Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pemasaran merupakan salah satu elemen penting dalam Rancangan Perniagaan.

Tanpa Rancangan Pemasaran yang baik, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan agak sukar
untuk menembusi pasaran dan bersaing dengan produk-produk lain. Terdapat empat jenis
pemasaran yang biasa digunakan pada masa kini iaitu:

Strategi Barangan
Strategi Harga
Strategi Edaran
Strategi Promosi

Gabungan keempat-empat strategi di atas juga di kenali sebagai Campuran Pemasaran.


Campuran pemasaran yang berkesan merupakan satu kaedah yang mementingkan beberapa
aspek pemasaran. Hal ini menyebabkan kaedah pemasaran yang dilaksanakan akan mempunyai
perlaksanaan yang efisien dan mampu memberikan faedah yang optimum kepada sesebuah
organisasi yang terlibat.
a) Strategi Barangan
Keluaran adalah merujuk kepada produk yang hendak dipasarkan. Produk
mungkin terdiri barangan atau perkhidmatan, sebagai contohnya, kami telah memilih
untuk menghasilkan meja dan kerusi kayu daripada papan pallet. Selain itu, produk
tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan kehendak dan dapat
memenuhi citarasa pengguna. Dalam penghasilan keluaran beberapa aspek perlu dititik
beratkan seperti :
Kualiti
Kumpulan kami mementingkan aspek kualiti produk yang kami hasilkan. Oleh itu,
kami mengambil keputusan untuk mengecat meja dan kerusi kayu tersebut dengan

menggunakan syelek bagi mengekalkan keaslian produk kami.


Jenama
Kami tidak menggunakan jenama atau bahan-bahan yang mahal untuk menghasilkan
meja dan kerusi kayu daripada papan pallet tersebut.

Pembungkusan
Kami bercadang untuk menggunakan pembungkusan yang ringkas jika perlu
menghantar meja kayu tersebut secara pos atau perkhidmatan penghantaran yang lain
kepada pengguna.

Reka bentuk
Reka bentuk produk kami adalah ringkas kerana ingin melihat produk tersebut mudah
digunapakai oleh pelanggan kami dan memberi kebaikan kepada pengguna. Tujuan
reka bentuk yang kami buat adalah untuk menjimatkan ruang kerana saiz yang kecil
hanya memerlukan ruang yang kecil. Sekiranya pembeli mempunyai ruang yang

terhad ianya sesuai digunakan.


Jaminan dan perkhidmatan
Pihak kami meletakkan jaminan dan perkhidmatan yang tinggi untuk menghasilkan
produk ini dan memberi kepuasan kepada para pengguna.

b) Strategi Harga
Harga yang ditentukan seharusnya realistik, berpatutan dan mencerminkan keadaan
pasaran yang sebenar. Harga yang ditetapkan juga hendaklah setimpal dengan faktor
berikut:

Permintaan Pengguna
Kehendak pengguna bagi sesuatu barang amat tinggi. Oleh itu bagi memenuhi
citarasa pengguna, kami cuba menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan kemas.
Maka harga yang kami tawarkan adalah bertetapan dengan permintaan pengguna dan
berpatutan. Harga yang pihak kami tawarkan juga tidak terlalu tinggi kerana

menggunakan bahan kitar semula sebagai medium utama.


Kos
Kos bagi menyiapkan meja kayu daripada papan pallet tersebut adalah berdasarkan
kepada reka bentuk produk yang diinginkan oleh pengguna seperti contohnya produk
yang kami hasilkan dengan menggunakan cermin kaca sebagai permukaan meja kayu
tersebut. Oleh itu, kos untuk cermin kaca tersebut menjadi sedikit tinggi kerana

menggunakan cermin kaca yang berkualiti.


Persaingan
Terdapat banyak persaingan daripada pesaing lain kerana penghasilan produk
daripada papan pallet sedang menjadi trend terkini kepada pengguna. Oleh itu, pihak
kami mestilah memastikan agar harga yang kami tawarkan adalah berpatutan dengan
kehendak pengguna.

c) Strategi Edaran

Agihan adalah cara barang-barang dibahagikan atau disampaikan daripada pengeluar


kepada pengguna. Terdapat 3 saluran agihan atau kombinasi edaran yang boleh di pilih
oleh kami. Antaranya ialah:

Penjualan terus kepada pengguna


Penjualan secara terus kepada pengguna dapat mengelakkan sebarang permasalahan
dan memudahkan pengguna untuk membuat keputusan sama ada ingin membeli

produk kami atau tidak.


Penjualan melalui peruncit
Penjualan kepada peruncit adalah untuk menarik minat pengguna dan memudahkan
pengguna untuk melihat produk kami secara lebih dekat dan seterusnya membuat

pilihan untuk membeli produk kami atau tidak.


Penjualan melalui ejen
Penjualan melalui ejen memudahkan sesuatu produk untuk dijual. Hal ini kerana
kepakaran seseorang ejen sebagai orang tengah untuk mempromosikan produk kami
kepada pengguna dan ketetapan harga yang mampu ditawarkan.

d) Strategi Promosi
Promosi merupakan usaha yang di jalankan oleh penjual untuk mewujudkan,
mengekalkan, serta memperluaskan pasaran bagi barang keluaran. Promosi berfungsi
untuk menarik perhatian, menyakinkan dan mempengaruhi pengguna tentang kelebihan
sesuatu produk. Antara strategi promosi adalah seperti berikut:

Pengiklanan
Kumpulan kami menyediakan poster, brochure dan flyers bagi pengiklanan
produk kami dan mengedarkan kepada pengguna yang berminat untuk membeli meja
dan kerusi kayu daripada papan pallet tersebut. Malah, kami juga menggunakan
media sosial seperti facebook, Instagram dan blog untuk mempromosikan produk
kami.

Anda mungkin juga menyukai