Anda di halaman 1dari 53

PERNIAGAAN NASI LEMAK MJ

(Lokasi: Berhadapan Sekolah Menengah sekitar Jalan Reko, Kajang)


Berniaga 26 hari
Waktu operasi 5 pg -10 pg
Modal yang dikeluarkan RM 10,000 utk membuka warung Nasi Lemak

Value Proposition

Nasi Lemak dijual panas-panas, dibungkus dengan daun pisang, Sambal special resipi MJ tidak terlalu pedas,
Hiasan gerai yang menarik berasaskan warna kuning. Memperkenalkan harga Pakej yang menarik

Customer Segments

Pelanggan terdiri dari penduduk sekitar, staf sekolah, pelajar

Channel

Word of mouth, Signboard kedai, pejabat sekitar ada 10 pejabat purata 1 pejabat order 20 bungkus sehari, melantik
wakil pejabat sebagai ajen nasi lemak MJ. Melantik student UKM sebagai ajen utk dijual di UKM

Customer Relationships

Sentiasa menyediakan bungkusan yang standard dan rasa yang sama setiap hari, memastikan kedai sentiasa bersih
Key Resources

Mak Jemah, mempunyai tapak kedai sendiri, sebuah van lama habis bayar pemberian ayah, Minyak van sebulan
RM 200, Pekerja 1 orang pekerja yg dibayar RM 4/jam, maka sehari RM 20, Pinjaman MARA RM 5,000 setiap bulan
bayar RM 300 utk memulakan bisnes dan juga Kak MJ mempunyai resipi nasi lemak turun temurun. Kak MJ
mengambil gaji sebanyak RM 1,500 sebulan.

Key Partners

MJ membayar lesen setahun utk MPKJ sebanyak RM 240 setahun. Membeli bahan mentah di Econsave spt santan,
beras, cili, kacang, timun, ikan bilis, ikan, sotong, ayam, dsb. Mendapatkan daun pisang dari Pak Mat sehari 5kilo =
RM15.

Key Activities

Antara aktiviti harian yang dilakukan oleh MJ adalah:

4.00 pg bangun dan mula menyediakan bahan


5.30 pg setup gerai
6.00 pg mula berniaga
10.00 pg kemas gerai
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan sebulan = 5,000 bungkus

Maka kosnya adalah RM 0.40 x 5,000 = RM 2,000


Gaji MJ = RM 1,500
Minyak Van = RM 200
Pekerja RM 20 x 26 hari = RM 520
MARA = RM 300
Lesen MPKJ = RM 20
Daun pisang RM 15x26 hari = RM 390
Telur RM 0.30 x 5,000 = RM 1,500

Jumlah kos = RM 6,430


Revenue Streams (sebulan)

Harga sebungkus = RM 2

RM 2 x 5000 bungkus

Jumlah jualan = RM 10,000

Profit

Pengiraan keuntungan adalah RM 10,000 - RM 6,430 = RM 3,570


TIPS EVOLUSI BISNES

- MJ hanya perlu bekerja 5 jam sehari sahaja utk mendapatkan pendapatan RM 1,500/bln dan keuntungan sebanyak
RM3,570

-MJ boleh mula pelbagaikan lauk sebagai tambahan utk nasi lemak. Test masak beberapa lauk dan validate lauk
mana yg paling banyak order dan disukai ramai. Fokus pada lauk itu sahaja.
PERNIAGAAN JAHITAN KAK SAL

(Lokasi: Pekan)
Berniaga 26 hari
Waktu operasi 10 pg - 10 mlm
Modal yang dikeluarkan RM10,000 utk membuka perniagaan jahitan

Value Propositions

Kedai jahit Kak Sal membuat pelbagai jenis jahitan dan sulam tampal

Customer Segments

Pelanggan Kak Sal terdiri daripada penduduk sekitar, pekerja kilang (25-35 tahun), guru sekolah

Channels

Balai raya, Kilang2, Sekolah, Papan tanda

Customer Relationships

Kak Salbiah sentiasa mendapatkan feedback pelanggan dan update progress kerja kepada pelanggan. Hasil jahitan
beliau juga sangat teliti
Key Activities

Aktiviti harian yang dilakukan oleh Kak Salbiah ialah :

Memotong kain
Mengemas ruang kerja
Menjahit

Key Resources

Kak Sal memiliki mesin jahit tegak, mesin jahit tepi, mesin sulam

Key Partners

Kak Sal mendapatkan kain daripada supplier kain, Geran dari RISDA
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan sebulan = 80 helai

Bahan jahitan = RM 500


Gaji = RM 2,000
SSM = RM 6

Jumlah kos = RM 2,506

Revenue Streams (sebulan)

Harga sehelai = RM 45

RM 45 x 80 helai

Jumlah jualan = RM 3,600

Profit

Pengiraan keuntungan adalah RM 3,600 - RM 2,506 = RM 1,094


TIPS EVOLUSI BISNES

- - Kak Sal perlu menyiapkan sekurangnya 3 helai sehari bagi mendapatkan anggaran jualan yang diinginkan.

- - Kak Sal juga boleh sub kerja memotong kain apabila tempahan banyak pada sesuatu masa.
MEDIC SPA
(Lokasi: Cheras)

Berniaga 26 hari

Waktu operasi 10 pg - 6 ptg

Modal permulaan RM 50,000

Value Propositions

MedicSpa mampu merawat pelbagai penyakit. Pelanggan diberi penerangan sebelum spa. MedicSpa mempunyai
spa yang designnya autentik dan mempunyai aroma yang menyegarkan serta mesin rawatan yang menghasilkan
gelombang ultrasonik semulajadi dan sinar infrared jauh. MedicSpa juga dapat memberi keselesaan kepada para
pelanggan.

Customer Segments

Pelanggan termasuk lelaki dan perempuan yang mana terdiri daripada kanak-kanak (kena demam panas, ruam kulit),
dewasa, warga emas, berpenyakit, orang yang nak kekal sihat, bakal pengantin

Channels

Flyers, bunting, banner, online, kursus-kursus kahwin, masjid

Customer Relationships

Menyediakan member card kepada pelanggan dan mengadakan promosi (5+1)


Key Resources

MedicSpa memiliki mesin spa, mesin kaki, bath tub, water heater, wheel chair, cubbin, oil & garam serta tuala & kain.

Key Partners

Key partner terdiri daripada pembekal mesin bagi mndapatkan mesin spa dan mesin kaki, pembekal water filter dan
pembekal oil & garam bagi mndapatkan oil & garam.

Key Activities

Antara aktiviti harian MedicSpa ialah :

Buka kedai (antara 10 pg ke 6 ptg)

Membersihkan kedai
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan = 78 pelanggan

Minyak = RM 595.00
Garam = RM 155.00
Elektrik = RM 200.00
Air = RM 100.00
Gaji = RM 1,000.00
Flyers RM 100.00
Business card = RM 10.00

Jumlah kos = RM 2,160.00

Revenue Streams (sebulan)

Harga servis = RM 35/pelanggan

RM 35 x 78 pelanggan

Jumlah jualan = RM 2,730

Profit
RM 2,730 - RM 2,160 = RM 570.00
TIPS EVOLUSI BISNES

- - Medicspa perlu mempelbagaikan servis yang ada mengikut bidang yang sama

- - Medicspa juga perlu meihat kembali harga yang ditawarkan adakah mengikut harga semasa
TELEKUNG Ai
Value Propositions

Telekung Aish direka special edition.Maksud sepcial edition, telekung ini dijahit mengikut kehendak pelanggan dan
apabila siap dijahit akan ditandakan dengan nama pelanggan pada tag Telekung Aish. Telekung Aish mempunyai
sulam, renda, dan inner. Perniagaan Telekung Aish menggunakan kain sendiri dan Aish hanya menggunakan kain
cotton dan lycra Gred A yang berkualiti dan perniagaan ini menyediakan perkhidmatan membaiki telekung.

Customer Segments

Pelanggan terdiri daripada penduduk setempat, jemaah umrah dan haji.

Channels

WhatsApp, mulut ke mulut, banner, flyers, agensi haji dan umrah, masjid, surau

Customer Relationships

Setiap maklumat pelanggan disimpan sebagai database dan sentiasa pekerjanya sentiasa update progress kerja
dengan pelanggan. Tip-tip penjagaan kain dikongsi bersama para pelanggan.
Key Resources

Perniagaan Telekung Aish memiliki mesin jahit sulam dan mesin jahit tebal. Perniagaan ini juga menggunakan jahitan
benang tidak putus. Cara membuat telekung mempunyai jahitan yang tersendiri yang menyebabkan telekung Aish ini
kelihatan unik dan menarik.

Key Partners

Key partner Perniagaan Telekung Aish terdiri daripada kedai kain Jakel, Nagoya dan Rajenah, agensi umrah,
pengerusi masjid, majlis daerah dan SSM (belum daftar SSM)

Key Activities

Antara aktiviti harian Perniagaan Telekung Aish ialah :

Set up bilik jahitan


Membeli bahan jahitan
Mini bengkel
Pekerja
Runner
Cost Structures (sebulan)

Angggaran jualan = 300 helai

Kos pembuatan = RM 3,500


Gaji = RM 1,800
Pelbagai = RM 300

Jumlah kos = RM 5,600

Revenue Streams (sebulan)

Harga sehelai = RM 25

RM 25 x 300 helai

Jumlah jualan = RM 7,500

Profit
RM 7,500 RM 5,600 = RM 1,900
Tips Evolusi Bisnes

- Telekung Ai boleh cuba mempelbagaikan jenis kain telekung

- Melaksanakan sistem agen


KEK KUKUS PREMIUM

Value Propositions

Perniagaan ini menggunakan bahan mentah yang premium dan secret recipe. Perniagaan ini jugamenyediakan gift
set, hamper dan free gift kepada pelanggan. Servis penghantaran kek turut disediakan dengan design kotak yang
eksklusif.

Customer Segments

Pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar, keluarga pengantin, syarikat korporat, agensi kerajaan, agent dan
consingment

Channels

Banner, social network, mouth to mouth, appointment, pasaraya

Customer Relationships

Perniagaan ini sentiasa mendapatkan feedback daripada para pelanggan.


Key Resources

Perniagaan ini memiliki kedai dan kereta sebagai pengangkutan serta pekerja.

Key Partners

Bahan-bahan kek kukus diperoleh daripada bakery supplier. Kek kemudiannya dijual di supermarket.

Key Activities

Berurusan dengan supplier


Berurusan dengan vendor
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan = 200 kotak

Kos pembuatan = RM 3,000


Gaji = RM 500
Pelbagai = RM 500

Jumlah kos = RM 4,000

Revenue Streams (sebulan)

Harga sekotak = RM 28

RM 28 x 200 kotak

Jumlah Jualan = RM 5,600

Profit

RM 5,600 RM 4,000 = RM 1,600


Tips Evolusi Bisnes

- Meningkatkan jualan dengan menambah saluran pemasaran dengan meluaskan kawasan pemasaran mengikut
kemampuan yang ada

- Perlu mula menghasikan kek sendiri dan megurangkan kebergantungan kepada pembekal supaya tidak
bermasalah di kemudian hari
TUDUNG NURFA
Value Propositions

Nurfa menggunakan bahan-bahan jahitan yang berkualiti dan jahitan yang berbeza untuk membuat tudungnya.
Pelanggan diberi kebebasan untuk membuat design tudung mereka sendiri. Packaging yang menarik dan servis
yang pantas diberikan kepada pelanggan. Tudung Nurfa dijual dengan harga yang berpatutan dan rewards
diberikan kepada para pelanggan.

Customer Segments

Pelanggan terdiri daripada pelajar-pelajar dan staff kolej.

Channels

Banner, social network, institusi pengajian tinggi, expo, car booth, butik vendor

Customer Relationships

Tudung Nurfa menyimpan database pelanggan dan mengikuti pelanggannya dari semasa ke samasa. Perniagaan
ini juga menyediakan membership card dan sentiasa mendapatkan feedback daripada para pelanggan serta
mengadakan contest dalam kalangan pelanggan.
Key Resources

Tudung Nurfa memiliki modal perniagaan, trademark/branding dan pekerja. Beliau juga mempunyai mesin dan
kenderaan sendiri sebagai pengangkutan.

Key Partners

Key partner terdiri daripada pembekal bahan-bahan untuk membuat tudung, Majlis Perbandaran, penyelaras
expo/booth dan butik vendor.

Key Activities

Antara aktiviti harian perniagaan Tudung Nurfa ialah :

Memotong dan menjahit


Menyeterika tudung
Menseterika dan menjahit label
Membungkus tudung
Mengepos atau mengkod tudung
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan = 1000 helai

Kos pembuatan = RM 23,000


Gaji = RM 1,000
Pelbagai = RM 3,000

Jumlah kos = RM 27,000

Revenue Streams (sebulan)

Harga tudung = RM 30 sehelai

RM 30 x 1000 helai

Jumlah jualan = RM 30,000

Profit

RM 30,000 RM 27,000 = RM 3,000


Tips Evolusi Bisnes

- Memastikan tudung yang dikeluarkan mengikut trend dan permintaan semasa

- Sentiasa mengadakan promosi yang hebat bagi menggalakn pelanggan setia


BISNES KEK DAN BROWNIES
Value propositions

Perniagaan ini menggunakan bahan mentah yang premium, buah-buahan segar, makanan-makanan sunnah dan
secret recipe dalam penghasilan kek dan brownies buatan tangannya. Kek dan brownies disediakan mengikut
customize yang disediakan atau mengikut design pilihan pelanggan, perniagaan ini juga membuat kek dan
brownies untuk tujuan door gift. Produk boleh dipos. Free gift diberikan kepada pelanggan.

Customer segments
Pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar, penduduk bandar, golongan berada, bakal pengantin, pengguna
internet, pengguna perempuan (15-40 tahun)

Channels
Media sosial (facebook dan instagram), business card, website/blog, wedding planner, IPTA/IPTS, banner, mobile
app.
Customer relationships
Perniagaan ini update maklumat-maklumat penting kepada pelanggannya dari semasa ke semasa. Perniagaan ini
juga menyediakan membership card dan sentiasa mendapatkan feedback daripada para pelanggan serta
mengadakan competition dalam kalangan pelanggan. Ucapan Selamat Hari Jadi kepada para pelanggan yang
menyabut hari lahir.

Key resources
Perniagaan ini memiliki modal perniagaan dan dapur. Beliau juga mempunyai mesin mengadun tepung, oven untuk
membakar kek dan kenderaan sendiri sebagai pengangkutan.
Key partners

Key partner terdiri daripada bakery supplier bagi mendapatkan bahan-bahan membuat kek dan brownies, Food
and Health Department, to-go container manufacturers, charities, social networks, delivery agent, SSM

Key Activities

Antara aktiviti harian perniagaan ini ialah :

Memeriksa stock bahan-bahan membuat kek dan brownies


Membeli stock bahan-bahan
Baking
Membersihkan dapur
Mendekorasi kek
Branding
Cost structures (sebulan)

Anggaran jualan = 3000 unit

Kos Pembuatan = RM 4,500


Gaji = RM 2,000
Pelbagai = RM 1,000

Jumlah kos = RM 7,500

Revenue streams (sebulan)

Harga jualan = RM 3 seunit

RM 3 x 3000 unit

Jumlah jualan = RM 9,000

Profit

RM 9,000 RM 7,500 = RM 1,500


Tips Evolusi Bisnes

- Mempelbagaikan hiliran produk beasaskan kek

- Perlu membuat pengklanan yang konsisten di sosial media


TONE EXCEL
Value Propositions

Perniagaan ini mempunyai servis yang pantas dan ada rewards. Mampu menjana pendapatan pasif dan
pendapatan dibayar 3 kali sebulan. Mendapat kelebihan data percuma dan big point percuma. Selain itu, komisyen
juga boleh diperoleh. Pendapatan boleh diwarisi dan penyelenggaraan perniagaan yang rendah. Memerlukan
kemudahan alat komunikasi dan syarat penyertaan yang mudah.

Customer Segments

Pelanggan terdiri daripada pelajar (18-25 tahun), pekerja

Channels

Online, flyers, banner, IPT, kedai telefon bimbit

Customer Relationships

Perniagaan ini menyimpan database pengguna, mengikuti pelanggan dari semasa ke semasa dan mendapatkan
feedback daripada pelanggan. Contest diadakan dalam kalangan pelanggan dan diberikan table talk percuma.
referral
Key Resources

Perniagaan ini memiliki modal perniagaan, kenderaan sendiri sebagai pengangkutan, trademark, business partner

Key Partners

Key partner terdiri daripada supplier, penyelaras expo IPT, Majlis Daerah, pemilik kedai

Key Activities

Antara aktiviti harian perniagaan ini ialah :

Online
Jumpa pelanggan
Pergi pejabat pos
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan = 100 unit

Pelbagai = RM 300

Jumlah kos = RM 300

Revenue Streams

Komisyen seunit = RM 15

Profit

RM 15 x 100 unit = RM 1500


Tips Evolusi Bisnes\

- Mempelbagaikan sumber melalui lain-lain program affiliate

- Banyak menekankan keuntungan kepada prospek


MURTABAK MINI
Value Propositions

Murtabak bersaiz mini dan mempunyai cita rasa sebenar dengan menggunakan resipi tersendiri dan tidak
mengandungi bahan pengawet. Kulit murtabak lembut. Bila dah makan rasa sedap. Penyediaan yang sangat
mudah, mempunyai pilihan dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Customer Segments

Pasaran di pasar-pasar awam, Legoland Theme Park & Legoland Theme Hotel, kantin-kantin sekolah asrama,
kantin-kantin industrial, perkhidmatan katering, penduduk taman-taman perumahan yang sibuk pada kerjaya,
pekerja jabatan-jabatan kerajaan, program homestay - pelancong luar negara seperti pelajar Jepun
Channels

Menyertai karnival-karnival anjuran badan-badan kerajaan seperti MAHA, KUD, KEJORA dan pelancongan. Selain
itu, mengadakan promosi di kawasan perniagaan pelanggan yang memasarkan produk, membuat pengiklanan di
majalah perniagaan, dari mulut ke mulut

Customer Relationships

Memberi hadiah kepada pelanggan tetap seperti hamper setiap kali hari perayaan, menyertai jemputan events
pelanggan, menjaga kualiti produk, mengambil pandangan serta idea pelanggan
Key Resources

Perniagaan ini memiliki bengkel sendiri, 2 orang pekerja, bahan-bahan untuk membuat kulit roti, kulit murtabak dan
inti murtabak, bahagian pembungkusan, freezer, mesin pengadun tepung, mesin pengisar bawang

Key Partners

Perniagaan ini mendapatkan tepung daripada Titisan Air SDN BHD dan Toko Permata SDN BHD, daging dan ayam
daripada Syarikat Tuan Haji Nordin, plastik daripada Chin Hong Plastic Trading SDN BHD, bawang daripada Chop
Joo Hup, minyak masak daripada Winner Edible Oil SDN BHD, garam, gula dan rempah kari daripada Nakaza
Enterprise, telur ayam daripada Pow Egg Dealer dan gas daripada Kedai Runcit Abbas.
Key Activities

Antara aktiviti harian perniagaan ini ialah :

Menyediakan bahan-bahan
Memproses bahan-bahan
Membungkus produk
Penyimpanan produk ke dalam freezer
Merekod penyimpanan stock
Membersihkan bengkel dan menyelia kawalan serangga
Menyelia mesin pengadun tepung dan mesin pengisar bawang
Menghantar produk ke pasar-pasar awam
Membeli barangan keperluan bahan-bahan produk
Meraikan hari lahir staff dan Family Day
Cost Structures (sebulan)

Anggaran jualan = 5,000 keping

Kos pembuatan = RM 2,000


Gaji = RM 1,600
Pelbagai = RM 2,700

Jumlah kos = RM 6,500

Revenue Streams (sebulan)

Harga jualan = RM 3 sekeping

RM 2 x 5000 keping

Jumlah jualan = RM 10,000

Profit

RM 10,000 RM 6,500 = RM 3,500


Tips Evolusi Bisnes

- Tingkatkan pengeluaran

- Tambah saluran pemasaran


PHOTOCANVAS
Value Propositions

Keunikan photocanvas Abam ialah ready made and customization. Produk dihasilkan daripada 100% bahan
canvas bersama dengan bingkai kayu yang halus dan disertakan dengan hasil kerja yang berkualiti dan packaging
yang sesuai. Photocanvas Abam dijual dengan harga yang berpatutan.

Customer Segments

Pelanggan Abam Photocanvas terdiri daripada photographer, event planner, keluarga, pelajar (gambar
konvokesyen) dan sektor-sektor korporat.

Channels

Abam memperkenalkan produknya melalui Facebook dan Instagram serta mengadakan booth untuk
mempromosikan produknya.

Customer Relationships

Abam mengadakan promosi produknya dan memberi diskaun kepada pelanggannya untuk pembelian kali kedua.
Abam juga memberi kad ucapan kepada pelanggannya sempena peristiwa tertentu.
Key Resources

Abam memiliki sebuah kedai.

Key Partners

Print pro, ukir kraf, Lau Trading dan Pos Malaysia

Key Activities

Antara aktiviti harian Abam :

Mengambil order pelanggan


Mengedit gambar
Menghantar / Mengepos produk
Pembayaran produk
Memproses photocanvas
Capital
Cost structure (sebulan)

Anggaran jualan = 200 unit

Kos pembuatan = RM 2,000


Gaji = RM 1,000
Pelbagai = RM 700

Jumlah kos = RM 3,700

Revenue streams (sebulan)

Harga jualan = RM 30

RM 30 x 200 unit

Jumlah jualan = RM 6,000

Profit

RM 6,000 3,700 = RM 2,300


Tips Evolusi Bisnes

- Kerap membuat pengiklanan melalui media sosial

- Menghasilkan lebih banyak canvas ready-made selain custom-made

Anda mungkin juga menyukai