Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL ( ERT ) AZIZAH

DSA 3124 – AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

SEMESTER 3

FOLIO AWAL SAINS

NAMA: FATIN AMIRAH BINTI FARHAN


NO KAD PENGENALAN: 030417-01-0616
KELAS: 2 DVM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NAMA PENGARAH: PN SHALIZA BINTI IDRIS
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


1 PENGENALAN 3

2 KONSEP AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI


 KONSEP SAINS HAYAT
i. Definisi
ii. Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak
iii. Contoh aktiviti
 KONSEP SAINS FIZIKAL
I. Definisi
II. Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak
III. Contoh Aktiviti
 KONSEP SAINS BUMI, ANGKASA DAN ALAM SEMESTA
I. Definisi 4-7
II. Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak
III. Contoh aktiviti
 KONSEP SAINS ALAM SEKITAR
i. Definisi
ii. Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak
iii. Contoh aktiviti

3 PENUTUP 8

4 LAMPIRAN 9

5 RUJUKAN 10

2
1.0 (PENGENALAN)

Sains dicirikan sebagai sains yang dapat memahami dan menerangkan tentang
kewujudan alam semulajadi. Terdapat tiga aspek sains iaitu kognitif, psikomotor, dan afektif.
Sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan
maklumat berhubung alam semula jadi. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh
melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan
mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi
membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab dan prihatin terdapat alam
sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak
dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.
Pendidikan awal sains ia menfokuskan dengan perkembangan deria sensori dan
pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra sains.
Awal sains ini adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila
mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang
basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu.

Selain itu, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat mengalakkan minat ingin
tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dam membuat
inferens. Dengan bantuan dan bimbingan pendidik, kanak-kanak mampu memahami dan
menggunakan cara menaakul yang merangkumi perancangan, membuat ramalan,
memerhati dan menyediakan laporan. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang
berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-
kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.

Pada peringkat awal, pembelajaran secara aktif telah ditekankan di dalam proses awal
sains dan teknologi kanak-kanak.Justeru itu, penglibatan kanak-kanak secara aktif melalui
interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran adalah mengikut aktiviti-aktiviti yang dirancang
dalam bentuk Hands-on. Bagi membina kefahaman sainstifik, kanak-kanak perlu belajar
memahami konsep dengan baik daripada memerhati, sentuhan, rasa, dan manipulasi.

3
KONSEP AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI
 Konsep Sains Hayat

Definisi:

Sains hayat berfokuskan kepada mengkaji benda hidup benda, haiwan, tumbuhan
dan manusia, termasuk diri sendiri.Aktiviti yang biasa dilakukan ialah understanding
body parts, understanding nature dan nature walk, membuat eksperimen, bercucuk
tanam, atau mengadakan lawatan luar ke taman bunga, pasar buah-buahan dan
sayur-sayuran, muzium, dan zoo.Konsep ini yang paling mudah dan sangat menarik
perhatian kanak-kanak untuk meneroka dan menyiasat alam sekitarnya.

Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak:

1) Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru


dan penyelesaian masalah dalam sesuatu yang menyeronokkan.
2) Meningkatkan pemikiran logik kanak-kanak
3) Meningkatkan rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak.
4) Membantu kanak-kanak menghargai dan memahami dunia di sekeliling.

Contoh aktiviti:

4
 Konsep Sains Fizikal

Definisi:

Sains Fizikal merangkumi seperti mempelajari bentuk, saiz, corak, pergerakan


(motion), kejadian alam semula jadi seperti angin, hujan, guruh dan kilat, cuaca
panas dan sejuk serta timbul dan tenggelam.

Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak:

I. Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif.


II. Mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang dipelajari.
III. Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk berani mencuba sesuatu
IV. Membantu kanak-kanak memahami keadaan,suasana dan cuaca.

Contoh aktiviti:

5
 Konsep Sains Bumi, Sains Angkasa dan Sains Alam Semesta

Definisi;

Konsep ini merangkumi pengetahuan tentang bukit, gunung, lautan, sungai, awan
dan angkasa lepas.Selain itu, kejadian semulajadi seperti pelangi, matahari, bulan,
bintang dan planet serta perubahan masa dan hari (siang dan malam).Pendidik tidak
perlu mengajar konsep ini terlalu tinggi kepada kanak-kanak, cukup sekadar
memenuhi rasa ingin tahu dan serba sedikit tentang kejadian alam yang berlaku di
sekitar kanak-kanak.

Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak:

a) Dapat memupuk rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar dalam diri
kanak-kanak.
b) Menggalakkan kanak-kanak meneroka alam menggunakan semua deria dan
alat teknologi.
c) Membantu kanak-kanak memahami fenomena yang terdapat di sekeliling
mereka.
d) Dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengetahui tentang alam.

Contoh aktiviti:

6
 Konsep Sains Alam Sekitar

Definisi:

Salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana ianya memberikan kanak-
kanak pengalaman secara langsung (First Hand Experience) yang melibatkan
penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan
pendengaran. Konsep ini dapat membantu kanak-kanak memupuk rasa cinta akan
alam sekitar.

Kepentingan dalam Pendidikan awal kanak-kanak:

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak


2. Kanak-kanak dapat bersikap sayang terhadap alam sekitar
3. Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi sebenar, bermakna
dan menyeronokkan
4. Kanak-kanak dapat meneroka dengan bebas dan meningkatkan
perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.

Contoh aktiviti:

7
PENUTUP

Keseluruhannya, pendidik berperanan merancang aktiviti berasaskan pengalaman


sebenar kanak-kanak untuk menggalakkan penerokaan, pemerhatia, penyelesaian masalah,
membuat ramalan, pemikiran kritis, membuat keputusan dan perbincangan.Pendidik juga
perlu bijak bersoal jawab dengan kanak-kanak untuk menimbulkan minat dan rasa ingin tahu
kanak-kanak.

Selain itu, disarankan menggalakkan kanak-kanak meneroka dan mengalami sendiri


elemen yang terdapat di dalam alam sekitar.Sifat semulajadi mereka yang suka bertanya
dan ingin tahu tentang kejadian alam harus dioptimumkan dengan pelbagai aktiviti yang
menarik.

Akhir sekali, pendidik mestilah rajin mengadakan aktiviti yang pelbagai seperti
mengadakan lawatan ke zoo, muzium dan lain-lain .Sehubungan dengan itu, pendidik perlu
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif agar dapat menarik perhatian
kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu.Dengan cara mencari bahan tempatan untuk
membantu kanak-kanak memahami dunia persekitarannya, dan menggunakan kesemua
deria untuk mengumpulkan maklumat.

8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN

Internet
I. https://www.scribd.com/doc/179573148/pendidikan-sains-awal-kanak-kanak .
II. https://prezi.com/ksakl-bcv6em/sains-awal-kanak-kanak/
III. https://www.slideshare.net/AlvinBoon/alam-sekitar-48776530
IV. https://www.slideshare.net/dewi84/kepentingan-pendidikan-awal-sains-kepada-kanak

BUKU
i. Buku Permata Negara, Kursus Asuhan & Didikan Awal kanak-kanak, Profesor Dato’
Dr. Aminah Ayob , November 2013 .

10

Anda mungkin juga menyukai