Anda di halaman 1dari 16

MAKLUMAT ASAS INSTITUT

1.1 PROFIL KOLEJ

Alamat Kolej Vokasional Kulim, Jalan Junjong, 09000 Kulim Kedah


Kod Kolej KHA5002
Keluasan tanah 35 ekar
No telefon 04-4905432
No fax 04-4952660
Emel smvkulimkkb@gmail.com

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 1


1.2 LOKASI DAN PELAN KOLEJ

1.2.1 Lokasi

Rajah 1.2.1: Pelan Kedudukan Kolej Vokasional Kulim

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 2


1.2.2 Pelan Kolej

Rajah 1.2.2: Pelan Bangunan

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 3


1.3 MISI DAN VISI

MISI KOLEJ VOKASIONAL KULIM

Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang


berkualiti.

VISI KOLEJ VOKASIONAL KULIM

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

1.4 LOGO KOLEJ

Jadual 1.6: Logo Kolej

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 4


1.5 ORGANISASI PENTADBIRAN

1.5.1 PENGURUSAN AKADEMIK

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 5


1.5.2 PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 6


1.5.3 PENGURUSAN JAMINAN KUALITI

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 7


1.5.4 PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGARAH
EN BAKHORI

TPSA
EN MOHD NIZAR

KETUA UNIT
PN ROZILA

SU KETUA UNIT
PN MAZURA

SU SUKAN& PERMAINAN SU KOKURIKULUM


PN NAZATUN ISMAIZA EN SALLEH

PEN. SU SUKAN & PERMAINAN PEN SU KOKO – PEN SU KOKO –


KELAB / PERSATUAN UNIT
BERUNIFORM
BOLA RUMAH
BOLA B. MELAYU KRS
JARING KUNING
BOLA SEPAK
SEPAK B. INGGERIS KAPA
SEPAK RUMAH
SEPAK RAGA
BIRU BOLA
TAKRAW KESENIAN BOMBA
JARING
RUMAH SENAMROBIK
BOLA HIJAU P. ISLAM
TAMPAR
RUMAH BADMINTON KEUSAHAWAN
(L)
BOLA MERAH
TAMPAR RUKUN NEGARA
(P)
SOFBOL
PENCINTA
ALAM
RAGBI
KOM &
CATUR FOTOGRAFI

SILAT

OLAHRAGA

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 8


1.6 SEJARAH KOLEJ

1.6.1 Sejarah

Kolej Vokasional Kulim telah ditubuhkan pada tahun 1986 beralamat di Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah. Pada tahun 1986 sehingga tahun 1997, kolej ini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Vokasional Kulim. Selepas itu, sekolah ini ditukar nama dengan Sekolah Menengah
Teknik Kulim pada tahun 1998 sehingga tahun 2010. Lagi sekali, pada tahun 2011 sehingga
2013 sekolah ini menukar nama ke Sekolah Menengah Vokasional Kulim seterusnya menjadi
Kolej Vokasional Kulim sekarang. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1986 di atas sebidang
tanah yang keluasannya ialah 35 hektar melalui Projek Bank Asia. Projek ini menelan kos
sebanyak RM40juta di mana RM26 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur
dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah.

Sejak pembukaan sekolah ini, sembilan kursus telah ditawarkan kepada pelajar seperti
Khusus Pengurusan Pejabat, Khusus Perdagangan, Khusus Automotif dan pelbagai lagi khusus
berasaskan kemahiran. Pada tahun 1998, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah
Teknik Kulim dengan menawarkan aliran baru iaitu Aliran Teknik dan masih mengekalkan
aliran vokasionalnya. Pelajar-pelajar ini mengambil Peperiksaan SPM pada tahun kedua
persekolahan. Aliran teknikal ini menawarkan dengan tiga khusus teknikal iaitu Kejuruteraan
Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Semenjak penukaran ini, kursus sijil
asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya. Pada tahun 2010,
Khusus Pengurusan Pejabat tidak ditawarkan lagi kepada pelajar dan pada tahun 2011, khusus
teknikal tidak ditawarkan lagi berikutan sekolah telah menukar sistem pengajaran dan
pembelajarannya menjadi khusus vokasional sahaja. Pada masa itu juga, Khusus Pengurusan
Pengaturan Komputer ditukar kepada Khusus Pengkalan Data.

Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan
Sijil Pelajaran Malaysian Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada
pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti
Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan
untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi
permintaan pasaran industri.

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 9


Pada tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional Kulim telah melalui proses
penjenamaan menjadi Kolej Vokasional Kulim yang menawarkan sembilan kursus vokasional.
Pelajar-pelajar vokasional akan dinilai berdasarkan kompitensi modul dan akan dianugerahkan
Diploma Vokasional Malaysia (DVM) setelah berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun (8
semester). Nama – nama pengetua yang pernah bertugas di Kolej Vokasional Kulim dari awal
kolej ini beroperasi sehingga sekarang.

Tn. Hj Salleh bin Hj Md Isa (1986 – 1993)

En Yahya b Tahrin (1994 – 1997)

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 10


Tn Hj Abd Hamid b Hassan (1998 – 2005)

Tn Hj Ahmad b Hassan (2005 – 2006)

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 11


Tn Hj Razali b Hashim (2006 – 2011)

Cik Noor Jasmin bt Janan (2011 – Julai 2013)

En Bakhori b Yob @ Maarof (2013 sehingga kini)

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 12


1.6.2 Senarai Kursus yang ditawarkan

 Pengurusan Perniagaan (WPP)


 Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web (KPD)
 Teknologi Elektronik (ETN)
 Teknologi Penyejukbekuan dan penyaman udara (MPP)
 Teknologi Elektrik (ETE)
 Teknologi Pembinaan (WTP)
 Teknologi Automotif (MTA)
 Teknologi Kimpalan (MTK)
 Pemesinan Industri (MPI)

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 13


1.7 LAGU KOLEJ
KVK GEMILANG

Kvk indah di puncaknya

Kvk maju dan berjaya

Membina bangsa, kebanggaan negara

Agama panduan hidup semua

Bersatu kita berjaya

Berilmu beramal berkahlak mulia

Berdisiplin teguh dipelihara

Menjamin kecemerlangan milik kita

Kepadamu guru kami hormati

Didiklah kami sepenuh hati

Bersama kita tunaikan janji

Guru bestari, pelajar berkualiti

Ikrar di mulut mahkotakan di hati

Agar kvk mekar sejati

Demi wawasan teknokrat cemerlang

Bersamalah kita menuju gemilang

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 14


1.8 PIAGAM PELANGGAN

 Melaksanakan semua program vokasional dan kemahiran mengikut bidang atau


kursus yang ditawarkan.
 Berusaha membentuk dan melahirkan sumber manusia yang berilmu, berakhlak
mulia, berkemahiran, kreatif dan inovatif.
 Menyedia dan memberi maklumat yang jitu dan terkini serta khidmat nasihat
mengenai kursus-kursus dan bidang-bidang yang ditawarkan dari masa ke semasa.
 Memberi layanan dengan penuh hormat dan sopan santun kepada semua tetamu,
ibu bapa / waris pelajar dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan pihak kolej.
 Berusaha mencegah sebarang salah laku dan menyelesaikan kes disiplin dengan
segera setelah menerima maklumat atau laporan.
 Membentuk dan mengekalkan imej, disiplin yang cemerlang.
 Menyediakan pelbagai kegiatan kokurikulum dan memastikan semua pelajar
bergerak aktif serta berusaha mencapai kejayaan dalam pertandingan yang
diadakan di peringkat kolej, daerah, negeri dan kebangsaan.
 Memberi khidmat nasihat pendidikan lanjutan dan kerjaya kepada semua pelajar
dan bekas pelajar serta ibu bapa / waris dengan jitu dan efisien pada setiap masa.
 Berkhidmat dengan ikhlas, amanah serta penuh dedikasi untuk mengekalkan
kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
 Mewujudkan budaya kolej dan asrama yang gemilang berteraskan nilai-nilai
murni.

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 15


1.9 IKRAR SEKOLAH

Bahawasanya kami

Pelajar-pelajar

Kolej vokasional kulim

Berjanji dan berikrar

Akan mematuhi undang-undang

Dan peraturan-peraturan kolej

Belajar bersungguh-sungguh

Agar tidak menghampakan

Harapan kolej

Pensyarah dan ibu bapa

Sentiasa bersedia untuk dibentuk, dibimbing

Dan diberikan hukuman

Bagi menjadikan kami

Warga kvk

Yang berdisiplin dan berketrampilan

Mengwujudkan satu komuniti

Yang cemerlang

Berteraskan disiplin diri

menjana teknokrat terbilang

LAPORAN AKHIR ROS KOLEJ VOKASIONAL KULIM (CB170015) 16

Anda mungkin juga menyukai