Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan
bagi setiap pelajar di Kolej Vokasional Kuala Kawang Semester 4 Diploma. Para pelajar akan
menjalani latihan industri atau lebih dikenali sebagai ‘praktikal’ selama 4 bulan di syarikat yang
telah dipilih. Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau prosedur syarikat
tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-lain.

Latihan industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Mereka akan mengambil aliran yang berkaitan
dengan kursus semasa menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat
dimanfaatkan pada masa hadapan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan
mempraktikkan perkara baru yang berkaitan dengan kursus yang diambil di Kolej Vokasional
Kuala Klawang. Pelajar juga dibimbing oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan
mempunyai pengalaman yang luas yang mana dapat membimbing pelatih untuk menjadi
pekerja yang lebih produktif.

Di samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan
suasana kerja yang tenteram dan ceria. Pelajar juga dikehendaki untuk membuat laporan
harian berkaitan dengan aktiviti di tempat kerja. Mereka mesti menyerahkan buku laporan
harian sekali dalam seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk diperiksa dan
ditandatangani. Selain itu, pensyarah daripada kolej juga melawat ke tempat dimana pelajar
akan membuat latihan industri untuk melihat perkembangan mereka dan berjumpa dengan
pengurus atau pegawai terbabit untuk mengetahui keadaan atau suasana kerja yang dilalui oleh
pelajar terbabit.

1
Semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar dikehendaki membuat cacatan harian
berkenaan dengan kerja yang dilakukan. Ini memudahkan proses membuat buku laporan
setelah tamat latihan. Selain daripada itu pihak kolej juga mewujudkan sistem pembahagian
markah yang wajib diisi oleh majikan di tempat latihan diadakan. Dengan adanya sistem ini,
pelajar akan lebih tekun dan berusaha untuk melakukan terbaik bagi memperolehi markah yang
cemerlang semasa latihan.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri yang akan dijalani oleh pelajar Kolej Vokasional adalah berdasarkan
beberapa objektif. Antaranya adalah mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar. Inilah persediaan awal para pelajar sebelum menamatkan pengajian di Kolej
Vokasional. Selaindaripada itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dan menambahkan
pengetahuan yang diperolehi di luar kampus.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan berpeluang mempraktikkan segala


pengetahuan yang dipelajari di kampus serta menerima pendedahan awal sesuatu perkara
yang berkaitan dengan teori mahupun praktikal. Latihan ini akan menimbulkan banyak
kesedaran sikap serta meningkatkan minat para pelajar terhadap pelajaran di Kolej Vokasional.
Kaedah ini dipercayai akan menarik minat lebih ramai lagi bakal pelajar di luar untuk
menyambung pengajian di Kolej Vokasional.

Latihan ini akan mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari kepada praktikal atau
sebaliknya. Malahan pelajar juga dapat mengenali peraturan-peraturan keselamatan di dalam
latihan industri, serta menanam sifat amanah dan tanggungjawab semasa menjalani latihan
industri. Pelajar juga dapat meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat di sektor
industri.

2
1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

 Mendisiplinkan pelajar ke arah melahirkan pekerja yang berdisiplin setelah pelajar tamat

pengajian di Kolej Vokasional. Ini kerana pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej dan organisasi tempat menjalani latihan industri.

 Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan

yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti latihan industri di organisasi tertentu pelajar

akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah diberi penerangan

dan tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekrja yang berkemahiran.

 Pelajar yang mengikuti latihan industri akan lebih matang dalam menjalankan sesuatu

kerja kerana telah diberi pendedahan.

 Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan bidang pengajian setelah mengikuti pelajaran secara amali.

3
1.4 PERATURAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani latihan para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej dan firma latihan. Peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi selama

tempoh latihan. Walaupun pelajar tidak berada dikawasan pusat pengajian tetapi peraturan ini

perlu untuk menjaga nama baik kolej. Semua peraturan ini dapat membentuk pelajar tersebut

untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi. Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah

 Pelajar perlu menepati tarikh permulaan dan tamat tempoh latihan.

 Menjaga penampilan diri supaya kemas dan bersih.

 Menjaga disiplin diri agar tidak memberi sebarang masalah kepada pihak syarikat dan

Politeknik/ Kolej Vokasional.

 Mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 Tidak boleh membocorkan maklumat sulit syarikat sewaktu menjalani latihan industri.

 Tidak boleh terlibat dengan mana-mana kes polis dan yang berkaitan dengan politik.

 Membawa buku laporan harian setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia tempat

latihan industri.

4
1.5 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah syarikat tersebut itu,
maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional. Ia adalah
bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh
pelajar sepanjang tempoh tersebut.

Objektif laporan latihan industri adalah :

I. Bukti kepada latihan yang diikuti

Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dalam buku
laporan harian sebagai bukti latihan yang diikuti. Dengan terhasilnya
laporan ini, pihak Kolej Vokasional dapat membuat penilaian terhadap
pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh
latihan.

II. Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan

Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai satu cara
mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti sepanjang tempoh latihan.
Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dijana melalui laporan yang
dibuat oleh pelajar.

III. Laporan yang berguna di masa hadapan

Pengalaman adalah satu syarat utama yang dipertimbangkan oleh sesebuah


organisasi dalam mencari pekerja. Perakuan daripada pihak organisasi
semasa latihan industri boleh dijadikan bukti pelajar tersebut mempunyai
pengalaman dalam bidang yang diceburi.

5
1.6 KEPENTINGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap sesuatu aktiviti yang dilakukan perlu menyediakan sebuah laporan.


Penulisan yang berbentukkan laporan ini amatlah penting kerana ia dapat memenuhi
kriteria peraturan pemarkahan dalam Latihan Industri. Selain itu, penyediaan laporan ini
dapat melatih pelajar dalam menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan
ini dihasilkan adalah untuk melaporkan apa sahaja yang dipelajari dan dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri.

Justeru, penulis berharap agar penulisan laporan akhir Latihan Industri dapat
membantu dan mencapai hasil yang dikehendaki dengan sempurna.

1.7 SKOP KERJA LATIHAN INDUSTRI

Setiap perancangan program harus dirangka mengikut skop latihan berpandukan


kepada kurikulum program akademik dan vokasional untuk memudahkan industri /
organisasi luar merangka rancangan latihan pelajar. Malah pihak organisasi tidak
merangka atau menetapkan sebarang tugas kepada pelatih. Justeru itu, pelatih hanya
melakukan sahaja tugas yang diberikan pada setiap hari dan hari yang berikutnya
sepanjang menjalani latihan industri.

Antara skop kerja latihan industri yang dilakukan adalah seperti yang berikut :

BIL TUGAS / LATIHAN

1 Mempelajari cara-cara menggunakan Audio Mixer


2 Mengenali jenis mikrofon
3 Mempelajari cara mengendalikan majlis dan mesyuarat
4 Mempelajari peralatan audio
Jadual 1 : Senarai Tugas / Latihan yang dilakukan

6
BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 PENGENALAN SYARIKAT

Sebagai agensi pelaksanaan bagi agenda pelaburan negara, MIDA memberi tumpuan
kepada menjana pelaburan berkualiti dalam teknologi baru yang diperlukan untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi. MIDA juga sedang mengkaji cara-cara untuk
menjenamakan semula imej Malaysia sebagai pusat aktiviti berteknologi tinggi dan global.

Bagi memenuhi agenda pelaburan negara, MIDA telah ditugaskan untuk meningkatkan
koordinasi dan kepaduan antara koridor wilayah dan agensi-agensi lain di negara ini mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan promosi pelaburan.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah merupakan agensi utama


kerajaan dalam menggalak dan menyelaras pembangunan perindustrian di Malaysia dalam
sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Kemajuan


Perindustrian Malaysia (MIDA), penubuhan MIDA pada tahun 1967 telah dijulang oleh Bank
Dunia sebagai "pendorong yang diperlukan bagi tindakan penggalakan yang bertujuan, positif
dan terselaras" yang diperlukan dalam pembangunan perindustrian Malaysia. Hari ini, MIDA
adalah agen Malaysia yang dinamik, canggih dan merupakan perintis dalam membuka
sempadan baru di seluruh dunia.

MIDA membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor


perkilangan dan perkhidmatan, serta memudahkan pelaksanaan projek-projek mereka.
Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh MIDA termasuk menyediakan maklumat
mengenai peluang pelaburan, dan memudahkan syarikat-syarikat luar dalam mencari rakan
usahasama.

7
Untuk meningkatkan lagi peranan MIDA dalam membantu pelabur, wakil kanan dari
agensi-agensi penting Kerajaan ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk
membantu para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan. Ini termasuk pegawai
dari Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar,
Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

MIDA juga menilai permohonan berikut bagi projek-projek dalam sektor perkilangan dan
sektor perkhidmatan berkaitan:

 Lesen pengilang
 Insentif cukai
 Jawatan pegawai dagang
 Pengecualian duti ke atas bahan mentah dan komponen
 Pengecualian duti ke atas mesin dan peralatan bagi sektor pertanian dan sektor
perkhidmatan terpilih
Dengan pelaksanaan mekanisme pengisytiharan diri untuk pemberian duti import dan /
atau cukai jualan ke atas mesin, peralatan, alat ganti, bahan gunahabis, prime mover, dan
container trailer bagi pengilang di Kawasan Utama Kastam, syarikat pengusaha hotel dan
pengusaha haulage, yang bermula pada 2 Mei 2014, MIDA juga bertanggungjawab untuk
mengeluarkan Surat Pengesahan berhubung status pemohon, sebelum pemohon mendapat
kebenaran daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menuntut pengecualian.

Pelabur digalakkan untuk berbincang dengan pegawai MIDA di ibu pejabat MIDA di
Kuala Lumpur atau di pejabat-pejabat di luar negara atau negeri yang berdekatan tentang
projek pelaburan mereka. Maklumat mengenai cara melabur juga boleh diperolehi daripada
maklumat panduan pelabur yang dipaparkan dalam laman web ini. Pelabur juga dipelawa
untuk mengunjungi Pusat Maklumat Perniagaan (BIC) kami, di mana penerbitan berkaitan
pelaburan, perdagangan, pembiayaan, produktiviti yang berkaitan dengan sektor perkilangan
dan perkhidmatan tersedia.

8
2.2 VISI

Menjadi rakan kongsi terbaik kepada pelabur melalui integriti dan profesionalisme warganya

2.3 MISI

Untuk memastikan Malaysia mencapai matlamat negara dalam transformasi ekonomi dan
aspirasi negara maju menjelang tahun 2020

2.4 LOGO

Rajah 2.4 Logo MIDA

2.5 MAKLUMAT SYARIKAT

Pusat Maklumat Perniagaan terletak di :

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)


Aras 2, MIDA Sentral
No.5, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 603 2267 3633 / 2263 2555 / 2263 2549


Faks: 603 2274 7970
Emel : investmalaysia@mida.gov.my
Laman Web : www.mida.gov.my

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat - 8.30 pagi hingga 5.00 petang

9
2.6 OBJEKTIF SYARIKAT

 Untuk menggalakkan pelabur asing dan tempatan dalam sector-sektor perkilangan dan
perkhimatan
 Untuk menjalankan perancangan bagi pembangunan perindustrian di Malaysia
 Untuk mengesyorkan dasar-dasar dan strategi-strategi bagi penggalakkan dan
pembangunan perindustrian kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
 Untuk menilai pemohonan-pemohonan bagi lesen pengilang dan jawatan-jawatan
asing; insentif cukai bagi aktiviti-aktiviti perkilangan, pelancongan, R&D, institusi latihan;
dan pengecualian duit ke atas bahan mentah dan komponen; dan pengecualian duit ke
atas mesin dan peralatan bagi sektor pertanian dan sektor perkhidmatan terpilih
 Mengeluarkan Surat Pengesahan bagi permohonan duti import dan/ atau cukai jualan ke
atas mesin, peralatan alat ganti bahan gunahabis, prime mover dan container trailer bagi
pengilang di kawasan utama kastam, syarikat pengusaha hotel dan pengusaha haulage
di bawah pelaksanaan mekanisme pengisytihaan diri yang bermula pada 2 Mei 2014
 Untuk membantu syarikat-syarikat dalam pelaksanaan dan operasi projek-projek mereka
, dan menawarkan bantuan melalui rundingan terus dan kerjasama dengan pihak-pihak
berkuasa berkenaan di peringkat persekutuan dan negeri
 Untuk memudahkan pertukaran maklumat dan penyelarasan di kalangan institusi-
institusi yang terlibat dalam atau berhubugkait dengan pembangunan perindustrian
 Untuk meningkatkan lagi peranan MIDA membantu para pelabur, wakil-wakil kanan dari
agensi-agensi penting ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur menasihatkan
para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan. Mereka termasuk pegawai-
pegawai dari kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja
Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia Berhad.

10
2.7 MAKLUMAT PEMILIK SYARIKAT

Rajah 2.7 Minister MIDA

Tan Sri Amirsham, Pengerusi baru MIDA

Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, bekas jurubank, telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang berkuat kuasa 29 Mei 2012.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam
satu kenyataan berkata Tan Sri Amirsham telah mengambil alih jawatan itu selepas Tan Sri Dr.
Sulaiman Mahbob menyelesaikan dua tahun perkhidmatan cemerlangnya

Menteri berkata latar belakang dan pengalaman luas Tan Sri Amirsham akan memberi
sumbangan besar kepada MIDA, terutamanya dalam usaha organisasi untuk membantu
kerajaan dalam inisiatif transformasi ekonomi

Tan Sri Amirsham, seorang graduan kejayaan dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya
dan Akauntan Awam Bertauliah telah memegang jawatan Presiden sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia selama 14 tahun dari
1994 hingga 2008. Beliau juga merupakan bekas Penasihat Ekonomi Negara Pengerusi Majlis
(NEAC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab ke atas Unit
Perancang Ekonomi.

11
2.8 LOKASI SYARIKAT

Rajah 2.8.1 Sumber Internet Maklumat MIDA dan Lokasi

12
2.8.2 Peta Lokasi MIDA Sumber Internet Google Maps

13
2.8.3 Stuktur Kedudukan Bangunan Mida

2.8.4 Bangunan Baru MIDA Sentral

14
2.9 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Rajah 2.9 Carta Organisasi

15
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani
latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku garis panduan
pelaksanaan OJT secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang
diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku log
OJT.

Oleh itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang telah saya jalankan
semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu
ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu
disamping akan memudahkan proses penyemakkan.

Hari bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum
dan cuti peristiwa. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak
perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej Vokasional, saya
juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu
dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.

Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian Korporat
yang lebih kepada kerja-kerja persediaan peralatan audio video dan penambahbaikan audio
video. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9 jam sehari termasuk
waktu berehat selama 1 jam, bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari bermula dari
hari Isnin hingga Jumaat. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan
industri selama 20 minggu.

16
3.2 RINGKASAN MINGGUAN

MINGGU 1 – (27/11/2017-30/11/2017)

 Mula melapor diri di MIDA Sentral KL Sentral


 Melaporkan diri di bahagian Human Resource level 15
 Mengisi maklumat diri dan penyerahan kad catat waktu
 Mendengar taklimat dan angkat sumpah dari Puan Normi selaku pengarah HR
 Dibawa ke bahagian korporat level 14 dan berkenal-kenalan dengan staf serta pengarah
ususan
 Dibawa ke tempat duduk di level 13
 Belajar membuat setup sistem audio conference di Perdana Hall Level 10 untuk
Investment Committee Meeting (ICM) No.3/2017 dipengerusikan oleh YB Dato' Sri
Mustapa Mohamed, Minister of International Trade and Industry (MITI)
 Belajar membuat setup sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Meeting
with MSG
 Belajar membuat setup sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting
Visit by Delegation from Hong Kong
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting JPP
dipengerusikan oleh YBhg Dato' Azman Mahmud Ketua Pegawai Eksekutif MIDA
 Mengendalikan sistem audio conference di Board Room level 31 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) 11/2017 (VIDEO
CONFERENCE)
 Mempelajari ilmu pengetahuan mengenai audio mixer part fader,gain, mencari level
sampai dapat amber , dan buat equalizer sesuai dengan situasi.
 Belajar membuat setup di Perdana Hall Level 10 untuk event WORKSHOP DATE on
curiculum embedment: Industry-Academia Collaboration between MIDA, SFAM &
MOHE
 Mengendalikan sistem audio conference di Board Room level 31 untuk Technical
Committee Meeting 3/2017
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat
Bersama Kastam, Bahagian GST
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Pengujian Video
Conference (VC) bersama MIDA Johor & Terengganu Untuk Mesyuarat IMC.

17
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) 44/2017 dipengerusikan YBHG Tan
Sri Amirsham A. Aziz
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyaurat E-
Claim dengan Censof

MINGGU 2– (4/12/2017-8/12/2017)

 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Investment


Monitoring Committee (IMC) No.6/2017 dipengerusikan oleh YBhg Dato' Azman
Mahmud Ketua Pegawai Eksekutif MIDA
 Mengendalikan sound system dan kelengkapan peralatan AV di Perdana Hall Level 10
untuk MIDA Deepavali & Christmas 2017 Prepations/ Rehersal
 Mengendalikan sound system dan kelengkapan peralatan AV di Perdana Hall Level 10
untuk event MIDA Deepavali & Christmas 2017
 Mengendalikan sound system dan kelengkapan peralatan AV di Perdana Hall Level 10
untuk Perhimpunan Bulanan MIDA 6/2017 Prepations/ Rehersal
 Mengendalikan sound system dan kelengkapan peralatan AV di Perdana Hall Level 10
untuk Perhimpunan Bulanan MIDA 6/2017 dan Penutupan Bulan Inovasi
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Meeting Working
Group on Investment Promotion (WGIP) No. 2/2017
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting With
Tan Chong Group
 Mengendalikan sistem audio conference di Board Room level 31 untuk Mesyuarat Ahli
Jemaah MIDA 4/2017
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk e-TRANS:
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Bil. 11/2017
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat
Closing 2017
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) 45/2017 dipengerusikan YBHG Tan
Sri Amirsham A. Aziz
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Audit Indeks
Akauntabiliti

18
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Steering
Committee Meeting: Study on Future of Manufacturing "Industry 3+2" No. 4/2017
 Menghadiri Mesyuarat Bahagian Pengurusan Korporat 5/2017

MINGGU 3 – (11/12/2017-15/12/2017)

 Mempelajari audio mixer di Perdana Hall level 10 mengenai mengequalizer mikrofon,


sensitivity mikrofon, pantern power, jenis mikrofon, belajar bahagian output mixer, di
box ultra- di di20, dan cara menggunakan head worn mikrofon.
 Mengemaskini Control Room di Perdana Hall Level 10 mengenai susunatur peralatan
AV
 Melakukan pemeriksaan mikrofon sebanyak 23 unit jenama Sennheiser dan
menetapkan sensityvity kepada 0 db dan pada receiver mikrofon menetapkan Audio
Frekuensi kepada -12 db selebihnya bermain dengan gain pada Audio Mixer di control
room Perdana Hall Level 10

MINGGU 4 – (18/12/2017-22/12/2017)

 Memahami teori berkenaan peralatan AV iaitu 231s Graphic equalizer untuk mengawal
frekuensi
 Memahami teori berkenaan peralatan AV iaitu Drive Rack Venu 360 berfungsi sebagai
processor
 Mempelajari berkenaan bahagian keluaran Audio Mixer GB8 iaitu pada bahagian
connection pada alatan AV Feedback Destroyer dan mengawal stage monitor
 Memahami fungsi dan kegunaan di box Dpdb
 Mengurus dan mengikut serta satu aktiviti Korporat iaitu melawat tapak tanah MIDA di
Jalan Ampang diberi tugas menguruskan borang lawat tapak oleh beberapa syarikat
yang datang lihat tapak tanah MIDA untuk sewa contract
 Memahami teori berkenaan peralatan AV iaitu Yamaha REV500 berfungsi sebagai effect
suara atau bunyi instrument

MINGGU 5 – (26/12/2017-29/12/2017)

 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Management


Review Meeting (MRM) 3/2017

19
 Memerhati dan memantau vendor memprogramkan semula semua audio conference di
bilik Japan kerana terdapat kekeliruan code sesama audio conference
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk JTPD
bil.30/2017
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Perjumpaan
JAKKAS bersama PA Bahagian/Unit/Seksyen
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk MESYUARAT
JKPAK BIL. 3/2017 & 4/2017
 Memerhati dan memantau vendor melakukan kerja-kerja membaik pulih projector di bilik
Japan

MINGGU 6 – (2/1/2018-5/1/2018)

 Memahami teori mengenai peralatan AV iaitu Feedback Destroyer FBQ 1000


 Memahami teori mengenai peralatan AV iaitu mikrofon dengan mengenali polar pattern
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk e-TRANS :
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Bil. 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk MESYUARAT
JPP MIDA BIL. 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Industry Talent
Management & Expatriate Division Meeting no 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
dengan Veridis PPP One Sdn Bhd

MINGGU 7 – (8/1/2018-12/1/2018)

 Melakukan setup audio mixer dan kelengkapan AV di Perdana Hall Level 10 untuk
Latihan Perhimpunan Bulanan Mida 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting with
China Synthetic Resin Supply & Sales Association
 Melakukan setup audio mixer dan kelengkapan AV di Perdana Hall Level 10 untuk
Perhimpunan Bulanan Mida 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting for
Investment Performance Report (IPR) 2017 - No.3/2018
 Memahami perbezaan antara mikrofon Shure SM58 dan Shure BETA58

20
 Mengendalikan sistem audio conference di Vision Room level 31 untuk Video
Conference With Mida New York
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) 2/2018 dipengerusikan oleh YBHG
Tan Sri Amirsham A. Aziz
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Taklimat
Sebutharga
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat Jpp
Mida Bil. 2/2018 Dipengerusikan Oleh Ybhg Dato' Azman Mahmud Ceo Mida
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna event
Special Briefing by EPU, Perlis on ; An Update on Investment Opportunities in Perlis

MINGGU 8 – (15/1/2018-19/1/2018)

 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna


MDBC Outlook 2018
 Memahami serta practice penggunaan Reverberator Yamaha REV 500 di Perdana Hall
Level 10
 Memahami penggunaan mikrofon e835s dan e865 yang menggunakan pattern power di
control room Perdana Hall Level 10
 Mengikut serta meeting pengurusan Korporat
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Penilaian Awal Dana Strategik Pelaburan Tempatan (JDSPT) 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Coordination
Meeting on SPMs 2018
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk e-TRANS:
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Bil. 2/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) 3/2018
 Menguruskan sound system di BIC Level 2 untuk persiapan pameran industri
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Technical
Committee Meeting e-TRANS 1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Meeting with
JCORP and SIASUN

21
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Meeting with
Toray Industries (Malaysia ) Sdn. Bhd

MINGGU 9 – (22/1/2018-26/1/2018)

 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Banquet Hall Level 10 semperna


Industrial Inspection (Corporate Visit) Of Malaysian Business Student Summit (MBSS)
2018
 Membuat kerja kekemasan berpandukan 5S di Control Room Perdana Hall Level 10 dan
membuat register pada 3 receiver Sennheiser
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat CSR
MIDA 2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat JPC3
Bil.2/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat BPSM
Bersama PMCare
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Banquet Hall Level 10 semperna
Meeting with AMIM
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat JPPG
Bil.1/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat JPP
BIL. 3/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Meeting the
Pesticides Board of Malaysia
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk e-TRANS:
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Bil. 3/2018
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna
Prepations/ Rehersal untuk Special Briefing by Invest Kedah on; An Update on
Investment Opportunities in Kedah
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna
Special Briefing by Invest Kedah on; An Update on Investment Opportunities in Kedah
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) 4/2018

22
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Meeting on the
Proposed Enhancements of Current CBA Module with all Industry Divisions
 Memerhati dan memantau vendor memasang 3 projektor di Brazil Room Level 23,
i-Learn Room Level 13, dan Netherlands Room Level 18
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Mesyuarat
Mingguan Besi Dan Keluli (MMBK) Bil.. 2/2018
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Sesi Taklimat
bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia
(PPIPBM)
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Banquet Hall Level 10 semperna
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-20 KOMIDA

MINGGU 10 – (29/1/2018-2/2/2018)

 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Press Conference
between YBM MITI and Swedish Embassy on Sweden Southeast Asia Business Summit
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Breakfast
Meeting between YBM MITI and Swedish Companies

MINGGU 11 – (5/2/2018-9/2/2018)

 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk Working and
Familiariasation Visit to Malaysia By Investment Officer to MIDA Paris
 Mengendalikan sistem audio conference di Japan Room level 18 untuk Taklimat
Program CSR MIDA 2018
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Banquet Hall Level 10 semperna
Ceramah " Keterampilan Diri Imej Korporat Pegawai Kerajaan"
 Membuat persiapan sound system dan kelengkapan peralatan AV di Perdana Hall untuk
Prepations/ Rehersal MIDA Invest Series : Unfolding States' Business
Potential (Kelantan)
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna MIDA
Invest Series : Unfolding States' Business Potential (Kelantan)
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna Study
Visit: Putra Intelek International College

23
 Mengendalikan sistem audio conference di USA Room level 18 untuk e-TRANS:
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan 4/2018
 Mengendalikan Audio Mixer dan peralatan AV di Perdana Hall Level 10 semperna
Taklimat Panel Bank Bagi Pinjaman Perumahan Kepada Pekerja MIDA

MINGGU 12 – (12/2/2018-15/2/2018)

 Membuat lakaran layout power supply point dan melabel serta mengemas Japan Room
Level 18
 Menyiap dan melengkapkan report OJT
 Melakukan kerja maintenance pada audio mixer Yamaha 16 Channel yang diambil di
Sutera Room Level 31 yang dah lama tidak dipakai
 Melakukan kerja maintenance pada audio mixer Soundcraft GB8 dan peralatan AV yang
lain di control room Perdana Hall Level 10

24
3.3 KESIMPULAN

Tuntasnya, sepanjang menjalani Latihan Industri, sudah tentu banyak meninggalkan

impak yang tinggi kepada saya terutama dalam bidang berkaitan dunia Teknologi

Elektronik. Di antara kerja yang saya jalankan di sini boleh dikatakan hampir

keseluruhannya sudah saya ketahui dan memahaminya dengan baik.

Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan segala kerja yang diberikan oleh

pihak syarikat kepada saya. Kerja – kerja tersebut sangat sesuai selaras dengan status

saya sebagai seorang staff praktikal dan Insyaallah dengan ilmu yang diberikan kepada

saya akan digunakan sepenuhnya semasa alam pekerjaan nanti.

25

Anda mungkin juga menyukai