Anda di halaman 1dari 25

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL

MALAYSIA
MPU 2172
PENTAKSIRAN BERTERUSAN
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA : MUHAMMAD MUKHZANI IQBAL BIN


RAHIM OMAR
PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN
NO KAD PENGENALAN : 041005081753
PENSYARAH : PN AZIZAH BINTI IDRIS
PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

PERPADUAN

KESEPADUAN

PENYATUPADUAN

REFLEKSI

SUMBER RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan


limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa
penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn
Azizah binti Idris kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
          
   Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
           
 Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan
kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan
terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka
membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan
yang saya uterakan kepada mereka.

     
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima
kasih.
PENGENALAN
Amalan etika yang baik merupakan satu tuntutan dan
keperluan dalam konteks kehidupan seseorang
individu dan masyarakat. Dalam memahami konsep
etika, terdapat pelbagai latar belakang ilmu etika dan
peradaban yang merangkumi definisi etika berdasarkan
kepada peradaban Barat, India, China dan Arab, konsep
etika daripada perspektif individu, masyarakat, negara
dan global atau sejagat serta lima prinsip asas etika
yang sering menjadi amalan di seluruh dunia ‘Etika’
dan ‘Peradaban’ adalah dua konsep umum sejagat
yang dipilih untuk difahami dalam kursus ini. Kedua-
dua konsep ini penting untuk memahami dan
menghayati dinamika sesebuah masyarakat. Sebagai
permulaan kepada kursus ini adalah sesuai
dibincangkan kedua-dua konsep ini satu persatu
masing-masing dengan tersendiri dan kemudiannya
melihat kaitannya dalam konteks susur masa
prakolonial, kolonial dan pascakolonial.
PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia perhubungan
sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.
Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang
lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan
faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.
Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang
lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan
faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti


Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu  proses
belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity
dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dannilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air.

Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus


Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal
berpadu iaitubergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya.Perpaduan atau µsolidarity ini juga dapat
didefinisikan sebagai satu prosesyang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan
banggakan tanahair.

DETIK PERPADUAN

Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku


dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana
yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar,
mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan,
sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika
bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati
cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di
pawagam dan sebagainya.
i.Sukan Bola Sepak
     Perlawan bola sepak adalah antara satu daripada
saat dan detik perpaduan yang jelas dapat dilihat
dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa
tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama
memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-
masing.Mereka menyokong pasukan masing-masing
tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum
atau bangsa berlainan atau tidak.Budaya ini harus
diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat
Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan
penyokong Harimau Malaya tetap 'mengaum' di
Stadium Nasional.
ii.Perkahwinan:"Street Wedding"
     Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara
mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman
perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.Jika
majlis perkahwinan yang diadakan di dewan
besar,ianya tidak menimbulkan masalah kepada
masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas
berserta tempat letak kereta yang cukup.
     Namun lain pula suasananya apabila majlis
perkahwinan dilakukan di taman-taman
perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak
dan kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat
terhad dengan kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat
kepada peruntukan undang-undang dalam
negara,ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan
menyelenggara sesuatu halangan di tempat
awam.Tetapi pernahkah anda terdengar keluarga
pasangan pengantin didakwa di mahkamah kerana
menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman
perumahan?
     Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan
rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara
tersebut kerana sikap saling memahami antara satu
sama lain tanpa mengira agama dan budaya.Namun
demikian,sebagai penaganjur,eloklah memohon
kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terlebih
dahulu supaya tidak timbul perkara-perkara yang
menyusahkan di masa hadapan.
iii.Kesihatan 
 Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital
yang akan menjadi tempat kunjungan untuk
memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan
ubat.Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan
menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam
mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah
kesihatan yang dihadapi.Begitu juga dengan pegawai
yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu
hospital dan semua kakitangan hospital akan
memastikan peaskit yang datang akan diberikan
rawatan.

     Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di


Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik
perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan
malah dibanggakan.Sebagai doktor ataupin jururawat,
mereka tetap akan merawat pesakit yang datang
walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah
tugas mulia yang harus semua rakyat berbnagga
khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit
melanda negara.

iv.Makanan
   Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan
minuman, antaranya nasi lemak,teh tarik,roti
canai,soto,bakso, dan sebagainya.Semua jenis
makanan ini dimakan oleh setiap bangsa di Malaysia
tanpa mengira rupa dan warna kulit.Hal ini amat baik
untuk penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana
perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk
penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa melihat
ianya  sebagai batasan atau halangan.

     Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa walaupun


ianya makanan kaum Melayu.Begitu juga dengan
makanan kaum Cina contohnya masakan char koay
teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu
dan India.Maruku yang terkenal dikalangan bangsa
India pula menjadi makanan semua bangsa.Inilah yang
perlu rakyat Malaysia berbangga kerana makanan
boleh menjadi alat perpaduan kita semua.

v.Sukan

     Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong Wei?


Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia mengenali
nama tersebut iaitu pemain badminton nombor satu
Malaysia.Walaupun Datuk Lee Chong Wei adalah
berbangsa Cina,namun semua rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa menyokong dan meminati setiap
perlawanan beliau di setiap pertandingan badminton.
     Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain.Tidak kira
apa bangsa dan agama,ianya tidak menjadi halangan
untuk peminat dan menonton menyaksi dan
menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana
pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah
bermain untuk negara.Begitu juga dengan penyokong,
mereka tidak menyokong individu sebagai ahli sukan,
tetapi menyokong ahli sukan tersebut sebagai pemain
yang mewakili negara.

DETIK PERBEZAAN
 Apakah perkara yang membezakan antara anda
dengan orang di sekeliling anda?Adakah perbezaan-
perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap
hari?Kita tidak boleh lari daripada pemezaan khasnya
berkaitan dengan dan budaya bangsa
Malaysia.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek
positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan
hubungan antara kaum.

i.Sambutan Perayaan

     Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di


Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan
selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan
agama setiap agama yang pelbagai.Namun hal ini tidak
boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat
perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama
mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

     Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang


dada dalam menghadapi isi sambutan perayaan
sebagai satu sambutan tahunan semua bangsa di
Malaysia.Malah aktiviti kunjung mengunjung yang
tidak berkaitan dengan hal-hal keagamaan perlu
diteriskan agar perpaduan yang ada semakin utuh.

KESEPADUAN
Konsep kesepaduan sosial adalah lebih realistik
berbanding dengan konsep perpaduan. Hal ini
demikian kerana konsep perpaduan
mementingkan kesamaaan atau kesatuan; iaitu
satu agama, satu bahasa dan satu negara.
Kesepaduan ialah suatu fenomena sosial yang
dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para
anggota masyarakat tersebut untuk merangkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan. Himpunan usaha ini
sering tanpa disedari telah membawa keamanan,
keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat.
Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman,
stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam
sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang
etnik. la berupaya memajukan bangsa dengan
dilandasi rasa hormat, tolak ansur dan saling
percaya sesama mereka. Tiga elemen yang
berkaitan dengan kesepaduan sosial ialah
keterangkuman sosial, sumber bahan atau dana
sosial yang dikongsi bersama dan keupayaan
meningkatkan kelas sosial.

DEFISIT SOSIAL
Defisit sosial merujuk pada kekurangan atau
kelemahan dalam kemampuan individu atau
kelompok dalam berinteraksi secara sosial. Ini
dapat menyebabkan individu atau kelompok
tersebut kesulitan dalam memahami,
berkomunikasi, atau berinteraksi dengan orang
lain secara efektif. Defisit sosial dapat disebabkan
oleh berbagai faktor, seperti kurangnya
keterampilan sosial, kecemasan sosial, gangguan
spektrum autisme, atau masalah psikologis atau
psikiatris lainnya. Defisit sosial dapat
menyebabkan individu atau kelompok merasa
kesepian, terisolasi, atau kesulitan membentuk
hubungan yang memuaskan.Dalam beberapa
kasus, defisit sosial dapat diatasi melalui
pengembangan keterampilan sosial atau
intervensi terapeutik lainnya. Namun, dalam
beberapa kasus, defisit sosial dapat menjadi
kondisi kronis yang memerlukan dukungan jangka
panjang.Jika tidak ditangani dengan berhemat.
Perkara-perkara seperti kenyataan berbau sensitif
etnik, agama dan perlembagaan, pilihanraya,
krisis ekonomi, dasar awam baru, kegagalan
pembangunan, rasuah dan tadbir urus tidak
berintegriti boleh menghancurkan benda, perkara
atau apa-apa yang telah dibina selama ini dan
akan menjadi parah jika tidak dikawal.
Punca berlakunya defisit sosial

Etnisit
Satu kelompok manusia yang mempunyai
ikatan kebudayaan yang banyak persamaan
seperti agama, bangsa mahupun asal usulnya.
Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat,
bahasa, pakaian, tradisional, makanan dan
mempunyai hubungan sosial.

Agama
Pihak yang menyebarkan kandungan sensitif
3R iaitu perkauman (race), agama (religion), dan
institusi diraja (royalty). Isu ini boleh menimbulkan
ketidakpuasan hati antara kaum dan agama

Kelas sosial
Seseorang atau kelompok manusia dalam
masyarakat atau budaya. Biasanya kebanyakan
masyarakat memiliki golongan sosial. Hal ini
demikian, masyarakat seperti ini menghindari
stratifikasisosial.
Pendidikan
Pendidikan ialah satu proses
mengembangkan potensi individu yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

Bahasa
Semua kaum perlu menggunakan Bahasa
Melayu. Hal ini kerana Bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa
Melayu juga merupakan bahasa yang mudah
untuk difahami.

Media
Menyebarkan berita-berita palsu atau tidak
sahih boleh menyebabkan perbalahan dalam
kalangan masyarakat.
Langkah-langkah untuk mengatasi deficit
sosial

Politik
Parti-parti politik seharusnya bergabung untuk
membina sebuah parti yang di dalamnya terdapat
setiap wakil dari berbilang kaum di bawah satu
nama dan organisasi yang bergerak selaras
dengan prinsip negara iaitu perpaduan di antara
berbilang kaum.

Bahasa
Bahasa Melayu merupakan bahasa utama
yang digunakan di sekitar tempat di dalam
Malaysia. Seharusnya Bahasa Malaysia dijadikan
sebagai bahasa pengantaraan yang wajib
digunakan supaya tiada salah faham dan
kekeliruan ketika dalam sebuah percakapan,
bisnes dan juga pendidikan. Hal ini kerana jika
penggunaan bahasa yang berlainan boleh
menyebabkan perpecahan kaum dan bangsa
antara satu sama lain secara halus dan sedikit
demi sedikit akan berbalah diantara kaum.
Budaya
Semua rakyat di Malaysia perlulah
mempelajari adat dan budaya kaum yang lain
supaya tiada kata kata yang dapat mengguris dan
mengecewakan kaum dan bangsa yang lain
kerana terdapatnya hormat-menghormati di antara
budaya dan adat kaum yang lain.

Agama
Keharmonian dalam kepelbagaian bangsa
menjadikan Malaysia sebagai negara contoh
masyarakat antarabangsa. Kadangkala isu sensitif
boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian
seperti perbezaan kesefahaman tentang agama,
budaya dan kaum. Hal ini perlu ditangani dengan
baik supaya tidak berlakunya perbalahan.

Aspek Pendidikan
Sistem persekolahan yang sama bagi semua
pada asasnya Laporan Razak mencadangkan
penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantaraan adan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantara Cina, Tamil dan
Inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar
pendidikan kerajaan sehingga kini & Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa pengantara di
semua peringkat sekolah.

PENYATUPADUAN
Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan
iaitu usaha berterusan pada peringkat semua
lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit
sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkantawar-menawar, perundingan dan
mediasi. Shamsul Amri Baharuddin (2015)
menjelaskan naratif masyarakat Malaysia
sebenamya berada dalam keadaan kesepaduan
sosial. Selain itu, masyarakat juga perlu berdepan
dengan cabaran stable tension yang muncul
apabila parti politik, organisasi bukan kerajaan
atau individü memainkan isu-isu sensitif seperti
bahasa, agama, pendidikan vernakular,
perlembagaan dan hak yang diperuntukkan
kepada orang Melayu dan bumiputera, hubungan
negeri dan persekutuan, spatial antara bandar dan
luar bandar dan sebagainya. Keadaan
kesepaduan sosial yang masih belum mencapai
tahap perpaduan ini memerlukan
mekanismepenyatupaduan sosial untuk
memastikan hubungan persaingan yang wujud
dalam kalangan pelbagai kaum dapat hidup
secara harmoni. Usaha proses penyatupaduan
oleh kerajaan apabila terbinanya satu model
integrasi
kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai
Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Model
ini menyenaraikan tiga perkara utama sebagai
asas dalam menentukan indeks perpaduan iaitu
perpaaduan, kesepaduan dan penyatupaduan.
IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha
membina tapak integrasi dengan menggunakan
panduan Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial
untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

Dasar Perpaduan Negara


Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan hari ini
merupakan inisiatif penting Malaysia
dalam memastikan negara ini terus mengecapi
keharmonian dan kestabilan sosiopolitik sekali gus
memacu pembangunan dalam pelbagai
sektor.Felow Kanan Majlis Profesor Negara Dr
Jeniri Amir berkata sebagai negara yang kaya
dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya,
dasar itu dilihat dapat meningkatkan perpaduan
dan kebersamaan antara rakyat tanpa
meminggirkan mana-mana pihak.
“Dasar Perpaduan Negara bertindak sebagai
mekanisme penyatuan kaum yang inklusif di
bawah ‘bumbung’ Persekutuan, kita perlu sentiasa
mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat,
perpaduan dimantapkan serta sifat hormat-
menghormati dan menghargai antara satu sama
lain menjadi pegangan setiap individu di negara
ini,” katanya kepada Bernama. Melalui
pemerhatiannya, Jeniri berkata terdapat
percubaan pihak tidak bertanggungjawab sebelum
ini yang cuba merosakkan keharmonian kaum
dengan memainkan isu sensitif seperti agama dan
budaya di platform media baharu. Justeru beliau
berkata Dasar Perpaduan Negara adalah langkah
tepat bagi menangani masalah seumpama itu dan
dengan kewujudan dasar tersebut juga
membolehkan setiap aspirasi negara
direalisasikan dengan jaya.

REFLEKSI
Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara
bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar
telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan
maju dalam semua bidang, tetapi juga mempunyai
hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu,
sertamencapai integrasi nasional di bawah sistem
persekutuan. Sesungguhnya, dalam usaha kita
untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi,pendekatan dan dasar telah dilaksanakan
oleh kerajaan untuk mencapai negara impian
tersebut.Negara impian dan idaman kita bukan
sahaja perlu makmur dan maju dalam semua
bidang, tetapimempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta mencapai
integrasi nasional di bawah sistem persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara
yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya
dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan
perpaduan yang utuh, sementara hubungan
kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan
berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan
tuntutan perlembagaan. Melangkah ke
hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa
dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah
kelahiran sebuah negara yang bersatu dari segi
kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan integrasi
nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik
di negara ini. kemajuan dan keutuhan
bangsa.Iktibar yang perlu diambil dari keseluruhan
bab ini adalah kita perlu bersama sama
berganding bahu dalam menjadikan sesebuah
negara lebih aman dan harmoni dan bebas dari
jenayah jenayah yang semakin berleluasa . Pihak
kerajaan haru melakukan penambahbaikan seperti
menguatkuasa undang undang perlembagaan
Malaysia supaya negara Malaysia tidak dapat
dicerobi jenayah jenayah luar . Masyarakat
Malaysia haru berganding bahu antara satu sama
lain tidak kira kaum yang sama atau tidak sama
dalam Bersama sama mengharumkan nama
Malaysia .

SUMBER RUJUKAN
1. https://anyflip.com/fenni/xdau/basic

2. https://prezi.com/p/ncamljnafbry/bab-1-pengenalan-etika-
dan-peradaban/

3. https://sites.google.com/view/mpu-21032-
etikaperadabanptss/topik-1-topik-3

4. https://
matlamatperpaduanyangdiidamkan2020.blogspot.com/
2020/10/mpu21031-penghayatan-etika-peradaban_54.html

5. https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/
detik_perpaduan_2018/mobile/#p=2

Anda mungkin juga menyukai