Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

KERTAS PENERANGAN 5

KOD DAN NAMA


KURSUS
ASAS PENGURUSAN (UPM 2112)

SEMESTER 2

5.0 KEPIMPINAN
NO DAN TAJUK

Kepimpinan [C2]

5.1 Mentakrifkan kepimpinan

STANDARD 5.2 Menerangkan kepentingan kepimpinan


PEMBELAJARAN
5.3 Mengenal pasti teori kepimpinan

5.4 Memerihalkan gaya kepimpinan

5.5 Membandingkan pemimpin dan pengurus

TUJUAN
Menerangkan asas-asas pengurusan secara bertulis

NAMA PELAJAR

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

NO. KAD
PENGENALAN

TARIKH

1
5.0 KEPIMPINAN 5.1 DEFINISI KEPIMPINAN
Kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu lain supaya

melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut untuk mencapai matlamat

organisasi.

Pemimpin merupakan ketua yang mempunyai sekumpulan pekerja atau pengikut di

bawahnya.

5.2 KEPENTINGAN KEPIMPINAN

Mempengaruhi
pekerja

Mempunyai
autoriti untuk
Kepentingan Menjadi teladan
untuk pekerja
mengarah kepimpinan

Membantu
ketua mengurus
secara berkesan

Rajah 1: Kepentingan kepimpinan

1) Mempengaruhi pekerja

• Kepentingan kepimpinan paling asas ialah kemampuan untuk mempengaruhi

2
pihak lain.

• Pengikut atau pekerja akan dipengaruhi oleh pemimpin untuk bertindak secara

efektif supaya aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksana dengan berkesan.

2) Menjadi teladan untuk pekerja

• Ciri-ciri kepimpinan yang diterapkan dalam diri seseorang pengurus boleh

dijadikan teladan oleh pihak lain seperti pekerja yang berada di bawah

kawalan

ketua atau pengurus tersebut.

• Seseorang ketua yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan menjadi simbol

kegigihan, keazaman dan keyakinan bagi pekerja dalam sesebuah

organisasi.

3) Membantu ketua mengurus secara berkesan

• Dalam pengurusan sesebuah organisasi, kepimpinan merupakan satu ciri

tambahan yang perlu dimiliki setiap pengurus supaya dapat mengurus

dengan berkesan.

• Sebagai seorang pengurus yang berfungi sebagai pemimpin, pengurus

tersebut harus berupaya untuk membentuk satu pasukan yang mantap

dan memberi ransangan kepada pasukan tersebut untuk bertindak agar

matlamat organisasi dapat dicapai.

4) Mempunyai autoriti untuk mengarah

• Sebagai seorang ketua, pengurus sewajarnya diberi autoriti untuk

mengambil sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan.

• Seseorang pemimpin juga harus mempunyai kuasa mengarah supaya

tindakan dan keputusannya dapat diikuti subordinatnya.

3
5.3 TEORI KEPIMPINAN

1) Teori Lelaki Hebat (Great Man Theory)

• Teori lelaki yang hebat bertarikh 1840-an ketika penulis Scotland, Thomas

Carlyle menyatakan, "sejarah dunia adalah tetapi biografi orang-orang

hebat." Kenyataan ini membintangi kepercayaannya bahawa sejarah

bentuk pahlawan

melalui sifat-sifat dan inspirasi peribadi mereka .

• Anda mungkin pernah mendengar orang berkata, "Pemimpin hebat adalah

Tuhan yang berbakat, bukan buatan manusia"?

• Petikan ini mencerminkan keputusan yang disampaikan oleh teori yang

sangat popular yang dikenali sebagai Great Man Theory of Leadership,

yang berkaitan dengan hakikat bahawa sifat kepimpinan terbina.

• Faktor seperti peningkatan, pendidikan, pengalaman anda hanya


memodelkan

kebolehan kepimpinan anda; mereka tidak bertanggungjawab untuk

menjadikan kamu pemimpin.

• Kelebihannya ialah ia merupakan titik permulaan untuk pemahaman

tentang ciri-ciri manusia yang menjadi pemimpin yang hebat

• Kelemahannya ialah kepimpinan adalah komuniti terhad dan tiada


kesahihan

saintifik.

2) Teori Sifat ( Trait theory)

• Teori sifat bertolak dari dasar pemikiran bahawa, keberhasilan seorang

pemimpin ditentukan oleh sifat-sifat, perangai atau ciri-ciri yang dimiliki

oleh pemimpin itu.

• Sifat-sifat tersebut dapat berupa sifat fizik, dan juga sifat psikologi.

• Atas dasar pemikiran tersebut timbul anggapan bahawa untuk menjadi

seorang pemimpin yang berhasil, sangat ditentukan kemampuan peribadi

pemimpin.

4
3) Teori Tingkahlaku (Behavioural Theory)

• Memberi tumpuan bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses

kepimpinan.

• Kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau

dipelajari secara formal dan tidak formal.

• Program kepimpinan direka khusus untuk mengubah/mempengaruhi

tingkah laku bakal pemimpin agar gaya kepimpinan terbaik dapat

diaplikasikan dalam situasi organisasinya.

• TEORI X

a) Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit,

malas dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa,tidak akan

memberi kerjasama kecuali diarah dan dikawal

b) Pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik, bertindak


mengarah

dan mengawal stafnya dalam proses kerja.

c) Organisasi tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk

stafnya memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.

• TEORI Y

a) Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin, melihat

sesuatu sebagai suatu perkara semulajadi seperti atau beristirehat

akan memupuk kerjasama, bercita-cita tinggi dan mempunyai sikap

positif terhadap kerja.

b) Pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab

kerana sifat itu membawa kepuasan dalam diri.

c) Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah mengupayakan


mereka

(empower) dalam pelaksanaan tugas.

5
4) Teori Kontigensi (Contingecy theory)

• Diasaskan oleh Fiedler ( 1967).

• Tidak terdapat satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi.

• Gaya kempimpinan mungkin berkesan dalam satu situasi sebaliknya

berlaku dalam situasi yang lain.

• Kepimpinan berkesan tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin


dan

tuntutan persekitaran.

• Keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara

dua variabel, gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran.

• Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan atau

perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal

iaitu hubungan pemimpin,sturuktur tugasan dan kedudukan kuasa

5) Teori Transaksional ( Transactional theory)

• Menurut Bycio dkk. (1995) serta Koh dkk. (1995), kepemimpinan

transaksional adalah gaya kepemimpinan di mana seorang pemimpin

menfokuskan perhatiannya pada transaksi interpersonal antara pemimpin

dengan karyawan yang melibatkan hubungan pertukaran.

• Pertukaran tersebut didasarkan pada kesepakatan mengenai klasifikasi

sasaran, standard kerja, penugasan kerja, dan penghargaan.

• Dari pengertian tersebut secara sederhana Kepemimpinan Transaksional

dapat diertikan sebagai cara yang digunakan seorang pemimpin dalam

menggerakkan anggotanya dengan menawarkan imbalan/akibat terhadap

setiap sumbangan yang diberikan oleh anggota kepada organisasi.

6
6) Teori Kepimpinan Transformasi ( Transformational Leadership Theory)

• Kepimpinan transformasional adalah pemimpin yang mempunyai

kecenderungan melaksanakan idea-idea baru; sentiasa melakukan

transformasi kepada diri mereka sendiri ; kekal fleksibel dan dapat

menyusaikan diri dengan perubahan yang berlaku dipersekitaran mereka,

dan sentiasa "bergetar" memperbaiki orang-orang di sekeliling mereka.

• Berupaya menggerakkan pengikut-pengikutnya untuk bertindak mencapai

matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan

kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan

pengikut.

• Bijak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memujuk pengikutnya

supaya membawa perubahan dalam organisasi.

• Dua pakar Teori Transformasi yang sering dikaitkan dengan kajian

mengenai gaya kepimpinan transformasional ialah Bass dan Burns.

7) Participate Theory

• Model Leader-Participation menghubungkan tingkah laku kepimpinan dan

penyertaan dalam membuat keputusan.

8) Teori Situasi ( Situational Theory)

• Teori situasi Hersey Dan Blanchard (1977)

• Menggabungkan dan meluaskan idea Grid Pengurusan oleh Blake and

Mouton serta Model Kontigensi Fiedler.

• Terdapat empat gaya kepemimpinan berasaskan situasi iaitu :

i. Memberitahu (telling) ii. Menjual

(selling) iii. Mengambil bahagian

(participating)

iv. Menurunkan tanggungjawab (delegating)

• Penggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan

dengan tahap kematangan ahli dalam kumpulannya.

7
5.4 GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang

pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerjanya.

Terdapat 4 gaya kepimpinan iaitu:

i. Gaya Kepimpinan Autokratik

ii. Gaya Kepimpinan Demokratik

iii. Gaya Kepimpinan Laissez-

Faire

iv. Gaya Kepimpinan Kontingensi

1) Gaya Kepimpinan Autokratik

• Gaya kepimpinan autokratik melibatkan aktiviti pembuatan keputusan

dilakukan oleh seorang ketua sahaja.

• Pengikut atau pekerja tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan,

pendapat atau idea mereka.

• Pemimpin jenis ini biasanya akan membuat keputusan secara

bersendirian dan kemudian mengarahkan pekerjanya untuk bertindak

berdasarkan keputusan yang telah dibuat.

2) Gaya Kepimpinan Demokratik

• Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik akan memberi

kebebasan kepada pekerja untuk menjana idea dan ketua membuat

keputusan.

• Secara kebiasaannya, pemimpin akan menyuarakan masalah yang

sedang dihadapi dan meminta pekerja memberi cadangan yang bernas

untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

• Pemimpin akan menilai cadangan yang diberi dan seterusnya membuat

keputusan yang bijak.

8
• Kebaikan gaya kepimpinan demokratik ialah ketua dan pekerja dapat

bekerjasama untuk membuat satu keputusan terbaik.

• Kelemahan gaya kepimpinan demokratik ialah proses membuat keputusan

akan menjadi lebih lambat dan mungkin menyebabkan organisasi gagal

merebut peluang perniagaan yang ada.

3) Gaya Kepimpinan Laissez-Faire

• Gaya kepimpinan ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja

organisasi untuk membuat keputusan.

• Dalam konteks ini, seorang pemimpin akan memberi kuasa kepada

pekerjanya untuk membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang

telah diberikan

oleh pemimpin tersebut.

• Kebaikannya, kepuasan pekerja terhadap kerja akan meningkat

disebabkan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh ketua mereka dan

peluang

menggunakan idea sendiri semasa membuat keputusan.

• Kelemahannya, keadaan tidak terkawal mungkin wujud dalam organisasi

apabila sesetengah pihak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan

demi kepentingan diri sendiri.

4) Gaya Kepimpinan Kontingensi

• Gaya kepimpinan kontingensi merupakan satu cara kepimpinan


mengambil

kira faktor ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi.

• Gaya kepimpinan ini membuat penyesuaian gaya kepimpinan

berdasarkan ciriciri pemimpin dengan faktor situasi dalam mewujudkan

satu gaya kepimpinan yang berkesan di dalam sesebuah organisasi.

9
5.5 PEMIMPIN DAN PENGURUS

• Pemimpin dan pengurus merupakan dua konsep yang berkaitan antara satu
sama

lain.

• Pemimpin merupakan pihak yang menggunakan kuasa formal dan kuasa

informal dalam mempengaruhi para pekerjanya untuk mencapai sesuatu

matlamat yang

ditetapkan.

• Peranan pemimpin terbahagi kepada empat iaitu:

i. Jurulatih

ii. Pembimbing iii. Sahabat iv. Ketua

• Pengurus merupakan pihak yang menggunakan kuasa formal untuk

merancang ,melaksana dan mengawal semua aktiviti yang ditetapkan untuk

mencapai matlamat organisasi.

10
5.5.1 PERBANDINGAN ANTARA PEMIMPIN DAN PENGURUS
DIMENSI PEMIMPIN PENGURUS

Fungsi Menetapkan hala tuju , iaitu visi dan misi Merancang, iaitu melaksanakan fungsi
perancangan
organisasi.

Peranan Memainkan peranan mengurus , iaitu Menyusun dan mengorganisasi, iaitu


melaksanakan fungsi pengorganisasian
menyusun, mengagih sumber dengan
dan penstafan dan berusaha mencapai
cekap dan berkesan dan berusaha matlamat yang ditetapkan.
untuk mencapai matlamat yang lebih
baik daripada yang telah ditetapkan.

Pengaruh Memberi dorongan, motivasi dan Mengarah dan mempengaruhi pekerja


dengan menggunakan autoriti atau
inspirasi kepada pekerja melalui
kuasa rasmi
kaunseling dan jalinan perhubungan
yang baik

Penyelesaian Menyelesaikan masalah yang berlaku Mengawas memastikan aktiviti organisasi


masalah berjalan pada landasanyang betul, iaitu
antara pekerja dan menganalisis
melaksanakan fungsi pengawalan
serta menangani perubahan yang
berlaku

Akauntabiliti Bertanggungjawab dan sanggup Tidak berani mengambil risiko dan tidak
menyalahkan diri sendiri apabila
menanggung beban apabila berlaku
sesuatu yang tidak baik berlaku di
kesilapan di tempat kerja, iaitu tempat kerja
mempunyai akauntabiliti

Fokus isu Prihatin terhadap isu-isu peribadi pekerja Kurang prihatin terhadap isu-isu peribadi
peribadi pekerja dan pencapaian pekerja serta
dan pencapaian pekerja serta
lebih mementingkan pencapaian matlamat
mewujudkan hubungan interpersonal yang organisasi.
baik antara
pemimpin dengan pekerja

11

Anda mungkin juga menyukai