Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL (ERT)

AZIZAH
JABATAN PENDIDIKAN UMUM

KERTAS SOALAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


SEMESTER 2
JABATAN PENDIDIKAN UMUM /
JABATAN/ UNIT
UNIT KEMANUSIAAN
PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN
NAMA KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS MPU 2172
TARIKH
MASA
CLO 3:
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi,
(CLO) politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif
etika dan peradaban dengan berhemah. (A2,LD5)
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN LD5 : Etika dan Profesionalisme
MARKAH MARKAH
MARKAH MARKAH
MARKAH PELAJAR PELAJAR
PENUH WAJARAN
(WAJARAN) ( / 100)

30 30

PROGRAM 1 DVM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


NO. KAD PENGENALAN 030417010616
NO. ANGKA GILIRAN K41HHAK005
PENSYARAH NG BEE HOON

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

……………………………… ……………………………… ………………………………


(NG BEE HOON) (ROHAYU BINTI ENDUT) (FAZILAH BINTI ABDULLAH)
PENYELARAS KURSUS KETUA UNIT KETUA JABATAN PENDIDIKAN
KEMANUSIAAN UMUM

- KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK -


ARAHAN :

1. Anda dikehendaki menulis folio yang bertajuk ‘PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL


MALAYSIA’
2. Tugasan adalah berbentuk tugasan individu.
3. Pelajar perlu membuat folio dengan mengunakan font Arial saiz 11 dan jarak baris 1.5.
4. Tarikh akhir penghantaran folio ialah pada 24 Mac 2022.
5. Perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam folio adalah seperti berikut :

BIL PERKARA HURAIAN


5.
 Menerangkan secara umum berkaitan tajuk dan isi
1 2.0 Pengenalan
kandungan folio
 Menerangkan konsep perpaduan
2 3.0 Perpaduan  Menerangkan berkaitan Detik Perpaduan
 Menerangkan berkaitan Detik Perbezaan

 Menerangkan konsep kesepaduan


3 4.0 Kesepaduan
 Menerangkan berkaitan Defisit Sosial

 Menerangkan konsep penyatupaduan


4 5.0 Penyatupaduan
 Menerangkan berkaitan Dasar Perpaduan Negara

 Memberi rumusan berupa pengetahuan,


5 6.0 Refleksi pengalaman, iktibar dan nilai yang diperoleh dan
cadangan-cadangan penambahbaikan.

 Mengemukakan sekurang-kurangnya 4 sumber


6 7.0 Sumber Rujukan rujukan folio yang JELAS dan ditulis dalam format
APA.
Tugasan folio diuji berdasarkan kriteria yang berikut :

BIL KRITERIA DAN SUB-KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH PENUH


1 Mencari dan Mengurus Pelbagai Bentuk Maklumat
- Senarai Rujukan 5
- Relevan 5
2 Pembelajaran Autonomi
- Pembentukan Idea 5
- Kemahuan Untuk Belajar 5
3 Minda Ingin Tahu
- Inisiatif 5
- Daya Usaha 5
JUMLAH 30
PEMBERATAN / WAJARAN 30

2
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN FOLIO

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN : KEMAHIRAN PERSONAL

SANGAT DOMAIN
KRITERIA SUB-KRITERIA LEMAH MEMUASKAN BAIK SANGAT BAIK
LEMAH PEMBE-
SKOR 1 2 3 4 5 LAJARAN
MENCARI DAN SENARAI RUJUKAN Tidak memenuhi Kurang Memenuhi Memenuhi Melebihi keperluan A2
MENGURUS keperluan jumlah memenuhi sebahagian keperluan jumlah jumlah senarai (MEMBERIKA
PELBAGAI senarai rujukan keperluan jumlah keperluan senarai senarai rujukan. rujukan. N MAKLUM
BENTUK BALAS)
yang diperlukan. senarai rujukan jumlah rujukan
MAKLUMAT
yang diperlukan. yang diperlukan.
RELEVAN Tiada rujukan Rujukan yang Sebahagian rujukan Kebanyakan Rujukan yang A2
yang sesuai dan diberi adalah adalah sesuai dan rujukan adalah diberi adalah (MEMBERIKA
relevan. kurang sesuai relevan dengan sesuai dan sangat sesuai dan N MAKLUM
BALAS)
dan r tugasan. relevan dengan relevan dengan
elevan dengan tugasan. tugasan.
tugasan.
PEMBELAJARAN PEMBENTUKAN Membentuk idea Membentuk idea Berupaya Berupaya Berupaya A3
AUTONOMI IDEA dengan sangat dengan lemah. membentuk idea membentuk idea membentuk idea (MENILAI)
lemah. dengan dengan baik. dengan sangat
baik.
memuaskan.
KEMAHUAN UNTUK Tiada usaha Ada usaha Kadang-kadang Kerap bertanya Selalu bertanya A3
BELAJAR untuk bertanya bertanya atau bertanya atau atau berbincang atau berbincang (MENILAI)
atau berbincang dengan
berbincang berbincang dengan
dengan
dengan dengan pensyarah pensyarah
pensyarah
pensyarah pensyarah berkaitan berkaitan
berkaitan
tugasan. berkaitan berkaitan tugasan. tugasan.
tugasan. tugasan.
MINDA INGIN INISIATIF Tidak Mempamerkan Mempamerkan Mempamerka Mempamerkan A3
TAHU mempamerkan inisiatif yang inisiatif yang n inisiatif yanginisiatif yang (MENILAI)
inisiatif dalam lemah dalam sederhana dalam baik dalam sangat baik
menyelesaikan menyelesaikan menyelesaikan menyelesaika dalam
tugasan. tugasan. tugasan. n tugasan. menyelesaikan
tugasan.
DAYA USAHA Tidak Mempunyai Mempunyai Mempunyai daya Mempunyai daya A3
mempunyai daya usaha yang daya usaha usaha yang baik usaha yang sangat (MENILAI)
daya usaha sedikit dalam yang dalam baik dalam
dalam menyiapkan memuaskan menyiapkan menyiapkan
menyiapkan tugasan. dalam tugasan. tugasan.
tugasan. menyiapkan
tugasan.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

- 1.0 ISI KANDUNGAN


3
BI
PERKARA M/S
L

1 1.0 Isi Kandungan 4

2 2.0 Pengenalan 5

3 3.0 Perpaduan 6-7

4 4.0 Kesepaduan 8-9

5 5.0 Penyatupaduan 9

6 6.0 Refleksi 10

7 7.0 Sumber Rujukan 11

4
2.0 PENGENALAN

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam
masyarakat kepelbagaian di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal mereka bagi
menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada
penghayatan etika dan peradaban dalam Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan konsep
perpaduan , kesepaduan dan penyatupaduan yang menjadi kekuatan kepada pembentukan
negara Malaysia. Kefahaman tentang pemantapan kesepaduan nasional ini dalam masyarakat
kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah
pemantapan perpaduan, kesepaduan serta penyatupaduan nasional dan bangsa Malaysia.
Pembinaan ini amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi .Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku
tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat,

Kepelbagaian masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah masyarakat


seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyal etika dan peradaban yang berbeza dan
terjema dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup
dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika
terjadi perbezaan Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka.

Hal ini menunjukkan kesepaduan nasional yang telah wujud didukung dan mesti terus-menerus
dimantapkan. Hal ini dilaksanakan melalui tiga rangkal proses yang bergerak serentak dipacu oleh
tiga motivasi, laltu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang
diusahakan .

TIGA LAPISAN PERPADUAN

PERPADUAN

KESEPADUAN

PENYATUPADUAN

5
3.0 KONSEP PERPADUAN

- Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan
tenteram tanpa menggugat keamanan.tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan
negara akan bergolak setiap masa.Hal ini boleh dilihat di negara-negara bergolak apabila
peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.
Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa dan kebuluran serta kemiskinan tidak
terpisah daripada kehidupan. Betapa pentingnya perpaduan perlu dibina dan dipupuk agar ianya
menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung
Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, "Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan
adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir
mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam
kehidupan seharian masyarakat"

Detik Perpaduan dan Detik perbezaan

Detik Perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat .Detik perpaduan merupakan detik yang mampu melihat masyarakat majmuk
mencapai kesepaduan melalui nilai kebersamaan, toleransi dan saling menghormati. Hal ini
menggambarkan penerimaan dan kefahaman masyarakat terhadap perbezaan latar belakang
sosial masyarakat Malaysia. Detik perbezaan pula dilihat berlakunya isu-isu menimbulkan konflik
antara kaum. Isu-isu yang sensitif tidak disantuni oleh sebahagian kecil masyarakat kita antaranya
penggunaan bahasa, budaya, ideologi, agama, tingkah laku sosial, tulisan, rasisme dan
sebagainya

Antara suasana yang sering dilihat dan dilakukan oleh masyarakat adalah mengadakan majlis
perkahwinan , tempat makan , sambutan perayaan setiap kaum , sokongan dalam sukan ,
memberi bantuan Ketika bencana , menghadirkan diri ke perkebumian , dan
sebagainya .Perkahwinan Mempunyai pelbagai perkahwinan tidak mengira bangsa dan agama di
Malaysia . Selain itu , Sukan dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum contohnya ,
Atlet Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei adalah berbangsa Cina, namun semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati setiap perlawanan beliau di setiap
pertandingan badminton.

6
Dengan itu , sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya
mempunyai kaitan dengan kebudayaan dan agama setiap agama yang pelbagai. Namun hal ini
tidak dapat dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap
budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Sehubungan dengan itu , Pengebumian
mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Walau bagaimanapun, agama tidak
menghalang untuk seseorang penganut bersedih dan menghormati atas kehilangan salah seorang
ahli keluarga yang berlainan bangsa dan agama. Ziarah menziarahi juga digalakkan sebagai
memberi sokongan kepada ahli keluarga yang kematian orang yang disayangi

7
4.0 KONSEP KESEPADUAN

Kesepaduan ialah suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merangkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Himpunan
usaha ini sering tanpa disedari telah membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat tetapi belum membawakan perpaduan idaman. Kesepaduan sosial ialah suatu
keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya
yang berbilang etnik. Ia berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang
kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling percaya sesama mereka. Tiga
elemen yang berkaitan dengan kesepaduan sosial ialah keterangkuman sosial, sumber bahan
atau dana sosial yang dikongsi bersama dan keupayaan meningkatkan kelas sosial

Kesepaduan sosial

Kesepaduan sosial Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap

perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk

merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

Terdapat beberapa kepentingan kesepaduan sosial iaitu menjamin semua bangsa dalam Malaysia

berada dalam keadaan aman dan harmoni . Seterusnya , Asas utama kepada keadaan stabil dan

masyarakat tanpa konflik Selain itu , menguruskan masyarakat plural berbilang kaum dan agama

khususnya di Malaysia juga adalah kepentingan kesepaduan sosial .

8
DEFISIT SOSIAL

Defisit sosial adalah isu dan hal belum selesai yang perlu diusahakan .Penyelesaiannya satu
persatu memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak , perancangan pelan . Tindakan
berasaskan prinsip tawar-menawar atau perundingan .

Defisit sosial juga mempunyai beberapa isu seperti isu agama , PIhak yang menyebarkan
kandungan sensitif iaitu perkauman , agama dan institusi raja . Isu ini boleh menimbulkan
ketidakpuasan hati antara kaum dan agama . Selain itu , isu pendidikan iaitu satu proses
mengembangkan potensi individu yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani , intelek dan
sosial. Seterusnya , terdapat juga isu bahasa sebagai contoh semua kaum perlu menggunakan
bahasa melayu kerana bahasa melayu adalah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi . Demikian
itu juga , isu jurang generasi seharusnya dijadikan kekuatan dalam usaha mencapai kejayaan dan
sebagainya memandangkan setiap generasi adalah saling menguat antara satu sama lain . Bak
kata pepatah melayu “ Bersatu teguh bercerai roboh “

5.0 KONSEP PENYATUPADUAN

Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua
lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkan tawar-menawar, perundingan dan mediasi.Penyatupaduan masyarakat dan negara
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga
kepada tanah air . Setiap masyarakat saling berhubung dan memerlukan antara satu sama lain . Ia
dapat mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat. Contohnya bertolak ansur , bekerjasama ,
saling memahami dan saling memerlukan dan melengkapi

Dasar Perpaduan Negara

Dasar perpaduan Negara ialah dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk ,
mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat melalui konsep perpaduan dalam
kepelbagaian untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini .

Terdpat beberapa objektif dasar perpaduan negara seperti mengukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional berteraskan perlembangaan persekutuan dan Rukun negara . Selain itu ,membentuk
identiti nasional dengan semangat jati diri,patriotik , saling menghormati , dan bertanggungjawab
Demikian itu juga , dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan
perpaduan .

9
6.0 REFLEKSI

Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian tersebut.
Negara impian dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang,akan
tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi
nasional di bawah sistem persekutuan. 

Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat berbilang kaum, budaya
dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan
perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada
dalam keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak
dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran sebuah
negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah.

Oleh sebab itu, Masyarakat Malaysia perlu terus menyumbang kepada pembangunan tamadun
bangsa Malaysia dan masyarakat juga perlu memahami bahawa sistem nilai yang baik seperti nilai
hormat-menghormati , menjalin keharmonian antara bangsa , menjaga maruah sesama kaum dan
mengiktiraf ekspresi setiap ahli masyarat juga dapat menyumbang kepada tercapainya kemajuan
dan pembangunan ekonomi negara .

Justeru itu , setiap pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai negara yang maju dan
harmoni. Selain itu juga , . Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan
sosiopolitik di negara ini. kemajuan dan keutuhan bangsa.

10
7.0 SUMBER RUJUKAN

1. https://pemantapankesepaduan.blogspot.com/

2. https://ilmupenghayatanetikadanperadaban.blogspot.com/

3. https://jelajahilmusanubari.blogspot.com/

4. https://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=983043&view=251701

5. MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

11

Anda mungkin juga menyukai