Anda di halaman 1dari 5

ULASAN PELAN BILIK DARJAH YANG IDEAL.

Meja guru Meja guru diletakkan di depan kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di depan ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan hitam semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. Kerusi dan meja murid Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh

bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid. Sudut multi-media Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian.

Penggabungjalinan elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. Ruang bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada muridmurid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka

turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan

berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan. Meja bulat Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu. Tempat simpanan bekal makanan Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa

bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif. Papan kenyataan Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat

bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid (Sudut serbaguna) o Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. o Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di belakang kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

Jam dan Kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.

Rak almari Rak almari diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.

Anda mungkin juga menyukai