Anda di halaman 1dari 23

Cabar Diri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda
tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda
sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk
mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu
telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita
mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di
lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat
Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap
Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang
boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.
Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja
yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan
binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita
sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang
tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau


sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang
subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi
pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia
adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan
yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita
tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita
rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon
selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh
itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju
ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk
cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih
tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang
tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10
pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu.
Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk
jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk
mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga
setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk
mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke
peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita
memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam
bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk
maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha
lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka
belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar
berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah- kisah
kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-
liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang
lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya
cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita
mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih
muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar
masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima
anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya.
Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita
berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima
angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang
tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang
membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.
Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering
membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan
mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang
berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka
barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan
pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan
seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?


Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan
membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?


Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang
ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu
berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati
kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita
berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5
tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-
lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak
‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat
‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku
mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10
tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan
kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut
‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi
kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya
setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’
tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya
kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan
hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.
Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda
tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda
sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk
mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang
dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang
anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah
untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa
akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge.


Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih
berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian
mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan
perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang
sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda
bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak
kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini
pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu".
Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati
hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan
untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat
untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.


Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
Kenapa aku mahukannya?
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan
di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.

Contoh matlamat:

Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.

Cakap tidak serupa bikin.

Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang


matlamat anda tapi apa pula tindakananda? Pastikan setiap kata dikota. Yang
membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil
sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi
apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua
nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan
kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap
perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...

Motivasi Diri:
Petua 1: Jangkakan Kejayaan (10 Petua Membina Sikap Positif )
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah faktor ibu
bapa, budaya, ugama, bahan media cetak dan elektronik, idola, pemakanan, dan
sebagainya (Lihat artikel Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat
lihat terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang kita
lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan kepercayaan dalam diri
kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas
kita.

Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut perkataan
JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji tetapi majoritinya
begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila ada yang berkata AUTA KELING?
Memang tidak semua india begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut
terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu
bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu
dewasa dari kita. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari tindakan
kita. Seterusnya positiflah sikap kita.
Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang
disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi
tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10
Petua ini. Tetap bersama saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.


Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.

Petua 1: Jangkakan Kejayaan.

Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan ialah apa yang
anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah respon anda terhadap apa yang
berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda
sebenarnya berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali
bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil ke tempat kerja
setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan
tersebut datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar.

Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya
apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu sangatlah penting agar tindakan dan
tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan
tindakbalas anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda
lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan dan tindakbalas
spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan
sesuatu untuk mengubahnya. Antaracara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa
jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda membawa anda
kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat anda.

Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk
berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak
langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih
sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar
dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu
kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup
besar Allah berikan kepada manusia.

Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-guru
telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran
maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ
tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para pelajar yang
akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu ujian IQ
yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan
dalam kelas guru-guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan
murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun banyak
rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana mereka
yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah
memberitahu guru- guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap
terpaksa bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha
yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para pelajar
telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan.

Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka
sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya
sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana
sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh
cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar
dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang
ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang
dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan
ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini
mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka
bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan
kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan.

Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya
membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap
mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan.
Menjangkakan kejayaan itu milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda
perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda
bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan
kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.
Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan
terserlah bila tiba masanya nanti.

Sekian.. bersambung ke Petua 2.

Petua 2: Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri.
Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh
ditauladani. Sebut sahaja tentang 'role model' ini, saya teringat akan sebuah kisah
kejayaan yang telah saya baca tidak lama dahulu. Kisahnya bermula sewaktu perang
dunia kedua. Terdapat seorang jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi oleh semua
disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan. Ketokohan dan
keberanian jeneral ini begitu dikagumi juga oleh seorang pemuda berpangkat prebet.
Suatu hari, prebet ini berpeluang bersemuka dengan jeneral lalu dia terus bertanya,
"Tuan, pada pandangan tuan adakah saya mampu, satu hari nanti. berjaya seperti tuan".
Lalu, jeneral itu berkata, "Jangan tanya saya soalan bodoh ini". Prebet tidak berpuas hati
lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperolehi jawaban yang
serupa. Lalu prebet bertanya kali ini, "Tuan, tiga kali saya tanya tuan tetapi tuan tetap
berikan jawapan yang serupa, kenapa begitu tuan?". Lalu jeneral berkata, "Kalau kamu
mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti
saya, dan tindakan kamu pastinya juga nanti seperti saya. Kamu hanya boleh jadi seperti
saya sekiranya kamu lalui jalan yang telah saya lalui. Kalau kamu lalui jalan yang
berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza juga". Maka, pemuda itu mula
faham. Mulai saat itu dia mula melakunkan setiap watak jeneral dalam kehidupan
hariannya. Iaitu termasuklah cara fikir, cara bercakap dan cara berjalannya. 20 tahun
kemudiannya, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya menjadi seorang jeneral di
pasukan tentera Amerika.

Cuba anda lihat senario berikut pula, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah
dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan
pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukum
lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini
ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda
kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan
masa anda. Apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi
sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar
cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan
gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab
anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh yang akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula
meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal
skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya ratusan muka surat. Anda akan
mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda.
Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu
penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda
ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa
setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan
filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas
kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan
seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, anda bertindak
seperti pelajar cemerlang di sekolah anda. Mengurus masa, menglibatkan diri secara
aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap
hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang
lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka
Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang
akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya.
Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang
membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan
bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati
watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan
bertindak seperti mereka. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan
harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda
menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi
hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap
negatif anda sekarang. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan
persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu
sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

'Act As If....'

Motivasi Diri:
Petua 3: Ubah Penampilan Diri (10 Petua Membina Sikap Positif )
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang
disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi
tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10
Petua ini. Tetap bersama saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.


Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.

Petua 3: Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali
mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya,kasutnya,
gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya
iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling
mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda
mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar
kasual. Sampainya sahaja anda di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir
lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau
bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula
bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan
bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh
penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak
bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih
bersemangat dan yakin.

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan
aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian.
Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa
pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif
mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang
ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk,
maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan
anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai
penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka
meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta
'matching'.
Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
Kasut - Kasut yang sesuai denga tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat
dan karier yang anda ceburi. Walau pun begitu anda tetap dinilai oleh manusia lain
melalui penampilan diri anda. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu
melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calun-calun secara terus bukan sekadar
untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan
diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang.

Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar,
ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Sekian.. bersambung ke Petua 4.

Motivasi Diri:
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
Oleh: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah
kawan- kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan
mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan;
pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut
terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya
akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya
pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari
pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk
personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai
personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka
berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.

Artikel-artikel lain berkaitan dengan motivasi diri

Untuk berjaya perlu ada matlamat (Bhg.1)


Untuk berjaya perlu ada matlamat (Bhg.2)
Sikap penentu kejayaan
Tanggapan diri positif
Prinsip-prinsip kejayaan (Bhg.1)
Kuasa Persistensi (Prinsip Kejayaan Bhg.2)
Petua 1: Jangkakan Kejayaan (10 Petua membina sikap positif)
Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang
Petua 3: Ubah penampilan diri
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya

Motivasi Diri:
Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 2)
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Dalam artikel Bahagian 1 sebelum ini, saya telah membincangkan apa yang dikatakan
matlamat dan bagaimana untuk membentuknya. Kali ini mari kita lihat pula kenapa
matlamat itu perlu. Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak
bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan
tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan. Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda


telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini
pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu
dan setiap bulan.

Contoh:
Katakan anda mahu menghabiskan ulangkaji mata pelajaran Sains sebulan sebelum
tibanya peperiksaan PMR. Katakanlah, pelajaran Sains itu mempunyai 24 tajuk dan anda
kini mempunyai 6 bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum
PMR). Ini bermakna anda perlu menghabiskan 4 tajuk Sains setiap bulan, atau lebih
kurang 1 tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar Sains sebanyak 4
kali seminggu, gunakan 3 sessi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan
gunakan sessi ke-4 untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengannya.

Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya
matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya.
Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan
bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas
tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk
mengikut jadual harian anda sendiri.

Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.

Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti
menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda.
Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar
5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual
tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya
ialan sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk
berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Malah saya sendiri tidak
yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.
Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor- faktor luar jangka, misalnya
anda mahu belajar tetapi mak minta jaga adik, ayah minta pergi kedai. Sebentar lagi ialah
waktu untuk buat kerja sekolah tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak.
Semuanya ini antara penyebab kenapa anda sukar mengikut jadual belajar anda. Tetapi
dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian
anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda
boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan
belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap
tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be
flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.


Apabila anda mempunyai matlamat anda mula mengatur perancangan. Apabila anda
bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-
kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan.
Anda mungkin perlu berjumpa guru setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu
dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-
rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda
disaat- saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi
peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau
impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok
hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu
pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu
bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah
dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti
yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari
anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan
sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak
pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu
matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh- sungguh untuk
merealisasikannya.

Motivasi Diri:
Prinsip-prinsip Kejayaan. (Bahagian 1)
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran
sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui
sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan.

Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, anda perlu bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang anda capai dan dimana anda berada hari ini.
Anda perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan
persekitaran. Sekiranya anda tidak mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang
bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi? Maknanya kalau anda tidak mengawal
haluan hidup anda maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi
yang ada pada diri anda. Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka
barulah anda boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu yang
anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya anda
sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan orang lain".

Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng
Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65
tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa.
Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang
diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng
milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah
beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan
lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-
1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS".
Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya
dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar.
Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa
dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang
bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders
mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata- mata.

Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita
Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai pelajar sekolah yang apabila
menyelesaikan masalah matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya
mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha
anda yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya penyelesaian.
Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha...
bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali...

Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda
kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih gigih,
lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada
mereka sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam
menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk lebih baik sedikit daripada
manusia biasa. Ini membolehkan anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang
tidak terfikir oleh manusia biasa.
Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang
memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda
ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat
ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna
kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5
kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama
ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti
sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah
sahaja ke garisan penamat. Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan
pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi
seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!

Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling
anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda melihat
sesuatu yang berlaku terhadap anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib
tetapi lebih kepada pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila anda
memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada
sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda. Persepsi anda terhadap sesuatu
natijah pastinya mempengaruhi emosi anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan
anda dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan
ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.

Dalam rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap anda bergantung
kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan anda apabila rakan anda
tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Saya
yakin anda akan marah dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir bahawa rakan anda tidak
boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan
sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir anda sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada
kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi anda
sekarang? Adakah anda masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi anda kini berubah
menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang anda ambil bergantung kepada emosi anda.
Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya hasil yang anda
perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir atau
persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan anda.
Yang membuatkan anda kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka
dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah yang
tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada
keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan
kehidupan anda.

Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran anda adalah kehidupan yang
akan anda tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab
mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna.
Ubah cara fikir anda. Ubah perancangan dan tindakan anda. Setiap kali gagal, cuba
SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.

Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang anda perlu lakukan ialah
berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi manusia luar biasa.
Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya.

Motivasi Diri:
Kuasa Persistensi (Prinsip-prinsip Kejayaan, Bhg. 2)
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang
halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat.
Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Kalau ia sesuatu yang
mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada
manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi yang
bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh dikatakan
"financially independent". Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan setiap tahun
hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi. Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada mereka
menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga.

Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang terbaik kerana
cepat berpuashati dengan pencapaian mereka. Ada sesetengahnya cuba melakukan lebih
jauh tetapi akhirnya merasa kecewa hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya
teringat baris kata-kata yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the
tough get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata
ini telah sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih
kekuatan setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan.
Dengan sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa
sahaja menjadi penentu kejayaan itu.

Cuba kita lihat bagaimana persistennya Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembangkan
agama Allah dizaman jahiliyah dahulu hingga terbentuknya sebuah negara Islam yang
digeruni lawan dan dihormati. Tidak seperti rasul-rasul sebelumnya, Nabi Muhammad
s.a.w mengembangkan Islam tanpa bergantung kepada mukjizat yang mencarik adat
selain daripada Al-Quran. Baginda memulakan syiarnya ketika berusia 40 tahun setelah
menerima wahyu pertama. Hanya kerana mahu membawa masyarakatnya beriman
kepada Allah, baginda telah diejek, dicemuh, dilontar dengan batu. Pengikut-pengikutnya
diseksa. Keluarga mereka didera dan dihina. Semuanya ini sedikitpun tidak menjejaskan
kemahuan baginda untuk melihat Islam tegak dibumi Allah ini. 13 tahun dimekah dan 10
tahun di Madinah adalah satu masa yang bukan pendek. Sikap persistensi sebeginilah
yang perlu ada sekiranya seseorang itu mahukan kejayaan. Nabi Muhammad s.a.w dan
para sahabatnya membuktikan bahawa kebolehan seorang manusia cukup luar biasa dan
mampu menggoncang dunia selagi tidak lari dari matlamat perjuangan, rela berkorban
dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya. Kenapa mesti berjuang 23 tahun
sedangkan Allah boleh sahaja memberikan kemenangan mudah kepada rasulnya?
Sebabnya untuk manusia selepas itu menjadikan kehidupan dan perjuangan itu suatu
tauladan. Salah satu darinya ialah sikap gigih dan tidak putus asa dari mengharap
kemenangan dari Allah.

Seorang jurujual berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini. Fikiran mereka telah
diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan yang berjaya mereka perlu menemui
10 orang pelanggan berpotensi. Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini
mereka berusaha tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih
gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat kejayaan. Mereka
terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu mungkin terletak pada cubaan yang ke-5,
ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama,
mereka tetap tidak putus asa. Sebab kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12
kejayaan mula menjelma.

Sejarah memang membuktikan bahawa hampir semua nama-nama besar dan terkenal
adalah mereka yang mencipta sejarah setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta
lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Kolonel Sanders cipta kejayaan dengan resepi
ayam gorengnya setelah mencuba 1009 kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika
Selatan setelah dipenjarakan hampir sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun
sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah. Boon Siew, walau pun tidak
tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan
kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya.

Kalau telah jelas, dari kisah-kisah di atas, bahawa persistensi adalah senjata utamamenuju
kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat putus asa? Dalam kehidupan ini
kegagalan adalah pengalaman bagi mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah
kematian bagi mereka yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soallah diri anda
sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan satu soalan
matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali? Jawapannya pastinya
tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus asa. Kalau inilah cara
anda bagaimana mampu anda letakkan nama anda sebaris dengan mereka yang telah
berjaya?

Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah
secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan
putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan
setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah
perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa
persistensi yang ada dalam diri.

Sekian.

Motivasi Diri:
Sikap Penentu Kejayaan
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Lebih kurang 25 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar dengan
lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun.
Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu
yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia,
ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini.

Tetapi pada 25 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai
menakjubkan. Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke
kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya
pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini.
Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau
menjadi doktor atau pensyarah muda. Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu
sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai
pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau
telahdidakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah
orangnya yang menjadi tajuk perbualan 25 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri
yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa
yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil
beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini?
Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu
kecemerlangan diri dan pembentukan sikap.

Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada
seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada
ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya
mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin
waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya
sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A
dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred
2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP.

Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal?
Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang
tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang
tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja,
main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau
AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan
dan masa depan.

Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan,
pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku
diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir
yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau
persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap
seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru. Antara sumber-
sumbernya ialah:

Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola

Pengaruh media - TV, radio, internet

Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.

Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan

Peristiwa silam - besar atau kecil

Pengalaman

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis
panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak
berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi
gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar.
Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa
sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Dalam keadaan ini, pengaruh guru lebih besar
atas diri anak ini dalam konteks tersebut. Jadi seorang anak membesar dengan meniru
tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan
pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang,
pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga
dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar
macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu
bapa macam rakan.

Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat dan didengar ini,
sama ada positif atau negatif, tanpa sekatan. Apabila maklumat yang sama diterima
berulang- ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri
bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini
berlaku di bawah kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang
sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak
balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.

Bolehkah sikap diubah? Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta
merta. Misalnya anda membonceng motisikal rakan. Rakan anda membawa motisikal
dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan
dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula
mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali
dalam kehidupan, tetapi pengalam tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia
mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta.
Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang
panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta
kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda
membuat keputusan, perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya
boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk
menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan
maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Sekiranya anda seorang
pelajar, kursus Motivasi Alihan Pelajar salah satu tempat yang terbaik untuk anda
mendapatkan maklumat ini.

Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk
disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya
mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.

Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat,
dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini
lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya.
Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan
sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah
ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau
tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang
kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang,
anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang
berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi
dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5- 10 tahun akan
datang anda bakal gagal pula dialam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan
perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya,
"tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada
dalam diri mereka sendiri".

Motivasi Diri:
Tanggapan Diri Positif
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D - Laman MAP

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah
tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi
meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan
nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan
masalah, dan mengawal emosinya banyakbergantung kepada tanggapan yang wujud
dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau
tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya.
Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering
memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau,
peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk
tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan
membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila
berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, "orang itu tak boleh dipercayai",
semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan
orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan
memerangkap diri sendiri.

Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita
berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita.
Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan
memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana
pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita
merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai
diri kita sendiri.

Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap
bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan
berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz.
Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh
lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.

Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita
sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya,
hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan
diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi.
Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang.

Membina Kendiri Unggul Berkarisma

Pengenalan

"Membina Kendiri Unggul Berkarisma" sebuah buku hasil dari seorang penulis yang
berpengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Amer Shakir Zainol, dilahirkan
di Kg Chegar Pendang, Kedah pada 4 Julai 1970. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sek. Rendah hingga ke peringkat Universiti tempatan. Hasil dari doa dan usaha gigih,
maka beliau memperolehi Diploma Pertanian dan Bac Pendidikan (bimbingan dan
kaunseling) di Universiti Pertanian Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai
kaunselor di beberapa badan-badan kerajaan dan swasta. Kini beliau bertugas sebagai
kaunselor di Universiti Teknologi Mara, Kampus Segamat Johor dan penyarah sambilan
di UPM dalam bidang kaunseling.

Buku ini dihasilkan dari kombinasi ceramah, rujukan, pengalaman dan bacaan beliau
yang cuba mencapai dan menerapkan ciri-ciri pembelajaran berkesan kepada remaja,
khasnya. Secara khusus, buku ini mengupas tentang perkara-perkara yang menimbulkan
motivasi diri, faktor penyebab gangguan kepada perkembangan motivasi diri, kemahiran
belajar dan membina persekitaran yang unik untuk mengekalkan motivasi.

Para remaja yang cemerlang mempunyai matlamat dan skala yang mampu dicorakkan
dari awal. Menerusi proses pembelajaran yang unggul dan bersistematik, remaja lebih
peka terhadap kehendak kejayaan dan motivasi diri. Pembentukan remaja itu seharusnya
dikawal dan ia perlu didorong dengan lebih baik berdasarkan peranan dan tanggungjawab
ibu bapa. Ibu bapa adalah pembimbing dan pencorak terbaik bagi anak-anak yang
cemerlang.

Oleh itu, jawapan yang tepat dapat diperolehi dari "Membina Kendiri Unggul
Berkarisma" buku penulis unggul Amer Shakir Zainol.

Bagi memberi gambaran ringkas tentang kandungan buku "Membina Kendiri Unggul
Berkarisma" ini, TeenNet menyediakan abstrak kesemua bab (tujuh) daripada buku
tersebut. Dapatkan di pasaran dengan kadar harga yang berpatutan. Selamat maju jaya…

BAB 2: KEPERLUAN DIRI

Seorang pelajar perlu mengetahui keperluan diri sendiri supaya jelas bagi mereka
mengapa perlu berusaha untuk

berjaya. Matlamat yang hendak dicapai itu adalah satu tuntutan bagi seorang pelajar.
Terdapat dua keperluan untuk memotivasikan diri iaitu:

Keperluan Ekstrinsik

Keperluan luaran yang dilihat secara fizikal dengan mata


Manusia bermotivasi dan berusaha untuk mendapat kepuasan luaran ini
Kegagalan manusia adalah kerana tidak bijak mengendalikan potensi yang ada
Potensi jarang diketahui dalam menuju ke arah kesempurnaan
Manusia yang belum berjaya adalah manusia yang gagal mengetahui rahsia potensi diri
dan tidak dapat

menghadapi halangan yang dating


Terdapat dua halangan iaitu dalaman dan luaran (persekitaran)

Perlu tahu keperluan diri untuk bergerak ke arah matlamat


Kekuatan dalaman dapat melihat kepentingan keperluan luaran
Keperluan luaran boleh membawa kepada perubahan diri

Keperluan Instrinsik

Keperluan dalaman
Tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Contohnya ketenangan diri
Keyakinan diri yang padu membolehkan kita bertindak dengan lebih sempurna
Unsur dan elemen penting yang dapat mendorong ke arah kecemerlangan diri

(Akan datang: Faktor Luaran Yang Mempengaruhi Motivasi)

JIWA YANG TENANG LAHIR DARI HATI YANG SUCI

KETULENAN DAN KETULUSAN


DALAM MEMBINA BERSAHABATAN
MERUPAKAN PAKSI KEKUATAN INDIVIDU

Anda mungkin juga menyukai