Anda di halaman 1dari 5

KM 3, JALAN BEAUFORT-SIPITANG

PETI SURAT 1011, 89808,

BEAUFORT, SABAH

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME


PROJEK BERKUMPULAN

Tajuk:
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEKERJA,PENGURUS,PERUNDING DAN PEMIMPIN

AHLI KUMPULAN
1. NUR AIN NISHA BINTI AG GADUR (040428-12-1126)
2. NURUL SAIDATULNISA BINTI SOPIAN (040110-13-0856)
3. NUR KARMILASYAZWATI BINTI KARIM (041102-13-0860)
4. MOHD NAFIZ (040209-15-0015)

NAMA PENYARAH
DEDRIANA DAVID

1.0 PENGENALAN
Kajian mendapati pengajaran guru tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat
untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran. Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka,
pelajar akan hilang semangat belajar dan mula ponteng sekolah. 

Sikap guru yang suka berleter juga turut mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Pelajar akan
mencari tempat sesuai untuk melepak seperti premis hiburan bagi menghabiskan masa
sehingga sesi persekolahan tamat. 

Satu lagi sifat guru yang tidak disukai pelajar adalah mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar
semasa memarahi mereka, selain mengenakan hukuman rotan boleh membuatkan timbulnya
perasaan benci pelajar pada guru, seterusnya menyebabkan mereka ponteng.

2.0 TANGGUNGJAWAB
 Guru adalah seorang tenaga pendidik profesional yang mendidik, mengajarkan suatu ilmu,
membimbing, melatih, memberikan penilaian, serta melakukan evaluasi kepada peserta didik.

TANGGUNGJAWAB GURU
Terdapat lima peranan seorang guru yang diyakini mampu memberikan impak positif terhadap
usaha mempersiap dan memperkemaskan diri untuk bersedia mendukung hasrat kerajaan
dalam usaha pembugaran nilai sejahtera ini. Pertamanya, pembinaan kekuatan intelek
memungkinkan seorang guru terus menjadi ‘ensiklopedia bergerak’ yang dijadikan sumber
rujukan dalam bidang masing-masing.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan
potensi modal insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum,
menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi anak-anak murid
serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi
menghasilkan modal insan yang menghayati aspirasi negara bangsa ini. Bukan sahaja anak
murid mendapat faedah daripada proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung di
sekolah, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap
nilai inteleknya ini berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepimpinan berwibawa pula perlulah diadun sebaiknya berasaskan ajaran agama
Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral. Seorang guru sememangnya
akan menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak muridnya. Daripada perspektif Islam, seseorang
guru itu perlu memainkan peranan kepemimpinannya secara holistik. Antara peranannya
adalah sebagai Pendidik (Muaddib), sebagai Penyebar Informasi (Musaddid), sebagai
Pembaharu (Mujaddid) atau penyebar transformasi dan perkembangan sesuatu cabang ilmu,
sebagai Penyatu Ummah (Muwahid) dan juga sebagai Pejuang (Mujahid) dalam
mempertahankan keluhuran ajaran dan syariat Islam. Jika betul dan sempurna kaedah
kepimpinannya, maka betul jualah sifat dan sikap anak-anak murid. Jika salah memimpin,
pastilah anak-anak murid sendiri yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan
gurunya.

Ketiga, peranan guru adalah untuk menunjukkan kemurnian akhlak dan budi pekertinya untuk
menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata,
berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki ‘towering personality’ ibarat pakaian yang
perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru-guru kerana banyak mata-mata yang melihat
keperibadian mereka. Bukanlah bermaksud guru perlu bersifat hipokrit menunjukkan dirinya
begitu baik seperti malaikat. Tetapi akhlak mulia itu perlu ditanam dan disuburkan sebaiknya
dalam diri, supaya tidak ada orang yang akan mengungkap peribahasa ‘kalau guru kencing
berdiri, anak murid pula kencing berlari’.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini, sememangnya guru perlu
mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan
pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang perlu
dihadapi dan ditangani oleh guru sebaiknya. Kalau guru terus mahu berada di takuk yang lama,
maka dirinya akan menjadi ketinggalan dan tidak relevan di mata anak-anak murid bahkan di
mata masyarakat. Konsep negara bangsa kelak hanya akan menjadi sesuatu yang retorik dek
kerana seorang guru itu tidak hadam dengan perkembangan dan perubahan teknologi semasa.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurnaan
kerjaya seorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut ‘sebenar-benar
guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru, dan bukan kerja sebagai guru’. Ujarnya
lagi, ‘Bekerja sebagai guru’ bermakna hanya menjalankan tugas rasmi dalam sesi
persekolahan, tidak proaktif dan hanya menunggu setiap hujung bulan mendapat gaji.
Sebaliknya, ‘menjadi guru’ pula ibarat meletakkan roh seorang guru dalam diri yang berperanan
mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa sahaja, proaktif, tidak mengharapkan apa-apa
balasan, dan sedia berbakti pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja demi anak-anak
murid.

3.0 KEPIMPINAN

Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik .Kepimpinan
mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa .Fungsi kepimpinan merangkumi tugas –tugas
menetapkan matlamat, menyusun,mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan .

CARA MENANGANI ISU

Guru harus dilibatkan dalam bengkel-bengkel latihan yang sepatutnya untuk mempertingkatkan
kemahiran kemanusiaan serta kemahiran teknikal. Guru juga boleh mengikuti latihan kepekaan
(sensitivity training) yang fokus kepada hubungan manusia dan kemahiran interpersonal.Melalui
latihan ini, guru besar di beri peluang untuk mengenali dirimereka dan kesan tingkah laku
mereka terhadap orang lain. Kemahiran yang diperolehi melalui latihan ini kemudiannya boleh
digunakan untuk memotivasikan staf di bawah pimpinannya. Guru hendaklah di beri peluang
untuk meningkatkan pengetahuan teknikal seperti kepimpinan pembelajaran, pembinaan
kurikulum dan kaedah pembelajaran dengan lebih kerap mengadakan kursus dan seminar
dalam bidang tersebut. Dengan pengetahuan ini, guru besar dapat menjalankan skop tugas
yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Guru juga harus diwajibkan mengikuti beberapa
kursus yang melibatkan pentadbiran sekolah. Keadaan ini dapat menggelakkan guru
memulakan mengendalikan sekolah melalui proses “trial and error”.

4.0 KESIMPULAN
Kajian mendapati pengajaran guru tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat
untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran. Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka,
pelajar akan hilang semangat belajar dan mula ponteng sekolah.  Sikap guru yang suka berleter
juga turut mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Pelajar akan mencari tempat sesuai untuk
melepak seperti premis hiburan bagi menghabiskan masa sehingga sesi persekolahan tamat. 
Satu lagi sifat guru yang tidak disukai pelajar adalah mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar
semasa memarahi mereka, selain mengenakan hukuman rotan boleh membuatkan timbulnya
perasaan benci pelajar pada guru, seterusnya menyebabkan mereka ponteng.

Anda mungkin juga menyukai