Anda di halaman 1dari 8

SK LAHAR KEPAR, 13200 KEPALA BATAS, SPU, P.

PINANG
KERTAS KERJA INOVASI AKTIVITI SURAU AN-NAJIHIN
TAHUN 2019
“EASY WUDUK”

1.0 PENDAHULUAN

Secara amnya kita mendapati wuduk ialah salah satu langkah wajib atau syarat untuk
memastikan solat atau ibadah tawaf yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah serta
memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara. Fadhilat
lain yang juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya
dengan baik. Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari
badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim 361)

Namun ada sesetengah keadaan yang menyebabkan kita mengalami kesukaran berwuduk, selain
daripada tayammum satu kaedah yang praktikal boleh diaplikasikan. Justeru program ini merupakan
bengkel amali yang ringkas bagi memberikan pendedahan secara teori dan praktikal penggunaan
botol spray untuk berwuduk.

2.0 MATLAMAT

Wuduk menggunakan botol spray sangat praktikal ketika musafir, mengerjakan haji atau
umrah dan waktu bekalan air terhad atau berlaku kerosakan paip. Botol spray bersize sesuai sangat
praktikal boleh disimpan dalam beg dan mudah dibawa kemana-mana. Tiada alasan untuk tidak
solat kerana tidak dapat berwuduk.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menekankan kepentingan dan kelebihan berwuduk di kalangan murid.


3.2 Menyediakan murid dengan pelbagai situasi, kesukaran dan cabaran melaksanakan ibadah
terutamanya solat wajib 5 waktu dan kewajiban melaksanakannya walau dalam apa jua
keadaan.

3.3 Menerapkan penguasaan ilmu kepada murid secara teori dan amali.
3.5 Menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kerohanian.
3.6 Melahirkan murid yang mengambil berat soal kebersihan dan kesucian dalam kehidupan
seharian.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 05 Julai 2019

Hari : Jumaat

Masa : 8.10-9.10 Pagi

Tempat : Dewan Tn. Haji Hassan SK Lahar Kepar

5.0 SASARAN PROGRAM

Program ini melibatkan :

5.1 Murid tahun 4,5,6 dan murid PPKI

5.2 Semua guru beragama Islam

6.0 METHOD / STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Murid yang terlibat berkumpul di tempat yang ditetapkan

6.2 Aktiviti amali secara latih tubi

6.3 Sesi latihan dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir

7.0 SUMBER KEWANGAN

Tidak berkenaan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tidak Berkenaan
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hasnah Binti Abdul Halim

Naib Pengerusi 1 : En. Azlizam Bin Salleh

Naib Pengerusi 2 : Pn. Noor Ashikin Binti Abu Bakar

Naib Pengerusi 3 : En. Zulkifli Bin Bakar

Naib Pengerusi 4 : Pn. Suhaida Bin Zakaria

Penyelaras : Pn. Rosmaria Binti Rasli (Penyelaras Surau)

Pen. Penyelaras : Pn. Monazawati Binti Mohamad (KP Pendidikan Islam)

Setiausaha : Pn. Siti Nur Aini Binti Sabudin

Ahli jawatankuasa : En. Ridzuan Bin Kamarudin

Pn. Monazawati Binti Mohamad

Pn. Che Fathaiyah Binti Md Saad

Pn. Norazura Binti Arshad

Pn. Nurul Huda Binti Hassan

10.0 PENUTUP

Semoga aktiviti ‘Easy Wuduk’ ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua yang
terlibat dalam melaksanakan ibadah wajib bagi umat Islam. Moga keberkatan dan rahmat Allah juga
kekal berterusan bagi murid-murid seterusnya dapat mengimarahkan surau An-Najihin. Apa yang
penting adalah kesungguhan pelajar itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah
disusun untuk mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………….. ……………………………

(SITI NUR AINI BINTI SABUDIN) (ROSMARIA BINTI RASLI) (HASNAH BT ABDUL HALIM)
Setiausaha, Penyelaras, Guru Besar,
Program Easy Wuduk, Surau An-Najihin SK Lahar Kepar
Surau An-Najihin
SK LAHAR KEPAR, 13200 KEPALA BATAS, SPU, P.PINANG
LAPORAN AKTIVITI INOVASI SURAU AN-NAJIHIN
TAHUN 2019
“EASY WUDUK”

PERKARA AKTIVITI

TAJUK “EASY WUDUK”

TARIKH/HARI 05 Julai 2019/ Jumaat

MASA 8.10 pagi

- Dewan Tuan Haji Hassan


- Surau An-Najihin, SK Lahar Kepar
TEMPAT

KUMPULAN SASARAN 1. Murid Islam tahun 4,5, 6 murid PPKI

2. Guru-guru Islam

3. Semua warga SK Lahar Kepar

OBJEKTIF 1. Menekankan kepentingan dan kelebihan berwudhu


di kalangan murid.
2. Menyediakan murid dengan pelbagai situasi,
kesukaran dan cabaran melaksanakan ibadah
terutamanya solat wajib 5 waktu dan kewajiban
melaksanakannya walau dalam apa jua keadaan
3. Menerapkan penguasaan ilmu kepada murid secara
teori dan amali
4. Menggalakkan penglibatan murid-murid dalam
aktiviti kerohanian
5. Melahirkan murid yang mengambil berat soal
kebersihan dan kesucian dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI 1. Murid yang terlibat berkumpul di tempat yang


ditetapkan
2. Penerangan secara teori oleh guru
3. Aktiviti amali secara latih tubi
4. Sijil penyertaan kepada murid

KEKUATAN 1. Program ini mendapat kejasama penuh daripada


pihak pentadbir sekolah serta guru-guru.

2. Murid mendapat pendedahan baru.

3. Murid teruja dan menunjukkan minat.

4. Murid mendapat tunjuk ajar yang efektif.

KELEMAHAN 1. Murid yang tidak hadir ke sekolah tidak dapat


mengikuti aktiviti dalam bengkel tersebut

2. Murid yang hadir tetapi tiada atau terlupa


membawa botol spray sendiri terpaksa berkongsi
dengan rakan yang lain

PENAMBAHBAIKAN 1. Setiap murid perlu ada botol spray yang berfungsi


dengan elok bagi melancarkan aktiviti

2. Botol spray yang mencukupi

3. Ganjaran yang menarik minat

PENUTUP 1. Semoga aktiviti ‘Easy Wuduk’ ini memberi manfaat


yang berpanjangan kepada semua yang terlibat
dalam melaksanakan ibadah wajib bagi umat Islam.

2. Harapan agar kesedaran menjaga ibadah wajib


terutamanya solat walau dalam apapun situasi
semakin kuat.
SK LAHAR KEPAR, 13200 KEPALA BATAS, SPU, P.PINANG
LAPORAN PROGRAM AKTIVITI INOVASI SURAU AN-NAJIHIN

IMPAK PROGRAM
“EASY WUDUK”

IMPAK

1. Pendedahan terhadap penjagaan kesucian untuk melakukan ibadah semakin


meningkat

2. Kesedaran menjaga ibadah wajib terutamanya solat walau dalam apapun situasi
semakin kuat.

3. Sikap keperihatinan dalam menjaga kesucian dapat diterapkan secara berpanjangan

4. Menyuburkan rasa bertanggungjawab.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………….. ……………………………

(SITI NUR AINI BINTI SABUDIN) (ROSMARIA BT RASLI) (HASNAH BT ABDUL HALIM)
Setiausaha, Penyelaras, Guru Besar,
Program ‘Easy Wuduk’, Surau An-Najihin SK Lahar Kepar
Surau An-Najihin
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI INOVASI
‘EASY WUDUK’

NAMA PROGRAM EASY WUDUK


TARIKH 05 Julai 2019
HARI Jumaat
MASA 8.10 – 8.40 pagi
TEMPAT SURAU AN-NAJIHIN
SASARAN 1. MURID TAHUN 4,5 dan 6
2. GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT SEKOLAH

Murid mendengar penerangan “Easy Wuduk” secara teori

INOVASI FIZIKAL - SUDUT EASY WUDUK DI SURAU AN-NAJIHIN

Latih tubi berwuduk menggunakan spray secara amali

Anda mungkin juga menyukai