Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ VOKASIONAL (ERT)

AZIZAH
JABATAN PENDIDIKAN UMUM

KERTAS SOALAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


SEMESTER 2
JABATAN PENDIDIKAN UMUM /
JABATAN/ UNIT
UNIT KEMANUSIAAN
PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN
NAMA KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS MPU 2172
TARIKH
MASA
CLO 3:
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi,
(CLO) politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif
etika dan peradaban dengan berhemah. (A2,LD5)
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN LD5 : Etika dan Profesionalisme
MARKAH MARKAH
MARKAH MARKAH
MARKAH PELAJAR PELAJAR
PENUH WAJARAN
(WAJARAN) ( / 100)

30 30

PROGRAM 1 DVM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


NO. KAD PENGENALAN 030417010616
NO. ANGKA GILIRAN K41HHAK005
PENSYARAH NG BEE HOON

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

……………………………… ……………………………… ………………………………


(NG BEE HOON) (ROHAYU BINTI ENDUT) (FAZILAH BINTI ABDULLAH)
PENYELARAS KURSUS KETUA UNIT KETUA JABATAN PENDIDIKAN
KEMANUSIAAN UMUM

- KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK -


ARAHAN :

1. Anda dikehendaki menulis folio yang bertajuk ‘PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL


MALAYSIA’
2. Tugasan adalah berbentuk tugasan individu.
3. Pelajar perlu membuat folio dengan mengunakan font Arial saiz 11 dan jarak baris 1.5.
4. Tarikh akhir penghantaran folio ialah pada 24 Mac 2022.
5. Perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam folio adalah seperti berikut :

BIL PERKARA HURAIAN


5.
 Menerangkan secara umum berkaitan tajuk dan isi
1 2.0 Pengenalan
kandungan folio
 Menerangkan konsep perpaduan
2 3.0 Perpaduan  Menerangkan berkaitan Detik Perpaduan
 Menerangkan berkaitan Detik Perbezaan

 Menerangkan konsep kesepaduan


3 4.0 Kesepaduan
 Menerangkan berkaitan Defisit Sosial

 Menerangkan konsep penyatupaduan


4 5.0 Penyatupaduan
 Menerangkan berkaitan Dasar Perpaduan Negara

 Memberi rumusan berupa pengetahuan,


5 6.0 Refleksi pengalaman, iktibar dan nilai yang diperoleh dan
cadangan-cadangan penambahbaikan.

 Mengemukakan sekurang-kurangnya 4 sumber


6 7.0 Sumber Rujukan rujukan folio yang JELAS dan ditulis dalam format
APA.
Tugasan folio diuji berdasarkan kriteria yang berikut :

BIL KRITERIA DAN SUB-KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH PENUH


1 Mencari dan Mengurus Pelbagai Bentuk Maklumat
- Senarai Rujukan 5
- Relevan 5
2 Pembelajaran Autonomi
- Pembentukan Idea 5
- Kemahuan Untuk Belajar 5
3 Minda Ingin Tahu
- Inisiatif 5
- Daya Usaha 5
JUMLAH 30
PEMBERATAN / WAJARAN 30

2
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN FOLIO

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN : KEMAHIRAN PERSONAL

SANGAT DOMAIN
KRITERIA SUB-KRITERIA LEMAH MEMUASKAN BAIK SANGAT BAIK
LEMAH PEMBE-
SKOR 1 2 3 4 5 LAJARAN
MENCARI DAN SENARAI RUJUKAN Tidak memenuhi Kurang Memenuhi Memenuhi Melebihi keperluan A2
MENGURUS keperluan jumlah memenuhi sebahagian keperluan jumlah jumlah senarai (MEMBERIKA
PELBAGAI senarai rujukan keperluan jumlah keperluan senarai senarai rujukan. rujukan. N MAKLUM
BENTUK BALAS)
yang diperlukan. senarai rujukan jumlah rujukan
MAKLUMAT
yang diperlukan. yang diperlukan.
RELEVAN Tiada rujukan Rujukan yang Sebahagian rujukan Kebanyakan Rujukan yang A2
yang sesuai dan diberi adalah adalah sesuai dan rujukan adalah diberi adalah (MEMBERIKA
relevan. kurang sesuai relevan dengan sesuai dan sangat sesuai dan N MAKLUM
BALAS)
dan r tugasan. relevan dengan relevan dengan
elevan dengan tugasan. tugasan.
tugasan.
PEMBELAJARAN PEMBENTUKAN Membentuk idea Membentuk idea Berupaya Berupaya Berupaya A3
AUTONOMI IDEA dengan sangat dengan lemah. membentuk idea membentuk idea membentuk idea (MENILAI)
lemah. dengan dengan baik. dengan sangat
baik.
memuaskan.
KEMAHUAN UNTUK Tiada usaha Ada usaha Kadang-kadang Kerap bertanya Selalu bertanya A3
BELAJAR untuk bertanya bertanya atau bertanya atau atau berbincang atau berbincang (MENILAI)
atau berbincang dengan
berbincang berbincang dengan
dengan
dengan dengan pensyarah pensyarah
pensyarah
pensyarah pensyarah berkaitan berkaitan
berkaitan
tugasan. berkaitan berkaitan tugasan. tugasan.
tugasan. tugasan.
MINDA INGIN INISIATIF Tidak Mempamerkan Mempamerkan Mempamerka Mempamerkan A3
TAHU mempamerkan inisiatif yang inisiatif yang n inisiatif yanginisiatif yang (MENILAI)
inisiatif dalam lemah dalam sederhana dalam baik dalam sangat baik
menyelesaikan menyelesaikan menyelesaikan menyelesaika dalam
tugasan. tugasan. tugasan. n tugasan. menyelesaikan
tugasan.
DAYA USAHA Tidak Mempunyai Mempunyai Mempunyai daya Mempunyai daya A3
mempunyai daya usaha yang daya usaha usaha yang baik usaha yang sangat (MENILAI)
daya usaha sedikit dalam yang dalam baik dalam
dalam menyiapkan memuaskan menyiapkan menyiapkan
menyiapkan tugasan. dalam tugasan. tugasan.
tugasan. menyiapkan
tugasan.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

- 1.0 ISI KANDUNGAN


3
BI
PERKARA M/S
L

1 1.0 Isi Kandungan 4

2 2.0 Pengenalan 5-6

3 3.0 Perpaduan 7-8

4 4.0 Kesepaduan 9-12

5 5.0 Penyatupaduan 13

6 6.0 Refleksi 14

7 7.0 Sumber Rujukan 15

4
2.0 PENGENALAN

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam
masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal
mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan
kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan
dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan
negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke
pasca-kolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah
pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu
dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan
sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat
dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku
tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat,
dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung
ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di
Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran)

5
2.1 ISI DAN HURAIAN

Kepelbagaian masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah masyarakat


seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyal etika dan peradaban yang berbeza dan
terjema dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup
dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika
terjadi perbezaan Kesediaan tawarmenawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Hal ini menunjukkan
kesepaduan nasional yang telah wujud didukung dan mesti terus-menerus dimantapkan. Hal ini
dilaksanakan metalul tiga rangkal proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, laltu
perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan

Tiga konsep keramat 'perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan adalah permulaan melihat dan
menyusun segala yang rumit dan pelbagal dalam sosiological imagination kita berkait dengan
masyarakat plural/majmuk Bertolak daripada tiga konsep keramat ini sebagai suatu kerangka
besar lagi luas akan dapat pula nanti kita mengupas satu persatu apakah isu sosial, ekonomi,
politik dan lain-lain lagi isu yang sering menduga kehidupan manusia bermasyarakat

Sebilangan besar negara-negara di dunia pun menginginkan perpaduan. Oleh kerana untuk
mencapainya sukar dan mengambil waktu, maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh
membawakan kesepaduan, yang dianggap sebagal tahap sebelum atau prasyarat kepada
perpaduan dalam tahap ini, banyak perkara yang mesti diselesaikan kerana terdapat berbagai
kontradisi yang terkandung dalam kesepaduan itu. Usahausaha inilah yang bergerak sebagai
proses penyatupaduan Proses ini tidak akan berhenti, kerana selagi ada kepelbagaian selagi
usaha penyatupaduan mesti diteruskan.

Dalam konteks masyarakat berbilang etnik seperti Malaysia, usaha ke arah mencapai perpaduan
berterusan dilaksanakan walaupun sukar dicapai. Késepaduan sosial yang dikecapi ini adalah
hasil usaha pelbagai pihak yang cinta akan keamanan dan keharmonian Usaha yang berterusan
ini telah menjadi alat penyatuan masyarakat yang pelbagai sehingga negara kita mencapai
keharmonian dan kesejahteraan

6
3.0 KONSEP PERPADUAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Baldi Sdn Bhd, perpaduan atau solidariti dapat
didefinisikan sebagai satu proses yang menyat padukan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilal bersama serta perasaan cinta
dan bangga akan tanah air. Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu ialtu bergabung menjadi
satu, sepakat dan sebagainya. Hajl Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu
penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan
maju. Secara umumnya, perpaduan merujuk kepada satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Perpaduan amat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang memerlukan kesatuan
dan kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai
rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya Oleh sebab itu pentingnya gagasan perpaduan
dalam kepelbagaian atau unity in diversity (Kassim Tukiman, 2020) Perpaduan menjadi idaman
seluruh masyarakat Malaysia, tetapi masih belum tercapai. Perpaduan sebagal suatu hasrat yang
diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia namun hal ini sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun
berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu
secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Kesemua ini dilakukan
berdasarkan tiga prinsip utama, laltu tawar menawar (bargaining), berunding (negotiation) dan
perantaraan (mediation). Hasil yang dicapal selama ini adalah berasaskan platform integrasi yang
telah dibina Perpaduan merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang
berbilang etnik (Shamsul, 2007).

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), sejarah hubungan kaum di Malaysia berlaku trend
pasang dan surut yang boleh dibahagikan kepada tiga tempoh masa laitu selepas Perang Dunia
Kedua pada tahun 1945 iaitu fasa konflik (1945-1960), fasa kestabilan tetapi tegang (1961-1970)
dan fasa kesepaduan sosial (1971 hingga kini). Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan senario
hubungan kaum di Malaysia dan menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks
kesepaduan sosial perlu dijaga agar pengalaman pahit dalam dekad-dekad lalu menjadi
pengajaran untuk kebaikan bersama.

Oleh sebab itu, perpaduan nasional menjadi misi penting bagi negara dan memerlukan kerangka
bersifat komprehensif yang mampu menterjemahkan wajah kerencaman masyarakat majmuk
Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka
perpaduan nasional ini. Nilal itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagal kayu ukur utama
dalam mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam
sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah.

7
Seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat sebenamya amat penting dalam memastikan umat Islam
kekal menerajul usaha baik ini Perlu wujud kesedaran dalam masyarakat, supaya berusaha
membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Bagi mencapai mini ini, masyarakat perlu
mewujudkan nital persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati. Kesantunan Insan dalam
mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan serta
difahami oleh semua pihak

Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara yang membolehkan masyarakat
berbilang bangsa dan agama hidup bersama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan
identiti dan cin bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
penganut agama dan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian perlu ada
bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Justeru, keutamaan kepada usaha membina
sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat perlu diberi perhatian.
Maka, peranan individu dan masyarakat memahami peranan masing-masing untuk menerapkan
nilai murni dalam interaksi seharian.

Detik perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat majmuk di negara kita Detik perpaduan merupakan detik yang mampu
melihat masyarakat majmuk mencapai kesepaduan melalul nilai kebersamaan, toleransi dan saling
menghormati Hal ini menggambarkan penerimaan dan kefahaman masyarakat terhadap
perbezaan latar belakang sosial masyarakat Malaysia Detik perpaduan dapat dilihat melalui detik
detik masyarakat ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan,
sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian,
menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya

Detik perbezaan pula dilihat berlakunya isu-isu menimbulkan konflik antara kaum Isu-isu yang
sensitif tidak disantuni oleh sebahagian kecil masyarakat kita antaranya penggunaan bahasa,
budaya, ideologi, agama, tingkah laku sosial, tulisan, rasisme dan sebagainya. Terdapat segelintir
masyarakat juga sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti isu agama, bahasa, hak
keistimewaan orang Melayu dan sebagainya (Mohd Anuar et al 2018). Hal ini sering kali menjadi
polemik dalam kalangan masyarakat Malaysta walaupun hal ini telah jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan sebagaimana perkara 153, perkam 152, perkara 3 (1), perkara 181 (1)
dan sebagainya.

8
4.0 KONSEP KESEPADUAN

Kesepaduan talah suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merangkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan Himpunan
usaha ini sering tanpa disedari telah membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat tetapi belum membawakan perpaduan idaman. Kesepaduan sosial ialah suatu
keadaan aman, stabil dan malamur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya
yang berbilang etnik la berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang
kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling percaya sesama mereka Tiga
elemen yang berkaitan dengan kesepaduan sosial ialah keterangkuman sosial sumber bahan atau
dania sosial yang dikongsi bersama dan keupayaan meningkatkan kelas sosial

Kesepaduan sosial tidak bergantung kepada persamaan sosial, homogeniti nilal, pendapat atau
mengkehendaki setiap orang berkongsi persamaan kepercayaan dan gaya hidup. Kesepaduan
sosial ini melibatkan norma-norma sosial yang melibatkan perlakuan dan tatasusila tertentu dalam
masyarakat seperti kesantunan bertingkah laku dan sikap ramah mesra dalam hubungan seharian
antara pihak berbeza agama dan etnik Masyarakat dikatakan dapat mewujudkan kesepaduan
sosial sekiranya mampu mengenepikan ketidaksamarataan keterpinggiran etnik, kelas sosial,
kewarganegaraan atau sebarang perbezaan dan dapat mengurangkan jurang atau kesenggangan
sosial, konflik dan ketidakpercayaan.

Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal kerana berpaksikan prilaku, bukan
bersifat struktural yang berpaksikan institusi. Oleh yang demikian, dalam konteks pembentukan
kesepaduan sosial sebagai suatu fenomena praperpaduan, peranan agensi bersifat 'takrifan
harian jauh lebih penting dan berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat takrifan autoriti
kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku
prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan semi survival dirt keluarga dan kelompok
sosialnya

Sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial
yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk para anggotanya akan segera mencari jalan
penyelesaian melalul rundingan dalam pelbagai cara dan bentuk Melalui perundingan seperti ini,
terhasi persetujuan, kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna
bahawa semua cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi konflik terselesal. Konflik tetap ada tetapi
dalam keadaan terkawal kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan
penyelesaian terhadap perbezaan sosial

Perbincangan berkaitan dengan kesepaduan sosial bukan sesuatu yang baharu. Tokoh Sosiologis,
Emile Durkheim telah memperkatakan keadaan kesepaduan sosial dalam karya beliau melalu
konsep kesepaduan mekanikal (masyarakat praindustri) dan kesepaduan organik (dunia moden).
Beliau melihat, bahawa kesepaduan sosial dalam usaha menilal keupayaan masyarakat untuk
kekal berhubung dalam pelbagai peringkat pembangunan Max Weber pula melihat kesepaduan
sosial sebagal idea-idea yang kolektir dan merupakan nilainilai penting dalam pembangunan
sosial. Mankala, Judith Maxwell (1996) melihat kesepaduan sosial dalam dimensi perkembangan
ekonomi. Beliau juga menyatakan bahawa kesepaduan sosial adalah proses yang membina dan
mengekalkan perasaan kakitaan dalam masyarakat dan perasaan yang meletakkan diri seseorang
dalam sesuatu komuniti Jane Jenson (1998) menyatakan bahawa kesepaduan sosial digunakan
untuk menggambarkan proses-proses yang bukan sahaja melibatkan negeri atau negara, tetapi
9
rasa komitmen, tanggungjawab, keinginan serta keupayaan untuk hidup bersama dengan harmoni.
Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin telah mengetengahkan konsep kesepaduan sosial yang
diletakkan sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat majmuk

4.1 ERA KESEPADUAN SOSIAL

Terdapat tiga tempoh masa sejarah hubungan kaum di Malaysia iaitu selepas Perang Dunia
Kedua pada tahun 1945 laitu Ere Konflik (1945-1960), Era Kestabilan Tetapi Tegang (1961- 1970)
dan Era Kesepaduan Sosial (1971 hingga kini). Era Konflik yang berlaku selepas Perang Dunia
Kedua memaparkan keadaan hidup rakyat yang sangat daif dengan persekitaran fizikal dan sosial
yang memerlukan pembangunan. Suasana ketika itu sangat kritikal dan terbuka kepada potensi
negatif dan pelbagai masalah antarnya ialah konflik etnik dan ancaman komunis. Dalam Era
Kestabilan Tetapi Tegang pula telah menampakkan kesepaduan sosial sudah mula mekar,
terutama apabila terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, namun terpaksa berhati-hati dengan
ancaman keganasan komunis dan penentangan terhadap Pembentukan Malaysia serta Peristiwa
13 Mei 1969.

Dalam Era Kesepaduan Sosial, kesepaduan dikecapi melalui hubungan antara pemimpin dan
rakyat yang mencapal persetujuan dalam banyak hal. Keadaan aman, stabil, makmur dan
sejahtera iri hasil pembentukan tapak integrasi yang dibina berdasarkan prinsip tawar menawar,
perundingan dan pengantaraan. Situasi yang wujud seperti jalinan hubungan kerjasama antara
kaum dan wujudnya kesepakatan sosial dalam pelbagai bentuk seperti bertolak ansur, saling
menghormati dan sebagainya

Tragedi 13 Mel 1969 memperingat rakyat Malaysia bahawa sebarang perbezaan sosial sesama
kaum mestilah diselesaikan dengan aman kerana kos melepas sebarang konflik terbuka adalah
terlalu tinggi kepada setiap individu, setiap kolektif sosial, setiap etnik, setiap wilayah dan kepada
negara Malaysia keseluruhannya. Dalam Era Kesepaduan Sosial, suasana mula aman, stabil dan
harmoni. Kunci kesepaduan sosial Malaysia ialah kematangan rakyatnya. Jika dulunya selepas
setiap pilihan raya umum di Malaysia, ramai yang berasa gundah kerana kemungkinan mereka
yang kalah melepaskan geram melalui tindakan rusuhan ganas. Namun, sejak Pilihan Raya Umum
ke-4, tidak wujud sebarang kekacauan etnik yang ditimbulkan

Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk menyuarakan rasa tidak puas
hati mereka terhadap sebarang perkara yang mereka tidak suka. Kemudahan internet, SMS dan
pelbagai lagi saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka Apatah lagi
komentar boleh disampaikan dalam satu konteks yang selesa dan segi peribadi. Keadaan ini
memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal
yang tersirat di kalbu masing. masing, seperti hal peribadi, isu etnik, kualiti hidup serta perkara
yang difikirkan tidak betul atau tidak sempurna yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan
para pemimpin. Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat iaitu lebih suka
meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap sehingga 'meletup' dalam
pelbagai bentuk yang memusnahkan. Sehingga timbul suatu pola yang menyatakan bahawa
rakyat Malaysia 'suka bertikam lidah, tetapi tidak menggunakan parang Keterbukaan rakyat
Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini kadang-kadang menimbulkan salah sangka dan salah
faham oleh pemerhati dan dalam dan luar negara.

10
Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan Sosial adalah era etika berlakunya pemantapan
interaksi antara masyarakat, negara dan pasaran telah disulam erat dengan positif, biarpun turun
naik berlaku akibat pengaruh dan perkembangan globalisasi. Dalam era ini, ekonomi Malaysia
masih mampu bertahan justeru paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan
kestabilan ekonomi yang seterusnya mendukung keamanan dan kestabilan politik Namun begitu,
terdapat banyak perkara juga belum tercapal atau tertangguh penyelesalannya yang dilabel
sebagai 'Defisit Sosial

4.2 DEFISIT SOSIAL

Defisit sosial ialah kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatuan
berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan
dari segi persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan
individu, keluarga dan masyarakat. Defisit sosial dalam masyarakat adalah suatu kerencaman
yang tidak boleh dielakkan Antam kategori defisit sosial adalah etnisiti, agama, kelas sosial,
pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender politik generalisme, ruang (bandar/desa) dan media
(Kartini, 2019) Sebagai contoh defisit sosial dari sudu pembangunan negara adalah golongan
miskin tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor pertanian sara diri dan estet, negeri-negeri
yang masih terperangkap dengan kemiskinan, peluang dan akses kepada pendidikan dan
kesihatan Manakala, defisit sosial dan segi pembinaan bangsa pula melibatkan isu-is berkaitan
etnik, bahasa, budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang
Tubuh Negeri, sejarah dan lain-lain

4.3 KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan sosial merupakan faktor penting dalam membawa pembentukan perpaduan da


keutuhan masyarakat Malaysia Kesepaduan sosial yang kukuh akan membentuk kesepaduan
nasional Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik apabila rakyat pelbagai kaum
dan etnik dengan sosio budaya, agama, adat resam, bahasa dan wilayah yang berbeza dapat
hidup dalam suasana aman damai serta harmoni

Berdasarkan sejarah, ada beberapa isu perbalahan kaum yang agak besar dan rumit pemah
bertaku dalam negara kita. Bagaimanapun, ia dapat ditangani dan tidak merebak ke tempat lain
Kini, isu isu sensitif melibatkan hubungan kaum kelihatannya semakin meningkat apabila
berkembangnya media sosial yang menjadi media utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas
hati terhadap orang lain Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah mengakibatkan ada
pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta
mencetuskan api perkauman Masyarakat pertu bijak dalam menerima pakai segala maklumat
yang diperolehi di internet agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan mainan segelintir
pihak untuk menggugat keharmonian dan perpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama
Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat sering mencetuskan perbalahan yang boleh
membawa kepada konflik perkauman yang serius sekiranya ianya tidak ditangani secara bijak
Setiap pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan kesepaduan ini dapat
dikekalkan dan menjadi bertambah baik demi masa hadapan generasi yang akan dating.

11
4.4 KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK DI MALAYSIA

Sejarah masyarakat Malaysia memperlihatkan bagaimana segala bentuk konflik, perbalahan, dan
perbezaan boleh diselesaikan dengan cara melakukan kesatuan dan inovasi .Cara ini bagi
membolehkan mereka yang terlibat dalam politik dalam organisasi dan masyarakat sivil dapat
membantu dalam mencari strategi-strategi tindak balas yang lebih baik bagi membolehkan
penglibatan ahil masyarakat dalam memperbaiki mencari kedudukan atau paksi yang betul dan
mengukuhkan hubungan antara satu sama lain berdasarkan rasa, minat atau pengalaman yang
dikongsi bersama. Ini penting bagi menghasilkan konvensus, kompromi dan kebersamaan. Selain
daripada itu dalam senario yang lebih luas, proses-proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan
amalgamasi menyumbang kepada keseluruhan proses kesepaduan sosial dan seterusnya
perpaduan nasional

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang
mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matiamat yang dapat memuaskan hati
kedua dua pihak tersebut Akomodasi juga dikenali sebagai situasi menangmenang apabila kedua-
dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat memperolehi faedah daripada satu
matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Contohnya, di Malaysia, meskipun
Bahasa Melayu diktiraf sebagal bahasa kebangsaan, namun bahasa-bahasa lain masih boleh
diguna pakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan

Akulturasi adalah proses penerimaan unsur budaya daripada satu kelompok masyarakat kepada
satu kelompok yang lain. Tahap penenmaan bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing
tersebut mampu memberikan kelebihan dan manafaat kepada sesebuah kelompok Lazimnya
budaya berunsur positif yang diterima dalam masyarakat. Budaya yang berunsur inority biasanya
ditolak terutama jika ia merosakkan kebudayaan asal masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun,
masih terdapat segelintir kelompok masyarakat yang mungkin terpengaruh dengan unsur budaya
inority dari kebudayaan asing tadi

Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza beza
untuk membentuk satu kebudayaan serta minority masyarakat yang baru. Proses asimilasi boleh
berlaku apabila golongan minority bersedia untuk menyerap budaya golongan majoriti dan
golongan majoriti bersedia menerima golongan minority tersebut

12
5.0 KONSEP PENYATUPADUAN

Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan laitu usaha berterusan pada peringkat semua
lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkan tawar menawar, perundingan dan mediasi Shamsul Amri Baharuddin (2015)
menjelaskan naratif masyarakat Malaysia sebenamya berada dalam keadaan kesepaduan sosial.
Selain itu, masyarakat juga perlu berdepan dengan cabaran stable tension yang muncul apabila
parti politik organisasi bukan kerajaan atau individu memainkan isu-isu sensitif seperti bahasa,
agama, pendidikan vermakular, perlembagaan dan hak yang diperuntukkan kepada orang Melayu
dan bumiputera, hubungan negeri dan persekutuan, spatial antara bandar dan luar bandar dan
sebagainya Keadaan kesepaduan sosial yang masih belum mencapal tahap perpaduan ini
memerlukan mekanisme penyatupaduan sosial untuk memastikan hubungan persaingan yang
wujud dalam kalangan pelbagai kaum dapat hidup secara harmoni.

Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan apabila terbinanya satu model integrasi kesepaduan
nasional yang dinamakan sebagal Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Model ini
menyenaraikan tige perkara utama sebagai asas dalam menentukan indeks perpaduan iaitu
perpaaduan kesepaduan dan penyatupaduan. IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha
membina tapak integrasi dengan menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial
untuk memperbaiki kekurangan tersebut

Dalam mencapai perpaduan dalam kepelbagaian kaum, tidak dinafikan bahawa usahausaha yang
dilakukan oleh pihak kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan. Segala bentuk permasalahan
yakni sosial defisit perlu dikenal pasti dan jalan penyelesaian haruslah dicari dan diterokai Alat
penyatupaduan ialah satu formula dan usaha berterusan pada peringkat semua lapisan
masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-
menawar, perundingan dan mediasi Maksud mediasi di sini ialah satu langkah intervensi bagi
menyelesaikan konflik dalam masyarakat dengan melibatkan pihak ketiga yang bersifat neutral
Ketiga-tiga asas ini digunakan bagi mencapai kata sepakat dalam mengatasi defisit sosial seperti
bahasa, pendidikan, jurang generasi dan beberapa lagi

Tapak integrasi ini wujud dalam bentuk dasar, acara sukan, festival budaya, perayaan agama seni
muzik dan budaya dan sebagainya. Pelbagai ruang dan peluang dicipta dan direka bagi
membolehkan tapak Integrasi sentiasa ada dan muncul silih berganti Tapak integrasi ini boleh
dilihat dalam bentuk Atas ke Bawah seperti kewujudan dasar-dasar pembangunan yang direka
oleh pembuat dasar seperti Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru dan aspirasi seperti
Wawasan 2020 dan TN50. Tapak integrasi juga boleh wujud dalam bentuk Bawah ke Atas seperti
peranan NGO sebagai agen pemantauan pelaksanaan program-program untuk kaum minoriti
lanya juga boleh wujud dalam bentuk Inisiatif Akar Umbi seperti pelaksanaan acara sukan dari
inisiatif kelompok akar umbi tanpa penglibatan pemerintah secara langsung.

13
6.0 REFLEKSI

Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut.
Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi
mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.  Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri
dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu,
turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah.
Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini.
kemajuan dan keutuhan bangsa.

7.0 SUMBER RUJUKAN


14
1. https://pemantapankesepaduan.blogspot.com/

2. https://ilmupenghayatanetikadanperadaban.blogspot.com/

3. https://jelajahilmusanubari.blogspot.com/

4. https://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=983043&view=251701

5. MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

15

Anda mungkin juga menyukai