Anda di halaman 1dari 8

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

PENDAHULUAN
Komunikasi adalah Proses Menyampai & Menerima Pandangan (idea) & Perasaan dengan
tujuan menukar persepsi atau tingkahlaku manusia. Selain itu, Komunikasi

satu proses

pengkongsian makna yang terdapat di dalam maklumat idea atau perasaan melalui pengunaan
simbol sama ada yang berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau simbol daripada
sumber kepada penerima yang menghasilkan maklum balas atau respon.
FUNGSI DAN PROSES KOMUNIKASI
Fungsi Komunikasi memberitahu fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh
manusia.Tujuannya adalah untuk memberitahu org lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan
oleh penyampai perlu diketahui oleh org lain. Contoh: Papan tanda, pengumuman di radio dan
televisyen. Fungsi ini menumpukan perhatian kepada penyampai ataupun sumber maklumat.
Tujuan menyampai adalah untuk memberitahu, reaksi yang diterima tidak begitu penting. Dan
memberikan maklumat untuk menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu
perkara. Fungsi ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat untuk
memastikan fungsi tersebut tercapai. Fungsi ini mungkin tidak berjaya sekiranya maklumat yang
disampaikan telah diketahui oleh penerima. Ini lazimnya manusia suka kepada sesuatu yang
baru.
Fungsi membujuk
Berfungsi untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang dan kumpulan. Tidak tehad
kepada penyebaran maklumat tetapi dapat mengubah emosi dan perasaan individu ataupun
kumpulan yang dijadikan sasaran. Contohnya : Iklan, namun ada kalanya fakta yang ingin
disampaikan tidak tepat dan diputarbelitkan.

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Fungsi menghibur
Mudah dilihat disekeliling kita. CONTOH :

Wayang gambar, televisyen dan majalah.


Keberkesanan fungsi ini bergantung pada reaksi orang ramai terhadapnya.
Oleh kerana perkara-perkara ini mudah menarik perhatian individu atau masyarakat,
usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan dan pembujukan dibuat
melaluinya.

CONTOH: Drama yang berunsurkan perpaduan

PROSES KOMUNIKASI

Sumber Idea
Enkod Saluran Penerimaan
Dekod Pemahaman
Penerima
Suasana
Gangguan
Gangguan Dan Maklum Balas

HALANGAN KOMUNIKASI

HALANGAN KOMUNIKASI

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Sering dikatakan sebagai masalah utama dalam suatu hubungan. Jika dua orang
memahaminya, dan berusaha untuk memiliki komunikasi yang baik, tetapi bagaimana
mereka masih memiliki masalah. Alasannya, banyak faktor yang tidak diketahui

menyebabkan hubungan mengalami banyak masalah diantaranya:


BAHASA
Jika Anda dan pasangan Anda berbicara dengan bahasa yang berbeza, ada banyak
salah pengertian yang tidak jelas. Jika Anda merasa Anda tidak mengerti, sisihkan waktu
untuk menjelaskan apa yang Anda cuba untuk bicarakan.BUDAYA Hanya karena Anda
tumbuh dengan filosofi sesuatu, tidak menjamin pasangan Anda melakukan hal yang
sama. Jangan asumsikan apa yang pasangan Anda pikirkan atau rasakan tentang suatu
masalah.

Jika Anda

menemukan

perbezaan,

ambil

waktu

mengapa

mereka

memandangnya berbeza. Hormati pilihan mereka dan temukan beberapa dasar umum

yang dapat Anda berdua kerjakan.


KEJUJURAN DAN KEBENARAN
Halangan utama komunikasi adalah kurangnya kebenaran dan kejujuran. Komunikasi
baik dapat dilakukan jika kedua pihak menyedari segala sesuatu yang relevan, jika tidak

salah seorang selalu akan terhalangi.


HARAPAN
Apa harapan Anda masing-masing? Berapa kali Anda memiliki tidaK setuju apa yang
masing-masing harapkan dari yang lain? Jika Anda tidak jelas meletakkan apa yang
diharapkan dalam peranan yang Anda mainkan. Anda akan sering bertemu dengan

ketidak setujuan tersebut.


SALAH PENGERTIAN
Ketidaksetujuan berasal

dari

satu

hal,

yaitu

salah

pengertian.

Seseorang

mengintrpretasikan sesuatu berbeza- beza. Jika Anda berada dalam ketidaksetujuan

cari segera mungkin apa yang menjadikan salah pengertian.


PENGALAMAN MASA LALU
Sebagian besar orang menerapkan filosofi masa lalu sebagai petunjuk. Ini baik jika
masa lalu Anda tidak diliputi dengan salah percaya, penyelewengan dan pengalaman

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

negatif lain. Ingat pasangan Anda adalah seseorang yang baru, jangan bandingkan dia

dengan pengalaman masa lalu.


ORANG KETIGA
Bagaimana Anda dapat dengan efektif berkomunkasi dengan seseorang jika Anda harus
berbicara dengan dua atau lebih orang? Ini adalah masalah seseorang yang menjadi
orang ke tiga. Hubungan yang paling sukses terjadi ketika pasangan membuat
komitmen kuat untuk tidak membiarkan orang lain memasukan dampak negatif dalam
hubungan

HALANGAN PSYKOLOGI

Halangan fizikal Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan
kedua-dua belah pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima
dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya
merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa
menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut.
Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini

berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.
Halangan Sikap Penghantar Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah,
mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima
dimana mereka akan menjadi pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi
halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran
yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat
penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin

disampaikan.
Halangan Alam Sekitar Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh,
gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi
ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang
ingin disampaikan.Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada
gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses
kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau

terjejas akibat bencana alam.


Halangan Sikap Penerima Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim,
persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah
mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap
komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain.
Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya
tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat
sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang
kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang
tersirat.

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN KAEDAH MENGATASINYA.


Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya.
Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapatdilakukan. Komunikasi
adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia
berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia ,
dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan
tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental
mereka.Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan
fikirandan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari
oranglain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan
dengantujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengantulisan,
percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebutsupaya
bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yangterlibat(Sillars ).
Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa magic atau sakti.Ia boleh membawa
kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupayamenimbulkan emosi
yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (SigmundFreud).Terdapat tiga elemen
komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau medium.Komunikasi berkesan apabila
mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, makna mesej
difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku
(sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna
dan mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan
berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang mendengar
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan minat orang,
melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan oranglain, membawa topik
perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah
kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh perhatian dengan
pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi
maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanyasoalan untuk penjelasan. Selain itu
pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar,
sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan
seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada
suara, gaya duduk atau berdiri
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut
kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak
mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca
210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya,
leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian
yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh
dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa,halangan sikap
penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.
KESIMPULAN
Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebihmanusia.
Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai
dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan
proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip- prinsipkomunikasi iaitu jelas,
ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkankomunikasi mencapai matlamat
yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahandalam mencapai komunikasi efektif
perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagimeningkatkan kepentingan komunikasi dalam
kehidupan seharian.Halangan-halangan komunikasi dapat diatasi dengan cara-cara tertentu.

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/noorazrinatuah/halangan-komunikasi-24512789
https://araikordai.wordpress.com/2010/08/22/halangan-dalam-komunikasi/
http://jurnal.uajy.ac.id/jik/files/2012/05/JIK3-1.pdf
http://ejournal.uinsby.ac.id/

210683

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

http://studentjournal.petra.ac.id/index.php/ilmu-komunikasi
https://saipudinikhwan.files.wordpress.com/2014/01/jurnal-penelitian-komunikasi.pdf

210683

Anda mungkin juga menyukai