Anda di halaman 1dari 1

Kehidupan di Asrama

Di negara kita terdapat sebilangan besar sekolah yang menyediakan asrama


untuk pelajar. Asrama di sekolah terbahagi kepada dua iaitu asrama pelajar lelaki dan
asrama pelajar perempuan. Setiap pelajar perlu rnengambil peluang untuk tinggal di
asrama. Terdapat beberapa kebaikan apabila pelajar tinggal di asrama.
Antara kebaikan tinggal di asrama ialah pelajar akan mempunyai banyak masa
untuk belajar. Hal ini kerana pelajar yang tinggal di asrama tidak perlu menunggu bas
untuk pergi dan pulang dari sekolah. Kebiasaannya pelajar yang tidak tinggal di asrama
terpaksa menghabiskan masa lebih kurang dua jam untuk urusan pergi dan pulang dari
sekolah. Pelajar yang tinggal di asrama juga kurang letih kerana tidak perlu bersusahpayah menunggu dan menaiki bas.
Selain itu, kebalkan tinggal di asrama ialah keselamatan pelajar lebih terjamin. Di
asrama terdapat pengawal keselamatan yang bertugas mengawasi kawasan asrama
pada setiap masa daripada dicerobohi orang luar. Selain itu, pelajar yang tinggal di
asrama juga akan terhindar daripada kemalangan jalan raya sewaktu pergi dan balik
dari sekolah. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat ramal pelajar yang tidak tinggal
di asrama terlibat dalam kemalangan, terutama yang menunggang motosikal atau
basikal.
Ibu bapa juga akan dapat mengurangkan perbelanjaan persekolahan apabila
anak mereka tinggal di asrama. Antara perbelanjaan yang boleh dijimatkan ialah
tambang bas dan makanan. Dewasa ini, tambang bas yang dikenakan ke atas pelajar
untuk pergi dan balik dari sekolah agak tinggi berikutan kenalkan harga bahan api. Kos
makanan juga boleh dijimatkan kerana pelajar yang tinggal di asrama akan dikenakan
bayaran yang minima bagi makanan di asrama.
Di samping itu, pelajar yang tinggal di asrama juga dapat membentuk disiplin diri
yang tinggi. Pelajar yang tinggal di asrama mempunyai jadual belajar, aktiviti riadah,
solat dan tidur yang teratur. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan asrama yang
telah ditetapkan. Pelajar akan ditegur dan didenda jika tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
Pelajar yang tinggal di asrama juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri pelajar sama
ada secara langsung atau secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah
nilai bertolak ansur, bekerjasama dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini dapat
menjadikan pelajar berakhlak mulia dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai