanallah, itulah jawapan keimanan yang membuatkan Umar menangis kerana terlalu gembira rakyatnya mempunyai akidah, tidak sanggup menipu dan tidak pecah amanah. Bentengnya ialah keimanan. Kedua: Iman mendalam penuh dengan cinta Allah hingga mengutamakan Allah lebih daripada segalanya, abaikan kemahuan sendiri demi untuk Allah. Dengan kata lain, apabila sesuatu perbuatan itu kelihatan mulia dimatanya, tapi menurut Allah perbuatan itu hina, mereka memandang perbuatan itu hina. Seperti memakai emas bagi orang lelaki nampak hebat tapi Allah melaknat lelaki yang memakai emas. Justeru kerana kecintaan yang mendalam kepada Allah dapat mamadamkan keinginan untuk pakai emas. Begitu juga kita nampak sesuatu perbuatan itu tak cantik, rimas tapi Allah kata perkara itu wajib, jadi utamakanlah kehendak Allah. Seperti memakai tudung menutup aurat kelihatan rimas dan panas, tapi keimanan akan mengutamakan kehendak Allah malah melihat perkara itu mulia bahkan rasa bangga dapat mengikut kehendak Allah. Umpamanya, sesuatu perbuatan itu seperti merugikan, habiskan duit seperti zakat, haji atau bersedekah. Oleh kerana Allah pandang amalan itu mulia, iman akan utamakan kehendak Allah. Terasa diri mulia jika dapat tunaikan malah akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikannya.

Begitulah juga berjudi itu nampak menguntungkan tapi kerana Allah melarang dan melaknat, iman akan membuatkan seseorang itu menjauhi perbuatan yang Allah tidak suka. Ketiga: Iman yang membuatkan hati terasa kebesaran dan keagungan Allah melalui tanda-tanda ciptaan Allah. Walaupun tak nampak tuannya tapi dengan melihat ciptaan-Nya, cukup menggerun keegoan manusia. Anda pernah masuk hutan untuk satu aktiviti ternampak kesan tapak kaki harimau, apa perasaan anda? Langkah seribulah jawabnya, baru tengok kesan tapak kaki harimau belum lagi berhadapan dengannya. Bawa kereta di lebuh raya, tiba-tiba ada pemandu lain bagi isyarat lampu, dah tahu tu mesti ada sekatan polis. Punya hebat keyakinan. Keyakinan pada Allah sepatutnya lebih hebat dari itu, takutkan azab, balasan dan ancaman-Nya sehingga hidup hanya untuk mematuhinya sahaja. Lihat Saidina Abu Bakar. Suatu hari dia makan. Selepas makan baru tahu ada keraguan haram pada makanan itu. Kerana takutkan azab Allah dijolok halkumnya sehingga termuntah keluar segala makanan yang dimakannya. Bila ditanya kenapa sampai begitu sekali, beliau menjawab: Jika ketika dijolok tadi nyawa ku terkeluar sekali, aku reda sebab nabi bersabda: Daging yang tumbuh dari makanan haram, layak untuk api neraka?. Bagaimana iman yang kita miliki. Berfungsi sebagai pembentuk peribadi atau mandul tanpa sebarang kebaikan. Salam ukhuwwah untuk anda sekelian. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai